Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Khamis, 13 Mac 2014 at 1:08 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Ohpolitik!™

Posted: 13 Mar 2014 03:40 AM PDT

Ohpolitik!™


Wan Azizah Mengaku TERPAKSA Bertanding #PRKKajang DEMI BELA SUAMI? #DramaSedihKajang

Posted: 13 Mar 2014 02:19 AM PDT


Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah mengakui terpaksa bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kerana terpaksa demi membela suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Azizah, belaiu hanya berpolitik ketika Anwar berada di penjara dan apabila Ketua Pembangkang itu dibebaskan pada 2008 beliau bertekad untuk keluar dari arena politik namun terpaksa kembali bertanding selepas suaminya sekali lagi dipenjara atas kesalahan liwat.

"Saya tidak sangka akan jadi calon selepas 11 Mac, kerana (walaupun) sudah lama saya berkecimpung dalam politik, kerana bukan pilihan saya sendiri, tetapi saya terpanggil pada 1998 apabila terjadi tragedi hitam dalam hidup kami, maka saya terjun dalam politik.

"Saya fikirkan apabila suami saya bebas dan rakyat bersatu, kita lihat banyak perkembangan serta lonjakan politik dalam negara, saya rasa syukur Alhamdulillah, sudah buat apa yang mampu," katanya ketika berceramah di Taman Koperasi CEUPACS, Kajang, baru-baru ini.

Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar, namun sabitan tersebut berjaya diketepikan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Pada 2008, Azizah menyerahkan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) kepada Anwar dan menetapkan untuk berundur dari arena politik.

PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan Wan Azizah selepas kedua-duanya menyerahkan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon 11 Mac lepas.

Kerusi DUN Kajang kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebelum ini, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar, namun hasrat tersebut tidak kesampaian selepas beliau hilang kelayakan kerana sabitan kesalahan meliwat yang dihadapi.

#AnwarIbrahim Berhujah Pertahankan Diri di #DewanRakyat #Parlimen #Malaysia #TolakAnwarIbrahimSekeluarga

Posted: 13 Mar 2014 02:11 AM PDT



Dewan Rakyat Parlimen hari ini PANAS apabila Anwar Ibrahim yang akhirnya masuk ke dalam Dewan selepas memohon penangguhan gilirannya bagi membahas titah ucapan DYMM SPB YDA. Bermula dengan gah dan tarikan bacaan hadis, Anwar Ibrahim lebih ghairah membahas mengangkat dirinya sebagai mangsa kerakusan kerajaan BN. 

Ironinya, Anwar Ibrahim yang sebelum ini memboikot sidang Dewan Rakyat hari ini berdiri dengan penuh bengis menyatakan kerajaan BN melalui Safee Abdullah telah menyebabkan beliau dipejarakan. Untuk rekod, kes liwat Anwar Ibrahim bersama pembantu peribadinya, Saiful telah berlarutan sejak 2008. Pelbagai alasan untuk menangguhkan kes tersebut dicipta, antaranya termasuklah surat cuti sakit (MC).





MP Pakatan Cadang @NajibRazak Lantik Jurucakap : #AnwarIbrahim Paling Sesuai Sebagai JuruCakap #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370

Posted: 12 Mar 2014 10:57 PM PDT


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melantik hanya seorang wakil sebagai jurucakap kerajaan untuk memberi penerangan mengenai perkembangan mengenai operasi misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang Sabtu lalu.

Dalam banyak-banyak rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim paling sesuai dilantik sebagai Jurucakap khas bagi memberi penerangan mengenai perkembangan mengenai operasi misi mencari dan penyelamat MH370 ini. 

Sebabnya, Anwar Ibrahim adalah Anugerah Tuhan yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk mempengaruhi orang untuk mempercayai apa jua yang dicakapnya. Lagipun, Anwar juga setakat hari ini tidak memberi satu komen pun berhubung kehilangan MH370. Wartawan tanya lebih-lebih, U Ulang, I Saman. :P

Penghormatan #MH370 : MAS Ganti MH370, MH371 Dengan Kod Penerbangan Baharu Mulai Besok #PrayforMH370 Pray4MH370

Posted: 12 Mar 2014 10:44 PM PDT


Kod penerbangan MH370 dan MH371 yang diguna oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur akan diganti kod baharu bermula esok.

Syarikat itu dalam satu kenyataan Khamis, berkata langkah menghentikan penggunaan kedua-dua kod tersebut sebagai menghormati 239 penumpang dan kru pesawat MH370 yang dilapor hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari ibu negara Malaysia ke Beijing.

Operasi mencari besar-besaran antarabangsa yang dilakukan dari udara dan laut sehingga kini belum membuahkan hasil.

Menurut kenyataan itu MAS akan menggunakan kod MH318 bagi penerbangan Kuala Lumpur-Beijing dan MH319 untuk Beijing-Kuala Lumpur.

"Kekerapan penerbangan kami tidak berubah dan kami akan terus melakukan dua penerbangan sehari ke Beijing.

"Ingatan dan doa kami kekal bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerja kami dan juga penumpang MH370," kata MAS.

-- BERNAMA

Jika Wan Azizah Menang di #PRKKajang : JawatanNYA adalah ADUN Biasa? Exco? Speaker? MB?

Posted: 12 Mar 2014 09:13 PM PDT


Dalam banyak-banyak persoalan yang timbul dalam pilihanraya kecil Kajang ini, persoalan jawatan Wan Azizah apabila beliau menang pilihanraya ini nanti menarik perhatian aku. Wan Azizah bukan sahaja Isteri kepada Anwar Ibrahim, beliau juga merupakan Presiden Parti yang kononnya memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Mana mungkin Presiden sebuah Parti politik hanya berjawatan ADUN biasa tanpa jawatan dalam kerajaan?

Jesteru, Teori menyatakan bahawa dengan pertuduhan bersalahnya Anwar Ibrahim dan dipenjaranya Ketua Umum itu maka jawatan MB Selangor selamat perlu dikaji semula.  Kedudukan Khalid Ibrahim masih samar-samar. Kemungkinan tetap ada, Wan Azizah dinaikkan Jawatan MB Selangor jika PKR menang pilihanraya kecil ini.

Cuba tenung betul-betul. Bagaimana pilihan raya kecil Kajang tercetus? Siapa yang mencetus? Kenapa dicetus? Kenapa drama sedih Permatang Pauh berulang? Kenapa Rakyat diheret dengan masalah peribadi Anwar?

Pilihanraya ini bakal memberi kesan terhadap negeri Selangor sendiri. Menang atau kalah isteri Anwar Ibrahim tiada siapa boleh gerenti bahawa Wan Azizah akan berundur sekali lagi bagi memberikan peluang kepada suaminya. Jesteru, peluang menambah kerusi pembangkang perlu diberi bagi merancakkan proses demokrasi negeri ini.

#PRKKajang Ciptaan Anwar GAGAL MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT Dek Insiden Kehilangan #MH370 #PrayforMH370 #Pray4MH370

Posted: 12 Mar 2014 08:44 PM PDT


Disebalik cuaca panas dan tiada tanda-tanda hujan bakal turun, berjerebu, perhatian antarabangsa dan rakyat Malaysia umumnya lebih terdorong kepada pencarian pesawat MH370 sekaligus mengurangkan bahang pilihan raya kecil Kajang yang dicipta Anwar Ibrahim untuk rakyat memberikut fokus kepada kes beliau terutamanya kes Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Langkah Kajang hanya menjadi perhatian dengan pengundi dan rakyat Kajang sahaja. Aktiviti malam di Kajang lebih meriah dengan ceramah politik sana dan sini. Namun, hakikat pahit buat Anwar untuk diterima, tiada berita utama di dada-dada ahkbar mengenai kempen pilihanraya dan pentas peribadinya. Dan jika dikaji, rakyat lebih sedih dan bersimpati kepada mangsa dan keluarga mangsa lebih lagi dibandingkan dengan kesedihan dan simpati yang dicipta Anwar Ibrahim dan Isterinya di Kajang.
"Cuba tanyakan PKR. Mereka tiada calon lain? Mengapa letakkan personaliti yang dikitar semula? 
"Jika Mahkamah Persekutuan bebaskan Anwar dan isterinya menjadi Adun, dia letakkan jawatan atau tidak untuk Anwar bertanding semula?" 
-sembang warung di sekitar Kajang yang tidak mendapat perhatian umum

Namun buat penduduk Kajang, pilihan raya kecil ini bakal memberi kesan terhadap negeri Selangor sendiri. Menang atau kalah isteri Anwar Ibrahim tiada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yakni sekarang diterajui PKR. Peluang menambanh kerusi pembangkang perlu diberi bagi merancakkan proses demokrasi negeri ini.

bumiyang

Posted: 13 Mar 2014 03:16 AM PDT

bumiyang


PKR pun pernah Pakai Bomoh???

Posted: 12 Mar 2014 11:15 PM PDT

Wan Azizah,Saya Bukan Boneka - Cer Cite???

Posted: 12 Mar 2014 10:00 PM PDT

Gempar!!! Polis Ubahsuai Foto Penumpang MH370 Yang Guna Pasport Curi???

Posted: 12 Mar 2014 05:30 PM PDT

Macam Sama Aje???

Posted: 12 Mar 2014 08:52 AM PDT

tunku

Posted: 13 Mar 2014 03:07 AM PDT

tunku


Missing MH370: Vietnam yet to find objects seen by Chinese satellite

Posted: 12 Mar 2014 11:02 PM PDT

A search by two Vietnamese aircraft responding to information provided by a Chinese satellite has failed to locate objects suspected of being wreckage from a missing Missing Malaysia Airlines (MAS) plane MH370, a Reuters journalist on board a search plane said on Thursday.

Aircraft repeatedly circled the area over the South China Sea but were unable to detect any objects, said the journalist, who flew aboard a Antonov 26 cargo plane for three hours.

Vietnamese and Malaysian planes were scanning waters where a Chinese government agency website said a satellite had photographed three "suspicious floating objects" on Sunday.

The location was close to where the plane lost contact with air traffic control.

Missing MH370: Vietnam to recheck area for missing plane after China satellite spots objects

Posted: 12 Mar 2014 07:38 PM PDT

Vietnam has already searched the area where Chinese satellites showed objects that could be debris from the missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 but a plane has been sent to check the area again, Vietnamese military officials said.

"We are aware and we sent planes to cover that area over the past three days," Deputy Transport Minister Pham Quy Tieu told Reuters. "Today a (military) plane will search the area again," he said.

Another military official said Vietnam was waiting to see photographs taken by a Chinese satellite on Sunday in waters northeast of Kuala Lumpur and south of Vietnam in order to identify the exact location for further inspection.

Aspirasi Bangsa

Posted: 13 Mar 2014 01:40 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 13 Mar 2014 01:15 AM PDT

Taipingmali (tm)


MH370:  Malaysia Perlu Desak Vietnam Buka Perairan Untuk Operasi Pencarian  

Posted: 12 Mar 2014 04:47 AM PDT

Hari ini masuk hari ke-5 MH370 hilang tanpa kesan.  Berbagai teori telah dikemukakan. Habis segenap lautan telah dicari.   Namun, tiada sebarang petunjuk yang mampu memberi harapan kepada kepada keluarga mangsa.    
 
Semua pasukan penyelamat kini sepakat bahawa ia tidak mungkin berada di kawasan perairan Malaysia.  Satu-satunya opsyen yang boleh difikirkan ialah meluaskan pencarian sehingga jauh ke dalam perairan Vietnam. 
 
Malangnya, itulah perkara yang paling sukar buat masa ini kerana Vietnam menghalang operasi pencarian dan menyelamat dari memasuki perairannya. 
 
Apa yang difahamkan, Vietnam tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk melakukan operasi ini sendirian sekali gus menjelaskan kenapa pesawat tersebut masih belum ditemui.    
 
Dalam keadaan ini, Malaysia tidak ada cara lain selain mendesak Vietnam agar membuka pintu perairannya bagi pasukan mencari dan menyelamat meluaskan pencarian.   
 
Kalau pun bukan semua aset dibenarkan ke dalam perairan Vietnam, sekurang-kurangnya sebahagian darinya dapat digerakkan ke sana.    Peluang untuk menemui pesawat tersebut tentu lebih tinggi dengan cara ini. 
 
Amatlah menyedihkan sekiranya pertikaian politik antarabangsa menjadi penghalang kepada pencarian MH370.   Para penumpang dan krew bukanlah orang-orang politik, tetapi sekadar manusia biasa yang tidak bersalah, malah mungkin tidak mengambil tahu hal-ehwal politik.  
 
Seharusnya, Vietnam meletakkan  nasib mereka sebagai keutamaan.  Mungkin juga Vietnam boleh memberi syarat agar hanya aset yang tertentu dari negara tertentu sahaja yang dibenarkan meneruskan pencarian di perairan mereka.   Tindakan menutup pintu tanpa syarat amatlah tidak wajar apabila berhadapan dengan soal nyawa manusia. 
 
Justeru, kita mengharapkan agar kerajaan meningkatkan usaha untuk mendesak Vietnam membuka ruang pencarian yang lebih luas di kawasan perairan negara itu.   
 
Malaysia merupakan negara berkecuali dan adalah tidak adil untuk mengheret Malaysia ke dalam apa jua pertikaian antara kuasa besar China dan juga Amerika.   Lebih tidak adil lagi, apabila yang terlibat adalah rakyat biasa dari 14 negara. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 13 Mar 2014 01:03 AM PDT

Sahabat-Gunung


Bermuka-Muka ... "Depan Melayu Cakap Lain, Depan Cina Cakap Lain, Depan India Cakap Lain ......"

Posted: 13 Mar 2014 12:30 AM PDT


Wanita Barisan Nasional mengenalpasti pendekatan 'banyak wajah' digunakan oleh pihak Pakatan Pembangkang dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan  Negeri Kajang.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, dari laporan Jalinan Rakyat Wanita BN, mereka menggunakan pendekatan bermuka-muka, kat depan Melayu cakap lain, kat depan Cina cakap lain, begitu juga bila berjumpa pengundi India, nadanya tak sama.

"Ia berbeza dengan pendekatan yang dibawa dalam kempen BN, di mana sahaja kita pergi, hanya satu nada yang dibawa. kalau kita turun berjumpa orang Melayu, kita akan bercakap soal pembangunan negara, kemakmuran, kestabilan dan lain-lain. Kalau kita pergi berjumpa Cina, India atau mana pun, sama sahaja nada dan pendekatan yang kita bawa.

Kempen kita, ikhlas satu sahaja tapi mereka, tidak ada keikhlasan langsung. Ini saya dapat maklum balas  indari Wanita dan pengundi sendiri, inilah sandiwara mereka yang menggunakan pelbagai topeng.

Ini tidak ikhlas langsung, ini bila jumpa Cina, mereka nak bagi kesamarataan, akan hapuskan institusi beraja, bila jumpa India, mereka akan kata India tak dapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan, tapi bila jumpa Melayu pula, mereka akan kata jangan bagi peluang kepada bangsa lain. Di mana prinsip perjuangan dan kempen mereka ini," ujarnya kepada pemberita selepas melakukan walkabout ke Taman Sekamat, Kajang sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Shahrizat yakin Datin Paduka Chew Mei Fun akan mendapat sokongan dari pengundi cina pada 23 Mac ini, kerana keputusan Kajang ini penting untuk menilai sokongan pengundi Cina kepada BN.

"Saya percaya pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada BN kerana mereka telah memberikan peluang kepada PKR tetapi peluang itru telah dipersia dan dipersendakan.


Seolah-olah mereka boleh buat apa sahaja yang mereka nak. Kita pun dengar pengundi dah bosan kerana pemimpin pakatan ibarat pemimpin touch n go, bila tiba musim pilihan raya, timbul muka. Bila dah menang, hilang dan kalau nak jumpa, kena tunggu pilihan raya seterusnya,"ujarnya yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kempen Hari-3: Penerimaan Rakyat Semakin Baik Terhadap BN- Chew Mei Fun

Posted: 12 Mar 2014 08:45 PM PDT


Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat keyakinan kuat untuk meneruskan kempen menjelang Hari Pengundian Pilihanraya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini kerana penerimaan baik rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang ini.

"Berbanding sebelum ini, nampaknya kali ini nampak lebih baik walaupun baru tiga hari waktu berkempen sebaik hari penamaan calon, 11 Mac lalu, namun sebenarnya sudah 20 hari menemui masyarakat di sini.

Saya rasa dengan niat kita untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya pengundi di Kajang ini, mereka telah pun dapat menerima dan faham hasrat kita, jadi harapan saya agar pengundi Kajang dapat menerima dan mengundi saya 23 Mac ini untuk menjadi wakil mereka selepas ini," ujarnya selepas membuat walkabout menemui peniaga di pekan Kajang.

Tambahnya, pendekatannya ialah menemui seberapa ramai pengundi di Kajang, khususnya di kawasan-kawasan yang belum dikunjunginya sebelum ini, selain mendapatkan maklum balas penduduk mengenai permasalahan rakyat di kawasan Kajang ini.

"Masalah yang dihadapi penduduk di sini hampir sama tetapi ada  kawasan masalahnya lebih serius seperti masalah infrastruktur yang tidak mendapat penyelerenggaan yang baik, kurang baik pulih dan tidak dijaga dengan baik.


Di kawasan bandar Kajang ini, masalah keselamatan agak kurang baik dan serius. Sehubungan dengan itu, kita harus sediakan perancangan atau mungkin ada cadangan untuk kita meningkatkan keselamatan kawasan di sini," tambahnya lagi. 

Zam zam ala ka zam ......

Posted: 12 Mar 2014 07:05 PM PDT



Takkan sampai macam nie kot ..... niatnya nak membantu, tapi akhirnya jadi bahan ....

Kalau masa nie MLM (Maharaja Lawak Mega) ada ... confirm depa nie akan jadi bahan para peserta....

Kita bukan nak mempersenda kehilangan Pesawat MH370, tapi kecewa dengan `depa' nie...


Apapun, kita terus berdoa agar Misteri MH370 akan segera terungkai dan kalau boleh, semua anak kapal dan penumpang MH370 akan kembali bersama keluarga mereka

MH370: MMEA As Yet Unabvle To COnfirm If Liferaft Fron Aircraft

Posted: 12 Mar 2014 06:15 PM PDT


Malaysian Maritime Enforcement Agency is yet unable to confirm if a liferaft found by a group of four fishermen some 10 nautical miles off Port Dickson yesterday, is from an aircraft.

Its director-general Maritime Admiral Datuk Mohd Amdan Kurish said MMEA despatched a team on receiving a report on the find from the group.

"When the MMEA team tried to get the liferaft from the group, the tether broke and it sank ... most likely because the rope was frayed,".

However, he said pictures of the liferaft were captured by the group and disseminated on the Internet.

He urged anyone with more information on the liferaft to contact the authorities.

The find is of significance in the wake of missing Malaysia Airlines Flight MH370.

MAS Flight MH370, carrying 227 passengers and 12 crew, went missing en route from Kuala Lumpur to Beijing about an hour after taking off from the KL
International Airport at 12.41 am Saturday. It should have landed in Beijing at

6.30 am.  

Rekod Radar Mungkin Bantu Rungkai Misteri Kehilangan MH370

Posted: 12 Mar 2014 04:38 PM PDT


Maklumat baharu berkaitan rekod radar dalam operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS), yang masuk hari kelima, mungkin membantu pakar serta pihak berkuasa terbabit merungkai misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat itu.

Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas.

Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu hilang.

Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-dua radar.

Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang terbang di ruang udara negara.

Radar militari pula, selain memaparkan plot yang mewakili sesebuah pesawat,
turut merekod satu pergerakan yang kemudian hilang pada 2.15 pagi di kawasan 200 batu barat laut Pulau Pinang.

"Memandangkan terdapat perbezaan maklumat antara kedua-dua radar, kami kini cuba menentukan sama ada penerbangan yang ditunjuk dalam radar berkenaan ialah MH370," katanya.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Mohd Zin berkata kali terakhir isyarat pesawat itu hilang dari radar DCA ialah pada 1.30 pagi di utara pantai timur pada 8 Mac.

Beliau berkata radar militari turut mengesan sebuah pesawat yang didapati menuju ke kawasan pantai barat dari Laut China Selatan dipercayai mungkin penerbangan MH370 kerana radar berkenaan tidak dapat mengenal pasti pesawat itu.

Memandangkan maklumat berhubung laluan penerbangan pesawat agak kabur, pihak berkuasa memulakan operasi SAR di dua lokasi iaitu 120 batu nautika dari bahagian timur Kota Baharu dan Selat Melaka.

Malaysia turut memperluas kawasan pencarian MH370 kepada 27,000 batu nautika persegi di dua kawasan dengan memfokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Pencarian di Selat Melaka meliputi 12,425 batu nautika persegi manakala di Laut China Selatan kira-kira 14,440 batu nautika persegi.

Hishammudin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa yang berusaha sedaya upaya untuk mencari MH370.


Setakat ini, jumlah aset yang digerak dalam operasi SAR meningkat kepada 42 kapal laut dan 39 pesawat dengan disertai 12 negara, yang terbaharu ialah India, Japan serta Brunei.

Dr Mahathir Pertahan usaha Pihak Berkuasa Malaysia Tangani MH370

Posted: 12 Mar 2014 12:34 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata media antarabangsa tidak sepatutnya mengkritik Malaysia dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani kehilangan pesawat penerbangan MH370.

"Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.

"Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam program Siri Bicara Profesional bersama Tun Dr Mahathir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini. 

Pesawat Boeing 777-200ER yang sedang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Dr Mahathir berkata beliau telah melawat anggota keluarga penumpang penerbangan itu dan keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, kerana mereka juga memenuhi permintaan untuk menjaga sehingga lima orang bagi setiap keluarga.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang teori berhubung operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu kerana ia tidak membantu keadaan.

"Dapatkan fakta dan jangan kita suka membuat teori, ia tidak membantu sesiapapun," katanya.

Dalam perkembangan, Dr Mahathir menolak laporan yang menyatakan bahawa bahawa beliau meletak jawatan sebagai penasihat Proton.


Sebelum itu, Dr Mahathir melancarkan portal alumni UiTM.

Use Of Bomoh To Search For MH370 Against Islamic Teachings - JAKIM

Posted: 12 Mar 2014 11:28 AM PDT


The Malaysian Islamic Development Department (Jakim) has slammed the efforts of those who engaged bomoh to searchfor flight MH370.

Its director-general, Datuk Othman Mustapha said Muslims should not be  influenced and sought help from bomoh as it is against Islamic teachings.

"Its not only futile but may invite the wrath of Allah. The use of  alternative medicine is allowed by Islam but it must not be against Syariah  law," he said in a statement, here today.

Othman said that Muslims should have complete faith in Allah.

"Efforts to locate the missing aircraft should be accompanied with prayers seeking for divine intervention.

"I am confident that we will successfully find clues to the mysterious disappearance of the aircraft," he added..


The guidelines on alternative medicine according to Islam is accessible via the Jakim website www.islam.gov.my.

Bomoh MH370 Kini Dipantau JAIS ......

Posted: 12 Mar 2014 09:18 AM PDT

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan  meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIS Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau  kegiatan itu daripada terus berulang.

Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam ini.

Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam ini.

Pasukan penguat kuasa JAIS yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu  kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam.


Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada Isnin lepas, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Hardi berkata jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.


Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Amalan Nepotisme PKR Harus Sedarkan Pengundi Kajang

Posted: 12 Mar 2014 05:45 AM PDT


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan keyakinan  bahawa pengundi di DUN Kajang Ibrahim bijaksana untuk menilai isu keputusan mahkamah terhadap Anwar Ibrahim kerana mereka tahu dalam negara kita ada sistem kehakiman yang sistematik.

Ujarnya, kes ini merupakan kes antara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari, bukannya kes antara Anwar dengan kerajaan, bukannya seperti dakwaan pihak pembangkang kononnya keputusan mahkamah ini merupakan permainan UMNO dan Barisan Nasional.

"Ada tuduhan mengatakan keputusan mahkamah ini dibuat pada pilihan raya kecil, ini adalah satu perbuatan Barisan Nasional.

Itu adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab kerana kes beliau (Anwar Ibrahim) telah tertangguh berpuluh-puluh kali. Pastinya mahkamah ada pertimbangan sendiri dan hakim membuat keputusan berdasarkan pertimbangan perundangan, fakta, bukti yang ada dalam kes tersebur," ujarnya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Pusat daerah Mengundi Taman Mesra di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pihak pembangkang nampaknya macam sudah kering modal sehingga kes-kes yang mendatang seperti kes keputusan mahkamah yang melibatkan Anwar Ibrahim, kes yang melibatkan Karpal Singh, dan isu kehilangan pesawat MAS MH370 digunakan juga untuk meraih simpati rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang ini.  

Kini, ramai yang sudah mempersoalkan mengapa Wan Azizah pula yang bertanding di DUN Kajang ini. Mengapa kalau Anwar tak boleh bertanding, mengapa dia mengamalkan sifat nepotism dalam PKR sedangkan mereka dulu pernah menuduh BN mengamalkan sifat nepotism ini.

"Inilah bukti bahawa merekalah yang mengamalkan nepotisma walaupun memang mereka ada hak untuk memilih calon mereka, tapi mengapa mereka tak pilih calon lain seperti memilih calon dari kaum Cina sepertimana sebelum ini, pasal kawasan ini pernah dimenangi oleh PKR dari kaum Cina.

Jadi, banyak perkara yang dilakukan oleh PKR ini seharusnya memberikan kesedaran kepada pengundi mengenai amalan serong ataupun songsang yang berlaku dalam parti PKR khususnya.


Waktu berkempen masih panjang, kita tak perlu terlalu yakin. Kita tahu kita underdog namun kita bertanding di DUN Kajang ini sebagai pembangkang, kita bukan kerajaan di Selangor, namun dari pengamatan saya ada perubahan yang berlaku amat mengalakkan dan ianya satu petanda yang baik kepada BN," ujarnya lagi.

'Kajang Move' Sudah Berkecai ......

Posted: 12 Mar 2014 04:45 AM PDT


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas hasrat pembangkang untuk merancang lebih banyak 'gerakan Kajang' semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat malah pembangkang jelas cuba memperlekehkan sistem demokrasi di negara ini demi memuaskan matlamat politik mereka dengan mengabaikan nasib rakyat.

"Apa tujuan  mereka untuk mengadakan lebih banyak 'gerakan Kajang'? PRU-13 sudah selesai dan hakikatnya BN kalah di Selangor...kita terima keputusan itu.

"Tapi hanya kerana nak puaskan hawa nafsu Anwar Ibrahim, wakil rakyat PKR yang dipilih pada PRU13 berhenti tanpa sebab, saya fikir rakyat harus hukum mereka," ujarnya mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli bahawa parti itu tidak menolak untuk mengadakan 'gerakan Kajang' yang seterusnya.

Tambahnya, 'gerakan Kajang' sebenarnya gagal apabila Anwar tidak layak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Apa gerakannya? Gerakan besar untuk Kajang ialah untuk membolehkan Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar...tapi malangnya sudah berkecai," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Taman Mesra di sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Terdahulu, 'Gerakan Kajang' dirancang PKR apabila wakil rakyatnya di DUN itu meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menyerti DUN Selangor.


Dikatakan 'gerakan Kajang' juga dirancang bagi membolehkan Anwar diangkat sebagai Memteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Parlimen Gamat: Khalid Samad Tuduh Wujud Campur Tangan Eksekutif Kes Anwar

Posted: 12 Mar 2014 04:17 AM PDT


Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang anggota pembangkang menuduh wujud campur tangan kuasa Eksekutif dalam kes hukuman penjara terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

"Kita tidak hadir (Dewan Rakyat semalam) atas sebab kita protes campur tangan Eksekutif dalam persoalan pihak badan kehakiman kerana kes itu telah dibawa ke depan," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Dakwaannya itu menimbulkan kekecohan hampir 20 minit sehingga ramai anggota Parlimen Barisan Nasional bangun dan bertikam lidah mempersoalkan dakwaan Khalid itu.

Tan Sri Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) kemudian bangun dan meminta Khalid mengemukakan bukti dan bukan sekadar membuat dakwaan kosong berikutan kes itu sendiri telah ditangguhkan beberapa kali.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said kemudian meminta kesemua pihak bertenang dan tidak meneruskan kekecohan.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.


Persidangan dewan bersambung esok.

Belantan

Posted: 12 Mar 2014 11:40 PM PDT

Belantan


TERKINI #MH370 : Pekerja pelantar minyak dakwa melihat pesawat terbakar?

Posted: 12 Mar 2014 09:22 PM PDT


Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam. Objek tersebut dipercayai adalah pesawat penerbangan Malaysia Airlines, MH370.

Menurut laporan laman web berita Astro Awani, maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael Mckay.

Mckay merupakan pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya McKay mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah pesawat MH370 yang telah hilang sejak Sabtu lalu.

McKay melaporkan bahawa pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Seterusnya, laporan itu turut menyatakan bahawa pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.

Selain itu, Mckay menjelaskan bahawa dia telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Misteri belum terungkai?

Posted: 12 Mar 2014 07:17 AM PDT

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pihak berkuasa Indonesia setelah gagal menemui bangkai pesawat Boeing 737-400 Adam Air yang hilang pada 2007.

Apabila negara dihebohkan dengan kisah pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 hilang di perairan Laut China Selatan pada awal pagi Sabtu lalu, yang terlintas di fikiran kita sudah tentulah satu insiden hampir sama yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia.

Pada 1 Januari 2007, pesawat Adam Air KI574 jenis Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dari Bandung ke Manado secara tiba-tiba hilang dari radar tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan, dipercayai telah terhempas di Selat Majene, Sulawesi.

Kira-kira sebulan selepas itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk serpihan bangkai pesawat dan tragedi itu kemudiannya telah dilupakan oleh rakyat republik itu.

Bagaimanapun, tujuh bulan selepas itu, dua kotak hitam pesawat yang merakamkan data penerbangan dan perbualan juruterbang dalam kokpit berjaya ditemui.

Setelah sembilan bulan analisis dibuat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS), ia merumuskan juruterbang telah mematikan alat pemanduan automatik bagi membaiki Sistem Rujukan Inersia (IRS).

Ketika sibuk membuat pembaikan tiada siapa yang menerbangkan pesawat sehingga menyebabkan ia mengiring ke kanan dan menjunam ke dalam laut.

Walaupun masih awal untuk merumuskan apa yang berlaku pada pesawat Boeing 777-200 milik MAS, sesuatu yang harus diakui bahawa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah mengikut setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam misi menyelamat pesawat tersebut.

Seperti yang disebut oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan isyarat pesawat itu pada 1.30 pagi iaitu 49 minit selepas pesawat itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

DCA telah bertindak serta-merta untuk mengesan semula kedudukan pesawat berkenaan dengan bantuan pihak-pihak berkenaan dari Vietnam dan Singapura.

Pihak MAS turut dimaklumkan dengan segera oleh DCA yang kemudiannya telah bertindak pantas memaklumkan kedutaan dan konsulat yang mempunyai rakyat yang menaiki pesawat tersebut.

Syarikat itu turut menubuhkan Pusat Kawalan Respons (RCC) bagi menyediakan maklumat berterusan, kemudahan perjalanan untuk kaum keluarga ke Kuala Lumpur, tempat tinggal, makanan dan sokongan emosi kepada keluarga mangsa.


Segala yang dilakukan oleh syarikat itu seharusnya dihargai oleh semua pihak. Seperti yang telah diluah ayah kepada pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohd. Sofuan Ibrahim yang turut hilang, Ibrahim Abd. Razak, MAS dan pihak-pihak berkaitan sangat membantu dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa dan akses maklumat.

"Alhamdulillah, tiada apa yang perlu dirisaukan dan rungutan, cuma hati sendiri yang masih belum tenang selagi perkara ini belum selesai," katanya kepada portal berita, Malaysia Gazette.

Satu lagi yang harus dipuji adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh semua negara untuk melaksanakan operasi dan menyelamat termasuk Vietnam, China, Singapura, AS, Thailand, Indonesia dan terbaharu Australia di kawasan lautan yang kini menjadi pertikaian banyak negara.

Untuk mencari pesawat di lautan yang luas adalah cukup payah dan ia terbukti apabila bangkai pesawat Air France 447 jenis Airbus A330 yang terhempas di Lautan Atlantik pada 6 Jun 2009 hanya ditemui enam hari selepas itu dan kotak hitam pula hanya dapat dikeluarkan dari laut dua tahun kemudian.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai rekod bersih yang tidak pernah mengalami kemalangan udara dahsyat kecuali penerbangan MH653 yang meletup dan terhempas bersama 93 orang di Tanjung Kupang, Johor pada 1977; sebenarnya terdapat banyak faktor di luar kawalan yang mungkin menyebabkan tragedi itu berlaku.

Walaupun pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan pernah mengalami patah pada hujung salah satu sayap setelah berlanggar dengan pesawat China Eastern Airline, Airbus A340 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, China pada 2012, masalah yang akan berlaku hanyalah ketika mendarat atau berlepas.

Sebaliknya, kata bekas jurutera keselamatan Boeing yang juga Pengarah Airsafe.com Foundation, Todd Curtis, tragedi berlaku ketika pesawat sedang dalam penerbangan dengan kelajuan tinggi.

"Satu kemungkinan adalah tragedi berlaku terlalu pantas sehingga juruterbang tidak sempat menghantar isyarat kecemasan," katanya lagi kepada AP.

Dalam pada itu, pensyarah yang pakar dalam kemalangan pesawat daripada Universiti Aeronautik Embry-Riddle, AS, William Waldock turut sependapat dengan Curtis bahawa tragedi yang berlaku adalah secara tiba-tiba dan sangat ganas sehingga alat penentu lokasi pesawat tidak berfungsi.

Menurut beliau, sekiranya berlaku kerosakan mekanikal termasuk kedua-kedua enjin tidak berfungsi, juruterbang masih mempunyai masa untuk membuat panggilan kecemasan.

Untuk rekod, Boeing 777-200 mempunyai rekod keselamatan yang paling selamat selama 18 tahun dengan hanya satu tragedi melibatkan pesawat Penerbangan Asiana yang terhempas dan membunuh tiga orang pada tahun lalu.

Para pakar keselamatan penerbangan kini berpendapat terdapat dua kemungkinan tragedi itu terjadi sama ada angkara pengganas atau juruterbang sendiri sengaja menghempaskan pesawat ke laut.

Perkara sama dinyatakan akhbar United Kingdom, Sunday Mirror yang memetik pakar antipengganas, Kolonel Richard Kemp, bahawa kumpulan militan Islam Uighurs atau mereka yang bersimpati dengan mereka mungkin terbabit dengan kejadian tersebut.

Walaupun terdapat petunjuk ke arah itu, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sehingga kotak hitam pesawat terbabit ditemui seperti dalam kes pesawat 737-400 Adam Air.

Tambahan pula, data pemantauan awal yang diperiksa oleh pihak tentera AS, Pentagon hari ini mencadangkan pesawat MAS yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 12 Mar 2014 11:19 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PrayforMH370 : BENARKAH PESAWAT TELAH DIJUMPAI?

Posted: 12 Mar 2014 09:16 PM PDT


Heboh kononnya satelite milik negara China telah mendapat imej yang berkemungkinan besar adalah gambar pesawat MAS B777-200ER yang dikhabarkan hilang dari radar namun menyembunyikannya. 

Foto di atas pula adalah poster ilustrasi yang tiada kena mengena langsung dengan kehilangan pesawat tersebut. 

Seolah-olah kini timbul persaingan antara kuasa-kuasa besar antara US dan China untuk menjadi juara siapa dahulu yang menjumpai pesawat tersebut. Sehingga kini sudah 11 buah negara dengan India, Jepun dan Brunei bersama-sama bersatu membantu kerajaan Malaysia mencari kapal tersebut. 

Hakikat ini jelas membuktikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ramai sahabat yang bersimpati. Mungkin juga ia adalah tanda keberkesanan dan kejayaan dasar diplomasi kita selama ini dalam membantu negara-negara jiran yang ditimpa musibah. Sesungguhnya budi baik akan dibalas baik.

Berbalik pada imej yang berkemungkinan MH370, sebenarnya telah dirakam pada 9 Mac, di lokasi awal liputan mencari dan penyelamat. Namun, pihak peguasa China tidak mengeluarkan imej itu, kerana ada yang berpendapat bahawa kononnya pesawat tersebut berpatah balik.

Pesawat MH370 hilang daripada radar kawalan menara Subang pada 1.30 atau 2.40 pagi Sabtu, selepas berlepas daripada KLIA menuju Beijing destinasi akhirnya. Pesawat itu sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah mendarat.

Imej yang ditemui satellite China itu kononnya disokong oleh seorang warga New Zealand yang berkerja di sebuah pelantar minyak di kawasan itu. Pekerja itu mendakwa melihat satu kebakaran berlaku di udara bersamaan pesawat itu hilang. 



Walau bagaimanapun, pihak SAR sedang menuju lokasi, setakat ini, belum ada kepastian, apa kah tumpukan di laut itu adalah MH370.


Kerajaan juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan terapung oleh satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu, begitulah yang dilaporkan CNN.

Menurut laporan CNN dan dipetik oleh Astroawani, objek-objek tersebut berukuran sekitar 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.

Kononnya laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.

Kebenaran berita ini tidak dapat disahkan lagi. Pesan kami agar jangan kita terlalu percayakan pada spekulasi dan penyebaran cerita-cerita yang tiada asas, fitnah dan pembohongan. Apatah lagi mempercayai bomoh atau dukun-dukun pakai teropong buluh untuk mencari pesawat yang hilang.

Pesan kami teruskan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan mencari pesawat yang hilang tersebut. Hormatilah keluarga mangsa jangan diguris perasaan mereka dengan laporan dan penyebaran berita yang belum pasti. 



#KajangMove: POSTER UNTUK JIJAH...

Posted: 12 Mar 2014 08:39 PM PDT


Inilah sebahagian koleksi yang rakan-rakan para sahabat kami emailkan kepada kami. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Bagi kami ia adalah penghasilan yang kreatif dan tahniah kepada para penciptanya.



















Tahniah kepada kengkawan. Harap yang lain dapat manfaatkannya.

ADIK DAN ABANG BERGADUH

Posted: 12 Mar 2014 05:00 PM PDT


Sebelum ini mereka pernah berdebat di Dewan Rakyat tetapi dalam isu kecil, itupun dalam masa singkat.

)
Bagaimanapun, Dewan Rakyat pada Rabu menyaksikan dua beradik Tan Sri Shahrir Samad dan Khalid Samad berbalah panjang ekoran berpunca kritikan ahli Parlimen Johor Bharu itu terhadap ahli-ahli parlimen pembangkang yang memboikot persidangan pada Selasa kerana tidak puashati keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.
Shahrir yang mulanya berada di luar Dewan, masuk apabila Khalid menyebut beliau mahu menegur Ahli Parlimen Johor Bahru itu berhubung ucapan beliau semalam yang menyifatkan tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang itu seolah-olah tidak menerima konsep pemisahan kuasa yang mereka sendiri laung-laungkan selama ini.
Menurut Khalid, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) memulau sidang Dewan Rakyat semalam kerana mendakwa memang jelas terbukti terdapat campurtangan kuasa eksekutif terhadap bidang kusa kehakiman dalam perbicaraan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang di Mahkamah Rayuan.
Khalid berkata, buktinya ketika proses pengurusan kes pada peringkat awal, semua pihak sudah dimaklumkan dan bersetuju kes akan didengar pada 7 hingga 9 April.
"Kita tak hadir atas sebab kita membantah campur tangan pihak eksekutif dalam persoalan pihak judiciary (kehakiman) …kerana kes itu telah dibawa ke depan…semasa kes itu dibincang, case management dilakukan, ianya telah disebut 7 hingga 10 April.
"Tiba-tiba bila berlakunya 'Kajang Move' secara mengejut case management dilakukan sekali lagi dan bukan sekadar pihak peguam yang hadir, dan bukan sekadar pegawai mahkamah yang hadir, tetapi hakim itu sendiri yang hadir dan mengubah tarikh perbicaraan sehingga apabila disebut bahawa apabila Bukit Gelugor ada kes yang lain hakim kata tak mengapa kita akan tunda kes yang lain, kita nak ianya dibicarakan pada 7 Mac itu juga…Ini jelas menunjukkan ada campur tangan," kata Khalid.
Shahrir kemudian mohon mencelah dan menyatakan beliau tertarik dengan sebutan perkataan "jelas menunjukkan" yang diucap Khalid yang juga adik beliau.
"Jelas menunjukkan?… tu apa buktinya? Kalaulah tarikh (bicara) bertembung dengan Kajang Move bukanlah kerana eksekutif yang tentukan tarikh…yang sebenarnya kes bagi Ketua Pembangkang sudah ditangguhkkan beberapa kali," kata Shahrir.
Untuk rekod, kes rayuan pendakwa terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tertangguh sebanyak tiga kali disebabkan usaha Anwar untuk menyingkirkan peguam kanan, Tan Sri Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Itu tidak termasuk perbicaraan kes berkenaan yang ditangguhkan sehingga 69 kali.
Manakala Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pula berlaku disebabkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR sendiri bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.
"Bila dicakap ada bukti jelas, bawalah bukti itu," tegas Shahrir.
Kedua-dua beradik berkenaan terus bertikam lidah dan menggamatkan sidang Dewan dengan isu peristiwa peletakan jawatan Shahrir pada 1987 ekoran pengharaman UMNO oleh mahkamah turut dibangkitkan oleh Khalid.
Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam mendakwa itu satu lagi peristiwa yang menunjukkan pihak eksekutif campur tangan dalam bidang kuasa kehakiman.
Shahrir juga menempelak Khalid apabila adiknya meninggi suara dengan berkata, "Ini hujah bercakap dengan kuat kononnya jelaslah, tetapi kalau kita teriak dengan suara sekuat manapun, suara yang tinggi sahaja dan menolak fakta sebenarnya,"
Khalid yang juga kelihatan berang, minta tempoh tiga jam untuk berbahas dengan abangnya tetapi dibantah Shahrir dengan memberitahu, Khalid tidak layak untuk minta tempoh itu.
"Sepuluh minit bolehlah," katanya tetap tenang melayan karenah Khalid yang lebih emosional.
Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said yang mempengerusikan mesyuarat juga berdepan kesukaran untuk mengendalikan perdebatan antara Khalid dan Shahrir.
"Yang Berhormat Yang Berhormat…saya mengakui bahawa sukar saya mengawal kedua-dua orang adik beradik ini," seloroh Ismail disambut gelak ketawa seluruh Dewan.
Saksikan rakaman penuh video pertikaman lidah abang-adik di Dewan Rakyat yang berlarutan lebih kurang 15 minit pada petang Rabu.

GEMPAR! Bukti Video Bomoh Pakai Bubu Dikenalpasti Pernah Bersama PKR? #PrayForMH370 #PRKKajang

Posted: 12 Mar 2014 06:55 AM PDT

Tersebar gambar tok bomoh pakai bubu dalam usaha mencari pesawat MH370.


Ada yang cuba menyalahkan Kerajaan.

Jom kita tengok bukti video ni.


)

Untuk lebih jelas tengok yang ni pulak



Adakah ini satu kebetulan atau ada pihak berkonspirasi menghantar bomoh ke KLIA untuk menyalahkan Kerajaan. Maklumlah mereka dah takde modal dalam PRK Kajang.




*Sebar-sebarkan.

PESTA SEKS SONGSANG, TIMBALAN PRESIDEN PAS TAK BANTAH

Posted: 12 Mar 2014 12:58 AM PDT



Poster yang mempromosi parti seks songsang di Pulang Pinang yang bakal diadakan pada 29 Mac ini



Satu pesta meraikan kumpulan seks songsang 'lesbian, gay, bisexual, transgender' (LGBT) bakal diadakan di Pulau Pinang pada 29 Mac ini.
Berdasarkan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini, acara tersebut dianjurkan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Rainbow Connection dan Penang Freedom to Love bertujuan mengumpulkan para pengamal seks songsang dan beraktiviti bersama-sama dalam satu parti pada waktu malam.
Para peserta dikenakan bayaran RM45 untuk menyertai aktiviti bengkel dan parti.
Parti tersebut akan diadakan di 1926 Heritage Hotel, 227 Jalan Burma manakala bengkel diadakan Yard Cafe, Jalan Masjid Kapitan Keling.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah penyampaian tentang 'Rainbow Rights' oleh Guilio Jackson, pameran gambar, pelancaran 'I am you, be a trans ally', persembahan dan tarian.
Selain itu, poster tersebut turut mengandungi maklumat mengenai tempat, , anjuran, harga pendaftaran serta pautan untuk pendaftaran.
Sementara itu, Laman Facebook Pink Dot Singapura turut mewar-warkan acara yang sama dengan memuatnaik pautan poster itu.
Pink Dot merupakan sebuah gerakan LGBT di Singapura yang sentiasa mengadakan acara tahunan untuk mempromosikan kebebasan saling mencintai tanpa mengira orientasi seksual mereka, bebas untuk kasih sayang dan disayangi.
Pada tahun 2013, acara ini diadakan secara besar-besaran di Singapura dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT supaya hubungan sesama jenis masih dianggap tidak melanggar hukum.
Menurut laman web pinkdot.sg pada tahun 2012 mereka telah menyiarkan sebuah video berjudul "Someday" yang mengisahkan impian mereka di masa hadapan dengan harapan tidak wujud lagi diskriminasi gender dan orientasi seksual.
Video yang diarahkan oleh Boo Junfeng itu turut membayangkan masa depan LGBT yang mahukan masyarakat secara terbuka dapat meraikan kepelbagaian, kebebasan mereka untuk hidup bebas 

The Unspinners

Posted: 12 Mar 2014 11:16 PM PDT

The Unspinners


Selesaikan lalulintas Kajang dengan janji Air Liur dan Ayer Mata?

Posted: 12 Mar 2014 10:30 PM PDT


Mungkin Ayer Mata Neng Azizah cukup untuk dikumpul cukup untuk dijadikan acuan simen dijadikan konkrit untuk bina jalanraya.

Itu yang membuat Neng Azizah berjanji unuk selesaikan masalalah lalu lintas di Kajang.


Kah kah kah .... baru nak lantik Konsultan? Baru nak buat pelan? Baru nak fikir pasal pakai Hotline dan Traffic Update?

5 tahun buat apa???? Tunggu PRK kajang ke????

Bandar Kajang tumbuh dan berkembang kerana ia dulu merupakan pusat persinggahan dan tumpuan dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur dan lain-lain destinasi..


Kerajaan pusat sudah bina jalanraya-jalanraya dan lebuhraya-lebuhraya yang selama puluhan tahun:
  • Jalanraya dilebarkan
  • Memudahkan dan mengurangkan masa perjalanan dari kawasan Cheras yang padat dulu jamnya 
  • Menyediakan lebuhraya LEKAS yang mengalihkan trafik dari bandar
  • Menyediakan huubungan jalanraya 4 lane ke highway seperti PLUS untuk memudahkan aliran trafik.

Sekarang Kerajaan Pusat membina projek 'Mass Rapid Transit (MRT)' di Kajang yang akan kurangkan kesesakan jalanraya.

Projek dijangka siap pada tahun 2017 dan akan beri manafaat kepada 1.2 juta penduduk yang menghubungkan Sungai Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, TTDI, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri, Cheras dan Kajang.


Sebelum itu sudah ada perkhidmatan Keretapi Kommuter yang bantu rakyat dengan pengangkutan awam yang lekas dan segera ke bandar Kajang.


Takpe lah Neng Azizah ...


Bila projek-projek ini siap kelak dan Neng menang Kajang, adalah jemputan untuk majlis perasmian kelak bagi mengharga air mata yang diguna untuk buat konkrit.


Siapa yang terhormat, berintegriti dan berkelayakan? Neng Azizah atau Chew Mei Fun

Posted: 12 Mar 2014 08:34 PM PDT


Persoalan ini ditimbulkan oleh seorang Twitter wanita kaum Cina. Ayuh diperbandingkan calun-calun PRK Kajang...

Membohong


 Letak jawatan


 Watak


Kelayakan


 Boneka





Kesimpulan




Maka pihak Pakatan Rakyat perlu gembar gemburkan permainan rasis

MH370: Video buat badigol baru tahu dan rasa pakar tapi komen ikut bontot

Posted: 12 Mar 2014 05:30 PM PDT


Sana sini masing-masing nak komen dan kritik MAS dan kerajaan tentang usaha mencari kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370.

Konon kerajaan nak "cover-up" kerana untuk jaga keuntungan MAS, tak mahu dedahkan kematian dan pelbagai teori konspirasi. Tiba-tiba masing-masing macam bagus dan pakar dalam ha imu "aviation"... tak kira, baik penyokong kerajaan atau yang dijolok kerana duduk atas pagar atau paling ketara pembangkang.

Yang faham... semua teori dan pandangan serta kritikan menyerupai mereka yang cakap melalui mulut yang dah serupa lubang bontot


Pelbagai tuduhan tak munasabah dilakukan. Alhamdulillah pihak MAS dan Dato Hishauddin cekap menangani krisis ini. Kali ini, Unspinners mengucapkan tahniah dengan MAS dan Dato Hishamuddin tetapi yang penting adalah keselamatan.


PIhak Amerika perakui professionalimsa Malaysia jadi lubag-lubang jubor ni semua boleh tak sumbat mulut masing-masing kalau tak mahu disumbat Anwar Ibrahm.

Perlu diingat bahawa dalam mengurus krisis, pihak berkuasa tak boleh sewenang-wenang memberi atau melepaskan makumat atas sebab-sebab tertentu samada keselamatan atau kelicinan kerja.

Paling pentting, tak mahu kaki sibuk berkeliaran di tempat mereka beroperasi seperti Malaysiakini, Malaysia Insider, The Star dll portal dan akhbar pro pembangkang yang hanya nak cari salah dan buat provokasi.


Belum apa-apa dah ada DUA EKOR BOMOH BADIGOLL yang saja nak tarik perhatian untuk melariskan perkhidmatan menipu orang ramai. Dato Jamil Khir pun sama badigol melayan bahalol-bahalol begini yang memalukan negara.

Lojiklah sedikit ... MAS bukan Anwar Ibrahim yang ada bomoh baiyi, orag asli dan Melayu tiga orang yang sentiasa berada di mahkamah Tinggi ketika perbicaraan liwatnya. Ada ke salahkan kerajaan? Yang tuduh bbodoh. Yang percaya lagi bodoh.

Bagi bebal yang banyak komen tapi tak tahu apa dan hanya baru nak tahu sedikit sebanyak pasal hal-hall aviation termasuk blogger-blogger yang jadi tukang sebar teori bodoh-bodoh untuk kejar ranking dan dapatkan perhatian untuk blog mereka, lihat imej dan video berikut....


Ada faham badigol-badigol?


Bagi mult-mulut yang macam jubor tu, tutup dan ikat jari-jari dari kerja-kerja menghasut dan mengelirukan keadaan.

Cara demikian tak membantu ....malah buat orang benci

PKR = DAP ... Sila beringat ye Melayu Kajang

Posted: 12 Mar 2014 07:07 AM PDT


Belum apa-apa PAS macam tidak diperlukan di Kajang. Tiada usaha untuk memujuk PAS balik dari kes saman pil kuda terhadap Presiden PAS.


Janganlah Melayu nak berharap pada PKR kerana agenda mereka agenda liberal. PKR tidak puya ramai ahli dan pengaruh berbanding UMNO dan PAS, tetapi bergantung nyawa pada DAP.

Beringat ye Melayu Kajang....

10 sebab tolak Neng Azizah supaya tak jadi MB Ayer Mata?

Posted: 12 Mar 2014 01:13 AM PDT






Rancangan masih untuk gugurkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan diletakkan Datin Seri Dr Wan Azizah. Bukan Azmin tapi Wan Aizah.

Cuma logik ke MB yang guna Penasihat dalam penjara?


Hanya mengekalkan PKR sebagai parti anak beranak



Ini tak boleh dan tak sesuai ...serta ada 10 sebab lain Kak Wan tak boleh dipilih dan akhirnya jadi MB....

Tambah ...


Takkan MB asyik menangis dan dok cerita sedih????

sekupangdua

Posted: 12 Mar 2014 11:15 PM PDT

sekupangdua


BARUA MULA MENGHINA TENTERA?

Posted: 12 Mar 2014 07:51 PM PDT

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA : Aku simpati dgn kutuk mengutuk, penghinaan demi penghinaan Barua Roket nie... Macam burit Ayam jer dia nie. Sibuk merendahkan keupayaan kalian (Tentera)... Ikutkan maleh nak ambik tau sebab jenis nie memang kuat kembang hidung dan ponggong suka nak sesangat popular. Jadi sebab kesian tak sanggup tengok hidung meleleh tak pa la teman posting la ceritanya. Dia mintak kita jawab la... jadi kita jawab walaupun budak tabika pun tahu jawabnya...

Dalam postingnya di laman FB teman terpanggil menjawab soklan Bodo taraf pening berlebihan minum ketom mempertikaikan angkatan tentera pasal kapal selam yg tak boleh menyelam didasar laut dan Menyindir trak tentera berfungsi hantar budak kesekolah. Jadi teman nak ngaborkan kat cai roket nie. Boleh ler jadikan Modal jumpa mummym kata lapor...

1. Bukan main lagi dia hina tentera.. bukan kali pertama yop, sebaliknya akan putar belit cerita bila dihujani atau dibalas balik kenyataan nya. ada ker dia kata musykil kapal selam kita (Scorpene) tak boleh menyelam! Dah dulu dia org (pembangkang) dedahkan konon.. terbukti bila mereka pertikaikan kenapa kapal selam kita tak boleh membantu #MAS370. seolah macam kita beli besi buruk yg berupa kapal selam...

@ Jadi kalau dia maksudkan begini.. maka yg menjadi tenteta laut terutama kelasi kapal selam nie yg lebih 2 tahun berlatih diluar negara bagaimana mengendalikan kapal selam tu makan duit haram ker sebab sampai sekarang tentunya dia org bertugas kat darat atau dalam kapal selam yg tak boleh menyelam... adakah krew kapal selam nie tak pernah atau tak akan menyelam? Adakah mereka setiap hari akan berlakun macam kerojer... pagi masuk kapal petang keluar dan balik rumah... dah kalau simangkok nie merumus katakan tak boleh selam... jadi semua kelasi k selam tu sebenarnya buat apa? Tak kan macam pejabat? Datang pagi punch. Lepas waktu kerja lak... punch lagi... apa yg dia orang buat dalam kapal selam sehari suntuk?

Aku nak tanya jugak simenggong nie... toksah la spin lak kata tak bermaksud atau kata begitu..agak-agak lah kalau nak kencing. Bukan semua org bodo macam ko tahap lembu?
Ko jawab soklan aku lak.... kalau dah tak boleh menyelam, jadinya masa dibawa ke Malaysia dulu dia naik (pakai) apa pulak? Pakai BECA atau pun mungkin teksi kot. Elok la terserlah memang ko nie teramat biol...

2. Yang ko meroyan merendahkan tentera ada lori buat angkut budak sekolah jer apa pasal? Macam tentera tak payah berkeluarga dan punyai anak... Apa tak pernah pikir ker sampai sanggup kata tentera beli trak utk berperang tapi guna buat hantar budak kesekolah..
Ko ingat macam korang suruh bebudak jadi samseng taik kucing yg Belajor perangai haram jadah kat atas jalan kononnya reformasi kepala hotak ko...

Biarlah dia org nak buat apa pun.. hantar anak sekolah. Zuriat tu... tau la korang membangkang dan busuk perut... faham mentang-mentang lah ramai penyokong peliwat tu.. kenapa tak maki jer makamah yg sudah menjatuhi keputusan dan hukuman...  tau la gay tak beranak..


Ini juga bukan kali pertama penghinaan atau cacian kepada warga keselamatan. Sebelum ini juga dia juga pernah mengambil ungkapan Dato A Kadir Yasin dengan berbeza maksud dan isu bila secara terang tanpa memikirkan sensitiviti pasukan Polis diraja Malaysia meminta pengkritik di FB beliau supaya kononya jangan membuang masa dan ada baiknya pergi mengajar lebih 40 hingga 50 peratus yg tak reti mandi junub dan mengucap dua kalimah syahadah. (KLIK). 

Tengoklah sendiri dalam kejadian seperti nie... semua rakyat Malaysia malah seluruh dunia mendoakan keselamatan penumpang yg terlibat. Malah pemimpin seluruh dunia bersimpati Presiden Amerika Barrack Obama juga turut bersedih dan mendoakan keselamatan penumpang sebaliknya kita dapat melihat bagaimana Pembangkang tanpa ada kemanusiaan atau simpati membuat penghinaan dan ungkapan mengaitkan kesalahan berpunca dari kerajaan. Tanpa rasa belas ihsan juga mereka sempat menghina keupayaan terutama pihak keselamatan negara... segala tindakan juga membuktikan peranvai tak ubah macam anak babi jalan tunduk.. kesian mak bapak dema punyai anak waris sifat sidajal... astagfirullahulazim. Hasil didikan aljub...

Panglima Perang Cyber

Posted: 12 Mar 2014 11:08 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Pandangan 2 Sen @panglima_cyber Kehilangan #MH370

Posted: 12 Mar 2014 07:48 PM PDT


Beberapa iktibar dari kejadian ini boleh kita pelajari. Bukanlah saya ingin menangguk di air keruh namun sebagai Blogger sudah tentu saya  ingin untuk menulis tanpa menyelitkan spekulasi palsu untuk memerangkap emosi pembaca khususnya keluarga yang terlibat di dalam insiden paling menarik perhatian seluruh dunia ketika ini. 

Beberapa iktibar saya dapat simpulkan berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling kita iaitu : 

1. Allah ingin menunjukkan di atas kecanggihan teknologi ada lagi kuasa yang boleh mengalahkan teknologi tersebut. Kerana itu teknologi perlu disandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan Maha Esa dan Maha Berkuasa barulah keselamatan dan perlindungan akan diperolehi oleh semua yang menggunakannya.

2. Kecanggihan juga belum tentu akan menatijahkan sikap mulia apabila banyak berita palsu berlegar di ruang maya dan juga ruang  minda rakyat jelata. Perkara ini jelas menunjukkan bukan sahaja bab politik tetapi bab berita juga telah dicemari sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang tergamak menyebarkan berita palsu. Sepatutnya kecanggihan mengiringi ketinggian akal dan akhlak sehingga menyekat sebarang info palsu dari tersebar seperti taufan Katrina di Amerika.


                                                       Hurricane Katrina August 28 2005 NASA.jpg
Hurricane Katrina melanda Amerika pada 28 Ogos 2005


3. Pengguna juga didapati tidak memeriksa maklumat yang diperolehi lalu dengan cepat menyebar kan perkara tersebut tanpa mendapat kesahihan  atas apa yang disampaikan kepadanya. Lalu berlakulah perkara yang menyakitkan perasaan, mengancam keamanan yang jika tidak dibendung boleh membawa malapetaka lebih besar pada masa hadapan.

4. Ketika diuji dengan dugaan sangat besar maka kita melihat semangat beragama kembali mekar di dalam hati sanubari rakyat. Perkara ini berlaku tanpa dirancang meskipun ada juga bomoh yang muncul membuat ritual tidak sepatutnya dibuat di khalayak ramai sehingga menjadikan suasana makin keliru dengan apa yang berlaku.

Raja Bomoh


5. Situasi ini juga telah menyatukan fahaman agama dan politik rakyat di mana semua berganding bahu mendoakan penemuan pesawat yang dikatakan telah hilang tersebut. Walaupun berbagai spekulasi bertiup namun hakikat sebenar masih belum dapat dipastikan kesahihannya dan kita mesti terus berdoa dan berharap pada Yang Maha Berkuasa.



Panglima Perang Cyber
Penembak-Tepat.com
Khamis  13.3.2014

Opposition Leader @Ngakorming defamed tweet edited pic of @BarackObama #mh370 #prayforMH370

Posted: 12 Mar 2014 06:04 PM PDT


Opposition leaders defamed spread false picture of PRESIDEN UNITED STATE OF AMERICA MR BARACK OBAMA.

This is not the first time they do this disgraceful thing.

please read on these matters are done by Tian Chua previously


Please make sure all info checked first before disseminating in cyberspace.

thank you for spending your valuable time to read my blog.



Sent from my iPhone

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 12 Mar 2014 09:44 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 12 Mar 2014 09:15 PM PDT

PenangWasabi


#Pray for MH370 : Wajah, gambar pasport sama?

Posted: 11 Mar 2014 10:59 PM PDT


Jabatan Imigresen mengesahkan wajah kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing sepadan dengan gambar dalam pasport yang dibawa.

Ketua Pengarahnya, Aloyah Mamat berkata, kedua-dua penumpang itu yang menggunakan pasport milik warganegara Austria, Christian Kozel dan warganegara Itali, Luigi Maraldi berjaya melepasi pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pegawai bertugas berpuas hati dengan pemeriksaan yang dijalankan.

Katanya, kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu juga mempunyai tempoh visa sosial masih sah ketika diperiksa.

"Pegawai Imigresen yang bertugas pada waktu itu telah mematuhi semua proses operasi prosedur standard (SOP) ketika pemeriksaan dibuat dan didapati wajah mereka sama dengan gambar dalam pasport yang diperiksa.

"Pada masa sama, kedua-dua penumpang itu juga mempunyai visa sosial yang sah selama 90 hari iaitu dari 28 Februari hingga 28 Mei ini," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini hari ini.

Beliau berkata, penumpang yang menggunakan pasport warganegara Austria itu dikesan memasuki ke negara ini pada 28 Februari lalu pukul 8.28 malam, menggunakan pasport Austria bernombor P2979523 di kaunter Imigresen, K42, KLIA.

Aloyah berkata, penumpang itu juga menggunakan pasport yang sama ketika pemeriksaan di kaunter Imigresen, K30, KLIA pada pukul 10.07 malam Jumaat lalu bersama pas masuk oleh pegawai bertugas.

Mengulas mengenai penumpang yang menggunakan pasport warganegara Itali pula, beliau berkata, penumpang itu yang mendakwa tiba dari Phuket, Thailand menggunakan pesawat Qatar Airways 849 masuk ke negara ini pada pukul 8.31 malam 28 Februari lalu dan menjalani pemeriksaan di kaunter Imigresen, K49 dengan menggunakan pasport Itali, YA318917.

"Penumpang ini kemudian menjalani pemeriksaan di kaunter Imigresen, K31 pada Jumaat lalu pada pukul 10.43 malam dan selepas diperiksa dengan rapi, pegawai berkenaan melepaskannya.

"Selain itu, SOP Imigresen juga menanyakan soalan relevan terutama tujuan ke negara ini sebelum mereka dilepaskan," katanya.

Mengulas mengenai sistem biometrik, Aloyah berkata, sistem tersebut tidak dapat mengesan identiti kedua-dua penumpang itu berikutan mereka tidak pernah memasuki Malaysia sebelum ini.

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 12 Mar 2014 09:13 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Apakah Pesawat MH370 Akan Dijumpai Di Selat Melaka? #PrayForMH370

Posted: 12 Mar 2014 07:30 PM PDT


Amerika Syarikat Puji Operasi Mencari MH370 #PrayForMH370

Posted: 12 Mar 2014 06:32 PM PDT


Kanak Kanak Ini Turut Menunggu Kepulangan MH370 #PrayForMH370

Posted: 12 Mar 2014 09:30 AM PDT


Kenyataan Mak Lampir Ini Akan Buat Seluruh Wanita Malaysia Marah #PRKkajang

Posted: 12 Mar 2014 08:00 AM PDT


Siapa Patut Pengundi Kajang Undi? Tonton Video Ini #PRKkajang

Posted: 12 Mar 2014 06:00 AM PDT

)

Kapal USS Kidd & Helikopter US Dalam Misi Mencari MH370 #PrayForMH370

Posted: 12 Mar 2014 04:00 AM PDT



)

Luahan Sayu Anak Ketua Pramugara MAS Yang Menaiki MH370 Dalam Twitter #PrayForMH370

Posted: 12 Mar 2014 01:00 AM PDT



Jawapan Kapten Norudin Abdul Majid Ini Menginsafkan Semua Mengenai Kehilangan Pesawat MH370 #PrayForMH370

Posted: 11 Mar 2014 10:52 PM PDT

)

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 12 Mar 2014 03:31 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


#MH370: Penyelamat China kutip objek disyaki serpihan pesawat

Posted: 12 Mar 2014 03:01 PM PDT

Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Laporan agensi berita Xinhua menyebut, ditemui di satu kedudukan mungkin menjadi lokasi kehilangan pesawat tersebut, pada Sabtu.

Xinhua pagi ini menyiarkan gambar pasukan penyelamat sedang memungut satu objek berwarna oren dari permukaan laut.

Setakat ini belum disahkan sekiranya objek berkenaan dari MH370.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa objek yang ditemui didapati bukan dari pesawat tersebut.

Ujian dari satu tompokan minyak yang dijumpai juga mendapati ia bukan dari bahan bakar jet pesawat terbang.

#MH370: Mengapa jet pejuang TUDM tidak pintas pesawat misteri

Posted: 12 Mar 2014 08:08 AM PDT

Sepang: "Kami melihat rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370," kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, mengenai kehadiran satu pesawat tidak dikenali 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada pagi kehilangan pesawat MAS, Sabtu lalu.

Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial.
"Radar tentera tidak menunjukkan nama pesawat tetapi plot (pesawat) yang tidak dikenal pasti," kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentera sedang menganalisis semua maklumat berhubung kejadian.

Beliau berkata, tindakan memperluaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dilaksanakan lebih awal berikutan pihaknya memerlukan kesahihan dengan membandingkan rekod radar penerbangan awam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjelaskan terdapat perbezaan antara radar utama dan radar kedua.

Katanya, radar utama bagi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, gerakan SAR diperluaskan hingga 25,000 batu nautika ke Laut Andaman membabitkan 12 negara dengan penyertaan terbaru Jepun, India dan Brunei.

Beliau berkata, peluasan kawasan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka itu berikutan wujud kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik.

#MH370: Mayat pula ditemui di perairan Selat Melaka

Posted: 12 Mar 2014 07:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

"Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com.

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini.

Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini.

"Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS.

Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mayat-ditemui-di-selat-melaka-bukan-penumpang-pesawat-yang-hilang-31732?cp

Raja Bomoh #MH370: JAKIM keluar kenyataan media rasmi

Posted: 12 Mar 2014 07:20 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.
Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA

'Saya Yang Menurut Perintah'

DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014

Raja Bomoh mengaku kalah, bingung dengan insiden #MH370

Posted: 12 Mar 2014 07:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah 'menampar' mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas.

Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.

"Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada," kata Ibrahim dalam nada bingung.

"Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi,"

bomoh kelapa1"Saya ikhlas dalam hal ini," tambah beliau.

Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.

"Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,"

"Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam," ujar beliau.

Pesawat MH370 hilang dari radar Sabtu lepas sewaktu terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal berada didalam pesawat tersebut sebelum dilaporkan hilang setelah tidak tiba dilapangan terbang di Beijing.

Spekulasi dari pelbagai pihak telah muncul ekoran misteri kehilangan pesawat tersebut. Ramai yang mendakwa pesawat boeing itu terhempas dan ada juga yang meramal bahawa pesawat itu telah dirampas penjenayah.

Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi tidak dapat memberi jawapan tepat berkenaan status pesawat tersebut. Kenyataan pihak berkuasa didapati bercanggah antara satu sama lain.

FMT

#MH370: PDRM Nafi Ubahsuai Gambar Dua Individu Misteri

Posted: 12 Mar 2014 06:50 AM PDT

Asmawati menunjukan gambar dua penumpang yang menaiki penerbangan MAS MH370 menggunakan pasport palsu selepas sidang media di KLIA pada Selasa. - fotoBERNAMA
SEPANG: Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut.

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.

"Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan," katanya.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.

Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan dengan pengganas.

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol mengenalpasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.


TUDM kesan pesawat tak dikenali lepas #MH370 hilang

Posted: 12 Mar 2014 06:45 AM PDT

SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan, sebuah pesawat tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

"Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Rodzali berkata, pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliaumenafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Berlakon aksi ranjang tanpa kontrak punca Eina Azman 'buat hal'

Posted: 12 Mar 2014 01:01 AM PDT

Pelakon Eina Azman enggan mengulas lanjut isu perselisihan faham antara dia dengan pengarah sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia, berjudul 'Kuntilanak Ciliwung'.

Bagaimana pun setelah dipujuk pihak media, Eina sekadar memberikan kenyataan ringkas dan berjanji akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

"Saya belajar dari kesilaan dulu, saya takut salah cakap lagi nanti saya yang kena teruk. Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan pada satu sidang media yang akan saya adakan nanti.

"Okay sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan pengggambaran. Saya ekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mau bertanggungjawab dan apa jaminan saya. Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi di atas katil. Berdasarkan skrip saya, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut", kata Eina Azman ketika ditemui pada malam previu filem terbaru lakonannya, 'Zombie Kilang Biskut', bertempat di One Utama, malam tadi.

Baru-baru ini nama Eina Azman tiba-tiba 'panas' berhubung laporan sebuah akhbar tempatan menyebut Eina dikatakan 'buat hal' apabila dia meninggalkan lokasi penggambaran filem berkenaan selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak dapat ditunaikan oleh produksi.

Akibatnya, Eina melenting berlakulah pergaduhan antara dia dan penerbit filem tersebut sehingga dia bertindak meninggalkan set dan pulang sendiri.

Sementara pelakon Usp Wilcha yang turut berada sewaktu di majlis previu Zombie Kilang Biskut berkata, beliau telah dilantik oleh Eina sebagai perunding dan dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

"Minggu lalu semasa kami buat promosi filem 'Zombie Kilang Biskut' di Johor Bahru, Eina ada menceritakan masalah dia berkenaan isu ini kepada saya. Saya rasa bertanggujawab. Sepanjang kami berlakon bersama dalam Zombie, dia tidak pernah memberi masalah kepada produksi.

"Mengenai isu berkenaan, saya difahamkan dia tidak mempunyai kontrak langsung. Kalau tiada kontrak bagaimana dia boleh meneruskan penggambaran? Apa permainan pihak di sana? Malah Eina juga disuruh berlakon babak-babak panas. Apa sebenarnya tujuan produser filem berkenaan, mahu ambil kesempatan untuk filem beliau atau atas dasar lain? Saya juga dapat tahu Julia Ziegler mahu memulangkan semula duit kepada penerbit, tetapi dia di dakwa melanggar kontrak.

"Eina ada kirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada penerbit dan cuba menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di set. Tetapi pihak penerbit filem itu berkata, jika Eina ingin bercakap mengenai perkara itu, Eina boleh bercakap dengan peguam beliau. Terus saya katakan pada Eina, jangan angkat telefon sekiranya pihak di sana menghubunginya", katanya.

Usop juga mengesahkan satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat in dan sekiranya kedua-dua pihak mendakwa diri mereka dianiyai, masing-masing perlu mempunyai bukti.

"Kami sebenarnya tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana mahu menjaga baik hubungan dua hala. Kalau Eina dakwa dirinya dianiaya, dia mesti tampilkan bukti-bukti. Begitu juga dengan pihak di sebelah sana. Saya akan aturkan satu sidang media dan kami bersedia bersemuka dengan penerbit filem itu untuk menyelesaikan isu ini", kata Usop yang kini menguruskan syarikat khidmat perunding artis dibawa syarikat miliknya HD SLR Media yang baru dibuka sejak dua bulan lalu.

Malaysian Digest

Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek mirip serpihan #MH370

Posted: 12 Mar 2014 12:01 AM PDT

PORT DICKSON: Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam.

Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah Hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.

Katanya, dia yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan.

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya semalam.

Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada BH pagi ini.

Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.

"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan 'boarding' pada objek itu," katanya.

Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan.

Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM.

Berita Harian

(Video) Nora Danish lolos dari serbuan kelab malam haram?

Posted: 11 Mar 2014 11:01 PM PDT

Baru semalam kami menonton siaran ulangan rancangan 999 yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan telah menyerbu sebuah kelab malam di sekitar Bandar Utama minggu lepas.

Menerusi rancangan dokumentari tersebut, kelab tersebut dikatakan sudah 3 kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah. Terletak di tingkat atas sebuah bangunan, ketika hari serbuan, seorang artis dikatakan sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa sampai ke kelab berkenaan.

Menariknya, hari ini menerusi rakan media, Rotikaya, portal tersebut mendakwa bahawa artis yang telah menyambut harijadi pada malam serbuan berkenaan dipercayai Nora Danish.

Gambar diambil dari Rotikaya.com

Melalui artikel yang sama, portal tersebut turut menyiarkan sekeping gambar sedutan dari video 999 dan juga gambar yang dimuatnaik oleh Nora Danish ke laman Instagram-nya.

Apa yang menarik perhatian kami ialah, kedua-dua kad jemputan itu mempunyai design yang sama, menguatkan lagi spekulasi yang timbul.
)



Vietnam gantung operasi udara cari #MH370

Posted: 11 Mar 2014 10:22 PM PDT

KUALA LUMPUR: Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

Selain itu, menurut laporan AFP, operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya.

"Kami telah membuat keputusan untuk menggantung sementara beberapa aktiviti mencari dan menyelamat, sementara menunggu maklumat daripada Malaysia," kata laporan itu memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu sambil menambah bahawa bot masih mencari kawasan pearairan negara itu, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Malaysia telah memperluaskan pencarian untuk pesawat yang hilang itu ke Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari radius pencarian semula.

Sebelum ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pencarian digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan itu sambil berkata akhbar tersebut tersalah lapor.

"Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia dua kali, tetapi sehingga sekarang mereka tidak memberi jawapan kepada kami," kata Pham Quy Tieu apabila ditanya tentang laporan tersebut.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari 14 negara termasuk Malaysia, masih tidak lagi diketahui.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.

Astro Awani

Masih ada selebriti bangang persenda insiden #MH370

Posted: 11 Mar 2014 08:01 PM PDT

Ketika seluruh dunia terutama rakyat Malaysia dan insan terdekat berduka di atas kehilangan pesawat MH370, masih ramai rupa-rupanya individu yang sudah hilang deria sensitif mereka.

Kalau remaja yang sengaja meraih tumpuan ramai dengan menulis mesej tidak sepatutnya di laman sosial bolehlah kita faham, ini yang sudah sepatutnya matang dan berstatus selebriti pun sama naik.

Ingatkan golongan berhati kering ini mendapat pengajaran selepas insiden komen sinikal seorang bekas pemimpin persatuan dikecam, Isnin lalu, jejak menjengkelkan itu diikuti seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio pula.

Walaupun stesen diwakilinya itu tidak sepopular saluran lain, kata-kata kurang enak berkaitan kehilangan pesawat berkenaan, selain topik dibincangkan pada pagi berkenaan sangat memualkan.

Bukan setakat pendengar, orang ramai yang mengikuti laman sosialnya juga terperanjat apabila mendapati beliau cuba berbuat lawak kononnya seorang rakan lain berada di pesawat sama.

Sebagai manusia yang dikurniakan akal sempurna, diharap selebriti atau mana-mana individu pun jangan mempersendakan isu serius begini, apatah lagi ia membabitkan nyawa insan lain.

Pihak pengurusan atau penerbitnya juga perlu memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.

Cuba selami dan hormati perasaan keluarga terdekat dengan tidak menjadikan isu ini sebagai sendaan.

Berita Harian

Nasib malang seorang lelaki selepas perkosa kekasih sendiri

Posted: 11 Mar 2014 07:31 PM PDT

Hong Kong: Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya sebelum membunuh manggsa dengan tukul selepas lelaki itu merogolnya.

Yeung Ki, 41, semalam dituduh membunuh guru piano, Zhou Hui, 32, pada 26 Disember tahun lalu.

Dia mengaku tidak bersalah.

Yueng yang berasal dari tanah besar China dan menetap di Hong Kong, didakwa membunuh Zhou selepas setahun menjalinkan hubungan dengan suami orang itu.

Dia juga mendakwa lelaki itu meninggalkannya sewaktu dia mengandung dan banyak berhutang dengannya.

Pada malam kejadian, Zhou dikatakan memukul Yueng, menolaknya ke lantai dan menampar anak perempuan mereka, sebelum mengadakan seks secara paksa dengannya.

Selepas kejadian itu, Yueng mencampurkan ubat tidur ke dalam sup yang dihidangkan kepada lelaki itu, menggunting kemaluan Zhou ketika dia tidak sedarkan diri dan membuangnya ke dalam tandas.

Apabila lelaki itu terjaga akibat kesakitan, wanita itu memukulnya berulang kali dengan tukul sehingga mati, lapor akhbar tempatan yang memetik pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut laporan akhbar tempatan, Zhou sebelum itu mengugut menyebarkan gambar lucah Yeung yang dimilikinya di Internet kecuali dia memberinya HK$200,000 (RM 84,477) untuk membeli kereta.

"Perbicaraan kes ini akan diadakan selama 11 hari," kata jurucakap badan kehakiman Hong Kong. - AFP

Bapa noda anak gadis sejak usia 4 tahun di Ipoh

Posted: 11 Mar 2014 07:01 PM PDT

Ipoh: Tindakan seorang bapa menjadikan anaknya sebagai tempat memuaskan nafsu terbongkar apabila mangsa membuat laporan di Balai Polis berhubung kejadian berkenaan, petang kelmarin.

Sumber polis berkata, suspek berusia 40-an kini diberkas dan ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, suspek merogol anak kandungnya antara 2004 hingga 2007 ketika berusia antara empat dan tujuh tahun.

"Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang kini berusia 14 tahun.

"Mangsa mengadu dirogol bapa kandung disyaki seorang penagih dadah sejak berusia empat hingga tujuh tahun," katanya.

Beliau berkata, keluarga mangsa kemudian berpindah ke kediaman baru di Jalan Thambusamy di sini dan ketika di kediaman baru itu juga bapa mangsa sering mengajak mangsa melakukan hubungan seks tetapi tidak dipersetujui mangsa.

"Kejadian terbaru berlaku pada 9 Mac lalu jam 9 malam ketika mangsa di dalam bilik bersama ibunya.

"Bapa mangsa masuk bilik dan memeluk mangsa menyebabkan mangsa menjerit," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan.

TUDM nafi pesawat #MH370 dikesan di Pulau Perak

Posted: 11 Mar 2014 06:31 PM PDT

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan membuat pengesahan bahawa pangkalan udara Tentera Di-Raja Malaysia di Butterworth mengesan pesawat MH370 berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu lepas sebelum isyaratnya hilang tanpa sebarang petunjuk.

Kata beliau, laporan akhbar Berita Harian pada Selasa yang memetik kenyataannya itu telah tersalah lapor.

"Saya minta laporan itu dibetulkan bagi mengelak sebarang salah tafsir yang seterusnya tentang apa yang jelas tidak tepat dan salah lapor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Berita Harian melaporkan Rodzali berkata pada malam kejadian, pangkalan udara di Butterworth mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.

Menurut Rodzali beliau telah diminta mengesahkan kejadian itu oleh wartawan Berita Harian tetapi beliau tidak menjawab soalan tersebut.

"Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu ialah 'sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014 semasa sidang media bersama Ketua Angkatan Tentera di Sama-sama Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.

Pada sidang media itu, Rodzali berkata:

"TUDM tidak menolak kemungkinan pesawat berpatah balik ke arah bertentangan sebelum pesawat itu hilang daripada radar dan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan perairan Pulau Pinang."

6 sebab kehilangan misteri #MH370 - Pakar Penerbangan

Posted: 11 Mar 2014 06:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbngan MH370 sejak Sabtu lalu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.

Sebab-sebab itu adalah gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.

"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," katanya.

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan juruterbang hilang kawalan.

"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.

Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau juruterbang hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.

"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya.

Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.

Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.

Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.

"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau.

ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.

"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh itu, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," katanya. - BERNAMA

(Gambar) Pilot MAS benarkan dua wanita masuk ke kokpit?

Posted: 11 Mar 2014 04:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Satu siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Malaysia Airlines ke atas dakwaan yang dibuat dalam program televisyen Australia bahawa krew penerbangan MH370 yang hilang telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011.

Dakwaan dibuat oleh Jonti Roos dalam program 'A Current Affair' itu turut memaparkan gambar-gambarnya bersama seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.

Menerusi program itu Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama-sama dengan rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.

Dia seterusnya berkata semasa penerbangan pada Disember 2011, krew berkenaan turut bergambar dengan mereka.
Malaysia Airlines enggan mengulas sehingga siasatan selesai.

Penerbangan MH370, menggunakan pesawat B777-200 bertolak dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penyelamat antarabangsa masih mencari pesawat enjin berkembar yang membawa 239 orang di atas kapal. -Agensi

Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Mar 2014 01:40 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Video Bomoh Ala Laksamana Do Re Mi Permainkan Islam Dan Mangsa Tragedi #MH370 - Kenapa KLIA Tak Halau?

Posted: 12 Mar 2014 02:24 AM PDT


Selepas seorang bomoh mengaku Raja Bomoh membawa alat menangkap ikan untuk mencari pesawat MAS yang hilang beberapa hari lepas, hari ini 3 Laksamana Do Re Mi pula datang ke lapangan terbang KLIA untuk mengejar 'glamour'. Seharusnya pihak pengurusan KLIA tidak melayan tindakan bodoh, bangang dan khurafat ini yang boleh memalukan Malaysia di mata dunia. 

Kalau pandai sangat buat sajalah jampi serapah songsang di rumah. Agaknya kenapa ketiga-tiga mangkuk hayun ini tak naik 'tikar terbang' berkenaan untuk datang ke KLIA. Kenapa menaiki kereta? Siapa agaknya mangkuk hayun yang panggil bomoh-bomoh tiruan ini untuk buat kerja-kerja yang tidak berfaedah ini?

PKR Hari Ini Bentang 4 Manifesto Menipu Rakyat - Ini Hujah Bagaimana PKR Menipu #PRKKajang

Posted: 12 Mar 2014 12:00 AM PDT


Setiap kali ada PRK, setiap kalilah Rakyat dihidangkan dengan manifesto pembohong oleh PR. Tidak terkecuali di Kajang. PKR hari ini melancar empat teras utama manifesto PRK DUN Kajang. Manifesto itu dilancarkan calon PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat, di sini. Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

Pertama, isu kesesakan lalulintas bukan perkara baru di Kajang. Kerajaan Pusat telah dan sedang menyelesikan masalah berkenaan dengan membina projek 'Mass Rapid Transit (MRT)' di Kajang dengan jangkaan projek berkenaan akan siap pada tahun 2017. Projek berkenaan akan memberi manafaat kepada 1.2 juta penduduk yang menghubungkan Sungai Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, TTDI, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit Bintang , Pasar Rakyat ,Cochrane , Maluri , Cheras dan Kajang. Bagaimana pula Wan Azizah dan PKR bercadang hendak menyelesaikan masalah lalu lintas. Jalan atas angin?

Kedua, isu anak muda apa yang ingin diselesaikan oleh Wan Azizah? Sedangkan isu anaknya  sendiri Nurul Izzah dan suami, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, sebagai ibu bapa, tidak dapat selesaikan, apakah jaminan beliau hendak menyelesaikan isu anak muda? Untuk rekod, Mahkamah Rendah Syariah semalam memerintahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim supaya segera melantik wakil jawatankuasa pendamai dalam kes cerai yang difailkan Nurul Izzah. Hakim, Syarie Ab Malek Awang menetapkan 1 April bagi pasangan itu membawa jawatankuasa pendamai masing-masing ke mahkamah, dan jika mereka gagal berbuat demikian, mahkamah boleh menutup kes berkenaan.

Ketiga, dalam isu perbandaran pula teringat manifesto yang dibentangkan oleh YB Rodziah Ismail, ADUN PKR Batu Tiga. Katanya dalam manifesto berkenaan, Kerajaan PR akan membina stesyen bas baru mengantikan stesyen bas Seksyen 17 yang usang di Shah Alam. Sememangnya janji berkenaan akan ditepati. Namun bukan oleh Kerajaan PR Selangor sebaliknya Kerajaan Pusat. Baca keratan akhbar di bawah:



Mengenai manifesto keempat, isu keselamatan, nak selamat macam mana? Suami sendiri bekas banduan dan baru sahaja disabitkan dengan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat! Apa solusi yang hendak Wan Azizah tawarkan? Cawat besi untuk anak muda di Kajang?

NGO Cina Kajang Beri Sokongan Kepada @chewmeifun

Posted: 11 Mar 2014 05:30 AM PDT

Bertempat di Grand Ballroom, Hotel Imperial Uptown, Kajang, semalam, seramai 600 orang dari 100 NGO dan pemimpin-pemimpin dari tokong Cina sekitar Kajang menghadirkan diri untuk makan malam dan berdialog bersama pemimpin-pemimpin MCA.

Di dalam ucapannya, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berharap masyarakat Cina beri peluang bukan saja kepada calon tetapi kepada barisan kepimpinan MCA setelah MCA melalui transformasi parti. 

Sementara itu, calon BN bagi PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun, menyeru supaya beliau diberi kepercayaan dan sokongan penuh. Sekiranya beliau menang, ini bermakna beliau merupakan satu-satunya mewakili suara masyarakat Cina bagi pihak pembangkang di DUN Selangor nanti.

tun faisal dot com

Posted: 12 Mar 2014 01:36 PM PDT

tun faisal dot com


Fakta Perbezaan dan Persamaan di antara MAS #MH370 dan Air France #AF447 #PrayforMH370

Posted: 11 Mar 2014 09:39 PM PDT



Embedded image permalink




Begitu ramai pakar dan banyak negara yang menghulurkan bantuan



Begitu ramai yang mendoakan keselamatan penumpang, anak kapal dan pasukan pencari dan penyelamat MH370. Teruskan berdoa dan jangan putus asa..




Apa Yang Tersirat

Posted: 12 Mar 2014 01:33 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370: Teori Electronic Warfare: Pesawat Ada Harapan Selamat

Posted: 12 Mar 2014 08:21 AM PDT

20 penumpang pesawat malang MH370 merupakan jurutera semiconductor sebuah syarikat yang berpengalaman di Texas, Amerika Syarikat. Penumpang tersebut terdiri daripada 12 daripada Malaysia dan 8 daripada China. Setiap penumpang itu mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik pertahanan.

Kepakaran mereka termasuk "cloaking" iaitu kaedah merosakan sistem navigasi pesawat, di mana juruterbang merasakan melalui laluan yang betul, akan sebenarnya laluan sudah dilencongkan.Mereka juga mempunyai kepakaran "jamming" signal pesawat sehingga boleh hilang daripada dikesan radar, tanpa mengaktifkan sistem keselamatan pesawat.

Kemungkinan yang berlaku pada MH370, bahawa berlakunya "cloaked" terhadap pesawat itu, sehingga mengubah arah. Kemudian berlaku "jamming" sehingga hilang daripada radar awam dan tentera. Kepakaran mereka diakui sendiri oleh seorang pegawai Global Communications- Mr Mitch Haw. Menurut sumber, Freescale sedang menyediakan radio frequency power kepada aero angkasa dan pertahanan Amerika.

Atas sebab itu, selama 5 hari dan kini memasuki hari ke-6 operasi udara, darat dan laut tidak mampu mengesan pesawat malang itu, atas sebab pesawat itu "disembunyikan" oleh sejenis elektronik yang boleh menangkis pengesan, samada daripada satelitte atau sistem pengesan pesawat. Sistem yang digunakan hampir serupa seperti mana digunakan pesawat pengebom Amerika Sealth.

Jika terori ini benar, maka kemungkinan besar pesawat dan penumpang masih selamat, dan telah mendarat pada suatu lokasi tertentu jangkauan pesawat itu, iaitu 2,000 miles radius. samada terus ke laluan sebenar atau sebaliknya.

Tujuan sebenar perang elektronik ini adalah memalukan sistem pertahanan negara, juga sistem pertahanan Amerika dan China. Inilah yang digambarkan oleh AYT pada tulisan sebelum ini, bahawa satu organisasi tertentu bakal muncul sebagai hero.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh 42 kapal laut dan 39 pesawat dengan bantuan 10 satellite daripada China, selain bantuan pentagon dan NASA, yang meliputi 27 persegi batu nautika, 14 di lautan China Selatan dan 13 di Selat Melaka, seolah-olah pesawat mengalami kemalangan. Kebarangkalian pesawat mengalami kemalangan, agar tipis berlaku di laut, memandangkan kedalam lautan hanya 100-300 meter. Kalau terhempas di kawasan hutan dara, kemungkinan juga sukar dikesan, memandangkan di Malaysia tiada lagi hutan dara, maka jika pesawat malang itu terhempas di kawasan hutan, sudah lama dapat di kesan.

note:  New electronic weapons allow jamming, blinding, deafening and more, so that a plane could possibly vanish from radar detection and security systems would not be activated. Basic radar Electronic Counter-Measure strategies used in electronic warfare (EW) are: 1) radar interference, 2) target modifications, and 3) changing electrical properties of air.

MH370: 20 Pakar Perang Elektorik Dalam Pesawat

Posted: 12 Mar 2014 05:23 AM PDT


Jangan ambil mudah kehadiaran 20 pakar perang elektronik yang berada dalam pesawat malang MH370 itu. 20 pakar itu, memang pakar dalam "electronic warfare". Kemampuan mengganggu sistem komunikasi pesawat adalah satu kepakaran mereka.

Apa kah MH370 yang hilang misteri dalam kawalan pakar-pakar itu? atas sebab semua kemungkinan kemalangan biasa pesawat telah dianalisis dan diterokai. Kalau pesawat terhempas, pasti ada signal daripada kotak hitam, dan sudah tentu ada seripihan atau bangkai pesawat. Kalau pesawat ada masalah teknikal atau mekanikal, sudah tentu adalah panggilan kecemasan daripada juruterbang. Kalau berlaku letupan di udara, sudah tentu satelitte sudah mengesan imej letupan.

Kalau pesawat terhempas, kerana juruterbang bunuh diri, sudah tentu, bangkai atau serpihan pesawat dapat di kesan, selain signal kotak hitam (black box). Pesawat B777-200ER dilengkapi berbagai alat untuk dikesan dan menghatar data berkaitan pesawat. Namun, semuanya ini, tidak berlaku pada pesawat malang itu. Atas sebab itu, hanya melalui perang elektronik sahaja keadaan seperti ini boleh berlaku. Sokongan kepada anggapan itu, adalah dikhabarkan ada handphone daripada penumpang yang berbunyi jika dipanggil, ertinya pesawat telah mendarat pada satu lokasi dan terdapat signal/transmisi/liputan.

Misteri Kehilangan MH370: Masih Simpang Siur

Posted: 12 Mar 2014 03:26 AM PDT

Mengkoordinasi 42 kapal laut dan 39 pesawat terbang, suatu perkara dalam operasi menyelamat dan mencari pesawat B777-200ER MH370 yang hilang secara misteri sejak sabtu, 8 Mac 2014. Kawasan operasi kini seluas 27 persegi batu nautika, 13 di Selatan melaka dan 14 di Lautan China Selatan. Nampaknya, misteri kehilangan pesawat yang membawa penumpang seramai 239 termasuk 12 krew sehingga kini masih simpang siur.

Keadaan kelam kabut, menyelebungi operasi pencari, terutama tafsiran radar tentera dan awam. Radar awam hanya dapat mengesan pesawat malang itu jam 1.30 pagi sabtu, manakala radar tentera mengesannya pada 2.40 pagi, dalam posisi berpatah balik. Namun pada sidang akhbar sebentar tadi, pihak tentera, kurang pasti apa kah pesawat yang dalam posisi patah balik adalah pesawat malang itu? satu kekeliruan berlaku.

Apapun, usaha mencari pesawat malang itu meliputi dua kawasan, lautan china selatan laluan pesawat itu menuju Beijing dan selat Melaka.

Pihak berkuasa Malaysia, termasuk para pakar penerbangan tidak dapat mengesahkan apa-apa, terutama berkaitan dengan keselematan para penumpang dan krew, atas sebab, sehingga kini, tiada clue, apa kah pesawat itu mengalami kemalangan atau masih selamat.

Namun melihat cara operasi SAR yang meliputi 42 kapal laut dan 39 pesawat terbang, nampaknya clue yang digunakan adalah menganggap pesawat itu mengalami kemalangan, dan terhempas di kawasan yang liputan mecari.

Mungkin bahagian persiskan termasuk CIA atau FBI serta Pentagon dan perisik China sedang memantau semua kawasan yang berkemungkinan pesawat itu berada melalui imej satellite. Nampaknya, kehilangan pesawat mas MH370, telah mencabar teknologi komunikasi dan ketenteraan, bukan sahaja milik negara kita, akan tetapi juga Amerika serikat dan China.

Telah 5 hari dan memasuki hari ke-6, pesawat B777-200ER MH370, kehilangannya masih misteri. Berbagai terori telah dianalisa, berbagai kemungkinan telah diterokai, namun sehingga kini, semua yang terlibat buntu dan tidak tahu jawaban.

Misterinya Kehilangan Pesawat MH370

Posted: 11 Mar 2014 10:18 PM PDT

Misterinya kehilangan pesawat Mas B777-200ER MH370 yang membawa penumpang seramai 239 bersama 12 krew yang lepas landas pada 12.41 pagi Sabtu, dan hilang daripada radar kawalan udara Subang pada pukul 1.30 pagi dan daripada radar tentera pada pukul 2.40 pagi merupakan misteri penerbangan abad ini.

Kehilangan misteri pesawat itu bukan sahaja menjadi krisis di Malaysia, juga terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

Untuk masa ini, kita hanya mampu melihat bukti sejarah, mengapa sebuah pesawat berbadan lebar mengalami kemalangan.

Sebab-sebab itu adalah antaraa lain gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Sejarah menunjukkan bahawa tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," .

Mengenai kerosakan struktur, menyebabkan juruterbang hilang kawalan. "Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.

Menyentuh faktor kemanusiaan, tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau juruterbang hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Faktor cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. "Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU),"

Rampasan tiada kemungkin berlaku bagi MH370 atas sebab adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.

Jika pesawat terhempas, setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. Satu lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.

"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air,".

ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.

"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh itu, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan cara bergerak mundur.

Pesawat B777-200ER MH370, selepas hilang daripada radar, tidak diketahui nasibnya memandangkan tiada apa-apa signal atau panggilan mayday daripada juruterbang. Tiada data yang diterima melalui Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS).
 
Telah masuk 5 hari, peralatan canggih seperti satellite, pesawat terbang dengan peralatan canggih masih gagal megesan sebarang clue berkaitan pesawat malang itu. Vietanam salah satu negara yang membantu SAR, akan meneruskan pencarian melalui udara, namun laut untuk sementara dihentikan. China pula menambah dua  pesawat  pejuang untuk membantu SAR.

MH370: Persoalan Terbang Rendah. Mengapa?

Posted: 11 Mar 2014 06:15 PM PDT

Kehilangan misteri pesawat Mas B777-200ER MH370 kini memasuki hari ke-5. Sehingga saat ini, tiada clue di mana pesawat malang itu berada.

Teori yang paling dekat, apa yang berlaku pada pesawat itu, adalah kemungkinan dirampas dan didaratkan pada suatu lokasi rahsia. Indikator yang mendekati teori ini adalah, pihak TUDM mengesan, bahawa pesawat itu berpatah balik sebaik sahaja hilang daripada radar kawalan menara  Subang pada pukul 1.30 pagi (sebelum ini dikatakan 2.40 pagi). Radar biasa menjejaki pergerakan pesawat itu sehingga jam 1.30 pagi, namun radar TUDM  menjejaki signal pesawat itu sehingga jam 2.40 pagi.

Pesawat malang itu menurut radar TUDM dapat dijejaki sehingga jam 2.40 pagi, dan pada masa itu, posisi pesawat adalah berdekatan Pulau Perak di atas perairan Selat Melaka. Pesawat malang itu bertukar haluan dan terbang rendah selepas 1.30 pagi. Apabila pesawat terbang rendah, ianya sukar dikesan radar menara kawalan; apatah lagi semua tranponder dinonaktifkan.

Saksi mata membuktikan bahawa pesawat malang itu terbang rendah kira-kira 1,000 meter atas permukaan laut. Pada ketinggian itu, biasanya antena biasa sukar mengesan sebarang signal daripada pesawat, kecuali radar tentera.

Jika benarlah teori ini, seperti mana dinyatakan oleh pihak TUDM, maka kehilangan misteri MH370 merupakan satu konspirasi dan disengajakan.

Pesawat terbang rendah, tiada tujuan lain, ianya mengelak dikesan radar. Dikatakan selepas terputus hubungan dengan menara Subang pada pukul 1.30 pagi Sabtu, pesawat itu terbang rendah sejauh 500 km ke arah barat, sekurang-kurangnya untuk tempoh 1jam 10 minit. Pesawat itu membawa minyak yang cukup untuk terbang 7.5 jam bagi ketinggian 35,000-40,000 kaki atas permukaan laut, namun jika terbang rendah, ianya mampu terbang sekurang-kurangnya 4 jam. Pihak pencari dan penyelamat, perlu menumpukan pada lokasi jangkauan pesawat itu.

Persoalan terbang rendah masih merupakan satu persoalan besar. Apa kah yang berlaku? Mengapa? Apa kah ada seseorang yang mengawal pesawat itu di kokpit dan mengarahkan pesawat terbang rendah? perlu diingat, bahawa pesawat itu sedang membawa 12 jurutera microchips satu syarikat besar milik Amerika yang mempunyai kilang di Malaysia dan China. 
Pesawat terbang rendah? ertinya seseorang yang pakar dalam pengedalian pesawat berada dalam pesawat. Suatu fakta yang boleh diambil sebagai satu bukti, keadaan kokpit pesawat itu sungguh bising apabila berjaya dihubungi seorang juruterbang lain pada pukul 1.30 pagi menggunakan saluran kecemasan, percakapan co-pilot tidak jelas, sebelum hubungan putus.
Jika pesawat didarat di laut dengan sengaja, kemungkinan semua penumpang selamat. Sebabnya, pihak krew mempunyai masa yang cukup untuk mengarahkan penumpang menaiki raft penyelamat sebelum pesawat tengelam. Dalam pendaratan yang disengajakan di atas permukaan laut, sekurang-kurang 1 jam baru pesawat akan tenggelam. 
Pada pendaratan yang disengajakan atas permukaan laut; penumpang mampu membawa makanan dan minuman, atas sebab masa untuk itu mencukupi. Penumpang tidak panik, demikian juga krew. Apakah clue, terbang rendah, ada kemungkinan bahawa semua penumpang selamat, dan kini sedang terapung di laut? laut sudah tentu di di perairan Indonesia, Sri Lanka, Mnymar, juga tidak dapat diketepikan, perairan Pulau Krismas.

Akan tetapi, jika pendaratan di laut, biasanya sejenis alat yang menggunakan bateri sendiri yang disebut ULB=under water locator beacon apabila bersentuan dengan permukaan air secara automatik akan menghantar signal. Akan tetapi, yang belaku, tiada tanda2 signal seperti itu. Demikian juga jika pesawat tehempas, meskipun semua transponder dinonaktifkan, sejenis alat yang disebut ELT=emergency locator transmitters, alat ini juga menggunakan bateri sendiri, dan automatik aktif jika pesawat terhempas, namun signal daripada alat ini, tidak diterima. Ini lah yang menjadikan kehilangan pesawat MH370 suatu misteri penerbangan abad ini.

THE FLYING KICK

Posted: 12 Mar 2014 01:13 PM PDT

THE FLYING KICK


INSIDEN MH370: SAH! NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR YANG BERSALAH DALAM HAL INI!!!

Posted: 12 Mar 2014 12:59 AM PDT

TERLALU TERUJA NAK BERCAKAP ATAU SEBENARNYA ANTARABANGSA YANG CUBA BURUKKAN MALAYSIA?

Posted: 11 Mar 2014 09:19 PM PDT

Duke of UMNO

Posted: 12 Mar 2014 01:03 PM PDT

Duke of UMNO


DILEMMA: #MH370 VS PRK KAJANG, NAK PILIH MANA SATU?

Posted: 12 Mar 2014 07:34 AM PDT

Malaysia sedang mengalami 2 perkara yang menjadi perhatian umum buat ketika ini. Satunya ialah insiden kehilangan pesawat MAS, MH370, dan yang kedua ialah PRK DUN Kajang yang mula berkempen hari ini...

Terus terang saya katakan, sekiranya diberi peluang untuk memilih untuk membuat liputan antara kedua-dua perkara ini, saya lebih rela memilih membuat liputan insiden kehilangan pesawat MAS, MH370...

Nak tahu kenapa? Mari saya ceritakan sedikit...


Pada saya, PRK DUN Kajang merupakan satu drama yang dibuat-buat oleh Pakatan Haram. Satu pilihanraya kecil yang pada saya tak perlu pun dilakukan. Tapi mungkin pasal Rafizi dan Anwar fikir nak bantu Azmin kekalkan pengaruh dalam Selangor, maka berlaku la PRK DUN Kajang tu...

Pada saya, PRK Kajang tu buang masa, buang duit dan hanya memenuhi nafsu orang gila politik. Kalau boleh, tiap-tiap hari depa nak politik. Makan politik, tidur politik, semuanya depa nak politik. Selalunya orang yang gila kuasa saja buat macam tu...

Sekarang Anwar bakal masuk "kandang" semula. Tak tahu la dia akan ke mana, mungkin ke tempat lama di Sg Buloh atau mungkin Kajang. Kedua-dua tempat tu ada "kandang", kan? Mungkin orang paling tertekan dan perlukan kaunseling sekarang ialah Rafizi sebab plan dia tak menjadi...heh!

Saya lebih berminat untuk buat liputan pasal MH370. Bukan kerana "gila nama", tapi saya lebih gemar pada pengalaman seperti ini. Dulu saya pernah ke wilayah bergolak Rakhine di Myanmar dan saksikan dengan mata kepala saya sendiri bagaimana sengsaranya saudara kita etnik Rohingya.

Di sana, kami berdepan dengan pelbagai kerenah birokrasi, helah politik dan ancaman pihak tertentu. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya membawa pulang satu pengalaman yang sangat berharga bagi diri saya...

Berbalik kepada MH370, kalaulah saya berada di KL, dah tentu saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelitkan diri membuat liputan dalam insiden ini. 

Kalau saya terlibat operasi mencari MH370, saya sanggup naik kapal perang, kapal terbang, kapal friged, tapi jangan suruh saya naik kapal korek dah laaa... apa ke jadahnya naik kapal korek, kan? Heh! 

Dan sudah tentu detik yang paling dinantikan ialah ketika pesawat MH370 dijumpai. Kalau boleh, saya mahu berada di lokasi MH370 dijumpai. Kalau boleh saya mahu jejak kaki atau berenang tengah-tengah laut mengutip sisa barang MH370.. tu pun kalau terhempas kat laut laaa..kan? 

Betul. Saya lebih tertarik pada membuat liputan isu kemanusiaan, human interest. Terlalu banyak berpolitik pun kadang-kadang "tepu" jugak, kan? Sebagai manusia dan umat Islam, saya lebih tertarik pada sesuatu yang lebih holistik dan bermakna...

Maklum laa.. hidup kita kat dunia ni sekali je, kan? Jadi, buat la amal kebajikan dan dapatkan kehidupan yang menarik di bawah keredhaan Allah SWT....

Malangnya, saya positif mengatakan bahawa saya takkan berpeluang buat liputan secara live pasal MH370 tu. Sebab? Heh! Gila ke apa? Siapa saya nak ikut kapal perang semua tu? Blogger cabuk kampung je saya ni... mana layak bebbb! Kang kalau terpilih dah jadi "isu" pulakkk...kan? Heh!

Apa pun, saya ada menerima maklumat dari masa ke semasa mengenai MH370 ni. Maklumat rasmi pulak tu. Kadang-kadang info dari luar negara pun saya dapat. Selalunya dapat dari informer saya la... kalau tak dapat dari Brader Awani, saya dapat dari En Tee Vee Tri.. tak pun dari Cik Mai News Hab... Hahahahahahaaaaaa.... larikkkkkk...!!!

BOIKOT SIDANG PARLIMEN: APA KENA MENGENA HAKIM DENGAN PARLIMEN..???!!!

Posted: 12 Mar 2014 05:32 AM PDT

Semalam hari perasmian sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-13. Dan sebagaimana maklum, puak Pakatan Haram meragam tunjuk perangai buruk depa di sidang parlimen tu..kononnya boikot la tuuu...

Depa bagi alasan boikot hari perasmian sidang parlimen tu sebab protes hukuman Mahkamah Rayuan pada Anwar Berahim. Depa tak puas hati... Tak puas hati punya pasal, depa tak pakai pakaian rasmi istiadat sebagaimana majlis lain yang dirasmikan DYMM Yang DiPertuan Agong...

Depa cuba tunjuk perangai buruk depan DYMM Agong dengan memakai pakaian suit kot kaler gelap. Depa tak hadir majlis perbarisan kawalan kehormat dan majlis santapan diraja. Hari ni pun depa nak boikot sidang Dewan Rakyat...


Pelik tak perangai depa ni? Alasan yang depa bagi tu langsung tak masuk dek akal. Tak logik betul! Cuba bayangkan...

Depa boikot keputusan Mahkamah Rayuan. Keputusan tu diputuskan oleh 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan. Hakim-Hakim tu bukan Ahli Parlimen BN pun. Hakim-Hakim tu takde kena mengena dengan sidang Parlimen pun... kan?

Dah tu? Awat pulak yang depa nak boikot perasmian sidang Parlimen? Awat pulak yang depa tak mau hadir majlis perbarisan kawalan kehormat dan majlis santapan diraja. Hari ni pun depa nak buat perangai hodoh jugak? Apa Hakim-Hakim tu ada di Parlimen ke apa?


Awat? Depa ingat Hakim-Hakim tu heran sangat depa nak boikot sidang Parlimen? Hakim-Hakim tu dok kat Mahkamah laaaa... bukan di Dewan Rakyat. Yang puak Anwar Berahim boikot sidang Parlimen tu apahal? Apa punya "tuuuuuurrrrrrr.."..!!!

Saya lihat, puak Pakatan Haram ni makin lama makin teruk. Makin "sangap" daya pemikiran depa. Paling teruk, ada pulak rakyat yang "termakan" dan terpengaruh dengan puak-puak Pakatan Haram ni... Mungkin IQ depa tu lemah sangat kot sampai mudah diperbodohkan begitu...?

Kalau betul nak protes keputusan Mahkamah Rayuan tu, buat la kat depan Mahkamah Rayuan tu. Buat demo lagi. Buat banner dan maki hamun ketiga-tiga Hakim tu puas-puas. Alaaaa...macam tak biasa... selalu buat, kan? Buat macam tu baru la berkait dengan Hakim-Hakim tu...kan?

Lepas tu, baru la senang sikit nak "diangkut" masuk "black maria". So sempat la jugak 2-3 hari temankan Anwar dalam "kandang" tu nanti. Takde la Anwar Berahim sunyi sangat kat "dalam" tu...kan? Heh!

#MH370: TERKINI 82 KAPAL & PESAWAT, 12 BUAH NEGARA LUAR

Posted: 12 Mar 2014 02:35 AM PDT

Cuba perhatikan gambar di atas. Kalau dicampur dengan Perancis yang on the way hantar bantuan misi SAR pesawat MH370, maksudnya sudah genap 12 negara luar turun membantu. Paling menarik, Malaysia ketuai misi mencari dan menyelamat MH370 tu...

Kalau dirujuk pada poster kat atas, semuanya ada 74 buah kapal dan pesawat udara yang terlibat dalam usaha mencari MH370 ni. Tapi update terkini menunjukkan semuanya dah berjumlah 82 buah kapal dan pesawat setelah ditambah bilangannya di hari ke-4, semalam.

Betul, kalau hanya berdoa saja, tapi tak berusaha sedaya upaya cari MH370 tu, sampai kiamat pun payah nak jumpa kecuali Allah SWT izinkan. Dan sebab tu Allah SWT suruh kita berusaha dan berdoa padaNya dalam apa jua masalah yang kita hadapi...



Jadi, saya mintak sama-sama la kit teruskan usaha ke arah yang lebih positif dalam usaha mencari MH370 ni. Mana yang tak mampu turun padang bantu, kita boleh berdoa dan beri sokongan moral dari jauh...

Mana-mana nelayan yang turun memukat di laut tu tengok-tengok la sama..mana la tahu terjumpa sesuatu yang penting, kan?

Sesiapa yang pakar dan berpengalaman tu, tak payah la tunggu jemputan karpet merah untuk membantu beri pandangan. Pergi saja ke KLIA tu kalau betul niat nak bantu... 

Dan hentikan la spekulasi pasal MH370 tu. Tak payah la kusutkan keadaan. Orang dok sebok "rungkai benang yang terbelit", depa sebok pulak "kusutkan lagi benang tu".. ada patut ke?

Satu dunia turun bantu kita cari MH370. Maksudnya, dunia memang respect habis pada Malaysia dan terbukti negara kita memang dihargai serta punya hubungan baik dengan negara luar. Jadi, sebagai warganegara yang baik, kita perlu tunai apa yang kita mampu bantu dalam insiden ni..kan?

Amacam? Setuju? Orang luar sebok bantu, kita pulak yang macam-macam, komplen itu dan ini... bantu tak nak...asyik nak kondem jer? Patut ke Leman weiii..???

#MH370: KISAH ANAK GADIS PRAMUGARA MAS TERSENTUH SIFAT KEIBUAN TUN SITI HASMAH...

Posted: 11 Mar 2014 11:32 PM PDT

Rasanya satu Malaysia mengiktiraf Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang begitu kaya dengan sifat keibuan yang tinggi. Meskipun suaminya bukan lagi Perdana Menteri, bonda Siti Hasmah begitu ramai peminat di negara kita sama ada generasi lama mahu pun generasi baru...

Baru-baru ni Tun Siti Hasmah ada melawat keluarga para penumpang dan krew pesawat MH370 di Everly Hotel, Putrajaya. Beliau bertemu dengan salah seorang anak perempuan pramugara pesawat tu, Andrew Nari.

Anak gadis yang dikenali dalam Facebook dengan nickname "Gorgxous" tu begitu tersentuh dengan kehadiran Tun Siti Hasmah... apa pula kisahnya? Ikuti ceritanya di bawah...


SEORANG remaja perempuan yang merupakan anak kepada seorang daripada 12 anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Andrew Nari hari ini menyuarakan kelegaan selepas bertemu dengan isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam.

Remaja itu yang menggunakan tweethandle @Gorgxous_ memegang kata-kata nasihat dari Tun Dr Siti Hasmah yang mahu dia terus tabah dan menunggu khabar terkini berkenaan kehilangan pesawat MH370.

"Apabila Tun Dr Siti Hasmah memeluk saya, dia berkata "Kuatkan diri, dan teruskan berdoa, kenangkanlah saat gembira dalam kehidupan" beliau sungguh cantik," katanya dalam tweetnya semalam.

Sebaik mengetahui kehilangan pesawat yang turut dinaiki bapanya Andrew yang bertugas, Gorgxous_ tidak henti-henti bertweet kata-kata rindu meminta bapanya agar segera pulang ke rumah ke pangkuannya.

Gadis itu adalah sebahagian daripada ahli keluarga daripada kesemua 239 penumpang MH370 yang juga menanti-nanti khabar berita terkini berkenaan di mana lokasi pesawat berkenaan.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya hadir di Hotel Everly, Putrajaya bertemu keluarga mangsa rakyat Malaysia yang ditempatkan di hotel itu sementara operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Apabila pesawat MH370 ditemui kelak, kesemua ahli keluarga penumpang difahamkan akan dibawa ke lokasi pesawat ditemui untuk proses seterusnya iaitu menyelamat. – MYNEWSHUB.MY

#MH370: HARAP MENTERI-MENTERI NI HATI-HATI BUAT KENYATAAN MEDIA DI KLIA TU...

Posted: 11 Mar 2014 09:33 PM PDT

Kita semua tahu seluruh dunia sekarang ni sedang menumpukan perhatian mereka ke Malaysia. All eyes memang tengah tengok Malaysia sekarang ni, bukan sebab PRK Kajang, tapi pasal insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih "misteri"...

Sejak hari pertama MH370 dilaporkan hilang, memang ramai yang kelam kabut. Antaranya Dato' Seri Hishamuddin dan Dato' Seri Zahid Hamidi, sorang pegang jawatan Menteri Pengangkutan dan sorang lagi pegang KDN... 

Cuma...saya heran la jugak Pak-Pak Menteri kita ni..bila bercakap pasal MH370, diorang tak check dulu ke fakta ke...sedia dengan maklumat-maklumat ke... apa yang berkaitan pasal MH370 tu la... Maklum la.. kat depan tu bukannya ada media tempatan je.. media asing pun berlambak!


Kalau reputasi Pak-Pak Menteri tu macam Tun M, saya tak kisah la. Wartawan media asing nak tanya soalan kat Tun M pun mengeletar tangan pegang pen dan buku catatan... silap tanya, memang kena "makan dalam" la jawabnya...heh!

Hishamuddin misalnya sebelum ni entah penat ke, ngantuk sangat ke, ntah apa pasal, selamba je cakap 4 orang yang disyaki guna passport palsu. Ntah mana dia dapat maklumat tu pun saya tak tahu...

Tapi mujur la Ketua Pengarah DCA, MAS dan agensi terlibat cepat-cepat counter, betulkan balik fakta tu. 2 orang saja la bro... Mana angka 4 tu? Kalau betul mengantuk tak cukup tidur, balik la rumah tidur dan dapatkan rehat yang cukup... jangan malukan Kerajaan Malaysia depan media asing..

Zahid pulak, tiba-tiba saja "temper" kat pegawai imigresen yang check passport penumpang MH370 tu. Selamba dia "balun" kononnya pegawai imigresen tak mampu beza rupa "lelaki asia" dan "eropah". Lepas tu cakap pulak nak ambil tindakan sekiranya didapati cuai dalam tugas...

Lepas tu, mungkin Zahid termakan pulak kenyataan interpol yang kononnya pihak imigresen tak gunakan maklumat "Suspect List" (SL) dalam database interpol. Zahid persoal lagi pulak isu tu pada Jabatan Imigresen...

Pada saya, sepatutnya Zahid perlu pertahankan dulu Jabatan Imigresen. Jabatan tu bawah KDN, kan? Takkan nak malukan KDN depan media antarabangsa? Takkan nak low standardkan penguatkuasaan di Kementerian sendiri?

Semalam dah terbukti. Semua tu salah Interpol sendiri. Depa tak masukkan pun kedua passport lelaki tu dalam database depa. Maknanya, nombor passport tu tak masuk senarai SL pun.. habis tu macamana Jabatan Imigresen nak check? Kalau check pun dah tentu lepas...

Pasal Imigresen lepaskan passport palsu tu, mana-mana negara pun berlaku hal macam tu. US yang paling canggih tu pun ada kes macam tu jugak. Kat Jepun pun sama.. cuma Anwar je la yang "tak lepas" hari tu...kan? Heh!

Orang nak tiru passport ni.. kalau dah memang terer, maka depa boleh buat sebijik macam passport original. Memang payah nak trace. Lagipun, takkan la pegawai imigresen tu "buta" sangat kot tak reti beza lelaki asia dengan eropah...

So pada Dato' Seri Hisham dan Dato' Seri Zahid, saya harap Dato'-Dato' Seri check dulu fakta dan jaga nama baik Kerajaan serta Kementerian masing-masing.. Bukan apa Dato' Seri, satu dunia tengah tengok kita sekarang ni.. tersasul sikit dalam press conference pun boleh jadi isu wooo...heh! 


P/s: Sekadar teguran membina saja Dato'-Dato' Seri... jangan la marah saya... nanti saya belanja roti canai dan ayaq suam kalau mai Kedah...saya sebut pasai saya sayang la tuuu...heheheeee...

#MH370: KURANG AJAR PUNYA MEDIA AUSTRALIA "A CURRENT AFFAIR"..!!!

Posted: 11 Mar 2014 07:33 PM PDT

Ni yang saya menyampah dengan media asing ni. Tengah semua orang sebok cuba selesaikan insiden MH307, depa buat hal. Tengah orang sebok cari MH370, depa cari pulak kesalahan co-pilot, Fariq Ab Hamid..!

Betul-betul menaikkan darah orang laaa..! Tak faham sensitiviti keadaan ke? Lantak la nak buat liputan pasal MH370 sekali pun, tapi cuba la bermoral sikit. Jaga la perasaan keluarga penumpang dan krew MH370... ingat best sangat ke "exclusiveness" story bodoh tu?

Begini ceritanya...Ada program TV di Australia tu.. "A Current Affair" namanya..


Depa interview sorang minah salleh ni. Saya malas sebut namanya. Kononnya Fariq ni bawak minah salleh aussie ni masuk kokpit kapal terbang dan melepak kat situ dari Phuket ke KL. Paling teruk, minah tu kata Fariq hisap rokok dalam kokpit tu...

Eiiii..!!! Apa ke halnya media Australia tu cerita semua tu? Kalau cerita semua tu kat public maka pesawat MH370 akan muncul tiba-tiba? Cerita semua tu kat satu dunia akan selesaikan masalah MH370 tu ke? 

Apa punya etika la "A Current Affair" ni pakai?!!! Kurang ajar sangat ke? Itu pun tak reti pikir?

Saya nak tanya, program TV kat Australia tu tahu tak kesan dari apa yang depa siarkan? Atau memang "A Current Affairs" tu sengaja cari pasal? Kenapa nak buruk-burukkan Fariq time macam ni? Nak kena lempang laju-laju?

Tak payah cerita banyak la... start hari ni, jangan benarkan mana-mana wartawan "A Current Affair" dari Australia tu cover apa-apa cerita pasal MH370 tu. Pihak berkuasa Australia patut ambil tindakan tegas pada program TV tu serta merta atas alasan tak jaga sensitiviti isu..! Immediately!!!

Dalam masa yang sama, "A Current Affair" dan minah salleh Aussie tu perlu mintak maaf secara terbuka pada keluarga Fariq atas cerita bodoh depa tu. Kalau tidak, tak payah jejak kaki lagi ke Malaysia ni... kurang ajar betul!

Mujur la MAS bijak tangani isu bodoh yang tiba-tiba muncul ni. Jawapan pun consider okay, tak mengarut....thumbs up!
Malaysia Airlines has become aware of the allegations being made against First Officer, Fariq Ab Hamid which we take very seriously. We are shocked by these allegations.

We have not been able to confirm the validity of the pictures and videos of the alleged incident. As you are aware, we are in the midst of a crisis, and we do not want our attention to be diverted.
We also urge the media and general public to respect the privacy of the families of our colleagues and passengers. It has been a difficult time for them.

The welfare of both the crew and passenger's families remain our focus. At the same time, the security and safety of our passengers is of the utmost importance to us. -MAS

#MH370: CERITA HARI KE-4, SEMOGA CAHAYA ITU BAWA KITA PADA PESAWAT...

Posted: 11 Mar 2014 05:31 PM PDT

Semalam hari ke-4 negara kita mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. Tak banyak maklumat yang diperoleh. Namun semalam kita digemparkan dengan laporan polis dari sekumpulan pemuda di Terengganu...

Menurut laporan media, depa ni semua 8 orang tengah santai-santai di Kampung Pantai Seberang Marang. Tiba-tiba depa ternampak cahaya aneh dan terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas pada hari MH370 dilaporkan hilang...

Depa ingat takde apa-apa yang berlaku. Depa balik rumah masing-masing dan tidur. Tapi esoknya bila dengar laporan media pasal MH370 tu, depa ramai-ramai pergi ke pantai tersebut.. mana la tahu apa yang depa nampak dan dengar malam tu berkait dengan MH370 tu...


Bila keadaan semakin kecoh pasal MH370 tu, maka depa terfikir la nak ceritakan pasal cahaya aneh dan bunyi kuat tu pada pihak berkuasa semalam. Mana la tahu dapat bantu siasatan kes MH370 tu..kan?

Pada masa yang sama, dua orang kaki pancing pun ada cerita yang lebih kurang brader-brader kita kat Marang tu... Cuma dua kaki pancing ni berada di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu...

Depa kata, depa ada ternampak cahaya putih berkelip-kelip macam kapal terbang. Peliknya, cahaya putih yang macam kapal terbang tu terbang rendah dan kemudiaannya hilang lebih kurang pukul 2.30 pagi.

Lebih pelik lagi, tiba-tiba depa tengok pulak  cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat depa memancing tu... cahaya apa agaknya tu sampai setengah jam?

Itulah cerita baru hari ke-4 insiden MH370 selain kenyataan ATM yang mendakwa MH370 berpatah balik dan melalui Selat Melaka...

Syabas dan terima kasih la pada brader-brader kita di Terengganu tu. Mungkin ada yang pandang remeh dan perlekeh maklumat dari brader-brader tu. Tapi pada saya, tindakan brader-brader tu memaklumkan maklumat berkenaan sangat wajar dipuji...

Itu bermaksud bahawa brader-brader kita tu prihatin dan sanggup tampil membantu siasatan mencari MH370. Berbanding dengan segelintir yang asyik dok bergebang di kedai kopi cakap politik kosong,  brader-brader kita di Terengganu tu jauh lebih berkualiti dari depa...kan? 

Apa pun, kita mengharapkan maklumat yang lebih positif dari pasukan SAR kita hari ni. Hari ni hari ke-5. Mohon Allah SWT beri petunjuk dan bantu misi SAR kita hari ni sampai pesawat MH370 tu ditemui...Aminnnn... insyaAllah...

Ditambah pulak dengan 4 laporan dari Kelantan kat bawah ni... insyaAllah... dah "dekat" dah kot...
KOTA BHARU 11 Mac - Empat laporan polis yang dibuat oleh orang awam di empat kawasan berbeza di negeri ini yang terlihat objek terbang rendah pada pagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang menunjukkan arah yang sama iaitu 350 darjah utara ke arah Laut China Selatan. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan laporan tersebut, individu-individu terbabit mendakwa melihat pesawat berkenaan masing-masing di Kuala Besar, Kampung Pasir Kasar, Sering, Kota Bharu, Geting, Tumpat dan Pantai Senok, Bachok.

"Keempat-empat laporan yang dibuat itu juga menunjukkan mereka melihat pesawat tersebut pada masa yang lebih kurang sama iaitu sekitar pukul 1 sehingga 2 pagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum menyerahkan laporan polis yang difailkan oleh saksi-saksi tersebut kepada Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kota Bharu, Suaidi Yusoff di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE.

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Mar 2014 11:18 AM PDT

PEJUANG BANGSA


PEMIMPIN PAS CAKAP #MH370 HILANG DI ALAM JIN VS TOK BOMOH ALAM BUNIAN

Posted: 12 Mar 2014 10:08 AM PDT




Isu pesawat MH370 terus menemui jalan buntu.   Pelbagai teori konpirasi tersebar di dunia maya. 

Kononya pesawat tersebut dilencongkan ke kawasan lain, dirampas oleh pengganas dan perisik, sampai satu tahap ade yang mendakwa pesawat tersebut telah dilencong ke Rusia, ada pula yang mendakwa ia sandiwara kerajaan, kemudian semakin ramai pula rakyat Malaysia yang buat lawak bodoh, menghina mangsa kejadian, menyerang peribadi pilot dan tak kurang juga mengambil peluang untuk membuat bisnes?

Hari ini kita digemparkan ada pesawat yang berpatah balik tetapi  tidak dapat disahkan oleh ATM



)

SEPANG: Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan bahawa pesawat yang berpatah balik itu tidak dapat disahkan sebagai MH370. 

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, namun tidak mahu mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan. 

"Kita kaji rakaman semula daripada radar dan ia buktikan ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.





Selain itu , kehadiran Tok Bomoh Dunia yang melakukan aksi alam tikar Zam Zam Alakazam  filem Laksamanakan Doremi di KLIA   menjadi bahan lawak dan mendapat kecaman pelbagai pihak 






Mereka mendakwa pesawat MH370 berada di alam misteri yang disembunyi  bunian . klik di sini

Menariknya , seorang  pemimpin PAS pulak mendakwa pesawat MH370 hilang di alam JIN .






PENDEDAHAN KATA-KATA TERAKHIR #MH370 KEPADA PUSAT KAWALAN #PRAY4MH370

Posted: 12 Mar 2014 07:36 AM PDT




Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) mendedahkan, juruterbang memberi makluman yang baik ketika ketika perbualan terakhir sebelum pesawat itu gagal dikesan, Sabtu lalu.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan penolong pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu itu menyebut, juruterbang memaklumkan "OK roger, good day," sebelum radar kedudukan pesawat tersebut gagal dikesan.

"Ketika mahu menyerahkan (kawalan udara) kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Kapten Zaharie Ahmad Shah), beliau memberi respons yang baik.

"'OK roger, good day (Baik. Sekian, terima kasih)', itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum rada kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari."

Menurutnya, kesemuanya berjalan lancar di awal 40 minit pertama penerbangan selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 12.40 awal pagi,

"Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pengkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

DIMENSI

Posted: 12 Mar 2014 11:18 AM PDT

DIMENSI


N25 PRK Kajang: Father Khalid mengilai seram dalam dewan rakyat!

Posted: 12 Mar 2014 08:30 AM PDT


Pembangkang tuduh wujud campur tangan dalam kes Anwar

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang ahli pembangkang menuduh wujud campur tangan kuasa Eksekutif dalam kes hukuman penjara terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. 

"Kita tidak hadir (Dewan Rakyat semalam) atas sebab kita protes campur tangan Eksekutif dalam persoalan pihak badan kehakiman kerana kes itu sudah dibawa ke depan," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam). 

Dakwaannya itu menimbulkan kekecohan hampir 20 minit sehingga ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional bangun dan bertikam lidah mempersoalkan dakwaan Khalid itu. 

Tan Sri Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) kemudian bangun dan meminta Khalid mengemukakan bukti dan bukan sekadar membuat dakwaan kosong berikutan kes itu sendiri sudah ditangguhkan beberapa kali. 

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said, kemudian meminta semua pihak bertenang dan tidak meneruskan kekecohan. 

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas. 

Persidangan Dewan bersambung esok. 
- BERNAMA 

p/s: mintak2 jijah tak melolong lari ke hulu ke hilir depan penjara kajang pakai kain batik lepas kehkehkehkeh >D

IPOHMALAY

Posted: 12 Mar 2014 09:31 AM PDT

IPOHMALAY


Riau kemarau, Jakarta banjir

Posted: 12 Mar 2014 06:52 AM PDT

Cuaca kering dari himesfera utara turut memberi kesan kepada Riau apabila kebakaran tanah gambut memburukkan jerebu di Medan, Padang dan Pekanbaru.



Sementara itu di Pulau Jawa,  banjir melanda Jakarta akibat hujan lebat yang turun mulai pagi tadi dan corak cuaca basah ini telah berlanjutan sejak sebulan lalu.

Punca Jerebu Mac 2014

Posted: 12 Mar 2014 12:54 AM PDT



Menghairankan. Ketika teman naik pesawat ke Krabi pada 27 Februari lepas, terlihat jelas kebakaran yang berlaku di pinggir barat KLIA dan sehingga teman lihat imej satelit MODIS Aqua 11 Mac 2014 di atas, kebakaran tersebut masih terjadi.

Tidak guna melarang orang ramai membakar secara terbuka dengan ancaman denda sehingga RM100,000 jika kebakaran di sebelah pintu masuk negara yang berlanjutan berminggu-minggu itu belum pun dipadamkan.

Jerebu kali ini tidak boleh dipertundingkan ke masalah kebakaran di Riau yang ternyata sudah terlalu kritikal. Mujur sahaja angin tidak bertiup dari sana pada masa ini. Jika tidak, IPU dengan mudah boleh mencecah 500.

Jerebu yang berlaku di Semenanjung kali ini berpunca dari kebakaran dalam negara dengan punca terbesar dari negeri Pahang iaitu kebakaran di kawasan Muadzam Shah, Pekan dan Gambang di mana asap kebakaran tersebut dalam cuaca kering ini bergerak sehingga 300 km ke sebelah barat dan menyelimuti Lembah Klang pada ketika tertentu.

Selangor mencatatkan kebakaran besar di sekitar Banting dan Hulu Selangor dengan asap memasuki Selat Melaka, menambah lagi kepekatan jerebu di wilayah Riau walaupun dalam kadar yang nipis berbanding dengan kebakaran yang tercetus di sana.

Juga, berlaku kebakaran di beberapa kawasan terpencil di pantai timur Johor yang turut menyumbang jerebu di sana.

Janganlah terlalu menunjukkan kita tidak berdaya dalam menangani krisis ini yang mencetus masalah kesihatan kepada jumlah masyarakat yang rawan kepada penyakit yang berpunca kepada kemerosotan kualiti udara. 

Adakah hanya jika jerebu tebal menyelimuti 24 jam, barulah tindakan tergesa-gesa diambil?



Kisah seorang lagi juruterbang MH370 yang hilang, yang kurang diketahui umum

Posted: 11 Mar 2014 04:36 PM PDT

Setelah menyingkap tentang hebahan media Australia mengenai salah seorang juruterbang yang mengendalikan pesawat MH370 yang hilang, disingkap pula kisah seorang lagi juruterbang pesawat malang tersebut yang ternyata, berbeza personaliti dengan yang seorang lagi.

Beliau ialah Kapten Zaharie Ahmad Shah yang rapat dengan Kapten Norudin Abdul Majid, juruterbang yang bertanggungjawab memperkenalkan Boeing 777-200 kepada Malaysia Airlines yang membuatkan penonton TV3 terpana dengan kenyataan beliau semasa diwawancara dua hari lalu di waktu perdana berhubung kehilangan pesawat MH370.

Kapten Norudin menjelaskan dengan penuh hikmah tentang soalan bagaimana cara untuk menjadi juruterbang yang baik, iaitu seseorang juruterbang itu mestilah dekat pada Allah dan melaksanakan solat 5 waktu tanpa meninggalkannya. Frasa yang diungkap olehnya " di mana berakhirnya sains, disitulah bermulanya qudrat Allah" pantas menjadi popular dan Kapten Norudin dengan pantas disokong oleh ramai orang Islam di Malaysia pada ketika ini atas dakwahnya di saluran TV di waktu perdana.

Apakah kenyataan beliau adalah cerminan penyampaian jujur ke atas apa yang berlaku hari ini di kalangan petugas penerbangan?

Apakah percanggahan personaliti dua juruterbang yang mengendalikan pesawat MH370 yang hilang ini berkait dengan misteri kehilangan pesawat tersebut? 

Seorang yang telah berusia dengan pengalaman penuh di dada dan mempunyai kekuatan spiritual dan seorang lagi yang masih muda, masih memberontak jiwanya seperti orang muda yang lain.

Manusia yang tidak mengetahui apa-apa hanya mampu membuat spekulasi. Pun begitu di bawah ini adalah petikan dari sebaran di Facebook Anak Pendang Sekeluarga


Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan #MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah #PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.

Siapa itu Kapten Nurudin Abd Majid?

Beliau adalah bekas Ketua Pilot 777 MAS dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia,beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

Apabila Kapten Nurudin Abd Majid meluahkan pandangan peribadi beliau berkaitan kehilangan #MH370 , seakan-akan seluruh negara kelihatan terpaku dan terkejut dengan pandangan beliau.




Media Australia laporkan kelakuan salah seorang juruterbang MH370 yang hilang berdasarkan pengakuan seorang gadis

Posted: 11 Mar 2014 10:02 AM PDT

Beredar di media Australia pengakuan seorang wanita warganegara negara tersebut tentang keberadaannya di kokpit Penerbangan Malaysia semasa dalam perjalanan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada tahun 2011. 

Dia tampil memberi kenyataan media setelah mendapati salah seorang juruterbang yang mengajaknya untuk masuk ke kokpit pesawat itu adalah salah seorang juruterbang yang mengendalikan MH370 pada 8 Mac lalu, yang hilang sehingga kini belum dapat ditemui bersama 227 penumpang dan 11 anak kapal lainnya.

Wanita ini mendakwa sikap bersahabat atau friendly yang ditunjukkan oleh juruterbang tersebut dalam mempelawa dia dan rakannya untuk masuk ke kokpit dianggap sebagai peluang keemasan untuk melihat kerja seorang juruterbang manakala media Australia itu melaporkan bahawa pihak MAS tidak membenarkan walau dalam apa keadaan pun untuk penumpang masuk ke kokpit terutamanya ketika berlepas dan mendarat.

Wanita ini juga mendakwa juruterbang tersebut merokok dalam kokpit yang dirasakannya tidak dibolehkan namun media tersebut menjelaskan peraturan larangan merokok hanya terpakai pada penumpang dan krew di dalam kabin, bukannya di kokpit.

Juruterbang tersebut juga dakwanya mempelawa untuk ditemani sepanjang berada di Kuala Lumpur. 

Dia juga menyebut bahawa dia merasa sedih melihat posting-posting di Facebook juruterbang tersebut ketika ini dan pada masa yang sama menyatakan bahawa dia tampil memberi kenyataan bagi membantu siasatan yang pada hemat teman, cuba menjelaskan tabiat di kokpit juruterbang tersebut.

Juruterbang yang dimaksudkan ini turut mendapat perhatian setelah dia bergambar dengan wartawan CNN yang menjalankan penggambaran dalam pesawat sama yang terbabit dalam insiden hilang di udara ini. 

Pihak MAS dalam pada itu mengaku terkejut dengan berita ini namun meletakkan hal ini ke tepi bagi menumpukan misi mencari pesawat MH370 dan bagi menghormati keluarga penumpang dan krew yang terlibat.

Setiap kali teman atau mana-mana individu sekalipun menaiki pesawat, debaran pasti ada saat pesawat berlepas sehingga isyarat tali pinggang dipadamkan. Seterusnya kelihatan setiap masing-masing memejamkan mata bagi mengaburi persepsi orang lain yang memikirkan bahawa seseorang itu sedang santai walaupun hakikatnya, setiap penumpang, dengan penuh harapan, mendambakan kawalan pesawat dari juruterbang yang berintegriti, bertanggungjawab dan berkemahiran tinggi.  






KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 12 Mar 2014 07:10 AM PDT

KEMBARA DI PERJALANAN INI


MISI MENCARI #MH370 : KITA PERLU TEAM SEPERTI #SKYLAB

Posted: 11 Mar 2014 06:08 PM PDT

Malam semalam, saya melihat tv3 dalam slot MISI MENCARI MH370.

Ada temuramah bersama pakar pengimejan iaitu Prof Dr Kamaruddin Jusoh.

Beliau pernah terlibat dalam dua ekspedisi pencarian pesawat udara yang hilang iaitu di Bario dan di Karak, Pahang.

Beliau mengakui bahawa teknologi pengesan pengimejan yang digunakan di Bario selama 16 hari walaupun paling canggih hingga dikatakan boleh mengesan syiling 20 sen di dalam tanah dari udara tetap tidak mampu mencari helikopter tersebut.

Ringkasnya, segala Peranti dan segala alatan paling canggih tidak berfungsi sama ada diguna dan di darat.

Dengan bantuan pihak team #skylab pada hari ke17, berlakulah perkembangan yang positif dalam misi pencarian.



Rupanya helikopter tersebut ada dalam kawasan hutan Bario malah team teknologi (tentera dan pakar-pakar dalam dan luar negara) sebelum ini sudah cuba mencari ditempat yang sama malangnya ia bagaikan "ditutup" dari segala pandangan zahir dan sebrg alatan canggih teknologi.

Team #skylab bukan bomoh. Tetapi peralatan mereka adalah menyediakan diri dengan mensucikan diri dgn amalan zikir, solat sunat malam dan sedekah serta menjaga syariat lahir dan batin secara istiqamah.

Dengan panduan dari guru mereka, Abuya Ashaari Muhammad, team #skylab dengan izinNya dapat mengesan helikopter tersebut dan pada hari ke 20 pesawat dan penumpang dijumpai. Semua penumpang telah meninggal walaupun dilihat dari kesan yang ada, pilot helikopter seperti belum meninggal semasa pesawat itu jatuh.

Ini kerana mayatnya berada di luar helikopter dan kawasan mayat kelihatan bersih dan berbau kapur barus. Beliau seorg sahaja yg beragama islam di kalangan penumpang pesawat tersebut.

Pesawat tersebut tidak terhempas teruk hanya sedikit sahaja kerosakan yang berlaku. Ia juga tidak terbakar walaupun didapati minyaknya masih penuh.

Apa yang tragisnya, pasukan penyelamat menemui tulisan "MENGAPA LAMBAT SANGAT SELAMATKAN KAMI?..

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, jangan kita menjadi hamba teknologi hingga lupa bahawa ada teknologi lain yang mampu untuk menyelesaikan masalah.

Bukan juga bomoh dan amalan khurafat yang menggunakan jin jin yang mampu membantu kita.

Tetapi TEKNOLOGI ROH atau SPIRITUAL satu teknologi yang sudah dilupakan.

APA ITU TEKNOLOGI ROH?

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS

TEKNOLOGI ROH VS TEKNOLOGI SAINS (2)

Wallahualam.

Note: team #skylab juga terlibat dalam pencarian Adam.Air di Indonesia.

bumiyang

Posted: 12 Mar 2014 03:12 AM PDT

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan