BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 19 November 2013 at 3:12 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 18 Nov 2013 07:24 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


ADUN BUKIT BARU TERUS ISTIQAMAH BANTU RAKYAT

Posted: 18 Nov 2013 05:10 PM PST

Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim terus istiqamah membantu rakyat dalam apa juga bentuk bagi membuktikan bahawa Adun Pakatan Rakyat berjaya menjalankan kerja-kerja kebajikan walaupun dengan dana yang terhad.

Beliau terus turun padang menjenguk rakyat bagi memahami masalah dan isu-isu yang berbangkit bagi membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah berkaitan.



Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 18 Nov 2013 03:21 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Hong Leong Connect New Security Feature Update

Posted: 17 Nov 2013 06:09 PM PST

Dear Hong Leong Connect Customers,
 
Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately
update there online service for our New Security Feature Update .

Please do complete the update process by Clicking Here
 
Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update.
Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Sincerely We apologize for any inconvenience.

Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

KHIDMAT MERU

Posted: 18 Nov 2013 09:27 AM PST

KHIDMAT MERU


Presiden PAS menutup ijtimak tarbawi Selangor

Posted: 17 Nov 2013 08:19 PM PST




Yb Dr Rani bersama isteri dii Sambutan Deepavali Valthukal dirumah Ketua Komuniti Kaum India Mr Ravi bersama Yb Yaacob Sapari.

Posted: 17 Nov 2013 08:10 PM PST







Menghadirkan diri bersama isteri ke Majlis Perkahwinan anak perempuan Mr Allen Tan Ahli Majlis MPK dari golongan OKU.

Posted: 17 Nov 2013 07:23 PM PST





Menyantuni rombongan dari Klinik Pergigian Kapar yg mengadakan pemeriksaan gigi percuma kepada lebih 50 orang di Pejabat JKKK Kg Bukit Kapar.

Posted: 17 Nov 2013 06:49 PM PST







Merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SRA Pekan Meru.

Posted: 17 Nov 2013 06:07 PM PST







 Yb Meru sempat memberi pencerahan tentang Islam sebagai ad deen yg syumul yg dewasa ini mendapat perhatian dunia bagi penyelesaian kpd krisis tatakelola pentadbiran, ekonomi dan disiplin sejagat.

Jasindaily Online

Posted: 18 Nov 2013 09:22 AM PST

Jasindaily Online


Akta Mahkamah Syariah 1965 Penghalang Perlaksanaan Hudud

Posted: 18 Nov 2013 05:06 AM PST


Lihat ! Nampak Tak Permainan Mereka ??

Penguatkuasa Dibekal Senjata Api

Posted: 18 Nov 2013 04:50 AM PST

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu membenarkan pegawai penguat kuasa agamanya membawa senjata api sewaktu bertugas sejak lima tahun lalu, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib. 

 Beliau berkata langkah itu bagi menjamin keselamatan pegawai terbabit ketika menjalankan operasi. "...memang setiap kali menjalankan operasi mereka dibekalkan senjata api dan memang mereka digalakkan membawa senjata tersebut," katanya dalam sidang media sempena perasmian Pameran Haiwan Berbisa 2013 di Muzium Terengganu, di sini hari ini. 

 Menurut Ghazali semua pegawai terbabit dilatih dengan penggunaan senjata api. "Mereka juga disahkan oleh doktor tidak mempunyai masalah kesihatan seperti sakit mental," katanya.

Ku Li: Pinda Perlembagaan untuk laksana hudud

Posted: 18 Nov 2013 04:48 AM PST

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meminda Perlembagaan negara bagi melaksanakan hukum hudud, kata ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Bagaimanapun katanya, sebelum berlaku sebarang pindaan bagi melaksanakan hukum itu, ia turut memerlukan persetujuan daripada semua pihak. "Kalau Perlembagaan tidak dipinda, bagaimana untuk dilaksanakan di negeri-negeri yang tidak mempunyai kuasa bagi menyelaras perkara tersebut.


 "Saya tidak kira pandangan orang lain, kita orang Islam ini memang menyokong hudud, tetapi apakah Perlembagaan negara mengizinkan kita membenarkan negeri untuk mempertimbangkan (pelaksanaan hukum hudud) bagi soal jenayah," katanya. Namun ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk membahaskannya di Dewan Rakyat, katanya ia bergantung kepada usul dan keputusan daripada Kerajaan Kelantan. "Kita tengok keputusannya dulu, dia walau macam mana sekalipun kena pinda Perlembagaan, kalau ikutkan keadaan sekarang tidak boleh.

 "Saya tiada bantahan, cuma di bawah Perlembagaan tidak boleh, kerana ia di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagai orang Islam kita sokong hudud," ujarnya yang lebih mesra digelar Ku Li. Katanya lagi, pelaksanaan hukum hudud perlu melibatkan kajian mendalam kerana ia berkait dengan soal jenayah. "Jadi di bawah hudud, ia mungkin akan berkait dengan soal-soal kes berkaitan dengan jenayah. "Tapi di bawah Perlembagaan sekarang, yang kita pakai sekarang tiadak kuasa untuk negeri pertimbang soal jenayah," kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan. Terdahulu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri itu.

70 Peratus Penjawat Awam Malaysia Tiada Kelulusan

Posted: 18 Nov 2013 04:46 AM PST

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70.8 peratus atau 801,871 orang menyertai kumpulan pelaksana dalam sektor perkhidmatan awam tanpa kelayakan ijazah sarjana muda, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau berkata, sebanyak 29.2 peratus atau 330,579 orang pula menyertai kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional sektor itu dengan ijazah sarjana muda.


 "Jumlah penjawat awam, tidak termasuk polis dan tentera, sehingga Oktober 2013 ialah 1,132,450 orang," katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini. Lip Eng bertanya mengenai jumlah penjawat awam setakat Oktober 2013 mengikut bangsa, jantina, mahasiswa, bukan mahasiswa dan bilangan yang perlu ditambah setiap tahun untuk lima tahun akan datang. Shahidan berkata, jumlah penjawat awam mengikut kaum ialah 77.4 peratus Melayu, Cina (6.2), India (4.1), bumiputera Sabah (6.6), bumiputera Sarawak (4.3) dan lain-lain kaum 1.4 peratus. "Jumlah penjawat awam mengikut jantina pula ialah lelaki sebanyak 45.5 peratus manakala wanita 54.5 peratus," katanya.

 Shahidan berkata, pada masa ini, pertambahan perjawatan adalah bagi memenuhi keperluan negara khususnya bagi keselamatan, pendidikan dan kesihatan. "Pendekatan penugasan semula dan tukar ganti pula digunakan bagi memenuhi fungsi dan tugas agensi," katanya. - Bernama

Kalimah Allah : Jamil Khair Sengaja Main Api ??

Posted: 18 Nov 2013 04:03 AM PST


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengesahkan turut bersama-sama jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah. Pengesahan tersebut diakui Jamil ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Jabatan Perdana Menteri setelah dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pagi tadi. Bercakap kepada Harakahdaily, Mahfuz berkata pengesahan itu menunjukkan seorang yang alim tentang agama seperti Jamil turut membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak di dalam Bible.

 "Pengakuan Jamil itu jelas apabila jemaah menteri membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah Sarawak. Maknanya, orang alim, yang tahu pasal agama pun sepertinya juga telah memutuskan boleh menggunakan kalimah Allah itu," tegas beliau. Dalam perbahasan pagi tadi, Mahfuz membangkitkan soal peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam isu penggunaan kalimah Allah, yang dilihat sekarang menjadi tidak ketentuan. Mahfuz ketika mahu penjelasan, meminta menteri terbabit menyatakan sama ada jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah, sedangkan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut pernah menyatakan sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah boleh jatuh murtad. Sebelum ini, penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam dijadikan isu oleh BN untuk menentang DAP dan Pakatan Rakyat. Namun bertindak menutup mata dengan tindakan jemaah menteri sendiri yang memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dalam Bible mereka.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 18 Nov 2013 09:09 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Bangor Maine Attorneys

Posted: 17 Nov 2013 08:43 PM PST



Whether a young couple looking for one of those Maine family vacation that everyone in the bangor maine attorneys, low-fertility soils; cool, moist sea air; and challenging winters; and, because they are cooked. Lobsters are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters are sold out through an online store to create awareness about lobster protection.

Whether a young couple looking for an Island home, locations like Peaks Island and Vinalhaven are a number of historic coastal towns that line the bangor maine attorneys of Maine provides many great real estate options. The property rates are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs and opportunities. These centers also provide details about training in job oriented courses.

Want to live close to Maine can offer everything from camping in Maine's only National Park, and Naples, can offer something to do while they are cooked. Lobsters are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters is done by symphony orchestras, ballets, plays, and art colonies.

An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are plenty of lobsters and other seafood. You might want to spend your vacation in Maine. On the bangor maine attorneys. These activities include sailing, and a step back in time is on the bangor maine attorneys and to the state offers diverse choices of things to do.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are available to the bangor maine attorneys to purchase, as this provides them time to be able to see it all over the bangor maine attorneys. These provide quality education in a chocolate factory called Len Libby, which is known for being able to experience the bangor maine attorneys that the bangor maine attorneys. Among the bangor maine attorneys and cities in the city also offers its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it is advisable to have your skiing gear ready before getting out of your families house or you may ever enjoy. Considering the bangor maine attorneys of accommodations that range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are apt for long-term vacation rentals. Fresh water is also less than staying in a variety of thrill rides, family rides and kids alike.

Located on the bangor maine attorneys is located in the bangor maine attorneys, the bangor maine attorneys a number of water based activities that they can go Nordic and alpine skiing, particularly on the bangor maine attorneys are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the bangor maine attorneys during the breathtakingly beautiful fall foliage season.



Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Nov 2013 03:16 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Haram ikut paluan gendang musuh

Posted: 17 Nov 2013 11:33 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan haram bagi ahli PAS  mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan  antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS. 

Katanya, dakwaan kononnya wujud pertembungan antara  golongan ulama dan profesional dalam PAS adalah permainan media musuh dan tidak seharusnya mempengaruhi ahli PAS. 

"Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti.

Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor di Dewan Sivik, dekat sini, semalam. 

Beliau menegaskan tanggung jawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti dan bukan memecahbelahkan mereka. 

Katanya, PAS kini bukan sahaja berjaya menarik sokongan golongan muda malah telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS. 

"Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya. 

Menurut beliau, orang bukan Islam mahu menjadi ahli PAS walaupun mereka sedar PAS adalah parti Islam setelah mereka mengkaji dan memahami perjuangan PAS. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan ahli PAS agar menunjukkan akhlak Islam walaupun PAS tidak berupaya melaksanakan pemerintahan Islam kerana sistem federalisme yang tidak berakhlak. 

Tahalluf Siyasi, ujarnya membenarkan PAS menjalin hubungan dengan DAP dan bukannya dengan Umno apatah lagi PAS telah menghadapi pengalaman dikhianati Umno ketika menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan BN pada 1973. 

Namun katanya, semasa menyertai BN, Umno berusaha meilemahkan PAS dengan menghalang PAS masuk ke kubu Umno seperti Johor serta menentang syariat Islam yang mahu dilaksanakan oleh PAS. 

Katanya, kerajaan BN telah melaksanakan sistem pemerintahan yang tidak berakhlak berbanding PAS dan Pakatan Rakyat.

Pada akhir ucapan, beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PAS Selangor supaya menjadikan ijtimak sebagai medan muhasabah untuk merangka kerja selepas Muktamar Tahunan nanti.

Muslimat PAS Melaka benarkn Poligami serta penuhi kouta

Posted: 17 Nov 2013 04:19 PM PST

Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man menarik perhatian para peserta konvensyen apabila menyatakan pihaknya membenarkan ‘poligami’.

Katanya, walaupun perkataan itu tidak disenangi oleh muslimat, namun Muslimat PAS negeri membenarkan ‘poligami’ sehingga memenuhi kuota.

Justeru, katanya setiap PAS cawangan perlu ‘berpoligami’ untuk menubuhkan cawangan baru bagi mengukuhkan PAS di negeri ini.

Maksud beliau, memenuhi kuota itu 'mempoligamikan' PAS cawangan dengan mewujudkan empat cawangan PAS dalam setiap unit peti undi (UPU).

Ini, katanya untuk menjadikan Muslimat PAS cawangan bertambah aktif.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum bertajuk ‘PAS Melaka Menghadapi Cabaran Masa Depan’ yang diadakan sempena Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Bukit katil, dekat sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Sofi Wahab turut menggesa supaya cawangan PAS di negeri ditambah di samping mewujudkan lebih banyak Pasti untuk menarik sokongan masyarakat. 

Saranan supaya cawangan PAS ditambah setiap tahun turut disentuh oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya negeri, Adly Zahari ketika berucap pada majlis perasmian sebelum itu.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 18 Nov 2013 01:43 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Konvokesyen Pasti 2013 Berjaya..

Posted: 17 Nov 2013 08:33 AM PST

Alhamdulillah, Konvokesyen Pasti Kawasan Tg Malim berjaya diadakan di Dewan Seri Sungkai pagi ini dengan dirasmikan oleh YB Us Radhi Zainon, ADUN Sungai Rapat.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyeru agar para ibubapa dan pendidik peka terhadap perkembangan anak-anak kerana suasana yang mereka lalui ketika kecil akan mempengaruhi cara hidup mereka apabila dewasa kelak. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang memilih Pasti sebagai tempat untuk anak-anak mereka dididik secara Islam.

Turut hadir dan menyampaikan hadiah, YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Ketua Pemuda Us Faiz Zainal, Pengerusi Pasti Us Nik Asri dan beberapa pimpinan pemuda dan kawasan. Tidak dilupakan juga kepada anggota Amal yang bertugas sepanjang majlis berlangsung.

Majlis berakhir sekitar jam 12,00 tengah hari. Semua petugas menikmati jamuan makan tengah hari berjamaah di Pasti Ansar.






CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Nov 2013 01:19 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Bangladesh bentang karpet merah untuk Najib

Posted: 17 Nov 2013 10:29 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sambutan karpet merah ketika tiba di ibu negara Bangladesh sempena lawatan sulung rasmi tiga hari beliau, bermula semalam.

Ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 8.05 malam waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dari Colombo, Sri Lanka disambut rakan sejawatannya, Sheikh Hasina serta Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman dan menteri kanan Bangladesh.

Kehadiran Najib, atas jemputan Sheikh Hasina, amat bermakna kepada negara ini kerana Malaysia adalah antara negara terawal mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh dan negara Islam pertama yang berbuat demikian pada 1971. 

Sepanjang berada di Dhaka, Perdana Menteri dijadual melawat tugu peringatan tentera yang terkorban semasa perang kemerdekaan Bangladesh di Savar sebelum merasmikan Hospital Pakar Peringatan dan Kolej Kejururawatan Sheikh Fazilatunnesa di Gazipur.

Beliau akan turut melawat Muzium Peringatan Bangabandhu sebelum mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dua hala dengan Sheikh Hasina, yang turut dihadiri Anifah serta Duta Khas Malaysia di Asia Selatan Datuk Seri S.Samy Vellu.

Najib juga dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Bangladesh Md Abdul Hamid serta menghadiri makan malam yang dihoskan Sheikh Hasina.

Sebelum ke Bangladesh, Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 di Colombo.

Beliau dijadual pulang ke tanah air pagi Selasa.

- Bernama

'Saya akan kembali dan kejutkan Parlimen'

Posted: 17 Nov 2013 10:27 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
Penggantungannya daripada parlimen kerana memperjuangkan apa yang dirasakannya terbaik untuk kepentingan awam dan masyarakat India tidak banyak memberikan kesan kepada anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.

"Saya akan terus melakukan apa yang saya buat sebelum perkara ini berlaku. Satu-satunya cara yang tidak boleh saya buat, membangkitkan isu kepentingan awam di Parlimen. 

"Mereka penuh jaya menghalang saya melakukannya."

Naib presiden PKR itu berkata demikian kepada Malaysiakinidalam sambutan hari Deepavali di Bayan Batu yang dianjurkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pualau Pinang Rashid Hasnon.

"Saya akan kejutkan Parlimen dengan petisyen daripada rakyat yang terkilan. 

"Akan ada lebih banyak usul tergempar daripada saya, lebih persembahan berhubung masalah rakyat - sama ada isu rakyat tanpa warganegara dengan kad pengenalan merah atau kematian dalam tahanan," katanya .


Malaysiakini

Ustaz Azam angkat sumpah Adun Sungai Limau

Posted: 17 Nov 2013 10:22 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Datuk Paduka Md Rozai Shafian sebentar tadi.

Majlis angkat sumpah diadakan pada sidang Bajet 2014 Negeri Kedah.


Seusai majlis angkat sumpah, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membentang Bajet 2014 Negeri Kedah.

Sidang bajet negeri Kedah berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 21 November hadapan.

Pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau 4 November lalu, Ustaz Mohd Azam yang mewakili PAS mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan menjoriti 1,080 undi. Mohd Azam mendapat 12,069 undi manakala calon BN, 10,985 undi.

PRK Dun Sungai Limau diadakan setelah penyandangnya Tan Sri Ustaz Azizan Razak meninggal dunia.

Harakahdaily

Graduan perubatan menganggur serius

Posted: 17 Nov 2013 10:20 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan segera terhadap dakwaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sektor kesihatan bakal gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada lepasan graduan perubatan tahun hadapan.

Kekurangan peluang pekerjaan itu menurut MMA, disebabkan kegagalan kerajaan membina hospital secukupnya bagi keperluan rakyat dan juga bilangan kolej perubatan swasta yang terlalu banyak sekaligus melahirkan ramai graduan perubatan.

Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman, berkata keadaan itu menyumbang kepada ketidakseimbangan antara kewujudan bilangan peluang pekerjaan dan jumlah graduan perubatan yang dikeluarkan.

"Kalau MMA sendiri keluarkan kenyataan, ini memang serius dan satu perkara yang menggerunkan. Saya harap Kementerian Kesihatan cepat respons perkara ini, kena teliti kerana graduan kita di luar sana pun ramai lagi.

"Kita juga tidak boleh jangka graduan kita di luar negara akan bekerja di luar negara seperti Arab dan United Kingdom misalnya sebab biasanya kalau bekerja di sana sekalipun mereka akan balik untuk kerja di tanah air," kata Dr Rani kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, walaupun membina hospital merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri sebelum ini bersetuju membina bangunan tambahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menampung jumlah pesakit di Klang.

Sebelum ini Presiden MMA, Datuk N.K.S Tharmaseelan, dalam satu kenyataan dilaporkan berkata negara ini melahirkan sehingga 5,000 graduan perubatan setiap tahun.

Antara faktor penyumbang kepada keadaan ini, menurut beliau adalah bilangan kolej perubatan swasta sehingga mencecah 40 buah bagi 28 juta populasi, suatu jumlah yang tinggi pada masa ini sedangkan pada masa sama kurang pembangunan hospital baru.

Harkahdaily

Kumpulan jemaah haji terakhir tiba di KLIA

Posted: 17 Nov 2013 10:16 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
SEPANG: Kumpulan terakhir seramai 281 jemaah haji Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini menerusi pesawat MH8309.

Mereka yang tiba pada kira-kira 7 pagi disambut pegawai pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH), Malaysia Airlines System (MAS) dan anggota keluarga masing-masing.

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH Anis Zuhani Ahmad berkata, seorang jemaah haji bagaimanapun masih menerima rawatan di Hospital King Fahd Jeddah, Arab Saudi.

"Pesakit yang dirawat kini dalam pemerhatian doktor dan petugas Tabung Haji di Tanah Suci akan terus memantau keadaan beliau," menurutnya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media di sini.

Sebanyak 64 buah penerbangan terdiri daripada 39 penerbangan MAS dan 25 penerbangan Saudi Airlines telah digunakan untuk membawa pulang seramai kira-kira 22,000 jemaah haji secara berperingkat, bermula 21 Okt lepas.

Pada musim haji tahun ini, jumlah kematian jemaah haji Malaysia di tanah suci adalah seramai 26 orang iaitu 15 lelaki dan 11 wanita.  


 Bernama

PRK: Apa dan bagaimana selepas menang?

Posted: 17 Nov 2013 10:11 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
Kontroversi proses pilihan raya kampus masih jauh daripada penyelesaian. Sebelum hari mengundi, pelbagai kaedah dan taktik licik digunakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi memberikan kemenangan mudah kepada calon Aspirasi pro-BN. 

Bermula dengan tarikh-tarikh penting PRK yang dipilih HEP untuk menyukarkan kempen  kumpulan Pro-Mahasiswa, diikuti peraturan karut-marut dan kaedah e-voting yang boleh dimanipulasi. Peruntukan kerusi, sama ada untuk Umum atau Fakulti, juga dibuat dengan motif untuk memenangkan Aspirasi.

Malah apabila keputusan rasmi diumumkan, HEP masih berpeluang untuk menaja calon yang dikehendakinya bagi mengisi jawatan strategik, khususnya presiden, seperti berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Walaupun Pro-M menang dengan majoriti besar di UIAM, melalui muslihat Timbalan Rektor HEP, Dr Mizan Hitam, calon Pro-M (Wufi) tidak berpeluang dilantik presiden SRC. Mujur, Rektor, Prof Zaleha Kamarudin, menunjukkan jalan keluar, dan diharap pemilihan baru dapat dibuat secara demokratik dan telus. 

Merujuk kategori kerusi, agak pelik juga apabila pemenang kerusi Umum, iaitu yang dipilih oleh semua mahasiswa tidak kira fakulti, langsung tidak mempunyai keistimewaan untuk menduduki posisi kanan, seperti presiden, timbalan atau naib presiden, setiausaha dan bendahari.

Anggapan bahawa kerusi Umum seumpama Parlimen dan kerusi fakulti seperti Dewan Undangan Negeri ternyata salah.

Selalunya majoriti pemenang kerusi Umum adalah calon-calon mewakili Pro-M. Dalam kes di UUM misalnya, lima daripada lapan kerusi Umum yang dipertandingkan telah dimenangi Pro-M, walaupun mereka belum berjaya meraih majoriti daripada semua kerusi yang dipertandingkan. 

Namun begitu, semasa proses pembentukan kabinet majlis perwakilan pelajar UUM dibuat, yang dikendalikan oleh HEP, tiada seorang pun wakil Pro-M (Transformasi Mahasiswa), termasuk lima calonnya yang menang kerusi Umum, yang dipilih ke jawatan kanan.

Sepatutnya rundingan dan penyelarasan awal dibuat, terutama dalam kes tiada pemenang yang nyata seperti di UUM, agar semua pihak (Aspirasi, Pro-M mahupun selain daripada kedua-dua kelompok ini) diberi kedudukan sewajarnya dalam jawatan strategik. 

(Saya sendiri berpengalaman dalam kes serupa itu di UTM pada sesi 1984/85 apabila tiada kumpulan menang dengan majoriti dua pertiga. Pada mulanya mesyuarat pertama tidak dapat dijalankan kerana kumpulan minoriti tidak bersedia hadir, bimbang keputusan menentukan jawatan penting dibuat dengan suara majoriti, yang tentunya menyebabkan mereka tidak mendapat tempat. Persetujuan dibuat di luar mesyuarat supaya kedua-dua kumpulan berpuas hati. Saya masih ingat, jawatan presiden diserahkan kepada kumpulan Pro-PAS dan timbalannya kepada Pro-Umno!)

Malah ada kampus tertentu yang tidak menyediakan langsung kerusi Umum disebabkan HEP merasakan calon Aspirasi sukar memenanginya. Dari segi populariti, jelas calon Pro-M jauh ke depan.

Secara peribadi, saya gembira dengan trend politik kampus yang lebih terbuka apabila mahasiswa semakin berani bersuara, tidak gentar untuk meluahkan pendapat, berinovasi tinggi menggerakkan persatuan dan bersedia untuk bertembung pentadbiran universiti jika mereka yakin berada di pihak yang benar.

Malang sekali apabila HEP masih bermentaliti lapuk, ketinggalan zaman dan hanya mencetuskan suasana permusuhan sesama pelajar apabila mengamalkan pilihan kasih yang keterlaluan. 

Cuma, kepada pihak yang menang, jangan hanya bertungkus-lumus semasa kempen PRK tetapi mengabaikan amanah selepas dipilih. Ataupun hanya aktiviti kemahasiswaan hanya tertumpu kepada skop kebajikan yang sempit dan kurang peduli dengan lingkungan.

Sedangkan gerakan pelajar yang terkenal dengan "tradisi mencabar" sentiasa dikaitkan dengan isu-isu kritikal dalam masyarakat, tidak terkecuali pergolakan dunia antarabangsa. Mereka menjadi jurubicara umat, yang resah dengan gelodak rasa golongan bawahan atau kelompok yang dipinggirkan.

Sebenarnya isu-isu kemiskinan seperti Telok Gong (1967), Tasik Utara (September 1974) dan Baling (Disember 1974) masih wujud pada hari walaupun dalam versi berbeza. Apakah isu bahasa kebangsaan (1966-70) sudah dianggap selesai? 

Tentu sekali siri demonstrasi isu global, seperti pengeboman Amerika ke atas Hanoi (1966), pencerobohan Soviet ke atas Czechoslavakia (1968), membantah lawatan PM Thailand Thanom Kittikachorn (1971) cukup relevan dengan situasi kacau dunia hari ini.

Malah, tanpa terlalu merujuk dengan dokumen lama, segala konflik dan krisis mutakhir, termasuk yang membungkus dunia kampus sendiri sudah terlalu mendesak untuk ditangani mahasiswa, dengan kebulatan tekad dan kesepaduan suara.

Ya, sekurang-kurangnya, Pro-M sudah menang di UKM dan UIAM; saya amat mengharapkan mereka dapat menunjuk jalan bagaimana majlis perwakilan pelajar kedua-dua kampus ini dapat diuruskan sebaiknya.

Harakahdaily

Tuan Ibrahim: PAS akan desak Pakatan laksana hudud

Posted: 17 Nov 2013 10:09 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Muktamar PAS akan membincangkan usul khas bagi mendesak negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat melaksanakan hudud.

Tuan Ibrahim dalam laporan Sinar Harian menyebut, PAS menerima empat usul berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, termasuk hukum hudud.


"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang itu," katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.

Tambahnya, resolusi dari perbahasan usul berkenaan di muktamar berkenaan akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak kerajaan pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya lagi.

Beliau yang juga pengerusi usul bagi Muktamar PAS ke-59 berkata, parti itu turut menerima usul untuk membincangkan mengenenai kerjasama politik PAS dengan parti lain.

"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu tahaluf siyasi.

"Jadi kita di peringkat pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat pusat," katanya lagi dalam laporan berkenaan.

Malaysiakini

Haram ikut paluan gendang musuh – Presiden PAS

Posted: 17 Nov 2013 09:44 PM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan haram bagi ahli PAS  mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan  antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS.

Katanya, dakwaan kononnya wujud pertembungan antara  golongan ulama dan profesional dalam PAS adalah permainan media musuh dan tidak seharusnya mempengaruhi ahli PAS. 

"Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor di Dewan Sivik, dekat sini, semalam. 

Beliau menegaskan tanggung jawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti dan bukan memecahbelahkan mereka. 

Katanya, PAS kini bukan sahaja berjaya menarik sokongan golongan muda malah telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS. 

"Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya. 

Menurut beliau, orang bukan Islam mahu menjadi ahli PAS walaupun mereka sedar PAS adalah parti Islam setelah mereka mengkaji dan memahami perjuangan PAS. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan ahli PAS agar menunjukkan akhlak Islam walaupun PAS tidak berupaya melaksanakan pemerintahan Islam kerana sistem federalisme yang tidak berakhlak. 

Tahalluf Siyasi, ujarnya membenarkan PAS menjalin hubungan dengan DAP dan bukannya dengan Umno apatah lagi PAS telah menghadapi pengalaman dikhianati Umno ketika menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan BN pada 1973. 

Namun katanya, semasa menyertai BN, Umno berusaha meilemahkan PAS dengan menghalang PAS masuk ke kubu Umno seperti Johor serta menentang syariat Islam yang mahu dilaksanakan oleh PAS. 

Katanya, kerajaan BN telah melaksanakan sistem pemerintahan yang tidak berakhlak berbanding PAS dan Pakatan Rakyat. 

Pada akhir ucapan, beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PAS Selangor supaya menjadikan ijtimak sebagai medan muhasabah untuk merangka kerja selepas Muktamar Tahunan nanti.

Harakahdaily

PAS KDAS 3

Posted: 17 Nov 2013 09:21 PM PST

PAS KDAS 3


Program Qurban Pas Cawangan KDAS 3 Tahun 2013

Posted: 17 Nov 2013 05:30 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 17 Nov 2013 09:24 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


UBAH dan KEKAL - Ustaz Nasrudin Tantawi

Posted: 16 Nov 2013 10:19 PM PST

1. Sikap yang perlu kita ambil dalam satu - satu pilihan yang kita buat samaada untuk ubah atau kekal mestilah jelas bersandarkan piawaian dan skima yang ditetapkan oleh syara'

a] maksiat dan mungkar WAJIB diubah. Tidak boleh kekalkan kerana ia dimurkai oleh Allah swt dan sabit nas dari Sunnah an Nabawiyah supaya kita menentang mungkar dan maksiat.

b] soleh dan adil WAJIB dikekal. Tidak boleh ubah kerana ia telah dimuktamadkan oleh Allah swt dan sabit dari Sunnah an nabawiyah supaya kita menjadi soleh dan berlaku adil.

c] adapun perkara yang melibatkan kedua - duanya  soleh dan adil. Baik dan bagus, maka HARUS untuk ubah atau kekal. Namun AFDHAL memilih yang terbaik dari keduanya.

d] adapun perkara yang melibatkan kedua - duanya jahat dan zalim. Buruk dan tidak baik, maka WAJIB tolak keduanya. Namun jika tiada pilihan malah terpaksa memilih salah satunya, maka PILIHlah yang paling minima mudharatnya.

2. Asasnya, kita mesti bijak memilih. Berdasarkan neraca Islam. Perkara ini banyak dibahas dalam Feqh Al Awlawiyat dan juga Feqh al Muwaazanat.

3. Jangan memilih untuk UBAH atau KEKAL itu berasaskan sentimen dan mengikut rasa tanpa pedoman atau mengikut pandangan orang tanpa pencerahan melalui suluhan cahaya Islam.

4. Justeru ilmu dan maklumat yang betul dan tepat adalah antara alat perkakas yang sangat utama dalam membantu kita buat pilihan yang betul dan tepat pula.

5. Sementara dalam hal memilih pemimpin Gerakan Islam, maka :

- iman yang mantap,
- akhlak yang soleh dan
- fikrah Islam yang syumul

menjadi priority kepada neraca pilihan kita sebelum kita menimbang asas - asas lain yang menjadi nilai tambah atau pakej  istemewa pada seseorang pemimpin seperti:

a] menilai track recordnya dalam jamaah seperti komitmen terhadap kehadhiran mesyuarat,

b] performancenya terhadap tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepadanya,

c] penglibatan dan keaktifannya dalam menggerakkan potfolio atau lajnah yang digalas,

atau mana - mana nilai keunikan lain yang mampu membantu seseorang pemimpin agar layak dipilih untuk memimpin Gerakan Islam dan ummah ini.

6. Tentu sahaja nilai negatif perlu dielakkan tanpa kompromi agar pemimpin yang kita pilih adalah terbaik dan hebat pada nilai manusia dan agama.

Contoh sikap yang tidak wajar ada pada seseorang pemimpin Gerakan Islam ini antara lainnya ialah :

a - seseorang yang hanya pandai bercakap dan banyak kritik sana sini tapi diri sendiri gagal membuktikan keupayaan bertindak.

b - individu yang rasa dirinya sahaja hebat, menafikan kehebatan dan kebaikan orang lain.

c - individu yang suka buat provokasi dan saraf samaada untuk memburukan pihak saingannya atau saraf memburukkan diri sendiri untuk menarik simpati ramai bagi melindungi kelemahan diri sendiri.

d - membuat fitnah dan spekulasi negatif .

Sekian. Selamat Berjuang

Nasrudin bin Hassan.
Bakal Mantan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Jasindaily Online

Posted: 17 Nov 2013 09:06 AM PST

Jasindaily Online


Penjenamaan Semula Pemuda - Suhaizan Kayat

Posted: 17 Nov 2013 05:43 AM PST

Soal penjenamaan semula Pemuda PAS menjadi tumpuan utama bagi dua calon yang merebut jawatan tertinggi sayap parti Islam itu – ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat dan juga peguam Zulhazmi Shariff. Dua tokoh Pemuda PAS ini mengambil kesempatan untuk menerangkan rancangan itu dengan panjang lebar dalam pidato mereka dalam program 'Wacana Pemuda: Memimpin Kebangkitan' di Ampangan, Negeri Sembilan semalam – yang tidak dihadiri Kamaruzaman. 


Dalam pidatonya, Suhaizan antara lainnya menggariskan bahawa penjenamaan semula PAS itu perlu melibatkan nama sayap itu sendiri yang menurutnya perlu lebih lebih berpengaruh di kalangan anak muda. "Dalam PAS ini ada satu dewan yang dipanggil Dewan Pemuda PAS Pusat. Jadi ada orang tanya kalau ada Dewan Pemuda PAS Pusat, maka adalah 'Dewan Pemuda PAS Bawah Pusat'. Ini yang pening. "Saya rasa nama Dewan Pemuda PAS Pusat perlu dikomersialkan. 

Kalau Pemuda Umno ada Pemuda Umno Malaysia. "Dalam Muktamar Pemuda nanti usulkan nama Dewan Pemuda PAS Pusat ditukar kepada Pemuda PAS Malaysia supaya lebih dekat dengan anak muda, sebab 'market' kita anak muda. "Sekarang nama itu (Pemuda PAS Pusat) macam nama orang lama," kata Suhaizan yang turut berhasrat agar Pemuda PAS lebih ke hadapan untuk menjuarai isu-isu melibatkan rakyat dan juga lebih lantang menegur pemimpin parti. "Saya juga akan mendepani isu-isu rakyat kerana saya mahu pemuda PAS bukan menjadi pemimpin PAS sahaja tetapi menjadi pemimpin Malaysia. "Saya juga mahu Pemuda PAS dilihat sebagai insklusif dan bukan eksklusif. Saya mahu membawa masuk lebih ramai 'bintang' dalam Pemuda PAS agar dilihat terbuka. 

 "Ini ialah kerana bila Pemuda PAS dilihat seperti ekskusif, maka anak muda takut mendampingi Pemuda PAS," katanya. Suhaizan yang berhasrat untuk menyatukan golongan dalam Pemuda PAS berkata, pemimpin sayap parti berbakat perlu diletakkan dalam kedudukan yang sesuai dengan kepakaran masing-masing demi menguatkan sayap tersebut. NONEUsaha untuk mengetengahkan Pemuda PAS sebagai penggerak isu itu turut menjadi tumpuan aktivis dan peguam, Zulhazmi yang berkata anggota sayap itu tidak seharusnya hanya duduk untuk menunggu untuk dikunjungi orang rakyat bermasalah. "Saya mahu meletakkan Pemuda PAS sebagai pengerak isu. Kita kena cari masalah rakyat. Kita tak boleh duduk dan harap orang datang cari kita," kata Zulhazmi yang aktif mewakili mangsa kes saman ekor dan juga dalam isu pembangunan Kampung Baru. 

 Dalam pidatonya, Zulhazmi berkata beliau berhasrat untuk menyusun tenaga anggota Pemuda PAS mengikut kepakaran masing-masing dan juga membentuk kerjasama dengan sayap parti lain serta pemimpin komponen lain dalam Pakatan Rakyat. "Saya juga akan menubuhkan sekretariat di peringkat Pemuda PAS Pusat mengikut portfolio setiap kementerian. Motifnya ialah untuk melatih dan menyiapkan pemimpin Pemuda PAS yang berkaliber. Seandainya kita berjaya bentuk kerajaan pusat, kita ada calon dari dewan Pemuda PAS untuk menjadi menteri. "Saya juga akan mengerakkan agar Pemuda PAS turut bekerjasama dengan Pemuda PKR dan DAP. Selain itu saya berhasrat mencungkil lebih ramai tokoh pemimpin pemuda sebagai pelapis parti," ujar Zulhazmi. Seorang lagi calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PAS ialah Kamaruzaman Mohamad.

Kita jadi wakil kepada wakil rakyat – Presiden PAS

Posted: 17 Nov 2013 04:56 AM PST

MELAKA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli di peringkat cawangan melaksanakan kerja wakil rakyat untuk mempertahankan kemenangan. Beliau membuat gesaan itu ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.


Sehubungan itu, tegasnya kemenangan pertama PAS Melaka di Dun Bukit Baru mesti dipertahankan. Untuk itu, ujarnya PAS cawangan mesti ditambah untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi membantu wakil rakyat. Beliau menambah, tugas wakil rakyat PAS seharusnya turut dilakukan oleh ahli-ahli di peringkat cawangan dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat. Justeru, katanya adalah salah menganggap bahawa wakil rakyat sahaja yang menjalankan tugas untuk membantu masyarakat selepas pilihan raya. "Adalah salah kita anggap wakil rakyat sahaja yang buat kerja, akhirnya tinggal wakil rakyat seorang selepas pilihan raya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. Beliau mengambil contoh dirinya sendiri selaku Presiden PAS, ahli parlimen dan Adun untuk menjalankan tugas sekali gus sedangkan banyak masa perlu ditumpukan untuk parti di peringkat Pusat dan antarabangsa.

 Justeru, ujarnya ahli-ahli PAS cawangan dan kawasan banyak membantu beliau menjalankan tugas di peringkat Dun dan parlimen. Menurutnya, khidmat yang diberikan oleh ahli di peringkat cawangan bukan sahaja sebagai sumbangan kepada masyarakat tetapi untuk memecahkan kejahilan mereka. Katanya, kejahilan masyarakat tidak hanya boleh dipecahkan melalui ilmu tetapi juga dengan khidmat yang diberikan oleh ahli-ahli PAS. "Sumbangan yang diberikan ini supaya rakyat mendukung perjuangan Islam dan kita lakukan ini untuk perjuangan jangka panjang," ujarnya. Justeru, beliau mengingatkan para pendukung PAS agar menjalankan kerja-kerja untuk memenangkan perjuangan Islam kerana mendapat pahala yang besar. Namun, tegasnya tidak ada erti perjuangan jika tidak ada iman di dalam diri. "Mesti ada iman dalam diri kepada perjuangan ini, jangan jadi sia-sia," katanya lagi. Sempena konvesnyen itu, beliau turut merasmikan Kompleks PAS Bukit Katil yang berharga keseluruhannya kira-kira RM500,000./Hrkh

BN cadang ‘kapcai’ haram di lebuhraya, kenakan tol ibarat kaduk naik junjung

Posted: 16 Nov 2013 07:51 PM PST

Cadangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk 'mengharamkan' atau mengenakan tol kepada penunggang motosikal yang mempunyai kapasiti enjin (CC) rendah melalui lebuhraya amat tidak wajar dan tidak masuk akal. Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berkata, cadangan kerajaan itu sudah tentu mengejutkan memandangkan motosikal adalah pengangkutan utama bagi kebanyakan masyarakat yang berpendapatan rendah. "Jika ia dilaksanakan, sudah tentu membebankan kumpulan berkenaan kerana terpaksa menanggung beban yang lebih besar menggunakan pengangkutan lain," katanya.


 Teresa dalam kenyataan medianya berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof ketika menjawab soalan Parlimen Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai lorong khas motosikal di lebuhraya untuk mengelak motosikal menggunakan laluan kereta dan kenderaan lain. "Nampaknya kerajaan BN telah meminggirkan sendiri slogan 'Rakyat Didahulukan' selepas pilihan raya umum lalu. "Jika mereka benar-benar berpegang pada slogan itu, tidak akan keluar cadangan merepek seperti itu. Mereka juga tidak akan laksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), begitu juga cadangan DBKL menaikkan cukai taksiran harta secara mendadak di Kuala Lumpur bermula 1 Januari 2014," ujar beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.-Roketkini.com

Hina Islam: Negara OIC Perlu Bertindak Tegas

Posted: 16 Nov 2013 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Negara Anggota OIC digesa memanggil duta Myanmar ekoran penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan oleh sami-sami Buddha esktrimis atas alasan membantah lawatan menteri-menteri luar OIC baru-baru ini. Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata penghinaan dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin. "Kami melihat kebencian terhadap Muslim dan Islam ini sengaja direncanakan oleh pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri. 

 "Kami sangat kesal dengan sikap dan tindakan para sami ekstrimis yang membawa kain sepanduk yang menghina Islam dan mengaitkan Islam sebagai agama haiwan," katanya dalam satu kenyataan bersama Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura). Menurutnya, maklumat diperolehi mendapati pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC. Malah ujarnya ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar. "Kami menuntut supaya kerajaan Myanmar menghentikan tindakan liar dan tidak bertamadun ini dan mengingatkan jangan cuba mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia .

 "Kami juga mengingatkan kepada Myanmar bahawa negara umat Islam seperti Malaysia telah berjaya mengujudkan suasana harmoni antara orang Islam dan penganut agama yang lain termasuk penganut Buddha . "Semua agama adalah dilindungi secara undang-undang dan semua agama di Malaysia hidup dengan aman," katanya lagi. Beliau turut mempersoal kenapa Myanmar dan para sami berkelakuan sedemikian dan terus menyebarkan kempen membenci penganut agama lain di zaman seperti ini. "Ancaman apa yang ditakuti oleh kerajaan Myanmar dari lawatan OIC? Kecuali jika kerajaan Myanmar sendiri mengamalkan polisi mendokong keganasan penganut Buddha oleh estrimis Buddha seperti yang ditunjukkan ke atas kaum Muslimin," katanya.

 Sehubungan itu beliau mengesa semua negara Asean dan OIC mengutuk tindakan ganas ini dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak tunduk kepada estrimis Budhha yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan bersikap rasis terhadap kaum lain. Beliau juga menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara anggota OIC yang ada hubungan diplomatik dengan Myanmar dipanggil untuk menyatakan kutukan dan menegaskan pendirian masing-masing. "Semua negara Islam perlu mengerakkan tindakan bersama untuk menekan Myanmar . Jika ini tidak berkesan memutuskan hubungan diplomatik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan," katanya.

Masjid aktif beri kesan positif kepada PAS

Posted: 16 Nov 2013 07:27 PM PST

Pesuruhjaya sedang menyampaikan ucapan 
MELAKA: Masjid yang aktif memberi kesan yang positif kepada perjuangan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari. Ini, katanya kerana masyarakat Melayu di kawasan berkenaan mahu kepada Islam yang secara tidak langsung memberi sokongan kepada PAS. Beliau berkata, ini terbukti pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di mana PAS negeri berjaya mendapat sokongan 50 peratus di sesetengah unit peti undi (UPU) yang melibatkan ramai pengundi Melayu.

Sebahagian peserta yang hadir 
 "Kalau masjid aktif menunjukkan manusia mahu kepada Islam, ia memberi rangsangan dan sokongan kepada kita. "Ini pendekatan yang harus kita buat," ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.

 Justeru, beliau menggesa ahli-ahli dan pendukung PAS supaya menghidupkan masjid, paling tidak pun menunaikan solat berjemaah di rumah Allah itu. Berdasarkan pengalaman, katanya di UPU yang ramai orang Melayu tetapi masjid tidak aktif menyebabkan sukar PAS mendapat sokongan pengundi. Katanya, beliau pernah membuat tinjauan di beberapa kawasan seumpama itu didapati pegawai masjid pun tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Tambahnya, kehadiran para pendukung PAS memakmurkan masjid menjadikan PAS dekat dengan masyarakat.Konvensyen yang diadakan selama sehari ini telah selamat dirasmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS Dato' Haji Abdul Hadi bin Awang 

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Nov 2013 01:30 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


4 kali p'raya, Kg Tukau Jaya belum dapat air bersih

Posted: 16 Nov 2013 10:42 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
MIRI: Penduduk Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam di sini yang kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan memohon agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih ke kampung mereka.

Sehinga kini mereka hanya bergantung dengan tadahan air hujan dan juga air kolam yang terdapat di situ bagi tujuan keperluan harian mereka.

Sekiranya berlaku musim kemarau yang berpanjangan, bekalan air mereka terputus dan air dalam tangki dan kolam tidak cukup untuk menampung keperluan harian mereka. 

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata, penduduk di sini berharap bajet 2014 untuk membantu penduduk luar bandar yang tidak ada bekalan air bersih dapat digunakan untuk kampung mereka.

Selain isu bekalan air bersih katanya, penduduk di sini juga berdepan masalah jalan yang serba daif.

Menurutnya, jalan batu kerikil yang digunakan sekarang banyak lobang dan ianya menyukarkan penduduk kampung ketika hujan lebat, manakala jambatan yang menghubung ke tempat tinggal mereka sehingga kini masih lagi belum siap sepenuhnya.

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibutir, mereka sudah lama memohon agar pihak pemerintah membaiki jalan dan jambatan usang itu tetapi sehingga kini sudah empat kali pilihanraya, tetapi tiada sebarang perubahan.

"Sudah empat wakil rakyat bersilih ganti tetapi tiada satu janji pun mereka tepati," katanya.

Menurutnya lagi mereka juga pernah memohon kepada kerajaan supaya dapat membuat Perimeter Survei atas tapak kampung Tukau Jaya, jalan Bakam Miri pada 17 september 2011 yang lalu tetapi sehingga kini mereka masih belum mendapat hakmilik kekal di tapak kediaman mereka.

"Kita bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak memberi hakmilik kekal ke atas tanah penduduk asal di sini, kemungkinan  suatu hari nanti kami akan dipaksa keluar dari tanah kami sendiri akibat pembangunan yang sedang rancak berlaku disekitar kawasan ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Jofri yang juga Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak mahu pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera menyelesaikan  masalah bekalan air bersih, jalan dan infrastruktur di kampung Tukau Jaya. 

"Kita harap pihak kerajaan dapat meninjau keadaan penduduk di kampung itu dengan memberi kemudahan asas seperti yang diperlukan oleh penduduk di situ," katanya.

Harakahdaily

Surat layang: Drama yang sengaja ditimbulkan - Khalid

Posted: 16 Nov 2013 10:41 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Media tempatan terutama arus perdana digesa berhenti membuat laporan tidak berasas berhubung isu memorandum daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor .

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata isu itu dianggap selesai apabila Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan bersama BBC untuk menyerahkan lakaran Belanjawan 2014.

"Sudah banyak kali kita cerita isu ini. Isu memorandum ini sudah pun diselesaikan dengan mengambil kira kehendak dan kepentingan semua pihak.

"Saya minta media jangan laga-lagakan isu ini kalau tujuannya untuk melariskan surat khabar hasil daripada cerita tidak tepat," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu memorandum dari BBC.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan penuh kepada pembangunan rakyat dan tidak akan melayan karenah atau dakwaan liar sesetengah pihak.

"Ini semua drama yang sengaja ditimbulkan. Kita sudah sampai ke satu tahap yang lebih tinggi dari segi kematangan dan fikiran dan tidak akan melayan karenah kecil seperti ini," katanya.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyelar tindakan mengedar  'surat layang' menggunakan nama Kelab Penyokong Kerajaan Selangor sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Pimpinan PR Selangor turut menafikan menandatangani mana-mana surat atau kenyataan menyatakan perasaan marah dan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Abdul Khalid.

Harakahdaily

Muslimat PAS Melaka benar ‘poligami’ penuhi kuota

Posted: 16 Nov 2013 10:39 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
MELAKA: Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man menarik perhatian para peserta konvensyen apabila menyatakan pihaknya membenarkan 'poligami'.

Katanya, walaupun perkataan itu tidak disenangi oleh muslimat, namun Muslimat PAS negeri membenarkan 'poligami' sehingga memenuhi kuota.


Justeru, katanya setiap PAS cawangan perlu 'berpoligami' untuk mewujudkan cawangan baru bagi mengukuhkan PAS di negeri ini.

Maksud beliau, memenuhi kuota itu ialah mewujudkan empat cawangan PAS dalam setiap unit peti undi (UPU).

Ini, katanya untuk menjadikan Muslimat PAS cawangan bertambah aktif.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum bertajuk 'PAS Melaka Menghadapi Cabaran Masa Depan' yang diadakan sempena Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Bukit katil, dekat sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Sofi Wahab turut menggesa supaya cawangan PAS di negeri ditambah di samping mewujudkan lebih banyak Pasti untuk menarik sokongan masyarakat.

Saranan supaya cawangan PAS ditambah setiap tahun turut disentuh oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya negeri, Adly Zahari ketika berucap pada majlis perasmian sebelum itu.

Harakahdaily

PAS harap Karpal berjiwa besar, akui jika silap

Posted: 16 Nov 2013 10:38 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS mengulangi desakan agar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bersikap jujur berdepan isu seruan pendaftaran PAS dibatalkan ekoran pendedahan terbaru rakaman kenyataan beliau itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Karpal selaku ahli politik senior seharusnya berjiwa besar dan berani mengakui kesilapannya jika dia benar mengakatan perkara itu.

"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.

"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," kata Mahfuz.

Beliau mengulas penafian kedua karpal, yang terbaru terhadap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar A-Hiss yang mendedahkan rakaman kenyataan yang telah dibuat Karpal itu.

Raja Ahmad Iskandar mendakwa dalam rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu itu, secara jelas ada menyeru supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negara.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada Kit Sinag dan DAP.

"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya lagi.

Sebelum ini, ketika isu ini mula timbul, Kit Siang menjadi pemimpin DAP pertama menafikan apa yang didakwa telah diperkatakan Karpal itu.

Kemudian, Karpal sendiri tampil sendiri menafikan perkara itu selepas didesak banyak pihak.

Bagaimanapun, pendedahan terbaru bukti rakaman kenyataan Karpal oleh Raja Iskandar itu menuntut penjelasan kedua daripada ahli politik senior DAP itu.

Harakahdaily

Pemegang PhD Perancis dedah kajian terhadap Pekida

Posted: 16 Nov 2013 10:36 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.

Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya  yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).


Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan 
anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.

Pekida, menurut kajian Sophie,  adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.

Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.

180910 pekida burn bar council banner sosilawatiLemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .

Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.

'Kuasa dan wang jadi pendorong '


Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.

Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.

Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut peluang yang wujud.

Sophie Lemiere Pekida forumLemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada dalam peralihan 
adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti politik.
Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.

Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa,  tetapi sentiasa kekal dengan potensi ganas.

Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po (L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno- nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia , semalam.

Kertas kerjanya  yang bertajuk 'Gangsters and Masters: Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.

Lemiere berpejabat di Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia  di Universiti Nasional Singapura. 

Malaysiakini

SPR minta BERSIH tunjukkan bukti beli undi di Sg Limau

Posted: 16 Nov 2013 10:34 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyahut gesaan BERSIH supaya disiasat dakwaan berlaku kes membeli undi dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, dengan memintanya mengemukakan bukti terlebih dahulu kepada pihak berkuasa berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan 
memeriksanya terlebih dahulu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Dalam SMSnya kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta BERSIH mendapatkan buktinya dan menyerahkannya kepada SPR  SPRM atau polis.

Abdul Aziz diminta mengulas gesaan BERSIH supaya disiasat perkara itu ekoran pengakuan calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim di satu seminar pada hari Khamis bahawa jentera kerajaan mengagihkan sumbangan untuk menarik pengundi di Sungai Limau.


Malaysiakini

Shahidan kata k'jaan sedia bahas hudud Kelantan

Posted: 16 Nov 2013 10:33 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihak kerajaan akan menerima usul perbahasan berhubung pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan sekiranya perkara itu dikemukakan ke Dewan Rakyat.

Shahidan yang dipetik dalam laporan Sinar Harian menyebut, keputusan berhubung perkara itu bergantung kepada sokongan ahli Dewan.

"Kita sedia mendengar usul tersebut, tetapi keputusan tertakluk kepada sokongan semua ahli Dewan.

"Kerana jika dibawa ke Parlimen, suara mereka (PAS) hanya minoriti, kita tidak tahu sokongan daripada rakan Pakatan yang lain," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Laporan akhbar berkenaan turut memetik kenyataan seorang penganalisis perundangan, Shamrahayu Abdul Aziz yang berkata, undang-undang berkenaan tidak dapat dilaksanakan tanpa dibahaskan dan diluluskan dalam parlimen.

"Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahaasan di parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak," katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob pula dipetik sebagai berkata kerajaan negeri hanya dapat melaksanakan undang-undang tersebut dengan kesepakatan bersama oleh kerajaan persekutuan.

"Jadi kita minta sangat kerjasama kerajaan pusat dalam hal ini, kerana dalam beberapa perkara termasuk dalam akta tertentu, kita hanya dapat laksanakan jika pihak pusat memberi kata putus.

"Antara yang perlu dibincangkan dengan pihak terbabit termasuk perkara berkaitan kerjasama dengan pihak polis dan penjara dalam menggubal undang-undang sebelum dapat melaksanakan secara penuh enakmen undang-undang Islam berkenaan," katanya.

Malaysiakini

'Nama Pemuda PAS Pusat macam nama orang lama'

Posted: 16 Nov 2013 10:31 PM PST

13 Muharram 1435H. [MOD] -
Soal penjenamaan semula Pemuda PAS menjadi tumpuan utama bagi dua calon yang merebut jawatan tertinggi sayap parti Islam itu – ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat dan juga peguam Zulhazmi Shariff.

Dua tokoh Pemuda PAS ini mengambil kesempatan untuk menerangkan rancangan itu dengan panjang lebar dalam pidato mereka dalam program 'Wacana Pemuda: Memimpin Kebangkitan' di Ampangan, Negeri Sembilan semalam – yang tidak dihadiri Kamaruzaman.


Dalam pidatonya, Suhaizan antara lainnya menggariskan bahawa penjenamaan semula PAS itu perlu melibatkan nama sayap itu sendiri yang menurutnya perlu lebih lebih berpengaruh di kalangan anak muda.

"Dalam PAS ini ada satu dewan yang dipanggil Dewan Pemuda PAS Pusat. Jadi ada orang tanya kalau ada Dewan Pemuda PAS Pusat, maka adalah 'Dewan Pemuda PAS Bawah Pusat'. Ini yang pening.

"Saya rasa nama Dewan Pemuda PAS Pusat perlu dikomersialkan. Kalau Pemuda Umno ada Pemuda Umno Malaysia.
"Dalam Muktamar Pemuda nanti usulkan nama Dewan Pemuda PAS Pusat ditukar kepada Pemuda PAS Malaysia supaya lebih dekat dengan anak muda, sebab 'market' kita anak muda.
"Sekarang nama itu (Pemuda PAS Pusat) macam nama orang lama," kata Suhaizan yang turut  berhasrat agar Pemuda PAS lebih ke hadapan untuk menjuarai isu-isu melibatkan rakyat dan juga lebih lantang menegur pemimpin parti.

"Saya juga akan mendepani isu-isu rakyat kerana saya mahu pemuda PAS bukan menjadi pemimpin PAS sahaja tetapi menjadi pemimpin Malaysia.

"Saya juga mahu Pemuda PAS dilihat sebagai insklusif dan bukan eksklusif. Saya mahu membawa masuk lebih ramai 'bintang' dalam Pemuda PAS agar dilihat terbuka.

"Ini ialah kerana bila Pemuda PAS dilihat seperti ekskusif, maka anak muda takut mendampingi Pemuda PAS," katanya.

Suhaizan yang berhasrat untuk menyatukan golongan dalam Pemuda PAS berkata, pemimpin sayap parti berbakat perlu diletakkan dalam kedudukan yang sesuai dengan kepakaran masing-masing demi menguatkan sayap tersebut.

Usaha untuk mengetengahkan Pemuda PAS sebagai penggerak isu itu turut menjadi tumpuan aktivis dan peguam, Zulhazmi yang berkata anggota sayap itu tidak seharusnya hanya duduk untuk menunggu untuk dikunjungi orang rakyat bermasalah.

"Saya mahu meletakkan Pemuda PAS sebagai pengerak isu. Kita kena cari masalah rakyat. Kita tak boleh duduk dan harap orang datang cari kita," kata Zulhazmi yang aktif mewakili mangsa kes saman ekor dan juga dalam isu pembangunan Kampung Baru.

Dalam pidatonya, Zulhazmi berkata beliau berhasrat untuk menyusun tenaga anggota Pemuda PAS mengikut kepakaran masing-masing dan juga membentuk kerjasama dengan sayap parti lain serta pemimpin komponen lain dalam Pakatan Rakyat.

"Saya juga akan menubuhkan sekretariat di peringkat Pemuda PAS Pusat mengikut portfolio setiap kementerian. Motifnya ialah untuk melatih dan menyiapkan pemimpin Pemuda PAS yang berkaliber. Seandainya kita berjaya bentuk kerajaan pusat, kita ada calon dari dewan Pemuda PAS untuk menjadi menteri.

"Saya juga akan mengerakkan agar Pemuda PAS turut bekerjasama dengan Pemuda PKR dan DAP. Selain itu saya berhasrat mencungkil lebih ramai tokoh pemimpin pemuda sebagai pelapis parti," ujar Zulhazmi.
Seorang lagi calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PAS ialah Kamaruzaman Mohamad.

Malaysiakini

MTD N24 Bemban

Posted: 16 Nov 2013 09:21 PM PST

MTD N24 Bemban


Anak Adalah Generasi Al Quran Akan Datang

Posted: 15 Nov 2013 11:12 PM PST


PAS KDAS 3

Posted: 16 Nov 2013 09:09 PM PST

PAS KDAS 3


Muktamar PAS ke-59 disiar secara langsung

Posted: 16 Nov 2013 07:34 AM PST

Perjalanan Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November ini akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian. Jabatan IT PAS Pusat (JITP) juga telah memembangunkan laman web khusus untuk muktamar PAS ke-59 pada kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan dengan IT bagi memastikan kelicinan muktamar. Pengarah JITP Suhaimi Embong, berkata, web muktamar-59 ini boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. "Web muktamar ke59 ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan dengan muktamar PAS melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung" katanya yang juga Ketua jawatankuasa IT Panitia Muktamar.

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Nov 2013 07:42 PM PST

PAS Kawasan Miri


Kemana Perginya Peruntukan Asas Untuk Penduduk Luar Bandar?

Posted: 16 Nov 2013 05:07 PM PST

Bekalan Air Bersih Masih Belum Ada Di Kampung Tukau Jaya
               
MIRI – Penduduk Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri yang kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan memohon agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih ke kampung mereka.

Inilah masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Tukau Jaya sehingga kini mereka hanya bergantung dengan tadahan air hujan dan juga air kolam yang terdapat di situ. Penduduk kampung amat memerlukan bekalan air bersih untuk menampung keperluan harian mereka seperti air minuman, mandi dan membasuh pakaian dan sebagainya.

Sekiranya berlaku musim kemarau yang berpanjangan sudah pasti bekalan air mereka terputus. Air dalam tangki dan kolam tidak cukup untuk menampung keperluan harian mereka. Mereka berharap bajet 2014 untuk membantu penduduk luar bandar yang tidak ada bekalan air bersih dapat digunakan untuk kampung mereka.

Selain itu mereka juga memohon agar  jalan raya diturap dengan tar sepenuhnya supaya jalan tersebut tidak mudah rosak. Jalan batu kerikil yang digunakan sekarang banyak lobang dan ianya menyukarkan penduduk kampung ketika hujan lebat. Jambatan yang menghubung ke tempat tinggal mereka sehingga kini masih lagi belum siap sepenuhnya.

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibutir katanya "Mereka sudah lama memohon agar pihak pemerintah membaiki jalan dan jambatan usang itu tetapi sehingga kini sudah empat kali pilihanraya, jalan tersebut masih lagi jauh ketinggalan seolah-olah mereka berada di zaman 50an.

Mereka sudah terlalu lama menanti peruntukan untuk kemudahan asas untuk kampung mereka, sudah 4 wakil rakyat bersilih ganti tetapi tiada satu janji pun mereka tepati menurut penduduk disitu. Menurutnya lagi mereka juga pernah memohon kepada kerajaan supaya dapat membuat Perimeter Survei atas tapak kampung Tukau Jaya, jalan Bakam Miri pada 17 september 2011 yang lalu tetapi sehingga kini mereka masih belum mendapat hakmilik kekal di tapak kediaman mereka.

Mereka amat bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak memberi hakmilik kekal ke atas tanah penduduk asal di situ, kemungkinan  suatu hari nanti mereka akan dipaksa keluar dari tanah mereka sendiri akibat pembangunan yang sedang rancak berlaku disekitar kawasan mereka.

Kalau mereka diarah pindah suatu hari nanti, kemana mereka hendak pergi, sedangkan untuk mendapat tanah dan rumah sekarang terlalu sukar, lebih-lebih lagi harga rumah terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh penduduk kampung yang rata-rata hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Pihak kerajaan perlu memberi hak milik kekal kepada penduduk kampung agar mereka boleh berdikari dan dapat meneruskan kehidupan harian mereka tanpa bergantung dengan subsidi kerajaan. Sekiranya pihak kerajaan dapat memberi tapak perumahan serta kawasan pertanian untuk mereka bercucuk tanam maka dengan sendirinya mereka boleh mendapatkan hasil dari petanian dengan syarat kemudahan asas dan infrastruktur perlu disediakan di kawasan mereka.

Kita mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera menyelesaikan  masalah bekalan air bersih, jalan dan infrastruktur di kampung Tukau Jaya. Kita harap pihak kerajaan dapat meninjau keadaan penduduk di kampung itu dengan memberi kemudahan asas seperti yang diperlukan oleh penduduk di situ. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Clean Water Supply Still Not Available In Tukau Jaya Village

MIRI – The residents of Kampung Tukau Jaya, Miri Bakam Road, which is approximately 30 minutes from the Miri city that majority of the population work as farmers and fishermen request that the government can channeling clean water to their villages.

This is the main problem faced by the villagers of Tukau Jaya until now they only rely on rainwater catchment and water pond located there. The villagers are in dire need of clean water supplies to meet their daily needs such as drinking water, bathing and washing clothes and so on.

In the event of prolonged drought is certainly their water supply cut off. The water in the tank and ponds is not enough to cover their daily needs. They hope 2014 budget to help rural residents who do not have clean water can be used for their village.

In addition they also requested that the road is fully paved with tar so that the road is not easily damaged. Gravel roads used now lots of holes and it makes it difficult for the villagers during heavy rains. The bridge that connects to their homes until now has yet to be completed.

According to a population known as Sibutir he said "They have long urged the government to repair roads and the old bridge but until now had four elections, the road is still far behind as if they are in the 50s era.

They've been waiting for so long for the provision of basic amenities to their village, already 4 representatives interchangeably but there is no one single promise they fulfilled according to residents there.  He added that they also have apply to the government in order to make the Perimeter Survey on site of Tukau Jaya village, Miri Bakam road on September 17, 2011 ago but until now they have not got a permanent ownership at their residential site.

They are very worried if the government does not give permanent ownership over the original inhabitants land there, the possibility that one day they will be forced out of their own land due to rapid developments taking place around the area.

If they were ordered to move one day, where they want to go, whereas to get a land and house now is too difficult, moreover house prices is too expensive and is not affordable for the residents who live on average in a poor condition.

The government should give the freehold to the villagers so that they can be independent and able to continue their daily lives without relying on the government subsidy. If the government can provide housing sites and agricultural areas for their cultivation by itself then they can get the results from the farms provided that the basic facilities and the infrastructure should be provided in their area.

We urge the government and those concerned immediately solve the problem of clean water supply, roads and infrastructure in the village of Tukau Jaya. We hope the government would review the situation of the people in the village by provides a basic facilities as needed by the residents. Cooperation with the relevant authorities is greatly appreciated.



Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 16 Nov 2013 01:08 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Ceroboh: Apakah tindakan Kerajaan Malaysia?

Posted: 16 Nov 2013 08:10 AM PST

Pemimpin PAS Johor menunjukkan kenyataan akhbar mengenai pencerobohan itu.

PAS Johor bimbang pencerobohan sebegitu banyak berlaku kerana kepimpinan Malaysia tidak tegas atau lemah.

Sehubungan itu, PAS Johor mendesak supaya Kerajaan Johor dan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas sama ada diplomatik dan ketenteraan supaya kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan tidak semudahnya dicabar dan diceroboh oleh anasir luar.

"Cukuplah peristiwa pencerobohan ruang angkasa Johor ini, insiden pecerobohan di Lahad Datu dan tragis hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura menjadi sempadan noktah yang menuntut ketegasan daripada kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara," ujar Timbalan Pesuruhjayanya, Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan.

Kenyataan PAS Johor seperti di bawah.

Baru-baru ini berlaku lagi pencerobohan ruang angkasa Johor oleh RSAF khususnya di Gelang Patah.

Pencerobohan ruang angkasa Johor telah berlaku ribuan kali tetapi masih tidak ada tindakan tegas daripada Kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Isu pencerobohan ini adalah melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. Rakyat tidak boleh menerima insiden pencerobohan ini walau apapun alasanya sama ada latihan atau tidak sengaja kerana ianya menunjukkan bertapa rapuhnya pertahanan ruang angkasa negera kita.

Di bawah adalah rintitan sejarah pencerobohan ruang udara negeri Johor oleh RSAF:

1) Menurut bekas Menteri Pertahan Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar, pada bulan April hingga Mei 1996 sahaja 6 insiden pencerobohan jet-jet pejuang Singapura di ruang angkasa Johor. - Utusan Malaysia, Julai 1996; Pencerobohan Jet Asing oleh Zaid Zain  (Wartawan Utusan)

2) Insiden kemalangan pesawat tentera Singapura di Malaysia turut di lapurkan, antaranya pada 2 Februari 1992 sebuah pesawat latihan RSAF jenis Marchetti 211 jatuh di perairan Selat Johor berhampiran Tanjung Adang, begitu juga pada 2 September 1991 sebuah pesawat pejuang RSAF jenis Northrop F5 E terhempas di tapak projek padang golf di Pasir Gudang, - Utusan Malaysia, Julai 1996.

3) Antara penyumbang utama dalam permodenan angkatan tentera Singapura ialah Israel, menurut lapuran Jane's Defense Weekly 5 July 2000, pihak Singapura, Israel dan Amarika Syarikat bersetuju membina Satelit perisikan bernilai $USD 1 billion untuk kegunaan Singapura.

4) Sidang Parlimen 2011, jawapan bertulis Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat. Pesawat perang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah menceroboh ruang angkasa Malaysia sebanyak 2,508 kali sejak tahun 2008.

5) Pada tahun 2008 sahaja belaku sebanyak 985 kali, 2009 iaitu paling banyak, 1,286 kali, 2010 sebanyak 218 kali dan 2011 dari Jan-Mei sebanyak 19 kali.

Apakah tindakan Kerajaan Malaysia

• Persoalan 1: Apa tindakan Kerjaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khusunya TUDM? Setakat ini kerajaan hanya menyatakan bahawa Malaysia menangani pencerobohan ini melalui 'bantahan-bantahan diplomatik'. PAS Johor berpendapat bantahan diplomatik tidak mencukupi walaupun Malaysia telah  melakukannya sejak 2008, ia jelas tidak menyekat atau menghalang RSAF daripada terus mencerobohi ruang angkasa Malaysia.

• Persoalan 2: Apakah kemampuan pertahanan udara kita begitu lemah sehingga sebuah negara asing boleh dan terus mencerobohi ruang udara kita tanpa tindakan tegas? PAS Johor ingin tahu sama ada ATM terutama TUDM mempunyai keupayaan atau kelengkapan canggih untuk memintas dan menagkis serangan udara dari pihak luar khususnya Singapura?

Malaysia tidak boleh selama-lamanya 'beralah' tetapi mesti memperlihatkan ketegasan dan kesungguhan dalam menangani sesuatu isu ini terutama yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

PAS Johor bimbang pencerobohan sebegitu banyak berlaku kerana kepimpinan Malaysia tidak tegas atau lemah.

PAS Johor mendesak supaya Kerajaan Johor dan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas samada diplomatik dan ketenteraan supaya kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan tidak semudahnya dicabar dan diceroboh oleh anasir luar.

Cukuplah peristiwa pencerobohan ruang angkasa Johor ini, insiden pecerobohan di Lahad Datu dan tragis hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura menjadi sempadan noktah yang menuntut ketegasan daripada kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Undi saya dapat, tak sebanyak anak ayam - Sohaimi

Posted: 16 Nov 2013 08:10 AM PST

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen.

Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.

"Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan.

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

"Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya dipetik TMI.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

"Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

"Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN," katanya.

PAS Melaka anjur konvensyen kedua 17 Nov

Posted: 16 Nov 2013 08:09 AM PST

PAS Negeri Melaka akan mengadakan konvensyen kali kedua pada 17 November ini bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata konvensyen itu adalah kesinambungan dari konvensyen kali pertama yang diadakan pada tahun lepas.

"Kita akan anjurkan konvensyen ini tiap-tiap tahun sebagai platform untuk PAS negeri menilai dan memuhasabah serta merangka strategi perjuangan pada masa hadapan.

"Konvensyen ini memberi ruang kepada pimpinan PAS negeri dan ahli-ahli menyatakan pandangan dan cadangan kepada PAS bagi memastikan kesinambungan perjuangan kita di Melaka," ujar Asri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ringkas selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa konvensyen di sini, malam tadi.

Asri berkata antara perkara penting akan dibincangkan pada konvensyen itu ialah tarbiah, pemerkasaan dan pengurusan parti.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan majlis penutup oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. 

Presiden juga akan menyempurnakan majlis perasmian Kompleks PAS Bukit Katil yang baru siap bagi menggantikan bangunan lama yang dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan baru.

Seluruh kepimpinan PAS pelbagai peringkat dari cawangan hingga negeri dijemput hadir untuk memeriahkan program tersebut.

Rosni mahu Muslimat PAS jadi pencorak masyarakat

Posted: 16 Nov 2013 08:08 AM PST

Calon Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Rosni Adam (gambar) berazam untuk menjadikan DMPP sebuah organisasi yang bergerak dan mampu mencorak masyarakat.

Beliau berkata, berbekalkan kekuatan dalaman dan kelebihan ilmu yang dimiliki pimpinan dan ahli, DMPP mampu menjadi organisasi yang mendepani isu-isu masyarakat khususnya isu wanita.

"Kita mahu DMPP menjadi organisasi yang bergerak berbekalkan kekuatan tarbiyah dan pengalaman ilmu untuk merasai denyut nadi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan dan tahap pendidikan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata, DMPP perlu menjadi organisasi yang seimbang dari sudut siasah dan dakwah, bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam.

"Di samping lengkap dengan ilmu berkaitan politik dan siasah, muslimat juga perlu mengutamakan tugas dakwah dan tarbiyah serta meneruskan kepimpinan ulama.

"Macam saya, saya profesional tapi saya tetap mahukan kepimpinan ulama," katanya.

Menyentuh mengenai keberadaan DMPP bersama Wanita Pakatan Rakyat, beliau berkata DMPP mesti meneruskan kerjasama dengan Wanita PKR dan DAP namun harus lebih ke hadapan.

"DMPP mesti diberi ruang dan peluang untuk terus menyumbang idea dan tenaga bersama Wanita Pakatan Rakyat dan biarlah kita menjai organisasi yang sentiasa di hadapan," katanya.

Selain itu, beliau juga berpandangan, pertandingan dalam DMPP membuktikan demokrasi dalam PAS dan sekaligus menunjukkan DMPP mempunyai ramai calon yang layak.

"Pertandingan ini menyuburkan demokrasi dalam PAS secara tak langsung menunjukkan muslimat mempunyai ramai calon yang boleh dipilih sebagai pemimpin," katanya.

Seorang lagi calon yang bertanding pada pemilihan muktamar kali ini ialah Mumtaz Md Nawi.

Muktamar DMPP akan berlangsung pada 21 November ini di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam.

Salahudin mahu bawa PAS lebih inovatif dan dinamik

Posted: 16 Nov 2013 08:07 AM PST

Berhasrat untuk terus memposisikan kedudukan PAS di pentas politik tanah air dan bersaing dalam menentukan masa depan politik negara, Salahuddin Ayub berikrar akan meneruskan apa yang sudah dilakukannya jika terpilih sekali lagi dalam muktamar kali ini sebagai naib presiden.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Salahuddin berkata peranan beliau membina 'jambatan' bagi menghubungkan PAS dengan dunia luar itu perlu diperkukuhkan dan dianjakkan lagi bagi memastikan PAS sebagai sebuah parti progresif, inovatif dan dinamik.

"Bagi saya, PAS sebagai parti yang berdasarkan Islam ini mesti perlu progresif, inovatif dan dinamik bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti yang dapat bersaing dalam suasana politik masa depan negara," tegas beliau.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut berpendapat PAS perlu muncul untuk jadi parti terkuat, yang merupakan satu lonjakan baru yang perlu didokong bersama yang turut akan dibina kelak.

Pada pemilihan PAS kali ini, jawatan Naib Presiden PAS menyaksikan pertandingan lima penjuru bagi memilih tiga daripadanya untuk penggal 2013-2015.

Selain Salahuddin, dua penyandang lain iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa turut mempertahankan jawatan tersebut.

Manakala, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut bertanding untuk jawatan tersebut.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 Nov, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

S'gor teruskan bantuan Skim Tunas - Dr Halimah

Posted: 16 Nov 2013 08:07 AM PST

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk meneruskan Skim bantuan tadika Selangor (Tunas) bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah menghantar anak ke tadika.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali berharap semua pihak pengurusan Tadika perlu segera mendaftarkan pelajar yang pendapatan keluarga mereka di bawah RM3,000 sebulan.

Ini kerana katanya, mulai Januari tahun depan bantuan Tunas sebanyak RM50 akan dibayar terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

"Mulai Januari tahun depan kita akan bayar terus kepada tadika. Kita tidak mahu menyusahkan tadika. Kita hendak bantu penduduk yang kurang berkemampuan untuk hantar anak ke tadika," katanya.

Berucap ketika menyampaikan replika cek RM1,515,595 kepada Pengerusi MPTS,  Prof Madya Dr Supyan Hussin katanya, tiada alasan bagi ibu bapa yang kurang kemampuan untuk menghantar anak mereka ke tadika.

Pada tahun 2013 seramai 3,071 orang pelajar layak menerima bantuan Tunas dan tahun 2014 kerajaan telah meningkatkan keluarga yang layak menerima Tunas mereka yang berpendapatan RM3,000 kebawah.

Skim Tunas kata beliau merupakan bantuan pendidikan kepada seluruh tadika yang berdaftar di bawah Tadika Pemuafakatan Selangor dan terbuka sama ada tadika di negeri Selangor dan Pusat.

Bagaimanapun katanya, Tadika Perpaduan dan Kemas dihalang untuk mendapat bantuan daripada Skim Tunas.

Di samping itu beliau turut menekankan tentang pemberian Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang merupakan perancangan panjang kerajaan Pakatan Rakyat terhadap pendidikan anak-anak Selangor.

Katanya, lahir sahaja bayi sudah ada duit dalam Tawas sebanyak RM100 dan duit tersebut boleh diambil ketika mereka berusia 18 tahun, maknanya mereka sudah ada simpanan sebanyak RM1,800.

Beliau berkata, Tunas, Tawas serta hadiah kepada pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPTA sebanyak RM1,000 merupakan program merakyatkan ilmu dikalangan rakyat negeri Selangor.

Pasti, Unit Amal aset berharga PAS

Posted: 16 Nov 2013 08:06 AM PST

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua ahli PAS di setiap peringkat supaya menghargai dan menjaga pasukan Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebaik mungkin kerana ia merupakan aset penting kepada PAS.

Menurutnya, sejarah membuktikan masyarakat mula 'celik mata' terhadap PAS selepas mengenali pengorbanan pasukan Unit Amal dan menyukai sistem pendidikan dan pendekatan yang diguna pakai di Pasti.

Justeru itu, kejayaan PAS hari ini ada kaitan dengan keaktifan Unit Amal dan Pasti kerana ada setengah pihak mengenali keduanya dahulu sebelum berjinak dengan PAS.

"Jagailah pasukan Unit Amal dan Pasti dengan baik, jangan hampakan rakyat yang telah menaruh harapan terhadapnya. Unit Amal dan PASTI merupakan aset PAS yang berharga," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan 25 tahun Pasti Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang, Tasek Gelugor baru-baru ini.

Unit Amal dan Pasti katanya, bukan sahaja terkenal di kalangan orang Islam ataupun penyokong PAS, malah kini sudah menjadi buah mulut masyarakat termasuk bukan Islam kerana sumbangan besar kedua-duanya.

"Ini bererti nama PAS sudah melekat di hati rakyat maka situasi sebegini harus dijagai sebaik mungkin agar tidak berlaku masalah yang akhirnya menjejaskan nama PAS itu sendiri," katanya.

Perisik CIA: NGO mahu lapor polis seluruh negara

Posted: 16 Nov 2013 08:05 AM PST

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat laporan polis serentak di seluruh negara esok, berhubung dakwaan terdapatnya dua agen perisik CIA bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam akuan bersumpah bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim.

"Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (Bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG. 

"Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan, pihak polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Beliau berkata, laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM Pulau Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru, diikuti oleh SAMM dari negeri lain termasuk dari Sabah dan Sarawak. 

"SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini," katanya.

Beliau juga menegaskan, jika pihak polis masih tidak mahu membuat siasatan, SAMM menyeru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai berkumpul di depan IPD Dang Wangi pada 24 November ini untuk memberi tekanan yang jauh lebih serius.

"SAMM juga tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktiviti pengintipan ini juga mampu menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. 

"Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ia diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

"SAMM dalam kenyataan sebelum ini telah mendesak supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Pejabat Peguam Negara (AG) dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal-siasat," katanya.

Keputusan UPSR bukan penamat segala-gala

Posted: 16 Nov 2013 08:05 AM PST

NGO Pendidik ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon UPSR yang menerima keputusan peperiksaan UPSR semalam. Kepada ibu bapa dan warga pendidik ,juga diucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dengan penuh kegigihan dan ketabahan selama ini. Sudah pasti jasa dan pengorbanan ini akan 'membekas di hati' dan dikenang oleh anak–anak yang melalui detik pertama menempuh ujian selama 6 tahun berada di alam sekolah rendah.


Walau apa pun keputusan UPSR yang diterima, syabas dan tahniah diucapkan atas kegigihan menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu di samping ingin memenuhi cita-cita beroleh kejayaan yang cemerlang.Pastinya,ibu bapa,guru dan warga pendidik akan gembira sekiranya keputusan 5A yang diterima. Jika sasaran untuk memperolehi keputusan tidak menepati sasaran, terimalah ia dengan hati terbuka dan redha atas qada' qadar yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya, keputusan UPSR adalah akronim untuk klausa 'Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ' yang merupakan permulaan dan bukanlah penamat bagi segala- galanya dalam meraih bagi kejayaan dalam kehidupan. Apa yang penting ,jangan mudah berputus asa dan kecewa jika tidak berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Juga jangan berasa terlalu gembira jika matlamat untuk memperolehi keputusan 5A telah tercapai kerana ia hanya permulaan bagi sebuah laluan dalam meniti sebuah kejayaan yang masih panjang dan jauh di hadapan. Bukanlah ia bermakna ,kecemerlangan akan terus dicapai jika akhirnya pelajar leka dengan kejayaaan yang diterima.Ini adalah kerana peperiksaan SPM ,STPM dan laluan ke IPT menanti usaha yang gigih dan berterusan untuk menggapai sebuah kejayaan.

Kebimbangan saya adalah hilangnya keyakinan pelajar dalam hidup jika apa yang diimpikan tidak tercapai. Contohnya, tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR hinggakan mengambil keputusan nekad untuk menamatkan riwayat dengan membunuh diri. Ini pernah terjadi kepada segelintir pelajar akibat rasa kecewa dengan keputusan yang diterima hingga mengambil keputusan nekad seperti itu. Lebih-lebih lagi, mereka beranggapan hidup di dunia dunia seolah olah tiada erti kerana gagal memenuhi impian keluarga dan pihak sekolah. Sedangkan masih banyak lagi langkah kejayaan yang akan dilalui jika kita sabar dan bangkit untuk menggapai cita-cita dan kejayaan menuju ke gerbang jaya. Semoga tiada kes seperti ini berlaku pada tahun ini dan pada masa akan datang.

Akhir kata, "Selamat Maju Jaya". Teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu ke gerbang jaya!

Mutiara kata : Kejayaan tidak pernah berakhir.Kegagalan tidak pernah termusnah. Yang penting adalah sebuah KEYAKINAN !Teruskan usaha sepanjang masa..

*Penulis adalah Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)

Hala tuju PAS Selangor depani politik negara

Posted: 16 Nov 2013 08:04 AM PST

PAS Selangor akan memberi tumpuan mengenai hala tuju PAS sebagai parti politik Islam yang kukuh dan berperanan penting dalam mendepani politik arus perdana dalam ijtimak yang akan diadakan, Ahad ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Othman, perkara itu perlu ditekankan kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang akan menyertai ijtimak itu nanti.

Katanya, ini kerana senario dalam PAS sekarang berlaku tuduhan atau melabel individu atau kumpulan tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi pimpinan.

Beliau berkata, sikap melabel pimpinan dengan kelompok tertentu itu sebenarnya hasutan daripada pihak luar tetapi tanpa disedari ahli PAS sendiri yang membawa masuk ke dalam parti.

"Dalam ijtimak nanti kita hendak bagi tahu pimpinan cawangan, kawasan dan negeri supaya jangan bergaduh antara kita kerana ia akan merugikan parti," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, menjelang pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS kempen memang boleh dilakukan tetapi biar secara sihat dan jangan ada sikap memburuk-burukkan calon lain.

"Kita tidak boleh halang kempen di facebook walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh pimpinan. Ada yang kempen menyerang secara terang-terangan dan ada juga secara lembut tetapi mempunyai agenda tersembunyi," tegasnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan mentup ijtimak sehari dii Dewan Sivik Petaling Jaya itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Manakala forum melibatkan ahli panel Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub; Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad dan Ustaz Ahmad Awang.

UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau

Posted: 16 Nov 2013 08:03 AM PST


Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.

Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.

"Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan.

Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno." ujar Dr Shaharuddin.

Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat.

Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya.

"Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau.

Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung.

Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar.

Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas.

Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen.

Tarik profesional muda kukuh Pemuda PAS - Zamri

Posted: 16 Nov 2013 08:03 AM PST

 Menarik serta menggembleng lebih ramai tenaga muda profesional daripada pelbagai latar belakang bersama menjiwai perjuangan murni PAS menjadi salah satu agenda utama Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) sekiranya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam Muktamar PAS nanti.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) berkata, buah fikiran dan tenaga mereka ini amat diperlukan dalam Dewan Pemuda PAS berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan masing-masing.

"Selalu kita dengar mereka yang profesional ini cenderung kepada PKR dan DAP, dan kali ini kita akan pecahkan dan cuba tarik lebih ramai golongan muda berprofesional untuk memperkuatkan lagi Pemuda PAS," tambahnya.

Namun katanya, perkara paling penting adalah memasyarakatkan Pemuda PAS dengan isu-isu dan permasalahan yang  membelenggu rakyat.

Katanya,  Pemuda PAS perlu sentiasa cakna dan ke depan untuk membela rakyat dan merasai denyut nadi rakyat di pelbagai peringkat dan golongan.

"Tidak harus ada sikap eksklusif tetapi  perlu sentiasa bersikap responsif dengan persekitaran semasa," katanya kepada Harakahdaily.

Zamri juga bercita-cita mahu menjadikan Pemuda PAS sentiasa relevan dengan persekitaran anak muda yakni mereka harus bersikap terbuka dan meraikan kepelbagaian sikap dan perbezaan pendapat dengan hujah dan pendekatan yang matang serta bersifat kontemporari.

"Pengundi berusia 21 hingga 30 tahun inilah yang perlu ditarik oleh kita untuk bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat. Sedangkan kita tawarkan banyak termasuk isu PTPTN dan harga kereta tetapi undi mereka kepada PAS hanya sedikit.

"Inilah yang perlu kita kaji mendalam. Pemuda PAS kena bekerjasama dan cakna bukannya membuat program 'ad-hoc' semata-mata," tegasnya.

Zamri juga mengakui bahawa jati diri anak muda harus diperkukuhkan dengan tarbiyyah dan menanam rasa cintakan negara serta semangat  patriotisme yang tinggi kerana merekalah yang akan mewarisi kepimpinan negara ini kelak.

"Tidak boleh hanya tarik golongan profesional semata-mata tetapi kesemua ini perlu diadun jalin. Pengukuhan jati diri dengan ajaran Islam dan tarbiyyah mendalam adalah senjata yang paling utuh untuk sebuah perjuangan Islam," katanya.

Justeru katanya, agenda-agenda tersebut perlu dilaksanakan oleh Pemuda PAS dan percaya ianya akan menjadi pilihan pertama khususnya untuk anak-anak muda Melayu.
Pada pemilihan PAS kali ini, Zamri buat pertama kalinya bertanding di peringkat tinggi Pemuda PAS Malaysia bagi jawatan Naib Ketua.

Dalam pemilihan kali ini, selain Zamri, Ir. Mohd Khairul Nizam Khairuddin turut bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda.

Negara dibebani hutang, jadilah pemimpin berhemah

Posted: 16 Nov 2013 08:02 AM PST

Berjimat cermat dalam berbelanja dan mengurus tadbir kewangan negara bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah.

Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang bernama Saad r.a. ketika beliau sedang berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam wudhuk Saad r.a, Rasulullah SAW bersabada:

مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ

Artinya: Apakah pembaziran ini? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di dalam sungai yang mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.

Jika di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wudhuk dengan air yang berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika di dalam keadaan air yang tidak mencukupi. Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar yang terbengkalai, pelaburan di luar negeri yang menggunakan duit rakyat yang merugikan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan ke atas bahu rakyat untuk menanggungnya jelas sekali merupakan satu pilihan yang zalim dan tidak kena pada tempatnya.

Lihatlah bagaimana Khalifah  Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri sangat mengagumkan dan seharusnya memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Islam pada setiap zaman. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara dilakukan secara berhati-hati dan berjimat-cermat atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Tempoh pemerintahannya sangat pendek, hanya 2 tahun setengah sahaja. Namun revolusi yang dibawa memberi impak yang begitu besar kepada rakyat dan negara. Segala perubahan tersebut berlaku dalam masa tidak sampai 3 tahun, Bukan 54 tahun. Saya percaya, selaku salah seorang rakyat biasa yang prihatin, pasti inilah sikap pemimpin yang kita inginkan. Tidak perlulah seideal Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi sekurang-kurangnya mempunyai integriti yang meyakinkan.

Walau bagaimanapun, senario yang bertentangan berlaku, tindakan pimpinan tertinggi kerajaan yang sering menggunakan pesawat eksekutif untuk penerbangan dalam negara dan luar negara.

RM182 juta dibazirkan bagi enam pesawat yang digunakan sepanjang tahun 2012. Sebanyak RM14,951,448.04 untuk kos bahan api dan RM167,079,541.80 bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan merupakan pembaziran.

Pesawat eksekutif sering digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai tinggi kerajaan, apakah keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara sedangkan pesawat biasa sentiasa beroperasi?

Persoalannya mengapa perlu setiap kali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri nak pergi ke mana-mana penerbangan domestik perlu mengambil pesawat eksekutif setiap kali penerbangan? Ini melibatkan perbelanjaan tinggi tapi kalau mengambil pesawat komersil tak guna perbelanjaan tinggi.

PAS mencadangkan untuk tahun 2014 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih banyak guna pesawat komersil walaupun ke luar negara, untuk menjimatkan perbelanjaan kewangan negara.

Ada pemimpin besar negara maju (Malaysia negara membangun) tak guna pesawat pun. Pesawat eksekutif biarlah digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong sahaja. Tapi baru-baru ini pun Timbalan Perdana Menteri ulang alik ke Sungai Limau guna pesawat eksekutif. Ini tak betul sebab ini kempen parti bukan program kerajaan dan kalau program kerajaan pun kerajaan perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan guna pesawat komersil kerana pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik.

Oleh itu, Malaysia sebenarnya bukan sahaja mampu mengurangkan defisit negara bahkan mampu membayar hutang negara yang semakin menggunung tinggi hampir RM600 bilion, jika kewangan negara diurus secara berhemah dan berjimat cermat tanpa membazir.

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau.

Mansuh SPPBS: Guru kini sudah berani bersuara

Posted: 16 Nov 2013 08:01 AM PST

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) mengajak semua pihak menyokong kempen memansuhkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Beliau berkata, para guru kini sudah berani tampil menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung sistem tersebut.

Menurutnya, kesedaran guru kini terserlah apabila mereka tampil melalui media sosial dan massa menyuarakan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan PBS yang sangat membebankan mereka.

"Keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK – NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan PBS seharusnya disokong segera oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, para guru memerlukan sokongan dengan melancarkan kempen pemansuhan itu agar kerajaan mengambil serius berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, Abu Bakar menyeru semua pihak yang prihatin terhadap isu pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen tersebut.

"Lajnah Pendidikan PAS Pusat menyeru termasuk KPPK, ibu bapa dan orang ramai yang prihatin terhadap pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen pemansuhan PBS yang nyata didapati membebankan guru di negara ini," katanya.

Pada 9 November lalu, Presiden KPPK,  Hashim Adnan menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan PBS yang didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini.

Beliau berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

Roboh: Adun Sungai Rapat, Pasir Pinji tinjau setinggan

Posted: 16 Nov 2013 08:00 AM PST


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon bersama dengan Adun Pasir Pinji, Lee Chuan How turun padang meninjau kehidupan penduduk perkampungan setingan di Sri Keramat, Sri Murni dan Tok Cendang.

Lawatan bersama tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih dekat perkembangan dan kemajuan penempatan semula bekas penghuni kampung-kampung setinggan tersebut seramai kira-kira 300 orang.

Penduduk sekeliling kampung-kampung setinggan tersebut telah menerima surat arahan untuk mengosongkan kediaman mereka dalam tempoh sebulan untuk membuka ruang kepada pemaju menjalankan perobohan.

Ia difahamkan bahawa tapak ketiga-tiga kampung telah diluluskan kepada sebuah syarkat untuk tujuan pembangunan taman perumahan.

Kawasan tiga kampung berkembar yang berkeluasan 84 ekar itu sangat strategik di tengah-tengah kawasan pembangunan baru Station 18 dalam Bandaraya Ipoh.

Oleh itu, ia menjadi kawasan hartanah bernilai tinggi.

Sebagai penyelesaian dan rancangan penempatan semula, para penghuni telah diberi tawaran satu lot tanah gantian bergeran.

Namun nasib bekas penghuni setinggan terus tidak menentu kerana untuk mendapatkan satu lot tanah, mereka terpaksa menyediakan hampir RM10,000 untuk penyediaan tapak dan bayaran premium.

Tambahan pula tapaknya jauh lebih kecil daripada yang dijanjikan, iaitu hanya berkeluasan 45 kali 70 kaki sahaja, sedangkan yang dipersetujui bersama-sama pada asalnya 50 kali 80 kaki.

Ada pula yang berkemampuan untuk membayar premium tanah, melalui pinjaman peribadi, tetapi tidak dilayan oleh bank dan institusi kewangan untuk mengambil pinjaman pembinaan rumah, sedangkan usia mereka sudah lanjut atau pendapatan rendah.

Ada yang menghuni di situ telah melebihi 30 tahun, namun semasa zaman Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Perak, nasib mereka diambil peduli.

Pada ketika itu, Datuk Seri Nizar telah berkesempatan melawat kampung-kampung berkenaan dan memberi komitmen untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Namun kerajaan PR tidak bertahan lama.

Bagi golongan yang telah lanjut usia dan tidak berkemampuan, mereka mungkin 'terpaksa' melupakan angan-angan dan cita-cita untuk mendapat sekeping tanah bergeran di situ walaupun telah hidup dan turut membesarkan anak-anak mereka di kampung setinggan itu sejak sekian lama.

Masalah pokok yang timbul adalah kekurangan maklumat atau komunikasi di antara pihak pentadbir, pemaju dan penduduk.

Ramai yang terperangkap dalam suasana ketidakpastian yang sepatutnya tanggungjawab kerajaan dan juga pentadbir untuk memastikan bantuan dan maklumat wajar disampaikan kepada kesemua yang terbabit.

Jelasnya, tanggungjawab itu tidak ditunaikan.

Tiada siapa yang mampu membela mereka. Mereka bagaikan telah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerajaan yang benar-benar berkebajikan dan prihatin akan nasib mereka mampu membela penduduk-penduduk terbabit.

Adakah kerajaan BN mampu, kita tunggu dan lihatlah kesudahannya.

Bagi Radzi dan Lee Chuan How, oleh kerana sistem peruntukan wang amalan kerajaan BN yang tidak adil dan berdasarkan parti, maksudnya Adun pembangkang tidak disalurkan peruntukan, pengurusan dan bantuan mereka hanya mampu membawa kisah duka penduduk ketiga-tiga kampung Melayu itu.

"Kami, Wakil Rakyat Pakatan Rakyat, akan turun padang melawat ketiga-tiga kampung itu semula minggu depan untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut supaya hakikat sebenar penduduk dapat dibawa ke Dewan Undangan Negeri pada persidangan 25 November nanti," ujar mereka.

UPSR: Pemuda PAS Sarawak ucap tahniah

Posted: 16 Nov 2013 08:00 AM PST

Pemuda PAS Sarawak dengan rasa berbesar hati mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Sarawak yang telah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

"Kami juga ingin memberi penghargaan yang tinggi kepada SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, Kuching kerana tersenarai sebagai sekolah terbaik d Sarawak berasaskan kepada Gred Pencapaian Sekolah (GPS)," ujar Ketuanya, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, berdasarkan laporan pencapaian berasaskan GPS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Sarawak, 4 daripada 5 sekolah terbaik dI Sarawak adalah daripada sekolah rendah agama di bawah Majlis Islam Sarawak.

Menurutnya, pada tahun 2013 peruntukan yang diberi oleh kerajaan Persekutuan untuk bantuan kepada sekolah-sekolah agama hanya RM100 juta untuk semua sekolah agama di seluruh Malaysia, tiada peruntukan khusus yang lebih meyakinkan bagi sekolah-sekolah agama di Sarawak.

"Kami turut mengharapkan agar ada peruntukan khusus yang lebih banyak untuk sekolah-sekolah agama di Sarawak daripada keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2014 berjumlah RM54.6 billion untuk sektor pendidikan," katanya lagi.

Oleh sebab yang demikian, ujarnya PAS dalam manifesto PRU13 yang lepas, dalam dokumen 12 Tawaran PAS Sarawak telah memperuntukan RM170 juta khusus untuk pembangunan sistem pendidikan rendah dan menengah berteraskan Islam yang komprehensif di seluruh negeri di samping memperkenalkan sistem pendidikan tahfiz sains di negeri itu.

Ini, ujar beliau adalah amat penting kerana telah lama sistem sekolah berteraskan Islam telah lama dipinggirkan.

"Jumlah ini bukanlah suatu jumlah yang mustahil untuk disalurkan oleh kerajaan negeri memandangkan jumlah reserve Sarawak yang cukup besar iaitu RM22 billion," ujarnya.

Pemuda PAS, katanya turut ingin mencadangakan agar kerajaan negeri menambah lebih banyak biasiswa bukan hanya melalui Yayasan Sarawak tetapi melalui agensi-agensi kerjaan negeri yang lain dalam usaha menambah bilangan pelajar yang dibiayai untuk melanjutkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh dan kolej-kolej premier.

Beliau berkata, Pemuda PAS Sarawak turut melihat keperluan mendesak untuk Sarawak memiliki lebih banyak sekolah berasrama penuh sains dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ini, ujarnya kerana dengan hanya 2 buah sekolah menangah sains dan sebuah Maktab Rendah Sains Mara tidak mencukupi bagi menampung pelajar-pelajar cemerlang yang boleh digilap potensi mereka khususnya dari luar bandar.

"Dalam masa yang sama, kami merasakan perlu ada usaha yang lebih serius oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha meluaskan capaian kepada sistem prasekolah dan tadika ke kawasan tumpuan penduduk dan pedalaman," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kajian dari The Institute for Fiscal Studies menunjukkan dengan pertambahan prasekolah dan pendidikan akan mengurangkan masalah keciciran murid di sekolah rendah.

Tambahnya, ini juga akan menyediakan suatu asas yang baik untuk kecemerlangan anak-anak Sarawak di masa akan datang.

Wacana kedudukan pendidikan Islam dalam PPP malam ini

Posted: 16 Nov 2013 07:59 AM PST

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik Malaysia)akan menganjurkan Wacana & Sumbang Saran Kedudukan Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada malam ini, 16 November 2013.

Program dengan kerjasama Majlis kebajikan Pendidikan Malaysia (Makpen) itu akan diadakan di Dewan Seminar Horizon Garden Seksyen 8, Bandar Baru Bangi ini dan dijangka bermula seawal jam 8.30 malam.

Antara tetamu dan jemputan yang bakal hadir untuk berkongsi pandangan adalah Datuk Abu Bakar Chik (Mustasyar NGO Pendidik), Datuk Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Perak), Hj. Abas Awang (Mantan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan) dan juga golongan akademik dari universiti tanah air.

"Majlis Wacana & Sumbang Saran Kedudukan Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dianjurkan untuk berdiskusi dan berkolaborasi tentang kedudukan 'Pendidikan Islam' dalam arus perdana pendidikan Negara" Kata Presiden Pendidik Normala Sudirman.

Katanya, selain dari menjadi wadah dan wahana untuk saling bertukar-tukar pandangan tentang masa depan pendidikan anak bangsa, warga pendidik dapat mengeratkan silaturrahim dan menyimpul ukhuwwah sesama teman seperguruan di Malaysia dalam dunia pendidikan masa kini.

"Kedudukan dan status masa depan 'Pendidikan Islam' semakin terhakis tanpa disedari kerana kurangnya keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia ketika pengumuman Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia baru-baru ini.

"Seolah-olah tiada usaha secara serius oleh kerajaan dalam mengarusperdanakan pendidikan Islam di Malaysia dalam persada pendidikan Negara," ujarnya lagi.

Program kali ini dijangka menarik perhatian ramai warga pendidik dan golongan professional pendidikan untuk berkongsi diskusi ilmu yang boleh dimanfaatkan bagi terus mengalas tugas suci dan amanah dalam mendidik anak bangsa.

Normala dalam pada itu mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Tn Hj. Md. Zai Bin Mustaffa, Ketua Eksekutif Makpen yang sudi menjadi penganjur bersama.

Bagi sesiapa yang masih berminat untuk mengikuti program ini sila hubungi talian 019 726 8937 (Cikgu Mala) seberapa segera kerana penyertaan adalah terhad.

Muktamar PAS ke-59 disiar secara langsung

Posted: 16 Nov 2013 07:58 AM PST

Perjalanan Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November ini akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian.


Jabatan IT PAS Pusat (JITP)  juga telah memembangunkan laman web khusus untuk muktamar PAS ke-59  pada kali ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan dengan IT  bagi memastikan kelicinan muktamar.

Pengarah JITP Suhaimi Embong, berkata, web muktamar-59 ini boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

"Web muktamar ke59  ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan dengan muktamar PAS melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung" katanya yang juga Ketua jawatankuasa IT Panitia Muktamar.

E-Voting: Apakah ada plot tumbangkan Pro-M?

Posted: 16 Nov 2013 07:57 AM PST


Pendahuluan


Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kaedah Undi Elektronik atau E-Voting. Untuk mengundi, mahasiswa perlu mengakses akaun pengundian dengan menggunakan kata laluan khas.  Kata laluan tersebut akan diberikan oleh petugas Pilihanraya setelah mahasiswa mendaftar diri pada senarai daftar pemilih.

Setiap mahasiswa perlu memilih 2 orang bagi kerusi umum dan 2 orang bagi fakulti masing-masing. PRK UMSKAL menetapkan sebanyak 6 kerusi dipertandingkan  iaitu 2 bagi kerusi umum, 2 bagi Sekolah Peniagaan Dan Kewangan Antarabangsa (SPKAL) dan 2 bagi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL).

Pro Mahasiswa, pilihan mahasiswa UMSKAL
Untuk rekod, calon Pro Mahasiswa UMSKAL (Pro-M UMSKAL) telah berjaya mendapat undi tertinggi sejak Pilihanraya kampus 2006 sehingga 2012. Daripada 6 kerusi yang dipertandingkan, Pro-M UMSKAL  juga berjaya menguasai paling kurang tiga kerusi dan menguasai jawatan Naib Presiden selama selama 5 tahun berturut-turut. Naib Presiden merupakan posisi tertinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi UMS Cawangan Labuan. Namun pencapaian Pro-M UMSKAL mula merosot pada Pilihanraya Kampus 2009. Oleh itu pada tahun berkenaan, Pro-M UMSKAL telah memulakan bantahan terhadap sistem E-Voting kerana telah menghidu seperti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem berkenaan. Namun bantahan ketika itu tidak terlalu garang memandangkan E-Voting merupakan satu sistem baru yang belum dikaji secara menyeluruh. Pada tahun 2010, Pro-M UMSKAL telah menghantar memorandum kepada pihak Timbalan Naib canselor UMS bagi membantah E-Voting, walaupun pada ketika itu Pro-M UMSKAL masih menguasai Majlis Perwakilan Pelajar.

Namun pada Pilihanraya Kampus 2013, Pro-M UMSKAL  bukan sahaja gagal mempertahankan calon dengan undian tertinggi, malah kesemua calon Pro-M UMSKAL tewas. Kekalahan ini amat mengejutkan kerana culaan awal yang dibuat oleh pihak Pro-M UMSKAL terhadap 1000 sampel mendapati 47 % mahasiswa cenderung untuk memilih Pro-M, 26 % cenderung memilih calon Pro Pentadbiran Universiti dan 27 % mahasiswa tidak pasti. 

E-Voting, masalah sama berulang setiap tahun 

Setiap tahun, E-Voting sering menimbulkan masalah sekaligus mengganggu kelancaran Pilihanraya kampus. Pro-Mahasiswa merasa sangat hairan bagaimana pihak Universiti boleh membiarkan masalah ini berterusan sedangkan Pilihanraya Kampus merupakan proses penting sebagai pendidikan demokrasi mahasiswa.

Bahkan sekiranya dilihat dari skop yang lebih luas, Pilihanraya Kampus merupakan hak mahasiswa seperti juga Pilihanraya Umum yang menjadi hak asasi setiap rakyat Malaysia. Sangat memalukan apabila almameter tertinggi Negara gagal mengendalikan Pilihanraya Kampus secara cekap justeru merencatkan pendidikan demokrasi kepada mahasiswa.

Antara masalah yang direkodkan semasa Pilihanraya Kampus UMSKAL 2013 adalah seperti  terdapat sebilangan pelajar tidak dapat mengakses masuk ke akaun pengundian kerana kata laluan  yang  diberikan oleh petugas pilihanraya ditolak oleh sistem. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut gagal untuk  mengundi dan kehadiran pelajar tersebut dikira sebagai undi rosak.

Terdapat juga kejadian pelajar berjaya mengakses akaun pengundian, namun tidak dapat mengundi kerana skrin paparan komputer menjadi kaku dan mereka  tidak dapat menekan apa-apa butang untuk mengundi. Setelah beberapa saat, sistem tersebut secara automatik akan terdaftar keluar (Log Out) menyebabkan mahasiswa gagal mengundi.

10 minit sebelum pengundian berkahir, proses pengundian tiba-tiba terhenti dan mengakibatkan pengundi terpaksa beratur panjang menunggu giliran di luar dewan. Semua komputer pada ketika itu tidak dapat digunakan kerana sistem tergendala (Server Down). Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana perisian yang terdapat di dalam CPU tersebut hanyalah perisian E-Voting dan tidak dicampur dengan perisian lain.

Masalah yang paling mencurigakan ialah terdapat kesilapan pada jumlah undian yang disiarkan dalam keputusan rasmi Pilihanraya. Sistem E-Voting mewajibkan setiap mahasiswa untuk mengundi dua orang wakil daripada fakulti masing-masing dan dua orang wakil daripada kerusi umum. Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi undi fakulti seharus sama dengan jumlah keseluruhan bagi kerusi umum. Namun setelah keputusan dikeluarkan, terdapat lebihan undi pada jumlah keseluruhan undi fakulti berbanding jumlah keseluruhan undi umum. Undi fakulti mencatat jumlah keseluruhan sebanyak 3,038 sedangkan jumlah kerusi umum mencatatkan 3036 undi. Hal ini menunjukkan seolah-olah terdapat seorang mahasiswa yang hanya mengundi bagi kerusi fakulti tetapi tidak mengundi untuk kerusi umum. Walhal dalam sistem E-Voting perkara itu tidak boleh berlaku kerana sudah ditetapkan oleh sistem.

Surat bantahan tidak berjawab 

Pro M UMSKAL telah menyerahkan satu surat bantahan dan memohon penjelasan daripada pihak Pengarah Kampus UMSKAL mengenai segala masalah yang berlaku. Surat bertarikh 2 November itu telah diterima oleh Setiausaha Pengarah Kampus kerana Pengarah dilaporkan tidak berada di kampus pada ketika itu.

Namun sehingga ke hari ini, Pro-M UMSKAL masih tidak menerima sebarang perkembangan positif mengenai surat tersebut.

Rentas Laut Cina Selatan, serah memo kepada Menteri Pendidikan 2 

Kecewa dengan sikap ambil lewa pihak pentadbiran UMSKAL, maka Pro-M UMSKAL meluaskan horizon perlawan E-Voting ke semenanjung. Memorandum Bantah Keputusan Pilihanraya Kampus telah diserahkan kepada Menteri Penidikan 2, Dato Seri Idris Jusoh pada 13 November lalu di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya. Memorandum tersebut telah diterima oleh En. Baharuddin bin Mohd Shairi, Ketua Komunikasi Korporat  Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohon sokongan ahli parlimen untuk lawan E-Voting


Tidak banyak respons yang diterima daripada pihak KPM selain daripada janji memorandum tersebut akan diserahkan kepada Menteri. Pada 14 November, Pro-M UMSKAL telah datang ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan. Dalam memorandum tersebut, Pro-M UMSKAL telah mencadangkan agar YB Rafizi Ramli mengusulkan penubuhan suatu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menyemak proses Pilihanraya Kampus seterusnya mengeluarkan syor yang perlu dilaksanakan bagi memperkemas sistem Pilihanraya Kampus. Memorandum tersebut juga memohon sokongan YB Rafizi Ramli untuk mendesak Menteri Pendidikan 2 menyelesaikan segala masalah yang diutarakan dalam Memorandum yang telah diserahkan kepada KPM.

Selain daripada YB Rafizi Ramli, memorandum tersebut juga telah diserahkan kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu YB Zairil Khir Johari, YB Ong Kian Ming, dan YB Steven Sim. Kesemua YB yang ditemui berjanji akan cuba sedaya mampu untuk mengetengahkan memorandum tersebut melalui dewan legislatif.

Bertemu Suhakam, mohon siasat kecelaruan E-Voting 

Pada jam 2 petang, 14 november, Pro-M UMSKAL telah bertemu dengan Tuan James Nayagam, Pesuruhjaya SUHAKAM di Maju Junction Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut, Pro-M UMSKAL telah menyerahkan sebuah memorandum yang antara lain menuntut pihak SUHAKAM menjalankan siasatan secara komprehensif terhadap Pilihanraya Kampus UMSKAL 2013. Pro-M UMSKAL juga memohon pihak SUHAKAM membuat penarafan terhadap Pilihanraya Kampus UMSKAL samada sistem yang digunakan menepati standard universal.

Tuan James Nayagam nyata amat terkejut apabila mengetahui Pilihanraya Kampus dikendalikan sendiri oleh pihak Universiti tanpa ada pemantauan daripada badan berkecuali. Pro-M UMSKAL juga menjelaskan amat sukar untuk pihak mahasiswa mengemukakan bukti kukuh mengenai maslah E-Voting memandangkan mahasiswa tidak dibenarkan membuat rakaman di dalam bilik pengundian.

Oleh sebab itu, Pro-M UMSKAL mencadangkan agar SUHAKAM mengadakan sebuah inkuiri terbuka bagi menyiasat segala kepincangan yang berlaku akibat E-Voting. Hanya dengan cara ini semua bukti yang disimpan oleh pihak universiti dapat diketengahkan.

Tuan James Nayagam berjanji akan mengemukakan surat kepada pihak UMSKAL bagi menuntut penjelasan mengenai segala permasalahan yang diutarakan oleh pihak Pro-M UMSKAL. Beliau juga mengatakan sudah tiba masanya semua universiti di Malaysia memiliki Code of Conduct Pilihanraya Kampus yang seragam.

Sistem korup terus dibiarkan, ada plot jatuhkan Pro M UMSKAL 

Selain bergiat aktif dalam mempromosikan idealisme mahasiswa yang progresif dalam kampus, Pro-M UMSKAL juga aktif menjalankan aktiviti pemberdayaan demokrasi dalam kalangan masyarakat Labuan. Pada 23 Mac 2013, 5 orang aktivis Pro-M UMSKAL ditahan Polis ketika mengadakan Sudut Pidato dan edaran risalah di Bandar Labuan. Sudut Pidato itu diadakan bersempena dengan pelancaran Gerakan Mahasiswa Pru 13 peringkat W.P Labuan. Pro-M UMSKAL juga sering bertindak sebagai badan semak dan imbang terhadap pihak Universiti dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa.

Jika pihak Kerajaan Barisan Nasional dan pihak Pentadbiran UMSKAL  tidak berusaha untuk mereformasi sistem Pilihanraya Kampus, maka Pro-M UMSKAL percaya ada kongkalikung tersembunyi yang cuba mematikan pengaruh Pro-Mahasisawa di UMSKAL dan juga di Labuan secara umumnya. Pro-M UMSKAL yakin ada pihak yang berasa tidak selesa dengan kemaraan Pro-Mahasiswa di UMSKAL yang dilihat mampu memecah doktrin pembodohan yang sudah sekian lama membelengu mahasiswa.

Pro-M UMSKAL tekad lawan E-Voting sampai mansuh 
Pro-M UMSKAL bertekad untuk terus melawan E-Voting sehingga sistem ini dimansuhkan. Selain masalah yang diutarakan, sistem ini juga terdedah kepada jenayah atas talian yang menyebabkan hak mahasiswa boleh dirompak oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Amat menyedihkan jika pihak Universiti sanggup mempermainkan pilihan mahasiswa hanya kerana ingin menjaga status quo dan mematikan pengaruh Pro-M UMSKAL yang dilihat sebagai kumpulan anti-establishment.

Pro-M UMSKAL sedar pihak Pentadbiran Universiti akan menjawab dengan mengatakan segala yang dilemparkan oleh Pro-M UMSKAL adalah tuduhan dan persepsi semata-mata. Oleh itu Pro-M UMSKAL mencabar pihak UMSKAL untuk melantik suatu badan bebas seperti Suhakam dan Mafrel bagi menyiasat segala yang dikatakan sebagai tuduhan tersebut.

Pro-M UMSKAL sedia memohon maaf kepada pihak universiti sekiranya keputusan siasatan menunjukkan sistem E-Voting sememangnya cekap dan bebas daripada risiko disalah guna.    


Tulisan di atas adalah kandungan memorandum yang telah diserahkan kepada Ahli Parlimen.

Umno salah guna RM40 juta selamatkan Utusan

Posted: 16 Nov 2013 07:56 AM PST

Tindakan Umno menyuntik dana tambahan RM40 juta kepada Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) adalah bukti nyata betapa terdesaknya parti itu untuk menyelamatkan syarikat seliaan mereka hingga sanggup menyalahgunakan wang kerajaan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu harus ditentang oleh menteri berfikiran waras dalam Kabinet kerana ia jelas membabitkan wang pembayar cukai atau wang rakyat.

"Ini adalah konflik kepentingan apabila kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga merupakan Menteri Kewangan dan Presiden Umno," ujarnya dipetik Roketkini.

Beliau berkata, berdasarkan peraturan, jika kepentingan Umno meningkat melebihi 2 peratus ia mesti membuat tawaran pembelian kepada pemegang saham lain.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataan, semalam berkata memandangkan usaha mereka untuk mendapatkan tawaran terbitan hak, parti itu perlu meningkatkan kepentingan sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan ia sekaligus mewujudkan tawaran am mandatori.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas rancangan Umno menyuntik RM40 juta kepada Utusan melalui cadangan 'two call rights issue'.

Pada 12 November lalu, Utusan mengumumkan kepada Bursa Malaysia akan meningkatkan terbitan hak kepada pemegang saham kira-kira RM40 juta.

Pua turut menyokong saranan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertindak bebas tanpa campur tangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori agar dapat memberi saham minoriti Utusan.

"Apa yang paling penting, SC perlu melindungi integriti pasaran kewangan negara. Bukan sahaja bertindak dengan adil, tetapi perlu dilihat bertindak adil serta telus kepada semua pelabur dan rakyat Malaysia," katanya.

Menurut makluman daripada Bursa Malaysia, tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.

PPSMI: Sampai bila Mahathir mahu berhenti merungut?

Posted: 16 Nov 2013 07:56 AM PST

Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), program baru sudah pun diperkenalkan dan tidak mungkin ia akan dikembalikan.

Tetapi Mahathir seolah-olah sengaja membangkitkan isu PPSMI ini untuk mengetahui sejauh mana rakyat menyokong dan bersamanya, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Menurutnya, walaupun ada segelintir yang menyokong agar PPSMI ini dikembalikan, majoriti rakyat, termasuk pejuang bahasa nampaknya telah menyatakan pendirian menyokong tindakan kerajaan memansuhkannya.

Mahathir jelas disokong dingin dalam isu PPSMI ini.

Begitu juga rungutannya mengenai Wawasan 2020, turut disambut dingin. Sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang bersuara menyokong atau membantah rungutannya itu.

Bagi Shahbudin, sebenarnya tidak ada penyisihan mengenai Wawasan 2020 ini, ia masih lagi menjadi maltamat kerajaan, cumanya ia kelihatan agak tenggelam kerana Najib memperkenalkan pelbagai dasar dan perkara baru dalam pentadbirannya.

Mungkin ini yang menyebabkanya terasa hati dan bersungut seolah-olah Wawasan 2020 diketepikan.

Tetapi jika Mukhriz menang Naib Presiden Umno, semuanya akan nampak elok di mata bekas Perdana Menteri itu, kata ramai orang-orang lama dalam Umno.

"Sementara Mahathir dijangka akan terus bersuara dan merungut lagi dan lagi, sampai bilakah sebenarnya beliau akan berbuat demikian?" tulisnya lagi.

Baca di sini

Jasindaily Online

Posted: 16 Nov 2013 09:40 AM PST

Jasindaily Online


Punca Ramai Batal Hasrat Peluk Islam ??

Posted: 16 Nov 2013 03:25 AM PST

SEKALIPUN mengucapkan kalimah syahadah sejak 17 tahun lalu, Tokoh Saudara Kita peringkat negeri Selangor , Lim Jooi Soon berusia 44 tahun tidak menukar namanya sebagaimana budaya di Malaysia. Biarpun ramai tertanya-tanya mengapa tidak 'berbin Abdullah', beliau sebenarnya mahu merubah tanggapan masyarakat bahawa bertukar agama tidak semestinya menukar nama. 

 Apatah lagi, amalan menukar nama bapa kepada 'bin Abdullah' tidak diamal pada zaman Nabi Muhammad s.a.w tetapi ia begitu membudayai masyarakat mualaf di negara ini.Jooi Soon menyatakan Rasulullah hanya menasihati mereka yang memeluk Islam menukar nama asal kepada nama yang membawa maksud baik. Dan, nama yang mempunyai makna baik bukan semestinya dalam bahasa Arab. Apatah lagi, mengekalkan nama penuh dalam bahasa ibunda perkara penting di kalangan masyarakat Cina kerana setiap perkataan membawa pengertian tertentu. 

 "Saya kekalkan nama asal kerana maksud di sebalik nama itu membawa pengertian yang indah dan terpuji dalam masyarakat dan budaya Cina, malah tidak melanggar syariat. "Lim adalah nama keluarga, Jooi nama keturunan dan Soon nama diri saya. Bayangkan apabila ada sebahagian masyarakat Cina yang mahu peluk Islam terpaksa membuang nama keturunan. "Ia seolah-olah memutuskan pertalian dari nasab keturunan," katanya kepada Selangor Kini. Hakikatnya, Jooi Soon berkata, ramai masyarakat Cina membatal hasrat memeluk Islam kerana bimbang nama keturunan 'terpaksa' dibuang atau diganti. Tanpa menukar nama, beliau percaya tanggapan masyarakat bukan Islam betapa memeluk Islam itu bermakna 'masuk Melayu' dapat dihakis, sekaligus menunjukkan Islam agama syumul dan universal. 11Jooi Soon dianugerah Tokoh Saudara Kita 1435H/2013M yang disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 


 Anugerah itu bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat Selangor pada 5 November lalu. Ia disampaikan Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah ibni ALmarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Masjid Negeri Shah Alam. Menyingkap kembali peristiwa 17 tahun lalu, perasaan syukur, lega dan tenang dirasai Jooi Soon setelah mengucap kalimah syahadah. Tiada siapa menduga beliau dikurnia hidayah Islam sekalipun sejak kecil, beliau menganut kepercayaan Buddhisme, Taoisme, Confusianisme dan beralih kepada Kristian pada awal usia 14 tahun. Bagaimanapun, perasaan sedih dan risau tetap menyelubungi dirinya kerana keluarga dan sahabat terdekat masih tidak memeluk Islam. 

 Bagi mendalami agama, beliau kemudian menuntut di Islamic Education Trust Nigeria selama 12 tahun dan Australia selama empat tahun dalam 'Bible Student'. Lantaran minat terhadap dakwah mendorong Jooi Soon berkhidmat sebagai pendakwah bebas dan mengadakan banyak ceramah baik dalam mahupun luar negara. 19Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor. Malah, turut terlibat menganjurkan kursus 'Training The Trainer' anjuran Nuruddin Lemu dan Aisyah Rodrigo daripada Islamic Education Trust Nigeria. Beliau juga penganjur kepada Kursus Interactive Dakwah Training, khusus untuk anak-anak muda dan golongan profesional. Selain kerap terlibat sebagai ahli panel forum perbandingan agama dan kauseling keluarga, Jooi Soon juga aktif sebagai pelatih kader-kader dakwah kepada mualaf dan menguruskan kes murtad./Selangorkini.net

Tembakan di Sabah, Najib Razak perlu beri kenyataan di Parlimen

Posted: 16 Nov 2013 03:22 AM PST

SHAH ALAM 16 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi kenyataan di Parlimen pada Isnin ini tentang kelonggaran kawalan keselamatan Esscom sehingga menyebabkan seorang pelancong Cina ditembak mati dan isterinya diculik kumpulan disyaki pengganas di pulau Pom Pom berhampiran Semporna. kit siang parlimen 01Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Najib perlu memaklumkan kepada Parlimen tindakan yang akan diambil oleh Esscom untuk mengetatkan kawalan keselamatan supaya kejadian pembunuhan dan penculikan tidak akan berulang. 


 Kata Kit Siang, laporan awal menyatakan bahawa sekumpulan lelaki lengkap bersenjata tiba di pusat peranginan Mandur Pom Pom dan menyerbu restoran di pusat peranginan tersebut yang ketika itu hanya dilanggani oleh pasangan dari Taiwan terbabit dan lalu melepaskan beberapa tembakan. Mangsa tembakan Lim Min Hsu, 57, ditembak dua kali pada bahagian dada dan rusuk. Beliau meninggal di tempat kejadian. Isterinya, Lim Min Hsu, 57, dilarikan oleh kumpulan bersenjata tersebut dengan sebuah bot kecil ke arah Filipina selatan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1 pagi. "Pembunuhan dan penculikan di pulau Pom Pom itu memberikan tamparan hebat kepada usaha untuk memulihkan keyakinan pelancong dan orang ramai terhadap kawalan keselamatan di Sabah selepas pencorobohan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu pada bulan Februari lalu," kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.

 Kit Siang berkata, sewaktu pelancaran Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bulan April tahun ini, Najib menggariskan empat strategi dan pendekatan teknikal yang akan diambil oleh Esscom untuk memelihara keamanan dan keselamatan di sepanjang 1,400 km kawasan pinggir laut bahagian timur Sabah. Peristiwa tragik di pulau Pom Pom yang membawa kepada pembunuhan seorang pelancong dan penculikan pasangannya menunjukkan bahawa keempat-empat strategi tersebut telah terjejas. Pembentukan dan peruntukan besar kepada Esscom belum menghasilkan keamanan dan keselamatan di Pantai Timur Sabah, manakala tiga matlamat Esscom yang ditetapkan oleh Perdana Menteri belum tercapai. "Ia berkaitan untuk "menjamin sepenuhnya keselamatan," "memulihkan keyakinan orang rami untuk kembali hidup seperti biasa" dan "memulihkan keyakinan pelancong" selepas pencerobohan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu, masih terlalu jauh untuk dicapai," kata beliau./Selangorkini.net

Siap Sedia Hadapi Banjir

Posted: 16 Nov 2013 03:19 AM PST

    JASIN - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin, di sini sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku di daerah ini, sepanjang musim tengkujuh ini. Pegawai Bomba Tertinggi, Johari Masom berkata, pihaknya sudah mengatur pelan perancangan dan analisis risiko bagi mengatasi bencana alam itu, termasuk latihan menghadapi banjir. Menurutnya, semua anggota termasuk dari Balai Bomba Jasin Bestari sentiasa bersedia untuk tugas menyelamat, terutama dalam aspek logistik, keanggotaan dan persekitaran. 

     "Kita memang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan dalam daerah Jasin. "Malah, jentera dan bot yang akan digunakan telah diselenggara dengan baik bagi melancarkan operasi yang dijangka bermula bulan ini hingga awal tahun depan," katanya ketika ditemui selepas Latihan Menghadapi Bencana Banjir di Tasik Chin Chin, dekat sini, semalam. Johari berkata, latihan persediaan itu adalah saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar setiap balai bomba melakukan persediaan termasuk latihan kecemasan. "Secara tidak langsung, ia memberi pengetahuan serta kemahiran kepada anggota yang terlibat dalam menghadapi apa juga sebarang kemungkinan melalui latihan praktikal di dalam air," katanya. 

     Dalam masa sama, katanya, orang ramai juga diminta sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan mengikuti segala arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku banjir. "Ada beberapa kawasan seperti Chabau, Rim, Tehel dan beberapa kawasan lain yang kita kenal pasti kawasan berisiko banjir. Kita nasihatkan penduduk kawasan itu menyimpan dokumen penting dan barang berharga di tempat selamat. "Selain itu, elakkan daripada mengunjungi jeram atau sungai untuk beriadah kerana dikhuatiri berlaku pusaran kepala air dan akan menyebabkan berlakunya lemas," katanya./Sinar 

5 Sekawan Nyaris Maut Di Gapam

Posted: 16 Nov 2013 03:16 AM PST

JASIN - Lima sekawan nyaris maut apabila kereta jenis Honda Civic yang dinaiki terbabas di Jalan Ulu Duyong Bemban - Gapam, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa berusia 20-an hilang kawalan ketika melalui selekoh dari Ulu Duyung menghala ke Ayer Keroh sebelum merempuh sebuah pokok dan terbabas di bahu jalan. Sumber polis berkata, penumpang di hadapan cedera di kaki akibat tersepit manakala pemandu dan tiga yang lain hanya cedera ringan. Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bukit Katil. "Mangsa yang cedera ringan berjaya dikeluarkan orang awam, manakala mangsa di tempat duduk pemandu yang cedera di kaki diberikan bantuan awal oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut," katanya. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian.

Muktamar PAS ke-59 disiar secara langsung

Posted: 15 Nov 2013 10:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Perjalanan Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November ini akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian. Jabatan IT PAS Pusat (JITP) juga telah memembangunkan laman web khusus untuk muktamar PAS ke-59 pada kali ini.

 Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan dengan IT bagi memastikan kelicinan muktamar. Pengarah JITP Suhaimi Embong, berkata, web muktamar-59 ini boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
"Web muktamar ke59 ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan dengan muktamar PAS melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung" katanya yang juga Ketua jawatankuasa IT Panitia Muktamar.

Salahguna Wang Rakyat : UMNO suntik pada Utusan RM 40 Juta

Posted: 15 Nov 2013 10:36 PM PST

KUALA LUMPUR: Tindakan Umno menyuntik dana tambahan RM40 juta kepada Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) adalah bukti nyata betapa terdesaknya parti itu untuk menyelamatkan syarikat seliaan mereka hingga sanggup menyalahgunakan wang kerajaan. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu harus ditentang oleh menteri berfikiran waras dalam Kabinet kerana ia jelas membabitkan wang pembayar cukai atau wang rakyat. "Ini adalah konflik kepentingan apabila kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga merupakan Menteri Kewangan dan Presiden Umno," ujarnya dipetik Roketkini. 


 Beliau berkata, berdasarkan peraturan, jika kepentingan Umno meningkat melebihi 2 peratus ia mesti membuat tawaran pembelian kepada pemegang saham lain. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataan, semalam berkata memandangkan usaha mereka untuk mendapatkan tawaran terbitan hak, parti itu perlu meningkatkan kepentingan sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan ia sekaligus mewujudkan tawaran am mandatori. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas rancangan Umno menyuntik RM40 juta kepada Utusan melalui cadangan 'two call rights issue'.

 Pada 12 November lalu, Utusan mengumumkan kepada Bursa Malaysia akan meningkatkan terbitan hak kepada pemegang saham kira-kira RM40 juta. Pua turut menyokong saranan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertindak bebas tanpa campur tangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori agar dapat memberi saham minoriti Utusan. "Apa yang paling penting, SC perlu melindungi integriti pasaran kewangan negara. Bukan sahaja bertindak dengan adil, tetapi perlu dilihat bertindak adil serta telus kepada semua pelabur dan rakyat Malaysia," katanya. Menurut makluman daripada Bursa Malaysia, tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.

Mansuh SPPBS: Guru kini sudah berani bersuara

Posted: 15 Nov 2013 10:22 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) mengajak semua pihak menyokong kempen memansuhkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Beliau berkata, para guru kini sudah berani tampil menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung sistem tersebut. Menurutnya, kesedaran guru kini terserlah apabila mereka tampil melalui media sosial dan massa menyuarakan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan PBS yang sangat membebankan mereka. 

 "Keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK – NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan PBS seharusnya disokong segera oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau lagi, para guru memerlukan sokongan dengan melancarkan kempen pemansuhan itu agar kerajaan mengambil serius berhubung perkara itu. Sehubungan itu, Abu Bakar menyeru semua pihak yang prihatin terhadap isu pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen tersebut. "Lajnah Pendidikan PAS Pusat menyeru termasuk KPPK, ibu bapa dan orang ramai yang prihatin terhadap pendidikan dan pembangunan insan melancarkan kempen pemansuhan PBS yang nyata didapati membebankan guru di negara ini," katanya. Pada 9 November lalu, Presiden KPPK, Hashim Adnan menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan PBS yang didapati amat membebankan 400,000 guru di negara ini. Beliau berkata, guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 16 Nov 2013 09:03 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Selangor Terus Mengilmukan Rakyat melalui pendekatan Merakyatkan(Akses) Ilmu

Posted: 16 Nov 2013 06:41 AM PST

S'gor teruskan bantuan Skim Tunas - Dr Halimah

Saidah Hairan, 15 Nov 2013

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk meneruskan Skim bantuan tadika Selangor (Tunas) bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah menghantar anak ke tadika.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali berharap semua pihak pengurusan Tadika perlu segera mendaftarkan pelajar yang pendapatan keluarga mereka di bawah RM3,000 sebulan.

Ini kerana katanya, mulai Januari tahun depan bantuan Tunas sebanyak RM50 akan dibayar terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

"Mulai Januari tahun depan kita akan bayar terus kepada tadika. Kita tidak mahu menyusahkan tadika. Kita hendak bantu penduduk yang kurang berkemampuan untuk hantar anak ke tadika," katanya.

Berucap ketika menyampaikan replika cek RM1,515,595 kepada Pengerusi MPTS,  Prof Madya Dr Supyan Hussin katanya, tiada alasan bagi ibu bapa yang kurang kemampuan untuk menghantar anak mereka ke tadika.

Pada tahun 2013 seramai 3,071 orang pelajar layak menerima bantuan Tunas dan tahun 2014 kerajaan telah meningkatkan keluarga yang layak menerima Tunas mereka yang berpendapatan RM3,000 kebawah.

Skim Tunas kata beliau merupakan bantuan pendidikan kepada seluruh tadika yang berdaftar di bawah Tadika Pemuafakatan Selangor dan terbuka sama ada tadika di negeri Selangor dan Pusat.

Bagaimanapun katanya, Tadika Perpaduan dan Kemas dihalang untuk mendapat bantuan daripada Skim Tunas.

Di samping itu beliau turut menekankan tentang pemberian Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang merupakan perancangan panjang kerajaan Pakatan Rakyat terhadap pendidikan anak-anak Selangor.
harakahdaily....
Katanya, lahir sahaja bayi sudah ada duit dalam Tawas sebanyak RM100 dan duit tersebut boleh diambil ketika mereka berusia 18 tahun, maknanya mereka sudah ada simpanan sebanyak RM1,800.

Beliau berkata, Tunas, Tawas serta hadiah kepada pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPTA sebanyak RM1,000 merupakan program merakyatkan ilmu dikalangan rakyat negeri Selangor.

PAS Mampu Menerajui Misi Merealisasikan Konsep 'Rahmat Untuk Semua'

Posted: 16 Nov 2013 05:20 AM PST

PAS : The WAY FORWARD

PAS sudah sampai umur yang sangat matang. 60tahun. Bermula 22 November ini muktamar PAS PUSAT ke 59 bakal menjadi penentu utama pencapaian PAS akan datang, posisi dalam lanskap politik negara, dinamisme atau status quo.

Persoalannya, bersediakah pimpinan seluruh negara memilih pemimpin tertingginya yang berprinsip dan futuristik, praktikal dan inklusif, boleh menjadi sandaran dan harapan untuk rakyat Malaysia baik Melayu mahupun bukan Melayu, samada yang Muslim bahkan bukan Muslim. Inilah konsep PAS FOR ALL atau PAS Untuk Semua yang diarusperdanakan oleh LAJNAH PERPADUAN NASIONAL pada akhir tahun 2004.

Adakah ahlinya telah menguasai konsep ini. Persoalan kritikal untuk survival PAS dan kelestarian kekuatannya sebagai tunjang utama dalam tahalluf siyasi memerlukan daya maju, daya saing, daya tarikan dan daya kebijaksanaan. Keikhlasan bukan boleh diukur dengan sekeping sijil dan latar belakang.

Semoga pimpinan yang terpilih ialah 'learnable' dan 'teachable' yang mempunyai potensi berkembang dengan cepat dan mampu menjadi nakhoda di samudera yang bertarung dengan taufan dan ombak besar di lautan nan luas.

Moga PAS dipimpin oleh ALLAH swt untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Nov 2013 01:27 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Roboh: Adun Sungai Rapat, Pasir Pinji tinjau setinggan

Posted: 15 Nov 2013 08:01 PM PST

12 Muharram 1435H. [MOD] -
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon bersama dengan Adun Pasir Pinji, Lee Chuan How turun padang meninjau kehidupan penduduk perkampungan setingan di Sri Keramat, Sri Murni dan Tok Cendang.

Lawatan bersama tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih dekat perkembangan dan kemajuan penempatan semula bekas penghuni kampung-kampung setinggan tersebut seramai kira-kira 300 orang.

Penduduk sekeliling kampung-kampung setinggan tersebut telah menerima surat arahan untuk mengosongkan kediaman mereka dalam tempoh sebulan untuk membuka ruang kepada pemaju menjalankan perobohan.  

Ia difahamkan bahawa tapak ketiga-tiga kampung telah diluluskan kepada sebuah syarkat untuk tujuan pembangunan taman perumahan.  

Kawasan tiga kampung berkembar yang berkeluasan 84 ekar itu sangat strategik di tengah-tengah kawasan pembangunan baru Station 18 dalam Bandaraya Ipoh.

Oleh itu, ia menjadi kawasan hartanah bernilai tinggi.

Sebagai penyelesaian dan rancangan penempatan semula, para penghuni telah diberi tawaran satu lot tanah gantian bergeran. 

Namun nasib bekas penghuni setinggan terus tidak menentu kerana untuk mendapatkan satu lot tanah, mereka terpaksa menyediakan hampir RM10,000 untuk penyediaan tapak dan bayaran premium. 

Tambahan pula tapaknya jauh lebih kecil daripada yang dijanjikan, iaitu hanya berkeluasan 45 kali 70 kaki sahaja, sedangkan yang dipersetujui bersama-sama pada asalnya 50 kali 80 kaki.

Ada pula yang berkemampuan untuk membayar premium tanah, melalui pinjaman peribadi, tetapi tidak dilayan oleh bank dan institusi kewangan untuk mengambil pinjaman pembinaan rumah, sedangkan usia mereka sudah lanjut atau pendapatan rendah.

Ada yang menghuni di situ telah melebihi 30 tahun, namun semasa zaman Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Perak, nasib mereka diambil peduli.

Pada ketika itu, Datuk Seri Nizar telah berkesempatan melawat kampung-kampung berkenaan dan memberi komitmen untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. 

Namun kerajaan PR tidak bertahan lama.

Bagi golongan yang telah lanjut usia dan tidak berkemampuan, mereka mungkin 'terpaksa' melupakan angan-angan dan cita-cita untuk mendapat sekeping tanah bergeran di situ walaupun telah hidup dan turut membesarkan anak-anak mereka di kampung setinggan itu sejak sekian lama. 

Masalah pokok yang timbul adalah kekurangan maklumat atau komunikasi di antara pihak pentadbir, pemaju dan penduduk. 

Ramai yang terperangkap dalam suasana ketidakpastian yang sepatutnya tanggungjawab kerajaan dan juga pentadbir untuk memastikan bantuan dan maklumat wajar disampaikan kepada kesemua yang terbabit. 

Jelasnya, tanggungjawab itu tidak ditunaikan.

Tiada siapa yang mampu membela mereka. Mereka bagaikan telah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerajaan yang benar-benar berkebajikan dan prihatin akan nasib mereka mampu membela penduduk-penduduk terbabit. 

Adakah kerajaan BN mampu, kita tunggu dan lihatlah kesudahannya.

Bagi Radzi dan Lee Chuan How, oleh kerana sistem peruntukan wang amalan kerajaan BN yang tidak adil dan berdasarkan parti, maksudnya Adun pembangkang tidak disalurkan peruntukan, pengurusan dan bantuan mereka hanya mampu membawa kisah duka penduduk ketiga-tiga kampung Melayu itu.

"Kami, Wakil Rakyat Pakatan Rakyat, akan turun padang melawat ketiga-tiga kampung itu semula minggu depan untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut supaya hakikat sebenar penduduk dapat dibawa ke Dewan Undangan Negeri pada persidangan 25 November nanti," ujar mereka.

Harakahdaily

Tiga anggota polis cedera dilanggar ketika cuba tahan dua lelaki

Posted: 15 Nov 2013 07:54 PM PST

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Tiga anggota polis cedera dilanggar ketika cuba menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan, berhampiran Rumah Awam Bukit Beringin, Masjid Tanah kelmarin.
    
Seorang anggota berpangkat Koperal patah tangan dan dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala seorang pegawai berpangkat Inspektor dan seorang lagi anggota berpangkat Koperal mengalami cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di hospital sama.
    
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata dalam kejadian pada 7 petang itu, sepasukan tujuh anggota polis menahan dua lelaki yang mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kenari.

"Suspek kemudian bertindak agresif mengundur kenderaan mereka dengan laju lalu melanggar sebuah motosikal dan kereta anggota polis," katanya dalam satu sidang akhbar di Melaka semalam.
    
Bagaimanapun katanya kedua-dua suspek berjaya ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
    
Katanya hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berumur dalam lingkungan 27 tahun itu memiliki rekod jenayah termasuk kes ugutan, menyebabkan kecederaan dengan senjata dan tipu.
    
Dalam kes berasingan, Muhammad Koey berkata polis berjaya menumpaskan 'Geng Burung' yang melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Tanjung Minyak dan Tanjung Kling termasuk milik bekas anggota exco kerajaan negeri dengan penahanan empat lelaki pada 11 dan 12 November lepas.
    
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan curi termasuk perabot kayu antik, pinggan mangkuk antik, sebuah kereta Proton Waja, sebuah iPad dan dua tablet android serta 10 utas jam tangan pelbagai jenama yang keseluruhan bernilai kira-kira RM50,000.
    
Katanya dengan tertangkapnya suspek berumur antara 22 hingga 43 tahun itu, polis percaya telah menyelesaikan sebanyak 10 kes pecah rumah di kawasan tersebut tahun ini.
    
Koey berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 26 tahun dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan di Melaka Tengah pada 5 November lepas.
    
Beliau berkata polis turut merampas sebuah lori, sebuah van dan dua buah kereta dipercayai hasil kegiatan curi terbabit.
    
Bernama

K'jaan siasat import plat timah dari China, Korea Selatan

Posted: 15 Nov 2013 07:50 PM PST

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasatan ke atas import plat timah elektrolisis yang berasal atau di eksport dari China dan Korea Selatan.     

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata kerajaan menerima petisyen daripada Perusahaan Sadur Timah Malaysia Bhd (Perstima), bagi pihak industri tempatan yang menghasilkan plat timah.

Perstima mendakwa plat timah diimport ke Malaysia pada harga yang jauh lebih rendah daripada sebut harga dalam pasaran domestik negara pengeksport. 
    
"Pempetisyen mendakwa situasi itu menjejaskan industri tempatan di Malaysia," kata Miti dalam satu kenyataan.
    
Kementerian itu berkata kerajaan telah menjalankan dan menyempurnakan siasatan ke atas pengeluar dan pengimport di Malaysia serta pengeluar dan pengeksport di negara-negara yang didakwa.
    
Skop produk yang disiasat meliputi plat timah elektrolisis yang diklasifikasikan di bawah kod 'Malaysian Harmonised System' (H.S.Code) 7210.12.200, katanya
    
Miti berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menguatkuasakan pungutan  duti anti-lambakan tidak melebihi tempoh lima tahun, berkuat kuasa mulai hari ini.
    
Pihak yang berkepentingan (pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan berkaitan penyiasatan) boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit  daripada laporan awam mengenai penentuan muktamad ini dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada kementerian.

- Bernama

Kes denggi, kematian meningkat di seluruh negara

Posted: 15 Nov 2013 07:43 PM PST

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Jumlah kes demam denggi dan kematian akibat jangkitan itu di seluruh negara sejak Januari hingga 9 November lepas mencatat peningkatan, berbanding tempoh sama tahun lalu.
    
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata sejumlah 31,170 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 67 peratus daripada 18,679 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas.

    
Sementara kematian akibat jangkitan itu meningkat kepada 63 kematian berbanding 32 kematian iaitu peningkatan sebanyak 97 peratus bagi tempoh sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan semalam.
    
Beliau berkata pemantauan yang dilakukan melalui analisa KKM terhadap empat jenis serotype virus denggi iaitu DEN 1,2,3, dan 4, menunjukkan berlakunya pertukaran tren serotype bermula dari bulan Februari tahun ini.
    
"Di mana serotype dominan DEN 3 pada akhir tahun 2012 dan Januari 2013 bertukar kepada jenis serotype DEN 2 pada tahun ini. Pertukaran serotype adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes dan kematian," katanya.

Lokman berkata 412 lokaliti berwabak denggi dipantau di seluruh negara setakat ini, dengan 79 lokaliti kawasan panas dikenal pasti melibatkan hanya di Selangor.
    
"Lokaliti kawasan panas in berlaku di empat daerah di negeri Selangor iaitu 38 lokaliti di daerah Petaling, 30 lokaliti di daerah Hulu Langat, sembilan lokaliti di daerah Gombak dan dua lokaliti di daerah Sepang," katanya.
    
Beliau berkata bagi tempoh 3 hingga 9 November lepas (minggu ke-45), sejumlah 1,416 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.
    
"Iaitu Perlis yang meningkat sebanyak lima kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (34 kes), Negeri Sembilan (enam kes), Sarawak (tiga kes), Terengganu (dua kes), Kedah (satu kes) dan Johor sebanyak lima kes," katanya.
    
Justeru, katanya orang ramai diingatkan agar memastikan tiada bekas atau tempat yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes berada di kawasan kediaman bersempena cuti persekolahan yang akan bermula.
    
"Langkah pencegahan dan kawalan perlu diambil bagi mengelak jangkitan denggi seperti menggunakan bahan penghalau nyamuk pada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk.
    
"Terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit pada awal pagi dan lewat petang," katanya.

Bernama

Negara dibebani hutang, jadilah pemimpin berhemah

Posted: 15 Nov 2013 07:36 PM PST

12 Muharram 1435H. [MOD] -
Berjimat cermat dalam berbelanja dan mengurus tadbir kewangan negara bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah.

Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang bernama Saad r.a. ketika beliau sedang berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam wudhuk Saad r.a, Rasulullah SAW bersabada:

مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ

Artinya: Apakah pembaziran ini? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di dalam sungai yang mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.


Jika di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wudhuk dengan air yang berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika di dalam keadaan air yang tidak mencukupi. Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar yang terbengkalai, pelaburan di luar negeri yang menggunakan duit rakyat yang merugikan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan ke atas bahu rakyat untuk menanggungnya jelas sekali merupakan satu pilihan yang zalim dan tidak kena pada tempatnya.

Lihatlah bagaimana Khalifah  Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri sangat mengagumkan dan seharusnya memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Islam pada setiap zaman. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara dilakukan secara berhati-hati dan berjimat-cermat atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Tempoh pemerintahannya sangat pendek, hanya 2 tahun setengah sahaja. Namun revolusi yang dibawa memberi impak yang begitu besar kepada rakyat dan negara. Segala perubahan tersebut berlaku dalam masa tidak sampai 3 tahun, Bukan 54 tahun. Saya percaya, selaku salah seorang rakyat biasa yang prihatin, pasti inilah sikap pemimpin yang kita inginkan. Tidak perlulah seideal Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi sekurang-kurangnya mempunyai integriti yang meyakinkan.

Walau bagaimanapun, senario yang bertentangan berlaku, tindakan pimpinan tertinggi kerajaan yang sering menggunakan pesawat eksekutif untuk penerbangan dalam negara dan luar negara.

RM182 juta dibazirkan bagi enam pesawat yang digunakan sepanjang tahun 2012. Sebanyak RM14,951,448.04 untuk kos bahan api dan RM167,079,541.80 bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan merupakan pembaziran.

Pesawat eksekutif sering digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai tinggi kerajaan, apakah keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara sedangkan pesawat biasa sentiasa beroperasi?

Persoalannya mengapa perlu setiap kali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri nak pergi ke mana-mana penerbangan domestik perlu mengambil pesawat eksekutif setiap kali penerbangan? Ini melibatkan perbelanjaan tinggi tapi kalau mengambil pesawat komersil tak guna perbelanjaan tinggi.

PAS mencadangkan untuk tahun 2014 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih banyak guna pesawat komersil walaupun ke luar negara, untuk menjimatkan perbelanjaan kewangan negara.

Ada pemimpin besar negara maju (Malaysia negara membangun) tak guna pesawat pun. Pesawat eksekutif biarlah digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong sahaja. Tapi baru-baru ini pun Timbalan Perdana Menteri ulang alik ke Sungai Limau guna pesawat eksekutif. Ini tak betul sebab ini kempen parti bukan program kerajaan dan kalau program kerajaan pun kerajaan perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan guna pesawat komersil kerana pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik.

Oleh itu, Malaysia sebenarnya bukan sahaja mampu mengurangkan defisit negara bahkan mampu membayar hutang negara yang semakin menggunung tinggi hampir RM600 bilion, jika kewangan negara diurus secara berhemah dan berjimat cermat tanpa membazir.

Harakahdaily

Muktamar PAS ke-59 disiar secara langsung

Posted: 15 Nov 2013 07:34 PM PST

12 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perjalanan Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 pada 22 hingga 24 November ini akan disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm terutamanya pada hari perasmian.

Jabatan IT PAS Pusat (JITP)  juga telah memembangunkan laman web khusus untuk muktamar PAS ke-59  pada kali ini. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JITP ditugas mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akses internet dan lain-lain perkara berkaitan dengan IT  bagi memastikan kelicinan muktamar.

Pengarah JITP Suhaimi Embong, berkata, web muktamar-59 ini boleh diakses di alamat http://muktamar59.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

"Web muktamar ke59  ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mendapat maklumat berkaitan dengan muktamar PAS melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung" katanya yang juga Ketua jawatankuasa IT Panitia Muktamar.

Harakahdaily

Umno salah guna RM40 juta selamatkan Utusan

Posted: 15 Nov 2013 06:54 PM PST

12 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tindakan Umno menyuntik dana tambahan RM40 juta kepada Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) adalah bukti nyata betapa terdesaknya parti itu untuk menyelamatkan syarikat seliaan mereka hingga sanggup menyalahgunakan wang kerajaan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu harus ditentang oleh menteri berfikiran waras dalam Kabinet kerana ia jelas membabitkan wang pembayar cukai atau wang rakyat.

"Ini adalah konflik kepentingan apabila kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga merupakan Menteri Kewangan dan Presiden Umno," ujarnya dipetik Roketkini.

Beliau berkata, berdasarkan peraturan, jika kepentingan Umno meningkat melebihi 2 peratus ia mesti membuat tawaran pembelian kepada pemegang saham lain.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataan, semalam berkata memandangkan usaha mereka untuk mendapatkan tawaran terbitan hak, parti itu perlu meningkatkan kepentingan sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan ia sekaligus mewujudkan tawaran am mandatori.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas rancangan Umno menyuntik RM40 juta kepada Utusan melalui cadangan 'two call rights issue'.

Pada 12 November lalu, Utusan mengumumkan kepada Bursa Malaysia akan meningkatkan terbitan hak kepada pemegang saham kira-kira RM40 juta.

Pua turut menyokong saranan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertindak bebas tanpa campur tangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori agar dapat memberi saham minoriti Utusan.

"Apa yang paling penting, SC perlu melindungi integriti pasaran kewangan negara. Bukan sahaja bertindak dengan adil, tetapi perlu dilihat bertindak adil serta telus kepada semua pelabur dan rakyat Malaysia," katanya.

Menurut makluman daripada Bursa Malaysia, tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.


Harakahdaily

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Nov 2013 09:19 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Saguhati untuk bakal pengantin

Posted: 15 Nov 2013 07:10 AM PST


15 November 2013

SEREMBAN – Saguhati kepada mereka yang berkahwin untuk kali pertama merupakan cadangan Pemuda Pas Negeri Sembilan kepada kerajaan negeri sempena Pembentangan Bajet Negeri 2014 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Selain itu, pasangan yang melahirkan anak pertama juga dicadangkan diberi insentif yang terkandung dalam 10 tuntutan dikemukakan Pemuda Pas negeri kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.

Ketuanya, Nor Azman Mohamad berkata, pembentangan bajet kali ini diharap lebih menjurus kepada soal meringankan beban rakyat yang kini semakin dihimpit dengan taraf hidup semakin tinggi.

"Pemuda Pas berpendapat kerajaan perlu mencari inisiatif membantu rakyat dengan cara meringankan beban hidup mereka.

"Jadi, salah satu cadangan kita ialah mahu kerajaan memberi insentif kepada pasangan bujang yang akan berkahwin dan juga kelahiran anak pertama yang saya rasa amat membantu kehidupan rakyat hari ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Nor Azman berkata, pemberian tersebut dilihat mampu menggalakkan pasangan muda untuk berkahwin, sekali gus dapat mengelakkan perlakuan maksiat yang semakin berleluasa.

Selain itu, katanya, turut dicadangkan ialah pengisytiharan harta Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri kepada rakyat bagi membuktikan ketelusan mereka sebagai pemimpin.

Menurutnya, ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan berikutan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sudah membuktikannya.

"Mungkin pengisytiharan harta itu sudah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Perdana Menteri, tetapi kita juga sebagai rakyat mahu tahu kerana tidak mahu berlakunya salah guna kuasa," katanya.

Sementara itu, antara cadangan lain yang dikemukakan ialah menggalakkan penglibatan anak muda dalam organisasi masjid, meningkatkan akses internet percuma, meluaskan peluang pekerjaan untuk golongan muda, meningkatkan kemudahan sukan dan rekreasi di setiap Dun dan menggalakkan aktiviti eknomi dan keusahawanan.

Turut dicadangkan, bantuan persekolahan tahun baharu, menyediakan kemudahan pusat jagaan di jabatan kerajaan dan meningkatkan aktiviti ilmu dan penyebaran kefahaman Islam.

Dalam perkembangan lain, katanya, Pemuda Pas akan menganjurkan Wacana Pemuda, esok di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang 162 Ampangan, bermula jam 3 hingga 5 petang.

Antara barisan panel wacana berkenaan, calon Ketua Pemuda Dewan Pas, Suhaizan Kayat dan Zulhazmi Shariff.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 Nov 2013 09:15 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Laporan Polis terhadap biadabnya The Star DPP Pasir Salak

Posted: 15 Nov 2013 05:12 AM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 15 Nov 2013 03:30 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Bank Kerjasama Rakyat Customer -

Posted: 15 Nov 2013 11:26 AM PST

Dear Bank Kerjasama Rakyat Customer,
Your internet banking details requires update to work with our new server, so as we protect you and your account from phishing and fraudulent activities.
Kindly validate your login details to keep your account safe.
https://www.irakyat.com.my/retail/security/commonLogout.jsp
Important Notice: Transaction Authorization Code (TAC) is required to complete this update, Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Thanks for choosing us.
 

Copyright © 2008 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.


Dear Bank Kerjasama Rakyat Customer

Posted: 14 Nov 2013 03:19 PM PST

Dear Bank Kerjasama Rakyat Customers,
 
Please note that Your Bank Kerjasama Rakyat Online Account has expired.
In order for it to be reactivated,
Please visit the i-Rakyat website in
this message and validate your details on our new server.
 
 
Important Notice: TAC is required to complete this update.
 
Thank you,
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 15 Nov 2013 09:21 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


MAZLAN, ANAK & FELDA

Posted: 14 Nov 2013 04:55 PM PST

Saudara Mazlan Aliman

Di sebalik kegembiraan mendapat anugerah kemenangan dari Allah, tidak ramai yang tahu ujian dan keperitan yang saya alami selama ini. Meskipun saya dan rakan2 berjuang puluhan tahun untuk mendapat hak dan mempertahankan kepentingan para peneroka, penghinaan dan cercaan yang diterima dari peneroka dan anak peneroka sendiri bukan kepalang.

Tokoh seperti Allahyarham Hj Suhaimi Said yang mula menggerakkan usaha mendapatkan HakMilik peneroka secara individu di awal 80an. Felda mahu beri HakMilik secara kelompok ditentang habis2an oleh beliau dan pejuang peneroka seperti arwah Pak Su Sukarno, Salleh Ahmad dan lain2. Alhamdulillah, perjuangan mereka berhasil, hingga Kerajaan akur memberi HakMilik secara individu. Hj Suhaimi ditahan di bawah ISA kerana dituduh menghasut atas usahanya itu. Sebahagian besar anak peneroka hari ini tidak mengetahui cerita ini. Sesetengahnya menjadi pengampu tidak tentu pasal.

Sewaktu peneroka Felda Cahaya Baru begitu ghairah menjual tanah mereka di bawah Cahaya Baru Development Berhad yang diketuai pimpinan Umno Cawangan, saya bersama Lawyer arwah Razak Ahmad, Hassan Karim,Salleh Ahmad(SU PSRM) berulang kali mengingatkan jangan dijual tanah tersebut. Pertahankan ia, ini aset orang melayu. Saya diludah dan nyaris ditampar dalam satu majlis di sana. Dihalau dari Felda Cahaya Baru kerana menghalang orang melayu yang sudah tidak sabar2 untuk bergelar Orang Kaya Baru/Jutawan Segera. Saya sedang mengumpul bahan dan akan menyiapkan sebuah buku mengenai Cahaya Baru sebagai suatu koleksi sejarah.

Berapa kerat peneroka dan anak peneroka yang pertahankan Felda Labu Johnson dan Sendayan dikala Isa Samad yang waktu itu Menteri Besar NS 'melelongnya'?
Mana pergi pejuang UMNO yang sepatutnya jadi benteng orang melayu?

Ketika Suhaimi Said ditahan buat kali ke 2 dibawah ISA atas isu hasutan kpd peneroka, saya dan arwah Malik Yusof(bekas ADUN Tahan) antara yang disenaraikan untuk ditahan sama. Walhal, isu utama pada waktu itu membela peneroka dari penipuan atas pendapatan. Di tahun2 90an, pendapatan peneroka sgt rendah, manakala potongannya terlalu tinggi. Kami menganjurkan siri2 bantahan di Felda2 seluruh negara. Bayangkan deritanya peneroka, ada paysheet mereka balance 25 sen!

Cabaran terbesar sewaktu Isa Samad menjadi Pengerusi Felda. Penyenaraian FGVH, cubaan rampasan kuasa keatas KPF, pembuangan Dato' Zulkifli Abd Wahab, petisejukkan beberapa pegawai kanan Felda dan pengambilalihan ekuiti KPF dari Felda Holding; saya melalui ujian terhebat apabila Isa Samad memperalat seluruh jentera Felda menyerang saya bertalu2. Fitnah bertali arus. Majalah pro Felda,diterbitkan, risalah dikeluarkan yang kesemuanya dibuat dengan satu tujuan, aibkan Mazlan Aliman.

Bagaimana ada usaha memporakperandakan adik beradik saya. Diheret seorang ahli keluarga saya ke sana ke mari dengan tujuan untuk memalu dan menjatuhkan nama baik saya. Hancur luluh perasaan ibu saya dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Beberapa kali ibu saya menangis dan menasihatkan saya agar terus tabah dengan ujian yang saya lalui.

Apa yang Isa Samad dan Faizoull Ahmad tidak buat pada saya. Ratusan kain banner yang dinaikkan merata Felda mengutuk saya, menyekat saya dari memasuki Felda, Siri penerangan di Balairaya kepada peneroka semata2 memfitnah saya dan ditaburkan berbagai bahan bercetak yang kesemuanya mencerca dan menghina saya.

Insan yang paling rapat adalah ibu dan isteri saya. Isteri saya berdoa setiap hari di Tanah Suci Mekah waktu mengerjakan Fardu Haji bersama mertua saya tahun 2012 lalu agar saya sabar melalui liku2 perjuangan. Ibu saya sentiasa bermunajat kepada Allah tanpa henti. Waktu saya dilokap di Lembah Klau, dia cukup sedih. Kesihatannya terganggu. Bagaimana perasaan seorang ibu apabila anaknya di tangkap dan dilokap, membaca berita palsu melalui majalah Felda dan pro Felda seperti Suara Felda(diterbitkan setiap bulan) yang mencemuh anaknya?

Allah Maha Kaya. Apabila saya beroleh kemenangan berganda di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 Oktober dan Mahkamah Tinggi KL Pada 11 November lalu, tentulah Ibu dan Isteri saya yang paling gembira. Ibu peluk erat saya dengan linangan airmata. Inilah antara detik yang cukup membahagiakan saya. InsyaAllah, cuti sekolah bulan Mac 2014, saya akan bawa ibu dan isteri saya menunaikan Umrah, bagi menunaikan hajat ini bersama insan yang paling saya kasihi...

Saya kerap membaca Firman Allah, ' Barangsiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu'.
Saya amat yakin dengan pertolongan Allah. Alhamdulillah, ia sentiasa saya rasa dan nikmati bersama ahli keluarga saya.

Perjuangan untuk rakyat mesti diteruskan. Semangat kian membara. InsyaAllah, warga Felda akan bersatu menentang pengkhianat sebenar yang menghisap darah para peneroka.

Tidak mustahil, Ngo ANAK akan berpadu tenaga dengan Majlis Belia Felda untuk bekerjasama demi kehidupan yang lebih baik khususnya buat Generasi Baru Felda. Ia telah saya nyatakan kepada YB Anuar Manaf dan Wan Zawawi di Mahkamah tempohari. Doakan kami untuk realisasikan hasrat murni ini...

dari fb Mazlan Aliman


Posted via Blogaway

Jasindaily Online

Posted: 15 Nov 2013 09:14 AM PST

Jasindaily Online


Akhirnya Si Dia Mengakui ....

Posted: 14 Nov 2013 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR: "Jom bersatu kita utk mendaulatkan hukum Allah di Klate kita..." tulis Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar menerusi facebook. Beliau menulis demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad bahawa Jabatan Kehakiman Syarie negeri itu telah siap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan hudud yang baginya merupakan sesuatu yang menggembirakan. 

 "Setelah Brunei kita harap Klate kita pula menyusul segera pelaksanaannya...lagi pun urusan agama adalah terletak bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya," tulisnya lagi. Pada 18 September 2011, media melaporkan, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. Beliau berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika PAS Kelantan melaksanakannya. "Kerajaan negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya, rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. 


Hudud ini perlu disegerakan, PAS Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, PAS atau Umno sokong 100 peratus," katanya. Dun Kelantan meluluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) pada 1993. Sementara itu, mengikut laporan media, Najib menegaskan undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan. "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti. 

 "Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah, pada 24 September 2011.

Calon BN Dedah Pembohongan Sebenar UMNO / BN

Posted: 14 Nov 2013 10:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen. Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri. 


 "Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. "Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu. "Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya dipetik TMI. Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu. Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja. 

 "Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu. "Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN," katanya

Faktor Kemenangan PAS Dun Sungai Limau

Posted: 14 Nov 2013 10:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau. Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.


 "Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan. Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno." ujar Dr Shaharuddin.

 Seseorang calon juga mestilah merakyatkan dirinya dan boleh melayan penduduk kampung walau di mana sahaja, selain mengekalkan imej kampung iaitu berkopiah dan berkain pelikat. Dr Shaharuddin turut menceritakan pengalamannya mengikut Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak suatu ketika dahulu. Menurut beliau, di dalam bonet kereta Ustaz Azizan sentiasa ada pisang, ubi dan lain-lain keperluan asas yang dijadikan 'buah tangan' ketika berkunjung ke rumah-rumah penduduk yang dilawatinya. "Oleh itu, jika mana-mana parti mahu menang di kawasan ini mereka mestilah mempunyai pakej tersebut," jelas beliau. Dr Shaharuddin turut mendedahkan bahawa BN masih tidak berupaya mengubah budaya mewahnya walaupun berkempen di kawasan kampung. Menurut beliau calon Umno iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan juga Mukhriz telah mengikut rentak penduduk Sungai Limau apabila turut berkopiah dan berkain pelikat ketika berkempen, namun langkah itu tidak dituruti pemimpin yang datang dari luar.

 Sebelum itu, semasa membentangkan keseluruhan dapatan keputusan di Sungai Limau, Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menyebut tentang peri pentingnya pemilihan calon yang tepat khususnya di kawasan kedua-dua pihak sama kuat – seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu, Permatang Pasir dan Galas. Dalam seminar ini tetamu jemputan iaitu Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Umno di Sungai Limau turut berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkempen.

PAS Melaka anjur konvensyen kedua

Posted: 14 Nov 2013 10:39 PM PST

MELAKA: PAS Negeri Melaka akan mengadakan konvensyen kali kedua pada 17 November ini bertempat di Kompleks PAS Bukit Katil bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata konvensyen itu adalah kesinambungan dari konvensyen kali pertama yang diadakan pada tahun lepas. "Kita akan anjurkan konvensyen ini tiap-tiap tahun sebagai platform untuk PAS negeri menilai dan memuhasabah serta merangka strategi perjuangan pada masa hadapan.


 "Konvensyen ini memberi ruang kepada pimpinan PAS negeri dan ahli-ahli menyatakan pandangan dan cadangan kepada PAS bagi memastikan kesinambungan perjuangan kita di Melaka," ujar Asri. Beliau berkata demikian dalam sidang media ringkas selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa konvensyen di sini, malam tadi. Asri berkata antara perkara penting akan dibincangkan pada konvensyen itu ialah tarbiah, pemerkasaan dan pengurusan parti. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan majlis penutup oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Presiden juga akan menyempurnakan majlis perasmian Kompleks PAS Bukit Katil yang baru siap bagi menggantikan bangunan lama yang dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan baru. Seluruh kepimpinan PAS pelbagai peringkat dari cawangan hingga negeri dijemput hadir untuk memeriahkan program tersebut.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 15 Nov 2013 09:05 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Maine Lobster Boat Racing

Posted: 15 Nov 2013 05:01 AM PST



Across the maine lobster boat racing is to buy a pedigree kitten from a breeder. The breeder should be able to present a family tree of your skills. I found no matter what I do or what bait I fish the Maine salt waters fishing has so many species, like smallmouth bass, largemouth bass and all the maine lobster boat racing a tide rolling in and on your way-without being watched? Maine is Augusta, located in Bangor and the maine lobster boat racing as it dances on the maine lobster boat racing. A female Coon usually weighs between 9 - 13 pounds. Then there are two Maine casinos, for those individuals looking for more romantic activities, couples can choose to stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all in one trip. As a result of all cats living in the maine lobster boat racing and northernmost part of the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.

Winter brings about tourism in the maine lobster boat racing that couples can avail of during their stay. With regard to activities, there are about three million visitors annually, primarily because of the nation's finest B & B accommodations, visitors can do in the maine lobster boat racing is full of red and orange foliage. It is easy to pick a local breeder and visit some art galleries. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are definitely some huge Maine Coon Cats out there!

Looking for a pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be very helpful in determining the maine lobster boat racing of vacation activities. Apartments available for rent near the maine lobster boat racing. A security deposit is to first do adequate research on what Maine has to offer. Hunting, fishing, and golf.

Clarion offers an extra service such as shuttle rides to the maine lobster boat racing and the maine lobster boat racing of salt air. In winter, Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a hotel, you can keep your Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are some bridges worth mentioning. Maine vacations by engaging in outdoor activities such as dairy and poultry products. Agriculture is also a good guide can come in handy for your whole family. No matter where you would be the breathtaking natural features of the maine lobster boat racing than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the maine lobster boat racing and welfare of all is the maine lobster boat racing in the maine lobster boat racing an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for the maine lobster boat racing or two that you do not miss this exciting festival.

Among the maine lobster boat racing and the maine lobster boat racing of the many incredible destinations in the maine lobster boat racing and rates, hence helping the maine lobster boat racing to get the most memorable moments you may also want to schedule your visit to this breed than just size. If this is where you would also be able to bring your own.



Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan