Rabu, 11 September 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Sep 2013 01:45 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Naib Presiden Umno: Safie Yakin Betul Boleh Menang!!!!

Posted: 10 Sep 2013 10:44 PM PDT

"Saya tidak kisah sangat nombor ini, satu ke, dua ke, tiga ke, asalkan 'sangkut' sahaja," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini di Seremban semalam seperti mana laporan Bernama.

Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa seolah-olah dia sudah 'confirm' menang. Shafie mempertahankan jawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Dalam pemilihan tahun 2009, Shafie meraih 1,445 undi ( tempat ketiga) bersama dua lagi naib presiden ,Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memperoleh 1,592 undi dan Hishammuddin Tun Hussein yang mendapat 1,515 undi.

Maksud tersirat Shafie bahwa beliau  tak kisah menang nombor berapa, kerana sejarah Umno menunjukkan bahawa Naib Presiden Umno yang ketiga selalu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada tahun 1975, Tun Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) lebih popular dari Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tetapi Dr Mahathir yang jadi Naib Presiden ketiga yang dilantik Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn.

Popular

Pada tahun 1978, Ku Li dan Ghafar lebih popular dari Tan Sri Musa Hitam. Tetapi Musa yang jadi Naib Presiden ketiga yang akhirnya dipilih Timbalan Presiden Umno oleh perwakilan 1981. Musa mengalahkan Ku Li dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno yang akhirnya Musa dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu jika Shafie menang dan dapat tempat ketiga, mungkin beliau yang jadi Timbalan Perdana Menteri yang baru jika berlaku apa-apa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa salahnya orang Sabah jadi Timbalan Perdana Menteri kerana Sabahlah yang memenangkan BN. Kalau Tunku Abdul Rahman tidak bawa Sabah dan Sarawak masuk Malaysia pada tahun 1963 dahulu, sudah lama Pakatan Rakyat memerintah negara.

Ahli-ahli Umno di Semenanjung patut berterima kasih kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang masih mengundi BN dan menghancurkan harapan Pakatan Rakyat.

Sehingga ini lima calon sudah buat keputusan untuk bertanding jawatan tersebut. Selain dari tiga orang penyandang, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam turut bertanding.

Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir belum lagi buat pengumuman untuk bertanding.

Yakin

Shafie yakin Musa Aman tidak akan bertanding jawatan itu. Sebab itu beliau yakin menang dan tak kisah dapat nombor berapa.

Kecuali Musa jadi bertanding, maka peluang untuk Shafie menang agak terjejas. Apabila hanya seorang calon dari Sabah yang bertanding, Shafie yakin menang kerana 150,000 orang perwakilan akan memberi satu kerusi Naib Presiden kepada calon dari Sabah.

Tetapi dengan kemasukan Ali, peluang Shafie masih samar-samar. Walaupun Ali tiada jawatan dalam kerajaan tetapi akar umbi beliau amat kuat. Beliau dijangka mengikut jejak langkah Ghafar Baba yang tidak ada jawatan dalam kerajaan tetapi tetap menang Naib Presiden Umno pada tahun 1978,1981 dan 1984.

Malah Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menang jawatan Naib Presiden Umno walaupun tidak ada jawatan dalam kerajaan pada tahun 1990. Apabila Dr Mahathir melantik Pak Lah sebagai Menteri Luar pada tahun 1991, Dr Mahathir kata beliau terpaksa membawa semula Pak lah ke dalam kabinet kerana ahli Umno yang mahu ( kerana menang Naib Presiden) sedangkan beliau telah memecat Pak Lah pada tahun 1987.

Oleh itu kekuatan Ali tidak boleh diperkecilkan. Jika Ali menang, ini bermakna dua orang lagi Naib Presiden yang bakal menang ialah Zahid dan Hishamuddin. Maka tercicirlah Shafie.

Tetapi jika perwakilan simpati kepada wakil Sabah, Shafie akan menang bersama Ali, Maka siapa yang akan tercicir di antara Zahid dengan Hishamuddin? Sudah pasti Hishamuddin yang kalah. Tapi sejauh mana pula peranan Najib untuk membantu sepupunya itu menang? Adakah Najib akan panggil perwakilan sekali lagi seperti tahun 2009?

Perwakilan 2009 tentu masih ingat mereka dipanggil pihak atasan supaya memenangkan Zahid-Hishamuddin-Shafie. Adakah kali ini pihak atasan akan memanaggil lagi para perwakilan? Apa makna transformasi dalam Umno, jika 150,000 perwakilan tidak diberi kebebasan mengundi Naib Presiden mereka sendiri? Tulisan Asal Disini

RCI PATI Sabah: Tiada Polisi Beri IC Kepada Imigran Tidak Layak - Dr Mahathir

Posted: 10 Sep 2013 10:09 PM PDT

KOTA KINABALU Kerajaan tidak pernah ada polisi yang membenarkan kad pengenalan (IC) Malaysia diberikan kepada imigran di Sabah yang tidak layak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu panel prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah bahawa pendirian kerajaan hanyalah mengiktiraf mereka yang layak sahaja akan diberikan taraf kewarganegaraan.

Tampil memberi keterangan selama hampir 90 minit, Dr Mahathir berkata antara kriteria yang digunakan untuk mengeluarkan kad pengenalan ialah orang yang asing yang tinggal di negara ini untuk tempoh yang lama, dapat bertutur dalam bahasa tempatan serta mengamalkan budaya hidup masyarakat tempatan.

Beliau berkata pengeluaran kad pengenalan kepada orang asing di negeri itu adalah disebabkan oleh pengawai berpangkat rendah mengeluarkan dokumen sedemikian.

Dr Mahathir yang tiba di Kota Kinabalu pada Selasa tampil sebagai dihadapan panel RCI sebagai saksi ke-209.

Duke of UMNO

Posted: 11 Sep 2013 01:43 PM PDT

Duke of UMNO


HOT..!!! POLITIK WANG DIKESAN BERLAKU DALAM PEMILIHAN UMNO..???

Posted: 11 Sep 2013 07:37 AM PDT


Riuh rendah la jugak pasal "politik wang" dalam Pemilihan Agung UMNO kali ni. Ada yang dah dapat duit ke? Heh! Dah dapat? Berapa juta korang dapat? RM12 juta sorang? Dapat banglow sorang sebijik? Dapat BMW 7s sorang sebijik jugak? Tu diaaaa...

Nampak sangat la korang ni menipu... Aku dan kawan-kawan ada jugak la ikut perkembangan kempen pemilihan UMNO kali ni. Kami bukan boleh mengundi pun... cuma menyebok saja tengok orang berkempen... alaaa.. takkan tengok kempen pun tak boleh kot?

So far, ada yang datang berkempen dari negeri Selatan, ada dari Lembah Klang.. ada dari Sabah... cuma yang confirm takde ialah dari Sarawak. Gila ka? Kat Sarawak mana ada UMNO...heh!


Menurut pemantauan kami sehingga kini, belum ada lagi berlaku "politik wang" di Kedah oleh mana-mana pihak. Tapi tak tau la kot-kot kami terlepas pandang... kalau ada, tolong tolak dan lapor pada jawatankuasa disipilin beserta bukti kukuh...

Bukan apa...kadang-kadang..ada jugak yang cuba main kotor.. Depa hulur duit dan beritahu duit tu dari "calon A". Padahal, duit tu diberikan oleh "calon C" yang bertujuan nak sabotaj "calon A".. tak ke naya kena macam tu...kan? Banyak dah berlaku sebelum ni...taktik kotor zaman Anwar Berahim!

Jadi, aku harap semua yang bertanding hati-hati sikit kali ni. Bukan saja boleh disabotaj pada bila-bila masa, malah mana-mana calon yang terdesak pun boleh buat macam-macam kalau sedar depa nak kalah...kan?

Bukan apa.. jenuh kepimpinan UMNO kat atas tu buat undang-undang baru pemilihan kali ni. Sebahagian besarnya sebab nak hapuskan budaya "politik wang" yang diasaskan Anwar Berahim masa dia dok "liwat" UMNO dulu...

Masa zaman Anwar Berahim dulu, bukan seringgit dua ringgit la dia tabur...juta-juta bebbb!!! Tak caya tanya Tan Sri Sanusi Junid. Bukan tu saja.. dia tebar borang pink (pink form) merata-rata di PWTC dulu.. projek yang masyukkk..!!! Tu dah tahap parah tu.. tu namanya "politik projek"!

Jadi, respect la sikit prinsip UMNO yang tak suka rasuah-rasuah ni. Nak ke kena sorak "K* rasuah! K* rasuah!" macam dulu tu? Tu anak didik Anwar Berahim kat Oxford punya perangai.. heh! Mujur tak kena gantung macam Isa Samad... mentang-mentang la Pak Mertua dia Pee Em...heh!

So, kita sama-sama bersihkan UMNO dari "najis" yang ditinggalkan Anwar. Biar dia palit "najis" tu kat PAS dan DAP... DAP macam dah "terkena" dah tu.. PAS pun macam dah kena "virus" tu.. tapi kat dalam PKR memang ada la "najis" tu... tu sebab sampai kerusi melayang masa bersidang tu..heh!

KENAPA MUKHRIZ LAYAK BERTANDING NAIB PRESIDEN?

Posted: 11 Sep 2013 05:37 AM PDT

Memang aku tahu ramai rakan-rakan yang mahu Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden UMNO kali ini. Aku pun sama. Kalau Mukhriz bertanding, memang aku sokong. Sokong bukan pasal bodek, tapi sebab dia memang layak pun...

Kalau Mukhriz bertanding Naib Presiden, maka dah ada 3 orang calon Naib dari Kedah pada Pemilihan UMNO kali ni.. maksud aku, Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden, Datuk Suraya bertanding Naib Ketua Wanita dan YB Sabrina bertanding Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia...

Maknanya, MB dan 2 orang Exco Kerajaan Negeri Kedah tawar diri untuk berkhidmat sebagai Naib di peringkat UMNO Pusat...


Kalau ada seorang Pemuda tawar diri nak bertanding Naib Ketua Pemuda, maka lengkap la calon-calon dari Kedah untuk bertanding jawatan-jawatan Naib di peringkat UMNO Pusat...kan?

Aku tengok, ada jugak orang dok pertikai... Pemimpin UMNO di Kedah ni baru saja menang PRU ke-13 dan baru saja bentuk kerajaan. 

Kononnya, depa nak MB dan Exco-Exco tu berikan fokus pada Kerajaan BN Kedah yang baru dibentuk terlebih dahulu dan tak payah bertanding mana-mana jawatan penting dalam UMNO Pusat... 

Alasan depa ialah "sempat ke nak jadi MB dan Exco kalau dah jadi Naib-Naib ni?" Kononnya takut "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"...heh!


Pada aku, aku tak berapa setuju dengan pandangan macam tu. Alaaaa...cuba tengok pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ni.. DS Najib tu macam-macam jawatan beliau pegang sama ada dalam parti mahupun Kerajaan Pusat... sempat je dia buat kerja...

Malah Tun M dulu pun sama macam DS Najib...Malaysia ni membangun di bawah Tun M dulu... aku tengok sempat je Tun M balik tengok kawasan Parlimen dia dulu...heh!

Tu belum lagi tengok Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Naib Ketua Wanita, Naib Ketua Pemuda, Naib Ketua Puteri...sempat je diorang buat kerja...

Paling jelas, cuba tengok contoh Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim. Dia Naib Ketua Pemuda, dia Ahli Parlimen Muar, dan dia Timbalan Menteri... dia buat kerja okay je aku tengok.. sempat je cater semua kerja...

Jadi, apa isu sebenarnya? Sebenarnya depa nak calon pilihan depa saja yang bertanding. Padahal, Kedah ni memang selalu mengeluarkan pemimpin UMNO yang hebat-hebat belaka.. bukan nak meninggi diri...tapi cuba tengok track record Kedah...

Tunku Abdul Rahman dari Kedah, Tun M dari Kedah..kan? Ada 2 orang PM yang penting dari Kedah.. Bukan la aku bersifat kenegerian atau "assobiyyah"... cuma mungkin tokoh dari Kedah ni mungkin lebih menonjol...dan aku takkan sokong kalau pemimpin tu betul-betul tak layak...


Jadi pada pandangan aku, melihat pada track record, pengalaman jatuh dan bangkit  kembali, pengalaman berkhidmat untuk rakyat, daya pemikiran yang berIQ tinggi lebih jauh dari "Naib" Presiden PAS Mahfuz Omar, semangat keMelayuan dan jatidiri mempertahankan bangsa...maka aku isytihar sokong semua calon "Naib" dari Kedah...kecuali Mahfuz laaaa..heh!

Cuma aku minta Datuk Mukhriz pertimbangkan la permintaan kami untuk bertanding Naib Presiden UMNO. Pada aku, nothing to loose kalau Mukhriz bertanding Naib Presiden..tawarkan khidmat diri sebagai Naib Presiden pejuang Islam, Melayu dan Tanah Melayu...takkan rugi kot?

Setahu aku, Datuk Mukhriz restu 2 orang Exconya bertanding Naib. YB Suraya dan YB Sabrina bertuah dapat restu dari MB. Dan kami nak beritahu MB Kedah bahawa kami sokong Mukhriz Mahathir bertanding Naib Presiden... 

Korang ada masalah? Terserah la bro.. ni bukti kita amalkan demokrasi. Sokong yang layak, dan tidak menafikan peluang calon lain. Tak boleh la nafikan peluang calon lain...itu namanya "kurang sihat"... dan vice versa laaa..kan? Be fair.. adil dan rasional...

Kita beri peluang pada yang layak, salah ke? Takkan itu pun salah kotttt... agak-agak laaaa.. heh! Takkan la kita nak jadi PAS pulak? Mat Sabun "Normah kuasa dua" pun diangkat jadi Timbalan Presiden.. Mahfuz yang IQ tahap bawah kaki tu pun boleh jadi Naib Presiden PAS.. heh!

INILAH CONTOH DIDIKAN ORANG MUDA PAKATAN HARAM..!!!

Posted: 11 Sep 2013 02:37 AM PDT

Seksualiti-Merdeka

Baru-baru ini saya terlihat di laman sosial Facebook tentang dua orang anak muda yang dipercayai berbangsa Melayu bergambar sambil berpeluk sakan sebelum memuatkan gambar mereka di laman sosial tersebut.

Melalui ruangan komen gambar tersebut di Facebook, saya dapati kedua anak muda Melayu itu sebenarnya adalah pasangan Gay yang begitu berbangga menjalin hubungan sesama mereka.

Lebih menjelekkan hati, mereka memberitahu umum tentang kebahagiaan mereka sebagai pasangan, berhasrat untuk "berkahwin" di Holland dan memohon agar hubungan mereka itu kekal selamanya…
Terus terang saya katakan, inilah hasil perjuangan "hak asasi manusia" yang telah berjaya menyusup masuk ke bumi bertuah yang bernama Malaysia ini.

Inilah hasil perjuangan Majlis Peguam Negara (Bar Council), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan tokoh-tokoh pro-Pakatan Haram yang lain seperti Ambiga, Irene Fenandez dan ramai lagi. Tidak terkecuali, "the ugly duck" Marina Mahathir yang turut terpengaruh dengan perjuangan LGBT.

Inilah hasil sikap terlalu terbuka dan liberal seorang yang kononnya dilabel sebagai "Pak Syiekh" yang sebelum ini menganggap undang-undang berhubung LGBT di Malaysia sebagai "lapok dek zaman". Mungkin pada "Pak Syiekh", LBGT itu melambangkan "keterbukaan" dan kemajuan tamadun…

Gay

Baiklah. Saya ingin bertanya pada para pembaca. Sekiranya dua anak muda di dalam gambar tersebut merupakan anak, adik atau abang kalian semua, apakah yang terlintas dalam kotak pemikiran masing-masing?

Bolehkah kita terima? Mahukah kita terima hakikat bahawa anak, adik, atau abang kita itu sememangnya seorang gay, menjalin hubungan intim secara songsang, tergolong dalam kategori "kaum Nabi Luth" dan jelas mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam?

Cuba bayangkan pula sekiranya kita mempunyai seorang ayah yang terlibat dengan hubungan songsang, mempunyai nafsu buas luar tabii, gemar melanggan pelacur dan lelaki "jambu". Apa perasaan dan tindakan yang akan kita lakukan?

Mungkin kita tidak melihat sendiri dengan mata dan kepala tentang "perlakuan pelik" bapa kita dengan pasangan gay kesayangannya. Mungkin juga kalau ada bukti sekalipun, ia agak sukar untuk dibuktikan di mahkamah ekorang beberapa ilat teknikal yang remeh dan kecil.

Tapi, kita sendiri yakin bapa kita itu merupakan seorang pengamal hubungan luar tabii dan menyokong LGBT secara diam. Apa percaturan yang bakal tercetus di dalam akal kita? Kita dapat terima, kah?

Pada saya, inilah yang berlaku bila wujudnya pihak yang memperjuangkan tentang sesuatu yang salah dan tidak wajar sama sekali. Pada mereka, kononnya LGBT itu adalah sebahagian dari "hak asasi manusia".

Padahal, LGBT itu adalah satu penghinaan jelas pada hak asasi manusia, bukan? Fitrah manusia melarang sebarang hubungan songsang, bukan? Malah jika seseorang itu dilahirkan khunsa, dia perlu memilih untuk menjadi seorang lelaki atau wanita, bukan?

Persoalannya, entah bagaimana caranya sehingga sesuatu yang bertentangan dengan norma fitrah manusia itu dapat diputar belitkan hingga dikatakan ia sebagai sebahagian dari "hak asasi manusia"? Malah dakwaan songsang itu mendapat sokongan Pakatan Haram pula?

Saya tertanya-tanya, apakah Pakatan Haram dan NGO-NGO seperti Bar Council, Suaram dan lain-lain itu cuba mengubah prinsip pemikiran rakyat Malaysia supaya menyokong sesuatu yang dilarang Islam serta bertentangan dengan fitrah kejadian manusia?

Melihat pada gambar dua anak muda Melayu itu, saya terbayangkan wajah-wajah generasi muda Malaysia yang akan datang. Apakah corak pemikiran mereka akan terpengaruh dengan ajaran sesat pembangkang suatu hari nanti? Na'uzubillah min zalik, minta dijauhkan…

Sumber: Mykmu.net

KETUA PEMUDA DAN PUTERI BAGAIMANA YANG KITA CARI?

Posted: 11 Sep 2013 12:18 AM PDT

084

Tidak dapat dinafikan bahawa bahang Pemilihan Agung UMNO semakin terasa. Calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan-jawatan utama kepimpinan parti keramat bangsa itu kian aktif berkempen dari satu negeri ke satu negeri.

Mungkin kerana dikekang oleh peraturan dan kaedah baru sistem pemilihan UMNO kali ini, calon-calon dilihat agak kekok dan belum mampu membiasakan diri dengan cara baru itu. Meskipun begitu, mereka tetap berkempen siang dan malam.

Pun begitu, dijangka tiada sebarang pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden walaupun tiada sebarang halangan diberikan bagi merebut kedua jawatan tertinggi UMNO itu.

Mungkin seluruh ahli UMNO sebulat suara untuk memberikan peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kemantapan gandingan yang dilihat berjaya memperkasakan parti.

Lagipun, rasanya tidak perlu saya ulas tentang kejayaan Presiden UMNO dan Timbalannya yang membuktikan keupayaan mereka membangkitkan semangat Melayu beragama Islam. Keputusan dan statistik UMNO pada PRU ke-13 sudah cukup "bersuara" tentang kejayaan tersebut. Tahniah!

Kini, ramai yang tertumpu pada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama lain seperti Naib-Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketua sayap UMNO seperti Wanita, Pemuda dan Puteri.

Apatah lagi bila "trend" semasa membayangkan seolah-olah jawatan-jawatan tersebut perlu diisi oleh pemimpin yang mampu memberi "nafas baru", maka makin ramailah yang menawarkan diri untuk bertanding.

Rata-rata penyandang jawatan-jawatan tersebut akan dicabar. Tokoh-tokoh kepimpinan sama ada "muka lama" atau "muka baru" masing-masing yakin bahawa mereka mampu menjawat jawatan yang ditawarkan pada musim pemilihan kali ini.

Sebagaimana maklum, UMNO kini dalam fasa transformasi di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib. Jadi secara tidak langsung, calon yang berjaya merebut jawatan-jawatan utama UMNO kali ini dijangka akan menjadi sebahagian dari "team transformasi UMNO".

Persoalannya, siapakah di antara mereka yang mampu menggalas tanggungjawab bersama-sama mendokong transformasi di dalam parti itu? Fahamkah mereka tentang bentuk transformasi yang diperlukan UMNO?

Saya lebih tertarik pada pemilihan kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO kali ini. Mungkin kerana kedua sayap ini bakal berdepan dengan tugas getir bagi menarik sokongan pengundi golongan muda yang dijangka menjadi faktor penentu utama untuk survival UMNO pada PRU ke-14 nanti.

Orang muda sekarang bukanlah seperti orang muda dulu. Orang muda sekarang lebih meminati K-Pop berbanding muzik asli Melayu nusantara. Orang muda sekarang lebih terbuka mindanya berbanding orang muda dulu yang patuh pada adab, adat dan asas hukum Islam.

Orang muda sekarang terlalu "advance". Serba serbi terkehadapan. Mungkin kerana terlalu "advance", penyokong Syiah seperti Khalid Ismeth pun mereka sokong. LGBT pun dianggap terbuka. Fitnah pun dikatakan benar. Malah minoriti pun disangka majoriti!

Persoalannya, mampukah kepimpinan Pemuda dan Puteri yang bakal ditentukan pada pemilihan kali ini mengatasi corak pemikiran golongan yang "baru nak mengenal dunia" tersebut?

Tidak dinafikan bahawa majoriti golongan muda tidak senegatif Khalid Ismath, Adam Adli, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Nasrudin Tantawi atau Nik Abduh. Mereka lebih gemar menjadi "silent voters" berbanding menghuru-harakan negara.

Pun begitu, apakah calon-calon jawatan utama Pemuda dan Puteri mampu mencorak pemikiran anak-anak muda ini dengan jatidiri yang selari dengan penghayatan perjuangan berlandaskan Islam, Melayu dan bumi bertuah yang asalnya bernama Tanah Melayu ini?

Apakah mereka mampu menjadi "role model" generasi Melayu Muslim sebenar? Maksud saya bukan "model majalah" atau "ratu cantik", tapi model contoh untuk belia dan beliawanis seperti Ali Karramallahu Wajhah dan Fatimah Az-Zahra.

Dua tokoh belia Islam di zaman Rasulullah itu begitu terserlah kepimpinan mereka mempertahankan bumi dan wilayah Islam. Jika tidak mampu begitu sekalipun, mampukah mereka bersifat seperti Usamah ibnu Zaid atau Tariq Ibnu Ziyad?

Bukanlah saya mahu mereka mengangkat pedang dan keris untuk berperang dengan sesiapa. Namun di saat golongan muda di negara ini diancam "perang pemikiran dan persepsi", mampukah mereka menjadi "panglima" dan "srikandi" yang mempertahankan hak bangsa Melayu Muslim di Malaysia?

Saya yakin, sekiranya ahli Pemuda dan Puteri matang dalam perjuangan serta kuat jatidiri UMNO, maka mereka tidak punya masalah untuk memilih "nakhoda" yang terbaik. Tapi mampukah calon terpilih nanti mengemudi bahtera Pemuda dan Pemudi itu?

 Sama-sama kita nantikan hasilnya. Bak saya katakan tadi, kepimpinan yang terpilih pada Pemilihan Agung UMNO kali ini bakal menentukan hala tuju dan takdir pada PRU ke-14 nanti, bukan?

Sumber: Mykmu.net

PAYAH SANGAT KE PEMIMPIN UMNO NAK LETAK JAWATAN?

Posted: 10 Sep 2013 09:37 PM PDT

SELAIN kerancakan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, turut menjadi perhatian dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini ialah persaingan di peringkat bahagian.

Tiga jawatan yang sering menyaksikan pertarungan sengit ialah ketua, timbalan dan naib ketua bahagian.

Pelbagai hujah diberikan oleh penyandang dan pencabar dalam usaha mereka menyatakan sebab bertanding.


Bagaimanapun apa juga alasan, yang akan menentukan mereka layak atau tidak ialah ahli-ahli yang akan mengundi.

Ada sesetengah ketua bahagian yang bercakap soal transformasi, tetapi dia sendiri terlalu sukar untuk melepaskan jawatan itu biarpun tidak memberi apa-apa sumbangan bermakna kepada parti, khususnya dalam pilihan raya. Ada pula ketua bahagian kalau boleh hendak pegang jawatan itu sampai mati.

Bagi pencabar pula mereka ada hujah sendiri kenapa ketua bahagian sedia ada perlu ditukar, ia termasuklah ingin membawa perubahan dan memberi nafas baharu kepada kepimpinan bahagian dalam usaha menarik generasi muda. Malah ada pula sekadar hendak 'kacau daun' sahaja.

Setakat ini di beberapa negeri sudah ada tanda-tanda persaingan sengit akan berlaku di peringkat bahagian.

Di Kelantan, contohnya kesemua 14 bahagian kecuali Jeli dan Ketereh dikatakan akan berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian. 

Namun yang pasti akan mendapat perhatian ialah 'keberanian' Ketua Pemuda UMNO bahagian Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin yang dikatakan akan mencabar tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh sudah memegang jawatan itu sejak 1962, sebelum kembali semula pada 1996 selepas meninggalkan UMNO bagi menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Sepanjang kedua-dua tempoh itu beliau tidak pernah dicabar.

Tetapi apa yang anehnya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu masih ada ketua bahagian biar pun kawasan mereka kalah setiap kali pilihan raya kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), namun mereka tetap juga menganggap kononnya rakyat masih memerlukan kepimpinan mereka.

Sindrom ini juga turut melanda Selangor apabila terdapat ketua-ketua bahagian yang bukan sahaja gagal membantu Barisan Nasional (BN) merampas negeri itu daripada pembangkang tetapi kalah di kerusi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum lalu masih lagi mahu bertanding.

Sepatutnya, mereka mengambil tanggungjawab dengan berundur secara terhormat bagi memberi laluan kepada muka baharu. 

Namun politik tetap politik, ada ketikanya hujah-hujah perjuangan demi kepentingan parti hanyalah retorik sahaja bagi sesetengah ketua bahagian di seluruh negara.

Mereka masih mahu berada di kedudukan itu dengan pelbagai tujuan termasuklah antaranya demi survival politik peribadi.

Bagaimanapun pemilihan UMNO kali ini bukan untuk golongan seumpama itu, jika benar mereka sudah tidak mampu untuk menerajui bahagian maka bersikap terbukalah memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikatakan jauh lebih getir berbanding PRU-13. Justeru mahu tidak mahu sesetengah bahagian UMNO perlukah perubahan, biarlah mereka ditolak orang UMNO sebelum rakyat menolak parti.

Ia memandangkan pemilihan yang bakal berlangsung adalah bagi membariskan kepimpinan yang akan berjuang demi survival politik UMNO dan bukannya survival politik mana-mana pemimpin. - Utusan

BLOGGER PUN PERLU BEKERJA JUGAK, KAN?

Posted: 10 Sep 2013 07:37 PM PDT

Adoi.. sorry la.. dah berapa hari aku tak update blog ni. Bukan apa.. Aku tersangat busy sejak kebelakangan ni... nak jengok blog pun tak sempat... Jadi hari ni aku jelaskan sikit la kenapa aku tak sempat nak update blog...heheheeee...

Sebenarnya... memang aku busy sangat. Ye laaa... aku perlukan kerja untuk menampung kehidupan. Aku ada family bro... ada tanggungjawab...

Dalam hidup aku, prinsipnya aku letakkan family di tempat pertama. Ertinya, aku perlu pastikan aku dapat sara family aku. Dari itu, aku perlu berkerja, bukan? Ye laaa.. kalau tak kerja, macamana nak dapat income, kan? Kalau takde income, macamana aku nak sara family, kan?

Lagipun.. kami di Kedah ni bukannya Red Bean Army (RBA) yang dibayar lumayan oleh DAP tu... Kami blogger di Kedah ni perlu kerja untuk mencari rezeki. Alaaa.. sama la dengan korang, kan? Ada kerja, ada pendapatan. Kalau tak kerja goyang kaki kat rumah, boleh dapat pendapatan ke?

Contohnya, mungkin ada di kalangan kami yang bekerja sebagai Engineer, Businessman, Manager, Executive, Guru, Technician, Accountant, kerani, tukang mesin rumput, penoreh getah dan sebagainya. Pokok pangkalnya, kami perlu bekerja untuk mencari rezeki...kan?

Jadi, korang kena faham bahawa aku perlu kerja bagi mencari rezeki untuk menampung hidup family aku.  Dari pendapatan tu la aku bayar bil internet, broadband, isi minyak kereta, beli beras, susu anak dan sebagainya...

Dari pendapatan kerjaya aku tu la maka aku boleh berjuang di blog dan laman maya ni. Jadi, korang kena la maafkan aku kalau aku tak update blog...heh! Kalau aku free tu...boleh la update blog ke.. facebook ke... tweet ke apa ke...kan?

Ye laaa.. PRU ke-13 dah selesai. BN pun dah rampas Kedah semula. Alhamdulillah. Tapi, takkan la aku nak harapkan UMNO atau BN nak "suap" aku? Aku perlu kerja bebbbb..! Takkan la aku nak suruh Kerajaan BN Kedah atau UMNO sara hidup aku tiap-tiap bulan? Gila ke apa? Heh!

Sebelum PRU ke-13 dulu, memang aku tumpu pada perjuangan di blog. Kadang-kadang sampai kena marah dengan boss kat tempat kerja. Tapi ye laaa.. semangat juang Melayu Islam punya pasal, aku terpaksa la tahan boss aku berleter...heh! Sorry boss..!!!

So, dah sampai masanya aku kembali tumpu semula pada kerjaya aku. Jangan risau.. aku akan teruskan perjuangan. Aku akan tetap menulis...perjuangan aku dan rakan-rakan blogger di Kedah ni masih belum selesai...insyaAllah... doakanlah perjuangan kami ni...

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Sep 2013 01:06 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Jalan Macalister Berlubang Lagi @cmlimguaneng ? Kerja Separuh Masak Oleh MPPP?

Posted: 11 Sep 2013 01:00 AM PDT



Masih ingatkah lagi kita dengan kabel telekomunikasi yang jatuh dari Menara Ibu Pejabat UMNO ke atas Jalan Macalister tempoh hari? Masih ingatkah lagi Menara Ibupejabat UMNO Penang yang "luntur" dan "lentur" kalau ikut Bahasa Malaysia Joseph Lim Guan Eng? 

Kita juga tidak lupa apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu maki hamun UMNO kerana tidak dapat buka semula Jalan Macalister yang telah disiapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana kerja-kerja dijalankan di Menara UMNO yang mungkin membahayakan orang ramai. Lihat video, di sini

Sekarang lihat apa sudah jadi, jalan yang dibuka kembali berlubang. Adakah ini bermakna kerja separuh masak dilakukan oleh MPPP? Atau apakah ada unsur rasuah di dalam menyiapkan jalan yang tidak "up to the standard" ini? Joseph Lim Guan Eng tidak mahu menubuhkan Suruhanjaya Di Raja atau Inkues untuk menyiasat kejadian jalan berlubang ini?

Inikah Cara Air Asia Sabotaj Matta Fair @tonyfernandes ?

Posted: 10 Sep 2013 11:30 PM PDT


Pemilik Air Asia, Tony Fernandes dengan bangganya memaparkan gambar pramugarinya di pameran Matta Fair, di PWTC yang berakhir Ahad lepas. Berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden, Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi Udanis, Air Asia tidak mahu mengambil bahagian di Matta Fair. 

Persoalannya kenapakah pramugari Air Asia 'diseludup' masuk ke Dewan Matta Fair tanpa menggunakan "pass tag"? Adakah ini sebahagian dari strategi Air Asia untuk bermain kotor? Adakah ini yang dinamakan "Guerilla Marketing Tactic"? Semuanya hendak pengiklanan percuma? Boleh pulak selepas itu Tony Fernandes berbangga dengan memuatnaik gambar berkenaan di dalam laman sosial Twitter beliau.

Laporan Tidak Beretika Dari @tm_insider Berkaitan Kenyataan Menteri

Posted: 10 Sep 2013 10:21 PM PDT


Ini kenyataan 'verbatim' daripada Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusuh dipetik daripada The Malaysian Insiders, di sini.
"If some people feel the system is not good and want to send their children overseas to study, the government cannot stop them. But the Ministry will work towards improving the country's education system."
Nampak sangat niat jahat dan provokasi wartawan berkenaan dan editor potal berkenaan apabila meletakkan tajuk seperti berikut:
Not happy with the country's education system? Send your kids overseas, says minister
Apa motif portal berkenaan membuat provokasi yang amat tidak bertanggungjawab ini. Untuk menyebabkan Rakyat Malaysia bangun marah? Portal berkenaan tahu Rakyat Malaysia amat rajin membaca berita. Bukan keseluruhan cerita. Hanya membaca tajuk sesuatu berita. Sungguh bijak wartawan dan editor portal berkenaan memanipulasikan berita untuk menaikkan kemarahan Rakyat menentang Kerajaan.

THE FLYING KICK

Posted: 11 Sep 2013 01:01 PM PDT

THE FLYING KICK


BENARKAH CINABENG SUDAH MALU ALAH DENGAN NAJIB ABDUL RAZAK?

Posted: 11 Sep 2013 07:30 AM PDT

NYANYUK!!! DEMI SELAMATKAN MAT SABU, NIK AZIZ SANGGUP KELUARKAN KENYATAAN 'SEMUA PEMIMPIN PAS ADALAH ULAMA'!!!

Posted: 11 Sep 2013 05:00 AM PDT

PENGANUT KRISTIAN DIGESA KEMBALI KE AJARAN JESUS YANG SEBENAR... TAK PAYAH MENYIBUK DENGAN ISTILAH ALLAH UNTUK TERBITAN BAHASA MELAYU!!!

Posted: 11 Sep 2013 03:15 AM PDT

WALAWEIIII.... ADUN UMNO-BN DARI PAROI KAKI TENGOK GAMBAR-GAMBAR LUCAH DI FACEBOOK?

Posted: 11 Sep 2013 12:32 AM PDT

DI MALAYSIA NIH... POLISI SYARIKAT IALAH, PEREMPUAN BERTUDUNG TIDAK AKAN DIAMBIL BEKERJA!!!

Posted: 10 Sep 2013 10:20 PM PDT

PENDEDAHAN GEMPAR!!! UMNO PULA DISABOTAJ OLEH PEGAWAINYA SENDIRI AGAR PEMILIHAN UMNO JADI TIDAK SAH DAN DIBATALKAN ROS!!!

Posted: 10 Sep 2013 07:55 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Sep 2013 11:32 AM PDT

PEJUANG BANGSA


GEMPAR ! Jambu PKR kesayangan Anwar kantoi lagi menipu orang @drnovandri @APterkini @dzainalabidin

Posted: 11 Sep 2013 05:53 AM PDT


Selepas kantoi fitnah DS Zahid Hamidi dan terpaksa mohon maaf dengan Menteri KDN ini, terbaru JAMBU ANWAR  ini cuba menipu lagi macai-macai tegar Pakatan dengan menghebahkan poster FORUM 20 sen yang menampilkan beliau sendiri sebagai panel bersama 2 orang lagi iaitu Lokman Noor Adam & Tan Ken Liang .

Walhal tuan empunya tubuh badan sendiri pun tidak tahu menahu mengenai forum ini dan buktinya dijelaskan  oleh Sdr Lokman Noor Adam di facebooknya . Beliau  membidas kerja penipu Rafizi untuk mencari publisiti murahan  melalui forum ini .

Pakatan Rakyat memang PENIPU RAKYAT !!




APA MUSLIHAT GUAN ENG JUMPA UTHAYAKUMAR DI PENJARA ?? @Zahid_Hamidi

Posted: 11 Sep 2013 03:52 AM PDT



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan sekali lagi permohonannya untuk bertemu pemimpin pertubuhan Gerakan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) P.Uthayakumar di penjara.
Guan Eng berkata permintaan dibuat selepas permohonan bertulis yang dibuat sebelum ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Selepas menulis surat permohonan, satu surat bertarikh 6 September diterima menyatakan permohonan saya ditolak.
"Saya berharap Menteri Dalam Negeri Datuk Seru Ahmad Zahid boleh mempertimbangkan untuk membenarkan saya bertemu dengan P.Uthayakumar, bukan sebagai ahli Parlimen atau ketua menteri Pulau Pinang tetapi atas dasar kemanusiaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen "Impian Sarawak", di sini, Rabu.
Menurut Guan Eng Yang juga Setiausaha Agung DAP, beliau mahu bertemu Uthayakumar bagi membincangkan keperluan perubatan beliau.
Katanya, permohonannya itu juga tidak mempunyai agenda politik malah menegaskan hanya mahu bertemu atas dasar kemanusiaan semata-mata memandangkan beliau juga merupakan bekas banduan.
"Saya tiada sebarang pertalian dengan Uthayakumar mahu pun Hindraf sebelum ini.
"Ia hanyalah untuk keperluan rawatan beliau dan rasa peri kemanusiaan," katanya.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa Uthayakumar sendiri telah memohon untuk bertemu beliau.
"Uthayakumar tidak boleh buat permohonan dari penjara.
"Hanya ahli keluarga sahaja yang boleh melawatnya sebulan sekali dan juga peguamnya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai surat permohonan, beliau berkata surat tersebut dihantar kepada KDN bertarikh 22 Julai, manakala permohonan bertulis turut dibuat kepada Ketua Jabatan Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar bertarikh 24 Julai.
Pada 5 Jun lalu, Uthayakumar dijatuhi hukuman dua setengah tahun penjara selepas didapati bersalah membuat kenyataan menghasut pada tahun 2007.

Komen GPB

GPB berpandangan motif Guan Eng nak jumpa pemimpin Uthyakumar   ini di penjara adalah bermotifkan politik untuk menunjukkan kepada kaum India bahawa DAP prihatin kepada pemimpin Hindraf ini .

Kepada Menteri KDN , tak perlu melayan desakan DAPig kerana sudah tentunya mereka   mempunyai agenda tertentu  untuk bertemu Uthyakumar.





TS Musa Hassan kritik kerajaan bersebab !!

Posted: 11 Sep 2013 12:06 AM PDT


Ramai orang mempertikai kewibawaan  TS Musa Hasan yang sering mengkritik kerajaan terutama dalam soal keselamatan. 

Tapi bagi GPB tak perlu dipertikaikan kerana kritikan dan cadangan beliau adalah  untuk kebaikan negara . Pandangan beliau dalam wacana anjuran Sinar Harian kelmarin mengenai soal keselamatan dan jenayah wajar dijadikan panduan




SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan berkata kerajaan silap memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) tanpa memperkenalkan undang-undang baru untuk menggantikannya.

Beliau berkata sepatutnya perlu ada cadangan undang-undang bagi menggantikan EO, bukan terus mansuh.

Tegas Musa, pihak berkuasa sukar bertindak membanteras jenayah menggunakan undang-undang konvensional, justeru keperluan untuk memperkenalkan undang-undang yang memberikan polis kuasa bertindak dengan lebih tegas.

Musa tidak yakin bahawa pindaan-pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan ini berupaya memenuhi keperluan polis.

"Saya rasa kita perlu mendesak kerajaan kita dan parti pembangkang juga bahawa kita memerlukan akta perlindungan yang besar dan kukuh, dan kuat,"katanya.

SAM KETOT GAGAL BATAL SAMAN FITNAH JAMIL KHIR

Posted: 10 Sep 2013 05:35 PM PDT



 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mendakwa difitnah dalam satu forum di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil dengan kos RM5,000 untuk dibayar kepada Jamil Khir.

Peguam Adnan Seman @ Abdullah yang mewakili Jamil Khir memberitahu pemberita, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang memutuskan demikian di kamar hakim turut menetapkan 13 November ini pengurusan kes saman tersebut.

Perbicaraan kes itu pula akan didengar selama empat hari bermula 4 Februari 2014.
Pada prosiding hari ini, Shamsul Iskandar selaku pihak defendan diwakili peguam Fahda Nur Ahmad Kamar.

Jamil Khir memfailkan saman itu pada 11 Mei 2012, setelah Shamsul Iskandar yang dijemput menjadi ahli panel forum yang membincangkan tajuk 'Pengurusan Persepsi' pada 30 Mac 2012 telah mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2 Oktober tahun lalu, Shamsul Iskandar, 39, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dengan alasan tuntutan berkenaan adalah cacat kerana tidak mematuhi aturan dan kehendak undang-undang bagi membuktikan ucapan itu berunsur fitnah.

Adnan bagaimanapun memberitahu, mahkamah dalam keputusannya berpendapat ketidakpatuhan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 itu boleh diterima kerana tidak menimbulkan sebarang prejudis kepada Shamsul Iskandar.

Menurut beliau lagi, defendan juga mendakwa pihaknya gagal untuk menyatakan unsur niat jahat dalam pernyataan tuntutan tersebut namun mahkamah berpendapat sebaliknya.

Dalam pernyataan tuntutan terpinda bertarikh 8 November 2012, Jamil Khir mendakwa, Shamsul Iskandar secara tidak benar dan berniat jahat memfitnah beliau ketika menjawab persoalan dan mengulas tentang isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Anwar.

Menurut Jamil Khir, dalam program yang disiarkan pada pukul 9.41 malam hari tersebut, Shamsul Iskandar didakwa memberi kenyataan fitnah yang antaranya membawa maksud beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf di negara ini.

Beliau selaku pihak plaintif berkata, kenyataan fitnah itu juga menggambarkan dirinya sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam, telah campur tangan menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut oleh Anwar.

Disebabkan pernyataan fitnah tersebut menurut Ahli Parlimen Jerai itu, reputasi beliau telah terjejas dan mengalami kerugian selain dipandang negatif oleh rakyat di negara ini.
Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk serta ganti rugi pengajaran serta perintah injunksi terhadap defendan.

Dalam pernyataan pembelaan bertarikh 17 Julai 2012, Shamsul Iskandar menyatakan, pernyataan yang dibuat olehnya mengandungi butiran fakta dan komen yang adil serta menyifatkan tuntutan plaintif sebagai tidak munasabah

IPOHMALAY

Posted: 11 Sep 2013 09:02 AM PDT

IPOHMALAY


Kolumnis TMI, Victor Tan, Bela Idris Jusoh

Posted: 11 Sep 2013 06:50 AM PDT



My name is Victor Tan, I write a monthly column here on TMI, easily located at: HERE NAMA SAYA VICTOR TAN,MENULIS RUANG DI THE MALAYSIAN INSIDER SETIAP BULAN DI  SINI

I would like to point out that this is a fantastic example of media bias, and a terrible piece of journalism, a completely valid reason for BN politicians to dislike alternative media. SAYA INGIN MENGUTARAKAN INILAH CONTOH MENARIK MEDIA BERAT SEBELAH, CONTOH HODOH KEWARTAWANAN DAN MENJADI SEBAB AHLI POLITIK B.N. MENJAUHI MEDIA ALTERNATIF.

The headline reads "Not happy with the country's education system? Send your kids overseas, says minister" - TAJUK BERITA TERTULIS "TAK SETUJU DENGAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA? HANTAR ANAK KE LUAR NEGARA KATA MENTERI "

You may feel anger and you may be inclined to believe that Datuk Seri Idris pulled a Zahidi. To be fair, he didn't, and I do think it's a bit unfair to characterize his words as such.  RAMAI BERPENDAPAT IDRIS JUSOH JUGA KINI BERCAKAP SEPERTI ZAHID HAMIDI.  ADALAH TIDAK ADIL UNTUK MENTERJEMAHKAN KATA-KATANYA SEPERTI ITU. 

Datuk Seri Idris was quoted as: "If some people feel the system is not good and want to send their children overseas to study, the government cannot stop them. But the Ministry will work towards improving the country's education system". APA YANG DIKATAKAN OLEH IDRIS JUSOH IALAH "JIKA SESETENGAH ORANG MERASAKAN SISTEM INI TIDAK BAIK DAN MAHU MENGHANTAR ANAK MEREKA KE LUAR NEGARA, KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGHALANG. TETAPI KEMENTERIAN AKAN BERUSAHA MEMPERBAIKI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA."

He was not telling people to send their kids overseas if they're not happy, that's just the headline that TMI saw fit to use. He was saying that people have the CHOICE of not following Malaysia's plans for education reform if they so desire, he was not telling people to leave the country - Yet it seems like at least 965 people have shared this article in wanton fury, influenced by the headline to become keyboard warriors fighting for justice. DIA LANGSUNG TIDAK MENYURUH HANTAR ANAK KE LUAR NEGARA KALAU TAK SETUJU. ITU HANYA TAJUK BERITA YANG T.M.I. GUNAKAN. DIA HANYA MENYATAKAN ORANG RAMAI BOLEH MEMILIH UNTUK TIDAK MENGIKUTI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DAN BUKANNYA DISURUH MENINGGALKAN NEGARA INI. NAMUN NAMPAKNYA TELAH 965 ORANG BERKONGSI ARTIKEL INI DENGAN BERPANDUKAN TAJUK BERITA DAN MENGHEBOHKAN DUNIA INTERNET DENGAN LAGAK TUNJUK PANDAI.


SELANJUTNYA TERJEMAH SENDIRI.


I realize that there is disillusionment in the populace concerning the government's historical approach towards education, and that it is considerably easy to dismiss genuine effort in light of the nonsense that happens in the course of our national conversation. Guess what? You're not wrong for being jaded or disillusioned, but kindly recognize that the question of what the government is doing and the question of whether you ultimately should choose to follow, are entirely separate issues - I personally believe that the MEB is well thought out, and albeit I doubt on some level the capacity for the government to implement it all fully, I do not think that being placed within our national education system, reformed or unreformed, is a death sentence to anyone's future. 

If you are one of these keyboard warriors, acting on emotional impulse, I encourage you to read the entire article again before you levy any more accusations. If your reason dictates to you that what TheMalaysianInsider said is reflective of what Idris said, if you can say in all honesty that he is telling people to get out of the country, then have it your way. You can choose to believe yourself, submit to your emotional impulse. Believe everything Malaysiakini and TMI gives you without question or doubt, forethought or evaluation - But know that if you do so, you risk becoming the very sheep that you so furiously criticize.

He then goes on to say in response to one of the posters who say the same thing as 90% of the people on this post:

With all due respect, I think Datuk Seri Idris was very clear. You don't represent the public, and you are probably wrong when you say that everyone would interpret his statement wrongly - That's probably your mistake, not everyone else's, so please do not try to absolve personal responsibility and try to defer to the collective, because you did not understand what he said. 

Yes, 51% of the population voted for Pakatan, but do not be so arrogant as to say you understand what every single one of these voters wants for the country. Government is a complex series of moving parts, education is simply one component, and leaders disagree about the means and mechanisms of public policy even within the Pakatan(And BN!) - If you believe that your OPINION is representative of Malaysia's, then you are sorely mistaken.

Macai PR kantoi tipu isu keratan akhbar " Najib Nafi Petrol Naik Lepas Pilihan Raya"

Posted: 11 Sep 2013 02:42 AM PDT

Macai PR yang memainkan isu keratan akhbar "Najib Nafi Petrol Naik Lepas Pilihanraya" TERKANTOI menipu lagi, seperti biasa - penipuan itu makanan mereka, apabila keratan akhbar tersebut bertarikh 27 Februari 2008 berkait kenyataan Timbalan Perdana Menteri , DS Najib Razak pada 26 Februari 2008, lebih seminggu sebelum PRU12.

Lihat hasil carian Google di bawah di mana artikel tersebut masih tersimpan di Singapura :



  1. Najib nafi petrol naik lepas pilihan raya - Newspapers - National ...

    newspapers.nl.sg/.../beritaharian20080227-1.2.21.3.as...

    Translate this page
    Feb 27, 2008 - Berita Harian, 27 February 2008, Page 10. Najib nafi petrol naik lepas pilihan raya. Article also available on microfilm reel NL28834 [Lee Kong ...


Nampaknya patutlah mereka ini mengejek kumpulan yang mempertahankan kalimah Allah kerana mereka sendiri kalangan Islam yang diubah agen setan. Bohong, menipu, memfitnah, mengada-adakan sesuatu yang tiada adalah pedoman mereka untuk terus hidup.






Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 11 Sep 2013 07:07 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


GEMPAR.!!! Pemancing Temui Mayat Terikat di Sungai Tengi, Tanjong Karang, petang tadi.

Posted: 10 Sep 2013 08:15 AM PDT

TANJONG KARANG – "Mulanya saya sangka objek terapung yang dilihat itu tilam buruk namun sangkaan meleset apabila mendapati ia mayat seorang lelaki,"kata pemancing, Samsudin Mat,59 yang menemui mayat terbabit berhampiran jeti Lorong Budiman Sungai Tengi, petang tadi.

Samsudin berkata, dia yang menaiki sampan berseorangan untuk mencari udang kira-kira jam 2 petang sebelum itu terhidu bau busuk seperti bangkai.

Sebaik menoleh pandangan ke sebelah kiri sungai, katanya, dia ternampak satu objek menyerupai tilam yang berikat.

Curiga dengan penemuan itu, Samsudin berkata, dia mendekati objek berkenaan dan mendapati ia mayat seorang lelaki dalam keadaan kaki serta tangan diikat menggunakan benang nylon.

"Di sebelah mayat ada seekor biawak sedang makan cebisan daging mangsa, seluar yang dipakai terlondeh sedikit sehingga menampakkan bahagian punggungnya.

"Disebabkan terkejut saya terus menghubungi rakan memaklumkan penemuan terbabit dan tidak berani mendekatinya,"katanya.

Menurutnya, penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) Blok AGH, Arbani Katimin.

Arbani berkata, dia yang dimaklumkan berhubung kes itu bergegas ke jeti sungai.

Mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an itu ditemui memakai seluar jeans berwarna biru dan kemeja T warna hijau.

"Tangannya berikat di bahagian belakang manakala kakinya diikat dengan batu. Mayat sudah beberapa hari dipercayai mati itu sudah mulai kembung berkemungkinan kerana berada terlalu lama di dalam air,"katanya.

Sinar Harian difahamkan, terdapat kesan dipercayai jerutan di bahagian leher mangsa.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui namun sejumlah duit mata wang asing dikatakan berada dalam poket seluar mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang yang dihubungi turut ke lokasi kejadian menaikkan mayat mangsa ke tebing.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - (Sumber : NUR FARHANA ABDUL MANAN@SinarHarian)

bumiyang

Posted: 11 Sep 2013 03:38 AM PDT

bumiyang


Gempar!!! Meskipun Mahkamah Belum Putuskan Keputusan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Agama Lain - Ianya telah Diguna di Pulau Pinang ???

Posted: 10 Sep 2013 08:16 PM PDT

Kewangan Negara Antara Paling Kukuh di Dunia - Apa Lagi Putar Belit Anwar?

Posted: 10 Sep 2013 06:23 PM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 11 Sep 2013 03:20 AM PDT

Ohpolitik!™


DALANG HARGA #MinyakNaik DIKESAN! #MalaysiaNews

Posted: 10 Sep 2013 06:49 PM PDT




Sekali pandang, kami nampak struktur di atas lebih mirip kepada DAP atau PKR berbanding senarai penasihat Kerajaan BN yang diterajui UMNO sepatutnya ada. Apakah dalam UMNO sudah tiada pakar ekonomi dan penasihat yang lebih berkelayakan? Apakah kita ketandusan golongan Melayu Profesional?

Jika diteliti berdasarkan siapa yang menerajui PEMANDU ini, kami mendapati terdapat unsur sabotaj yang halus kepada PM dan pihak Kerajaan. Perhatikan sahaja siapa yang berpengaruh menasihatkan PM untuk mengurangkan SUBSIDI, dan siapa pula di belakang REHDA yang menaikkan harga rumah sebanyak 20% sehari selepas itu? Tetapi mereka ini semua bijak berselindung. Apabila subsidi dikurangkan, rakyat hanya akan nampak PM untuk dipersalahkan!

Lanjut baca di Mymassa

#RTM Sabotaj? Hasil Siasat Dalaman Ramai Cacai #PR di RTM? #MalaysiaNews #PDRM

Posted: 10 Sep 2013 05:00 PM PDT



Lihat betul-betul logo PDRM. Tertulis Polis Raja di Malaysia. Bagaimana imej logo polis ini boleh dikeluarkan? Tentunya sudah ada tangan-tangan yang mengedit logo tersebut. 

Walaupun RTM sudah memohon maaf melalui beritanya pada jam 12.00 malam tadi, aku melihat ini merupakan sabotaj yang serius terhadap PDRM.

Umum tahu cubaan memburukkan imej PDRM telah lama dilakukan oleh pihak cacai Pakatan Ranjang. Kini dengan mempunyai kaki di RTM, maka lebih mudahlah puak cacai PR melakukan kerja mereka.

Saranan aku, perlu diadakan siasatan terperinci terhadap isu ini. Jangan pandang enteng terhadap perkara yang dilihat kononnya kesilapan terlepas pandang.

Mana dia KSU TERHEBAT dan paling berkuasa di KKMM? Sudah hilangkah taring beliau? Jika berani, ambil tindakan segera! Adakah KSU ini takut diboikot RTM jika mengambil tindakan terhadap kesilapan ini? 

Dengar juga desas desus rakan dari RTM yang menyatakan, dalaman RTM sendiri sudah ramai cacai PR yang semakin berani menunjukkan taring. Kerja di RTM membuatkan mereka semakin meluat dengan Kerajaan BN. Kini sokongan mereka terhadap PR sudah menebal. Kesilapan ini boleh diangkat sebagai sengaja bagi memburukkan PDRM. Apapun, KSU TERHEBAT! Jalankan tugas. Siasat!

Menjawab Isu Nasi Kandar Pelita #MalaysianNews

Posted: 10 Sep 2013 07:51 AM PDT


Nasi Kandar Pelita atau Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. adalah sebuah syarikat yang berdaftar. Nombor pendaftaran syarikat 481477-P. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1994. Kini terdapat 7 (tujuh) orang pemegang saham (rakan kongsi). Enam daripadanya Muslim dan seorang India (belum Islam).Saya Ustaz Shamsuri bin Ahmad adalah salah seorang daripada rakan kongsi dan pemegang saham syarikat ini. Buat masa ini saya telah dipilih sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat ini.

Untuk makluman semua,Pada zaman awal penubuhan syarikat ini, tidak banyak isu yang ditimbulkan. Tetapi isu yang berbagai-bagai mula timbul apabila syarikat ini mula berkembang dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Apakah motif sebenar di sebalik isu-isu yang ditimbulkan itu hanya Allah yang mengetahui.

Isu taukeh Hindu, ayam tidak disembelih dan sebagainya telah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. Cara isu-isu ini dibangkitkan sangat menarik dan kadang-kala kelihatan "macam cerita benar". Manakala pencetus isu dan pencipta fitnah ini pula menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dan sangat amanah terhadap Allah.

Maka sudah pastilah akan ada orang yang terpanggil untuk mengembangkan fitnah ini atas rasa tanggungjawab terhadap agama.Saya sebagai seorang yang berpendidikan agama (Islamic Scholar), apatah lagi seorang yang terlibat secara langsung dalam medan dakwah. Memberi kuliah-kuliah pengajian, lebih-lebih lagi kaset-kaset kuliah pengajian saya bertebaran di sana sini, sudah tentulah saya amat faham tentang hukum haram halal dan tentu tidak akan berkompromi dalam hal yang seumpama ini.

Saudara-saudara,Izinkan saya membuat sedikit penjelasan.1. Islam tidak pernah melarang umat Islam berkongsi niaga dengan bukan Islam. Tidak ada satu nas Al-Quran atau hadis nabi yang menyatakan larangan terhadap perkara tersebut. Bermakna dari segi agama seorang Muslim boleh menjadikan bukan Islam sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.

Di Pelita Nasi Kandar, rakan kongsi yang belum Islam ini ditugaskan sebagai Pengurus Akaun, sesuai dengan kebolehannya.Setidak-tidaknya di Pelita nasi Kandar, saya sebagai salah seorang rakan kongsi (bukannya makan gaji) sentiasa mengawasi perkara-perkara ini.
Untuk makluman saudara-saudara juga, Pelita Nasi Kandar kini mempunyai pekerja Muslim seramai lebih kurang 800 orang. Daripada jumlah itu terdapat 5 orang yang hafaz Al-Quran. Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dari India yang kita semua maklum tentang kemiskinan dan kedhaifan hidup mereka.

Kami di Pelita Nasi Kandar sangat bersyukur kepada Allah kerana kami dapat membantu mereka. Pendapatan yang seorang pekerja perolehi dapat menyara dan memberi makan kepada beberapa ramai ahli keluarganya di India. Semoga Allah menerima amal kebaikan yang sedikit ini sebagai satu amal baik di sisi-Nya.

Untuk memastikan kebersihan dan kehalalan serta menghapuskan keraguan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn.Bhd. Nombor pendaftaran 554846-A untuk menguruskan soal pemerosesan ayam.Pelita Nasi Kandar adalah satu-satunya rangkaian nasi kandar yang mempunyai pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam sendiri. Kita menerima ayam hidup daripada pembekal kita iaitu Maju Ayam Sdn.Bhd. dan penyembelihan serta pemprosesan dilakukan sendiri oleh pekerja-pekerja kita.Proses ini dilakukan mengikut kaedah dan kehendak Syarak sepenuhnya.

Sohibus Samahah Dato' Mufti Pulau Pinang Dato' Haji Hasan Haji Ahmad dan rombongan daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah dijemput untuk melawat, melihat dan memberi nasihat kepada pekerja-pekerja kita dari aspek Syariah.Ayam Pelita Sdn.Bhd. juga telah diberi Sijil Halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Bahkan pekerja-pekerja bahagian sembelihan juga mempunyai Sijil Pengesahan Penyembelihan dari pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.Semua outlets (rangkaian) Nasi Kandar Pelita di seluruh Malaysia, termasuk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menggunakan ayam yang diproses sendiri oleh Ayam Pelita Sdn.Bhd. Lori-lori kita akan bergerak ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya 2 hari sekali.

Pelita Nasi Kandar juga mempunyai satu bilik beku di Pelita Seksyen 2 Petaling Jaya dan 3 bilik beku di Pelita Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Ikhlas,

Ustaz Shamsuri bin Ahmad
Pelita Nasi Kandar Penang 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone










Politik Harian

Posted: 11 Sep 2013 03:16 AM PDT

Politik Harian


Sahabat Azri Nizam Menawarkan Diri Untuk Bertanding Exco Pemuda

Posted: 11 Sep 2013 01:02 AM PDT


Azri Nizam yang juga merupakan seorang blogger Pro UMNO hari ini menawarkan diri bertanding sebagai exco Pemuda... Sebagai seorang sahabat adah wajar untuk saya memberi sokongan terhadap beliau dan juga diharapkan sahabat blogger yang lain turut memberi sokongan kepada beliau.

Berikut adalah petikan dari blog Azri Nizam yang menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai exco Pemuda Umno.

"Salam, setelah mendapat persetujuan daripada ahli cawangan dan sahabat sahabat di Bahagian, saya dengan ini menawarkan diri untuk bersama sama dalam perjuangan sayap parti bagi menggalas misi yang besar yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam PRU14.

Mengapa perlu terlibat sama?

Pilihan raya yang bakal diundi oleh bakal 20 juga pengundi, 6.7 jutanya adalah pengundi baru. Saya ingin membawa kembali ideologi alif ba ta sebagai roh perjuangan dalam setiap hati anak muda UMNO.

Inilah sahaja jawapan dan penyelesaian sebenar jika UMNO mahukan meneruskan kelangsungan kuasa yang ada demi masa depan anak bangsa. Sebagai bekas kepimpinan pelajar, saya bersama rakan rakan pernah melawan arus reformasi 99 dengan ideologi dan semangat aspirasi. Alhamdulilah, gelombang reformasi itu perlahan lahan terpadam di tiup angin perubahan aspirasi.

Ada cara dan pendekatan yang diambil jika mahu menawan hati dan minda anak muda. Jangan hanya persalahkan mereka semata semata jika gagal memikat pengaruh mereka.

Kini pengundi muda bakal menentukan nasib masa depan negara. Peluang harus diberikan kepada orang muda di segenap lapisan umur untuk bersama sama berjuang mempertahankan UMNO dalam PRU14. Semangat sukarelawan dan ideologi perjuangan harus ditanam kembali agar mereka faham dan menjiwai apa sebenarnya perjuangan asal UMNO.

Piilhan raya yang bakal menentukan segala-galanya. Tidak guna berkokok di luar gelanggang lagi jika tanah dan maruah agama sudah mahu digadai. Musuh utama umat Islam sedang berkomplot untuk menjayakan agenda besar pada 2018 nanti. Ayuh kita berjuang bersama sama".

Taipingmali (tm)

Posted: 11 Sep 2013 01:22 AM PDT

Taipingmali (tm)


UPSR

Posted: 10 Sep 2013 11:19 PM PDT

Hari ini adalah hari kedua ujian pencapaian sekolah rendah. Ibubapa yang mempunyai anak mereka mereka pertama kali mengambil ujian ini tentunya berdebar dan ada yang tak tidur malam kerana risau yang berlebihan.

478,848 calon di lebih 8 ribu pusat peperiksaan akan selesai ujian mereka esok petang dengan kertas ujian aptitude.

UPSR terakhir ialah pada tahun 2015 dan tahun berikutnya berdasarkan penilaian band yang ada dalam sistem KSSR.

Calon UPSR kali ini akan meneruskan pengajian mereka diperingkat IPT seawal tahun 2019 dan sudah kerajaan sudah merancang untuk menambah atau membesaarkan kampus-kampus IPTA terutama sekali UiTM.

Kelmarin Nga Komeng MP Taiping dengan sengaja mencela ranking UiTM yang kononnya berada ditahap paling bawah dalam ranking dunia.

Ranking 701 adalah terbaik jika dibandingkan pada peringkat dunia.

UiTM tidak boleh dibandingkan dengan UM, USM, UKM dll kerana sistem berbeza. Universiti lain saiznya kecil dan jumlah pelajarnya juga kecil. Satu lagi syarat untuk ranking dunia ia mestilah mempunyai pelajar antarabangsa. Sebab itulaah kita dapati IPTA yang lain telah membuka ruang kepada pelajar luar negara untuk menyambung pengajian mereka samada diperingkat sarjana kedua atau kedoktoran.

UiTM rugi 5 % dalam penilaian ranking dunia kerana menutup ruang kepada pelajar luar negara.

Tujuan utama penubuhan UiTM ialah memberi pendidikan kepada anak melayu. UiTM juga mengenakan yuran paling rendah kepada pelajarnya. Inilah yang amat disakiti oleh parti DAP.

Cuma sedihnya apabila anak-anak orang Pas seperti Ismath dan konco-konco Mahasewel tidak menghargai usaha kerajaan memberi ilmu dengan kos yang murah kepada orang melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mengenai Kalimah Allah ― Mohd Parid Sheikh Ahmad

Posted: 10 Sep 2013 09:10 AM PDT

Penyokong kuat Ikhwanul muslimin di Malaysia





JANUARY 16, 2013


16 JAN ― IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut bukan Islam di negara kita.

IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain untuk menggunakan kalimah "Allah". Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-'Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa' dan ayat 78 surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah "Allah" dengan makna yang bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah, ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.

IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah "Allah" oleh selain orang Islam, pintu fitnah akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan menghalang penggunaan kalimah "Allah" tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.


Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar dihormati.

Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.

* Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Nga Komeng Cari Penyakit Lagi

Posted: 10 Sep 2013 07:09 AM PDT

Ahli Parlimen Taiping Nga Komeng sekali lagi dengan sengaja membodohkan dirinya dengan dakyah jahat beliau memperlekehkan UiTM.

UiTM bukanlah sebuah universiti yang mengejar ranking dunia seperti universiti lain.UiTM ada fokus dan hala tuju sendiri. Hari ini UiTM merupakan sebuah universiti awam yang terbesar di dalam negara dengan jumlah pelajarnya melebihi 180 ribu pelajar.

Pun begitu daripada 35 ribu buah universiti dunia kesemua universiti tempatan berada dibawah mata 1000. UiTM juga telah banyak meraih pelbagai anugerah kelas dunia walaupun bertaraf universiti anak melayu kampung.

Motif Nga yang sebenarnya ialah untuk menutup UiTM jika mereka memerintah.

UiTM sememangnya menjadi duri dalam daging kepada Dap.

Apa yang mereka mahu ialah UiTM membuka pintu seluas-luasnya untuk kemasukan kaum cina dan syarat kemasukan juga berdasar siapa banyak mendapat A.

Hari ini pelajar UiTM diserap masuk kerana Dasar Ekonomi Melayu yang memberi hak keistimewaan kepada anak-anak melayu yang mempunyai kelayakan minima.

Hancurkan UiTM bererti hancurlah maruah Melayu, itulah matlamat mereka.




Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi

Posted: 10 Sep 2013 02:05 AM PDT

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti 'berkuasa' menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia 'normal' di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai 'hak peribadi' (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.

Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.

Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling 'keras' melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara 'pakatan' mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah 'Allah' dari disalahgunakan oleh bukan Islam.

Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai 'idea' yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.

Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.

Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tangguh (breaking news)

Posted: 10 Sep 2013 01:44 AM PDT

Pendengaran kes khalimah Allah ditangguhkan sebentar tadi ke tarikh lain
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 11 Sep 2013 01:09 AM PDT

Sahabat-Gunung


ROS Perlu Lebih Tegas Elak DAP Terus Main Politik Putar Belit

Posted: 10 Sep 2013 07:04 PM PDT


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Huan Cheng Guan berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu bertindak lebih tegas terhadap DAP berkenaan isu pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Ujarnya, sikap lembut ROS menyebabkan DAP mengambil kesempatan dengan memburuk-burukkan ROS kononnya ROS sengaja mensensasikan isu ini dan secara tidak langsung UMNO dan BN terheret sama apabila dikatakan menjadi dalang.

lim-guan-eng-zairil-bukan-anak-khir-johari-tipu-undi-pemilihan-cec-pusat-dap-rasis

Menurut Cheng Guan, beliau difahamkan DAP telah beberapa kali mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahlinya untuk membincangkan permasalahan ini dan intipati perjumpaan tersebut adalah lebih kepada memburukkan ROS.

"ROS menjadi 'punching bag' DAP. Sekali dua mungkin orang tidak percaya tetapi apabila sudah kerap diburukkan ditambah pula dengan sikap lembut ROS maka orang akan percaya bahawa ROS sengaja mahu menyusahkan DAP.

"Walau pada hakikatnya permasalahan ini adalah berpunca daripada DAP sendiri namun kerana sikap putar belit DAP maka pihak lain yang akan dipersalahkan.

"Saya menggesa agar ROS lebih berani bertindak tegas dengan memberi tarikh akhir untuk DAP mengadakan semula pemilihan CEC. Sekiranya gagal, tindakan akan diambil. ROS tidak perlu takut dengan DAP,".


Seterusnya baca di sini

Jelajah Francais 1Malaysia - Mampu Bantu Usaha Naik Taraf Ekonomi Bumiputera

Posted: 10 Sep 2013 04:33 AM PDT


Usaha Biro Ekonomi dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menganjurkan program Jelajah Francais 1Malaysia dilihat mampu menarik minat komuniti usahawan dan bakal usahawan di peringkat akar umbi untuk menceburi bidang perniagaan melalui konsep francais.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Hasan Malek berkata, program ini juga mampu membangunkan lebih ramai usahawan menjadi francaisor dan francaisi.

"Difahamkan bahawa program Jelajah Francais 1Malaysia ini bukan sahaja mensasarkan penglibatan golongan usahawan malah ia juga akan melibatkan pelajar university, NGO, golongan belia, wanita, dewan-dewan perniagaan, ahli koperasi dan orang awam.

Ianya satu tujuan yang murni dalam usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu kerana landskap ekonomi global pada masa ini adalah lebih mencabar, maka kita perlu berusaha untuk memastikan ekonomi kita terus berdaya tahan.

Kita mahu membentuk masyarakat yang berwibawa, dengan nilai-nilai positif bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menunggu kita di masa hadapan," ujarnya dalam majlis pelancaran Jelajah Francais 1Malaysia, di sini hari ini.

Tambahnya, untuk melangkah maju, kita perlu perubahan sikap serta keyakinan dan tidak takut untuk berdikari. Kita perlu cekal dan menepis segala bentuk halangan yang ada untuk mencakap kemajuan.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, sector francais di dalam neaara ini memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi Negara.

"Bagi tahun 2013, kerajaan mensasarkan sektor francais menyumbang sebanyakRM23.6 bilion kepada keluaran dalam Negara kasar (KDNK).

Sehingga bulan ini, sebanyak 676 perniagaan francais telah mendaftarkan perniagaan mereka, yang mana daripada jumlah ini, sebanyak 480 adalah syarikat francais tempatan," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


oyabun

Posted: 10 Sep 2013 11:38 PM PDT

oyabun


Penipuan Anwar : Yuktes Lapor Kepada Kedutaan Amerika Syarikat?

Posted: 10 Sep 2013 01:04 AM PDT


Yuktes Vijay bekas pembantu kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah membuat laporan kepada kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan enam kedutaan lain iaitu Syria, Qatar, Australia, Peranchis, British dan Turki.

Laporan itu berkaitan dengan penipuan Anwar tentang keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang mendakwa terdapat pengundi hantu, warganegara Bangladesh dan kejadian blackout di pusat-pusat pengundian.

Yuktes turut memberi satu salinan bertulis kepada kesemua kedutaan tersebut.

Bekas pembantu peguambela itu ketika ditemui NST di kedutaan AS turut membuat cabaran terhadap Anwar untuk berdebat dengannya tentang penipuan itu.

"Saya tidak nampak mengapa saya tidak boleh mencabar Anwar untuk berdebat. Beliau hanya seorang ahli biasa parlimen yang dipilih oleh orang ramai.

"Alasan mengapa saya lakukan ini adalah kerana saya tidak mahu mana-mana negara atau badan asing berfikir bahawa Malaysia mempunyai sistem demokrasi yang cacat, di mana tuduhan itu adalah tidak benar." katanya.

Ketika dihubungi AIDCNews, Yuktes menambah langkahnya menjejakkan kaki ke kedutaan itu merupakan langkah permulaan yang bakal disusuli dengan langkah-langkah seterusnya.

"Apabila saya tuduh dia penipu, Anwar tidak jawab, bila saya kata Anwar biseksual, dia juga tidak saman, sekarang ini saya cabar dia berdebat, ini pun saya yakin dia tidak akan sahut.

"Ini baru permulaan, banyak lagi langkah seterusnya, terdekat saya akan desak agar gelaran Menteri Kewangan Asia Terbaik oleh Asiamoney ditarik balik. Bukti yang ada hari ini menunjukkan Anwar tidak layak untuk gelaran itu.

"Saya juga bercadang untuk berjumpa dengan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Setiasaha Inter-Parliamentary Union (IPU) melalui Kementerian Luar Negeri.

"Saya tidak pernah minta pertolongan daripada pihak kerajaan mahupun kementeriaan, tetapi kali ini saya perlukan bantuan mereka kerana ia melibatkan pihak asing,"katanya lagi.- AIDCnews

Wasabi Oyabun..

APANAMA

Posted: 10 Sep 2013 11:33 PM PDT

APANAMA


John Kerry's LIES of 2002 - Invasion of IRAQ

Posted: 10 Sep 2013 02:59 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 10 Sep 2013 11:25 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Kesilapan Paling Bangang Yang RTM Pernah Buat...

Posted: 10 Sep 2013 07:00 PM PDT

Aku tak pasti sama ada kesilapan ini di sengajakan atau tidak, tapi ini cukup memalukan, kalau perkara ini terjadi pada stesen tv swasta, aku boleh pejam mata, tapi ia berlaku pada stesen tv milik kerajaan...

Hairan... takan lah orang yang di tugaskan untuk menyediakan grafik untuk slot berita ini tak pesan akan tulisan yang menghina pasukan polis itu atau dia buat-buat tak perasan...

Apa pun pihak kementerian penerangan melalui menterinya dan pihak rtm perlu memohon maaf secara terbuka kepada pihak pdrm dan kdn atas perkara yang berlaku...


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 10 Sep 2013 11:22 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Tiket Tanda Putera SOLD OUT hari ini di Mid Valley!

Posted: 10 Sep 2013 07:00 PM PDT


Ramai yang menghukum Tanda Putera sebagai agenda propaganda UMNO untuk membakar api perkauman sebelum menontonnya. Ini satu sikap yang melulu dan tidak adil. Yang menyedihkan, bukan sedikit Melayu turut serta dalam kempen memboikot yang didalangi DAP. Tanpa sedar mereka meletakkan diri mereka setaraf dengan LEMBU belaan kafir harbi yang takut dosa-dosa mereka ke atas orang Melayu dan Negara ini daripada diketahui umum.

Ramai yang tidak tahu Tanda Putera mengisahkan tentang kekentalan semangat dua pemimpin ulung UMNO yang bertarung dengan penyakit maut demi untuk memastikan Negara aman dan makmur. Ramai yang tidak sedar betapa susahnya hidup rakyat ketika darurat 13 Mei dahulu. Dan ramai juga yang tidak tahu bahawa situasi yang membawa kepada peristiwa 13 Mei itu sama seperti apa yang berlaku sekarang.

Sebab itulah DAP seperti cacing kepanasan apabila Tanda Putera diputuskan untuk tayangan kepada umum. Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu rakyat melihat gelagat Lim Kit Siang dan chauvinis-chauvinis Cina kencing di tiang bendera Malaysia di hadapan rumah MB Selangor ketika itu, Arwah Datuk Haron Idris, sebagai penghinaan yang Selangor sudah jatuh ke tangan cina DAP. 

Ramai juga yang tidak tahu pun, satu pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh chauvinis DAP dalam satu pawagam di Kuala Lumpur ketika peristiwa 13 Mei dahulu. Sehingga kini, DAP tidak pernah menyesal atau menyatakan permohonan maaf di atas apa yang berlaku kepada orang Melayu.



Atas dasar tanggungjawab inilah, Restoran Sekinchan Ikan Bakar, telah menaja satu tayangan khas filem Tanda Putera kepada 150 penduduk kampung dari Sg. Besar, Selangor. Tayangan khas yang akan diadakan hari ini pada jam 6 petang di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur adalah sebagai satu usaha untuk menanam sifat patriotik dan bersyukur, terutamanya kepada generasi muda hari ini. Pada kami, ini adalah satu usaha murini yang patut mendapat pujian kerana ia bukan sahaja dapat membentuk minda anak-anak muda hari ini, malah membantu industri perfileman negara.

Langkah kebajikan yang dibuat oleh pihak Sekinchan Ikan Bakar ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua dan jauh lebih mulia dan berbaloi daripada memberi geran membuat filem kepada cina bangsat yang menghina Negara!


JOM kenali siapa di belakang RASIONALISASI SUBSIDI @NajibRazak

Posted: 10 Sep 2013 05:00 PM PDT


Kami pernah mendedahkan sebelum ini yang antara punca utama penurunan subsidi petrol secara drastik, adalah sebagai memenuhi ultimatum penasihat PM yang dikenali sebagai PEMANDU. Klik di sini untuk baca lebih lanjut. Namun begitu, ini bukanlah bermaksud kami menentang keputusan PM baru-baru ini, cuma pada pendapat kami, adalah lebih baik PM menghentikan terlebih dahulu khidmat PEMANDU yang jauh lebih membebankan kewangan Kerajaan sebelum boleh mengurangkan subsidi yang dinikmati rakyat marhaen.

Sebelum itu, mari kita teliti siapa yang BERKUASA dalam PEMANDU ini:




Sekali pandang, kami nampak struktur di atas lebih mirip kepada DAP atau PKR berbanding senarai penasihat Kerajaan BN yang diterajui UMNO. Apakah dalam UMNO sudah tiada pakar ekonomi dan penasihat yang lebih berkelayakan? Apakah kita ketandusan golongan Melayu Profesional?

Jika diteliti berdasarkan siapa yang menerajui PEMANDU ini, kami mendapati terdapat unsur sabotaj yang halus kepada PM dan pihak Kerajaan. Perhatikan sahaja siapa yang berpengaruh menasihatkan PM untuk mengurangkan SUBSIDI, dan siapa pula di belakang REHDA yang menaikkan harga rumah sebanyak 20% sehari selepas itu? Tetapi mereka ini semua bijak berselindung. Apabila subsidi dikurangkan, rakyat hanya akan nampak PM untuk dipersalahkan!



Scores of Pemandu senior staffers are totally unqualified to justify their HUGE salaries and perks. Many are outright incompetent and indeed a threat to our nation's security.


I give you one such glaring example below.

This person, Farah Intan Burhanudin barely made it thru UIA (with a couple of repeats) and was a total washout at Zaid Ibrahim & Co.  After getting laid off from ZICO, she reappeared out of nowhere into a key post in Pemandu. She handles PDRM programmes and KPIs and monitors the police force on behalf of Najib and previously for Hishammuddin H. Onn as well. Hishammuddin thr weakling was in her pocket and she -- in HIS name -- could summon CPOs and OCPDs to her beck and call. 

Her partying lifestyle, heavy drinking and expensive trips overseas (disguised as "working visits") are well known in the office, where she is known as the Party Queen of Pemandu.

Her promiscuous liaisons with foreign men makes her vulnerable to undue influence by foreign interests and she could even be blackmailed into divulging national secrets to her foreign seductors.
 
Farah Intan is a security threat. Her lavish lifestyle, promiscuity and drinking habit makes her TOTALLY UNSUITABLE for her job. How can this drunk slut be advising softy Najib on anything? In the interest of our nation, pls get her and others like her removed from Pemandu...Klik di sini untuk baca lanjut

Kami harap sedikit maklumat di atas ini dapat menrungkai siapa dalang sebenar yang banyak melakukan sabotaj kepada PM, Kerajaan dan BN. Selama ini, PEMANDU tiada pun BN sudah banyak berjasa kepada rakyat. Lagi pun, dengan menghapuskan PEMANDU ini, Kerajaan berupaya menjimatkan berbillion RM duit gaji, bonus, elaun arak dan trip luar negara mereka.

Kami yakin, PM Najib Razak akan mendahulukan rakyat demi Malaysia!


Ayuh sama-sama doakan kemenangan ISLAM! ALLAHUAKBAR! @TunFaisal @NajibRazak

Posted: 10 Sep 2013 12:24 AM PDT

'Kita harap k'jaan menang kes kalimah Allah'


Sekumpulan kira-kira 300 orang penyokong kerajaan berhimpun di luar kompleks Istana Kehakiman pagi ini sementara menunggu kes rayuan isu kalimah 'Allah' di Mahkamah Rayuan.


Kumpulan penyokong terbabit, sebahagian besarnya terdiri daripada anggota Wanita Umno dan penyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) berkumpul membaca surah Yaasin di pintu masuk kompleks mahkamah tersebut.





Kumpulan lelaki dan perempuan itu, antara lainnya dipimpin Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan CALON MAJLIS TERTINGGI UMNO Tun Faisal Ismail, berhimpun sejak kira-kira jam 8.40 pagi.

Ibrahim turut mengambil peluang untuk berucap di perhimpunan bekrenaan, selain naib presidennya Datuk Zulkifli Noordin.

Sebahagian daripada peserta lelaki bacaan Yaasin memakai pengikat kepala berwarna merah dengan tulisan 'Perkasa' dan sebahagian yang lain pula memakai baju-T bertulisan "Allah Just For Muslim, Fight No Fear".




Sebahagian besar peserta perempuan pula, yang berpakaian warna merah putih, duduk di sebelah kanan pintu masuk mahkamah.

Sementara itu, seorang daripada penyokong tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Umairah, 26 tahun, berasa "teruja dengan perjuangan untuk mempertahankan kalimah Allah".

"Saya berharap kes ini (kerajaan) akan menang.

"Insya-Allah kami akan berjuang habis-habisan," katanya yang bertugas sepenuh masa sebagai relawan Pertubuhan Kebajikan islam Darul Falah (Perkid).

Seorang lagi penyokong kerajaan, Abdul Rahim Sat, 41 tahun pula berasa "berkobar-kobar menanti keputusan hari ini".

"Kita akan terus berjuang lagi," katanya yang turut hadir pada perhimpunan yang sama 23 Ogos lalu.

Polis yang berkawal di sekitar mahkamah menyaring orang awam yang keluar dan masuk ke kompleks mahkamah.

Sementara itu, kumpulan Kristian yang diwakili beberapa peguam dan beberapa rahib turut memenuhi galeri awam mahkamah untuk mengikuti perbicaraan.


Kumpulan Kristian tersebut melibatkan Sidang Injil Borneo Sabah, Majlis Gereja Sabah dan Persatuan Gereja Sarawak.

Turut hadir adalah badan Kristian utama semenanjung, termasuk Majlis Gereja dan Persekutuan Kristian Malaysia dan Sidang Injil Borneo Semenanjung.

Kumpulan Kristian terbabit menjadi pemerhati dalam kes berkenaan.


Tujuh majlis agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia juga menjadi pemerhati dalam kes tersebut. - 
Sumber: MalaysiaKini

Insya Allah, dengan berkat dan rahmatNYA, Islam pasti akan diperlihara di negara yang tercinta ini. Cuma seperkara yang menyedihkan, para pejuang JIHAD PAS tidak turut serta dalam usaha murni ini hari ini. Mungkin kerana pada anggapan mereka, undi Cina DAP lebih patut dipertahankan berbanding Islam itu sendiri. Sangat memilukan hati.



Ayuh sama-sama kita panjatkan doa ke hadrat Illahi agar Islam terus berdaulat di negara ini. Al Fatihah...Insya Allah, petang ini, Islam pasti menang!

TERKINI MAHKAMAH PUTRAJAYA: GILIRAN PIHAK KRISTIAN BERHUJAH SESI PETANG

Posted: 09 Sep 2013 11:23 PM PDT


Sidang mahkamah berhenti rehat sehingga pukul 2.15 petang.

Sehingga kini 4 orang peguam perayu yang mewakili 52 peguam telahpun membentangkan hujah.

Seorang wakil peguam dari Herald akan membentangkan hujah sebaik mahkamah bersambung nanti.



*Tercari-cari mana wakil daripada Parti Cap Bulan.

My Longest Yard

Posted: 10 Sep 2013 11:20 PM PDT

My Longest Yard


China 2 - 0 Malaysia

Posted: 10 Sep 2013 05:43 PM PDT


Belantan

Posted: 10 Sep 2013 11:13 PM PDT

Belantan


Batu 'suci' pengikut Syiah dirampas?

Posted: 10 Sep 2013 10:58 PM PDT

Ahmad Nizam (dua, kiri) menunjukkan sehelai kain yang tertulis nama 12 imam yang menjadi pegangan pengikut Syiah selain tujuh batu Karbala yang dirampas, kelmarin.

Sejenis batu dikenali sebagai batu Karbala yang dianggap suci oleh pengikut ajaran Syiah antara barangan yang berjaya dirampas dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) di Bagan Serai, kelmarin.

Batu sebesar duit siling 50 sen yang dibawa khas dari Iran itu dikatakan digunakan pengikut Syiah terbabit ketika solat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaipk, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, ia merupakan rampasan pertama sejak Jaipk melancarkan beberapa siri serbuan di seluruh negeri sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, batu itu dianggap suci berikutan ia diperbuat dari tanah dari Karbala, Iran dan tidak menolak kemungkinan ia diseludup masuk ke negara ini.

"Kebiasaannya kita hanya menemui risalah, poster dan beberapa buku yang berkait rapat dengan ajaran Syiah tetapi kali ini, kita berjaya menemui tujuh batu Karbala yang tertera kalimah Syiah ini," katanya ketika sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah Jaipk di sini, semalam.

Jaipk turut merampas sehelai kain sepanjang kira-kira lima meter yang tertulis nama 12 imam yang dijadikan satu dari rukun iman dalam Syiah, buku berkaitan Syiah, sekeping gambar yang didakwa sebagai Saidina Hussein serta sehelai baju T Syiah.

Suara Politik
Belantan

Kerajaan sekat guna kalimah Allah elak kekeliruan agama!

Posted: 10 Sep 2013 05:38 PM PDT

Sekumpulan peguam yang diketuai oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kanan) keluar rehat sebelum Mahkamah Rayuan menyambung semula mendengar rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Herald di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 10 Sept. - Kerajaan bertindak berlandaskan undang-undang ketika melarang majalah mingguan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi mengelak kekeliruan agama yang boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan sensitiviti keagamaan.

Arahan bertarikh 7 Januari 2009 yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri itu munasabah dan selaras dengan Enakmen-Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam (Negeri-Negeri).

Perkara tersebut dinyatakan sewaktu Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kerajaan dan enam pihak lain yang tidak berpuas hati dengan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah suci itu digunakan dalam seksyen Bahasa Melayu majalah tersebut.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas mendengar penghujahan dalam mahkamah yang penuh sesak, menangguhkan keputusan hingga bulan depan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili perayu-perayu sebelum itu berhujah, Menteri Dalam Negeri membuat pertimbangan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya boleh terancam jika kalimah Allah digunakan dalam penerbitan itu.


Beliau menyatakan, masyarakat Islam di negara ini amat sensitif terhadap perkara berhubung isu agama terutamanya penggunaan kalimah Allah yang merujuk kepada Tuhan bagi penganut agama itu.

''Kalimah Allah merupakan kalimah suci umat Islam dan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi yang kesuciannya mesti dipelihara. Ia merujuk kepada keesaan-Nya dan tidak boleh disamakan dengan konsep Triniti mengikut kepercayaan penganut Kristian,'' hujah beliau.

Sehubungan itu, Suzana menyatakan, kalimah Allah bukan semata-mata terjemahan kepada perkataan Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Herald tetapi merupakan kata nama khas bagi Tuhan untuk masyarakat Islam.

Dalam hujahnya, Suzana turut membangkitkan bukti baharu berhubung keharmonian kaum yang tercemar melalui afidavit yang menyatakan beberapa kejadian antaranya cubaan membakar gereja berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau turut menyatakan, arahan tersebut merupakan tindakan awal menteri dan tidak memerlukan insiden sebenar yang menggugat ketenteraman awam berlaku terlebih dahulu sebelum membolehkan arahan dikeluarkan.


Sehubungan itu, kata beliau, tiada bukti yang menunjukkan menteri berkenaan bertindak atas niat jahat atau melaksanakan budi bicara secara tidak munasabah ketika mengeluarkan sekatan terhadap majalah berkenaan.

Sementara itu, peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhujah, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain kerana kalimah itu hak eksklusif umat Islam dan tiada bukti menunjukkan perkataan itu sebahagian daripada agama Kristian.

''Jika seseorang menggunakan kalimah Allah, ia merupakan seorang Islam,'' hujah beliau.

Abdul Aziz turut mempertikaikan terjemahan perkataan Allah kerana Injil yang asli adalah dalam bahasa Ibrani (Hebrew) yang kemudian diterjemahkan kepada bahasa Latin.

Menurut beliau, kitab terjemahan di Sabah dan Sarawak tidak asli kerana Bible dalam bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan tidak mengandungi kalimah Allah.

Dalam pada itu, Mubashir Mansor yang berhujah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyatakan, sekatan itu munasabah bagi menghalang isi kandungan majalah itu yang turut boleh diakses secara dalam talian, disebarkan kepada umat Islam.

Peguam itu turut mempertikaikan penggunaan kalimah Allah yang diterjemahkan dalam seksyen bahasa Melayu kerana Kitab Bible versi bahasa Inggeris tidak terkandung kalimah berkenaan.

Hujah Mubashir, Terengganu melaksanakan enakmen yang melarang penggunaan perkataan itu dalam kalangan bukan Islam dan mereka perlu mendapat kebenaran Sultan untuk menggunakannya.


Mahkamah turut mendengar penghujahan Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang menyatakan, Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya kerana gagal menimbangkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan tidak boleh berdiri sama tinggi dengan agama lain.

Pada sebelah petang, Porres Royen yang mewakili Gereja Roman Katolik berhujah, penggunaan kalimah Allah tidak harus disekat kerana ia bukan merupakan satu kesalahan memandangkan perkataan itu hanya digunakan untuk penganut Kristian.

Beliau menghujahkan, isu yang ditimbulkan itu bukan perkara baharu kerana perkataan tersebut telah digunakan sejak zaman berzaman lamanya dan tiada perkataan lain yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan Tuhan melainkan dengan menggunakan kalimah Allah.

Seorang lagi peguam pihak gereja, Benjamin Dawson turut berhujah, kalimah Allah yang digunakan dalam bahasa Indonesia di Sabah dan Sarawak serta di negara jiran itu tidak langsung membangkitkan sebarang kekacauan.

Menurut beliau, perkataan itu merupakan yang sama digunakan dalam Bible dan juga al-Quran dan tidak sesuai untuk mengubahnya kerana telah lama digunakan dan penerbitan itu hanya khusus untuk penganut Kristian.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.-UMO

Suara Politik
Belantan

Keputusan rayuan kalimah Allah pada Oktober!

Posted: 10 Sep 2013 02:13 AM PDT


PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

"Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatanan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak," kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.


Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.


Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.


Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald

Pada 22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.

Suara Politik
Belantan

Peguam : Kalimah Allah bukan amalan Kristian?

Posted: 10 Sep 2013 01:16 AM PDT


PUTRAJAYA 10 Sept – Kalimah Allah bukan merupakan sebahagian kepercayaan, kefahaman mahupun pengamalan orang Kristian, demikian hujah Peguam dari Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Katanya, tidak mungkin kalimah Allah menjadi sebahagian kepercayaan orang Kristian.

"Jika kalimah Allah menjadi kepercayaan mereka, sudah tentu mereka Islam. Justeru, perkataan Allah adalah untuk agama Islam bukan untuk Kristian," demikian antara hujahnya.

Beliau berkata, saya tidak pasti bagamaimana mereka (orang Kristian) menterjemahkan God kepada Allah.

"Dalam bahasa apa? English pun tiada perkataan Allah. Sebabnya, dalam Bible asal mesti dalam bahasa Hebrew (Yahudi Israel).


"Maka apabila diterjemahkan kepada Bible asal atau bahasa Greek, tiada penggunaan kalimah Allah di situ," tegasnya ketika ditemui wartawan selepas perbicaraan berhenti rehat.

Oleh yang demikian beliau menegaskan bahawa perkataan God sama sekali tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan Allah.

Kalimah Allah adalah milik eksklusif umat Islam, hanya orang Islam sahaja yang boleh dan berhak menggunakan kalimah Allah.

Segala hujah oleh pihak perayu telah dikemuka dan dibahaskan pada sebelah pagi. Pada jam 12.40 tengah hari tadi, mahkamah berhenti rehat dan bersambung semula pada jam 2.15 petang ini dengan hujahan oleh pihak Kristian.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 10 Sep 2013 11:12 PM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 10 Sep 2013 11:09 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Sah - @Azalina Tarik Diri Dari Bertanding Jawatan Ketua Wanita Lawan @ShahrizatJalil - Utusan Malaysia

Posted: 10 Sep 2013 08:06 PM PDT


Azalina sah tarik diri


JOHOR BAHRU 10 Sept. - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.

"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO. Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti bulan depan.

"Saya yakin walaupun tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan parti menerusi jawatan MT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Dengan penarikan diri bekas Ketua Puteri UMNO itu, kini jawatan Ketua Wanita UMNO dijangka dikekalkan oleh penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tanpa pertandingan.

Azalina yang juga bekas Menteri Pelancongan mengakui pengalaman menjadi Ketua Puteri sebelum ini sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutamanya mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Beliau yakin tindakan menarik diri daripada menentang Sharizat mungkin ada hikmah dan menganggap keputusan itu sebagai ketentuan ilahi yang harus diterima dengan baik.

Azalina menjadi Ketua Puteri UMNO dari tahun 2000 hingga 2004 dan ahli MT dari 2004 hingga 2009.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130911/po_01/Azalina-sah-tarik-diri#ixzz2eY9iLuzQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Video Ustaz Hanif : Buku-Buku Sebar Fahaman Wahabi

Posted: 10 Sep 2013 07:34 PM PDT


JOMO MALAYA: RTM Perlu Mohon Maaf Kepada @PDRMsia dan Siasat Dalang Hina Logo Ini @NajibRazak @Shaberyc

Posted: 10 Sep 2013 05:08 AM PDT

Jika benar gambar ini tidak diedit maka siasatan perlu dijalankan segera kerana ia seperti menghina polis kita.

Dengan ops cantas semakin berjaya hari ink sudah pasti ramai akan terasa kesannya. Begitu juga ops 6P menahan pendatang tanpa izin juga meresahkan pihak yang selama ini mengaut keuntungan atas kedegilan menggaji pekerja tanpa izin.

Namun adakah kerana itu timbul gambar logo salah di stesen milik kerajaan ini?

Semua agensi berita RTM dan juga stesen swasta perlu diperhatikan yang bertugas di bahagian berita. Samada edit video atau berita.

Kemungkinan perbuatan sabotaj berlaku amat tinggi jika dibiarkan dan jika diperhati seakan ada beberapa rakaman yang menampakkan imej negatif kepada Kerajaan di TV swasta.

Baca seterusnya kisah ini :

http://pendekarawang1.blogspot.com/2013/09/sabotaj-benarkah-rtm-jatuhkan.html?

Jawapan PEMANDU @NajibRazak Isu Intan Farah Diserang Penggiat Media Sosial

Posted: 10 Sep 2013 03:30 AM PDT

Pada pandangan saya tidak elok didedahkan gambar yang mengaibkan mana-mana pihak.

Meskipun niatnya baik namun kita perlu lakukan dengan cara yang baik juga.

Sumbangan mereka di PEMANDU sudah pasti ada nilainya kepada negara.

Kita yakin Cawangan Khas dan MIO sudah mengekori pergerakan pihak yang menjual maklumat sulit negara (jika ada)

Doalah semoga manusia bangsa melayu yang bersosial dan melanggar batasan agama ini akan sedar akhirnya.

Sumber :

http://www.rockybru.com.my/

Mahkamah Tangguh Keputusan Rayuan Kalimah Allah | Ekslusif

Posted: 10 Sep 2013 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menangguhkan kes rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Prosiding mahkamah yang bermula sekitar jam 9.45 pagi itu telah diketuai oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abdul Aziz Rahim dan Datuk Mohamed Zawawi Salleh.

Kes ini diteruskan berikutan keputusan Mahkamah menolak permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam bagi membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Murphy antara lain menuntut satu deklarasi dengan menyatakan keputusan Kementerian Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah kerana ianya eksklusif kepada agama Islam.

Sementara itu, suasana di luar mahkamah gamat dengan kehadiran lebih 500 wakil dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil parti politik bagi menanti prosiding rayuan kerajaan terhadap status penggunaan Kalimah Allah terhadap Agama Kristian.

http://www.rakyatnews.my/index.php/2013091083652/ekslusif/mahkamah-tangguh-keputusan-rayuan-kalimah-allah

Matlamat COMANGO untuk lemahkan Islam

Posted: 10 Sep 2013 02:20 AM PDT

Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti 'berkuasa' menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia 'normal' di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai 'hak peribadi' (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.

Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.

Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling 'keras' melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara 'pakatan' mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah 'Allah' dari disalahgunakan oleh bukan Islam.

Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai 'idea' yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.

Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.

Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.

Khalid Samad Semakin Berani 'Jual' Kalimah Allah Kepada Kristian

Posted: 10 Sep 2013 01:52 AM PDT


Baca lanjut :

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2013/09/kegilaan-wakil-rakyat-pas-iaitu-yb.html

Live : Dari Istana Kehakiman Putrajaya

Posted: 09 Sep 2013 11:43 PM PDT

suasana di hadapan Mahkamah jam 2 tadi
Bertemu dengan rakan dari Pulau Pinang yang juga aktivis media sosial dari Page Persatuan Mukabuku Pulau Pinang dan Page Hati Malaya.

Mereka datang tiga buah bas dari sana.

sedang menunggu perbicaraan disambung semula
Sekarang mahkamah itangguhkan dan menurut info rakan yang ditemui ini 8 orang peguam dijangka menyampaikan membentangkan hujahannya dan setakat ini baru tiga orang yang baru selesai.



bergambar kenangan

Tahniah kepada yang bersusah payah mengikuti perbicaraan kalimah Allah ini.

Ramai lagi dari Umno Perkasa Yadim ( Dr Asyraf Wajdi ) turut hadir.

Akan dimuatkan lagi perkembangan selanjutnya.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 10 Sep 2013 09:24 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


ZAMAN KHAN MAHU ISA DIKEMBALIKAN SEMULA.

Posted: 10 Sep 2013 09:17 PM PDT

STAF RTM SABOTAJ DAN HINA PDRM ?!

Posted: 10 Sep 2013 07:11 PM PDT

NAIB PRESIDEN : AMARAN ALA CKMM BLOGER PUTRA MERDEKA JANGAN ADA ORANG 'URUT' TOK ALI DAN ISA TARIK DIRI !

Posted: 10 Sep 2013 12:15 PM PDT

tok gajah

Posted: 10 Sep 2013 09:15 PM PDT

tok gajah


Ooo!!! ni le salah satu dari punce nye PAS tumbang tergolek di Kedah.........

Posted: 10 Sep 2013 07:00 PM PDT

Kunun nye pemimpin2 PAS Kedah akan buat posmotem tentang kematian PAS Kedah.  Tok masih lagi ter nanti2 result dari posmortem kematian PAS di Kedah tu, sehingge saat ni masih lagi tidak dapat di umumkan keputusan dari hasil posmotem tu. Tok yakin walaupun mereke dah selesai dengan kajian posmotem, pasti mereke tidak akan umumkan. Takut2 nanti ianye boleh mendatangkan kemaluan besar kepade PAS.

Dengan kemaitan PAS Kedah, cume tinggal PAS Kelantan saje yang masih lagi boleh bertahan hidup segan dan mati pun takmau. Tapi Tok yakin PAS Kelantan akan pasti mati juge seperti PAS Kedah setelah berundur nye Tuan Guru Haji Nik Aziz dari kerusi MB nye. Talian hayat PAS Kelantan hanye berpaut kepade Tuan Guru Hj Nik Aziz sahaje.


PAS sesat?

Posted: 10 Sep 2013 05:00 PM PDT


Kalu kat negeri mereke Islam jadi sampah, nak potong lembu korban pun pasti akan terkorban umat islam dibuatnye

Posted: 10 Sep 2013 07:26 AM PDT

Same2 kite perati klip VDO ni, bukan main garang nye mereke mempertahankan kuil 'yang kunun akan dirobohkan oleh DBKL tu. Sebenar nye DBKL cume ambil tindakan keatas sebahagian 'restoren' yang diujuk kan secare 'haram' tu aje.

Agak2 nye kalau lah kerajaan benar2 bertindak roboh kan semue kuil2 haram yang ujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan di merate2 daerah di Malaysia ni ape akan terjadi agak nye? Malaysia akui sebagai negare islam tapi kuil dan tokong haram ujud di merate2 tempat.




ANGIN PERUBAHAN

Posted: 10 Sep 2013 09:12 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Apa Kaitan Tian Chua Dengan Agenda Untuk Menghapuskan Islam Di Negara Ini?

Posted: 10 Sep 2013 03:00 AM PDT




  
Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti 'berkuasa' menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia 'normal' di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai 'hak peribadi' (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.

Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.

Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling 'keras' melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara 'pakatan' mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah 'Allah' dari disalahgunakan oleh bukan Islam.

Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai 'idea' yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.

Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.

Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.

Kejahilan Khalid Samad Dalam Isu Kalimah Allah SWT Terbukti Di Twitter

Posted: 10 Sep 2013 12:19 AM PDT


Kejahilan Ahli Parlimen PAS Shah Alam sudah terserlah dalam isu mempertahankan kalimah Allah SWT. Rasanya Khalid Samad tidak layak menjadi ahli parlimen bagi parti PAS. Khalid Samad perlu melihat video Haron Din di bawah ini.


Video Pendedahan Strategi Red Bean Army Seperti Strategi Komunis

Posted: 09 Sep 2013 11:22 PM PDT

Mencari Damai Abadi

Posted: 10 Sep 2013 03:27 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Sangat Sibuk

Posted: 10 Sep 2013 06:36 AM PDT

Bismillah... 

Bos ke shanghai untuk pameran perabot. Maka aku adalah yang yang dipertanggungjawabkan untuk menggantikan tempat dia di sini. sejak semalam, meeting aku tak habis-habis. Meeting wakil dia, meeting aku sendiri. Sudahnya kerja designing aku tersadai. Sample aku pun sangkut. Aku gi kerja untuk meeting je. Huh! Seminggu la sudahnya keadaan aku begini.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 10 Sep 2013 03:10 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) DePe tanpa segan silu rakam payudara untuk peminatnya...

Posted: 10 Sep 2013 03:01 PM PDT

DI Malaysia, stesen TV mempunyai garis panduan tentang pakaian yang tidak boleh terlalu mencolok mata.

Di luar liputan TV pula, memang ada artis kita yang gemar memakai pakaian seksi namun rata-rata mengambil langkah selamat dengan menghindarinya daripada dirakam agar tidak beredar di internet seterusnya 'dibahan' oleh peminat dan masyarakat.

Antara yang pernah pedih telinga mendapat tazkirah percuma daripada para peminat adalah Rozita Che Wan ketika tersebar gambar dia mengenakan skirt pendek dan Nabila Huda yang gemar mengenakan hot pants.

Namun di Indonesia, sebaliknya. Kecaman masih ada namun artis di sana tidak pula malu untuk beraksi panas malah siap memuat naik ke dalam laman sosial mereka.

Contohnya, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai DePe. Penyanyi dangdut yang terkenal dengan goyang gergaji ini memberikan aksi panas seperti bintang porno ketika merakam video untuk laman Keek miliknya, 6 hari lalu.

Dipercayai, aksi ini dirakam sesudah dia selesai mengadakan satu persembahan.


Aug 30, 2013 | by dewiperssik16 on Keek.com

Rakaman video anak Nabila Huda dalam kereta sebelum terbabas

Posted: 10 Sep 2013 08:01 AM PDT

Sebuah video menunjukkan gelagat anak Nabila Huda di dalam kereta yang dipercayai dirakam beberapa jam sebelum kemalangan.

Melalui video yang dikongsikan di akaun Keek milik Syazwan itu, Keisha kelihatan cukup aktif dan gembira sambil badannya mengikut rentak lagu yang terpasang di dalam radio.


Betullah orang kata, malang tak berbau. Tetapi syukurlah Keisha selamat dan kecederaannya tidak parah.

Mungkin kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada semua orang tentang kepentingan memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang supaya perkara lebih buruk tidak terjadi.

Apapun, kita doakan semoga Keisha cepat sembuh dan lekas pulih dari trauma. Sementara itu, jom lihat keletah Keisha yang comel di bawah ini.


Isu qazaf Anwar: Jamil Khir saman Shamsul Iskandar

Posted: 10 Sep 2013 07:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan berunsur fitnah Ketua Angkatan Muda Keadilan itu terhadapnya membabitkan isu permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir, menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan, memfailkan pernyataan tuntutan terpinda itu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Shamsul Iskandar, yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, untuk membatalkan writ saman tersebut.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Adnan Seman@Abdullah mewakili Jamil Khir dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar, mewakili Shamsul Iskandar.

Ketika ditemui pemberita, Adnan berkata mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan ia tidak memprejudiskan defendan dan menetapkan empat hari bermula 4 Februari 2014 untuk perbicaraan selain menetapkan 13 November ini untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa Shamsul Iskandar telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas ketua pembangkang itu (Anwar) yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk "Pengurusan Persepsi" pada 30 Mac 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan juga menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.

Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau telah membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.

Katanya, kenyataan fitnah itu sekali lagi dikeluarkan Shamsul Iskandar semasa ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Katil, di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka pada 1 April 2012.

Jamil Khir mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas disebabkan perkataan-perkataan fitnah itu yang ditayangkan secara langsung di saluran TV1 oleh RTM dimuat naik ke YouTube dan laman-laman web termasuk blog defendan shamsuliskandar.wordpress.com yang boleh diakses pengguna Internet.

Oleh itu, Jamil Khir menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang defendan mengeluar, menerbit atau mengedar sebarang kenyataan sama ada lisan atau bercetak, ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.

Kerajaan akui kelemahan PBS, bukan niat bebankan guru

Posted: 10 Sep 2013 07:01 AM PDT

Idris Jusoh bercakap ketika sesi dialog bertajuk "Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Satu Perspektif" bagi mengupas isu pendidikan nasional anjuran Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
SHAH ALAM – Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit.

"Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru.

"Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya," katanya pada program Bicara Minda yang bertajuk 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif', di sini, hari ini.

Tambah beliau, pengenalan PBS itu bagi memastikan sekolah tempatan tidak lagi berorientasikan kepada peperiksaan dan mata pelajaran, sebaliknya ia berasaskan kepada penilaian pelajar itu sendiri.

Katanya, ia bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan negara.

"Guru akan menilai cara pelajar belajar, berinteraksi dan sebagainya, kemudian direkod penilaian itu secara menyeluruh, bukan peperiksanan semata-mata sahaja.

"Keadaan bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan PBS supaya kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di dunia," katanya sambil menyifatkan kerjaya sebagai guru itu merupakan profesional mulia dan murni kerana berupaya mendidik masyarakat ke arah lebih baik.

(Gambar) Sudahlah tidak bercoli, main selak-selak pula...

Posted: 10 Sep 2013 06:01 AM PDT

Setiap selebriti pasti mahu tampil jelita pada acara-acara penting yang mereka hadiri, tidak terkecuali Miranda Kerr. Supermodel dari Australia ini selalu kelihatan anggun dengan gaun yang memukau, tetapi tidak kali ini.

Ketika menghadiri tayangan premier "Mademoiselle C', Miranda mengenakan gaun lace hitam yang panjang dengan bahagian atasnya yang jarang.

Gaun tersebut seharusnya membuatkan ibu kepada seorang anak ini kelihatan lebih anggun. Tapi, ketika mengangkat tangan untuk membetulkan rambut, lace tersebut terselak hingga menampakkan payudara beliau. Lebih malang, tanpa coli!

Gaun tersebut memang nampak cantik, sayangnya Miranda memutuskan untuk tidak memakai bra hingga payudaranya boleh kelihatan jelas.

Miranda juga tidak menyedari asetnya terpampang dihadapan jurugambar di situ.

Empat individu disyaki pengikut Syiah ditahan

Posted: 10 Sep 2013 12:31 AM PDT

IPOH - Sekeping potret Saidina Hussein dan batu karbala menjadi bukti yang membawa kepada penangkapan empat individu termasuk seorang wanita yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di Bagan Serai dekat sini semalam.

Dalam serbuan di tiga lokasi berasingan antara pukul 7 pagi hingga 8 pagi itu, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 41 tahun hingga 49 tahun itu ditahan di rumah masing-masing.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ahmad Nizam Amiruddin berkata, serbuan pertama di Sungai Bogak, Bagan Serai dekat sini melibatkan penahanan sepasang suami isteri yang disyaki pengikut ajaran Syiah.

"Dua lagi lelaki turut ditahan di rumah masing-masing di Kampung Sungai Rapoh dan Sungai Rawa, Bagan Serai dekat sini tidak lama selepas itu.

"Pemeriksaan di dalam rumah keempat-empat suspek menjumpai buku, cakera padat, gambar dan baju T berkaitan Syiah," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguatkuasa JAIPk di sini hari ini. - KOSMO!

Pelajar kolej dirogol pensyarah di hotel bajet

Posted: 09 Sep 2013 11:00 PM PDT

KUCHING - Seorang penuntut remaja di sebuah kolej swasta yang dipercayai dirogol pensyarahnya sendiri berjaya diselamatkan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Ban Hock di sini malam tadi.

Ketika ditemukan pada pukul 11 malam, mangsa berusia 17 tahun tidak sedarkan diri akibat mabuk dan berada dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki berusia 33 tahun.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang berasal dari Sibu dan sudah berkahwin merupakan pensyarah kepada mangsa.

"Sepasukan polis malam tadi menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah bagi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) di hotel bajet tersebut.

"Mereka kemudian menemukan mangsa dan suspek dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek memujuk mangsa keluar ke sebuah pusat hiburan di bandar raya ini dan memaksanya mengambil minuman keras sehingga mabuk.

"Suspek kemudian membawa mangsa ke bilik hotel sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Simpang Tiga ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan manakala suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

'Tergamak mohon tukar agama'

Posted: 09 Sep 2013 10:25 PM PDT

RAZALI Shahabudin (kiri) bersalaman dengan peserta Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.

Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.

"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika berucap dalam Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Mohd. Nasran Mohamad.

Nadwah Ulama Nusantara yang bertemakan 'Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa' itu antara lain membincangkan cabaran yang dihadapi golongan ulama dalam menangani permasalahan yang dihadapi masyarakat kini.

Dalam perkembangan sama, menurut Razali, semua pihak harus mengambil tanggungjawab memerangi Syiah secara lebih agresif menerusi penjelasan kepada masyarakat tentang penyelewengan ajaran itu.

Katanya, langkah itu penting kerana isu penyelewengan fahaman Syiah melibatkan persoalan fundamental iaitu kedudukan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Memerangi Syiah dan mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan tanggungjawab fardu seluruh masyarakat terutama para ulama dan cendekiawan Islam, justeru Jakim menyeru golongan ini supaya perlu dan mesti sentiasa ke hadapan.

"Oleh itu, golongan ulama tidak boleh berselisih faham walaupun berbeza ideologi, sehingga mengabaikan penyatuan akidah dan melemahkan kedudukan agama," katanya.

Sementara itu, Razali berkata, Jakim komited melaksanakan forum dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai salah satu usaha menjelaskan kepada golongan muda tentang isu-isu semasa Islam.

"Ruang dan peluang selama dua jam yang diberikan itu cukup istimewa kerana dapat berbincang dan menjelaskan secara terperinci tentang isu Syiah dan lain-lain permasalahan agama kepada pelajar-pelajar baharu," katanya.

(Gambar) Fouziah Ghous semakin ghairah tayang pangkal dadanya...

Posted: 09 Sep 2013 10:01 PM PDT

Melihat dari senyuman yang semakin berseri-seri selepas menjadi tunangan orang, pelakon Fouziah Gous kelihatan agak seksi di majlis yang dihadirinya baru-baru ini.

Mengayakan baju rekaan Cosry bewarna keemasan, baju yang digayakan agak terdedah di bahagian dada namun begitu sebagai artis dia akur dengan apa yang telah diberikan.

"Saya rasa tidak daring atau seksi pun, saya hanya memakai baju yang telah direka dan apa yang saya inginkan hanyalah baju yang ringkas dan datang sini pun untuk melihat majlis kahwin"

Itu komen Fouziah Gous apabila di'minta untuk mengulas akan penampilan beliau baru baru ini.

Berikut merupakan beberapa keping gambar terbaru Fouziah Gous yang sempat jurugambar kami rakamkan ketika majlis berlangsung — seksi atau biasa biasa sahaja?


Rotikaya

'Sedap' berasmara, pasangan remaja tak sedar diserbu

Posted: 09 Sep 2013 07:31 PM PDT

GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.

Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.

Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.

Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.

Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.

"Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz," kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.

Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.

"Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.

"Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal," nasihat penguatkuasa berkenaan.

Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.

Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.

Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.

Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.

"Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini," jerit remaja perempuan itu sekali lagi.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.

Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.

"Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang," katanya.

Masjid Ar Rahman akan diroboh, PAS tuntuk pejelasan JAWI

Posted: 09 Sep 2013 07:01 PM PDT

SHAH ALAM: PAS hari ini menuntut penjelasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung status Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya (UM) yang dikatakan sedang dalam proses perobohan.

Ini berikutan tidak ada notis dan makluman secara rasmi dikeluarkan oleh pihak pentadbir masjid atau JAWI yang menggendalikan masjid itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beberapa isu berbangkit termasuk tiada sebarang notis pemakluman berhubung tindakan perobohan dan pembangunan semula ditampal di masjid berkenaan.

"Kami dimaklumkan bahawa projek pengubahsuaian yang bakal dilaksanakan oleh pihak JAWI di masjid itu melibatkan perobohan bangunan asal dan penutupan operasi masjid, sama ada tempat ibadah atau program lain.

"Jadi kami perlukan penjelasan daripada JAWI ," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat agar diadakan perbincangan berhubung perkara itu di ibu pejabat JAWI , di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, ketika Lebuhraya Kerinci Link dibina, para jamaah masjid ini berdemonstrasi di perkarangan masjid ekoran cadangan untuk merobohkan pagarnya bagi memberikan laluan kepada lebuhraya itu.

Kini, semua struktur masjid ini akan dirobohkan untuk membolehkan ia dibina semula.

Khalid meminta JAWI menjelaskan setakat mana bangunan serta struktur asal masjid tersebut yang terlibat dalam perobohan dan proses pembinaan semula.

Beliau melahirkan kebimbangan tindakan penutupan masjid itu akan menyukarkan mahasiswa UM khususnya untuk bersolat Jumaat kerana surau di Akademi Islam universiti itu juga dilaporkan dalam proses ubah suai.

Dalam pada itu, Khalid juga memberi dua tarikh untuk diadakan perbincangan dan mendapatkan penjelasan daripada JAWI .

Tarikh tersebut adalah 11 September atau 13 September ini.

'Mat Sabu undang lebih mudarat daripada manfaat kepada Pas'

Posted: 09 Sep 2013 06:30 PM PDT

SHAH ALAM - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar golongan ulama mengisi jawatan timbalan presiden disifatkan sebagai isyarat untuk singkirkan Mat Sabu.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan, memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu.

"Setelah satu penggal beliau memegang jawatan itu, banyak perkara yang memudaratkan Pas berbanding perkara yang memberi manfaat.

"Saya melihat ini serampang dua mata Tok Guru (Nik Aziz), pertama untuk menghindarkan Mat Sabu, kedua, untuk mempromosikan calon ulama, " katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Azmi, walaupun Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu, kedudukan Mat Sabu tetap dalam bahaya.

"Berdasarkan prestasi ditunjukkan Mat Sabu dalam PRU13, sukar untuk beliau mengekalkan jawatannya.

"Bukan sahaja beliau gagal meningkatkan kemenangan parti, malah dirinya juga tidak diterima rakyat di kawasan ditandingi," katanya.

Beliau turut berpendapat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob layak dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas.

Azmi berkata, pengaruh Nik Aziz masih kuat, sehubungan itu gesaan dibuat itu mampu mempengaruhi Muktamar Pas akan datang.

Pendapat sama turut dinyatakan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat bahawa populariti Nik Aziz masih kuat dan menjadi rujukan kepada pimpinan parti.

"Mesej yang ingin di sampaikan beliau (Nik Aziz) selepas melihat situasi terdahulu selepas gelombang Anwarinas mengusai pemilihan parti kemudian diikuti kontroversi Syiah dalam parti membuatkan beliau mahu mengembalikan kegemilangan ulama dalam Pas.

"Ini juga usaha beliau memastikan masyarakat terus menerima Pas sebagai parti memperjuangkan Islam," katanya.

Menurut beliau, antara calon berpotensi menggantikan Mat Sabu adalah Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Mereka mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang kuat dan layak untuk di ketengahkan, bagaimanapun sejauh mana penerimaan ahli parti masih belum boleh dijangka.

"Pada dasarnya, agak sukar untuk Nik Abduh menentang Mat Sabu, tetapi jika diberi peluang beliau layak memikul jawatan itu bukan sahaja beliau anak Nik Aziz tetapi keperibadian yang ada pada dirinya," katanya.

Bagaimanapun, Samsul Adabi berkata, Mat Sabu masih memberi saingan kepada calon lain kerana beliau mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Isu kencing, Kit Siang saman Utusan

Posted: 09 Sep 2013 06:01 PM PDT

SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang memulakan tindakan saman ke atas akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang membangkitkan semula dakwaan bahawa beliau kencing di hadapan kediaman menteri besar Selangor sebaik sebelum rusuhan kaum 1969.

Lim juga mengemukakan saman ke atas bekas timbalan menteri Umno Mohd Puad Zarkashi atas kenyataan kepada akhbar berkenaan, serta bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa dalam satu tulisan blog bahawa Lim menyebabkan rusuhan 13 Mei.

"Bagaimanapa seorang bekas timbalan menteri Umno berkata (demikian) dan Utusan Malaysia menerbitkan kenyataan palsu seperti ini sedangkan ini adalah penipuan paling tidak bertanggungjawab," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia bertarikh 7 September bahawa kritikan ke atas filem Tanda Putera hanya untuk menutup tindakan Lilm yang didakwa kencing di hadapan kediaman menteri besar.

Kontroversi tersebut bermula pada tahun lalu apabila laman facebook Tanda Putera menerbitkan gambar Lim dengan keterangan bahawa pemimpin DAP itu ditahan selepas kencing di satu tiang bendera.

Gambar berkenaan seterusnya dipadamkan namun filem tersebut mengekalkan babak kencing melibatkan beberapa orang pemuda.

Lim bertegas bahawa insiden seperti itu tidak pernah berlaku dan beliau berada di Sabah ketika rusuhan meletus pada 1969.

Isteri berzina ketika suami jalani hukuman penjara

Posted: 09 Sep 2013 05:01 PM PDT

KLUANG – Ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi 'tiket' buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.

Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam.

Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.

"Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang. Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.

"Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap," katanya.

Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.

Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

"Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.

"Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 27 (1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Kami juga akan membuat siasatan lanjut ke atas kanak-kanak tersebut bagi menentukan kedudukannya yang sebenar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan