Apa dah jadi ni ?? Facebook berpengaruh di P.Pinang , Analisis Politik Terkini semalam mendedahkan aksi seksi 2 orang amoi Cina yang hanya ditutupi Jalur Gemilang di sebuah kelab malam terkemuka P.Pinang . Ini satu lagi penghinaan terhadap Jalur Gemilang oleh puak ultra kiasu .
ini baru dikatakan patriotik & faham erti kemerdekaan ..
oleh : Dr MIM 1. MiM dan rakan-rakan telah menonton filem Tanda Putera di Mega Cineplex Megamall, Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini. Sambutannya sangat menggalakkan.
2. Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng DAP dilihat tidak berpendirian dan ibarat lalang kerana 'arahan' melarang pengusaha pawagam untuk menayangkan filem Tanda Putera menjadi 'nasihat' pula.
3. Pelbagai pihak telah membidas fikiran sempit itu termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Ahmad Shabery Cheek. Beliau telah meminta FINAS mempastikan pawagam meneruskan tayangan Tanda Putera di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu). Baca Sini
5. Dalam tempoh yang sama, damage has been done dan filem tersebut terus diburuk-burukkan dan parti DAP serta portal pro-pembangkang mungkin telah berjaya menimbulkan persepsi negatif dan bukan-bukan tentang jalan cerita filem tersebut.
6. Tetapi MiM yakin kita akan menganggap segala persepsi negatif itu hanya mainan dan propaganda kotor DAP jika kita sendiri menonton keseluruhan filem Tanda Putera.
7. Lim Guan Eng DAP sendiri belum lagi menonton keseluruhan filem itu tetapi komen beliau seolah-olah beliau sudah menonton berulang kali filem tersebut!
8. Di antara kenyataan Setiausaha Agung DAP itu :
...filem itu telah melintasi garis sempadan dengan menggunakan dana awam untuk menyebarkan pembohongan yang menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia.seterusnya
9. Entah dari mana Guan Eng DAP itu mendapat ilham untuk membuat konklusi filem ini '...menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia'.
10. Sedangkan di dalam filem itu turut menceritakan persahabatan seorang pelajar universiti yang berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa Cina serta pensyarah berbangsa India dan mereka dilindungi oleh keluarga Cina daripada dibelasah oleh perusuh-perusuh 13 Mei 1969.
11. Terdapat juga adegan keluarga Melayu yang melindungi pelajar Cina dan pensyarah India itu di rumah mereka semasa rusuhan berdarah itu.
13. Di pertengahan cerita, kita akan melihat keakraban yang terjalin di antara dua sahabat berlainan bangsa itu semasa membantu mangsa banjir besar di Kuala Lumpur.
14. Sudahlah Guan Eng DAP belum menonton filem itu, petikan kecil daripada cerita filem itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beliau telah tersilap besar.
15. Malah sebenarnya, adegan rusuhan 13 Mei 1969 hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan jalan cerita filem Tanda Putera.
16. Retorik dan propaganda DAP hampir-hampir menenggelamkan mesej sebenar filem tersebut.
17. Ceritanya lebih memfokuskan tentang perjalanan hidup dua sahabat iaitu Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri kedua dan Tun Dr Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika berdepan dengan ancaman komunis, kumpulan subversif politik, sosioekonomi rakyat dan pelbagai lagi.
18. Beberapa nama besar seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan juga DS Najib Razak semasa muda juga turut termasuk dalam jalan cerita tersebut.
19. Malah terdapat adegan Tun Dr Mahathir menandatangani surat beliau kepada Tunku Abdul Rahman yang menyarankan Tunku berhenti menjadi Perdana Menteri!
20. Apakah kita ada lihat Dr Mahathir melenting tentang filem ini seperti Lim Guan Eng DAP?
21. Tidak ada kerana segalanya telah berlalu dan tinggalan sejarah sahaja.
22. Tetapi jika DAP masih fobia dan paranoid melampau sehingga ke hari ini tentang peristiwa berdarah 13 Mei 1969, apakah ianya bermaksud parti itu masih tidak mahu mengaku bersalah ke atas apa yang berlaku?
23. Apakah parti DAP masih teringinkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka menanam sentimen ganas dan subversif melampau?
24. Jika tidak, terima sahajalah peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu lipatan sejarah yang wajib diketahui agar rakyat tidak sesekali mengambil ringan tentang perpaduan sesama bangsa di negara ini.
25. MiM ingin ulangi, MiM dan rakan blogger Pulau Pinang menjemput Lim Guan Eng DAP untuk menonton filem Tanda Putera. MiM belanja tiket wayang.
26. Jika Setiausaha Agung DAP itu cerdik, beliau akan terima pelawaan kami. Just name the place and time, we'll be there.
27. Bagi MiM, tiada ruginya jika menonton filem ini sekali lagi kerana banyak pengajarannya di samping beberapa adegan yang menyayatkan hati tentang pengorbanan pemimpin-pemimpin negara kita yang lalu.
28. MiM menyarankan kepada seluruh kepimpinan tertinggi UMNO peringkat bahagian, negeri, exco-exco sayap dan Majlis tertinggi UMNO supaya mengusahakan ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN menonton filem tersebut.
29. Filem itu juga patut ditayangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember ini. Tolong usahakan.
Terima kasih Guan Eng kerana kebodohan nasihatnya . Mengapa GPB berkata demikian ?? Sebab kerana Guan Eng lah telah mempopularkan filem ini kepada rakyat P.Pinang terutama orang Melayu di negeri ini
Tanda Putera yang menjadi filem ditakuti DAP & Guan Eng kini menjadi filem yang mesti ditonton orang Melayu P.Pinang. Sebabnya orang nak tahu samada betul ke filem ini ada unsur perkauman didakwa Dap dan juga sejarah peristiwa 13 Mei 1969 .
Ini terbukti bila warga emas dan golongan dewasa pun turut hadir menonton filem ini . Selalunya generasi muda sahaja yang selalu menonton wayang . Tahniah Tanda Putera !!
Di sebalik 'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung supaya tidak menayangkan filem patriotik Tanda Putera atas alasan keselamatan, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pada hari pertama tayangannya di negeri ini.
Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru mendapati, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat lain.
Seorang petugas kaunter yang dikenali sebagai Miza berkata, bagi slot tayangan tersebut, sebanyak 160 tempat ditawarkan yang mana lebih 100 telah ditempah.
" Jualan tiket pada sebelah pagi tadi agak perlahan namun keadaan berubah menjelang petang dan malam.
"Bagi slot tayangan tengah malam pula,jualan tiket masih dibuka dan sehingga sekarang, sebanyak 20 peratus telah dibeli," katanya.
Pemuda UMNO Prmtg Pauh memberi 150 tiket percuma kepada
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, negara digemparkan dengan tindakan Sex Blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan aksi berbuka puasa dengan hidangan daging khinzir dan logo Halal Jakim. Katanya mereka hanya berjenaka tak sangka pulak mendapat reaksi marah daripada Umat Islam. Dua orang Blogger yang sentiasa mencari publisiti murahan dengan aksi seks sudah hilang rasa sensitif pada agama sehingga tidak lansung rasa bersalah menghina Islam dan menganggap agama sebagai jenaka. Belum abis kisah Sex Blogger keluar pulak kes empat wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2013. Tak nak buruk sangka tapi melihat nama empat peserta Ratu Cantik Islam tersebut Sara Amelia Muhammad Bernard, Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh pasti kita boleh bayangkan bahawa mereka bukanlah wanita Melayu terakhir. Bukan setakat peserta malah ramai yang bukan Islam dengan berani mempersoalkan akta melarang wanita Islam menyertai Ratu Cantik yang telah diwartakan pada tahun 1995. Akta sudah diwartakan berbelas tahun tetapi empat peserta ini dengan berani menyertai sepertinya cuba mencabar undang-undang negara dan menghina Islam.
Begitulah nasib Islam yang sering dihina oleh bukan Islam dan lebih malang lagi oleh umat Islam itu sendiri. Kalau sebelum ini kes Selly Yen yang menghina Islam di Facebook begitu juga kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang kini menyerang Islam habis-habisan dari pangkalannya di Europe. Itu belum lagi kisah murtad Benjamin Stephen yang menyerang Islam melalui video-videonya di Youtube.
Semakin hari semakin berani manusia-manusia ini menghina Islam tanpa rasa takut dan gementar. Agaknya kenapa? Bagi aku satu jawabannya… kita Islam semakin lemah dan tidak bersatu. Perpecahan terus disemai oleh tangan-tangan ketiga untuk menjadikan Islam terus hancur berkecai dengan berbagai fahaman dan perbezaan pendapat yang tidak ada titik pertemuan. Pemimpin Islam terus bercakaran menegakan kebenaran mengikut ideologi tersendiri yang merapuhkan lagi kesatuan Islam. Semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka yang menghina Islam dan juga memberi hidayah kepada pemimpin Islam untuk bersatu.
Kerajaan MESTI mengambil tindakan tegas kepada si penghina walaupun mendapat tentang dari segelintir manusia gila demokrasi sebelum lebih ramai lagi manusia gila berani berbuat sesuka hati menghina Islam kerana mereka tahu mereka akan terlepas begitu sahaja.
Ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT tidak berkehendakan manusia tetapi manusialah yang berkehendakan ALLAH SWT. Tiada rugi sezarah pun ALLAH SWT seandainya manusia terus berpecah belah sehingga Islam terus dihina tanpa segan silu tetapi tunggulah bencana yang akan menimpa manusia akibat kezaliman manusia itu sendiri. - sumber
Kalau ada kes macam ini memang kalut media menyiarkan gambar mangsa tangkapan untuk tatapan umum, tetapi sampai sekarang kes tangkapan Badrulamin jam 3.00 pagi di Kuantan,tidak disiarkan gambar mereka.
BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu. Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap. Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan. "Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka. "Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan," katanya. Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi. Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997. Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.
Apa masalah dengan pegawai Jabatan Agama Kuantan dan media di sana?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat. Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Bila sebut sahaja kegiatan kongsi gelap atau gangster, bandar Taiping dan Penang tidak boleh dipisahkan, Ini lah bandar yang menjadi ibu kepada kegiatan kongsi gelap yang ada sekarang.
Di Taiping juga pernah berlaku pergaduhan yang amat besar dan mengorbankan banyak nyawa, mayat bergelempangan dan jalan raya menjadi merah dengan darah manusia.
Kongsi gelap cukup ganas dan pernah memeras ugut Sultan Perak untuk menuntut ganti rugi. Kegiatan kongsi gelap di Taiping terlibat dalam dunia perjudian, perdagangan, pelacuran dan sebagainya.
Terdapat dua puak kongsi gelap yang sangat digeruni di Taiping dan mereka adalah terdiri daripada kaum Cina dari puak Ghee Hin yang bertapak di Taiping dan Hai San dari Pulau Pinang.
Ini lah sejarah yang berlaku lebih 150 tahun yang lalu dan peperangan tersebut dinamakan Peperangan Larut 1, 2, 3 dan 4.
Penamat kepada peperangan tersebut termetrilah satu perjanjian perdamaian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor dan British dengan cara halus mula campur tangan dalam pentadbiran Perak.
Kini Taiping merupakan sebuah bandar warisan yang aman selama-lamanya. Kegiatan kongsi gelap tetap ada tetapi dalam kelompok yang kecil.
Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kongsi gelap, perang larut dan campur tangan British di Perak boleh lah berkunjung ke Muzium Ngah Ibrahim di Matang Taiping.
Seorang lagi disyaki ahli kumpulan kongsi gelap, K.Jaganathan, berusia 37 tahun dan memiliki lapan rekod jenayah mati ditembak ketika sedang melakukan ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, Johor Bahru, malam tadi.
Beliau berada di dalam kuil itu bersama isteri dan anaknya sebelum ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berdolak-dalik berhubung pengharaman tayangan filem Tanda Putera di negeri itu dan mendakwa media tersalah tafsir kenyataannya hanya taktik mencari publisiti murahan.
EXCO Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan Guan Eng itu bersifat populis tetapi hakikat sebenarnya ialah Setiusaha Agung DAP itu bersikap prejudis terhadap filem yang memaparkan semangat nasionalisme orang Melayu itu.
Beliau berkata, tindakan Guan Eng itu juga bagi melindungi fakta 'seorang pemuda Cina' yang membuang air kecil di sebatang tiang bendera, yang turut dipaparkan dalam filem tersebut.
"Jika Guan Eng tidak mahu tontong itu tidak mengapa. Hari ini Pemuda Umno mahu mengajak rakyat untuk menonton filem tersebut dan menilai sendiri filem yang mengangkat sejarah malaysia itu," katanya pada sidang media, semalam
Sohaimi yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang berkata, sebanyak 300 tiket percuma disediakan untuk diberikan kepada sesiapa yang mahu menonton filem arahan Datin Paduka Shuhauimi Baba itu khususnya rakyat Pulau Pinang.
Filem patriotik itu antara lain mengisahkan tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.
Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, untuk mendapatkan tiket berkenaan, boleh mengunjungi laman Facebook beliau bermula hari ini sehingga 5 September depan.
"Orang ramai hanya perlu menjawab soalan mudah iaitu, Apakah Makna Kemerdekaan? Pengunjung yang terpilih akan menonton filem itu di Golden Screen Cinema di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 8 September," katanya.
Sohaimi turut menyarankan agar filem Tanda Putera itu dijadikan novel dan menjadi bahan bacaan di peringkat sekolah untuk mendedahkan mereka sejarah awal negara dan tokoh-tokoh yang bayak berjasa.
Seorang pakar genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tidak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.
Ayam dengan kulit tanpa bulu diciptakan dengan perkawinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang mempunyai leher tak berbulu.
Idea di sebalik pembangunan ayam tanpa bulu ini bertujuan menghasilkan spesies ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan memproses ayam.
Dan tentu saja, ayam ini tidak perlu dicabut bulu sebelum dimasak, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.
Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.
Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bogel ini dengan mengatakan,
"Ini bukan ayam kejuruteraan genetik, itu berasal dari keturunan alam yang ciri-ciri telah dikenali selama 50 tahun, saya hanya membantunya untuk cepat membesar. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia tidak mempunyai bulu. "
Para saintis juga berharap generasi baru akan membesar lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akan memfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam boleh lebih gemuk.
Berita tentang ayam berbulu pertama kali muncul pada tahun 2002, dan sejak itu tidak ada lagi perkara baru yang didengar. Kurangnya keluar di media tentang ayam khusus menunjukkan bahawa penciptaan Mr Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.
Inovasi genetik ayam tanpa bulu ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2002, dan kurangnya berita perkembangan baru tentang ayam tanpa bulu ini menunjukkan genetik ayam tanpa bulu ini tidak boleh dikembangkan untuk pasaran komersial.
Teman bagi komer tengok gambor nie dan tentunya tak payah teman minta jawabnya.. Selama ini kenapa Pakartun Roket terutamanya tahap gaban cai dema ke merata pelusuk mahu menyakinkan bahawa keterlibatan Najib dalam pembunuhan altantuya. Mamak roti canai pun tau betapa busuk perutnya dema...tak lain tak bukan tentunya nakmemalukan PM DS Najib Tun Abdul Razak. Itulah puncanya yang sebenarnya penghalang besar kepada aljubri yg tahap tertinggi berkehendakan dan berkemahuan sebagai Perdana Menteri. Sekali pun dah kutup cai dikencingnya tetapi masih lagi dia dengan jeninnya 19 september yang tak berTAHUN...
Siapa sebenarnya altantuya? tak payah lah teman dedahkan, tengok lah sendiri gambar yang ada berkenaan siapa Altantuya sebenar... pelik kan? Datin Seri Rosmah contohnya sampai sekarang kita boleh tengok dan dengor betapa mulut longkang bin bangkainya dia orang mengutuk dan seolah jauh sesat sebagai seorang manusia yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Bukan sekadar kutuk, caci, maki hamun malah sampai sanggup doakan supaya ditimpa kecelakaan kononnya berteraskan syariat Islam dibumi Malaya. bukan sehari dua tapi nampaknya berpanjangan sebolehnya macam berterusansehingga dunia kiamat!
Kaitan Rosmah yang mereka hasut kepada rakyat seolah kifayah bagaikan jika tidak akur maka Malaysia bakal hilang dari peta dunia... Semuanya hanya kerana Rismah Tak bertudung...Betapa perihatin nya aljubri dan Kuncu haram jadahnya seolah Rosmah tu macam bini dema pulak! Kalaunak dikirakan rakan cai dalam Pakartun Roket pun berlambak yang tak bertudung, kenapa Tak tanya mahfiz dan stopa? Kenapa tak kecoh lak pasal bini rakan? Ishhhh pelik tu...
Kalau nak dikira soal rambut dan video abang-abang gagah membalun yang hebat sesangat tu tak lak nak kecoh, bukan setakat bakal bini, Dolly Made in China, bini orang malah bukan bini jer dengan laki bini pun dia balun tak ker nak bandingkan betapa dosa besarnya dengan kerana tak bertudung? Atau mungkin teman tertinggal dalam hukum ker? Mungkin dosa tak bertudung lebih besar dengan dosa dema membalun...
Pelik masih pelik sehingga kini, kalau orang lain tak bertudung pun Dema dah menyalak macam anjing kurap dapat tulang babi, ini macam mana lak altantuya yang bukan jer tak bertudung siap tak cukup kain bukak segala buka yang boleh di tonjolkan segala Tak Pulak dema nak menyalak? Kalau ternampak rambut pun dia menjerit macam mahu hukum seberat-beratnya tetiba si Altantuya lak tetiba aljub dan rakan menjadi simpati, ishhh apa kehai yop, tak mau nya kalau begini besar pengorbanan mereka pada tuya yang buat toya dema terpacak memang pelik ler yop! Hehehe teman tak dapat bagi jawapan yop tapi komer kena fikir ler kenapa tetiba dema terutama aljub yang melihatkan betapa dia berperikemanusian dengan Tuya, kesian Tuya kerana Toya jer nampaknya...
Mana nak tau mungkin macam peribahasa kita tempat bertanggak lagi dikenang inikan pulak tempat berkasih sayang... Hehehe altantuya.... Bela Tuya Keran Toya kot?
Seorang pakar genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tidak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.
Ayam dengan kulit tanpa bulu diciptakan dengan perkawinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang mempunyai leher tak berbulu.
Idea di sebalik pembangunan ayam tanpa bulu ini bertujuan menghasilkan spesies ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan memproses ayam.
Dan tentu saja, ayam ini tidak perlu dicabut bulu sebelum dimasak, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.
Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.
Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bogel ini dengan mengatakan,
"Ini bukan ayam kejuruteraan genetik, itu berasal dari keturunan alam yang ciri-ciri telah dikenali selama 50 tahun, saya hanya membantunya untuk cepat membesar. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia tidak mempunyai bulu. "
Para saintis juga berharap generasi baru akan membesar lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akan memfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam boleh lebih gemuk.
Berita tentang ayam berbulu pertama kali muncul pada tahun 2002, dan sejak itu tidak ada lagi perkara baru yang didengar. Kurangnya keluar di media tentang ayam khusus menunjukkan bahawa penciptaan Mr Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.
Inovasi genetik ayam tanpa bulu ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2002, dan kurangnya berita perkembangan baru tentang ayam tanpa bulu ini menunjukkan genetik ayam tanpa bulu ini tidak boleh dikembangkan untuk pasaran komersial.
China mengekalkan hukuman mati ke atas sebilangan besar kesalahan, termasuk kesalahan bukan ganas dan jenayah ekonomi. Sebahagian besar daripada hukuman dan hukuman yang dikenakan bagi jenayah berkaitan dadah. Pelaksanaan adalah dengan menembak sampai mati .
Berdasarkan laporan awam yang ada, Amnesty International menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 1,010 orang telah dilaksanakan di China pada tahun 2006 tahun, walaupun angka sebenar dipercayai lebih tinggi. Sumber yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa antara 7,500 hingga 8,000 orang telah dilaksanakan di China pada tahun 2006. Statistik rasmi kekal sebagai rahsia negara, membuat pemantauan dan analisis bermasalah.
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang rakan wartawan Melayu meluahkan rasa sedih kepada rakan-rakannya apabila Khairy dikatakan telah menghentam daripada mempertahankan Utusan Malaysia dalam satu forum pelajar.
Kata rakan waratawan ini, "Kalau macam ini sikap yang ditunjukkan, bersedia sajalah melihat institusi melayu dan orang melayu akan terus dipinggir dan dipersalahkan kerana ada pemimpin UMNO nak jaga hati semua pihak. Tahniah katanya."
Disampuk seorang rakan, "Nak buat macam mana bila Melayu sendiri yang nak bunuh Melayu."
Ekoran kesediaan Khairy menghentam Utusan, MCA membuat tuduhan rasis terhadap Utusan kerana mempersoalkan pembangunan hub makanan cina antarabangsa di Jalan Alor. klik sini
Nota: Kj tak pernah bersekolah di malaysia, di dilahirkan di kuwait, kemudian menyambung pelajaran di singapura dan seterusnya di united kingdom, asas melayu memang tak ada dalam diri kj, malah ada yang pernah bercerita, sebelum kj berkahwin dengan anak pak lah, kj langsung tak reti cakap bahasa melayu dan makan pakai tangan, ingat makan pakai tangan bukan hanya satu budaya orang melayu tapi ianya sunnah Rasulullah....
Akhbar China Press bertarikh 28 Ogos 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Shao Xue berkaitan masalah pendidikan negara.
Tujuh tahun lagi tibanya tahun 2020, kerajaan penuh yakin menjadi negara maju. Mempunyai infrastruktur hebat dan luar biasa, pendapatan rakyat meningkat tetapi adakah Malaysia akan mencapai apa yang dimaksudkan negara maju itu?
Adakah ia begitu mudah dicapai? Selain teknologi dan infrastruktur yang tinggi, perlu mempunyai kekayaan budaya terutama sekali sistem pendidikan yang lengkap dan terbuka. Melatih dan mendidik pelbagai jenis pendidikan asas penting mencapai negara maju.
Kita telah 56 tahun merdeka, dari segi infrastruktur memang membanggakan rakyat tetapi masalah dan isu sistem pendidikan umpama termasuk ke dalam tempayan kicap, bercampur aduk kembali ke jalan yang asal.
Dibincangkan selama puluhan tahun, dianggap membantu perpaduan, pihak berkenaan memerah otak agar lebih ramai kaum bukan bumiputera masuk ke Sekolah-sekolah Kebangsaan. Akhirnya bagaimana? Semua orang sudah jelas dan faham sendiri, tidak perlu lagi bermimpi untuk membincangkan perkara ini supaya semua kaum dapat bersatu padu.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah berkata ramai ibu bapa bukan kaum Cina yang tidak suka hantar anak ke Sekolah Kebangsaaan, orang Melayu juga lebih suka menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) SJKC. Ini pilihan ibu bapa itu sendiri kerana mereka mahukan kualiti dalam pendidikan. Beliau menegaskan pendidikan perlu tumpu kepada kualiti, bukannya perpaduan.
Ramai kakitangan dan pegawai pendidikan yang berfikiran kaku, masih berpegang kepada satu aliran, mereka anggap ia akan membantu perpaduan. Pemikiran kaku dan berdolak dalik bukan sahaja tidak dapat bersatu padu sebaliknya menyebabkan pengetahuan murid-murid semakin merosot sehinggakan mereka tidak mahir bahasa Inggeris dan majikan sukar ambil bekerja.
Selain itu, pertelingkahan Dong Zong dengan pihak pelajaran dalam isu Pelan Induk Pendidikan 2013-2025 begitu sengit. Dong Zong tidak setuju waktu pembelajaran bahasa Melayu ditambah sebaliknya waktu bahasa Inggeris dan bahasa Cina disingkatkan, dalam jangka panjang ia tidak memihak kepada pendidikan bahasa Cina.
Negara kita telah merdeka lebih setengah abad, isu pendidikan masih di takuk satu aliran dan waktu pembelajaran bahasa dipanjangkan atau dipendekkan. Jika barah ini tidak dibuang segera, bagaimana mahu dapatkan khidmat cerdik pandai untuk menjadi negara maju?
Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang, semalam.
Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat berdolak-dalik tentang tayangan filem Tanda Putera di negeri ini seperti diarahkan beliau semalam dengan menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya itu.
Menurut Guan Eng, beliau tidak pernah menghalang pemilik pawagam di Pulau Pinang menayangkan filem berkenaan sebaliknya sekadar menasihati mereka supaya tidak berbuat demikian.
"Sekiranya mereka tetap mahu menayangkan filem itu, tiada tindakan akan diambil. Saya rasa berlaku salah tafsir oleh sesetengah media berhubung kenyataan semalam dan saya memberi amaran supaya jangan salah tafsir lagi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan filem itu ditayangkan di negeri ini kerana babak pemuda Cina kencing di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah sensitif dan berbahaya kepada masyarakat.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menguruskan perkara tersebut berikutan lesen perniagaan kepada pemilik pawagam dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Walau bagaimanapun, hasil penelitian wartawan terhadap surat yang dikeluarkan PBT kepada pemilik pawagam mengenai perkara itu terdapat percanggahan.
Dalam surat semalam, PBT mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera kerana mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat setempat.
Surat bertarikh hari ini pula memaklumkan, kerajaan negeri bukannya mengarahkan sedemikian sebaliknya hanya menasihati pemilik pawagam untuk tidak menayangkan filem terbabit.
PBT juga menyerahkan kepada pemilik pawagam sama ada mahu menayangkan filem itu atau sebaliknya.
Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mengakui beliau tidak menonton filem berkenaan dan arahan dikeluarkan adalah berdasarkan komen awal yang diberikan terhadap filem itu.
Ditanya tindakan pawagam di negeri ini yang akur kepada nasihat kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem itu pada hari pertama tayangannya hari ini, Guan Eng menjelaskan, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut esok secara bertulis kerana bimbang disalah tafsir media.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menafikan hak pengundi di Permatang Pauh untuk mengetahui hal sebenar berhubung kandungan surat misteri Bank Leak yang dikaitkan dengan beliau apabila masih gagal memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Bekas Setiausaha Sulit beliau, Anuar Shaari melontarkan persoalan sama ada Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang dibuatnya dan terus menyalahkan pihak lain tentang isu itu.
Berikut adalah kenyataan Anuar:
* Saya amat hairan mengapa Anwar masih berdiam diri hingga kini dalam isu surat misteri BankLeak yang mendedahkan enam akaun milik beliau.
Beliau juga gagal untuk memberi penjelasan menyakinkan kepada pengundi di Permatang Pauh, sebaliknya terus menyalahkan pihak lain tentang isu ini. Beliau seolah-olah mahu menafikan hak pengundi yang mahu tahu kebenaran dalam kandungan surat misteri tersebut.
* Adakah Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang telah beliau buat dengan cubaan menutup mulut pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia amnya.
Jika beliau sentiasa mencabar pihak lain bagi mendedahkan kebenaran, inilah kesempatan terbaik menunjukkan beliau pemimpin yang 'cakap serupa bikin'. Janganlah bersikap 'putar alam' dengan cuba mengalihkan isu pokok yang berkaitan dirinya.
* Saya juga ulangi cabaran kepada Anwar agar memberi kebenaran bertulis kepada Bank Negara Malaysia untuk media dan pihak berkuasa menyiasat dan mendedahkan kandungan surat misteri itu jika beliau tiada apa yang mahu disembunyikan.
Ini kerana rakyat Malaysia amat teruja untuk mengetahui hasil siasatan surat misteri tersebut bagi membolehkan mereka menilai pemimpin 'anugerah Tuhan'.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hujah daripada orang gila yang bernama Hishamuddin Rais. Malapetakalah bagi engkau wahai Hishamuddin Rais.
Nampak benarlah sekarang apa sebenarnya agenda besar kumpulan kumpulan ini :
a) aktivis mahasiswa pro pembangkang
b) kumpulan anti Lynas
c) kumpulan BERSIH - Hishamuddin Rais yang mengenakan baju kuning
A. Samad Said hanyalah menjadi kuda tunggangan pihak pihak terbabit yang sebenar ada agenda besar untuk menjadikan negara ini sebuah republik.
Inilah sebenarnya yang mahu dibawa secara bersama oleh mereka. Gambar ini sudah jadi bukti yang kuat bahawa mereka ini sebenarnya berniat untuk menjatuhkan institusi beraja di negara ini.
Rakyat perlu bertindak menolak secara total fahaman republik ini.
Ini bukan soal politik, jangan cuba politikkan bendera negara kita. Tindakan berani lelaki tersebut merampas bendera republik tersebut wajar dipuji. Sewajarnya lebih ramai lagi rakyat Malaysia tampil ke depan untuk menegah perbuatan khianat terhadap negara seperti itu.
Berikut adalah gambar yang cukup menyayat hati. Seekor kuda kelihatan dalam keadaan "nyawa nyawa ikan" di kandang kuda Sungai Batu Pahat Perlis.
Gambar tersebut didedahkan oleh seorang rakyat Perlis di Facebooknya. Jika gambar tersebut adalah benar dan begitulah keadaanya maka pihak terbabit perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kumpulan heavy metal, Lamb of God daripada membuat persembahan di negara ini berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa mereka.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, pihak bertanggungjawab diharapkan tidak meluluskan kemasukan kumpulan itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.
Pada masa sama, beliau berkata, tindakan itu perlu diambil untuk menjaga kemaslahatan umat dengan tidak membenarkan terciptanya ruang kepada pelbagai krisis akidah, permasalahan moral serta keruntuhan akhlak.
Menurutnya, nama asal kumpulan itu ialah Burn The Priest dan pernah terpalit dengan kontroversi sehingga dituduh sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat serta anti ketuhanan oleh penganut Kristian.
"Pelbagai istilah menunjukkan kumpulan ini sering mempermainkan unsur keagamaan dan ketuhanan dalam lagu dan imej mereka, malah nama kumpulan itu iaitu Lamb of God merujuk kepada Jesus yang difahami penganut Kristian sebagai 'anak Tuhan'.
"Malah, kumpulan itu pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis perasmian Program Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kenderaan Merdeka di pekarangan ibu pejabat Jakim.
Kumpulan berkenaan yang berasal dari Amerika Syarikat dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 September ini.
Othman berkata, antara lagu kumpulan itu ialah Walk With Me In Hell (Berjalan denganku dalam neraka); Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian); Resurrection (Kebangkitan) serta menerbitkan album New American Gospel yang jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral.
"Penganjuran ini bukan saja boleh memberi ruang kepada penularan gejala keruntuhan moral, malah turut memberi kesan terhadap akidah.
"Persembahan kumpulan muzik yang keterlaluan biasanya akan menyebabkan penonton hilang kawalan. Kemasukan kumpulan ini dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal," katanya.
Pada masa sama, Othman berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 telah membincangkan tentang kumpulan black metal serta langkah untuk menanganinya.
"Muzakarah memutuskan amalan dan perbuatan kumpulan black metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar, jadi umat Islam diminta menjauhi kumpulan berkenaan kerana perbuatan serta amalan mereka boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam.
"Selaras dengan keputusan itu, beberapa negeri termasuk Melaka, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Selangor menfatwakan kumpulan black metal sebagai menyeleweng," katanya.
SUBANG JAYA – Pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil di sebuah pusat urut di SS15 di sini.
Kedua-duanya yang terkejut apabila langsir memisahkan antara ruang pusat urut itu diselak anggota penguat kuasa bingkas mengenakan pakaian lengkap selepas itu.
Ketika dicekup, pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.
Mereka antara tujuh yang ditahan dan diserahkan kepada polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di kawasan SS15.
Pusat urut pertama yang baru sahaja beroperasi lebih kurang dua bulan lalu dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana mengendalikan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ.
Tindakan seterusnya diambil ke atas premis pusat urut kedua yang didapati berselindung di sebalik nama pusat urut kaki dan kesihatan juga dijalankan tanpa lesen sah.
Semasa serbuan dibuat, seorang pelanggan lelaki didapati sedang asyik menerima perkhidmatan seks dari seorang tukang urut wanita warga China.
Soal siasat dijalankan mendapati, pengusaha premis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan dengan kos bayaran RM120 hingga RM180 mengikut jam.
Operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota kemudian menyerbu sebuah lagi rumah urut di di Jalan SS 15/4B.
"Ketika serbuan terdapat seorang pelanggan lelaki menerima urutan badan dan batin, hasil pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk urutan refleksologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada pelanggan," katanya.
Beliau berkata, tindakan penutupan premis diambil di bawah UUK 13 (k) UUKPK MPSJ 2007 kerana pengusaha melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.
Pengusaha berdepan denda maksimum RM1,000 bagi setiap kesalahan dilakukan.
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Seorang lelaki telah bertindak merampas beberapa helai bendera 'Sang Saka Malaya' yang dikibarkan sekumpulan penyokong pembangkang di Dataran Merdeka malam tadi.
Kumpulan yang dipimpin aktivis politik, Hishamuddin Rais itu telah mengadakan satu perhimpunan Ambang Merdeka di samping mengibarkan bendera itu bagi menafikan Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan di Negara ini.
Lelaki tersebut yang bertindak ketika Sasterawan Negara, A.Samad Said sedang menyampaikan ucapan sempat memberi peringatan kepada para penyokong pembangkang bahawa Jalur Gemilang merupakan bendera yang menjadi mercu tanda rakyat di Negara ini.
Terdahulu, Hishammuddin Rais dalam ucapan ringkasnya berkata, kemerdekaan yang dikecapi selama 56 tahun merupakan Hari Malapetaka buat rakyat Malaysia.
Beliau yang mempertahankan bendera Sang Saka Malaya menegaskan, rakyat Malaysia telah ditipu dengan semangat mengibarkan Jalur Gemilang yang realitinya diciplak dari Amerika Syarikat.
"Jalur Gemilang adalah tipu dari Amerika, bendera sang saka ini adalah tradisi dari pada kerajaan Melayu langka suka.
"Bendera ini dinaikkan pada tahun 1947. Pengisytiharan 31 Ogos bukanlah Hari Kemerdekaan. Akan tetapi merupakan Hari Malapetaka," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya di Dataran Merdeka malam tadi.
Sambutan itu turut disertai Sasterawan Negara, A.Samad Said dan Aktivis Pro Mahasiswa, Adam Adli.
Beliau juga mengulangi pendirian mempertahankan bendera 'Sang Saka Malaya' sebagai bendera kebangsaan di Negara ini.
Tambahnya, bendera ini bakal diiktiraf sekiranya Kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan.
"Inilah bendera rakyat Tanah Melayu apabila negara kita bebas dari Umno." ujarnya.
Sebelum ini, beberapa Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.
Salah seorang pemimpin NGO, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar menganggap tindakan itu sebagai biadab sekaligus menghina pejuang terdahulu yang banyak berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air.
ALOR SETAR - Persidangan Dun Kedah bagi mesyuarat kedua penggal pertama yang ke-13, baru sahaja melabuhkan tirai, Selasa lalu.
Pelbagai aspek diperkatakan ramai berikutan kesungguhan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir memanfaatkan persidangan itu untuk kerajaan mahupun pembangkang mengusulkan pandangan berhubung isu-isu dibangkitkan.
Ia melakar sejarah tersendiri apabila berlaku perubahan dalam kerajaan negeri, yang kini ditadbir semula BN setelah menang dalam PRU13 lalu.
Pertama kali juga menyaksikan kepetahan Mukhriz selaku ketua kerajaan dalam Dun termasuk Ketua Pembangkang baharu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang dipilih ekoran bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak masih dalam rawatan.
Jika sebelum ini, Azizan yang 'mesra pembangkang' bertikam lidah dengan diselitkan perumpamaan mencuit hati dengan Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Mahdzir Khalid, di mana kedua-duanya 'orang lama' di negeri ini, kali ini diterajui 'orang muda' yang cukup berkaliber, sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
Mukhriz-Amiruddin dilihat komited memainkan peranan masing-masing hinggakan terasa bahang keseriusan mereka dalam Dewan, mujur Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga 'orang lama' menyelamatkan keadaan dengan hujah bersahaja menghangatkan dewan dengan gelak ketawa.
Selain menyaksikan pertukaran tempat duduk antara Adun kerajaan dan pembangkang, termasuk ketiadaan beberapa Adun sebelum ini, sama ada kalah atau dinaikkan pangkat ke peringkat parlimen.
Speaker Dun tidak terkecuali, pemilihan Datuk Md Rozai Shafian amat tepat. Pujian wajar diberikan kepada beliau yang bijak mengawal situasi, malah profesional apabila berlaku adil terhadap Adun BN mahupun PR yang ingin kemukakan hujah.
Paling ketara, pastinya tempoh bersidang! Jika sebelum ini, kedengaran kata-kata nakal, "La, dah habis ka?", kali ini, "Bila nak habis ni?"
Persidangan kali pertama itu memecah tradisi apabila tamat sekitar jam 10.45 malam (Selasa) di mana sidang media sejurus itu pula berakhir jam 11 malam. Mengagumkan!
Sepanjang lima tahun PR bersidang, pernah sekali berlanjutan hingga malam sekitar jam 8 malam. Kebiasaan, tempoh bersidang sekitar dua hingga empat jam, paling singkat satu setengah jam, iaitu persidangan bagi mesyuarat pertama penggal keempat ke-12, bermula jam 9 pagi hingga 10.30 pagi, pada Julai 2011.
Kelewatan itu disebabkan membahaskan lima usul Enakmen Jenayah Syariah dan pindaan itu turut melakar sejarah apabila keputusan meluluskan enakmen dibuat secara undian. Adun pembangkang secara prinsipnya tidak bersetuju dengan pindaan enakmen itu bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah, namun akhirnya diluluskan untuk dikuatkuasakan.
Jumlah soalan yang sempat dijawab turut menjadi perhatian. Persidangan kali ini berjaya menjawab lapan daripada 114 soalan pertanyaan mulut, berbanding sebelum ini, sekitar empat atau lima soalan.
Manakala isu yang dibangkitkan lebih dominan dan sealiran dengan isu semasa, antaranya, Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) diletakkan sebagai soalan satu, diikuti isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang menjadi tajuk hangat dibahaskan pada hari terakhir persidangan.
Isu lain termasuk penyelenggaraan jalan (soalan 3), penanaman padi di kawasan luar Mada (soalan 4), jalur lebar (soalan 7) dan lesen hiburan (soalan 8).
Berbanding sebelum ini (Julai 2012), kebanyakan isu kurang dominan, seperti Bazar Sinar Sejahtera (soalan 1), prestasi E-idaman (soalan 2) skim kafalah (soalan 4).
Manakala isu penting diletakkan di belakang, seperti Sulihh (soalan 25), pusat hiburan (soalan 32), pembangunan Gunung Inas (soalan 58).
Ternyata isu yang disusun menunjukkan kematangan pentadbiran di mana isu semasa yang berkepentingan didahulukan untuk memberi peluang kedua-dua pihak berbalas hujah.
Apa pun, kedua-dua pihak sudah memainkan peranan, diharap Kedah terus maju dan mengamalkan politik matang dan bersih.
JIKA kita lihat sebelum ini banyak jenayah rogol dilaporkan berlaku di India.
Namun kali ini media antarabangsa, Al Jazeera mendedahkan golongan wanita di kem pelarian di Somalia turut menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.
Rata-rata mangsa rogol bertindak untuk tidak mendedahkan kesengsaraan yang dihadapi mereka kerana takut akan stigma masyarakat serta akibat yang bakal dihadapi mereka.
Sebuah organisasi kebajikan tempatan menggesa golongan mangsa jenayah rogol untuk tampil mengemukakan laporan sekaligus menerima nasihat perundangan dan perubatan.
Salah seorang mangsa yang buta mendakwa pihak tentera telah bertindak kasar terhadap dirinya serta menjadikannya sebagai umpan pemuas nafsu.
"Dia menekan dahi saya menggunakan senapang dan menyuruh saya diam.
"Selepas dia merogol saya, dia tendang saya ke dalam sungai," jelas mangsa.
Tambah menyedihkan apabila golongan wanita di sana turut diperkosa dan dirogol dihadapan anak-anak mereka. "Dia cuba merogol saya di hadapan anak-anak saya.
"Saya cuba untuk menyelamatkan diri dengan menarik senapangnya tetapi dia mengasari saya.
"Kemudian dia menembak kedua belah tangan saya sebelum merogol saya,"
Siapakah yang melakukan perkara tersebut? Ramai penduduk kem pelarian itu menuduh pihak bersenjata Somalia adalah dalang disebalik serangan seks tersebut.
Seorang wanita mendakwa serangan kejam tersebut dilakukan oleh tentera Kesatuan Afrika.
Mangsa memberitahu media antarabangsa bahawa dia diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada kerajaan serta wakil media.
Dia sebelum ini menjadi mangsa rogol bergilir-gilir apabila pihak tentera menutup matanya dan membawanya ke sebuah kawasan terpencil dan dirogol secara bergilir-gilir.
Bagaimanapun, jurucakap tentera, Ali Adan Houmed menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia satu tuduhan yang bodoh.
Kalau bersembang dengan puak-puak pelukis nih, biasanya kita terpaksa akur bahawa mereka mempunyai penjelasan yang sangat infiniti dan kompleks bagi setiap karya yang mereka hasilkan. Mereka akan memberikan pelbagai alasan, pelbagai gambaran dan pelbagai cerita yang hebat-hebat tentang karya mereka sekalipun, kalau guna mata burung sekalipun, kita tidak dapat melihat sebarang kecantikan atau keindahan pada karya berkenaan!
Itulah yang berlaku kepada seorang pelukis berketurunan India, Anurendra Jegadeva yang telah menterbalikkan KALIMAH BISMILLAH dalam lukisannya yang bertajuk, "ABC FOR THE MIDDLE AGE MIDDLE CLASSES", yang dipamerkan di Tingkat G2@at row Solaris Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur dalam Pameran Seni M50-Selamat Hari Malaysia.
Kata si pelukis berkenaan, lukisan tersebut adalah sebagai tanda sokongannya kepada rakyat Iraq yang telah ditindas oleh Amerika Syarikat pada peringkat awal serangan Amerika Syarikat ke atas negara itu dan kesan-kesan buruk yang menimpa rakyat Iraq.
Penjelasannya tentang beberapa perlambangan dalam lukisan tersebut termasuklah gambar cimpanzi menunggang basikal, memang sedap didengar, terutama sekiranya kita sendiri adalah penyokong Iraq. Namun penjelasannya tentang KALIMAH BISMILLAH yang diterbalikkan dalam lukisan itu dan disekutukan pula dengan nasib rakyat Iraq, sememangnya langsung tidak masuk akal.
Anurendra Jegadeva cuba mengaitkan KALIMAH BISMILLAH dengan rakyat Iraq. Kononnya, terbaliknya kalimah tersebut dalam lukisannya, menggambarkan terbaliknya juga hidup rakyat Iraq yang diperangai oleh pemimpin sendiri, pemimpin dunia dan pelobi-pelobi minyak. Kononnya dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan agama Islam.
KALIMAH BISMILLAH merupakan kalimah yang berkaitan rapat dengan agama dan umat Islam, bukan sekadar Iraq. Apa yang dilakukan oleh pelukis tersebut walau apa alasan yang diberikan sekalipun, adalah bertujuan mempersendakan Islam. Dan meskipun dia berdiri sepanjang masa di tepi lukisannya menerangkan maksud KALIMAH ISLAM diterbalikkan kepada setiap pengunjung dan penengok hasil karyanya itu, dia tetap mempersendakan Islam.
KALIMAH berkenaan bukannya seperti gambar Hanuman yang boleh diterbalikkan oleh penganut Dewa Murugan, atau gambar Dewi Kali diterbalikkan oleh penyembah Siva. KALIMAH BISMILLAH bukannya sejenis lukisan walaupun dibuat dan diterjemahkan dalam bentuk khat yang merupakan salah satu daripada cabang seni aksara. Dan merupakan kesalahan besar dalam Islam sendiri apabila kalimah itu dibaca secara menyongsang!
Kalau bab agama orang lain pun mereka tidak reti nak hormat, sembang tentang perpaduan apa ke bendanya?
Tidak habis-habis dengan isu agama Islam dihina dan ia seolah-olah menjadi satu tradisi buat bangsa lain memandang rendah kesucian agama Islam. Malah, tidak ada langsung rasa hormat-menghormati kepada agama lain walhal tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama.
Kalau dahulu, kita dikejutkan dengan kisah pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang mencemari kesucian bulan Ramadhan. Seterusnya, ia telah mengguris hati setiap umat Islam yang baru sahaja menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Kali ini, ia dicetuskan pula di negeri di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, iaitu negeri Pulau Pinang.
Satu syarikat hiburan di negara pentadbiran DAP itu telah bertindak di luar nilai hormat-menghormati apabila telah meletakkan gambar masjid di atas 'banner' sebagai cara mempromosikan minum arak.
Ini menunjukkan, satu lagi penghinaan terhadap umat Islam bukan sahaja di negeri terbabit, tetapi juga seluruh umat Islam khususnya di negara ini.
Tindakan syarikat hiburan berkenaan umpamanya mahu menimbulkan isu rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam yang seterusnya akan mengheret pula kepada pergaduhan yang besar.
Jika keadaan ini berlaku, akan timbul pula isu di mana umat Islam mudah untuk melatah apabila agama sendiri dihina dan menunjukkan tidak ada nilai sabar dalam setiap peribadi umat Islam.
Dan, akan memberikan gambaran yang ajaran agama Islam adalah sukakan kepada pergaduhan dan gemar mencetuskan pertelingkahan mulut.
Syarikat hiburan berkenaan juga sengaja mencurahkan minyak ke dalam api yang marak bila mana menggantung 'banner' berkenaan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Penang. Ia sudah diletakkan sejak sebulan yang lalu.
Dalam isu ini, yang harus dipersoalkan adalah di mana peranannya kakitangan-kakitangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menyelesaikan isu ini? Apakah mereka buta dan terlalu lemah untuk bertindak tegas serta lantang dalam menjaga sensitiviti agama dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang?
Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP sememangnya didominasi oleh rakyat kaum Cina. Tetapi, ia bukanlah satu jalan buat mereka untuk tidak mempunyai nilai hormat kepada kaum lain yang tinggal juga di negeri itu walaupun jumlah mereka adalah sangat kecil.
Seharusnya, MAIPP juga Exco Hal Ehwam Agama negeri Pulau Pinang perlu menjalankan tindakan yang proaktif dalam soal menjaga kesucian agama Islam. Ini kerana, umat Islam di negeri tersebut tidak pernah mencuba untuk menghina agama-agama lain di negeri itu.
Malah, apakah tindakan kerajaan negeri dalam membendung gejala rakyat menghina agama lain? Kebenarannya, kerajaan negeri Pulau Pinang hanya menutup mata dalam isu ini.
DAP sentiasa berkuasa di Pulau Pinang dan impian pemimpin-pemimpin tertinggi adalah mahu menubuhkan negeri itu bebas dari perlaksanaan agama Islam. Seterusnya, merealisasikan impian mereka menjadikan Malaysia sebuah negara sekular seperti Singapura.
Jadi, apabila timbul isu agama Islam dihina berbentuk tulisan 'banner' ini, menunjukkan seolah-olah exco MAIPP berada di bawah telunjuk DAP dan tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan yang mengejut. Mungkin juga mereka khuatir punca pendapatan mereka juga akan turut lingkup sekiranya mengingkari arahan dari pemimpin DAP.
Lama-kelamaan menjadikan orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang dibelakangkan oleh pimpinan politik negeri.
Dalam isu ini juga, di mana pendirian parti PAS Pulau Pinang dalam menegakkan tindakan sedemikian adalah salah kerana satu bentuk penghinaan telah berlaku. Percayalah, paling 'hebat' yang mampu PAS lakukan adalah hanya mengatakan perkara itu tidak harus diperbesarkan serta perlu memaafkan kesilapan syarikat hiburan berkenaan. Inilah sikap dan tabiat parti lemah seperti PAS. PAS juga sudah dikunci dan duduk di bawah telunjuk parti DAP.
Tidak mustahil, isu menghina agama Islam akan menjadi satu tradisi dan mampu memberikan kesan serta mempengaruhi pemikiran dan akidah umat Islam.
WARSAW – Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.
Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.
``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,'' katanya dalam laman facebooknya.
Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.
Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.
Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.
Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.
Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.
Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.
Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.
Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS.
PETALING JAYA - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan diesel yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan simpanan air.
Gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.
Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Kawasan yang tejejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Syabar, yang telah mengeluarkan amaran Kod Kecemasan di tahap merah menasihatkan pengguna berjimat cermat dalam menggunakan air dan menyimpan bekalan air secukupnya, ini kerana tempoh gangguan belum dipastikan akan bermula bila.
Timbalan Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred berkata mereka belum dapat memastikan punca tumpahan diesel tersebut.
"Kami masih lagi menunggu laporan siasatan yang dijalankan.
"Bagaimanapun, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memulakan operasi pembersihan," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semalam, bertempat di pinggir Dataran Merdeka sewaktu seluruh Rakyat Malaysia sedang menyambut Ambang Merdeka, sekumpulan pengikut PR yang menamakan diri mereka Himpunan Hijau cuba membuat onar di situ dengan mengadakan ceramah dan cuba memperkenalkan bendera baru yang dikenali sebagai Sang Saka Malaya dengan bertujuan untuk menggantikan bendera Malaysia yang sedia ada, Jalur Gemilang.
Beberapa kelibat tokoh pembangkang seperti Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack, Adam Adli, A Samad Said, Bawani S, Blogger PR Tukar Tiub, Hishamuddin Rais dan beberapa orang lagi. Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku. Seorang Rakyat Malaysia yang amat prihatin, berkepala botak dan berbadan besar seperti CTS, merampas Sang Saka Malaya.
Tindakan Abang Botak berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub dan beberapa lain yang sedang berucap di situ. "Ini bukan bendera Malaysia, itu Bendera Malaysia!" sambil beliau menunjukkan kepada Jalur Gemilang yang sedang berkibar. Lihat video di bawah yang disediakan oleh rakan-rakan dari RakyatNews, juga boleh dilihat di Youtube, di sini.
Tahniah Abang Botak. Sekiranya pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas manusia-manusia yang menghina bendera Malaysia. Biarlah kita Rakyat Prihatin yang bertindak dengan cara kita sendiri. Rakyat Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Indonesia kerana menghina bendera Malaysia. Rakyat Malaysia menghina bendera Malaysia dibiarkan bebas. Hmmm ...
Buat Abang Botak, sekiranya membaca artikel ini, harap dapat hubungi CTS. CTS hendak belanja minum. Lihatlah video kedua di bawah. Pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri tidak boleh ambil tindakankah ke atas Hishamuddin Rais, kerana mahu menukar bendera Malaysia?
"Adakah kita telah benar-benar merdeka?" tanya seorang teman melalui Whatsapp.
Wah, itu soalan maut. Ia bukan boleh dijawab lewat mesej pesanan ringkas. Bahkan jika digabung para sarjana seluruh dunia pun belum tentu dapat menghasilkan sebuah definisi yang sempurna bagi menjawab soalan itu.
Bagi Demang persoalan samada telah merdeka atau masih dijajah hanya akan menarik kita 50-60 tahun ke belakang. Persoalan yang patut difikir ialah kaedah bagi merealisasi misi ummah sebagaimana janji Allah:
"sesungguhnya kamu adalah ummat terbaik yang didatangkan untuk sekalian ummat manusia."
Kita juga dilantik sebagai khalifah ke atas seluruh alam dan isinya. Ia adalah tanggung jawab secara individu dan juga secara masyarakat sebagaimana terkandung dalam hukum: fardhu ain dan fardhu kifayah.
Penjajahan dan kemerdekaan telah dianggap konsep lapuk dalam pemikiran anak muda kini yang terdedah pada pelbagai saranan untuk hanya memandang ke depan. Lelucon yang sering dikemukakan ialah cermin paling besar pada sesebuah kereta ialah cermin depan manakala cermin untuk melihat ke belakang hanya lah 'side mirror' yang kecil.
Globalisasi atau dunia tanpa sempadan bukanlah konsep baru bahkan ia adalah perulangan pada sejarah silam ketika persempadanan antara negara belum ditanda pada peta.
Sebelum ketibaan kapitalis barat (British dan Belanda) ke nusantara, seluruh kepulauan Melayu tidak mempunyai garis sempadan yang tetap. Ummat Melayu bergerak secara bebas tanpa visa atau pasport kemana-mana kawasan dan bernaung di bawah kerajaan tertentu yang disukai.
Kerajaan-kerajaan tersebut juga sentiasa beranjal samada mengembang atau mengecut mengikut kemampuan pemerintahnya.
Sempadan rasmi hanya muncul pada 1824 apabila British dan Belanda berbedak (berbagi) kawasan yang membawa implikasi nusantara terpecah dua.
Demang guna istilah kapitalis biarpun umum lebih cenderung menggunakan istilah penjajah kerana Demang ingin lari dari konsep politik.
Apabila istilah kapitalis digunakan ertinya Demang cuba membawa sudut pandangan ekonomi yang lebih dirasai hampir semua manusia berbanding konsep politik yang sering dianggap alat golongan kapitalis meragut harta awam.
Bagi Demang, apabila ekonomi menjerut dan kelaparan bermajalela maka fahaman politik bahkan agama sekalipun bisa digadai!
Justeru, adalah lebih baik kita melihat globalisasi dan penjajahan dari sudut ekonomi dan mula bertindak dari situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan