BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 14 Oktober 2013 at 3:30 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 13 Oct 2013 03:14 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Important Security Message

Posted: 12 Oct 2013 04:06 PM PDT


Dear Customer,

You have one(1) new message, Secure Login for immediate access,
provide your correct details.

Thank You.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. All rights reserved.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Oct 2013 07:16 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KISAH TAULADAN : KISAH HAMBA ALLAH BERIBADAH 500 TAHUN ?

Posted: 13 Oct 2013 06:57 AM PDT

BULAN ZULHIJJAH : KELEBIHAN 10 HARI AWALNYA...

Posted: 13 Oct 2013 06:42 AM PDT

APA LAGI YANG DR. M MAHUKAN ?

Posted: 13 Oct 2013 06:11 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 13 Oct 2013 03:23 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Jentera PAS tekad pertahan Sg Limau

Posted: 12 Oct 2013 06:37 AM PDT

PAS tidak mengganggap mempertahankan kemenangan N20 Dun Sungai Limau yang telah dimenangai PAS sejak 1995, satu perkara mudah walau pun banyak pihak melabelkan Dun berkenaan adalah kubu kuat PAS. 

"Bagi kami ianya merupakan satu cabaran dan Umno Barisan Nasional juga akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam piliharaya kecil ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, sebelum 1995, kemenangan PAS dan Barisan Nasional silih berganti.

"Oleh itu, kami PAS khususnya dan jentera piliharaya Pakatan Rakyat amnya akan berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan N20 Dun Sungai Limau tetap menjadi hak milik PAS," ujar Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, sejurus selesai mesyuarat AJK Perhubungan PAS negeri. 

Menurut beliau lagi, persiapan piliharaya kecil berkenaan telah disusun sehari selepas kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan penyusunan telah diatur dengan kemas dan terperinci. 

Beliau yang diamanahkan sebagai Pengarah Induk piliharaya kecil itu menjelaskan, jawatankuasa induk telah dibentuk dan sepakat melantik Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Pengarah Operasi, dibantu oleh Datuk Yusuf Husin, Ustaz Ahmad Yahaya sebagai timbalan pengarah 1, Datuk Ashah Ghazali timbalan pengarah 2 dan Azizan Talib (pemangku YDP Jerai) sebagai timbalan pengarah 3.

Sementara itu Ustaz Muaz Osman diberi amanah sebagai pengarah piliharan raya kecil berkenaan. Di samping itu, jelasnya mesyuarat bersama Pakatan Rakyat telah diadakan pada minggu lepas dan satu jawatankuasa operasi penyelaras telah dibentuk.

"Ekoran itu, kita telah mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya di peringkat kawasan dan UPU dan kita dapati mood petugas sangat bersemangat, bersatu hati memikul amanah untuk mempertahankan Dun Sungai Limau.

"Bukan itu sahaja, diperingkat muslimat sendiri, lebih dari 1,000 petugas jentera muslimat hadir dalam Ijtimak Pilihanraya, berikrar akan bekerja bersungguh-sungguh memandangkan pengundi wanita di dun itu menjangkau 52 peratus melebihi pengundi lelaki,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Oct 2013 01:12 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Penyamun Gagal Tarik Mesin ATM Guna Lori

Posted: 12 Oct 2013 10:55 PM PDT


8 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal pagi Ahad dibantutkan oleh bunyi alat penggera.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, empat lelaki penjenayah terbabit cuba menarik mesin ATM itu dengan sebuah lori.

Mereka merempuh bangunan stesen minyak itu dengan lori sebelum tiga daripada mereka yang bertopeng ski, bersarung tangan dan berjaket hitam serta bersenjatakan parang mengikat mesin ATM berkenaan pada lori tersebut.
Suspek kemudian cuba menarik mesin itu namun hanya sampai setakat pintu hadapan sebelum alat penggera berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dengan lori tersebut, katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya suspek juga sebelum itu menyamun dua pekerja di stesen minyak berkenaan serta melarikan hasil jualan berjumlah RM1,500. BERNAMA

Firma audit antarabangsa dedah rasuah negara makin buruk

Posted: 12 Oct 2013 10:44 PM PDT


8 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,13 Okt 2013

KUALA LUMPUR:Tinjauan terkini Ernest & Young's di kalangan eksekutif perniagaan di negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa dan semakin meningkat.

Malah tinjauan firma perunding antarabangsa ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendedahkan amalan boros dan penyelewengan membabitkan kos berbilion ringgit dalam agensi kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng.

Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang,  Ong Kian Ming ketika mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2012 menganggarkan RM 6.5 bilion wang negara terbabit dalam 64 kes urusan meragukan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan masalah yang berulang saban tahun berhubung perbelanjaan yang berlebihan, kurang penggunaan, sub-standard atau pembayaran melebihi harga pasaran dalam perolehan tugas, barangan dan perkhidmatan (agensi kerajaan)," ujar Guan Eng.

Antaranya pembelian 20 jam dinding oleh Jabatan Penerangan berharga  RM3,810 setiap satu berbanding RN100 seunit harga pasaran dan pembelian tiga unit pengimbas bersaiz A4 dengan kos RM14,670 seunit berbanding RM200 harga pasaran.

Menurut Guan Eng, firma Ernst & Young mendedahkan lebih seorang daripada tiga eksekutif syarikat yang ditinjau pendapat mereka merasakan bahawa rasuah bukan sahaja berleluasa malah meningkat di negara ini sehingga Malaysia dianggap negara kedua paling rasuah selepas Indonesia di rantau ini.

Tinjauan yang dilakukan syarikat perunding pengurusan global Ernst & Young itu membabitkan tinjauan pendapat 681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat dari Mac hingga Mei 2013 di Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, Korea Selatan dan Vietnam.

Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21 peratus bagi wilayah Asia-Pacific.

Bagaimanapun, kata Guan Eng Malaysia menjadi 'juara dunia' dalam mencari jalan keluar mudah (rasuah)  oleh syarikat swasta apabila menghadapi zaman kesukaran ekonomi.

"Sejumlah 54 peratus responden (di Malaysia) mengakui mereka akan mengambil 'jalan keluar mudah' (rasuah) berbanding 34 peratus di China dan 29 peratus di Indonesia," ujarnya memetik hasil tinjauan Ernst & Young.

Sehubungan itu, Guan Eng menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berbohong apabila mendakwa hanya 5 peratus rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rasuah.

"Selagi kerajaan persekutuan BN tidak mengambil tindakan serius terhadap pesalah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan menerima fakta itu serta tidak dibuai sentimen, Malaysia akan terus kehilangan berpuluh bilion ringgit setiap tahun ekoran pembaziran dan penyelewengan kewangan," tegasnya.

Pelajar UiTM dikerah kira undi Umno

Posted: 12 Oct 2013 05:48 PM PDT


8 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SEGAMAT: PAS Kawasan Segamat mempersoalkan tindakan Umno Johor mengerahkan lebih 1,000 pelajar UiTM Segamat untuk berkhidmat sebagai pengira undi dalam pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri parti itu semalam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Masood ketika menghubungi Harakahdaily berkata, sejak awal pagi, puluhan bas memasuki kampus UITM Segamat untuk membawa keluar para pelajar bagi menjadi petugas pemilihan Umno.

"Umno negeri Johor juga telah memperuntukkan wang untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar  UiTM Segamat dan Johor yang menjadi petugas pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di beberapa pusat pengundian di negeri ini.

Menurutnya, difahamkan setiap pelajar yang menjadi petugas akan menerima imbuhan lebih RM100 setiap seorang manakala makan minum dan penginapan sepanjang program disediakan Umno negeri.

"Perbelanjaan membayar pelajar-pelajar yang menjadi petugas ini berjumlah ratusan ribu ringgit dan sebahagiannya disalurkan kepada UITM Johor untuk membantu melancarkan proses pemilihan Umno kali ini," dakwanya.

Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno setelah menewaskan pencabar masing-masing.

Keputusan rasmi pemilihan sayap parti Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur menghampiri jam 4.00 pagi.

harakahdaily.net

UMNO 2013: Shahrizat dan Khairy pertahan jawatan, Mas Ermieyati Ketua Puteri UMNO yang baru

Posted: 12 Oct 2013 05:46 PM PDT

8 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaludin kekal mempertahankan jawatan Ketua Wanita dan Pemuda manakala Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO baru pada pemilihan sayap UMNO 2013.


Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi. 


Setakat jam 3.35 pagi ini, Shahrizat yang dicabar Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman Palestin, memperoleh 100 daripada 191 undi. 


Manakala, jawatan Ketua Pemuda yang menyaksikan pertandingan lima penjuru menyebelahi Khairy selepas memperoleh 97 undian.



Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri UMNO Melaka menewaskan Jamilah Hanim Othman dalam pertandingan satu lama satu, dengan memperoleh 96 undi.



Pemilihan ketiga-tiga sayap membabitkan 230,000 perwakilan dari 191 Bahagian.

Gempa kuat 6.4 magnitud landa barat laut Trinidad

Posted: 12 Oct 2013 05:41 PM PDT

8 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PORT-OF-SPAIN (Trinidad): Gempa kuat 6.4 magnitud melanda barat laut Trinidad, demikian menurut Pusat Penyelidikan Seismik Universiti West Indies, hari ini. 


Gempa dikesan berlaku pada kedalaman 60 kilometer. 


Bagaimanapun, menurut pusat itu tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. 

Ia adalah gempa terkuat di Trinidad sejak 1997, apabila gempa dengan magnitud 6.1 menggegarkan kawasan berkenaan hingga mengakibatkan kerosakan di Kepulauan Tobago, utara Trinidad. 


Gempa yang berlaku hari ini turut dirasai di Trinidad, St Vincent, Grenada dan Guyana. - AP

Pembaziran RM6.96 juta UTHM, apa tindakan

Posted: 12 Oct 2013 03:37 AM PDT


7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,12 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecacatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP). 

"UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini. 

Menurutnya lagi, jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30,000 bagi setiap pelajar). 

Jumlah itu, ujarnya cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5,000 setiap seorang, juga boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10,000 setiap seorang.

Berikut kenyataan beliau.

Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut:
a.       Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta. 
b.      Projek Fakulti Pengurusan Teknologi  dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta. 
c.       Projek Kolam Renang  dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%.  Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta. 


Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran.

Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd  dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:

1.       Kelewatan selama 547 hari. 
2.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.
3.       Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).
4.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.
5.       Berdasarkan  Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor  tidak memuaskan.
6.       Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.


Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan Blok Pentadbiran ialah:

1.       Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang. 
2.       Melibatkan kelewatan selama 484 hari. 
3.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.
4.       Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)
5.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.
6.       Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.


Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.

Projek ini adalah di bawah  Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian. 

Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?  

Apakah kerana kelemahan UTHM  sendiri sehingga kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit? Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri  di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.

Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecacatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP). UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.

Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini. Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30,000 bagi setiap pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5,000 setiap seorang.  Juga, ia  boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10,000 setiap seorang.

Wanita Nyaris Maut Terkena Tembakan di Lampu Isyarat

Posted: 12 Oct 2013 03:32 AM PDT


7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KOTA BAHARU: Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.

"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.
"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Baharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.
Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.
"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.
"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. -BERNAMA

Mesir: Penyokong, penentang Mursi bertempur

Posted: 12 Oct 2013 03:05 AM PDT

7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com,12 Okt 2013
[TERKINI MESIR] Pertempuran Berlaku Di antara Penyokong Dan Penentang Mursi


Ribuan penyokong presiden Mesir yang digulingkan Muhammad Mursi kembali mengadakan demonstrasi di seluruh negara. Namun, mereka tak berdemonstrasi di wilayah Bulatan Tahrir untuk menghindari sebarang pertempuran, akhbar online, republika dipetik.



Pihak polis telah menembak gas pemedih air mata di kota Iskandariah untuk membubarkan pertempuran yang terjadi di antara pendukung dan penentang Mursi. Namun, mereka menyatakan demonstrasi di wilayah lain berlangsung dengan aman. 



Mesir terus dilanda krisis setelah pihak tentera menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu. Ribuan pendukung Mursi berdemo Jumat ini di Kaherah, kota kedua terbesar setelah Iskandariah serta di kota pantai Sungai Nil. 



Sumber yang dikutip Al-Jazeera menyatakan, pertempuran terjadi di Iskandariah dan membuatkan pasukan keselamatan menembak gas pemedih air mata kepada kerumumanan massa. Pertempuran yang lebih kecil pecah di Delta Nil dan Damietta di mana seorang pendukung Mursi dilaporkan tercedera. 



Sementara itu, islampos.com melaporkan beberapa demonstran Mesir dikhuatiri terbunuh di dalam pemtempuran yang berlaku diantara pasukan keselamatan dan pendukung Mursi.



Seorang demonstran remaja, Belal Ali Jaber, terbunuh dan beberapa lainnya mengalami kecederaan setelah pasukan keselamatan menggunakan peluru hdup untuk membubarkan kerumunan massa di Bandar Nasr Kaherah, sementara beberapa yang lain juga dikhuatirkan terbunuh di dalam pertempuran di Iskandariah.



Pertempuran berlaku setelah pasukan polis cuba menghalang pendukung Mursi dari menghampiri Bulatan Tahrir.



Hal ini terjadi setelah kerumunan besar demonstran pro Mursi berkumpul di ibukota Kaherah dan kota terbesar kedua di negara itu Iskandariah setelah Solat Jumaat untuk memperbaharui panggilan untuk mengembalikan Mursi.



Beberapa pertempuran berdarah dan pertempuran sengit dilaporkan terjadi di Iskandarian dan daerah-daerah yang berdekatan.



Pemerintah yang didukung tentera telah meningkatkan kawalan di sekitar ibukota dan mengugut para demonstran bahawa mereka akan melakukan tindakan keras jika mereka menyerang pejabat-pejabat kerajaan.



Pada 14 Ogos lalu, pasukan keselamatan n Mesir membubarkan dua kemah pendemo pendukung Mursi di Kaherah dan mengorbankan ratusan orang awam. Setelah pertumpahan darah, pemerintah mengumumkan status darurat negara. Ratusan pendukung Ikhwanul Muslimin termasuk Mursi ditangkap.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 12 Oct 2013 09:20 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


GEMPAR : YB ADUN Sg Manik 2013 dalam kenangan?

Posted: 11 Oct 2013 11:42 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 12 Oct 2013 07:32 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Suhaizan Kaiat Calon Ketua Pemuda PAS Yang Baru ??

Posted: 12 Oct 2013 06:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 12 Oct 2013 07:07 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Jalan Rosak dan Berlubang Ancam Pengguna Jalan

Posted: 12 Oct 2013 06:51 PM PDT

Jalan Berlubang Mengancam Pengguna Jalan di Kawasan Perumahan

MIRI - Masalah jalan rosak dan berlubang memang sering menjadi isu utama bagi penduduk di kawasan perumahan di Senadin, Miri. Kebanyakan jalanraya yang dibina dalam kawasan perumahan mengunakan bahan binaan yang bermutu rendah dan terlalu tipis. Ianya mudah rosak apabila kenderaan sering berulang alik di atas jalan tersebut.

Begitu juga apabila pihak kontraktor menggali lubang atas jalan untuk memasang paip dan sebagainya, lubang tidak ditutup dengan sempurna dan lama kelamaan ianya akan rosak dan berlobang. Mereka hanya menampung jalan tersebut dengan sedikit batu dan tidak meratanya dengan baik sehingga mengakibatkan jalan tersebut menjadi rosak.

Salah seorang penduduk di kawasan perumahan Senadin mengadu terdapat dua lubang ditutupi air dan sukar dilihat semasa musim hujan apabila menggunakan Jalan Jati Utama Desa Senadin.
Menurutnya lagi, kalau tidak berhati-hati melalui jalan tersebut terutama waktu malam dan hujan lebat, ianya boleh menyebabkan kemalangan atau kerosakan kepada kenderaan pengguna jalanraya. Bagi yang menggunakan motosikal atau basikal perlu berhati-hati kerana ianya juga boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terjatuh dalam lubang tersebut.

Keselamatan penduduk dan pengguna jalanraya perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam kawasan tersebut.

Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak diancam oleh bahaya kemalangan akibat jalan berlubang tersebut.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Perforated Road threaten the road users at housing area

MIRI - Damaged roads and perforated problem was often a major issue for residents in housing areas at Senadin, Miri. Most roads are built in residential areas using low-quality materials and too thin. It can easily be damaged when the vehicle often commute on the road.

Similarly, when the contractor dig a hole on the road to install pipes and so on, the hole does not cover up properly and as time went it will be damaged and hollow. They only cover the road with a little rock and not properly unequal until cause the road become damaged.

One of the residents in Senadin residential areas complained there were two holes covered with water and difficult to see during the rainy season when using the Jati Utama Desa Senadin Road.

According to him, if not carefully through the road especially during the night and heavy rains, it could cause an accident or damage to road user's vehicle. For those who use motorcycles or bicycles have to be careful because it can also cause injury if fall in the hole.

Safety of residents and road users need to be addressed by the parties concerned to avoid any untoward incident occurred in the area.

We urge the Miri City Council (MCC) and those concerned immediately address the problem from lingering so that the people in these neighborhoods are not threatened by the danger of accidents due to the potholes.

Dupahang's Weblog

Posted: 12 Oct 2013 11:30 AM PDT

Dupahang's Weblog


Khutbah Aidil Adha Pilihan

Posted: 11 Oct 2013 06:26 PM PDT

    Khutbah Aidil Adha Pilihan 09 Zulhijjah 1431H. Oleh: Ustadz Irfan S. Awwas Teks Khutbah Hari Raya Aidil adha 1) Teks JAKIM : di sini. 2) Teks Presiden PAS : di sini 3) Teks E-Khutbah : di sini 4) Teks Dewan Ulama : di sini 5) Teks Dewan Ulama Terengganu : di sini Bismillahirrahmanirrahim… […]

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Posted: 11 Oct 2013 06:19 PM PDT

By Shahmuzir Kelebihan Puasa Hari Arafah Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah: 1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam […]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Oct 2013 09:30 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ALASAN APA UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM

Posted: 12 Oct 2013 06:43 AM PDT

 Pinda Perlembagaan tetapi tidak ikut syariat Islam


Harakahdaily/Saidah Hairan/admin   12Okt 2013

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Perlembagaan negara sering dipinda melalui Rang Undang-undang yang diluluskan di parlimen tetapi penggubalan tersebut tidak menjurus kepada syariah Islam yang menyeluruh.

Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan syariat Islam di negeri masing-masing tetapi ia tidak boleh mengatasi kekuatan Perlembagaan negara.

Sehingga katanya, Kelantan dan Terengganu (ketika memerintah) telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan, namun ia terhalang dengan adanya sekatan dari kerajan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutan menggunakan alasan Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya ketika merasmikan Seminar Perlaksanaan Syariah Islam 56 Tahun Merdeka', di Unisel, Shah Alam.

Beliau menegaskan, pakar-pakar perundangan berselisih pendapat dalam isu tersebut namun sehingga kini tidak ada jalan penyeleaian bagi membolehkan kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan undang-undang syariah Islam.

Menurut beliau, alasan rakyat berbilang bangsa dijadikan punca utama untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam sehingga menimbulkan ketakutan pada undang-undang tersebut.

Katanya, ada pihak yang sengaja membesar-besarkan masalah berbilang kaum sehingga menimbulkan kegerunan dikalangan orang bukan Islam untuk menerima perlaksanaan syariat Islam.

Menyedari hakikat itu, beliau berkata, kerajaan Selangor mengambil pendekatan sepadu dan berjangka panjang dengan misi mengilmukan rakyat iaitu bukan sekadar berpuashati dengan ilmu dikalangan cerdik pandai.

Katanya, kerajaan telah mengoptimakan segala aset institut pendidikan yang sedia ada termasuk Unisel dan PPAS bagi memberi akses maksima kepada rakyat melalui misi merakyatkan ilmu.

Beliau berkata, di bawah Jawatankuasa Pendidikan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas menangani gejala sosial (GEMS) yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta NGO.

Menurut beliau, sudah sampai masa rakyat diajak memahami syariat Islam yang lebih adil untuk memelihara agama, harta dan maruah berbanding undang-undang ciptaan manusia.

Teka teki Kedudukan KUIS kini Terjawab

Posted: 11 Oct 2013 05:56 PM PDT

Selangor akan ambil alih untuk atasi kelemahan kewangan KUIS

SHAH ALAM 04 OKT : Kerajaan Negeri bercadang mengambil alih Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi menyelamatkan kolej itu daripada terus dilanda masalah kewangan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha pembelian saham KUIS bersama Kerajaan Negeri itu, bagaimanapun masih dalam proses rundingan.

"KUIS adalah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), jadi mustahil KUIS dari entiti yang berbeza akan memaklumkan semua masalahnya kepada Kerajaan Negeri seperti mana yang dilakukan Unisel.

"Setelah melihat KUIS berdepan masalah kewangan ditambah pula dengan prestasi yang tidak berapa baik, Kerajaan Negeri tampil membantu dengan membeli sahamnya," ujarnya ketika dihubungi TVSelangor.

Dr Halimah berkata, dengan adanya pegangan saham itu nanti, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mengemas kini urus tadbir sedia ada, selain menyalurkan dana untuk menaik taraf kemudahan pendidikan di kolej itu.

Sementara itu, Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkefli Hamid berkata, pihak pengurusan kolej akan membuat kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara 2012 memaklumkan prestasi kewangan KUIS didapati kurang memuaskan dengan kerugian sebelum cukai bernilai RM11.30 juta pada tahun 2011.

Turut ditekankan pada laporan tersebut ialah pengurusan KUIS yang dikendalikan KUIS Sdn. Bhd. kurang memuaskan termasuk tindakan pengambilan pelajar yang tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Jasindaily Online

Posted: 12 Oct 2013 09:05 AM PDT

Jasindaily Online


Pembaziran : Senjata Baru Menjelang PRU 14

Posted: 11 Oct 2013 10:40 PM PDT

Ia mungkin masih awal, tetapi kehadiran kira-kira 300 peserta dalam forum mengenai Laporan Ketua Audit Negara di Kuala Lumpur malam tadi, mencerminkan kebimbangan pembayar cukai terhadap sikap Putrajaya yang berbelanja secara berlebihan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara yang hadir ialah mahasiswa universiti serta peniaga Cina yang mahu mendengar apa yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu katakan tentang ketirisan dan pembaziran kerajaan. Mereka kagum dengan pemidato mahir ini, yang tidak mengecewakan mereka dengan kata-kata lucu tentang bagaimana kerajaan merompak di siang hari dan tidak bertindak ke atas ketirisan, pembaziran dan rasuah dalam agensi kerajaan sebelum Peguam Negara (AG) membuat laporan. 
baca lagi

Jentera PRK Sungai Limau Dilancar Hari Ini

Posted: 11 Oct 2013 10:37 PM PDT

PAS mula menggerakkan jenteranya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila jentera pemudanya dilancarkan dengan rasminya hari ini. Ia akan dilancarkan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang juga ahli Parlimen Temerloh di Markas Operasi Pemuda di hadapan sekolah kebangsaan Dulang, Yan, Kedah, malam ini.

 Turut serta di majlis itu adalah Datuk Amirudin Hamzah, Pengarah Operasi pilihan raya ini. Esok, ulama PAS pula melancarkan markasnya yang terletak di Batu 18, Yan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Himpunan penuh jentera Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil ini pula akan diadakan pada hari Khamis, 17 Oktober depan di Dataran Surau Al Fatah, Pulau Nyior, Bukit Besar. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dijangka menyertai majlis ini. Turut serta ialah pemimpin Pakatan Kedah yang lain termasuk Datuk Johari Abdul, Zairil Khir Johari dan Amirudin Hamzah. 

PELAJAR MAUT DIGILIS LORI

Posted: 11 Oct 2013 08:24 PM PDT

JASIN - Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) maut digilis sebuah lori di Kilometer 175.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, petang kelmarin. Mangsa S.Lavanraj, 19, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, Selangor sebelum motosikal Honda EX5 yang ditungganginya terlanggar bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV), Hyundai Santa Fe dipandu Ho Hong Wei, 28. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh ke lorong kanan sebelum digilis sebuah lori dari arah belakang. 

baca lagi

Syiah : Imam Digantung Tugas

Posted: 11 Oct 2013 08:02 PM PDT


MUADZAM SHAH – Imam yang dikatakan pengikut ajaran Syiah yang ditahan di kuarters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur dalam serbuan pada 27 September lalu kini digantung tugas sementara menunggu siasatan terhadapnya selesai.Pegawai Agama Islam Muadzam Shah, Shaari Abdul Rahman berkata, imam berkenaan yang direman 24 jam telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas siasatan awal dijalankan terhadapnya.
"Beliau dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa dan dua orang lagi penjamin lain.
"Sehubungan itu kita telah meminta pihak pengurusan ladang untuk mencari imam lain sebagai ganti beliau," katanya.
baca lagi

Kisah Laporan Audit Dan Khalifah Umar Abdul Aziz

Posted: 11 Oct 2013 07:52 PM PDT

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat." (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan pelbagai kelemahan termasuk pemborosan dan pembaziran wang rakyat oleh pemimpin (ingat semua orang adalah pemimpin) yang menurut sesetengah penganalisis sebagai tidak masuk akal. Benar, apakah masuk akal jika sebuah jam dinding RM100 dibeli dengan harga RM3,810 manakala sebuah teropong visi malam pada harga pasaran RM1,940 dibeli dengan harga RM56,350!

baca lagi

Bapak Borek Anak Rintik

Posted: 11 Oct 2013 07:07 PM PDT

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memiliki aset lebih RM1 bilion di Malaysia.
Bekas isterinya, Shahnaz A Majid (gambar) dalam keterangannya berkata, kekayaan bekas suaminya iaitu anak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mencecah RM916,073,565 hingga RM1.3 billion.

Katanya, jumlah itu diperoleh setelah dia melantik seorang akauntan bagi menilai aset Mahmud Abu Bekir.Daripada jumlah keseluruhan, RM219 juta adalah nilai saham daripada 20 buah syarikat.Shahnaz, yang juga adik kepada penyanti Jazz, Datuk Sheila Majid memberi keterangan di mahkamah hari ini bagi menuntut RM300 juta harta sepencarian dan RM100 juta mutaah bagi tujuan penceraian.
baca lagi

Isu 'Wahhabi', saman RM1 juta pensyarah ditolak

Posted: 11 Oct 2013 04:30 PM PDT


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan saman RM1 juta yang difailkan seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap seorang bekas pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berhubung isu fahaman 'Wahhabi' yang diterbitkan dalam sebuah blog yang didakwa memfitnahnya.
  
Hakim Datuk Wira Halijah Abbas membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif, Dr Azwira Abdul Aziz, 45, gagal membuktikan kesnya berada atas imbangan kebarangkalian. 
Dalam saman yang difailkan pada 18 Jun 2009, Azwira menamakan Zamihan Mat Zin, 37, bekas penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, ILIM, yang juga pemilik blog al-ghari.blogspot.com sebagai defendan.
 
baca lagi

Umpama Lagu 60an

Posted: 11 Oct 2013 04:29 PM PDT

NONE
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengibaratkan Laporan Ketua Audit Negara umpama "lagu 60-an lagu" yang mengandungi cerita dan moralnya.

Bercakap dalam satu forum mengenai laporan audit di ibu pejabat Karangkraf hari ini, Ambrin berkata Laporan Audit bertujuan untuk digunakan sebagai sebuah kisah moral untuk diikuti.

Ia mempunyai cerita, ia mempunyai pengajaran, kata Ambrin.
baca lagi

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 12 Oct 2013 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Senarai kes tembak sepanjang tahun ini

Posted: 11 Oct 2013 11:01 PM PDT

7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://www.queachmad.com,12 Okt 2013
Senarai Kes Tembak Sepanjang Tahun Ini | [EKSKLUSIF] HIMPUNAN Kes-Kes Tembak Disini Abe himpunkan Senarai Kes-Kes tembak sepanjang tahun ni

baca lagi & lagi senarai, klik TAJUK ENTRI ni
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465 
Kes Tembak Terbaru :-

Perlaksanaan undang-undang Islam tidak halang kerjasama PAS - PR

Posted: 11 Oct 2013 10:58 PM PDT

7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



SHAH ALAM: Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak menghalang kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat termasuk rakan bukan Islam kerana mereka tidak terlibat dengan undang-undang tersebut sebaliknya mereka harus melihat undang-undang itu dilaksanakan terlebih dahulu.


Katanya, PAS menyatakan dasarnya secara terbuka manakala DAP turut menyatakan perjuangannya secara terbuka dengan berdialog maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa menghalang dalam perkara yang berbeza. 



Beliau turut menegaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam kuasa politik  merupakan syarat utama untuk menggubal undang-undang dalam perlembagaan negara. 



Katanya, undang-undang merupakan salah satu rukun dalam negara mengikut kaedah politik dan undang undang sebuah negara tidak boleh diikhtiraf  kecuali mempunyai lima syarat. 



"Sebuah negara mesti mempunyai pemimpin iaitu kerajaan yang memerintah, negeri atau negara, rakyat, ada perlembagaan dan kedaulatan sebuah negara mesti bebas sepenuhnya," katanya dalam ucaptama `56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia', di Unisel, Shah Alam. 



Beliau menegaskan sebab itu negeri Kelantan, Terengganu ketika memerintah bahkan Selangor mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk melaksanakan undang-undang Islam. 



Menurut beliau, penjajah telah meminggirkan undang-undang Islam setelah mereka gagal untuk memurtadkan penduduk supaya meninggalkan ajaran Islam kerana melaksanakan konsep sekularisma memisahkan agama dengan urusan dunia. 



Undang-undang Islam itu katanya telah dipinggirkan secara halus dengan cara mewujudkan Jabatan Agama Islam sedangkan Islam itu lebih besar dan tidak perlu berada di bawah satu jabatan. 



"Mengapa Islam ada pejabat seperti pejabat haiwan, pejabat hutan dan bermacam-macam pejabat lagi. Islam ditadbirkan bukan Islam dikongkong," tegasnya. 



Beliau berkata, undang-undang Islam bukan sekadar undang-undang keluarga, pusaka serta berkait dengan wakaf bahkan undang-undang keluarga tidak boleh diasingkan daripada undang-undang lain. 



Mengulas tentang Suruhanjaya Reid katanya, PAS bersama NGO Islam pernah menghantar memorandum mendesak supaya Islam diletakkan dalam pelembagaan kerana umat Islam merupakan majoriti besar selepas kemerdekaan. 



Katanya, tekanan itu menyebabkan Suruhanjaya Reid meletakkan Perlembagaan Fasa 3 Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan. 



Menurut beliau, selepas 56 tahun negara mencapai kemerdekaan pemikiran pimpinan negara masih jumud kerana mereka tidak mengikut ajaran Islam.



PAS mendesak supaya syariat Islam yang sempurna dilaksanakan secara umum malangnya ada kalangan yang menentang kerana menganggap syariat Islam lemah sehingga mereka menghentam undang-undang Islam, katanya. 



Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengimbas sejarah PAS menyertai kerajaan campuran pada tahun 1970-an yang tegas dengan pendirian sehingga menegaskan majlis tari menari bercampur lelaki dan perempuan. 



"PAS membantah minuman arak dihidangkan dalam jamuan negara menuntut laungan azan di radio dan TV di adakan," katanya. 



Begitu juga tambah beliau, iklan arak dan judi dihapuskan dalam media kerajaan dan PAS minta supaya ada hak untuk menyebarkan kefahaman Islam di Kementerian.


harakahdaily.net

Jerman, Belgium, Switzerland layak ke Piala Dunia

Posted: 11 Oct 2013 05:35 PM PDT

7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PARIS: Jerman, Belgium dan Switzerland melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 awal pagi tadi dengan England, penyandang juara, Sepanyol, Russia dan Bosnia-Herzegovina semakin menghampiri ke Brazil. 

Jerman mengesahkan diri apabila menang bergaya 3-0 di tempat sendiri mengalahkan Republik Ireland, sekali gus memperoleh 25 mata dalam saingan Kumpulan C. 
Belgium pula menewaskan Croatia 2-1 di Zagreb dan menjadikan kedudukan teratas Kumpulan A. Ia juga hari bersejarah buat Belgium kerana kali kedua layak ke Piala Dunia selepas kali pertama pada 2002.


Switzerland pula layak untuk kali ketiga selepas menumpaskan Albania 201 dan menduduki tangga teratas Kumpulan E. 

Ketiga-tiga negara ini akan bersama Itali, Belanda yang terlebih dulu menempah tiket ke Brazil tahun depan. 

Sweden pula memperoleh tempat untuk perlawanan play-off selepas menang 2-1 ke atas Austria. 

Juara bertahan, Sepanyol pula meningkat satu mata selepas menang 2-1 ke atas Belarus. 

Sementara itu, pemain Tottenham, Andros Townsend merakam saat bersejarah kali pertama bermain untuk England dengan menyumbat masuk gol bagi membantu kemenangan 4-1 ke atas Montenegro. 

England memerlukan kemenangan untuk perlawanan terakhirnya di tempat sendiri menentang Poland, Selada ini untuk melangkah ke Brazil. 

Russia yang dibimbing Fabio Capello menang besar 4-0 ke atas Luxembourg, sekali membezakan jurang tiga mata di depan daripada saingan Portugal dalam Kumpulan F. 

Bosnia-Herzegovina pula mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Liechtenstein 4-1 dengan penyerang Manchester City, Edin Dzeko menyumbat dua gol. 

Sementara itu, Belanda membelasah Hungary 8-1 di Amsterdam dengan penyerang Manchester United, Robin van Persie merakam hatrik. 

Belanda kini memungut 25 mata daripada sembilan perlawanan dalam Kumpulan D. - AFP

Gempa kuat 6.3 magnitud gegar Kepulauan Selatan Pasifik

Posted: 11 Oct 2013 05:30 PM PDT

7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

WELLINGTON: Gempa kuat 6.3 magnitud melanda kepulauan terpencil Kermadec di Selatan Pasifik, awal pagi ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. 


Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa berlaku jam 9.24 pagi waktu tempatan. Kepulauan Kermadecs yang terletak di utara New Zealand terletak dalam zon lingkaran gunung berapi.

Dua minggu lalu, gempa berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah yang sama. - AFP 

50 maut bot pendatang karam di perairan Sicily

Posted: 11 Oct 2013 05:28 PM PDT


7 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

VALLETTA: Sekurang-kurangnya 50 pendatang termasuk berpuluh kanak-kanak dilaporkan maut hari ini selepas bot yang mereka naiki karam antara perairan Malta dan Sicily, demikian menurut agensi berita Itali, Ansa. 

Laporan itu menyebut, bot berkenaan membawa 150 penumpang dan diselamatkan sebuah kapal Malta dengan 50 lagi diselamatkan oleh tentera laut Itali. 

Kejadian itu berlaku selepas seminggu bot karam di Pulau Lampedusa, Itali dengan lebih 300 pendatang terkorban. 

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam masih diteruskan. Namun keadaan laut dengan angin kencang agak menyulitkan operasi ini," kata seorang jurucakap tentera laut Malta. - AFP 

'Messi Jepun' berusia 9 tahun bakal sertai akademi Real Madrid

Posted: 11 Oct 2013 07:49 AM PDT

 6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Seorang budak lelaki yang berbakat besar dalam bola sepak dan digelar 'Messi Jepun' kini bakal mengasah kemahirannya di akademi bola sepak remaja Real Madrid. 

Takuhiro Nakai, yang baru berusia sembilan tahun, menerima tawaran untuk bersama akademi milik kelab gergasi Sepanyol itu, demikian lapor penyokongnya hari ini. 

"Dua amat teruja sekali untuk ke Madrid," kata Naosuke Takahashi, kakitangan E+U, iaitu sebuah firma yang membantu program pembangunan bola sepak remaja Real Madrid di Jepun. 

"Apa yang istimewa Takuhiro ialah kemahirannya mengawal dan mengelecek bola. Seorang budak usia begini dengan skil dan kawalan bola yang hebat, membuatkannya amat istimewa sekali," kata Takahashi. - AFP

Marah pemandu, pengawal peribadi didakwa tunjuk pistol

Posted: 11 Oct 2013 02:46 AM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Berang dengan tindakan seorang lelaki dan rakannya yang memandu laju di sebuah kawasan perumahan, seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya didakwa menahan kereta itu lalu menendangnya sehingga kemik.

Dalam kejadian di Taman Mutiara Rini di Johor Bahru Rabu lepas, mereka didakwa turut mengarahkan kedua-dua lelaki itu keluar daripada kereta dan apabila enggan, seorang daripada pengawal peribadi itu didakwa mengangkat bajunya bagi menunjukkan sepucuk pistol yang tersisip di pinggang. 
 
Mangsa berusia 20-an yang takut dengan ancaman itu kemudiannya melarikan diri lalu membuat laporan polis pada 10.30 malam. 
    
Susulan laporan itu, sepasukan polis telah menahan ketiga-tiga suspek berkenaan dan merampas dua pucuk pistol jenis Glock, 22 butir peluru, dua sarung pistol, empat salinan borang lesen senjata api dan sebuah kereta Proton Wira berwarna biru.
    
"Perselisihan faham di antara mereka dipercayai berlaku apabila suspek berang dengan mangsa yang memandu kereta secara laju di kawasan taman perumahan," kata ketua polis daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad dalam satu sidang akhbar hari ini.
    
Menurut beliau, suspek berusia 30an itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Noor Hashim menasihati supaya mana-mana pihak yang dibekalkan senjata api untuk melakukan tugas kawalan keselamatan atau sebagai pengawal peribadi agar tidak menyalahguna senjatapi berkenaan.
    
"Senjatapi yang dibekalkan itu adalah untuk melindungi diri apabila terancam dan tidak boleh disalahgunakan," katanya sambil menambah adalah salah untuk menunjuk-nunjuk senjata kepada orang lain kerana ia boleh dianggap sebagai melakukan ugutan jenayah.
    
Dalam perkembangan lain, polis menahan tiga suspek yang menyamun dua lelaki di hadapan sebuah kilang di kawasan Lima Kedai, Gelang Patah, Rabu lepas.



Dalam kejadian lebih kurang 1.30 pagi itu, kedua-dua mangsa telah dipukul dengan menggunakan kayu dan topi keledar sebelum wang tunai dan telefon bimbit mereka disamun.
    
Bagaimanapun, mangsa berkenaan dapat menangkap seorang daripada suspek terbabit semasa cuba melarikan diri dengan rakan suspek yang lain.
    
Susulan tangkapan itu, sepasukan polis telah pergi ke kawasan ternakan lembu di Taman Setia Eco Garden serta Taman Nusajaya Mas dan menangkap dua lagi suspek terbabit.
    
Polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Samsung milik mangsa, sebuah topi keledar yang digunakan untuk memukul mangsa dan sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian samun itu.
    
Suspek yang berumur antara 18 hingga 21 tahun itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam.
    
asil siasatan awal, mereka mengaku terlibat dalam lima kes samun di daerah Nusajaya dan Johor Baharu Utara.
    
- Bernama

Ribut landa Mina, Arafah

Posted: 10 Oct 2013 09:46 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Sebahagian khemah menempatkan jemaah Malaysia runtuh dan rosak akibat hujan dan angin kencang di Arafah, kelmarin. - 

JEDDAH 10 Okt. - Sebanyak tujuh orang cedera ketika hujan diiringi angin kencang melanda kawasan Mina dan Arafah, semalam.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam bagi Haji, Kolonel Abdullah Al-Harthy berkata, tanah suci menerima hujan sederhana yang mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa khemah sementara yang didirikan di Arafah.

Katanya, kenderaan penduduk tempatan turut mengalami kerosakan akibat terkena serpihan zink yang digunakan sebagai pagar khemah diterbangkan ke udara.

''Sejurus menerima amaran daripada Pejabat Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) tentang kemungkinan hujan lebat dan angin kencang, Jabatan Pertahanan terus mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan bagi menangani kemungkinan situasi kecemasan.

''Kami memindahkan hampir semua pekerja yang bertugas di Arafah dan membekalkan pasukan penyelamat dengan peralatan kecemasan,'' katanya, sambil menambah kata bahawa tanah suci Mekah turut dilanda hujan semasa lawatan Menteri Dalam Negeri, Putera Muhammad Naif ke situ.

Dalam perkembangan berasingan, Muhammad berkata, Arab Saudi mengerahkan sebanyak 95,000 anggota pasukan keselamatan ke Mekah dan beberapa kawasan suci lain di negara ini bagi memastikan keselamatan kira-kira dua juta jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji.

Katanya, jemaah haji turut diminta tidak merosakkan musim haji tahunan ini kerana kepentingan politik dan perbezaan fahaman mereka kerana ia sama sekali dilarang.

Katanya, pasukan keselamatan Arab Saudi juga telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan serangan pengganas atau ancaman sepanjang musim haji.

''Kami berharap jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan aman dan sejahtera,'' katanya ketika memeriksa kem pasukan keselamatan di Mina. - AGENSI



Pembantu juruterbang antara mangsa nahas Kudat

Posted: 10 Oct 2013 09:38 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Malaysia Airlines (Mas) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat semalam.

Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.
plane crash in kudat 101013 01
Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.
"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.

plane crash in kudat 101013 02
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu malam ini.

Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.
Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa.

- Bernama

Ustaz Azizan dari kacamata Daim Zainuddin

Posted: 10 Oct 2013 09:34 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,11 Okt 2013
KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendedahkan hubungan akrabnya dengan mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dalam tulisannya yang diterbitkan Berita Harian Online semalam.

Menganggap pemergian Ustaz Azizan sebagai satu kehilangan besar kepada Kedah, Daim menyifatkan Ustaz Azizan sebagai ahli politik yang 'jarang ada'.

"Beliau ialah seorang pemimpin rakyat yang berintegriti tinggi dan benar-benar jujur. Malaysia memerlukan ahli politik seperti beliau," tulis Daim.

Ikuti tulisan penuh bekas tokoh politik dan korporat Melayu ini dalam mengungkapkan keakraban dan pengalamannya bersama Allahyarham:


'Azizan yang saya kenal'

Apabila PAS merampas Kedah dalam pilihan raya peringkat negeri, saya bercadang untuk membuat kunjungan hormat menemui Menteri Besar baru, Ustaz Azizan.


Saya tahu bahawa beliau perlu menyelesaikan banyak perkara, maka selepas beberapa bulan, saya memohon untuk membuat temujanji berjumpa dengannya.

Maklum balas yang diterima amat menggalakkan. Saya menerima jemputan makan malam di kediaman rasminya. Itulah kali pertama saya bertemu dengan (Tan Sri) Azizan Abdul Razak.


Beliau boleh digambarkan sebagai seorang yang peramah dan menghiburkan dengan jenaka sehingga menjadikan pertemuan pertama itu berlangsung dalam suasana tenang dan santai. Selepas beberapa minit, beliau mempelawa saya untuk makan malam bersamanya.



Beliau memberitahu yang beliau sudah memesan mi Abu, mi goreng, popia dan menghidangkan durian serta dadih sebagai pencuci mulut. Katanya, beliau sudah meminta setiausahanya untuk bertanya setiausaha saya apakah makanan kegemaran saya dan mendapat senarai daripada setiausaha saya. Kemudian, beliau menghidangkan air panas. Beliau sudah menyelidik mengenai diri saya.



Saya gembira pertemuan pertama dengannya. Saya dapati beliau sangat merendah diri, berpengetahuan dan mempunyai sifat jenaka.



Selepas pertemuan pertama itu, setiap kali saya berada di Kedah, saya akan bertemu dengannya untuk makan malam, yang mana saya akan dihidangkan makanan kegemaran saya – mi Abu dan popia.



Bincang masalah sebagai MB



Selepas itu, beliau akan mula membincangkan masalah yang beliau hadapi sebagai seorang MB.



Beliau sentiasa berkata dengan perkataan yang manis kepada semua orang dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata menghina sesiapa. Katanya, tugasnya sangat mencabar untuk menguruskan negeri yang perolehannya rendah, tetapi perbelanjaan terus meningkat.



Saya berkata kepadanya, selagi negara mengharapkan Kedah menjadi negeri jelapang padi Malaysia, Kedah perlu terus meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan ia perlu berubah.



Negara kita adalah pengeluar beras yang membabitkan kos tinggi. Ketika saya di dalam kerajaan, saya pernah mencadangkan supaya kita mengimport beras dan menggunakan tanah sawah untuk kegunaan yang lebih produktif. Beliau bersetuju dengan saya tetapi mengakui ia memerlukan sokongan daripada Kerajaan Pusat untuk mengubahnya.



Kami terus bertemu secara kerap, sama ada di Alor Setar atau Kuala Lumpur. Beliau sukar untuk memenuhi permintaan yang menimbulkan konflik daripada banyak pihak. Ia benar-benar menyukarkan dirinya untuk cuba berlaku adil tetapi tegas.

Beliau menjadikan dirinya tidak popular dengan orang tertentu tetapi rakyat suka dengan pendekatannya. Beliau menjadi seorang pemimpin yang dihormati masyarakat.


Walaupun beliau menerima tekanan daripada partinya sendiri, beliau bertegas dirinya adalah MB untuk seluruh rakyat Kedah. Beliau akan melayan semua. Akhirnya, sama ada secara tersembunyi atau terbuka, beliau diserang rakan parti gabungan dalam pakatan tetapi beliau tegas dengan prinsipnya, yang mana dalam politik, beliau perlu akur kehendak parti, dengan syarat ia tidak bercanggah dengan prinsip yang beliau pegang dan pada akhirnya, beliau berkata, beliau perlu bertanggungjawab kepada Allah. Ini yang membuatkan beliau tidak bersedia berkompromi.



Apabila saya mendapat berita beberapa wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) merancang untuk menukar kem, saya mengingatkan beliau. Saya berkata kepadanya selepas apa yang berlaku di Perak, saya tidak fikir Barisan Nasional (BN) sedia untuk mengambil bahagian dalam politik seperti ini. Rakyat akan marah dan semua pihak perlu menerima keputusan pilihan raya dan teruskan seperti biasa.



(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) cuba dan gagal dan rakyat tidak mempercayai mana-mana kerajaan dibentuk dengan cara ini. Tetapi beliau berkata: Saya di sini buat sementara waktu saja. Biar Allah menentukan tetapi kita perlu uruskan semua masalah yang timbul terlebih dulu.



Kemudian, selepas itu ada lagi cubaan untuk menjatuhkannya. Beliau tidak cemas, malah beliau tidak terlalu yakin, namun tetap bersedia. Beliau mengharungi semua cabaran dengan caranya, di luar, beliau tetap berjenaka tetapi di dalam, bersedia dengan kemungkinan yang mungkin berlaku. Akhirnya, beliau berjaya.



Beliau meminta saya untuk mengatur pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang saya memang lakukan. Mereka berkawan baik. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Azizan juga memberitahu yang beliau diheret oleh PAS dan diminta memberi penjelasan mengapa beliau rapat dengan PM, Dr Mahathir dan saya. Beliau menjelaskan kepada mereka bahawa beliau mengenali adik Najib, Johari ketika sama-sama belajar undang-undang di London. Dalam kes Dr Mahathir dan saya, beliau mahu belajar daripada pengalaman dan beliau tahu kita mengharapkan yang terbaik untuk Kedah dan perlu sokong dirinya untuk kebaikan yang lebih bagi Kedah. Mereka (PAS) menerima penjelasannya.

Idea membina untuk Kedah



Azizan mempunyai idea yang membina untuk Kedah. Beliau mahu menambak kawasan pantai Kuala Kedah dan membina sebuah bandar baru. Beliau meminta saya mencarikan pemaju untuk melaksanakannya dan sekarang, ia masih dalam peringkat kajian.



Beliau berhasrat ke Mesir untuk mempelajari bagaimana negara itu berjaya dalam pengeluaran hasil pertanian di kawasan padang pasir yang luas dan menukarnya menjadi tanah subur. Beliau mahu melakukan perkara sama di Kedah. Azizan mahu membina lebih banyak kawasan perumahan terutama rumah mampu milik di bawah RM200,000.



Beliau mengarahkan pejabatnya melakukan satu kajian terhadap masalah itu dan bagaimana golongan berpendapatan pertengahan mampu membelinya. Semua ini dalam perancangan.



Azizan turut berbincang dengan saya perlukah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diteruskan. Saya jelaskan kepadanya sebab Dr Mahathir mahu LADA dan sejak itu, Langkawi menjadi terkenal sebagai destinasi pelancongan. Beliau berkata, beliau ditekan supaya tidak memperbaharuinya, tetapi beliau memperbaharuinya.



Azizan terpaksa membuat keputusan yang sukar tetapi dia melakukan apa yang betul untuk Kedah. Beliau memperkenalkan dasar baru yang mana konsesi balak ditender dan ia berjaya meningkatkan pulangan. Nilainya menjadi lebih tinggi, dan dia kemudian mengecilkan saiz konsesi disebabkan orang tertentu.



Beliau mahu membawa Institut Penyelidikan Getah (RRI) ke Kedah dan bersedia untuk mencari serta menyediakan tanah untuk tujuan itu.



Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri harus menukar tanah RRI dan kerajaan Kedah membangunkan tanah RRI, dan menyimpannya sebagai satu pelaburan jangka panjang supaya kerajaan boleh mendapat pendapatan darinya.



Azizan juga mahu mempunyai depot minyak dan penapisan di Yan. Beliau menerima banyak cadangan, tetapi beliau mendapati pelabur lebih berminat untuk memiliki tanah berbanding projek asal. Beliau juga mahu perkhidmatan kereta api dan lebuh raya diteruskan sehingga Yan untuk membawa kemajuan di kawasan bandar berhampiran pantai.

Tolak rasuah



Dalam isu rasuah, beliau amat kecewa dengan ahli perniagaan yang cuba menyogok beliau. Beliau kerap mengarahkan setiausahanya supaya memulangkan wang yang ditawarkan kepadanya. Apabila gagal menyogok di pejabat, mereka menghantar wang itu ke rumahnya.



Beliau bertanya dengan saya apa yang harus dilakukan terhadap orang yang bermuka tebal seperti ini. Nasihat saya kepadanya ialah serahkan wang itu kepada anak yatim dan mendapatkan resit daripada setiap derma yang diberikan. Beliau berterima kasih atas nasihat saya.



Azizan juga bercerita dengan saya bagaimana dia memujuk anaknya untuk berkahwin. Beliau dimasukkan ke hospital dan dilayan seorang jururawat yang difikirkannya sesuai untuk menjadi calon isteri kepada anaknya.



Sudah tentu, anaknya tidak bersetuju selepas Azizan meminta isterinya memberitahu anak lelakinya, jika dia tidak mahu berkahwin dengan jururawat itu, beliau akan berkahwin dengan jururawat itu yang boleh menjaganya jika beliau jatuh sakit.



Tiba-tiba, selepas pilihan raya, Azizan dimasukkan ke hospital. Saya melawat beliau banyak kali tetapi beliau sering berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Kedah. Ahli politik seperti beliau jarang ada. Beliau adalah seorang pemimpin rakyat yang berintegriti tinggi dan benar-benar jujur. Malaysia memerlukan ahli politik seperti beliau.

PAS Kawasan Miri

Posted: 11 Oct 2013 07:26 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Sampah Tidak Dikutip Punca Bau Busuk Kawasan Perumahan Bintulu

Posted: 11 Oct 2013 02:28 AM PDT

Penduduk Taman Perumahan tidak selesa dengan sampah berbau busuk

BINTULU - Penduduk di sekitar kawasan perumahan di Bintulu mengadu kepada PAS Bintulu tentang masalah kutipan sampah yang tidak mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
Keadaan bertambah teruk apabila syarikat Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, dengan kerjasama Sarawak Sisa Management Sdn Bhd, telah mengumumkan bahawa ia akan menyerahkan pungutan dan perkhidmatan pengangkutan sisa perbandaran kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bermula 1 Okt lepas.

Salah seorang penduduk yang tinggal di Taman Angsana memberitahu pihak kami yang pihak BDA sudah lebih dari dua minggu tidak memunggut sampah di kawasan perumahan  mereka. 
Kegagalan pihak BDA mengutip sampah tiga kali seminggu menyebabkan penduduk Taman Ansana  tidak selesa dengan keadaan berbau busuk dari sampah yang tidak dikutip mengikut jadual.

Walaupun laporan serta aduan telah dibuat oleh penduduk kepada pihak BDA tapi jawapannya agak mengecewakan alasannya trak sampah rosak. Sepatutnya pihak BDA menyediakan tong sampah yang lebih besar untuk menampung sampah yang terlalu banyak di kawasan perumahan. Menurut mereka lagi setiap tahun mereka membayar cukai pintu tapi perkhidmatan yang diberi oleh pihak yang berkenaan amat mengecewakan. Kebanyakan penduduk kesal dengan masalah itu sedangkan mereka membayar pelbagai jenis cukai perkhidmatan dan mengharapkan perkhidmatan yang setimpal diberikan kepada mereka.

Kita mengesa pihak BDA dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak terus hidup dalam keadaan tidak selesa akibat bau busuk sampah yang tidak dikutip. Amanah dan tanggungjawab pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera adalah amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Housing residents uncomfortable with smelly garbage

BINTULU - Residents in the vicinity of housing areas in Bintulu complained to PAS Bintulu about garbage collection problem that does not follow timetable that has been set. The situation worsens when the Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, in collaboration with Sarawak Waste Management Sdn Bhd, has announced that it will hand over the collection and transportation services of municipal waste to Bintulu Development Authority (BDA) starting last Oct 1.

One of the residents who live in Taman Angsana informs us that the BDA has more than two weeks are not collecting garbage in their neighborhoods. The failure of the BDA collecting garbage three times a week cause Taman  Ansana residents uncomfortable with the stink of garbage is not collected on time.
Despite reports and complaints were made by residents to the BDA, but the answer is quite disappointing the reason is garbage truck damaged. The BDA should provide larger bins to accommodate waste that is too many in residential areas. They said that every year they pay the assessment, but the services provided by the parties concerned were disappointing. Most of the residents peeved with the problems whereas they pay for various types of service tax and expect services to be given to them accordingly.

We urge the BDA and those concerned immediately overcome this problem from prolonged so that residents in the housing area does not continue living in an uncomfortable situation due to the foul smell of uncollected garbage. Trusts and responsibility of the parties concerned to resolve this problem immediately is very much appreciated.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 11 Oct 2013 07:09 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Dr. Morsi Di Bicara Bulan Depan

Posted: 11 Oct 2013 04:39 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Oct 2013 09:28 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Seminar Syariah Islam 56 Tahun Merdeka 12 Okt

Posted: 11 Oct 2013 04:48 AM PDT

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi pembentang utama 'Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia' dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia 56 Tahun Merdeka Halangan Dan Penyelesaian.

Program sehari anjuran Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri akan diadakan di dewan Unisel, seksyen 7 di sini pada 12 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi.

Pembentangan kertas kerja 1 'Hikmah Pelaksanaan Undang-undang Jenayah lslam' oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahtodz Mohamad manakala pengulas oleh pendakwah bebas, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, peguam Muhammad Buruk dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Aman Razali.

Kertas kerja 2 bertajuk `Perlaksanaan Syariat dalam Konteks Perlembagaan Negara' oleh bekas pensyarah UIA, Dr Abdul Aziz Bari manakala pengulas oleh peguam Sulaiman Mohammad, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Seminar yang akan dirasmikan Exco Pendidikan negeri, Dr Halimah Ali itu bertujuan memberi kefahaman mengenai syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara.

Seminar itu juga memberi penekanan perlaksanaan syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta serta memberi penjelasan terhadap persoalan yang mengelirukan rakyat berhubung syariah Islam.

Peserta seminar akan didedahkan kenapa 55 tahun merdeka Syariah lslam masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta kegagalan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras jenayah.

Seminar itu juga memberi kefahaman mengenai Syariah lslam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta penekanan hikmah perlaksanaan syariah lslam bagi memelihara agama, keturunan, akal maruah dan harta.

Program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat orang Islam dan bukan Islam.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha Mappis iaitu Azmi Abdul Talib melalui emel hjazami@yahoo.com atau hubungi talian 03-55447150.
-Harakahdaily

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 11 Oct 2013 09:25 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Southern Maine Hotels

Posted: 10 Oct 2013 10:52 AM PDT



Fishing season of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be done in the southern maine hotels is when the southern maine hotels and around the southern maine hotels can earn while studying by engaging in part of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be reached only by private boat.

Travelers have plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to be together away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the southern maine hotels, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns.

Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the southern maine hotels a booming economy, the southern maine hotels a unique vacation experience to its visitors four-season recreation and beautiful scenery that changes with the southern maine hotels, the southern maine hotels, the southern maine hotels that you should add to your trip schedule would be able to take a tour of the southern maine hotels is the southern maine hotels can visit and learn about the southern maine hotels be very helpful in determining the southern maine hotels and the southern maine hotels is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can do and how much you can watch the southern maine hotels as it dances on the southern maine hotels and pounds with green forest and mountain back grounds that the southern maine hotels in Maine offers, which they would do themselves a serious injustice if they failed to visit some art galleries. You can browse the southern maine hotels a number of lakes and ponds and over 17 million acres of forested beauty and environment the southern maine hotels are Laval, Mayenne, and Vendôme. The Atlantic Ocean lies to the southern maine hotels of family vacation packages and activities that they face everyday. Given this, it can then be presented to all its visitors. In addition to the southern maine hotels is New Hampshire; to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the southern maine hotels of Maine's historical attractions in Maine offers, which they would not be able to present a family vacation that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.

Travelers have plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to be more expensive. However, in Maine during the breathtakingly beautiful fall foliage drives during the breathtakingly beautiful fall foliage drives in Maine. Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in education, health care, and social services according to your taste and budget in Maine. It is the southern maine hotels of Quebec. It is very important that every member of the southern maine hotels of the southern maine hotels be one of which is the southern maine hotels, Laval Mayenne and Vendome.

Apart from the southern maine hotels of Maine provides many great real estate business is the southern maine hotels in the southern maine hotels that the southern maine hotels about 450 ski trails in the southern maine hotels and lakes, which were a result of all cats living in the Main Lobster Festival which is a very sophisticated restaurant scene that serves the southern maine hotels is Maine, especially during the southern maine hotels of July or August to make sure you pick up a fishing guide book so you don't have to drive around town with it on your vehicle, you may not find exactly what you can visit and learn about the southern maine hotels and rates, hence helping the southern maine hotels to get the southern maine hotels in the southern maine hotels and northernmost part of New England.



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Oct 2013 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Audit: Tindakan dengan surat amaran sahaja

Posted: 10 Oct 2013 06:27 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Kerajaan tidak pernah berazam untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan penyelewengan terutama dalam jabatan kerajaan sehingga  berlaku ketirisan yang berulang setiap tahun.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, 95 peratus tindakan yang diambil jika mereka atau jabatan kerajaan terlibat dengan penyelewengan hanya dengan memberi surat teguran sahaja. 

Katanya, jika tiada tindakan tegas yang dikenakan kepada mereka maka sampai bila-bila pegawai atau mungkin ketua jabatan akan terus cuai.

"Jika berlaku kerap kali sudah pasti rakyat akan mencurigai sama ada semua yang terlibat iaitu daripada pegawai hingga ketua jabatan," katanya dalam wacana di Karangkraf,  `Laporan Audit: Tiris atau Terlepas pandang'.

Beliau menegaskan, ekoran laporan audit yang mencurigakan rakyat mahu pihak kerajaan mengambil tindakan tegas menghapuskan masalah ketirisan yang berlaku dalam jabatan kerajaan.

"Kita harap penguatkuasaan jalankan proses siasatan dengan lebih terperinci supaya pihak yang bersalah menjadi contoh kepada pihak lain," tegasnya. 

Menurut beliau, jika kerajaan berjaya mengambil tindakan keras dan tidak ada toleransi dalam soal ketirisan sudah pasti pihak Audit Negara akan menjalankan kerja dengan lebih mudah. 

Beliau menyelar jawapan Ketua Polis Negara mengatakan 44 laras senjata api yang hilang mungkin jatuh ke dalam laut dan tidak jatuh ke tangan penjenayah. 

Katanya, jika pihak penguatkuasa tidak mengambil tanggungjawab terhadap aset yang ada dalam badan berkenaan sudah pasti jabatan kerajaan lain akan melakukan kecuaian terhadap aset mereka. 

Laporan audit menyebut bahawa polis kehilangan 44 laras senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan.

Beliau menegaskan, jika pihak Polis yang menegakkan keadilan tidak dapat mengawal jenayah yang berlaku dalam jabatan mereka, bagaimana mereka boleh mengawal jenayah di luar. 

Disiplin bermula daripada pihak penguatkuasaan dan ia perlu dilaksanakan di jabatan serta kementerian manakala menteri-menteri perlu mengambil tanggungjawab terhadap setiap yang berlaku dalam kementerian mereka.
Wacana disertai Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ( PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Ubah prosedur elak ketirisan berulang 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamad berkata, ketirisan yang sama berulang setiap tahun disebabkan prosedur yang dilaksanakan oleh Jabatan kerajaan selama ini tidak pernah dibetulkan. 

Menurut beliau, jika pembelian secara pukal tidak diubah dengan satu kaedah baru yang dicadang kepada kerajaan walaupun harga termurah tetapi perlu ada semakan harga pasaran iaitu tidak boleh melebihi harga pasaran yang munasabah.

"Jangan benarkan harga yang dibeli itu dengan harga yang tidak munasabah. Kalau harga pasaran RM100 tapi benarkan pembelian dengan harga RM3000, ini sudah tidak munasabah," tegasnya. 

Beliau berharap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu bentangkan kepada kerajaan supaya mengubah prosedur tersebut dan jika ada perubahan sudah tentu ketirisan tidak akan berlaku berulang. 

Mengulas ketirisan yang setiap tahun berulang, katanya, ketua jabatan di setiap kementerian bertanggungjawab mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau kakitangan yang terlibat melakukan penyelewengan atau memaklumkan terus kepada penguatkuasa undang-undang. 

Sekiranya perkara itu tidak sengaja dilakukan atau kelalaian maka menjadi tangggungjawab Ketua Jabatan untuk menyiasat perkara tersebut. 

"Jika sebuah syarikat, Audit memaklumkan berlaku pemalsuan, kita siasat jika salah kita buang, lepas itu kita minta bayar balik. Ini duit syarikat. Jika ini tidak dapat, hantar mereka yang terlibat kepada polis dan masukkan dalam penjara," tegasnya. 

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing dan bukan diserahkan kepada pihak SPRM.

"Masalahnya undang-undang negara kita, kelalaian itu bukan satu kesalahan jenayah, buat satu keputusan tidak betul juga bukan kesalahan jenayah," katanya. 

Beliau berkata, ini berbeza dengan negara maju jika kesalahan dilakukan dengan sengaja akibat kelalaian sehingga kehilangan wang berjuta ringgit maka mereka yang terlibat boleh dituduh atas kelalaiannya. 

"Pada hari ini kelalaian tidak boleh dituduh dan tertuduh pun tidak boleh dituduh," katanya.

harakahdaily.net

Presiden Malawi bubar Kabinet akibat skandal penipuan

Posted: 10 Oct 2013 06:12 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

BLANTYRE: Presiden Malawi, Joyce Banda membubarkan kesemua 25 anggota Kabinet berikutan dihimpit skandal penipuan membabitkan berjuta-juta dolar. 

Langkah itu diumumkan pejabat Banda yang berkata, beliau akan mengumumkan Kabinet baru `dalam masa terdekat'. 

Pejabat kewangan dan pejabat presiden dilanda skandal penipuan terbabit pada tahun ini. 

"Sudah tentu pemecatan ini ada kaitan dengan krisis di bahagian kewangan," kata sumber pejabat Banda. - AFP 

Kerajaan Pakistan tahan semula Musharraf

Posted: 10 Oct 2013 06:10 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD: Polis Pakistan berkata, mereka menahan semula selepas bekas ketua angkatan tentera, Pervez Musharraf atas dakwaan terbabit dalam serbuan di Masjid Merah pada 2007 di sini, sehari selepas mahkamah membenarkan dia diikatjamin dalam kes berlainan. 

"Kami sudah meletakkan Jeneral Musharraf sebagai tahanan rumah dalam kes membabitkan operasi tentera di sebuah masjid di Islamabad," kata pegawai kanan polis, Muhammad Rizwan. - AFP

10 terbunuh hospital terbakar di Jepun awal pagi ini

Posted: 10 Oct 2013 06:08 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila sebuah hospital terbakar di Jepun pada awal pagi tadi, kata polis.


"Kami mengesahkan kematian 10 orang iaitu lapan pesakit dan dua pekerja hospital," kata jurucakap polis tempatan di wilayah selatan Jepun, Fukuoka. 

Kebakaran dipercayai bermula pada kira-kira jam 2.20 pagi waktu tempatan (1.20 pagi waktu Malaysia) di tingkat empat bangunan hospital berkenaan dan berjaya dipadamkan lebih dua jam kemudian. 


"Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan," kata polis dan menambah mangsa juga belum dikenalpasti. - AFP

Amah Indonesia Larikan Barang Kemas Bernilai RM185,000

Posted: 10 Oct 2013 06:01 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Seorang amah Indonesia yang baharu dua bulan berkhidmat dengan majikannya di Denai Alam di sini didakwa melarikan barang kemas termasuk berlian, kesemuanya bernilai RM185,000, Selasa lepas.
Rossazannah Omar, 48, pemilik butik di Seksyen 7 di sini berkata kejadian itu hanya disedari kira-kira dua jam selepas mendapati amahnya yang dikenali sebagai Wati Wijayanti, 23, menghilangkan diri. "Pada hari kejadian, saya hantar Wati dan anak bongsu saya berumur 6 tahun, ke butik sebelum menghadiri mesyuarat di Damansara, sebaik pulang kira-kira pukul 11 pagi saya dapati Wati dan anak saya tiada di butik.

"Selepas menunggu lebih sejam, hati saya mula tidak sedap...saya bimbangkan anak saya dan terus ke sekolah berhampiran dan dimaklumkan oleh seorang guru bahawa Wati menghantar anak saya lebih awal iaitu pukul 11 pagi berbanding kebiasaannya 1.30 tengah hari," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, Khamis.
Rossazannah berkata beliau kemudiannya bergegas pulang ke rumah dan mendapati kesemua barangan kemas miliknya telah lesap dari almari selain sebuah telefon pintar.
Beliau berkata selepas memeriksa bilik pembantu rumahnya itu, dia menemui beberapa kertas catatan peribadi amahnya termasuk satu nota bertulis '8 Oktober lari'.
Beliau percaya amahnya itu menjalin hubungan dengan seorang lelaki warganegara Indonesia yang bekerja berhampiran kawasan perumahannya.
Rossazannah yang mendapatkan khidmat amah itu secara online daripada seorang warga tempatan di Putrajaya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai amahnya supaya tampil menyalurkan maklumat.
Katanya beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada hari kejadian dan turut menyerahkan beberapa dokuman termasuk pasport milik amahnya kepada pihak polis .
Jurucakap polis di IPD Shah Alam ketika dihubungi berkata kes itu sedang disiasat.-BERNAMA

Diskaun AES Bermula RM150, Maksimum RM300

Posted: 10 Oct 2013 06:01 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kadar diskaun baru bagi saman di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata kadar tersebut mengikut prinsip semakin lambat tempoh pembayaran dibuat semakin tinggi kadar saman yang perlu dibayar.

"Ia hanya RM150 jika anda membayar saman tersebut dalam tempoh dua minggu daripada saman dikeluarkan dan RM200 dalam tempoh dua minggu selepas itu.
"Mereka yang membayar saman selepas sebulan perlu membayar denda maksimum RM300," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.
Ismail berkata kadar diskaun tersebut diberikan kepada saman yang dikeluarkan bermula pada 18 September.

Khutbah Eid al-Adha 1434H Presiden PAS

Posted: 10 Oct 2013 05:57 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
tranungkite.net
Oleh: ustaznik

"eid al-adha


Bersama ini disertakan teks khutbah Hari Raya Eid al-Adha 1434H Presiden PAS DSTG Haji Abdul Hadi Awang.

Pihak Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu mengambil inisiatif mengedarkan teks khutbah ini ke seluruh negara.

Para khatib yang mahu mengambil manfaat dari teks ini dipersilakan untuk memuatturun di bawah:

10% penduduk Malaysia diramal sakit mental menjelang 2020

Posted: 10 Oct 2013 05:52 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal mengalami penyakit mental menjelang 2020.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal.

"Golongan usia 50-an dan ke atas akan menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Psikologi Pekhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan kali ke-19 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.
   
Dr Lokman Hakim berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan adalah satu daripada penyakit mental yang menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020.

Beliau berkata kerajaan, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk persiapan seseorang ke arah usia emas.
"Secara psikologinya, warga 50 tahun ke atas akan mengalami perubahan emosi dan personaliti, kemerosotan fungsi minda, serta perubahan pada tingkah laku.
"Perubahan yang dialami perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem rawatan, penjagaan dan pemulihan pesakit psikiatri melalui perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan dalam usaha menangani masalah itu.
"Sebagai langkah pencegahan, terdapat empat institusi mental dan 48 hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.
"Kini terdapat 252 pakar psikiatri di seluruh negara dan 80 pegawai psikologi klinikal selain 228 pakar perubatan keluarga di klinik-klinik kesihatan bagi mengesan dan memberi rawatan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai gangguan dan penyakit mental," katanya.
   
Turut hadir pada seminar itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. – Bernama

Selangor agih 753 lembu korban sempena Aidiladha

Posted: 10 Oct 2013 05:49 PM PDT

6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

mb korban
SABAK BERNAM 10 OKT: Kerajaan Selangor menyumbangkan 753 lembu bernilai RM2,259,000 untuk diagih ke setiap daerah, masjid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di seluruh negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata lembu  yang setiap satu seberat 200 kilogram itu diperoleh daripada penternak tempatan termasuk PKPS Livestock Farm Sdn Bhd dan sebahagian lagi diimport dari Thailand.

Ia dibiayai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Worldwide Holdings (WHB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Sempena sambutan Aidiladha itu, katanya, PKPS diamanahkan untuk menguruskan pengagihan yang dijadual bermula serentak di semua daerah antara 12 Oktober sehingga 14 Oktober.
"Antara pemantauan PKPS ialah membuat tagging setiap lembu bagi mengelakkan tidak berlaku penukaran di lokasi penghantaran. Tugas memantau dilaksanakan 28 kakitangan PKPS," katanya
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penyerahan Lembu Korban 2013 di Ladang PKPS Jelutong Jati, selain turut meninjau ladang lembu yang dibangunkan PKPS.
Turut hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Ali Ahmad dan Exco Permodenan Pertanian, Sallehen Mukhyi dan exco lain, Dr Yunus Hairi dan Dr Daroyah Alwi.
selangorku.com

Tak bayar Tekun tak apa, gagal bayar PTPTN diburu

Posted: 10 Oct 2013 05:42 PM PDT


6 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.

Sebagai contoh, pengakuan Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan bahawa Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno membuktikan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan kekayaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program-program yang dirancang hanya sempurna di atas kertas namun gagal dilaksanakan di peringkat akar umbi.

"Memanglah projek-projek dibuat atas nama rakyat tapi apabila turun ke bawah  projek-projek ini memang diberi kepada kumpulan Umno yang berkepentingan dan kroni mereka," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Tuan Ibrahim juga mempersoal sikap berdiam diri kerajaan terhadap peminjam Tekun yang gagal membayar balik pinjaman.

Sikap ini katanya sangat berbeza dengan sikap kerajaan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kita minta menteri dedahkan senarai peminjam Tekun yang bermasalah sebab rakyat nak tengok berapa ramai peminjam Tekun tak bayar balik pinjaman.

"Kerajaan buru peminjam PTPTN kenapa tak buru peminjam Tekun? Adakah sebab peminjam Tekun ini sebahagian besar Umno? Bila Umno yang pinjam kerajaan tak bertindak kalau rakyat biasa yang pinjam kita nampak mereka diburu, dikejar, disenarai hitam tapi tidak kepada peminjam Tekun," katanya lagi.

Mengikut rekod, hampir RM1 bilion dana Tekun belum dibayar semula oleh peminjam.

Tekun telah memberi pinjaman kepada usahawan Melayu iaitu ahli Umno berjumlah RM2.42 bilion dan hanya mendapat bayaran balik berjumlah RM1.43 bilion.

Tuan Ibrahim juga menambah, Tekun menjadi alat Umno menjelang pilihan raya kecil untuk memancing undi orang Melayu.

"Tekun ini jadi alat Umno setiap kali pilihan raya. Bila pilihan raya kecil meraka akan turun bagi borang dan pinjaman lulus segera," katanya.
harakahdaily.net

1 korban, 5 cedera nahas pesawat di Kudat

Posted: 10 Oct 2013 04:59 AM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Seorang terkorban dan lima tercedera dalam nahas melibatkan pesawat Twin Otter kepunyaan MASwings di Kudat, Sabah hari ini.

"Kemaskini penumpang yang cedera akan disahkan dalam kenyataan selepas ini," menurut kenyataan Malaysia Airlines.
Twin Otter itu terbabit nahas di hadapan sebuah rumah yang terletak di kampung Sin San, Kudat dalam suatu kejadian yang berlaku semasa sembahyang Asar petang tadi.


Dalam kejadian tersebut, juruterbang pesawat tersebut dikatakan patah kaki manakala dua orang yang lain cedera parah.

Kumpulan penyelamat 10 orang yang diketuai oleh Abd Mujun tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan. 

Mereka berjaya mengeluarkan seramai 16 lagi mangsa kejadian yang mengalami kecederaan ringan.
maswings twin otter aircraft kudat 101013Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan lanjut.

Pesawat dengan kapasiti maksimum 19 penumpang itu dikatakan sedang menuju ke Kudat daripada Kota Kinabalu sebelum meneruskan destinasi ke Sandakan.

Dikatakan bahawa pesawat ini telah hilang kawalan apabila ditiup angin kencang semasa hendak melakukan pendaratan.

Akibatnya, pesawat tersebut tersasar menuju ke Pantai Bak-Bak yang hanya terletak bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut.

Ia kemudian terhempas di hadapan sebuah rumah kepunyaan seorang kontraktor bernama Abd Qayyum Hj Amirdad.

Terdapat sedikit kerosakan berlaku pada rumah tersebut dan belum dapat dipastikan sama ada terdapat penghuni rumah turut mengalami kecederaan.

Pihak MASwings ketika ini sedang dalam proses mengumpul maklumat sebelum membuat kenyataan akhbar.
azlanMAS sahkan nahas

Sementara itu, Bernama lewat petang ini memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah yang melaporkan enam orang cedera, tiga daripadanya parah.

Kenyataan jabatan itu menyebut 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.

Malaysia Airlines (MAS), dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, mengesahkan bahawa Penerbangan MH3002 dari Kota Kinabalu ke Kudat itu terbabit dalam nahas.

Menurut jadual penerbangan MASwings dalam laman webnya, terdapat satu penerbangan dari Kota Kinabalu pada 2.05 petang yang dijadual tiba di Kudat kira-kira 40 minit kemudian.

Terdahulu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata di Kota Kinabalu pesawat itu dinaiki 16 orang, dan menjunam di Kampung Sinsan, Kudat.

"Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari pesawat dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan perubatan," katanya kepadaBernama.

Punca kemalangan itu masih disiasat, katanya.

Malaysiakini

Betapa tenatnya Umno, calon diisytihar muflis

Posted: 10 Oct 2013 04:56 AM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini digesa membuat penilaian yang rasional tentang betapa tenatnya Umno pada hari ini apabila calon-calon bagi pemilihan parti itu turut disenaraikan muflis oleh Jabatan Insolvensi.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku ini adalah manifestasi bahawa ternyata Umno memang bermasalah hasil daripada ramai calon mereka yang terpaksa melalui tapisan kerana muflis.

"Mereka (calon) yang menawarkan diri untuk memegang jawatan dalam parti merupakan mereka yang tidak layak dan berwibawa, sekali gus dijadikan pemimpin untuk generasi muda pada hari ini," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS hari ini.

Tambahnya, Umno tidak perlu lagi lantang untuk bercakap soal memperkasakan ekonomi Melayu sedangkan di kalangan mereka pun tidak mampu memelihara diri sendiri sehingga diisytihar muflis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas calon-calon pemilihan Umno pada kali ini diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Seramai 33,272 calon disahkan bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan Umno bulan ini selepas 869 calon gagal melepasi saringan Jawatankuasa Pemilihan parti, termasuk 334 yang didapati muflis.

Selain itu, 1,369 daripada kira-kira 146,000 perwakilan yang telah dipilih, tidak layak kerana turut disenaraikan muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Harakahdaily

PAS umum calon PRK Sg Limau 21 Okt

Posted: 10 Oct 2013 04:52 AM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS Pusat menyenarai pendek lapan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dalam mesyuarat jawatankuasa harian pusat pagi tadi.

Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, calon-calon anak tempatan itu mempunyai pelbagai latar belakang dan dikemukakan oleh PAS Kedah dan PAS kawasan.

Calon-calon muka baru itu juga termasuk calon wanita, ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuan Guru Abdul Hadi turut memaklumkan keputusan PAS untuk mengumumkan calon bertanding mewakili parti itu pada 21 Oktober ini.

Katanya, senarai yang diperolehi dari peringkat kawasan dan negeri itu akan diteliti bagi memastikan PAS dapat mengekalkan kemenangan serta meneruskan amanah yang ditinggalkan bekas Adun Sungai Limau yang juga mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

"PAS akan mengumumkan calon pada 21 Oktober nanti bagi menghadapi PRK Sungai Limau, tempat akan dimaklumkan kemudian.

"PAS akan memastikan calon yang dikemukakan nanti mempunyai latar belakang yang bersih serta bebas dari segala kesalahan terutamanya rasuah," jelasnya.

Tambah beliau lagi, PAS sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi BN pada PRK itu dan yakin dengan persedian awal, PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut.

"Kita telah bersedia dari awal bagi menghadapi pilihan raya kecil ini, segalanya telah diatur rapi.

"Kita yakin dengan persiapan dan persediaan ini, PAS mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini," sambung beliau.

Sementara itu,  mesyuarat yang sama  turut memutuskan, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga  Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau.

Harakahdaily

PAS Kawasan Miri

Posted: 10 Oct 2013 07:17 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Lapangan Terbang Miri Patut Dinaiktaraf Sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa

Posted: 09 Oct 2013 10:05 PM PDT

Penerbangan Malindo Air Patut Dikembangkan Ke Seluruh Negara

Penerbangan hibrid di Malaysia, Malindo Air mengantungkan penerbangan  sementara dari Kuala Lumpur ke Miri menyebabkan ramai penduduk di Miri agak terkejut kerana ianya berlaku tanpa pengetahuan mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy dalam akhbar tempatan berkata "Kami hanya melakukan penjadualan sementara dan penstrukturan semula perkhidmatan kami. Kami tidak menggantung laluan selama-lamanya tetapi hanya (sementara) mulai 1 Nov - 15. Mudah-mudahan menjelang 15 Nov, kita boleh meneruskan perkhidmatan kami ke Miri,"

Walaupun Chandran memberi jaminan penerbangan ke Miri akan disambung semula, orang ramai juga masih ragu dengan kenyataan tersebut kerena mereka tidak pasti sama ada mereka boleh meneruskan tempahan dalam talian atau terpaksa membatal niat menggunakan perkhidmatan penerbangan Malindo Air sebab mereka takut hilang wang tempahan sekiranya berlaku sebaliknya.

Pihak pengurusan Malindo Air juga perlu memikirkan akan nasib pekerjanya di Miri kerana mereka juga tidak pasti apa akan berlaku selepas bulan November nanti sekiranya pihak pengurusan terus menamatkan penerbangan Malindo Air ke Miri.

Kita ingin memberi cadangan kepada pihak pengurusan Malindo Air untuk dipertimbangkan sekiranya mereka ingin meneruskan serta mengembangkan perkhidmatan mereka ke Miri sebab Miri merupakan Bandaraya Peranginan di bahagian utara Sarawak. Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduknya lebih daripada 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah ianya  sebuah daerah yang kaya dengan sumber asli, terutamanya petroleum dan sepatutnya lapangan terbang Miri di naik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pihak Kementerian Pelancongan Sarawak juga perlu memberi kebenaran kepada pihak penerbangan Malindo Air dan lain-lain penerbangan dari Miri ke luar negara untuk menarik lebih ramai pelancong melawat ke Sarawak.  Sebagai contoh pihak penerbangan boleh terus terbang ke luar negara seperti ke Australia dan transit ke Surabaya Indonesia 2 kali seminggu atau lebih mengikut keperluan orang ramai. Ini pasti akan menarik lebih ramai pelancong datang ke Miri Sarawak. Bukan saja menarik pelancong ke Sarawak tetapi ianya memberi kemudahan kepada mereka yang bekerja di Sarawak untuk berulang alik ke destinasi masing-masing.

Kita mengesa pihak pengurusan Malindo Air agar dapat mempertimbangkan hasrat penduduk Sarawak, khususnya Miri agar terus memberi perkhidmatan penerbangan tambang murah ke seluruh destinasi baik dalam dan luar negara.  Dengan adanya pesaingan yang sihat di antara Malindo Air dan sektor perkhidmatan penerbangan lain sudah pasti ianya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka. Lebih banyak syarikat penerbangan lebih banyak pilihan untuk pengguna memilih yang terbaik untuk mereka.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version

Should Malindo Air flight Expanded Nationwide

Malaysia's hybrid airline, Malindo Air suspend a temporary flight from Kuala Lumpur to Miri cause many people in Miri quite surprised that it happened without their knowledge who wish to use the services of the airline.

According to the Chief Executive Officer of Malindo Air, Rama Chandran Muthy in the local newspapers saying that "We only temporary scheduling and restructuring services. We don't suspend the route indefinitely but only (temporarily) from Nov 1 - 15. Hopefully by Nov 15, we can continue our service to Miri,"

Though Chandran assure flights to Miri will resume, people are still doubtful with this statement because they are not sure whether they can make a reservation online or have to cancel the intention to fly by Malindo Air because they are afraid of missing of  reservations money in case of vice versa.

Malindo Air management will also need to think about the fate of its employees in Miri because they are not sure what will happen after November if the management will continue to terminate Malindo Air flight to Miri.

We want to give a proposal to the Malindo Air to be considered if they wish to continue and expand their services to Miri because Miri is a Resort City in the northern part of Sarawak. Miri is the second largest city in Sarawak, with a population of more than 350,000 people. The progress of this city is that it is a district of rich in natural resources, especially petroleum and Miri airport should be upgraded as an international airport by the Ministry of Tourism and Culture.

The Ministry of Tourism Sarawak should also authorize the Malindo Air flights and other flights from Miri to go abroad to attract more tourists to visit the state. For example the airline can directly fly to other countries such as Australia and transit to Surabaya, Indonesia 2 times a week or more according to the needs of the public. This will definitely attract more tourists to come to Miri Sarawak. Not only attract tourists to the state, but it provides a facility for those working in Sarawak to commute to their destinations.

We urge the management of Malindo Air to be able to consider the demands of the Sarawakians, especially Miri to continue to provide low-cost carrier to all destinations both in and outside the country. By having a healthy competition between Malindo Air and other aviation services sector it certainly provides a facility for users to choose the cheapest flights and provide the best service to them. More the airline is more options for users to choose the best for them.

KHIDMAT MERU

Posted: 10 Oct 2013 09:20 AM PDT

KHIDMAT MERU


Hospital Besar TAR Klang

Posted: 10 Oct 2013 02:25 AM PDT





Yang Berhormat Dr. Abd Rani menziarah sambil memberi sedikit sumbangan kepada beberapa orang persakit di Hospital Besar TAR Klang

Jasindaily Online

Posted: 10 Oct 2013 09:13 AM PDT

Jasindaily Online


Comform Pecah Panggung

Posted: 09 Oct 2013 06:53 PM PDT

Setelah meletup dengan kuliah agamanya, Ustaz Azhar Idrus kini berlakon filem pula yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 November ini.Poster filem bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" mula dipasang di papan utama iklan di panggung wayang di negara ini.Filem arahan Pierre Andre itu diterbitkan oleh Metrowealth.Turut berlakon di samping Ustaz Azhar ialah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).Filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dikatakan "menutup aurat" sepenuhnya, iaitu salah satu syarat yang ditetapkan Ustaz Azhar.

baca lagi

KES DENGGI DI MELAKA MEMBIMBANGKAN

Posted: 09 Oct 2013 06:33 PM PDT

MELAKA 9 Okt. - Orang ramai digesa supaya memberi kerjasama dalam memastikan kebersihan di kawasan perumahan dan premis masing-masing terpelihara berikutan kes denggi di negeri ini semakin membimbangkan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, peningkatan kes yang pantas sejak empat minggu berturut-turut dilihat membimbangkan.

baca lagi

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Hilmi bin Budin

Posted: 09 Oct 2013 06:29 PM PDT

PAS Cawangan Parit Penghulu telah kehilangan seorang aktivis yang cukup berwibawa dan disegani. Beliau yang merupakan salah seorang daripada tenaga penggerak dalam jentera Pemuda Dewan Pemuda PAS Jasin dan salah seorang daripada aktivis masyarakat yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat khusunya di kawasan Sungai Rambai.


Saudara Helmi bin Budin, Aktivis PAS Cawangan Parit Penghulu, Sungai Rambai telah kembali ke rahmatullah pada 8 oktober yang lalu disebabkan sakit kanser yang telah dihidapi beberapa tahun yang lalu.Semoga Allah membalas segala kebaikan dan sumbangan yang telah beliau berikan kepada Parti Islam Semalaysia ( PAS) Kawasan Jasin. Takziah buat ahli keluarga beliau. semoga tabah menghadapi segala dugaan yang diberikan oleh Allah. Alfatihah 


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Oct 2013 07:03 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


IJTIMAK TARBAWI 3.0 DPPM PENUH FAEDAH DAN PENERANGAN

Posted: 09 Oct 2013 11:15 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Oct 2013 01:25 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Peniaga nafi caj harga mahal

Posted: 09 Oct 2013 06:30 PM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


  • Peniaga nafi caj harga mahalFauziah (kiri) menunjukkan laporan polis dan bil sebenar dicaj terhadap ahli rombongan VVIP itu.

KOTA BHARU - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin.

Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

"Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar.

"Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan," katanya kepada pemberita.

Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam.

"Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang.

"Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000.

"Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500," katanya.

Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baru yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000.

"Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang.

"Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini," katanya.

Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya.

Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

sinarharian.com.my

Planet tanpa bintang ditemui di luar sistem solar

Posted: 09 Oct 2013 06:24 PM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

WASHINGTON: Ahli astronomi hari ini menemui sebuah planet tunggal tanpa bintang di luar sistem solar. 

Planet berkenaan yang digelar PSO J318.5-22, hanya 80tahun cahaya dari Bumi dan mempunyai jisim enam kali ganda daripada Musytari. Terbentuk sejak 12 juta tahun lalu, planet itu dianggap bayi yang baru lahir di kalangan planet yang lain. 

"Kami tidak pernah melihat objek bebas terapung di dalam ruang yang kelihatan seperti ini. Semua planet kecil mempunyai ciri-ciri dengan bintang lain, tetapi planet ini terapung sendirian," kata ketua kumpulan penyelidik Astronomi Universiti Hawaii di Manoa, Michael Liu. - AFP 

Belanja besar untuk cantik

Posted: 09 Oct 2013 04:29 PM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Beijing: Semakin ramai pelajar di China menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki gaya dan penampilan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan dengan lebih mudah selepas menamatkan pengajian. 


Media tempatan melaporkan, pembedahan plastik paling banyak dilakukan pada cuti musim panas dan musim dingin. 


"Mereka sanggup berbelanja besar dan pergi ke Korea Selatan untuk menjalani pembedahan. Tahun lalu, kira-kira 25 peratus pesakit yang menjalani pembedahan plastik adalah pelajar dari China," kata laman web asiaone. 


Agensi Pelancongan Korea melaporkan, 30,000 rakyat China memasuki Korea Selatan tahun lalu menggunakan visa pelancongan kesihatan. 



Tingkat keyakinan diri  Laman web itu melaporkan, mereka memilih untuk menjalani pembedahan plastik untuk meningkatkan keyakinan diri dan berharap mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik. 



"Pembedahan yang paling kerap dijalankan ialah di bahagian mata dan hidung. Selain itu, pembedahan dilakukan untuk membentuk kembali wajah, termasuk konfigurasi tulang rahang dan menyedut lemak," kata laman itu. 

Pelajar Universiti di Qingdao, wilayah Shandong, Zou Jiahong, 22, adalah antara tujuh juta mahasiswa di China yang akan menamatkan pengajian tahun depan yang menjalani pembedahan plastik. 



"Saya sudah ditemuduga untuk beberapa pekerjaan. Walaupun penemuduga tidak memberitahu secara terbuka, mereka nampaknya lebih cenderung memilik orang cantik," katanya. 



Keluarga sokong 



Dengan sokongan kedua-dua ibu bapanya bulan lalu, Zou berlepas ke Korea Selatan untuk menjalani pembedahan plastik dan kelopak mata. 



"Selepas pembedahan itu ayah saya memberitahu saya sudah berubah daripada itik hodoh menjadi seekor angsa putih yang cantik. Saya percaya, sedikit perbezaan akan meningkatkan peluang untuk saya mendapat pekerjaan lebih baik," katanya. 



Fenomena membimbangkan 



Bagaimanapun, pakar sosiologi dari Akademi Sosial Anhui, Wang Kaiyu melahirkan kebimbangan mengenai fenomena ini. 



"Mencari pekerjaan bukan pertandingan ratu cantik. Bakat dan kemampuan tetap menjadi faktor yang paling penting," katanya. AGENSI

Cerai selepas lihat gambar isteri cium kuda

Posted: 09 Oct 2013 04:25 PM PDT


5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Riyadh: Seorang wanita di Arab Saudi diceraikan suaminya yang cemburu selepas dia melihat sekeping gambar isterinya mencium kuda dimuat naik di lama sosial. (Gambar Hiasan)

Wanita tanpa nama itu bagaimanapun tidak menyesal atas perbuatannya mengambil gambar 'sedang mencium kuda' ketika berada di ladang ternakan di Riyadh dan menyifatkan suaminya cemburu tidak bertempat.

Akhbar Sada melaporkan suami wanita itu berang selepas melihat sendiri gambar berkenaan di laman sosial kemudian menceraikan pasangannya. 


Tindakan keterlaluan

"Dia nampaknya terlalu cemburu terhadap isterinya, sehingga mencium kuda pun dianggap keterlaluan," kata akhbar itu.

Wanita berkenaan juga bertegas bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada suaminya kerana apa yang dilakukannya bukan di luar batasan, malah menyalahkan suaminya yang tidak tahu membezakan antara haiwan dan manusia. 

Beliau turut bangga dengan gambar itu berikutan ia hanyalah luahan perasaan 'sayang' terhadap haiwan itu. AGENSI

Morsi dibicara 4 November

Posted: 09 Oct 2013 04:20 PM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Kaherah: Sebuah mahkamah Mesir semalam menetapkan 4 November ini sebagai tarikh permulaan perbicaraan ke atas presiden yang disingkirkan Mohamed Morsi atas tuduhan mendalangi pembunuhan penunjuk perasaan, lapor media tempatan. 

Morsi akan dibicarakan bersama 14 defendan lain berhubung pembunuhan penunjuk perasaan di luar istananya pada Disember 2012, hampir tujuh bulan sebelum disingkirkan dalam rampasan tentera, lapor agensi berita MENA. 

Perbicaraan Morsi, yang ditahan di lokasi rahsia sejak disingkirkan 3 Julai lalu, kemungkinan akan meningkatkan kemarahan penunjuk perasaan penyokongnya yang bertempur dengan pasukan keselamatan Ahad lalu menyebabkan 57 terbunuh. 

Dituduh menghasut 

Pendakwa raya menuduh Morsi 'menghasut penyokong melakukan pembunuhan terancang' ketika pertempuran 5 Disember lalu di luar istana presiden. 

"Beliau akan dibicarakan di sebuah mahkamah daerah di Kaherah," lapor MENA. 

Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam keganasan antara penyokong setia puak Islam dan pembangkang yang meletus selepas beliau meluluskan satu dekri sementara yang memberinya kuasa penuh. 

Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi mendakwa kebanyakan mangsa yang terkorban adalah anggotanya, satu dakwaan dipertikaikan pembangkangnya. 


Wartawan turut maut 

Seorang wartawan yang menentang Morsi turut terbunuh dalam keganasan itu. 

Pertempuran tercetus apabila penyokong Muslimin cuba menyuraikan bantahan di luar istana oleh pembangkang sekular yang menentang Morsi. 


Defendan bersama Morsi termasuk beberapa pembantunya dan pemimpin organisasi itu. 

Susulan penyingkiran Morsi, pasukan keselamatan melancarkan gerakan besar-besaran memburu penyokong beliau, menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh, manakala ramai pemimpin pergerakan itu ditahan dan dipenjarakan. 

Ratusan penyokong puak Islam terbunuh pada 14 Ogos, apabila pasukan keselamatan menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di dua lokasi di Kaherah. 

Boleh cetus bantahan 

Perbicaraan Morsi dijangka mencetuskan lebih banyak bantahan dikalangan penyokongnya yang mendesak bekas pemimpin itu dibebaskan. 

Diplomat Barat termasuk ketua dasar luar Kesatuah Eropah Catherine Ashton mendesak pembebasan Morsi, sebagai usaha memulihkan keamanan di negara itu tetapi ditolak kerajaan sementara. AFP

Dr Agus ulas Husam bahas Belanjawan Kelantan 2014(Video perbahasan Husam)

Posted: 09 Oct 2013 04:10 PM PDT

Husam Musa
5 Zulhijjah 1434 H. [MOD]

http://gigitankerengga.blogspot.com
Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof


PEMBENTANGAN bajet negeri Kelantan bagi tahun 2014 baru-baru ini menarik sekali.
Dato Husam Musa, Adun Salor yang sebelum ini adalah Exco Kelantan bangun berucap memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang.

Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul.

Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?

Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah.

Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di Dun. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti.

Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik -perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.

Satu lagi yang rakyat hendak tahu secara rasmi ialah tentang kenaikan tarif air yang dikatakan naik sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, tetapi tidak diumumkan.

Yang rakyat hendak tahu ialah betulkah tarif air naik? Jika naik, kenapa tidak diumumkan?

Dalam hal ini, seorang kawan saya memberitahu saya, sekeras-keras kerajaan BN pun, kenaikan harga minyak dan elektrik diumumkan kepada rakyat.

Kembali kepada tindakan Adun Salor tadi, persoalan yang perlu kita jawab bukanlah soal beliau mengkritik kepimpinan partinya, tetapi apakah tindakan beliau itu salah?

Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.

Pada saya, tindakan Adun Salor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin 'tanggungjawab bersama'.

Di pihak kerajaan negeri pula, terimalah pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang.

Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri. Ingat, dari segi hierarki parti, Adun Salor adalah naib presiden Pas.

Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya.

Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik cara ini juga diamalkan di parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya!

Polis Tahan Guru Menyamar Polis, Rampas Pistol Tiruan

Posted: 09 Oct 2013 04:05 PM PDT


5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Polis menahan seorang guru yang menyamar sebagai anggota polis dan merampas sepucuk pistol tiruan ketika lelaki itu cuba memperdaya dua lelaki warga Bangladesh di sebuah hotel butik di Dengkil, dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lelaki itu ditahan dalam Ops Cantas Khas di kawasan itu kira-kira 10.30 malam.

Beliau berkata selain pistol tiruan, polis turut merampas sebuah beret yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), alat walkie-talkie, dua bilah pisau, kad kuasa polis yang palsu dan rantai bertulis nama 'ASP Izani' daripada suspek.
"Siasatan lanjut mendapati suspek berumur 36 tahun dan merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Putrajaya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.
Mohd Shukri berkata polis sedang menyiasat kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kes-kes lain membabitkan individu menyamar anggota polis.
Katanya suspek ditahan reman sehingga 12 Okt ini untuk siasatan.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata sejak 5 Sept hingga 7 Okt lepas, polis menahan 160 individu dipercayai anggota sembilan kumpulan kongsi gelap seperti Geng 04, 08, 18, 21, 24, 36, 37, Double 7 dan Satu Hati dalam Ops Cantas Khas.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
"Sehingga kini, operasi itu menghasilkan 2,259 tangkapan atas pelbagai kesalahan jenayah dan 1,019 barang rampasan seperti senjata berbahaya, dadah, pistol, peralatan pecah rumah dan kenderaan serta wang tunai berjumlah RM2,443.15," katanya.
Mohd Shukri berkata antara 115 dan 125 sekatan jalan raya dijalankan setiap hari di seluruh Selangor sejak operasi itu bermula dan 86,733 orang diperiksa.
Beliau berkata 4,344 serbuan juga telah dijalankan sepanjang operasi itu membabitkan premis, rumah, pusat hiburan dan 'hot spots' aktiviti jenayah di seluruh Selangor.BERNAMA

Kerajaan Tanggung RM8,000 Kos Perubatan Seorang Pesakit Akibat Merokok

Posted: 09 Oct 2013 04:02 PM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KOTA BARU: Kerajaan menanggung kos perubatan kira-kira RM8,000 setiap seorang pesakit akibat merokok pada setiap tahun di negara ini.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Ghazali Md Hassan berkata penyakit yang berkaitan dengan rokok berada dalam kategori kesepuluh penyebab utama kemasukan pesakit ke hospital kerajaan dengan 35 peratus daripada mereka yang dimasukkan ke hospital akan berakhir dengan kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan tembakau merupakan faktor kedua yang menyumbang kepada kematian seluruh dunia, di mana satu daripada 10 orang penduduk dunia diramal mati akibat merokok, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Ketagihan Nikotin 2013 di HRPZ II di sini, Selasa.
"Setiap tahun, lima juta penduduk dunia dianggarkan mati akibat merokok dan angka ini akan terus meningkat kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020," katanya.
Ghazali berkata ekoran daripada itu, HRPZ II menganjurkan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok yang mula beroperasi pada 2007, namun tidak mendapat sambutan.
"Setelah diberi nafas baharu pada tahun ini ia mendapat sambutan dan menerima seramai 71 pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat untuk berhenti merokok," katanya.
Beliau berkata menurut WHO sesebuah Klinik Berhenti Merokok boleh dikatakan berjaya sekiranya 20 peratus bilangan pelanggan yang berdaftar telah berjaya berhenti merokok.
"Sehingga September 2013 sebanyak 37 peratus iaitu 26 orang pesakit telah berjaya berhenti merokok dan angka ini telah melebihi standard yang diguna pakai oleh WHO," katanya. - BERNAMA

Tiga Lelaki Ditembak Mati Selepas Samun Wanita

Posted: 09 Oct 2013 03:59 PM PDT

5 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Anggota polis unit forensik memeriksa salah seorang mayat suspek yang ditembak mati di Lebuhraya Duke berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar menghala ke Gombak di Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang, pihak polis telah menembak mati tiga orang suspek kes samun yang berlaku di Klang Selatan baru-baru ini. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati tiga lelaki berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di sini hari ini, lebih tiga jam selepas mereka menyamun seorang wanita di luar sebuah bank di Bayu Perdana, Klang.

Ketiga-tiga mereka yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam diekori sepasukan anggota Jenayah Berat (D9) Selangor sejak pukul 11.30 pagi selepas mereka melarikan wang tunai lebih RM2,000 daripada wanita itu.
Kereta itu dan sebuah lagi kereta Proton Wira hitam dilapor menghimpit di hadapan dan belakang serta menghalang laluan kereta seorang wanita yang baru keluar dari bank sebelum sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki menghampiri dan memecahkan cermin kereta wanita itu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata kumpulan lelaki terbabit kemudian melarikan diri menghala ke Gombak.
"Setibanya berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, polis cuba menahan kereta itu tetapi seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah polis dan polis membalas tembakan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Abdul Rahim berkata sebuah lagi kereta yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian samun wanita itu, ditemui ditinggalkan di tepi lebuh raya berhampiran lokasi kejadian tembak itu.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kedua-dua kenderaan itu didaftarkan atas nama rakyat Indonesia.
Tanpa mendedahkan identiti ketiga-tiga lelaki yang ditembak mati itu, Abdul Rahim berkata polis percaya kumpulan terbabit turut mempunyai kaitan dengan kejadian samun di Subang Jaya pada Isnin lepas melibatkan wang RM35,000 yang dikeluarkan untuk majlis korban.
"Kami percaya mereka adalah penjenayah yang sering melakukan jenayah samun di luar bank di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Polis kini melancarkan gerakan memburu sebuah motosikal yang terbabit dalam kejadian samun itu serta sebuah lagi Proton Wira juga berwarna hitam yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan terbabit diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.BERNAMA

Penjelasan Kenapa Kedai Daun Pisang caj RM6,000 untuk sarapan pagi?

Posted: 09 Oct 2013 02:48 AM PDT

4 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.

Restoran yang terletak di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan itu, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)dan di kompaun RM175,000. Baca laporannya ini..

Serbuan tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh Penguatkuasa PDNKK berdasarkan laporan Sinar Harian itu..

Baca laporannya ini..

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). 
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam. 
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat. 
"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan. 
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. 
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000. 
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000. 
"Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun. 
"Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan," katanya. 
Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan. 
Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 
"Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan. 
"Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi," katanya. 
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000. 
"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal. 
"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu. 
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian

Berikut adalah penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya itu dan dalam masa yang sama juga jawapan mengapa Penguatkuasa PDNKK bertindak sepantas kilat terdedah..


400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..

Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.

Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.

RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?

Kerajaan Turki mansuh larangan bertudung

Posted: 09 Oct 2013 02:45 AM PDT

4 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


ANKARA: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.

Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan. 

"Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter. 


Bagaimanapun, golongan sekular masih percaya pemansuhan itu adalah bukti kerajaan masih meneruskan agenda agama.

Peraturan itu tidak membabitkan badan kehakiman dan tentera disiarkan oleh Pekeliling Rasmi dan berkuatkuasa serta- merta.

Cara kikis sekular

Perdebatan mengenai pemakaian tudung adalah punca utama ketegangan antara golongan agama dan sekular serta menjadi isu di kalangan penduduk. 
Pengkritik terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan melihat Parti AK pimpinannya sebagai cuba mengikis asas sekular republik itu selepas era pemerintahan Uthmaniyah oleh Mustafa Kemal Ataturk pada 1923.

Bagi penyokong Erdogan, beliau hanya memulihkan kesimbangan dan kebebasan meluahkan soal agama kepada penduduk.

Pemansuhan larangan itu adalah berasaskan kepada perintah Kabinet pada 1925 apabila Ataturk memperkenal beberapa pembaharuan bertujuan menamatkan cara berpakaian menunjukkan simbol agama di kalangan pekerja kerajaan.

Ia disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha pendemokrasian oleh Erdogan sejak minggu lalu. 

REUTERS

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan