Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 11 Dec 2013 09:26 PM PST Penghargaan OKU Untuk PAS Sabah Posted: 10 Dec 2013 10:35 PM PST Oleh: Mohammad Faizal Che Yusof Tiada kata selain rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila program Prihatin OKU yang dirancang oleh kumpulan muslimat Parti Islam Semalaysia (PAS) Tawau sejak beberapa bulan lalu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Segalanya bermula apabila seorang aktivis muslimat Tawau yang cukup mesra dengan panggilan Kak Anna mula menghubungi kami di Sekretariat Prihatin OKU sebaik selesai Pilihan Raya Kecil Kuala Besut.
Sepanjang kami berada di Tawau, masa yang kami lalui cukup berharga. Saya cukup teruja dengan persaudaraan yang terjalin antara jentera muslimat, pemuda dan PAS kawasan seluruh Sabah yang bersungguh-sungguh menjayakan program Prihatin OKU di sana. Tidak mampu saya ungkapkan setiap komitmen kalian yang mudah-mudahan akan diganjari Allah SWT.
Sebaik saja saya dan isteri berserta bapa menjejakkan kaki di bumi Tawau pada petang 6 Disember, setelah berehat sambil menjamu sup payau, kami terus dibawa oleh Ustaz Rusli, salah seorang eksko pemuda ke tempat menginap di Bandar Tawau. Hanya pada petang itulah saya diperkenalkan dengan Kak Ana, seorang muslimat yang cukup gigih membawa suara OKU melalui PAS di sana yang juga ditemani Timbalan Pengarah program yang juga merupakan isteri Timbalan YangDipertua PAS Tawau, Puan Muliani Jamjam.
Sebelah malamnya, selepas mengadakan perkongsian pengalaman dalam kuliah maghrib di Masjid Kampung Muhibbah, sesi penerangan ringkas terus dimulakan bersama Mantan Timbalan Pesuruhjaya Sabah, Haji Ahmad Bin Dullah. Kak Ana telah memaklumkan kepada kami sekitar 40 orang telah berdaftar untuk sama-sama hadir dalam program kami pada keesokan harinya. Disebabkan program kali ini adalah kali pertama dianjurkan, dapat saya rasakan betapa mereka begitu bimbang akan sambutan daripada OKU dan masyarakat.
Pada pagi 7 Disember, sebaik memasuki bilik Diraja, Majid Alkauthar di mana program diadakan, Alhamdulillah saya dimaklumkan jemputan yang hadir melebihi sasaran. Seramai 75 orang peserta yang terdiri dari ibu bapa dan OKU telah hadir dari segenap kampung. Selain mereka, turut bersama menjayakan program sehari tersebut ialah penggerak-penggerak PAS dari Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan beberapa kawasan berdekatan.
Selain itu, cukup saya terharu bila Naib Ketua Dewan Musliman PAS Negeri Sabah, Suzie Faezah Antong yang cukup mesra dengan panggilan Kak Faezah, turut bersama sepanjang program berlangsung. Komitmen beliau menempuh perjalanan 13 jam dari Kota Kinabalu kerana hadir semata-mata ingin bersama kami cukup dirasai. Perjalanan di Negeri Di Bawah Bayu ini bukanlah sama seperti perjalanan di kebanyakan tempat di semenanjung.
Program Prihatin OKU berjalan sejak pagi hingga ke waktu asar. Selain perkongsian pengalaman, kami turut mengadakan sesi dialog dan soal jawab. Kehadiran pimpinan dan penggerak PAS sepanjang program cukup bermakna. Selain menyaksikan kelancaran program, mereka pastinya lebih memahami isu-isu yang didepani oleh OKU dan keluarga bila mana berpeluang mendengar sendiri pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh OKU dan keluarga melalui sesi dialog yang diadakan.
Bagi pihak hadirin yang terdiri dari ahli keluarga OKU dan OKU sendiri, perhatian yang diberikan oleh pihak penganjur begitu dirasai. Bukanlah mereka mengharapkan pemberian atau sumbangan, memadai apabila ada pihak yang sudi berkongsi susah dan mendengar keperitan hidup yang dilalui selama ini.
Pada sebelah malamnya pula, selepas memenuhi jemputan kuliah maghrib di Majid Alkauthar, kami bertandang pula ke Bandar Fajar tempat teletaknya pejabat PAS kawasan Tawau. Seluruh pimpinan PAS termasuklah Haji Ahmad Dullah, Kak Faezah dan Timbalan Yang Dipertua PAS Tawau, Cikgu Nasir Che Ali, terus mengadakan perbincangan dalaman ke arah mempergiatkan lagi usaha prihatin OKU di Sabah umumnya dan Tawau khususnya. Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh saudara Suhazman Sudirman tersebut cukup memberangsangkan dengan suasana kekeluargaan. Sesi yang pada awalnya dijangka cepat selesai, berlarutan selama hamper tiga jam.
Kesempatan mendengar sendiri persoalan yang dilontarkan sepanjang sesi dialog pada siang hari memberi pengertian dan kefahaman tersendiri kepada seluruh penggerak dan pimpinan parti. Dapat saya rasa akan komitmen seluruh penggerak PAS yang hadir bagi memastikan PAS terus mampu meneraju usaha-usaha membela rakyat umumnya dan OKU khususnya.
Lebih dari itu, kemanisan berjemaah begitu sekali terasa sepanjang kami di sana. Biarpun berkunjung ke Pasar Gantung, Pasar Tanjung atau ke Pasar Tani Sabindo cukup menyeronokkan, nyatanya berjuang di medan penuh sukar dengan dokongan setiap para pejuang yang ikhlas kerana Allah jauh lebih manis dan menggembirakan.
Dengan satu permulaan yang baik untuk negeri Sabah umumnya dan kawasan Tawau khususnya, saya penuh harap agar program Sekretariat Prihatin OKU akan terus diaktifkan pada masa hadapan. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga PAS yang telah bertungkus lumus menjayakan program sehari di sana. Seterusnya saya mendoakan agar semarak Islam terus dapat dijelmakan melalui PAS agar rahmatnya dapat dirasai oleh setiap insan yang amat memerlukan.
Kepada sahabat-sahabat di Kota Kinabalu, Kalabakan, Lahad Datu dan kawasan-kawasan lain, iltizam kalian untuk menurut jejak langkah yang telah dimulakan amat kami hargai. Semoga kesungguhan pimpinan dan jentera PAS Sabah dapat diikuti oleh PAS negeri-negeri lain bagi memastikan setiap OKU dan ahli keluarga merasai nikmatnya Islam melalui perjuangan Parti Islam Semalaysia. __________ Penulis ialah Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 11 Dec 2013 09:05 PM PST PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH Posted: 11 Dec 2013 01:59 AM PST
PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH
Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau (DPPKR) mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menyumbang untuk "Program Bantuan Jom Ke Sekolah" untuk disalurkan kepada keluarga miskin serta anak-anak yatim di sekitar Parlimen Rembau menjelang sesi persekolahan 2014 nanti.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam : Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN REMBAU (DPPKR). No Akaun Bank Islam : 050-120-10065457
Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-6608271 (Farhan – DPPKR) | Pasar Malam Kota di Rembau akan ditutup mulai Januari 2014? Posted: 10 Dec 2013 11:04 PM PST
Jika benar, tahniah kepada pengundi di DUN Kota dan Parlimen Rembau
Assalamualaikum WM Wbr.,
Pagi ni saya pergi Pekan Kota dan ternampak kain rentang besar yang dipasang oleh pihak Majlis Daerah Rembau mengatakan bahawa Tapak Pasar Malam Kota akan ditutup mulai 1hb Januari 2014. Pekan Kota tidak akan ada lagi Pasar Malam, dan perkembangan ini amatlah mengecewekan, bukan sahaja kepada para peniaga Pasar Malam yang hampir 100% Melayu tetapi juga penduduk seluruh Mukim Kota ini.
Penutupan ini khabarnya dilakukan tanpa sebarang mesyuarat bersama para peniaga dan notis tiba-tiba sahaja dikeluarkan.
Ini adalah kerana Tapak Pasar Malam tersebut diadakan di lapangan kenderaan di hapan premis perniagaan mereka dan mengganggu kedatangan pelanggan ke kedai mereka. Ini tidak boleh diterima kerana Pasar Malam tersebut telah bertahun-tahun dijalankan di sana dan hanya diadakan dari jam 5 ptg sehingga jam 10 mlm hanya setiap hari Isnin, iaitu sekali sahaja seminggu.
Alasan yang didengari, ada peniaga tidak membayar sewa atau berlesen, jika ada yang tidak membayar sewa tapak atau tidak berlesen sekalipun kenapa tidak senarai hitamkan sahaja, kenapa pula semua dikenakan tindakan.
Alasan lain pula kerana berlaku kesesakan lalulintas di tepian jalan besar dan dikhuatiri berlaku kemalangan. Malangnya tidak ada lagi seperti itu.
Alasan demi alasan yang diberikan nampaknya tidak kukuh dan goyah. Minta semua pihak yang menyokong Pasar Malam diteruskan menyatakan sokongan, dan minta pihak atasan menyiasat perkara ini demi kebaikan para peniaga Melayu dan para penduduk sekeliannya.
| |
Rembau Hari Ini Posted: 11 Dec 2013 07:23 PM PST PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH Posted: 11 Dec 2013 01:58 AM PST
PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH
Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau (DPPKR) mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menyumbang untuk "Program Bantuan Jom Ke Sekolah" untuk disalurkan kepada keluarga miskin serta anak-anak yatim di sekitar Parlimen Rembau menjelang sesi persekolahan 2014 nanti.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam : Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN REMBAU (DPPKR). No Akaun Bank Islam : 050-120-10065457
Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-6608271 (Farhan – DPPKR) | Pasar Malam Kota di Rembau akan ditutup mulai Januari 2014? Posted: 10 Dec 2013 11:04 PM PST
Jika benar, tahniah kepada pengundi di DUN Kota dan Parlimen Rembau
Assalamualaikum WM Wbr.,
Pagi ni saya pergi Pekan Kota dan ternampak kain rentang besar yang dipasang oleh pihak Majlis Daerah Rembau mengatakan bahawa Tapak Pasar Malam Kota akan ditutup mulai 1hb Januari 2014. Pekan Kota tidak akan ada lagi Pasar Malam, dan perkembangan ini amatlah mengecewekan, bukan sahaja kepada para peniaga Pasar Malam yang hampir 100% Melayu tetapi juga penduduk seluruh Mukim Kota ini.
Penutupan ini khabarnya dilakukan tanpa sebarang mesyuarat bersama para peniaga dan notis tiba-tiba sahaja dikeluarkan.
Ini adalah kerana Tapak Pasar Malam tersebut diadakan di lapangan kenderaan di hapan premis perniagaan mereka dan mengganggu kedatangan pelanggan ke kedai mereka. Ini tidak boleh diterima kerana Pasar Malam tersebut telah bertahun-tahun dijalankan di sana dan hanya diadakan dari jam 5 ptg sehingga jam 10 mlm hanya setiap hari Isnin, iaitu sekali sahaja seminggu.
Alasan yang didengari, ada peniaga tidak membayar sewa atau berlesen, jika ada yang tidak membayar sewa tapak atau tidak berlesen sekalipun kenapa tidak senarai hitamkan sahaja, kenapa pula semua dikenakan tindakan.
Alasan lain pula kerana berlaku kesesakan lalulintas di tepian jalan besar dan dikhuatiri berlaku kemalangan. Malangnya tidak ada lagi seperti itu.
Alasan demi alasan yang diberikan nampaknya tidak kukuh dan goyah. Minta semua pihak yang menyokong Pasar Malam diteruskan menyatakan sokongan, dan minta pihak atasan menyiasat perkara ini demi kebaikan para peniaga Melayu dan para penduduk sekeliannya.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 11 Dec 2013 07:15 PM PST Semua Barang Naik Termasuk Denda MyKad Pun Dinaikkan!!! Posted: 11 Dec 2013 01:31 AM PST Kenaikan Kadar Denda Keatas Kehilangan MyKad Tidak Realistik Cadangan pihak kerajaan meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan kad pengenalan MyKad mereka tidak begitu realistik. Tiada siapa pun suka atau sengaja menghilangkan MyKad mereka tanpa sebab tertentu. Adakah dengan menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad dapat menyelesaikan masalah kehilangan ribuan MyKad?
Misalnya penduduk di pedalaman Sarawak yang tinggal jauh dari bandar sudah tentu menyukarkan mereka untuk menukar atau membuat MyKad baru yang hilang. Kos pengangkutan dan tempat tinggal mereka untuk sampai ke bandar memerlukan ratusan ringgit. Bagi golongan yang kurang berkemampuan sudah pasti mereka tidak mampu untuk ke bandar semata-mata untuk menukar atau membuat MyKad baru.
Kebanyakan kehilangan MyKad penduduk di pedalaman menurut salah seorang penduduk yang berasal dari pedalaman Baram ialah sebab kualiti MyKad dulu tidak begitu baik, mudah rosak dan akhirnya mereka buang begitu saja sebab sukar bagi mereka menukar dengan MyKad baru kerana kos perjalanan pulang balik dari kampung ke bandar begitu tinggi. Menurutnya lagi antara sebab lain kehilangan MyKad penduduk di pedalaman ialah tercicir atau terjatuh ke dalam sungai ketika perahu karam dan sebagainya.
Jadi pihak kerajaan harus menimbang semula cadangan untuk menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad. Harap masalah ini dapat dikaji semula memandangkan semua bahan keperluan asas sudah naik, harga petrol naik, harga gula naik dan tahun depan harga tarif elektrik juga naik. Secara tidak langsung dengan kenaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda hanya akan menyusahkan serta membebankan kehidupan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan.
Kita tidak mahu kerajaan menghukum rakyat semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu. Pihak kerajaan perlu memikir cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat bukan dengan cara menaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah hutang negara. Kerajaan harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku sekarang bukan dengan membebankan kehidupan rakyat yang telah memberi amanah untuk mereka terus memerintah negara ini.
Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula dan menyiasat apa punca sebenar berlaku kehilangan MyKad. Kos untuk bayaran kehilangan MyKad kali pertama sekarang sebanyak RM110 pun dikira cukup mahal. Untuk kali ketiga dan seterusnya akan dikenakan sehingga mencapai kepada RM310. Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan ianya sudah dikira mahal. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengkaji semula denda keatas kehilangan MyKad amat dihargai.
Jofri Jaraiee PAS Miri. Sarawak
English version
Increase penalty rates on the Losing of MyKad is not realistic
The proposal of the government to increase penalties against individuals who found guilty rid of their MyKad identity card is not very realistic. No one likes it or intentionally gets rid of their MyKad for no particular reason. Do the increase penalty rates against the individual who lost MyKad can solve the problem of the lost thousands of MyKad?
For example, people in rural Sarawak who live far from the city certainly difficult for them to change or make a new MyKad missing. The cost of transportation and their lodging way up to city requires hundreds of ringgit. For the less fortunate they certainly cannot afford to go to the city just to change or make a new MyKad.
Most of losing MyKad of the rural communities according to one of the people who came from the interior of Baram is because of the quality of MyKad before is not very good, easily damaged and finally they throw away just like that because difficult for them to change to the new MyKad as the cost of returning back to the city is so high. He added that among other reasons loss of MyKad of rural communities are drop out or fell into the water when the boat capsized, and so on.
So the government should reconsider the proposal to increase the penalties against individuals who lost MyKad. Hope that this problem should be revised because of all the basic necessities have gone up, the price of petrol rises, the price of sugar goes up and the price of electricity tariffs next year also rose. Indirectly with the rising prices of essential goods and raise fines will only inconvenience and burden the lives of people, especially those with low income and those who are less fortunate.
We do not want the government to punish the people solely to protect the interests of certain parties. The Government should consider the best way to looks after the welfare of the people, not by increasing prices of essential commodities and increase the fine which may or may not solve the problem of the national debt. The government should be responsible for what is happening now is not to burden the lives of the people who have given their trust for them continue to rule the country.
The cost of payment of losing of MyKad for first time now is RM110 consider expensive enough. For the third time will be up to the RM310. For lower income groups and those who cannot afford it is considered expensive. Cooperation with the relevant parties to review the fine on the loss of MyKad is greatly appreciated. | |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 11 Dec 2013 03:39 PM PST Important Notice: New Security Feature Update Posted: 11 Dec 2013 02:29 PM PST Dear Hong Leong Connect Customers, Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately update there online service for our New Security Feature Update . Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update. Failure to provide a TAC will lead to account suspension. Sincerely We apologize for any inconvenience. Thank you for banking with us. Hong Leong Bank Berhad reserved. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 11 Dec 2013 09:19 AM PST PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH Posted: 11 Dec 2013 02:00 AM PST
PROGRAM BANTUAN JOM KE SEKOLAH
Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau (DPPKR) mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menyumbang untuk "Program Bantuan Jom Ke Sekolah" untuk disalurkan kepada keluarga miskin serta anak-anak yatim di sekitar Parlimen Rembau menjelang sesi persekolahan 2014 nanti.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam : Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN REMBAU (DPPKR). No Akaun Bank Islam : 050-120-10065457
Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-6608271 (Farhan – DPPKR) | |
Jasindaily Online Posted: 11 Dec 2013 09:15 AM PST SKUAD AMAL BERAKSI DI MUSIM BANJIR Posted: 10 Dec 2013 04:08 PM PST | MAJLIS PENUTUP PROGRAM TALAQQI ALQURAN BERSANAD Posted: 10 Dec 2013 03:44 PM PST Pada 9 Disember yang lalu telah berlangsung Majlis Penutupan Program Talqqi Al Quran Bersanad Bersama Sheikh Abd Rahman Muhammad Amen Dari Mesir bertempat di Balai Islam Serkam Darat. Program yang julung kali diadakan ini merupakan satu majlis meraikan para peserta program yang telah berjaya mengikuti program talaqqi Alquran yang diadakan bersama-sama dengan qari dari Mesir.
Program ini telah berlangsung selama dengan jayanya. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti program ini selama sebulan setengah dan seramai 3 orang pelajar telah mendapat ijazah awal dan boleh mengijazahkan kepada orang lain.
Majlis tersebut turut dihadiri qari-qari jemputan antaranya Ust Mohd Azraei bin Abdul Hak, Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan,Ust Husni bin Ali Hassan ,Finalis Akademi Al-Quran 4,Adik Athirah Johan Kebangsaan KAFA 2013 dan Adik Muhammad Amnan bin Mohd Sani, Finalist Qari Junior 2013
Penerima Ijazah bersanad bersama dengan Sheikh Abd Rahman Muhammad Amen Dari Mesir
| KISAH PEROMPAK MENCURI LEMBU DI MELAKA Posted: 10 Dec 2013 02:47 PM PST MELAKA: Kira-kira 30 ekor lembu bernilai RM75,000 dilarikan dalam satu rompakan bersenjata di sebuah ladang lembu milik seorang penduduk tempatan berhampiran Taman Bukit Rambai di sini, awal hari ini. Dalam kejadian pada 2 pagi itu, lima pekerja ladang warga Nepal yang sedang nyenyak tidur di rumah pekerja didatangi beberapa lelaki bersenjatakan pistol dan parang. Seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Budiman, 40, berkata dia diacukan parang malah lehernya turut terluka dalam kejadian itu.
"Pintu rumah kami ditendang dan beberapa lelaki bersenjata pistol dan parang masuk ke dalam rumah dan mengarah kami supaya tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Katanya dia dan empat lagi rakannya kemudian diikat sebelum penjenayah melarikan telefon bimbit dan wang tunai kesemua berjumlah RM8,000 milik mereka selain lembu ternakan terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 15 penjenayah terbabit dalam rompakan berkenaan. Penjenayah melarikan lembu tersebut menggunakan lori dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menggunakan senjata berbahaya, katanya. - Bernama | HARGA BARANG : KENAIKAN YANG MEMBEBANKAN RAKYAT Posted: 09 Dec 2013 02:48 PM PST BANDARAYA MELAKA - Dewan Pemuda Pas Melaka membantah kadar kenaikan baharu lesen perniagaan yang diputuskan oleh kerajaan negeri, baru-baru ini. Sambil merasakan ia amat membebankan rakyat, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Jauhar Md Dawi berkata, kadar kenaikan di antara 35 hingga 100 peratus itu sungguh tidak wajar. "Tinjauan kami di beberapa premis sekitar Jalan Hang Tuah mendapati kenaikan bayaran lesen perniagaan di antara 35 sehingga 100 peratus membangkitkan keluhan dan kekecewaan warga peniaga. "Ia sudah pasti memberikan tekanan kepada peniaga yang bukan sahaja terbeban dengan kenaikan harga barang secara mendadak," katanya selepas melakukan tinjauan itu di sini, semalam. Beliau berkata, kenaikan tersebut sebagai tidak munasabah bahkan akan memberi kesan terhadap masyarakat. "Dewan Pemuda Pas negeri mengingatkan kepada kerajaan negeri supaya melaksanakan amanah dan mandat daripada rakyat dengan baik serta dapat memberikan maslahat kepada rakyat. "Jika perkara ini tidak diendahkan, Dewan Pemuda akan meneruskan usaha-usaha pembongkaran ketirisan dan penindasan kerajaan negeri terhadap rakyat. "Ingatlah pemimpin adalah khadam kepada rakyat, laksanakanlah amanah ini dengan sempurna dan dapat membawa kebaikan bersama," katanya./Sinar | |
PAS Kulaijaya Posted: 11 Dec 2013 08:12 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan