PAS Usaha Realisasikan Impian Rumah Kediaman Posted: 25 Jan 2014 06:24 AM PST DUNGUN, 25 Januari 2014 - Selepas 10 tahun, impian untuk memperolehi rumah kediaman sendiri bakal terlaksana.
Demikian yang dihadapi oleh lima sekeluarga di Kampung Sungai Buaya, di sini. Mohd Sazlly Najalhi, 36 dan pasangannya, Salina Abu Bakar serta tiga orang mereka terpaksa tinggal di kandang kambing terbiar kerana tidak mampu untuk membina kediaman sendiri.
ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik melancarkan Projek Rumah Moswa UPU Sungai Buaya di tapak milik keluarga tidak jauh dari kediaman asal mereka, petang tadi.
Menurut Setiausaha Projek, Mohd Nafi Abdullah pembinaan rumah berkenaan dijadualkan dapat disiapkan akhir April, "kita menjangkakan rumah yang berukuran 20' x 30' ini akan dapat disiapkan akhir April ini dan awal Mei mereka sekeluarga dapat mendiaminya," ujar beliau. Anggaran kasar kos bahan-bahan binaan serta upah berjumlah RM25 ribu. "Saya bagi pihak JK Projek dengan rendah hati mengharapkan para dermawan turut sama membantu menjayakan usaha murni ini, " harap beliau. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan