Sabtu, 11 Mei 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 11 May 2013 01:29 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE 67

Posted: 10 May 2013 07:36 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Mei – Sambutan ulang tahun UMNO ke-67 akan diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman diikuti oleh bacaan surah Yassin, tahlil dan doa kesyukuran serta solat Isyak pada esok (11 Mei).

Majlis yang bertemakan '67 Tahun Menepati Janji' tersebut akan dihadiri oleh para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan ahli-ahli UMNO. Berlangsung seterusnya ialah upacara menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' yang akan diiringi oleh lagu 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' di Dewan Merdeka sebelum amanat daripada Presiden parti. 

Dalam masa yang sama, setiap UMNO Bahagian juga diminta untuk mengadakan Majlis Doa Selamat dan Tahlil sempenan Hari UMNO ke 67 selain mengibarkan bendera parti. Berikut adalah atur cara Hari UMNO yang akan diadakan di PWTC: 

6.45 ptg: Ketibaan jemputan 
6.50 ptg: Ketibaan Ahli Majlis Tertinggi 
7.10 ptg: Ketibaan Timbalan Presiden Parti 
7.15 ptg: Ketibaan Presiden Parti SOLAT DI SURAU AR-RAHMAN, ARAS 3 
7.20 mlm: Solat Maghrib, bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran 
8.32 mlm: Solat Isyak DEWAN MERDEKA, ARAS 4 
8.40 mlm: Ketibaan Jemputan dari Parti-parti Kompenan BN 
8.50 mlm: Upacara menaikkan bendera UMNO diiringi Nyanyian Lagu UMNO 
9.00 mlm: Ucapan Presiden UMNO Jamuan Bersurai

source : www.umno-online.com

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 10 May 2013 11:02 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Presiden @BarrackObama Ucap Tahniah Pada PM @NajibRazak

Posted: 10 May 2013 01:02 AM PDT



                                            


Dalam sibuk Anwar Ibrahim membantah keputusan pilihan raya, PM Datuk Seri Najib Razak mendapat restu dari pelbagai penjuru dunia. Terbaru, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyatakan tahniah dan sokongan kepada Najib kerana berjaya meneruskan tahun pentadbirannya di Malaysia.

Obama mengeluarkan  satu kenyataan dari White House, mengucapkan tahniah kepada PM Najib kerana berjaya mengekalkan tampuk kepimpinan selepas PRU13. Ucapan tersebut disampaikan menerusi Setiausaha Media White House, Washington DC.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana hampir 80% jumlah pengundi telah membuang undi. Apa yang jelas di sini, Amerika Syarikat terus memberikan sokongan dan akan mengekalkan kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia.

Najib nampaknya berjaya menempa nama Malaysia untuk terus kekal dikenali ramai dengan hubungan yang dijalankan dengan negara luar. Ini merupakan perkembangan yang positif untuk negara. Sokongan dari negara luar merupakan salah satu cara untuk menjadikan negara terus berkembang maju.

Dengan terus mempertahankan legasi pemerintahan Najib, Malaysia berpeluang cerah untuk mencapai wawasan yang telah dilakarkan oleh Tun Mahathir sebelum ini. Bukan setakat Amerika Syarikat, negara lain yang turut menjalinkan hubungan diplomatik yang melibatkan semua negara kecuali Israel membuktikan Malaysia mendapat tempat di mata dunia.

Nampaknya Anwar sajalah yang syok sendiri nak menjatuhkan negara. Itu semua sebab dia sendiri tidak dapat menjadikan PM sebagai takhta pencapaian dalam hidup. Malaysia sudah sedia ada aman dan maju di bawah pemerintahan BN, tidak ada perlunya untuk mengubah segala sistem dan perlembagaan yang selama ini memayungi negara.

Rakyat harus sedar dan fahami setiap pengorbanan dan perubahan yang telah BN bawakan bagi memastikan setiap rakyat dapat mengecap nikmat kesenangan di negara sendiri. Seharusnya juga kita perlu sentiasa bersyukur dan berterima kasih kerana dapat hidup dengan aman sejahtera tanpa perlu memikirkan apa yang bakal kita hadapi keesokan harinya.

Janganlah digadaikan keamanan negara dengan perkara yang masih belum pasti, sejauh mana pakatan pembangkang dapat memimpin negara dengan baik?

Apakah track record mereka untuk kita memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negara? Jangan jadi kacang yang lupakan kulit. Jangan sampai menyesal. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong jatuh berciciran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan