Sumber: MalaysiaKini Garis panduan untuk pemerhati pilihan raya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk larangan bercakap kepada media tanpa kebenaran SPR, akan menghalang mereka daripada menjalankan tugasnya, kata Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (kiri) berkata sekretariat Pakatan bermesyuarat hari ini untuk meneliti garis panduan tersebut, dan memutuskan untuk mengemukakan bantahan kepada SPR.
Katanya, garis panduan itu melarang pemerhati pilihan raya daripada memantau proses pengiraan undi, rakaman "penipuan pilihan raya" tanpa persetujuan pegawai SPR, dan bercakap kepada media.
Ia juga melarang pemerhati daripada mendedahkan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan SPR, berkomunikasi dengan ejen mengundi dan ejen mengira undi serta kakitangan SPR, serta daripada hadir di pusat mengundi.
"Selain itu, SPR hanya membenarkan maksimum tiga pemerhati pilihan raya dalam sesebuah kawasan parlimen," kata Saifuddin kepada pemberita di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Ahli Parlimen Machang itu menyifatkan garis panduan tersebut sebagai satu sekatan yang tidak adil kepada enam kumpulan pemantauan pilihan raya.
"Ini mencerminkan bahawa SPR tidak mempunyai rancangan untuk menjalankan pilihan raya umum yang telus dan adil," katanya, sambil menambah bahawa Pakatan akan meminta SPR meminda syarat-syarat tersebut. Pakatan akan pantau 'kerusi panas'
Menurut Saifuddin, enam kumpulan yang dilantik oleh SPR sebagai pemerhati rasmi di Semenanjung ialah Transparency International-Malaysia, Merdeka Centre, Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Pusat bagi Kajian Dasar Awam, Majlis Belia Malaysia dan Persatuan bagi Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).
Proham dan Institut Nasional bagi Demokrasi dan Integriti Pilihan Raya telah menolak tawaran itu.
Selain Majlis Belia Malaysia, empat kumpulan lain masih berunding dengan SPR mengenai sekatan tersebut.
Saifuddin juga berkata bahawa Pakatan akan memantau secara intensif 'kerusi-kerusi panas'.
Ia membabitkan kawasan pilihan raya yang ditandingi pemimpin tinggi Pakatan, kawasan dengan kenaikan mendadak jumlah pengundi, kawasan pilihan raya yang terbabit dalam membeli undi dan bermasalah dalam pilihan raya sebelumnya, dan kawasan di mana majoriti undi dalam pilihan raya lalu di bawah tiga peratus daripada keseluruhan undi.
"... jika tiada kawal selia dan pemantauan di kawasan pengundian ini, mungkin berlaku penipuan, yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya," katanya.
UMNO dah menggelabah, taktik kotor dah makan diri balik. Selama beberapa hari juak2 kat TV beriya iya lah bedal Presiden PAS pasal Amanat 1981 tu.. Siap reka reka cerita bagi sedapkan fitnah lagi.. Ada pulak sekor menteri siap cabar Hadi buat penjelasan.. Last last Sekarang ni dah macam macam alasan yg puak ni bagi pulak! Hadi mintak siaran 1 jam untuk dibuat penjelasan. Menggelabahlah seluruh ketua ketua lembUMNO.. 1 jam je, menggelabah depa macam hari nak kiamat dah! Apa yg korang takut sangat? Hari tu tunjuk terer? Bukan ajak berdebat ke, main isu nak hentam korang ke.. Just penjelasan Amanat Hadi 1981 je.. Itupun takut? Betul la cakap ustaz2 aku masa aku skola kecik kecik dulu.. SYAITAN takut jika manusia amalkan ayat ayat suci Al Quran.. Lagi lagi bila disebut dihadapan SYAITAN2 itu.. TERBAKOOOOOOORR!!!
Sumber2 dari Astro Oasis (AO) memaklumkan bahawa rancangan paling popular di Astro Oasis sekarang ini ialah Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.
Penonton tetapnya adalah 700 ribu orang dan siaran ulangannya juga tinggi iaitu 600 ribu orang.J auh mengalahkan rancangan Astro yang lain termasuk Maharaja Lawak.
Allahuakbar... Islam semakin bersinar di Bumi ku Ya Allah. Terima kasih banyak2 Astro Oasis kerana bagi peluang kepada UAI ke udara.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.
Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Mohamad Sabu, berkata pertemuan itu akan disertai pemimpin utama ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP dalam masa terdekat.
"Pertemuan itu bagi membincangkan agar pihak polis memberi kerjasama supaya himpunan itu nanti berjalan dengan baik.
"Kita memberi jaminan bahawa himpunan itu nanti akan berlangusung aman," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini.
Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP Teng Chang Kim serta anggota jawatankuasa pemandu HKR Hishamuddin Rais.
Selain itu kata Mohamad, pihak jawatankuasa induk sekretariat HKR pula, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Wilayah Persekutuan bagi memaklumkan berhubung penganjuran himpunan itu.
Najib tunai janji
Sementara itu, Mohamad memberitahu, sehingga kini pihaknya belum menerima jawapan dari pihak pengurusan stadium terhadap surat permohonan yang dihantar 26 Disember lalu.
Ketika ditanya sama ada penganjur mempunyai alternatif lain jika stadium itu tidak dapat digunakan, beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengotakan janji untuk membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium itu seperti yang dinyatakan ketika himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.
"Buat masa ini hanya Stadium Merdeka. Saya yakin Perdana Menteri akan menepati janji," katanya.
Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu juga nanti, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai 'Deklarasi 12 Jan' akan dibentangkan.
Beliau juga memaklumkan himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu.
Posted: 01 Jan 2013 10:36 PM PST
Didunia betapa banyak soalan terhadap kemungkaran yang dilakukan mereka.
Di Akhirat pasti .
Posted: 01 Jan 2013 10:28 PM PST
Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga bunuh diri di Pengerang?
Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang.
Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).
Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu.
Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan.
"Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari parti politik pemerintah dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.
Berikut adalah kenyataan media beliau..
Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di bilik.
Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.
Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.
Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.
Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, keluarga Pang telah menerima surat pengambilan tanah. Rumah kediaman keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain.
Sehubungan itu keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.
Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri. GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.
Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang.
Chua Peng Sin Bendahari Gabungan NGO Pengerang 1hb Januari 2013
ALIA berbogel di Kedutaan Mesir di Stockholm pada 20 Disember lalu.
Aktivis minta kerakyatan wanita Mesir berbogel ditarik KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru in. Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia. Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu. Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki Mesir. Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN. Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel. Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu. Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita. Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember tahun lalu. Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar. "Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan.
Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini digugurkan. Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden. Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter.- Agensi
Posted: 01 Jan 2013 10:25 PM PST
Parah
Wednesday, January 2, 2013
PANAS!! Awie yang dilantik sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak pakai rantai salib?
Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia.
Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja kata Yang Dipertua PSIP sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.
Bagaimanpun artis Rock terkenal tanahair, Awie mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan telah membuka sebuah Kelab Malam, Malai Rock Station Bistro (MRSB) di Ipoh yang dikatakan turut menjual arak - baca di ( SINI )
Dan hari ini sebuah laman Blog ( MiLo SuaM ) mendedahkan satu video yang menyerlahkan ketika menyampaikan sebuah lagu dalam satu konsert, Awie kelihatan memakai rantai yang berloket 'SALIB'..
Kebetulan ketika gua menjelajah video beliau di YouTube sebentar tadi, gua terkejut apabila melihat rakaman Awie sedang menyanyikan salah sebuah lagu rock beliau bertajuk "Ranggi Metropolis" dengan memakai rantai berbentuk salib.
Berulang kali gua pause, forward dan reverse video rakaman ini, memang sah dia pakai rantai salib. Cuba korang pulak check adakah mata gua yang kelabu atau memang betul Awie pakai rantai dengan loket salib?
Sila tonton sendiri video di bawah ini, lihat pada durasi seperti yang gua dah "highlight" dalam printscreen video di atas.
Kemaman - Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini, seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh! Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.
Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.
Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012! Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan 'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.
Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran 'Terengganu Darul Runtuh' yang memalukan.
"Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar 'Terengganu Darul Runtuh' dan ini memalukan kita.
"Nasib masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan itu.
Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, dewan sekolah runtuh dan banyak lagi sejak tahun 2009," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Taman Perumahan Fikri, Chukai, Kemaman.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada siri lawatannya di Dun Air Putih dan Dun Chukai, 31 Disember lalu.
Beliau menyifatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit wang rakyat 'hangus' angkara ketidakcekapan pengurusan mentadbir negeri ini.
Buletinonline dimaklumkan, seorang Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Mohd Rofful Hamzah, 46, terkejut sebaik tiba di padang astaka kira-kira jam 3 petang melihat sebahagian bumbung astaka runtuh.
"Nasib baik sewaktu kejadian pekerja yang melakukan kerja di pentas dan padang astaka ini sedang berehat," ujarnya.
Beliau dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di khemah yang dibina di padang tersebut sejak beberapa hari sebelum kejadian sempena program sambutan Ambang Tahun Baru 2013 anjurkan Pejabat Daerah Kemaman.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPk), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput.
Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi.
"Dua tahun berturut-turut kita memohon kepada Jabatan Landskap Negara untuk menaik taraf Taman Bandar Chukai termasuk menaik taraf pentas astaka, laluan pejalan kaki, pondok wakaf dan landskap tetapi permohonan itu tidak diluluskan.
"Jadi jika permohonan tidak diluluskan juga tahun depan, kita akan usahakan untuk membina baru pentas astaka ini yang mana pentas asal yang sudah lama akan dirobohkan," ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau membayangkan, pembinaan pentas baru yang bereka bentuk baru itu dijangka akan menelan belanja sebanyak RM400,000.
Taman Bandar Chukai termasuk pentas terbabit dirasmikan pada Ogos 1994 oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pelbagai aktiviti peringkat daerah setiap tahun.
Selain itu, katanya, bangunan-bangunan milik MPk yang lain terutama yang lama dan rosak juga akan diperiksa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.-Buletin Online
Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan): 1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.
Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
Keadilan hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.
Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.
Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.
Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.
Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya.
"Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh tiga bulan untuk Rosmah sangat serius, apatah lagi beliau (Deepak) menampilkan dokumen sebagai bukti," kata Rafizi.
Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah
Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd. Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1) Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2) Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3) Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4) Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5) Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6) Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7) Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8) Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9) Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;br>
10) Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; danbr>
11) Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.
Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 2 JANUARI 2013
KEMAMAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu.
Katanya, ia sama seperti yang pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) rakaman perlu dibuat dengan Jakim.
"Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan Jakim kena buat rakaman. Macam dengan Ikim, saya pernah pergi. Saya boleh pergi Jakim tetapi dengan buat rakaman, rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju tapi dengan rakaman," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini. (Gambar atas)
Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara 'live' di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu 'amanat' tersebut.
Menurutnya, rakaman berkait dengan penjelasan isu 'amanat' ditolak kerana dibimbangi akan berlaku putar-belit yang mengelirukan rakyat.
Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media.
"Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara 'live' (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran," jelasnya.
Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.
Sebelum ini, Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan terlebih dahulu memanggil Ustaz Abdul Hadi berhubung amanat terbabit yang didakwa membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.
(Peserta sidang meja bulat isu Pengerang bergambar sebelum sidang media)
JOHOR BAHRU : Badan Bertindak Penduduk Pengerang (Mantap) akan menyerahkan memorandum kepada Mufti negeri ini bagi mendesak supaya proses pemindahan perkuburan Islam yang terbabit dengan Projek Rapid Petronas di Pengerang, dihentikan serta merta.
Desakan ini dibuat berikutan dakwaan kegagalan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur ini mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa agama negeri ini sehingga menyedihkan waris terbabit.
Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman, pada sidang media selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat berkaitan isu Pengerang yang diadakan di sini, kelmarin.
Hadir sama dalam sidang media itu adalah 41 lagi yang terdiri dari pemimpin Ngo, parti-parti politik, pengamal undang-undang serta orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
Menurut beliau, sidang tersebut diadakan bagi mendapat input terkini daripada pihak-pihak berkaitan berhubung perkembangan yang berlaku di Pengerang mutakhir ini.
"Isu yang membabitkan proses pemindahan perkuburan Islam yang dikesan gagal mematuhi prosedur ditetapkan Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Johor sangat menyedihkan kita.
"Kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur ini telah gagal mematuhi arahan ditetapkan pihak berkenaan sebab itu kita akan meminta Jabatan Mufti supaya mengarahkan kerja-kerja pemindahan kubur ini dihentikan serta merta," kata Mazlan.
Sebagai contoh dakwa Mazlan, kedalaman kubur baru yang disediakan kontraktor terbabit hanya 15 inci sahaja sedangkan kedalaman yang ditetapkan adalah tiga kaki.
"Selain itu kita juga mendapati kontraktor terbabit tidak mematuhi adab-adab Islam dalam proses pemindahan kubur ini, mereka mencampuradukkan bungkusan dari kubur yang hendak dipindahkan ini dengan peralatan lain seperti cangkul dan lain-lainya di dalam satu kenderaan untuk dbawa ke tapak perkuburan yang baru.
"Perbuatan ini sama sekali telah melanggar adab dan tata susila yang ditetapkan oleh Islam dalam proses pemindahan kubur," katanya.
Seterusnya Mazlan yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri turut mendakwa, kerja-kerja pemindahan kubur ini juga tidak dipantau oleh pihak-pihak berkaitan, ini membolehkan kontraktor terbabit menjalankan kerja mengikut sesuka hati mereka.
"Walau pun kita dimaklumkan kerja-kerja pemindahan kubur ini telah ditangguhkan atas desakan penduduk sejak dua minggu lalu tetapi kita tidak pasti sampai bila tempoh penangguhan ini.
"Sekiranya kerja-kerja ini diteruskan, apakah ianya telah mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa agama negeri ini.
"Justeru memorandum yang akan kita serahkan pada 4 Januari 2013 ini akan mendesak JAIJ menghentikan serta merta proses pemindahan kubur ini sehingga satu siasatan secara terperinci dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan," jelas beliau.
(Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini - Foto Busuk.org)
SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.
Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.
Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah.
Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.
Berikut adalah gambar-gambar menarik malam tadi.
(Banner yang memanggil ke sambutan ambang 2013 anjuran kerajaan negeri Selangor)
(Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor - Foto Busuk.org )
(Bersiap untuk solat Isyak berjamaah sambil menunggu detik 12 malam - Foto Busuk.org)
(Umpama perhimpunan keluarga di Dataran Shah Alam - Foto Busuk.org)
(Pertandingan mewarna di waktu pagi sempena Karnival Pendidikan Selangor - Foto Selangorku)
(Antara I-City dan Dataran Shah Alam...jauh bezanya - Foto Busuk.org)
(Penerangan dari Umno Selangor di atas menjelaskan keadaan - Foto Busuk.org)
(Tan Sri Muhyidin berucap di I-City malam tadi - Foto Era Pasca)
(Di I-City himpunan BN, di Dataran Shah Alam menjadi himpunan rakyat- Foto Era Pasca)
Posted: 01 Jan 2013 09:45 PM PST
30 tahun lepas, Harussani dan Wan Zaidi belum jadi mufti lagi. Fathul Bari masih mandi "t*******g
Siapa ingat, 30 tahun lepas, apa Umno tidak kata pada syariat agama? Syariat Islam? Ah, lapuk, ketinggalan zaman, padang pasir, anti kemajuan, tertutup, punca kelemahan Melayu dan macam-macam lagi. Adakah anda mendengarnya hari ini? Tidak bukan. Mulut berus Umno telah berjaya dicucikan. Anda tahu apa sabun cucinya?
Ia adalah 'Amanat Haji Hadi' itulah. Itulah kuasa yang ada padanya. Umno disentap ke bawah agar tidak menyombong mencabar atap langit. Umno diingatkan selagi mereka iti tanah dan air mani, mereka harus menjunjung langit dan tuannya. Apa macam Umno berani debat?
Posted: 01 Jan 2013 09:42 PM PST
Apa yang PAS buat semua tak kena oleh UMNO..hmpa nak lagu mana lagi ha?
Jangan bimbang, projek ladang buah-buahan terpisah dari Empangan Pedu… setitik air tercemar pun tak boleh melompat ke sana
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Menteri Besar Ustaz Azizan Razak memberitahu Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga bakal menjadi pusat ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia apabila ianya siap kelak. Projek itu telah dikontroversikan oleh pihak tertentu kononnya telah menyebabkan pencemaran air Empangan Pedu dan Muda, walhal setitik air dari kawasan terbabit pun tidak boleh melompat masuk ke empangan kerana kedudukan dasar bukitnya (kawasan ladang) lebih rendah dari aras empangan serta dipisahkan oleh laluan TEKIH yang tinggi.
Bantahan di sana sini dibuat supaya kerajaan negeri menghentikan projek pembalakan di kawasan terbabit. Memang projek pembalakan sudah terhenti pun kerana sekarang bermula pula projek mengisi kawasan yang digondolkan dengan pokok buah-buahan. Selepas ia dipenuhi tumbuhan maka kawasan yang gondol tentu tidak kelihatan lagi.
Di mana-manapun projek ladang komersil yang dijalankan di mukabumi ini, hutan sedia ada mesti dibersihkan terlebih dahulu. Belum pernah ladang kelapa sawit dibuat dalam hutan rimba tanpa hutan tersebut diusik. Amalan ini berlaku di semua negeri di Malaysia.
"Di sebalik projek ini, orang Padang Terap tak tau, kita (kerajaan negeri) nak wujudkan peluang pekerjaan semasa ladang ini sedang dibangunkan dan selepas ianya siap, lebih daripada 300 peluang pekerjaan disediakan, dan saya galakkan orang tempatan untuk ambil peluang ini," jelas Menteri Besar pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga.
DUNGUN, 2 Januari Rabu - ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli terus mengambil berat nasib rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Menjelang seminggu sebelum sesi baru persekolahan bermula, baru-baru ini, beliau telah menyantuni seramai 327 orang pelajar yatim dan miskin dengan sumbangan pakaian sekolah.
Sumbangan yang telah diadakan beberapa tahun sebelumnya ini, turut memperuntukkan sumbangan kepada ibubapa dan penjaga kepada pelajar berkenaan.
Seramai 252 keluarga turut menerima sumbangan keperluan dapur dalam bentuk beras, minyak masak, gula, susu, gandum dan biskut.
Sumbangan tersebut yang diadakan di Bangunan DUN Sura, Kampung Molek di sini, melibatkan kos lebih RM 20 ribu.
Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik turut hadir menyampaikan sumbangan di majlis berkenaan.
Astaka Taman Bandar Chukai Akhiri Rekod Runtuh Terengganu 2012
Tuesday, 01 January 2013
Written by Wartawan Buletin
KEMAMAN - Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini, seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh!
Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.
Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.
Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012!
Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan 'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.
Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran 'Terengganu Darul Runtuh' yang memalukan.
"Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar 'Terengganu Darul Runtuh' dan ini memalukan kita.
"Nasib masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan itu. Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, dewan sekolah runtuh dan banyak lagi sejak tahun 2009," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Taman Perumahan Fikri, Chukai, Kemaman.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada siri lawatannya di Dun Air Putih dan Dun Chukai, 31 Disember lalu.
Beliau menyifatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit wang rakyat 'hangus' angkara ketidakcekapan pengurusan mentadbir negeri ini.
Buletinonline dimaklumkan, seorang Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Mohd Rofful Hamzah, 46, terkejut sebaik tiba di padang astaka kira-kira jam 3 petang melihat sebahagian bumbung astaka runtuh.
"Nasib baik sewaktu kejadian pekerja yang melakukan kerja di pentas dan padang astaka ini sedang berehat," ujarnya.
Beliau dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di khemah yang dibina di padang tersebut sejak beberapa hari sebelum kejadian sempena program sambutan Ambang Tahun Baru 2013 anjurkan Pejabat Daerah Kemaman.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPk), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput.
Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi.
"Dua tahun berturut-turut kita memohon kepada Jabatan Landskap Negara untuk menaik taraf Taman Bandar Chukai termasuk menaik taraf pentas astaka, laluan pejalan kaki, pondok wakaf dan landskap tetapi permohonan itu tidak diluluskan.
"Jadi jika permohonan tidak diluluskan juga tahun depan, kita akan usahakan untuk membina baru pentas astaka ini yang mana pentas asal yang sudah lama akan dirobohkan," ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau membayangkan, pembinaan pentas baru yang bereka bentuk baru itu dijangka akan menelan belanja sebanyak RM400,000.
Taman Bandar Chukai termasuk pentas terbabit dirasmikan pada Ogos 1994 oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pelbagai aktiviti peringkat daerah setiap tahun.
Selain itu, katanya, bangunan-bangunan milik MPk yang lain terutama yang lama dan rosak juga akan diperiksa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Posted: 01 Jan 2013 03:44 PM PST
Khairul Azlam Mohamad,
31 Dis 2012
KEMAMAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu.
Katanya, ia sama seperti yang pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) rakaman perlu dibuat dengan Jakim.
"Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan Jakim kena buat rakaman. Macam dengan Ikim, saya pernah pergi. Saya boleh pergi Jakim tetapi dengan buat rakaman, rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju tapi dengan rakaman," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini. (Gambar atas)
Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara 'live' di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu 'amanat' tersebut.
Menurutnya, rakaman berkait dengan penjelasan isu 'amanat' ditolak kerana dibimbangi akan berlaku putar-belit yang mengelirukan rakyat.
Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media.
"Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara 'live' (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran," jelasnya.
Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.
Sebelum ini, Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan terlebih dahulu memanggil Ustaz Abdul Hadi berhubung amanat terbabit yang didakwa membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.
http://www.tranungkite.net/psiber/tarabulsi/tarabulsi071.htm Assalamualaikum wbt, UMNO telah sekali lagi membangkitkan isu kafir-mengkafir dengan mendesak ditarik balik kenyataan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang dibuat 20 tahun dahulu pada 7 April, 1981 di suatu ceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Petikan dari ceramah tersebut dianggap sebagai 'Amanat Hj Hadi' oleh seorang bekas pemimpin PAS yang sudah memasukki [...]
Oleh : http://nikabduh.com Jikalah amanat itu.. Jikalah amanat itu berbunyi, 'Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.' lalu kesannya, wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu amanat di atas ditarik balik demi mengelak pecah-belah? Jika jawabannya ya, bagaimana [...]
Oleh : http://pahangdaily.blogspot.com/ KUANTAN, Ramai ibubapa pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dekat sini terkilan dengan tindakan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) menafikan hak pusat pengajian terbabit sebagai sekolah paling cemerlang dalam Peperiksaan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Mereka keliru kerana kecemerlangan MTNP dinafikan, sebaliknya Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib [...]
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.
Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Mohamad Sabu, berkata pertemuan itu akan disertai pemimpin utama ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP dalam masa terdekat.
"Pertemuan itu bagi membincangkan agar pihak polis memberi kerjasama supaya himpunan itu nanti berjalan dengan baik.
"Kita memberi jaminan bahawa himpunan itu nanti akan berlangusung aman," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini.
Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP Teng Chang Kim serta anggota jawatankuasa pemandu HKR Hishamuddin Rais.
Selain itu kata Mohamad, pihak jawatankuasa induk sekretariat HKR pula, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Wilayah Persekutuan bagi memaklumkan berhubung penganjuran himpunan itu.
Najib tunai janji
Sementara itu, Mohamad memberitahu, sehingga kini pihaknya belum menerima jawapan dari pihak pengurusan stadium terhadap surat permohonan yang dihantar 26 Disember lalu.
Ketika ditanya sama ada penganjur mempunyai alternatif lain jika stadium itu tidak dapat digunakan, beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengotakan janji untuk membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium itu seperti yang dinyatakan ketika himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.
"Buat masa ini hanya Stadium Merdeka. Saya yakin Perdana Menteri akan menepati janji," katanya.
Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu juga nanti, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai 'Deklarasi 12 Jan' akan dibentangkan.
Beliau juga memaklumkan himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu.
BACHOK: Kenyataan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang mendakwa kerajaan pusat tidak pernah berjanji mendarat minyak di perairan Kelantan ke Bachok, mengundang lagi kemarahan anak-anak muda.
Baru-baru ini lebih 300 anak muda dan penduduk tempatan menyertai bantahan di perkarangan Masjid Mahmudi Bachok.
Mereka bergabung di bawah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) dan Solidariti Rakyat Bachok Tuntut Pendaratan Gas ke Bachok (Cabar).
Mereka melaungkan perkataan "Awe Adek pengkhianat", "Awe Adek Koya Cerdik" "Daratkan Gas ke Bachok", "Awe Adek Pengderhaka" dan "Jangan Khianati Rakyat Bachok Kali Ke-2".
Turut hadir pada perhimpunan aman tersebut Setiausaha R, Hisyamuddin Ghazali, Pengerusi R Bachok, Zahari Sidek dan Pengerusi Cabar, Marzuk Shaari.
Hisyamuddin berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai membantah kenyataan Awang Adek yang dinggap ingkar terhadap titah Sultan Kelantan.
Pada awal tahun lepas Sultan Muhammad V ketika bertitah merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri berharap gas yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) didaratkan di Bachok.
"Kami mendesak kerajaan dan Petronas mendaratkan gas ke Bachok memandangkan jarak telaga ke pantai Bachok hanya 160 km sahaja.
"Namun kerajaan baru-baru ini mengumumkan gas yang terdapat di perairan Kelantan iaitu di Blok PM301 akan salurkan ke Kerteh mulai 2013.
"Sedangkan kosnya sehingga RM16 bilion bagi membina paip baru sejauh 300 km serta loji penapisan baru," katanya di sini.
Hisyamuddin juga berkata, berdasar kepada kajian sekiranya gas didaratkan di Bachok ia akan memberikan 11,000 peluang kerja kepada penduduk setempat.
Oleh itu beliau berharap rakyat Kelantan bangkit menuntut gas yang berjumlah 1.7 trillion kaki padu didaratkan ke Kelantan.
"Rakyat Kelantan akan berputih mata sekali lagi selepas pengkhianatan kali pertama bilamana gas dilarikan ke Songkhla pada 2004," ujarnya.
Jelajah C4-R ke KLCC
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan program Cycling For Royalti (C4-R) hari kedua bermula di Pasar Pagi Kok Lanas jam 8.30 pagi tadi.
Sebelum itu peserta C4-R mengedar 500 keping sticker R dan 500 Buletin R kepada orang ramai di kedai Kok Lanas.
Acara perlepasan dilakukan anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir dan Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood.
Pengarah Program, Jeming Hassan berkata, sambutan penduduk setempat menggalakkan di mana lebih 200 hadir pada acara perlepasan biar pun dalam keadaan hujan lebat.
"Misi kami seterusnya ke Bachok dan Pasir Puteh. Bachok sepatutnya menjadi tempat pendaratan minyak dan gas.
"Di Pasir Puteh kami akan mengadakan ceramah perdana R di Kampung Gong Tinggi, Dun Semerak malam ini. Presiden R, Nazri Deraman dan Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim akan menjelaskan isu royalti dan pendaratan gas," katanya.
Esok jelajah C4-R akan bergerak dari Pasir Puteh ke Kuala Terengganu.
Dan esok juga R akan mengadakan perhimpunan aman "Dedah Penyelewengan Wang Ihsan Lesap RM12.3 juta" di hadapan bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bermula jam 12.30 tengahari.
Jeming juga mengalu-alukan sumbangan kewangan, basikal, jaket keselamatan, helmet, makan-minum dan tempat tinggal untuk peserta C4-R. Sesiapa yang berminat boleh berhubung Cik Nurul: 019 9159559.
KEMAMAN: Negeri Terengganu Darul Iman menutup tirai 2012 dengan insiden bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai, Kemaman runtuh pada 30 Disember lalu.
Kejadian 'runtuh' seolah-olah badi bagi negeri ini selepas kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pada 2 Jun 2009.
Tinjauan Harakahdaily mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan runtuh menyembah bumi dipercayai strukturnya yang lemah serta reput sekitar jam 2.30 petang.
Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.
Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran 'Terengganu Darul Runtuh' yang memalukan.
Sebelum ini, pelbagai jenis bangunan runtuh di Terengganu sehingga menerima jolokan 'Darul Runtuh'. Antaranya sekolah, masjid, stadium dan stesen bas. Kolam renang bertaraf nasional juga rosak iaitu bocor dengan airnya melimpah ke ruang niaga di sebelah kolam renang di Batu Burok itu.
Pelbagai pihak menyifatkan punca runtuhan itu adalah pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan akibat dari kontraktor kroni dan amalan rasuah dalam pembinaannya.
TIADA yang boleh menafikan bahawa pemimpin negara Malaysia telah membiarkan bahkan membiayai sambutan ala jahiliyyah ambang tahun baru masehi SETIAP TAHUN. TIDAK ADA BEZANYA dengan negara bekas penjajah negara. Bahkan mungkin lebih dahsyat. Remaja belia Islam yang mentah dan eksploratif mudah terikut dengan daya tarikan hedonisme yang direstui bahkan diminati oleh pemimpin jahil. Bak semut menghurung gula, berbondong-bondonglah remaja belia terjun ke lautan majlis bercorak pesta yang lagha, melekakan mereka daripada kesedaran berTuhan.
Dengan iklim yang merangsangkan nafsu dan bisikan syaitan, remaja belia dalam keadaan sebegini memang mudah terkena umpan Iblis yang memang membuat operasi menggalakkan maksiat dan kemungkaran seperti arak, dadah dan zina. Saban tahun dilaporkan oleh PBT memang ada bukti, pasangan-pasangan yang berzina apabila sudah tidak mampu mengawal nafsu dek keseronokan melampau dan tak ingat dunia/akhirat.Remaja belia Melayu beragama Islam sering ditangkap JAIS berpeleseran, meminum arak berkhalwat.
Justeru, kerajaan Selangor di bawah EXCO Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan merangka satu pelan untuk membuat satu anjakan paradigma berskala massa. Anak remaja belia mesti diberi satu alternatif untuk mengisi naluri mengikut trend menyambut ambang tahun baru. Persoalannya bagaimana mahu memecah tradisi yang telah BERAKAR LEBIH 50TAHUN? Bagaimana cara mengalihkan rijal dan nisa' daripada terus membanjiri program menyambut tahun baru masehi dengan cara melaungkan 10 saat terakhir sebelum pukul 12 tengah malam ketika beralihnya tahun baru masehi? Bagaimana mahu menyedarkan anak Melayu yang hari bermula bukan tengah malam tetapi maghrib?Sebab itu berbuka puasa waktu maghrib.
Alhamdulillah, idea kreatif yang berjaya menarikkan minat remaja belia yang suka program santai telah mencetuskan idea pihak Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor(GeMS) untuk menganjur program yang boleh menarik minat remaja belia DAN DALAM MASA YANG SAMA MENDIDIK mereka dengan ilmu yang berguna, Pendidikan yang BERKESAN melalui pendekatan bersahaja. Ilmu merangkumi dunia hingga akhirat. Alhamdulillah pengisian dengan ilmu aqidah, syariat dan akhlak dalam diberi oleh ilmuwan agama dengan digandingkan dengan artis dan selebriti yang diminati oleh remaja belia yang sudah mula mengatur hidupnya ke arah hidup yang berpaksikan Allah.
Asmaul husna dilagu bersama
Kemudian ditutupkan dengan doa ulamak selebriti terkenal USTAZ AZHAR IDRUS
Alhamdulillah 120,000 orang yang hadir pada malam itu, mendapatkan ilmu pengetahuan, terjalin ikatan ukhuwwah, di didik bil hal mengisi program yang bermakna yang sarat dengan laungan membesarkan Allah. Para artis.bintang sukan, bintang bola dan bina badan Dato Malek Noor juga dijinakkan kepada ulamak supaya diambil menjadi role model mereka pula. Para artis tidak janggal dengan ulamak yang selama ini mereka rasa begitu jauh daripada mereka.
JHEAT serbu 'parti liar' di kelab eksklusif T'ganu
Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi tadi. Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.
Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.
Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.
"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.
Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis.
Sementara itu di Pahang :
Ops tahun baru: JAIP cekup 13 pasangan remaja
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mencekup 13 pasangan remaja berumur 18 tahun hingga 25 tahun dalam operasi cegah jenayah syariah sempena sambutan Tahun Baharu 2013.
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan dicekup di beberapa hotel bajet di bandar ini dalam operasi bermula 9 malam tadi dan berakhir kira-kira 6.30 pagi ini.
"Kebanyakan pasangan yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan mereka didapati berkhalwat di hotel-hotel murah sekitar pusat bandar selepas meraikan sambutan tahun baharu.
"Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Katanya JAIP sentiasa mengadakan operasi dalam usaha membanteras umat Islam daripada terjebak dalam kes jenayah syariah seperti berkhalwat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan