BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 13 Disember 2013 at 3:22 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Dec 2013 09:42 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Sumbangan untuk mangsa banjir

Posted: 12 Dec 2013 07:55 PM PST




Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk mangsa banjir, Yayasan Amal akan menyediakan tabung sumbangan di lokasi berikut sempena Solat Jumaat hari ini 13 Disember 2013. Tolong sebarkan :

1. Masjid Jamek Ampangan
2. Masjid Kariah Sikamat
3. Masjid Nilai
4. Masjid Batang Benar
5. Masjid Jamek Klawang
6. Masjid Bandar Senawang
7. Masjid Desa Anggerik Batu Kikir
8. Masjid Kuaters KLIA
9. Surau Hj Musa Bandar Seremban Selatan
10. Surau Taman Pinggiran Senawang

Maklumat lanjut di http://yam-ns.blogspot.com

MISI KEMANUSIAAN OPERASI BANJIR FASA 2

Posted: 12 Dec 2013 06:43 PM PST





MISI KEMANUSIAAN OPERASI BANJIR FASA 2

Hari: Jumaat hingga Ahad
Tarikh: 13 - 15 Disember 2013
Tempat Berkumpul: Pusat Khidmat DUN Paroi, Seremban
Anggaran Waktu Bertolak : 9 Malam
Sasaran Operasi: Kuantan
No Untuk Dihubungi: Saiful 01129419524 , 012-9718829 (SU AMAL N9) atau Iskandar 019-2223231

Untuk sumbangan sila hubungi Sdr Hassan Tamby 019-2171942 atau salurkan ke akaun Maybank , No akaun 155126007814

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 12 Dec 2013 07:08 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Tuduhan Syiah Terhadap Mat Sabu Terlalu Dangkal

Posted: 12 Dec 2013 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pendedahan Kementerian Dalam Negeri kononnya 'bukti' bagi mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah sebagai terlalu dangkal.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, bukti-bukti itu bukan sahaja dangkal, malah jauh sekali untuk mengaitkan Mohamad dengan akidah Syiah.


"Melawat Iran contohnya, ramai orang pergi lawat Iran. Saya sendiri beberapa kali pergi ke sana.

"Adakah orang yang pergi melawat China dikira menganut ajaran Komunis?

"Bagaimana pula dengan Umno yang menjalin hubungan kerjasama dengan Parti Komunis China (CPC), adakah Umno juga Komunis," soal Mustafa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan 'bukti' Mohamad Sabu terlibat ajaran Syiah oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini.

Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.


Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

"Puji khomeini perkara biasa. Saya pun kagum dengan Khomeini sebab pada waktu itu dia selaku ketua negara Islam yang berani berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat.

"Mengkagumi seseorang adakah kita dianggap berakidah sama dengan orang itu?

"Adakah salah untuk kita mengkagumi Nelson Mandela atas ketegasannya menentang apartheid," soal Mustafa lagi.

Menurut Mustafa, beliau melihat pendedahan oleh KDN hari ini tidak lebih dari usaha terdesak pemimpin Umno untuk memburukkan PAS.

"Saya lihat ini langkah terdesak ( Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) untuk mengelak diri dari tuduhan yang dia lemparkan sebelum ini.

"Kita ingatkan bukti yang mahu didedakan ini sesuatu yang kukuh. Tapi kalau macam ini, memang sangat dangkal," katanya lagi.

Tambah Mustafa, Ahmad Zahid seharusnya berhati-hati delam mengeluarkan kenyataan apatah lagi menuduh tanpa bukti yang kukuh.

"Jangan sampai keceluparan beliau itu memakan diri sendiri," katanya. ~harakahdaily




Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 12 Dec 2013 01:09 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

Posted: 12 Dec 2013 06:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. 

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, hasil dari mesyuarat DPPM semalam, beberapa portfolio penting berjaya diisi. 

Mohd Nasaie Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya (Bendahari), Ustaz Zaharuddin Mohamad (Ketua Penerangan) manakala Pengarah Pilihanraya adalah Mohd Sany Hamzan.

Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan lajnah serta jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:

Pengerusi tetap: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi tetap: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Pemuda: Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua Pemuda: Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Pemuda: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Setiausaha: Mohd Nasaie Ismail
Bendahari: Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Penerangan: Ustaz Zaharuddin Mohamad
Pengarah Pilihanraya: Mohd Sany Hamzan

Ahli jawatankuasa DPPM yang dipilih dalam Muktamar DPPM:

1. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffre
2. Mohd Fadli Ghani
3. Ustaz Mohd Fadhli Shaari
4. YB Ustaz Ahmad Yahya
5. Mohd Shahir Che Sulaiman
6. Mohd Faizul Salleh
7. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azzamudden
8. YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
9. Nurul Islam Mohd Yusoff
10. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis: Ustaz Yussaine Yahya
Kedah: Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang: Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak: Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor: Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan: Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka: Jauhar Mohd Dawi
Johor: Mohd Faizul Saleh
Pahang: Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu: Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan: Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah: Lahirul Latigu
Sarawak: Mohd Arifiriazul Paijo


~harakahdaily



MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 12 Dec 2013 09:41 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Pemuda PAS bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

Posted: 12 Dec 2013 03:44 AM PST

DEC 12, 2013  SUMBER: HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, hasil dari mesyuarat DPPM semalam, beberapa portfolio penting berjaya diisi.

Mohd Nasaie Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya (Bendahari), Ustaz Zaharuddin Mohamad (Ketua Penerangan) manakala Pengarah Pilihanraya adalah Mohd Sany Hamzan.

Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan lajnah serta jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:

Pengerusi tetap: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi tetap: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Pemuda: Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua Pemuda: Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Pemuda: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Setiausaha: Mohd Nasaie Ismail
Bendahari: Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Penerangan: Ustaz Zaharuddin Mohamad
Pengarah Pilihanraya: Mohd Sany Hamzan

Ahli jawatankuasa DPPM yang dipilih dalam Muktamar DPPM:

1. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffre
2. Mohd Fadli Ghani
3. Ustaz Mohd Fadhli Shaari
4. YB Ustaz Ahmad Yahya
5. Mohd Shahir Che Sulaiman
6. Mohd Faizul Salleh
7. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azzamudden
8. YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
9. Nurul Islam Mohd Yusoff
10. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
 
Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-
 
Perlis: Ustaz Yussaine Yahya
Kedah: Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang: Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak: Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor: Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan: Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka: Jauhar Mohd Dawi
Johor: Mohd Faizul Saleh
Pahang: Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu: Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan: Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah: Lahirul Latigu
Sarawak: Mohd Arifiriazul Paijo 

KHIDMAT MERU

Posted: 12 Dec 2013 09:37 AM PST

KHIDMAT MERU


Yb GST hadirkan diri bersama lebih 70 orang ibu bapa dan anak-anak mereka dlm Program Smart Solat yg diadakan di Surau Al-Abror Taman Meru Indah.

Posted: 11 Dec 2013 06:38 PM PST




Yb GST hadirkan diri bersama lebih 70 orang ibu bapa dan anak-anak mereka dlm Program Smart Solat yg diadakan di Surau Al-Abror Taman Meru Indah. Penceramah jemputan ialah Ust Anhar Opir yg sedang bercuti balik Malaysia. Ust Anhar menuntut di Mesir dan sekarang baru selesai buat tesis PhD nya di University Jordan. Semoga Allah permudahkan usaha dakwah beliau yg sekarang menjelajah London dan Spain utk sampaikan Islam yg syumul kpd masyarakat kosmopolitan di dunia ini.

Sedang melawat 2 deretan kedai yg terbakar di akibat short circuit di Jln Berkat.

Posted: 11 Dec 2013 06:26 PM PST







Yb Meru mengiringi Tuan Hj Mat Zain Sahli dan Hj Sohar yg menyumbang wang membawa lebih 30 orang dari keluarga miskin ke pusat membeli belah.

Posted: 11 Dec 2013 06:24 PM PST





Yb Meru mengiringi Tuan Hj Mat Zain Sahli dan Hj Sohar yg menyumbang wang membawa lebih 30 orang dari keluarga miskin ke pusat membeli belah untuk membeli pakaian sekolah mereka bagi tahun 2014. Sarapan dan makan tengahhari juga di tanggung oleh mereka berdua , alhamdulilah. Semoga ditambah Allah akan sumber rezeki mereka.

Dr. Rani sempat juga bergambar dan mengucapkan tahniah kpd Dato Hj. Mokhlas yg baru dilantik menjadi Ketua Penyelaras UMNO Dun Meru yg baru.

Posted: 11 Dec 2013 06:16 PM PST




Yb Meru sempat singgah membantu membeli barangan dan buahan dari penduduk Meru walaupun berlainan parti politik. Dr. Rani sempat juga bergambar dan mengucapkan tahniah kpd Dato Hj. Mokhlas yg baru dilantik menjadi Ketua Penyelaras UMNO Dun Meru yg baru. Kedua2 mereka sama tinggi pulak tu !! Ha ha 

Yb Kumpulan 52 menyampaikan sumbangan RM1000.00 kepada 7 orang pewaris yang kematian ahli warga emas yang berdaftar dibawah skim mesra usia emas.

Posted: 11 Dec 2013 06:11 PM PST





Yb Kumpulan 52 menyampaikan sumbangan RM1000.00 kpd 7 orang pewaris yg kematian ahli warga emas dari keluarga mereka. Yb pergi dari rumah kerumah dan memberitahu mereka bahawa RM 1500.00 lagi bakal mereka terima dlm tempoh 40 hari. Puan Siti Sukma Ati bt Kamaludin isteri kpd Allahyarham Hj Bakir bin Hj Abd Wahab dan Puan Krishna Venie A/P Solai isteri kpd Mendiang Shumugam A/L Nainakowndan tidak dapat menahan air mata mengenangkan suami mereka yg pergi utk selama-lamanya secara mengejut.
 

Landskap Siasah

Posted: 12 Dec 2013 07:24 AM PST

Landskap Siasah


Jalanraya uzur di Kampung Teluk Pedang; YB Radzi turun padang

Posted: 12 Dec 2013 06:37 AM PST


9 Disember 2013- Batu Gajah

oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
(Redaksi Warta Sungai Rapat)
Perjuangan ADUN PAS Sungai Rapat YB Radzi cukup signifikan dengan pembelaan nasib rakyat di Kampung Teluk Pedang Batu Gajah. Malah pada tahun 2012 ADUN BN ketika itu Dato' Hamidah Osman terpaksa menynsing tangan turun menemui rakyat untuk operasi 'counter back' yang menerima kunjungan Radzi. 

Kg Teluk Pedang adalah sebuah kampung kecil dalam pentadbiran Ketua Kg Seri Jaya, dalam daerah Batu Gajah. Januari  2012 Ust Radzi telah "mempromosikan" kampung ini sebagai kampung yang masih ramai setinggan setelah wakil rakyat sebelum ini, Dato Hamidah Osman telah melaung retorik bahawa  DUN Sg. Rapat telah tiada setinggan.     Ini memaksa bekas wakil rakyat itu turun padang ke kampung ini setelah kenyataannya tentang setinggan sifar dapat disangkal oleh Skuad Basmi Setinggan yang diketuai Ust Radzi.   

Kini, YB Radzi Zainon yang telah dipilih oleh majoriti rakyat di DUN Sungai Rapat terus istiqamah melaksanakan tugas berkhidmat untuk rakyat termasuk turun ke kampung-kampung meninjau masalah yang dihadapi oleh rakyat dikampung.       

Jalan yang rosak ini bukan sekadar berlaku di satu tempat, tetapi hampir 15 lubang atau kerosakan di sepanjang jalan menuju Kg Teluk Pedang, dan jalan menuju ke Tanah Perkuburan Kg Seri Jaya sehingga Ladang Kinta Kellas.      YB  Radzi berharap Pejabat Daerah Batu Gajah melalui peruntukan Pembangunan Luar Bandar, (PLB) dapat membantu menyelesaikan masalah ini setelah dikemukakan aduan ini kepada mereka.








Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan