PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA Posted: 11 Mar 2013 01:27 AM PDT Majlis Sempena Tahun Baru Cina 2012 Posted: 10 Mar 2013 07:04 PM PDT Majlis ini di adakan bersempena Tahun Baru Cina 2012 untuk penduduk di kawasan Parlimen Setiawangsa pada 8 January 2012. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Dato' Sri Zulhasnan Rafique.
Syukur majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Terima kasih di ucapkan dengan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan majlis ini. | |
Puteri Bahagian Segambut Posted: 11 Mar 2013 12:38 AM PDT PR1MA Satu Lagi Janji Ditepati #tolakPR #tolakfitnah Posted: 10 Mar 2013 10:39 PM PDT 80,000 rumah mampu milik untuk rakyat yang berpendapatan sederhana akan dibina di Lembah Klang & Wilayah Persekutuan. 50,000 unit rumah akan dibina melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Manakala baki 30,000 unit rumah baki daripada itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.
Jaminan daripada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak harga seunit rumah lebih rendah sebanyak 20% - 30% daripada harga semasa pasaran. Beliau memberi jaminan semasa melancarkan PR1MA Alam Damai, di Bandar Tun Razak semalam.
Sebanyak 2,070 unit rumah daripada 80,000 akan dibina di sini.
"Projek ini jangan dilihat sebagai projek memiliki rumah sahaja tetapi boleh juga disifatkan sebagai sesuatu projek ataupun program di mana nilai kekayaan kita bertambah. Boleh dilihat sebagai wealth creation programe. Kerana bukan mudah bagi kita bila dapat sesuatu kita beli, kita dapat keuntungan. Jarang ada projek seperti ini."
Perumahan PR1MA dibina dengan 3 kategori :
i. PR1MA (Kerajaan) ii. Swasta & Kerajaan iii. Swasta
Syarat kelayakan untuk memohon PR1MA sangat mudah, iaitu :
i. Warganegara Malaysia ii. 21 tahun ke atas iii. Berpendapatan individu atau gabungan dengan isi rumah sebanyak RM2,500 - 7,500 iv. Pemohon tidak memiliki lebih dari satu hartanah. Sebanyak 8 blok apartmen PR1MA Alam Damai akan dibina dengan 2,078 unit rumah disediakan. Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi.
Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat.
Inilah salah satu daripada keberhasilan dan keterbukaan Barisan Nasional (BN) dalam memberikan faedah yang berlipat kali ganda kepada rakyat khususnya.
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukan sekadar slogan tetapi ia sebuah pengertian yang jauh lebih besar | Apahal dengan Adun Teja ni??? Bebal Ditunujuk2 #tolakPR #tolakfitnah Posted: 10 Mar 2013 07:56 PM PDT
Haaaaa...sebab apa pemimpin pakatan haprak ini dikatakan sebegini rupa dan memang sepatutnya mereka diberikan gelaran ini. Apa saja perkara yang baik yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat ada saja yang cuba untuk menabur fitnah supaya rakyat akan menjadi curiga. Ini adalah kerana mereka berasa cemburu sebab tak dapatkan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hanya yang mereka tahu KONDEM, fitnah, ceramah sana sini itu lebih penting. Kebajikan rakyat jatuh diperingkat bawah sekali asalkan matlamat mereka untuk ke Putrajaya tercapai. Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diberikan oleh pihak Kerajaan untuk golongan muda memiliki sekurang-kurangnya lesen motosikal. Ini adalah kerana masih ramai golongan muda yang tidak mempunyai lesen motosikal disebabkan yuran pendaftaran yang tidak mampu mereka membayarnya. Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan ini membuatkan puak pakatan haprak panas punggung. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Teja dalam portal menipu rakyat KeadilanDaily ternyata tidak berasas langsung. Kenyataan yang langsung tidak mempunyai fakta dan hentam kromo ini adalah untuk menutup isu kemusnahan negara yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di Lahad Datu. Pengiraan yang dinyatakan oleh ADUN Teja juga tidak masuk akal, ternyata pelik ADUN Teja ni tak buat kerja dulu ker sebelum mengeluarkan suatu kenyataan.
Di manakah datangnya RM261 dan kononnya BL1M ini mengkayakan kroni UMNO? Sedangkan syarikat MYEG ini adalah sebuah syarikat bertaraf Bhd dan sudah lama menjalankan perniagaan mereka. Untuk pengetahuan semua, tiada sebarang kroni dalam program ini. Proses pemilihan melantik vendor untuk menjalan program BL1M ini juga melalui pelbagai tapisan dan tawaran yang diberikan oleh pihak MYEG sangat memberi keuntungan kepada rakyat. Sehingga hari ini seramai 262,000 telah pun mendaftar dan akan dipanggil untuk menduduki ujian mengambil lesen tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Malaysia dan SHEB yang dipengerusikan oleh Tengku Azman Tengku Zainol Abidin kerana berjaya menjalankan program yang berfaedah untuk golongan muda. GR ingin cabar pada ADUN Teja dan Anwar Ibrahim. Jika betul ada penyelewengan tunjukkan bukti yang sah. Biar rakyat semua tahu jangan main cakap sedap ikut. PKR diberi masa seminggu untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan pemimpin-pemimpin parti itu kononnya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah projek memberi kekayaan kepada kroni UMNO. Pemuda UMNO dan syarikat vendor yang mengendalikan BLIM, MYE.G. Services Bhd. (MYEG) akan merujuk kepada peguam masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang jika PKR gagal berbuat demikian.
SP: Seperti biasa PR juara fitnah. Kondem apa yang kerajaan buat memang pandai tapi mereka sendiri takde buat apa pun untuk rakyat. | |
www.pemuda-enggang.org Posted: 10 Mar 2013 12:16 PM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan