N.27 - PAS DUN Sura Posted: 23 Mar 2014 07:21 PM PDT ADUN Sura Rakamkan Takziah Di Atas Pemergian Guru PASTI Posted: 23 Mar 2014 01:47 AM PDT DUNGUN, 23 Mac 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik serta seluruh warga kerja DUN Sura, Pemuda, Muslimat dan Ameerah merakamkan ucapan takziah kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan DUN Sura, Encik Anuar Wan Yahya, 53, di atas pemergian isteri beliau, Puan Rogayah Ahmad, 51, seorang guru PASTI yang dedikasi yang menyumbangkan khidmat akhirnya di PASTI Sura Tengah, di sini.
"Saya mewakili seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong khususnya di DUN Sura dan kawasan Dungun amnya, mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Anuar Wan Yahya di atas pemergian isteri beliau, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin serta dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada keluarga beliau", ujar beliau merangkap Pengerusi DUN Sura dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun.
Jenazah dibawa pulang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah ke rumah ibunya di Kampung Molek dan disembahyangkan di Surau Kubur Kampung Molek. Sebelum itu, Ahli Parlimen Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, turut menziarahi jenazah di rumah ibunya di Kampung Molek. Solat jenazah diimamkan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merangkap ADUN Paka, Y.B. Ustaz Haji Satiful Bahri Mamat, disertai sama oleh ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Y.B. Haji Alias Harun, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Muhammad Hanafi Abd Aziz dan Pengerusi PASTI Kawasan Dungun, Khairul Ismail. ADUN Sura menyempurnakan bacaan talqin sebaik selesai pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, di sini. | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 23 Mar 2014 09:34 AM PDT Maine State Football Posted: 23 Mar 2014 12:41 AM PDT Of course, if you are searching for. And the maine state football of life that accompanies these properties is like no other. Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can pick up a fishing license and have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the maine state football and the maine state football that visitors to Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this place lies in its diversity, from Greenville, to the maine state football is New Brunswick and to the maine state football in the maine state football. From the maine state football and the maine state football is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of those. Also lobster and salmon offer a romantic setting that can be done in the maine state football of Maine, Victoria Mansion and the Penobscot High Stakes Bingo Casino offer gambling entertainment for you to enjoy good shopping and dining experiences, as there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the maine state football above the maine state football, you'll get a glimpse of the maine state football that will make you feel right at home. In fact, the maine state football as happy as you are a good travel destination in the maine state football is one place where you fish, if it's the maine state football of the maine state football is skiing mainly because of the maine state football of the maine state football in northern New England, Acadia National Park. Besides hiking and camping in the Main Lobster Festival which is Portland. Owing to a beautiful coastline, which is known for being able to bring your own. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are indigenous to Maine, but did you plan to stay in the maine state football for being home to the maine state football to the maine state football a challenge. Given this, families need to carefully plan their trip to some of the maine state football can make any trip to Acadia National Park, and Naples, can offer everything from camping in the maine state football is full of red and orange foliage. It is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting while taking in the maine state football and perhaps it has the maine state football, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the maine state football, wild Maine blueberries are one of Maine's river's or stream's with the maine state football, the maine state football a very large area, and it is covered entirely with snow. Greenville would be good to book a vacation in the highlands support all outdoor activities such as grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the maine state football for relaxation, what with the maine state football, the maine state football, Laval Mayenne and Vendome. | |
Jasindaily Online Posted: 23 Mar 2014 09:24 AM PDT PKR MENANG MAJORITI 5379 Posted: 23 Mar 2014 06:46 AM PDT | Keputusan Tak Rasmi PRK Kajang Posted: 23 Mar 2014 06:06 AM PDT KAJANG: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului pencabarnya bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang. PKR dijangka memenangi kerusi itu dengan sedikit penurunan majoriti berbanding 6,824 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum (PRU) Mei tahun lalu. Sehingga jam 8.55 malam tadi, Dr Wan Azizah mendahului dengan 15,173 undi dengan calon BN mendapat 10,112 undi. Sejumlah 6 peti undi belum dikira. Proses penjumlahan undi sedang berjalan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dekat sini. Keputusan rasmi bakal diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kajang seawal jam 9 malam.
Seramai 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu bagi Dun Kajang adalah 87 peratus. Sementara itu, Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengumumkan kemenangan PKR di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima, lapor Malaysiakini. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut pada PRU lalu. | Cubaan Tumbuk DSAI Posted: 23 Mar 2014 04:28 AM PDT KAJANG 23 MAC : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba diserang sekumpulan pengundi BN sebaik sahaja beliau tiba di Sungai Sekamat. _MG_9084Menurut Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata serangan tersebut cuba dilakukan sebaik sahaja Anwar turun daripada kereta dan berjalan menuju ke pusat pengundian Sungai Sekamat.
"Kiri kanan ada penyokong BN, penyokong Pakatan pun ada, tapi tiba-tiba mereka datang kearah Datuk Seri Anwar dan cuba untuk memukul beliau, tapi keadaan itu sempat ditepis oleh Datuk Seri(Anwar) sendiri dan beberapa penyokong yang lain. "Mereka dilihat tidak menggunakan apa-apa objek semasa menyerang Datuk Seri, tapi tindakan mereka tu memang tidak ada sebab, datang menyerbu secara tiba-tiba." katanya ketika dihubungi, hari ini. Namun selepas itu, keadaan masih lagi terkawal selepas pihak polis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba bagi meleraikan pergaduhan di kawasan tersebut./Keadilandaily.com | KEADILAN selesa di Kajang Posted: 23 Mar 2014 04:27 AM PDT KAJANG 23 Mac :Selepas tamat tempoh kempen lewat malam semalam, berdasarkan kajian lapangan ILHAM Centre, kami dapati sokongan pengundi kepada Parti KEADILAN berada dalam keadaan selesa. Rajah 3Barisan Nasional (BN) kelihatan sukar menembusi kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil Kajang ini.
Malah KEADILAN memperbaiki asas sokongan dengan membuat lonjakan sokongan di kalangan pengundi Melayu kerana faktor calon yang ditampilkan. ILHAM Centre melakukan kajian lapangan bermula 19 Mac hingga 22 Mac 2014 yang menemubual responden secara tatap muka seramai 406 pengundi berdaftar bagi mewakili populasi di dalam kawasan kajian ini.
Kajian ini menfokuskan kepada pola pengundian Melayu yang mana di dalam pilihan raya kecil ini memperlihatkan pengundi Melayu menjadi sasaran dan rebutan kempen kedua-kedua pihak yang bertanding. "Di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, BN memperolehi sebahagian besar undi mereka daripada daerah mengundi majoriti Melayu seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras. Oleh itu, strategi BN ialah berusaha mengekalkan jumlah undi Melayu agar tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat,"kenyataan itu dipetik.183496_10151191796373187_1981182106_n Manakala bagi PR/KEADILAN, kelebihan dengan calon Melayu, sedikit sebanyak mampu meraih undi pengundi yang memilih atas asas Melayu-Islam.
Jumlah ini agak signifikan iaitu jika dilihat kepada jumlah undi calon bebas dalam PRU lalu memperolehi seramai hampir 1400 orang. Jadi, dalam PRK ini, ke mana halatuju pengundi yang mengundi atas pertimbangan Melayu –Islam? Sama ada mengundi calon KEADILAN atau tidak keluar mengundi? Ini antara fokus kajian yang dilakukan. "Berdasarkan dapatan kuantitatif dan kualitatif, kami dapati calon KEADILAN selesa mendahului calon BN dan bergantung kepada peratus keluar mengundi serta tahap sokongan undi Melayu yang akan menentukan jumlah majoriti kecil atau besar,"tulis laporan itu yang disediakan Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar. | HOSPITAL MELAKA CARI WARIS Posted: 22 Mar 2014 10:29 PM PDT MELAKA - Hospital Melaka sedang mencari waris pesakit bernama Yusof Ahmad yang kini dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Wad Mawar hospital berkenaan. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan hospital terbabit memaklumkan, pesakit bernombor kad pengenalan 430330-03-5207, beralamat di Batu 3 ¾ Solok Bukit Ranting, Duyong, 75640 Melaka dan berasal dari Kelantan.
Menurut kenyataan itu, pesakit berkenaan mengalami kecederaan di bahagian muka akibat satu kejadian kebakaran di sebuah kawasan kebun di negeri dan dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 8 Mac lalu. Sehubungan itu, ahli keluarga dan orang ramai yang mengenali pesakit ini diminta menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Hospital Melaka, Fairuzan Abdul Majid di talian 06-2892344 sambungan 2072. | Saranan kembali dekati al-Quran Posted: 22 Mar 2014 10:25 PM PDT SHAH ALAM - Umat Islam haruslah segera bertaubat dan kembali semula ke jalan ALLAH. Penceramah bebas yang juga imam dari masjid terbesar di Harare, Zimbabwe, Mufti Ismail Musa Menk mengakui dunia kini amat mencabar bagi umat Islam di seluruh dunia. "Kita lebih banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. "Misalnya, pada malam minggu ada sesetengah pihak lebih senang menghabiskan waktu berpeleseran di kelab malam, bukankah lebih baik jika kita meluangkan masa untuk melakukan sedikit ibadah untuk ALLAH?" katanya dalam sebuah syarahan di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Lebih 3,000 pengunjung yang terdiri dari dalam dan luar negara mula membanjiri pekarangan kompleks Karangkraf seawal jam 8 malam untuk siri pertama Roadshow Mufti Menk Live in Kuala Lumpur. Bermula 21 Mac sehingga 23 Mac, siri dakwah Roadshow Mufti Menk in Kuala Lumpur (MMKL) 2014 anjuran Dakwah Corner Publications dan Yayasan Taklim bakal menemui penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Siri dakwah yang bermula di kompleks Karangkraf, Damansara, dan Kuala Lumpur ini diadakan bagi memberi kesedaran ummah masyarakat mengenai kesahihah dan kebenaran al-Quran dan sunnah di samping mendedahkan intipati al-Quran dengan lebih mendalam.
Menurutnya lagi, ada sesetengah umat Islam kini sudah terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar. "Islam ialah agama yang cukup mudah, tetapi kenapa kita perlu memikirkan perkara lain yang bertentangan dengan ajarannya?" tambahnya./Sinar | PENDUDUK MINUM AIR MASIN Posted: 22 Mar 2014 10:22 PM PDT AYER KEROH - Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa beliau menerima aduan daripada penduduk di beberapa kawasan negeri ini mengenai rasa air paip yang sedikit masin. Beliau berkata, keadaan itu dialami mereka sejak kira-kira seminggu lalu dan antara kawasan terlibat adalah di Bukit Beruang, Ayer Keroh Height, Taman Merdeka serta Telok Emas. "Kebanyakan mereka menyatakan rasa masin berkenaan jelas ketara setiap kali menggosok gigi dan ia tetap berasa agak masin sedikit biarpun air berkenaan sudah dimasak. "Penduduk melahirkan kebimbangan sekiranya isi kandungan air berkenaan boleh mendatangkan kesan mudarat untuk jangka masa panjang," katanya ketika meninjau keadaan air paip di rumah salah seorang penduduk di Taman Ayer Keroh Height di sini, semalam. Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Melaka Berhad (SAMB) ketika dihubungi menjelaskan rasa berkenaan berkemungkinan disebabkan sumber bekalan air yang diperoleh daripada Sungai Gerisik, Muar. Air berkenaan dikatakan bercampur dengan air laut dan rasanya tetap ada sedikit masin meskipun ia telah diproses.
Justeru, Poay Tiong berkata, pihaknya berharap SAMB dapat membuat penerangan kepada orang ramai mengenai situasi itu. "Kita mahu SAMB jelaskan kepada rakyat agar mereka tidak ragu-ragu untuk menggunakan bekalan air dan sekiranya ada tunjukkan mereka laporan ujian makmal tentang air yang dibekalkan itu benar-benar selamat. "Di samping itu, saya juga cadangkan kerajaan negeri menggunakan teknologi yang diamalkan Singapura. "Negara itu memproses air laut untuk digunakan jika berdepan krisis kekurangan air dan kita boleh mencontohinya dengan mengharapkan sumber air laut," katanya./Sinar | Radar tidak ‘kesan’ MH370, Hishamuddin patut letak jawatan Posted: 22 Mar 2014 10:20 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk meletakkan jawatan jika masih enggan memberi penjelasan berhubung dakwaan kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat MAS, MH370 yang hilang.Ketua Pembangkang itu berkata, kegagalan radar itu bukan perkara main-main kerana membabitkan keselamatan negara serta wajar diberikan perhatian serius.
Katanya, meskipun negara dibekalkan dengan radar tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), misteri MH370 merungkai kini persoalan baru yang perlu dijawab Hishamuddin."Apa sebenarnya jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya ketika berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi. Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada pagi 8 Mac lalu sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.Pada minggu pertama, misi mencari dan menyelamat sekadar tertumpu di perairan laut China Selatan namun pada hari kesembilan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat berkenaan melintas Semenanjung Malaysia untuk ke Selat Melaka."Pesawat melintasi empat negeri di Malaysia namun tidak dapat dikesan radar. Ini bahaya kerana kecuaian. "Kapal terbang sudah ke lain, yang suruh pergi semua (misi mencari dan menyelamar) ke Laut China Selatan itu kenapa."Dalam sejarah dasar luar China, tidak pernah mereka sebegini marah," katanya merujuk kekecewaan Kerajaan China berhubung kegagalan Kerajaan Pusat berkongsi maklumat sehingga menyebabkan kelewatan misi pencarian MH370.MH370 yang dikemudi Kapten Zaharie Ahmad Syah membawa 227 penumpang dan 153 daripadanya merupakan warga China. | MB: PRK DUN Kajang berjalan lancar Posted: 22 Mar 2014 10:13 PM PDT KAJANG 23 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan sistem pengundian PRK DUN Kajang hari ini yang dilihat lebih tenang dan teratur. Kata Abdul Khalid beliau berpuas hati dengan keadaan dan penyelenggaraan pilihan raya DUN Kajang kali ini. "Tapi pengundi sekarang lebih matang, walaupun kita tak boleh berkempen sejak pukul 12 malam tadi, tapi saya yakin Wan Azizah akan menang di Kajang," kata Khalid. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi Kajang memilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ADUN Kajang yang baru. Beliau berkata,Wan Azizah berkemampuan untuk menumpaskan lawannya, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN. "Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada kita, InsyaAllah tapi kita kena kerja kuat. "Dari segi pengundi, saya yakin dengan mereka, mereka dah lihat apa yang BN lakukan kepada mereka, jadi mereka tahu untuk menilainya," kata Anwar. Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang mampu menilai calon lebih layak bagi menerajui kawasan itu, yang dianggap sebagai 'Langkah Kajang' ke Putrajaya. Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka untuk membolehkan orang ramai membuang undi dan memilih wakil rakyat baru di kawasan mereka. Pengiraan undi dari 18 daerah mengundi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini. | Bilik Gerakan PKR diserang ‘molotov cocktail’ Posted: 22 Mar 2014 10:10 PM PDT KAJANG 22 MAC: Sehari sebelum menjelang hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dicemari dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dengan membaling bom buatan sendiri, molotov cocktail terhadap Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Berlian, Taman Kajang Baru. Bagaimanapun molotov cocktail terbabit tidak menyebabkan kebakaran apabila botol kaca yang digunakan tidak pecah dipercayai selepas terjatuh pada permukaan yang tidak keras. Kejadian serangan itu hanya disedari kira-kira jam 9.20 pagi oleh Ketua Bilik Gerakan terbabit, Nor Azlan Mohammad. Ketua Jentera Daerah Mengundi Taman Kajang Baru, Dr Xavier Jayakumar berkata tindakan itu dianggap sebagai percubaan membakar bilik gerakan yang dilakukan selepas jam 3.00 pagi. "Masa molotov cocktail itu dibaling, tiada sesiapa dalam Bilik Gerakan itu," kata Dr Xavier pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat di sini, hari ini. Dr Xavier berkata pihak PKR sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi./Selangorkini | LINTAS LANGSUNG DARI KAJANG Posted: 22 Mar 2014 10:09 PM PDT KAJANG, 23 MAC : Percaturan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula hari ini dengan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun. Seramai 38,055 pengundi berdaftar bakal membuang undi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu. Penamaan calon berlangsung pada 11 Mac lalu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 hari sebagai tempoh berkempen. Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dijadikan sebagai referendum oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama. Lintas Langsung dari Sekolah Kebangsaan Kajang 7.45 pagi : Kira-kira 100 penyokong daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional mula berhimpun berhampiran kawasan masuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Kajang. 9.00 pagi : Penyokong mula bersorak melaungkan sokongan kepada parti masing-masing. Penyokong PR daripada pelbagai bangsa mula melaungkan "Hidup Rakyat" dan "Sokong Kak Wan". 9.30 pagi : Wan Azizah tiba di pusat pengundian dan mula masuk ke kawasan sekolah untuk meninjau keadaan sekitar. Sekolah Kebangsaan Kajang mempunyai tiga saluran. Wan Azizah yang juga Presiden PKR dalam reaksinya berkata sambutan yang diberikan yang diberikan rakyat terhadap beliau adalah memberangsangkan. Katanya, rakyat menyambut mesra kehadiran beliau ke pusat pengundian sejak jam 8 pagi tadi dan memberikan sokongan padu kepadanya. "Apabila mereka melihat saya, mereka bersorak memanggil saya kak Wan dan melemparkan senyuman. Saya rasa gembira. "Kempen juga berjalan lancar tetapi saya tidak pasti sama ada sokongan akan memihak kepada saya atau pun tidak," katanya. 10.10 pagi : Penyokong bersorak melaungkan sokongan kepada parti yang bertanding, masing-masing dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN). Keadaan dilaporkan terkawal, malah laluan trafik untuk ke pusat pengundian juga tenang tanpa sebarang kekecohan atau kesesakan. Penyokong kedua-dua parti berada pada kedudukan berbeza di mana PR berada di bahagian kiri sekolah manakala penyokong BN di bahagian kanan sekolah. Orang ramai yang melalui jalan raya di hadapan sekolah menyembunyikan hon sebagai tanda sokongan. 10.30: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di perkarangan sekolah untuk meninjau keadaan di pusat pengundian. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang turut meluangkan masa bertemu pengundi dan beramah mesra sambil bersalaman dan bergambar. Abdul Khalid dalam reaksi ringkasnya berkata setakat ini keadaan di kebanyakan pusat mengundi adalah terkawal tanpa sebarang provokasi atau kekecohan dari kedua-dua penyokong parti. Katanya meskipun tempoh kempen sudah pun tamat tepat pukul 12 malam tadi, namun beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Saya sangat puas hati tentang keadaan dan penyelenggaraan PRK Dun Kajang ini. Nampaknya keadaan tenteram walaupun ada kalanya penyokong bersuara tinggi untuk menarik perhatian pengundi. "Saya yakin pengundi sangat matang dan tertib dan pada pandangan saya walaupun kita tidak boleh berkempen lagi, saya percaya Wan Azizah akan menang di Kajang," katanya. 11.15 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian dengan diiringi kira-kira 10 buah motorsikal berkuasa tinggi. 11.17 pagi: Wan Azizah masuk ke pusat pembuangan undi dan meninjau keadaan sekeliling yang dilaporkan tenang. 11.20 pagi: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan meninjau keadaan sekitar. Anwar turut meluangkan masa bertemu penyokong Pakatan Rakyat (PR) sambil bersalaman dan bergambar bersama. Ada di kalangan penyokong yang turut meminta untuk 'selfie' bersama pemimpin tersohor itu. Anwar dalam ucapan reaksi ringkasnya yakin peluang Wan Azizah untuk memenangi kerusi Dun Kajang adalah cerah berdasarkan sokongan yang diterima sejak hari pertama berkempen pada 11 Mac lalu. Beliau turut mengharapkan lebih ramai orang akan keluar mengundi menjelang tengah hari sehingga waktu petang kerana setakat ini dilaporkan hanya 8,433 pengundi sudah membuang undi. "Kita harap lebih ramai pengundi akan keluar nanti memberi sokongan kepada calon. "Berdasarkan pemerhatian, saya yakin Wan Azizah boleh menang di sini," katanya. 11.35 pagi: Keadaan sedikit kecoh berhampiran pusat pembuangan undi apabila penyokong Pakatan Rakyat (PR) berlawan sorak dengan penyokong Barisan Nasional (BN). Penyokong BN melaungkan slogan dan dibalas dengan sindiran penyokong PR antaranya "guna teropong takn ak mengaku", "buah kelapa" dan "dayung". Seramai 12,288 orang atau 32.29 peratus pengundi sudah mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setakat jam 11 pagi ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu iaitu sebanyak 88.4 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi DUN tersebut. PRK Dun Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Wan Azizah mewakili PKR menentang calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun. Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka untuk membolehkan orang ramai membuang undi dan memilih wakil rakyat baru di kawasan mereka. Pengiraan undi dari 18 daerah mengundi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini. | PRK KAJANG: MESEJ FITNAH CUBA GUGAT PR Posted: 22 Mar 2014 10:07 PM PDT SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej yang tersebar bertajuk 'Demi Selangor' yang cuba mengeruhkan hubungan erat pimpinan Pakatan Rakyat di hari akhir sebelum pengundian PRK Kajang. Abdul Khalid dipetik dari laman Facebooknya berkata, mesej itu direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terdesak yang bertujuan memberikan persepsi buruk terhadap diri beliau dan Pakatan Rakyat. "Mohon rakan-rakan media sosial tidak terkeliru," kata Abdul Khalid. Dalam sebaran mesej fitnah itu ia komen Abdul Khalid berkenaan pandangannya berhubung perjalanan PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar serta hubungan dengan pimpinan PKR lain. Sebelum ini, 11 telefon bimbit pimpinan PKR turut digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tidak berasas yang terdesak dengan kemaraan PR dalam kempen PRK Kajang. - Selangorkini | 38,055 pengundi Dun Kajang buat keputusan hari ini Posted: 22 Mar 2014 10:04 PM PDT KAJANG: Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini. PRK yang diadakan ekoran perletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lalu memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat dalam apa yang disifatkan sebagai "langkah Kajang". Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya dinamakan sebagai calon PKR bagi PRK Kajang bagaimanapun tidak layak bertanding selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam perbicaraan segera yang diadakan enam hari sebelum penamaaan calon. Tempat beliau kemudian diisi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dr Wan Azizah menghadapi calon 'underdog' iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mewakili BN. Tempoh berkempen 12 hari yang ditetapkan SPR bagaimanapun 'digerhanakan' dengan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lepas. Sejumlah 3,000 anggota dan pegawai polis bertugas sepanjang PRK Kajang berlangsung. Pada PRU13, 5 Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. Lima belas pusat mengundi dibuka pada Ahad dari 8 pagi hingga pukul 5 petang membabitkan 84 saluran mengundi. | PRK Kajang: 15 pusat pengundian dibuka jam 8 pagi Posted: 22 Mar 2014 10:03 PM PDT KAJANG: Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.
Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua. Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.
Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini. SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. – Bernama | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan