CINA ISLAM (林川興) Posted: 12 Jun 2013 01:36 AM PDT Bina arca kapal tanpa paku Posted: 12 Jun 2013 12:42 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Pembuat arca, Joko Dwi Avianto dibawa khas dari Indonesia untuk membentuk arca gergasi berkenaan sempena Festival Georgetown 2013 di sini.
Menurutnya, kesemua buluh khas itu digunakan dalam pembuatan bangunan dan dibawa dari Jawa Barat.
"Arca yang saya gelarkan 'The Theatre of Ships' ini turut dibantu oleh 14 pekerja dan lima daripadanya dibawa dari Indonesia, kami memulakan kerja ini sejak dari awal Mei lagi.
"Kerja hanya dimulakan pada jam 7 petang sehingga jam 3 pagi serta bergantung kepada keadaan cuaca, terdapat lapan palang buluh utama yang besar dan kemudiannya 40 lubang yang mana meletakkan buluh-buluh ini untuk tegak," katanya.
Joko yang berusia 37 tahun itu mula berjinak dalam bidang seni pembuatan buluh sejak 2003.
Direka dengan nama 'The Theatre of Ships', pereka seni ini berkata, ia kerana Pulau Pinang adalah salah satu tempat pelabuhan satu ketika dahulu.
Menurutnya lagi, ramai pedagang mahupun mereka yang kini sudah pun menetap di Pulau Mutiara datang berdagang menggunakan kapal.
"Jadi kita kembali mengingati sejarah lama Pulau Pinang dan lebih bersesuaian apabila arca ini berada dengan kawasan pantai," katanya.
Apa yang menarik mengenai arca buluh gergasi ini, ia langsung tidak menggunakan paku untuk melekatnya antara satu sama lain.
Arca ini dijangka menjadi tarikan terbaru sempena Festival Georgetown 2013 selepas mural popular yang dihasilkan Ernest Zacharevic.
Pengarah Festival Georgetown, Joes Sidek berkata, arca berkenaan adalah pertama seumpamanya di negara ini dan pertama kali dihasilkan Joko.
"Dijangka arca ini dapat bertahan dalam tempoh masa sehingga enam bulan dan kami berharap masyarakat Pulau Pinang tertarik dan mendapat sumber inspirasi daripadanya," katanya.
harakahdaily/- | Ibu buang bayi sendiri dalam salur sampah flat Posted: 12 Jun 2013 12:38 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
BIRMINGHAM- Seorang wanita cuba membunuh bayi perempuannya yang baru berusia enam hari dengan membuang menerusi salur sampah setinggi lebih 40 kaki.
Wanita dikenali sebagai Jaymin Abdulrahman, 25 didakwa di mahkamah semalam kerana membuang bayinya dengan meletakkannya dalam pelongsor sampah dari flatnya di tingkat lima.
Bayi itu kemudian ditemui bapanya sendiri keesokan hari selepas dibuang dalam keadaan tidak bermaya.
Bayi itu kemudian disahkan mengalami kerosakan otak dan juga keretakan pada tengkorak.
Jaymin pada mulanya memberitahu bayinya diculik dan menafikan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan ke atasnya.
Kes dibacakan di Birmingham Crown Court, semalam. | Belanja kempen: Pemuda PAS desak penjelasan Zahid Posted: 12 Jun 2013 12:31 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan jumlah perbelanjaan kempen beliau semasa Pilihan raya Umum ke-13 baru-baru ini.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar)menyatakan demikian ekoran Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendedahkan bahawa beliau telah membelanjakan sebanyak RM100 dan 5 kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh pada PRU13.
Dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan Ahmad Zahid telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu sebanyak RM200,000.
Itupun, katanya belum dicampur dengan segala perbelanjaan lain termasuk tenaga petugas kempen, jentera, peralatan serta bahan-bahan kempennya yang mungkin jauh lebih banyak daripada apa yang didedahkan oleh Rafizi.
Justeru, ujar Riduan DPPM merasa hairan bagaimana Ahmad Zahid boleh mendapat duit sebanyak itu untuk perbelanjaan kempennya.
"Apakah ianya duit daripada poket beliau, parti mahupun daripada kerajaan?
"Mungkinkah ini menandakan bahawa setiap pemimpin BN diberikan peruntukan besar semasa kempen PPRU13 untuk diberikan kepada pengundi-pengundi?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam hal ini, katanya respons daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat penting bagi menjawab persoalan mengenai status pemberian wang tunai kepada pengundi ketika musim kempen pilihanraya sama ada ia boleh dikategorikan sebagai rasuah atau sebaliknya.
Beliau berkata, rakyat perlu mengetahui sumber kewangan Ahmad Zahid dan ke mana dihabiskan duit kempennya.
harakahdaily/- | RM100,000 lesap Posted: 12 Jun 2013 12:29 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Kuantan: Sebuah pasar raya borong di Jalan Tun Ismail 5 di sini, kerugian kira-kira RM100,000 apabila wang perniagaan harian disimpan dalam peti besi dilarikan penjenayah yang memecah masuk premis berkenaan sebelum kejadian disedari kira-kira jam 8 pagi semalam. Dalam kejadian itu, penjenayah dipercayai lebih daripada seorang memecah masuk melalui pintu stor dengan memotong mangga sebelum menebuk dinding pejabat serta peti besi menggunakan mesin pemotong dan kemudian melarikan diri melalui laluan pintu sama. Bagaimanapun, mereka dipercayai sudah merancang 'pelan B' untuk memboloskan diri jika dikesan polis berikutan penemuan seutas kabel diikat pada tingkap di aras dua premis berkenaan.
Menurut seorang pekerja enggan dikenali, kejadian disedari seorang kakitangan yang mahu memulakan tugas namun terkejut apabila mendapati pintu stor itu sudah terbuka dan memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan sebelum membuat pemeriksaan lanjut.
"Didapati penjenayah terbabit menebuk lubang pada dinding bilik khidmat pelanggan di aras bawah untuk masuk ke bilik juruwang yang mengandungi peti besi sebelum menebuk bahagian kunci peti besi itu dan melarikan wang kertas kira-kira RM100,000. metro/- | Speaker: Palanivel ugut sedekah dari Umno Posted: 12 Jun 2013 12:27 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Siapa akan mendapat jawatan Speaker Perak, menjadi satu lagi isu yang bangkit selepas PRU13 di mana beberapa pihak tertentu menaruh minat terhadap jawatan tersebut.
"Selepas 'rampasan kuasa' berlaku di Perak pada tahun 2009, Datuk R. Ganesan telah diangkat untuk menyandang jawatan tertinggi itu," kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.
Katanya, seluruh rakyat Malaysia masih ingat lagi bagaimanapun beliau selaku Speaker sah Dun Perak ketika itu diusung dan dikurung sebelum Ganesan menjadi Speaker. Menurutnya, jawatan Speaker diberikan kepada wakil MIC, Ganesan semata-mata untuk menggantikan beliau supaya tidak timbul isu perkauman dan menjaga hati kaum India.
Baginya, kerajaan BN yang diterajui oleh Umno Perak tidak memberi jawatan itu kepada MIC dengan niat murni.
"Malah jawatan itu diberikan kepada MIC dengan niat jahat supaya boleh dirampas daripada V.Sivakumar tanpa reaksi hangat daripada masyarakat itu," katanya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.
Dalam kata lain, ujarnya MIC juga telah diperbodohkan oleh Umno dalam permainan kotornya untuk menipu masyarakat India.
Beliau berpandangan, Ganesan telah menjawat jawatan itu selama 4 tahun walaupun bukan dengan kerelaan Umno.
Baginya, MIC tidak boleh berbangga dengan jawatan itu kerana ia adalah sedekah yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.
"MIC tidak pernah bermimpi untuk mendapatkan jawatan itu untuk ahlinya. MIC tidak berani menuntut jawatan itu sebelum ini," ujarnya.
Beliau berkata, hanya selepas V.Sivakumar dipilih sebagai Speaker Perak, sekarang MIC menuntut haknya untuk jawatan itu, sungguh menyedihkan dan memalukan.
Katanya, akhbar-akhbar harian Tamil membawa tajuk utama bahawa Presiden MIC, Datuk Palanivel mengugut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengenai jawatan Speaker.
Bagi beliau, tindakan Palanivel mengugut Menteri Besar Perak supaya memberikan jawatan Speaker itu kepada MIC sungguh melucukan.
Palanivel memaksa Zambry dengan terma 'jika tidak memberi jawatan Speaker kepada MIC, maka parti itu tidak akan mengambil apa-apa jawatan yang lain termasuk Penasihat MB'.
Katanya, ugutan Palanivel tidak berasas kerana beliau hanya berani menggugurkan jawatan-jawatan untuk MIC di Perak, tidak menunjukkan kesungguhan dalam tuntutannya.
"Beliau sepatutnya meletak jawatannya bersama dengan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri MIC, bukan sekadar mengugut Zambry untuk jawatan-jawatan kecil di Perak," katanya.
harakahdaily/- | Jahit tanpa tangan Posted: 12 Jun 2013 12:25 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Tumpat: Seorang warga emas berusia 63 tahun layak digelar orang kelainan upaya (OKU) istimewa kerana walaupun kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir namun dia mampu menjahit lima pasang baju kurung sehari. Fatimah Daud yang berasal dari Kampung Sungai Pinang dekat Palekbang di sini, berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda secara mengundur dan merangkak menaiki enam anak tangga rumahnya dia tetap gigih mencari rezeki halal tanpa mengharapkan ihsan orang lain. "Setiap hari saya menjahit kerana inilah kebolehan yang boleh saya lakukan sejak 40 tahun lalu.
"Seingat saya, kebolehan menjahit ini tidak pernah dipelajari daripada sesiapa. Dulu saya pernah bekerja dengan seorang pemilik kedai berbangsa Cina di Pasir Mas tetapi terpaksa berhenti selepas menghadapi masalah kesihatan dan pengangkutan," katanya.
Fatimah mengambil upah RM25 bagi sepasang baju kurung untuk menyara hidup. harakahdaily/- | Jambatan runtuh: PM hanya bermain tweet saja Posted: 12 Jun 2013 12:23 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
BAYAN BARU: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kesal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum menjejakkan kaki meninjau sendiri keruntuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang berdekatan Batu Maung beberapa hari lalu sebaliknya sekadar 'bermain tweet' sahaja, itupun hanya sekali sahaja.
Sikap yang ditunjukanya jelas, bukti ketidak perhatinan orang nombor satu negara terhadap petaka yang berlaku hasil 'hadiah' Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Pulau Pinang.
"PM sampai sekarang tidak turun lagi melihat sendiri keruntuhan penyambung Jambatan Pulau Pinang walaupun sudah berlaku beberapa hari. Beliau hanya bertweet dalam tweeternya sahaja dengan perkataan 'authority will investigate tragic insident on penang bridge, let's focus on rescue effort and pray for victims and their families', tegasnya.
Begitu juga Menteri Kerjaya, Datuk Fadilah Yusof serta Pengerusi Panel Penasihat Projek Persekutuan di bawah ICU, Teng Chang Yeow langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Beliau menambah, sebuah akhbar, Sinar Harian dalam laporannya baru-baru ini memuji dengan melaporkan, hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang turun padang meninjau kejadian itu dan cuba menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.
Sim dalam kenyataanya juga mendesak Perdana Menteri menubuhkan segera 'Independent Technical Investigation Committee" dengan ketelusan dalam kuasa penyiasat, untuk menyiasat segala punca tragedi ini.
Sambungnya, ia perlu dianggotai oleh pakar-pakar teknikal yang terulung di negara ini mahupun dari luar negeri. Jawatankuasa ini, katanya, harus mencontohi jawatankuasa yang ditubuh untuk tragedi Highland Tower sebelum ini.
Buat masa sekarang katanya, siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah sulit dan tidak akan dipaparkan kepada rakyat melainkan di makhamah.
"Cepatkanlah tubuh Indenpent Technicial Investigation Committee dengan telus supaya mengesan punca kejadian kerana kelewatan akan menyukarkan pemulihan kepercayaan rakyat terhadap keselamatan jambatan kedua itu, " jelas beliau.
Rakyat Pulau Pinang sekarang mengalami krisis kepercayaan terhadap projek-projek kerajaan persekutuan setelah berlakunya beberapa kes projek persekutuan menghadapi pelbagai masalah seperti Stadium Kuala Terenganu runtuh dua kali, Hospital Shah Alam tidak dapat digunakan, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang berkuman, KLIA2 dan projek naik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang ditunda.
harakahdaily/- | Apakah benar pegawai SPRM kes Beng Hock kini di EAIC? Posted: 12 Jun 2013 12:21 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Apakah benar satu-satu pegawai penyiasat yang dimiliki oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai SPRM yang menebual Teoh Beng Hock sebelum kematiannya?
(Apakah benar satu-satunya pegawai penyiasat EAIC adalah pegawai SPRM yang menyiasat Beng Hock sebelum dia mati kini menjadi tandatanya)
Inilah isu yang sangat panas sekarang perhatian ditumpukan kepada EAIC yang telah menubuhkan pasukan petugas (task force) untuk menjalankan kajian semula mengenai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan yang telah mengakibatkan kadar kematian dalam tahanan yang semakin meningkat.
Pada masa yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa EAIC akan membuka siasatan ke atas kes N Dharmendran yang, mengikut laporan post-mortem, telah dipukul sehingga mati semasa dalam tahanan polis.
Sehingga kini, sudah berlaku sembilan kes kematian dalam tahanan pada tahun ini, dengan empat kes dalam tempoh dua minggu yang lepas termasuk kematian N Dharmendran.
Pasukan petugas EAIC yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian-kematian dalam tahanan, merangkumi enam orang pegawai EAIC, iaitu pengerusi Datuk Heliliah Mohd Yusof, pesuruhjaya Datuk Seri Robert Jacob Ridu, setiausaha Ahmad Razif Mohd Sidek, pengarah Foo Hui Yi, penasihat undang-undang Eda Mazuin Abdul Rahman dan pegawai penyiasat tunggal EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim.
"Kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pegawai penyiasat tersebut, Mohd Nadzri Ibrahim, merupakan bekas pegawai Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terlibat dalam kes mendiang Teoh Beng Hock," tulis Steven Sim Chee Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam kenyataannya.
Mengikut laporan-laporan berita, Mohd Nadzri adalah pegawai yang telah merakamkan keterangan Teoh pada malam kematiannya. Malah, Majlis Peguam juga pernah menyarankan tindakan siasatan lanjutan diambil terhadap beberapa pegawai SPRM yang terlibat, termasuk Mohd Nadzri, atas tuduhan konspirasi jenayah, persubahatan serta mengusik bukti (tampering with evidence) dalam kes tersebut.
Mengikut laman web EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim tersenarai sebagai satu-satunya pegawai penyiasat dalam direktori EAIC ( http://www.eaic.gov.my/index.php/tutorials-mainmenu-48/bs ).
Malah menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC Nor Afizah Hanum Mokhtar, pegawai penyiasat EAIC telah diwarisi daripada SPRM.
Pada masa yang sama, pencarian dalam direktori SPRM menunjukkan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim sudah tidak lagi tersenarai, kata kenyataan mereka berdua.
Maka, kemungkinan besar pegawai penyiasat tunggal EAIC Mohd Nadzri Ibrahim merupakan pegawai SPRM sama yang telah menyoal siasat Teoh Beng Hock sebelum kematiannya.
"Jika ini adalah benar, ini bermaksud bahawa seorang pegawai yang pernah terlibat dalam kes kematian dalam tahanan kini ditugaskan untuk menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan yang lain. Oleh itu, integriti EAIC sekali lagi menjadi persoalan besar.
"Memandangkan EAIC berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri, kami menggesa Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak segera mengesahkan dan menjelaskan sama ada Mohd Nadzri Ibrahim daripada EAIC ini merupakan pegawai sama yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan Teoh Beng Hock dahulu.
"Dan jika ya, Mohd Nadzri Ibrahim harus dilucutkan serta merta daripada pasukan petugas EAIC serta daripada semua siasatan kes-kes kematian dalam tahanan," kata mereka.
harakahdaily/- | Taklimat: DAP beri amaran keras kepada Teck Hwa Posted: 12 Jun 2013 12:20 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa(gambar) tidak mematuhi arahan parti dengan menghadirkan diri di taklimat Parlimen semalam adalah satu tindakan yang telah melanggar disiplin parti.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihak kepimpinan parti memandang serius terhadap perkara tersebut dan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Teck Hwa semalam untuk memberikan penjelasan kepada parti.
Bagaimanapun, jelasnya Teck Hwa telah memberikan penjelasan secara bertulis dan memohon maaf di atas tindakannya itu.
"Setelah berbincang dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, saya selaku Whip DAP akan memberikan satu surat amaran keras kepada Er Teck Hwa supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Namun, memandangkan beliau telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka, saya mengambil keputusan untuk tidak merujuk beliau ke Jawatankuasa Disiplin DAP," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seremban dalam satu kenyataan.
Tegasnya, perkara itu perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada Teck Hwa dan semua Ahli Parlimen DAP supaya sentiasa bertindak secara kolektif dan mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Parlimen DAP.
harakahdaily/- | Maut kena bom ikan Posted: 12 Jun 2013 12:18 AM PDT 3 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Semporna: "Pada mulanya saya sangka berlaku gempa bumi kerana gegaran sangat kuat sehingga saya berlari keluar dari rumah bersama ahli keluarga kerana khuatir rumah runtuh. "Namun, saya terkejut apabila saya lihat rumah jiran sebelah berasap dan empat penghuni rumah berkenaan cuba keluar melalui tingkap rumah. "Selepas berjaya keluar, mereka cuba mencari salah seorang rakan mereka dan akhirnya menemui lelaki itu terapung di bawah rumah," kata Harlinah Abdul Hakim, 40, jiran kepada mangsa letupan bom ikan dalam kejadian di Kampung Air, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Attaulah Hukmat Khan, 35, yang tinggal bersama empat lagi rakannya di rumah berkenaan.
Empat lagi rakan mangsa berusia lingkungan 22 sehingga 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu. metro/-
| Kezaliman Sendiri Posted: 11 Jun 2013 03:39 AM PDT 2 Syaaban 1434 H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman
"Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman" (QS. Yunus: 13).
Ketika disebut zalim, seringkali kita menunjuk orang lain. Termasuk juga menunjuk penguasa yang berbuat sewenang-wenang atau tidak adil terhadap rakyat. Padahal diri kita sendiri juga tidak tertutup kemungkinan melakukan kezaliman yang bahkan paling parah. Seperti berbuat syirik atau menyekutukan Allah, sebagaimana dalam Alquran: "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat besar" (QS. Luqman: 13). Dahsyatnya kezaliman akibat menyekutukan Allah, dosanya diancam tidak akan diampuniNya. Disebutkan dalam Alquran: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan akan mengampuni dosa selain itu bagi siapa saja yang Dia kehendaki (QS. an-Nisaa': 48).
Bukan hanya itu, kezaliman diri sendiri dalam bentuk syirik juga menghapus segala amalan yang pernah dilakukan. Diperingatkan dalam Alquran: "Jika mereka menyekutukan Allah, lenyaplah segala amal yang pernah mereka kerjakan" (QS. al-An'am: 88).
Karena itu, mengenal kezaliman diri sendiri kepada Allah, di samping kezaliman terhadap sesama manusia, sangat penting dilakukan. Jangan sampai merasa sudah beramal banyak dan yakin masuk surga, tetapi perbuatan syirik kadangkala dilakukan juga.
| Bekas ejen CIA dedah rahsia AS intip e-mel Posted: 11 Jun 2013 03:22 AM PDT 2 Syaaban 1434 H. [MOD] -
GAMBAR fail 29 Januari 2010 menunjukkan ibu pejabat Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat di Fort Meade, Maryland.- AFP
|
WASHINGTON - Seorang bekas petugas Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja sebagai kontraktor di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mendedahkan dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin bahawa dia yang membocorkan rahsia satu program pemantauan sulit AS ekoran timbul kesedaran untuk melindungi kebebasan asas penduduk di seluruh dunia. Berlindung di sebuah bilik hotel di Hong Kong, kontraktor tersebut, Edward Snowden memberitahu, dia berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendedahkan program sulit NSA tersebut yang diberi nama PRISM. Namun, lelaki berusia 29 tahun itu berkata, dia terpaksa belot terhadap majikannya kerana berasa Amerika Syarikat (AS) telah membina program mesin pengintip yang boleh mengintip maklumat setiap warga AS. "Saya tidak mahu tinggal dalam masyarakat yang melakukan perkara keji ini, saya tidak mahu tinggal dalam dunia yang mana perbuatan dan percakapan saya dirakamkan. Saya tidak boleh menyokong program seperti ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar Guardian. Temu bual itu diisiarkan di laman web akhbar berkenaan. "NSA membina infrastruktur yang membolehkannya memintas hampir apa sahaja," jelas Snowden. "Keupayaan itu membolehkan NSA mengintip apa sahaja komunikasi manusia. Jika saya mahu melihat kandungan e-mel anda atau mendengar panggilan telefon isteri anda, saya hanya perlu memintasnya dengan PRISM. Saya boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit anda," tambahnya. Dalam temu bual tersebut, Snowden memberitahu, dia berpindah ke Hong Kong tiga minggu lalu sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya. "Saya rela berkorban semuanya kerana saya tidak boleh hidup tanpa rasa bersalah apabila mengetahui saya membenarkan kerajaan AS memusnahkan privasi, kebebasan internet dan kebebasan asas penduduk di seluruh dunia," kata Snowden. Lelaki tersebut terlibat dalam kes pelanggaran keselamatan negara yang antara terbesar dalam sejarah AS. Dia setara dengan pembocor maklumat Pentagon, Daniel Ellsberg dan Bradley Manning yang mendedahkan kabel diplomatik AS kepada laman web WikiLeaks. "Saya tidak berniat untuk bersembunyi kerana saya tahu saya tidak membuat salah," katanya. "Saya juga tidak takut kerana ini merupakan pilihan saya sendiri," tambah Snowden. Setakat ini, pihak berkuasa AS mengklasifikasikan pembocoran maklumat itu sebagai kes jenayah. "Saya kini berada di jalan buntu," jelas bekas ejen CIA itu. Menurutnya, dia mungkin akan diekstradisi ke AS atau disoal siasat pihak berkuasa China ataupun berdepan tindakan balas CIA. "Ya, CIA mungkin menghantar ejen-ejennya untuk memburu saya. Mereka juga boleh menghantar anggota perisikan pihak ketiga. CIA bekerjasama rapat dengan sejumlah negara. Agensi itu juga boleh mengupah kongsi gelap bagi tujuan tersebut," ujarnya. Hong Kong yang mempunyai kuasa pentadbiran sendiri menandatangani perjanjian ekstradisi dengan AS. Snowden membesar di Bandar Elizabeth, Carolina Utara sebelum berpindah ke Maryland dekat ibu pejabat NSA di Fort Meade. Dia belajar komputer di kolej komuniti Maryland tetapi gagal menamatkan pengajian untuk mendapatkan diploma. Snowden mula menyertai NSA sebagai pengawal keselamatan di sebuah fasiliti rahsia di Universiti Maryland. - Reuters
| Kenapa perintah keluar zakat diremehkan? Posted: 11 Jun 2013 03:11 AM PDT 2 Syaaban 1434 H. [MOD] - Ust. Ahmad Baei Jaafar
Zakat kalau dilihat pada susunan rukun Islam berada di tempat ketiga selepas solat. Namun amalan mengeluarkan zakat ini jarang diperkatakan seperti yang selalu diulang-ulang pada ibadah solat. Apakah zakat tidak penting dalam Islam sepertimana pentingnya solat dan puasa? Padahal perintah zakat ini datang sekali dengan perintah solat. Semua kita sedia maklum bahawa zakat wajib dikeluarkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah juga Ijmak. Firman Allah:
"Mereka tidaklah disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan penuh ikhlas demi agama yang lurus dan juga supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan yang demikian itu adalah agama yang teguh." (Surah al-Bayyinah :5)
Sehubungan dengan itu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Islam dibangun di atas lima rukun; bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, menegakkan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan dalil di atas, perintah mengeluarkan zakat ini bukan perkara kecil malah dikategorikan sebagai rukun Islam. Sebenarnya rukun adalah perkara asas yang menentukan kukuh atau tidaknya sesuatu binaan. Jadi, sudah tentu zakat merupakan rukun yang kuat setaraf dengan rukun-rukun yang lain. Merujuk kepada kepentingan, zakat diwajibkan adalah kerana dua sebab:
1. Taabbud; tunduk dan patuh kepada perintah Allah 2. Taawun; membantu golongan yang layak dibantu.
Sikap umat Islam terhadap zakat
Perintah mengeluarkan zakat ini semestinya ada kaitan dengan harta yang dimiliki oleh umat Islam. Sebenarnya harta yang saban hari dicari oleh umat Islam terdedah kepada halal dan haram, mungkin dalam kesebukan mencari harta itu, mereka terlepas pandang lalu termasuk juga harta yang haram. Namun dalam Islam sesuatu yang tidak dijangka boleh dimaafkan Allah. Ketika itu harta tersebut sudah menjadi milik mereka yang sah. Sungguhpun begitu, dalam harta tersebut terdapat hak orang lain juga. Maka hak orang lain itulah yang perlu dikeluarkan sebagai zakat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka yang dengan zakat itu kamu dapat membersihkan dan mensucikan mereka." (Surah al-Taubah : 103)
Dalam ayat di atas Allah dengan tegas memerintahkan Rasulullah atau pemerintah sesuatu negeri agar mengambil sebahagian harta umat Islam sebagai zakat atas dua tujuan iaitu membersihkan harta dan membersihkan pemilik harta itu. Maknanya setiap umat Islam yang memiliki harta akan terjamin bersih hartanya sekali gus bersih diri mereka sendiri.
Cuma persoalan di sini, apakah sikap umat Islam terhadap perintah berzakat ini? Menurut laporan pihak yang mengurus zakat di negeri-negeri, jumlah pengeluar zakat amat rendah. Kalau dinisbahkan orang yang menunaikan solat 100 % maka pengeluar zakat tidak sampai 10%. Ini seolah-olah 90% lagi itu adalah golongan yang layak menerima zakat.
Jelas di sini ramai umat Islam yang belum layak untuk mengeluarkan zakat. Sungguhpun begitu mereka juga tidaklah semuanya layak untuk menerima zakat. Mengapa keadaan ini boleh terjadi? Apakah mereka tidak faham perintah Allah ini?
Sebenarnya umat Islam selama ini telah diberikan ilmu pengetahuan yang salah tentang ibadah zakat. Mereka telah diberitahu bahawa mereka yang tidak ada harta tidak perlu keluar zakat. Maka dengan fahaman itu, mereka tidak perlu membanyakkan harta. Apatah lagi apabila umat Islam selalunya diberi kefahaman bahawa pemburu harta dunia adalah anjing.
Selain itu umat Islam juga sering diingatkan bahawa zakat adalah ibadah orang-orang kaya. Atas fahaman itu, maka supaya harta kita tidak berkurangan jangan jadi kaya. Jadi, tidak perlulah keluar zakat. Biar hidup sederhana, bukankah Islam mengajar kita hidup secara sederhana. Jelas, mereka seolah-olah diajar supaya mengelak daripada aktiviti zakat.
Di samping itu umat Islam juga diajar bahawa harta zakat adalah hak orang fakir dan miskin. Oleh sebab itu sebahagian umat Islam berasa bangga kalau menjadi fakir dan miskin. Malah kalau mereka tidak terpilih sebagai asnaf, mereka akan marah dan terus merayu kepada pihak berkuasa. Sepatutnya umat Islam berasa malu kalau diisytiharkan miskin.
Memang pelik, umat Islam kini boleh berasa bangga dengan kemiskinan itu. Adakah ini kerana mereka ada terbaca sebuah hadis yang antara lain menyebut Rasulullah berdoa agar dia hidup miskin dan dibangunkan semula bersama golongan orang miskin.
Atas dasar itu barangkali mereka lebih rela jadi miskin dan dengan itu tidak perlu fikirkan soal zakat. Padahal dengan sikap itu mereka telah terlepas daripada satu rukun Islam yang asas iaitu zakat. Kalau begitu keadaannya kukuhkah Islam mereka tanpa zakat?
Ubah sikap sebagai pengeluar zakat
Umat Islam sepatutnya mengubah sikap ke arah menjadi pembayar zakat. Bukankah tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka wajib kita berada di atas sebagai pembayar. Untuk merealisasikan perintah mengeluarkan zakat ini, umat Islam seharusnya berusaha agar mereka menjadi kaya raya, malah jutawan. Firman Allah yang bermaksud:
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan kepada mereka kekuatan (kekayaan) di atas muka bumi nescaya mereka akan mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka juga akan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj: 41)
Berdasarkan ayat itu Allah bersedia memberikan kekayaan kepada umat jika mereka mahu. Oleh sebab itu mereka perlu rebut peluang ini dengan bersungguh-sungguh. Jadi, umat Islam harus menjadi usahawan dan jutawaan supaya dengan itu mereka boleh melakukan ibadah dengan lebih baik lagi sempurna. Bukan sahaja mereka boleh melakukan solat dan zakat malah mereka juga akan aktif berdakwah.
Sebenarnya melalui konsep zakat ini, umat Islam tidak boleh duduk diam, sebaliknya merasa malu kepada Allah kalau tidak mampu mengeluarkan zakat. Oleh sebab itu kita perlu berazam untuk menjadi kaya malah jutawan. Namun pada masa yang sama mereka perlu hindari daripada sifat tamak dan bakhil kerana harta zakat yang dikeluarkan itu tidak akan menjadikan mereka miskin sebalik bertambah subur dan kaya.
Daripada Abdul-Rahman bin Auf daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara yang aku bersumpah kerananya: Tidak akan berkurang harta kerana sedekah maka sedekahkanlah dan tidaklah kemaafan seseorang lelaki kerana kezaliman yang dizalimi melainkan Allah tambahkan kepadanya kemuliaan, maka maaflah nanti Allah akan muliakan kamu. Dan tidaklah seorang lelaki yang membuka ruang masalah melainkan Allah akan membuka baginya pintu kefakiran." (Nuruddin al-Haitami Kitab al-Astar)
Jadi sebagai umat Islam kita perlu terus berusaha untuk menjadi kaya supaya dengan itu kita menjadi orang yang selalu memberi daripada menerima. Kalaupun kita belum cukup nisabnya kita boleh memberi sedekah sunat. Untuk mencapai ke tahap itu, kita tidak boleh menampakkan masalah atau membuka peluang kepada masalah kerana menurut hadis di atas Allah akan bukan pintu kekafiran kepada kita pula.
Percayalah kalau umat Islam boleh berazam untuk mengeluarkan zakat dalam jumlah yang banyak. Kita akan lihat hasil pencapaiannya. Ketika itu zakat akan dapat dikeluarkan mengikut kaedah dan sistem yang ditetapkan. Dan kesannya, zakat itu boleh diagihkan dengan sempurna kepada sasarannya. Namun sebaliknya jika orang kaya enggan mengeluarkan zakat mereka akan menerima akibat di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang Allah telah berikan harta kepadanya kemudian dia tidak menunaikan zakatnya maka pada hari kiamat nanti hartanya akan menjadi ular botak yang mempunyai dua titik hitam di atas kepalanya lalu mengalungkannya sambil berkata: "Aku adalah simpananmu, aku adalah hartamu". Kemudian ular itu membaca ayat: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang telah Allah berikan kepada mereka dari karnia-Nya, menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka, sebenarnya bahawa kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta-harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya kelak di hari kiamat." (Riwayat Bukhari Kitab Zakat 3:268 no.1403)
Inilah cara basmi kemiskinan
Bayangkan suatu hari nanti, negara kita dihuni oleh ramai ushawan, ahli korperat dan jutawan dari perbagai bidang, dan mereka pula setiap tahun mengeluarkan zakat, tentu ketika itu asnaf zakat akan memperoleh agihan zakat dalam jumlah yang besar. Bayangkan juga kalau semua asnaf boleh memperoleh setiap bulan sudah tentu mereka tidak akan meminta-minta lagi selepas itu.
Tetapi bagaimana kalau zakat yang dikeluarkan setiap tahun itu diagihkan kepada asnaf secara berpilih dengan harapan zakat itu boleh dijadikan modal perniagaan, sudah tentu dalam tempoh beberapa tahun lagi mereka sudah tidak perlu zakat lagi sebaliknya mereka pula yang akan mengeluarkan zakat. Saya difahamkan kerajaan Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor telah mempelopori agenda ini, tetapi belum menyeluruh kerana pembayar zakat masih rendah.
Saya percaya, kalau jumlah pembayar zakat semakin bertambah, dan sistem pengagihan dapat disampaikan kepada sasaran dengan tepat pasti kita akan menikmati satu zaman seperti zaman Khalifah Umar al-Khattab yang susah untuk mencari orang yang miskin. Kalau ini yang terjadi pasti wang zakat boleh disalurkan ke baitulmal yang kemudiannya boleh digunakan untuk pembangunan negara.
Dengan cara ini, golongan fakir miskin boleh dibasmi secara beransur-ansur. Nanti zakat yang dikeluarkan itu boleh diagihkan kepada asnaf yang lain dalam jumlah yang besar juga. | Negeri kecil tetapi 7,000 hadiri Black 505 Perlis Posted: 11 Jun 2013 01:59 AM PDT 2 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KANGAR: Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis.
Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan. Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.
(Berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat)
Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.
Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas.
Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar.
Majlis diakhiri dengan semua pimpinan dan hadirin menyanyikan lagu Negaraku. Harakahdaily/-
| Najib, cakap biar serupa bikin Posted: 11 Jun 2013 01:31 AM PDT 2 Syaaban 1434 H. [MOD] -Menatap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan memang lunak. Seruan beliau supaya mencari titik persamaan walaupun berlainan ideologi politik hendaklah dilaksanakan dengan tindakan. Semuanya terletak kepada beliau selaku pemimpin kerajaan Pusat.
Rakyat tidak mahu ia hanya manis kata tetapi di hati lain bicara. Politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat Kelantan sejak 1990 masih berterusan. Bermula dengan perlantikan Pegawai Persekutuan yang membazir wang berpuluh juta setahun untuk pembayaran gaji dan perbelanjaan pengurusan, seolah-olah tidak iktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Hampir RM12 bilion wang royalti minyak masih disekat.
Apa dosa Kelantan sehingga sanggup berbuat demikian? Bukankah banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang melarang hambanya melakukan kezaliman, walaupun kepada musuh. Mungkin Datuk Najib terlepas pandang ayat-ayat tersebut, atau pun ulama pengampu tidak memberi tahu kepada beliau.
Setiap kali musim pilihan raya, maka datang janji manis daripada pemimpin Umno untuk rakyat Kelantan. Seolah-olah jika Kelantan diperintah oleh Umno, maka semua perkara akan selesai seperti isu air. Pada hal kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri pun menghadapi masalah air. Pemimpin BN sengaja mendera rakyat Kelantan dengan harapan rakyat akan tolak PAS dalam pilihanraya, sebaliknya tidak.
Rakyat Kelantan yang sudah terdidik dengan ilmu agama amat memahami isi kandungan al-Quran, dan kenal pula peribadi Datuk Najib yang bercakap di majlis perasmian Tilawah al-Quran. HARAKAH/- | Bukan masa bincang persempadanan baru Posted: 11 Jun 2013 01:25 AM PDT 2 Syaaban 1434 H. [MOD] -
MESKIPUN perlembagaan membenarkan persempadanan baru kawasan pilihan raya dibuat sekali selepas sepuluh tahun, tidak bererti ia mesti dilakukan setiap sepuluh tahun.
Lazimnya persempadan baru dibuat tidak disebabkan faktor persempadanan itu perlu dirombak tetapi ia dibuat bagi memastikan UMNO dan sekutunya memenangi pilihan raya.
Memandangkan persempadan baru yang terakhir sepuluh tahun tidak adil khususnya buat Kelantan, Terengganu dan Johor, mungkin tiba waktunya ia dibetulkan. Kelantan dan Terengganu dalam penyusun itu tidak diberi tambahan kerusi bagi menyekat PAS mendapat manfaat dalam pilihan raya, sedang Johor mendapat tambahan kerusi bagi meramaikan YB BN baik di Parlimen mahupun DUN.
Tetapi buat masa ini perbincangan utama bukan untuk merombak kawasan pilihan raya tetapi bagi membetulkan pengendalian pentadbiran SPR yang tidak lagi mendapat keyakinan umum.
Sekalipun institusi polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan SPRM tidak mendapat keyakinan umum, SPR lagi tidak diyakini dan perlu direformasi atau ditransformasi segera. Pembetulannya perlu diutamakan dari yang lain-lain.
Apabila SPR dapat disempurnakan, maka jadi kunci kepada pembetulan yang lain. SPR yang telus, bebas dan adil boleh membuka kepada perubahan pemerintahan. Jika pertukaran kuasa tidak dapat dilakukan, maka tidak ada ruang bagi melakukan di semua institusi yang lain. Jika dengan SPR yang telus dan adil itu membuka peluang perubahan, maka pertukaran kerajaan itu akan meletakkan polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan SPRM pada kedudukan yang betul.
Pada masa ini kita tidak mahu persempadanan baru, kita tidak sedia membincangkan pemindahan SPR dari Jabatan Perdana Menteri kepada jawatankuasa khas di Parlimen. Bukan ia tidak penting, tetapi yang aula ialah merombak bagi memulihkan SPR.
Yang pertama kita mahu pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan secara sukarela atau dipaksa. Jika mereka ada maruah jalan terbaik ialah meletak jawatan. Jika tidak bermaruah, mereka terpaksa dipecat.
Pembentukan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan tentang kecurangan SPR adalah langkah terbaik dan perlu didahulukan dari yang lain-lain. Kecurangan itu bukan baru. Ia sudah berlaku dalam setiap kali pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.
Justeru rakyat sebelum ini tidak berdaulat, tidak apa yang dapat dibuat. Kita tidak berminat kepada Arab Spring. Jika tidak mahu penyakit Arab itu tiba ke sini, buang segera pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, adakan pemulihan segera.
Majoriti rakyat khusus pengundi mengutuk SPR dan pengendalinya. Semua meludah mereka dari belakang. Cari makanlah di tempat lain untuk menanggung anak bini. Dunia ini luas untuk mencari rezeki. Atau bersara saja. Duit pencen pun cukup makan hingga akhir hayat. Jangan khianati harapan rakyat dan demokrasi.
Sebarang cadangan untuk mengadakan persempadanan baru biar datang dari rakyat, bukan dari SPR yang pincang itu. Apa saja yang datang dari SPR yang pincang tidak akan diterima oleh suara perubahan.
Dan apakah persempadanan baru itu yang memerlukan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh kerajaan yang tidak ada majoriti dua pertiga? Adakah boleh persempadanan dibuat dengan majoriti mudah kerajaan. Jika ia memerlukan sokongan MP Pakatan Rakyat, tidak nampak persempadanan baru itu boleh dibuat.
Buatlah apa yang boleh dan apa yang senang dulu. Dan keutamaam ialah kita memerlukan SPR yang telus, bersih dan adil. Lepas itu baru kita fikirkan membawanya di bawah seliaan Parlimen dan membentulkan persempadanan yang tidak dilakukan secara jujur sepuluh tahun lalu.
HARAKAHDAILY/- | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan