Sabtu, 1 Februari 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 01 Feb 2014 01:30 PM PST

Apa Yang Tersirat


PRK Kajang: BN Susah Menang Kerana Faktor Undi Cina

Posted: 31 Jan 2014 11:38 PM PST

MESKIPUN komposisi kaum bagi DUN Kajang berpihak kepada melayu 48 peratus, Cina 40 peratus dan selebihnya kaum india, akan tetapi, pengundi melayu terbagi tiga antara Umno, PKR dan Pas. Disebabkan PKR dan Pas adalah satu kubu, maka terlalu sukar bagi calon Bn untuk menang pada kawasan Dun itu. Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar. Kajang dimenangi calon PKR pada PRU-12 dan 13, sebelum itu kawasan itu diwakili calon MCA sehingga tahun 2004.

BN tidak akan mendapat undi kaum cina, kerana kaum itu telahpun memutuskan tidak akan bersama Bn lagi; mereka buktikan bermula pada PRU-12 dan diperkuat pada PRU-13.

Pada dua PRU, kebanyakan kawasan marjinal, Bn kalah atas sebab kaum cina menolak, maka keadaan itu akan berulang pada PRK Kajang.

Melihat kepada keputusan PRU-13, di mana Bn hanya mendapat 133 kerusi parlimen berbanding tahun 2008- 140, maka keadaan dilihat bahawa Bn semakin lemah. Kaum cina tidak akan kembali menyokong satu keadaan yang lemah, kerana prinsif kaum itu, apabila kawan semakin lemas, maka perlu ditenggalamkan lagi, agar putus nyawa.

Pengalaman Sabah perlu diambil iktibar oleh Bn. Tahun 1976 apabila kaum cina berpaling daripada SCA, rakan Usno dalam kerajaan parikatan negeri, Kerajaan parikatan negeri kalah, demikian juga pada tahun 1985, apabila kaum cina menolak Parti Berjaya, parti pimpinan Tan Sri Harris juga kalah. Tahun 1994, apabila kaum cina menolak PBS, walaupun tidak sepenuhnya, maka PBS hanya mendapat 25 kerusi daripada 48, akan tetapi akhirnya PBS tumbang, kerana berlakunya acara lompat parti.

Melihat kepada pengalaman Sabah itu, kaum cina tidak akan menyokong sesebuah parti yang sudah lemah, walaupun masih memerintah dan akan terus menyokong pihak yang mahu menumbangkan parti itu.

Selepas PRU-13, PRK Sungai Limau, Kedah misalnya, walaupun berjuta diumumkan bagi keperluan kaum cina di kawasan Dun itu, namun tidak menggamit mereka menyokong Bn, dan seperti mana yang kita ketahui, bahawa Dun Sungai Limau tetap dimenangi calon Pas.

Pada PRK Kajang yang bakal berlangsung; senario seperti yang berlaku pada PRU-12 dan 13 akan berulang; ertinya pengundi cina secara majoriti akan menolak Bn, sementara pengundi melayu tetap terbagi tiga, ertinya PR bakal keluar sebagai pemenang, atas sebab faktor undi cina.

Bn kena menerima realiti, MCA kena menerima realiti, Gerakan kena menerima realiti; bahawa kaum cina sudah memutuskan bahawa majoriti kaum itu bukan bersama Bn lagi. Masa mereka menyokong Bn sudah berlalu.

AYT juga suka memetik pendapat mantan Menteri Penerangan- Datuk Zainuddin Maidin (Zam) -menurut beliau Bn tidak berpeluang menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana pengundi Cina sudah membuat keputusan masa depan mereka bukan lagi bersama Bn.

Keputusan mengosongkan kerusi Kajang yang dibuat oleh PKR bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang.

Zainuddin melihat strategi bertanding di Kajang tersebut sebagai cubaan Anwar untuk memperlihatkan dirinya sebagai seorang pemimpin Melayu mewakili semua kaum.

"Anwar akan memperlihatkan dirinya sebagai seorang Melayu yang mewakili semua kaum.

"Jadi kemenangan beliau akan mencerminkan beliau adalah seorang pemimpin yang dapat menang tanpa berasaskan faktor kaum," ujarnya lagi.

Menurut Zainuddin lagi, kemenangan Anwar juga akan memberi persepsi rakyat terhadap kemampuan bekas timbalan perdana menteri tersebut untuk memimpin negara.

"Jadi, beliau berpotensi untuk jadi perdana menteri pada masa depan.

"Sesuai dengan sentimen dengan orang Cina sekarang ini yang melihat beliau sebagai orang yang akan merentas harapan ke arah satu equality dalam Malaysia," ujarnya lagi.

PRK Kajang: Disebalik Pencalonan Anwar- Menurut Nallakarupan

Posted: 31 Jan 2014 10:40 PM PST

Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Datuk S. Nallakarupan menyelar tindakan Ketua Pembangkang itu yang menggunakan taktik lapuk sebagaimana pernah beliau lakukan ketika bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008.

Menurutnya, kini Anwar menggunakan modus operandi yang sama untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah dikosongkan oleh wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara tiba-tiba.

Berikut kenyataan penuh Nallakarupan: (seperti disiarkan Utusan di sini)

* Azmin Ali seorang dayus yang tiada taraf bercakap tentang Perdana Menteri kita. Sekiranya beliau mempunyai otak dan waras, maka tidak mungkin Azmin mahu Perdana Menteri bertanding melawan manusia yang tidak bermoral seperti Anwar.

* Kita semua tahu Anwar sangat takut dengan keputusan rayuan kes liwat pada 12hb dan 13hb Februari ini maka sebab itu dia mahu bertanding di Kajang. Ini taktik yang sama digunakan seperti 2008 di Permatang Pauh. Perbalahan di antara Khalid dan Azmin hanyalah satu sandiwara politik sahaja. Saya sangat kenal cara Anwar berpolitik sebab itulah Anwar patut diberi anugerah 'Bapa Putar Alam Malaysia'.

* Anwar boleh disifatkan sebagai seorang 'gila kerusi' sebab dia sudah ada kerusi Parlimen Permatang Pauh, tapi sekarang mahukan kerusi DUN Kajang pula. Maka saya ingin cadangkan kepada Perdana Menteri supaya beri Anwar satu lagi kerusi Senator di Dewan Rakyat. Mungkin Negeri Kelantan boleh beri Anwar kerusi Ahli Majlis Perbandaran pula supaya lengkap beliau sebagai ahli politik yang miliki 4 kerusi.

* Jika Anwar menang beliau akan tukar Kajang menjadi ibu negeri Selangor. Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pasti gembira sebab boleh berpindah rumah ke Kajang. Itu sebab Azmin dan Shamsidar anggap Anwar sebagai world class.

* Pengundi Kajang perlu memahami siapakah Anwar dan Azmin. Semua yang diungkapkan oleh mereka berdua hanyalah bersifat retorik tidak benar. Contohnya, sebelum ini Anwar berminat untuk menjadi Perdana Menteri tetapi akhirnya hanya tinggal angan-angan tetapi rakyat telah dibohongi dengan cekap. Anwar sebenarnya berminat untuk bertanding di Kajang kerana berdekatan dengan Penjara Kajang. Home sweet Home beliau.

* Saya sangat mengenali Anwar lebih daripada orang lain, saya kenal sikap dayus dan gila kuasa yang sudah sebati dengan dirinya. Anwar sangat pentingkan diri dan akan berbuat apa sahaja demi kuasa politik.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda berkata, tindakan tidak popular itu terpaksa diambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat Selangor kepada kerajaan negeri yang terjejas ekoran isu perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, Ketua Umum PKR itu sedar bahawa beliau terpaksa mengambil alih teraju kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor kerana parti tersebut tidak mempunyai seorang tokoh yang benar-benar berkaliber.

"Anwar tahu sekarang ini kepincangan di Selangor begitu terserlah. Masalah kemelut dalaman PKR ini diperkatakan di merata tempat. Jadi, beliau terpaksa memainkan peranan di Selangor untuk mengembalikan keyakinan rakyat negeri tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Fauzi, beliau tidak merasakan Anwar berbuat demikian kerana ingin mengalihkan perhatian rakyat daripada rayuan kes liwat dihadapinya atau mengelak daripada dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Rayuan kes liwat itu sudah difailkan dan hanya menunggu masa untuk dibicarakan. Sama ada Anwar bertanding di DUN Kajang atau tidak, kes itu tetap akan berjalan.

"Undang-undang di Malaysia ini tidak mengira siapa. Kalau bersalah, menteri besar atau sesiapa sahaja akan dikenakan hukuman," katanya.

Katanya, motif utama kepada tindakan Anwar itu bukan kerana mahu menjadi Menteri Besar Selangor tetapi bagi meredakan konflik antara Abdul Khalid dengan Azmin.

Cucu Tok Selampit

Posted: 01 Feb 2014 01:13 PM PST

Cucu Tok Selampit


Terjah Majlis Penyokong Selangor Dengan Berjersi - @anwaribrahim Memang Gila Publisiti

Posted: 01 Feb 2014 01:51 AM PST





Macai-macai PR sering berkokok menunding DS Rosmah Mansor sebagai gila publisiti. Mereka lupa bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim lagi meroyan publisiti. Beliau tidak dapat tidur lena jika sehari orang tidak bercakap berkenaan dirinya. Entah bila Anwar Ibrahim menukar jersi dari Pulau Pinang kepada jersi Selangor. Opps lupa ... beliau baru sahaja menukar alamat kad pengenalan beliau kepada alamat di dalam negeri Selangor. Secara automatiknya beliau adalah penyokong negeri Selangor. 

Tindakan beliau untuk menempek di majlis Hi-Tea Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor bukanlah merupakan tindakan yang pelik. Inilah watak chameleon yang sering dipegangnya. Datang ke majlis bersama Menteri Besar dengan berjersi menyerlahkan sikap bermuka-muka Anwar Ibrahim. Mungkin beliau merasakan penyokong The Red Giant akan 'cair' melihat semangat cintakan pasukan merah kuning yang beliau tunjukkan. Tahniah The Red Giant kerana baru memiliki penyokong tegar. Nampak gaya Anwar Ibrahim amat 'desperate' gila untuk menjadi orang Selangor.

THE FLYING KICK

Posted: 01 Feb 2014 01:01 PM PST

Duke of UMNO

Posted: 01 Feb 2014 01:01 PM PST

Duke of UMNO


PORTAL DAPAT RM15 JUTA SETAHUN SERANG KHALID BERAHIM..?

Posted: 01 Feb 2014 06:31 AM PST

mkini-khalid

Portal berita pro-Pakatan, Malaysiakini.com, mula mengadakan serangan secara halus ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagai membentuk persepsi politik bahawa usaha membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sudah tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang mendesak.

Malaysiakini melalui seorang penulis antara lain mendakwa Khalid gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor dengan baik. Khalid hanya tertonjol sebagai hero yang gagah kerana jentera propaganda Pakatan bukannya batang tubuh Khalid sendiri.


Penulis Malaysiakini mendakwa hanya Anwar yang mampu menyelamatkan Selangor agar tidak tumbang seperti Kedah dalam pilhan raya yang lalu.
Namun hakikat yang harus kita terima dengan berat hati ialah Khalid sebenarnya bukanlah seorang hero.
Dan ini jelas menjadi asas besar kepada pertimbangan Pakatan untuk menggantikannya dengan yang lain.
Dalam PRU tahun 2008, Khalid bertanding di Ijok dan menang dengan majoriti 1920 undi. Mei 2013 Khalid berpindah ke kerusi Pelabuhan Kelang, dan menang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding penyandang sebelumnya.
Kerusi DUN Ijok dikekalkan kemenangannya oleh Dr Idris Ahmad dengan majoriti merosot hanya sebanyak 739 sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang mengundi Pakatan di Selangor dengan dalil heroisme Khalid Ibrahim?
Isu sebenar bukanlah soal Azmin mahu jadi menteri besar, atau Anwar mahu masuk pejabat itu. Isu sebenar ialah Khalid tidak berjaya sepenuhnya memikul tugas sebagai menteri besar yang mampu berpolitik dengan baik, serta menjalankan kerja dengan berkesan.
Hal ini barangkali berat sekali mahu diakui ramai pemimpin Pakatan, setelah Khalid selama ini dipuji-puji dan dipertahankan.
Maka mahu tidak mahu, Khalid harus dikeluarkan dari pejabat menteri besar, dan diganti dengan yang lain; supaya episod kegagalan kerajaan negeri Kedah tidak berulang.
Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai.
http://www.malaysiakini.com/news/253175
Sungguhpun Anwar menafikan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil DUN Selangor Kawasan Kajang (PRK Kajang); tapi hakikatnya itulah yang bakal terjadi dalam tempoh tiga bulan mendatang kecuali Khalid Ibrahim mengumumkan pembubaran DUN Selangor terlebih dahulu.

Perubahan kandungan Malaysiakini terhadap Khalid Ibrahim adalah bukti jelas Anwar akan menjadi Mneteri Besar Selangor sebaik menang PRK Kajang. Jika tidak masakan portal berita yang didakwa menerima sebahagian besar daripada Bajet Tahunan Komunikasi Selangor yang bernilai RM 15 juta, mula membelasah Khalid Ibrahim sendiri. 

Sumber: Mykmu.net

KENAPA BANYAK SANGAT IKLAN LUCAH NI..???!!! KEMARUK SANGAT KE..???

Posted: 01 Feb 2014 04:32 AM PST

Antara iklan yang pernah "menghangatkan" Harakahdaily...lidah rasmi "perjuangan Isleeee"..
Alhamdulillah, Harakahdaily yang dulunya terkenal dengan iklan-iklan tak senonoh dan berunsurkan seks dah makin kurang dah iklan-iklan sebegitu. Pernah saya tegur dulu, tapi tak diendahkan. Tapi lepas kena tibai dengan Pemuda PAS, reti pulak Harakah tak siar iklan macam tu...

Tapi yang peliknya...walaupun Harakahdaily tu dah "insaf" sikit dalam bab iklan-iklan kategori 18sx tu, banyak jugak blog dan website PAS yang tak reti-reti bahasa... 

Contohnya cuba tengok kat bawah ni...Saya ambil print screen ni dari blog PAS Kedah... memang bukan blog rasmi PAS Kedah...tapi memang jadi "hub" propaganda PAS di Kedah la... tak silap saya, depa ni funded by PAS Kedah dulu...betul ke?

Ni..cuba tengok ni...







Amacam?

Saya tahu la itu hak syarikat nak iklankan iklan depa... tapi sebagai blog yang kononnya "perjuang Islam", perlu la memilih dalam etika pengiklanan. Kalau website tu bercakap pasal bisnes ke...pasal rumahtangga ke.. pasal kesihatan ke...boleh la jugak pilih iklan macam ni...

Tapi blog PAS Kedah ni boleh pilih iklan-iklan macam kat atas tu? Takdak iklan lain ke? Kalau betul pun nak kejar duit iklan...takkan la sampai macam tu sekali kot? Kalau kat TV..dah lama kena "ban" iklan-iklan macam ni...

Saya tujukan bukan untuk blogger PAS saja... blog atau web mana pun sekali kena la ada etika pengiklanan. Kadang-kadang tu Sinar Harian pun tumpang sekaki..! Mana tanggungjawab nak jaga moral pembaca?
Iklan macam ni yang dipilih Sinar Harian? Astaghfirullahil'azim...
Kalau betul pun syarikat tu nak iklankan produk depa...mintak la depa gunakan ayat yang sopan, tema yang sopan dan menepati akhlak Islam. Memang la kalau tak dimintak, syarikat-syarikat tu suka guna ayat yang agak "daring" untuk tarik perhatian pembaca... Web/Blog PAS tak boleh tapis ke???

P/s: Padan pun ramai puak PAS yang suka ada 2-3 orang bini...lepas tu "lemah tenaga batin"? Mampu adil ke tidak tuuu..? Heh!

APA YANG LEMAN BELAJAR DARI MAHFUZ..???

Posted: 01 Feb 2014 12:16 AM PST

Ni tajuk dari blog PAS Kedah yang agak "kureng" matured....
Baru-baru ni kecoh pulak bila MB, DS Mukhriz Mahathir kata pihaknya sedang mempertimbang nak dedah segala kepincangan PAS selama 5 tahun menjajah Kedah.

Mungkin panas telinga dengar kata-kata Mukhriz tu, Leman RajaTakLawak dan beberapa kerat puak PAS yang tak reti apa sebok cabar MB Kedah suruh dedahkan segera...

Dah jadi drama cabar-mencabar pulakkkk... 

Pada saya... rasanya MB Kedah dah selidik segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran PAS sebelum ni. Mungkin terhidu banyak kelemahan, maka ia disimpan dalam "peti bahan", menantikan masa yang sesuai untuk "menembak"...


Tapi mungkin bagi puak "naive" macam Leman RajaTakLawak tu, depa tak tahu apa-apa dan mudah "terrr"percaya pada pimpinan PAS Kedah yang kononnya tak buat dosa dan takdak kelemahan dalam pentadbiran depa...

Papua New Guinie? Err.. Leman pernah pi negara tu tak? Err.. berapa juta duit rakyat Kedah "hangus" kat sana? Kerja sapa tu agaknya?

Balak di serata Kedah! Pembalakan jenis "cuci mangkuk" licin dibedal sampai pokok kemucup pun takdak... apa cerita tu? Sapa punya kerja? Konsesi tu tak libat mana-mana pemimpin PAS Kedah ke? Leman yakin? Betul..? Heh!

Tuuu...KCX8 tu... sapa punya idea tu? Lepas tu bajet Kedah defisit? Kereta MB sebelum tu pun okay lagi... tapi sapa gatal nak beli baru? Ada yang makan komisyen ke?

KTPC tu dulu sapa yang jaga? Awat teruk sangat utiliti kat situ? Mana blue print ICT dulu? Portfolio Exco ada...tapi blue print ICT takdak...macamana ni? Tau buat kerja ke taktau? Yang hangpa tau...hangpa balun Ipad free sorang sebijik...training pakai Ipad pun dapat elaun RM1,000..???!!!

Saya malas nak ungkit sebenarnya... benda dah lepas tak elok nak diungkit... Tu cara tak matang. We talk about current issues... tapi biar la yang relevan..kan? Dok ungkit isu balak di Tekih tu..Mukhriz pun takdak jawatan apa-apa dalam kerajaan time tu... Awat tak ungkit isu di zaman Datuk Wan Mat Saman? Pueh hatiiiii...

Leman... saya tau la hang kurang laku dah sekarang ni. Nak "tembak" pun, biar la macam berjenis sikit. Ni macam gaya orang tak sekolah ni... buat malu PAS Kedah laaa.. Awat Leman belajar dari Mahfuz ke? Awat lagu tu? Mahfuz tu nak bezakan "lunch" dengan "launch" pun tak tau.. cari cikgu lain laaaa....heh! 

GEGARRR..!!! DAP LEBIH ISLAMIK DARI ULAMA PAS, KATA BUDAK PAS UM...!!!

Posted: 31 Jan 2014 07:12 PM PST

Saya ada baca tulisan seorang penyokong Pakatan Haram yang masih belajar di UM tentang PRK DUN Kajang. Tulisan tu disiarkan di blog PAS Kedah. Ia bertajuk "Politik buruk golongan kopiah putih dalam PAS". Budak tu kalau tak silap namanya Hafiz Ahmad...

Saya tak tahu dia budak PAS, PKR atau DAP. Tapi nampak gayanya macam budak PAS. Bila statusnya "budak U", saya ingatkan dia punya pandangan tu bernas la.. tapi hancusss..! Tak tahu la macamana dia boleh survive sampai final year...

Terang-terang dia kutuk golongan ulama dan ustaz dalam PAS yang mengkritik tindakan PKR yang dilihat sengaja menyuruh ADUN Kajang letak jawatan dan beri laluan pada Anwar Berahim bertanding kat situ...

Golongan ulama dan ustaz dalam PAS digelar dengan geng "kopiah putih" dan dia marah golongan ni hentam PKR dan Anwar Berahim... Sayang sungguh dia kat depa tu noooo...heh!

Budak Hafiz ni kata...
Pelik betul! Golongan "kopiah putih" patut malu pada golongan kafir sebab kritik tindakan PKR yang suka-suka hati letak jawatan semata-mata nak bagi Anwar duduk dalam DUN Selangor? Gila ke apa budak Hafiz ni?

Akhlak DAP lebih Islamik dari ustaz dan golongan ulama dalam PAS? Kah! Kahh!! Kahhh..!!! Budak ni fikir panjang tak sebelum menulis? Ketawa besar saya dibuatnya! Tak tau la budak ni tahap mana IQ dan EQnya... mungkin tahap bawah kaki kot???

Dah terang-terang tindakan PKR tu membazir duit rakyat, buang masa rakyat dan menyusahkan ramai pihak. PRU ke-13 tak sampai setahun diadakan, tiba-tiba letak jawatan? Kenapa PKR tak letak Anwar jadi calon masa PRU ke-13 hari tu? ADUN Kajang tu pun PKR jugak, sama macam Anwar. Buang masa betul! Sebab tu saya malas nak layan PRK Kajang tu...

Ustaz-ustaz dalam PAS tu hanya mengkritik perkara yang betul dan berlandaskan Islam. Islam tak suka membazir. Allah laknat orang yang suka membazir ni. Hafiz atau budak-budak PAS boleh selak Al-Quran dan hadis tentang perkara membazir ni...

Pasal politik Anwar dan PKR, maka pembaziran perlu dihalalkan? Universiti mana ajar budak Hafiz ni? Lecturer mana? Hafiz ni budak course Sains Politik ke? Atau aliran sastera macam Anwar Berahim tu? Lulus cukup-cukup makan ke?
Lepas tu, dia kaitkan pulak dengan Husam Musa. Kesian kononnn... Heh! Nampaknya budak Hafiz ni tak tahu politik Kelantan. Dia macam tak tahu betapa Husam dah buat banyak perkara tak betul masa dok dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Dasar dan hala tujunya banyak yang FAIL..!

Tak caya? Tanya la pemimpin-pemimpin PAS Kelantan sendiri. Kalau Husam tak gagal, takkan la Kerajaan PAS Kelantan suka-suka hati drop nama Husam dari jawatan Exco? Kalau ikut level dan senioriti, dah tentu la Husam layak. Tapi kenapa dia digugurkan? Dah tentu ada sebab..kan?

Husam memang "glemer" di peringkat Pusat. Maklum la.. dia dulu "anak emas" Nik Aziz. Anak Nik Aziz bergaduh dengan Husam, Nik Aziz masuk belah Husam wooo..! Banyak kali dah Nik Abduh "kecik hati"...depa tau la game Husam tu...heh!
Saya tertanya-tanya, berapa umur budak Hafiz ni dan dah berapa lama dia ikut perkembangan politik serta pemimpin PAS? Dia rapat dengan Mat Sabu? Dah berapa kali dia ikut Mat Sabu? Berapa lama dia kenal Timbalan Presiden PAS tu? Mat Sabu bukan Syiah? Kah! Kah! Kahhhh..!!!


Teruk! Saya rasa mamat ni rapat dengan Khalid Ismeth tu kot? Poyo je statement dia... macam budak baru kenal Mat Sabu 2-3 hari..! Heh!

Saya melihat budak ni tidak sekufu dengan ustaz dan golongan ulama dalam PAS. Mungkin dia berfahaman liberal macam Khalid Samad, Mat Sabu dan Husam. Dan dial lebih condong pada corak sosialis...

Dari itu, saya simpulkan bahawa dia tidak punya jatidiri PAS tulen. Sebab? Sebab PAS tulen memang mahu ulama sebagai umara'. Bak falsafah golongan ulama PAS, "Al-Ulamaa warasatul Anbiyaa", kan? Makin hancur la PAS kalau budak ni dilantik jadi "hero"...kan?

Peliknya, blogger PAS Kedah tu sanggup pulak siarkan tulisan budak hingusan tu? Apakah blogger PAS tu pun menyampah kat golongan ulama dalam PAS? Saya tak tahu...tapi nampak gayanya macam begitu laaaa...kan? kan? kan? Alaaa....

MARAH ANWAR JADI CALON, KAK WAN UGUT DEDAH RAHSIA "OMEGA"..???!!!

Posted: 31 Jan 2014 05:14 PM PST

Alang-alang bergasak...khianat pilihan rakyat Kajang pun takpa...

Demi "kekasih" Anwar rela jadi calon....

Demi "anak ikan kesayangan", pecah pala perah otak nak jadi MB...

Namun apakan daya... "mamat" tu geng Kak Wan...

Tak berani nak lawan berdepan....

Errr... takut bini jugak "Lelaki Y" ni..kan?

Takut Kak Wan dedah pasal "rahsia" OMEGA ke?

Ohpolitik!™

Posted: 01 Feb 2014 03:21 AM PST

Ohpolitik!™


#PRKKajang : Apa istimewanya Yang Membuatkan BangNon Nak Sgt Kajang ?

Posted: 31 Jan 2014 07:25 AM PST


Semua orang sudah tahu, Khalid Ibrahim sudah umumkan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi N25, DUN Kajang dalam satu sidang akhbar pada jam 11.00 pagi, 28 Januari 2014 di Ibu Pejabat Keadilan. Mengikut syarat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar gantikan Khalid Ibrahim. 

Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim? Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014. Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang?

Kenapa ADUN Kajang yang perlu meletak jawatan? Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor. Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township. 

Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadang untuk menjadi MB Selangor. Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor?

Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor. 

Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei. Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jgn dengar titah Sultan & Agong. 

Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? Siapa yg baling molokov cocktail di gereja? Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan war cry Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam. 

Apakah sudah terpadam cita cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar? Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor

Bukan soal gaji, tetapi rizab tunai di Selangor ada RM2.7 billion tertinggi sejak 1998. Untuk tahun 2014 sahaja, Selangor akan belanjakan RM2.28 billion. Duit & kuasa!!!

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 01 Feb 2014 03:04 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Henfon Islam

Posted: 31 Jan 2014 07:50 PM PST

Atas pentas berbicara tentang perjuangan Islam

Sedang makan sarapan dengan isteri, tiba-tiba isteri YB Dato Abdul Fattah Haron ditanya isterinya, "Banyak mana abang sayang saya?"

Tersedak Fattah ditanya.

"Apalah awak ni mengarut pagi-pagi tanya soalan macam gini. Saya sayang awak sampai tidak boleh diukur nilainya."

Isteri membalas, "Awak orang politik. Itu jawab politik. Cakap saya berapa bbanyak nilainya?"

Fattah dah jangka akan ditanya. Lalu dijelaskan, "OK saya ni macam henfon dan awak adalah sim kad. Tanpa awak, saya tidak wujud."

Isteri suka,"Oh ...Sungguh romantik jawapan abang...

Dalam fikirannya, "Syukur dia tak tahu. Henfon Islam boleh guna 4 sim kad."


Seronoklah YB. Tak putus perangi Yahudi pada malam Jumaat.

Wow! Guna Islam pun boleh jual

Taipingmali (tm)

Posted: 01 Feb 2014 01:16 AM PST

Taipingmali (tm)


Teresa Kok

Posted: 31 Jan 2014 08:21 PM PST

1. Pendedahan Skandal Rasuah Teresa Kok http://youtu.be/6gZJJN96I8Y

2. Teresa Kok Dibogel Bekas Pembantu Peribadi http://youtu.be/DYZ0zagcnQU

3. Teresa Kok Songlap Duit Ibu Tunggal https://www.youtube.com/watch?v=h09IEYONtLA&feature=youtube_gdata_player

4. Teresa Kok Biadap Menghina Islam!! http://youtu.be/-L4oo6Nulno

5. Teresa Kok Kata Perajurit Lahad Datu Dimangsakan https://www.youtube.com/watch?v=tRUDv7KTu2A&feature=youtube_gdata_player

6. Terjah YB No Complaint No Help https://www.youtube.com/watch?v=virV0j9ycLE&feature=youtube_gdata_player

7. Teresa Kok Tak Tepati Janji
http://youtu.be/7G5Y7jsY8r0

8. Wajah Sebenar Teresa Kok Yang Pemalas!!! http://youtu.be/CSjv4sJRiCY

9. Teresa Kok Hina Pemimpin Malaysia "Onederful" Malaysia CNY 2014 Video Clip https://www.youtube.com/watch?v=JtsRcId70bk&feature=youtube_gdata_player

Awainya depa kempen!

Posted: 31 Jan 2014 03:32 AM PST

SPR belum bersuara, puak-puak lahanat ni dah masuk masjid berkempen.

The Unspinners

Posted: 31 Jan 2014 11:44 PM PST

The Unspinners


Sandiwara Anwar disebalik PRK Kajang

Posted: 31 Jan 2014 11:00 PM PST

PKR dah hilang keyakinan?

Posted: 31 Jan 2014 08:00 PM PST

Risalah yang disebarkan sesama Cina?

Posted: 31 Jan 2014 03:54 PM PST

The hilarious Azmin and Rafizi

Posted: 31 Jan 2014 02:34 AM PST

Langkah mula Anwar bubar raja perlembagan dan guling kerajaan

Posted: 30 Jan 2014 11:30 PM PST

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 31 Jan 2014 11:38 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


PAS LIWAT PKR DI N25 KAJANG

Posted: 31 Jan 2014 01:24 AM PST

MB SELANGOR JAMBATAN ANWAR MENJADI PM

Masuk Umno kerana mahu jadi PM.Tubuh parti baru PKR untok jadi PM. Kenapa tidak masuk sahaja pas jika iklas mahu tolong melayu. Rela pula buat pakatan jahat dgn DAP kononnya mahu menuntut keadilan rakyat, kerajaan Umno zalim.

Setelah strategi dlm PRU13 gagal maka bertambah lagilah perancangan gila-gila yang diatur. Kerusi N25 Kajang dikosongkan dgn tiada alasan yang kukuh semata memberi laluan kpd Anwar bertanding untok membolehkannya memegang jawatan MB Selangor yang baru bagi mengganti Khalid Ibrahim jika menang sekaligus menghina Hj Hadi dan Pas yang melantik Khalid Ibrahim sebagai MB sebelum ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman
Razali telah menegaskan pas tdk akan memberi kerjasama kpd pengkianat parti dan orang yang menghina Haji Hadi.Bagi pas Khalid Ibrahim ditendang dari memegang jawatan adalah kerana tdk dapat memunafaatkan agenda pribadi Anwar.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 31 Jan 2014 11:37 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KETUA DEWAN PEMUDA PAS : PKR LUPA DARATAN

Posted: 31 Jan 2014 03:06 PM PST

N25 : BUAT DULU BARU PANGGIL BINCANG, ADAKAH MENEPATI SEMANGAT SETIAKAWAN DALAM PR?
Silakan kaji Sirah Nabawiyyah
Pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dengan "perancangan belakang tabir":
a) Peperangan bani Nadhir, berpunca apabila pihak Yahudi melakukan perancangan belakang tadbir untuk mengkhianati perjanjian atau persepakatan dengan Islam. Mereka juga turut merancang komplot untuk membunuh Rasulullah S.A.W
b) Peperangan Ahzab, sekali Yahudi Bani Nadhir melakukan perancangan belakang tadbir, apabila bersepakat dengan Musyrikin Mekah, sedangkan di dalam perjanjian dan persepakatan bersama Islam, meletakkan larangan bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah.
c) Perang Bani Quraizah juga menyaksikan komplot Yahudi dan Musyrikin Mekah enggan melalui perbincangan dan perancangan belakang tabir mereka bagi membalas dendam terhadap Rasulullah S.A.W lantas mereka mengkhianati persepakatan bersama Islam.
d) Perang Khaibar terjadi kerana ia merupakan markaz atau pusat "perancangan belakang tabir" bagi orang Yahudi. Hasil daripada keputusan markaz ini ialah pengkhianatan terhadap persepakatan mereka bersama Rasulullah S.A.W.
Kita semua sedia maklum tujuan kesepakatan atau pakatan dibuat ialah untuk menolak kezaliman. Ia dibuat bukan tanpa tujuan itu, jika selain tujuan itu maka tidak akan wujudlah kesepakatan atau pakatan (tahaluf)
Dan antara syarat tahaluf siyasi ialah "TIDAK MENJADIKAN TAHALUF SIYASI ITU SEBAGAI MATLAMAT, SEBALIKNYA IA HANYA DIJADIKAN SEBAGAI WASILAH ATAU CARA SAHAJA". Iaitu persepakatan atau pakatan hanya dijadikan sebagai saluran untuk menolak kezaliman, bukan sebagai matlamat perjuangan atau matlamat untuk mendapat kuasa atau untuk kepentingan individu semata-mata.
Apa yang berlaku di Dun Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab keuzuran dan memberi laluan kepada DSAI atau pimpinan PKR yang teratas dengan membelakangi syarat persepakatan atau pakatan iaitu menolak kezaliman.
Perbuatan ini telah melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR. Apabila perletakan jawatan tersebut secara rasmi, PKR mengumumkan perancangan tersebut tanpa perbincangan dan kesepakatan dengan rakan pakatan lain. Dah buat baru maklum (apakah ada perancangan dibalik tabir?)
Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar bersependapat dengan pendirian Pengerusi Lajnah Politik DPPM Saudara Sany Hamzan dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Al-Fadhil Ustadz Syarhan Humaizi supaya YB Lee Chin Chee dan PKR sendiri mengemukakan sebab bertulis mengosongkan Dun Kajang.
Sepertimana yang sedia maklum, setiap kali berlakunya PRK khususnya, semua jentera dari Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahlinya masing-masing untuk memenangkan kawasan tersebut bagi mengalahkan Barisan Nasional. Sehingga kemenangan Adun Kajang YB Lee Chin Chee ini juga hasil kesepakatan bersama dan hasil tolong-menolong antara ahli-ahli PAS, DAP dan PKR.
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR mengingatkan sekiranya permohonan kami iaitu alasan secara bertulis tentang perletakan jawatan Adun Kajang N25 tidak dibuat dalam masa terdekat ini, kami tidak teragak-agak untuk tidak menghantar petugas pemuda, lebih lagi memberi apa-apa sumbangan PRK Dun N25 Kajang.
HORMATILAH PERSEPAKATAN YANG DIPERSETUJUI…
Teguran Rakan Pakatanmu,
MOHD RAZALI BIN SAARI ELBANJARI
NO.AHLI 753971
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR
2013-2015

DEWAN ULAMA PAS TUTOH ANWAR

Posted: 31 Jan 2014 06:34 AM PST

"Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…
"Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan termasuk PKR dan DAP…
"Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala…
Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…

Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!

Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!

Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!
"Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…
"Satu pertanyaan ikhlas..

"Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?"
"Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan!
Hilang terus segala jasa Dewan…
Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan?
Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?
"Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku..
Bukan redha manusia yg kita cari…
Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..
"Hanyalah redha Ilahi…
"Takbir!! – albaluni," luahnya dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dewan Ulama PAS Pahang.

Belantan

Posted: 31 Jan 2014 11:27 PM PST

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Tindakan bodoh PKR?

Posted: 31 Jan 2014 01:34 AM PST


Akhbar China Press semalam menyiarkan pendapat pembaca mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Artikel bertajuk 'Sikap PKR lupa diri' itu ditulis oleh Kang Yong Qian yang disiarkan dalam ruangan 'Kedai kopi Orang ramai' di halaman C23.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) belum genap setahun, tetapi negara ini sudah melalui tiga kali PRK. Sebelum ini, ada dua PRK berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi hari ini PRK di Kajang pula diadakan disebabkan atas tindakan pemimpin dalam parti itu sendiri.

Sebelum ini, selepas PRU Ke-12, berturutan wakil-wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti. Walaupun tiada sebarang PRK dilakukan, sebenarnya mereka telah menggadai hasrat dan kemahuan rakyat.

Jawapan dan alasan yang diberi oleh PKR apabila berlakunya perkara ini adalah kerana mereka terlalu singkat untuk mengenal pasti calon-calon.

Namun apabila PRK kali ini diadakan, mereka sebenarnya tidak ada alasan lagi. Yang jelasnya, mereka sekali lagi telah menggadaikan kemahuan dan membazirkan masa serta wang ringgit rakyat.

Motif untuk mengadakan PRK dikatakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, supaya beliau dapat memegang jawatan Menteri Besar Selangor, bagi meredakan perbalahan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Sebelum Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang, Abdul Khalid masih lagi yakin jawatan menteri besar itu masih berpihak kepadanya. Anwar juga tidak mengaku yang dia akan bertanding dalam PRK untuk memegang jawatan berkenaan.

Tetapi hari ini perkara ini telah tersebar, Anwar sendiri menunjukkan reaksi beliau akan bertanding, ini bermakna khabar angin Abdul Khalid akan melepaskan jawatan digantikan dengan Anwar adalah benar.

Jika Anwar tidak mahu jadi menteri besar, dengan kedudukan beliau dalam politik kenapa dia turun padang untuk bertanding jawatan ADUN?


Ini kali kedua alasan Anwar untuk turun bertanding yang mengorbankan orang lain. Yang pertama dia telah menolak isterinya sendiri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepadanya.

Walaupun PRK di Permatang Pauh dikatakan telah membazirkan duit rakyat, pastinya tindakan beliau itu adalah jalan yang dibenarkan penyokongnya untuk mengembalikan Anwar ke Dewan Rakyat yang membolehkan dia memimpin pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).

Tetapi PRK di Kajang ini hanya untuk kepentingan peribadi Anwar bukan satu tindakan yang berada di landasan yang betul. Sedangkan Abdul Khalid dan Azmin sebenarnya ialah calon pilihan terbaik untuk menjadi menteri besar. Hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman parti, Anwar pula jadi payung terjunnya.

Ini jelas, Anwar tidak menghiraukan pilihan dan keputusan rakyat pada PRU 5 Mei tahun lalu, dan dengan tidak bertanggungjawab dia melakukan pembaziran masa dan wang ringgit rakyat.

Anwar sebagai pemimpin yang pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika beliau memegang jawatan menteri besar, bukankah ia hanya merendah-rendahkan martabat beliau?

Cuba kita tinjau di luar negara seperti Jepun dan Australia, perdana menteri mereka boleh bertukar posisi menjadi menteri dan bekas perdana menteri boleh bertanding jawatan Datuk Bandar. Di negara mereka tindakan seperti ini tidak dirasai pelik.

Tetapi di negara ini, pemimpin seperti Anwar yang begitu berkobar-kobar mahu menjadi perdana menteri tiba-tiba pada hari ini pula berubah fikiran mahu menjadi menteri besar.

Tiba-tiba pula dia mahu turun pangkat. Bukankah tindakan ini sangat tidak wajar. Orang akan beranggapan bahawa dia memang tamak kuasa.

Anwar juga perlu memberi penjelasan selepas dia menjadi menteri besar kelak, adakah dia masih berhasrat mahu jadi perdana menteri ataupun pada masa akan datang calon Pas yang akan bakal menjadi perdana menteri?

PKR mahukan PRK, seperti telah melupakan kemahuan dan hasrat rakyat. Adakah perkembangan ini akan menyebabkan pengundi akan merasa tidak puas hati, ataupun akan jadi satu pengajaran bagi Anwar?

Anwar boleh mempunyai semangat berkobar-kobar, tetapi jangan pandang rendah terhadap kebijaksanaan pengundi yang menilai. PRK hanya setapak langkah dalam permainan catur, umpama pepatah Cina mahu menghilangkan dahaga sanggup menyembelih angsa untuk minum seteguk darahnya yang membawa maksud mahu rasa sedap sekejap tetapi tidak fikir akibatnya.

Suara Politik
Belantan

MERBOK TIMES

Posted: 31 Jan 2014 11:18 PM PST

MERBOK TIMES


NAJIB HARUS LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI KEWANGAN

Posted: 31 Jan 2014 08:45 AM PST

Posting Tun M yang menerima e mail dari Andrew Tang dalam blog nya ternyata ada kebimbangan dengan kejatuhan nilai ringgit. 

Blog Tun M meminta pandangan tentang kejatuhan nilai ringgit yang teruk ini. Ringgit Is Weakening Badly

Yang sebenarnya Najib yang harus tampil menjawab sebagai respon kepada posting ini.

Jika posting ini benar (Apa kata Bloomberg.com) dan berasas ini bermakna rakyat ada asas menolak Najib sebagai Menteri Kewangan. Najib harus menumpukan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri sahaja.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 31 Jan 2014 09:12 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Pengundi Kajang Minta Bekas ADUN Kajang Disiasat SPRM #PRKkajang

Posted: 31 Jan 2014 07:00 PM PST


Tun Mahathir Cadang MCA Tanding Di DUN Kajang #PRKkajang

Posted: 31 Jan 2014 04:00 PM PST


Rafizi Ramli Menangis Kerana Tidak Terpilih Jadi Calon Di DUN Kajang? #PRKkajang

Posted: 31 Jan 2014 08:30 AM PST


Menangis betul betul atau hanya satu lagi lakonan untuk tarik simpati?. Dah jadi putera air mata pula Ahli Parlimen Pandan ini nampaknya. Macam macam lakonan yang sedang dibuat oleh pemimpin pembangkang hari ini. 

Padahal tanggungjawab sebenar mereka setelah dipilih oleh rakyat pada Mei 2013 lepas adalah untuk berkhidmat di kawasan mereka. Sejauh mana mereka melaksanakan tanggungjawab itu di kawasan mereka sendiri? 

Sejauh mana mereka turun dan benar benar mendengar masalah rakyat untuk di bawa dalam perbahasan parlimen? Ini antara jawapan yang rakyat wajib tanya kembali kepada semua pemimpin pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Poster & Billboard Anwar Ibrahim Sudah Mula Naik Di Kajang #PRKkajang

Posted: 31 Jan 2014 07:11 AM PST


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 31 Jan 2014 09:05 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


NAJIB DAN MUHYIDIN : AYAT PERTAMA ANWAR MASA DIUMUM MENANG DUN KAJANG ?

Posted: 31 Jan 2014 01:44 PM PST

ARTIKEL TERBARU TUN M : SOALAN TUN M YANG ..........

Posted: 31 Jan 2014 11:30 AM PST

KENYATAAN MB N9 MEMANG TEPAT .

Posted: 31 Jan 2014 11:07 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 31 Jan 2014 03:25 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pabila yang bertudung pun dah pandai mengangkang...

Posted: 31 Jan 2014 03:01 PM PST

RASANYA kalau ada anugerah untuk 'Artis Bertudung Kontroversi', mungkin ia sesuai diberikan kepada Shila Amzah.

Apa tidaknya, selepas satu, satu lagi cerita panas yang timbul.

Jika disenaraikan, ia termasuklah kisah 'Ombak Rindu'nya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, status Twitternya berkenaan filem 'Bencinta', 'teman tapi mesra' bersama Johan As'ari, dan kemudiannya gosip kononnya dia sudah berkahwin.

Terbaru, sekali lagi dia menjadi buah mulut orang ramai apabila memuatkan gambarnya sedang melakukan senaman atau 'yoga' yang kurang enak dipandang untuk seorang wanita bertudung.

Aksinya yang seolah-olah terkangkang membuatkan ramai peminat menegur perlakuannya itu.

Kami yakin Shila tidak berniat yang bukan-bukan, namun sebagai seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah sedia maklum bahawa setiap inci perbuatannya akan diperhatikan dan 'dihakimi' oleh orang luar.

Kalau ikutkan, ramai juga artis bertudung lain yang memuatnaik gambar di Instagram, tapi tidaklah sampai mencetuskan kontroversi sebegini.

Senang cerita, lihat sahaja Diana Amir dan Irma Hasmie. Tak ada pula yang mengata kan?

Sebabnya, mereka cukup menjaga setiap perlakuan mereka dan tidak sewenang-wenangnya memuatnaik gambar-gambar pelik di akaun sosial.

Mungkin Shila boleh contohi mereka, tak gitu?

Oleh: ELZA

(Sumber Asal: http://siemens-melayumaju.blogspot.com)

Dakwa diperkosa kekasih dalam rumah sendiri

Posted: 31 Jan 2014 06:01 AM PST

BESUT - Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa rogol kekasihnya sendiri ketika dia bersendirian di rumahnya dekat Jertih pada Oktober dan Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam kejadian pertama berlaku semasa mangsa yang berusia 21 tahun berada di rumah keluarganya dekat Jertih dan mendakwa dirogol sebanyak dua kali oleh lelaki yang dikenalinya pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa berseorangan di rumah tersebut apabila didatangi suspek dan perbuatan sama berulang di tempat sama pada Disember tahun lalu.

"Kejadian ini terbongkar selepas kakak mangsa menyedari perubahan diri mangsa dan dikatakan perbincangan telah dibuat antara kedua-dua keluarga untuk menyelesaikan kes ini," katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa memberitahu walaupun dua kali perbincangan dilakukan, suspek enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Akibat 'bongkak', Ahmad Idham dimalukan peminat di Twitter

Posted: 31 Jan 2014 05:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham mencetuskan kemarahan peminat filem tempatan di Twitter apabila membuat satu kenyataan yang dilihat menyinggung dan memperkecilkan peminat filem keseluruhannya.

Ahmad Idham antara lain membuat komen yang membawa maksud "kalau belum buat filem sendiri, jangan kritik filem orang lain."

Kenyataan Ahmad Idham itu bermula sebagai pergeseran pendapat antara beliau dengan kurator akaun Twitter @twt_filem Ashraff Mokhtar, seorang pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara Cawangan Lendu, Melaka.

Pergeseran pendapat mereka bermula apabila Ashraff menulis mengenai satu forum yang dihadiri oleh Ahmad Idham di UiTM itu yang segera mendapat reaksi daripada Ahmad Idham.
Tulisan Ashraff tu mendapat reaksi segera daripada Ahmad Idham.
Pertanyaan Ashraf itu kemudiannya mengundang respons daripada Ahmad Idham sehingga membawa kepada satu kenyataan yang disifatkan keterlaluan.



Kenyataan Ahmad Idham itu mendapat reaksi daripada peminat filem tempatan yang rata-ratanya merasakannya sebagai tidak wajar kerana sebagai penonton yang mengeluarkan wang untuk tiket di pawagam, mereka berhak untuk berkata sesuatu tentang filem yang mereka tonton.

Beberapa tweet lain anda boleh bacanya di Astro Awani

Tidak lama kemudian, seorang pengguna Twitter yang tentunya mengikuti perbalahan itu sejak awal kemudiannya pulang paku buah keras kepada Ahmad Idham selepas pengarah filem itu merungut mengenai mutu perkhidmatan sebuah restoran makanan segera.

Rafizi cabar pengundi #Kajang tolak PKR jika mereka berani...

Posted: 31 Jan 2014 05:01 AM PST

PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.

"Ia demokratik dan ia juga sadistik.

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya).

"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.

"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya.

Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya.

Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.

Muat naik video aksi seks oral dengan teman wanita

Posted: 31 Jan 2014 02:31 AM PST

Gambar hiasan
Seorang perancang kewangan yang didapati bersalah memuatnaik dua petikan babak seks bekas teman wanitanya selepas mereka memutuskan hubungan dihukum penjara 10 minggu semalam.

Tertuduh yang berusia 25 tahun mengaku bersalah menggunakan menggunakan aplikasi elektronik memuatnaik babak dia dan bekas teman wanitanya yang berusia 24 tahun sedang melakukan seks oral, menurut laporan Straits Times Singapura.

Babak itu dimuatnaik ke laman web porno antarabangsa Xhamster pada Ogos lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu ketika kejadian sedang menikmati percutian di Batam, Indonesia pada bulan Jun tahun 2012 apabila wanita itu memberi izin merekod dua babak itu menggunakan telefon pintarnya.

Setahun kemudian, wanita itu bertindak memutuskan hubunagn cinta mereka dan akibat marah tertuduh memuatnaik rakaman video berkenaan ke internet.

Pada 11 Oktober tahun lepas, rakan mangsa memaklumkan kepadanya berkenaan video itu di laman porno berkenaan.

Mangsa mengenalpasti nama samaran yang digunakan individu yang memuatnaik rakaman itu yang merupakan bekas teman lelakinya.

Setiap rakaman itu berlangsung selama tiga hingga empat minit dan telah berada di internet lebih daripada dua bulan, menurut Chee.

Mangsa meminta tertuduh membuang semua rakaman video tetapi ia hanya dilakukan selepas tiga hari.

Chee meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sekurang-kurangnya tiga minggu penjara kerana dalam video berkenaan wajah mangsa jelas kelihatan dan ini menyebabkan mangsa berasa malu dan reputasinya musnah disebabkan rakaman itu.

Tertuduh dalam rayuannya berkata kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukannya dan dia berasa bersalah ke atas apa yang telah dilakukan.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksium tiga bulan dan boleh didenda.

Guru wanita dicekup lakukan mukaddimah zina tepi padang bola

Posted: 31 Jan 2014 12:01 AM PST

Gambar hiasan
Kota Bharu: Seorang guru wanita dan pekerja penyembur cat kereta didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, terhadap tuduhan melakukan mukadimah zina dalam kereta di tepi padang bola, November tahun lalu.

Hakim Syarie Nik Najib Nik Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Faridah Hanun Mohd Ariffin, 35, yang bertugas di sekolah rendah di Pengkalan Chepa dan Muhammad Zulaizal Azrul Roshdi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Nik Najib menasihatkan kedua-dua tertuduh supaya insaf dan bertaubat.

"Kamu sebagai guru di sekolah rendah sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kerana segala perbuatan kamu diikuti murid sekolah," katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berdua-duan dalam sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan lelaki berbogel duduk di bahagian pemandu manakala perempuan berada di kerusi sebelah dengan hanya berbaju-T tanpa seluar.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kereta di tepi padang bola Jalan Pantai Mek Mas, Kuala Besar, di sini pada jam 10 malam, 1 November 2013.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 12 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 Negeri Kelantan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau tiga sebatan jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, pengadu yang juga pembantu penguat kuasa agama dan saksi melihat sebuah kereta di etakkan di tepi padang bola.

Apabila pemeriksaan dijalankan, pengadu melihat tertuduh lelaki berbogel manakala tertuduh perempuan yang berada di sebelahnya hanya memakai baju-T tanpa seluar.

Ketika soal siasat dijalankan, kedua-dua tertuduh mengaku bukan suami isteri.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana insaf dengan kesalahan selain sudah berkahwin pada 4 Januari lalu.

Bagaimanapun, Pendakwa Syarie Norhasney Ridhwan memohon hukuman setimpal.

Kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan semalam.

Cabul: Doktor sentuh kemaluan, masuk jari dalam dubur pelajar

Posted: 30 Jan 2014 11:00 PM PST

Gambar hiasan
SHAH ALAM - Seorang doktor perubatan diperintahkan berkelakuan baik selama tiga tahun dan wang cagaran RM2,500 dengan dua penjamin selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang mahasiswi, empat tahun lalu.

Majistret, Nor Kamilah Aziz dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Mahkamah juga mengambil kira faktor usia dan masalah kesihatan yang dialami tertuduh iaitu diabetis kronik serta gangguan mental,"katanya.

Dr Wan Azman Wan Adnan, 56, didakwa menyentuh kemaluan dan memasukkan jari ke dalam dubur mangsa yang ketika itu berumur 21 tahun di sebuah klinik, Seksyen 7, dekat sini jam 1.30 petang pada 17 Julai 2010.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Husnita Mohd Radzi mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun atau sebatan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dir Kheizwan Kamaruddin bertindak sebagai peguam bela mewakili tertuduh.

Sepanjang prosiding, tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Noor Husnita yang ditemui wartawan, memberitahu pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

PRK #Kajang: Pengundi rasa tertipu - Malaysiakini

Posted: 30 Jan 2014 08:32 PM PST

Ada penduduk tempatan yang kurang menyenangi tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di situ.

Beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini masih kurang jelas akan manfaat pilihan raya kecil itu buat mereka.

Samuri Dahlan, 57, (kiri) tidak faham sebab pilihan raya kecil itu perlu diadakan kerana bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh masih hidup dan sihat.

Pemilik kedai makan itu berkata kerajaan negeri sepatutnya fokus kepada membangunkan bandar Kajang, dan bukan mencetuskan satu lagi pilihan raya kecil.

"Kenapa dalam masa terdekat kena ada pilihan raya? Sepatutnya (pilihan raya) ada bila wakil rakyat meninggal dunia.

"Jika penuhi kemahuan peribadi, tak perlulah menerusi pilihan raya.

"Tidak tahu kenapa ADUN itu letak jawatan, sudah pasti adanya pembaziran jika hanya suka-suka, buang masa dan duit," katanya yang memiliki nama sama dengan pengasas sate Kajang, Datuk Samuri Juraimi.

Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Lilyzurey, 35, dari Taman Sungai Kantan, merasakan tindakan tersebut mempermainkan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas.

"Bekas ADUN ini dia macam mempermainkan mandat rakyat kepada dia. Sesuka hati hendak bagi peluang kepada orang lain (Anwar).

"Sultan sudah perkenan dia sebagai ADUN. Sepatutnya kalau kes macam ini bekas ADUN perlu didenda. Dia tak boleh sewenang-wenang buat macam ini," katanya.

Rus Azlan Othman, 29, (kiri) dari Saujana Impian pula mahu kekosongan kerusi itu diisi segera demi manfaat penduduk Kajang.

"Tak tahu apa sebab dia (Lee) letak jawatan tapi tempat yang kosong tu perlu diisi dalam masa sebulan.

"Perkara ini ada pro dan kontra, buat dalam masa terdekat, PRK tak membazir sangat.

"Kalau buat lewat, kita rakyat tiada tempat mengadu, memang pembaziran masa, memang membazirlah PRK tu, tapi kalau tak buat PRK pun masalah juga," katanya.

Sementara itu, Chen Chooi Har, 36, berpendapat Anwar tidak diperlukan di Kajang dan berasa 'ditipu" dengan percaturan politik demikian.

"Saya rasa tertipu dengan PKR, Lee Chin Cheh menang dan saya tak nampak dia di sini, pengundi yang mengundi Lee pada 5 Mei buta sehingga menolak BN.

"Apa PKR buat sehingga ini belum jelas dan saya berasa ditipu," katanya.

Seorang suri rumah, Agnes Lee, 42, (kiri) kecewa kerana tahun lalu adalah kali pertama beliau mengundi di Kajang dan kini terpaksa keluar mengundi sekali lagi.

"Pilihan raya patut berlaku pada waktu khas, tetapi apabila anda (PKR) mengadakan pilihan raya itu sekarang, saya tidak bersetuju.

Beliau bagaimana pun masih belum membuat sebarang keputusan siapa yang mahu diundi pada pilihan raya kecil nanti.

Malaysiakini

Soo Wincci Sambut Tahun Baru Cina Dengan Iqram Dinzly

Posted: 30 Jan 2014 07:01 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Malaysia All Star, Soo Wincci memberitahu akan menyambut sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan pelakon Iqram Dinzly.

Wincci, 29, berkata, dia akan menghabiskan masa bersama Iqram pada hari kedua perayaan itu dan akan memasak untuk lelaki berkenaan.

"Seperti biasa pada hari pertama saya akan menghabiskan masa bersama keluarga manakala hari kedua saya akan memasak hidangan istimewa untuk Iqram di rumahnya.

"Tetapi jangan salah faham kerana saya memasak bukan hanya untuk dia tetapi rakan-rakan lain yang terlibat dalam projek sebuah drama lakonan kami," katanya kepada mStar Online.
Telefilem Bini-Biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari ini menerusi slot Cerekarama.

Drama lakonan mereka berjudul Bini-biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari 2014 (Sabtu) pada 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.

Dalam pada itu, bercakap mengenai sambutan Tahun Baru Cina, Wincci berkata, dia hanya melakukan persiapan sederhana untuk keluarga dan dirinya sendiri.

Kata Wincci, bersempena dengan perayaan itu, dia berharap ia akan memberi lebih tuah kepadanya untuk terus melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon.

"Syukur tawaran berlakon dan nyanyian sama ada di Malaysia atau pun Taiwan cukup memberangsangkan dan berharap ia akan berterusan pada tahun ini," katanya.

Sementara itu, Wincci berkata, sebagai menghargai peminatnya, dia bakal muncul dengan sebuah buku masakan yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Model Playboy M'sia tunggu hidayah peluk Islam

Posted: 30 Jan 2014 06:01 PM PST

Felixia Yeap
Kuala Lumpur: "Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah," kata Felixia Yeap.

Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.

"Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah," katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.
Foto

FELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.


Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

Faekah bidas nafsu gelojoh DS Anwar di #Kajang

Posted: 30 Jan 2014 05:35 PM PST

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.

"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.

Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.

Utusan

DUN Selangor dibubar jika MB letak jawatan

Posted: 30 Jan 2014 05:30 PM PST

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar) berkata, Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, tafsiran keseluruhan Perlembagaan Negeri Selangor pada pandangannya adalah baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan iaitu apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan.

Kedua, kata beliau, ialah dalam keadaan lain apabila Menteri Besar telah hilang keyakinan daripada majoriti Ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baharu bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Pada pandangan saya kalau Menteri Besar Selangor sekarang meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN.

"Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Exco yang dilantik oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan negeri bahawa Exco 'collectively responsible' terhadap DUN.

"Oleh itu, jika Menteri Besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan Exco juga harus meletakkan jawatan.

"Perlu diingat bahawa Sultan boleh memecat Exco pada bila-bila masa seperti dalam Perlembagaan negeri," katanya.

Utusan

PKR temui rakan sekutu jelas isu Anwar jadi calon di #Kajang

Posted: 30 Jan 2014 05:25 PM PST

Kajang: PKR Selangor akan bertemu dengan pemimpin PAS dan DAP negeri bagi menjelaskan tindakan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selain menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan terbabit.

Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali, berkata beliau sudah menghubungi rakan sejawat kedua-dua parti itu semalam bagi menjelaskan perkara berkenaan dan mendakwa menerima reaksi positif.
Katanya, perbincangan bersama kepemimpinan PAS dan DAP pada peringkat negeri akan diteruskan lagi masing-masing hari ini dan Isnin depan.


Azmin berkata, beliau memberi jaminan perbincangan hari ini tidak akan menyentuh isu pelantikan atau penggantian Menteri Besar, sebaliknya hanya memberi tumpuan terhadap gerak kerja memenangkan Anwar.

"Saya menghormati sentimen rakan dalam PAS yang dikemukakan melalui kenyataan semalam, saya sudah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berbincang panjang dengan beliau dan kita akan teruskan perbincangan pagi esok (hari ini).

"Saya juga mengadakan perbincangan dengan Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor) menerusi telefon atas semangat dan prinsip yang sama, sebelum ini saya sendiri adakan perbincangan secara empat mata dengan Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan malam semalam saya mengadakan perbincangan dengan Lim Guan Eng atas semangat dan prinsip yang sama," kata pada sidang media di majlis taklimat jentera PKR di sini, semalam.

Secara konsensus

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, kepemimpinan pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan kedudukan Menteri Besar dan keputusan menamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dicapai secara konsensus pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya, wakil parti yang hadir bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai calon di kerusi DUN Kajang.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu, berkata Anwar tidak kemaruk menjadi ADUN kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding selepas perbincangan diadakan.

Katanya, keputusan menamakan Anwar sebagai calon diputuskan secara bersama selain menjadi strategi parti.

Azmin berkata, beliau dan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pernah menawarkan kerusi DUN masing-masing tetapi Anwar memilih DUN Kajang kerana kerusi itu mewakili sentimen rakyat negara ini.

"Kajang memiliki komposisi kaum 50 peratus Melayu, 40 peratus Cina dan bakinya India, sudah tentulah sesuai untuk beliau mewakili rakyat Kajang sebagai gambaran sebenar inilah sentimen rakyat Malaysia dalam usaha menawan Putrajaya," katanya.

Khalid akui PRK #Kajang berpunca dari masalah dalaman PKR

Posted: 30 Jan 2014 05:20 PM PST

SHAH ALAM: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Khamis mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.

"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.

Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

"Usaha untuk membawa masuk Anwar ke dalam pentadbiran Selangor juga dibuat kerana PKR percaya hanya Ketua Umum parti itu yang mampu meredakan keadaan tegang berikutan isu dalaman parti," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, bakal dipilih sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu, Khalid berkata, isu itu tidak timbul kerana pemilihan jawatan perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.

Sekiranya ada pertukaran jawatan Menteri Besar, katanya PAS juga akan menyerahkan nama calon bagi mengisi jawatan itu.

"Soal jawatan MB (Menteri Besar) tidak timbul kerana jawatan itu tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti sama ada PAS, PKR dan DAP di negeri ini. PAS secara sendirian pun tidak boleh tentukan jawatan MB kerana ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat) tidak mempunyai kerusi majoriti.

"Jika ada perubahan jawatan MB, ia perlu persetujuan daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kalau ada yang nak tukarkan MB (Menteri Besar), PAS juga akan serahkan nama calon...tapi kalau tidak ada, tidak ada la (serahkan nama)," katanya.

Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan rayakecil DUN Kajang.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - BERNAMA

BN tak wajar letak calon di #Kajang

Posted: 30 Jan 2014 05:15 PM PST

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat setiap parti politik perlu meraikan demokrasi walaupun pelbagai spekulasi timbul dalam menghadapi pilihan raya.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, peletakan calon mewakili parti politik di PRK Dun Kajang khususnya perlu diteruskan walaupun ada pihak mendakwa ia sebagai pembaziran.

Menurutnya, BN dan PR perlu meletakkan calon untuk memberi pilihan kepada rakyat walaupun tidak menerima sokongan yang diingini.

"Seharusnya BN perlu meletakkan calon dalam semangat demokrasi.

"Tidak wajar untuk BN tidak meletakkan calon, sebab ia penting untuk bagi pilihan kepada rakyat walaupun penyokongnya tidak ramai," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Terbaru, mengikut laporan media, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan akan memutuskan sama ada untuk meletakkan calon atau tidak pada mesyuarat yang akan diadakan selepas perayaaan Tahun Baru Cina.

Pada Isnin lepas, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh mengesahkan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Susulan itu, sebagai pengganti bekas Adun tersebut, PR sebulat suara telah memilih Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pada PRK Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Azizuddin berkata, dari segi kos untuk pilihan raya yang dikaitkan dengan pembaziran, pemimpin parti politik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersama mengawalnya.

"Kalau kos itu tinggi dan membazir, perkara ini sebenarnya SPR boleh kawal, mereka yang perlu mainkan peranan.

"Tak payah adakan tempoh kempen lama-lama, pemimpin BN dan PR juga perlu kawal perbelanjaan, tak perlu adakan perang poster dan sebagainya.

"Jadi kalau mahu jadikan sebab kos atau pembaziran sebagai untuk tidak meletakkan calon, ia sangat tidak wajar," katanya.

Gelar #Kajang pekan sate adalah satu penghinaan - PKR

Posted: 30 Jan 2014 05:10 PM PST

SHAH ALAM – PKR mendakwa kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang menyifatkan Kajang sebagai pekan sate dalam satu laporan media sebagai satu penghinaan.

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, Kajang memang terkenal dengan satenya namun ia bukan pekan sate.

"Sebagai seorang pemimpin, Wee Ka Siong sepatutnya sedar bahawa memanggil Kajang sebagai pekan sate adalah sangat menghina dan merendahkan maruah penduduk Kajang.

"Kajang mungkin popular dengan sate, tapi pastinya ia bukan pekan sate atau penduduknya orang-orang sate," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, penduduk Kajang sudah menolak BN dan MCA dalam pilihan raya umum yang lalu, jadi, tiada keperluan untuk MCA untuk terus menghina penduduk Kajang.

"PKR adalah parti berbilang kaum, tidak timbul soal etnik calon. Pandangan mengenai Melayu atau Cina patut mewakili pengundi adalah ketinggalan zaman.

"Jika Malaysia mahu menuju ke arah negara berbilang kaum yang inklusif, langkah pertama adalah melangkaui tanggapan bersifat perkauman," katanya.

Di Kajang, 48.89 peratus penduduknya adalah kaum Melayu, 40.8 peratus kaum Cina dan 10 peratus adalah kaum India.

Tambahnya, Wanita PKR percaya bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dan MCA tidak lagi relevan untuk bercakap bagi pihak komuniti Cina.

Adun #Kajang letak jawatan: 6 NGO, penduduk lapor polis

Posted: 30 Jan 2014 05:05 PM PST

Wakil penduduk Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Delima Kajang, Syed Mohd Noor Syed Abu Bakar (hadapan, kanan) bersama wakil penduduk (PDM) Sungai Kantan, Ezma Redza Rahim (hadapan, dua, kanan) bersama sebahagian ahli pertubuhan badan bukan kerajaaan (NGO) membuat laporan polis mengenai bantahan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan hari ini bagi membantah peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.

Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (Chai) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.

Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang tadi, mendakwa peletakan jawatan Chin Cheh mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Dun Kajang itu.

Kira-kira 50 wakil NGO dan penduduk tempatan berkumpul di hadapan IPD Kajang sambil memegang kain rentang dan sepanduk yang menolak Anwar untuk menjadi calon PKR bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Wakil NGO, Zakaria Mohd Ali berkata, laporan itu dibuat kerana Batas dan NGO lain tidak mahu Adun PKR sewenang-wenangnya meletakkan jawatan kerana ia merugikan rakyat.

Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama

Dun #Kajang tangga Anwar ke Putrajaya

Posted: 30 Jan 2014 05:00 PM PST

SHAH ALAM – Penganalisis tidak menolak dakwaan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang sebagai tangga Ketua Umum PKR itu menjadi Perdana Menteri.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan meletakan Anwar sebagai calon, adalah untuk merealisasikan agenda lebih besar.

"Kemasukan Anwar sebagai Adun Kajang adalah tangga mencapai cita-citanya jadi perdana menteri.

"Jika cita-cita Anwar mahu menjadi perdana menteri tercapai maka Azmin akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rasional Dun Kajang dipilih sebagai jalan untuk Anwar dan PR ke Putrajaya.

Menurutnya, kemasukan Anwar dalam Selangor adalah strategi bagi memudahkan PR memenangi PRU14.

"Selangor merupakan negeri paling strategik dan mendapat perhatian masyarakat. Jadi sebarang usaha Anwar memajukan Selangor seandainya beliau menang di Dun Kajang akan membuka mata masyarakat.

"Ini seterusnya membuka peluang besar kepada PR menguasai PRU14," katanya.

Sebelum ini, PKR menjelaskan tindakan meletakkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang sebagai satu strategi radikal menawan Putrajaya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun langkah ini tidak popular tetapi ia sesuatu diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuat dan dalam masa sama menjadi wadah PR menawan Putrajaya.

Samsul berkata, sokongan kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terhadap pencalonan Anwar dilihat mempunyai agenda tersembunyi.

Katanya, sokongan kuat Azmin terhadap Anwar berkemungkinan wujud habuan kepada Timbalan Presiden PKR itu berdasarkan perancangan yang diatur parti.

Mencari Damai Abadi

Posted: 31 Jan 2014 03:02 PM PST

Mencari Damai Abadi


Gong Xi Fa Cai

Posted: 31 Jan 2014 06:06 AM PST



Gong Xi Fa Cai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan