BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 1 Januari 2014 at 3:28 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 31 Dec 2013 11:45 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 31 Dec 2013 07:43 PM PST

ASSALAMUALAIKUM,

SEDANG DALAM PEMBINAAN....HARAP BERSABAR


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 31 Dec 2013 11:08 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh teman-teman.

Posted: 31 Dec 2013 12:52 AM PST


Himpunan TURUN : Pemuda PAS Kelantan Sahut Seruan DPPM

Posted: 30 Dec 2013 11:23 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyahut seruan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat agar seluruh anak muda menyertai himpunan TURUN pada malam 31 Disember 2013 ini bagi membantah kenaikan harga barang. Seruan itu dibuat bagi menunjukkan solidariti terhadap lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

Selaku organisasi yang berada di bawah Pemuda PAS Malaysia, adalah menjadi kewajipan bagi seluruh jentera pemuda di negara ini bersatu di bawah satu arahan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia. Ini sekaligus membuktikan bahawa anggota Pemuda PAS di seluruh negara sebulat suara menyokong usaha untuk mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak berlaku sebagaimana yang diura-urakan.

Untuk itu, seluruh anggota Dewan Pemuda PAS di kawasan-kawasan seluruh negeri Kelantan dikerah untuk turun beramai-ramai ke Himpunan TURUN 31 Disember 2013 ini. Perlu ditegaskan bahawa himpunan yang dirancang ini tidak sekali-kali bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sebagimana yang diwar-warkan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Dakwaan sebegini adalah karut dan bertujuan semata-mata untuk menutup isu sebenar iaitu kenaikan tol yang cukup membebankan rakyat.

DPPNK juga ingin mencabar Pemuda UMNO untuk menyatakan pendirian secara rasmi adakah mereka bersetuju dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan khususnya kadar tol? Pemuda UMNO diseru jangan berselindung di sebalik dakwaan-dakwaan palsu kononnya himpunan TURUN bertujuan menggulingkan kerajaan semata-mata kerana ingin mengalihkan isu. Sikap ini merupakan sikap pengecut dan melambangkan Pemuda UMNO tidak mempunyai jatidiri dan pendirian yang jelas.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 29 Disember 201

Ke Mana Pergi Subsidi Kami?

Posted: 30 Dec 2013 11:23 PM PST


RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN PASTI KAWASAN MACHANG

Posted: 30 Dec 2013 11:22 PM PST

1.Syukur kepada Allah,tuhan yang menjadikan seluruh alam. Dengan penuh hormat, sempena awal tahun 2014 yang bakal menjelma. Jawatankuasa Pasti Kawasan Machang, ingin merayu dan membuka peluang kepada YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan membuat amal jariah bagi membantu pembangunan pasti-pasti di sekitar Machang yang mempunyai 18 cawangan dan mempunyai hampir 700 orang pelajar.

2. Untuk makluman, YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan, kami amat berbesar hati menerima sumbangan kewangan @ pelbagai bantuan peralatan sekolah dan juga makanan (beras,roti,biskut,susu,gula,milo dll)

3. Segala sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah di salurkan ke BIMB :-
PASTI KAWASAN MACHANG :-
03045010011990

Atau menghubungi saya..khairul (010-5417841)

4.Sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan hulurkan, kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud 'Apabila mati seseorang manusia terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa anak yang soleh'. Hadis Riwayat Al-Imam Muslim

Sekian,terima kasih.

(MUHAMMAD KHAIRUL B. CHE KHALID)
Pengerusi
Jabatan Pasti Kawasan Machang
26 Disember 2013

Penyerahan papan karrom kepeda pemuda dusun buluh

Posted: 30 Dec 2013 11:21 PM PST


PENGUMUMAN PELANTIKAN PENUH AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA SESI 2013-2015

Posted: 30 Dec 2013 11:20 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baru dan membentuk jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat DPPM pada 24 Disember 2013, hampir semua lajnah dan jabatan telah berjaya diisi. Pelantikan tersebut menggabungkan di antara ulamak, profesional, aktivis, usahawan dan ahli akademik.

Latar belakang yang pelbagai di dalam kepimpinan DPPM sesi ini menggambarkan semangat memposisikan variasi kepimpinan pemuda sesi ini. Justeru dengan kepelbagaian yang ada ini, Insya Allah akan membantu DPPM mengerakkan Pemuda PAS Malaysia lebih inklusif seterusnya memberi banyak kebaikan kepada anak muda Malaysia. Berikut adalah senarai penuh yang telah diputuskan;

Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat [Pengerusi Lajnah Politik]

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi [Pengerusi Akademi Tarbiyyah Pemuda]

Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Khairil Nizam Khiruddin
[Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda]

Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail [Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda]
Penolong Setiausaha I : Mohd Faizul Salleh
Penolong Setiausaha II : Ramadan Elias
Penolong Setiausaha III : Yusapiza Ya'cob

Bendahari : Ustaz Yussaine Yahya [Pengarah Jabatan Perbendaharaan]

Ketua Penerangan : Ustaz Zaharudin Muhammad [Pengerusi Lajnah Penerangan Pemuda]

Pengarah Pilihanraya Pemuda : Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya Pemuda]
Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun : YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary [Pengerusi]
YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Perpaduan Nasional : Nurul Islam Mohamed Yusoff [Pengerusi]

Lajnah Pekerja, Pengguna & Alam : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus Sekitar [Pengerusi]
Dr Mohd Ibrahim [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Penerangan & Media Baru : Ustaz Ahmad Fadli Shaari [Pengarah]

Institut Kajian Polisi : Syahir Sulaiman [Pengarah]

Jabatan Pendidikan Politik : Mohd Fadli Ghani [Pengarah]

Lajnah Dakwah : Ustaz Syed A. Kadir Hussin [Pengerusi]
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah : YB Ustaz Ahmad Yahya [Pengarah]

Akademi Tarbiyyah Pemuda : Ustaz Nushi Mahfodz [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak : Lahirul Latigu [Pengerusi]

Lajnah Antarabangsa : Dr Raja Iskandar al-Hiss [Pengerusi]

Lajnah Pembangunan Tanah & Bandar : Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi [Pengerusi]

Lajnah Kebajikan & Perihatin Rakyat : Ustaz Hafiz Musa [Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Graduan : Basri Din Kamar [Pengarah]

Badan Mobilisasi Rakyat : Kamaruzaman Mohamad [Pengarah]
Zulhazmi Shariff [Timbalan Pengarah]

Jabatan Profesional Muda : Dr Mohamad Omar [Pengarah]

Jabatan Pembangunan Mahasiswa : Ustaz Mohd Hafez Sabri [Pengarah]

Jabatan Penyelarasan Mahasiswa : Dr Abdul Azim Abu Hasan Luar Negara [Pengarah]
Jabatan Pembangunan Pelajar : Mohd Hakim Mohd Nor [Pengarah]

Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & : Noor Azmir Zakaria Hak Asasi Manusia [Pengarah]

Jabatan ICT : Wan Asrul Afendi [Pengarah]

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis : Ustaz Yussaine Yahya
Kedah : Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang : Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak : Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan : Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka : Jauhar Mohd Dawi
Johor : Mohd Faizul Saleh
Pahang : Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan : Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah : Lahirul Latigu
Sarawak : Mohd Arifiriazul Paijo

SUHAIZAN KAIAT
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Program Brainstorming Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

Posted: 30 Dec 2013 11:18 PM PST









11 Langkah penjimatan Najib hanya kosmetik

Posted: 30 Dec 2013 11:14 PM PST

27 Safar 1435H. [MOD] - 

IPOH: Pengumuman 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah salah satu usaha mengelirukan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Najib cuba memberi gambaran di mata rakyat bahawasanya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat hingga sanggup berkorban termasuklah untuk mengurangkan elaun menteri.

Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.

"Sebelas langkah pengurangan yang diumumkan itu tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat, ianya juga tidak menjadi satu jawapan utama terhadap permasalahan sebenar iaitu kos kehidupan rakyat semakin meningkat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Razman menjelaskan, PAS mahu melihat kerajaan menyelesaikan perkara pokok termasuklah ketirisan dan pembaziran yang berleluasa didalam pentadbiran negara ketika ini.

Kerajaan katanya tidak ada satu usaha untuk menyelesaikan kepincangan pemerintahannya sebaliknya cuba menutup kegagalan itu dengan pengumuman yang tidak mendatangkan faedah besar.

"Kerajaan seharusnya lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat yang dihimpit dengan tekanan kehidupan seharian apabila kerajaan sewenang-wenangnya mengumumkan pelbagai kenaikan.

"Masih ramai lagi rakyat hidup dalam keadaan perdapatan minima yang sudah pasti terbeban dengan pelbagai kenaikan ketika ini," jelasnya lagi.

Namun begitu, PAS menyambut baik satu langkah murni kerajaan untuk membuat satu langkah penjimatan dalam menggunakan dana wang negara dan sepatutnya ianya diamalkan sejak dulu lagi.

"Seharusnya semua kepimpinan kerajaan turut menginsafi untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan mereka dengan melihat tekanan yang dilalui oleh rakyat marhaen kini," jelas Razman.
Harakahdaily/-

Perlawanan Persahabatan Futsal Pemuda Dun Pulai Chondong Dengan Temangan

Posted: 30 Dec 2013 11:13 PM PST




Ketua Pemuda PAS Pusat

Posted: 30 Dec 2013 11:11 PM PST


Jabatan Amal Machang Bertugas Membantu Mangsa Banjir Kemaman, Terengganu

Posted: 30 Dec 2013 11:09 PM PST






KHIDMAT MERU

Posted: 31 Dec 2013 09:25 AM PST

KHIDMAT MERU


Alhamdulilah sambutan rakyat pelbagai bangsa cukup meriah dan memberangsangkan dlm program Back To Schoo.

Posted: 30 Dec 2013 06:09 PM PST










Alhamdulilah sambutan rakyat pelbagai bangsa cukup meriah dan memberangsangkan dlm program Back To School, Peraduan Memancing dan Gunting Rambut RM1 yg dianjurkan oleh JKKK Kg Meru dgn kerjasama Masjid Asy Syariff dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru. Yb Meru dan isteri bersama terlibat bagi memeriahkan lagi suasana meriah dan santai bersama penduduk Meru. 

Yb Kumpulan 52 membonceng salah seorang daripada 40 penunggang Meru Bikers yg membawa beliau dari Bt 5 ke Dewan Sri Kerayong Kapar.

Posted: 30 Dec 2013 06:05 PM PST







Yb Kumpulan 52 membonceng salah seorang daripada 40 penunggang Meru Bikers yg membawa beliau dari Bt 5 ke Dewan Sri Kerayong Kapar. Beliau bersama meraikan Karnival Usahawan Peringkat Daerah Klang yg dirasmikan oleh Yb Dr Daroyah, Exco kerajaan Negeri Selangor.

Jasindaily Online

Posted: 31 Dec 2013 09:18 AM PST

Jasindaily Online


10,000 banjiri KL, kerajaan tak 'terguling'

Posted: 31 Dec 2013 08:52 AM PST


Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.


Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram.

Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya.

Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka.

LAPORAN LANGSUNG


12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka.

Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu.

"Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau.

Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam.

11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata "baliklah" dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.

11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas.

11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.

Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan.

"Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia.

"Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud "Bankrap Negara".

10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba melepasi barisan kedua polis.

Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit.

OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan.

"Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama," katanya berseloroh.

"Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjada kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama," katanya.

103.0pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja.

10:15pm Menara DBKL - Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan.
 
Mereka kemudiannya terus ke persimpangan jalan Tun Perak untuk bergabung dengan peserta di dataran merdeka.
 
Mereka melepasi benteng polis di hadapan dataran merdeka tanpa halangan.

Persimpangan Jalan Raja 
Laut-Jalan Tun Perak - Pengerusi TURUN Azan Safar berarak ke Dataran Merdeka dari arah Jalan Raja Laut. 

Beliau yang berjalan, dengan kawalan beberapa orang peserta himpunan berbaju-T 'TURUN', memegang mikrofon sambil melaungkan 'Turun harga barang'.

10.05pm, Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sa
mbil bertepuk tangan.

Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut.

Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang.

10.00pm, Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua.

Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya.

"Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana," kata OCPD Dang Wangi.

10pm, Jalan Raja Laut – Lebih 3,000 peserta kini berarak ke arah menara DBKL di Jalan Raja Laut dengan pelbagai laungan menuntut penurunan kos sara hidup.

Jalan ditutup berikutan ramainya peserta yang memenuhi keseluruhan jalan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai bangsa.

9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut.
Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang.

Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak.

Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari.

Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks.

Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak.

9.40pm, Dataran Merdeka - 
Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu "menggulingkan" kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: "Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka".

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota
 polis di kawasan itu.

9.30pm
SOGO - Lebih 1,000 sudah berkumpul di hadapan kompleks membeli belah SOGO sekarang dengan nyanyian penaik semangat dan sorakan "Turunkan harga barang" dan Hidup Rakyat" masih kedengaran.

Peserta turut mula turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan meminta agar kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Sebilangan kecil peserta juga mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

Mereka dipercayai sedang menunggu pimpinan dari NGO Turun untuk berarak ke arah Dataran Merdeka dan Menara DBKL.

Beberapa peserta turut mengambil kesempatan mengisi perut di gerai yong tau fu dan makanan ringan oleh peniaga di tepi jalan.

Keadaan agak tenang tetapi bingit dan sesak. Masih tiada polis berhampiran.

Dataran Merdeka -Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL.

Bagaimana pun, mereka dihalang oleh satu lagi lapisan yang dikawal polis di depan Panggung Bandaraya.

Pasar Seni - Penyelaras Suaram Syukri Razab kelihatan sedang meninjau di Dataran Merdeka sama ada terdapat tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Beliau memberitahu, barisan peguam disediakan jika terdapat sebarang masalah.

9.15pm

Masjid Jamek - Kumpulan dari Masjid Jamek mula bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".

Sewaktu melintasi Dataran Merdeka, polis dan petugas DBKL kelihatan sudah bersedia di sebalik hadangan masuk ke Dataran Merdeka.

SOGO - Sorakan dan nyanyian pembakar semangat bergema di hadapan kompleks be
li-belah Sogo yang kini dipenuhi hampir 1,000 peserta.

Pengerusi Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong mengajak semua peserta demonstrasi bersama dan menjaga disiplin ketika berarak ke Dataran Merdeka sebentar lagi.

Beberapa pemimpin SAMM dan SMM turut memberi ucapan.

9.00pm

Dataran Merdeka -Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh tiba.

Kira-kira 50 anggota polis berkawal di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, yang mesti dilalui peserta perhimpunan sebelum ke Dataran Merdeka.

Konsert ambang merdeka dihentikan sebentar bagi menghormati waktu Isyak.

Pasar Seni - ratusan orang ramai sudah berkumpul di hadapan pintu masuk kompleks itu yang ditampal dengan notis: Dilarang duduk dan berkumpul!

SOGO - pemimpin mahasiswa Fazli Zainul dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) menjadi orang pertama berucap di hadapan kira-kira 400 peserta yang berkumpul.

Beliau mengajak orang ramai yang berhimpun bersabar untuk langkah seterusnya.

"Sama-sama kita ikut berarak membantah kenaikan harga ini. Kita akan bergerak ke Dataran Merdeka sebentar lagi.

Selepas beliau beberapa wakil mahasiswa dari Utara, Kelantan turut berucap memberi mesej yang sama kepa
da hadirin.

Polis masih tidak kelihatan dan pentadbir kompleks SOGO tidak memberi bantahan kepada mereka yang telah pun berkumpul.

Hanya satu Lori DBKL kelihatan di hadapan kompleks ini.

Masjid Jamek - Kelibat orang ramai yang memenuhi pinggir Jalan Tun Perak menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas.

Kenderaan bergerak perlahan untuk mengelak dari merempuh peserta himpunan yang berdiri di bahu jalan.

8.45pm, Masjid Jamek – Di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sekumpulan peserta himpunan memegang sepanduk bertulisan "Tahniah kepada BN. BN = Barang Naik".

Sepanduk sama juga tertulis yang ia datang daripada PKR Johor Baharu.

Seorang lagi peserta himpunan pula kelihatan menjual akhbar Suara Keadilan milik PKR.

8:30pm, SOGO – Keadaan masih aman dengan pelbagai aktiviti berlaku tanpa sebarang gangguan di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

Seorang kerani pentadbiran Chang For Bun, 27 berkata beliau turun kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barangan yang telah bermula Semarang.

"Jika barang naik harga, semua makanan akan naik juga, kalau sayur naik, daging naik bagaimana? Takkan nak makan daving manusia?

Seorang pelajar Leong Yung Hong, 19 datang membantah kerana kehidupan beliau sebagai pelajar kolej semakin susah.
 
"Saya nak bagi mesej kepada kerajaan agar jangan lakukan ini (kenaikan). Kita semua sudah dalam situasi yang susah, jangan tambah lagi kesusahan itu," kata beliau.

Kelihatan juga peniaga menjual minuman, kemeja-t malah membuat persembahan di kaki lima hadapan kompleks beli belah itu.

Kira-kira 300 pengunjung dan peserta demonstrasi pelbagai agama dan bangsa sedang bersantai di sini.  

8:20pm, Dataran Merdeka – Konsert ambang tahun baru sudah bermula. Peserta, kebanyakan golongan muda dan anggota keluarga kira-kira 500 orang berkumpul.

Kehadiran polis sebelum itu kelihatan bertambah ramai dengan sekurang-kurangnya dua trak dan sembilan bas. Justeru, ia bermaksud kira-kira 400 orang anggota sudah berada.

Sekurang-kurangnya lima ambulans kelihatan di kawasan itu.

8.05pm, Sogo –Sekumpulan pelajar yang datang daripada Kelantan memberitahu, mereka datang dari jauh untuk berhimpun kerana merasakan peningkatan kos sara hidup berlaku secara tidak adil.

"Kami di sini untuk mempertahankan hak rakyat," kata seorang daripada mereka, Aziz Afiq Abdul.

Masih tidak ramai orang hadir di sekitar pusat membeli belah itu sementara peserta perhimpunan perlahan-lahan memenuhinya.

7.50pm, Dataran DBKL – Cuaca di Dataran DBKL berangin dan berawan. Sesekali guruh berdentum menandakan hujan hendak turun.

Hanya beberaapa pegawai DBKL dilihat di sekitar kawasan itu. Ini berbeza dengan di Sogo apabila kira-kira 200 orang sudah berkumpul di kawasan itu.

Mereka malah solat Maghrib secara berjemaah di situ.

7.45pm, Central Market – Tiada tanda-tanda kehadiran peserta perhimpunan. Tetapi beberapa pegawai polis bersama kereta peronda kelihatan sudah berada di kawasan itu.

Hanya kelihatan pelancong yang masih leka membeli belah tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku.

7.35pm, Dataran Merdeka – Orang ramai yang menantikan sambutan tahun baru mula berkumpul di jalan bertentangan bangunan Sultan Abdul Samad. Kkonsert dijangka bermula pada jam 8 malam./ Malaysiakini.com/bm

SYABAS ORANG PENANG ... HANGPA MEMANG TAK CEROI ..

Posted: 31 Dec 2013 08:49 AM PST


NILAH AKIBATNYA JIKA PULAU PINANG DIPERINTAH OLEH KERAJAAN CINA-DAP... KETUA MENTERINYA ADALAH LIM GUAN ENG... HABIS ANAK2 MUDA 'DIROSAKKAN' DGN MAJLIS ILMU AGAMA... 


Kalau di Kelantan, pemandangan seperti ini adalah biasa. Tapi ini di Pulau Pinang di bawah kerajaan cina-DAP... Biarlah apa langau² otak kuda kayu nak kata, admin terharu melihat gambar ini.. Lokasi: Di Padang Majlis Bandaran Butterworth, P.Pinang Bersama: Ustaz Azhar Idrus, Pierre Andre, Syamsul Yusof.


Credit Gambar : Buletin Pakatan Rakyat

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 31 Dec 2013 09:14 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Batu nisan tercabut, bersepah

Posted: 29 Dec 2013 08:27 PM PST




30 Disember 2013

SEREMBAN - Bukan saja terbiar dengan rumput yang semakin panjang, malah ada antara batu nisan telah tercabut serta bersepah.

Itulah permandangan yang dapat dilihat di kawasan perkuburan Islam Kampung Baru Paroi, dekat sini yang didakwa semakin terbiar.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kawasan kubur di kampung berkenaan yang dilihat seakan-akan tidak terurus.

"Selain itu, di sekeliling kawasan perkuburan ini juga kelihatan tidak terurus dengan daun-daun kering yang terbiar dan rumput pula semakin panjang," katanya.

Berikutan itu, beliau meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk mencari jalan  memelihara semula kawasan perkuburan terbabit.

PAS Kulaijaya

Posted: 31 Dec 2013 07:07 AM PST

PAS Kulaijaya


Ceramah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)

Posted: 30 Dec 2013 06:56 PM PST

Permohonan Tanah oleh Penduduk Kg Tan Yoke Fong, Kulai.

Posted: 30 Dec 2013 06:13 PM PST

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan