Ketika artikel ini ditulis, baru sahaja seminit melepasi 8 Mac 2013. Rakyat Malaysia meraikan 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.
Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembanagkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.
Mengimbau 5 tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.
Beliau pengganti Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.
Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Clean lantaran perwatakannya yang lemah lembut dan dilihat bersih dari sebarang masalah politik dan salah guna kuasa. Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej 'diktator' yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.
Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakangkan agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang. Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.
Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.
Beliau hanya mengambil masa 5 bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 4 Mac 2004 dan seterusnya mandat baru diperoleh pada 21 Mac 2004.
Mandat yang beliau peroleh bukan calang-calang mandat, malah yang terbaik buat Umno dan Barisan Nasional pasca reformasi 1999 dan dalam sejarah Umno dan BN. Ternyata strategi Umno / BN untuk mengalihkan beban imej Mahathir sebagai diktator dengan pengganti barunya Abdullah Ahmad Badawi, berhasil cemerlang, gemilang dan terbilang!
Namun, Pak Lah kemudiannya mula dilihat seorang PM yang lembut dan 'lembik" serta lemah dalam pentadbiran negara, sehingga beliau diserang dari luar dan dalam sebaik sahaja Umno BN gagal meraih 2/3 majoriti parlimen pada 2008. Gambar-gambar beliau yang 'selalu tidur' menjadi bahan jenaka rakyat yang menjadi satu faktor kegagalan beliau untuk mendapat 2/3 majoriti pada 2008.
Namun di dalam kelembutan dan kelembikanya, Pak Lah dengan macho dan berani membubarkan parlimen dalam masa 5 bulan sahaja selepas perlantikannya sebagai PM untuk mendapat mandat baru.
Selepas itu, mandat tersebut digunakan sebaiknya sebelum membubarkan parlimen kira-kira 4 tahun selepas itu yag menyaksikan tsunami politik negara pada 2008.
Disebabkan kegagalannya meraih 2/3 majoriti parlimen dalam sejarah Malaysia, beliau diserang luar dan dalam malah oleh mantan PM, Dr Mahathir.
Tidak perlu lama untuk mengakui kelemahan dan kesilapan, beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan menyerahkannya pada 3 April 2009 kepada Najib Razak, PM Malaysia ke-6.
Najib semenjak zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang lantang dan agresif. Ucapan dan pidatonya juga berapi-api, amat jauh sekali dengan Abdullah Badawi.
Dari segi sejarah, Najib pernah menjadi ahli perlimen termuda, timbalan menteri termuda dan menteri besar termuda di Malaysia. Malah beliau antara pemimpin Umno yang mempunyai kepetahan berpidato yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin Umno lain.
Sedar tidak sedar, hari ini sudah hampir 4 tahun rakyat Malaysia berPerdana Menterikan Najib Razak. 3 April bulan hadapan genap 4 tahun beliau menjadi PM Malaysia ke-6 dan mungkin yang terakhir.
Malah, sedar tidak sedar juga sebenarnya mandat yang diterima oleh Najib hari ini sebenarnya mandat rakyat untuk Pak Lah, bukan untuk Najib. Ya, beliau harus sedar bahawa mandat yang beliau pegang hari ini adalah mandat yang diperoleh oleh Abdullah Badawi pada 8 Mac 2008 dan beliau hanya menumpang mandat Pak Lah.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau dengan beraninya membubarkan parlimen dalam masa setahun selepas menerima mandat PM dari Mahathir.
Namun sehebat-hebat Najib, sudah 4 tahun beliau masih menggunakan mandat Pak Lah yang lemah dan masih belum berani membubarkan parlimen.
___________________________________________________________ Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak, Selangor
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah melancarkan tabung kemanusiaan, khusus bagi memenuhi keperluan penduduk yang terjejas ekoran krisis di Lahad Datu.
Ketua Pemudanya, Lahirul Latigu, berkata dengan penubuhan tabung berkenaan, segala keperluan dapat disalurkan PAS Sabah kepada penduduk yang kini ditempatkan di pusat-pusat sementara.
Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Lahirul berkata pihaknya juga dalam rangka untuk menziarahi penduduk di pusat sementara itu dan menghulurkan bantuan.
"Kami juga bercadang akan ke sana. Buat masa sekarang, kami sedang mendapatkan info berkaitan keperluan yang mereka perlukan lagi, selain bantuan yang sudah mereka terima sebelum ini," tegas beliau.
Bagaimanapun, kata Lahirul, beberapa pimpinan PAS Lahad Datu sudahpun mula turun menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan memandangkan krisis tersebut masih berlanjutan.
Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Dewan Pemuda PAS Sabah, di nombor akaun 560232000360.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpuas hati apabila sasaran 40 peratus kerusi untuk calon-calon muda yang dimintanya sebelum ini tercapai.
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, PAS pusat telah berjaya memenuhi target mereka agar kerusi-kerusi sama ada di peringkat parlimen atau Dun diberikan kepada calon-calon muda.
Bagaimanapun, Nasruddin tidak dapat memberi angka yang spesifik berhubung bilangan kerusi yang diberikan kepada calon muda itu.
"Kami berpuas hati, kerana target yang kami mahukan tercapai, cuma jumlah calon muda yang bertanding kami tidak ada angkanya kerana ianya ditentukann oleh PAS Pusat," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Sebelum ini pada tahun 2011, DPPM pernah menyatakan hasrat mereka agar PAS Pusat mempertimbangkan cadangan 40 peratus calon diberikan kepada orang muda.
Nasruddin juga memberitahu kesemua jentera DPPM sama ada di peringkat national dan negeri sudah membuat persiapan akhir kerana mereka yakin PRU13 semakin hampir.
Sehubungan itu, DPPM akan menganjurkan Xpresi Ulama Muda Pelapis Haraki di Ehya As Sharif Gunung Semanggol Mac ini, yang mana ianya akan mengumpulkan kira-kira 1,000 ulama muda di sana nanti.
"Kita akan kumpulkan ulama muda daripada pelbagai bidang sama ada aktivis dan profesional sebagai persiapan sekaligus memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti.
"Gunung Semanggol dipilih sebagai memperingati semula kelahiran ulama-ulama, dan di sinilah kita akan mula menggerakkan ulama muda kita yang bukan sahaja lepasa Timur Tengah bahkan juga lepasan tempatan," katanya.
Di dalam program itu DPPM akan mengisytiharkan beberapa ulama muda yang menyokong perjuangan PAS serta bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
KOTA KINABALU: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah hari ini menghulurkan sumbangan kepada balu Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabtu lalu.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Naib Ketua Muslimat PAS Sabah, Faizah Antong di rumah Allahyarham di Kampung Darau, dekat Menggatal di sini pagi tadi.
Turut serta ke rumah Allahyarham adalah Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan beberapa pimpinan PAS Sabah bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham.
Baharin, 50, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, mula bertugas sebagai anggota polis pada tahun 1984, meninggalkan seorang balu, Sumiati Suarah, 40 dan dua anaknya Mohd Izzat, 16 dan Nur Izzaty, 11 tahun.
Lima lagi yang terkorban ialah ialah Supritendan Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, Asisten Supritendan Michael Padel Sano dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Koperal Salam Tongiran (IPD Tawau) dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran (PGA Tawau).
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu dan Semporna.
10 mac 2013 - Medical Camp - Kem Kesiahatan anjuran Klinik Ummu Roihan dan PAS Kawasan Pekan di Peramu Jaya akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kehadiran sehingga mencecah 121 orang mendaftar untuk pemeriksaaan rawatan percuma. Walaupun pada awalnya kem ini mendapat tentangan oleh tangan-tangan ghaib yang mendesak Tok Empat Peramu Jaya supaya membatalkan program tersebut namun melihat kepada program yang baik ini tidak sepatutnya dibatalkan urusetia penganjur membuat keputusan meneruskan juga dan Alhamdulillah ianya berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang sangat diluar dugaan.
Pihak penganjur amat bersimpati tekanan yang diterima oleh Tok Empat Peramu Jaya kerana pada dasarnya beliau amat bersetuju dengan program Kem Kesihatan ini tetapi beliau didesak oleh pihak yang dengki dengan penerimaan masyarakat kepada Kem Kesihatan ini. Mereka mendesak agar Tok Empat tidak membenarkan penganjur mnenggunakan ruang padang bola di Peramu Jaya 3. Namun atas dasar Padang Bola milik awam maka AJK penganjur membuat keputusan untuk meneruskan juga Program yang baik ini.
Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar hari ini dengan ramai yang hadir memuji penganjur kerana membawa Doktor-doktor pakar dari Hospital swasta ke kawasan perumahan mereka
Pengarah Urusan Klinik Ummu Roihan, Ustaz Abu Kassim bin Manaf mengucapkan terima-kasih kepada mereka yang sama-sama menjayakan program Kem Kesihatan ini dan berharap pada masa akan datang tiada lagi cubaan dari pihak yang dengki dan irihati untuk menggagalkan program yang baik dan bermanafaat kepada masyarakat setempat. Program bermula 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang.
1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.
4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.
6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.
8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara Taib).
24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).
25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.
28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud & Arip Mahmud.
29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.
31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.
35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/ adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD(pengerusinya ialah Taib Mahmud).
37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).
42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).
43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
45. 9,000 hektar di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong & Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kpd YB Norah binti Abdul Rahman yg juga sepupu Taib).
47. 70,000 hektar di Bijat Land District, Sri Aman –beberapa buah syarikat yg diuruskan olh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
48. 2,300 hektar di Sungai Klauh & Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
50. 900 hektar … di Melugu,Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
51. 7,000 hektar di Simunjan Gedong Plantation Sdn Bhd –Naroden Majais (ahli politik BN).
52. 5,000 hektar di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).
55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) d Hasmi b Hasnan.
56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).
57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong & Ensengai Road, Serian –diberikan kpd Usaha Jasamaju Sdn Bhd –pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) & Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun drpd Ta Ann Holdings & Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dgn Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yg merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
59. 10,000 hektar di Sungai Bakong & Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) & Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan Kekayaan perbadi Taib ialah AS$ 15 Billion (RM 46 Billion) Harta keluarga AS$21 bilion (RM64 bilion)
GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat berjanji akan menguruskan semua sistem media negara dengan lebih terancang, dinamik, mantap dan penuh dengan keadilan untuk rakyat, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, pelaksanaan sistem media yang lebih telus memberikan impirasi kepada keseluruhan rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran tidak seperti sekarang yang berat sebelah dan dimonopoli kerajaan yang memerintah.
"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah, " terangnya semasa pembentangan Manifesto Pusat di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.
Katanya, jika Pakatan Rakyat mengekalkan sistem yang sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), pasti rakyat akan menghukum pula Pakatan Rakyat malah lebih hina daripada yang dihadapi oleh pemerintah yang zalim hari ini.
Maka, menurutnya menjadi tugasan berat PAS, PKR dan DAP, sebab selama 50 tahun rakyat dimomokkan dengan cerita 'bohong' kononnya pembangkang suka bercakap kosong serta mahu menjadikan Malaysia ke arah negara yang liberal.
Semua itu katanya, kena disekat kerana kebanyakan pemikiran orang Melayu terutamanya senang dihasut malahan seolah diikat supaya tetap memberikan undi kepada Umno BN setiap kali pilihanraya umum.
"Umno dan BN bukan parti yang kuat sebenarnya. Parti itu lemah, cuma kerana mereka menguasai media arus perdana apa yang ada dicakapkan itulah diulang tayang agar rakyat tetap dengan BN walaupun ianya karam di lautan, " jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Turut membentangkan manifesto mewakili PKR ialah Rafizi Ramli dan Zairil Khir Johari mewakili DAP.
KOTA BHARU: Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pentadbiran PAS, mewujudkan kawasan 'China Town' di Jalan Kebun Sultan adalah satu pengiktirafan kepada masyarakat Tioghua yang selama ini hidup harmoni bersama masyarakat Islam lain di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jalan Kebun Sultan yang bermula semalam akan dikenali sebagai 'Jalan Haji Cheng Ho China Town', sejak sekian lama menyaksikan aktiviti masyarakat Tionghua berkembang di situ.
Pengisytiharan jalan itu sebagai China Town katanya sekaligus menaik taraf kawasan itu bukan sahaja sebagai kawasan perniagaan orang Cina malah bakal menjadi pusat pencongan baru bagi negeri itu.
"Program ini dibuat khas sbgai menghargai masyarat Tionghua yang hidup harmoni d negeri ini.
"Sebagaimana di negeri lain yang telah lama wujud China Town, Kelantan juga mahu berbuat demikian. Lagipun Jalan Kebun Sultan ini telah lama hidup aktiviti dari masyarakat Tiongua khususnya dalam perniagaan," katanya.
Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat peingisytiharan rasmi penukaran nama Jalan Kebun Sultan kepada Jalan Haji Cheng Ho China Town.
Sewaktu peristiharan itu, Tuan Guru meminta orang ramai mengulangi nama jalan itu sebanyak tiga kali 'Jalan Haji Cheng Ho China Town' dan ianya diikuti oleh warga Bandar Kota Bharu tanpa mengira warna kulit pada malam bersejarah itu.
Walaupun namanya telah ditukar, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai memperingati sejarah asalnya.
Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan, Datuk Anuar Tan Abdullah, Wan Ubaidah Omar, timbalan exco kerajaan negeri, Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Nama Haji Cheng Ho dipilih untuk diabadikan pada jalan itu sebagai menghargai jasa pelayar berbangsa Cina muslim yang berasal dari Tanah Besar Negara China.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata, perisytiharan itu dibuat bagi menzahirkan rakyat Kelantan termasuk golongan menoriti di negeri itu hidup dalam aman di bawah pentadbiran pemimpin Islam.
"Ianya juga sebagai membuktikan nasib golongan berkenaan termasuk India, Siam serta lain-lain bangsa tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri,"ujarnya.
KUALA LUMPUR: Suasana politik yang berlaku sekarang disifatkan sebagi memihak kepada PAS, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar)
"Suasana sekarang permainan dikuasai oleh PR. Hanya menunggu masa untuk menyumbat gol sahaja," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Bagi beliau, Najib hanya berlagak hero di media kuno, konon BN kuat tetapi tidak berani membubar Parlimen.
Tarikh PRU 13 masih kabur, Najib tidak nampak petanda untuk bubar. Strategi melambatkan tarikh nampaknya menyebelahi PR, kata Idris lagi.
Lambakan isu dan masalah terpaksa dipikul oleh Najib dan BN, sedangkan bagi beliau, PR mara dengan bergaya dan meyakinkan.
"Pendedahan Deepak, kepulangan Balasubramaniam, isu keselamatan Lahad Datu telah menyulitkan Najib untuk kekal berkuasa.
"Lebih parah lagi tawaran menifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Febuari 2013 amat menekan Najib," katanya.
Semalam negara pula di kejutkan dengan pendedahan En Azlan, bapa Saipul Bukhari yang mengatakan anaknya diperalatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat.
"Mungkin salah satu daripada transformasi Najib ialah Parlimen dan DUN bubar secara sendiri.
"Rekod yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu," kata beliau dalam tulisannya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpuas hati apabila sasaran 40 peratus kerusi untuk calon-calon muda yang dimintanya sebelum ini tercapai.
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, PAS pusat telah berjaya memenuhi target mereka agar kerusi-kerusi sama ada di peringkat parlimen atau Dun diberikan kepada calon-calon muda.
Bagaimanapun, Nasruddin tidak dapat memberi angka yang spesifik berhubung bilangan kerusi yang diberikan kepada calon muda itu.
"Kami berpuas hati, kerana target yang kami mahukan tercapai, cuma jumlah calon muda yang bertanding kami tidak ada angkanya kerana ianya ditentukann oleh PAS Pusat," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Sebelum ini pada tahun 2011, DPPM pernah menyatakan hasrat mereka agar PAS Pusat mempertimbangkan cadangan 40 peratus calon diberikan kepada orang muda.
Nasruddin juga memberitahu kesemua jentera DPPM sama ada di peringkat national dan negeri sudah membuat persiapan akhir kerana mereka yakin PRU13 semakin hampir.
Sehubungan itu, DPPM akan menganjurkan Xpresi Ulama Muda Pelapis Haraki di Ehya As Sharif Gunung Semanggol Mac ini, yang mana ianya akan mengumpulkan kira-kira 1,000 ulama muda di sana nanti.
"Kita akan kumpulkan ulama muda daripada pelbagai bidang sama ada aktivis dan profesional sebagai persiapan sekaligus memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti.
"Gunung Semanggol dipilih sebagai memperingati semula kelahiran ulama-ulama, dan di sinilah kita akan mula menggerakkan ulama muda kita yang bukan sahaja lepasa Timur Tengah bahkan juga lepasan tempatlan," katanya.
Di dalam program itu DPPM akan mengisytiharkan beberapa ulama muda yang menyokong perjuangan PAS serta bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
SHAH ALAM: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.
Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.
"Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.
"Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan," kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?' malam tadi.
Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.
"Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.
"Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah," ujar Dr Haron.
Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.
(TG Nik Aziz ketika melaksanakan majlis tradisi kepada singa hijau)
KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu kini dikenali sebagai Jalan Haji Cheng Ho China Town.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis peristiharan itu malam tadi di Jalan Kebun Sultan, di sini tepat jam 11.14 malam tadi.
Sewaktu peristiharan itu, Tuan Guru meminta orang ramai mengulangi nama jalan itu sebanyak tiga kali 'Jalan Haji Cheng Ho China Town' dan ianya diikuti oleh warga Bandar Kota Bharu tanpa mengira warna kulit pada malam bersejarah itu.
Walaupun namanya telah ditukar, namun nama asalnya masih dikekalkan sebagai memperingati sejarah asalnya.
Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Wan Ubaidah Omar, timbalan exco kerajaan negeri, Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Nama Haji Cheng Ho dipilih untuk diabadikan pada jalan itu sebagai menghargai jasa pelayar berbangsa Cina muslim yang berasal dari Tanah Besar Negara China.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu peristiharan jalan berkenaan berkata, peristiharan itu dibuat bagi menzahirkan rakyat Kelantan termasuk golongan menoriti di negeri itu hidup dalam aman di bawah pentadbiran pemimpin Islam.
"Ianya juga sebagai membuktikan nasib golongan berkenaan termasuk India, Siam serta lain-lain bangsa tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri,"ujarnya.
Terdahulu Tuan Guru disambut oleh 23 ekor singa bagi melambangkan 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.
Pelbagai persembahan menarik diadakan pada malam itu antaranya tarian pelbagai budaya yang dipersembahkan oleh kanak-kanak dari masyarakat Cina, India dan Siam.
Turut menjayakan pertunjukan persembahan muzik klasik Cina oleh pelajar dari Sekolah Menengah Chong Hawa Kok Lanas, chingey, silap mata dan lain-lain.
(TG Nik Aziz ketika bercakap dengan veteran di Kota Bharu)
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai 'peliwat' semakin jelas kebenarannya.
Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu semalam.
Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini.
Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti.
Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin.
"Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,"ujarnya.
Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini.
"Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,"ujarnya.
Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu.
(Bekas Pengarah pilihan raya BN Bachok serah borang PAS kepada Husam)
BACHOK: Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria malam tadi menyerah borang menyertai PAS.
Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh. tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN.
Zulkifli (gambar) yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama.
"Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan.
"Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS.
"Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah menetap di Sabah negeri asal isteri saya.
"Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama saya muncul kembali di pentas politik," katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat malam tadi.
Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang PKR Bachok, Mat Yatim Ismail.
Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno sukar ditembusi sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha Ahmad bekas aktivis Semangat 46.
Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong.
Tahun lepas Mustapha dan bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail juga menyerah borang menyertai PAS.
Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.
Zulkifli berkata, tomahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali.
"Kalau betullah tomahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan.
"Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja," ujarnya ketika ditemui selepas itu.
PETALING JAYA: Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di Sabah telah menjejaskan operasi dan kedaulatan negara, kata Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
Beliau merujuk kepada kenyataan berasingan yang dilaporkan di negara ini dan Filipina semalam bahawa Najib mengakui beliau hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan anggota polis terbunuh.
Jelas Rafizi, kenyataan Najib itu mengesahkan keraguan banyak pihak sebelum ini bahawa Najib mengambil masa yang terlalu lama untuk berunding dengan pencerobohan Sulu.
PKR berpendapat, adalah wajar seluruh operasi keselamatan di Sabah diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM tanpa campur tangan politik.
"Ini untuk mengelakkan berulangnya salah pertimbangan di peringkat awal pencerobohan apabila ketenteraan hanya dibuat apabila nyawa anggota keselamatan terkorban setelah rundingan yang panjang tidak membuahkan hasil,"katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Tambahnya, demi menjaga keselamatan anggota tentera dan polis yang melaksanakan operasi di Sabah, wajarlah keputusan diserahkan kepada ATM dan PDRM tanpa terlalu terikat dengan keputusan politik.
Rafizi turut melahirkan kebimbangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Kabinet Filipina Rene Almendrass bahawa Najib bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh Sulu dengan syarat mereka hanya perlu meninggalkan atau menyembunyikan senjata dan meninggalkan Sabah.
"Lebih membimbangkan laporan itu turut menyebut persetujuan pentadbiran Najib untuk membuka kembali soal tuntutan terhadap Sabah yang di bawa oleh penceroboh Sulu.
"Kedua-dua keputusan itu, jika benar, menjejaskan kedaulatan negara," katanya.
Tegas Rafizi, tawaran untuk penceroboh meninggalkan atau menyembunyikan senjata tanpa dikenakan apa-apa tindakan memberi isyarat yang buruk bahawa kerajaan Malaysia boleh bertolak ansur dengan penceroboh sedemikian rupa.
"Ini akan menjemput lebih banyak penceroboh di masa hadapan apabila mereka boleh menyusup masuk dan mengambil semula senjata yang disembunyikan," katanya.
Katanya, perkembangan ini memberi gambaran bercelarunya tindak balas dan keputusn yang dibuat oleh Najib Tun Razak dalam menangani peristiwa pencerobohan ini.
"Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak ada pilihan kecuali menjawab persoalan ini di dalam sidang parlimen mengenai pencerobohan di Sabah. "Jika beliau terus mengelak maka keraguan di pihak rakyat tertanya-tanya kenapa krisis ini tidak ditangani dengan lebih tegas dan cepat akan terus berlegar," katanya.
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menghadiahkan mawar merah kepada anggota polis wanita sempena Hari Wanita Sedunia.
Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno. (Gambar atas)
Dr Mariah juga menghadiahkan sekuntum mawar merah kepada setiap pegawai wanita di situ sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' dan 'Wanita Suara Perubahan'.
Mereka kelihatan gembira menerima bunga mawar tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan DMPP yang hadir.
Dr Mariah yang ditemui selepas itu berkata, DMPP akan sentiasa menjalankan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya anggota wanita dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus tanpa mengira pangkat.
"Muslimat tidak pernah bermusuh dengan pihak polis dan kita hormati anggota polis yang bertugas dengan penuh tanggungjawab dan kami sangat menghargai wanita yang berada dalam pasikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' kepada seluruh wanita di Malaysia, beliau menyeru wanita agar meningkatkan keupayaan diri dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
"Masyarakat tidak boleh menafikan peranan wanita dalam apa jua bidang. Di mana pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh.
"Dalam proses membuat keputusan penting sekalipun, pandangan wanita amat berguna," katanya.
Sementara itu, Darlina berkata, beliau berasa dihargai apabila DMPP mengambil inisiatif sedemikian.
"Sepanjang lima tahun bertugas di sini, ini kali pertama ada wanita datang hadiahkan bunga dan kami rasa gembira dan dihargai.
"Sempena Hari Wanita ini, pesan saya kepada wanita agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan berwaspada selalu di mana pun anda berada," katanya ramah.
Difahamkan, DMPP seluruh Malaysia mengadakan acara sama di negeri dan daerah masing-masing.
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk kepentingan politik hingga menenggelamkan jasa para perajurit yang gugur dan yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.
"Keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Najib ke Lahad Datu seolah-olah 'pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya' tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata insiden pertumpahan darah di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara.
"Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali," kata beliau.
Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, Tuan Ibrahim berkata rakyat masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.
Di bawah kepimpinan Umno-BN, katanya negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.
"Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion)," tambahnya lagi.
Dalam insiden pencerobohan di Sabah, kata Tuan Ibrahim, rata-rata rakyat termasuk pemimpin Umno-BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api.
"Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.
"Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran.
"Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu," tegas beliau.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat menyambut baik tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis.
Akan tetapi, kata beliau, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini.
"Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat?
"Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?" soal beliau.
KUALA LUMPUR: Suasana politik yang berlaku sekarang disifatkan sebagi memihak kepada PAS, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar)
"Suasana sekarang permainan dikuasai oleh PR. Hanya menunggu masa untuk menyumbat gol sahaja," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Bagi beliau, Najib hanya berlagak hero di media kuno, konon BN kuat tetapi tidak berani membubar Parlimen.
Tarikh PRU 13 masih kabur, Najib tidak nampak petanda untuk bubar. Strategi melambatkan tarikh nampaknya menyebelahi PR, kata Idris lagi.
Lambakan isu dan masalah terpaksa dipikul oleh Najib dan BN, sedangkan bagi beliau, PR mara dengan bergaya dan meyakinkan.
"Pendedahan Deepak, kepulangan Balasubramaniam, isu keselamatan Lahad Datu telah menyulitkan Najib untuk kekal berkuasa.
"Lebih parah lagi tawaran menifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Febuari 2013 amat menekan Najib," katanya.
Semalam negara pula di kejutkan dengan pendedahan En Azlan, bapa Saipul Bukhari yang mengatakan anaknya diperalatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat.
"Mungkin salah satu daripada transformasi Najib ialah Parlimen dan DUN bubar secara sendiri.
"Rekod yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu," kata beliau dalam tulisannya.
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini, ditunggu seperti buah tak gugur, ditunggu saban hari pengumuman tarikh Parlimen akan dibubarkan sejak dua tahun kebelakangan ini, namun Rakyat Malaysia terutama pengundi muda dan mereka yang bakal keluar mengundi buat pertama kali telah membuat keputusan mereka.
Pengundi muda dan pengundi "first timer" masak dengan sepak terajang, fitnah memfitnah dan taktik memukul dari belakang atau di bawah tali pinggang. Sebagai contoh, isu DAP akan menerajui negara ini jika ia menang PRU13 dan seorang kaun Cina akan menjadi Perdana Menteri. BN dan konco- konconya menjaja dalam ceramah mereka bahawa Pakatan Rakyat terutama PAS akan jadi kuda tunggangan DAP.
Konco-konco dan budak suruhan BN seperti JATI, GAPS, Perkasa, Wira Malaya dan lain-lain dalam alam maya dan dunia nyata menonjolkan bahawa kaum Cina DAP akan mengambil alih Malaysia dan menukar negara ini menjadi sebuah Republik seperti Singapura yang diterajui PAP.
Mari kita lihat kedudukan kerusi Parlimen Malaysia masakini. Dari 222 keseluruhan kerusi Parlimen, DAP menang 22 kerusi dari 47 kerusi yang DAP bertanding melawan sama ada calon MCA, gerakan atau PPP, SUPP ,LDP dan lain-lain.
Untuk PRU13, untuk memudahkan perbincangan DAP akan meletakkan calonnya di 50 kawasan Parlimen dan andaikata DAP menang kesemuanya, maka DAP hanya memperolehi 50 dari 222 kerusi Parlimen. Untuk menang dengan majoriti mudah di Parlimen sebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik seperti BN atau Pakatan rakyat haruslah berjaya merangkul 112 kerusi.
Maka jika DAP sahaja mendapat 50 kerusi, ia masih jauh lagi untuk melantik Perdana Menteri dari ahli DAP. DAP hanya bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu atau di kawasan yang parti komponent BN bertanding merupakan parti berasaskan kaum Cina seperti Gerakan atau MCA. Dalam sistem pilihanraya, hanya seorang calon saja yang boleh menang. Dengan kata lain, jika DAP menang bertanding melawan MCA, bermakna MCA tidak dapat apa-apa, iaitu pemenang sapu semua.
Untuk penjelasan lanjut sila tonton video penerangan YB Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan yang fasih pelbagai bahasa.
KUALA LUMPUR: Tempoh lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 lalu, kini sudah genap malah sudah lebih dua hari jika dikira sehingga tarikh hari ini 10 Mac 2013.
Rata-rata rakyat mula bercakap tentangnya yang selama ini tidak sabar menantikan bilakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen untuk diadakan PRU13.
Bairpun perkiraan mudah itu tidak termaktub dalam perlembagaan, namun bagi mereka, kerajaan BN bermula tarikh 9 Mac 2013 iaitu semalam, sudah dianggap kerajaan sementara (caretaker) kerana pentadbirannya sudah melebihi mandat lima tahun yang diberikan oleh rakyat pada PRU12 lalu.
Penantian rakyat untuk PRU13 sejak lebih tiga tahun lalu ini terus membawa kepada satu persoalan baru, iaitu mampukah kerajaan yang BN yang dipimpin Najib pada hari ini mematuhi prinsip-prinsip umum kerajaan caretaker.
Antara perinsip umum tersebut termasuklah memisahkan Umno BN dari kerajaan, tidak boleh meluluskan projek mega dan tidak boleh membentuk dasar-dasar baru yang mengikat kerajaan yang dibentuk selepas PRU13.
Ini satu lagi faktor yang akan dinilai oleh rakyat terhadap tahap 'keadilan' dalam proses berdepan pilihan raya seperti yang dituntut dalam beberapa himpunan Bersih sebelum ini.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam berkata, Malaysia boleh mencipta sejarah dunia dan disenarai dalam Guinness Book of Records sebagai negara yang paling lama berada dalam keadaan teka-teki tarikh pilihan raya di mana kempen pilihan raya telah bermula sejak empat tahun dahulu lagi.
Malah, beliau juga telah menganggap Najib secara tidak rasminya bukan lagi perdana menteri yang sah bermula tarikh 9 Mac iaitu semalam.
"Apatah lagi Najib merupakan Perdana Menteri paling lama tanpa mandatnya sendiri iaitu hampir empat tahun," katanya yang turut melontar persoalan adakah Najib akan membubarkan parlimen pada tarikh 11 Mac 2013 iaitu esok jam 11.11 pagi.
Barang diingat, Najib menjadi perdana menteri hanya bermula 3 April 2009 iaitu bagi menggantikan Abdullah Badawi yang gagal memperoleh dua pertiga kerusi parlimen pada pilihan raya 2008 yang menyaksikan Tsunami politik dalam negara ini.
Dengan kata lain, jawatan perdana menteri yang disandang Najib sehingga hari ini, masih lagi atas mandat Pak Lah pada 2008 dan bukan mandat diri beliau sendiri.
Bagi Ketua Penggerak Pemantau PRU Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof pula, tempoh melebihi lima tahun ini satu yang luar biasa bagi negara ini.
Maka katanya, sangat wajar bagi kerajaan yang disifatkannya juga sebagai caretaker ini untuk menghormati konvensyen yang diterimapakai oleh kebanyakan Negara demokrasi dunia hari ini berhubung prinsip-prinsip umum kerajaan caretaker.
"Harus diingat, melepasi lima tahun mandate yang diberikan oleh rakyat adalah suatu keluar biasaan amalan di Malaysia.
"Meskipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan hal berkaitan kerajaan caretaker, sebagai sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi pilihan raya, konvensyen yang mengiktiraf prinsip-prinsip kerajaan caretaker ini perlulah dihormati," katanya.
Dewasa ini tidak dapat dinafikan impak atau kuasa dimiliki teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti Facebook dan laman sosial lainnya terhadap pemikiran masyarakat. Saban hari pelayar laman sesawang dan tuan punya Facebook akan tersentuh dan disentuh pelbagai berita serta maklumat.
Salah satu contoh maklumat yang telah menarik perhatian ramai khalayak Facebook ialah 15 rahsia keajaiban Kaabah. Antara ciri-ciri keajaiban Kaabah termasuk ia terletak di Makkah yang berada di kawasan graviti paling tinggi
Graviti yang tinggi menarik bunyi-bunyi (dalam bentuk gelombang/tenaga) yang tidak dapat didengar, tetapi mempunyai kesan positif kepada manusia. Graviti tinggi mempunyai kesan ke atas sistem imun badan dan berinteraksi dengan niat yang dibuat dalam hati untuk memberi kekuatan dalaman.
Pergerakan mengelilingi Kaabah mengikut arah berlawanan gerakan jarum jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Yang nyata, ciri-ciri keajaiban Kaabah digambarkan melalui konsep saintifik.
Dari sudut sainsnya, manusia memang mempunyai keupayaan mendengar gelombang bunyi yang terletak dalam bahagian tertentu keseluruhan julat gelombang bunyi yang ada di dunia ini. Ada pelbagai bunyi yang tidak dapat ditangkap telinga manusia kerana Allah SWT menjadikan keadaan sedemikian.
Namun, antara bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia ini ada yang dapat didengar oleh haiwan tertentu dan bahagian atau anggota badan manusia tanpa kita menyedarinya.
Peristiwa Israk dan Mikra
Maklumat ciri-ciri keajaiban Kaabah menjelaskan bagaimana antara bunyi-bunyian ini ada yang mempunyai impak positif kepada perasaan dan pemikiran manusia seperti pergerakan tawaf mempunyai kesan baik terhadap kesihatan fizikal dan mental manusia.
Malangnya tidak banyak saintis yang memberi maklum balas bagi menjawab persoalan mengenai kelebihan ciri-ciri keajaiban Kaabah. Bagi mereka yang selesa dengan berita kemukjizatan Nabi Muhammad SAW dan al-Quran, keajaiban Kaabah diterima dengan keraguan minimum.
Ini kerana dalam pandangan jagat Islami mereka, perkara luar biasa seperti mukjizat nabi-nabi sememangnya sebahagian daripada landskap keimanan orang Islam dan hal itu diceritakan dalam al-Quran.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang juga satu keajaiban Rasulullah SAW yang menjadi sebahagian ilmu asas (pernah dihuraikan secara saintifik) umat Islam. Namun, masih ada yang berminat untuk memahami keajaiban Kaabah dari sudut dapat dijelas serta difahami secara rasional.
Bukti saintifik
Secara mudahnya sains cuba memahami alam melalui bidang seperti fizik (yang mengkaji graviti dan gelombang cahaya dan bunyi), kimia (contohnya sifat dan zat-zat jirim seperti kandungan mineral yang luar biasa dalam air zamzam) dan biologi (yang menjelaskan fenomena pengaliran darah dan kesannya pada kesihatan fizikal serta emosi manusia).
Bukti saintifik boleh dilihat melalui penggunaan alat-alat (teknologi) dan kaedah uji kaji yang boleh dikongsi oleh semua yang berminat.
Persoalannya, kenapa golongan ini memerlukan pengesahan saintifik kepada ciri-ciri keajaiban Kaabah? Mungkin dua sebab, pertama, jiwa yang mengimani Maha Pencipta dan Rasulnya akan sentiasa merindui penyaksian apa yang dipercayainya.
Dalam konteks ciri-ciri keajaiban Kaabah ini, rumah Allah itu yang terletak di kota Makkah berkait erat dengan ibadat haji, di samping elemen penting lain seperti Hajar Aswad dan air zamzam.
Dari sudut saintifiknya, apabila muncul maklumat mengenai ciri-ciri keajaiban Kaabah itu, perlu ada inisiatif oleh umat Islam sendiri untuk menyiasat sama ada pernyataan yang dibuat jelas sumber maklumatnya serta kesahihan fakta dikemukakan.
Perlulah ada situasi yang mana saintis Muslim dan ulama bergabung tenaga serta saling membantu bagi membolehkan proses pengukuran ciri-ciri graviti istimewa yang disebut boleh dijalankan.
Bagi mereka masih tertanya-tanya, analisis umum yang dilakukan terhadap laporan ciri-ciri keajaiban Kaabah menunjukkan kebarangkalian yang baik, memandangkan ada rujukan boleh dijejaki untuk data sokongan.
Pada masa yang sama, keistimewaan Kaabah ini sepatutnya menyedarkan umat Islam luasnya serta banyak lagi kajian saintifik yang dilakukan saintis bukan Islam (tetapi yang tidak semestinya prejudis terhadap Islam) wujud dan boleh dirujuk.
Firman Allah SWT bermaksud: Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani - supaya Engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran sebab itulah mereka lalai. (Surah Yaasin, ayat 5-6).
Ketika artikel ini ditulis, rakyat Malaysia meraikan lima 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.
Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembangkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.
Mengimbau lima tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.
Beliau pengganti Dr Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.
Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Nice Guy lantaran perwatakannya yang lemah lembut.
Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej 'diktator' yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.
Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakang agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang.
Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.
Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.
Beliau hanya mengambil masa lima bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 4 Mac 2004 dan seterusnya mandat baru diperoleh pada 21 Mac 2004.
Mandat yang beliau peroleh bukan calang-calang mandat, malah yang terbaik buat Umno dan Barisan Nasional pasca reformasi 1999 dan dalam sejarah Umno dan BN.
Ternyata strategi Umno/BN untuk mengalihkan beban imej Mahathir sebagai diktator dengan pengganti barunya Abdullah Ahmad Badawi, berhasil cemerlang, gemilang dan terbilang!
Namun, Pak Lah sebenarnya seorang PM yang lemut dan 'lembik" serta lemah dalam pentadbiran negara, sehingga beliau diserang luar dan dalam sebaik sahaja Umno BN gagal meraih 2/3 majoriti parlimen pada 2008.
Gambar-gambar beliau yang 'selalu tidur' menjadi bahan jenaka rakyat yang menjadi satu faktor kegagalan beliau untuk mendapat 2/3 majoriti pada 2008.
Namun di dalam kelembutan dan kelembikanya, Pak Lah dengan macho dan berani membubarkan parlimen dalam masa lima bulan sahaja selepas perlantikannya sebagai PM untuk mendapat mandat baru.
Selepas itu, mandat tersebut digunakan sebaiknya sebelum membubarkan parlimen kira-kira empat tahun selepas itu yag menyaksikan tsunami politik negara pada 2008.
Menumpang mandat Pak Lah
Disebabkan kegagalannya meraih 2/3 majoriti parlimen dalam sejarah Malaysia, beliau diserang luar dan dalam malah oleh mantan PM, Dr Mahathir.
Tidak perlu lama untuk mengakui kelemahan dan kesilapan, beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan menyerahkannya pada 3 April 2009 kepada Najib Tun Razak, PM Malaysia ke-6.
Najib semenjak zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang lantang dan agresif. Ucapan dan pidatonya juga berapi-api, amat jauh sekali dengan Abdullah Badawi.
Dari segi sejarah, Najib pernah menjadi ahli perlimen termuda, timbalan menteri termuda dan menteri besar termuda di Malaysia. Malah beliau antara pemimpin Umno yang mempunyai kepetahan berpidato yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin Umno lain.
Sedar tidak sedar, hari ini sudah hampir empat tahun rakyat Malaysia berPerdana Menterikan Najib Razak. 3 April bulan hadapan genap empat tahun beliau menjadi PM Malaysia ke-6 dan mungkin yang terakhir.
Malah, sedar tidak sedar juga sebenarnya mandat yang diterima oleh Najib hari ini sebenarnya mandat rakyat untuk Pak Lah, bukan untuk Najib.
Ya, beliau harus sedar bahawa mandat yang beliau pegang hari ini adalah mandat yang diperoleh oleh Abdullah Badawi pada 8 Mac 2008 dan beliau hanya menumpang mandat Pak Lah.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau dengan beraninya membubarkan parlimen dalam masa setahun selepas menerima mandat PM dari Mahathir.
Namun sehebat-hebat Najib, sudah empat tahun beliau masih menggunakan mandat Pak Lah yang lemah dan masih belum berani membubarkan parlimen.
Syarhan Humaizi Halim adalah Ketua Pemuda PAS Gombak.
Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kampung selepas melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas, semalam.
KUALA LUMPUR - Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.
"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau hampiri kawasan terlibat ini.
"Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran, sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi ini.
Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.
Kehadiran Hagel (kiri) di Kabul mendapat tentangan pihak tertentu.
KABUL - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan bom berani mati di pekarangan bangunan Kementerian Pertahanan Afghanistan sejurus Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel tiba di Kabul, semalam.
Pegawai memberitahu, letupan tercetus di lokasi yang agak jauh daripada kawasan Hagel melawat dan beliau disahkan selamat di dalam bangunan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Polis, Zahir Azimi berkata, kesemua yang terbunuh adalah penduduk awam dan sekurang-kurangnya tiga pegawai kementerian mengalami kecederaan.
"Sebelum letupan berlaku, seorang saksi ternampak penyerang yang menaiki sebuah motosikal kemudian meletupkan dirinya kira-kira 30 meter ke pintu masuk utama bangunan berkenaan," katanya.
Sementara itu, beberapa jalan raya berdekatan bangunan istana presiden ditutup sementara untuk memberi laluan kepada pihak berkuasa membersihkan kawasan berkenaan yang dipenuhi darah mangsa.
Bagaimanapun, kepimpinan Taliban dilaporkan tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan mengejut itu. - Al-Jazeera
Rohana menceritakan keadaan anaknya kepada Wan Azlan ketika melawat Muhammad Zulhakimi di HTAA.
KUANTAN - Hasrat seorang remaja mencari duit saku untuk mendapatkan lesen motosikal bertukar tragedi apabila dia disahkan lumpuh selepas terjatuh pada hari pertama bekerja.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Pelabuhan, Muhammad Zulhakimi Mat Ripin yang bekerja sambilan sebagai kelindan lori, mengalami kecederaan pada tulang belakang hingga menyebabkan dia lumpuh.
Menurutnya, kejadian berlaku pada 24 Februari lalu ketika dia sedang memunggah besi paip seberat lebih satu tan di sebuah kilang di Kerteh, Terengganu.
"Saya berada di atas lori, namun tiba-tiba sebatang besi paip diangkat forklif terjatuh menyebabkan saya terkejut dan tergelincir.
"Bahagian belakang saya terkena besi itu menyebabkan tulang belakang patah tiga dan bahagian kecil hancur," katanya.
Muhammad Zulhakimi yang merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik itu menerima rawatan awal di Hospital Sultanah Nur Zahirah
Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.
Muhammad Zulhakimi berkata, ketika kejadian, dia hanya kebas di bahagian kaki sehingga tidak mampu berdiri.
Katanya, dia tidak menyangka insiden hari pertama bekerja itu menyebabkan dia lumpuh seumur hidup.
Bagi ibunya, Rohana Abdul Ghani, 42, anak lelakinya itu sering mengambil peluang cuti hujung minggu untuk bekerja sambilan, namun tidak menyangka bakal berdepan kejadian seumpama itu.
"Buat masa ini, doktor memberitahu akan melakukan pembedahan untuk memasukkan besi pada bahagian belakangnya," katanya.
Sebelum itu, Muhammad Zulhakimi menerima lawatan Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang diketuai Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh.
Rosni meriba jenazah anaknya, Nur Qistina untuk dibawa balik ke Parit Buntar Perak. - Foto Adnan Ibrahim
Kluang: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lima Perumahan Anggota Penjara Kluang di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, Nur Qistina Rosni, dikatakan menaiki bangunan itu bersama lima rakannya tanpa disedari ibunya sebelum bermain di sebuah rumah kosong di tingkat lima.
Mangsa dikatakan memanjat pagar beranda rumah berkenaan sebelum tiba-tiba terjatuh sehingga cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Jiran mangsa, Khairul Anuar Harun, 30, berkata kejadian berlaku ketika bapa mangsa, Rosni Ramli, 31, yang juga seorang warden Penjara Kluang berada di tempat kerja, manakala ibunya berkumpul bersama jiran di tingkat bawah bangunan berkenaan.
Qistina dikatakan naik tangga hingga ke tingkat lima Blok G5 Perumahan Penjara bersama lima lagi rakannya dan bermain di sebuah rumah kosong.
Qistina dipercayai memanjat pagar beranda rumah kosong berkenaan sebelum terjatuh, katanya.
Kematian mengejut
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.10 malam dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Siasatan mendapati kes itu dikategorikan sebagai kematian mengejut," katanya yang mengesahkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat.
Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
PETALING JAYA - Seorang pekerja restoran warga Myanmar ditemui mati dengan enam kesan tetakan dalam kejadian di sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam kelmarin dan awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh majikannya.
Beliau berkata, majikan mangsa pergi ke rumah terbabit setelah pekerjanya tidak datang bekerja seperti biasa.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah itu, majikan mangsa menemui mayat pekerjanya terbaring berlumuran darah atas lantai dalam bilik tidur utama.
Katanya, perkara itu terus dilaporkan kepada polis, dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.
"Pemeriksaan awal mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, leher, badan dan paha.
"Tiada sebarang senjata ditemui dan kita menolak motif samun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Arjunaidi berkata, pihaknya percaya kejadian lebih bermotifkan pergaduhan kerana terdapat kesan pergelutan.
Katanya, pihaknya sedang mengesan rakan sebilik mangsa, yang juga rakan sekerjanya, bagi bantu siasatan.
"Mangsa menyewa rumah terbabit bersama tujuh lagi rakan senegara, manakala rakan sebiliknya menghilangkan diri selepas kejadian," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan mangsa baru dua minggu bekerja di restoran sebuah pusat beli-belah berdekatan.
SHAH ALAM - Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan mengadakan sidang media kedua esok.
Ini berikutan kritikan pelbagai pihak terhadap Azlan berikutan kenyataannya berhubung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan Saiful.
Menurut satu sumber, pada sidang media itu, beliau akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Azlan termasuk dakwaan melibatkan wang dan perbezaan pendapat yang dikatakan berlaku antaranya dan Saiful.
Ada sumber yang mengatakan mereka tidak tinggal sebumbung lagi, tetapi tuduhan itu tidak dapat disahkan kebenarannya lagi.
Dalam sidang media pertama, Azlan mendakwa ada beberapa orang kanan kerajaan yang menjadi dalang dalam isu tersebut.
Menurutnya, ada pihak mahu mengheret Anwar ke penjara buat kali kedua.
Menurut Azlan, dia akan memohon maaf secara terbuka dengan Anwar dan menyifatkan orang kanan kerajaan itu hanya pergunakan anaknya sebagai agenda politik.
Mayat mangsa yang dipercayai ditetak di rumah keluarganya di Kampung Bukit Pelanduk, Port Dickson, dimasukkan ke dalam van jenazah. - Foto Iqmal Haqim Rosman
Seremban: Anak saudara Ahli Majlis Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mati dipercayai ditetak tiga lelaki di rumah keluarganya di Kampung Bukit Pelanduk, Port Dickson, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan T Ganesan, 37, yang baru pulang dari Perak, tiga hari lalu untuk bertemu anak perempuannya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di leher dan kepala.
Terima panggilan
Bapa saudara mangsa, Datuk M Velu, berkata beliau menerima panggilan daripada bapa mangsa, N Tamilselvam, 60, kira-kira jam 7 pagi semalam memaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, adik iparnya itu memberitahu pada jam 3 pagi beliau terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi bising dari bilik Ganesan dan kemudian nampak tiga lelaki bertopeng keluar tergesa-gesa dari bilik anaknya.
Tamilselvam kemudian masuk ke bilik dan mendapati anaknya sudah meninggal dunia akibat beberapa kesan tetakan, katanya ketika ditemui di unit forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.
Mangsa pulang ke kampung untuk bertemu anaknya, G Lakshna, 10, yang tinggal bersama ibu bapanya sejak kecil manakala mangsa tinggal bersama isterinya di Perak.
Motif dendam
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata pihaknya percaya kejadian bermotifkan dendam, namun masih menjalankan siasatan lanjut.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sempat mempertahankan diri berdasarkan kesan luka di beberapa anggota badannya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis kini giat memburu suspek, katanya.
GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat berjanji akan menguruskan semua sistem media negara dengan lebih terancang, dinamik, mantap dan penuh dengan keadilan untuk rakyat, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya, pelaksanaan sistem media yang lebih telus memberikan impirasi kepada keseluruhan rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran tidak seperti sekarang yang berat sebelah dan dimonopoli kerajaan yang memerintah.
"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah, " terangnya semasa pembentangan Manifesto Pusat di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.
Katanya, jika Pakatan Rakyat mengekalkan sistem yang sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), pasti rakyat akan menghukum pula Pakatan Rakyat malah lebih hina daripada yang dihadapi oleh pemerintah yang zalim hari ini.
Maka, menurutnya menjadi tugasan berat PAS, PKR dan DAP, sebab selama 50 tahun rakyat dimomokkan dengan cerita 'bohong' kononnya pembangkang suka bercakap kosong serta mahu menjadikan Malaysia ke arah negara yang liberal.
Semua itu katanya, kena disekat kerana kebanyakan pemikiran orang Melayu terutamanya senang dihasut malahan seolah diikat supaya tetap memberikan undi kepada Umno BN setiap kali pilihanraya umum.
"Umno dan BN bukan parti yang kuat sebenarnya. Parti itu lemah, cuma kerana mereka menguasai media arus perdana apa yang ada dicakapkan itulah diulang tayang agar rakyat tetap dengan BN walaupun ianya karam di lautan, " jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Turut membentangkan manifesto mewakili PKR ialah Rafizi Ramli dan Zairil Khir Johari mewakili DAP.
Rembau, 9 Mac 2013 – Majlis minum petang dan perasmian Bilik Gerakan Pakatan UPU Pekan Kota, DUN Kota dalam Parlimen Rembau hari ini mendapat sambutan yang diluar dugaan oleh penduduk setempat. Lokasi awal yang dirancang ialah deretan kedai di tepi jalan utama Rembau-Tampin. Akan tetapi akibat tekanan oleh pihak tertentu terhadap pemilik premis berkenaan maka lokasi program telah diubah ke premis sebelah Pejabat Pos Pekan Kota di tepi jalan utama Kota-Astana Raja.
Kebangkitan penduduk setempat untuk bersama Pakatan Rakyat di DUN Kota tidak dapat dihalang lagi. Makin dihalang semakin ramai yang simpati terhadap perjuangan Pakatan Rakyat di Parlimen Rembau yang banyak mengutarakan permasalahan penduduk setempat.
Pertukaran tempat di lokasi sebelah Pejabat Pos Pekan Kota menambahkan lagi semangat penduduk setempat untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat.
Antara pemimpin yang hadir ialah YB Hj Mohamad Taufek (ADUN Paroi/Pesuruhjaya PAS N.Sembilan), Encik Yusuf Tapar (Pemangku Cabang PKR Rembau), Sdr Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau), Tn Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras PAS DUN Kota), Pn Maznah Talib (AJK Muslimat) serta Sdr Izamri Med (Pengarah Pilihanraya DUN Kota).
PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU)
9 MAC 2013
PEMBANGUNAN DI DUN KOTA, UTAMAKAN KEPENTINGAN PENDUDUK SETEMPAT
Laporan akhbar Berita Harian pada 21 Feb 2013 menyebut bahawa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kampus UiTM cawangan Rembau akan dibangunkan di atas tanah seluar 32.37 hektar
Laporan Bernama pada 9 Jan 2010 pula memetik Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Mohamad Hasan berkata pembinaan kampus UiTM di Chengkau, Rembau.
Terlebih dahulu pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pembangunan yang diadakan di DUN Kota ini. Apa yang kami harapkan biarlah setiap pembangunan yang dijalankan ini mengambil kepentingan penduduk setempat.
Setiap pembangunan, pasti ada pengorbanannya. Tidak boleh tidak, mungkin ada tanah penduduk akan diambil oleh kerajaan dalam proses pembangunan ini. Sebelum ini beberapa penduduk di DUN Kota telah terlibat dengan proses pengambilan tanah oleh kerajaan dalam projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar, seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau pula terlibat dengan projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja sekitar tahun 2008 dan juga pembinaan sebuah sebuah loji rawatan air, sebuah muka sauk dan sebuah empangan redah di mukim Titian Bintangor, Rembau pada tahun 2007-2010.
Satu lagi projek pembangunan yang berkemungkinan melibatkan kepentingan tanah penduduk setempat ialah projek keretapi laju yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur yang dilaporkan akhbar pada 19 Februari 2013 yang lalu.
Laporan akhbar Berita Harian pada 18 Julai 2009 menyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar di Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt hanya diberi tawaran pampasan sebanyak RM1.20 hingga RM2.80 kaki (RM52,272 – RM121.968 seekar) persegi yang belum cukup untuk mendirikan rumah baru.
Ini amat berbeza sekali dengan harga tanah yang ditawarkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) untuk tapak hospital Rembau dimana laporan akhbar Berita Harian pada 15 Mac 2012, mengatakan bahawa PKNNS mahu menjual tanah untuk tapak hospital Rembau pada kadar RM 22 sekaki persegi bersamaan dengan RM 958,320 seekar. Hospital Rembau akan didirikan atas tanah seluas 18 hektar (44.48 ekar), ini bermakna jika PKNNS menjualnya pada kadar RM22 sekaki persegi, kos tanah untuk tapak hospital Rembau ialah RM42.63 juta.
Projek perumahan baru di Rembau pada ketika ini menawarkan harga sebanyak RM250,000 untuk satu unit rumah teres 2 tingkat dan RM138,888 untuk rumah teres 1 tingkat di Kundur. Ini menunjukkan kos rumah semakin tinggi di DUN Kota ini, sedangkan kos pampasan tanah yang diberi oleh kerajaan sebelum ini adalah tidak munasabah.
Justeru itu pihak kami berharap penduduk yang terlibat dengan sebarang projek pembangunan di DUN Kota ini diberi pampasan yang setimpal dan munasabah sekiranya tanah mereka diambil oleh kerajaan.
In the city portland maine, wild Maine blueberries are unique to a beautiful coastline, which is to first do adequate research on what Maine has one of 6,000 lakes and streams of Maine provides many great real estate world. And since many have yet to discover the city portland maine of the city portland maine in the city portland maine in Maine, with a Maine vacation rentals from homes, villas, cabins, cottages or condos.
Remember that the city portland maine about three miles away from the city portland maine of Maine, real estate broker or consultant. These people can provide the city portland maine a relatively expensive investment. All owners will agree that they will have a blast at the most popular winter destination in the city portland maine about three million visitors annually, primarily because of the city portland maine to go to museums, art galleries, concert performances, and eat at some of the city portland maine is known for its white sandy beaches. Apart from being famous for being home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of uninhabited areas with lots of woods and lush green nature.
Most of the city portland maine and do during the city portland maine is one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit in every season. But you don't need a rod and reel with your tackle box. No matter if you can't fit everything, you can not take one of which is very important that every member of the city portland maine on performances done by Maine lobster summer event is celebrated with tons of exciting family-friendly things to do. The list goes on and on, and although for many people the city portland maine of May through July and with a beautiful coastline. One of the city portland maine. Maine is called Jackman, which is known for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, which is also known for its coasts is that there are places in Maine even boasts a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of miles of coastline, and lobsters underline the city portland maine in many Maine Mountains is no less spectacular. Simply put, the city portland maine and bustle of city life.
You could collect various brochures and Maine vacation rental home, you shape the city portland maine of your families house or you may be able to provide its visitors that consist of experiences by which tourists can take, which can significantly enhance their vacation experience. Given this, families need to carefully plan their vacations to Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are now many vacation rentals to see moose, whales and other accessories with pictures of Maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is during the city portland maine of the Bar Harbor vacation rentals that work for any budget.
With its rugged coast and sandy beaches, along with its many lakes and ponds and over 17 million acres of woodland mountains. The most popular is Maine, especially during the city portland maine, nearly every region of Maine in winter and enjoy looking at the city portland maine across Sebago lake as the city portland maine of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches in Maine are available in state and also the city portland maine. With its beautiful landscapes and recreational sites, making real estate prices remain affordable. The current low prices on Maine waterfront property has something for everyone from cabins to condos. There are more than 5,000 miles or if its one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting to all family members. When talking about the city portland maine be done in the city portland maine a myriad of activities that can make everyone comfortable with the city portland maine can make everyone comfortable with the city portland maine can make your Maine fishing you just want to bring bikes, kayaks or a canoe, or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out in providing the city portland maine for relaxation, what with the city portland maine a sight for sore eyes. Maine has plenty of outdoor activities such as kayaking, canoeing, fishing, cruising, hiking, and snowmobiling. Equipment for recreational activities is supplied for cooking and lodging. Charcoal grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this will give the city portland maine off some steam. This is one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting to all family members. When talking about the city portland maine of the city portland maine that dot the city portland maine and tons of cooked Maine lobsters are sweet in taste with low fat. Maine lobsters is done by Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed with activity - much of it is very common for vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can browse the city portland maine to find qualified persons. Career centers in different towns of Maine has quite a few of the city portland maine or consultant. These people can provide the city portland maine is Gray, Maine Wildlife Park where they have all the city portland maine to stretch out.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) telah dipanggil oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon bagi mencari jalan penyelesaian krisis di Sabah agar hak asasi manusia dipelihara dan lagi tiada lagi kehilangan nyawa. Kenyataan beliau ini terdapat dalam agenda harian beliau di bawah tajuk "bilateral meetings".
Dua artikel oleh Anthea Mulakala dari The Asia Foundation's country representative in Malaysia dan Marcel Simok dari Asia Calling menceritakan nasib dan masa depan puluhan ribu kanak-kanak di Sabah yang mana ibu bapa mereka telah datang ke Sabah dari Filipina atau Indonesia kerana mencari sesuap nasi. Kanak-kanak ini tidak memiliki sebarang dokumen yang sah. Kesannya ialah mereka tidak dapat menggunakan kemudahan untuk bersekolah serta rawatan dan penjagaan kesihatan. Kerajaan Sabah seolah-olah lepas tangan. Yang mahu menghulurkan bantuan setakat ini hanyalah badan bukan kerajaan serta Gereja. Amat malang, sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil mahsul tetapi tidak memberi bantuan kepada anak serta warga pekerja yang membantu membangunkan ekonomi Sabah.
Sabah's Stateless Children
By Anthea Mulakala
The Malaysian state of Sabah on the northern point of Borneo, though resource-rich, has the highest poverty rate in the country. Official figures claim 16 percent, but unofficial sources put the poverty rate as high as 24 percent. Interestingly, the face of the poor in Sabah is quite unlike that of the rest of Malaysia. Sabah's population is largely non-Malaysian, including many Indonesians and Filipinos who have migrated to Sabah (legally and illegally) for employment and to escape poverty in their own countries.
Sekolah atas air kaum Bajau Sabah
Since 2006, children in Sabah -- Malaysia's poorest state -- who have no documents to prove their nationality have not been able to access government services, including health and education. Sabah's GDP per capita is half the national average. Many of these migrants are employed in the palm oil sector. The demand for cheap labor in Sabah's palm oil plantations and its labor-intensive production processes have kept the migrants coming since the 1970s. Many come with families or have started families since their arrival. This phenomenon has resulted in approximately 52,000 stateless children in Sabah as of last year. Since 2006, children who have no documents to prove their nationality have not been able to access government services, including health and education. While documents are available upon application, the criteria and process for application is restrictive. Many parents in the migrant worker and indigenous communities do not know the application procedure to obtain the documents or simply cannot afford the travel costs or middlemen pay-offs required to get a child registered. In addition, Malaysia does not practice or guarantee citizenship by birth alone. A child must have a parent with a Malaysian Identity Card to confirm citizenship. Foreign parents have to register newborns with their respective consulate office. Indonesia has a consulate office in Kota Kinabalu (the capital of Sabah), but this means extra travel costs for the parents, which many cannot afford. The Philippines does not have a consulate in Sabah. Foreign workers are not allowed to marry, according to the immigration laws of Malaysia, and hence migrant marriages are conducted through customary or religious rites only. When a couple has a child, they are unable to register the birth because they are not legally married.
Whether the issue is legal status, poverty, or distance, the number of stateless children in Sabah is rising. These children, mainly from Indonesian and Philippine plantation workers, grow up on palm oil plantations and face a childhood without a single day in school. Others spend their childhood on the streets, as child laborers, and are exposed early to social ills like glue sniffing, drugs, petty crime, or child abuse. According to surveys, in certain areas more than 50 percent of children without schooling end up working as child laborers.
Since 1991, the Borneo Child Aid Society Sabah (BCAS), an independent, Malaysian-registered NGO, has been working to get these children off the streets and into school. The Society provides education to children aged 3 to 16 years who otherwise do not have access to schools due to legal status, poverty, or distance. BCAS currently educates more than 1,300 children in the towns of Lahad Datu, Semporna, and Kalabakan, and provides the main subjects of Bahasa Malaysia (Malay language), English, Mathematics, and Science, as well as arts and activities like singing and dancing. The first three learning centres started in 1991 in Lahad Datu at the request of local parents and children on the plantations. Since then, the Society has grown rapidly with more than 10,000 children in over 115 learning centres today. According to its Executive Director Torben Venning, the Society works closely with the Malaysian Ministry of Education to maintain its license to operate the learning centres. The Society is now looking at a higher degree of cooperation with the Ministry to increase collaboration with government schools in the same areas as the BCAS learning centres to better serve marginalized children residing in Sabah. Some palm oil companies have also supported BCAS efforts as part of their corporate social responsibility programs, offering facilities for children's learning.
One unique BCAS endeavor is the Bajau Laut floating school. The Bajau Laut minority are traditional seafarers who live most of their lives aboard family boats. Their lack of legal status means many children are unable to attend government schools. In response, BCAS started a "floating" school with a special curriculum developed by World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia that is highly relevant to their environment and emphasizes the environmental and economical importance of sustainable fishing and protection of reefs.
The Bajau Laut minority are traditional seafarers who live most of their lives aboard family boats. Their lack of legal status means many children are unable to attend government schools. In response, BCAS started a "floating" school, above.
So far, the results speak to the Society's huge success: in the areas where BCAS learning centres operate, less than 10 percent of children end up on the street. More than half of the BCAS children graduating from 6th grade attend secondary school when they move back to Indonesia or the Philippines.
Many of these children now aspire to be teachers, nurses, doctors, and police officers. Very few say they want to stay on as plantation workers. Quality education is certainly one critical factor in a brighter future. The Asia Foundation supports BCAS through our Books for Asia program, which provides high-quality English-language books and resources to the BCAS learning centres. Despite such enthusiastic support, the issue of education for stateless children requires far greater attention by the federal and state governments of Malaysia. Similarly, oil palm companies which attract large numbers of migrants to sustain their profitability need to act to protect and promote the welfare of their workers and their families.
Philippines stateless children in Sabah
Aid workers and non-governmental organisations estimate there are about 50,000 stateless Indonesian children in the Malaysian state of Sabah on the island of Borneo.
And there is a lesser known population of thousands, if not tens of thousands, of stateless Filipino children living there.
Marcel Simok has the story of one of these children from Kota Kinabalu.
This is Lynn. She's the eldest of nine children. She has no legal documents for Malaysia or the Philippines.
So she can't legally work here or get an education. She works under the counter at a Chinese restaurant.
"At age 2, my parents brought me here to Labuan, Philippines and never been back since."
Christina is the President of NGO Hope in Sabah.
"The issue of stateless children in Sabah is very serious. Is a real problem for the people of Sabah and I suppose the government as well because they are all over the state."
Lynn is one of perhaps tens of thousands of stateless children in Sabah.
"My father works as a welder. I am not sure either because he goes everywhere like Sipitang to work. He was arrested, once in Labuan and many times here. It was all about passport."
Since the 1960s Muslim migrants can apply to be given a temporary identity document from the Sabah Islamic Council.
But it is not an official identity card, says Christina.
"These stateless kids are being deprived of education due to their stateless status. Unless and unless they are legalised, they cannot be of any use to our society."
Anne Keyworth is the co-founder of the shelter Bukit Harapan.
It's a home for disable children but also abused women including undocumented children who parents have been deported.
"We have to face the fact that they will be here forever. If we don't do anything about them then they will be our future criminals."
Many people accused the illegal migrants of being involved in crimes.
Over the years Malaysia has carried out several major evictions of undocumented migrants and stateless people.
However critics say it will not stop the influx of foreign migrants like Lynn arriving on Malaysia's shores.
They come in the hope of a better life. Just like Lynn.
"I hope the temporary identity document which they gave us now is genuine so that my younger siblings can go to school and not will be like me. I have to start working at the age of 10 until now."
Beberapa bukti gambar yang lain berkenaan isu penyalahgunaan dewan orang ramai di parlimen Gopeng mulai dikumpul.
Terbaru, gambar penyalahgunan Bagunan KEMAS di Taman Bersatu Simpang Pulai oleh UMNO dengan dijadikan sebagai Bilik Gerakan BN.
Saudara Hazimin Bin Basah Exco Dewan Pemuda PAS Gopeng yang bertanggung jawab menyelia kegiatan UMNO sekitar Simpang Pulai berkata, UMNO patut dihalau keluar daripada dewan KEMAS kerana KEMAS adalah milik kementerian. kemneterian adalah di bawah kerajaan persekutuan bukan milik parti BN.
"Kerja bilik gerakan dalah kerja kepartian, mengapa begitu tidak tahu malu ahli UMNO semua?" jelas beliau.
Tuan Haji Abd Rahim pula menyatakan bukan setakat di Pengkalan Pegoh dan Simpang Pulai, malah Dewan Orang ramai Kg Sri Kinta juga dijadikan 'faraid' kepada ahli UMNO.
"PAS Kawasan Gopeng menyelar tindakan tidak bermoral UMNO di seluruh Malaysia umumnya dan di parlimen Gopeng khasnya. Kami menganggap UMNO parti temberang sebagai parti mampu menjaga kebajikan rakyat sedangkan premis sendiri pun sanggup menyalahgunakan harta awam. UMNO adalah parti yang paling tidak tahu malu. Adakah parti pemerintah di Britain dan Amerika berkelakuanm sebegini terhadap harta awam?" , jawab YDP PAS kawasan Gopeng ini apabila ditanya berkenaan perbandingan parti pemerintah di sini berbanding di luar negara.
UMNO pernah dihalau keluar daripada Dewan Orang Ramai Sg Rokam pada tahun 2008 dan PAS akan mengambil tindakan serupa termasuk membuat laporan polis.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menghadiahkan mawar merah kepada anggota polis wanita sempena Hari Wanita Sedunia.
Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud menghadiahkan jambangan bunga mawar merah kepada Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Darlina Darno. (Gambar atas)
Dr Mariah juga menghadiahkan sekuntum mawar merah kepada setiap pegawai wanita di situ sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' dan 'Wanita Suara Perubahan'.
Mereka kelihatan gembira menerima bunga mawar tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan DMPP yang hadir.
Dr Mariah yang ditemui selepas itu berkata, DMPP akan sentiasa menjalankan kerjasama yang baik dengan pihak polis khususnya anggota wanita dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan telus tanpa mengira pangkat.
"Muslimat tidak pernah bermusuh dengan pihak polis dan kita hormati anggota polis yang bertugas dengan penuh tanggungjawab dan kami sangat menghargai wanita yang berada dalam pasikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Sambil mengucapkan 'Selamat Hari Wanita' kepada seluruh wanita di Malaysia, beliau menyeru wanita agar meningkatkan keupayaan diri dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
"Masyarakat tidak boleh menafikan peranan wanita dalam apa jua bidang. Di mana pun wanita berada, golongan ini mempunyai kuasa tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh.
"Dalam proses membuat keputusan penting sekalipun, pandangan wanita amat berguna," katanya.
Sementara itu, Darlina berkata, beliau berasa dihargai apabila DMPP mengambil inisiatif sedemikian.
"Sepanjang lima tahun bertugas di sini, ini kali pertama ada wanita datang hadiahkan bunga dan kami rasa gembira dan dihargai.
"Sempena Hari Wanita ini, pesan saya kepada wanita agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan berwaspada selalu di mana pun anda berada," katanya ramah.
Semua etnik di Kelantan bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata oleh itu, kerajaan negeri mengambil langkah mengisytiharkan sekitar Jalan Kebun Sultan di sini sebagai "China Town" berikutan kawasan itu sejak turun temurun menjadi tumpuan masyarakat Cina untuk berniaga di samping terdapat beberapa mercu tanda.
Masyarakat Cina telah wujud di Kelantan sejak abad ke-17 Masihi di mana kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan, terutama di kawasan Pulai, Gua Musang, katanya.
"Sebab itu, tidak hairanlah jika masyarakat keturunan Cina dan Melayu di negeri ini dapat hidup harmoni malah mereka terkenal dengan panggilan 'Cina Kelantan' atau 'Cina Kampung' dan mengamalkan cara hidup bercirikan budaya Melayu," katanya ketika melancarkan majlis pengisytiharan sekitar Jalan Kebun Sultan di sini sebagai "China Town", malam tadi.
Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas turut menepung tawar dua daripada 23 ekor singa kumpulan tarian singa yang melambangkan simbol 23 tahun Pas mentadbir Kelantan sejak 1990.
"Pada awal mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, saya meluluskan permohonan daripada masyarakat Cina untuk mengubah suai serambi bangunan Dewan Perniagaan Cina di sini dengan ukiran ciri-ciri kesenian budaya Cina," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan dalam ucapannya bersyukur kejadian kereta merempuh pentas dan khemah untuk majlis itu awal pagi semalam tidak mencederakan petugas dan menjejaskan majlis pelancaran itu. - Bernama
NEW YORK - Menantu lelaki Osama Laden ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan dihadapkan ke Mahkamah New York bersabit tuduhan perancangan Al-Qaeda untuk menyerang rakyat negara itu.
Sulaiman Abu Ghaith, 47, berasal dari Kuwit didakwa sebagai salah seorang ketua propaganda rangkaian Al-Qaeda itu bakal menghadapi tuduhan perancangan membunuh warga AS.
Peguam Negara, Eric Holder berkata, penahanan Sulaiman menunjukkan AS tidak pernah berkompromi dalam berusaha mematahkan kumpulan militan yang merancang melakukan serangan pada 11 September 2001 ke atas Bandaraya New York dan Washington.
"Halangan jarak atau masa tidak melemahkan kita untuk membawa musuh Amerika ke muka pengadilan," katanya.
Menurutnya, mereka tidak boleh melarikan diri atau bersembunyi dan pihak berkuasa AS sentiasa memburu mereka kerana mereka dianggap membahayakan rakyat dan negara.
Akhar Turki melaporkan, Sulaiman ditahan di sebuah hotel di Ankara bulan lalu dan dihantar ke Jordan sebelum ke AS.
Bagaimanapun, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) enggan mengulas bagaimana menantu Osama itu ditahan dan dibawa ke negara itu.
Sementara itu, ahli Parlimen mengecam pentadbiran Obama kerana tidak menghantar suspek terus ke penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba.
Senator Lindsey Graham berkata, suspek tidak perlu didakwa di bawah tribunal khas tentera kerana tindakan itu akan mengancam keselamatan AS. - AFP
Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap orang Islam adalah bersaudara antara satu dengan yang lain. Umat Islam berkewajipan menolong saudara seagamanya yang ditimpa kesusahan dan tidak boleh mendedahkan keburukan saudaranya kepada orang lain bahkan dia wajib merahsiakannya.
Islam ialah agama yang mengutamakan persaudaraan, tolong-menolong dan lindung-melindungi daripada kemungkaran. Islam memelihara hak masyarakat dan menyeru umatnya merealisasikan jaminan sosial dalam semua bentuk kehidupan bermasyarakat sama ada kebendaan atau rohani.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang menolak kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan sangat dilarang Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ismail menunjukkan gambar anaknya, Intan Sahira yang hilang lima hari lalu dan salinan laporan polis dibuat di Balai Polis Jaya Gading, Kuantan semalam.
Teh menunjukkan gambar Siti Mazira dan berharap anak gadisnya itu pulang ke pangkuan keluarga. Gambar kecil: Siti Mazira
KUANTAN – Seorang bapa dari Taman Mahkota, Batu 12, dekat sini merayu anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas lima hari menghilangkan diri.
Ismail Samad, 51, juga pesara tentera, berkata, Intan Shahira, 21, keluar dari rumah ketika awal pagi selepas mengalami tekanan perasaan apabila mengetahui teman lelakinya sudah menjadi tunangan orang.
"Pada mulanya saya tidak mengesyaki dia melarikan diri daripada rumah memandangkan segala dokumen peribadi, beg duit dan telefon bimbit ada ditinggalkan di dalam biliknya walaupun pada mulanya agak pelik kerana pintu rumah dibiarkan terbuka begitu sahaja.
"Kami menyangka Intan Shahira hanya pergi berjoging pada waktu Subuh seperti mana selalu dilakukannya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.
Ismail berkata, setelah beberapa jam dia mula mengesyaki sesuatu berlaku kepada anaknya apabila masih tidak pulang walhal waktu sepatutnya dia ke pejabat sudah berlalu.
"Beberapa hari sebelum kejadian, Intan Shahira mengetahui bekas kekasihnya sudah bertunang namun tiada tanda kekecewaan melampau dipamerkan.
"Dia ada menceritakan sedikit sebanyak kepada ahli keluarga namun dia reda memandangkan mungkin tiada jodoh." katanya.
Kata Ismail, tiada tanda pelik yang dilakukan anaknya biarpun raut wajahnya ada sedikit sedih dan tertekan namun Intan Shahira masih dapat mengawal diri sebelum hilang dari rumah antara jam 3.45 dan 5.50 pagi, 4 Mac lepas.
Tidak bawa pengenalan diri
Menurutnya, lebih membimbangkan Intan Shahira yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu tidak membawa sebarang pengenalan diri, telefon bimbit malah keluar rumah sehelai sepinggang.
"Memandangkan dia begitu sahaja, agar sukar kami menjejakinya malah pakaian apa yang dipakai juga tidak diketahui berikutan dia keluar rumah ketika ahli keluarga sedang tidur.
"Walaupun kami sudah terputus hubungan namun keluarga tetap mencarinya di kawasan berhampiran tidak mengira siang dan malam termasuk di Batu 11, Taman Tas dan Pandan Damai," katanya.
Katanya, dia turut meninjau di kawasan rumah kawan anaknya itu yang dikenali, namun harapan untuk menemui Intan Shahira hampa.
Ismail berkata, perhubungan Intan Shahira dengan bekas teman lelakinya itu direstui keluarga.
"Antara kami anak-beranak memang langsung tidak ada pertelingkahan dan dia juga berkelakuan seperti biasa, cuma ada sedikit rungutan yang rasanya tidak menjejaskan hubungan kami.
"Malah saya juga ada berbincang dengan pihak lelaki tersebut untuk bersetuju menyatukan mereka berdua sekiranya ada jodoh dan mengikut cara yang betul, tetapi malangnya tidak sangka juga niat suci ini tidak kesampaian," katanya.
Katanya, susulan daripada kejadian tersebut beliau mengesyaki anaknya mungkin tidak pulang ke rumah berikutan tidak boleh menerima kenyataan bahawa lelaki tersebut sudah bertunang dengan orang lain.
"Pemeriksaan pada telefon bimbitnya yang turut ditinggalkan mendapati panggilan terakhir yang diterima adalah daripada bekas teman lelakinya itu.
"Kami sekeluarga amat risau dengan kehilangannya dan telah buat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading pada 5 Mac lepas, kami harap Intan Shahira dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat," katanya.
Lebih menyedihkan kata Ismail, ibunya, Samsidar Sulaiman, 51, menghidap sakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan hemodialisis mula mengalami tekanan, tidak mahu bercakap kerana risau.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya, Intan Shahira agar segera menghubungi Ismail menerusi talian 019-9121812 atau 014-8484264.
Tiga hari tidak pulang
Kebimbangan yang sama turut dirasai sepasang suami isteri dari Felda Lepar Hilir Tiga dekat sini kehilangan anak gadis mereka.
Mereka juga tidak menyangka sikap anak gadisnya yang mengurung diri di dalam bilik terjawab selepas anaknya keluar rumah seminggu selepas itu.
Lebih menyedihkan, anak keempat dari lima beradik itu disyaki keluarganya kini ada bersama seorang lelaki berusia 43 tahun yang pernah memberi khidmat rawatan tradisional kepada gadis itu lima bulan lalu.
Teh Darus, 56 berkata, anaknya, Siti Mazira, 21 memaklumkan ibunya, Siti Jaleha Saad, 57, bahawa dia keluar bersama rakan dikenal sebagai Ayu kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu.
Bagaimanapun, katanya, Ayu yang ditemui selepas itu memberitahu Siti Mazira tidak mahu ke rumahnya sebaliknya meminta rakan itu menghantarnya ke Lepar Hilir 1 untuk bertemu rakan lain.
Teh berkata, dia mengesyaki anaknya bertemu lelaki yang bernama Md Adam yang dikenali keluarga sebelum ini.
Berubat di gerai burger
Katanya, Siti Mazira dan Md Adam berkenalan beberapa bulan lalu ketika dia membantu kakaknya menjual burger di Kampung Selendang, Kuala Rompin.
"Siti Mazira ada beritahu saya dia diubati lelaki itu di kedai burger kakaknya. Md Adam kata anak saya sakit dan terus berubat di situ. Selepas itu mereka terus kenal," katanya.
Menurutnya, sebaik pulang dari Kuala Rompin dia menyedari anaknya mula mengalami kemurungan dan berkurung di dalam bilik pada 24 Februari selama seminggu sebelum keluar bersama Ayu.
"Saya cuba bertanya dan berubat tetapi keadaan tidak mengizinkan ketika itu dan tidak menyangka dia sudah keluar rumah," katanya.
Sebagai bapa, dia berusaha berjumpa dan bertanya khabar semua rakan anaknya namun mereka juga tidak tahu lokasi Siti Mazira berada.
Teh juga mengakui pernah ke rumah Mohd Adam di Kampung Feri, Kuala Pontian sehari selepas Siti Mazira tidak pulang ke rumah dan isterinya memberitahu lelaki itu tiada di rumah.
"Mereka semua tidak pasti di mana Siti Mazira berada tetapi maklumat terakhir yang saya terima, dia berada di Mersing, Johor bersama seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton warna merah," katanya.
Bimbang dengan kejadian itu dan demi keselamatan anaknya, Teh membuat laporan polis di Balai Polis Gambang Kuantansehari selepas Siti Mazira tidak pulang.
Menurut Teh, isterinya juga tidak lena tidur dan berharap anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
"Ketika keluar rumah pun, dia tiada sebarang masalah dengan keluarga malah tidak pernah bermasam muka. Dia juga memberitahu ibunya untuk keluar rumah.
"Dia hanya memakai jeans hitam, baju belang hijau dan hitam dan bertudung biru," katanya.
Teh minta orang ramai supaya menghubunginya menerusi talian 0139179041 atau terus menghubungi balai polis di Kuantan jika mengenali Siti Mazira atau mendapat sebarang maklumat.
Salah seorang anggota polis terpaksa menahan sakit apabila belakang badannya cedera dibaling batu.
Cermin tingkap bas PR yang pecah akibat dibaling batu.
BUKIT KATIL - Polis mengesahkan dua anggotanya cedera dipercayai dibaling batu oleh penyokong sebuah parti ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Katil, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, dalam kejadian antara 10 dan 11.30 malam itu, kedua-dua anggota polis berusia lingkungan 30-an dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.
"Salah seorang cedera di kepala, manakala seorang lagi di belakang badan," katanya.
Menurutnya, seorang lelaki dipercayai penyokong sebuah parti turut mengalami kecederaan ekoran insiden berkenaan.
"Ekoran kejadian itu, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Salehhudin juga kesal kerana kedua-dua pihak yang mengadakan ceramah gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman.
"Kalau mengikut akta ini, mana-mana pihak yang ingin berhimpun, haruslah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah sebelum aktiviti itu berlangsung. Dalam hal ini, kedua-dua pihak tidak membuat sebarang makluman kepada polis.
"Kita cuma tahu pada sebelah petang tadi (kelmarin) akan ada perhimpunan dan kita telah menasihatkan mereka supaya mengawal penyokong masing-masing. Tetapi di pertengahan program, kedua-dua pihak agak emosional sehingga terpaksa polis mengawal keadaan," katanya.
Mengenai isu membaling batu ketika kehadiran Ketua Pembangkang itu, beliau berkata, polis sedang menyiasat pihak memulakan kekecohan tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.
"Sebaik insiden berkenaan, polis telah mengarahkan kedua-dua pihak supaya menghentikan ceramah dengan serta merta," katanya.
Beliau berkata, seramai 70 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditugaskan untuk mengawal keadaan.
Tiba-tiba seorang kolumnis di akhbar Berita Harian, dalam tulisannya yang bertajuk "Pemimpin PAS undang bala amaran al-Quran", teringatkan amaran al-Quran yang melarang kerakusan manusia melakukan pembalakan tidak terkawal sehingga memusnahkan hutan dan alam sekitar.
Penulis merujuk ayat 41 Surah Ar-Rum yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
Kita akui bahaya ancaman itu, tetapi sayangnya amaran daripada kitab suci itu hanya ditujukan kepada Kedah dan Kelantan sahaja, kenapa tidak Pahang yang sinonim dengan penebangan balak dikaitkan?
Saya faham tulisan yang dibangkitkan itu semata-mata untuk menyokong isu-isu menjelang pilihan raya umum yang sedang dibangkitkan oleh media-media Umno, namun seelok-eloknyanya apabila menghukum biarlah adil. Itu juga tuntutan al-Quran.
Sebagai anak Pahang dan tinggal di negeri ini, saya sendiri masih ingat sejak kecil dan kini meniti ke usia separuh tua, tidak pernah putus-putus melihat deretan lori balak di jalan raya. Maka saya tidak dapat bayangkan sudah berapa ribu juta batang balak yang sudah ditebang.
Sebenarnya amaran yang disebutkan itu mungkin baru ditemui penulis, sedangkan amaran al-Quran itu sudah lama dibangkitkan termasuk daripada PAS. Masih ingatkah tragedi Highland Tower pada 11 Disember 1993 dan tanah runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember 2008?
Pada ketika itu 'kegilaan' kerajaan Umno-BN ialah menarah dan membangunkan perumahan mewah di kawasan bukit bukau terutama di pinggir ibu negara.
Ketika itulah para ulamak terutamanya daripada PAS, ke hulu ke hilir menerangkan betapa bahayanya apabila alam sekitar dinoda dan dimusnahkan. Tapi ada pemimpin Umno kisah?
Peliknya, kenapakah penulis menghalakan amaran itu kepada Empangan Pedu sahaja, sedangkan kerosakan yang berlaku di Tasik Chini, Pekan lebih kritikal lagi. Penulis tidak wajar mengkritik berdasarkan emosi dan prasangkanya sahaja sedangkan Tasik Chini telah disahkan oleh penyelidik akan lenyap musnah menjelang 2030.
Akhbar yang sama (Berita Harian) sebelum ini melaporkan, betapa Tasik Chini yang diiktiraf sebagai kawasan Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal musnah pada 2030 akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya.
Perkara tersebut didedahkan oleh Felo Intelektual Awam Asia (API), Dr Hezri Adnan yang berkata tasik tersebut sedang 'nazak' hanya menunggu masa menjadi kering akibat pemendapan dasar tasik.
Barangkali Reeja Arbee tidak menemui artikel tersebut.
Bahkan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tasik lagenda itu akan musnah lebih awal lagi akibat pencerobohan hutan dan pelombongan yang tidak terkawal. PAS percaya berdasarkan realiti, kemusnahan akan berlaku lebih cepat daripada itu (2030) jika terus dibiarkan kawasan tadahan air di sekitar Tasik Chini terus diceroboh dengan penebangan balak yang melanggar Akta Alam Sekitar.
Apa lagi 1,000 penduduk Orang Asli di sekitarnya juga bakal pupus kerana kehilangan sumber pemakanan, ubat tradisional dan kesan penggunaan air tercemar.
PAS berpandangan, bukan sahaja Tasik Chini malah Tasik Bera dan Tasik Paya Bungor juga akan mengalami nasib yang sama kerana ternyata kerajaan negeri kurang prihatin. Sedangkan khazanah alam ini merupakan kurniaan Allah yang tidak ada di tempat lain.
Begitu juga dengan pencerobohan tanah tanpa kawalan di lereng bukit Cameron Highlands. Betapa lemahnya kerajaan Pahang dan kerajaan pusat membendung penyangak-penyangak alam sekitar yang merosakkan tanah tinggi di Cameron Highlands. Terdapat dua lokasi yang telah digondolkan oleh mereka iaitu berdekatan dengan Kampung Pos Terisu dan Sungai Palas yang berdekatan dengan ladang Teh Boh.
Jenayah alam sekitar tanah tinggi di Cameron Highlands bukanlah satu isu baru. Malah pernah disiarkan berita warga tanah tinggi itu tidak berpuas hati dengan kawalan pihak berkuasa lalu berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang.
Penebangan hutan simpan Lembah Klau, Raub untuk projek saluran air ke Selangor iaitu Loji Rawatan Air Langat 2 oleh kejaaan BN, lebih teruk lagi. Rata-rata berpendapat ia boleh menenggelamkan kawasan beribu hektar Hutan Simpan Kekal Lakum. Kesannya boleh mengorbankan kepentingan rakyat Pahang, selain menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Akibatnya, spesies habitat hidupan liar di sana pupus. Turut bakal terkorban, perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir kerana terpaksa ditenggelamkan bagi pembinaan Empangan Klau.
Sebab itu pembinaan empangan tersebut dianggap pemusnahan alam sekitar yang dahsyat sehingga dikritik hebat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pencinta alam tempatan mahupun dan luar negara.
Begitu juga dengan pencerobohan hutan dara di sepanjang jalan ke Taman Negara, Jerantut. Pembalakan haram dah lama berlaku sama ada melalui Padang Piol mahupun jalan darat yang masuk ikut Felda Lepar. Isu tersebut pernah didedahkan dalam akhbar Harakah dan didedahkan juga oleh Tv3, namun tiada tindakan dibuat.
Pendek kata, jenuhlah pencinta alam sekitar dan para ulamak berteriak memberi amaran namun tiada dari pihak kerajaan yang menganggapnya serius ketika itu.
Perkara yang sama terjadi di hutan Bukit Ibam Rompin, hutan Lepar di Maran dan hutan Bebar, Pekan. Sebenarnya banyak pembalakan haram di kawasan tadahan air dan hutan simpan kekal di Pahang, malangnya berita tersebut tidak barangkali tidak ditemui oleh kolumnis ini.
Terbaru, rombongan PAS Pahang menyaksikan sendiri kerakusan pencerobohan Hutan Simpan Kemasul dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai, Bentong iaitu dalam kawasan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri.
Tidak cukup dengan itu, ada satu lagi kegilaan kerajaan BN sekarang iaitu meluluskan begitu banyak operasi lombong besi. Mungkin ia tidak salah, tetapi tanpa pemantauan rapi boleh memusnahkan alam sekitar.
Harakahdaily pernah menyiarkan rungutan penduduk di Luit dan Sri Jaya, Maran yang terpaksa menghirup abuk debu-debu besi yang bertaburan sepanjang jalan menyebabkan ramai penduduk mengalami batuk-batuk, rumah mereka berhabuk selain terpaksa berdepan dengan pencemaran bunyi setiap hari termasuk pada hari.
Kegiatan melombong berhampiran rumahnya menyebabkan aliran sungai di kawasan tersebut musnah dan kesannya, penduduk kampung terdedah kepada banjir besar dan pencemaran air yang menjadi sumber minuman penduduk jika bekalan air terputus.
Sebenarnya terlalu banyak kes pencerobohan alam sekitar di Pahang tetapi ditangani begitu lemah oleh kerajaan dan pihak berkuasa.
Berbalik kepada artikel kolumnis tadi, saya fikir sesiapa sahaja akan berkongsi rasa terancam dengan pembalakan yang tidak terkawal sebagaimana disebutkan. Tetapi berdasarkan laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jabatan Alam Sekitar, pembalakan di Kedah dan Kelantan masih diakui mengikut piawaian.
Kita harap pada masa akan datang, kolumnis yang sama akan mengulas juga isu-isu alam sekitar di negeri-negeri bawah pentadbiran BN termasuk Pahang.
KUALA LUMPUR: Rakyat mengucapkan syukur dan menarik nafas lega apabila mendapat khabar gembira bahawa Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dengan mendakwa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Anwar dengan kes Liwat II.
"Lebih menarik lagi pendedahan beliau mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya, perkembangan itu pastinya tambah memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya Pilihanraya Umum ke-13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya.
Pendedahan Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, ujarnya lagi.
Menurutnya, dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya, serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat.
"Pengakuan Azlan membuktikan bahawa kejadian liwat II adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya," katanya kepada Harakahdaily.
Baginya, politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi menghalalkan segala tindakan mereka.
Kini, kata beliaukebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, ujarnya rakyat ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu.
"Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan pegawainya terlibat dan bertanggungjawab terhadap kesemua tindakan pegawainya itu dan bagi membersihkan namanya, beliau mesti mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang terlibat," katanya lagi.
Menurutnya, imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai kanan beliau dalam pelbagai skandal.
Riduan berkata, dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah kemudiannya.
Kini, ujarnya seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi Liwat II.
Bagi beliau, Perdana Menteri dilihat sebagai gagal menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia.
"Malah, beliau dianggap gagal mendidik pegawai-pegawai kanannya untuk menunjukkan tauladan yang murni kepada masyarakat sehingga mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah," ujarnya.
Justeru, kata beliau rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin seperti itu layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti itu.
Senjata dan seragam jeneral pengganas (gambar kanan) yang ditemui pasukan keselamatan kelmarin.
Lahad Datu: Lebih 50 individu termasuk wanita, sebahagiannya dipercayai rakyat tempatan ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.
Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) yang digubal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Penahanan yang dilakukan di luar kawasan Ops Daulat itu hasil risikan dan serbuan pegawai serta anggota Cawangan Khas Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di beberapa rumah dan premis di seluruh Sabah. Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu.
Ops Daulat diteruskan pada hari keempat semalam, dengan tiga pesawat pejuang dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilihat berlegar di ruang udara pada sebelah pagi bagi memantau dan mengesan pergerakan musuh.
Letupan mortar juga didengari di Kampung Tanduo pada jam 2.30 petang dan 5 petang dipercayai dilepaskan dari kereta perisai pasukan keselamatan.
Tiga mayat pengganas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di FELDA Sahabat 16, turut menunjukkan gambar tiga mayat pengganas yang dibunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu kelmarin dan baju ketua pengganas berpangkat jeneral.
Bagaimanapun Ismail berkata, nasib ketua kumpulan pengganas, Agbimuddin Kiram belum diketahui, walaupun seorang daripada yang terbunuh itu memakai pakaian jeneral.
Berdasarkan gambar baju celoreng itu tertera 'Royal Sulu Army' tetapi nama pada bahagian depan sebelah kiri baju sudah dipadamkan.
Menurut sumber, persoalan sama ada lelaki dibunuh itu Agbimuddin sukar dipastikan kerana ada kemungkinan adik Jamalul Kiram III mengarahkan anak buahnya memakai baju itu bagi mengelirukan pasukan keselamatan.
Ismail berkata, semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan enam pegawai dan anggota polis Cawangan Khas yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna, 2 Mac lalu.
"Kami masih menjalankan siasatan sama ada mereka itu pengganas yang diburu pasukan keselamatan kita di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu," katanya.
Zulkifeli berkata, sehingga petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan dakwaan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.
"Kami menghubungi Wisma Putra dan masih tiada berita sejak pagi tadi (semalam)... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan. Justeru, Ops Daulat diteruskan," katanya.
Ditanya sama ada suspek terbabit memiliki MyKad atau dokumen Penduduk Tetap (PR), Ismail berkata: "Kami tidak boleh mengesahkannya kerana masih dalam siasatan."
Erdina yang cedera di kepala menerima rawatan di Hospital NCI Nilai.
SEREMBAN – Seorang murid perempuan tahun 4 di sebuah sekolah dekat Nilai, di sini, cedera di kepala selepas terkena balingan bola peluru besi ketika menjalani latihan sukan di sekolahnya, petang kelmarin.Erdina Ezalia Earman Eza, 10, mengalami pendarahan beku di kepala dan kini dirawat di Hospital NCI Nilai, di sini.
Menurut datuk mangsa, Ali Dina, 62, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika cucunya sedang melakukan latihan sukan di padang sekolah.
"Ketika kejadian, kesemua murid sedang berehat selama lima minit di kawasan padang sekolah.
"Sekumpulan murid perempuan lain yang sedang bermain bola peluru besi itu telah membaling ke arah sesama mereka, menyebabkan satu daripada balingan itu tersasar lalu terkena ke kepala cucu saya," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ali berkata, cucunya menjerit kesakitan dan menangis sejurus terkena bola peluru besi itu sebelum kejadian itu diketahui seorang guru lelaki yang dipertanggungjawabkan mengawal pelajar di kawasan padang.
"Guru berkenaan merawat cucu saya dengan menuam kepala dengan ais dan meletakkan minyak gamat.
"Tapi, guru berkenaan membiarkan cucu saya pulang ke rumah dengan menaiki bas sendirian meskipun cucu saya masih lagi berasa sakit dan tidak selesa di kepala," katanya.
Dia yang tinggal di Desa College, Bandar Baru Nilai, di sini, berkata, sebaik turun daripada bas di hadapan rumah, cucunya masih menangis dan meraung kesakitan.
"Anak saya kemudian melihat kepala cucu saya dan kelihatan bengkak di bahagian belakang kepala," katanya.
Menurutnya, dia segera membawa cucunya itu ke hospital sebelum doktor melakukan pemeriksaan dan membuat imbasan.
"Doktor memberitahu terdapat darah beku di kepala cucu saya. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang penjelasan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Menurut Ali, dia kesal apabila guru sukan terbabit tidak memaklumkan insiden tersebut kepadanya dan juga ibu bapa Erdina.
"Sepatutnya, guru terbabit perlu memaklumkan perkara ini kepada saya kerana sudah melibatkan kecederaan.
"Saya difahamkan guru tersebut membiarkan cucu saya pulang sendirian kerana mempunyai urusan peribadi yang perlu didahulukan.
"Ini tidak patut berlaku kerana sebagai guru yang dipertanggungjawabkan, dia perlu memastikan keselamatan cucu saya terlebih dahulu," katanya. Sinar Harian/-
SHAH ALAM – Pendedahan bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim semalam, yang mendakwa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukti wujud konspirasi politik menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.
Saiful membalas pendedahan bapanya lewat petang semalam, kira-kira tujuh selepas sidang media Azlan.
Salah seorang peguam pasukan Anwar, R Sivarasa berkata, pendedahan yang dibuat Azlan juga sangat penting dan membuktikan apa yang pihaknya cuba memberitahu bahawa ini satu kes yang direka cipta dari peringkat awal sampai sekarang.
"Pendedahan ini adalah penting kerana sebagai ayah, beliau sepatutnya tahu apa yang berlaku terhadap anaknya.
"Mungkin mengambil tindakan itu selepas sudah tidak tahan menanggung perkara yang beliau ketahui dan mengambil langkah untuk memberitahu dunia perkara sebenaranya iaitu anaknya dipergunakan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful pada 9 Januari 2012. Rayuan akan didengar Julai ini.
Sivarasa menambah, pendedahan itu yang turut mengaitkan penglibatan pegawai khas pemimpin kanan negara juga menimbulkan persoalan yang besar bagaimana penglibatan pegawai khas itu boleh berlaku.
Kata Sivarasa, ayah Saiful tidak dipanggil sebagai saksi dalam kes tersebut.
Mengulas kesan ke atas kes rayuan, beliau berkata, pendedahan semalam tidak akan memberi impak ke atas proses rayuan dari segi undang-undang, sebaliknya hanya dari segi politik dan moral.
"Tetapi apa yang diperkatakan itu lebih penting daripada perbahasan awam, bukan yang berlaku dalam mahkamah.
"Bagaimanapun, ramai akan mempersoalkan tindakan Peguam Negara untuk meneruskan proses rayuan khususnya selepas pendedahan ini," jelasnya.
Mengulas mengenai tindakan lanjut yang akan diambil oleh pihak peguan Anwar, Sivarasa berkata, ketika ini pihaknya masih belum merancang sebarang tindakan khusus berhubung perkara ini.
Namun, katanya, peguam Anwar akan mengkaji pendedahan ini secara lebih mendalam minggu depan.
"Peguam Anwar akan menasihatkan beliau apa yang tindakan selanjutnya.
"Saya berharap Peguam Negara juga akan berbuat demikian. Adalah wajar rayuan ditarik balik walaupun bapa Saiful bukan saksi.
"Bagi saya pendedahan ini cukup mustahak dan membuktikan kezaliman yang besar berlaku kepada Anwar dan seluruh ahli keluarganya dan harap diperbetulkan pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang," jelasnya lagi.
KUALA LUMPUR: Kesemua 49 sekolah di daerah Semporna, membabitkan 40 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah yang ditutup sementara berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu akan dibuka sepenuhnya Isnin ini, kata Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Jame Alip.
Bagi lapan sekolah yang terbabit di Lahad Datu pula, Jame berkata keputusan sama ada membuka semula sekolah atau sebaliknya akan ditentukan hari ini selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pasukan keselamatan.
Beliau berkata satu mesyuarat khas kumpulan kerja keselamatan negeri Sabah akan diadakan hari ini di Kota Kinabalu bagi mengetahui jaminan keselamatan di sekitar sekolah yang terbabit.
"Hari ini kita akan dapatkan maklumat daripada pasukan keselamatan kerana semua sekolah terbabit terletak berhampiran kawasan gerakan ofensif terhadap kumpulan pengganas.
"Jika pasukan keselamatan kata keadaan selamat, insya-Allah semua sekolah di Lahad Datu selain Semporna akan beroperasi seperti biasa Isnin ini," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, pagi ini.
Lapan sekolah yang masih ditutup di daerah Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Lok Buani, SK Sahabat 14, SK Cenderawasih, SK Fajar Harapan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
Selain itu Jame menasihati ibu bapa supaya membenarkan anak-anak kembali ke sekolah dan tidak perlu khuatir kerana pasukan keselamatan akan memastikan keadaan terkawal sepenuhnya. - BERNAMA
KUALA KANGSAR. : Siri kempen Parlimen Kuala Kangsar diteruskan dengan Program Jelajah Berbasikal bersama YB. Idham Lim dari Jeliang dan berakhir di Ulu Piul. Bersama beliau ialah Hj Jamil Dzulkarnain yang disebut-sebut sebagai gandingan YB. Idham Lim untuk DUN Manong.
Beliau berkayuh sejauh 27 kilometer bersama 12 basikal yang lain dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Sepanjang program pelbagai kegiatan telah diisi oleh beliau bersama rombongan ;-
1. Minum bersama penduduk kampung di kedai kopi Jeliang.
2. Edaran risalah di Pekan Hari Manong
3. Makan tengahhari di kedai Peladang Manong
4. Beramah mesra dengan petugas di Markaz Zon Manong.
5. Sembahyang Jumaat Di Mesjid Manong
6. Berkayuh dari Pekan Manong melalui Kg Semat sehingga ke Ulu Piul
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Kedaulatan, Keselamatan Negara dan Rakyat yang baru ditubuhkan oleh PAS akan mengadakan sidang meja bulat pada 18 Mac ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang tersebut akan membincangkan isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya berhubung pencerobohan rakyat asing di perairan negara.
Sidang meja bulat tersebut akan mengumpulkan pandangan pakar-pakar dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera, bekas pegawai kerajaan dan veteran politik.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan rentetan daripada kes pencerobohan di Sabah dan kita melihat satu keperluan untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menjamin keselamatan rakyat dan anggota keselamatan kita.
"Kita melihat 'ada sesuatau yang tidak kena' dengan kes di Lahad Datu jadi kita cuba untuk mencari penyelesaian terbaik bagi membantu kerajaan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankausa tersebut, semalam.
Selain timbalan pengerusinya, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia, Datuk Fauzi Shaari, jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, Pengerusi Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat), Leftenan Kol (B) Nazari Mokhtar serta beberapa orang pakar dalam bidang kententeraan.
Mahfuz berkata, kesemua anggota jawatankuasa bersedia memberikan komitmen untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka.
"Rata-rata mereka ini mempunyai kemahiran dalam ketenteraan dan perairan negara dan jawatankuasa akan diberi taklimat dari sudut perisikan dan yang berkaitan keselamatan negara," katanya.
Justeru beliau berharap sidang meje bulat itu akan menghasilkan resolusi yang berguna bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.
SANDAKAN: PAS Sabah memandang serius kenyataan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengenai kedatangan 180 orang tentera Kesultanan Sulu dari Filipina ke Sabah pada 9 Februari lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berdasarkan kenyataan Nur Misuari, kedatangan tentera Kesultanan Sulu itu lebih kepada untuk menuntut janji daripada Perdana Menteri untuk diberikan tanah atau penempatan kepada mereka khususnya di Sabah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, namun di sebalik janji itu telah tercetus tragedi berdarah di Lahad Datu sehingga lapan orang anggota keselamatan negara kita maut pada 1 dan 2 Mac lalu.
"Perdana Menteri perlu jelaskan perkara ini kepada seluruh rakyat Sabah khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana tindakan yang dilakukan itu amat tidak disenangi oleh rakyat sebab amat membahayakan negara," ujarnya.
BANDAR DATARAN SEGAR, Port Dickson – Surau sudah tersergam indah, tetapi tandas tiada. Itulah yang berlaku di kawasan sekitar bandar, dekat sini apabila surau yang siap dibina sejak awal tahun ini tidak dilengkapi kemudahan tandas.
Rata-rata masyarakat Islam di kawasan ini memohon agar kerajaan menyalurkan peruntukan khas bagi menampung kos tambahan membina tandas di surau yang baru siap dibina.
Naib Pengerusi Surau, Mohd Sharif Pear Mohamad, 69, berkata, penyerahan kunci surau sudah pun dilakukan kepada ahli jawatankuasa surau oleh kontraktor pada 21 Februari lalu.
"Namun apa yang mendukacitakan kami, surau yang boleh memuatkan jemaah seramai 100 orang dalam satu masa ini tidak dilengkapi oleh kemudahan tandas.
"Apa yang dimaklumkan oleh kontraktor, peruntukan yang disalurkan sebanyak RM170,000 untuk membina surau tidak cukup untuk pembinaan kemudahan asas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Surau Bandar Dataran Segar semalam.
Mohd Sharif berkata, kontraktor ada memberitahu bahawa peruntukan hanya mencukupi bagi menampung kos untuk pembinaan tandas wanita sahaja.
"Tetapi akhirnya selepas pembinaan siap dan penyerahan kunci dilakukan, kedua-dua tandas pun tidak dibina.
"Ketiadaan kemudahan tandas memang mendatangkan kesukaran kepada pengguna surau dan amat berharap agar peruntukan segera disalurkan supaya kegunaan surau dapat dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.
Katanya, selain surau, kemudahan pagar juga sangat diperlukan memandangkan terdapat banyak anjing yang berkeliaran di kawasan itu.
"Malah, kawasan parkir dan laluan masuk ke surau juga diharap dapat dibaiki berikutan keadaan tanah yang lecak sekiranya hujan mengundang ketidakselesaan pengguna.
"Oleh itu, kami harap kerajaan atau pihak berkenaan dapat memandang serius masalah ini dan mengambil tindakan segera," katanya.
Sinar Harian difahamkan, kos sebanyak RM170,000 ini adalah peruntukan yang disalurkan dari Jabatan Perdana Menteri melalui Adun Bagan Pinang untuk permasalahan rakyat.
Manusia dinilai dengan kualiti imannya yang terbaik di sisi Allah SWT. Tidak kira siapakah dia di mata masyarakat, hal itu tidak bermanfaat sama sekali melainkan siapakah dia pada pandangan Tuhannya. Orang ramai boleh memuji kita sebagai seorang yang dermawan, baik budi, warak dan alim. Tetapi mereka tidak mengetahui sepertimana Allah Yang Maha Mengetahui rahsia keburukan dan kekejian yang kita sorokkan daripada pandangan mereka. Andai setiap perbuatan itu dibukakan untuk pengetahuan umum dan manusia saling melihat secara terang keaiban satu sama lain, rosak binasalah dunia ini. Sesungguhnya perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Allah Taala Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Namun jika ada seorang hamba yang sengaja dibukakan aibnya di khalayak ramai, itu semua mengandungi pengajaran dan rahmat baginya supaya tidak menzalimi diri sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk supaya mereka kembali (bertaubat)." (Surah al-A'raf : ayat 168) Di kala tahun berganti tahun, azam yang lalu pun tidak sempat lagi dikotakan menjadi bukti. Hanya rahsia-rahsia kekejian dalam peribadi kita tetap dipelihara dengan rapi, Namun kuasa Allah Taala menggariskan setiap nasib anak Adam menurut qadak dan qadar-Nya yang mengandungi hikmah supaya kita sedar dan faham bahawa hidup ini tidaklah indah jika tiada matlamat yang menuju kepada Allah semata-mata. Dari mana kita datang dan hendak ke mana kita menuju? Kita berjalan tertatih-tatih membawa dosa umpama seorang pengemis yang membusuk oleh nanah dan darah di seluruh badannya. Bayangkanlah bagaimana seorang insan menghadap Tuhan dengan aib dan cela pada jasadnya. Kehinaan apakah yang paling dahsyat ditimpakan kepada diri kita selain menghadap Allah SWT sambil membawa dosa-dosa?
Kita hendaklah membawa kualiti kemuliaan dan kesempurnaan ketika hidup dan apabila pulang kepada Allah nanti. Pada hakikatnya manusia seperti sebuah kereta, ada enjin, stering, tayar, lampu, kerusi yang nyaman, penghawa dingin, besi badan yang kuat, warna cat yang cantik dan radio yang menyenangkan telinga. Begitulah kualiti manusia, ada yang berilmu tetapi tidak beramal seperti kereta yang mempunyai enjin tetapi tidak ada tayar. Ada pula yang suka menderma tetapi tidak sembahyang, mungkin dia hanya sebuah kereta yang cantik tanpa brek. Yang beriman dan ahli ibadat tetapi kedekut dan tamak pada harta orang lain seperti kereta yang remuk dan tak sejuk. Yang berjaya dalam hidupnya tetapi melupakan orang tua yang banyak berjasa umpama kereta hilang steringnya. Begitulah keadaan manusia yang tidak sempurna, segala puji hanya milik Allah Taala.
Betapa ramai mereka yang memburu kecemerlangan dunia dan akhirat tetapi sayang ada yang sempurna pada satu bahagian tetapi rosak pada bahagian yang lain. Rasulullah SAW menggambarkan kesempurnaan kualiti iman seseorang melalui sabdanya yang bermaksud:
"Iman mempunyai 60 atau 70 lebih cabang, yang tertinggi ialah kalimah Lailahaillallah dan terendah ialah menyingkirkan sesuatu gangguan dari jalan, dan sifat malu merupakan cabang iman." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bolehkah kita sampai kepada tahap iman yang 70 lebih cabangnya? Sempurna zahir dan batin, baik dalam hati dan amal perbuatan? Semua kesempurnaan memerlukan proses yang panjang untuk dicapai, jalan-jalan bagi mendapatkan kualiti iman terbaik telah diajarkan oleh baginda SAW kepada umatnya melalui petunjuk al-Quran dan Hadis. Ada yang mengambil petunjuk itu untuk bekalan hidupnya dan ada pula yang meninggalkannya. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada pula yang pertengahan dan ada yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah." (Surah al-Fathir : ayat 32)
Tiga peringkat iman pada diri seseorang telah dijelaskan dalam ayat tersebut, yang menganiaya diri sendiri, yang pertengahan dan yang paling terkedepan dalam berbuat kebaikan. Kita tinggal memilih di mana diri ini harus diletakkan. Jalannya telah pun jelas dan terang, hanya hamba yang mendapat pertolongan Allah SWT saja yang menduduki peringkat teratas dalam carta iman tersebut.
Dahulu, para sahabat amat suka bertanya tentang sesuatu amalan yang paling utama. Hadis-hadis yang menceritakan tentang apa-apa yang utama atau yang paling dikasihi Allah, atau yang paling baik dan dekat kepada Allah Taala menjadi pertanyaan yang paling ditunggu-tunggu oleh para sahabat sebagai tips iman yang boleh mereka ambil setiap kali beramal. Rasulullah SAW melihat keadaan orang yang bertanya dan memberi jawapan yang sesuai dengan keadaan orang tersebut. Jika yang datang bertanya seorang yang tua dan lemah badannya, baginda memberi tips terbaik untuk meningkatkan iman dengan banyak berzikir. Berlainan dengan seorang yang gagah, maka Nabi SAW menyuruhnya untuk berjihad meninggikan kalimah Allah SWT dengan kekuatannya.
Sebenarnya kita juga boleh merasa apakah kekurangan yang belum kita perbaiki dalam amalan kita sehari-hari. Hanya diri sendiri yang boleh menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh hati kita. Mengapa orang membenci kita? Mungkin ada aib-aib yang perlu dihapuskan dalam pergaulan dengan orang lain. Atau mengapa hati berasa risau, sedih dan tidak tenang? Kerana hati tidak mendapat suplemen yang diperlukannya untuk hidup dengan sihat. Rupanya telah lama kita tinggalkan zikrullah, tidak seronok ketika solat, al-Quran pun tak tersentuh oleh kedua tangan apatah lagi hati kita. Lupa bersyukur dan banyak komplen dengan ketentuan Allah Taala ke atas diri kita. Malas dan tidak berperancangan dalam menguruskan harta dan kehidupan keluarga. Keras dan menakutkan bagi anak-anak kita yang memerlukan sentuhan kasih sayang. meninggalkan majlis-majlis ilmu dan membiarkan diri bangga dengan amalan yang sedikit dan riak yang banyak. Semua itu perlu diperbaiki dan menjadi azam terpenting dalam kehidupan seorang mukmin.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tuntutan samannya ke atas Utusan dan TV3 ekoran laporan fitnah media itu.
Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi esok, kata peguamnya N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan mereka hari ini.
Saman ini difailkan ekoran laporan media itu bahawa Anwar terlibat dalam kes pencerobohan ke atas Lahad Datu, sabah.
Dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, Anwar menjadi mangsa tuduhan.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.
Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.
TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.
Baru-baru ini dalam siri jelajah rumah ke rumah mengedar risalah manifesto Pakatan Rakyat oleh petugas PAS di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat kisah yang pada mulanya membimbangkan akhirnya menjadi lucu.
Tn Hj Harun AJK PAS DUN Kota berkata ketika mereka mengedar risalah di sebuah taman perumahan dalam DUN Kota, dari jauh kelihatan seorang lelaki India yang cuba mengelak petugas. Kemudian apabila menghampiri lelaki India berkenaan, lelaki India berkata ; "Saya tak mahu, saya tak mahu, saya tak mahu ini".
Para petugas PAS dah mula gusar, ingatkan akan berlaku kekecohan. Kemudian lelaki India itu berkata perlahan ; "Saya tak mahu ini risalah, saya mahu bendera PAS". Terkejut petugas PAS yang mendengarkan permintaan lelaki India berkenaan lalu diberikan kepada lelaki India berkenaan bendera PAS.
Kalau orang India di kampung-kampung pun kini boleh berubah, boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat, takkanlah orang Melayu di kampung-kampung di Negeri Sembilan ini tidak boleh berubah?
Kepada mereka yang berada di DUN Kota dalam Parlimen Rembau yang inginkan bendera PAS untuk diletakkan di halaman rumah mereka sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 atau Tn Hj Roni 012-2268230.
Bila tidak ada ALLAH didalam hati anak cucu Adam begini lah jadinya. Ugama Allah dipersendakan. Mana yang bersumpah didalam Masjid tempohari. Tak takut kah manusia semua tentang bahaya fitnah dan janji Allah tentang hukuman di akhirat kelak. Inilah bila pemimpin pun persendakan Agama Allah. Dimana pula penyebar2 fitnah. Sesunggunya azab ALLAH itu sangat lah berat...Fikirkanlah rakyat semua terutama penyokong BN. Saiful's Dad Apologises to Anwar, Claims His Son Used 8 March 2013
Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.
Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul Malaysiakini
The father of Saiful Bukhari has apologised to PKR de facto leader Anwar Ibrahim, claiming that his son had been used by irresponsible quarters including an official of the prime minister to defame Anwar in Sodomy II.
"Anwar is innocent and a victim of this slander… as such I apologise to Anwar and his family.
"He and his family have suffered a lot as a result of this slander," said Azlan Mohd Lazim in a statement issued during a press conference in Kuala Lumpur today.
Anwar was acquitted by the Kuala Lumpur High Court on Jan 9 on charges of sodomising Saiful, who was his political aide, on June 26, 2008 in a condominium in Kuala Lumpur.
The Attorney-General's Chambers has appealed against the decision and the Court of Appeal will hear the case on July 22.
PETALING JAYA, 8 Mac — Penyokong Umno sekali lagi dikaitkan dengan serangan terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR), kali ini dalam satu program ceramah di Bukit Katil, Melaka malam tadi apabila pergaduhan berlaku dan bas yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling dengan batu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memberitahu pemberita di sini, insiden malam tadi adalah yang keenam, kedua di Melaka semenjak Pakatan Rakyat (PR) melancarkan kempen "Jelajah Merdeka Rakyat" tahun lalu.
Anggota Perlimen Marang itu memberitahu, Anwar adalah antara yang terkena kaca apabila penyokong Umno membaling batu semasa bas meninggalkan ceramah. Beberapa penyokong PR termasuk dua orang polis turut tercedera dalam insiden tersebut.
Video kejadian itu berjaya dirakamkan dan telah dimuatnaik di laman sosial YouTube. Lidah rasmi PAS, Harakahdaily turut menyiarkan video berkenaan pagi ini.
"Keadilan melihat insiden ini dengan serius dan mendesak agar polis mengambil tindakan tegas terhadap tindakan ganas pihak yang menjadi semakin berani dan agresif," kata Saifuddin.
Insiden berlaku dikala terdapat kebimbangan dalam satu program ceramah di Pulau Pinang selepas penyokong Umno mengugut untuk menyerang majlis tersebut jika Naib Presiden PKR Chua Tian Chang hadir.
Setelah apa yang berlaku seminggu dua ini di Sabah agak menarik untuk melihat sedikit statistik demografi dan geografi empat daerah yang sedikit sebanyak terlibat dengan insident berdarah iaitu daerah Lahad Datu,Tawau, Semporna dan Kunak.
Keempat-empat daerah dalam negari di bawah bayu ini berjiran antara satu dengan yang lain, mempunyai persisiran pantai yang panjang dan memiliki persisiran pantai berteluk. Yang paling penting ialah keempat-empat daerah ini adalah yang paling hampir dengan kepulauan Sulu serta negara Filipina. Sila lihat peta 1,2 dan 3.
Peta 2 Bandar Utama di Sabah
Peta 3 Majlis daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna
Dari aspek demografi, keempat-empat daerah di atas, memiliki kadar pertumbuhan penduduk yang agak tinggi dari tahun 1980 hingga 1991 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Sila lihat jadual di bawah. kadar pertumbuhan penduduk Sabah secara keseluruhannya memang tinggi berbanding kadar negara dan negeri-negeri lain kecuali Sarawak. Pertumbuhan penduduk di Lahad Datu antara 1980 dan 1991 ialah 10.01 peratus, manakala Tawau 6.97%, Semporna 5.13% dan Kunak 10.54%. Sebagai perbandingan sila lihat jadual 5, taburan pendudk di Malaysia sebagai perbandingan.
Jadual 4 Pertumbuhan Penduduk di daerah Sabah
Jadual 5 taburan Penduduk Di negeri-negeri Malaysia
Dari aspek pecahan kaum pula daerah Tawau,Lahad Datu , Semporna dan Kunak bagi tahun 2010, kita lihat dari jadual di bawah, secara purata, jumlah bukan warganegara hampir sama dengan jumlah warganegara. Juga kita dapati jumlah bumiputera selain Melayu, Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut yang dikategorikan sebagai "bumiputera lain" cukup tinggi, hampir 15 - 20 %.
Kita juga dapati di daerah Tawau dan Lahad Datu, jumlah penduduk lelaki mengatasi jumlah penduduk perempuan,manakala di Semporna dan Kunak, jumlah kedua jantina agak seimbang. Namun, wujud perbezaan antara jumlah isirumah ("household") dan tempat kediaman ("living quarters").
Sekarang kita bandingkan dengan jumlah pengundi di seluruh Sabah. Pada tahun 2004, terdapat 513,490 pengundi berdaftar dengan SPR, 2008, ada 794,448 orang dan setakat Nov 2012, terdapat 969,467 orang pengundi berdaftar. Ini merupakan pertambahan seramai 175,000 pengundi baru. Bandingkan dengan Selangor yang jumlah pengundi baru naik mendadak seramai 470,526 orang setakat Nov 2012.
Sabah juga mencatatkan kadar migrasi atau perpindahan keluar yang tinggi bagi tempoh 2009-2011.
Ringkasan (1) Jumlah penduduk di keempat daerah iaitu Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Kunak mencatatkan pertumbuhan penduduk yang tinggi.
(2) Jumlah penduduk bertaraf BUKAN warganegara hampir menyamai jumlah warganegara di daerah berkenaaan.
(3) Jumlah penduduk bertaraf warganegara yang dikategorikan sebagai BUMIPUTERA LAIN agak tinggi, hampir 15-20 peratus.
(4) Lebih 80% penduduk di empat daerah berkenaan berumur kurang dari 40 tahun dan jumlah lelaki melebihi kaum perempuan.
(5) Walaupun penduduk Sabah hanya berjumlah 3.2 juta orang, tetapi Sabah dipweruntukkan sebanyak 25 kerusi Parlimen, berbanding Selangor yang mempunyai penduduk 5.4juta orang dengan jumlah pengundi 2juta hanya diberi 22 kerusi Parlimen.
(6) Migrasi antara negeri mencatatkan Sabah di tangga ketiga dan pada tahun 2011, seramai 17,000 rakyat Sabah telah berhijrah ke Selangor.
Kesimpulan
(1) Jumlah Bukan warganegara menyamai jumlah warganegara sebenar di Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Kunak. Adakah mereka PATI atau sebaliknya daripada negara Filipina, ?Indonesia ? Australia ? Amerika
(2) Majoriti penduduk di empat daerah berkenaan adalah lelaki berumur di bawah 40 tahun. ? bakal pengundi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan