Khamis, 12 September 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 12 Sep 2013 01:19 AM PDT

DunSemarang


Bersama Membantu DunSemarang.

Posted: 11 Sep 2013 07:31 AM PDT

Aero Rc Club PT RAJA. E-Learning For life SMK Datuk Menteri. PIBG SMK Datuk Menteri serta Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor, telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga En Amat di Kg sawah Sagil sempena Hari Raya. sumbangan berupa sedikit keperluan dapur dan sumbangan kerusi roda.
Keluarga En Amat terdiri dari 12 orang termasuk menjaga dan menyara 2 orang adik dan kakak OKU. sementara En Amat sendiri kurang sihat dan menghidap lelah.
Kami telah mengusahkan untuk bantuan memperbaiki rumah dan syukur alhamdulillah telah berjaya dan akan di buat secepat mungkin (11.09.13). Bantuan ini merupakan sumbangan dari PBSM Johor dengan kerjasama Aero Rc Club PT RAJA dan SMK Datuk Menteri.
En Amat merupakan seorang pesawah yang cekal dan rajin walaupun kurang sihat.
Usaha kami adalah  bersama-sama membantu DunSemarang untuk berbakti kepada masyarakat setempat.
 Senyum..di bendangnya....walaupun kurang sihat
 Pondok sawah En Amat roboh..dilanda ribut..
 Rumah En Amat...yang akan diperbaiki.
 Sumbangan Kerusi Roda bersama Pn Eva SMKDM
 Bersama PBSM Johor Cik Lekha dan Encik Nalar
 Hadiah Kek dari Sultan Johor.
 Sedikit...ole ole
 Adik En Amat..OKU (Rabun dan Lumpuh)
 Kakak En Amat ...OKU (Lumpuh)
Bersama JKKK Sagil Tn Haji Sapari.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 11 Sep 2013 01:18 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


MIC bidas DAP politikkan tanah sekolah Tamil!

Posted: 11 Sep 2013 02:36 AM PDT


Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh membidas DAP kerana mempolitikkan pemberian tanah seluas 809 hektar oleh kerajaan negeri untuk pembangunan 134 sekolah Tamil di negeri itu.

Beliau berkata, tuduhan oleh Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Timbalannya, A. Sivanesan kononnya tanah tersebut diserahkan kepada kroni dan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dalam pembangunan kaum India adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak yang diberikan tanggungjawab menguruskan tanah tersebut dianggotai mereka yang berpengalaman serta mempunyai kepentingan dalam pendidikan kaum India di negeri ini dan diiktiraf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pengerusi yayasan itu, S. Muniandy adalah Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Tamil Perak. Apa yang melucukan Sivanesan yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai selama dua penggal, kata, beliau tidak kenal Muniandy.

"Ini menunjukkan pemimpin DAP tidak mengambil berat atau tahu mengenai pembangunan kaum India di Perak. Mereka hanya mementingkan politik tohmahan dan kritik bagi mengaut laba politik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat pengumuman secara rasmi bahawa tanah tersebut diserahkan kepada Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak yang dianggotai oleh lapan individu yang dihormati dalam kalangan masyarakat India.

Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan polemik mengenai siapa yang bakal menguruskan tanah itu yang telah berlarutan sejak 2009 sehingga tidak dibangunkan sehingga sekarang.

Mengulas lanjut, Sivarraajh berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dipolitikkan kerana polemik yang berpanjangan hanya akan merugikan kaum India di negeri itu.

"Peruntukan tanah untuk pembangunan sekolah merupakan salah satu cara yang paling penting dalam memastikan sekolah pelbagai aliran dapat berdiri sendiri tanpa mengharapkan sangat dana daripada kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau, semasa 11 bulan memerintah negeri ini, pembangkang hanya memberi tanah untuk pembangunan sekolah persendirian Cina tetapi tidak kepada sekolah Tamil.

"Saya percaya inilah bezanya antara pemimpin yang mementingkan rakyat dengan pemimpin mementingkan survival politik mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Koo Ham dan Sivanesan supaya memohon maaf kepada Menteri Besar dan kaum India kerana tindakan yang mengelirukan serta fakta salah.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan