Rabu, 3 April 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 03 Apr 2013 03:43 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Siape yang bertanggungjawab bila Melayu miskin selama ini????

Posted: 02 Apr 2013 11:40 AM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 02 Apr 2013 11:29 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 02 Apr 2013 09:36 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


4,000 Pengundi DUN Taman Medan Dipindah Tanpa Pengetahuan

Posted: 02 Apr 2013 08:35 PM PDT

PETALING JAYA 2 APRIL: Seramai 4,000 pengundi berdaftar Taman Medan dipindahkan tanpa pengetahuan, dedah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Haniza Talha.

Jumlah itu meliputi senarai 40,000 pengundi berdaftar di DUN berkenaan sejak 2008.

Menurutnya, pengundi terlibat dikesan dipindah keluar ke kawasan lain dan digantikan dengan jumlah yang sama.

haniza 01"Pengundi tersebut jumpa saya maklumkan perkara itu dan mereka terkejut dengan penukaran tersebut," katanya pada sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, hari ini.

Haniza berkata, penambahan sebanyak 5,000 menjadikan pengundi mengikut Rang Daftar Pemilih 2012 berjumlah 45,000.

Katanya, 4,000 dari 40,000 pengundi asal itu dipindahkan dan diganti pengundi baru menjadikan penambahan sebanyak 9,000.

"Nampak seolah-olah penambahan cuma 5,000 tapi sebenarnya lebih," jelas Haniza.

Beliau merujuk salah satu kes berkenaan apabila semakan pada daftar pemilih pada 2013 mendapati nama pengundi yang berdaftar di Taman Medan pada 2008, ditukar ke Seri Setia.

"Pengundi tersebut terkejut kerana tak pernah buat permohonan penukaran malah alamatnya masih sama," jelas Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu.

Ekoran itu, kata Haniza, KEADILAN Taman Medan akan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pemindahan tersebut.
"Kita akan buat laporan polis dan minta mereka siasat. Perkara ini sudah dijangka berlaku seperti di Lembah Pantai. Kita juga tak terkejut jika lebih banyak lagi kes seperti itu," katanya bimbang akan ada 'orang lain' yang mengundi untuk mangsa terlibat.

Daripada: Keadilan Daily

http://www.keadilandaily.com/?p=48984


MENTERI KEWANGAN DIDESAK MENGHENTIKAN PENJUALAN CTRM KEPADA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

Posted: 01 Apr 2013 10:40 PM PDT

HENTIKAN PENSWASTAAN PINTU BELAKANG GLC KEPADA TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Berikut disertakan surat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Incorporated atau MKD) bertarikh 30 Ogos 2012 kepada YBhg Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee, Pengerusi Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM).

Surat itu menyampaikan keputusan MKD bertarikh 24 Ogos 2012 untuk melupuskan pegangan ekuiti sebanyak 96.8% di dalam CTRM kepada DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd, salah satu syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

CTRM adalah syarikat Malaysia yang paling terkedepan dalam bidang pembuatan dan teknologi penerbangan (aerospace). Jumlah kontraknya dengan syarikat-syarikat penerbangan dan aerospace terkemuka dunia adalah berjumlah RM8.26 bilion di antara tempoh 2012 hingga 2017. Portfolio pelanggannya termasuklah syarikat-syarikat terbesar di dunia seperti Airbus, Eurocopter, Spirit UK dan Goodrich.

CTRM juga adalah salah sebuah syarikat milik kerajaan yang mempamerkan prestasi kewangan yang membanggakan, dengan keuntungan di peringkat kumpulan berjumlah RM13 juta (2010) dan RM11 juta (2011). Perolehan kumpulan CTRM juga meningkat dari RM256 juta (2010) kepada RM293 juta (2011).

Prestasi yang baik ini telah dipamerkan secara konsisten sejak lima tahun yang lalu.

Setelah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan oleh whistleblowers pihak kami berpuas hati bahawa cubaan untuk menswastakan CTRM kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary ini dibuat dengan melanggar prosedur dan mengenepikan kebajikan kakitangan CTRM.

Dikhuatiri ini juga sebahagian daripada proses pelupusan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berprestasi baik (dengan kontrak yang dijamin dalam tempoh yang panjang di masa hadapan) kepada kroni sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak. Jika ini berterusan, banyak syarikat-syarikat yang berprestasi dan mempunyai aset besar dipindahmilik tanpa pengetahuan awam.

Sewajarnya sebarang proses penswastaan syarikat milik kerajaan perlu melalui proses tender terbuka dan mengambil kira pandangan pengurusan dan pekerja, lebih-lebih lagi yang melibatkan CTRM kerana ia dibina di atas keringat tenaga kerja professional tempatan yang bertungkus lumus menaikkan imejnya selama ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan didesak menghentikan penjualan ini serta-merta. Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaluddin juga dicabar untuk berani bersuara membela nasib kakitangan professional CTRM yang rata-ratanya professional Bumiputra dengan turut sama mendesak supaya urusniaga ini dihentikan.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
8 MAC 2013

 

Surat MOF kepada CTRM bertarikh 30 Ogos 2012

Surat MOF kepada CTRM bertarikh 30 Ogos 2012


Anwar Ibrahim

Posted: 02 Apr 2013 07:26 PM PDT

Anwar Ibrahim


Anwar Umum 4 calon Parlimen Johor, Jen (B) Hashim Tanding JB

Posted: 02 Apr 2013 10:37 AM PDT

KeadilanDaily

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee di sini, malam tadi.

"Kita ada seorang tokoh Melayu yang cukup wibawa, seorang jeneral empat bintang yang kita akan tawarkan sebagai calon Parlimen Johor Bahru," katanya disambut sorakan.

jen

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Hashim yang juga anak kelahiran Johor adalah seorang panglima yang besar jasanya kepada negara.

"Beliau Panglima Tentera Darat, jaga tentera darat dari Perlis hingga Sabah. Lahir di Johor dan pernah jadi Commander in Charge di Kem (tentera) Majidee.

"Beliau pernah bawa tentera kita untuk jaga nama baik Malaysia di Bosnia. Ini pahlawan sebenar anak Melayu Johor," katanya.

Selepas menamatkan perkhidmatan dalam tentera, Anwar berkata, Md Hashim dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan sebelum menyertai KEADILAN 6 Mac lalu.

BG3BeQfCQAEBZwc

Selain itu, tiga lagi calon KEADILAN kerusi Parlimen di Johor turut diumum Anwar.

Mereka ialah Steven Chong Siaw, seorang akauntan bertauliah dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertanding di Parlimen Tebrau.

Selain itu, Parlimen Muar diwakili lulusan London Institute of Public Relations, Mohd Hizwan Ahmad yang juga seorang reformasi yang komited dalam perjuangan sejak dulu.

Parlimen Batu Pahat pula diwakili  Datuk Idris Jauzi, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, selain aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

Posted: 02 Apr 2013 02:57 AM PDT

4 April 2013 (Khamis)

1) 8.30-12.00 mlm–Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan,
Dataran 88, Jalan Baru Lenggong

2) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor,
Taman Semarak, Batu 2, Gerik

3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. Dr Mohumad Nur Manuty
iii. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin
iv. YB Sivakumar
v. Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid
vi. Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab
vii. Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
viii. Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid
ix. YB Dr Lee Boon Chye
x. Ustaz Termizi Abd Hamid
xi. Haji Sufian Mohd Nordin

Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’

Posted: 01 Apr 2013 09:34 PM PDT

KeadilanDaily | 2 April 2013

KUALA LUMPUR 2 APRIL: Lagu 'Pasti Kau Ingin" dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.

3
Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.
Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.
4
Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook 'Malaysian Gags' dan diterbitkan Eddie Putra, penyelaras informasi pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah 'stensil' dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan 'We Want, We Need' (Kami Mahu, Kami Perlu).
5
Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik.

Video klip 'Pasti Kau Ingin" boleh dilayari DI SINI.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 02 Apr 2013 11:35 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Parlimen Bubar esok (Rabu: 3 April) ?

Posted: 02 Apr 2013 12:36 AM PDT


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 02 Apr 2013 11:26 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


MAJLIS SOLAT HAJAT DAN TAHLIL

Posted: 02 Apr 2013 02:38 AM PDT


Cubaan MPS turunkan bendera PAS di DUN Paroi gagal?

Posted: 01 Apr 2013 05:54 PM PDT




Sumber dari facebook PASN9 yang menyebut ; "Baru pulang dari Dataran Tok Dagang, cubaan Majlis Perbandaran Seremban menurunkan bendera gergasi PAS gagal dengan campur tangan penyokong PAS. Adakah tindakan tidak bertamadun ini arahan kerajaan sementara? Kenapa dibiarkan bendera gergasi umno di atas traffic light Stadium Paroi dan banyak lagi bersepah di bandar Seremban ?"

Komen : Diharapkan semua petugas dan ahli PAS dapat meningkatkan tahap keselamatan terutama di Bilik Gerakan, Markas dan UPU kita seluruh Negeri Sembilan. Banyakkan melakukan solat hajat serta berzikir dan mohon perlindungan dari Allah serta berdoa agar diberi kekuatan untuk terus berjuang. Elakkan terjebak dengan provokasi pihak tertentu yang sentiasa menunggu kita membuat silap.

Ya ALLAH , berilah kekuatan kepada kami dan berilah kemenangan kepada kami.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan