Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 2 Ogos 2013 at 1:18 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 02 Aug 2013 01:12 PM PDT

Duke of UMNO


GEMPARRR..!!! PAS KELANTAN ANJUR LELAKI SEPARA BOGEL PAKAI SPENDER..???!!!

Posted: 02 Aug 2013 08:38 AM PDT

Baru ni kecoh pasal 4 orang awek cun yang gatal teringin nak jadi ratu cantik, kan? Lepas tu JAWI ambil tindakan kat diorang, kan? Depa semua dihadapkan ke mahkamah syariah, kan?

Itu penguatkuasaan undang-undang Islam kat Wilayah Persekutuan. Memandangkan kejadian tu berlaku di KL, maka JAWI lah yang ambil tindakan. Korang tahu semua undang-undang Islam tertakluk mengikut negeri masing-masing, kan?

Ada satu soalan "cepumas" aku nak tanya kat bawah ni... melibatkan Kerajaan PAS "Isle" Negeri Kelantan...heh!

Cuba tengok gambar ni...

Ewwahhh... muka Pok Nik Ajis pun ada sekali kat banner tu? Mursyidul Am PAS tu kasi pulak event macam ni...heh!
Dan aku nak tanya, apa bezanya pertandingan ratu cantik dengan pertandingan bina badan ni? Errr... tak dedah aurat secara melampau ke? 

Sebenarnya, aku tak tuju kat Kelantan je. Kat peringkat kebangsaan pun patut dah stop dah sukan bina badan untuk lelaki Islam ni... biar la yang bukan Islam saja yang nak tayang aurat tu...kan? 

Apa kata korang? Setuju? Ni bukan soal politik... ni soal hukum hakam Islam dan kebenaran..kan? kan? kan?

HOT..!!! PELAJAR TUA KUIN KUALA KETIL MARAH KAT MUKHRIZ..???!!!

Posted: 01 Aug 2013 08:37 PM PDT

Tengok betul-betul...ada rupa macam mahasiswa KUIN tak? Atau macam tuan rumah sewa Kuala Ketil..? Heh!
Semalam aku berbuka di Alor Setar. Saja meraikan Ramadhan dengan mak aku.Lepas tu pegi solat terawikh. Kebetulan, masjid yang aku pegi solat terawikh tu ada budak-budak KUIN yang datang berjemaah bersama...

Lepas solat, aku "tangkap" la dua tiga orang budak tu ajak pegi minum. Saja borak dengan bebudak tu...tanya perkembangan terkini di KUIN dan pengajian budak-budak tu..Dioang ni budak jurusan Syariah dan ada yang buat Usuluddin kat situ...Cuma nama diorang aku takleh nak dedah...

Baru-baru ni khabarnya budak-budak mahasiswa di Kuala Ketil buat demo sebab tak puas hati kat pentadbiran KUIN, khususnya MB Kedah, yang putuskan supaya depa pindah balik ke kampus Mergong, kampus asal depa...

Maka budak-budak tu pun bukak la cerita sebenarrr.... heh!

Ramainya "studentttttt"... eh ramai kena letak "s".. Studentssssssss..!!!!
Rupa-rupanya, tak ramai pun mahasiswa yang turun demo tu. Lebih kurang 20 orang student saja yang berdemo. Paling best, bebudak yang turun demo tu semuanya penyokong PAS totok! Latar belakang family depa pun PAS pekatttt..!

Kenapa tak ramai? Sebabnya, mahasiswa KUIN memang tak sokong pun gerakan budak-budak PAS KUIN tu. Depa tak kisah pun pindah balik ke Kuala Ketil sebab rumah sewa kat situ semuanya mahal-mahal. 

Kalau dulu sewa hanya RM250 sebulan kat area kampus Kuala Ketil tu, sekarang ni dah jadi sampai RM1,500 sebulan! Perghhh..!!! Kat area kampus Mergong tu baru RM70-RM80 satu kepala. Satu rumah baru RM700 - RM800 sebulan... lebih separuh bezanya tuuuu...

Abis tu? Kenapa Harakah tulis sampai 500 orang yang hadir?

Budak-budak KUIN tu tersengih... Depa kata, student lebih kurang 20 orang, waris student yang totok PAS dan tinggal berhampiran yang turun pun hanya 2-3 orang saja. Selebihnya ialah orang PAS kat area Kuala Ketil yang "menyebok" untuk buruk-burukkan situasi...
Percaya laaa.. aku ni "student" KUIN yang teraniayaaaa..!!! Percaya la weiii..!!!
Kata depa, sebetulnya jumlah yang hadir hanya lebih kurang 200 orang saja. Harakah saja "auta" kononnya sampai 500 orang...heh! Biasalah... siapa tak kenal Harakah, kan? kan? kan? Kalau agama pun depa boleh spin, inikan pulak jumlah orang demo....heh!

Lebih menarik, budak-budak KUIN tu kata, kawan depa yang demo tu semuanya rapat dengan orang-orang kuat PAS Kedah. Dan depa yakin segala perancangan demo tu didalangi oleh PAS Kedah....jeng! jeng! jeng! Betul ke?

Aku warning budak KUIN tu, "hang jangan buat fitnah di bulan puasa ni, tak ingat dosa pahala ka?". Budak tu balas balik, "cuba abang pi tanya Randy...tapi tak tau la dia mau mengaku ke tidak"... Heh! Randy mana pulak nihhh..? korang kenal? Heh!

Cucu Tok Selampit

Posted: 02 Aug 2013 01:08 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Pingat Kedaulatan Negara Untuk Wartawan Malaysiakini! Tahniahlah PM @NajibRazak

Posted: 02 Aug 2013 09:00 AM PDT


Tahniah kepada wartawan-wartawan dan pemberita serta pengamal media yang menerima pingat pahlawan ini. Khabarnya ada sahabat blogger yang turut menerima anugerah Pingat Kedaulatan Negara ini. Namun, ada suara-suara sahabat yang lain yang tidak berpuas hati, memandangkan rakan blogger ini tidakpun berada di "ground zero", sebaliknya hanya melengkapkan percutian di Sabah semata-mata.

Namun bukan ini persoalan yang CTS ingin ketengahkan. Sebaliknya CTS agak kecewa apabila mendapat tahu wartawan Malaysiakini antara penerima anugerah yang agak tinggi darjatnya ini. Dua wartawan Malaysiakini tersebut adalah Nigel Aw dan Lee Long Hui. Sebelum ini anugerah yang sama telah diberikan kepada pejuang-pejuang negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat di Ops Lahad Datu. CTS dapat merasakan degupan daripada akar umbi, sia-sia sahaja menjadi "tentera media" yang menyokong kerajaan DS Najib selama ini, kalau ini penghinaan yang kami terima.

Penganugerahan kepada wartawan Malaysiakini ibarat pisau tajam yang ditusuk di belakang pengamal media yang menyokong kerajaan DS Najib. Malangnya punahsihat-punahsihat DS Najib terlupa bahawa Malaysiakini adalah wadah penyebar dakyah palsu dan menjadi batu api dalam isu Lahad Datu. Malam ini mereka diraikan dan diberikan pingat. CTS sudah putus harapan pada DS Najib. Patutlah berat kaki untuk hadir ke majlis ini walaupun undangan telah lama diterima.

Rileks Sebentar - Tokoh Politik Malaysia & Kembar Seiras Mereka Di Kalangan Pelakon / Penyanyi

Posted: 02 Aug 2013 07:30 AM PDT







Apa Rasionalnya Tukar Kereta Rasmi Kerajaan Malaysia Kepada Honda Accord @NajibRazak

Posted: 01 Aug 2013 08:47 PM PDT


Tiada lagi kereta Proton sebagai kereta rasmi Kerajaan Malaysia? Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia bertarikh 29 Julai 2013, bahawa kereta Nasional, Proton Inspira (dahulunya Proton Perdana) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah ditukar kepada model Honda Accord 2.4L dan Honda Accord 2.0L.

Bukankah Proton Inspira yang ada sekarang masih baru? Kenapa masih hendak ditukar kepada kereta Honda Accord? Agaknya berapa ribu unit yang hendak ditukar? Kalau ditolak campur Gred Pegawai JUSA A, B dan C termasuk pegawai turus ditambah dengan Menteri-Menteri yang ada, jumlahnya mungkin mencecah 18,000 pegawai daripada 1.4 juta Penjawat Awam Persekutuan. Katakan seunit Honda Accord berkenaan harganya RM80,000 (harga kepada Kerajaan setelah ditolak duti eksais dan duti import semua), kiraan mudah adalah seperti berikut:

18,000 pegawai x RM80,000 = RM1.440 billion.

Saya ulang RM1.44 billion!!! RM1.44 billion Kerajaan baziran duit Rakyat Malaysia buat apa? Kerajaan Malaysia sekarang banyak duit sangatkah? Habis 18,000 kereta Proton Inspira yang sedia ada nak buat apa? Jual besi buruk? Dulu masa DS Nizar Jamaluddin, manta Menteri Besar Perak menukar kereta Proton kepada Toyota Camry, berkokok-kokok pemimpin-pemimpin BN kata tak patriotik la, tiada semangat kebangsaan la, tidak membeli barangan buatan Malaysia la, membazir la. Sekarang apa sudah jadi?

Video Namewee Mengamuk Pasal "The New Village" - Menteri UMNO Kena Tambah Lagi Geran Untuk Beliau Buat Filem

Posted: 01 Aug 2013 05:38 PM PDT


Namewee mengamuk lagi. Kali ini beliau mempertikaikan Kerajaan Malaysia terutama yang melibatkan pihak-pihak yang memberi kelulusan dan penayangan filem, sebagai tidak adil dengan kaum Cina yang membuat dan mengeluarkan filem. Cuma berbeza dengan video-videonya sebelum ini, video kali ini hanya tidak dibuat dalam bentuk lagu sebaliknya membebel seperti Ah So tua. Sekarang Namewee sudahpun bersuara. Anak angkat kesayangan seorang Menteri botak UMNO ini pastinya akan dihadiahkan lagi dengan geran untuk membuat filem bernilai jutaan ringgit. 

Jangan pula ada yang marah-marah dengan video Namewee ini. Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak adalah seorang penyokong kuat Namewee. Beliau mengelarkan Namewee sebagai penyokong kuat 1Malaysia, unik, tidak konvensional di dalam idea dan pemikiran. Kalau tidak percaya itu komen Perdana Menteri, baca The Malaysian Insiders, di sini. Jadi kalau Perdana Menteri sendiri menjadi "back-up" kuat Cina ini, siapalah kita untuk mengkritik Namewee bukan?

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Aug 2013 11:24 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Salleh Man gagal tadbir MAIPP, 76 penerima zakat belum dapat duit !!

Posted: 01 Aug 2013 09:10 PM PDT




- Nasib golongan kurang berkemampuan di negeri ini yang masih belum menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri mendedahkan kepincangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mentadbir hal ehwal agama Islam khususnya pengurusan masjid.


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Jahara Hamid berkata, masjid merupakan institusi yang penting dalam menyalurkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan.


Sehubungan itu tegasnya, sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan segera supaya tiada pihak yang teraniaya terutama mereka yang amat 
mengharapkan bantuan zakat sebagai persiapan menyambut 1 Syawal.

"Segala masalah yang timbul janganlah dibiarkan tergantung begitu sahaja terutama menjelang hari raya.

"Kerajaan negeri khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) tidak boleh berlengah, minta mereka segera selesaikan segala kemelut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas nasib 76 penerima zakat MAIPP majoritinya warga emas yang masih belum menerima bantuan berkenaan pada tahun ini berikutan jawatankuasa kariah masjid yang menguruskan perkara itu kini 'digantung'.


UMNO negeri baru-baru ini melahirkan kekesalan dengan proses pilihan raya bagi memilih jawatankuasa masjid yang sedang berlangsung kerana didapati tidak telus dan tidak mengikut prinsip demokrasi yang sering dilaung-laungkan oleh pembangkang.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya menerima maklumat ada dalam kalangan calon yang kalah tetap dipilih memegang jawatan dalam jawatankuasa kariah masjid.


Sebaliknya calon yang menang pula disingkir dan tidak mendapat tempat dalam jawatankuasa berkenaan.
Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Datuk Mohd. Salleh Man memberitahu, isu sedemikian tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan pihaknya telah meletakkan tanggungjawab menyalurkan bantuan zakat kepada pegawai masjid.
"Disebabkan jawatankuasa kariah masjid digantung tugas maka peranannya kini dimainkan oleh pegawai masjid seperti imam dan bilal.
"Penduduk terbabit boleh rujuk kepada mereka," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.

Hot ! Guan Eng takut kalah , enggan ikut arahan ROS buat pemilihan CEC semula !

Posted: 01 Aug 2013 02:19 PM PDT




DAP seolah-olah cuba berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) seperti diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan mengenakan dua syarat baharu kepada pertubuhan itu.

Dua syarat berkenaan ialah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa, tindakan memberi arahan dalam tempoh singkat dengan alasan begitu subjektif tidak boleh diterima kerana menunjukkan sikap tidak demokratik dan satu penafian keadilan dalam proses undang-undang yang sepatutnya.

"Jika ini alasan dalam proses membuat keputusan oleh ROS, sudah pasti parti pembangkang seperti DAP sampai bila-bila akan dijadikan tebusan lantaran aduan mengarut dan tidak berasas.

"Tentunya pada masa depan tidak akan ada apa-apa yang boleh menghalang ROS daripada mengarahkan pemilihan semula diadakan pada bila-bila masa sesuka hati mereka tanpa perlu memberikan sebab munasabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu.

ROS dalam surat itu dikatakan memberi alasan bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri dalam pada itu menambah, DAP berhak dimaklumkan tentang faktor yang membuatkan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan memandangkan segala dokumen sokongan telah diserahkan.
"Kesilapan hanya semasa penyiaran keputusan yang mengakibatkan jumlah undi salah diumumkan untuk beberapa calon dan apabila kesilapan disedari, terus diperakui dan diperbetulkan," dakwanya


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 02 Aug 2013 03:18 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Terminum holy water Idris Jala

Posted: 01 Aug 2013 03:17 AM PDT


Kenapa Idris Jala dipilih jadi Pengerusi J/kuasa Jenayah Berat?

Jawabnya senang ... supaya jenayah tidak payah di cegah.

Biar bermaharajalela...hehehe

Dulu dia kata MAS akan pulih, tapi akhir dia tipu pengumuman untuk kata untong. Padahal dia tak sebut operasi rugi lebih RM300 juta.

Dulu dia kata negara akan bankrup, kemudian dia kata sudah tidak. Rupanya dia tak faham ekonomi...

Dan dulu dia kata jenayah kecilan tinggi dan dia mintak lakukan cadangan makmal NKRA tentang jenayah, kemudian dia kata sudah tiada lagi.


Betul ke?

Rupanya jenayah berat kerap berlaku tiap-tiap hari.

Inilah idea dan kajian cekap Idris Jala dari makmal PEMANDU yang melalaikan banyak otak-otak orang atas kita. Hinggakan sampai Omar Ong, Shahlan dan Nazri Aziz termakan buta hasil makmal PEMANDU suruh ISA, EO dan lain-lain akta dimansuhkan.


Kenapa ramai boleh percaya cakap Idris Jala sampai lantik dia Pengerusi Jawatankuasa Jenayah Berat? 

Agaknya sudah terminum holy water evangelis orang kelabit.

Wow! Husin tak akan tertipu berkali-kali

tunku

Posted: 02 Aug 2013 03:17 AM PDT

tunku


DAP is ready to sack 753 Indian members.

Posted: 02 Aug 2013 02:41 AM PDT

The fraud case in the DAP's CEC election made its mark in Malaysia political history. As an opposition party who promotes transparency and always accusing the government as corrupted now can eats their own words. The DAP is now known as a hypocrite and liar.

Through this fraud incident, it is proven that the DAP is the most racist party ever existed in Malaysian political history. This is because investigation found out that the DAP intentionally did not send notices to 753 of its Indian members that is eligible to become a representative in the CEC. Other than that, a recount that was made right after the result has been tallied shows that there are manipulation from the leaders of the DAP to ensure that Zairil Khir Johari win a seat in the committee. This only happens because there are no representatives from the Malay community.

However, DAP's action to cover up their racist nature through the appointment of Zairil Khir Johari has really shows their true colour as Zairil is not a Malay, but he is 100% Chinese. Why a Chinese is being considered as a Malay except the fact that the DAP is too racist and refuse to put Malays in the leadership of the party. 

Not enough with the lying and cheating, DAP is now proven as a ruthless bunch of thugs when they oppose the ROS's orders for the DAP to organize another election.

It is certain that the DAP is not ready to organize another election because it means that they have to invite the 753 Indians that has been left out in the previous CEC election. This also means that they have to prepare for any possibilities that Zairil will have the least amount of votes again, similar to what he received in the first count. This can also resulted into Guan Eng and his cronies is oust from the DAP.

To retain their position, the DAP's will not fight for the rights of their own members that they themselves took. The DAP is willing to sack the 753 Indian members any time soon as long as there are no re-election. It is not impossible that that is what the DAP wants so that all of their members will understand that the DAP is for the Chinese and other races are only needed to cover up their racist agenda of the party. Thus, the Indians and the Malays do not have to contest any of the election in the CEC and they don't have to attend the meeting. It is enough for them to be the DAP's coolies and minions in order to gain Indian and Malay votes.

If the DAP is not a racist, gangster, dictator and ruthless, then what is the correct word to define them? It seems like the DAP leaders are the complete evil villains that are filled with hypocrisy, lying and shameless, a sad despicable excuse for a political party in Malaysia. They have no problem letting the world know that they cheated, as long as they are in power.

It is clear that the DAP is a party that does not have any human values and civil. Just imagine if this party becomes the leader of this country, the 14 days tragedy in Malaya will repeat itself, and there's nothing we can do about it.  

Disconnected Anwar is Disappearing into the Darkness

Posted: 02 Aug 2013 12:58 AM PDT

Anwar Ibrahim is lost in space. He is drifting into the ether on his own, disconnected from the people he once thought loved him, estranged from the coalition machine he failed to unite, and sadly transfixed with GE13 – the election that got away.

Three months on from that election, he cuts a lonely figure as he shouts "It's ridiculous! It's not right" at the judges who have been striking out his court actions against the constituent results of GE13.

No other high profile Pakatan Rakyat figure is interested with his fanciful bid to overturn the result of GE13 via the courts. When he briefly flirted with boycotting Parliament, the 89 Opposition MPs on his own side of the Dewan Rakyat barely paused before they took their seats to debate legislation that is vital for Malaysia. On the other side of the house, it is business as usual, with the Government of Datuk Seri Najib Razak forging ahead with reform of our arcane tax system and the Election Commission.

Looking at where Anwar is now, wallowing in self-pity as he refuses to rule out even more disruptive 'Black 505' rallies, it is easy to brand May 5, 2013 as a pivotal date in his demise as a leader, let alone a future Prime Minister. But you really need to go further back to another even more important date to see where it really went wrong for Anwar.

That date was January 9, 2012, the date on which he was acquitted on the Sodomy II charges. That event is key because it was then that Anwar's victim persona lost its allure. Previously, journalists had fawned on him, detailing his suffering in sympathetic prose. It gave Anwar the chance to brand his homeland an "oppressive regime" and speak of the need for a "Malaysian Spring".

But in time, stripped of his protective shroud of victimhood, voters started to ask more probing questions about his character, his ability to pull together his disparate coalition, his lack of a manifesto or a shadow cabinet, his personal wealth and his past as a Finance Minister, and his role in Bersih 3.0. Suffice to say Anwar probably had a better time as leader of Pakatan Rakyat before January 9 than he has since.

And let's look at the answers to some of those questions. His role as a unifying force of PKR-DAP-PAS was exposed more than anything by the hudud saga. While PAS and DA slogged it out, Anwar did all he could to remain invisible – after endorsing hudud and then announcing that PKR did not join with him. Brave, interventionist leadership was never his thing. No wonder the "Hadi for PM" sideshow was allowed to run its course.

The same problem made a common policy framework impossible and hence the incredible delay for a pre-election manifesto. We never did get a shadow cabinet.

And still haven't.

There remain enough lurking questions about his personal fortune, personal conduct and time as Finance Minister to stop him being credible enough to ask tough questions of the Government's conduct.

And Bersih 3.0 exposed him at his very worst – allegedly cajoling the masses over the barricades of a demonstration that turned violent. It was a day that left him with "questions to answer".

Perhaps the most surprising decision by Anwar since GE13 was his declaration that he will stay on as de facto Opposition leader having previously promised to quit politics. This was a curious call, given his lacklustre performance since May 5. He looks like a man who simply doesn't care for the future.

It all could have been so different. Anwar could have emerged from making gains at GE13 stronger and he could have created his shadow cabinet and strode into the Dewan Rakyat ready to take the fight to BN. But he didn't. He couldn't.

Perhaps another September crossover pledge is in the offing. Perhaps the old Anwar will return.

But likely not. Anwar remains lost in space and there is no sign that he won't just keeping drifting off into the distance.

Laylatul Qadr - The Night Of Power

Posted: 01 Aug 2013 09:50 AM PDT

Laylatul Qadr is the crowning glory of the holy month of Ramadhaan. It is associated with the sending down of the Qur'an Majeed, the last Book of Allah on His last Prophet Muhammad (Sallallaahu Alayhi Wasallam), for the guidance of mankind. The Qur'an Majeed describes this Night.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
وَمَآ أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
تَنَزَّلُ ٱلْمَلاَئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
سَلاَمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ

"We have indeed revealed this (message) in the Night of Power: And what will explain to you what the Night of Power is? The Night of Power is better than a thousand months. Therein come down the Angels and the Spirit (Jibraeel) by Allah's permission, on every errand: Peace! This until the rise of Morn!" (Surah 97)

The Night of Power is the night of spiritual bliss. Our Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) is reported to have said concerning Ramadhaan:
"Verily this month has come to you; and therein is a night which is better than a thousand Months. Whosoever is deprived of it, is deprived of all good; and none is deprived of its good except a totally unfortunate person". (Ibn Majah)
"Whosoever stands up (in prayer) at the Night of Power out of faith and hopeful of reward, all his past sins will be forgiven."
(Targhib)

Better than a thousand months
A thousand months are equivalent to 83 years and 4 months. Fortunate is the person who spends this night in prayer. The man or woman, who prays for the whole night during this Night, will deserve blessings and reward for the period as if he or she had been praying for eighty three years and four months consecutively. Since the Night of Power is better than one thousand months no one can actually measure the extent as to how much better it is.

Exclusive
The Holy Prophet Muhammad (Sallallaahu Alayhi Wasallam) said: "Laylatul Qadr has been bestowed by Allah to my Ummah (People). It was not given to any people before this." (Dur-Mansoor).
How manifest and replete the special bounties and mercies of Allah Ta'ala are upon this Ummat is quite really beyond imagination. It will therefore be extremely foolish to allow ourselves to be deprived of these great blessings at the expense of sheer laziness and a few hours of extra sleep.

Which Night is it?
Although there are different reports in different traditions regarding the exact night, it is almost unanimous that the blessed night occurs in one of the last ten nights of Ramadhaan and more probably in one of the last ten odd nights i.e. 2lst, 23rd, 25th 27th or 29th night.

The popular opinion is, however, in favour of the 27th Night of Ramadhaan but that is not absolutely certain. The traditions indicate that it is to be sought in one of the last ten nights and preferably in the last three odd nights. It was therefore the practice of the Holy Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) and his companions to make I'tikaaf in the Mosque for the whole time offering Divine service during the last ten days of Ramadhaan.

Hazrath Aisha (Radhiallaahu Anha) reported that the Apostle of Allah said: "Search for the Blessed Night in the odd (nights) from the last ten (nights) of Ramadhaan" (Bukhari).
Hazrath Aisha has narrated another saying:

"I asked: O Messenger of Allah! Tell me if I were to find a Night of Power, what should I recite therein?" Holy Prophet Muhammad (Sallallaahu Alayhi Wasallam) advised her to recite:
Al-laa-hum-ma in-na-ka 'afoow-wan tu-hib-bul-'af wa fa-fu 'an-ni.
O Allah! You are Forgiving, You love forgiveness, so forgive me. (Bukhari).

Special attention should therefore be given to the excessive recitation of this dua on the blessed night. Furthermore one may engage in lengthy rakaats of Tahajjud salaat, Tilaawat of the Qur'an, Dua, Zikr, etc.

The worship and the vigil of the Night of Power are a treat to the soul. The heart tends to melt into tears of heartfelt gratitude. The body is in a state of angelic ecstasy The soul strives to reach nearer to Almighty Allah. In this holy month of Ramadhaan let us strive to seek the Night of Power and its bliss. May Allah reward us with His bountiful blessings. Ameen.

bumiyang

Posted: 02 Aug 2013 03:10 AM PDT

bumiyang


Cerdiknya FAM - Perlawanan Persahabatan di Jepun Siang Hari di Bulan Ramadhan???

Posted: 01 Aug 2013 03:28 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 02 Aug 2013 01:29 AM PDT

Taipingmali (tm)


JOM HUMBAN MANGKOK INI KE DALAM SUNGAI REJANG

Posted: 01 Aug 2013 03:39 PM PDT

Misbahul Munir Masduki, membayar kos RM70 ribu?

Posted: 01 Aug 2013 10:04 AM PDT



BN mengekalkan kemenangan DUN Rungkup selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini pagi ini menolak petisyen dikemukakan calon PAS.

Hakim Umi Kalthum Abdul Majid yang membuat keputusan itu turut mengarahkan pempetisyen, Misbahul Munir Masduki, membayar kos RM70,000 iaitu RM35,000 masing-masing kepada responden pertama, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, Shahrul Zaman yang mewakili BN menewaskan Misbahul dengan majoriti 613 undi.

"Kita Terima SYIAH & Khawarij Masuk PAS" - Haji Hadi Awang

Posted: 01 Aug 2013 09:38 AM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 02 Aug 2013 01:25 AM PDT

Sahabat-Gunung


Selamatkan sekolah dari fitnah dan kacau ganggu asing.

Posted: 01 Aug 2013 09:33 PM PDT


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor hari ini mengecam Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan yang membuat kenyataan awal tanpa merujuk fakta sebenar.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, P. Kamalanathan sepatutnya merujuk perkara ini kepada Pengarah Pelajaran negeri atau Pegawai Pendidikan Daerah untuk mendapat fakta sahih dan benar sebelum membuat kenyataan.

"Mengambil fakta dari facebook atau media maya tanpa menyiasat kebenarannya merupakan satu tindakan yang patut tidak dilakukan oleh seorang timbalan menteri.

Di akhir-akhir ini ramai yang terperangkap dengan terma hak asasi dan kebebasan. Namun Gaps berpandangan hak dan kebebasan  bukan lah satu perkara mutlak individu. Kebebasan dibatasi dengan peraturan dan undang-undang," ujarnya dalam Satu kenyataan media.

Tambahnya, Kebebasan juga datang dengan tanggungjawab.

"Kebebasan juga bukan milik individu semata-mata. Sebalik nya kebebasan juga milik orang ramai. Pentadbir sekolah juga berhak keatas kebebasan. PIBG SK Seri Pristana yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan ibu-bapa dan guru juga berhak menuntut kebebasan.

Kepada bekas menteri Chua Sooi Lek, Gaps menyarankan beliau membuka kelas tiusyen untuk menyekolahkan segelintir ibu-bapa yang cuba memperjuangkan hak asasi anaknya disekolah tanpa mengerti orang lain pun ada hak juga.

Kepada Timbalan Pengerusi DAP M Kula Segaran yang cuba memahat sentimen perkauman dengan mengecam Guru Besar tersebut, Gaps rasa kecaman itu umpama orang yang hilang akal. Sesungguhnya pentadbir itu cuma mempertahankan hak sekolah untuk bercakap benar terhadap isu yang berlaku. Bukankah yang wajib diperjuangkan adalah kebenaran, bukan gosip dan sensasi," ujarnya yang juga Mantan Ketua AMK Selangor.

Gaps berpandangan alangkah lebih baik ibu yang merasa sangsi terhadap tempat makan anak nya dalam kes ini merujuk terus ke pihak pentadbiran sekolah untuk penjelasan.

Itu adalah tanggungjawab ibu bapa yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Yang jelasnya tempat makan dibilik persalinan itu diputuskan oleh PIBG dan pihak pentadbir sekolah cuma melaksanakan cadangan yang diputuskan PIBG dalam perkara ini.

"Apa salahnya makan di bilik persalinan asalkan ianya bersih dan terurus dalam keadaan kantin sekolah sedang diperbaiki. Bilik persalinan bukan lah tandas. Makan dibilik persalinan lebih baik dari makan ditepi longkang.

Akhirnya Gaps menyeru semua pihak yang terlibat dalam kemelut persekolahan anak-anak untuk menghormati institusi sekolah dan jangan libatkan sekolah dalam hal-hal fitnah sehingga menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman ibu-bapa yang lain. Gaps menolak sebarang kacau ganggu asing dalam pembinaan generasi cemerlang anak-anak kita disekolah," ujarnya lagi.

Namewee Bengang `The New Village' Ditangguhkan....

Posted: 01 Aug 2013 08:52 AM PDT


Aku memang menunggu sangat respon Si Namewee nie.....

Sekarang dia dah bersuara, aku nak menunggu sangat apa respon dari pihak berkuasa dan pihak-pihak berwajib terhadap tindakan budak nie ....

Sekarang nie aku nak tengok, siapa pemimpin yang akan mempertahankan si Namewee nie plak.....


Kita Bersatu Tolak Adu-Domba Yang Mahu Merosakkan UMNO

Posted: 01 Aug 2013 05:30 AM PDT

Ahli-ahli UMNO harus bersatu dan menolak segala adu-domba pihak-pihak tertentu termasuk di dalam UMNO sendiri, yang mahu melihat parti UMNO hancur dan berpecah-belah, khususnya menjelang pemilihan di segenap peringkat UMNO tahun ini.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, adu-domba dan gerakan 'cantas-mencantas' khususnya ketika proses pemilihan UMNO ini memang sudah lama dan ianya seperti sudah menjadi asam garam dalam politik, namun ketika menjangkau usia 67 tahun, ahli-ahli UMNO sudah matang dalam menentukan masa depan parti keramat yang dicintai ini.

"Walaupun asam garam politik ini tidak dapat dielakkan, namun kita nampak ianya semakin tidak serius, sebaliknya ahli-ahli UMNO sekarang sudah mula bercakap mengenai penyatuan dan perpaduan di dalam UMNO bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO khususnya dalam menghadapai Pilihan Raya Umum ke-14.

Begitu juga di dalam Pemuda, kita harus melihat kepada asas perjuangan UMNO yang memberikan nilai dan makna kepada masyarakat, kesan perjuangan yang member makna kepada kehidupan rakyat.

Ahli-ahli Pemuda harus ikhlas, jujur dan setia, jangan leka dengan gossip, mengata, memperlekeh sesame kita, mengejek dan berjenaka tentang pemimpin kita, apatah lagi turut sama tambah-menambah, umpat-mengumpat dan akhirnya menjadi tohmahan, tidak pasal-pasal kita sama-sama menfitnah dan merosak, melemahkan diri, meruntuhkan kekuatan UMNO, mereputkan perpaduan parti, memburukkan bangsa Melayu sendiri selain mencemar sifat terpuji Islam," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya, orang yang membuat adu-domba ini merupakan orang yang terkecewa dalam parti, yang mahu mahu mencorakkan gerakan dalam parti dengan tujuan untuk menaikkan namanya atau menaikkan calon yang dibawanya.


"Justeru, warisan perjuangan UMNO ini tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diubah kerana ia warisan pejuang yang terdahulu yang telah berkorban untuk anak bangsa. Kita harus sedar, perjuangan UMNO selama ini telah membawa kestabilan, keamanan, kemakmuran dan semua nikmat yang bermakna kepada anak bangsa dan semua yang hidup bersama dalam masyarakat di dalam Negara kita," ujarnya lagi.  

Panglima Perang Cyber

Posted: 01 Aug 2013 11:32 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Kisah 753 Perwakilan India Dinafi Hak Dalam DAP Bukti Rasis Tahap Tertinggi

Posted: 01 Aug 2013 10:02 PM PDT

DAP Sedia Pecat 753 Perwakilan India

Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia. Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.

Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis. Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih.

Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina. Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai 'wakil Melayu' melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?

Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.

Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini. Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal. Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni serta kuncunya terpelanting.

Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka. Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula. Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja. Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.

Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka? Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu. Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.

Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan. Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya 'tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis' akan berulang.

Video Pantomen Khas 'Lahad Datu' Sempena Hari Pahlawan 2013 - Youtube

Posted: 01 Aug 2013 08:38 PM PDT




Semoga semangat pahlawan yang telah gugur turut meresap dalam jiwa kita di alam maya mempertahan negara dari peluru fitnah dan dusta.... 

Insya Allah.

Lelaki Cina Mangsa Terbaru Kes Tembak Pagi Tadi

Posted: 01 Aug 2013 07:57 PM PDT


Kisah sepenuhnya di http://rezabtanahmelayu.blogspot.com/ 


Panglima harap Akta menggantikan ISA dan Ordinan Darurat wajib dipercepatkan sebelum lebih ramai nyawa terkorban. Meskipun kita belum mengalaminya. Kesan penghapusan Akta pencegahan jenayah dan Akta mengekang kegiatan jenayah dan bebasnya ribuan penjenayah adalah situasi yang terpaksa kita rasa pada hari ini. Hasil perjuangan pembangkang desak mansuhkan Akta menyekat jenayah yang terpaksa dituruti oleh Kerajaan. 

Adakah ada Akta lain lagi pembangkang mahu hapuskan ??? Jika ada elok ditukar sahaja dari Pakatan Rakyat kepada Pakatan Penjenayah kerana menggalakkan kegiatan jenayah dengan mendesak dihapuskan akta dan beria-ia pula untuk penjenayah..


myMetro | Diplomat Asia Tengah sebar Syiah Di Satun, Thailand

Posted: 01 Aug 2013 05:57 PM PDT

Padang Besar: Wakil kedutaan sebuah negara dari Asia Barat dikesan menyebar fahaman Syiah di wilayah Satun, Thailand yang menjadi kubu kuat ajaran berkenaan sebelum fahaman itu dipercayai turut menyusup masuk ke wilayah utara di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Satun (MAIS) Thailand Abdul Fatah Mohd Diah berkata, penyebaran fahaman itu sememangnya berlaku di wilayah Selatan Thailand, tetapi ia tidak pernah dihalang kerajaan negara gajah putih berkenaan sejak dulu.


Menurutnya, ini berikutan tiada sekatan bagi seseorang mengamal serta menganut agama masing-masing kerana setiap orang diberikan kebebasan.

Katanya, pihaknya difahamkan, penyebaran fahaman Syiah didalangi wakil kedutaan sebuah negara di Asia Barat itu yang akan mendekati orang Islam yang kurang berkemampuan sebelum memberikan bantuan kepada mereka.


"Jika individu itu seorang nelayan, mereka akan memberikan sampan atau bot baru untuk mencari rezeki. Begitu juga petani dan peladang yang akan diberikan bantuan bagi mengajak mereka menjadi pengikut Syiah.


"Setakat ini, fahaman Syiah dikesan tertumpu di wilayah Satun terutama di Kampung Bantong dan Kampung Chelong. Mereka mempunyai gerakan jemaah yang besar dan kuat, malah memiliki dua masjid besar dan mewah di kawasan berkenaan," katanya.

Abdul Fatah berkata, pihaknya sukar untuk membezakan seseorang itu mengamalkan fahaman Syiah atau sebaliknya kerana ia boleh dikesan jika dilihat mengamalkan ajaran berkenaan secara terbuka.


"TSetakat ini, tiada aktiviti secara terbuka dilakukan pihak itu di Satun dan mereka bergerak secara tersembunyi di kawasan kampung dan kawasan nelayan, di sini," katanya pada Majlis Jalinan Sinar Perlis-Thailand, di sini, kelmarin.

Ia turut dihadiri Menteri Besar Azlan Man.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan negeri Ahmad Bakri Ali berkata, pihak berkuasa di negeri ini sudah dimaklum serta diberi taklimat mengenai kegiatan Syiah di Satun, Thailand oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).


http://www.hmetro.com.my/articles/2013080204580920130802045809/Article?mutakhir


Sent from my iPhone

Maznah direman dua hari...Komen Adik Beliau

Posted: 01 Aug 2013 05:38 PM PDT

maznah-anjingKEMASKINI Wanita yang merakam video ucapan Hari Raya bersama anjing kini ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat Johor, hari ini.

Maznah Mohd Yusof, 38, direman hari ini dan esok oleh pihak polis bagi mendapatkan kenyataan berikutan tersebarnya video ucapan Hari Raya yang dirakamnya bersama tiga ekor anjing.

Menurut Pegawai Penyiasat IPD Segamat, Inspektor Osman Mantahar, perkara itu masih lagi di peringkat awal siasatan dan tindakan susulan akan dibuat selepas Maznah memberi kenyataan.

"Kami masih menyiasat perkara ini dan dalam usaha untuk mendapatkan kenyataan dari dia (Maznah)," katanya.

Setakat ini katanya, Maznah memberi kerjasama kepada pihak polis yang menjalankan siasatan ke atas kes itu.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Maznah mengakui pelik dengan perbuatannya yang gemar memuat naik klip video menyentuh sensitiviti penganut Islam dalam blog.

"Sebagai adik-beradik, kami puas menegurnya sebelum ini, tetapi dia tidak mempedulikannya," kata seorang kontraktor mendakwa dirinya adik kepada Chetz atau Maznah Yusof.

Lelaki dikenali sebagai Aiman berusia 30-an itu berkata, kakaknya yang juga anak kedua daripada sembilan beradik memang gemar memuat naik klip video seumpama itu.

Menurutnya, perbuatan Chetz itu bukan saja menarik perhatian ramai, malah menjejaskan imej keluarganya yang tinggal di Muar, Johor.

"Bapa kami masih hidup dan perbuatan kakak memang menyinggung perasaan kami.

"Saya terkejut apabila perbuatannya didedahkan Harian Metro, semalam," katanya dalam satu temubual yang disiarkan akhbar Harian Metro.

Aiman berkata, kakaknya yang pernah belajar di luar negara juga kurang berhubung dengan keluarga kerana tidak selesa dengan teguran yang diberi.

Menurutnya, kakaknya yang masih bujang dan bekerja di Kuala Lumpur juga hanya sesekali pulang ke rumah keluarga.

"Saya dan keluarga memang sudah lama mahu mendedahkan perbuatannya, namun tidak berkesempatan. Tujuan kami bukan mahu menghinanya, tetapi supaya dia sedar kesilapannya.

"Saya berharap kakak bertanggungjawab terhadap klip video berkenaan dan insaf.

"Harapan kami sekeluarga supaya dia pulang ke kampung pada Aidilfitri ini dan berharap ada pihak sudi tampil memberikan kaunseling dan nasihat kepadanya," katanya.

-1/8/2013


http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/lepas-selamat-berpuasa-bak-kut-tehanjing-pula-jadi-penyeri-aidilfitri.html


Sent from my iPhone

Jenayah Tembak : Salah Pembangkang Tuntut ISA, Ordinan Darurat Dimansuhkan !

Posted: 01 Aug 2013 10:55 AM PDT

Kejadian tembak dan bunuh yang terlalu kerap berlaku kebelakangan ini memang berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan rakyat.  Oleh itu, ini bukanlah merupakan keadaan yang  luarbiasa apabila rakyat mula mencari salah siapa sehingga menyumbang kepada keganasan ala mafia ini.

 

Rakyat ditindas dan penjenayah dibela  antara lagu yang cukup kuat dimainkan.  Pembangkang terutamanya DAP telah mengalunkan lagu yang cukup jelas selama ini dalam menuntut  kononnya pembelaan terhadap penjenayah.  Kematian para penjenayah telah mereka perbesarkan ke tahap maksimum.

 

Bagi rakyat yang waras, sepatutnya mereka telah dapat membaca rentak perjuangan pembangkang.  Kematian Kugan dan Teoh Beng Hock menjadi tangisan DAP, PKR dan PAS. Bagaimana pula dengan kematian mangsa tembakan pembunuh upahan? Adakah DAP, PAS dan PKR akan menuntut pembelaan terhadap mangsa kekejaman penjenayah-penjenayah pembunuh upahan ini.

 

Tindakan pembangkang yang menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat 1969 dan lain-lain yang mampu menjaga keselamatan rakyat dan negara merupakan bukti sahih dan nyata pembangkang menindas rakyat.

 

Dengan siri tuntutan dan asakan tanpa henti pihak pembangkang telah memaksa kerajaan menurut kemahuan pembangkang sehinggakan keselamatan rakyat telah dikompromi. Kerajaan telah sedar akan tipu muslihat pembangkang yang membawa kesengsaraan dan menggugat keamanan negara.

 

Kami rakyat menuntut kerajaan mewujudkan semula undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat 1969 ini dengan kadar segera. Ini sudah sampai ke fasa kritikal untuk dilaksanakan. Kami rakyat Malaysia juga menuntut kerajaan agar tidak lagi berkompromi dengan sebarang tuntutan dari pembangkang yang kesemuanya tidak munasabah dan memudaratkan rakyat dan Negara.

 

Hanya dengan kewujudan undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat 1969  sahaja yang membenarkan pihak polis menahan suspek tanpa dibicara kerana undang-undang seperti itu perlu ada dalam menjamin keselamatan rakyat. Ianya bukan untuk menindas masyarakat ataupun menganiayai mereka, tetapi bertujuan dalam mengawal cengkaman penjenayah.

 

Terdapat 67 kes jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Ini berikutan dengan pembebasan  2,473 tahanan EO  pada Julai tahun lepas.

 

Kekerapan jenayah tembak yang dilakukan oleh pembunuh upahan tidak dapat diterima oleh rakyat. Pembunuhan Hussain Ahmad berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim juga telah ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April.

 

Selepas semua jenayah ganas yang kerap berlaku berlaku kebelakangan ini akibat dari pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969 , pembangkang cuba menyalahkan kerajaan pula. Sikap baling batu sembunyi tangan ini memang amat kita faham wujud secara kental dalam jiwa pembangkang.

Ini antara senarai kes tembak yang berlaku dalam masa terdekat

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-di-balakong-polis-tahan-penyelenggara-lif-1.145043

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-buru-4-lelaki-kes-tetak-ikat-dan-tembak-1.164871

http://www.sinarharian.com.my/5-kes-tembak-di-kelantan-ada-kaitan-kumpulan-dadah-1.179943

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-seorang-lelaki-bantu-siasatan-kes-tembak-1.47708

http://www.sinarharian.com.my/kes-tembak-3-beradik-antara-7-ditahan-1.37550

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kes-tembak-polis-minta-lelaki-serah-diri-1.161801

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-cari-lelaki-bantu-siasatan-1.157629

Sumber :


Sent from my iPhone

Tweet @Latheefakoya Isu Wanita Pelihara Anjing Ditahan @PDRMsia

Posted: 01 Aug 2013 08:53 AM PDT

Macam biasa pembangkang tidak akan sokong jika yang melanggar undang-undang dan menghina Islam ditahan PDRM atau Jabatan Agama Islam.

Jangan terkejut jika di akhirat pahala anda habis kerana undi puak pembangkang Pakatan Rakyat.

Walau dahi anda hitam sembahyang.

Live Dewan Negara : @AhmadMaslan Jawab Soalan Isu Kenaikan Kos PRU13, BTN dan Pengundi Hantu

Posted: 01 Aug 2013 02:21 AM PDT

Sebentar tadi sedikit ucapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Mazlan berkenaan jawapan soalan Senator lain yang sempat ditulis di sini.

Tiga sebab kenaikan kos PRU 13 :

1. Kenaikan jumlah pengundi

2. Peningkatan cetakan kertas undi

3. Kenaikan saguhati kepada petugas SPR

Isu pengundi Hantu yang ditimbulkan oleh pembangkang juga tidak benar kerana tidak timbul isu nama sama dianggap pengundi Hantu.

Senator lain ( bangsa Cina) nama Ngen kalau tak salah, juga menyokong Tok Mat dengan memberitahu setelah meneliti senarai nama didapati tidak timbul kemungkinan ada pengundi Hantu.

Tohmahan terhadap BTN kononnya menanam kebencian kepada peserta  juga dijawab di mana hingga kini tidak ada bukti dikemukakan.

Isu modul :

Dewan negara dimaklum BTN kemaskini sentiasa silibusnya di mana mulai 2009 Silibusnya berteraskan Gagasan 1Malaysia dan Dasar Transformasi Negara/Nationl.

Seterusnya :

SEDIKIT SEDUTAN dari Parlimen: Lebih 1,700 CCTV Dipasang lokasi utama jenayah Di Seluruh Negara - Halimah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Dalam usaha membanteras jenayah, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, telah memasang 1,712 unit kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tumpuan utama jenayah di seluruh negara sehingga bulan lepas.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata CCTV itu dipasang dan diselenggara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bimbingan kementerian.Beliau berkata bagi pihak kementerian sendiri ia telah dan akan memasang sebanyak 992 CCTV lagi sejak 2011.Pemasangan CCTV itu dibuat menerusi dua fasa - 496 unit dipasang di 25 PBT dan 496 unit lagi di 25 PBT yang lain.

"Pemasangan fasa kedua akan bermula bulan ini dan dijangka siap Ogos tahun depan. Pemilihan lokasi pemasangan CCTV ditentukan oleh Polis Diraja Malaysia berdasarkan kawasan tumpuan utama jenayah di seluruh negara," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.Beliau menjawab soalan Senator Chandra Mohan yang bertanya mengenai jumlah CCTV yang telah dipasang di seluruh negara.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noriah Mahat mengenai keberkesanan pemasangan CCTV dalam memerangi jenayah di negara ini, Halimah berkata banyak langkah berterusan perlu diambil dalam memerangi jenayah."Dalam mewujudkan bandar selamat, penglibatan semua pihak perlu dengan memainkan peranan sebagai 'police citizen' (warga polis) selain tampil sebagai saksi kejadian yang memainkan fungsi sebagai 'neighbourhood watch' (jaga kejiranan)," katanya.-- BERNAMA







BERNAMA - Parlimen: Lebih 1,700 CCTV Dipasang Lokasi Utama Jenayah Di Seluruh Negara - Halimah

Posted: 01 Aug 2013 01:38 AM PDT


Parlimen: Lebih 1,700 CCTV Dipasang Di Seluruh Negara - Halimah


KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Dalam usaha membanteras jenayah, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, telah memasang 1,712 unit kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tumpuan utama jenayah di seluruh negara sehingga bulan lepas.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata CCTV itu dipasang dan diselenggara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bimbingan kementerian.

Beliau berkata bagi pihak kementerian sendiri ia telah dan akan memasang sebanyak 992 CCTV lagi sejak 2011.

Pemasangan CCTV itu dibuat menerusi dua fasa - 496 unit dipasang di 25 PBT dan 496 unit lagi di 25 PBT yang lain.

"Pemasangan fasa kedua akan bermula bulan ini dan dijangka siap Ogos tahun depan. Pemilihan lokasi pemasangan CCTV ditentukan oleh Polis Diraja Malaysia berdasarkan kawasan tumpuan utama jenayah di seluruh negara," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Chandra Mohan yang bertanya mengenai jumlah CCTV yang telah dipasang di seluruh negara.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noriah Mahat mengenai keberkesanan pemasangan CCTV dalam memerangi jenayah di negara ini, Halimah berkata banyak langkah berterusan perlu diambil dalam memerangi jenayah.

"Dalam mewujudkan bandar selamat, penglibatan semua pihak perlu dengan memainkan peranan sebagai 'police citizen' (warga polis) selain tampil sebagai saksi kejadian yang memainkan fungsi sebagai 'neighbourhood watch' (jaga kejiranan)," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=967631


Sent from Samsung tablet

BERNAMA - Parlimen: Lebih 1,700 CCTV Dipasang Lokasi Utama Jenayah Di Seluruh Negara - Halimah

Posted: 01 Aug 2013 01:38 AM PDT


Parlimen: Lebih 1,700 CCTV Dipasang Di Seluruh Negara - Halimah


KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Dalam usaha membanteras jenayah, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, telah memasang 1,712 unit kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tumpuan utama jenayah di seluruh negara sehingga bulan lepas.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata CCTV itu dipasang dan diselenggara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bimbingan kementerian.

Beliau berkata bagi pihak kementerian sendiri ia telah dan akan memasang sebanyak 992 CCTV lagi sejak 2011.

Pemasangan CCTV itu dibuat menerusi dua fasa - 496 unit dipasang di 25 PBT dan 496 unit lagi di 25 PBT yang lain.

"Pemasangan fasa kedua akan bermula bulan ini dan dijangka siap Ogos tahun depan. Pemilihan lokasi pemasangan CCTV ditentukan oleh Polis Diraja Malaysia berdasarkan kawasan tumpuan utama jenayah di seluruh negara," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Chandra Mohan yang bertanya mengenai jumlah CCTV yang telah dipasang di seluruh negara.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noriah Mahat mengenai keberkesanan pemasangan CCTV dalam memerangi jenayah di negara ini, Halimah berkata banyak langkah berterusan perlu diambil dalam memerangi jenayah.

"Dalam mewujudkan bandar selamat, penglibatan semua pihak perlu dengan memainkan peranan sebagai 'police citizen' (warga polis) selain tampil sebagai saksi kejadian yang memainkan fungsi sebagai 'neighbourhood watch' (jaga kejiranan)," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=967631


Sent from Samsung tablet

sekupangdua

Posted: 01 Aug 2013 11:14 PM PDT

sekupangdua


MAT REMPIT MAUT SEMASA TUNJUK AKSI DI JALAN RAYA

Posted: 02 Aug 2013 08:30 AM PDT

Seorang daripada sekumpulan mat rempityang menunjukkan aksi lagak ngeri berbahaya akhirnya mati selepas cedera teruk di kepala dan apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah belakang kereta.
Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta.
Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.

(Gambar mayat remaja maut akibat kemalangan)
Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu.
"Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri. – Harian Metr

SUP DARAH MENTAH KEGILAAN ORANG VIETNAM

Posted: 02 Aug 2013 01:30 AM PDT

americanpsyko:  Raw blood soup. Tiết canh is a dish made with raw blood of ducks or geese (sometimes pigs), with peanuts and herbs on top. This is the typical protein-rich breakfast of the country people in Northern Vietnam, but is very dangerous because of the H5N1 bird flu virus. This is made by taking fresh blood and sticking it in the fridge to gently congeal. Raw blood soup is a Vietnamese dish which is usually consumed while drinking alcohol and it is one that makes very little effort appeal to the taste buds of the non-Vietnamese diner. Usually you will find a few chopped peanuts scattered on top of your blood but that's as far as it goes for fanciness. Blood soup has the oddest texture and tastes strangely metallic.

Sup darah mentah (tiết canh di Vietnam) adalah hidangan yang dibuat dari darah mentah itik atau angsa (kadang-kadang babi)dengan campuran kacang tanah dan herba.Ini adalah sarapan tipikal rakyat di Utara Vietnam, yang kaya dengan protein tetapi kerajaan cuba untuk menghentikan dan mengharamkan makanan ini kerana ia berisiko tinggi membawa wabak selesema burung.


BILAL SURAU ALMUJAHIDDIN MENINGGAL KETIKA SUJUD

Posted: 01 Aug 2013 09:25 PM PDT

Inalilah hiwainalilahirojiun... Al Fatihah 

BANGI – Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit di sini hari ini.

Kejadian di bulan suci Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat
Sebelum ini kejadian seumpama itu hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.



Takziah terhadap keluarga beliau atas kehilangan beliau bagaimana pun paling pastinya inilah antara kematian yang dimimpikan kesemua umat Islam.

VEDIO DETIK AKHIR KEMALANGAN KERETAPI YG MEMBUNUH 80 PENUMPANG

Posted: 01 Aug 2013 09:00 PM PDT

Video Saat Nahas Keretapi Sepanyol

SUSULAN tragedi keretapi tergelincir di Sepanyol. Baru sahaja diedarkan satu video menunjukkan saat-saat terakhir keretapi berkenaan sebelum tergelincir dan membunuh 80 orang.
Video berkenaan yang ditunjukkan hanya selama 10 saat, menunjukkan keretapi itu yang sedang melalui satu lengkung sebelum beberapa gerabak di tengah keretapi terkeluar dari landasan.
Ia terus menarik sekali gerabak di belakang untuk sama-sama tergelincir dan melanggar kepala keretapi itu.
Visual tragedi itu pada awalnya ditayangkan di laman web portal Sepanyol Zoom News yang kemudiannya muncul di laman YouTube dan seterusnya beberapa laman web media lain.
Menurut Zoom News, video berkenaan diperolehi daripada satu kamera keselamatan yang dipasang di landasan berkenaan.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum menemui punca yang menyebabkan insiden buruk itu tetapi menurut laporan keretapi itu pada masa kejadian sedang bergerak laju dengan kelajuan 190 kilometer sejam, lebih dua kali ganda dari kelajuan dibenarkan.
Keretapi itu membawa 218 orang penumpang dan empat krew dari Madrid menuju sebuah bandar di tepi pantai Ferrol.
Ia adalah tragedi keretapi paling buruk sejak tahun 1944. – Sumber AFP
Close A

LEMBU RAKSAKSA HASIL KACUKAN...

Posted: 01 Aug 2013 06:30 PM PDT

Lazimnya, rata-rata lembu hanya mempunyai saiz dengan berat sekitar 700-900 kilogram sahaja..Namun, hasil eksperimen dan pengubahsuaian genetik pada lembu jenis Belgian Blue ini telah membuatkan ia dipenuhi dengan otot dan daging, berbeza dengan lembu biasa..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Punca yang menyebabkan haiwan ini kelihatan besar adalah disebabkan pengubahsuaian pada genetiknya yang dikenali sebagai gen myostatin, iaitu gen yang bertanggungjawab menjadikannya saiznya berganda dari biasa serta berotot.

Spesies lembu istimewa ini mempunyai lebih daripada 40% jisim otot tambahan. Mereka mampu membesar dengan sangat pantas dan menghasilkan susu yang tinggi dengan protein untuk anak-anak mereka.

Apa yang tidak di ketahui oleh orang ramai, spesies lembu yang telah diubahsuai dari segi genetik sebenarnya mampu memberikan manfaat yang baik kepada kita. Walaubagaimana pun, proses pengubahsuaian genetik ini akan memberi kesan yang buruk kepada lembu tersebut di mana ia mungkin memberikan masalah kesihatan seperti bengkak pada lidah, kaki menjadi kaku yang menyukarkan mereka untuk makan dan bergerak serta membawa kepada kematian.



Video:

p/s: Buat kenduri ni, sekor pun cukup jamu satu kampung ni..Hehehe =D

DOA SIKECIL DIDEPAN AYAHNYA YANG TERKORBAN..

Posted: 01 Aug 2013 03:00 PM PDT

lihat lah bagaimana anak kecil ini mendoakan untuk Arwah Bapanya yang terbunuh semasa perperangan yang membabitkan penyokong dua-dua pihak di Mesir, ingat lah kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong Aljubri dan mahukan negara dirampas kuasa dan berani mengatakan Arab Spring akan menular di Malaysia sebagai Malaysian Spring, kini mengheret ke jalanraya untuk merampas kuasa sebagaimana mesir, afghan, iraq, iran Bosnia dan lain-lain...

IBU TIKAM BAYI 90 KALI KERANA MENGIGIT PUTING SEMASA MENYUSU

Posted: 01 Aug 2013 09:00 AM PDT

Bayi ditikam Ibu 90 Kali di China


Keadaan Xiao Bao selepas menerima rawatan.

GARA-gara menggigit puting ibunya ketika menghisap susu, seorang bayi di China yang baru berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting.

Xiao Bao ditemui bapa saudaranya dalam keadaan berlumuran darah lalu bayi malang itu dikejarkan ke hospital.

Dipetik dari Dailymail,  nyawa Xiao Bao terselamat dan doktor yang merawatnya terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan.

Si ibu kemudiannya mengakui telah mencucuk bayinya itu.

Jiran-jiran yang mengetahui perkara tersebut meminta kepada pihak berkuasa tempatan agar mengambil Xia Bao dari penjagaan ibu kandungnya itu.

Namun pihak berkuasa tidak dapat mencampuri kes tersebut kerana bayi itu sudah memiliki dua orang bapa saudara.

Mereka juga mengatakan tidak menemukan sebarang tanda yang menunjukkan ibu kandung Xiao Bao mengalami ganguan jiwa.pp

BANGKAI MAKHLUK MISTERI DITEMUI DIPANTAI

Posted: 01 Aug 2013 07:00 AM PDT

 Seekor makhluk misteri yang mempunyai wajah seakan kuda, badan seakan babi, dan cakar seakan beruang dihanyutkan ke pantai Sout Wales.

Bangkai tanpa bulu tersebut ditemui terdampar di pantai yang terletak Tenby oleh Peter Bailey ketika bersiar-siar bersama anjingnya. Peter, 27, kemudiannya mengambil gambar haiwan tersebut dan menghantarnya kepada penguatkuasa tempatan.
Makhluk misteri terdampar di tepi pantai

Jurucakap mendakwa, bangkai tersebut adalah milik seekor anjing dari spesis Jack Russell Terrier. Namun, Peter menolak sangkaan tersebut kerana dari segi saiz panjang raksasa yang dijumpai itu, ianya terlalu besar unuk didakwa sebagai anjing."Ianya kelihatan menjijikkan. Ketika saya memandangnya, wajahnya seakan seekor kuda, cakarnya pula seakan seekor beruang, manakala badannya seakan seekor babi. Bangkai itu semakin mereput dan telah kehilangan banyak bulunya."Gambar tersebut kemudiannya ditunjukkan kepada  Dr Dan Forman dari Kolej Universiti Sains Swansea dimana beliau mempunyai teori tersendiri mengenai Raksasa dari Tenby itu. "Ianya sukar dinyatakan jika hanya dilihat dari gambar, namun jika dibandingkan pada saiz dan dengan fakta bahawa makhluk ini mempunyai lima jari kaki, kemungkinan ianya adalah cerpelai." Kredit

TAK PAHAM! TANG MANA YANG CANTIKNYA SI LADY GAGA YG DIGILAI RAMAI

Posted: 01 Aug 2013 05:30 AM PDT

Pea Lady Gaga yang memiliki kekayaan $90million ini memang terkenal dengan fesyen yang pelik dan rare. Lihat saja kasut setinggi 9 inci yang dipakainya di MuchMusic Video Awards di Toronto Jun lalu, woohoo memang berani!


lady gaga 9 inches shoes01

lady gaga 9 inches shoes03

lady gaga 9 inches shoes05

lady gaga 9 inches shoes07

lady gaga 9 inches shoes02

kredit: asiantown.net

BANGKAI BABI SENGAJA DIBUANG DITANAH PEKUBURAN ISLAM

Posted: 01 Aug 2013 03:00 AM PDT

Bangkai babi seperti kepala dan usus perut babi sengaja dibuang di perkuburan orang Islam oleh individu yang sengaja mencetuskan kebencian sedang disiasat oleh pihak polis.
Perth – Polis Australia semalam berkata, mereka sedang menyiasat insiden kepala dan usus babi dibuang ke sebuah kawasan tanah perkuburan Islam di negara itu.
Bangkai haiwan itu ditemui sebuah keluarga yang melawat tanah perkuburan seorang saudara mara yang meninggal dunia baru-baru ini di Rockingham Regional Memorial Park di Baldivis, selatan ibu kota Barat Australia di sini, Isnin lalu.
"Ia sengaja diletakkan di kawasan itu demi mencetuskan kebencian. Ia satu penghinaan kepada kami," kata seorang daripada pengunjung, dikenali sebagai Mira kepada stesen radio 6PR.
Insiden serius
Bangkai itu ditemui di bawah papan tanda tanah perkuburan Islam itu dan segera dibuang.
"Kami memandang insiden terpencil ini secara serius dan detektif Rockingham akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden terbabit," kata seorang jurucakap polis Barat Australia kepada AFP semalam.
Pihak pengurusan tanah perkuburan berkata, kejadian itu adalah yang pertama berlaku ke atas kawasan itu. Insiden itu berlaku ketika umat Islam berpuasa sempena Ramadan.
Pengerusi Persatuan Sukan dan Sosial Islam Perth Iqbal Samnakay, berkata pencemaran ke atas mana-mana kawasan tanah perkuburan tidak kira milik umat Islam atau tidak, adalah satu penghinaan.
"Kami mahu tanah perkuburan dijaga dengan baik dan tidak dicemari," katanya kepada laman web WA Today.
Maafkan pelaku
"Sebagai penganut Islam, kami dilarang sama sekali memakan daging babi, namun itu tidak bermakna kami membenci haiwan itu," tambahnya.
Samnakay berkata, sesiapa saja yang meninggalkan bangkai haiwan terbabit di kawasan tanah perkuburan Islam itu dimaafkan, oleh kerana ini adalah 'bulan kemaafan' ketika Ramadan. – AFP

MASJID KUKUH DAN TIDAK ROSAK BILA JEPUN DIBOM NUKLER

Posted: 01 Aug 2013 01:00 AM PDT





Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun . Masjid ini dibangun tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. penyerangan Jepun keatas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat pemerintah Amarika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.

Dan Jepun pun mengaku kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. ketika itu, kota Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah. Bahagian luar masjid

menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di basement masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat penyimpanan mangsa korban perang.


Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana renovasi dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca jendela yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari Jerman. Sebuah lampu hias baru digantungkan di tengah ruang sholat utama. Sistem pengatur suhu ruang tengah lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali direnovasi dan beberapa bangunan tambahan pun mulai dibangun. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis keuwangan sering menghimpit jawatankuasa masjid. Pajak bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid harus mengeluarkan banyak biaya dari tabungnya. Beruntung, banyak penderma yang memberikan sumbangan untuk menyelesaikan masalah keuwangan pembangunan dan renovasi masjid ini. sumbangannya dapat membuatkan Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.


Meskipun hanya berlaku 20 ssat, namun gempa ini memakan korban jiwa sebanyak 6.433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk kota Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar kota seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan korban jiwa seramai 140.000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyahkan meski didera berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun sekuat masjid ini.


PISTOL REVOLVER GERGASI PALING BESAR DIDUNIA

Posted: 31 Jul 2013 03:00 AM PDT

[Gambar] Revolver Terbesar Di Dunia Pernah Dicipta =D

Senjata seperti pistol mungkin amat mudah dan fleksibel untuk digunakan jika ia dibuat dalam saiz yang kecil..Namun, apa pula perasaan apabila menggunakan sepucuk pistol yang bersaiz gergasi seperti di bawah ni?


Pistol jenis revolver model Remington 1859 gergasi ini telah dibuat oleh Polish Ryszard Tobys of Czempin. Ia merupakan revolver terbesar di dunia yang pernah dicipta di dunia.



p/s: Lubang pistol mengalahkan lubang meriam..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 01 Aug 2013 11:14 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HARAMKAN "THE NEW VILLAGE" KERANA KESALAHAN FAKTA SANGAT TEROK & ANGKAT CHIN PENG HERO

Posted: 01 Aug 2013 08:54 AM PDT


Rakan kami di LPF, di mana LPF pada mulanya memberi kelulusan penayangan filem kontroversi "The New Village" yang diterbitkan oleh Astro Shaw telah menceritakan banyak isu berbangkit yang amat memeranjatkan kami. Dikongsikan kepada pembaca...

Sebelum itu, sedikit latar belakang Astro Shaw ialah berkait dengan company Shaw Brothers yang banyak mendapat keuntungan hasil lakonan P.Ramlee dan rakan-rakan seangkatan di Singapura dan Kuala Lumpur dahulu.

Berbalik kepada filem The New Village, berikut adalah cerita panjang beliau kepada kami.

A. LATAR BELAKANG :
1. Backround sosial filem ini seawalnya cuba menghidupkan suasana "good komunis", suasana kehidupan awal pendatang Cina generasi kedua, ditunjuk surat si abang yang telah berjaya bekerja di negara China. Adegan surat orang Cina di Malaya menunjukkan Kerajaan China Komunis di Tanah Besar China mempunyai hubungan dengan elemen Komunis di Malaya. Dalam keadaan Darurat bagaimana surat dari negara China boleh sampai tanpa diperiksa oleh Kerajaan British?

2. Babak penting berlaku apabila keluarga Cina Pro-Komunis ini menyembunyikan seorang gerila Komunis (Ah Nam yang membawa watak Chin Peng) dan diselit adegan jatuh cinta  di antara Ah Nam dengan anak gadis Lim yang menyelamatkannya dari ditangkap tentera British.

3. Bermulalah propaganda Cina Komunis bahawa penjajah British dan Jepun kedua-duanya adalah Penjahat sebaliknya Cina Komunis (PKM) digambarkan baik dan mulia. Perkara ini dibuktikan semasa insiden rumah keluarga Lim diroboh & diarah pindah ke petempatan baru yang berpagar. Plot filem ini didapati sengaja menunjukkan propaganda bahawa sesiapa yang tidak mahu berpindah dituduh sebagai penyokong Gerila Komunis (PKM). Akhirnya dengan air mata kemarahan, kebencian dan dendam kepada "kerajaan', keluarga Lim terpaksa berpindah.

Nota : Sepatutnya Produser memberi gambaran yang lebih tepat bahawa peristiwa berpindah itu dikenali sebagai Rancangan Briggs yang bertujuan menghalang kegiatan Komunis yang mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di pinggir hutan. Malangnya Prosedur memberi gambar sebaliknya, iaitu perpindahan tersebut sebagai suatu kekejaman kepada masyarakat Cina Komunis.

4. Gambaran suasana petempatan baru yang serba daif seperti pondok beratap kain/nipah & dipagar dawai berduri. Ditunjukkan juga bendera Union Jack, malah pegawai British berbangsa Cina digelar pengkhianat oleh talibarut Komunis (PKM) di dalam kem itu. Sebenarnya, Produser patut memberi gambaran yang lebih jelas seperti pegawai-pegawai tentera dan polis British ketika itu kebanyakan adalah askar Gurkha dari India dan Singapura.

B. PERWATAKAN BERELEMEN CINA KOMUNIS
5. Pada topi Gerila Komunis (PKM) ditunjukkan dengan jelas lambang Bintang Komunis, malah terdapat babak tidak logik ketika pegawai British bernama William berucap menggunakan B. Ingggeris disambut spontan oleh orang-orang Cina Komunis dengan aksi "ooooooh' walhal mereka tidak faham bahasa Ingggeris ,sebab itu mereka menggunakan penterjemah.

6. Filem ini menyelitkan dialog pegawai tentera British berbangsa Cina sebagai Pengkhianat dalam dua tiga kali insiden. Jika hendak dibandingkan dengan suasana sekarang, kelihatannya gambaran pengkhianat itu ditujukan kepada  MCA, wajah pegawai itu saling tak tumpah seperti wajah Dr. Chua Soi Lek badan berisi dan fesyen rambutnya. (hampir serupa ketika Dr. Chua Soi Lek muda di Universiti Malaya). Kami tidak jelas sama ada hal ini kebetulan atau memang dirancang?

7. Gambaran berlebih-lebihan dibuat untuk menunjukkan betapa Cina Komunis ini tersiksa di petempatan baharu seperti suasana malam ditunjukkan mereka sedang tidur bergelimpangan di atas tanah, ini tidak menggambar keadaan sebenar, ianya seolah-olah sengaja menunjuk penyiksaan dan derita yang mereka alami. Tujuannya sangat mudah iaitu supaya generasi muda Cina sekarang akan memberi belaskasihan dan bertambah benci kepada Kerajaan. 

8. Gambaran "We Are The Chinese" terserlah dalam filem ini dimana walaupun petempatan itu dikawal dalam pagar berduri, talibarut Komunis dalam kem itu masih menyeludup makanan dan ubatan kepada gerila Komunis.
 
9. Watak Ah Nam dalam filem ini adalah Watak Chin Peng yang dijulang sebagai Hero Malaya menentang Jepun dan menentang British. Ah Nam atau Chin Peng dijulang dalam filem ini sebagai Hero sebenar Malaya bukannya Tunku Abdul Rahman, Sarjan Hassan atau Leftenan Adnan!

10. Propaganda Filem ini ke arah "Good Komunis" atau "Ah Nam @ Chin Peng" adalah Pejuang Kemerdekaan sebenarnya terbukti apabila Prosedur "menyalahgunakan" peristiwa bersejarah Rundingan Baling, Rundingan Damai PKM 1989 dan Lawatan Tun Razak ke China untuk membenarkan "KeHeroan dan Perjuangan Ah Nam@Chin Peng".

Digambarkan Kononnya Ah Nam@Chin Penglah yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu melalui Rundingan Baling 1955. Digambarkan pula "Ah Nam@Chin Peng"lah yang membawa Keamanan kepada Malaysia melalui Rundingan Damai PKM 1989. Kejahatan Prosedur filem ini ialah apabila menggunakan Lawatan Tun Razak di China untuk menguatkan hujah filem ini bahawa Tun Razak pun mengiktiraf Komunis.

Soalan: Apakah Produser filem ini sudah menemui Profesor Ubaidullah, yang menjadi jurucakap semasa Lawatan Tun Razak ke Beijing? Apakah Profesor Ubaidullah akan bersetuju dengan pemaparan peristiwa Lawatan itu dalam filem Propaganda Komunis ini?

11. Propaganda yang sangat positif diberi kepada Chin Peng (Ah Nam) bahawa mereka masuk Hutan untuk menghalau penjajah Jepun dan British dari 'tanah air kita'. Mesej mereka ialah sama ada Jepun atau British mereka adalah penjahat, sebaliknya gerila Komunis diberi gambaran Penyelamat kepada orang Cina dari penjajahan Jepun dan British.

12. Saya melihat filem ini berjaya mengangkat Chin Peng dan Cina Komunis (PKM) sebagai Pejuang Sebenar kemerdekaan Malaya.

C. PENAMAT
13. Penamat story filem ini ialah Happy Ending dengan gambaran Alangkah Bahagianya kalau Ah Nam@Chin Peng balik ke "tanah airnya Malaysia" dan sembahyang di depan gambar bapanya dan ditunjuk betapa Malaysia yang aman sekarang adalah hasil perjuangan Cina Komunis (PKM) dan Chin Peng.

*Lagu tema "Perjalanan Yang Panjang" menggunakan saxophone dimainkan dua kali semasa di dalam gua dan ketika Ah Nam@ Chin Peng balik ke sekolah bertemu kekasihnya yang terpisah ketika zaman darurat. Lagu itu adalah lagu perjuangan Komunisme, saxophone adalah elemen Komunis dalam muzik dan lagu.

D. KESAN JIKA FILEM INI DITAYANG
14. Chin Peng dan Komunis Cina (PKM) akan dijulang sebagai Hero Sebenar Tanah Melayu mendapat Kemerdekaan, bukannya Tunku Abd. Rahman, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan, perajurit di Bukit Kepong, di Kalabakan dan sebagainya.

Filem ini adalah jawapan kepada filem-filem Patriotik seperti Bukit Kepong, Hati Malaya, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan dan Tanda Putera. Filem ini adalah untuk mengubah sejarah negara ini dan mengubah persepsi generasi baru.

15. Dalam konteks moden, tujuan sebenar filem ini adalah untuk mengangkat DAP sebagai parti orang Cina sebenar, sebab itulah Lim Guan Eng merah padam mukanya apabila filem ini menjadi isu besar dan hendak diharamkan. DAP digambarkan sebagai pejuang orang Cina sebenar dan MCA digambarkan sebagai Pengkhianat. Apa sebabnya LGE marah sangat?

16. Di dalam filem ini juga, Tun Razak dan Tunku Abd Rahman diberi gambaran pemimpin yang hidup senang-lenang dan hanya menikmati kesenangan hasil perjuangan gerila Cina Komunis dan Chin Peng.

17. Di penghujung filem ini juga, diberi gambaran keamanan Malaysia hasil kesusahan, penderitaan dan pejuang gerila Komunis (PKM) dan Ah Nam@Chin Peng.

E. KESIMPULAN
18. Filem ini tidak boleh ditayangkan di Malaysia kerana fakta-fakta yang tidak tepat, menyalahgunakan peristiwa sejarah dan berpotensi membangkitkan kemarahan dan "amuk" pejuang-pejuang Melayu yang masih hidup ketika menentang kejahatan gerila Komunis (PKM).

19. Siasatan perlu dibuat bagaimana Lembaga Penapis Filem (LPF) boleh meluluskan penayangan filem ini pada bulan Ogos tanpa meneliti fakta-fakta songsang dan propaganda Komunis yang dimainkan dalam filem ini! Kita tidak faham apakah berlaku kes lepas tangan atau makan gaji buta.

20. Penerbit Filem ini Astro Shaw yang susurgalurnya Shaw Brothers perlu memberi penjelasan mengapa menerbitkan sebuah filem anti nasional, anti perpaduan dan anti sejarah negara! Pembikinan filem ini dibuat dalam keadaan sedar dan sengaja dibuat, tidak wujud kes terlepas pandang. Ianya jelas disengajakan untuk membina propaganda "good Komunis" kepada perjuangan gerila Komunis (PKM) dan Chin Peng!

21. Isu besar di sini ialah kesalahan Fakta Sejarah yang sangat terok,  penggunaan Muzik dan Filem untuk membenarkan Fakta baharu dan kesan-kesan negatif kepada "nation building" negara kita.




The Unspinners

Posted: 01 Aug 2013 11:08 PM PDT

Belantan

Posted: 01 Aug 2013 11:01 PM PDT

Belantan


Email dari pembaca : CUEPACS asyik minta bonus?

Posted: 01 Aug 2013 05:06 PM PDT


Saya tertarik dengan kenyataan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berhubung tuntutan supaya kerajaan memberi pertimbangan bonus dua setengah bulan termasuk pendahuluan sebanyak setengah bulan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam.

Saya yakin jika kerajaan meluluskannya, tentunya penjawat awam yang telah bersara juga akan menerima limpahannya.

Saya terpanggil untuk memberi komen berhubung tuntutan pemberian bonus tersebut. Semasa saya berada dalam kerajaan dahulu, saya memang melihat diri saya sahaja yang perlu diberi bantuan kerana saya anggap gaji saya kecil.

Semasa berada dalam kerajaan juga, kebanyakan yang rapat, saya kenal dan temui adalah sesama kakitangan kerajaan. Oleh itu saya tidak berapa faham masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh orang lain. Setelah bersara kira-kira 14 tahun lalu baru saya berkesempatan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Saya sempat berkenalan dan mendalami kehidupan rakyat biasa seperti nelayan, petani, penoreh getah, pemandu teksi, peniaga warung dan sebagainya.

Kalau sebelum ini sebagai penjawat awam saya merasa pendapatan sentiasa tidak mencukupi, rupa-rupanya para nelayan, petani, penoreh getah bahkan peniaga kecil pun begitu juga.

Bahkan mereka lebih teruk lagi. Saya insaf dan merasakan kehidupan sebagai penjawat awam sebenarnya adalah jauh baik dan lebih terjamin.


Sumber pendapatan dan kehidupan mereka yang saya sebutkan tadi banyak bergantung kepada cuaca. Kalau hujan dan ombak besar nelayan tidak turun ke laut. Petani dan penoreh getah juga sukar untuk ke ladang atau menoreh getah.

Kalau hujan orang lebih selesa duduk di rumah. Oleh itu, pemandu teksi sukar untuk mendapat ramai pelanggan. Tambahan pula bilangan teksi di seluruh negara terlalu banyak, terutama di Kuala Lumpur.

Peniaga warung juga tidak dikunjungi ramai pelanggan. Ini bermakna sumber pendapatan mereka turut terjejas.

Keadaan ini berbeza dengan penjawat awam. Tidak kira hujan lebat atau ribut apabila cukup bulan dapat gaji. Gaji tidak pernah berkurangan. Bahkan setiap tahun akan bertambah kerana kenaikan gaji. Ini tidak termasuk kemudahan pinjaman perumahan dan kereta yang disediakan oleh kerajaan dengan kadar bayaran bunga yang kurang. Potongan bulanan dari gaji sangat kecil. Rakyat biasa, termasuk kakitangan swasta terpaksa membayar kadar bunga yang tinggi kepada bank.

Jika hendak dikira, walau banyak mana sekalipun pendapatan, masih tidak mencukupi. Ini kerana nafsu manusia tidak terhad. Semua kita hendak beli. Kadang-kadang kita berlumba dengan orang lain. Apa jiran beli kita pun hendak beli. Kita sanggup bergolok bergadai kerana hendak membeli sesuatu tanpa mengira kemampuan kewangan walaupun barang itu kadang-kala kurang diperlukan.

Yang ada kredit kad akan menggunakan semaksimum yang boleh. Tidak hairan puluhan ribu rakyat negara ini yang diisytihar muflis sebab gagal membayar hutang. Ini semua gara-gara berbelanja mengikut nafsu dan tidak mengukur kemampuan kewangan sendiri, pada hal peribahasa Melayu ada mengingatkan kita, ukur baju di badan sendiri. Bermakna, kita hendaklah berbelanja mengikut jumlah pendapatan kita.


Apa yang saya sebutkan di atas ada kaitannya dengan tindakan CUEPACS yang saban tahun meminta bonus daripada kerajaan. Setiap kali menjelang pembentangan bajet negara, CUEPACS akan membuat tuntutan yang sama iaitu pemberian bonus tahunan dan elaun hari raya. Pemimpin-pemimpin CUEPACS kena belajar bertanya rakyat biasa di tepi jalan, apa komen mereka terhadap tuntutan yang dibuat setiap tahun?

Kalau hendak tahu biarlah saya beritahu, mereka sebenarnya sangat tidak suka. Sebagai contoh, saya turunkan apa yang seorang sahabat saya kata melalui SMS tentang tuntutan CUEPACS: "Masalahnya ketua CUEPACS tu asyik dok lobi. Kadang-kadang rasanya kerja dia tak ada lain, cuma minta bonus, naik gaji, imbuhan dan lain-lain pembayaran. Dari segi idea tak ada dan produktiviti tak nampak meningkat."

Rakyat kurang bersuara. Tetapi hakikat sebenarnya begitulah. Mereka tidak puas hati dan tidak suka dengan tuntutan CUEPACS. Macam tiada lain yang hendak diminta. Yang anehnya tidak pula kedengaran dan kalau ada pun jarang-jarang, kakitangan syarikat swasta yang membuat tuntutan sedemikian kepada majikan mereka. Apakah mereka itu tidak merasa kesempitan kewangan? Atau mereka ada prinsip?

Sepuluh tahun lalu memang gaji kakitangan swasta lebih tinggi dibandingkan dengan penjawat awam. Sebab itu ramai penjawat awam yang berhijrah bekerja dengan pihak swasta. Keadaan sekarang adalah sebaliknya. Gaji sesetengah kakitangan kerajaan adalah jauh lebih baik dibandingkan dengan swasta sejak semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Penjawat awam harus berterima kasih kepada beliau.

Rakyat bukan marah CUEPACS membuat tuntutan tetapi biarlah berpatutan. Jangan terlalu banyak. Janganlah dibuat setiap tahun. Kalau dibuat pun jangan dihebohkan sangat. Tambahan pula, kedudukan kewangan negara harus diambil kira.

Perbelanjaan negara untuk pembangunan yang semakin meningkat juga tidak harus dilupakan. Kerajaan bukan hendak menjaga kebajikan penjawat awam sahaja. Kerajaan juga perlu menjaga kebajikan rakyat lain.

Sebab itu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan untuk meringankan beban rakyat. Dalam hal ini, kakitangan kerajaan yang gajinya di bawah RM3,000 telahpun menerima nikmatnya. Kemudahan lain yang disediakan untuk rakyat termasuklah Kedai Satu Malaysia, Klinik Satu Malaysia, pemberian tayar kepada pemandu-pemandu teksi dan sebagainya.

Saya terfikir kata-kata bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln ada kewajarannya: "Jangan fikir apa negara boleh beri kepada kita. Fikir apa yang kita boleh beri kepada negara."

Justeru sebagai sebuah kesatuan pekerja CUAPACS perlu menggalakkan ahli-ahlinya supaya memikirkan apa sumbangan yang boleh diberi untuk meningkatkan kualiti kerja, bukan menjadi juara membuat tuntutan itu dan ini. Seolah-olah pemimpin-pemimpinya menggunakan isu tuntutan bonus kepada kerajaan untuk menjadi popular dan dilihat sebagai pejuang!


Jika kos yang semakin tinggi dijadikan alasan untuk menuntut bonus yang tinggi, CUEPACS harus ingat bahawa bukan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta orang sahaja yang terlibat.

Kesemua 27 juta rakyat Malaysia di pelbagai lapisan hidup di seluruh negara turut terlibat. Ini termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mungkin ramai tidak sedar, pemberian bonus kepada penjawat awam turut mendorong peniaga-peniaga menaikkan harga barangan sebab menganggap kakitangan kerajaan mendapat durian runtuh.

Sekiranya kerana jasa berkhidmat kepada kerajaan dijadikan alasan oleh CUEPACS untuk menuntut bonus yang tinggi, jangan lupa, sebenarnya semua rakyat negara ini juga berjasa kepada kerajaan dan negara, mengikut kapasiti dan kategori tugas masing-masing. Ini termasuklah kakitangan swasta, pemandu pelancong, tukang sampah di tepi jalan, tukang bersih tandas, pemandu bas, atlet negara, pendakwah dan lain-lainnya.

Atau apakah kerana penjawat awam mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini menyebabkan CUEPACS merasa berhak mendapat bonus? Jangan lupa rakyat Malaysia yang lain juga mengundi.

Mengundi adalah tanggungjawab setiap rakyat. Mereka bukan sahaja mengundi bahkan juga menyokong Barisan Nasional (BN). Jika tidak mana mungkin BN memenangi 133 kerusi dan terus kekal memerintah negara. Dalam konteks ini, ada yang bertanya: "Betulkah semua penjawat awam mengundi menyokong kerajaan?"

Untuk mengelak tuntutan bonus oleh penjawat awam ini dipolitikkan, ada baiknya jika kerajaan membuat ketetapan awal mengenai kadar bonus yang akan diberikan setiap tahun. Contohnya pemberian bonus satu bulan gaji. Jika kedudukan kewangan positif, kadar itu boleh ditambah. Jika tidak penjawat awam akan kekal dibayar mengikut kadar yang ditetapkan. Dengan cara ini CUEPACS tidaklah perlu merengek setiap tahun kerana mereka sudah tahu kadar bonus yang akan diterima setiap awal tahun.

Oleh : AHMAD SHUKERI
Kelana Jaya, Selangor

Suara Politik
Belantan

HamPAS...!!! Khalid Nak Tutup Isu Syiah, Salahkan UMNO Pulak?

Posted: 01 Aug 2013 06:05 AM PDT


Bekas Presiden ABIM Dr Yusri Mohamad kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menganggap isu Syiah yang menular di negara ini sekarang adalah propaganda politik Umno.

Katanya, sebagai pemimpin parti Islam, Khalid sewajarnya membantu membendung penyebaran ajaran sesat itu demi menjaga perpaduan ummah di negara ini dan bukannya membuat kenyataan berbentuk politik untuk kepentingan peribadinya.

"Cukup-cukuplah... Pemimpin macam beliau memang tidak patut disokong menjadi pemimpin dalam parti Islam. Saya rasa sikap Khalid Samad perlu disanggah dan ditegur oleh pemimpin-pemimpin dan ulama dalam PAS.


"Jika tidak nampak seperti PAS tidak bertegas dalam soal Syiah jika kenyataan seumpama itu tidak ditegur alim ulama PAS yang lain. Semua orang yang faham agama (mengikut) Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk PAS wajib menyanggah kenyataan beliau.

"Beliau pemimpin PAS, kenyataannya salah. Jika tidak ditegur ia membayangkan seolah-olah ini pandangan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Khalid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat semalam berpendapat isu Syiah sengaja ditimbulkan baru-baru ini sebagai propaganda Umno untuk melaga-lagakan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata tindakan berkenaan adalah strategi Umno untuk mengekalkan kekuasaan mereka.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 01 Aug 2013 09:22 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Yusuf Al-Qardawi Isytihar Syiah Sebgai Golongan Kuffar Dan Musuh Umat Islam

Posted: 01 Aug 2013 06:00 PM PDT






KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.

Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.

Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.

Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.

Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.

"Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah," ujarnya.

Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.

"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.

"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.


Video Yuktes Vijay Cabar Anwar Ibrahim Saman Dirinya

Posted: 01 Aug 2013 02:51 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 01 Aug 2013 09:06 PM PDT

JURI RAKYAT

Posted: 01 Aug 2013 07:25 PM PDT

JURI RAKYAT


AKULAH TUHANMU !! Puisi Untuk Kita Renungankan (subhanallah)

Posted: 01 Aug 2013 04:23 PM PDT


Foto: Puisi Renungan Buat Kita (subhanallah)  AKULAH TUHANMU !!   Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya siapa bilang tuhanmu bukan aku? kamu boleh bersujud kepada Tuhan yang sesungguhnya, tapi bukankah dikepalamu dan dalam do'a-do'amu adalah aku? kau boleh rajin ke mesjid atau ke gereja, tapi bukankah aku tetap yang nomor satu?  Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya siapa bilang tuhanmu bukan aku? bukankah kau menghalalkan segala cara untuk mendapatkanku? bukankah kau tak memikirkan akibat saat mendapatkanku dengan mudah? bukankah kau habiskan tenagamu, fikiranmu, perasaanmu, jiwa ragamu untuk menumpukku di lemarimu atau di rekeningmu?  Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya siapa bilang tuhanmu bukan aku? bukankah kau hilangkan kemanusiaanmu untuk mendapatkanku? bukankah kau hancurkan keluargamu demi aku? bukanlah kau khianati istrimu atau suamimu karena aku? bukanlah kau hancurkan masa depan anak-anakmu demi aku? bukankah kau jual harga dirimu untuk memilikiku? bukankah kau korbankan nyawa orang lain untuk merebutku? bukankah kau binatangkan dirimu demi aku?  Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya siapa bilang tuhanmu bukan aku? kau boleh bilang agamamu nomor satu tapi bukankah kau buang agamamu saat kau memperebutkanku bukankah kau lupakan agamamu saat aku begitu mudah ada didepanmu?  Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya siapa bilang tuhanmu bukan aku? bukankah agama tak berlaku saat bertaruh denganku? bukan Tuhanmu kau campakkan saat kau melihatku dalam bilangan besar? bukankah jumlah angkaku yang selalu menguasai jiwamu? bukankah deretan angkaku yang setiap hari membayangi imajinasimu?  Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya siapa bilang tuhanmu bukan aku? bukankah idealismemu hanya pura-pura karena ujung-ujungnya adalah aku? bukankah perjuanganmu palsu karena akhirnya adalah aku? bukankah kekuasaanmu takluk dan tertunduk di bawah kakiku? bukankah teriakan kerasmu diam saat aku datang kepadamu? bukankah protesmu lumpuh saat aku yang menjawabmu? bukankah keadilanmu goyah saat tergoda olehku? bukankah kau tiap hari mabuk kepayang oleh bayangan indahku?  Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya siapa bilang tuhanmu bukan aku? bulshit kau bilang aku bukan tuhanmu sudahlah akui saja … aku tidak memaksa pengakuanmu, tapi kenyataannya memang begitu!!

AKULAH TUHANMU !!


Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya
siapa bilang tuhanmu bukan aku?
kamu boleh bersujud kepada Tuhan yang sesungguhnya, tapi bukankah dikepalamu dan dalam do'a-do'amu adalah aku?
kau boleh rajin ke mesjid atau ke gereja, tapi bukankah aku tetap yang nomor satu?

Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya
siapa bilang tuhanmu bukan aku?
bukankah kau menghalalkan segala cara untuk mendapatkanku?
bukankah kau tak memikirkan akibat saat mendapatkanku dengan mudah?
bukankah kau habiskan tenagamu, fikiranmu, perasaanmu, jiwa ragamu untuk menumpukku di lemarimu atau di rekeningmu?

Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya
siapa bilang tuhanmu bukan aku?
bukankah kau hilangkan kemanusiaanmu untuk mendapatkanku?
bukankah kau hancurkan keluargamu demi aku?
bukanlah kau khianati istrimu atau suamimu karena aku?
bukanlah kau hancurkan masa depan anak-anakmu demi aku?
bukankah kau jual harga dirimu untuk memilikiku?
bukankah kau korbankan nyawa orang lain untuk merebutku?
bukankah kau binatangkan dirimu demi aku?

Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya
siapa bilang tuhanmu bukan aku?
kau boleh bilang agamamu nomor satu
tapi bukankah kau buang agamamu saat kau memperebutkanku
bukankah kau lupakan agamamu saat aku begitu mudah ada didepanmu?

Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya
siapa bilang tuhanmu bukan aku?
bukankah agama tak berlaku saat bertaruh denganku?
bukan Tuhanmu kau campakkan saat kau melihatku dalam bilangan besar?
bukankah jumlah angkaku yang selalu menguasai jiwamu?
bukankah deretan angkaku yang setiap hari membayangi imajinasimu?

Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya
siapa bilang tuhanmu bukan aku?
bukankah idealismemu hanya pura-pura karena ujung-ujungnya adalah aku?
bukankah perjuanganmu palsu karena akhirnya adalah aku?
bukankah kekuasaanmu takluk dan tertunduk di bawah kakiku?
bukankah teriakan kerasmu diam saat aku datang kepadamu?
bukankah protesmu lumpuh saat aku yang menjawabmu?
bukankah keadilanmu goyah saat tergoda olehku?
bukankah kau tiap hari mabuk kepayang oleh bayangan indahku?

Inilah aku, tuhanmu yang sesungguhnya
siapa bilang tuhanmu bukan aku?
bulshit kau bilang aku bukan tuhanmu
sudahlah akui saja …
aku tidak memaksa pengakuanmu, tapi kenyataannya memang begitu!!

SOLAT BERBAHASA JAWA

Posted: 01 Aug 2013 04:04 PM PDT

SOLAT BERBAHASA JAWA
Oleh: Jum'an

Pak Sri teman saya asli Solo mengatakan bahwa ia merasa lebih sreg bila berdoa dalam bahasa Jawa. Katanya lebih terasa kalau dia mengucapkan Duh Gusti dibandingkan Ya Robbi.

Dengan rendah hati ia mengatakakan seandainya diizinkan, ia ingin solat menggunakan bahasa Jawa: setidak-tidaknya pada tahiyat akhir saja. Saya tertegun mendengarkan curhatnya.

Saya hanya menimpali bahwa keinginannya mirip dengan keinginan saya dalam menjalankan profesi sehari-hari. Setiap kali berurusan dengan suhu, volume, berat atau jarak, selalu terasa ada yang janggal yang tidak sreg. Karena menerapkan teknologi Amerika, suhu terpaksa dinyatakan dalam derajat Fahrenheit, bukan dalam derajat Celcius (Centigrade), padahal saya lebih sreg menggunakan derajat Celcius karena lebih mudah dibayangkan. 0o C adalah sedingin menggenggam es batu dan 100o C sepanas tersiram air mendidih. Sedangkan 100o F tak terbayang seberapa panas, kecuali jika saya konversikan lebih dulu.

Begitu juga volume, berat dan jarak saya lebih sreg menggunakan liter, kilogram dan meter daripada feet, pound dan gallon. Lebih terbayang. Pak Sri juga ingin doa dan solatnya lebih terasa, seperti manisnya rasa buah, tidak seperti menelan kapsul vitamin meskipun mungkin sama khasiatnya. Meskipun tak pernah terlintas untuk solat menggunakan bahasa Jawa, saya memahami pentingnya ibadah yang terasa sampai kehati tidak verbalististis dan mekanistis. Bagi Pak Sri bahasa Jawa tidak hanya enak diucapkan tetapi terasa meresap sampai kehati dibanding bahasa Arab yang tidak ia kuasai dengan baik. Saya maklum karena sebagai orang Banyumas saya juga setali tiga uang.

Konon suatu saat Raden Ajeng Kartini merasa bosan mengaji dan menghafal dalam bahasa Arab tanpa memahami artinya. Ia dimarahi dan dikeluarkan oleh guru ngaji yang mengaharapkannya menjadi wanita yang soleh. Ia lalu menulis surat kepada sahabatnya Estella Zeehandelaar, seorang tokoh feminis Yahudi Belanda. Salah satu baris surat bertanggal 6 November 1899 itu berbunyi: "Tidak jadi solehpun tidak apa-apa asalkan jadi orang baik hati, bukankah begitu Stella?" Ini tragis!

Karena guru ngaji yang mungkin tidak pandai menyajikan materinya dalam bahasa Jawa yang difahami dan diresapi, Kartini berpaling kepada komunitas Belandanya. Tetapi bukan salah sang guru ngaji. Kartini memang dibawah pengaruh mereka; bahkan ia memandang Dr. Snouck Hurgronje orientalis-kolonialis Balanda sebagai orang hebat yang sangat pakar dalam soal Islam.

Kepada Rosa Abendanon istri Menteri Agama & Kebudayaan Hindia Belanda waktu itu, Kartini menulis: "… sudikah nyonya menanyakan kepada beliau apakah dalam agama Islam juga ada hukum akil balig seperti yang terdapat dalam undang-undang bangsa Barat? Saya ingin sekali mengetahui sesuatu tentang hak dan kewajiban perempuan Islam serta anak perempuannya." Mempertentangkan arti soleh dan baik hati adalah tidak relefan; bahkan dalam hal ini terdengar provokatif dan menunjukkan ketidak sukaan kepada bahasa Arab, padahal RA Kartinii adalah cucu dari pasangan KH Madirono seorang guru agama dan Nyai Hajjah Siti Aminah.

Kebanyakan kita menyangka bahwa apa yang kita ungkapkan dengan kata-kata sama persis dengan yang kita rasakan dalam pikiran. Yang kita ucapkan tergantung dari apa yang kita gambarkan dalam pikiran kita. Tetapi ada pendapat yang sebaliknya yaitu apa kita rasakan, apa yang kita lihat, tergantung dari kata yang kita ucapkan.

Artinya persepsi seseorang tergantung dari bahasa orang itu. Menurut Hipotesa Sapir-Whorf  bahasa menentukan atau sangat mempengaruhi cara berfikir dan perilaku masyarakat pengguna bahasa itu dan bahwa  macam-macam bahasa tidak dapat diterjemahkan satu dengan lainnya. Bahasa seseorang memang berpengaruh terhadap persepsi dan pemikirannya, sebagaimana terbukti dari penelitian dua orang dari Ben-Gurion Univ. Israel dan Bangor Univ. Inggris.

Subyek dalam penelitian mereka adalah orang-orang Arab warga Israel, yang fasih dalam bahasa Ibrani dan bahasa Arab, yang menjadi mahasiswa di perguruan tinggi yang menggunakan bahasa Ibrani. Terbukti bahwa asosiasi positif mereka dengan bangsanya sendiri (sesame Arab) lebih lemah ketika mereka diuji dalam bahasa Ibrani daripada ketika mereka diuji dalam bahasa Arab. Mereka berfikir Arab lebih positif ketika mereka dalam lingkungan berbahasa Arab daripada lingkungan berbahasa Ibrani. Padanan awamnya, Kartini yang fasih berbahasa Belanda dan Jawa berkurang simpatinya kepada guru ngaji bangsa sendiri ketika ia bergaul dengan komunitas yang berbahasa Belanda. Karena itu ia memilih bertanya kepada Snouck Hurgronje daripada kepada ulama Islam berbahasa Jawa.

Saya juga sering berdoa dalam bahasa Indonesia atau Jawa terutama bila harus menyebut hal-hal yang bersifat masa-kini atau khas-pribadi. Tetapi melakukan solat menggunakan bahasa Jawa, … tidak akan! Karena seperti dikatakan Edward Sapir diatas, pada hakekatnya suatu bahasa tidak dapat diterjemahkan kedalam bahasa lain. Apalagi ayat suci Qur'an. Anda tidak akan solat dalam bahasa selain bahas Arab bukan? Saya dan Pak Sri juga tidak.

Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW: Menggetarkan, Menyentuh Qalbu Menambah Cinta!

Posted: 01 Aug 2013 03:48 PM PDT

Bila kita berjauh jarak dengan sang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya bisa menjumpainya melalui do'a-do'a yang kita lantunkan, memohon syafa'at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Sang Nabi Tercinta, Kekasih Allah, pribadi mulia panutan alam?? Ratusan orang meneteskan air matanya setelah menatap langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekaaat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad ….
(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah …)
Allahumma shalli 'ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassallam …
__________________________

a




























Al-Qur'an dan Hadits inilah warisan peninggalan Rasulullah SAW yang paling berharga sebagai pedoman umat manusia ke jalan yang benar sampai akhir zaman. Gambar-gambar di atas hanyalah media untuk menumbuhkan kerinduan dan meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT. Kecintaan yang utama kepada Rasulullah SAW adalah melaksanakan semua ajarannya semaksimal mungkin.

Menakjubkan: Perahu Nabi Nuh AS Telah Ditemukan Melalui Penelitian Ilmiah

Posted: 01 Aug 2013 03:34 PM PDT

Umat Nabi Nuh AS yang ditenggelamkan oleh Allah SWT karena kedurhakaannya menolak seruan Nabi Nuh untuk menyembah Allah SWT seperti dikisahkan dalam Al-Qur'an, sudah ditemukan bukti kebenarannya secara ilmiah. Kisah Nuh ini terdapat tiga kitab suci: Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dalam Injil disebutkan di Gunung Ararat, Al-Qur'an menyebutnya Gunung Judi, dan masyarakat setempat menamakannya Gunung Agri, semuanya merujuk pada tempat yang sama. Al-Qur'an tidak bicara detail ttg perahu Nuh, hanya menjelaskan kisah pembangkangan umatnya, ditenggelamkannya dan pelajarannya yang harus diambil. Sejak tahun 1949, sudah ditemukan lokasinya dan kemudian dilakukan penggalian oleh penelitian tim antropolog yang dipimpin oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. Ini adalah sebagian foto-fotonya. ENJOY IT!! (Moef) ______________________________
1. Awal Penemuan
Pemotretan awal oleh Angkatan Udara AS di tahun 1949 tentang adanya benda aneh di atas Gunung Ararat-Turki, dengan ketinggian 14.000 feet (sekitar 4.600 meter). Kemudian, awal tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentara Nasional Turki menangkap sebuah benda mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang diduga perahu Nabi Nuh AS (The Noah's Ark)
a a
2. Foto-foto tahun 1999-2000
Seri pemotretan oleh Penerbangan AS IKONOS tahun 1999-2000 tentang dugaan adanya perahu di Gunung Ararat yang tertutup salju. 
3. Peta Lokasi Pendaratan Perahu Nabi Nuh a
4.  Tanah berbentuk Perahu Nabi Nuh di atas Gunung Ararat/Judi, Turki Selatan a
5. Situs Perahu Nabi Nuh sebelum dibersihkan, kayu-kayunya sebagian sudah membatu
picture2.jpg a
 
6. Pengukuran di Atas Perahu
a
7. Struktur Perahu menurut para arkeolog yang menemukannya
picture3.jpg a a
8. Bentuk Perahu Nabi Nuh AS

Kisah Kematian Nabi Adam A.S

Posted: 01 Aug 2013 03:29 PM PDT

Kisah ini memberitakan kepada kita tentang saat-saat terakhir kehidupan bapak kita Adam dan keadaannya pada saat sakaratul maut. Para malaikat memandikannya, memberinya wangi-wangian, mengkafaninya,

Dari Uttiy bin Dhamurah As-Sa'di berkata, "Aku melihat seorang Syaikh di Madinah sedang berbicara. Lalu aku bertanya tentangnya." Mereka menjawab, "Itu adalah Ubay bin Ka'ab." Ubay berkata, "Ketika maut datang menjemput Adam, dia berkata kepada anak-anaknya, 'Wahai anak-anakku, aku ingin makan buah surga.' Lalu anak-anaknya pergi mencari untuknya. Mereka disambut oleh para malaikat yang telah membawa kafan Adam dan wewangiannya. Mereka juga membawa kapak, sekop, dan cangkul.

Para Malaikat bertanya, 'Wahai anak-anak Adam, apa yang kalian cari? Atau apa yang kalian mau? Dan ke mana kalian pergi?' Mereka menjawab, 'Bapak kami sakit, dia ingin makan buah dari surga.' Para malaikat menjawab, 'Pulanglah, karena ketetapan untuk bapak kalian telah tiba.' Lalu para malaikat datang. Hawa melihat dan mengenali mereka, maka dia berlindung kepada Adam. Adam berkata kepada Hawa, 'Menjauhlah dariku. Aku pernah melakukan kesalahan karenamu. Biarkan aku dengan Malaikat Tuhanku Tabaraka wa Taala.' Lalu para malaikat mencabut nyawanya, memandikannya, mengkafaninya, memberinya wewangian, menyiapkan kuburnya dengan membuat liang lahat di kuburnya, menshalatinya. Mereka masuk ke kuburnya dan meletakkan Adam di dalamnya, lalu mereka meletakkan bata di atasnya. Kemudian mereka keluar dari kubur, mereka menimbunnya dengan batu. Lalu mereka berkata, 'Wahai Bani Adam, ini adalah sunnah kalian.'"

Takhrij Hadis
Hadis ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Imam Ahmad dalam Zawaidul Musnad, 5/ 136.
Ibnu Katsir setelah menyebutkan hadis ini berkata, "Sanadnya shahih kepadanya." (Yakni kepada Ubay bin Ka'ab). (Al-Bidayah wan Nihayah, 1/98).

Al-Haitsami berkata, "Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad. Rawi-rawinya adalah rawi-rawi Hadis shahih, kecuali Uttiy bin Dhamurah. Dia adalah rawi tsiqah." (Majmauz Zawaid, 8/199).

Hadis ini walaupun mauquf(sanadnya tidak sampai pada Nabi Shallallahu Alahi wa Sallam) pada Ubay bin Kaab, tetapi mempunyai kekuatan hadis marfu', karena perkara seperti ini tidak membuka peluang bagi akal untuk mengakalinya.

Penjelasan Hadis
Hadis ini menceritakan tentang bapak kita, Adam, manakala maut datang menjemputnya, Adam rindu buah surga. Ini menunjukkan betapa cinta Adam kepada surga dan kerinduannya untuk kembali kepadanya. Bagaimana dia tidak rindu surga, sementara dia pernah tinggal di dalamnya, merasakan kenikmatan dan keenakannya untuk beberapa saat.

Bisa jadi keinginan Adam untuk makan buah surga merupakan tanda dekatnya ajal. Sebagian hadis menyatakan bahwa Adam mengetahui hitungan tahun-tahun umurnya. Dia mengitung umurnya yang telah berlalu. Nampaknya dia mengetahui bahwa tahun-tahun umurnya telah habis. Perpindahannya ke alam akhirat telah dekat. Dan tanpa ragu, Adam mengetahui bahwa anak-anaknya tidak mungkin memenuhi permintaannya. Mana mungkin mereka bisa menembus surga lalu memetik buahnya. Anak-anak Adam juga menyadari hal itu. Akan tetapi, karena rasa bakti mereka kepada bapak mereka, hal itulah yang mendorong mereka untuk berangkat mencari.

Belum jauh anak-anak Adam meninggalkan bapaknya mereka telah dihadang oleh beberapa malaikat yang menjelma dalam wujud orang laki-laki. Mereka telah membawa perlengkapan untuk menyiapkan orang mati. Para malaikat memperagakan apa yang dilakukan oleh kaum muslimin terhadap jenazah seperti pada hari ini. Mereka membawa kafan, wewangian, juga membawa kapak, cangkul, dan sekop yang lazim diperlukan untuk menggali kubur.

Ketika anak-anak Adam menyampaikan tujuan mereka dan apa yang mereka cari, para malaikat meminta mereka untuk pulang kepada bapak mereka, karena bapak mereka telah habis umurnya dan ditetapkan ajalnya.
Manakala para malaikat maut datang kepada Adam, Hawa mengenalinya sehingga dia berlindung kepada Adam. Sepertinya Hawa hendak membujuk Adam agar memilih hidup di dunia, karena para rasul tidak diambil nyawanya sebelum mereka diberi pilihan (antara kehidupan dunia dan akhirat-pent) sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam kepada kita. Adam tidak menggubris dan menghardiknya dengan berkata, "Menjauhlah dariku, karena aku pernah melakukan dosa karenamu." Adam mengisyaratkan rayuan Hawa untuk makan pohon yang dilarang semasa keduanya berada di Surga.

Para Malaikat mengambil ruh Adam. Mereka sendirilah yang mengurusi jenazahnya dan menguburkannya, sementara anak-anak Adam melihat mereka. Para malaikat itu memandikannya, mengkafaninya, memberinya wangi-wangian, menggali kuburnya, membuat liang lahat, menshalatinya, masuk ke kuburnya, meletakkannya di dalamnya, lalu mereka menutupnya dengan bata. Kemudian mereka keluar dari kubur dan menimbunkan tanah kepadanya. Para Malaikat mengajarkan semua itu kepada anak-anak Adam. Mereka berkata, "Wahai Bani Adam, ini adalah sunnah kalian." Yakni, cara yang Allah pilih untuk kalian dalam hal mayat kalian.

Cara ini adalah syariat umum yang berlaku untuk seluruh rasul dan semua orang beriman di bumi ini, mulai sejak saat itu sampai sekarang. Dan cara apa pun yang menyelisihinya berarti menyimpang dri petunjuk Allah, yang besar kecilnya tergantung pada kadar penyimpangannya. Barangsiapa melihat tuntunan kaum muslimin dalam urusan jenazah yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam, niscaya dia pasti melihat kesamaan antara hal itu dengan perlakuan para malaikat kepada Adam.

Sepanjang sejarah, petunjuk ini telah banyak diselisihi oleh sebagian besar umat manusia. Ada yang membakar orang mati. Ada yang membangun bangunan-bangunan megah, seperti pyramid, untuk mengubur orang mati dengan meletakkan makanan, minuman, mutiara dan perhiasan bersamanya. Ada yang meletakkan mayit di kotak batu atau kayu. Semua itu menuntut biaya yang mahal dan hanya membuang-buang energi untuk sesuatu yang tidak berguna. Dan yang paling utama, semua itu telah menyelisihi petunjuk yang Allah syariatkan kepada mayit Bani Adam.

Pelajaran-Pelajaran dan Faedah-Faedah Hadis


  1. Disyariatkan menyiapkan mayit dan menguburkannya seperti disebutkan di dalam hadis.
  2. Sunnah-sunnah terhadap mayit yang demikian itu adalah petunjuk semua rasul dalam setiap syariat mereka.
  3. Pengajaran malaikat kepada anak-anak Adam tentang sunnah ini dengan ucapan dan perbuatan.
  4. Semua cara menangani mayit selain cara yang disebutkan di dalam hadis di atas adalah penyimpangan dari manhaj dan petunjuk Allah.
  5. Keutamaan bapak kita Adam, di mana para malaikat mengurusi jenazahnya, menshalatkannya dan menguburkannya.
  6. Kemampuan para malaikat untuk menjelma menjadi manusia dan melakukan sesuatu yang dilakukan oleh manusia.
  7. Sudah munculnya beberapa peralatan sejak zaman manusia pertama, seperti kapak, cangkul dan sekop.
  8. Seseorang harus berhati-hati terhadap isterinya yang bisa menjadi penyebab penyimpangannya. Adam memakan buah karena hasutan Hawa. Dan Allah telah meminta kita agar berhati-hati terhadap sebagian isteri dan anak-anak kita, "Sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah terhadap mereka." (At-Taghabun:14).

Sumber: diadaptasi dari DR. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar, Shahih Qashashin Nabawi, atau Ensklopedia Kisah Shahih Sepanjang Masa, terj. Izzudin Karimi, Lc. (Pustaka Yassir, 2008), hlm. 39-43.

Kumpulan Puisi Pilihan Hari ini - By Tegar Putra Senja

Posted: 31 Jul 2013 08:33 PM PDT


Demi Kamu
 
Dikala itu aku teringat kata katamu

Demi kamu..
Aku tidak akan menjadi kekasih yang sempurna untukmu,
tapi akan aku usahakan menjadi yang TERBAIK.

Aku tak berjanji untuk CINTAI kamu sepenuh hati,karena cinta ALLAH yang utama,selepas itu kamu.

Aku tak berjanji,untuk TIDAK membuatmu menangis,tapi saya akan jaga airmatamu yang menetes jadi tetesan air mata bahagia.

Aku tak berjanji Menemanimu,seumur hidupmu,karena satu saat nanti aku akan pergi menemui Illahi Robbi.

Tapi bila tiba masanya Nanti aku Akan hidup bersamamu di istana kecil yang berpenghuni hanya ada aku dan kamu,
Kita lalui hari bersama-sama,
lalui suka dan duka,
lewat pagi, siang, sore, dan malam..
hingga menua dan mati kita selalu bersama,
Dan selamanya di dalam SYURGA-NYA.
InsyaAllah..


-----------------------------------------------
Sejenak

sejenak....
di tempat itu ku terhenti,
terpatri di kesunyian hatimu.
tanpa rindu.

sejenak .....
ditempat itu ku menepi
menyayat di kepedihan hatiku
tanpa dirimu.

sejenak ....
dihati mu ku tertahan
dan tak beranjak pergi
tanpa berharap kembali

keinginan tuk menyisihkanmu dalam kalbu
hanya melemparku menjauh dari raga
rindu yang terpendam......
menghanyutkan aku dalam kegalauan jiwa.

aku .......
tertahan dihitamnya hatimu.
terpatri dikelamnya cintamu....
Namun dirimu??


---------------------------------
Sekeping

sekeping hati dibawanya berlari
jauh melewati jalanan yang sunyi
ku coba menata hati kembali
menatap masa depan yang aku sendiri tak tahu pasti

langkahku terhenti
terseret jauh kebelakang
mencari jejak sipemilik hati

kakiku tertahan..
ada jurang sangat dalam yang memisahkan
aku tak sanggup untuk bertahan
berdiri diatas kemunafikan..

memang aku yang kalah dalam percintaan ini
aku tak sanggup..
terlalu banyak batu-batu yang harus ku singkirkan sendirian

kepadanya sudah kutumpahkan seluruh rasa
hingga tak lagi bersisa
menatapnya semakin jauh..
memikirkannya semakin perih

merasakan rasa yang semakin luar biasa..
mampukah aku tetap berdiri tegak?
tanpa menoleh kebelakang lagi?

jika dia memang bukan untukku..
Maka biarkan aku mencari jawabannya sendiri,
Jawaban dari seribu pertanyaan hati..
Yang sampai saat ini belum terjawab satu pun..
jelas sampai kapanpun tak kan pernah terjawab..
Karna aku mencintai kekasaih orang..
 


----------------------------------------
 Awal Indah Ahiri Duka 

Dulu padamu kutitipkan sebuah rasa….
Berharap akan selalu kau pelihara.
Mimpi indahku bahagia bersama.
Ku harap jadi sebuah realita.

Namun kini sirnalah sudah semua.
Manisnya harap tinggal khayal belaka.
Rasa itu tak perna kau jaga.
Janji setia kau lupakan begitu saja.

Di matamu setiaku tak ada harga.
Pengertianku tak bermakna.
Cintaku bagaikan sekeranjang sampah.
Hadirku kau anggap tak ada….

Ku pertahankan napasku dari raga.
Ruh ku seakan meninggalkan jasadnya.
Tega kau biarkan rasa kecewah…dan terluka.
Kau ukir kisah awal indah akhir duka.
 


--------------------------------------------
Tahta Singga Sana Hati

Waktu itu kau datang ketuk pintu hati.
Meminta rasa untuk membuka kunci cinta.
Ku biarkan kau masuk mengisi sepinya hari.
Ku biarkan kau bertahta di Singgasana Cinta ini.

Saat kau menjadi maha raja hati.
Kau beri warna hari hari sepi diri ini.
Senyumku menguntum tulus….
Bertasbih dalam qalbu yang suci.

Sang waktupun terus berlalu….
Membuat dirimu lupa kerajaan yang kau tahtai.
Kau tinggalkan singgasana hati yang suci.
Tanpa perduli semua ketulusan hati ini.

Betapa sulit ku terima kenyataan ini.
Sungguh pahit kenyataan harus kuhadapi.
Akan aku kunci pintu hati ini…
Tak akan ku buka lagi..kalau hanya buat menyakiti…

Kenapa?...kenapaaaa.. ?
Kenapa kau datang kembali meminta tahta itu lagi.
Tahta hati ini bukan milikmu lagi.
Pintu kerajaan hati ini telah terkunci.

Singgasana kerajaan hati ini hanya akan ku beri.
Kepada dia yang tulus dalam mencintai.
Kepada dia yang mau mengerti diri ini.
Kepada dia yang bisa menghargai
 


--------------------------------------------
 Dalam Kebimbanganku

Terhampar sudah lembayung senja.
Warna merah bagai permata.
Debur ombak di laut biru.
Kicauan camar mengiring...
Mentari yang merona mulai tenggelam.

Ku tersipu dari sebuah lamunan.
Mengenang masa yang telah silam.
Yang hitam, kelam dan penuh misteri.
Meronta ronta dalam badai kecewa
Tenggelam dalam lautan serita nestava

Tapi ku tetap tabah dan setia...
Menunggumu dalam kebimbangan.
Duhai........mentari pagi...
Pancarkanlah sinar cerahmu.
Sirnahkanlah kabut duka..
Yang menyelimuti istana damaiku.
 


------------------------------------
Biarlah Menjadi Kenangan

Bagaimana kulalui hidupi ini.
Menanti dan selalu menanti.
Sampai kapan taqdir akan selalu
Mempermainkan hidupku tak henti.

Saat itu kau mencintaiku
Saat itu kau menyayangiku
Seperti sayang ku pada mu
Saat itu kita saling mengerti
Saat itu kita saling memberi
Saat itu kita saling berbagi

Namun...
Seiring sang waktu kita jalani.
Tanpa kita sadari
Perbedaan datang menghampiri.

Terima kasih
Kau telah mengisi hari-hariku
Kau telah mau singgah dihatiku
Kau telah mencintai diriku.

Mungkin...
Bukan maksudmu lukai hatiku.
Bukan inginmu menyakitiku
Bukan kehendakmu kecewakan aku
Biarkanlah semua menjadi kenangan
Kenangan indah……yang akan selalu
Aku ingat dalam hidupku….
 


---------------------------------------
Indahnya Ketika Bersama

Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku

Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita

Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan

Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku

Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku
 

Kumpulan Kata kata Bijak Paling Bijak Terbaru 2013

Posted: 31 Jul 2013 08:22 PM PDT

Kata Kata Bijak
Kata Kata Bijak

Ketika seseorang berusaha menjauhi hidupmu, biarkanlah. Kepergian dia hanya membuka pintu bagi seseorang yang lebih baik tuk masuk.
Kadang masalah adalah sahabat terbaikmu. Mereka buatmu jadi lebih kuat, dan buatmu menempatkan Tuhan di sisimu yang paling dekat.  
Jangan yakinkan diri bahwa dia menyukaimu, hanya karena dia bersikap manis padamu. Kadang kamu hanya sebuah pilihan ketika dia bosan.
Jangan pernah meremehkan diri sendiri. Jika kamu tak bahagia dengan hidupmu, perbaiki apa yang salah, dan teruslah melangkah.
Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk tuk menjatuhkanmu, karena merekalah yang buatmu semakin kuat setiap hari.
Terkadang, kamu berpikir seseorang telah berubah tanpa kamu menyadari hal itu terjadi karena dia mulai bersikap dewasa.
Sesuatu yang menyenangkan bagaimana seseorang mampu membuatmu tersenyum, hanya dengan memikirkan dirinya. Happy
Jadi dirimu sendiri agar ketika seseorang mencintai, kamu tak perlu takut jika dia akan temukan dirimu bukan orang yang ingin dia cintai.
Perasaan yang paling berbahaya adalah iri, karena iri hati melahirkan kebencian dan kebencian akan membunuhmu perlahan.
Tak peduli seperti apa hidupmu, kamu selalu punya pilihan untuk melihat dari sisi baiknya atau sisi buruknya.
Hanya karena seseorang terlihat kuat di hadapanmu, tak berarti dia bisa begitu kuat ketika tanpamu.
Jangan selalu katakan "masih ada waktu" atau "nanti saja". Lakukan segera, gunakan waktumu dengan bijak.
Hidup terlalu singkat jika hanya menyesal. Hidup hanya sekali, namun jika digunakan dengan baik, sekali saja cukup!
Hidup ini bukan hanya mencari yang terbaik, namun lebih kepada menerima kenyataan bahwa kamu adalah kamu. Jadi dirimu sendiri.
Orang yang bijak adalah yang tahu siapa yang harus dia percaya. Orang yang lebih bijak adalah dia yang selalu bisa dipercaya.
Sadarilah, mengeluh tidak menyelesaikan apapun. Mengeluh hanya akan menambah beban dihati. Berhentilah mengeluh, segera bertindak!
Jangan jadikan kegagalan kemarin sebagai penghambat hari ini. Semangat untuk membuat hari esok lebih baik, melalui hari ini.
Perbuatan adalah cerminan isi hati. Jika hati dipenuhi kebaikan, maka sikap dan tindakan akan baik, pun sebaliknya.

Kumpulan Kata Bijak dan Motivasi Kehidupan Terbaru

Posted: 31 Jul 2013 08:16 PM PDT

  • Kegagalan Tak perlu Disesali, Cukup direnungi, Intropeksi dan Revisi.
  • Kebahagiaan adalah hak semua orang. Dan Beribadah adalah kewajiban Semua orang. Kebahagiaan sejati akan datang ketika anda mau beribadah.
  • Mulailah kebaikan dari diri sendiri. "Cintai diri sendiri, perbaiki diri sendiri, dan maafkan diri sendiri.
  • Terkadang, kamu harus memaafkan, bukan karena kamu lemah, namun karena kamu menyadari semua orang melakukan salah.
  • Hati akan menemukan kedamaiannya saat kita mampu memaafkan. Jadilah pribadi yang anggun diatas ketulusan.
  • Memaafkan adalah ciri dari kerendahan hati. Dalam kerendahan hati, terdapat kebesaran jiwa dan keberserahan.
  • Cara terbaik tuk melupakan masa lalu adalah bukan dengan menghindari atau menyesalinya, namun dengan menerima dan memaafkannya.
  • Kamu lebih pemaaf daripada yang kamu bayangkan, tapi kamu harus memaafkan diri sendiri. Lupakan yang buruk lalu melangkah maju.
  • Memaafkan adalah jalan tercepat untuk sampai pada ke-Maha Pengasih-an Tuhan.
  • Memaafkan merupakan hal yang sulit dilakukan, tetapi dengan perasaan sayang kita bisa memaafkan seseorang dengan mudah.
  • Saat mencuci usahakan agar tidak memeras baju terlalu keras agar serat-serat kain tidak tertarik dan jadi melebar.
  • Jemurlah pakaian dengan membalikkan bagian dalam menjadi diluar agar tidak merusak warna asli.
  • Tak peduli apapun yg terjadi hari ini, miliki senyum yg buatmu terlihat bahagia, dan doa yg buatmu lebih kuat!  
  • Lapangkan hati untuk rasakan indahnya silaturahim. Jelang kepergian Ramadhan, kita padukan keridhoan untuk saling memaafkan.
  • Perubahan memang kadang menakutkan, tapi selama itu buatmu pribadi yg kian dewasa, kamu harus persiapkan diri tuk menerimanya.
  • Dalam cinta, kamu bisa berpura-pura tak peduli, tapi sebenarnya kamu tahu, hal sekecil apapun yg dia lakukan kadang bisa menyakiti.
  • Hidup terlalu singkat tuk biarkan seseorang buatmu bersedih, ketika ada yg lain yg bisa buatmu bahagia jk kamu mau membuka hatimu.
  • Hidup hanya ada 2 sisi berbeda. Penderitaan dan Kebahagiaan, namun dari situlah kita menjadi kuat dan tegar.
  • Ubahlah hidupmu, dari segala sesuatu yang buruk menjadi baik dan bermanfaat
  • Sumber kekuatan baru bukanlah uang yang berada dalam genggaman tangan beberapa orang, namun informasi di tangan orang banyak. â€" John Naisbitt
  • Berhenti menyesali apa yg telah terjadi. Kegagalan hanya sebuah pelajaran yg menghiasi perjalananmu menuju keberhasilan
  • Jenius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat. Tidak ada yang dapat menggantikan kerja keras. Keberuntungan adalah sesuatu yang terjadi ketika kesempatan bertemu dengan kesiapan. â€" Thomas A. Edison
  • Jatuh cinta itu mudah, namun membangun cinta seumur hidup itu yang susah, karena banyak halangan dan rintangan ketika kamu menjalaninya.
  • Siapa bergaul dengan orang baik akan jadi baik, namun bila  berteman dengan orang tidak baik akan menjadi kemalangan
  • Jika anda belum pernah merasakan penderitaan, maka anda tidak akan tau bagaimana kebahagiaan itu""Bila orang rajin dan kerja keras akan menjadi kuat, tetapi bila orang malas akan jadi lemah
  • Kalau Anda ingin dapat sesuatu, maka berikan kemampuan yang terkuat. Ada usaha yang keras ada hasil yang bagus
  • Berfikir positif akan bisa mengubah nasib kita, berfikir negatif membuat kita tak bisa bergerak maju
  • Didunia ini tidak ada orang yang sempurna, dengan belajar dari kesalahan membuat orang itu kuat. Sedih bila melihat orang keras kepala meskipun tahu kalau dia salah
  • Orang yang berhasil akan mengambil manfaat dari kesalahan-kesalahan yang ia lakukan, dan akan mencoba kembali untuk melakukan dalam suatu cara yang berbeda. ~ Dale Carnegie
  • Istilah tidak ada waktu, jarang sekali merupakan alasan yang jujur, karena pada dasarnya kita semuanya memiliki waktu 24 jam yang sama setiap harinya. Yang perlu ditingkatkan ialah membagi waktu dengan lebih cermat. ~ George Downing
  • Ancaman nyata sebenarnya bukan pada saat komputer mulai bisa berpikir seperti manusia, tetapi ketika manusia mulai berpikir seperti komputer. ~ Sydney Harris
  • Cara untuk menjadi di depan adalah memulai sekarang. Jika memulai sekarang, tahun depan Anda akan tahu banyak hal yang sekarang tidak diketahui, dan Anda tak akan mengetahui masa depan jika Anda menunggu-nunggu. ~ William Feather
  • Dalam masalah hati nurani, pikiran pertamalah yang terbaik. Dalam masalah kebijaksanaan, pemikiran terakhirlah yang paling baik. ~ Robert Hall
  • Belajarlah dari kesalahan orang lain. Anda tak dapat hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri. ~ Martin Vanbee
  • Orang-orang hebat di bidang apapun bukan baru bekerja karena mereka terinspirasi, namun mereka menjadi terinspirasi karena mereka lebih suka bekerja. Mereka tidak menyia-nyiakan waktu untuk menunggu inspirasi. ~ Ernest Newman
  • Orang-orang yang sukses telah belajar membuat diri mereka melakukan hal yang harus dikerjakan ketika hal itu memang harus dikerjakan, entah mereka menyukainya atau tidak. ~ Aldus Huxley
  • Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita selalu menyesali apa yang belum kita capai. ~ Schopenhauer
  • Musuh yang paling berbahaya di atas dunia ini adalah penakut dan bimbang. Teman yang paling setia, hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh. ~ Andrew Jackson
  • Sesuatu yang belum dikerjakan, seringkali tampak mustahil; kita baru yakin kalau kita telah berhasil melakukannya dengan baik. ~ Evelyn Underhill
  • Cobalah dulu, baru cerita. Pahamilah dulu, baru menjawab. Dengarlah dulu, baru beri penilaian"
  • Wanita cantik itu bukan dari penampilannya, tetapi karena pria yang mencintai kepribadiannya dengan tulus
  • Janganlah mengeluh tanpa usaha, bila kamu berusaha dengan keras kesempatan pasti ada""Pria yang hebat bukan karena kekayaannya, tetapi dari wanita yang mencintai apa adanya tanpa uang.
  • Orang yang pintar bukan karena bisa menyembunyikan perasaannya, tetapi pintar mengendalikan perasaannya."

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 01 Aug 2013 03:39 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


THAILAND KUATKUASAKAN I.S.A!!

Posted: 01 Aug 2013 06:53 AM PDT

BANGKOK, 31 Julai - Pihak berkuasa Thailand diberi kuasa meluas mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di tiga daerah untuk mengawal perhimpunan politik yang dirancang bertujuan menentang dan menyokong rang undang-undang pengampunan.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Lt Jen Paradorn Pattanatabut berkata Kabinet Thailand Rabu meluluskan penguatkuasaan ISA untuk mengawal keadaan politik dari 1 hingga 10 Ogos.


Semakin banyak negara yang mengambil tindakan "melangkah ke belakang" dengan menggunakan ISA sebagai mekanisma pencegahan bagi menghalang dan mengawal keadaan dari menjadi tidak terkawal.

Terbaru Thailand. Singapura yang sering memperlekehkan negara ini melalui media mereka masih tetap keras pegangannya dengan ISA.

Amerika lebih awal meniru langkah Malaysia menguatkuasakan undang-undang ala-ISA.

Malaysia saja satu-satunya negara yang mengambil langkah melompat beberapa tangga ke hadapan dengan memansuhkan satu demi satu undang-undang yang dikatakan menyekat kebebasan rakyat dan bertentangan dengan demokrasi.

Alaa... Dah la. Malas nak ulas lagi.


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 01 Aug 2013 03:24 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Gadis ketagih porno selepas tonton vcd milik abang

Posted: 01 Aug 2013 02:31 PM PDT

Saya gadis berumur 19 tahun dan mengalami masalah ketagihan pornografi. Saya mula terjebak ketika usia 14 tahun. Mulanya saya menonton kerana abang yang ketika itu berusia 20 tahun memiliki cakera padat (CD) lucah.

Saya pernah mengintai abang yang asyik menonton bersama rakannya. Saya kemudian mencuri satu CD dan menontonnya di bilik.

Saya rasa teruja dan asyik sewaktu menontonnya. Ia menyebabkan saya terus mencari bahan itu di kedai cetak rompak.

Biarpun ketagihan terhadap bahan ini, saya tidak pernah membiarkan diri hanyut dalam dosa zina. Di sekolah mahupun kini kolej, saya gadis baik tetapi ada hobi pelik.

Saya malu dengan dosa ini tetapi sukar meninggalkannya. Apabila saya tidak melayan video lucah, saya jadi gelisah sehingga sukar tidur.

ANNIE Johor Bahru

Dang Setia bersyukur saudari tidak pernah terjebak dengan zina meskipun ketagihan pornografi. Cara terbaik ialah berusaha mengubati hati yang sebati menonton bahan lucah.

Hati serta nafsu adalah ancaman akal serta akhlak. Dalam erti kata lain, terlalu mengikut kehendak hati serta desakan nafsu, contohnya menonton pornografi, mampu membawa kerosakan pada diri andai terus mengulanginya.

Rujuk dengan mereka yang arif, umpamanya pakar psikologi, untuk mengubati masalah penagihan bahan pornografi. Mereka ada cara lebih sistematik serta berkesan untuk merawat ketagihan.

Sebagai inisiatif sendiri, saudari perlu membuang semua bahan pornografi dalam simpanan. Malah, luangkan masa dengan keluarga serta rakan untuk melakukan aktiviti lebih sihat. Ia dapat membantu melupakan hobi.

(Video) Si pencuri seluar dalam wanita di Sri Petaling kantoi dalam rakaman ini..

Posted: 01 Aug 2013 07:31 AM PDT

Ramai di antara kita pasti pernah mendengar dan wanita mungkin pernah menjadi mangsa apabila seluar dalam yang dibasuh di letak di jemuran hilang dicuri.

Hal begini biasanya terjadi di rumah-rumah wanita bujang, namun yang sudah berkahwin pun tidak terlepas kerana jenayah tidak mengenal sesiapa.

Pelaku hampir pasti 100 peratus lelaki yang mempunyai masalah psikologi seks.

Dalam video di bawah yang dimuat naik pihak Malaysian Crime Awareness Campaign memperlihatkan seorang lelaki dengan penuh selamba mencuri seluar dalam di kawasan Sri Petaling.

Salah sebab yang mudah untuk lelaki itu bertindak mungkin kerana pagar rumah tidak dikunci. Jadi untuk mengelakkan kejadian seperti ini, pertimbangkanlah untuk mengunci pagar rumah bila keluar.

Kepada penduduk sekitar Sri Petaling pula … apakah anda cam lelaki ini?

- mynewshub

(Gambar) Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud!

Posted: 01 Aug 2013 06:31 AM PDT

BANGI – Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit di sini hari ini.

Kejadian di bulan suci Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat

Sebelum ini kejadian seumpama itu hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.

Pastinya inilah antara kematian yang dimimpikan kesemua umat Islam.

Apapun, semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah

Tipu sijil sakit, Anwar diberi tempoh 7 hari

Posted: 01 Aug 2013 06:01 AM PDT

PETALING JAYA – Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada ketua pembangkang itu untuk menjawab dakwaannya berhubung penggunaan sijil cuti sakit (MC) palsu baru-baru ini.

Dokumen itu didakwa digunakan oleh Anwar bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0 dan penipuan 40,000 warganegara Bangladesh pada PRU13 lalu.

"Tujuan laporan polis itu dibuat adalah untuk memberitahu pihak polis, mahkamah dan rakyat Malaysia wajah sebenar parti pembangkang khususnya cara politik kotor PKR.

"Kelakuan pembangkang yang ghairah ingin berkuasa dan memerintah tanpa memperdulikan sistem keadilan dan kehakiman mendorong saya untuk tampil ke hadapan mendedahkan penipuan itu supaya pihak mahkamah dan rakyat tidak diperdayakan lagi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Yuktes atau nama sebenarnya, Yuktesvaran Malaipan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu 17 Julai lalu.

Beliau bersama dua rakannya hadir di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Rabu lalu, Yuktes membuat satu lagi laporan polis berhubung penipuan Anwar yang mengatakan seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi dan secara langsung telah mempengaruhi keputusan PRU13 lalu.

Tambahnya, meskipun pendedahan sebelum ini menyebabkan beliau menerima kecaman dan ugutan, namun beliau nekad untuk menamatkan segala rancangan Anwar yang telah mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain.

"Anwar bukan sahaja tidak mengendahkan kenyataan rasmi Duta Bangladesh bahkan beliau terus mengaibkan nama negara di serata Malaysia termasuk Indonesia ketika lawatannya ke negara tersebut selepas PRU13 lalu.

"Ini merupakan modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan beliau untuk mengucar-kacirkan negara dan membawa situasi seperti 'Arab Spring' ke Malaysia yang mana boleh dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0 apabila pengikut Anwar mengingkari arahan majistret dan merempuh 'barricade' polis," dakwanya.

Selain itu, Yuktes turut kesal apabila isu pengundi hantu warganegara Bangladesh itu tidak dilaporkan secara rasmi kepada pihak polis walhal Anwar sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan dakwaannya, namun apabila diminta membuat laporan polis, hanya isu dakwat kekal sahaja dilaporkan.

"Saya mempunyai bukti yang merangkumi dua emel yang menunjukkan komunikasi di antara seorang warga asing yang mewakili badan antarabangsa dalam kes liwat beliau.

"Warga asing itu memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tentang kes liwat itu dengan memberi persepsi ia adalah sebuah konspirasi BN," dakwanya.

'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal

Posted: 01 Aug 2013 01:47 AM PDT

JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terus mempertahankan dirinya meskipun gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan siri jelajah di Jepun.

Terus berdalih tanpa memberi alasan kukuh mengenai prestasi anak buahnya termasuk gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan tersebut, Rajagobal sebaliknya memberitahu semua pihak harus bertanggungjawab.

"Saya kena bertanggungjawab, pasukan kena bertanggungjawab dan pemain juga kena bertanggungjawab. Semua pihak kena bertanggungjawab.

"Memang ada masanya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahu, apa yang penting pasukan kebangsaan memerlukan sokongan daripada semua peminat," katanya selepas perlawanan terakhir semalam.

Semalam, hari malang skuad negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri setelah Harimau Malaya diaibkan Tokyo Verdy 0-5.

Sebelum itu, Harimau Malaya tewas kepada dua kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2).

Apa yang pasti, kekalahan semalam pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.

Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Biarpun ramai menjangkakan bahawa Rajagobal akan terus membimbing Harimau Malaya, namun ia bukan sesuatu yang mustahil jika pengendali berusia 57 tahun itu diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Ini kerana, selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan dan itu jelas satu rekod yang cukup memalukan.

Dua kemenangan itu direkodkan ketika Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu dan menang 4-0 ketika menentang kelab Australia, Sydney Olympic pada aksi persahabatan bulan lalu.

Harimau Malaya dijangka tiba ke ibu negara hari ini selepas 'berguru' hampir dua minggu di Jepun sebelum mereka di jadual menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas itu, skuad negara bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Ibu curang di FB terkantoi dengan anak sendiri

Posted: 01 Aug 2013 01:22 AM PDT

Saya pelajar sekolah menengah dan bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Masalah saya ialah berkenaan ibu.

Dia berlaku curang ­dengan seorang lelaki yang juga suami orang. Ibu ­mengenalinya di laman sosial.

Pada mulanya, kecurangan ibu tidak diketahui, tapi saya terbaca catatan mereka yang berbau lucah dan sangat memualkan.

Sikap ibu juga semakin berubah kerana sudah mula keluar malam sejak akhir-akhir ini dan bersikap seperti gadis remaja semula.

Saya sangat tertekan dengan keadaan ini namun saya tidak mahu berkongsi dengan keluarga. Saya pendam segala masalah ini seorang diri.

Pada masa sama, saya kasihankan ayah yang bekerja bertungkus-lumus untuk keluarga kami. Malangnya ibu buat pera­ngai. Saya sangat tertekan dan ini mengganggu fokus saya dalam pelajaran.

Saya tidak mahu keluarga terus porak peranda dengan sikap curang ibu. Saya terlalu sedih.

PELAJAR RUNSING,
Pulau Pinang


Dr memahami perasaan yang adik alami. Memang bukan mudah bagi seorang anak apabila mengetahui ibunya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Hubungan anak ­dengan ibu menjadikan adik lebih tertekan kerana adik masih mahu pola keluarga yang sedia ada berkekalan. ­Maksudnya, adik masih lagi mahu melihat ­hubungan ayah dan ibu berjalan baik. Adik juga tidak mahu pihak lain masuk dalam ruang lingkup keluarga sedia ada.

Masalah rumah tangga ibu bapa sering kali di luar kawalan anak. Namun, ­sebagai seorang anak, perasaan tertekan akan wujud apabila mengetahui kehidupan ibu bapanya tidak harmoni.

Masalah yang dialami menyebabkan adik begitu tertekan sehingga mengganggu fokus di sekolah.

Carilah pihak yang adik percaya untuk bercerita mengenai masalah dan perasaan adik. Memendam perasaan bukanlah satu cara baik untuk adik me­nyelesaikan masalah.

Dr faham bukanlah ­mudah bagi seorang anak untuk berbincang dengan ibu mengenai masalah yang membabitkan urusan rumah tangganya.

Justeru, adik memerlukan seseorang yang dipercayai ibu untuk berbincang dengannya mengenai hubungan sulit dengan suami orang.

Jika adik ingin berbincang dengan ibu, pastikan ia dilakukan dengan berhemah kerana Dr tidak mahu perbincangan adik dengan ibu membawa kepada satu keputusan yang akan dikesali semua pihak kelak.

Selepas dadah, rumahtangga Benjy pula hancur...

Posted: 31 Jul 2013 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR - Setelah bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Syariah di sini semalam.

Lafaz cerai tersebut dilakukan oleh Benjy di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor di bawah Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelakon yang mencetuskan kontrovesi kerana pernah ditahan sekali lagi berhubung kes dadah pada 2 Julai lalu itu turut mengaku masih lagi berkawan

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, 35, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, kedua-dua pasangan itu menikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Benjamin, 7.

"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama. - KOSMO!

Guan Eng terkejut penurunan indeks persepsi P. Pinang

Posted: 31 Jul 2013 11:01 PM PDT

Kajian Institut Integriti Pulau Pinang untuk 2012 mendapati persepsi mengenai rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam dan pentadir kerajaan negeri telah menurun sebanyak 0.14 mata tahun lalu.

Indeks persepsi pada 2011 adalah 7.18 mata berbanding 7.04 mata pada tahun lalu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini dalam ucapannya kepada ratusan penjawat awam di Komtar.

Sehubungan itu, beliau terkejut dengan situasi tersebut sedangkan tegasnya kerajaan negeri mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Lim berkata apabila beliau bertanya lanjut mengenai kajian itu, beliau mendapati agensi kerajaan negeri bawah kerajaan persekutuan juga dimasukkan ke dalam kedudukan dan dinilai bersama-sama, dan dengan itu memberi kesan kepada keputusan keseluruhan.

Malaysiakini

Saya Malu Dengan Farid Kamil - Tiz Zaqyah

Posted: 31 Jul 2013 10:15 PM PDT

Di matanya, aktor bernama Farid Kamil adalah seorang pelakon yang cukup dikagumi. Dalam erti kata lain, gadis putih gebu ini sangat meminati gaya lakonan sekaligus dan menyifatkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu sebagai seorang bintang filem hebat.

Sementelah digandingkan bersama dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita, Tiz mengakui malu, berdebar dan janggal setiap kali berdepan dengan bintang pujaan hatinya itu.

"Awal-awal penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar sebab lagipun ini pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia.

"Nak, nak dalam drama ni kami sebagai pasangan suami isteri. Drama ni berat sebab saya banyak menangis. Banyak juga babak romantik. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah lama-lama tu, saya mula selesa", katanya yang sekali lagi melakonkan watak wanita bertudung.

Dicanang-canang bakal mencetus fenomena, Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan konflik dalaman suami, Aariz Danial (Farid) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir menggantikan tempat adiknya yang sepatutnya berkahwin dengan Dahlia (Tiz).

Drama yang turut dibintangi Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil, dan Keith Foo akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.

Sanggup Tak Beraya Demi Kucing

Dalam pada itu Tiz sempat berkongsi mengenai persiapan raya Aidilfitri. Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali menjelang lembaran, dia dan ayahnya akan sibuk mengemas rumah. Sementara ibunya pula akan menyediakan juadah hari raya. Kebiasaannya mereka sekeluarga akan beraya di subang kemudian pulang ke kampung ayahnya, di Negeri Sembila dan selepas itu ke kampung ibu, di Melaka.

"Selalunya saya lebih suka mengemas dan menghias rumah. Ibu saya yang akan masak juadah. Baju raya pula, kami beli siap jer. InsyaAllah, kakak saya yang tinggal di Singapura akan balik ke sini raya kali ni. Walaupun keluarga kami kecil tapi raya memang meriah.

Bagaimanapun penggemar juadah rendang ayam dan nasi impit ini, sambutan raya tidak diraikan terlalu beria sebaliknya hanya sederhana. Malah untuk pulang ke kampung pun hanya untuk sekejap kerana dia risau mahu meninggalkan kucing-kucing kesayangannya dalam tempoh yang lama.

"Kat rumah, kami ada 20 ekor kucing. Ada kucing biasa dan parsi. Asalnya kucing kat rumah dua ekor saja. Waktu umur saya sembilan tahun, kawan ayah saya yang hadiahkan kucing-kucing tu. Lama-lama membiak. Keluarga saya memang pencinta kucing. Saya juga ada bela sugar glider. Saya tak suka hantar di pusat jagaan, sebab banyak terjadi kes ngeri dan saya susah nak percaya pada mana-mana pusat jagaan binatang.

"Itu yang susah kalau nak balik kampung lama-lama. Jadi keluarga saya memang akan balik hari je lah ke kampung. Kami ke kampung ayah kemudian singgah kampung ibu dan malam balik semula ke Kuala Lumpur", katanya yang membelanjakan sebanyak RM800 sebulan bagi membeli makanan binatang-binatang peliharaannya itu.

Meskipun risaukan kucing-kucing, kata Tiz dia tetap akan pergi beraya ke rumah kekasihnya, Daniel Haziq.

"InsyaAllah, pergi. Lagipun sepupu-sepupu dia adalah kawan-kawan saya juga. Jadi kami akan saling ziarah menziarah lah nanti", ujarnya.

Sumber: Malaysian Digest

Isteri saksi suami lakukan persetubuhan haram

Posted: 31 Jul 2013 09:15 PM PDT

Gambar hiasan
Banting: Seorang lelaki berusia 24 tahun tergamak merogol seorang gadis yang mengalami masalah lembam di depan isterinya dalam sebuah rumah di Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku jam 5 petang ketika mangsa yang berusia 19 tahun itu tinggal berseorangan di rumahnya sebelum pasangan terbabit datang. Adalah dipercayai isteri suspek juga seorang lembam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis menyifatkan kes berkenaan sudah selesai.

"Kami sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan di Morib kelmarin, sejurus polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang memohon perintah tahanan reman," katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa mengalami masalah lembam serta tidak bekerja dan pada hari kejadian ibu mangsa keluar bekerja manakala adiknya mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi di Shah Alam.

Selepas menyedari mangsa tinggal berseorangan, suspek masuk ke rumah mangsa lalu menolaknya ke sofa dan merogolnya.

Berikutan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting sejurus mangsa mengadu mengenai kejadian itu sebelum dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.

(Gambar) Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut kemalangan

Posted: 31 Jul 2013 04:31 PM PDT

Kuala Lumpur: Pemain Hoki Kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori awal pagi tadi pada jam 2.25 am.

Insiden tersebut berlaku di lebuhraya LDP Damasara-Puchong dekat stesen LRT Kelana Jaya.

Dilahirkan dari Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan pemain hoki negara yang paling senior dalam Malaysia.

Beliau membuat penampilan pertama sebagai pemain bawah 17 tahun Malaysia pada kejohanan Sukan Komanwel 1998 dan memiliki 300 caps untuk Malaysia.

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan