BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 9 September 2013 at 3:31 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Sep 2013 01:19 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Menteri Luar Iran anggap serangan keatas Syria menyalahi piagam PBB

Posted: 08 Sep 2013 05:49 PM PDT

2 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

BAGHDAD 9 Sept. - Serangan ketenteraan terhadap Syria yang bakal diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) adalah 'menyalahi undang-undang' berdasarkan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Iran, Mohammad Javed Zarif di sini hari ini.

"Negara bertamadun 65 tahun lalu telah membuat pilihan dengan menolak piagam PBB untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

"Mengapa mereka yang menyokong serangan tersebut memanggil diri mereka sebagai negara bertamadun dan terus mendesak semua pilihan yang ada,'' kata Zarif dalam satu sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshyar Zebari. -AFP

Pelarian Rohingya cecah 30,463

Posted: 08 Sep 2013 05:45 PM PDT

2 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Jumlah pelarian Rohingya di Malaysia makin meningkat dengan angka rasmi terkini mencecah sehingga 30,463 orang.


Statistik terkini Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) menunjukkan peningkatan sekali ganda dalam tempoh kurang empat tahun, berbanding 15,001 pelarian Rohingya berdaftar pada 2009.

50 peratus hidap darah tinggi 2025

Posted: 08 Sep 2013 05:42 PM PDT

2 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Subang: Lebih 50 peratus rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas dijangka menghidap penyakit darah tinggi menjelang 2025 berikutan amalan gaya hidup dan budaya pemakanan tidak sihat.


Pengerusi Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr Chia Yook Chin, berkata berdasarkan kajian, hingga kini, negara mencatatkan seramai 4.8 juta penghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi.
"Daripada jumlah itu, dua pertiga daripada mereka tidak menyedari perkara itu sehingga mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor kerana penyakit ini tiada simptom. Malah, pada 2011, golongan berumur 40 tahun ke atas menyumbang 45 peratus dalam kes hipertensi berbanding 42.6 peratus pada 2006.
Jumlah terus meningkat
"Tidak mustahil jumlah itu akan terus meningkat sekiranya tahap kesedaran kesihatan penduduk masih rendah. Penyakit ini turut dikesan dalam kalangan golongan muda berumur 18 tahun ke atas, iaitu 33 peratus pada 2011 berbanding 32.6 peratus lima tahun sebelum itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam media 'Peningkatan Kadar Hipertensi di Malaysia: Punca dan Kaedah Rawatan Terkini' oleh lima persatuan kesihatan bersama Kumpulan Perubatan Sime Darby di sini, semalam. Ia bagi menerangkan kaedah rawatan hipertensi dikenali 'One Shot Renal Denervation System'.
Teknologi rawatan berkenaan mampu menyahaktif saraf simpatik (saraf membantu mempercepat denyut jantung, menyempitkan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah), di sekeliling arteri ginjal dengan menggunakan tenaga frekuensi radio bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.BH/-

10,000 warga Bangladesh ‘terperangkap’ di Malaysia

Posted: 08 Sep 2013 05:39 PM PDT

2 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Kira-kira 10,000 warga Bangladesh di sekitar Cameron Highlands, Pahang dikesan menetap lebih masa, malah sudah menjangkau antara 15 hingga 20 tahun.


Mereka dikatakan 'terperangkap', tidak dapat keluar dari Malaysia selepas urusan masuk ke negara ini dikendalikan sindiket. Ada antara warga Bangladesh terbabit mendakwa mereka dibawa masuk ke Malaysia oleh ejen senegara dikenali sebagai 'Jalal' yang bersubahat dengan ejen tempatan.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 08 Sep 2013 03:12 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


i-Rakyat Customer Alert !

Posted: 08 Sep 2013 02:29 PM PDT


Dear Customer,

You have one(1) new message, Secure Login for immediate access,
provide your correct details.

Thank You.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 08 Sep 2013 11:26 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Sekitar Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Kali Ke 45

Posted: 07 Sep 2013 06:03 PM PDT

 Antara tetamu jemputan yang hadir

YB Hj Mohd Roseli Ismail menyampaikan ucapan
mewakili PAS Kawasan Machang

Persembahan istimewa nasyid anak PASTI Machang
yang menjadi johan nasyid peringkat negeri Kelantan

Ucapan aluan oleh Ust. Hatman Abdullah
(Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang)

YB Hj Mohd Roseli b. Ismail menyampaikan
amanat kepada para perwakilan sekalian

Antara perwakilan yang hadir

Sekalung penghargaan kepada YB Hj Mohd Roseli Ismail

Selamat bersara umur muda kepada
Sdr. Ahmad Azli Dollah

Setinggi penghargaan kepada perasmi mesyuarat agung
YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah

Antara perwakilan yang mendaftar

Semangat juang para perwakilan sekalian


 
Antara jemputan daripada muslimat yang hadir

Ust Hatman Abdullah bersama YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah

Dari kiri : Sdr Firdaus Radzulan, Sdr Zainul Amin Mat Zin (Ketua Pemuda Baru)
Sdr. Muhd Khairul Che Khalid (Naib Ketua Pemuda Baru), Sdr Shahrul Akram

Turut bersama dalam majlis ini
wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan


Ketua Pemuda Dun Kemuning bersama 
Setiausaha Pemuda Dun Pulai Chondong

Wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Ust Razuan Awang Hamad
(Timb. Ketua Pemuda yang baru)

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 08 Sep 2013 11:07 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Jangan bersedih?

Posted: 08 Sep 2013 09:50 AM PDT

Di kala jari jemari menjadi kaku ketika ini ( 3 dzul qa'dah 1434 hijriyyah ), ..bersama  2 posting yang di simpan menjadi draft..

Isteri kesayangan menghulurkan buku ini...

"Abg..baca buku ni.." ..sambil ia tersenyum. Ku tatap kitab setebal 613 mukasurat. Ayat pertamanya saja sudah meruntun jiwa.  Sungguh seorang isteri sangat memahami perasaan suaminya.

Sungguh...kitab ini menyentuh apa itu kesedihan,hakikat,istirehat. Aku bukanlah pakar dalam membedah juga melakukan autopsi buku. Tapi ku sarankan kepada semua pembaca blog ini untuk membacanya jika anda mengalami stress,kesedihan dalam semua faktor,maka kitab ini akan mendorongmu untuk menyelidik bukan sekadar membaca untuk halwa mata tetapi jiwa mu akan terdorong untuk menyelidik setiap qalam qalam suci al quran nur karim.

Semoga Allah merahmati hidup dan matinya sayyid 'Aidh Abdullah Al Qorni. Dengan kitab mu ( la tahzan ) dengan hidayahNya dapat menenangkan banyak jiwa,meredakan amarah makhluk,membikin manusia tuli menjadi tangis. Bi iznillah.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Sedikit ubahsuai untuk kemudahan masa depan.

Posted: 08 Sep 2013 09:13 AM PDT

Assalamualaikum para pelawat yang di rahmati..

Terdahulunya,saya sebagai admin memohon kemaafan kerana blog ini akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa ( yang mana di fikirkan perlu ). Perlu juga rasanya saya tetapkan beberapa setting agar setiap posting yang di update menepati citarasa pengunjung. Blog ini hanya lakaran semasa apa yang dihadapi penulis ketika hidup. Juga memohon beribu kemaafan jika terdapat kekurangan di dalamnya,ianya adalah hasil dari akal penulis yang juga seorang manusia biasa.

Juga di ruangan komen,tiada lagi ruang untuk anonymous atau tanpa nama. Ini tidak bermakna anonymous tidak lagi boleh menulis di ruangan komen,anda hanya perlu mendaftar agar saya lebih senang memanggilmu dgn nama panggilan tetap seorang pengkomen. :) Insya Allah..akan melantik dan menjemput beberapa penulis jemputan kerana rutin harian saya juga selalu di alam kesibukan. Pada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis,sila letakkan email agar mudah saya hubungi melalui email juga.

Segala kesulitan amatlah di kesali.

Dzulhaqq

◇ Ini merupakan cetakan berkomputer. Tandatangan tidak di perlukan.◇

Landskap Siasah

Posted: 08 Sep 2013 07:12 AM PDT

Landskap Siasah


YB Radzi ucapkan selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua calon peperiksaan seluruh DUN Sungai Rapat

Posted: 08 Sep 2013 06:33 AM PDT

YB Radzi Zainon bukan sahaja seorang pemimpin yang berwibawa sebaliknya juga seorang motivator yang pernah harum namanya seluruh negeri Perak. malah sehingga kini beliau masih memberi motivasi dan perangsang untuk para pelajar mencipta kejayaan. Tambahan pula sebagai wakil rakyat kini beliau juga memotivasikan ibu bapa pula untuk menjadi ibu bapa terbaik dalam memimpin ummah.

Sebelum ini YB Radzi pernah menjadi Kaunselor sambilan RTM (Radio Ipoh) segmen Bicaranita (2000-2002), Kaunselor Sambilan dan Motivator RTM (Radio Ipoh), segmen Motivasi Belia (2007), Perunding motivasi dan Latihan serta Penceramah bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun seperti JAIPk, KWSP, TLDM, AIM, USM, UTP, BMMB, gabungan Pemborong Melayu Perak, Rojam Industries Sdn Bhd, HPA, NGO, sekolah dan beberapa yayasan di serata Negara.

Sempena bulan peperiksaan yang bakal menjelang, YB Radzi Zainon mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan. Semoga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Pusat Khidmat ADUN Sg rapat juga menaikkan beberapa benner untuk motivasi pelajar.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat



Medan Gopeng


SK Pengkalan Lahat


Simpang 3 Pengkalan Pegoh


SK Sg Rokam

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan