::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 20 Jan 2014 01:32 AM PST |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 19 Jan 2014 11:28 PM PST Posted: 19 Jan 2014 06:07 PM PST Untuk info sila beralih ke link http://darirakyatn26.blogspot.com/ | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 19 Jan 2014 09:49 PM PST Lawatan Kerja ke Sabah: Apa Lagi Yang Kita Boleh Harapkan Daripada BN..? Posted: 19 Jan 2014 09:43 PM PST Pada hari Rabu, 15 Januari yang lepas, saya berangkat bersama rombongan pimpinan Pemuda PAS Malaysia ke Bumi Di Bawah Bayu. Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda turut serta dalam rombongan tersebut. Selain menghadiri perbicaraan di mahkamah, kami juga menyantuni anak anak muda dan rakyat Sabah dengan pelbagai program yang telaha disusun. Antaranya dialog anak muda, kuliah di surau-surau dan program turun kawasan.
Antara tempat yang sempat saya turun kawasan adalah di Batu Sapi. Ianya terletak lebih kurang 10km daripada bandar Sandakan. Malang bagi warga Batu Sapi apabila mereka mengalami kerosakan jalan hampir 5km terutama di kawasan Taman Po Hing, Batu Sapi dan ianya telah berlarutan lebih daripada 3 tahun.
Apabila ditanya adakah sudah diadukan kepada Ahli Parlimen dan Adun berkenaan? Riak wajah mereka menampakkan kekesalan dan kecewa. Mereka sudah puas meminta Ahli Parlimen Batu Sapi daripada BN (PBS), Linda Tsen Thau Lin dan Adun Sekong (UMNO), Shamsuddin Yahya menyelenggara jalan tersebut,namun setelah berlalu PRU13, Aku Janji mereka hanya tinggal Akur Janji.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (DAP) telah mengemukakan soalan dalam parlimen berkenaan status jalan berkenaan pada sesi Parlimen yang lepas. Menteri Kerja Raya, dalam jawapan bertulisnya menyatakan bahawa jalan raya tersebut mendapat peruntukan khas melalui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 dan telah memperuntukkan RM24 juta untuk menyelenggara jalan tersebut. Namun jalan raya tersebut tidak menerima Sijil Perakuan Siap Kerja oleh JKR Sabab walaupun telah dibuka pada awam sejak 2012. Ia kerana terdapat kecacatan jalan raya yang masih belum diselenggara oleh pihak kontraktor dan JKR Sabah akan menggunakan deposit kontraktor jika ia masih tidak diselanggara.
Realitinya, keadaan jalan raya tersebut sangat menyedihkan (boleh rujuk gambar saya bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust. Muhammad Khalil Abd. Hadi, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan beberapa pimpinan Pemuda PAS Sabah dan rakyat) dan membahayakan kepada pengguna jalan raya terutamanya yang berbasikal, bermotorsikal dan kereta kecil. Kebarangkalian mereka terjatuh berisiko tinggi dan ini meresahkan penduduk Batu Sapi. Pihak JKR Sabah juga tidak berusaha menyelenggara projek tersebut walaupun aduan telah dilakukan.
Maka, saya mengesyorkan beberapa cadangan hasil pertemuan bersama penduduk sekitar; 1) Kementerian Kerja Raya mesti memastikan kontraktor yang dilantik menggunakan bahan yang sesuai untuk jalan yang digunakan oleh kenderaan berat, contohnya kontraktor yang membina jalan raya menuju Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang. Ia penting kerana geografi muka bumi Sabah yang berbukit bukau menjadikam jalan rayanya digunakan dengan kenderaan berat dan besar seperti pacuan 4 roda, lori, bas dan sebagainya. Sekaligus dapat menjimatkan perbendaharaan Negara daripada acap kali menyelenggara jalan raya yang tidak berkualiti di saat harga barang naik kecuali sayur kangkung sahaja yang turun!
2) Pihak JKR Sabah hendaklah melantik kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik, dan bukannya dari kalangan kroni untuk menyelenggara projek tinggalan kontraktor lama. Perkara ini sudah sinonim dengan BN. Mereka lebih mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak daripada kredibiliti dan kualiti kontraktor tersebut. Hasilnya, projek yang dilaksanakan ibarat melepas batuk di tepi tangga. Kesannya kembali kepada rakyat yang menanggung kepayahan apabila kemudahan asas seperti jalan raya tidak sempurna.
3) Saya menyeru penduduk tempatan membuat laporan kepada SPRM untuk memulakan siasatan sekiranya berlaku penyelewengan duit peruntukan bagi pembinaan jalan tersebut. Kita tidak akan redha dan tidak akan diam apabila di saat rakyat tertekan dengan kos sara hidup menekan tetapi pemimpin BN sesuka hati memanipulasi wang rakyat demi kantung mereka kekal penuh.
Projek ini hanya salah satu contoh salah urus tadbir BN sebagai pemerintah. Belum lagi dibongkarkan lebih banyak lagi projek projek yang bermasalah, tidak siap dan terbelengkalai. Di Wilayah Persekutuan sendiri pelbagai projek yang bermasalah dan merugikan rakyat.
Teringat orang orang tua selalu sebut berkenaan UMNO dan BN. Mereka memuja BN kerana merekalah yang membina jalan, sekolah, jambatan, menyediakan itu dan ini. Tanpa BN, mereka merasakan Malaysia tidak membangun seperti sekarang.
Nah, sekarang BN bagaimana? Jalan raya tidak siap, jambatan roboh, stadium runtuh, harga barang naik, minyak naik, gula naik, tarif elektrik naik dan sebagainya.
Apa lagi kita boleh harap pada BN?
Ir. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia | Sabah Indah dan Subur Untuk Kerja Dakwah - Khalil Posted: 19 Jan 2014 09:35 PM PST KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bumi Sabah begitu indah dan subur untuk kerja-kerja dakwah.
Beliau menyatakan demikian menerusi facebook selepas lima hari meluangkan masa bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan di negeri itu.
"Sebelum pulang, saya berpesan kepada mereka bahawa saya berasa 'irihati' dengan mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk melakukan kerja-kerja jihad dakwah dengan penuh pengorbanan," tulisnya.
Katanya, mereka sanggup bersusah-payah ke sana ke mari melalui jalan-jalan yang penuh berliku, meredah hutan belantara dan bukit bukau untuk menghidupkan program-program jamaah PAS.
Ini, tambah beliau khususnya apabila mengingatkan hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya; penat lelah, langkah-langkah orang yang berjihad, naik turun gunung dan bukit, hatta debu-debu yang melekat pada tubuh mereka digantikan dengan pahala yang melimpah ruah di akhirat kelak.
"Semoga Allah mengurniakan keikhlasan di atas amalan yang kita lakukan. Teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabatku," tulis beliau selanjutnya. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 19 Jan 2014 07:35 PM PST ISLAM ITU ADIL UNTUK SEMUA... Posted: 19 Jan 2014 05:08 PM PST 1. Antara prinsip Islam ialah adil kepada semua. Bukan sahaja kepada ummat manusia bahkan termasuk tumbuh - tumbuhan dan binatang. Ia menepati konsep Rahmatan Lil A'lamin ( Rahmat kepada sekelian Alam ). Adil di dalam Islam bukan suatu pilihan malah ia adalah satu kewajipan. Sebagaimana zalim itu diharamkan oleh Allah swt, demikianlah Adil itu diwajibkan oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.huma
مَنْ أَعانَ على خُصُوْمَةٍ بِظُلْمٍ أو يُعِينُ على ظُلمٍ لَمْ يَزَلْ في سَخَطِ اللهِ حتَّى يَنْزِعَ
"Sesiapa yang membantu persengketaan dengan cara zalim atau membantu kezaliman, maka ia senantiasa berada di bawah kemurkaan Allah swt sehinggalah dia meninggalkan perbuatan itu dan bertaubat. (Riwayat Ibnu Majah)
Firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Maidah: Ayat 8)
2. Setiap kita mestilah berlaku adil justeru itulah yang diajar oleh Islam, khasnya pemimpin. Tanggungjawab seorang pemimpin ialah memegang amanah dan urusan rakyat atau orang dipimpin oleh mereka. Maka adil adalah syarat utama menjadikan ia seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan di redhai oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw dari Abi Hurairah Rha.
((سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ)).ـ
"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya kelak :
Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua: Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga: Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat: Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima: Insan yang di ajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'
Keenam: Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh: Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Adil bagi pihak rakyat pula ialah mentaati pemimpin yang adil dan bertaqwa serta bersedia menasihati andainya mereka menyeleweng dari amanah dan menindas rakyat yang dipimpin oleh mereka. Mengampu atau menyembunyikan kezaliman pemerintah juga satu kezaliman apatah lagi cenderung untuk bersama dengan kezaliman yang dilakukan. Firman Allah swt :
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud: Ayat 113)
Nasrudin bin Hassan Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 19 Jan 2014 07:08 PM PST ADUN Sura Luang Masa Ziarahi Rakyat Di Hospital Dungun Posted: 19 Jan 2014 09:23 AM PST DUNGUN, 19 Januari 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik meluangkan masa lebih sejam petang tadi ketika menziarahi para pesakit yang berada di wad lelaki Hospital Dungun. ADUN Sura, Hj Wan Hapandi Nik ditemani Setiausaha MTD Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed bertanya khabar Hassan Muhd Amin
Beliau hadir menziarahi Setiausaha PAS Cawangan Sungai Udang, Hassan Muhd Amin, 49, yang mengalami serangan jantung dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.
Turut sama menyertai ziarah tersebut ialah Setiausaha MTD Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed, Ketua PAS Cawangan Sungai Udang, Enche Alias Muda dan AJK PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate, Haji Nordin Sulaiman.
Kesempatan masa ziarah ini diambil peluang untuk bertanya khabar serta bertemu dengan semua pesakit dan ahli keluarga yang kebetulan berada di sisi pesakit semasa tempoh waktu melawat dibenarkan. | Menjaga Kebajikan Rakyat, Bukan Pergi Ke Antartika Posted: 19 Jan 2014 07:50 AM PST DUNGUN, 19 Januari 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik menggesa Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, memfokuskan kemelut rakyat yang sedang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup. ADUN Sura yang juga Pengerusi MTD Sura berkata demikian ketika ditanya oleh Team Media DUN Sura selepas menziarahi Setiausaha PAS Cawangan Sungai Udang, Hassan Muhd Amin, 49, yang mengalami serangan jantung di Hospital Dungun, di sini petang tadi.ADUN Sura, Y.B. Hj Wan Hapandi Nik ditemani Setiausaha MTD Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed, menziarahi Hassan Muhd Amin di Hospital Dungun, petang tadi. Beliau mempersoalkan rasional di sebalik lawatan 15 hari ke Antartika sedangkan rata-rata rakyat Terengganu kini terpaksa mengikat perut. Selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun, beliau turut menyarankan Menteri Besar mendesak kerajaan pusat menyegerakan janji pembinaan hospital baru di Dungun. | |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 19 Jan 2014 09:29 AM PST Ahli Pas Mesti Menjadi Pendakwah Posted: 19 Jan 2014 02:35 AM PST Idris Hj Ahmad 17/1/14 Islam berkembang dengan dakwah. Tanpa dakwah Islam tidak sampai ke negara kita. Kita tidak tahu apa anutan agama kita pada masa ini. Besarnya jasa pendakwah yang telah mengharungi lautan dan ombak yang bergelora semata-mata untuk menyampaikan risalah dakwah. Bayangkan sewaktu itu tidak mempunyai pengangkutan seperti hari ini. Namun atas arahan agama mereka sanggup sampai ke negara kita dan juga ke negara lain. Sekarang Nabi dan Rasul tidak lagi diutuskan kepada manusia. Tetapi urusan manusia terus berjalan di atas muka bumi Allah SWT. Urusan manusia ada yang salah dan ada yang betul. Di sinilah perlunya dakwah sesama manusia.
Oleh yang demikian ahli Pas mesti menjadi duat ila Llah kerana ia adalah satu kewajipan yang tidak boleh dielakkan. Sabda Rasulullah SAW " Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walaupun satu ayat". Ertinya disini tidak perlu untuk menjadi alim baru hendak memulakan dakwah. Jangan tunggu alim baru hendak berdakwah, sebaliknya berdakwahlah sehingga anda menjadi alim. Ertinya bermula dengan sedikit pengetahuan,lama kelamaan ia menjadi alim. Ahli Pas mesti berdakwah sekadar kemampuan. Mewujudkan dakwah harakiah ialah dakwah yang berhubung kait dengan sekeliling dan masalah harian. Mulakan lamgkah dengan ahli keluarga kita dahulu. Sebagaimana perintah Allah kepada Nabi kita Muhammad SAW "berikan inzar kepada ahli keluarga kamu yang terdekat" Nabi SAW mengajak isterinya Siti Khadijah Binti Khuwailid, Saidina Ali yang dipelihara oleh nabi Muhammad SAW. Ertinya merekalah orang yang paling awal baginda seru untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mulakan dengan keluarga dahulu. Nanti orang ramai akan kata, kuman di seberang laut kamu nampak, gajah di hadapan mata kamu tidak nampak. Soal samaada mereka mahu menerima atau tolak, ini bukan perhitungan. Apa yang penting ialah usaha untuk berdakwah. Baginda tidak jemu- jemu di dalam menyampaikan seruan kepada ahli keluarganya. Baginda mengambil kesempatan ketika orang ramai ada untuk memberi penerangan. Tidak ada lorong di Makkah yang baginda tidak masuk untuk memberi tahu kepada orang ramai, terutama sewaktu orang Arab datang mengerjakan haji pada ketika itu. Baginda membuat kenduri, apabila orang ramai hadir baginda memperkenalkan Islam kepada hadirin. Berikan kefahaman kepada anak isteri mengenai Islam dan penghayatannya. Galakkan mereka menuntut ilmu tanpa jemu. Suburkan ahli keluarga dengan budaya ilmu. Mempunyai perpustakaan peribadi di dalam rumah, sebagai langkah menggalak budaya membaca. Dakwah berkembang demgan ilmu dan kefahaman. Tanpa kefahaman ia cepat luntur dan pudar. Menggalak ahli keluarga hadir ke program ilmu di masjid, surau dan markaz. Di sinilah tumbuh kesedaran untuk berjuang dan bekorban. Kita tidak berjaya di dalam dakwah, jika anak isteri tidak bersama mendokong perjuangan suci ini. Cabaran yang paling besar kepada seorang pendakwah ialah cabaran yang datang daripada ahli keluarga sendiri. Jika ujian ini lulus maka ia boleh maju ke hadapan untuk membawa panji agama Allah. Pendakwah boleh berhadapan dengan musuh di luar kerana ia hanya pada waktu- waktu tertentu. Sedangkan ahli keluarga berlaku sepanjang waktu.
Berdakwah bukan satu perkara yang sukar, jika kita faham apa skop dan tanggungjawab sebagai ahli Pas. Apa yang penting kerja ini boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Banyak orang silap faham menganggap bahawa hendak menjadi pendakwah mesti pandai berpidato dan petah bercakap. Ini satu tanggapan yang silap. Mereka boleh bekerjai di medan yang cukup luas. Mesti meletakkan diri di posisi yang mampu mereka lakukan. Mereka yang berkeahlian dalam bidang IT perlu manfaatkan kemudahan yang sedia ada. Jangan biarkan kemudahan ini tidak diisi oleh aktivis Pas. Sebenarnya ruang ini hanya memerlukan komputer untuk melaksanakan dakwah. Gunakanlah ia sebagai medium untuk menerangkan Islam dan dasar perjuangan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersemuka dengan kita tetapi boleh bertemu di alam maya. Amat beruntung siapa yang dapat kuasai teknologi maklumat pada masa kini. Salah satu cara lagi cara untuk berdakwah yang tidak perlu ungkapan dan kata- kata, cuma perlu tenaga sahaja. Iaitu boleh letak akhbar Harakah yang sudah dibaca di kedai kopi. Atau pun edarkan keratan akhbar kepada orang ramai, jika ada artikel- artikel yang baik. Mungkin kita tidak pandai bercakap, tetapi kita boleh panggil orang bercakap. Ini juga merupakan satu usaha dakwah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Siapa yang menunjuk jalan kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan kebaikan". Jelas kepada kita, dakwah bukan sahaja untuk orang yang petah bercakap, tetapi ia adalah tugas untuk semua. Jika semua ahli Pas berperanan di dalam berbagai medan maka fajar Islam cepat kelihatan. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 19 Jan 2014 07:36 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan