BA2BA: tahukah anda apa maknanya? Posted: 26 Dec 2013 08:22 PM PST BA2BA= Bakal Arwah To (Kepada) Bakal Arwah
Ini konsep penting dan utama yang jarang-jarang difahami oleh ummat manusia. Semua manusia secara nalurinya akan jadi baik jika ia dididik dengan konsep penting ini. Samada yang beriman dengan tauhid rubbubiyah, tauhid uluhiyyah dan asmaul husna ataupun kebanyakan manusia beriman kepada tauhid rubbubiyah( justeru tidak mengucap syahadatain) daripada orang bukan Islam akan terdorong untuk menjadi orang baik, berbuat baik dan mengajak orang lain buat baik. Ia juga berkemampuan menasihat dirinya dan orang lain agar tidak berbuat jahat yang merosakkan hidup diri dan orang lain samada dalam jangka masa pendek, misalnya mencuri dengan memotong wayar letrik, ia boleh mati natijah kejutan letrik dan orang lain susah kerana putus bekalan letrik. Ia juga mahu dan mampu mencegah dirinya daripada mengambil tindakan pantas untuk mendapat kelegaan dan keseronokan sementara seperti mengambil dadah, arak, judi bahkan berzina tetapi akan menghadapi rentetan masalah yang kompleks yang bukan sahaja berisiko tinggi untuk menghancurkan masa depan mereka sendiri bahkan famili dan zuriatnya. Potensi intrinsik(semulajadi) yang ada pada semua manusia ini UNTUK JADI BAIK(FITRAH manusia) mesti dicarigali, dibangunkan agar 'software' ini dimanfaatkan semaksimanya dalam 'hardware' atau keadaan physical yang terbaik dicipta oleh MAHA PENCIPTA dikalangan semua mahkluk ciptaanNya. Inilah intipati dalam program S.P.I.E.S.TM Selangor bertujuan membangunkan insan cemerlang(insan yang ehsan) bagi mencapai kejayaan dunia akhirat.
Keazaman untuk melahirkan ummat terbaik(khaira ummah) tidak boleh dipikul oleh hanya segelintir insan terpilih sahaja. Ia mesti disokong dan didokong bersama oleh kelompok insan bertuah yang menjadi warga Selangor Darul Ehsan.Amanah berat ini mesti dipikul bersama oleh pemimpin semua peringkat hingga ke akar umbi. Ianya harus di terangkan sehingga faham dan mampu 'buy-in' oleh semua pemutus dasar, politikus, pelaksana dasar(jabatan dan agensi kerajaan, penghulu dan ketua kampung, ketua NGO, persatuan penduduk, kumpulan REM-BEL(remaja-belia), kumpulan wanita, PIBG, pengusaha tadika, guru, ketua kaum,aktivis sosial, kaunselor, pustakawan, penulis, pelakon, penyanyi, ahli sukan, DJ, warga media, entrepeneur, golongan swasta, pekerja dan majikan, warga masjid dan surau serta rumah ibadah. Ianya tidak mustahil untuk dicapai sekiranya memang ada kerangka untuk menyatupadukan rakyat majmuk ke arah mendokong visi kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menjadi negeri idaman,maju,sejahtera dan berkebajikan. Tiada rakyat daripada mana-mana kaum yang akan menolak visi universal ini.Justeru tiada alasan rakyat pelbagai ideologi tidak menyokong cita cita murni ini. Persoalannya ialah BAGAIMANA menggembelengkan manusia pelbagai latarbelakang ke arah satu tujuan untuk manfaat bersama. Bagaimana membangunkan negeri Selangor dengan memahami dan menyedari perbezaan yang ketara dikalangan rakyatnya??!! Ini menjadi misi program pembangunan modal insan Selangor yang dijenamakan sebagai S.P.I.E.S.TM. S.P.I.E.S.TM memfokuskan kepada potensi intrinsik yang ada pada setiap manusia tanpa mengira ras, kaum, bangsa dan agama. S.P.I.E.S.TM menghalakan manusia ke arah pembangunan maksmia potensi sedia ada pada dirinya, justeru ia tidak perlu melihat dan irihati kepada potensi orang lain yang sama kaum atau lain kaum. Falsafah S.P.I.E.S. mendidik potensi dirinya sudah cukup menimbun dan sekiranya ia menyelongkar khazanah sedia ada dalam dirinya ia akan menjadi insan cemerlang yang menakjubkan. Namun, sekiranya ia hanya melihat apa yang ada pada orang lain dan melupakan aset diri, justeru tidak melaburkan masa dan segala sumber yang sudah ada untuk menjadikan dirinya yang terbaik, maka sudah pasti dia tengah menempah kegagalan. Untuk mencapai halatuju Selangor 2025 di atas bukan dengan kertas kerja dan kata kata semata mata. Ia perlukan pelan tindakan serta strategi yang tersusun rapi. Strategi membangkitkan kesedaran rakyat betapa perlunya bersatu membangun ke arah pencapaian matlamat besama. Ia memerlukan pengiktirafan daripada bilangan besar rakyatnya lebih lebih lagi pendayung utama masyarakat. Semua pihak juga mesti memahami ianya satu proses, yakni mengambil masa untuk melihat hasil. Ianya memerlukan critical pathway to success dan langkah langkah kritikal mesti direncanakan dengan sengaja dan segala tindakan untuk mempastikan ia tidak tertinggal atau terlepas pandang. Jalannya rumit dan penuh berliku.Maka semua pihak harus membantu membuang duri dan ular berbisa di jalan tanah merah ini(sakit hati, dengki, benci dll). Mesti ada yang dikurniakan Allah ilmu, kepakaran, pengalaman mesti menjadi pembawa obor menerangkan jalan agar lebih pantas mencapai destinasi yakni visi. Pendek kata semua ada peranan. Tak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli bahkan pekerja asing pun ada peranan. Kita wujudkan budaya cemerlang. Mereka akan akur akan norma baik insya Allah. Ramai yang pada permulaannya tersinggung dan berminat untuk mencapai cita cita murni 2025 ini. Namun tidak boleh dinafikan, ramai tidak berstamina untuk meneruskan perjalanan jauh ini dengan kegigihan, keyakinan yang tak lekang dek panas, tak luntur dek hujan. Fenomena biasa di dengar 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap' merupakan simptom kelesuan daya juang. Penyakit futur ini disebabkan tidak mencerna soalan 'untuk apa atau kenapa?' sesuatu perjuangan itu.
Menyedari keadaan demikian, pihak jawatankuasa pembangunan modal insan negeri Selangor merumuskan bahawa rakyat negeri Selangor terutama 'key players' atau pendayung utama perlu menghayati konsep perjuangan untuk mencapai VISI SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU, SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur(rujuk hansard kerajaan Selangor bab ucapan DATO' MB ketika membentangkan bajet tahunan). Tidak boleh tidak, insan yang bergelar pemimpin di Selangor apa jua peringkat mesti SEDAR dan bertindak sebagai B.A.= bakal arwah....!!!Ini yang dinukil oleh oleh pengarang popular 7habits of highly effective people STEVEN COVEY : BEGIN WITH THE END IN MIND. Pemimpin Selangor mesti melatihkan diri mereka dengan konsep bahawa mereka semua adalah bakal meninggalkan dunia ini dan perlu bertanggungjawab(accontable) dengan segala yang dilakukan. Hanyasanya dengan berpaksikan kefahaman demikian, akauntabiliti tertinggi akan tercapai. Kesedaran ini juga menjadi DAYA(FORCE) BERKUASA TINGGI untuk menjana segala kebaikan yang melimpah kepada rakyat jelata. Pimpinan Selangor yang akhirat-sentrik(=B.A.) ini juga akan mempunyai 'akaun' kasih sayang sejati yang melimpah ruah yang mampu menjaga rakyat Selangor yang juga bersifat B.A.(bakal arwah).Kebahagiaan dunia dan akhirat rakyat akan diusahakan oleh pemimpin Selangor yang berciri akhirat-sentrik ini. Rakyat yang dibimbing pemimpin futuristik B.A. ini akan mengalami anjakan paradigma yang memungkinkan kualiti kehidupan yang optima. Rakyat Selangor yang bersifat akhirat-sentrik sudah tentu tidak akan membiarkan maksiat dan mungkar menjadi fenomena biasa di dalam persekitaran mereka. Rakyat Selangor yang tahu diri mereka B.A. akan berebut rebut jadi baik, rajin bekerja, hormat menghormati, menguasai teknologi dan mengurustadbir bumi mengikut piawaian Pencipta Yang Maha Mengetahui. Kesan dan impaknya Selangor akan benar-benar menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan