Sabtu, 1 Februari 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 01 Feb 2014 01:30 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Fitnah ke Atas Pemuda PAS P.Pinang Berikutan Sebaran Gambar Non Muslim Bertudung Berseluar

Posted: 31 Jan 2014 05:39 AM PST

Assakamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… Program COMEY TAK SAYA?…adalah rentetan daripada program Jom Tutup Aurat yg pernah dijalankan sebelum ini…tetapi untuk langkah dakwah yang lebih segar..maka kita terus mencuba suatu yang baharu dengan pakaikan tudung untuk “langkah percubaan”…Mengapa tudung? Kerana biasanya kita tahu wanita biasa menutup kakinya tetapi susah menutup kepalanya..maka kita sediakan tudung untuk program COMEY […]

Jasindaily Online

Posted: 31 Jan 2014 09:05 AM PST

Jasindaily Online


Anak pasangan Malaysia diserah kepada kedutaan Malaysia

Posted: 30 Jan 2014 08:15 PM PST

STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia, yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, hari ini diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini. Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas. Hari ini, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia). 

 Empat beradik itu, yang kelihatan teruja dan dan gembira, dibawa dari sebuah sekolah ke Kedutaan Malaysia di sini sebelum dipertemukan dengan saudara mara mereka. "Saya sangat gembira dan terharu. Tidak sangka bertemu dengan saudara mara. Terima kasih semuanya," kata Aishah pada majlis penyerahan mereka oleh pihak berkuasa Sweden kepada Kedutaan Malaysia di sini. Kedutaan Malaysia dijangka menyerahkan mereka kepada keluarga angkat baharu iaitu keluarga Islam Malaysia di sini. Aishah yang mewakili adik-adiknya turut berterima kasih di atas sokongan padu kerajaan dan rakyat Malaysia sejak kes mereka dilaporkan bulan lepas. - Bernama

TNB SAMBUNG BEKALAN ELETRIK KE PULAU BESAR 2015

Posted: 30 Jan 2014 08:14 PM PST

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, Pulau Besar dekat sini akan memperoleh bekalan elektrik 24 jam pada penghujung tahun depan setelah siapnya projek pembekalan tenaga elektrik bernilai RM30 juta yang sedang dibangunkan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka. Beliau berkata, projek itu dijangka siap pada Ogos 2015 dan menggunakan kaedah kabel atas laut sejauh 4.2 kilometer membabitkan pembinaan 12 menara bermula dari Pantai Siring, Jasin ke pulau peranginan itu.
Katanya, projek yang bakal mempunyai kapasiti 5 megawatt akan dapat memenuhi permintaan masa kini pengusaha pelancongan di pulau berkenaan dan untuk persediaan masa depan. "Kapasiti 5 megawatt ini dapat memenuhi keperluan kira-kira 10 buah kampung di negeri ini, jadi kita semua boleh lihat betapa besarnya kapasiti projek ini supaya keperluan sektor pelancongan di pulau itu dapat dipenuhi. "Dengan bekalan elektrik yang stabil, Pulau Besar dijangka berkembang menjadi pulau pelancongan utama di negara ini dan antara produk pelancongan utama negeri Melaka," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. Pelancaran projek membekalkan tenaga elektrik kepada Pulau Besar yang menempatkan beberapa buah resort serta kawasan sejarah berkeluasan 129.64 hektar itu telah dilakukan pada 5 Nov 2012 dan projek berkenaan, kini siap 13 peratus. 

 Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri juga akan membangunkan Kawasan Industri Lipat Kajang (LKIP) di Jasin seluas 202 hektar sebagai kawasan industri berprestasi tinggi. Beliau berkata, LKIP berjaya menarik pelaburan dari syarikat besar antaranya Guardian Industries, sebuah syarikat pembuat kaca dari Amerika Syarikat dengan nilai pelaburan sebanyak RM800 juta. "Selain itu, ada tiga buah syarikat antarabangsa terlibat dalam bidang kejuruteraan kenderaan, industri perubatan dan makanan halal juga berminat untuk melabur di LKIP," katanya. Sehubungan itu, beliau mengumumkan pelaksanaan projek infrastruktur bekalan gas ke kawasan perindustrian itu bernilai RM28 juta hasil usaha sama PKNM dan GAS Malaysia Berhad. "Projek itu bakal membekalkan minimum 10,000 meter padu gas sejam dengan saluran sejauh 39km bermula di Mukim Tebong, Alor Gajah...saya percaya projek ini akan merancakkan industri berprestasi tinggi di LKIP," katanya. - Bernama

DIROTAN KENA AMBIL BARANG KAWAN

Posted: 30 Jan 2014 08:12 PM PST

JASIN - Hanya kerana dituduh mengambil barang rakan sekelas, seorang murid tahun empat bukan sahaja dipaksa mengaku, malah turut dirotan beberapa kali dalam bilik darjah. Mangsa, K John Francis, murid sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) di Simpang Bekoh, dekat sini mengalami kesan lebam pada tangan dan kaki setelah dirotan seorang guru. Malah, Francis turut trauma apabila kejadian dia dirotan disaksikan rakan kelas termasuk adik kembarnya, Christoper yang berada di kelas sama. Datuk mangsa, P Arokasamy, 63, berkata, dia hanya menyedari cucunya dirotan guru setelah melihat perubahan tingkah laku Francis dan keadaannya lesu sehingga hampir pengsan. Menurutnya, Francis menceritakan dia dirotan dan dicubit di bahagian perut oleh gurunya kerana tidak mahu mengaku mengambil barang rakan sekelas.
"Ada beberapa rakan Francis datang melawatnya turut bercerita dia telah dirotan hampir di seluruh badan kira-kira setengah jam. "Saya terkilan kerana guru terbabit menuduh cucu saya tanpa usul periksa dan menyuruh Francis mengaku dia mencuri sedangkan dia tidak berbuat demikian," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Francis berkata, dia segera ke sekolah berkenaan untuk memaklumkan perkara itu kepada guru besar, malangnya guru besar tiada pada waktu itu. "Apabila saya minta nombor telefon guru besar, mereka tidak mahu memberikannya sehinggalah saya memberitahu akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu, barulah saya dapat nombor telefon terbabit," katanya. Arokasamy berkata, berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Jasin, Khamis lalu sebelum Francis menjalani pemeriksaan di Hospital Jasin pada hari sama. 

 "Saya tidak marah sekiranya cucu saya dirotan untuk diajar, namun apa yang dikesalkan guru terbabit merotan tanpa belas kasihan. "Sepatutnya dia perlu siasat terlebih dahulu sebelum menyuruh cucu saya mengaku dia mengambil barang itu," katanya. Tambahnya, dia sekeluarga terkilan apabila dua hari selepas kejadian itu, guru terbabit bersama guru besar baru datang ke rumahnya. "Dia bagaimanapun tidak meminta maaf pada kami, malah langsung tidak bertanyakan tentang keadaan cucu saya," katanya yang juga telah memanjangkan kes cucunya di Pejabat Pelajaran Daerah Jasin./Sinar 

Dun Kajang: Jangan buat kenyataan bersifat spekulatif

Posted: 30 Jan 2014 08:09 PM PST


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor. Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan. "Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya. "Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau. Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini. Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor. 

 Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama. Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut./ Pas.org

PASANG CCTV : BUKTI MELAKA BUKAN NEGERI SELAMAT ?

Posted: 30 Jan 2014 08:07 PM PST

AYER KEROH – Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membantu mengurangkan kadar jenayah, sebanyak 150 kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di lokasi tumpuan dan pusat pelancongan di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, langkah itu perlu untuk menangani kes jenayah ragut dan samun yang merekodkan 108 tangkapan, sekali gus berjaya menyelesaikan 205 kes pada tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, usaha itu perlu disambut baik pihak pengusaha pasar raya di seluruh Melaka untuk memasang CCTV bagi menjaga keselamatan orang ramai. "Pelbagai strategi dilakukan penjenayah sehingga memerlukan orang ramai sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga jika berdepan situasi tidak selamat.
Selaku negeri pelancongan, kerajaan negeri memandang serius jenayah ini kerana ia melibatkan kumpulan pelancong, pelabur dan peniaga. "Pihak polis akan meningkatkan kehadiran pegawai dan anggota berpakaian biasa di lokasi sasaran selain 500 sukarelawan polis sedang dalam latihan akan berkhidmat menjaga keamanan negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Seri Negeri, dekat sini semalam. Sementara itu, Idris berkata, pihaknya menyokong hukuman lebih berat dikenakan kepada pengusaha yang menjalankan operasi judi secara haram. "Tahun lalu, sebanyak 359 serbuan dilakukan di premis haram ini, selain merampas 1,466 komputer bagi tujuan judi. Tetapi masih ada lagi yang menjalankan operasi secara bersembunyi kerana hukumannya ringan," katanya. Justeru, katanya, polis bersama agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan PBT diminta untuk terus melaksanakan operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan itu kerana aktiviti ini merosakkan masyarakat.

PRK KAJANG : BUKTIKAN PERMUAFAKATAN NASIONAL

Posted: 30 Jan 2014 08:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) berpandangan gagasan idea permuafakatan nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin meliputi empat teras utama merangkumi sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa tiada mempunyai agenda yang jelas berkenaan agenda anak muda Malaysia dan agenda agama. "Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar," tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.

 Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan. Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera.
PPM juga, tegas beliau menolak kerja sama politik kepartian antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Katanya, agenda anak muda Malaysia adalah penting dalam pemuafakatan nasional kerana merekalah yang berdepan dengan isu pengangguran, pendidikan, peningkatan kos sarahidup, perumahan dan lain-lain. 

 "Mereka mewakili 40 hingga 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini. Membelakangkan agenda anak muda akan melebarkan jurang mereka dengan pembangunan negara serta menjadi sebab kegagalan agenda ini," katanya. Beliau berkata, agenda agama juga penting bagi menyelesaikan masalah yang sedang melanda rakyat negara ini seperti isu khalimah Allah. Tambahnya, sentimen membenci antara agama sedang merebak dan sangat merbahaya kepada negara di samping ada pihak sengaja bermain dengan isu sensitif ini untuk mendapat keuntungan peribadi kumpulannya. Dalam perlaksanaan agenda ini, ujarnya PPM mencadangkan supaya Kaukus Parlimen diwujudkan untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dan isu-isu utama perlu dibincang. 

 Selain itu, katanya agenda pemuafakatan ini perlu diwujudkan sehingga ke peringkat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Justeru, beliau mencadangkan agar wakil semua parti politik dan NGO perlu dilibatkan sama dalam soal pembangunan negara, negeri dan daerah. PPM juga, ujarnya berpandangan anak muda Malaysia perlu dilibatkan secara langsung dalam merangka agenda pemuafakatan ini. "Penglibatan ini bukan hanya sekadar dari aspek inisiatif semata-mata. Keseimbangan ini bagi membina sebuah negara yang benar-benar mapan, maju dan berdaya saing dengan penglibatan semua pihak," katanya lagi.

 Menurutnya, sebagai bukti kepada komitmen agenda pemuafakatan nasional ini, anak muda Malaysia mahu melihatnya dalam pilihan raya kecil Kajang dalam waktu terdekat ini. "Kami mahu melihat politik fitnah, rasuah, kebencian, sentimen agama, perkauman dan ketidakadilan dihentikan dan ditukar kepada budaya politik baru yang lebih harmoni," ujarnya.

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA MASYARAKAT TIONGHUA

Posted: 30 Jan 2014 08:03 PM PST


"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah." [maksud dari Surah al-Hujurat:13]. 

 Dewan Pemuda PAS Malaysia amat berbesar hati dengan kesempatan yang ada bagi meraikan rakan-rakan kita dari masyarakat Tionghoa yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Di dalam keresahan berdepan kenaikan kos sara hidup dan kebuntuan pemerintah yang telah menjadikan 2014 sebagai tahun harga Barang Naik, kita semua berkongsi harapan seraya ucapan "Gong Xi Fa Cai" yang sering diucapkan agar kerja keras kita tertebus dengan kekayaan dan kemakmuran.

 Dan sebagaimana tradisi, sambutan ini juga adalah peluang untuk ahli keluarga besar berkumpul bagi merapatkan hubungan yang mungkin terpisah atas tuntutan kehidupan. Maka ada wajarnya kemurnian tradisi tersebut dilihat dari sisi pandang kepelbagaian kaum di Malaysia dengan perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina ini menjadi tika penting bagi semua pihak kembali sebagai sebuah "keluarga besar". 

 Meskipun diasak kepentingan politik sempit yang memperbesar-besarkan perbezaan, ahli-ahli keluarga besar ini tidak harus mudah disinggung dan kekal yakin dengan iltizam tokoh-tokoh pengasas kenegaraan bahawa bersekutu bertambah mutu yang seterusnya boleh menjana penghasilan kekayaan dan kemakmuran Malaysia. Dikala PAS menggiatkan usaha pembaharuan dan dakwah, nilai-nilai penting yang begitu sinonim dengan masyarakat Cina seperti kecelikan politik, keusahawanan dan sokongan setiakawan yang diibaratkan seperti 'jaringan buluh' amat wajar diteladani oleh Pemuda PAS khususnya.

 Maka di dalam suasana sambutan perayaan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengambil peluang tersebut bagi mempertegaskan komitmen PAS untuk menjadi gerakan yang lebih inklusif dan berharap masyarakat Cina di negara ini terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat sebagai sekutu penting ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih baik. Bagi mereka yang mengambil peluang dari cuti panjang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, semoga berhati-hati di jalan raya. Kami Pemuda PAS mendoakan keselamatan kepada semua dengan pengharapan tulus agar sambutan cuti ini menjadi kenangan gembira yang mendamaikan. 

 Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le. 
 Muhammad Khalil Abdul Hadi 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan