Ahad, 1 September 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 01 Sep 2013 01:18 AM PDT

DunSemarang


Tahniah....ITU BENDERA MALAYSIA..

Posted: 31 Aug 2013 09:41 PM PDT

SYABAS!!!!! SANDERS 20...ITU Bendera MALAYSIA.

Posted: 31 Aug 2013 09:27 PM PDT

 "Itu Bendera Malaysia" Tahniah Saudara ..anda Patriotik Tulen.
Menang Sorak Malaysia Tergadai ...
Takziah Saudara..anda Pak PandiR Tulen

Lihat siapa mereka di sebalik Melayu...
Adakah.. mereka ini ingin terus di beri AMARAN atau di BERI MUKA.....sedangkan Amerika yang tak pasal pasal pun tak mau BERI MUKA pada Syiria...Jangan salahkan sesiapa jika..bertambah ramai akan lebih BIADAP terhadap Negara, Bangsa Melayu dan UMNO...kerana asas tujuannya  hanya nak hapuskan UMNO dan Melayu.
Syabas kepada Saudara SANDERS 20..Anda Berani kerana Benar..sanggup memprtahankan Bendera Malaysia..sepatutnya anda di beri anugerah ..keberanian...kalau di medan perjuangan ..anda layak medapat anugerah Pingat Gagah Berani..ramai yang sekadar menjadi PENONTON dan tidak sanggup bertindak seperti anda...SYABAS,,kami sentiasa menyokong ANDA...Saudara SANDERS 20 (Nama tidak di ketahui)


MERDEKA...Tahniah Melayu MERDEKA..

Posted: 31 Aug 2013 08:29 PM PDT

 Aero Rc Pt Raja..menerbangkan Jalur Gemilang.
  Jalur Gemilang...di Angkasa raya..
"Tema ini amat tepat kerana kita dilahirkan di bumi Malaysia, membesar di bumi Malaysia, cari rezeki di bumi Malaysia dan dengan izin akan disemadikan juga di bumi Malaysia,'' jelas DSN.

"Inilah harapan kita, harapan kesinambungan perjuangan agar semangat patriotik itu disematkan dalam setiap lubuk hati kita bahawa kita adalah warganegara yang cintakan negara," ujar Perdana Menteri DSN.

Sumber*Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130901/dn_01/Bersama-pertahan-kemerdekaan#ixzz2dbiLJka8
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ya..benar...benar..benar kata YAB DSN    
Kita semua..amat setuju..kita
lahirkan di bumi Malaysia, membesar di bumi Malaysia, cari rezeki di bumi Malaysia dan dengan izin akan disemadikan juga di bumi Malaysian dan ramai pula yang tidak bersyukur tinggal di Malaysia Tanah Melayu..di SEMADIKAN di tanah peringatan yang luas dam mewah...Hidup di Malaysia dengan penuh kemewahan..sementara ramai Melayu yang masih berjuang untuk mencari keselesaan dan kemakmoran di Tanah air Nya sendiri sering di provokasi antara Agama dan ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja Raja melayu. Ingin bangkit mewah sedikit bermacam fitnah dilemparkan..ingin pandai sedikit..bermacam m..krasi di ujudkan...Wahai BangsaKU..bersatulah kita agar kita teguh dalam pendirian dan tidak mudah menerima ugutan dan kecaman..dari mereka yang AMAT membenci Melayu...
MENGAPA JEPUN.. .meraka tidak berdendam sangat..MENGAPA MELAYU ...mereka amat benci dan dendam sangat..  Sila beri penjelasan wahai anak anak watanKU.....

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 31 Aug 2013 01:26 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Lihat Persamaan Sebagai Asas Kekuatan - DS Dr Zambry Abdul Kadir!

Posted: 31 Aug 2013 12:19 PM PDT


Rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan umur perlu melihat persamaan dalam masing-masing bagi memperkukuhkan teras dan asas kekuatan sebaliknya bukanlah dengan melihat kepada perbezaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata amalan yang hanya memandang perbezaan sesama manusia akhirnya boleh memusnahkan semua pihak.

Justeru, beliau mengajak semua pihak berganding bahu dan bersepakat untuk membina satu negara bangsa dan masa depan yang jauh lebih cerah lagi bermakna.

"Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 negara,saya, mewakili barisan Exco dan pemimpin negeri, menyeru segenap lapisan masyarakat di negeri ini agar mengetepikan segala sengketa, perbezaan politik, agama dan budaya.

"Janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Ibarat biduk berlalu, kiambang bertaup, marilah kita berganding bahu, bersatu padu menjunjung aspirasi dan ekspektasi rakyat.

"Mempertahankan keamanan, kesejahteraan, kemakmuran dan kedaulatan negara tercinta ini agar segala pencapaian dan kejayaan yang tercapai sekian lama, yang kita kecapi dan nikmati bersama, tidak dijaja, diperjudi mahupun dijajah untuk sedikit keuntungan di dunia oleh sesiapa pun, buat selama-lamanya," katanya dalam perutusan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56 Peringkat Negeri Perak.

Zambry, dalam masa yang sama turut menasihatkan semua pihak supaya mengambil iktibar dari konflik yang sedang meruntun, membelenggu dan membakar negara-negara yang bergolak, untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di negeri ini.

Katanya, pada zaman ini, negara menerima pelbagai ancaman daripada pihak yang tidak senang dengan kemakmuran dan keamanan yang dinikmati negara.

Beliau menambah, selain ancaman bersenjata seperti yang berlaku dalam pencerobohan di Lahad Datu, negara juga menghadapi ancaman melalui media baru seperti laman sosial, blog dan emel.

"Kalau dulu, elemen-elemen dakyah subversif hadir dalam bentuk helaian kertas, makalah, risalah, buku dan akhbar, kini media baru membuka ruang yang lebih luas kepada penyebaran bahan-bahan merbahaya ini.

"Sayang sekali media baru lebih terkenal di negara kita sebagai medan untuk memecah belahkan rakyat, sedangkan media baru amat besar potensinya untuk menjadi platform kepada pengukuhan perpaduan dan kesatuan rakyat," kata Dr Zambry.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak mengambil kesempatan sambutan Hari Kemerdekaan kali ini dengan menghantar `tweet' atau `posting' yang positif, yang mengajak kepada mempertahankan kedaulatan negara dengan menjunjung Perlembagaan, bukannya menghantar mesej yang mencerca kerajaan, menghasut rakyat untuk turun ke jalanan atau menghina peribadi orang lain.

Warna-warni politik
Torashah

Perutusan YAB PM @NajibRazak Hari Merdeka ke-56 2013!

Posted: 30 Aug 2013 09:30 PM PDT


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-56 dalam keadaan permai sentosa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-50 Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambutnya sejak 1963.

2. Sesungguhnya, bersesuaian dengan situasi semasa, MalaysiaKu Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, telah dipilih sebagai tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan kali ke-56 ini.

Saudara dan Saudari,

3. Hakikatnya, telah puluhan tahun rakyat Malaysia menempuhi pelbagai perubahan dan transformasi bersama, baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Sepanjang tempoh itu juga, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, bebas dari cengkaman serta belenggu penjajahan asing.

4. Sesungguhnya, kedaulatan menjadi faktor yang menunjang kita sebagai sebuah negara tidak datang secara bergolek. Telah banyaknya keringat yang mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorbanan. Semua itu hasil perjuangan para pemimpin bersama generasi terdahulu, hatta bersinambung sampai sekarang.

5. Maka yang demikian, memiliki kedaulatan bermaksud, kita berhak sepenuhnya dalam segala urusan mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri halatuju negara. Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisah meraihnya, kita juga wajib terus memelihara dan mempertahankan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan Agama Islam, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera, seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saudara dan Saudari,

6. Kita menginsafi, dunia kini sering berdepan dengan pelbagai mehnah dan pancaroba. Justeru, kita terdedah dengan pelbagai ancaman oleh dalang-dalang yang cuba mewujudkan sengketa di serata dunia. Umpamanya, krisis dalaman yang sedang melanda di beberapa buah negara Arab, akhirnya bertukar menjadi kecemperaan politik yang berpanjangan.

7. Pergolakan yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat tidak berdosa sebegini, wajar dijadikan iktibar kepada kita semua. Konflik yang sedang berlarutan, seperti tiada kesudahannya. Cahaya di hujung terowong yang dinantikan oleh rakyat mereka, tampaknya masih samar dan buntu. Demikianlah jika perubahan yang ditagih hanya sekadar perubahan semberono. Natijahnya, kemusnahan ekonomi dan pertumbuhan negara akan terjejas pabila tiadanya kestabilan dan perpaduan.

Saudara dan Saudari,

8. Merujuk ehwal negara kita, peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini turut mengorbankan nyawa para perajurit tanah air. Sudah tentu, tragedi berdarah ini akan menjadi satu pengajaran kepada kita bahawa, Malaysia tidak terlepas daripada terdedah kepada ancaman musuh dari luar.

9. Hakikatnya, tragedi walang itu telah menyentap benak sanubari rakyat Malaysia, tentang peri-mustahak untuk kekal bersatu, demi mempertahankan kedaulatan negara. Lantaran, kita tidak boleh kunjung jemu untuk menyemai benih-benih jatidiri dan pucuk-pucuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat, khususnya golongan muda yakni generasi pewaris.

10. Pendek kata, sambutan Kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat. Lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayatan yang mendalam. Sememangnya lagi, kita tidak mahu kemerdekaan hanya pada nama. Pengisiannyalah yang lebih utama, dan terbukti, kita telah pun melalui episod-episod seperti perselisihan antara kaum, krisis kewangan dan kemelut politik. Syukurlah semua itu kita lalui dengan jayanya.

11. Sesungguhnya jua, perkara utama untuk direnungkan dalam mencapai maksud ulang tahun kemerdekaan adalah, sejauh manakah kejayaan kita sehingga kini dalam mempersiapkan dan mempersembahkan sebuah Malaysia yang progresif bagi ditinggalkan kepada zuriat hari muka.

12. Jelasnya, pada hemah saya, pelbagai usaha perlu digembleng dan dibugarkan, demi mencelikkan sejarah kepada generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya. Anak-anak muda sebagai bunga-bunga bangsa perlu terus dibimbing dan diasuh, dipersiapkan dengan jatidiri dan diperteguhkan semangat patriotisme mereka. Barulah Malaysia dengan rakyatnya yang berjiwa besar, akan kekal berdaulat lagi merdeka dalam permaknaan sebenar.

Saudara dan Saudari,

13. Secara tuntas, Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik di dunia. Keunikan inilah menjadikan kita istimewa dan aset bagi mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi.

14. Pucuk pangkalnya, kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional. Atas sebab itu, saya yakin dan percaya tiada siapa pun pihak luar yang berhak mengajar kita bagaimana hendak berjalan, kerana kita sudah lama bertatih dan melangkah.

15. Kesimpulannya, rupa dan wajah Malaysia seperti mana yang kita lihat dewasa ini, telah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancangan teliti, serta strategi yang rapi oleh pihak Kerajaan sejak berdekad lalu, mengikut pendekatan serta acuan kita yang tersendiri.

16. Akhir kalam, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia, hargailah keamanan, peliharalah keharmonian, pupuklah perpaduan dengan mencintai watan. Ayuh, marilah kita berpadu, dengan obor perjuangan yang jitu, demi Malaysia yang satu.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-56.

Merdeka, Merdeka, Merdeka. Dirgahayu Malaysiaku.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan