CINA ISLAM (林川興) Posted: 11 Nov 2013 01:16 AM PST 644 terima pingat sempena keputeraan Sultan Kelantan Posted: 10 Nov 2013 07:47 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] - Ketua Istiadat Istana Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal mengetuai senarai 644 penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-44 hari ini. Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di Kota Baharu, Dr Tengku Mohamed Faziharudean dianugerah gelaran kebesaran daripada Sultan Muhammad V itu yang membawa gelaran Tengku Kaya Perkasa.
Seramai 34 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului oleh Penasihat Kepada Tengku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Datuk Nik Kamaruddin Ismail yang merupakan penerima tunggal Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).
Sementara itu Pengurus Besar Tan Chong Motor Group Datuk Nadzam Mohd Din merupakan penerima tunggal untuk anugerah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) manakala Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK). Kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.
Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima.
Mereka ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Captain Airbus A380 Fleet Malaysia Airlines Flight Operations Division Kapten Datuk Zulkifly Zainal Abidin.
Seramai empat orang menerima Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Speaker Kelantan Abdullah Ya'kub dan Exco Kerajaan Kelantan Hanifa Ahmad pula adalah antara enam penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk.
Empat lagi penerima darjah kebesaran itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tawang daripada PAS Hassan Mohamood, Adun Bukit Bunga daripada Barisan Nasional Mohd Adhan Kechik, Akauntan Chua&Chu Chartered Chua Eyu Bee dan Tengku Rozanna Petri Tengku Mohamed Nasrun.
Pengarah Urusan Bandar Kinrara Properties Sdn Bhd Yeo Boon Leong pula adalah penerima tunggal darjah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk.
Ketua Jabatan Anestesiologi dan Pakar Bius Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Brig Jen Dr Suhaimi Che Mat dan Panglima Kejuruteraan Markas Kejuruteraan Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Pertama Datuk Wan Othman Wan Abdul Rahman dianugerah darjah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk.
Pengarah Artileri Markas Tentera Darat Brig Jen Nordin Salleh adalah penerima tunggal bagi darjah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk.
Sultan Kelantan turut menganugerahkan darjah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang juga membawa gelaran Datuk kepada 10 penerima.
Mereka ialah Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ahamad Sabki Mahmood, Duta Besar Malaysia ke Myanmar Dr Ahmad Faisal Muhamad, Pengurus Besar (Operasi Domestik) Lembaga Tabung Haji Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan Arifin Che Mat, Penolong Pengurus Besar Sumber Manusia Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Mahmud Muhayyidin Mohamed Nawi.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan Mat Rahim Ismail, Pensyarah Diploma Qiraat dan Taranum Jabatan Al-Quran dan Hadis Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Nik Jaafar Nik Ismail, Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Nik Mohamad Shukri Nik Yahya, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Dr Siti Norlasiah Ismail dan Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Wan Hashim Wan Jusoh.
Empat penerima dikurniakan darjah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Akauntan Negara (Operasi) Jabatan Akauntan Negara Hawazain Shaari, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Abd Majid, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah dan Pengarah JKR Kelantan Ir Syed Abdul Rahman Syed Abdullah.
Seramai 14 orang menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), 10 orang menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK), 47 individu menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK), 76 orang menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) dan 61 orang menerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK).
Seorang daripada penerima ASK itu ialah Penyunting di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Santhy Devi A/P Ayadurai.
Bagi penerima Bintang-Bintang pula, seramai 30 orang menerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 45 orang Bintang Seri Kelantan (SK) dan 90 orang Bintang Ahli Kelantan (AK) manakala 53 orang menerima Pingat Bakti (PB), 83 Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 48 Pingat Taat (PT) dan 39 Pingat Perangai Baik (PPB).
Tiga lagi menerima Surat Kepujian dan sembilan menerima Jaksa Pendamai.
Pada majlis hari ini seramai 252 menerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai daripada Sultan Muhammad V manakala baki penerima yang lain akan diadakan pada tarikh lain.
- Bernama | Pemuda PAS gesa Majlis Raja-Raja campur tangan Posted: 10 Nov 2013 07:39 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sudah tiba masanya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja campur tangan di atas kesedaran bahawa keresahan rakyat sedang memuncak ekoran pembunuhan yang sering berlaku kebelakangan ini.
Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan merakamkan rasa sedih dan kesal dengan kejadian tembak bunuh ke atas Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek petang semalam.
Katanya, kejadian dahsyat ini yang berlaku di kediaman Allahyarham, disaksikan pula oleh ahli keluarga almarhum merupakan satu lagi bukti bahawa insiden jenayah berat khususnya yang melibatkan senjata api semakin tidak terkawal dan telah menjadi lebih menggerunkan.
"Dengan rentetan kes jenayah tembak dan culik sejak kebelakangan ini, maka apakah Malaysia kita ini masih aman?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Katanya, Pemuda PAS tegas mengutuk insiden pembunuhan itu sebagai satu tindakan keji tidak berperikemanusiaan dan mendesak agar Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan kepimpinan tertinggi PDRM tidak berdiam diri dan memberi respons segera terhadap kejadian itu.
Katanya, kedamaian dan keamanan awam telah terancam dan hakikatnya, tidak ada mana-mana individu atau keluarga yang kini boleh terlepas dari jangkauan perilaku jenayah.
Baginya, apa sahaja statistik dan indeks jenayah yang diangkat pemerintah untuk melukis gambaran-gambaran indah mengenai kesentosaan suasana cumalah angka kosong yang jauh dari realiti.
"Cukuplah dengan sandiwara ini! Rakyat telah jemu dan kini rakyat sedang hidup dalam kebimbangan.
"Saya merasakan sudah tiba masanya untuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja campur tangan di dalam perkara ini di atas kesedaran bahawa keresahan rakyat sedang memuncak," ujarnya lagi.
Katanya, kesimpulan pemerintah dan PDRM mengenai situasi jenayah di dalam negara sudah menjadi bahan politik semata-mata dan tidak boleh dipercayai lagi.
"Maka suatu penilaian jujur diperlukan yang hanya boleh dicapai menerusi campur tangan Majlis Raja-Raja," katanya.
Tambahnya, selagi mana situasi jenayah ini tidak diperjelaskan secara jujur, maka selama itulah kita akan terus terperangkap di dalam polemik debat tidak berkesudahan dan penyelesaian yang jitu tidak dapat dicapai. | Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida Posted: 10 Nov 2013 06:37 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menarik balik saman RM100 juta, difailkan terhadap Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan akhbar mengecam National Feedlot Corporation (NFCorp), sebentar tadi.
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera, membatalkan saman itu tanpa kos dalam kamar diwakili peguam Ranjit Singh dan Gopal Sreevanavasen mewakili defendan serta Datuk Ahmad Redza Abdullah bagi pihak Shahrizat. | Polis sedang buru rakan suspek utama kes tembak pegawai AmBank - KPN Posted: 10 Nov 2013 06:35 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] - Kuala Lumpur: Polis sedang memburu seorang lagi rakan jenayah suspek utama yang dipercayai perancang kes tembak pengawai AmBank sebelum melarikan wang tunai RM450,000 tiga minggu lalu. Ketu Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Juma dipercayai masih berada di negara ini. Beliau turut mengesahkan nama sebenar suspek utama Ardi Hamza ialah Loade Ardina Loade Rasila, 35 berasal dari Sulawesi Indonesia | Taufan 'maut' Haiyan mula badai Vietnam Posted: 10 Nov 2013 06:32 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] -
HANOI: Taufan Haiyan mula membadai Vietnam, awal pagi ini selepas beberapa hari melanda Filipina sehingga meragut ribuan nyawa dan membawa kemusnahan besar. Pusat Taufan Amerika Syarikat (JTWC) berkata taufan 'maut' itu sedang membadai dengan kelajuan angina 160 kilometer sejam di timur laut, ibu negara Hanoi.
Lebih 600,000 penduduk mula dipindahkan sejak beberapa hari lalu sejak ramalan Haiyan akan melanda Vietnam. Penduduk di Hanoi kini menghadapi hujan lebat dan banjir dengan ribuan di kawasan pesisir pantai diarah supaya mendapatkan perlindungan di tempat selamat.
"Kami sudah memindahkan lebih 174,000 keluarga atau lebih 600,000 orang," kata laporan pegawai Vietnam dari Jabatan Kawalan Banjir dan Bencana. - AFP | Pelawak Ahmad Busu meninggal dunia Posted: 10 Nov 2013 06:30 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] - Al Fatihah.
Pelakon veteran dan pelawak terkenal Ahmad Busu, 60, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat Kuala Lumpur semalam akibat diserang penyakit angin ahmar. Exco Seniman Malaysia Meary Chu Abdullah berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan pada 7.05 malam.
"Mula-Mula arwah demam biasa, tapi tiba-tiba tak sedarkan diri. Allahyarham meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital berkenaan.
"Kita juga akan memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada balu dan anak Allahyarham untuk pengurusan jenazahnya," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Beliau berkata jenazah akan dibawa pulang di kediaman Allahyarham di Taman Seri Andalas dan dikebumi pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, Klang.
Ahmad, yang berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Allahyarham, yang dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978.
Meary berkata Allahyarham semasa hayatnya, seorang yang baik hati, suka membuat lawak dan peramah. Allahyarham mutakhir ini kerap hadir program-program ilmu dan juga program-program yang dianjur oleh PAS... Moga Allah merahmati Allahyarham. .. | Kumpulan Baju Merah mula berarak di Thailand Posted: 10 Nov 2013 05:47 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] -
ANGKOK 11 Nov. - Berpuluh-puluh ribu penyokong kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah melakukan perarakan di sini hari ini, kata polis, iaitu penampilan pertama mereka semenjak berlaku tunjuk perasaan membantah rang undang-undang pengampunan.
Paparan televisyen memperlihatkan lautan manusia berbaju merah melaungkan slogan menyokong Perdana Menteri Yingluck Shinawatra serta parti pemerintah, Puea Thai.
Pejabat polis kebangsaan berkata, kira-kira 45,000 anggota kumpulan Baju Merah menyertai perarakan tersebut, dengan 13,000 penunjuk perasaan antikerajaan melakukan bantahan di kawasan lain, beberapa kilometer daripada Dewan Parlimen.
Tiga kumpulan antikerajaan di Thailand meningkatkan tunjuk perasaan di seluruh negara ini bertujuan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Akhbar Bangkok Post melaporkan tunjuk perasaan itu ditingkatkan ketika parti pemerintah, Parti Pheu Thai bersama-sama tiga parti komponen dalam kerajaan perikatan, semalam bersetuju untuk tidak meneruskan pembentangan semula rang undang-undang pengampunan jika Dewan Senat menolaknya esok. - AFP
| China ambil langkah berjaga-jaga berikutan taufan Haiyan Posted: 10 Nov 2013 05:46 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] -
SHANGHAI 11 Nov. - China kini mengambil langkah berjaga-jaga tahap tinggi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya taufan Haiyan, selepas sebuah kargo yang membawa enam orang anak kapal dilaporkan hilang. Pentadbiran Meteorologi China mengeluarkan amaran `merah', selepas taufan tersebut melanda pulau selatan wilayah Hainan. Agensi berita rasmi Xinhua berkata, enam orang hilang di lautan apabila tali penambat kapal itu terputus selepas dibadai ribut, menyebabkan kapal tersebut hanyut. Taufan itu juga telah mengakibatkan berlakunya hujan lebat dan beberapa penerbangan ke Hainan terpaksa dibatalkan. - AFP
| Isteri Sempat Suruh Mohd Raffli Gantung Langsir Sebelum Ditembak Posted: 10 Nov 2013 05:44 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] - Isteri Mohd Raffli, Rosmahawani menitiskan air mata ketika memeluk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah (kiri) selepas suaminya mati ditembak dari jarak dekat di hadapan rumah mereka. KUANTAN: "Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 dekat sini Ahad. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12. Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah. "Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut. "Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya, Ahad. Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih. Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa. "Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada," kata suri rumah itu. Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini. Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang Ahad. Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam. - BERNAMA | Seorang Cedera Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Posted: 10 Nov 2013 05:40 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] -
IPOH: Dua lelaki, seorang daripadanya cedera setelah terperangkap dalam sebuah bengkel kenderaan akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar Brinchang dekat Cameron Highlands di sini Ahad. Idris Munir, 43, cedera di kaki dan kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata, manakala rakannya Mohd Norsofwa Abdul Wahab, 42, tidak cedera. Seorang daripada mereka adalah pemilik bengkel itu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Wan Zahari Wan Busu berkata ketika kejadian pada pukul 6.35 petang, kedua-dua lelaki berkenaan sedang berbual bersama tiga lagi rakan mereka di hadapan bengkel itu. "Hujan lebat menyebabkan bukit berhampiran bengkel itu runtuh dan menghempap kedai. Tiga lelaki yang berada di hadapan bengkel sempat melarikan diri namun dua daripada mereka terperangkap dalam bengkel," katanya. Beliau berkata kejadian itu juga menyebabkan beberapa kereta di dalam bengkel itu rosak. Wan Zahari berkata anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dengan bantuan anggota polis mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa. "Kerja-kerja membersihkan kawasan bengkel itu sedang dijalankan bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan itu," katanya. - BERNAMA | Suspek Bunuh Pegawai AmBank Jadikan Rumah Kosong Lokasi Persembunyian Posted: 10 Nov 2013 05:37 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] - Suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya selepas ditahan di Kota Tinggi, Johor, awal pagi Ahad. - FotoBERNAMA KUALA LUMPUR: Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.
"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas. "Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya. Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi Ahad. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau pada Ahad, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis. Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan. Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. - BERNAMA | Dua pelajar mati ditembak pada majlis hari lahir Posted: 10 Nov 2013 05:29 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] -
HOUSTON: Dua pelajar mati selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada majlis hari lahir remaja perempuan berusia 18 tahun, kata pihak berkuasa hari ini. Dalam kejadian yang sama, dua orang mengalami kecederaan parah manakala berpuluh yang lain mengalami kecederaan ketika suasana kelam kabut sehingga ada yang terjun dari tingkap tingkat dua sebuah rumah di pinggir bandar di sini. Sheriff Wilayah Harris, Adrian Garcia berkata, majlis itu dihebahkan menerusi laman sosial menarik lebih 100 orang, kebanyakannya berusia 17 dan 19 tahun sehingga menyebabkan `keadaan menjadi tidak terkawal'. Beliau berkata, tetamu sedang menari di dalam rumah dan secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjata pistol menembak ke udara manakala seorang lagi suspek yang turut bersenjata mula melepaskan tembakan. - AP | Awas jarum musuh dalam kempen pemilihan PAS Posted: 10 Nov 2013 05:24 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] - ANALISIS: Menjelang pemilihan PAS kali ini, akhbar-akhbar media perdana akan memberikan ruang yang secukupnya untuk melagakan pihak-pihak yang bertanding sempena Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini.
Akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia yang terkenal dengan kes kalah saman fitnah, sikap tegasnya menolak hukum Allah dan pernah menuduh PAS parti sesat serta menghina ulama seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiba-tiba menjadi akhbar yang sayangkan PAS apabila membuat liputan bersungguh-sungguh terhadap pemilihan kali ini.
Begitu juga akhbar milik MCA seperti The Star yang sebelum ini mengambil setiap peluang untuk menakut-nakutkan bukan Islam kepada PAS, tiba-tiba dilihat cuba mempromosi PAS pula.
Para calon yang sedang bertanding dinasihatkan berhati-hati dengan taktik dan soalan yang diberikan akhbar-akhbar ini. Kesemua tulisan mereka untuk memuji mahupun mengkritik seseorang sebenarnya sudah dimasukkan jarum untuk memecahkan PAS.
Jangan pula ada ahli PAS yang menggunakan kemunculan berita seseorang calon di akhbar-akhbar media perdana sebagai bahan untuk memfitnahnya bahawa calon adalah pilihan Umno mahupun MCA yang perlu ditolak. Calon-calon yang bertanding perlu lebih bijak menghadapi media, manakala para penyokong mana-mana calon diminta mempertingkatkan ilmu politik supaya tidak terperangkap dengan mana-mana tulisan akhbar musuh.
Ingatlah, media perdana yang dikawal Umno dan MCA ini sememangnya ditugaskan untuk memasukkan jarum yang membawa kehancuran PAS. Semua ahli PAS, perwakilan dan pemimpin harus sama-sama menghalang parti terkena jarum beracun ini.
Oleh itu, sokongan mana-mana akhbar perdana kepada mana-mana calon tidak seharusnya dijadikan senjata untuk menyerang calon kerana ia adalah di luar kawalan calon, melainkan calon sendiri memberikan ruang kepada akhbar musuh untuk memasukkan jarum.
-Harakahdaily/- | PAS ucap terima kasih kepada Karpal Singh Posted: 10 Nov 2013 05:22 PM PST 7 Muharram 1435H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang telah tampil menjelaskan kenyataannya yang sebenar berhubung seruan agar pendaftaran PAS dibatalkan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penafian Karpal itu bukan sahaja telah merungkai kekeliruan, malah telah mendedahkan pihak mana sebenarnya cuba memecah belah hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Dalam penjelasan itu, Karpal secara jelas mengiktiraf PAS yang menyedari dan meraikan masyarakat majmuk dengan penubuhan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum pilihan raya umum pada 2004 dan turut bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2013.
"Beliau juga tidak menyeru agar PAS dibubarkan pendaftaran, dan ini telah diputar belit oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas penjelasan Karpal yang tampil sendiri merungkai kekeliruan berhubung laporan media yang memetiknya sebagai berkata "menyeru pendaftaran PAS dibatalkan".
Sebaliknya, pemimpin veteran DAP itu berkata beliau menyatakan bahawa PAS mempunyai kesedaran mengenai keperluan masyarakat majmuk di negara ini dengan mengadakan Kongres Penyokong bukan Islam. Ia tidak sama seperti Umno, MCA dan MIC, parti yang berasaskan perkauman dan perlu dibatalkan pendaftarannya.
Mahfuz sebelum ini antara yang mahu Karpal sendiri membuat penjelasan terhadap laporan media berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menggesa Karpal agar mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit yang telah memutar belit kenyataan beliau. "Kita mahu media yang sering memutar belit kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ini diberi pengajaran.
"Karpal seorang peguam, dan senior dalam politik negara ini tentu lebih maklum dengan permainan media ini, dan dia wajar mengambil tindakan saman terhadap media terbabit," katanya. | Kematian Ketua Penguatkuasa JAIP Bermotifkan Bunuh - Polis Posted: 10 Nov 2013 04:14 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] - Polis memeriksa lokasi kes Mohd Raffli ditembak dirumahnya. KUANTAN: Polis mengesahkan kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari Ahad, bermotifkan bunuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Zakaria Ahmad berkata semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu.
Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya. "Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, Ahad. Zakaria berkata dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. "Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya. Zakaria berkata polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain. - BERNAMA | Lebih 600,000 dipindahkan susulan Taufan Haiyan hampiri Vietnam Posted: 10 Nov 2013 01:54 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] -
HANOI: Lebih 600,000 orang dipindahkan susulan Taufan Haiyan mula menghampiri Vietnam, kata pihak berkuasa tempatan, selepas taufan terkuat di dunia itu mengorbankan ribuan nyawa dan menyebabkan kemusnahan teruk di Filipina. "Kami sudah memindahkan lebih 600,000 orang," demikian menurut laporan rasmi Jabatan Kawalan Ribut dan Banjir Vietnam, hari ini.
Taufan berkenaan dijangka akan menyerang Vietnam pagi esok dan menyebabkan pemindahan besar-besaran di wilayah utara Nghe An, kira-kira 230 kilometer dari Hanoi. - AFP | Bencana taufan di Filipina: Lebih 10,000 dikhuatiri terkorban Posted: 10 Nov 2013 01:48 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] - PANDANGAN udara hari ini menunjukkan rumah di pesisir pantai yang rosak teruk selepas Taufan Haiyan membadai wilayah Iloilo, tengah Filipina. - Foto Reuters TACLOBAN (Filipina): Taufan terkuat di dunia yang memusnahkan seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa, kata pihak berkuasa tempatan hari ini, sekali gus menjadikan ia bencana semula jadi paling dasyat yang pernah direkodkan negara itu.
Angka korban terbaru akibat Taufan Haiyan dikeluarkan ketika Amerika Syarikat berjanji menyalurkan bantuan tentera dalam usaha membantu mencari mangsa yang masih hilang dan beberapa kawasan yang terputus bekalan makanan sejak tiga hari lalu.
Ketua Polis Wilayah Leyte, Elmer Soria berkata lebih 10,000 dipercayai terkorban di wilayah paling teruk terjejas itu. "Kami sudah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan gabenor dan berdasarkan anggaran kerajaan, pada mulanya terdapat 10,000 mangsa terbunuh. Kira-kira 70 hingga 80 peratus rumah dan struktur bangunan di sepanjang jalan musnah akibat taufan," kata Soria. - AFP | Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar timur Jepun Posted: 10 Nov 2013 01:46 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] - TOKYO: Satu gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Ritcher melanda timur Jepun awal pagi tadi, menyebabkan beberapa bangunan di ibu negara bergegar, kata ahli seismologi.
Gempa berlaku jam 7.37 pagi di wilayah Ibaraki, utara ibu negara, pada kedalaman 59 kilometer, demikian menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) . Loji tenaga nuklear Fukushima turut bergegar akibat gempa bumi itu namun tiada kerosakan dilaporkan. Gempa yang berlarutan selama kira-kira 30 saat itu turut dirasai penduduk di sekitar Tokyo. - AFP | Yayasan Restu terbit Al-Quran terjemahan Mandarin pertama di Malaysia Posted: 10 Nov 2013 01:43 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] -
Yayasan Restu bakal menerbitkan buat pertama kalinya Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Mandarin tahun depan sebagai langkah meneruskan dakwah melalui seni mushaf. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata buat permulaan sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran terjemahan Bahasa Mandarin akan disiapkan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma). "Bagi tujuan itu, satu perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Yayasan Restu dan Macma di mana kedua-dua pihak akan berkongsi kemahiran bagi menerbitkan Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Mandarin ini," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis MoU itu di sini, hari ini. MoU itu ditandatangani Pengerusi Yayasan Restu Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Presiden Macma Datuk Dr Mustapha Ma. Beliau berkata bagi peringkat seterusnya, Yayasan Restu menyasarkan untuk menerbitkan 100,000 Al-Quran yang sama dalam usaha melahirkan terjemahan yang terbaik dan bersesuaian dengan kehendak syarak. Sementara itu, Abdul Latiff berkata sebanyak RM1 juta diperlukan untuk menerbitkan Al-Quran itu termasuk dari aspek kajian, penyelidikan dan penerbitan kerana ia menggunakan teknik tulisan tangan. Beliau berkata Al-Quran terjemahan Bahasa Mandarin itu juga akan menggunakan seni tampak halus Cina dalam reka grafik Al-Quran berkenaan. "Bagi tujuan kajian dan penyelidikan sahaja mengambil masa kira-kira enam bulan dan hampir setahun bagi kita selesaikan proses penerbitan Al-Quran ini yang dijangka akan siap sepenuhnya, tahun depan," katanya. Abdul Latiff berkata pihaknya juga bercadang mengeluarkan Al-Quran versi 'soft copy' (salinan skrin) dan digital bersesuaian dengan kecanggihan teknologi pada masa kini. "Kita juga menggalakkan orang ramai yang berminat untuk sama-sama berkongsi bagi menerbitkan Al-Quran ini, tidak kiralah dari kalangan profesional, korporat mahupun individu," katanya. Yayasan Restu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terkenal dalam penghasilan manuskrip Al-Quran bertulisan tangan, telah menerbitkan lebih 20 edisi Al-Quran termasuk Al-Quran Mushaf Malaysia pada 2000 serta mengeluarkan terjemahan kitab suci itu dalam enam bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Khmer, Rusia dan Kazakh. - Bernama | Suspek pembunuhan pegawai AmBank direman tujuh hari Posted: 10 Nov 2013 01:37 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] -
Pengawal keselamatan yang juga suspek (Gambar) menembak mati seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Beliau direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Pengawal keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Subang Jaya bulan lalu dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi mendapatkan tahanan reman, hari ini. Polis menahan pengawal keselamatan yang melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini. Suspek dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan kerjasama mereka dalam kes ini. "Pada jam 7 pagi hari ini, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan AmBank. "Pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan," kata Hadi dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media sebentar tadi. Dalam kejadian menyayat hati pada 23 Oktober itu, Norazita, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan pada 6.20 petang, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. -themalaysianinsider.com | Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkap Posted: 10 Nov 2013 01:30 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi. "Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya. Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi. Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu. Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini. -Sinar/- | Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Direman Posted: 10 Nov 2013 01:21 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] - Suspek kes rompakan dan tembak mati seorang pegawai bank tiba di Makamah Majistret Petaling Jaya untuk direman bagi membantu siasatan. Foto: ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR. PETALING JAYA: Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan. Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan. Suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan beseluar jeans. -mStar/- | Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak Depan Rumah Posted: 10 Nov 2013 01:13 AM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih. Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam. "Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya. "Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya. Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu. - BERNAMA | Agen CIA di Jabatan Peguam Negara: Mengapa PM senyap? Posted: 09 Nov 2013 04:48 PM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dakwaan terbaru mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Jabatan Peguam Negara menggaji dua agen agensi perisikan Amerika Syarikat – CIA adalah sesuatu yang mengejutkan dan memerlukan penjelasan segera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu kenyataan medianya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika terdapat pendedahan berhubung rangkaian pengintipan oleh Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain di negara ini, tindakan Najib yang sehingga kini berdiam diri berhubung pendedahan terbaru ini adalah sangat memalukan. "Tembok senyap yang mengelilingi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan simptom kepada masalah lebih besar dihidapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak apabila tuntutan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti) terus tidak didengar," ujarnya.
Anwar menambah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung dakwaan tersebut dan juga beberapa tuduhan berhubung tindak-tanduknya yang berunsur konspirasi dan membelakangi undang-undang.
"Beberapa laporan polis telah dibuat oleh bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Dato' Mat Zain berhubung dakwaan berat mengaitkan Peguam Negara. Kegagalan beliau menafikan dakwaan tersebut secara tidak langsung membenarkan dakwaan yang dibuat dan beliau sepatutnya digantung tugas serta merta," tegas Anwar.
Perdana Menteri, jelas Anwar tidak sewajarnya mengetepikan tuntutan rakyat untuk mendapatkan penjelasan manakala Peguam Negara tidak sepatutnya dibenarkan terus menjalankan tugas tatkala pelbagai dakwaan berhubung tindakan keji dan kegiatan jenayah dilakukan oleh beliau. | Lelaki Maut Ditetak Empat Lelaki Di Ipoh Posted: 09 Nov 2013 04:42 PM PST 6 Muharram 1435H. [MOD] - IPOH: Seorang lelaki maut ditetak sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang di rumah sewanya di Hala Pulai Timur 7, Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai di sini Sabtu.
S. Susindran, 22, mati akibat kecederaan parah di kepala, badan, kaki dan tangan. Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, sekumpulan empat lelaki bertopeng memasuki rumah sewa lelaki itu manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta Proton Perdana berwarna hitam, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq. Beliau berkata Susindran baru sebulan setengah menyewa di rumah itu bersama sepasang suami isteri dan ketika kejadian mangsa berada di dalam rumah berkenaan bersama isteri pasangan yang menyewa bersamanya dikenali sebagai Letchumi berumur awal 30-an. Ahmad Termizi berkata kira-kira 45 minit selepas menyerang Susindran, kumpulan lelaki terbabit dilapor menyerbu sebuah rumah di Lebuh Rapat Baru Lima, Taman Song Choon di sini. Seorang penghuni rumah itu membuat laporan bahawa empat lelaki bertopeng masing-masing bersenjatakan parang memasuki rumahnya seolah-seolah mencari seseorang. "Berdasarkan kepada jenis kereta, jumlah suspek dan terdapat kesan darah pada suspek kami syaki mereka ini merupakan suspek yang sama terlibat dalam kejadian bunuh itu," katanya. Beliau berkata mayat Susindran dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. "Kami akan jalankan siasatan secara terperinci. Polis juga akan siasat sama ada kejadian ini membabitkan kumpulan kongsi gelap atau sebaliknya," katanya. - BERNAMA | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan