BLOG - BLOG PARTI PKR

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 28 April 2014 at 7:59 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 27 Apr 2014 11:47 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Perdana Menteri letak jawatan tak akan berlaku di Malaysia sebuah negara Islam

Posted: 27 Apr 2014 07:10 AM PDT


27 Apr 2014 - Feri Karam: PM Korea Selatan letak jawatan. Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won sebentar tadi menguumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang.

"Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian ini daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian. "Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya.

"Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragedi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur.

"Tapi saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak mahu lagi menjadi bebanan kepada pentadbiran kerajaan," katanya. - AFP

Keluarga pesakit terseksa, sukar letak kereta di Hospital Seremban

Posted: 27 Apr 2014 12:51 AM PDT


26 Apr 2014 : Tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban di bangunan Klinik Ibu dan Kanak-Kanak telah digunakan oleh kakitangan dan pegawai. Ruang tempat letak kereta dipisahkan kepada dua bahagian – satu dikhaskan untuk kakitangan HTJ ini mempunyai palang besi dan pondok pengawal. Manakala bahagian yang lagi satu terbuka untuk pelawat dan pesakit.

Masalahnya ada kakitangan HTJ meletakkan kenderaan mereka di ruang yang dikhaskan untuk pelawat dan pesakit. Ini menyebabkan seawal jam 09.30 pagi, ruang tempat letak kereta untuk pelawat dan pesakit penuh.

Sedangkan ruang tempat letak kereta yang dikhaskan untuk kakitangan HTJ banyak yang kosong terutamanya di aras P2, aras P3 dan aras P4.

Sham Abdul Latif, 40, dari Rembau yang mahu mengambil isterinya yang baru sahaja menerima rawatan di HTJ, berlegar-legar selama 35 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.

Fenny Low, 39, dari Seremban yang datang melawat ayah beliau yang dimasukkan ke wad pula berkata beliau telah berpusing-pusing selama 30 minit untuk mencari ruang tempat letak kereta.

Seorang pesakit, Faez Abdul, 40, dari Seremban berkata ketika beliau mahu balik selepas menerima rawatan di HTJ Isnin lepas, selepas pukul 2.00 petang beliau nampak beberapa kakitangan HTJ yang baru habis kerja shif pagi, beredar dengan kenderaan dari bahagian tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat dan pesakit.

- FMT

Sah Malaysia negara selamat, rumah anak Zahid Hamidi dipecah masuk

Posted: 26 Apr 2014 07:43 PM PDT


26 April 2014 1 - Rumah anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad dipecah masuk oleh bekas pemandu anaknya itu pada Sabtu. Suspek dipercayai melarikan dua jam tangan berjenama dengan wang tunai berjumlah RM1,000.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan kejadian tersebut namun beliau berkata tiada siapa yang cedera dalam insiden berkenaan dan 'hanya' beberapa barang sahaja yang hilang daripada rumah berkenaan.

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PKR

Catat Ulasan