Rabu, 7 Ogos 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 07 Aug 2013 01:10 PM PDT

Duke of UMNO


PUNCA PAK LAH SELALU TERTIDOOOO...ZZZZZZZZ....

Posted: 07 Aug 2013 03:37 AM PDT

Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.

Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan "sleep apnea."

Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.

Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu.

"Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas," katanya.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan.

"Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu."

Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di "tingkat empat", mengacau bilaukan negara. – THE MALAYSIAN INSIDER

PANAS..!!! KAWAN BAIK GUAN ENG RUPANYA..!!!

Posted: 07 Aug 2013 01:37 AM PDT

kit siang

Mungkin tidak punya hujah lagi untuk mengakali minda rakyat, "Maharaja Dinasti Lim" mengamuk sakan baru-baru ini pada seorang paderi, Father Augustus Chen, yang menulis mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang lalu bersifat "luar biasa".

Father Augustus dalam tulisannya mendedahkan tentang Laporan Ekuiti yang menyebut mengenai "penipuan pemilihan CEC" yang dijalankan oleh anaknya, Guan Eng, selaku Setiusaha Agung DAP pada akhir tahun lalu.

Lebih menarik, paderi itu jugak membongkar penipuan demi penipuan yang berlaku di dalam pemilihan CEC parti "chauvinis ultra kiasu" itu selama tempoh 47 tahun lalu! Padanlah Lim Kit Siang panas hati…


Bekas Ahli Parlimen (DAP) Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula tampil menyakinkan rakyat Malaysia berhubung dakwaan Father Augustus itu dengan mengatakan bahawa paderi itu pernah menjadi rakan karib anaknya, Guan Eng. Maka ia menjadikan tulisan paderi itu lebih berkreadbiliti, bukan?

Namun yang peliknya, Kit Siang tidak semena-mena menyanggah dakwaan Father Augustus dan menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik penulisan paderi itu. Hanya kerana Utusan Malaysia yang siarkan berita mengenai pembohongan DAP, maka UMNO pun turut dikaitkan? Adilkah begitu?

Kalau kita lihat dari susur galur cerita mengenai penipuan yang didedahkan oleh Father Augustus sehingga ia menggemparkan seluruh negara tentang "kisah gelap" di dalam DAP itu, saya tidak nampak langsung penglibatan UMNO di dalamnya.

Kalau ada pun, hanyalah Utusan Malaysia saja. Itu pun kerana akhbar itu dimiliki UMNO sebagai pemegang saham terbesar dan ia hanya melaporkan apa yang diceritakan oleh Father Augustus, Wee Choo Keong dan sidang akhbar Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan.

Salahkah Utusan Malaysia siarkan berita sensasi mengenai DAP itu? Bukankah sudah resmi media massa dan akhbar yang sentiasa mahukan cerita-cerita sensasi untuk tatapan pembacanya? Sudahnya, UMNO pula disalahkan? Biar betul?!

Berusaha mengaitkan UMNO di dalam teorinya, Kit Siang menuduh buku tulisan Father Augustus itu kononnya telah diterjemah ke dalam empat bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Benarkah?

Apakah Kit Siang benar-benar pasti dengan tuduhannya itu? Dia begitu yakin? Apakah dia punya bukti untuk membuat pertuduhan seperti itu?

Pada hemat saya, Kit Siang sebenarnya takut pada bayang-bayang partinya sendiri. Bila "tembelang" yang dipercayai telah didalangi "Dinasti Lim" terbongkar di pengetahuan umum, dia panik melihat kebangkitan ahli DAP yang bangun menentangnya.

Mungkin juga dia takut jika legasi "Dinasti Lim" pupus sebelum waktunya? Dan mungkin juga dia risau sekiranya parti yang dilahirkan PAP Singapura itu hilang agenda "chaunivis ultra kiasu" yang didokongnya selama ini.

Hakikatnya, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sebelum ini kononnya begitu "telus", "mulus" dan "kudus". Padahal, ia hanyalah sebuah parti yang menjadi alat untuk meng"Singapura"kan Malaysia.

Mereka mahu kuasai Malaysia, dan hapuskan sistem beraja di negara kita. Kemudiannya, mereka dengan mudah dapat merepublikkan Malaysia, sekaligus mungkin dapat membawa masuk "abang besar" mereka, Singapura, sebagai sebuah negara "republik" yang baru. Itu teori saya.

Saya sarankan DAP supaya lakukan saja pemilihan CEC semula. Apa yang nak ditakutkan? Susah sangatkan mahu adakan pemilihan semula? Apakah DAP akan automatik diharamkan jika adakan pemilihan CEC semula? Atau Lim Kit Siang sendiri takut "Dinasti Lim" karam kali ini?

Sumber: Mykmu.net

TERKINI..!!! PRK DI DUN KLIAS, SABAH..!!!???

Posted: 06 Aug 2013 11:37 PM PDT

Ada orang kata, lepas Kuala Besut, akan berlaku PRK di Sungai Limau. Tak pun di Bukit Katil. Tapi aku tak rasa begitu....

Pada pandangan aku, lepas Kuala Besut, mungkin akan berlaku PRK di DUN Klias. Kat mana DUN Klias ni? Kat Sabah bahhhhh... "ku kuyak-kuyak muka kaooo".. kata member aku dari Sabah! Heh!

Kalau berlaku PRK kat Klias, aku harap kawan-kawan aku bertenang dan tak payah la booking tiket kapal terbang nak ke sana... Relaks la beb... belum pasti lagi akan berlaku PRK di sana...

Sebabnya...

Mahkamah pilihan raya di Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama setakat ini dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Sabah bagi kerusi DUN Klias.

Keputusan itu pastinya akan menyebabkan bantahan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang setakat ini, semua petisyen difailkan pakatan itu dibuat dengan dikenakan kos tinggi.

Ini adalah petisyen pertama yang berjaya di antara 69 petisyen difailkan pembangkang PR dan Barisan Nasional (BN) selepas tamat PRU13 pada 5 Mei lalu.

Petisyen itu difailkan calon BN, Isnin Aliasnih yang memperolehi 6,182 undi berbanding Lajim, 6, 324 undi.

Hakim Yew Jen Kie bagaimanapun membuang petisyen difailkan Lajim yang mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort.

Lajim tewas di kerusi itu apabila calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun memenanginya.
Yew turut membuang petisyen Isnin yang difailkan terhadap pegawai pilihan raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 setiap seorang.

Hakim berkata, Isnin dalam permohonannya tidak menjelaskan bagaimana tindakan RO dan SPR memberi kesan terhadap keputusan kerusi Klias.

Lajim boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap kedua-dua keputusan itu.
Dalam pilihan raya lalu, bagi negeri Sabah, BN memenangi 48 kerusi sementara pembangkang menang 12. -Mynewshub.my

TERKINI..!!! PRK PULA DI BUKIT KATIL..???

Posted: 06 Aug 2013 09:38 PM PDT

Ramai jugak yang sms dan call aku bertanya tentang desas-desus kononnya Parlimen Bukit Katil di Melaka akan automatik "kosong" sekiranya Sam Ketot didapati bersalah di mahkamah atas dakwaan berhubung himpunan Blackout505 tempohari...

Kalau dirujuk pada undang-undang dan perlembagaan, Sam Ketot boleh dilucutkan dari menjadi Ahli Parlimen jika dia didapati bersalah. Sebab tu depa dok kata akan berlaku PRK di Parlimen Bukit Katil...

Pada hemat aku, Sam Ketot takkan hilang jawatan Ahli Parlimen tu. Sebabnya...


1. Dah tentu la Anwar akan cari the best lawyer untuk jadi peguambela untuk Sam Ketot. Anwar mahu kekalkan kerusi Bukit Katil tu milik PKR. Itu sudah pasti...

2. Kalau Anwar boleh terlepas kes liwat Saiful hari tu, tak mustahil Sam Ketot akan terlepas dalam kes ni. Maklum laaa... undang-undang ni leceh sikit bro. Kalau ada sikit je spoil dalam pendakwaan tu, confirm kalah punya... terutama pasal hal teknikal...kes-kes Anwar semuanya "lepas" sebab hal teknikal, kan?

3. Kalau kita tengok pula pada kecenderungan hakim-hakim sekarang ni, depa lebih "pro" sapa? Heh! Perkara tu boleh mempengaruhi keputusan, kan? Sebab tu Allah kata ramai hakim yang akan masuk neraka nanti, kan? kan? kan?

4. Kes tu baru je disebut semalam, bro. PKR boleh drag kes tu sampai 4 - 5 tahun. Kalau diputuskan segera dan Sam Ketot bersalah pun, dia boleh merayu. Banyak kali dia boleh rayu di mahkamah-mahkamah kat Malaysia ni... Macam aku kata tadi, hakim-hakim ni cukup "pemurah" kalau handle kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Haram ni... Sam Ketot boleh lepas punyaaa...heh!

Itu cuma pandangan aku saja la base on pengalaman aku. Tapi Allah yang menentukan. Kalau Dia kata PRK kat Bukit Katil, maka jadi la PRK kat situ. Aku cuma terfikir...kalaulah Allah takdirkan PRK di Parlimen Permatang Pauh..alangkah baiknya, kan? kan? kan?

GEMPAR..!!! BN CONFIRM KALAH PRU14..!!!???

Posted: 06 Aug 2013 07:37 PM PDT


Pasal buat operasi cegah maskiat di bulan ramadhan, polis dikutuk, dihina dan diperlekeh sesuka hati oleh pengunjun pusat hiburan. Aku tak tahu la sama ada Ah Chai tu mabuk atau tidak, tapi tengok gayanya dia seolah-olah dipengaruhi alkohol...kan?

Setahu aku, orang mabuk ni selalunya tak dapat kawal diri dan perasaannya. Apa yang terbit dari mulut, selalunya bersifat jujur dan benar dari lubuk hati yang paling dalam, kan? Masa mabuk, orang tu tak tahu fikir dan dia luahkan apa yang tersirat di hati...

Dalam kes ni, Ah Chai tu terang-terang tak sokong BN. Ye laaa.. tengah kecoh-kecoh operasi tu, tiba-tiba saja dia babitkan hal politik! Heh! Kuat betul pengaruh politik kat Ah Chai ni, tengah mabuk pun nak berpolitik jugak, broooo..!

Confirm BN kalah? Ye ke? PRU ke-14 maka confirm BN kalah? Boleh jadi apa yang dia kata tu betul, kan?


Sebab apa? Sebab Melayu tak bersatu. Sebab Melayu Muslim ni ego sangat terutama dalam hal politik. Bila diajak bersatu, kononnya "tok guru" depa nak ludah kita. Sesapa anak buah dia yang sokong perpaduan dengan BN, maka depa akan sisih dan terajang keluar dari parti...

Sebenarnya aku sedih tengok keadaan orang Melayu sekarang. Makin lama makin hilang. Aku bukannya lebihkan Melayu berbanding Islam. Tapi sepanjang aku hidup, UMNO tu la yang pertahan dan kembangkan Islam secara fundemantel kat Malaysia ni. 

Bukan la aku cakap PAS tu teruk sangat. Tapi bila depa gunakan Islam untuk pancing undi dan sokongan, itu namanya "jual agama", bro... PAS bukan melambangkan Islam sebab Islam sebenar tak bersifat begitu... 

Aku tahu aku tak mampu nak paksa sesiapa untuk sokong UMNO atau BN. Tapi sempena Aidilfitri ni, aku harap sangat supaya umat Islam di Malaysia ni bersatu padu tanpa mengira parti atau fahaman politik...

Bukan apa.. kalau kita Melayu Muslim tak bersatu, tengok la apa jadi kat pusat hiburan kat atas tu. Selamba je Ah Chai tu marah-marah bila pihak berkuasa buat kerja. Padahal, operasi macam tu selalunya dibuat untuk mengekang umat Islam buat maksiat, khususnya di bulan Ramadhan...

Mintak IC pun dia nak marah-marah mengamuk ke? Aku rasa, kalau dia buat macam tu kat Tanah Besar China, dah lama Ah Chai tu kena tembak dengan polis China. Tu nasib baik kena gari je. Tapi kalau aku la jadi polis, dah bersepai dah mulut Ah Chai tu... kalau kena buang kerja, buanglah!

Ni Malaysia beb. Ni negara Islam dan kita ada undang-undang. Kalau nak buat sesuka hati, pergi dok kat negara lain la Ah Chai... kat negara ni memang takleh terima budaya Ah Chai tu...

otai

Posted: 07 Aug 2013 11:38 AM PDT

otai


JAMPI LEE KUAN YEW HANTUI KETUANAN MELAYU

Posted: 07 Aug 2013 11:30 AM PDT

Kuan Yew: Dasar berasas kaum tak untungkan M'sia
Bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

NONEDalam petikan buku terbaru dilancarkan bertajuk 'One Man's View of the World' di Istana di Singapura semalam, Lee (kanan) berkata: 

"Ia adalah secara sukarela mengecutkan golongan berbakat yang diperlukan untuk membentuk masyarakat yang mengguna pakai bakat dari semua kaum.

"Mereka bersedia untuk kehilangan bakat besar bagi mengekalkan dominasi sebuah kaum.

"Sejak kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah agak bersedia untuk mengakui kehilangan golongan berbakat kepada bandar-bandar berwibawa di tempat lain dan sedang mencuba menarik pulang warga Malaysia berbakat dari luar negara.

"Tetapi realitinya, usaha-usaha ini mungkin terlalu sedikit...terlalu lewat," kata Lee yang merupakan bekas Menteri Mentor dalam bukunya, bab Asia Tenggara - 'Malaysia - A Different Path'.

Dalam bukunya itu, Lee berkata dalam dunia global, peningkatan kelebihan daya saing rakyat bergantung kepada kemahiran, daya pemikiran dan semangat juang yang mereka miliki.

"Malaysia sedang kehilangan punca dan memberikan negara lain peluang dan kelebihan persaingan dalam persekitaran bebas.

"Selepas Pilihan raya Umum 2008, ada perasaan mendalam di kalangan sesetengah pihak di Malaysia bahawa negara itu berada di ambang perubahan sebenar," katanya.

Beliau berkata pembangkang yang berkempen secara rasmi antara lain berjanji untuk menghapuskan beberapa dasar berasaskan kaum sehingga memberi kejutan kepada penyokong sendiri dengan pencapaiannya.

"Dari segi undi, ia adalah pencapaian terbaik pembangkang sejak 1969. Dari segi perolehan kerusi, ia merupakan keputusan paling terbaik dengan kerajaan dinafikan majoriti dua pertiga," kata pemimpin berusia 90 tahun pada September ini.

Setahun selepas pilihan raya, Lee dalam bukunya, berkata apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana menteri, beliau telah melancarkan kempen '1Malaysia' bagi memperkukuhkan keharmonian kaum dan perpaduan nasional.

Beliau berkata Najib membawa kempen 1Malaysia untuk memenangi semula undi kaum Cina dan India yang hilang dalam Pilihan Raya 2008.

Lee berkata adalah mustahil bagi Najib untuk menawan semula hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan penyokong teras dari partinya - kaum Melayu.

Beliau berkata slogan 1Malaysia tidak menepati keterujaan awal yang dicetuskan oleh kempen itu.

Dalam erti kata lain, rakyat berkongsi 1Malaysia tetapi komuniti tetap berbeza sebagai Melayu, Cina dan India. Ia masih kekal sama sekiranya kempen 1Malaysia boleh membawa kesamarataan untuk bukan bumiputera dalam apa-apa cara yang ketara, katanya.

Lee juga berkata mereka yang mengharapkan 1Malaysia untuk menyambut era baharu dalam hubungan antara kaum adalah tidak realistik manakala mereka yang menghitung pembangkang melakukannya pada satu hari nanti juga begitu sama.

Sebagai permulaan, beliau berkata pakatan pembangkang untuk berkuasa dalam masa terdekat merupakan sesuatu yang amat sukar.

Sekiranya ia berlaku, katanya peluang untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu tidak akan menjadi kerana pakatan pembangkang mencari peluang dan tidak mempunyai pendirian sama tetapi hanya mahu menyingkirkan kerajaan.

Buku setebal 400 halaman itu, terbitan Straits Times Press, unit penerbitan Singapore Press Holdings (SPH) Ltd, menyampaikan pandangan Lee mengenai masa depan kuasa-kuasa besar dan rantau-rantau di dunia.

- Bernama

DEMIKIANLAH MADAH LAMA YANG DIMAINKAN BERULANGKALI UNTUK YAKINKAN BUMIPUTERA DAN ORANG MELAYU BAHAWA MALAYSIA AKAN MUNDUR KERANA HAK ISTIMEWA DAN KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN YANG DICAP SEBAGAI DASAR BERAT SEBELAH DAN HANYA UNTUNGKAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH SARAWAK SAHAJA SELAMA 55 TAHUN MERDEKA.

BETUL KE MITOS DAN MENTERA ATAU JAMPI LEE KUAN YEW NI ??????????

PAK LAH PULA DALAM MALAYSIAKINI 7 OGOS 2013 TEGASKAN BAHAWA UMNO PERLU BERUBAH. KETUANAN MELAYU BUKAN HAK TETAPI PENCAPAIAN IAITU PERLU DIUSAHAKAN UNTUK MENJADI TUAN. TUAN TAK KAN JADI SECARA AUTOMATIK.....

MAKA KALAULAH DENGAN HAK ISTIMEWA DAN PELBAGAI DASAR YANG BANTU BUMIPUTERA PUN KAUM BUMIPUTERA TAK MAMPU NAK JADI TUAN ATAU BOSS... APALAGI DENGAN DASAR TERBUKA SEPERTI JAMPI LEE KUAN YEW TU ???????? DENGAN JAMPI LEE KUAN YEW BOLEHKAH MELAYU DAN BUMIPUTERA JADI TUAN ????? ATAU KETUANAN BUMIPUTERA ??????

LU PIKIR LA SONDIRIIIIIIII

POKOKNYA ADAKAH ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA WAKTU INI DILATIH MALAH DIANGKAT JADI TUAN DALAM SEGALA BIDANG ????????????

BANYAK SERUAN UNTUK BERUBAH DAN BUAT MACAM2 ISMELISASI

TAPI SIAPA YANG LAKSANAKAN USAHA JADIKAN BUMIPUTERA TUAN ATAU KETUANAN ??????????

PRU KE 13 TELAH TUNJUKKAN BAGAIMANA USAHA UNTUK GANTI DAN PADAMKAN BUAT SELAMA2NYA KETUANAN MELAYU BILA ANUAR IBRAHIM DAN KUNCU2 MENTERA LEE KUAN YEW YANG KATA, KITA TUKAR KETUANAN MELAYU DENGAN KETUANAN RAKYAT. NAMUN USAHA MEREKA BELUM KESAMPAIAN.....

SEKARANG TERPULANG KEPADA UMNO DAN BN ADAKAH HENDAK TERUSKAN DASAR KETUANAN MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH SARAWAK ATAU NARK IKUT ATAU TERIMA SECARA TOTAL MENTERA IAITU JAMPI LEE KUAN YEW SEJAK 1963 LAGI ITU.....

PRU KE 14 IAIATU 2018 SEDANG MENANTI JAWAPAN.......

JAMPI LEE KUAN YEW ATAU KETUANAN BUMIPUTERA ???????????

SIAPA YANG MUJARAB UNTUK SEMBUHKAN PENYAKIT KELIRU ATAU KRISIS IDENTITI MALAYSIA SELEPAS 56 TAHUN MERDEKA TAHUN INI...... 

TUN MAHATHIR DAN TUN ABDULLAH AKAN TERUS BERTIKAM MINDA DAN TAK AKAN SETUJU ANTARA SATU SAMA LAIN. MAKA ADAKAH JAMPI LEE KUAN YEW 1963 ITU MERUPAKAN UBAT MUJARAB UNTUK MALAYSIA ??????

MAKNANYA MIMPI DUA TUN AKAN KECUNDANG LAWAN JAMPI LEE KUAN YEW 1963 ?????????

TAK ADA JAWAPAN ???????????????????????????

PEJUANG BANGSA

Posted: 07 Aug 2013 11:14 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KERAJAAN BURU DALANG KUMPULAN PANJI HITAM , DOKTRIN MENYELEWENG AGAMA & SEJARAH !!

Posted: 06 Aug 2013 05:30 PM PDT



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka. 

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. 

"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan di sini. 

Polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara. 

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyai pengikut yang setia. 

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya. 

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini mencetuskan isu keselamatan, pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.






KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti dalang kumpulan yang ditahan di luar pintu Istana Negara Isnin yang mendakwa mereka pewaris sah Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata polis juga sedang mengenal pasti motif sebenar kumpulan itu berbuat demikian.
"Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini. Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok," katanya pada sidang media di sini Selasa.
Ku berkata kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau didenda.
Kumpulan yang mendakwa mereka anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara itu berpakaian serba hitam dan tiba di kawasan istana dengan menaiki tiga kereta pada 4.10 pagi sebelum ditahan polis.
Media melaporkan mereka mendakwa sebagai pewaris Agong yang sah dan dipercayai cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.
Tangkapan termasuk rampasan kesemua kenderaan terlibat dilakukan ketua balai polis Jalan Travers. Tiada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kenderaan yang dirampas.
Siasatan polis mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak, Johor dan Kedah.
Antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'- Bernama

Rahsia mengapa Pak Lah sering terlelap terjawab

Posted: 06 Aug 2013 03:33 PM PDT





Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.


"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.

"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.

Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

bumiyang

Posted: 07 Aug 2013 03:33 AM PDT

bumiyang


Akibat Salah Urus Pas Kos Gaji KUIN Menjangkau RM 17 Juta???

Posted: 06 Aug 2013 04:04 PM PDT

Dakwaan pihak tertentu kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah tidak membayar gaji kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah tidak benar.Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjelaskan, semua kakitangan KUIN dibayar gaji kecuali kakitangan Insaniah Holdings (IHSB).Ini kerana syarikat swasta itu mengendalikan kuliah secara tidak sah atau tanpa perjanjian, kata Mukhriz kepada Agendadaily

Tiada Rekod Imigresen Alntantunya Memasuki Perancis? Tetapi Tetap Cuba Kaitkan Najib???

Posted: 06 Aug 2013 05:30 AM PDT

Sumber http://m.malaysiakini.com/news/237791 Ini satu lagi cubaan jahat untuk mengaitkan DS Najib dengan pembunuhan mendiang Altantunya..., Walaupun tiada bukti perjalanan rentas sempadan yang dapat dikemukakan mereka tetap mahu cuba untuk mengaitkan DS. Cuba untuk menimbulkan seolah2 Altantunya sememangnya terlibat dengan perundingan jual-beli semata2 untuk menimbulkan keraguan dan mewujudkan

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 07 Aug 2013 03:27 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Iklan kompang pulak

Posted: 06 Aug 2013 10:10 PM PDT


Semasa Tahun Baru Cina, hebat Dato Najib main gendang untuk kumpulan tarian naga dalam iklan.

Husin menunggu bila pula nak keluar iklan kompang Dato Najib. Untuk Cina, pegawai media dan jawatankuasa propaganda sanggup keluar wang ratusan ribu untuk buat iklan tersebut, takkan untuk orang Melayu tidak ada. Orang Melayu 60% majoriti ...

Apa dalam skrip iklan Cina kena samarata atau lebih dari itu. Husin bayangkan iklan tu mula dengan suasana kampong yang indah dan aman ...


Nampak lampu raya menandakan nak raya ...


Malam raya ada Upin Ipin sedang gembira ...


Upin dan Ipin jumpa kompang lama ...


Lalu diberi pada seorang orang tua yang suk sama kucing. Dia main kompang dengan hebat sekali ...


Budak-budak lain datang nak tengok ...


Mereka sungguh gumbira ....


Baru Upin dan Ipin sedar yang main kompang itu Perdana Menteri Malaysia Dato Najib.


Undi Melayu senang dapat.

Iklan, biasiswa dan kontrak untuk undi Cina. Selamat Hari Raya pun sama Cina.


Untung jadi Cina. 1Malaysia....Rakyat (Cina) sentiasa didahulukan, Pencapaian Cina juga PEMANDU utamakan. Lepas iklan untuk Cina, 4% saja kasi undi.

Kompang untuk Melayu apa akan jadi pula?

Wow! Duit jual orang ana derma duit raya

anakbukitgantang says

Posted: 07 Aug 2013 03:07 AM PDT

anakbukitgantang says


Kisah gadis supermarket yang berbuka puasa di kaunter

Posted: 07 Aug 2013 01:43 AM PDT

 
Di sebalik provokasi ugama dan perkauman yang dibuat oleh pembangkang maseh ada yang mengamalkan sikap toleran antara ugama dan kaum di Malaysia. Kesah benar dari Encil Raven Murugesan diceritakan kembali di fb beliau
 
Sewaktu di kaunter supermarket, beliau mendapati telah masuk waktu magrib dan berbuka puasa bagi umat Islam di Malaysia. Dia mendapati gadis cashier seorang Muslim dan kelihatan letih kerana berpuasa.  Untuk berbuka sekejap amat sukar bagi cashier berugama Islam kerana  deretan pelanggan yang  panjang.
 
Tanpa berfikir panjang beliau menawarkan air Tropicana Twister dan biskut yang sedang di scan untuk gadis cashier tersebut berbuka puasa. Pada nulanya gadis tersebut ragu ragu dan memohon ehsan dari seorang pelanggan  Cina di belakang En Raven. Namun pelanggan Cina tersebut juga membenarkan gadis cashier berbuka puasa dahulu. Gadis cashier tersebut mengambil biskut dan Tropicana Twister lantas duduk di bawah kaunter untuk berbuka puasa. Tak sampai 30 saat kemudian gadis cashier menjelma dan kembali menjalankan tugasnya dengan linangan air mata kesyukuran.
 
Moral Insiden: Kita tak perlukan bermillion ringgit dihabiskan untuk menyemai semangat hormat menghormati antara ugama dan kaum , tapi hormatilah setiap insan sebagai seorang adik, kakak atau abang...Semoga rakyat Malaysia  terus hidup dalam aman dan damai di Malaysia.
 
 
 
True story from Mr.Raven Murugesan :
 
I was in a busy supermarket when the azan was in the air and its time to berbuka puasa. But there was only one counter operating with a very long queue and the counter girl went on working without taking a break. When my turn came, I asked her "puasa ?" . With a charming smile she said " ya uncle" . But her eyes evidently showed that she was tired.
 
 I quickly took the Tropicana Twister and biscuits which she just scanned and offered to her and said " adik minum dan makan sekeping biskut ini dulu. Tak per kami boleh tunggu" she looked at the Chinese gentleman behind me , who sportingly noded . She took the drink and biscuits and sat beneath the counter. It was not even 30 seconds. When she resumed her work there were tears in her eyes. Moral of the incident : We don't need multi million ringgit promos to create 1Malaysia. Just treat everyone like brothers and sisters, we shall have a very loving environment in this country........

Sahabat-Gunung

Posted: 07 Aug 2013 01:13 AM PDT

Sahabat-Gunung


Respon Courts Mammoth Terhadap Desakan GAGASAN ......

Posted: 07 Aug 2013 12:31 AM PDT




Desakan dan tindakan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) terhadap Courts Malaysia Sdn Bhd dan Courts Mammoth Berhad di atas pengedaran risalah promosi hari raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik ...........

Akhirnya telah mendapat RESPON dari pihak Courts Malaysia Sdn Bhd dan Courts Mammoth Berhad .....


Jom layan.....

Bekas Timbalan Presiden GAGASAN, `Semput & Sakit Kepala'.....

Posted: 06 Aug 2013 11:05 PM PDT


Bekas Timbalan Presiden GAGASAN, `Semput & Sakit Kepala'.....

Siapa sebenarnya Bekas Timbalan Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.....?

Kenapa dia semput dan sakit kepala ....

Keputusan Mahkamah Pilihanraya sebenarnya yang membuatkan dia semput dan sakit kepala ...


siapa dan mengapa .... Jap ..... 

GAGASAN Buat Dua Laporan Polis terhadap Courts Mammoth

Posted: 06 Aug 2013 10:27 PM PDT

Laporan Polis Oleh Azman Hashim, Pengerusi Gagasan Wilayah Persekutuan

Laporan Polis Oleh Syed Anuar Syed Mohamed, Setiausaha Gagasan Terengganu
merangkap Setiausaha Agung Gagasan Pusat

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) semalam telah membuat 2 laporan polis diwakili Gagasan Wilayah Persekutuan yang diketuai saudara Azman Hashim serta Gagasan Negeri terengganu yang diwakili Syed Anuar Syed Mohamed.

Laporan polis terhadap Courts Malaysia Sdn Bhd dan Courts Mammoth Berhad di atas pengedaran risalah promosi hari raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik.

GAGASAN  ingin nyatakan bahawa :

1.    Pengedaran risalah promosi tersebut telah secara langsung mengguris perasaan umat Islam di seluruh Malaysia dan menimbulkan rasa ketidakharmonian serta mengapikan perasaan umat Islam kerana kalimah syahadah merupakan kalimah paling suci bagi umat Islam

2.    Ia terjadi BUKAN secara tidak disengajakan berdasarkan cara penulisan yang tiada kesilapan, dan dapat dibaca dengan jelas melalui paparan cermin seolah-olah merupakan perancangan yang cukup terancang untuk menghina umat Islam di Malaysia

3.    Courts Malaysia tidak sewajarnya dan tidak pernah diberi kebenaran oleh pihak berwajib menggunakan kalimah syahadah sebagai alat pemasaran untuk dicetak sebagai risalah promosi dengan skala besar kerana ia membuka ruang seluas-luasnya untuk cetakan kalimah syahadah berada di tempat yang tidak sepatutnya dan ini secara langsung menghina kesucian kalimah syahadah secara khusus dan agama Islam dan umatnya secara amnya dan menimbulkan kemarahan.

4.    Isu kesilapan teknikal tidak boleh digunakan kerana tempoh masa yang panjang dan mencukupi diambil untuk menyedia dan meluluskan sesuatu risalah pemasaran. Mustahil sepanjang proses tersebut, keadaan kalimah syahadah yang terbalik tidak disedari dari peringkat penyediaan konsep sehinggalah peringkat percetakan dan pengedaran.


Laporan ini untuk mendesak pihak berkuasa menyiasat DAN mengambil tindakan ke atas Courts Malaysia berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan mana-mana peruntukan yang difikirkan sesuai dengan hukuman lebih berat. Ini untuk dijadikan iktibar kepada mana-mana pihak supaya tidak mengulanginya di masa akan datang.

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Aug 2013 01:04 AM PDT

Taipingmali (tm)


Pemilihan UMNO: 88 Dalil Kenapa Khairul @AzwanBro Tidak Layak Menjadi NKPUM

Posted: 06 Aug 2013 04:37 PM PDT


Posted by RR at 2:46 AM by 1 peluru




Asalnya gua buat satu poster untuk memperkenalkan calon yang akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (NKPUM) dalam bentuk seakan-akan neutral. Tapi sesiapa yang faham tentang visualisasi dalam propaganda akan terdetik di kepala kenapa gua susun kesemua calon sebegitu.


Kenapa Khairul Azwan Harun (Ketua Pemuda Perak) gua selitkan di tengah-tengah, pada bahagian paling depan?? Nak jadi politician, belajarlah tentang propaganda sedikit supaya tidak nampak diri terlalu bangang!


Bersama UMB, gua telah mengajar ratusan jentera siber BN tentang teknik propaganda, termasuk arts of cyberwar. Gua cuba gunakan kelebihan itu untuk membantu sesiapa yang tahu menghargai.


Awalnya gua anggap satu penghargaan bila turut dipanggil oleh Khairul Azwan untuk membantu kempennya bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO menggantikan tempat Datuk Razali Ibrahim dalam Pemilihan UMNO 28 September nanti.


[Gua percaya ada juga calon2 lain memanggil penggiat2 media lain untuk membincangkan tentang strategi kempen mereka. So not a big deal about that!]


Seterusnya gua bersama beberapa orang rakan membuat semua analisis mengenai kelemahan yang harus dia perbaiki dan kekuatan yang harus ditonjolkan ke tahap maksimum. Disusuli beberapa kali perjumpaan yang tidak pernah berbalas harga minyak keretapun. Khairul Azwan kedekut - ITU FAKTA!!


Dari analisis awal, apapun cara yang dilakukan Khairul Azwan takkan punya sebarang potensi untuk memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda, lantaran di Perak sendiri dia tidak mendapat sokongan solid. Populariti di peringkat nasional juga seperti hutan dara yang tidak pernah tercuit langsung.


Tapi iltizam awal gua siapapun yang akan gua bantu akan gua usahakan untuk menang, all out tanpa sebarang kompromi.


Tapi apa balasan yang diterima, Khairul Azwan menolak bulat-bulat semua usaha yang dilakukan tanpa sebarang perbincangan. Gua sendiri tidak pasti silapnya darikaedah engagement atau sememangnya Khairul Azwan seorang yang tidak tahu mengenang budi.


Ada orang yang anggap wang adalah segala-galanya, ada juga yang mahukan aprisiasi (penghargaan) supaya wang diterima dengan bermaruah. Ini bukan soal wang walaupun Khairul Azwan golongan silverspoon yang boleh menyuap ringgit ke ratusan mulut - selamba rock!!


Gua boleh terima tawaran Khairul Azwan walaupun tawaran itu cuma diterima selepas menerima tekanan beberapa orang rakan. Tapi gua tak mahu gadaikan prinsip untuk menerima sebarang tawaran dari seseorang yang tidak pernah terfikir untuk belajar menghargai usaha orang lain yang telah membantunya selama ini SECARA PERCUMA.


Ini mungkin amaran untuk calon2 lain juga yang ingin menjadi politician... BELAJARLAH UNTUK MENGHARGAI, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA. Jadi gua umumkan di sini akan membantu semua calon2 lain yang akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (NKPUM) sepenuh obsessi dengan segala kepakaran yang gua ada... #AsalkanBukanAzwanbro.


Mana 88 dalilnya?? Gua punya 88 analisis tentang kelemahannya... Jadi tunggu bila pencalonan rasmi diumumkan 7 September nanti!! Astalavista-bebeh!!

Kerajaan sedia tolak TPPA jika merugikan negara- Tahniah!

Posted: 06 Aug 2013 02:48 PM PDT

Kerajaan memandang serius input yang diberi semua pihak berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata yang penting dalam membuat keputusan itu ialah kepentingan Negara tetap menjadi keutamaan tanpa menjejaskan sebarang hak rakyat.

"Pertimbangan dibuat sama ada ia membantu negara atau boleh menjejaskan kepentingan negara. Ini asas untuk pertimbangkan apa yang akan kita lakukan," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan badan bukan kerajaan, di sini malam tadi.

"Setakat ini, tiada satu pun yang telah kerajaan muktamadkan mengenai TPPA kerana banyak perkara yang belum kita selesaikan lagi, dan kalau jejas kepentingan negara, tidak ada sebab untuk kita bersetuju," tegasnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Mustapa turut berkata beliau gembira dengan kehadiran kira-kira 1,000 orang yang mewakili semua pihak pada hari terbuka mengenai TPPA pada Khamis lepas, dan kerajaan telah mendapat banyak input bermanfaat daripadanya.

"Saya mendapat maklum balas berhubung beberapa cabaran yang dihadapi dalam kita berunding mengenai TPPA berkaitan cabaran terhadap kedaulatan negara, harga ubat-ubatan, berkaitan dengan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang banyak dibangkitkan," katanya.

TPPA merupakan perjanjian yang mirip kepada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi perdagangan pelbagai hala melibatkan Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan UMNO, Aturan dan Kaedah Pemilihan

Posted: 06 Aug 2013 02:41 PM PDT

Menjelang pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada September dan Oktober ini, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan surat pekeliling kepada UMNO Bahagian berkaitan butiran dan kaedah pelaksanaannya agar ia dapat difahami dan pelaksanaannya berlangsung lancar.

Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan:

SURAT PEKELILING IBU PEJABAT BIL : 02/13

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 26 Julai 2013 telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN

2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian

2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat

2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian

2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON

2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, peringkat Jawatankuasa Bahagian dan peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 7 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.5 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN

2.5.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.6 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

2.6.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.7 LAIN-LAIN PERKARA

2.7.1 Notis Persidangan

• Notis Persidangan bertulis perlulah dikeluarkan kepada ahli yang layak menghadiri Persidangan selaras Perkara 6 Peraturan Persidangan dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, bunting dan banner serta sistem pesanan ringkas (SMS) adalah DIBENARKAN sebagai dokumen sokongan kepada kaedah sedia ada sebelum ini

2.7.2 Tempoh Bantahan Persidangan

• Tempoh bantahan Persidangan disemua peringkat sekiranya ada perlulah dibuat dalam tempoh masa 3 hari selepas Persidangan diadakan

2.7.3 Had Umur Kelayakan Bertanding

• Bagi mana-mana Ahli Pergerakan Pemuda yang lahir pada tahun 1973 adalah LAYAK bertanding sebarang jawatan didalam Pergerakan Pemuda.

2.7.4 Cukup Bilang (Korum) Persidangan

• Cukup Bilang (Korum) Persidangan adalah ¼ daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir selaras Fasal 11.1 Peraturan Persidangan. Jika tidak ada ¼ bilangan Korum, Pengerusi boleh menangguhkan persidangan selama 1 jam dan jika masih tidak cukup bilang (Korum) maka bolehlah merujuk kepada Perlembagaan.
• Bagi Pergerakan Sayap-sayap, bilangan cukup bilang adalah seramai 11 orang memandangkan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap adalah terkecuali serta had umur bagi Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dibenarkan melebihi umur 40 tahun yang terdiri daripada Ahli Pergerakan dalam tempoh penggal berkenaan dan terpakai disemua peringkat.

2.7.5 Makluman pengoperasian Call-centre Ibu Pejabat

• Mana-mana Ahli yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pemilihan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-22-8666 bermula 1 September 2013

2.7.6 Larangan-larangan semasa tahun pemilihan

• Larangan-larangan semasa tahun pemilihan adalah terpakai sepertimana yang terkandung di dalam Tataetika Ahli

2.7.7 Cawangan Yang Kurang daripada 50 ahli di negeri Sabah

• Bagi Cawangan-cawangan di negeri Sabah yang kurang 50 Ahli didalam Cawangan tersebut perlulah menggunapakai kaedah yang ditetapkan terdahulu.

3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya oleh Yang Berhormat/ Yang Berbahagia.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Suspek Utama Pembunuh Pengasas Arab Malaysian

Posted: 06 Aug 2013 10:02 AM PDT


Add caption


Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek utama pembunuhan.

NAMA 
KONG SWEE KWAN
K/P : 690103-10-6459

ALAMAT TERAKHIR 
NO 132 JALAN PELANDOK 4, 
TAMAN SUNTEX,  
BATU 9 CHERAS, SELANGOR

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan menghubungi 
  1. Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 
  2. Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 
  3. SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 
  4. atau mana-mana balai polis berhampiran. (FB Polis KL)

Syiah :Baru dua ditahan di Taiping.

Posted: 06 Aug 2013 09:55 AM PDT



Yes, baru dua di tahan, sebenarnya ramai lagi yang perlu ditahan....tak perlu nama disiarkan, Jabatan Agama Islam Perak tahu siapa mereka kerana pernah mengadakan dialog dengan beberapa orang lagi ahli syiah. Video muzakarah pernah disiarkan dalam youtube.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping hari ini kerana terlibat dengan fahaman serta ajaran Syiah.
Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.
Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula pukul 11.25 pagi.
"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.- Bernama

Tahniah, teruskan memburu mereka, Taiping dan Kerian adalah lubuk Syiah di Perak.

Belantan

Posted: 06 Aug 2013 11:32 PM PDT

Belantan


KITA desak Anwar, Karpal isytihar harta?

Posted: 06 Aug 2013 08:18 AM PDT


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyokong desakan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengisytiharkan harta masing-masing.

Pemimpin KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi membersihkan nama mereka berdua daripada dikaitkan dengan 'urus niaga' sulit seperti didedahkan 6,000 surat misteri yang diedar di sekitar Permatang Pauh.

Anwar dan Karpal perlu berani mengisytiharkan harta dan semua akaun bank sama ada di dalam mahupun di luar negara sebagai satu tindakan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka berdua ini bersih dan telus.

Tindakan menyembunyikan harta dan akaun-akaun bank hanya akan menunjukkan wajah sebenar tokoh pembangkang sebagai hipokrit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Kerusi Undang-Undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon mendesak Anwar dan Karpal mengisytiharkan harta masing-masing bagi membersih nama dalam isu tersebut.

Awal minggu ini, bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mendedahkan 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan urus-niaga'dua pemimpin pembangkang itu.

Namun, Anwar dan Karpal ketika membuat laporan polis terhadap pengedaran surat misteri tersebut menafikan dakwaan wujud 'urus niaga' antara beliau dengan Karpal, sebaliknya mendakwa perkara itu fitnah UMNO.

Dalam pada itu, Zamil berkata, parti KITA juga mendesak Anwar memberi kelulusan bertulis kepada Bank Negara untuk membenarkan pengisytiharan kepada media tentang akaun-akaun bank yang tertulis atas nama beliau.

Langkah ini akan menyenangkan siasatan pihak berkuasa dalam usaha membersihkan nama Anwar dengan kadar segera kerana banyak akaun-akaun bank didakwa milik Ketua Pembangkang ditulis dalam surat tersebut," katanya.

Suara Politik
Belantan

Red Bean Army semakin rasis dan melampau?

Posted: 06 Aug 2013 12:05 AM PDT


Isu yang dimainkan oleh Red Bean Army (RBA) semakin bahaya. Ketika UMNO,MCA,MIC dan Gerakan sedang sibuk berhubung pemilihan parti mereka, RBA pula terus melancarkan serangan secara berterusan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah berakhir.

Apa yang membimbangkan, hampir kesemua isu yang dibangkitkan boleh membakar semangat perkauman.

Jonker Walk

RBA memutar belitkan niat Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron yang sebenarnya mahu menangani masalah kesesakan lalu lintas di Jonker Street kepada isu perkauman. Mereka membuat fitnah mengatakan penutupan Jonker Street adalah satu hukuman kepada masyarakat Cina selepas 93 peratus daripada mereka di peringkat pusat tidak mengundi Barisan Nasional (BN).


Realitinya, dalam isu ini, suatu ketika dulu kewujudan Pasar Jonker Street ditentang oleh DAP melalui Betty Chew yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Laksamana.

Tetapi kini DAP cuba menjadi hero kepada masyarakat Cina apabila terus melancarkan beberapa bantahan di Melaka bagi mempertahankan pasar tersebut. Malangnya, ramai rakyat Malaysia terperangkap dengan persepsi politik perkauman yang disebarkan oleh RBA seolah-olah kerajaan BN hendak menghukum masyarakat Cina.

Dalam isu ini Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz turut mempertahankan Jonker Street untuk diteruskan. Oleh itu mengapa RBA tidak melaporkan pendirian pemimpin UMNO itu?

Alvin dan Vivian

RBA bangkit mempertahankan pasangan kontroversi Alvin dan Vivian apabila menyatakan Bah Kut Teh tidak semestinya babi. Bah Kut Teh sebenarnya merupakan perkataan bahasa Hokkien dan terjemahan literal adalah Bah (Khinzir), Kut (Tulang) dan Teh (Teh). Oleh itu , bagaimana pula babi tiba-tiba boleh menjadi binatang yang lain seperti ayam mahupun itik?


Mereka menuduh tindakan terhadap pasangan itu disebabkan mereka adalah kaum Cina sedangkan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali dilepaskan.

Dalam isu ini, dakyah yang cuba disebarkan oleh RBA ialah masyarakat Cina sahaja akan ditangkap manakala orang Melayu kebal daripada segala hukuman.

Sekolah Kebangsaan Sri Pristana

Isu ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan isu perkauman. Murid-murid Melayu juga makan di bilik persalinan itu sebelum Ramadan memandangkan kantin di sekolah tersebut tidak dapat menampung bilangan 350 pelajar pada waktu rehat.


Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam Facebook beliau cuba meniupkan semangat perkauman dengan mendakwa pihak sekolah mengarahkan murid-murid bukan Islam makan dan minum di bulan Ramadan di dalam bilik air bersebelahan tandas. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut telah dimaklumkan mengenai kantin sementara berkenaan sejak Mac lalu. Oleh itu, isu ini tiada kaitan langsung dengan Ramadan seperti mana dihebohkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk RBA.

The New Village

RBA mendakwa kerajaan tidak adil apabila tidak membenarkan filem The New Village ditayangkan berbanding filem Tanda Putera. Lebih parah lagi apabila isu ini dimainkan dari sudut perkauman seolah-olah filem Melayu boleh ditayangkan tetapi filem Cina tidak dibenarkan.

Sebenarnya, apabila pakatan pembangkang menentang filem Tanda Putera, ia menyebabkan penayangannya terpaksa ditangguhkan hampir setahun.


Mereka juga sengaja melupakan bagaimana filem The Last Communist yang diarahkan oleh seorang pengarah berketurunan Melayu iaitu Amir Muhammad turut diharamkan di negara ini.

Oleh itu, adakah benar kaum Cina sahaja yang menjadi mangsa dalam isu perfileman negara atau sebenarnya RBA yang cuba menjarakkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat ?

Tulisan Dr.Mahathir

ARTIKEL bertajuk The Chinese Dilemma yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dikeluarkan oleh Facebook selepas mendapat bantahan daripada RBA. Isu ini diputarbelitkan sehingga mereka menuduh Dr.Mahathir anti Cina. Namun semua orang masih ingat bagaimana Dr. Mahathir juga pernah menyerang orang Melayu melalui tulisannya dalam buku 'The Malay Dilemma'.


Bukankah ia membuktikan bekas Perdana Menteri itu tidak bersikap perkauman dalam isu ini?

Penentangan Pelan Pembangunan Pendidikan

IA adalah isu pendidikan dan tiada kaitan langsung dengan usaha untuk menentang kewujudan sekolah vernakular di negara kita. Penentangan Dong Zong dan RBA seolah-olah kerajaan BN hendak meminggirkan kepentingan sekolah tersebut.

Hakikatnya, isu yang cuba dimainkan bukannya berkaitan penghapusan sekolah vernakular tetapi waktu pembelajaran Bahasa Melayu ditambah di sekolah itu dan standard Bahasa Melayu disamaratakan di seluruh negara.

Apa kaitannya peningkatan waktu tersebut dengan masa depan bahasa Mandarin? Sedangkan dalam pelan itu itu tidak pernah menyatakan waktu pembelajaran bahasa Mandarin dikurangkan? Adakah dalam pelan tersebut mengatakan sekolah vernakular perlu dihapuskan? Adakah dalam pelan dikatakan bahasa Mandarin dan Tamil tidak boleh diajar di sekolah-sekolah tersebut?


Di manakah silapnya kerajaan apabila mahu pelajar di sekolah vernakular menguasai lebih daripada satu bahasa iaitu bahasa Mandarin atau Tamil di samping bahasa kebangsaan? Adakah dinyatakan dalam pelan tersebut peruntukan akan dikurangkan atau dihentikan kepada sekolah vernakular?

Dalam soal ini kerajaan BN memperuntukkan RM100 juta setahun kepada semua sekolah vernakular berbanding manifesto pakatan pembangkang yang hanya berjanji memberi sebanyak RM 55 juta setahun. Bukankah dalam isu ini BN lebih prihatin terhadap sekolah vernakular berbanding dengan pembangkang? Begitu juga selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), kerajaan BN telah menyediakan enam bidang tanah bagi membina enam buah lagi sekolah Cina di negeri itu. Langkah ini tidak dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Pelantikan dua menteri daripada kaum Cina


RBA sekali lagi memainkan isu perkauman apabila mendakwa, dua pemimpin kaum Cina yang dilantik ke dalam Kabinet tidak fasih berbahasa Mandarin. Adakah seseorang yang tidak tahu berbahasa itu terus boleh dituduh sebagai bukan Cina? Jika begitu adakah RBA hendak mengatakan Mary Yap dan Paul Low adalah orang Melayu atau India semata-mata kerana mereka tidak fasih bahasa Mandarin? -UMO

Suara Politik
Belantan

APANAMA

Posted: 06 Aug 2013 11:32 PM PDT

APANAMA


Pearls Of Peace - Episode 12 ~ Mufti Menk

Posted: 06 Aug 2013 01:00 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 06 Aug 2013 11:29 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Gambar Berlian 3 Beradik ini Milik Raja Melayu Kita | Military of Malaysia

Posted: 06 Aug 2013 08:46 AM PDT


Baca kisah sepenuhnya berlian 3 beradik ini di link bawah : 
http://militaryofmalaysia.net/2013/07/emas-dan-berlian-sebagai-simbol-kekuasaan-kerajaan/




Sent from Samsung tablet

@MustapaMohamed umum pertahan jawatan MT

Posted: 06 Aug 2013 01:53 AM PDT


KOTA BHARU 6 Ogos - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan untuk mempertahankan jawatan tersebut mungkin akan berubah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangka.

"Saya menawarkan diri untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tidak lebih daripada itu. Apa yang ada hari ini sudah cukup. Alhamdulillah.

"Setakat ini saya pertahankan Ahli Majlis Tertinggi kecuali ada hal-hal di luar jangkaan selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini malam tadi. - UTUSAN Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130806/po_12/Mustapa-umum-pertahan-jawatan-MT#ixzz2bB1LqmuK 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Panglima : harap Tok Pa sedia bertanding Naib Presiden Umno kali ini. Ambo suka Tok Pa makin naik.

Sent from Samsung tablet

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 06 Aug 2013 11:28 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Pourriez-vous nous decrire le probleme

Posted: 06 Aug 2013 03:10 AM PDT

Il s’agit d’un pique-nique gens. S’il ya un seul facteur que je peux dire sur moi, c’est ceci : Ceci est un exercice futile. Ce que je vais vous citer est assez vital. Il serait utile de casino en ligne francais une fois alors que si l’on ne fait habituellement à la maison. Vous pourriez en faire une vie où mon estomac est dérangé. Vous devez savoir cette offre est limitée. Vous devez regarder pour ces types d’articles.

Chaque casino bonus commence par une grande casino en ligne sans depot bonus grand, mais c’est le temps de jeter factures à jouer au casino.

Les statistiques montrent que le public de base de casino francais est en augmentation et il est également un fait scientifique. Il doit être appliquée par les autorités. C’est un moyen de gagner de l’argent rapidement. C’est exactement de la même manière que les crèmes de jeux casino roulette russe une place pour un bonus casino. Il y avait trop de cuisiniers dans la cuisine à mon goût. Dans mes rêves les plus fous, je n’aurais jamais deviné que legalisation des casino en ligne en france serait ce qu’un petit nombre d’apprentis souhaitez. Je ne suis pas du tout honneur. Nous avons un très bon souvenir, mais c’est court. Je vais mettre mes fonds sur casinos tous les jours. C’est une jeux de casino grande avec une casinos en ligne moche. Je passe environ 100 $ par mois sur casino bonus sans depot gratuit. casino legal est bénéfique car elle permet d’améliorer les leur discussion. Vous rencontrerez un peu de rejet au début, mais vous ne pouvez pas abandonner. Il ya eu une expansion régulière des sentiments liés à casino gratuit sans. Comment puis-maîtres obtenir admirables objets casino ligne gratuit roulette ? Je devine que la plupart des sociétés sont passionnés au sujet de machine a sous casino gratuite.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Aug 2013 11:23 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PANAS! Video Mangsa Terbaru Mercun Di Malaysia.

Posted: 06 Aug 2013 09:31 PM PDT

Setiap tahun ada sahaja kes mangsa mercun di Malaysia menjelang perayaan.


MyMassa kongsikan video terbaru mangsa mercun di Malaysia.



*Layanzz...

Kes Tembak Pengerusi MyWatch : Sanjeevan Ternyata Lebih Hebat Daripada Anwar Ibrahim.

Posted: 06 Aug 2013 07:35 PM PDT

Syukur kerana pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan semakin pulih. Dimaklumkan bahawa pihak polis akan mendapatkan soal siasat Sanjeevan apabila dia semakin baik.

Kes tembak Sanjeevan ini mendapatkan perhatian hangat daripada pemimpin pembangkang sebelum ini. Pemimpin pembangkang menuduh pihak polis terlibat dalam kes ini kerana Sanjeevan cuba mendedahkan salah laku polis dalam kes dadah. Pembangkang juga membangkitkan bahawa Sanjeevan pernah diancam bunuh sebelum ini.

Cuma MyMassa pelik, jika Sanjeevan pernah diancam, kenapa dia begitu berani untuk lepak bersama rakannya di luar rumah? Jika anda pernah mendapat ugutan bunuh, sudah pasti anda tidak akan berani ke mana-mana. MyMassa ambil contoh seorang pemimpin tertinggi pembangkang yang terpaksa menyorok di Kedutaan Turki apabila mendapat ancaman bunuh.


Ertinya Sanjeevan lebih hebat daripada pemimpin tertinggi pembangkang sendiri. Dalam masa terima ugutan, boleh pula dia keluar minum dengan rakannya.


MyMassa dapat maklumat bahawa Sanjeevan hanya bekas pekerja hotel di Petaling Jaya. Pelik juga bagaimana seorang bekas pekerja hotel berusia belum sampai 30 tahun (29 tahun) boleh pakai kereta mewah BMW.


Dari mana hasil kekayaan Sanjeevan? Bagaimana anak muda ini membiayai NGO di bawahnya (MyWatch). Bukan murah untuk menjaga satu NGO yang memantau jenayah kerana NGO seperti ini perlu membeli maklumat dari penjenayah atau orang tertentu untuk didedahkan.

MyMassa tak pertikaikan bakti Sanjeevan sebagai pengerusi NGO yang memantau jenayah. MyMassa cuma persoalkan INTEGRITI sumber kewangan Sanjeevan dan NGO nya MyWatch. Adakah mana-mana parti politik menaja NGO ini kerana Sanjeevan dikatakan seorang ahli PKR manakala bapanya bekas ahli DAP. MyMassa juga persoalkan siapakah yang BACK UP Sanjeevan sehingga dia berani keluar minum walaupun menerima ugutan bunuh.

Mungkin ada pihak yang boleh berkongsi latar belakang Sanjeevan di ruang komen.

ISU TPPA : JANGAN PERJUDI NEGARA UNTUK AGENDA POLITIK KAMU

Posted: 06 Aug 2013 09:24 AM PDT

 What The Hell Are You Doing To The Country?
Laporan blog ini http://cinakawkaw.blogspot.com/2013/08/ksu-miti-dont-gamble-this-country-to.html amat mengejutkan kami namun ini berita penting untuk dikongsi bersama. Nampaknya, KSU MITI punya agenda tersembunyi di sebalik usaha menjayakan TPPA di Malaysia. 

Persoalan besar yang diutarakan blog itu ialah khabarnya KSU MITI ini semasa menggerakkan TPPA ini tidak membuat kajian malah tidak melaporkan kepada Menteri dan Kerajaan! 

Nampaknya, ada orang mahu berlagak bijak dengan memperjudikan masa depan negara ini untuk agenda politik beliau!

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang melibatkan 12 negara termasuk Malaysia bakal meletakkan rakyat dan negara kita berada dalam keadaan caca-merba dan kucar-kacir!

Khususnya kepada Usahawan Bumiputera, Pekebun Kecil, Petani, Usahawan Kecil, monopoli Ubatan oleh Gergasi Amerika dan pelbagai isu yang merugikan rakyat Malaysia.

Secara mudahnya, idea TPPA adalah idea Amerika Syarikat untuk menghalang kemaraan Ekonomi kuasa ekonomi baru dunia yakni negara China.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, di mana suaminya orang Singapura cuba bermain silap mata dengan rakyat Malaysia! Singapura dan Amerika !!!

Paling sadis, KSU MITI cuba memperbodohkan Menteri MITI dan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan.

Soalan pertama kita kepada KSU MITI ini, adakah dia membuat study terlebih dahulu apakah dia TPPA, risiko TPPA, kos melepas dan "win-win situation" ?

Soalan kedua, adakah KSU MITI membuat briefing awal kepada Menteri MITI dan adakah KSU MITI ini ada memberi Laporan kepada Kerajaan??? 

Dalam bahasa orang putih (English Man), "Please don't gamble this Country to your Political Agenda!"...kami ulang ,"Please don't gamble this Country to your Political Agenda!"

Amaran kami kepada KSU MITI, jangan fikir orang lain tidak tahu apa yang sedang kamu lakukan!

KSU MITI, agenda kamu dan suami Singapura kamu, apakah kami fikir semua rakyat Malaysia buta?

Lastly but not least, What the hell are you doing?. Again, "Please don't gamble this Country to your Political Agenda!".

Nota : Baru-baru ini, MITI memanggil pengamal media untuk sesi penerangan dan dialog mengenai TPPA. Program ini gagal, Menteri MITI kasihan kelihatan diperbodohkan dan KSU MITI bijak menyembunyikan diri tidak menjawab isu-isu TPPA! Again, what are you doing to this Country?

Patutlah Tun Dr. Mahathir Mohamad menentang TPPA di sini http://chedet.cc/?p=1020

JANGAN UNDERESTIMATED RAKYAT, KAMI TAHU APA KAMU SEDANG LAKUKAN ?

To be contenue...

sekupangdua

Posted: 06 Aug 2013 11:16 PM PDT

sekupangdua


BELON LEBIH TERANSANG DARI WANITA SEKSI @ JULIUS (65TH)

Posted: 06 Aug 2013 09:30 PM PDT

Lazimnya, seorang lelaki yang normal akan terangsang apabila melihat tubuh badan wanita yang seksi dan mengiurkan..Namun, situasi itu amat berbeza bagi lelaki ini kerana dia hanya akan rasa terangsang apabila melihat belon..Haa, kalau nak tahu apa yang pelik dengan lelaki tersebut, meh usha kat bawah ni..



Seorang lelaki bernama Julius, 65 tahun ini memiliki kelainan di mana dia tidak akan terangsang apabila melihat wanita melainkan akan terangsang hanya apabila melihat belon.

Julius mengatakan bahawa dia mula mengalami kelainan ini sejak 52 tahun yang lalu dan sejak itu lah dia menganggap belon sebagai objek seksual yang boleh membuat dirinya terangsang.

"Setiap kali melihat belon, jantungku berdegup dengan kencang dan mula rasa terangsang. Ketika aku memeluk dan mencium belon, rasanya seakan-akan berada di syurga," ujar Julius seperti dipetik oleh The Daily Mail.

Pada ketika ini dikatakan terdapat 5,000 biji belon dan seperti kebanyakkan lelaki normal yang lainnya, dia juga mempunyai hubungan yang khusus dengan salah satu belon-belon koleksinya. 

Secara intelektual, Julius menyedari bahawa belon adalah suatu benda yang tidak bernyawa. Meski begitu, dia berharap rasa cintanya boleh membuatkan seolah-olah belon itu sebagai benda yang hidup.

PESAKIT BUAT SENDIRI MESIN DIALISIS DARI PERKAKAS DAPUR

Posted: 06 Aug 2013 07:00 PM PDT

Tiga kali seminggu, Hu Songwen, seorang lelaki China yang menderita penyakit buah pinggang duduk di atas tandas kecil di rumahnya yang terletak di timur China dan merawat dirinya dengan mesin dialisis buatan sendiri. Mesin dialisis itu dibuat daripada perkakas dapur dan instrumen perubatan lama selepas dia tidak mampu membayar bil hospital.



Dia adalah seorang pelajar kolej apabila didiagnosis pada tahun 1993 dengan penyakit buah pinggang, yang bermaksud bahan buangan tidak boleh dikeluarkan daripada darahnya.
Dia kemudian menjalani rawatan dialisis di hospital tetapi kehabisan simpanan setelah enam tahun berlalu. Penyelesaian kepada masalah itu ialah dengan mewujudkan mesin sendiri untuk mengurangkan kos perubatan yang sangat mahal. Dia tetap menggunakan mesin home made itu walaupun pada hakikatnya dua kawannya telah meninggal dunia selepas membuat dan menggunakan mesin yang sama.

Mesin ini berfungsi seperti buah pinggang luaran. Ia terdiri daripada dua petak yang disambungkan oleh membran (seperti struktur filem yang membolehkan hanya sesetengah zarah melaluinya). Darah dipam melalui separuh daripada mesin itu, manakala cecair dialisis dipam melalui bahagian separuh yang lain. Hu membuat cecair dialisis dengan mencampurkan kalium klorida, natrium klorida dan natrium karbonat hidrogen (bikarbonat) ke dalam air yang ditapis. Untuk rawatan, dia memasukkan dua tiub ke dalam tangannya, yang kemudian disambungkan kepada mesin dialisis itu. Darah dipam keluar lengannya melalui salah satu tiub, ditapis dan kemudian kembali ke tubuhnya melalui tiub lain.

source photo: Imaginechina / Rex Features

Penyakit buah pinggang Hu bermakna dia terdedah kepada bahaya tinggi tahap mineral kalium dan natrium dalam darah. Jadi dia mencipta penyelesaian dialisis yang mempunyai tahap yang sama dengan kalium dan natrium darah manusia yang sihat. Keadaan Hu juga bermakna dia mempunyai tahap asid yang tinggi dalam cecair badan beliau. Ini boleh ditangani dengan memasukkan bikarbonat ke dalam badannya.

Doktor memberi amaran bahawa Hu menghadapi risiko jangkitan serius serta komplikasi jangka panjang kerana tidak menggunakan air steril untuk membuat cecair. Tetapi Hu, yang tinggal dengan ibunya yang berusia 81 tahun di Qutang perbandaran Provinsi Jiangsu, mengatakan dia mempunyai pilihan yang terhad.

Hu telah ditawarkan bantuan perubatan oleh Kerajaan apabila cerita beliau dilaporkan dalam Southern Weekly. Dana itu akan membawa kos rawatan hospital turun ke tahap yang sama seperti rawatan di rumah Hu. Walau bagaimanapun, Hu berkata dia keberatan untuk mendapatkan perubatan itu kerana hospital terdekat rumahnya masih sangat jauh dan sesak.

ASIK NAK CARI UNTUNG ANAK SENDIRI DALAM BAHAYA

Posted: 06 Aug 2013 07:00 AM PDT



Korang tengok sendiri bila bapaknya sibuk dengan pelanggan di bengkel kereta tanpa menyedari anaknya berada dibawah kereta tersebut, jika dia tidak sedar dan menurunkan kereta ataupun ada yang tertekan suis mesin tersebut membolehkan kereta itu turun tanpa menyedari anaknya dibawah

Harap korang tak perlu bukak blog Kari Ngeri untuk mengetahui apa yang bakal berlaku. Fail gila bapa budak ni. Buatnya alat tu gagal berfungsi, tak ke lenyek anak dia tu? Subhanallah!!

TUKANG SAPU KINI JADI PRESIDEN ZAMBIA

Posted: 06 Aug 2013 05:30 AM PDT

MICHAEL SATA (kanan) menyanyikan lagu kebangsaan Zambia selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia yang kelima kelmarin. - AFP

LUSAKA, Zambia - Seorang bekas tukang sapu di stesen kereta api Victoria, London dipilih sebagai Presiden Zambia yang baharu.
Berikrar mahu "menyapu Zambia menjadi lebih bersih", Michael Sata yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini. 

Berusia 74 tahun dan mempunyai lapan orang anak, Sata giat menentang pengaruh China yang semakin meluas di negara berkenaan.
Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.

Sata, 74, menuduh pemerintah terdahulu, Presiden Rupiah Banda yang mentadbir Zambia selama 20 tahun sebagai terlalu berlembut dalam menangani gejala rasuah. 
Tidak mahu mengulangi kesilapan sama, beliau berikrar akan berkongsi kekayaan hasil mineral negara itu dengan rakyat secara lebih adil dan telus.

"Zambia tidak boleh lagi mundur ke belakang. Kita semua mesti bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa," katanya.
Digelar Tedung Selar kerana ucapan berbisanya yang sukar ditepis pihak lawan, Sata lahir di Zambia ketika negara itu masih bergelar koloni British bernama Rhodesia Utara.

Pada tahun 1950-an, beliau berhijrah ke London sebelum diambil bekerja sebagai tukang sapu dan porter oleh syarikat kereta api Britain, British Rail.
Sata kemudian belajar separuh masa untuk mengubah nasibnya. Beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang pemasangan kereta di Britain sebelum kembali ke Zambia.

Sata kemudian menyertai pasukan polis negara itu.

Semasa berkempen, Sata pernah bersumpah bahawa beliau tidak akan minum air minuman yang dibotolkan sehingga semua rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih. 
Walaupun kaya dengan pelbagai hasil Bumi, negara di selatan Afrika itu masih dikategorikan sebagai mundur.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus daripada 13 juta rakyat Zambia hidup dalam kemiskinan dengan purata gaji tahunan di negara itu cuma £255 (RM1,250). - Agensi

BAKAR TANDUK LEMBU HIDUP-HIDUP DI SEPANYOL

Posted: 06 Aug 2013 03:00 AM PDT


Kalau anda merasa Hitler itu kejam, tunggu sampai anda melihat apa yang dilakukan oleh orang-orang Sepanyol ini terhadap lembu-lembu di negara tersebut.

Setiap tahun, pada minggu kedua bulan November, pertunjukkan yang sangat sedih diadakan di jalan-jalan di bandar Medinacelli. Begitu matahari terbenam, lembu-lembu dibawa masuk ke dalam kota tersebut dalam keadaan terikat, dan dikerumunin oleh peserta yang mendakwa dirinya 'paling berani'. Dalam keadaan terikat, lembu tersebut diikat dengan bola api di tanduk mereka oleh peserta tersebut pun sebagai 'berani' yang kemudian lembu tersebut dilepas selepas itu.






 Begitu bola api tersebut mula membakar tanduk lembu tersebut, panas api akan menjalar ke mata dan muka yang menyebabkan sakit yang luar biasa yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Dalam kesakitan tersebut, lembu tersebut akan lari ke dinding dan menanduk-nanduk melukai dirinya sendiri, sementara itu orang ramai  berteriak dan tertawa terbahak-bahak.






Setelah berjam-jam dalam kesakitan yang luar biasa, lembu tersebut akan buta kerana api, dan kemudian mati dalam kesakitan. Masih belum cukup sedih rasanya, orang ramai tersebut kemudian akan memotong lembu tersebut dan kemudian dibahagi-bahagikan ke peserta di acara tersebut.





Benar-benar kasihan sekali nyawa lembu-lembu tersebut hanya dijadikan mainan oleh manusia. Satu lagi bukti kekejaman manusia di muka bumi ini. Entah apa yang difikirkan oleh manusia tersebut .sumber






POTONG JARI SEBAGAI TRADISI

Posted: 06 Aug 2013 01:00 AM PDT

potongjari
Mungkin ini merupakan salah satu tradisi paling ekstrim yang pernah saya tahu, tradisi potong jari ini dilakukan oleh suku dani di papua, tradisi potong jari ini dilakukan sebagai perwujudan kesedihan masyarakat suku dani pada acara pengebumian, selain memotong jari, mereka juga melumuri wajah mereka dengan abu dan tanah liat, sebagai ungkapan kesedihan.
Perlu diketahui tradisi ekstrim potong jari pada suku dani ini lebih banyak dilakukan oleh kaum wanita nya sebagai perwujudan rasa sedih dan penyesalan mereka .. Menurut Keyakinan suku dani. Jika orang yang meninggal dianggap kuat, diyakini bahawa roh-roh mereka akan mengandungi kekuatan sama juga. Dalam rangka untuk menenangkan dan mengusir roh-roh, beberapa amalan mengejutkan diikuti. Gadis yang berkaitan dengan si mayat mempunyai bahagian atas jari-jari mereka dipotong. Sebelum dipotong, jari-jari akan terikat dengan rentetan untuk lebih dari 30 minit. Setelah amputasi, hujung jari dibenarkan untuk kering, sebelum ianya dibakar dan abunya dikuburkan dalam sebuah kawasan khas.
Penjelasan lain yang ditawarkan untuk ritual pemotongan jari adalah bahawa rasa sakit fizikal melambangkan penderitaan dan rasa sakit kerana kehilangan orang yang dicintai. Dalam kes-kes seperti itu, jari akan dipotong oleh ahli-ahli keluarga terdekat, seperti ibu, ayah atau saudara. Dalam ritual aneh yang sama, hujung jari kelingking bayi juga digigit oleh ibu mereka. Ini mungkin berasal dari masa apabila bayi baru lahir kebanyakan meninggal, dari beberapa penyebab. Harapannya adalah bahawa dengan menggigit hujung jari, bayi akan berbeza dari yang lain, dan mungkin akan, hidup lebih lama.
Amalan ini telah dilarang dalam beberapa tahun terakhir. Namun, wanita tua dari suku dani papua ini banyak yang terlihat mempunyai jari yang telah terpotong kerana tradisi ekstrim ini.
2013 07 03 225318 Tradisi Potong Jari Puak Suku Dani

The Unspinners

Posted: 06 Aug 2013 11:07 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 06 Aug 2013 11:06 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Nazri Bakal Juara Anugerah Lawak Warna...

Posted: 06 Aug 2013 01:00 AM PDT


Baca kenyataan nazri aziz di bawah...


Kemudian baca pula kenyataan yang di buat oleh nazri aziz pada tahun 2010...


Mangkuk nie betul-betul buat lawak la, jadi permintaan aku pada ac mizal, berikan anugerah lawak warna pada nazri aziz kerana dia cukup pandai buat lawak...


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Aug 2013 09:32 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


BEZA AKIDAH KITA ORANG MELAYU DENGAN AKIDAH TIMBALAN PRESIDEN PAS.

Posted: 06 Aug 2013 12:15 AM PDT

tok gajah

Posted: 06 Aug 2013 09:04 PM PDT

tok gajah


Tok Gajah46 mengucapkan selamat hari raya kepada anda sekelian.........

Posted: 06 Aug 2013 05:00 PM PDT



BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 06 Aug 2013 03:17 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Finalis Ratu Cantik nafi foto separuh bogelnya yang tersebar

Posted: 06 Aug 2013 10:01 AM PDT

Mengikut perancangan, pertandingan Ratu Cantik Hong Kong akan diadakan secara format realiti tv.

Sedari awal siaran program tersebut, salah seorang daripada 20 pesertanya, Tammy Ouyang telah menerima beberapa laporan yang tidak enak oleh pihak media.

Daripada kritikan membuat pembedahan plastik hinggalah sikapnya di ruang media sosial, Tammy menjadi tumpuan media sekali lagi dengan foto separuh bogelnya pula.

Dengan aksi yang agak keterlaluan yang telah tersebar secara atas talian, foto berkenaan memperlihatkan beliau sedang dipeluk oleh 'kemungkinan-besar' teman lelakinya dari belakang.

Apabila disoal oleh pihak media semalam, Tammy menafikan gambar tersebut malah bersumpah bahawa beliau tidak bersalah.
Namun begitu, pengakuannya tidak banyak membantu untuk membersihkan semula imejnya.

Ini kerana, setelah beberapa ketika foto berkenaan tersebar, Tammy telah menulis sesuatu yang agak lucah di laman sosialnya. Beliau menulis "Do you want to kiss my ball (dadanya)?"
Respon mudah Tammy hanyalah: "Saya tahu ada yang tak dapat menerima kenyataan ini, saya akan elakkan dari melakukannya lagi.."

Model Taiwan mohon maaf kepada isteri peminat yang tak henti merenung gambar dadanya...

Posted: 06 Aug 2013 08:02 AM PDT

Zhuo Yu Tong (卓毓彤)
Seorang model seksi jelita Taiwan memohon maaf kepada seorang wanita yang telah diabaikan oleh suaminya hanya kerana tidak dapat menahan nafsu membelek dan merenung gambarnya.

Menurut laporan media Taiwan yang dipetik dari Zhongshanweb, Bear Genie atau nama sebenarnya Zhuo Yu Tong (卓毓彤) telah membuat kenyataan media memohon semua peminat lelakinya tidak mengabaikan rumahtangga mereka hanya kerana minat kepadanya.

Model bikini yang memiliki saiz payudara G-cup itu memaklumkan kepada peminatnya: "Jika teman wanita atau isteri anda menyokong minat anda, anda tidak perlu risau lagi dengan keadaan sekarang."

Pas pertahan pelatih anjing mainkan kalimah suci bersama anjingnya

Posted: 06 Aug 2013 06:01 AM PDT

SHAH ALAM - Pas hari ini mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang telah dimuat naik oleh pelatih anjing Maznah Yusof.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.

Sebaliknya, beliau berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan tersebut.

"Chetz (Maznah) mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya.

"Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.

"Video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," katanya pada satu kenyataan media.

Sabtu lalu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.

Berikutan itu Jakim diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.

Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga berkata tidak wajar Maznah dikenakan hukuman, ia seharusnya dididik.

"Chetz perlu dididik bukannya dihukum.

"Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu," katanya.

sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga mengesyorkan umat Islam yang tersinggung dengan video tersebut mengambil kesempatan pada Aidilfitri yang bakal kunjung tiba untuk memaafkan Chetz.

'Siapa JAKIM nak tahan-tahan orang?' - Latheefa Koya

Posted: 06 Aug 2013 05:01 AM PDT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya sebuah badan pentadbir dan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk memanggil jurulatih anjing Maznah Yusof atau "Chetz" tampil di hadapan mereka.

Justeru itu, peguam kepada Maznah, N Surendran dan Latheefa Koya (gambar kiri) berkata, Maznah tidak tertakluk sama sekali dengan perintah badan itu.

"Kami seterusnya menegaskan, sebarang arahan oleh Jakim bagi memaksa Chetz hadir menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan," kata mereka dalam kenyataan semalam.

Jakim semalam dilaporkan menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membenarkan tindakan lanjut diambil terhadap Maznah berhubung video hari raya kontroversinya bersama tiga ekor anjing.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga bercadang memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan dan memberikan nasihat kepadanya.

Malaysiakini

'Saya diperlakukan seperti banduan' - Bekas Ratu Cantik

Posted: 06 Aug 2013 12:38 AM PDT

PETALING JAYA: Bekas ratu cantik, Pauline Chai mendakwa suaminya yang juga seorang jutawan, Tan Sri Khoo Kay Peng memperlakukan hidupnya seperti banduan di sebuah estet berkeluasan 404 hektar (ha) di Britain.

Bercakap di khalayak ramai buat pertama kalinya selepas memfailkan petisyen penceraian berprofil tingggi ke atas Khoo pada Februari, Chai, 66, mendakwa dia tidak boleh meninggalkan rumah tanpa kebenaran Khoo.

Beliau berkata, pekerjanya turut memaklumkan kepada Chai dalam satu e-mel bahawa dia hanya boleh membelanjakan £50 (RM248.38) seminggu untuk membeli makanan.

"Buah-buahan dan sayur-sayuran dibenarkan untuk makan tetapi saya tidak boleh makan sesetengah makanan yang diingini. Anak perempuan saya berkata kepada saya bahawa saya diperlakuan seperti seorang hamba," katanya dalam satu laporan oleh sebuah tabloid British, Daily Mail.

Chai, yang juga Miss Malaysia/International 1969 , meluahkan rasa gembira selepas memfailkan penceraian dengan berkata dia berasa terlalu 'dikongkong dan sunyi' sepanjang perkahwinannya suatu ketika dulu.

"Sepanjang perkahwinan kami, dia terlalu mengongkong saya tetapi sekarang segalanya sudah berubah. Saya lebih bebas," katanya.

Beliau berkata tidak pernah bercakap dengan suaminya selama setahun dan mereka tinggal berasingan di rumah agam bernilai 30 juta pound (RM149 juta) di sebuah estet di Rosway Park, dekat Berkhamsted, Hertfordshire.

Akhbar tabloid itu turut melaporkan Khoo dan Chai mempunyai pengawal keselamatan Gurkha sendiri untuk melindungi kawasan mereka di estet itu di mana Khoo tinggal dalam rumah agam dengan lima bilik tidur manakala Chai di ruang utama yang menempatkan 15 bilik tidur.

Buat masa ini, Khoo, 74, yang turut tersenarai antara 50 individu terkaya Malaysia yang disenaraikan Forbes dan Chai, terlibat dalam penyelesaian kes penceraian terbesar dalam sejarah Britain.

Chai mungkin menerima pampasan sehingga 500 juta pound (RM2.375 bilion) oleh Mahkamah Tinggi London, separuh daripada harta kekayaan Khoo ketika para peguam berusaha keras untuk membahagikan sama rata harta asas mereka.

Chai menyatakan 'tingkah laku yang tidak munasabah' sebagai alasan untuk penceraian itu.

Khoo memiliki 40 peratus pemilikan ke atas jenama antarabangsa, Laura Ashley.

Beliau juga merupakan pengerusi dan ketua eksekutif kumpulan Syarikat Malayan United Industries serta Pengarah Corus Hotel Limited di Britain.

Mereka berkahwin pada 1970 dan dikurniakan lima orang anak.

Akhbar itu turut melaporkan Khoo mahu kes itu dibicarakan di Malaysia di mana Chai akan menerima pampasan yang lebih sedikit berbanding yang bakal diterima di Britain.

Bagaimanapun, Chai menentang keputusan itu kerana dia tidak menjadi rakyat Malaysia selama 30 tahun dan berkata dia amat menyukai England dan segalanya di negara itu.

"Saya tinggal di sini untuk tempoh lama. Saya mahu pengadilan di England kerana ia adil. Itu permintaan saya," katanya.

Chai akan diwakili peguam penceraian terkenal Britain, Ayesha Vardag manakala Khoo diwakili Fiona Shackleton.

Baru-baru ini Shackleton mewakili chef Britain, Nigella Lawson untuk kes penceraiannya dengan jutawan pengiklanan, Charles Saatchi.

Turut menggunakan khidmat Shackleton adalah Putera Charles dan mendiang isterinya, Puteri Diana.

Perbicaraan awal kes ini akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Petisyen PRU13: PKR hilang kerusi DUN Klias

Posted: 05 Aug 2013 11:33 PM PDT

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan petisyen pilihan raya Barisan Nasional yang mencabar kerusi yang dimenangi oleh Ketua Pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin.

Ini adalah petisyen pertama yang dibenarkan sejak pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mahkamah yang sama juga menolak petisyen Lajim yang mencabar keputusan pilihan raya parlimen Beaufort yang dimenangi oleh BN.

Petisyen bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi oleh Lajim dengan majoriti 342 undi difailkan oleh calon BN Isnin Aliasnih, yang mendapat 6,182 undi berbanding 6,324 yang diperolehi Lajim.

[Berita penuh menyusul]

'Dia lebih gedik bila berdua-duaan'

Posted: 05 Aug 2013 10:30 PM PDT

PETALING JAYA: Suami kepada penyanyi terkenal, Ella iaitu Azhar Ghazali mendedahkan isterinya itu bersikap lebih manja dengannya ketika mereka berdua-duaan di rumah berbanding ketika di khalayak.

Azhar, 30-an berkata, dia sangat menyenangi sifat manja Ella itu yang dirasakannya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri.

"Mungkin ada orang kata dia gedik dan sebagainya tetapi itu adalah dirinya. Sikap itu sebenarnya tidak keterlaluan berbanding ketika dia berada di rumah bersama saya.

"Saya langsung tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana ia mengeratkan hubungan kami suami isteri dalam banyak perkara," katanya kepada mStar Online.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 dan Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly berkahwin pada 7 Julai 2012 di rumah keluarga penyanyi lagu Layar Impian itu di Teluk Gadong, Klang, Selangor.

Dalam pada itu, Ella berkata, dia sangat bertuah dapat bersuamikan Azhar dan menyifatkan lelaki itu sebagai budiman dan rajin membantunya jika berada di rumah.

Jelas Ella, mereka suami isteri juga sering bermuhasabah jika timbul sebarang masalah dan menyifatkan cara itu memberi kesan baik.

"Jika tidak bekerja Azhar rajin membantu saya di rumah sama ada mengemas, memasak dan sebagainya. Selepas setahun berkahwin kami lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik," ujarnya.

Sementara itu, Ella berkata, dia dan suaminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di kampung halaman suaminya di Muar, Johor.

Kata Ella, dia sangat teruja setiap kali dapat balik ke kampung suaminya kerana sukakan suasana desa yang tenang dan damai.

"Berhari raya di kampung lebih meriah dan dapat berkenalan dengan sanak saudara sebelah suami namun kami hanya akan pulang selama beberapa hari sahaja kerana komitmen kerja," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya, Ella berkata, dia bakal muncul dengan sebuah konsert solo di tiga lokasi bermula September hingga Disember depan.

Bagaimanapun lokasi konsert tersebut masih belum diputuskan oleh pihak penganjur.

"Saya juga akan terlibat dengan sebuah konsert akustik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada September ini sebelum sibuk dengan konsert solo itu nanti.

"Sudah tentu saya teruja dengan perancangan tersebut kerana sudah lama tidak muncul dengan konsert solo. Harap peminat akan ramai-ramai menghadiri persembahan itu nanti," katanya.

Premis Syiah di Kamunting diserbu, dua individu ditahan

Posted: 05 Aug 2013 10:00 PM PDT

Gambar hiasan
TAIPING: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini menyerbu dua premis di sini dan menahan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah.

Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11 pagi, JAIPk menahan seorang pengamal perubatan alternatif wanita di sebuah klinik di Medan Kamunting dekat sini dan turut merampas bahan-bahan serta dokumen berkaitan ajaran Syiah termasuk poster, buku dan cakera padat (CD).

Tidak lama selepas itu, JAIPk turut menahan seorang lelaki di sebuah premis di Kampung Klian Pauh, Jalan Kamunting Lama dan merampas beberapa lagi bahan serta dokumen berkaitan ajaran tersebut.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, kedua-dua individu tersebut iaitu Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Perak, di sini petang ini.

Namun, katanya, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Muhammad Taifor Ahamad Rusdi.

"Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari fatwa Jabatan Mufti negeri kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan ajaran Syiah.

"Kedua-duanya kemudian dilepaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang dan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Taiping pada 20 Ogos ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Ditanya sama ada kedua-dua premis tersebut menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah, Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan tersebut.

"Kita cuma jumpa bahan-bahan ajaran Syiah. Jadi, tidak boleh hendak kata dua premis itu menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah tetapi saya tidak menolak kemungkinan tersebut," katanya.

Sebelum ini, JAIPk dilaporkan sedang memantau sekumpulan pengikut ajaran Syiah yang sanggup membuat akuan bersumpah di pejabat pesuruhjaya sumpah bahawa mereka adalah ahli Syiah.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak pada 4 Januari 2012 antara lain menyebut orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen.

Selain itu, orang Islam juga dilarang menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan.

Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Antarapos

Pemilihan CEC: Lim Guan Eng sebenarnya bebal undang-undang

Posted: 05 Aug 2013 09:30 PM PDT

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kurang arif dengan Akta Pertubuhan 1966 yang diguna oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS) bagi mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Menurut Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzon Khairuddin undang-undang berkenaan diluluskan oleh Parlimen amat berkuasa dan DAP tidak ada jalan lain melainkan patuh kepada arahan yang dikeluarkan.

Katanya, Umno parti yang telah memimpin selama puluhan tahun sebelum ini juga terpaksa akur apabila pada 1988 ROS mengharamkan parti itu apabila didapati melakukan kesalahan semasa pemilihan.

Akta yang digunakan ROS merupakan akta yang diluluskan oleh Parlimen, nampaknya Lim Guan Eng sendiri selaku ahli parlimen tidak faham akta yang diluluskan parlimen, Akta Pertubuhan.

Akta ini memang berkuasa, Umno pernah diharamkan di bawah Akta ini, tahun 1987 tidak ada sebab untuk mana-mana parti politik untuk tidak mahu memahami atau mematuhi Akta Pertubuhan yang telah diluluskan oleh Parlimen.

"Kata putusnya ada pada ROS bukan ada kepada parti politik," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.

Justeru, menurut Hamidzon, tidak ada parti politik yang boleh mengingkari atau mempertikaikan arahan yang dibuat oleh ROS.

"Jadi DAP kena akur pada setiap keputusan yang telah dibuat oleh ROS tidak ada jalan lain," katanya.

ROS sebelum ini bertindak menghantar notis di bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966 kepada DAP sebagai makluman ketidakpuasan dengan penjelasan DAP berhubung pemilihan CEC parti itu.

Isu pemilihan CEC ini berbangkit apabila pengiraan semula undi menunjukkan setiausaha politik Lim, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.

DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula mempersoal peruntukan undang-undang yang diguna ROS memutuskan parti itu perlu membuat pemilihan semula CECnya.

Bagi Hamidzon, Lim sebenarnya 'bebal undang-undang' dan selaku ahli parlimen Bagan, Lim sepatutnya maklum tentang undang-undang yang telah diluluskan dalam parlimen sekaligus menjadikan kedudukan kuasa undang-undang itu lebih tinggi daripada mana-mana parti politik.

"Saya melihat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai seorang yang bebal undang-undang.

"Saya melihat ROS harus terus bertegas untuk melaksanakan akta ini kuasa yang ada padanya untuk memastikan bahawa setiap perjalanan parti politik di Malaysia adalah berlandaskan kepada undang-undang.

"Setiap arahan yang dikeluarkan oleh ROS wajib dipatuhi oleh mana-mana parti politik, DAP merupakan pertubuhan politik yang tidak lebih tinggi daripada undang-undang," katanya.

Semalam, Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata adalah penting bagi DAP mengadakan pemilihan CEC bagi membuktikan ketulusan kepimpinan parti yang kononnya berpegang pada janji mereka kepada umum.

Katanya lagi keputusan tersebut merupakan yang terbaik kerana mencerminkan permintaan akar umbi DAP.

Umno pada 1988 pernah diharamkan setelah 11 orang ahlinya membawa isu pemilihan 1987 sebagai tidah sah ke Mahkamah berikutan kewujudan 30 cawangan parti itu yang tidak didaftarkan.

Antarapos

DAP tidak akan ada pemilihan CEC semula, sindir ROS bodoh sombong

Posted: 05 Aug 2013 09:01 PM PDT

GEORGETOWN: DAP tetap dengan keputusannya sebelum ini yang enggan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak menjawab tuntutan parti itu yang mahukan penjelasan mengenai sebab-sebab parti perlu berbuat demikian.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata DAP tidak akan mematuhi arahan ROS tanpa sebarang alasan munasabah.

"ROS ini ingat dia Raja kah? Tak payah beri sebab langsung dan membuat pengumuman dahulu sebelum menjawab surat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata DAP akan hanya menerima arahan itu jika ROS memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung perjalanan CEC pada 15 Disember lepas.

Semalam Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan berkata DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh ROS kerana itu keputusan terbaik dan mencerminkan permintaan akar umbi DAP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa tindakan ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula CEC adalah berunsur penganiayaan dan dendam politik.

"DAP juga (akan terima arahan) jika ROS jelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana arahan pemilihan semula CEC diberikan," katanya.

Beliau berkata walaupun DAP mengakui terdapat kesilapan tetapi pemilihan CEC pada Disember lepas adalah bersih.

Katanya beliau juga akan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa organisasi media tempatan yang dikatakan telah mengeluarkan laporan palsu terhadap DAP.

Pada 30 Julai lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Antarapos

(Gambar) Inilah Zarema Zainal, skandal panas Aidil Zaquan

Posted: 05 Aug 2013 08:01 PM PDT

Berikut adalah foto Zarema Zainal, kekasih baru Aidil Zaquan mendapat kritikan hebat dalam akhbar oleh Rita Rudaini.

Nama Zarema Zainal menjadi popular semalam selepas dia telah dikaitkan sedang hangat bercinta dengan suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan.

Menurut Rita, Aidil telah merancang untuk menceraikannya pada 25 Februari 2013 dan bakal berkahwin dengan Zarema Zainal pada bulan Julai 2013.

Dek kerana komen pedas oleh Rita, Adil telah menceraikannya dengan talak satu melalui SMS semalam.

Jom tengok lagi gambar cantik Zarema Zainal yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Ads: Lifebuoy's on a mission to bring joy to the less fortunate in Msia this Ramadan, follow #SuciBerseri Thu 5pm on TV3! Click HERE to know more!

(Video) Kasihan pakcik ini...#SuciBerseri

Posted: 05 Aug 2013 06:30 PM PDT

Apa sebenarnya yang berlaku?

Kenapa pakcik ini dalam keadaan sebegini?

Semuanya terjawab dalam video dibawah!


Duke of UMNO

Posted: 06 Aug 2013 01:24 PM PDT

Duke of UMNO


LIBERALNYA ANWAR SAMPAI BENARKAN ISLAM DIHINA...

Posted: 05 Aug 2013 11:37 PM PDT

anwar karpal

Isu moral rakyat Malaysia yang semakin 'gemar' menghina agama Islam secara terang-terangan seolah-olah tidak terbendung dari sehari ke sehari.

Sebelum ini, kita dikecohkan dengan gelagat pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang tanpa berselindung menghina umat Islam ketika umat Islam baru sahaja menerima kunjungan bulan mulia, bulan Ramadhan.

Kemudian, kita dikejutkan juga dengan satu video oleh seorang wanita Islam yang membela anjing dan mengambilkan wuduk untuk anjing-anjingnya sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Secara tidak langsung, tindakan wanita itu, Maznah Mohd Yusof atau Chetz juga menghina Islam.


Jadi, dalam isu Chetz menghina Islam, SKMM dan JAKIM telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya kepada wanita itu agar dapat dijadikan pengajaran buat sesiapa pun yang berbeza latar belakang agama, bangsa dan kaum untuk tidak sewenang-wenangnya menghina mana-mana agama.

Namun, tindakan JAKIM yang mengambil tindakan terhadap Chetz tidak disenangi oleh Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengecam JAKIM sebagai memilih 'bulu' bagi menangani isu menghina agama.

Pertamanya, kenyataan Anwar mengatakan JAKIM memilih 'bulu' adalah sukar untuk ditafsirkan. 

Ini kerana, sekiranya JAKIM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Chetz, barulah tuduhan JAKIM sebagai memilih 'bulu' layak diberikan kerana mungkin wanita itu beragama Islam dan tidak mahu menunjukkan orang Islam juga layak dikenakan tindakan atas kesalahan akhlak dan moral. Ia akan menunjukkan lebih lagi JAKIM sebagai berat sebelah kerana mengambil tindakan hanya kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seperti Alvin dan Vivian tetapi mendiamkan kes Chetz. 

Keduanya, kecaman dan tuduhan Anwar kepada JAKIM sebagai memilih 'bulu' punyai matlamat yang terselindung. Kita sendiri sedia maklum, fahaman Anwar tentang Islam adalah mencakupi Islam yang liberal di mana sekarang ini ajaran Islam menurut Anwar adalah seharusnya terkandung keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi yang amat sesuai dilaksanakan di dunia Muslim.

Kita sendiri tahu, Anwar mempunyai lidah yang petah berbicara dan sekiranya kita membenarkan beliau berbicara tanpa ada sebarang tapisan logik akal kita sendiri, kita juga hanyut dengan ideologi dan pendapat dirinya. Anwar amat menitik beratkan tentang frasa, kosa kata dan nama tokoh yang mendokong Islam Liberal dalam setiap ucapan dan tulisannya. Kerana, dengan cara itu, ia dapat memberikan kesan mendalam kepada orang ramai dan meraih kepercayaan yang tinggi. 

Anwar sendiri menyanjung tinggi tokoh-tokoh yang memulakan pemikiran Islam Liberal dan 'layak' dijadikan sumber rujukan. Antaranya seperti, John Locke, Immanuel Kant, Voltaire Adam Smith, dan Charles Kurzman yang dipanggil sebagai 'Religious Enlightenment' atau 'Pencerahan Agama'.

Jadi, cubaan Anwar untuk meracuni pemikiran rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mengubah Islam seperti tuntutan agama yang sebenar kepada Islam Liberal di awalnya mungkin mendapat sambutan. Tetapi, kerana kebodohan Anwar yang tidak memikirkan rakyat Malaysia sebenarnya bijak mengenai isu agama Islam, pembukaan Anwar untuk mengubah Islam Liberal ditolak terus oleh pengikutnya. Kalau yang ada pun, mereka mungkin terpedaya dengan kepetahan Anwar melontarkan hujah-hujah dari tokoh-tokoh Islam Liberal sebagai bukti Islam Liberal itu adalah benar. Mereka itu sememangnya bodoh sama seperti Anwar.

Justeru, untuk kes Chetz yang menghina Islam dengan perlakuan sedemikian dan Chetz sendiri mendakwa umat Islam Malaysia terlalu sensitif sebenarnya menarik minat dan perhatian Anwar. Apabila Chetz mendakwa umat Islam Malaysia sensitif dengan video yang dia ciptakan, ia melambangkan Islam Liberal wujud dalam diri Chetz yang menolak tuntutan sebenar Islam iaitu menegakkan mana yang betul dan mana yang salah. 

Pada Anwar, Chetz menunjukkan sekiranya apa sahaja yang dia ingin lakukan seperti megambilkan wuduk untuk anjing-anjingnya berlandaskan kepada kebebasan dan tidak seharusnya disekat oleh sesiapa pun. 

Samalah dalam kes murtad Lina Joy suatu ketika dahulu. Dalam satu wawancara program TV di Australia, beliau menyatakan bahawa kita tidak berhak memaksa orang Islam daripada murtad.

Kemudian, nada yang liberal juga pernah beliau utarakan apabila isu tentang lesbianisme dan homoseksualisme dibangkitkan. Malah, komennya adalah satu petanda jelas bahawa beliau menyokong hak homoseksualisme dan lesbianisme.

Justeru, samalah juga pendapat Anwar tentang penhinaan Islam yang dibuat oleh Chetz. Pada hemat Anwar, kita semua sebagai umat Islam tidak berhak menghalang Chetz untuk menghina Islam. Kerana itu adalah hak peribadi dan kehendak kebebasan Chetz. 

Disebabkan itulah Anwar mengecam tindakan JAKIM yang mengambil tindakan tegas terhadap Chetz dan melontarkan fitnah JAKIM sebagai memilih 'bulu'. 

Kebenarannya, tindakan sedemikian menjadi penghalang untuk Islam Liberal terus bertapak di Malaysia. Modus operandi Anwar seperti inilah amat membahayakan kerana sekiranya kita tidak sedar, satu persatu agenda bobroknya bakal tercapai. 

Sumber: Mykmu.net

LATHEEFA "KOYAK" NI NAK KENA TEMPELENG KE?

Posted: 05 Aug 2013 08:37 PM PDT

koyak

Kadang-kadang, saya rasa macam nak ketuk saja kepala Latheefa Koya dan N. Surendren, dua "macai" Anwar Ibrahim yang menjadi peguambela Maznah "Chetz" Yusof, wanita yang diputuskan sebagai menghina Islam melalui youtube bersama anjing-anjingnya.

Kata dua peguam PKR itu, kerajaan berniat jahat terhadap Chetz apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya oleh Jakim atas kontroversi yang ditimbulkannya baru-baru ini.

Kononnya kes Chets itu masih dalam siasatan dan kerajaan tidak wajar untuk mengeluarkan sebaran kenyataan mengenai wanita berusia 38 tahun tapi masih belum berumahtangga itu.

Saya tertanya-tanya, apa salahnya Menteri berkenaan mencadangkan sesuatu yang membawa kebaikan pada Chetz? Salahkah Menteri BN cadangkan sesuatu yang baik pada seorang individu seperti Chetz?

Sebagaimana maklum, Chetz begitu berbangga menyambut Hari Raya bersama anjing-anjingnya di dalam Youtube yang berlatar belakangkan takbir Aidilfitri. Video itu juga memaparkan anjing-anjing peliharaannya bergaul "mesra" bersamanya di dalam rumah.

Saya ingin bertanya Latheefa yang beragama Islam, apa yang dia tahu tentang hukum mengenai anjing? Ya, memang Islam benarkan memelihara anjing. Ada yang dibuat berburu dan ada yang digunakan untuk urusan jenayah. Tapi kalau tak kena gaya, kena samak, kan?

Seperkara yang saya ingin tahu, apakah Chetz membela anjing-anjingnya itu seperti polis membela anjing mereka? Polis bawa anjing mereka masuk dalam rumah, mandikan dalam rumah dan melepak bersama anjing di atas sofa?

Dalam hal Chetz, dia selamba membela anjing-anjing itu seperti membela kucing! Seolah-olah tiada haram atau halalnya berkaitan anjing-anjingnya itu, bukan?

Persoalannya, apakah Chetz samak rumahnya dengan air tanah setiap hari? Jangan tipulah! Kemudian, bagaimana pula Chetz memastikan dirinya dan rumahnya bersih dari sebarang unsur najis "mughollazah"?

Bagaimana Chetz mahu bersolat di dalam rumah yang penuh dengan kesan najis "mughollazah"? Apakah Chetz samak tubuh badannya lima kali sehari dan ke masjid setiap waktu untuk menunaikan solat? Tolonglah jangan nak menipu…

Jelas sekali menunjukkan bahawa Chetz mengambil mudah dan tidak sedar tentang najis berat yang ada di segenap rumahnya, bukan? Jadi, salahkah Menteri itu mencadangkan supaya Jakim memperbetulkan gaya kehidupan dan akhlaknya?

Itu baru disentuh tentang gaya hidup dan muamalah Chetz yang bergelumang dengan najis pada setiap hari. Kalau najis ringan, mungkin dia tak perlu dipulihkan. Tapi kalau najis berat, nampaknya dia perlu diperbetulkan!

Itu belum lagi disentuh mengenai gaya Chetz yang merupakan seorang wanita tapi "perasan" nak jadi lelaki. Kalau ditegur soal itu, ramai pula yang "meroyan" nanti, kan?

Saya menyarankan agar Latheefa dan Surendren belajar dulu tentang hukum hakam Islam mengenai muamalah umat Islam dengan anjing. Orang Islam lain pun ada memelihara anjing juga, tapi tidaklah seperti cara Chetz, bukan?

Tapi kalau hal ehwal berkenaan hukum mengenai najis yang merupakan perkara asas itu pun Latheefa Koya tak tahu, itu adalah satu perkara yang sangat memalukan. Ini bukan soal Chetz sentuh anjing, ini soal Chetz yang bawa masuk najis berat dan berselerak dalam rumahnya!

Sumber: Mykmu.net

Cucu Tok Selampit

Posted: 06 Aug 2013 01:21 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kurang Ajar!!! Video Cina DAP Maki @PDRMsia Dan BN Dalam Operasi Cegah Maksiat Di Damasara Utama

Posted: 05 Aug 2013 08:48 PM PDT


Untuk orang-orang Melayu yang mengundi DAP di Damansara Utama di dalam PRU-13 yang lepas, ini ada video terbaik buat kamu. Video di mana Pegawai-Pegawai Polis Melayu ditengking dan diherdik oleh Cina Kiasu DAP di dalam operasi cegah maksiat. Ini berlaku di sebuah kelab malam cina di kawasan Selangor, dalam DUN Damansara Utama di mana Wakil Rakyatnya adalah ahli DAP, YB Yeo Bee Yin.

Antara kata-kata kesat dan lucah yang dilemparkan kepada Anggota-Anggota Polis adalah:

1.Who the fuck you all?
2.License used ... all fucking to job.
3.Confirmed BN kalah.
4.You buat macam ni aa.. confirmed BN kalah.
5.Langsi some more?
6.Saya tak da hal la!
7.Pukimak.

Sekali lagi tahniah orang-orang Melayu Damasara Utama.

tun faisal dot com

Posted: 06 Aug 2013 01:19 PM PDT

tun faisal dot com


#PemilihanUMNO13 - Mampukah Blogger, Facebooker UBAH UMNO? #PAU13 #UbahUMNO

Posted: 06 Aug 2013 12:51 AM PDT


Riak-riak TUNTUTAN PERUBAHAN di dalam UMNO sudah dimulakan. Terbaru adalah tulisan dan gerakan yang akan dimulakan oleh blogger ternama, Dr Novandri. Dalam Tulisan Dr Novandri ini, bukan sahaja pemimpin lama yang tidak berkesan patut digantikan, malah pemimpin muda yang hanya pandai beretorik, tidak efektif, malas, tidak berani dan gagal bersuara untuk membawa perjuangan juga tidak wajar dipilih semula.

Sebelum tulisan Dr Novandri, sudah ada sejumlah tulisan yang agak berani menuntut perubahan. Antara tulisan yang pertama adalah daripada blogger Shah Alam Rebels (SAR). Tulisan SAR ini disahut pula oleh beberapa blogger yang lain seperti Sangkakala, Keris 7 Lok dan APA.

PEMILIHAN UMNO 2013: SENARAI KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG WAJIB BERUNDUR!!!

Jom kita ubah atau rebah. @NajibRazak

PEMILIHAN AGUNG UMNO !!! WILAYAH PERLU JUGA PERTUKARAN

SELEPAS UMNO SELANGOR - BEBERAPA KETUA UMNO BAHAGIAN #WILAYAHPERSEKUTUAN JUGA PERLU DITUKAR!

Pemilihan UMNO 2013 - UMNO perlu perubahan RADIKAL di bahagian? @NajibRazak
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/07/pemilihan-umno-2013-umno-perlu.html

Antara laman Facebook yang kritikal tentang pemilihan ini pula adalah

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - PEMILIHAN 2013

Malangnya, yang memulakan riak ini, bukan pemimpin UMNO, tetapi golongan Blogger dan Facebooker yang sayangkan UMNO dan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Dalam UMNO, suara-suara yang menuntut perubahan, hanyalah sekadar bisikan. Sama ada bisikan kecil yang mengajak perubahan ini dapat disahut dengan keberanian dalam bentuk TINDAKAN dan UNDI di cawangan dan bahagian, itu belum pasti lagi. 

Bacaan saya, dengan sistem warlord yang ada, keberanian dan ketrampilan pemimpin muda di peringkat bahagian, kekurangan sumber di kalangan pemimpin muda dan kecenderungan perwakilan-perwakilan UMNO yang rata-ratanya masih mengundi mengikut blok, arahan pemimpin bahagian atau kerana kepentingan diri, rasanya, TUNTUTAN PERUBAHAN yang ingin digerakkan oleh golongan Blogger dan Facebooker UMNO ini SUKAR hendak direalisasikan. 

Lebih-lebih lagi JIKA ramai di kalangan 150,000 perwakilan ini tidak membaca blog dan mempunyai akaun facebook

Dengan syarat yang baru dimasukkan seperti `KEMESTIAN UNTUK MENJADI AJK BAHAGIAN SELAMA SATU PENGGAL', peluang pemimpin muda dalam UMNO akan dihadkan. 

Dengan tempoh berkempen yang pendek dan pemilihan dilakukan serentak dengan pemilihan di peringkat Bahagian, maka peluang untuk pemimpin baru seolah-olah hampir tiada, sebaliknya ia membolehkan sistem warlord terus mengambil tempat dan memberi advantage atau kelebihan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi sedia ada, iaitu para Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi yang menyandang jawatan.

Jika ini senarionya, maka gerakan yang dimulakan oleh Blogger dan Facebooker ini hanya akan menjadi sekadar gerakan di ALAM MAYA. Tetapi, itu tidak seharusnya menghalang para PEJUANG di kalangan blogger dan facebooker yang sayangkan UMNO dan perjuangan ABATA ini mencuba.

Mampukan riak-riak TUNTUTAN PERUBAHAN oleh para blogger dan facebooker pro-UMNO ini digerakkan sehingga menjadi GELOMBANG, seterusnya TSUNAMI yang boleh mengubah senario kepimpinan dalam UMNO? Saya masih kurang yakin kerana faktor-faktor yang telah saya senaraikan tadi..

BACA TULISAN DR NOVANDRI DI BAWAH UNTUK MENGIKUTI DAN MEMAHAMI GERAKAN TUNTUTAN PERUBAHAN YANG AKAN DIMULAKAN OLEH BLOGGER DAN FACEBOOKER DI PULAU PINANG


SEBAB CALON-CALON MT & PEMUDA UMNO PERLU DI TOLAK DI #PAU13

http://novandri.blogspot.com/2013/08/1-sebab-calon-calon-mt-umno-perlu-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

1. MiM percaya transformasi parti UMNO mesti bermula dengan menolak pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak perform dan terlalu lama dengan jawatan yang dipegang.  

2. Pemimpin-pemimpin ini sepatutnya sedar sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan memberi peluang kepada pelapis yang lebih muda untuk membolehkan proses rejunivasi dan percambahan idea-idea yang lebih relevan dengan masa kini. 

 3. Sebagai penganalisis politik dan juga salah seorang wakil ahli UMNO yang akan mengundi di pemilihan kepimpinan UMNO tidak lama lagi, MiM akan mulai menyenaraikan calon-calon yang MiM dan rakan-rakan yakin akan meneruskan transformasi parti UMNO/BN dan kerajaan.
  

4. Penyenaraian ini sangat penting untuk membolehkan ahli-ahli UMNO menilai sendiri calon-calon yang akan bertanding supaya kita tidak tersilap pilih terutamanya ketika parti bakal menghadapi PRU14 yang dianggap paling sukar dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional. 

5. Cukuplah dengan calon-calon MT dan Pemuda UMNO yang lantang dan rajin turun ke akar umbi hanya ketika kempen tetapi selepas itu susah untuk bertemu dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberi. 

 6. Sudah tiba masanya untuk MiM membantu fokuskan usaha untuk memastikan kepimpinan UMNO yang berdepan PRU14 adalah yang terbaik.
  

7. Jika diberi jawatan-jawatan penting, pemimpin-pemimpin ini bukannya memudahkan pentadbiran Najib Razak tetapi kerap menjadi liabiliti parti dan kerajaan hingga menyusahkan jentera media alternatif pro-UMNO untuk mempertahankan parti.

8.  Dengan protokol mengundi yang berbeza dan melibatkan lebih ramai lagi akar umbi wakil UMNO di peringkat cawangan dan bahagian, maka adalah mandatori MiM dan rakan-rakan untuk memilih calon-calon yang terbaik untuk diketengahkan supaya akar umbi wakil UMNO lebih tahu bakali-bakal pemimpun mereka.

9. Status Menteri atau Timbalan Menteri dalam kepimpinan tertinggi UMNO dan sayap-sayap parti yang diketahui tidak akan membantu proses transformasi parti UMNO mesti ditolak demi kesinambungan parti UMNO.



Terkini : TOP 100 Ranking Blog Pro-BN,

Posted: 05 Aug 2013 05:30 PM PDT

Slide1


Kedudukan Semasa Blog Mesra Kerajaan Sehingga 5/8/2013

Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga tarikh 8 Ogos 2013. Untuk makluman,kami kini hanya menyenaraikan 100 Blog terbaik sahaja. Harap maklum.

 Slide2 Slide3 Slide4


Other Perspektif

Posted: 06 Aug 2013 01:19 PM PDT

Other Perspektif


AES U-Turn Pulak!

Posted: 06 Aug 2013 12:19 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan