Sedar tak sedar 26 Mac 2013 ini sudah 5 tahun perkhidmatan 36 orang wakil rakyat di Negeri Sembilan. Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan apabila Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi DUN pada tahun 2008 ialah memotong RM1500 elaun Pusat Khidmat Masyarakat.
Ini bermakna selama ini 1 orang wakil rakyat dari PAS, 4 orang wakil rakyat dari PKR, 10 orang wakil rakyat dari DAP dan selebihnya dari BN menguruskan Pusat Khidmat Masyarakat, menyewa premis Pusat Khidmat Masyarakat, serta membayar elaun kepada pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat menggunakan wang mereka sendiri serta hasil sumbangan dari orang ramai.
Ini bermakna sekurang-kurangnya RM90,000 telah berjaya dikumpulkan dan diagihkan oleh setiap wakil rakyat untuk menguruskan sebuah Pusat Khidmat Masyarakat untuk tempoh 5 tahun.
Persoalannya sekarang ialah penjimatan RM1500 setiap bulan, berjumlah RM90,000 setiap DUN, berjumlah RM3.24 juta untuk seluruh N.Sembilan yang menurut Menteri Besar akan digunakan untuk kebajikan, adakah RM3.24 juta tersebut benar-benar disalurkan untukj tujuan kebajikan?
Jika RM3.24 juta tersebut disalurkan untuk tujuan kebajikan, adakah agihannya sama rata untuk setiap DUN?
Potong Elaun Pusat Khidmat Masyarakat RM 1500
SEREMBAN 3 April 2008 – Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat sebanyak RM1,500 dalam salah satu pakej daripada 36 ADUN serta merta.
Langkah itu, bagi membolehkan kerajaan melakukan penjimatan, sementara wang terkumpul sebanyak RM648,000 setahun itu akan digunakan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.
ADUN Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun menjelaskan, sekiranya betul wang itu akan digunakan untuk kebajikan, beliau setuju dengan pemotongan elaun itu.
''Bagaimanapun, kami hendak tahu, wang tersebut disalurkan di mana dan bagaimana ia diagihkan.
Pendapat Aminuddin disokong ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd. Ghani dari Pas dengan menjelaskan adalah wajar elaun itu dikekalkan kerana pembangkang memerlukan sumber berkenaan untuk membolehkan rakyat bertemu wakil rakyat di pejabat."
''Jika benar kerajaan negeri melakukan ini untuk langkah berjimat cermat, kita alu-alukan."
''Bagaimanapun, kami mahu tahu rasional dan untuk siapa wang itu akan diberikan."
ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin dari DAP berpendapat, kerajaan negeri boleh mendapatkan saluran lain untuk membantu rakyat, bukan melalui RM1,500 daripada wang wakil rakyat.
''Kita tidak menyoalkan faktor kebajikan tetapi kerajaan boleh mencari saluran lain untuk mendapatkan wang untuk diberikan kepada rakyat. Tetapi kami terpaksa menerima keputusan ini kerana ia diarah oleh kerajaan,'' ujarnya..
PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU)
12 MAC 2013
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT DI DUN KOTA
Pada 8 Mac 2013 yang lalu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas tanah seluas 6 hektar (14.8 ekar) yang dibeli pada harga RM2.5 juta.
Sehubungan dengan itu pihak kami menegaskan bahawa Projek Perumahan Rakyat adalah amat diperlukan di DUN Kota. Ini adalah memandangkan kos rumah dan tanah yang semakin tinggi di kawasan ini.
Beberapa projek perumahan baru di Rembau pada ketika ini menawarkan harga sebanyak RM250,000 ke RM 318,000 untuk satu unit rumah teres 2 tingkat dan RM138,888 untuk rumah teres 1 tingkat.
Harga rumah yang semakin tinggi ini adalah amat menyukarkan anak tempatan untuk membeli rumah terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Daerah Rembau mempunyai banyak tanah adat yang terbiar.
Pihak kami berpendapat adalah lebih wajar tanah-tanah adat yang terbiar ini dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat. Jika tanah untuk Projek Perumahan Rakyat di Ladang Tanah Merah dibeli pada harga RM2.5 juta, ini bermakna kos tanah untuk seekar ialah sekitar RM168,619 seekar atau RM3.87 sekaki persegi.
Harga RM168,619 seekar atau RM3.87 sekaki persegi adalah jauh lebih tinggi dari harga tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk pembinaan landasan keretapi berkembar iaitu sekitar RM1.20 ke RM2.80 sekaki persegi atau sekitar RM52,272 ke RM121,968 seekar.
Pembangunan tanah adat untuk Projek Perumahan Rakyat akan menjadi situasi menang-menang untuk semua pihak (win-win situation). Dimana pemilik tanah adat yang terbiar akan mendapat pampasan yang setimpal dan dalam pada masa yang sama rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana di DUN Kota ini akan dapat membeli rumah yang mampu mereka miliki.
Untuk menggalakkan lagi pembangunan tanah adat yang terbiar ini untuk Projek Perumahan Rakyat, keutamaan membeli rumah ini haruslah diberikan kepada pemilik asal tanah adat tersebut, waris-waris mereka yang berpendatan rendah dan sederhana dan seterusnya untuk anak tempatan di DUN Kota termasuk mereka yang bersemenda.
Pihak kami berkeyakinan pembangunan tanah adat yang terbiar ini untuk Projek Perumahan Rakyat akan mendapat sokongan penuh oleh para penduduk di DUN Kota.
Mahal betul rumah di Rembau pada ketika ini. Rumah teres 2 tingkat sekarang ni di Rembau harganya dah mencecah RM318,000. Mampukah anak-anak Rembau di kampung kita membeli rumah teres sebegini sedangkan pampasan tanah yang diberikan oleh kerajaan terlalu rendah sebelum ini.
Nilai pampasan tanah adat sikit
Berita Harian 18 Julai 2009
REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.
Beliau mewakili penduduk Kampung Waris Tebat, Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan berhubung pengambilan tanah adat mereka untuk projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion.
Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.
"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.
Chik Tak mendakwa, penduduk juga kesal dengan cara pihak terbabit dalam projek itu mengambil tanah penduduk yang tidak mengikut prosedur yang betul kerana majoriti penduduk masih belum menerima borang berkaitan proses pengambilan tanah.
"Kami juga tidak diberi pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambilan tanah dan rumah oleh kerajaan dan pihak berkaitan," dakwanya.
Seorang penduduk, Ismail Alias, 67, berkata pihaknya kesal dengan sikap tidak beradab pihak kontraktor yang sudah mula melakukan kerja mencedok tanah di rumahnya tanpa memberi notis pemberitahuan.
"Saya tidak diberitahu kawasan rumah saya turut terbabit dalam projek ini. Sepatutnya, hendak masuk rumah orang, berilah salam dulu. Ini tidak, terus melakukan kerja tanpa bertanya dulu kepada tuan rumah," katanya.
Seorang lagi penduduk, Norizan Tamby, 50, berkata sejak mengetahui separuh daripada rumahnya akan diambil untuk projek itu, hampir setiap malam tidurnya tidak lena kerana memikirkan nasibnya.
"Saya juga terpaksa menunda majlis perkahwinan anak saya yang dijadualkan tahun ini ke tahun depan. Siapa yang tidak runsing separuh daripada rumah yang didiami sejak berpuluh tahun lalu akan dirobohkan," katanya.
Pampasan tanah tidak cukup
Sinar Harian 22 Mac 2011
REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.
Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.
Menurutnya, jumlah pampasan itu tidak cukup buatnya untuk membeli tanah dan membina rumah baru kerana nilai hartanah kini semakin tinggi.
"Disebabkan itu, makcik dan suami terpaksa menyewa rumah di taman sri rembau kerana impian kami untuk memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak kesampaian.
"Sebenarnya, makcik tidak pernah menolak pembangunan yang dijalankan di sini, cuma memang tidak puas hati dengan jumlah pampasan," katanya.
Hasnah berkata, dalam usianya yang semakin meningkat dan kehilangan tanah serta rumah yang didiami lebih 40 tahun lalu, sudah tentu keadaan itu amat menyedihkan, apatah lagi banyak kenangannya sepanjang tinggal di kawasan berkenaan.
Menurutnya, keprihatinan pihak berkenaan terhadap nasib dirinya amat diharapkan.
"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini cuma berharap agar memperoleh tanah dan rumah sendiri.
"Disebabkan terlalu memikirkan hal ini, ia benar-benar mengganggu kehidupan dan kesihatan makcik," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi Hasnah sememangnya mendapat perhatiannya.
"Saya tidak pasti sama ada masih ada ruang atau peluang buat kerajaan negeri menimbang semula perkara ini.
"Pada pandangan saya, masalah seperti ini mungkin boleh diatasi jika warga emas ini diberikan tanah anugerah sebagai penyelesaian dengan menyediakan tapak rumah untuknya membina rumah," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan cuba mengkaji semula undang-undang berkaitan tanah adat jika boleh dikategorikan sebagai tanah rizab Melayu supaya setiap tanah yang diambil diganti semula dengan tanah.
Hadir sama, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
Sentral: 'Pampasan mesti setimpal
23 January, 2008 - 06:12
REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.
Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar Atasi Bekalan Air Di Rembau Dan Port Dickson
SEREMBAN, 21 Okt 2009 (Bernama) -- Masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk di daerah Rembau dan Port Dickson akan dapat diatasi dengan terlaksananya Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar bernilai RM265.5 juta. Pakej Ketiga melibatkan pembinaan sebuah kolam air berkapasiti 18 juta liter di Bukit Kunyit, Mukim Titian Bintangor dan pemasangan jajaran paip sepanjang 10 km. Pakej ini siap pada 27 Ogos lepas.
REMBAU – Sepasang suami isteri di sini mendakwa gegendang telinga anak mereka yang berusia 21 tahun pecah akibat dikasari semasa dalam tahanan polis Januari lalu.
Bapa dan ibu remaja itu mendakwa, situasi sama turut berlaku kepada anak kedua mereka yang masih umur 17 tahun semasa berada dalam lokap dalam tangkapan berasingan.
Menurutnya, pada mulanya anak keduanya ditahan atas kesalahan samun di salah sebuah stesen minyak di daerah ini, namun semasa perbicaraan lain anaknya didakwa mengikut kesalahan mencuri komponen motosikal sama seperti anak sulungnya.
"Saya tidak mengetahui anak sulung saya mengalami kecederaan semasa ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, namun, rakan saya datang ke rumah saya 30 Januari lalu kira-kira jam 10 malam memaklumkan telinga dan lutut anak saya berdarah serta muka anak saya turut membengkak.
"Akhirnya pada keesokan harinya (31 Januari) kira-kira jam 2 petang, saya pergi ke IPD Rembau untuk menjenguk anak saya namun tidak dibenarkan berjumpa.
"Oleh itu, saya buat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Chembong bagi membolehkan anak saya dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya pada Sidang Media Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri di kediaman mangsa di Pedas, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua AMK Negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus; dan Adun Rahang, MK Arumugam.
Bapa yang berusia 47 tahun itu berkata, susulan laporan berkenaan, pihak polis terlebih dahulu menghantar anaknya ke Klinik Penawar sebelum ke Jabatan Pesakit Luar Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.
"Akhirnya kes anak sulung saya dirujuk ke pakar dan pihak hospital menyatakan gegendang telinga anak saya pecah. Pada 21 Mac ini, anak saya harus menjalani pemeriksaan sekali lagi di HTJ.
"Saya kesal kerana tidak dimaklumkan mengenai status kesihatan anak saya semasa dalam tahanan. Malah, apa yang lebih memeranjatkan saya lagi ialah apabila menghadiri perbicaraan anak kedua saya 6 Mac lalu, anak saya bertanyakan kepada saya kenapa tidak melawatnya sepanjang ditahan beberapa hari di wad HTJ, "katanya.
Menurutnya, dia sangat terperanjat kerana perkara berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya dan anak keduanya menyatakan kepadanya bahagian matanya ditutup semasa perutnya dipijak selain kekasaran lain yang dilaluinya semasa dalam tempoh tahanan polis.
"Anak saya ditahan di wad kerana kecederaan dari insiden berkenaan sehingga mengalami masalah kencing berdarah yang sebelum ini tidak pernah dialaminya. Anak kedua saya menyatakan pada mulanya dia hanya dihantar ke Klinik Kesihatan (KK) Rembau, namun kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) dan akhirnya dipindahkan ke HTJ.
"Jika sebelum ini, bahagia lutut anak sulung saya juga dipijak dengan kasut but, diterajang di bahagian muka dan telinga serta bahagian kaki direndam dalam ais selama beberapa jam dua hari semasa dalam tahanan reman, " katanya.
Menurutnya, walau apa juga kesalahan anaknya, pihak berkuasa (polis) harus mengambil tindakan selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 susulan anak kedua berusia 17 tahun dan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Untuk rekod, anak kedua kini ditempatkan bersama pesalah juvana yang lain di Bukit Beruang, Melaka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kertas siasatan telah dibuka bagi membolehkan kes berkenaan disiasat.
Kenapa BN takut sidang khas Parlimen bincang isu Lahad Datu? Kita menyanjung tinggi pengorbanan dan kesungguhan anggota keselamatan kita dalam mengawal selia serta memelihara kedaulatan negara.Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anggota tentera dan polis yang menjalankan tugas dengan profesional, demi menjaga keselamatan rakyat.Kita amat mengharapkan kegigihan dan pengorbanan anggota keselamatan ini, tidak dijadikan alasan untuk memperkukuhkan kedudukan politik BN.
Isu keselamatan tidak sama sekali harus dipolitikkan untuk kepentingan sekelompok penguasa yang mahu meneruskan kesinambungan pemerintahan, di saat-saat mereka hampir tumbang.
Malangnya, inilah yang terjadi di Malaysia. Isu keselamatan dipolitikkan, nyawa anggota keselamatan menjadi taruhan kesinambungan politik Umno-BN.
Hari ini Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, secara terang-terangan mengugut rakyat, bahawa jika mereka tidak mahu peristiwa Lahad Datu terjadi di tempat lain, jika mereka mahu keselamatan mereka terjamin, mereka hendaklah memberi mandat kepada BN.
Dengan tegas kita menolak ugutan ini. Dengan tegas kita mengatakan bahawa negara kita adalah negara yang aman, tanpa sebarang konflik. Negara kita stabil dan tidak perlu diletakkan dalam keadaan darurat, termasuk di kawasan yang terbabit di Lahad Datu, Sabah.
Kita ingin tegaskan di sini bahawa, yang tergugat dan terancam bukannya keselamatan negara, tetapi keselamatan Umno-BN, keselamatan pemimpin-pemimpin yang sudah mabuk ditampuk kuasa. Mereka enggan turun, mereka enggan berundur secara terhormat dan yang penting sekali, mereka takut ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13. Inilah hakikat yang cuba dikambus oleh Umno-BN, khususnya dalam konteks politik di Sabah sekarang. Umno-BN, sejak zaman Dr Mahathir Mohamad menjadi PM, sudah mengeluarkan ratusan ribu, malah disebut mencecah ke angka juta, kad pengenalan kepada pendatang.
Sama ada pendatang dari Filipina, Indonesia, mahu pun pendatang dari Pakistan, yang dikatakan ramai rakyat Sabah, sebagai sebahagian dari suku sakat Ketua Menteri Sabah.
Kesemua pendatang ini, diberikan kad pengenalan, dimasukkan nama mereka ke dalam daftar pemilih, mengambil bahagian dalam setiap PRU untuk mengundi Umno-BN. Pendatang dipergunakan untuk mengekalkan kuasa BN.
Hari ini Umno-BN enggan menjawab siasatan RCI. RCI mendapati angka yang besar kaum Sulu, dari Selatan Filipina, sudah mendapat kerakyatan yang sah dan mengundi dalam PRU.
Hari ini, Umno cuba untuk menutup pekungnya, apabila terdedah bahawa, puak Sulu yang dikatakan penceroboh, sebahagiannya merupakan ahli Umno yang aktif dalam bahagian, sama ada di Lahad Datu dan Semporna.
Ini isu besar dalam negara. Isunya ialah, apakah benar wujudnya penglibatan ahli-ahli Umno dalam kumpulan bersenjata di Lahad Datu sehingga menyebabkan beberapa orang anggota keselamatan kita menjadi korban.
Isu besar yang dibimbangi Umno-BN, sebenarnya ialah rentetan daripada gelombang penolakan besar-besaran rakyat Sabah terhadap mereka, yang dikatakan menjadi penentu bakal tumbangnya kerajaan BN di Putrajaya.
Justeru kita mendesak supaya kerajaan memanggil sidang khas Parlimen dengan segera. Kita mendesak supaya dibentangkan satu kertas putih, agar dapat diteliti dan dibahaskan anggota Parlimen kita.
Jika BN berani, jika BN rasa memang keselamatan negara tergugat seperti dimainkan media pro mereka, sila sahut permintaan Pakatan Rakyat.
Mari kita berunding dan berbahas secara sihat, sama ada di Parlimen atau pada sidang meja bulat, bagi mencapai suatu persetujuan terbaik untuk kepentingan rakyat jelata.
Jika BN takut untuk bersemuka dengan Pakatan, kita percaya dalam isu keselamatan yang digembar-gemburkan ini, 'ada udang di sebalik batu.'
Perdana Menteri malaysia Najib Razak dan Barisan Kabinetnya mengatakan bahawa jika pendidikan percuma di berikan pada rakyat malaysia, negara akan bangkrup. Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini telah mengetuai kabinet Jepun bagi meluluskan biasiswa percuma kepada setiap pelajar dari Malaysia untuk belajar di Jepun.
Bercakap kepada ajensi berita fakap EP di tokyo hari ini, Shinzo Abe berkata, pendidikan atau biasiswa percuma ini di berikan kepada rakyat malaysia kerana negara Jepun adalah negara yang berkebajikan. jepun kelihatan sangat mengasihani rakyat Malaysia yang tertindas dan yang kena tindas.
Tinjauan Dr @Tiewnama di Tokyo hari ini mendapati pelajar pelajar malaysia yang belajar di sana kelihatan sangat gembira, dan mereka juga telah berikrar untuk berbakti kepada kerajaan jepun atas inisiatif membalas jasa jasa baik kerajaan Jepun.
Ketika di tanya kepada salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di Jepun mengenai biasiswa percuma dari kerajaan jepun ini, mereka berkata,
"Sedangkan kerajaan jepun pun sanggup memberikan pendidikan percuma kepada kami, tetapi kerajaan malaysia di bawah Barisan Nasional mengatakan negara akan bangkrap dan rakyat akan malas jika semuanya di berikan percuma,"
"Maka kami akan pulang ke Malaysia jika PRU 13 di adakan supaya pendidikan percuma dapat di adakan di tanah air kami"
PERDANA MENTERI JEPUN ISYTIHAR BERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG BELAJAR DI JEPUN. kah3
by @tiewnama - pendidikan percuma? hang dah gila ka? kah3
Rafizi mengganas lagi, kali ini dengan bukti cek dan resit bayaran PETALING JAYA: 12 Mac 2013 - Pakatan Rakyat hari ini menampilkan bukti berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan balak di Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan bukti berupa cek dan resit bayaran daripada syarikat yang terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.
Akhir Februari lalu Rafizi dan Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendedahkan skandal melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.
"Sebelum ini saya dan Dr Syed Azman mendedahkan modus operandi bagaimana syarikat-syarikat yang ingin turut serta dalam tender mengeluarkan hasil balak dipaksa untuk membeli syarikat RM2 pada harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan.
"Hari ini saya tunjukkan cek dan resit bayaran yang dibuat kepada penama yang merupakan syarikat yang terlibat dalam urusniaga pembelian saham," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, dekat sini hari ini.
Menurut Rafizi juga, penyelewengan pengurusan hasil balak di Terengganu ini telah menjadi satu isu besar sehinggakan beberapa siasatan rasmi dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau turut menunjukkan dokumen rasmi SPRM yang mengesahkan kes tersebut telah disiasat oleh badan itu.
"Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan hasil balak di Terengganu," katanya.
Tambah beliau juga, Ahmad sendiri sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung dakwaan itu.
"Saya tidak mendapat apa-apa maklum balas pun daripada Datuk Ahmad Said sendiri mengenai skandal balak ini yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dan banyak keputusannya ditentukan beliau sendiri," katanya lagi.
Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 405 hektar di Hutan Simpan Hulu Setiu.
Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian dimeterai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.
Wang jualan itu disyaki disalurkan kembali kepada individu tertentu yang berpengaruh menentukan hak membalak kepada syarikat terbabit.
Dr Manuty Dedahkan KPN Akui Pakatan Rakyat Mungkin Tawan Putrajaya Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.
Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.
Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira 3 minggu lalu.
"Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.
"Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita
"Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya," Katanya.
Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.
"Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis.
Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya," katanya.
Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.
Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi.
Awal bulan lalu pada 2 Mac 2013, aku telah menyiarkan satu artikel mengenai pendedahan oleh sebuah Media antarabangsa mengenai bayaran yang dibuat oleh Najib kepada seorang Blogger dari US. Dalam artikel tersebut Najib telah didakwa membuat bayaran sebanyak USD389,724,70 kepada Blogger tersebut.
Ini petikan dari artikel tersebut..
Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.
"Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.
"Trevino menerima bayaran USD389,724,70," tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik ~ laporan penuh sila baca di http://online.wsj.com/article/SB10001424127887323628804578343823870357116.html?mod=googlenews_wsj
Oleh kerana BuzzFeed bukanlah sebuah portal yang ternama dan berpengaruh, maka macai-macai UMNO mempertikaikan kredibiliti portal tersebut..
Pada 7 Mac yang lalu The Wall Street Journal pula menyiarkan kisah mengenai pembayaran oleh Najib kepada Blogger dari US itu di bawah tajuk 'Malaysia's U.S. Propaganda'.
Ini laporannya…
A general election is expected next month in the Southeast Asian nation of Malaysia, and that usually means political shenanigans—abuse of national security laws, media manipulation and character assassination. After the last election in 2008, when the ruling coalition barely held on to power, public anger at such practices prompted Prime Minister Najib Razak to redraft laws and reform the electoral system. However, new revelations that his government paid American journalists to attack opposition leader Anwar Ibrahim raise questions whether those changes went far enough.
In January, conservative American blogger Joshua Treviño belatedly registered under the Foreign Agents Registration Act, revealing that from 2008-2011 he was paid $389,724.70, as well as a free trip to Malaysia, to provide "public relations and media consultancy" services to the Malaysian government.
These consisted of writing for a website called Malaysia Matters, now defunct, as well as channeling $130,950 to other conservative writers who wrote pro-government pieces for other newspapers and websites. When questioned in 2011 by the Politico website about whether Malaysian interests funded his activities, Mr. Treviño flatly denied it: "I was never on any 'Malaysian entity's payroll,' and I resent your assumption that I was."
The campaign was more targeted than the Malaysian ruling coalition's domestic attacks on Mr. Anwar. Mr. Treviño's site mainly went after the opposition leader for anti-Semitic remarks and his alliance with the Islamist party PAS, and even accused him of links to terrorists through the International Institute of Islamic Thought. Mr. Anwar has made anti-Semitic comments—though that's in part to fend off domestic accusations that he's too cozy with Zionists. He also has ties to organizations that have taken Saudi money, but the suggestion that he somehow has "ties to terrorism" is preposterous.
The site also defended an outrageous charge of sodomy brought against Mr. Anwar from 2008-2012, and it criticized the U.S. State Department and The Wall Street Journal for taking Mr. Anwar's side. These postings were clearly aimed at sowing doubt among other would-be Anwar defenders in the U.S., especially on the right of the U.S. political spectrum.
Mr. Treviño paid other writers who know almost nothing about Malaysia but mimicked his propaganda. The New Ledger, edited by Ben Domenech, was even more vociferous, calling Mr. Anwar a "vile anti-Semite and cowardly woman-abuser." One posting was entitled, "Muslim Brotherhood's terrorist money flowing to Anwar Ibrahim." According to Mr. Treviño's filing, he paid Mr. Domenech $36,000 for "opinion writing." Three contributors of anti-Anwar items to the New Ledger—Rachel Motte, Christopher Badeaux and Brad Jackson—were paid $9,500, $11,000 and $24,700 respectively.
Oleh WTKO Gambar ini adalah palsu. Sebelum ini video kerat jari dan sembelih adalah palsu. Selepas itu tersebar pula gambar anggota polis dirobek anggota seperti gambar di atas. Sedang gambar sebenar adalah gambar kemalangan yang tidak dikenalpasti secara terperinci. Lihat gambar asalnya di bawah!! Accident victims or…. ..victims of wild animals or…. …he killed? Oleh [...]
PAS dan Pakatan Rakyat Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan Di Parlimen Sibuti
SIBUTI – Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu di Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat berbagai kaum di Sarawak.
Pada sebelah pagi sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Hj Mat Sabu telah merasmikan jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kpg Sepupuk, Niah. Kedatangan Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat disambut dengan tarian tradisional masyarakat tempatan.
Inilah pertama kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar jangkaan dimana lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari berbagai kaum yang berada di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan moral kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjayakan program PAS di kawasan Niah.
Diantara yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden PAS ialah timbalan pesuruhjaya iii PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri, Robby Tandang Pemuda PAS Sibuti, YB Baru Bian pengerusi Keadilan Sarawak, Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, YB Alan Ling DAP Miri dan lain-lain pemimpin dari Pakatan Rakyat turut serta memberi ucapan.
Antara ucapan Hj Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk Sulu yang berakhir dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru ini, Hj Mat Sabu meminta kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian tersebut dengan mengeluarkan kertas putih.
Hj Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani menukarkan kerajaan kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan.
Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam kemiskinan maka inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan yang lebih baik dan adil untuk semua dalam PRU13 nanti.
Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat baru kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Kerjasama PAS, DAP serta Keadilan amat diperlukan untuk menawan Putrajaya, sebarang perselisihan faham harus diatasi secara berhikmah dan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebahkan kepada orang ramai untuk mengelak salah faham dan isu ini akan di eksploitasi oleh pihak BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengatasinya dengan baik.
Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti. In Shaa Allah
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
PAS and Pakatan Rakyat get response beyond Expectation in Sibuti Parliamentary
SIBUTI - The visit of PAS deputy president Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu in Miri and Sibuti recently received tremendous response from various ethnic communities in Sarawak.
On the morning of last Saturday, the Miri PAS entourage together with Hj Mat Sabu officiating the PAS Sibuti election machinery in Kpg Sepupuk, Niah. The arrival of Mat Sabu with the People's Alliance leaders was greeted with traditional dance of local communities.
This is the first time in the history of Sarawak PAS received unexpected response and more than a thousand local people of all races who are in the vicinity of Sibuti give moral support to PAS and Pakatan Rakyat for the success of PAS program in the Niah.
Among the attendees at the event apart from PAS deputy president is Sarawak PAS deputy commissioner iii cum PAS Miri Chief, Robby Tandang PAS Youth Sibuti, YB Baru Bian Sarawak Keadilan chairman, Dr Michael Teo Miri PKR branch chief, the Honorable Alan Ling DAP Miri and other leaders of Pakatan Rakyat participated giving speeches.
Among the speech of Hj Mat Sabu is on Umno promise to residents of Sulu, which ended with the intruder in Lahad Datu, Sabah recently, Hj Mat Sabu urged the government to fully investigate the incident by issuing a white paper.
Hj Mat Sabu also remind locals that dare to change the government because all this while the people of Sarawak live in poverty while their leaders live in luxury.
Sarawak is rich with the Natural Resources but why do the people live in poverty then it is time for the people of Sarawak change the government which is better and fair to all in the upcoming 13th General Elections.
Hopefully with the advent of Hj Mat Sabu to Sibuti will give new spirit to the framework of PAS Sarawak to strive hard and systematically to capture the parliamentary seats in Sarawak in the 13th General Elections which will be held soon.
Cooperation of PAS, DAP and Keadilan is needed to capture Putrajaya, any disputes should be resolved in wisdom and resolved internally without the need to divulge to the public to avoid misunderstanding and this issue will be exploitation by the BN if Pakatan Rakyat fails to handle properly.
May the Pakatan Rakyat will successfully in its mission capture Putrajaya in the GE13 later. In Shaa Allah
Orang glamour mudah dihargai dan selalu mendapat perhatian. Namun bagi insan yang memerah keringat untuk mencari rezeki halal untuk diri dan keluarga jarang diingati apalagi untuk di warnai dengan perhatian khusus orang bergelar VIP. Menyedari hakikat tersebut, EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR mengulur sekuntum bunga, sekeping kad ucapan dan seukir senyuman salam ukhuwwah, salam penghargaan kepada pembersih laman sekolah, pekerja kantin, pengawal keselamatan selain, guru dan suri rumah serta penjawat awam.
Semua riang tidak terkata. Ceria dapat bahagia yang tidak diduga.Ada yang mendakap dan mohon bergambar. Anak murid diminta pula mengucap " Selamat hari wanita Cikgu"
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.
"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada dari dalam mahupun luar negara.
"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.
Pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.
Di pihak penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.
"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi.
KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan, Tharuman Arjunam yang masih tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya semalam.
Menteri Besar meluangkan masa menziarahinya di wad rawatan rapi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sekembali daripada menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur tengahari tadi.
Ketika menemui ayah mangsa, Arjunam Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta beliau dan keluarga bersabar ekoran kejadian yang menimpa anaknya itu.
"Saya berharap Tharuman cepat sembuh," katanya kepada keluarga mangsa. Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari dan Pengerusi DHPP Kelantan, Lim Guan Seng.
Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan peribadi dan kerajaan negeri kepada Arjunam.
Tharuman, 35 terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira 2.30 pagi semalam di jalan Pasir Mas-Kota Bharu, dekat Salor ketika memandu sendirian pulang ke rumah di Jalan Kubur Kuda.
Sementara itu Arjunam kelihatan tidak dapat menahan sebak di atas kunjungan Tuan Guru Nik Abdul Aziz biar pun sibuk dengan tugasan harian.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan Menteri Besar. Menurutnya juga, biar pun anaknya masih tidak sedarkan diri namun keadaannya stabil.
Tharuman yang juga kakitangan Urussetia Penerangan Kerajaan Negeri turut patah tangan kiri akibat kemalangan tersebut.
KUALA LUMPUR: "Blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti," ujar Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya telah diserangi secara bertubi-tubi oleh media dan para blogger pro BN sejak Mac 2 lalu, terutamanya blogger Papagomo yang telah menerbitkan beberapa artikel yang mendakwa saya menghina Pasukan Keselamatan yang kini menjalankan tugas mereka di Sabah.
Saya ingin menyatakan bahawa saya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap blogger Papagomo berkenaan dengan siri artikelnya yang menyerang nama saya dan kini menyebabkan siri ancaman dan ugutan terhadap keselamatan peribadi saya.
Tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata. Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti.
Mohamed (kanan) menunjukkan barang-barang yang tertimbus.
TEMERLOH: Penduduk Kampung Bakah, Kerdau dekat sini tampil dengan bukti bagaimana kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya sekadar pandai berjanji tetapi tidak ditepati.
Wakil penduduk Mohamed Deris, 81, berkata janji pembinaan jalan tar ke tanah perkuburan kampung berkenaan telah dibuat pihak kerajaan semasa kempen Pilihan raya Kecil (PRK) Kerdau pada 2011 lalu.
Dakwanya, kontraktor telah dianugerahkan projek membina jalan tar ke tanah kubur kampung berkenaan sepanjang 880 meter di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) Temerloh.
"Malangnya kontraktor yang hanya mementingkan diri itu hanya menyiapkan kerja-kerja sepanjang 200 meter saja sebelum ditinggalkan terbengkalai. Bukan itu saja, sebahagian barang yang sepatutnya digunakan untuk projek itu seperti culvert habis dipunggah untuk projek yang lain.
"Kami penduduk kampung yang tidak berpuas hati, telah pergi ke Pejabat Tanah dan Daerah dan didapati kontraktor telah menerima bayaran kontrak sebanyak RM60,000 serta wang tambahan," katanya kepada Harakahdailyyang dibawa melihat jalan berkenaan.
Beliau turut menunjukkan sisa-sisa simen yang telah keras membeku, batu kuari dan batu bata sudah berlumut terkambus dalam semak samun di sepanjang projek jalan terbengkalai itu.
Kata Mohamed, kegagalan kontraktor tersebut dan ketiadaan pemantauan daripada pihak kerajaan menyebabkan kerugian kepada wang rakyat dan menyusahkan orang kampung yang mahu berziarah kubur.
"Sekarang akhirnya yg rugi rakyat juga kerana wang kerajaan dikeluarkan tetapi projek gagal dilaksana sepenuhnya. Penduduk kampung juga tidak dapat menziarahi kubur orang tua mereka termasuk datuk nenek Ahli Parlimen Kuala Krau kerana semak.
"Kolam ikan penduduk kampung juga dimasuki lumpur akibat longkang yang gagal disiapkan kontraktor," ujarnya.
Mohamed yang juga pesara kerajaan berkata, kontraktor yang sama juga membiarkan projek membina longkang sepanjang satu kilometer sehingga menimbulkan pelbagai kerumitan dan masalah kepada penduduk terutama apabila musim hujan.
Selain daripada itu, penduduk juga mengadu tiang-tiang lampu dan tiang telefon di kampung tidak diselenggarakan sejak tahun 2001 sehingga menyebabkan dipenuhi semak samun.
Sementara itu Penyelaras PAS Dun Kerdau, Kamal Ashaari yang turut hadir, berkata beliau kesal dengan pembaziran sehingga merugikan wang rakyat.
"Akibat pihak kontraktor dan kerajaan tidak betanggungjawab boleh dianggap sebagai satu penganiayaan kepada penduduk sehingga menyusahkan mereka untuk ziarah dan tahlil ke kubur orang-orang tua mereka.
"Mana slogan 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan serta janji ditepati jika projek untuk orang kampung macam ini pun tak boleh dikendalikan?" soalnya. - HarakahDaily
TURUN PADANG BERSAMA TN HAJI YUHAIZAD ABDULLAH PENYELIA DUN MERLIMAU DAN SAUDARA GHANDI PENYELIA DUN BEMBAN BERSAMA AJK MTD MERLIMAU.EDARAN JEMPUTAN CERAMAH DAN RISALAH DARI PINTU KEPINTU.SAMBUTAN AMAT MENGGALAKKAN.
Inilah wajah jantan-jantan yang tak ade kesedaran sivik dan tak baligh-baligh lagi. Mana tak nya peel mengalahkan budak sekolah tadika sampai tak dapat nak membezakan yang mana yang baik yang mana tidak. Sekurang-kurangnya bertindaklah dengan menggunakan akal dan berpandukan nafsu semata-mata .
Bukan nak menghukum tapi kadang-kadang rasa rugi juga sebabnya Allah dah beri akal untuk berfikir tapi tak nak gunakan pada jalan yang sebaiknya bahkan sebaliknya lebih dungu daripada batu
Ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai bahan kempen mereka adalah ahli politik bankrap, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Beliau bekata, melihat kepada perkembangan hari ini banyak perkara yang boleh dibahaskan secara membina. "Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap," katanya pada program Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Media Karangkraf, hari ini. Musa berkata, jika dahulu, parti politik boleh gunakan isu perkauman jika berada di kawasan-kawasan yang ada majoriti kaum tetapi kini tidak lagi.
"Sekarang tidak boleh lagi, kerana macam-macam kejayaan yang kerajaan dah buat, kerajaan jangan berasa malu. Kerajaan harus berasa bangga dengan kejayaan yang telah dibuat, tentulah ada kritikan dan yang menentang, dalam politik itu perkara biasa. "Tetapi berdebatlah, tunjuk dengan bukti diatas kebolehan-kebolehan itu, bukan mempertangguhkan apa yang dibuat, dan kita merasa takut, kita dimomokkan dengan keadaan ini, dan penghabisan kita terdesak dan itu yang akan memusnahkan kita," katanya. Ketika ditanya bagaimana untuk mengubah minda Melayu dan gerak kerja yang berasaskan perkauman.
Beliau berkata, perkara itu memerlukan tempoh yang lama dan bergantung kepada kepimpinan politik. "Itu yang saya dukacita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan natural proses. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia. "Di Malaysia perkiraan politik masih berasaskan perkauman, jika kita pergi ke kawasan banyak Melayu kita cakaplah hak Melayu, kita perjuang orang Melayu, bila kita pergi ke kawasan cina, kita cerita pasal Cina apa-apa yang perlu dipertahankan. "Pada saya sikap merendah diri boleh berubah jika ahli politik itu mahu memperkukuhkan dan tidak salah gunakan isu perkauman dari segi perkembangan politik," katanya. Menurut beliau, soal ekonomi Melayu merupakan soal fundamental yang akan menentukan ke arah mana negara akan tuju.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat. "Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan. "Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing. "Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' di Kompleks Karangkraf./otaireformasi11
CHICAGO - Walaupun tanpa makanan segera atau rokok, manusia telah mengalami masalah jantung tersumbat kira-kira 4,000 tahun lalu, menurut satu kajian ke atas lebih 100 mumia.
Menurut beberapa penyelidik, penemuan itu menunjukkan sakit jantung mungkin kerana faktor semula jadi kerana umur manusia semakin tua berbanding faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tersebut seperti merokok, memakan makanan berlemak dan tidak bersenam.
Penemuan itu dibuat menerusi imbasan tomografi berkomputer ke atas 137 mumia.
Mumia-mumia itu ada yang berusia sehingga 50 tahun.
Imbasan tersebut menunjukkan satu pertiga daripada mumia itu mengandungi tanda-tanda aterosklerosis atau pengerasan arteri.
Ia dilakukan ke atas mumia yang dipercayai pernah menjalani kehidupan yang sihat semasa hidup.
Aterosklerosis menjadi punca berlakunya serangan jantung dan strok.
Lebih separuh daripada mumia yang menjalani imbasan itu berasal dari Mesir.
Baki mumia lain datang dari Peru, barat daya Amerika dan Kepulauan Aleutian di Alaska.
"Sakit jantung telah melanda manusia lebih 4,000 tahun di serata dunia," kata seorang pakar kardiologi di Institut Jantung Saint Luke's Tengah Amerika di Kansas, Dr. Randall Thompson.
Beliau merupakan ketua penulis kajian itu.
Mumia-mumia yang didapati mempunyai tanda-tanda aterosklerosis itu didapati mati pada usia yang tua.
Penyakit jantung merupakan punca utama kematian lelaki dan wanita di Amerika Syarikat (AS).
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kira-kira 600,000 orang mati pada setiap tahun di negara ini kerana sakit jantung. - Agensi
Foto menunjukkan keadaan bahagian pantai timur Jepun yang dilanda tsunami.
Foto menunjukkan keadaan bahagian pantai timur Jepun selepas dua tahun bencana alam.
TOKYO - Rakyat Jepun semalam, menyambut ulang tahun kedua bencana tsunami dan gempa bumi yang meragut 19,000 nyawa sekali gus mencetuskan kerosakan loji nuklear terburuk dalam dekad ini.
Satu upacara peringkat kebangsaan diadakan di ibu negara bagi mengingati mangsa-mangsa bencana alam itu.
Sepanjang upacara berlangsung, rakyat Jepun bertafakur sejenak tepat jam 2.46 petang iaitu waktu sebenar tsunami melanda negara.
Pegawai melaporkan, gempa bumi berukuran 9.0 pada Skala Richter yang menggegarkan timur laut Pasifik pada 11 Mac 2011, mencetuskan gelombang tsunami dan memusnahkan ribuan kediaman serta loji nuklear Fukushima Daiichi.
"Loji nuklear berkenaan terjejas teruk di mana berlaku kerosakan pada sistem penyejuk menyebabkan berlaku letupan dan menjadi insiden paling buruk berbanding kemalangan Chernobyl pada 1986," kata pegawai.
Walaupun bencana alam itu telah mencapai usia dua tahun, penduduk masih berusaha membaiki kawasan kediaman mereka yang dicemari radiasi selain membina semula komuniti.
Lebih 300,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat selepas kediaman mereka terdedah radiasi nuklear. - Al-Jazeera
Pilihan raya dalam sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Ia harus disambut dengan semangat hormat terhadap suara rakyat, yang bukan lagi "suara anjing menyalak bukit", tetapi suara berdaulat yang membawa kata putus, sebagai aktualisasi prinsip al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah sumber kekuasaan).
Tetapi pilihan raya hanya akan benar-benar menjadi hari kuasa rakyat, apabila rakyat dapat menggunakan hak demokratiknya dengan bebas dan cerdas, bijaksana dan penuh rasa tanggungjawab.
Dalam kaitan inilah relevannya gerakan pencerdasan rakyat untuk memungkinkan mereka membuat pertimbangan yang adil dan rasional, dan seterusnya menentukan pendirian dan pilihan yang tepat.
Dengan demikian barulah pilihan raya dapat menjadi mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
Demokrasi dan Media
Dalam era kekuasaan media, rakyat seringkali tidak dapat melihat sesuatu dalam realiti seadanya. Banyak negara yang masih mengamalkan pilihan raya, tetapi tidak mengamalkan kebebasan media (freedom of the press), yang diamalkan adalah kebebasan daripada media (freedom from the press) dalam pengertian pemerintah yang bebas daripada kritik dan sorotan media.
Media yang telah kehilangan kebebasan dan diperburuk dengan kehilangan etika tidak lagi mampu memaparkan kebenaran, tetapi lebih banyak bertindak sebagai alat propaganda politik, termasuk menghitamkan yang putih dan memutihkan yang hitam.
Demikianlah orientasi sebahagian media masa kini sehingga kita harus mengajak rakyat lebih tekun berdo`a: Rabbana arina 'l-haqqa haqqan wa 'rzuqna 'ttiba`ah, wa arina 'l-batila batilan wa 'rzuqna 'jtinabah
(Ya Tuhan, perlihatkan kami kebenaran itu nyata benarnya dan kurniakan kami keupayaan mengikutinya, dan perlihatkan kami kebatilan itu nyata batilnya dan kurniakan kami keupayaan menghindarinya).
Kebebasan media adalah bahagian integral daripada demokrasi. Kerana itu pilihan raya tanpa kebebasan media hanya akan menghasilkan pemerintahan yang kehilangan legitimasi demokratik (democratic legitimacy).
Sebagai image maker media selalu melakukan pencitraan palsu sehingga yang tampak bukan citra hakiki sebuah parti, dan bukan wajah asli seseorang calon. Pemalsuan citra yang begitu berleluasa, pasti akan mencederai demokrasi, kerana ia bererti menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang benar, lengkap dan seimbang tentang calon dan parti yang bertanding. Bagaimana mungkin rakyat akan membuat pilihan yang tepat jika sudah tertipu dengan pencitraan kosmetik media propaganda.
Mengundi Sebagai Kesaksian
Dilihat dari perspektif agama, mengundi dalam pilihan raya bukan sekadar hak, yang boleh diterima dan boleh pula ditolak. Lebih daripada itu sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Shaykah Yusuf al-Qaradawiy, ia adalah kewajiban pelaksanaan kesaksian (shahadah) yang tidak boleh ditolak apabila dipanggil,
"…Dan janganlah saksi-saksi itu menolak apabila dipanggil. …" -- al-Baqarah:282. Tidak keluar mengundi bererti menyembunyikan kesaksian (katm al-shahadah), suatu kesalahan berat yang dicela dalam al-Qur'an, "…Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana barangsiapa menyembunyikannya, sungguh, hatinya kotor (berdosa)…" --- al-Baqarah: 283.
Kesaksian dalam konteks pilihan raya bererti pernyataan sikap dan penilaian yang jujur terhadap kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkan kriteria asas: qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya) dan hafizun `alim (berintegriti moral dan berkompetensi intelektual).
Kerana itu yang harus layak bukan hanya calon dan parti, tetapi juga pengundi-pengundinya yang harus memenuhi syarat kesaksian yang terumus pada kata al-`adl (keadilan), "…dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu…" -- al-Talaq:2. Kesaksian adalah amanah. Mengundi parti atau calon yang tidak layak adalah penghkhianatan terhadap amanah yang menepati istilah qawla 'zur (kesaksian palsu) dalam al-Qur'an.
Memberikan kesaksian palsu adalah dosa berat yang digandingkan dengan syirik sebagaimana yang firmankan oleh Allah s.w.t., "…,maka jauhilah (penyembahan) berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan dusta." -- al-Hajj:30.
Ternyata mengundi dalam pilihan raya tidak hanya memerlukan kefahaman serba-serbi tentang demokrasi, tetapi juga kesedaran tanggungjawab moral. Justeru, kesaksian harus dilaksanakan dengan jujur, semata-mata kerana Allah, bukan kerana kepentingan diri, kaum kerabat dan suku-sakat, "…dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah." --. al-Talaq:2.
Untuk memungkinkan rakyat melaksanakan tanggungjawab kesaksiannya dalam pilihan raya, mereka tidak boleh naïf -- tidak mengerti bahasa politik, tidak mampu memahami sepak teranjang serta simpang-siur politik, dan tidak dapat mengenal mana wajah asli dan mana wajah hiasan citra kosmetik.
Ranah politik memang banyak jebakan dan jerangkap samarnya, ada angguk yang bererti tidak, ada geleng yang bermakna ia, dan banyak sumpah yang mengandung fitnah.
Demokrasi hanya akan sihat dan subur di tengah rakyat yang sedar, cerdas, jujur dan enlightened. Demokrasi akan mati dalam oreintasi politik ke-fir`aun-an yang mengekalkan kekuasaan dengan strategi pembodohan rakyat, "(Dengan yang demikian) maka Fir`aun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq – derhaka.." -- al-Zukhruf:54.
Rakyat yang telah lama diperbodoh tidak lagi mampu membezakan keadilan daripada kezaliman, mereka tidak tahu bahawa hak-hak asasinya dirampas, dan tidak sedar kekayaannya dirompak. Yang mereka tahu siapa yang memberikan wang adalah orang baik yang wajar disokong, tanpa menyedari bahawa si pemberi sebenarnya adalah penyamun yang telah merompak habis harta-bendanya.
Jadilah mereka rakyat yang senasib dengan kaum Nabi Hud `a.s. yang setia menyokong kezaliman, "…dan (mereka) menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi durhaka.' -- Hud:59; atau menjadi rakyat yang bodoh sombong seperti kaum Nabi Nuh `a.s., "…dan mereka mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya hanya menambah kerugian baginya." -- Nuh:21.
KUALA LUMPUR: Arus kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dilihat sukar dikekang ekoran bercambahnya markas- markas dan pembukaan bilik gerakan di pelosok negeri Johor.
Terbaru, PAS Cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu kuat mereka, blog Nusajaya Kini dipetik.
Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti insiden 'lakonan' demonstrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.
Facebook PAS Cawangan Taman Johor Jaya mencatatkan, Alhamdulilah, setelah kian lama menunggu PAS Cawangan Taman Johor Jaya dengan kerjasama PAS Kawasan Pasir Gudang berjaya menubuhkan markaz dan bilik gerakan PAS Cawangan Taman Johor Jaya di No 23 Jalan Bakawali 64 Tmn Johor Jaya.
"Segala bentuk sumbangan wang ringgit dan tenaga amat diperlukan. Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Hj Manan 010 3756373 @ Lutfi 017 7190483. Segala sumbangan yang anda berikan akan dinilai ganjaran oleh Allah SWT," kata sumber itu.
KUALA LUMPUR:Mulai sekarang, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal.
Naib Presiden PKR itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.
Hari ini saya telah menghantar satu lagi surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portal MyMassa. Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata "KOMANDO MATI KATAK".
Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari. Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari.
Di samping surat tuntutan, peguam saya telah mengirim surat amaran kepada semua pengendali portal yang menyiarkan berita fitnah yang sama. Mereka ini termasuk: Gelombang Wangsa Maju, Apple Biru, Malaysia Delima, Kelateloni, Pistol Nakal, Aloqlaloq, Talk with Hand, Flying Kick, dan lain-lain lagi.
Mulai sekarang, saya tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal.
MANILA: Keluarga Kiram telah bertemu dengan kerajaan Filipina pada Selasa untuk membincangkan cara terbaik bagi menyelesaikan tragedi berdarah yang berlaku apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh masuk ke Sabah bulan lalu.
Adik ketua pengganas yang menceroboh Sabah, Esmail Kiram II memberitahu Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Mar Roxas bahawa Malaysia perlu bersetuju melakukan gencatan senjata bagi membolehkan perbincangan untuk menamatkan krisis di Sabah dilakukan.
Esmail dan Roxas enggan mendedahkan butiran lain mengenai perbincangan secara tertutup mereka yang turut disertai beberapa ahli keluarga Kiram dari Selatan Filipina.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tuntutan itu dan meminta adik Kiram, Agbimuddin yang mengetuai pencerobohan di Sabah bulan lalu untuk meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat.
Kerajaan Filipina turut mendesak Agbimuddin untuk berundur.
Bagaimanapun, Agbimuddin berkata dia sanggup mati daripada menyerah diri.
"Jika gencatan senjata dilakukan, walaupun dia tidak boleh hadir, kami bebas untuk pergi ke sana untuk bercakap dengannya," kata Esmail.
Sekurang-kurang 62 terbunuh dalam pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang masih lagi bersembunyi di kawasan sekitar Lahad Datu.
Polis Malaysia turut menahan 85 lelaki dan wanita yang mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu itu.
PETALING JAYA: Bapa William Yau tidak dapat menahan sebak apabila pihak pendakwaan menunjukkan beberapa keping gambar bedah siasat anaknya ketika prosiding di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.
Yau Kok Kang ditunjukkan 38 gambar oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Mohd Hezri Shaharil untuk mengenal pasti punca kematian William.
Menjawab soalan yang diajukan Lee, mekanik berusia 33 tahun itu berkata dia mengecam William, 6, dalam gambar tersebut berdasarkan bentuk muka, parut di sebelah kanan dahi dan pakaiannya.
William dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu apabila dipercayai keluar dari kenderaan ketika menunggu kedua ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya.
Mayatnya ditemui terapung di sebuah sungai dekat Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu.
Ibu William, Goh Ying Ying akan dipanggil memberi keterangan pada pukul 2.30 petang, Selasa.
Peguam Goh Kim Lian bertindak sebagai pemerhati untuk keluarga Yau.
Safinah (empat dari kanan) menyerahkan jambangan bunga mawar merah kepada Napisah sambil diperhati Superintendan Anuar Mohammad
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Pas Terengganu menyeru golongan wanita khususnya di negeri ini memperkasa peribadi dan juga ilmu dalam pelbagai aspek sebagai persiapan menghadapi cabaran mendatang yang lebih mencabar.
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, mereka juga perlu celik dalam semua segi termasuk undang-undang supaya tidak sewenang-wenangnya dipermainkan pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, masyarakat perlu menghormati peranan wanita dan meletakkan golongan tersebut di tempat sewajarnya sebagaimana Islam yang meletakkan wanita di tempat tertinggi.
"Wanita perlu memperkasa bidang agama dan juga perundangan termasuk undang-undang syarak supaya mereka tahu mengenai hak-hak sendiri bagi mengelak dianiaya pihak tertentu.
"Jika kita tengok ketika ini, banyak isu yang didedahkan di dada akhbar mengenai gangguan seksual dan juga perdagangan terhadap kanak-kanak serta wanita. Jadi, apabila wanita memperkasa dan membina diri lengkap dengan ilmu, sudah tentu mereka dihormati dalam masyarakat.
"Masyarakat juga perlu menghormati wanita sebagaimana Islam menghormati golongan tersebut sehinggakan ada surah 'An-Nisak' (wanita) dan 'Maryam' dalam al-Quran," katanya.
Beliau berkata demikian pada program lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi tujuan menghadiahkan bunga kepada kakitangan wanita sempena Hari Wanita Sedunia, di sini, semalam.
Program Muslimat Pas itu diadakan serentak di semua daerah di negeri ini dan turut dilaksanakan di peringkat Pusat pada 8 Mac lalu.
Pada majlis itu, Safinah menyerahkan sejambak bunga merah kepada Napisah Abdullah iaitu Setiausaha Ketua Jabatan Pengurusan IPK Terengganu, Superintendan Anuar Mohammad.
Safinah berkata, program itu membuktikan bahawa mereka sememangnya menghargai jasa dan pengorbanan polis yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Pada masa sama, beliau tidak menolak ia juga keprihatinan terhadap polis dan ahli keluarga mereka yang terkorban dalam pencerobohan di Sabah.
"Kita turut bersimpati dengan kesedihan ahli keluarga polis yang terkorban dan kita juga akan melawat keluarga polis di Kampung Kubang Ikan, Besut dan Kampung Jabi di Setiu," katanya.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh mahu Datuk Seri Najib Razak menjawab berhubung pendedahan bapa Saiful Bukhari bahawa Fitnah Liwat II adalah konspirasi jahat pihak yang rapat dengan perdana menteri itu.
Katanya, pendedahan bapa Saiful, Azlan Md Lazim bahawa dalang konspirasi tersebut seorang pegawai khas pemimpin Umno, menimbulkan persoalan adakah Najib juga tahu berhubung konspirasi tersebut.
"Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah," katanya dipetik KeadilanDaily.
Anwar dilaporkan berkata demikian di hadapan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak baru-baru ini.
Pada 8 Mac lalu, Azlan tampil mengadakan sidang media khas membuat kenyataan 'u-turn' bahawa kes liwat membabitkan anaknya terhadap Anwar adalah satu konspirasi politik.
Beliau juga menamakan dua individu yang digambarkan pegawai yang rapat dengan Najib yang disifatkannya dalang konspirasi tersebut.
Tolak bertemu Azlan
Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar turut memberitahu beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang pertemuan itu nanti menjadi bahan fitnah oleh Umno.
Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersyukur selepas Azalan menyatakan kesungguhan mahu meminta maaf kepadanya dan keluarga sebelum bersemuka.
"Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu pegawai khas ... terlibat," katanya.
Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan isteri dan anak-anaknya.
Normah bersama peguamnya, Mohd Asri menunjukkan dua gambar yang memaparkan wajah Roslee.
IPOH – Seorang tukang masak memohon bantuan orang ramai mengesan suaminya, Roslee Lajat, 62, seorang pesara polis berpangkat Lans Koperal yang tujuh tahun menghilangkan diri.
Normah Abu Bakar, 58, berkata, suaminya itu dilihat buat kali terakhir pada 3 Disember 2005 ketika keluar rumah pada jam 7 malam dan sejak itu tiada khabar berita diterimanya.
Menurutnya, tiada perubahan dilihat pada Roslee yang ketika itu keluar sehelai sepinggang namun, dia bersama tiga anaknya berusia 26 hingga 34 tahun tidak berputus asa mengesannya.
"Menyedari pasport suaminya tiada kecuali kad pengenalan, rekod Jabatan Imigresen mendapati suami saya sah telah ke luar negara pada tarikh dia dilaporkan hilang untuk ke Indonesia.
"Saya yakin suami ke Indonesia kerana tiga tahun sebelum menghilangkan diri, dia terlalu kerap ke sana (Indonesia) dan tinggal lebih dua minggu di negara itu sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Normah berkata, walaupun tidak membawa apa-apa pakaian, Roslee turut membawa wang tunai lebih RM20,000 berdasarkan slip pengeluaran bank yang ditemuinya.
"Buntu dengan keadaan itu dan mengenangkan nasib yang dilaluinya, saya berharap jika ada kenalan Roslee atau mana-mana pihak yang mengenali dapat mengubungi kami.
"Kami digantung tidak bertali selain menanggung hutang rumah. Khabar angin ada menyatakan dia sudah berkahwin di Indonesia dan tinggal di sana tetapi saya tidak pasti," katanya.
Sementara itu, peguam Normah, Mohd Asri Osman telah memfailkan pengisytiharan kematian bekas polis itu memandangkan Roslee gagal dikesan lebih tujuh tahun di Mahkamah Tinggi di sini.
Pesuruhjaya Kehakiman Harminder Singh Dhaliwal telah mengeluarkan perintah pengisytiharan itu pada 19 Februari lalu namun, anak guamnya berharap lelaki itu dapat kembali ke sisi keluarganya.
"Ini adalah usaha terakhir Normah untuk mengesan suaminya. Jika dikesan, segala urusan berkaitan pencen dan pinjaman perumahan kerajaan lebih mudah diselesaikan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Roslee boleh menghubungi Normah di talian 017-5571305 atau pejabat peguam Asri, Chek Ming & Co iaitu 05-2546885 atau 05-2532200.
Saya adalah salah seorang penduduk asal Keramat dan telah menetap di kawasan ini lebih daripada 40 tahun yang lalu.
Saya melihat anak-anak saya membesar, berkahwin dan kini hidup bersama keluarga mereka sendiri di kawasan ini juga.
Amira dan Nazib, kedua-dua cucu saya yang sering menziarahi membawa keceriaan kepada hidup saya setelah 5 tahun bersara daripada menjadi guru.
Kehidupan saya sedikit terganggu kebelakangan ini akibat polemik yang melanda kawasan Jalan Enggang dan Taman Keramat melibatkan pembinaan projek pangsapuri mewah Datum Jelatek.
Pelbagai tohmahan, fitnah dan cerita dilemparkan oleh kedua-dua belah pihak yang menyokong dan menentang projek ini. Perseteruan ini begitu menjelekkan dan memualkan rakyat yang sebelum ini hidup dengan aman di kawasan ini.
Kawasan Keramat yang lebih 90% dihuni oleh orang Melayu kini dibayangi persepsi bahawa ia akan dibanjiri oleh orang China dan warga Singapura yang diwar-warkan akan membeli pangsapuri tersebut.
Adakah orang Melayu akan terhakis daripada salah satu penempatan awal Melayu di bandar Kuala Lumpur? Atau adakah Melayu akan terhimpit di celah-celah pembangunan pesat seperti mana yang berlaku di Kampung Baru? Apakah dengan projek ini orang Melayu akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah atau adakah ini satu perancangan untuk meminggirkan orang Melayu?
Sebuah organisasi korporat Melayu, PKNS, dituduh oleh pihak yang begitu lantang bersuara, merancang dengan begitu teliti untuk membuang Melayu dari kawasan Keramat.
Manakala, bagi mereka yang teguh mempertahankan PKNS, mendakwa organisasi inilah yang berusaha untuk memperkasakan Melayu di dalam dan luar negeri.
Bagi penduduk setempat, emosi dan sentimen begitu menusuk hati bagai selumbar untuk membenci PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor.
Adakah rakyat begitu bodoh untuk menerima tohmah dan fitnah tanpa sebarang usul periksa? Apakah mereka fikir rakyat tidak mempunyai akal dan pertimbangan yang waras untuk membezakan yang mana intan dan yang mana kaca?
Pertama-tama, projek ini bukan baru sahaja dilancarkan, ianya telah dibincangkan dan menjadi buah mulut lebih daripada 10 tahun yang lalu. Malah ada kenalan saya yang gambarnya terpampang di dada-dada akhbar dua tahun lepas menerima pampasan yang lumayan hampir setengah juta ringgit daripada PKNS bagi pembangunan semula kawasan tersebut.
Malah flat empat tingkat asal tersebut bukan baru hendak dirobohkan tetapi telahpun dirobohkan dan kawasan tersebut diratakan. Proses ini bukan baru tetapi sudah mengambil masa beberapa tahun.
Soalan saya kepada Salleh Samad yang menerajui kumpulan anti Datum Jelatek ini, di manakah tuan semasa perbincangan awal dan pendengaran awam projek ini? Dimanakah Salleh Samad yang mendabik dada sebagai wira Melayu, semasa penduduk asal dengan gembira dan berlapang dada menerima pampasan lumayan daripada PKNS? Dimanakah Salleh Samad ini, ketika jentolak dan kren merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu?
Kenapa Salleh dan konco-konco UMNOnya daripada UMNO Bahagian Ampang (Ismail Kijo), GPRS (Sohaimi Shahadan), GAPS (Hamidzun Khairuddin) dan JMM (Azwanddin Hamzah) tidak merantai diri mereka ke jentolak dan kren tersebut untuk menggagalkan rancangan merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu? Kenapa baru kini mereka berkokok nyaring membakar emosi dan sentimen Melayu dipinggirkan? Begitu jelas, motif mereka adalah politik dan mainan mereka adalah emosi rakyat.
Hanya untuk meraih undi politik, mereka terpekik-pekik melolong menjerit Ketuanan Melayu. Adakah Melayu selamat di bawah manusia-manusia hipokrit ini? TIDAK!!!
Orang Melayu bukanlah lembu yang boleh dicucuk hidungnya dan diheret untuk bersama dengan niat serta hati busuk kumpulan lidah bercabang ini.
Usaha ayah dan ibu tanpa mengenal erti penat menyekolahkan saya dan adik-adik, mengajar saya bahawa ilmu cukup penting dan maklumat adalah senjata yang cukup ampuh.
Bagaimana mungkin sebuah organisasi yang 99% warga kerjanya terdiri daripada orang Melayu sanggup menekan bangsa sendiri. Tidak logik dan tidak masuk akal. Setelah diteliti, nilai asal hartanah flat lama Jelatek hanya sekitar RM2.5 juta, manakala pampasan 15 kali ganda bernilsi RM25 juta yang diberikan kepada 144 penduduk asal telah membolehkan ramai Melayu kini memiliki kediaman lain yang lebih selesa seperti banglo, semi-d dan sebagainya.
Kerajaan Negeri yang meletakkan kuota jualan 50% dan diskaun sebanyak 10% kepada Bumiputera terus menjamin kelangsungan Bumiputera di kawasan ini. Malah nilai kasar hartanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Datum Jelatek mencecah RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta selepas projek ini selesai dimuktamadkan.
Daripada nilai pasaran sebanyak RM2.5 juta, nilai milikan hartanah Bumiputera dijangka mencecah sebanyak RM700 juta selepas projek ini disiapkan. Ini merupakan lonjakan paradigma sebanyak 280 kali ganda. Sudah pasti yang untungnya adalah Melayu itu sendiri.
Keluasan asal flat lama Jelatek yang dimiliki Melayu hanyalah sekitar 80,000 kaki persegi dan setelah projek ini disiapkan orang Melayu akan memilki lebih daripada 350,000 kaki persegi haratanah yang bernilai tinggi. Melayu manakah yang akan rugi? Fitnah tidak berupaya mematahkan fakta.
Adakah Melayu akan hilang di kawasan majoriti mereka sendiri? Saya dimaklumkan bahawa PKNS menjual hampir 85% rumah mereka kepada orang Melayu. Projek Alam Nusantara PKNS di Setia Alam yang merupakan kawasan pegangan bebas itu lebih 70% dijual kepada orang Melayu.
Siapa yang mengatakan bahawa Melayu tidak mempunyai kemampuan itu hanya menidakkan dan memperlekehkan Melayu itu sendiri. Organisasi korporat Melayu seperti PKNS inilah yang harus disokong dan terus dibantu oleh orang Melayu itu sendiri.
PKNS seharusnya dipuji dan diangkat kerana menerusi perancangan pembangunan ini, taraf hidup orang Melayu terus dipertingkat dan dilonjak lebih tinggi.
Keuntungan yang bakal dicapai oleh PKNS tidaklah seberapa malah keuntungan ini akan terus disalurkan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik seperti pembinaan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak yang melibatkan kerugian RM80 juta kepada PKNS demi untuk melihat orang Melayu hidup dalam keadaan yang lebih selesa.
Mungkin Salleh Samad, Ismail Kijo, Sohaimi Shahadan, Hamidzun Khairuddin dan Azwanddin Hamzah semuanya berang kerana mereka tidak berupaya membolot komisyen daripada projek ini? Mereka tidak mempunyai peluang menjadi orang tengah kerana PKNS melaksanakan tender terbuka.
Bayangkan jika mereka membolot 10% komisyen daripada projek ini RM100 juta ringgit akan masuk kocek mereka tanpa sebarang faedah kepada orang Melayu. Tetapi akibat daripada komisyen yang mereka tidak terima itu, rakyat akan mendapat ribuan rumah mampu milik diseluruh Selangor. PKNS tidak mengayakan dua tiga kerat pemimpin Melayu elit UMNO yang hidup dengan komisyen dan rasuah. PKNS mementingkan kehidupan rakyat marhaen dan terbanyak.
Melayu harus berubah daripada mentaliti gerai dan menerima gelombang kemajuan dan pembangunan. Kita tidak boleh lagi terus keinggalan.
Penyediaan puluhan ruang-ruang niaga mampu milik untuk manfaat Bumiputera di Datum Jelatek akan memberi peluang kepada orang Melayu terus meningkatkan ekonmi mereka sejajar dengan arus pembangunan. Walaupun Melayu yang berniaga kerepek dan pisang goreng dibantu, sebahagian Melayu juga perlu di lonjakkan untuk berniaga di kompleks niaga seperti di Datum Jelatek. PKNS kini terbuka untuk melatih usahawan-usahawan Melayu tempatan dari Keramat untuk mengisi kekosongan ruang-ruang niaga tersebut.
Salleh Samad dan pembesar UMNO, Ismail Kijo mahu Melayu terus merempat dan kekal sebagai rakyat kelas ketiga walau di tanah sendiri. Mereka tidak mahu Melayu berjaya dalam ilm pengetahuan dan perniagaan. Untuk mereka jika Melayu itu cerdik dan pandai, maka ia akan menutup peluang mereka untuk rasuah, ia akan menutup peluang mereka untuk memegang tampuk kekuasaan dan mereka tidak akan berupaya untuk membuncitkan perut mereka membolot kekayaan. Dua tiga kerat pemimpin elit UMNO telah lari daripada perjuangan asal membela rakyat, mereka hidup mewah berkereta besar, rumah agam bertingkat-tingkat akibat daripada rasuah dan salah guna kuasa.
Sebelum Ismail Kijo mahu mendabik dada kononnya sebagai calon DUN Bukit Atarabangsa dan meraih undi rakyat Keramat, beliau harus menjawab isu bahawa beliau jualkan tanah rizab sekolah agama kepada Bukan Melayu. Pemimpin fasik sebeginikah yang harus kita percaya? Pemimpin bangsawan UMNO kini menjilat ludah mereka sendiri kerana bersikap anti-pembangunan bukan kerana mereka prihatin dengan nasib rakyat tetapi mementingkan kocek dan saku mereka. Tampuk kuasa menjadi motif utama, wang ringgit menjadi taruhan.
Selamatkan Melayu daripada pembohongan dan fitnah UMNO serta juak-juak mereka!
Saya tidak mahu cucu-cucu saya tinggal di flat lama AU3 yang terbiar dan tidak terurus Itu. Saya mahu mereka hidup selesa tanpa dibebani masalah jenayah dan sosial. Datum Jelatek akan membantu mereka mencapai impian saya untuk kehidupan selesa mereka.
KUALA LUMPUR: Kongres Melayu Pulau Pinang berpendapat dalam situasi yang munasabah adalah satu usaha yang sia-sia sahaja sekiranya dibiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya. Presidennya, Rahmad Isahak (gambar) berkata, ini amat jelas di antara tarikh 9 Mac 2013 hingga 28 April 2013 iaitu bersamaan 51 hari tersebut bererti Kerajaan Malaysia serta penerajunya beroperasi tanpa mandat dari rakyat tetapi sebaliknya bernafas melalui talian hayat parlimen semata-mata.
"Amat bertepatan pihak kami katakan dalam tempoh 51 hari berkenaan negara ini sedang ditadbir oleh caretaker government tanpa sebab yang munasabah," ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Tanggal 8 Mac 2008 hingga tarikh 8 Mac 2013 adalah merupakan hari genap lima tahun kuasa rakyat terhadap pehak pemerintah di negara ini untuk mentadbir sudah berakhir.
Tempoh 5 tahun berkenaan adalah juga kehendak Perlembagaan negara ini yang sudah terlaksana semenjak 12 siri pilihanraya umum terdahulu. Kuasa rakyat bukanlah barang komersial yang boleh diperdagangkan.
Hari ini tercipta satu lagi sejarah hitam di mana mandat rakyat telah dipermainkan sewenang-wenangnya seakan-akan undi rakyat sudah tidak bermakna lagi.
Kedudukan kuasa politik dalam situasi kepura-puraan kerana takut hilangnya kuasa adalah lebih penting dari segala-galanya. Tapi jangan lupa bahawa pengundi bukannya boleh dipersendakan apatah lagi di perbodohkan. Lambat laun hukuman dari sudut demokrasi pasti berlaku.
Negara pada hari ini secara pasrahnya sedang bernafas melalui talian hayat Dewan Rakyat (Parlimen) sehingga 28 April 2013 dan bukan lagi menerusi nadi rakyat yang berjumlah hampir 29 juta orang.
Bagaimana hendak kita istilahkan keadaan kuasa pentadbir negara ini pada masa sekarang? Apakah ini hadiah untuk rakyat selepas kita melalui 12 pilihanraya umum sebelum ini dan wajarkah rakyat didera dalam menanti detik pembubaran parlimen?
Kemelut demi kemelut, insiden demi insiden serta isu-isu semasa tumbuh bagai cendawan di mana semua ini perlu dijawab oleh pakar-pakar politik negara ini yang konsepnya berteraskan amalan demokrasi.
Tetapi adakah persoalan istilah demokrasi tersebut pada masa kini menguntungkan rakyat? Rasanya tidak, malah lebih menjurus kepada kemarahan disebabkan hak rakyat tidak diutamakan.
Tidak rasional sedikitpun serta langsung tidak memberikan kesan positif jikalau sepanjang masa kebelakangan ini pemimpin kita asyik berjanji dengan bermacam imbuhan sama ada secara tunai mahupun dalam bentuk prasarana awam.
Apa yang terpenting di sini adalah kembalikan mandat kepada rakyat. Negara ini bukannya hak milik seorang sahaja malah ianya adalah milik hampir 29 juta warga negara Malaysia.
Pihak kami berpendapat dalam situasi yang munasabah adalah satu usaha yang sia-sia sahaja sekiranya dibiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya. Ini amat jelas di antara tarikh 9 Mac 2013 hingga 28 April 2013 iaitu bersamaan 51 hari tersebut bererti Kerajaan Malaysia serta penerajunya beroperasi tanpa mandat dari rakyat tetapi sebaliknya bernafas melalui talian hayat parlimen semata-mata.
Amat bertepatan pihak kami katakan dalam tempoh 51 hari berkenaan negara ini sedang ditadbir oleh caretaker government tanpa sebab yang munasabah.
Apakah tempoh 51 hari berkenaan akan menjadi kenyataan? Apakah itu kehendak rakyat ataupun sebaliknya?
Pihak kami berpendirian hanya YAB Perdana Menteri sahaja yang lebih bijak menilai di antara kualiti dan laibiliti.
Sebagai rakyat biasa pihak kami mengharapkan amalan tulen demokrasi dapat diterjemahkan semasa proses pilihanraya berlangsung. Kita tidak mahu rakyat yang menanggung musibah diatas permainan politik rakus disebabkan kuasa.
Akhir sekali adalah amat tidak menyenangkan apabila Perdana Menteri akan dikenang dalam lipatan sejarah negara ini kerana gagal memartabatkan transformasi jangka masa 5 tahun berkenaan.
KUALA LUMPUR: Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Saman ini dibuat berdasarkan kepada artikel bertajuk "PAS BENARKAN TARIAN LUCAH, ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?" yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari 2013 yang lalu.
"Abim menilai penyataan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan berniat jahat serta ingin menjatuhkan kredibiliti Abim selaku pertubuhan Islam utama di negara ini," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.
Sehubungan itu, Abim telah memanggil satu sidang media esok, 13 Mac bagi menjelaskan tindakan ini.
Ia akan diadakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah haridi lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
LAHAD DATU - Hajat menggunung kumpulan pengganas Sulu untuk menakluk Sabah bukan sahaja mendorong mereka menceroboh Kampung Tanduo di sini menggunakan senjata api dan senjata tajam malah, turut menggunakan tangkal kononnya untuk membuatkan diri kebal daripada ditembak.
Lebih teruk apabila mereka yang mengaku beragama Islam dipercayai mengamalkan ajaran sesat dan ilmu hitam sebagai pendinding diri untuk merealisasikan angan-angan 'Mat Jenin' untuk merampas wilayah berdaulat milik Malaysia itu.
Sejak melakukan pencerobohan pada 12 Februari lalu, mereka percaya dapat menawan sebahagian besar Pantai Timur Sabah selepas begitu yakin dengan ilmu dan tangkal yang tertulis ayat-ayat khurafat untuk membolehkan diri masing-masing tidak lut ditembusi peluru.
Namun, nasib tidak menyebelahi kebanyakan pengganas apabila mereka tetap mati di hujung senjata canggih pasukan keselamatan Malaysia.
Sebagai bukti, pasukan keselamatan yang memeriksa mayat dan peralatan yang dibawa pengganas menemui beberapa objek pelik seperti tangkal termasuk kain hijau tertulis ayat-ayat tertentu di kubu persembunyian kumpulan itu.
"SAYA isytiharkan perang terhadap pemusnah alam. Cara mereka memusnahkan atau membunuh cimpanzi sama seperti mereka membunuh manusia. Peperangan ini adalah malapetaka buat alam"
Pengalaman 50 tahun lalu ketika menyaksikan seekor cimpanzi mengali lubang anai-anai di Taman Negara Gombe, Tanzania untuk mencari makanan mengubah keseluruhan, hidup pengasas Jane Goodall Institute, Dr Jane Goodall dari seorang ahli primatologi kepada aktivis pemuliharaan cimpanzi dan alam sekitar.
"Ketika itu saya sedang meneropong seekor cimpanzi jantan mencari makanan. Haiwan itu membengkokkan ranting, dilucutkan daunnya kemudian mencungkil sarang itu lalu disuapkan ke mulutnya. Perbuatan itu tidak ubah seperti tindakan manusia untuk mencari makanan.
Bertitik tolak dari situ saya melakukan pemerhatian saintifik tentang kehidupannya hingga saya mengabdikan seluruh hidup untuk bersama haiwan itu," katanya.
Dilahirkan di London, England pada 1934 anak kepada Mortimer Herbert Morris-Goodall dan Margaret Myfanwe Joseph ini telah didedahkan kepada dunia cimpanzi sejak kecil.
"Semasa kecil bapa menghadiahkan anak patung cimpanzi diberi nama Jubilee, sejak dari itu saya mula menyayangi haiwan. Hingga ke hari ini dan anak patung itu masih saya simpan," katanya.
Pada 1957, beliau nekad mengambil keputusan berhijrah ke Kenya bersama rakannya kerana terlalu minat terhadap haiwan di negara itu.
Ketika itu, beliau bekerja sebagai setiausaha di syarikat perladangan. Bermula dari situ beliau menawarkan diri melakukan kajian tentang kehidupan penduduk primitif dikendalikan oleh ahli arkeologi dan primatologi, Louis Leakey.
"Pada 1958, saya melakukan kajian di Olduvai Gorge di Tanzania. Selama dua tahun saya tinggal dan menjalani kehidupan bersama mereka. Realiti kehidupan itu membuatkan saya terpanggil untuk menganjurkan kutipan dana bagi membantu golongan tersebut, " katanya.
Selepas kajian itu selesai, beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran kedoktoran dalam bidang Ethologi di Universiti Cambridge selama lima tahun.
Sepanjang penyelidikan itu, beliau memilih untuk tinggal bersama keluarga beruk selama 22 bulan bagi mendapatkan perincian sebenar kehidupan cimpanzi .
"Saya tinggal bersama cimpanzi jantan digelar David dan Goliath. Humphrey cimpanzi bersaiz besar berperangai pembuli, Gigi pula cimpanzi betina sentiasa gembira dan digelar sebagai 'makcik' dari cimpanzi muda, McGregor, cimpanzi paling tua, Flo pula cimpanzi dianggap 'ibu' dan mempunyai kedudukan tinggi dalam keluarga cimpanzi dia mempunyai anak seperti Figan, Faben, Freud, Fifi, dan Flint. Frodo, anak kedua Fifi bersikap agresif dan kerap menyerang Janea," katanya penuh bersemangat.
Kejayaan penyelidikan Goodall, merupakan pencapaian terbesar apabila beliau dapat membuktikan teori kehidupan cimpanzi, gorila dan monyet mempunyai berbezaan satu peratus dengan manusia seperti perilaku, imunisasi tubuh dan autonomi otak.
"Cimpanzi mempunyai masalah sendiri. Haiwan itu tahu kasih sayang, berperang, cuma ia berbeza dalam konteks manusia yang lebih menggunakan fikiran," katanya.
Pada 1964, Goodall berkahwin dengan jurugambar hidupan liar dari Belanda, Baron Hugo van Lawick dan tiga tahun kemudian, pasangan itu dikurniakan anak bernama, Hugo Eric Louis.
"Pergaulan saya dengan ibu cimpanzi banyak mempengaruhi kehidupan saya dan Hugo. Ibu cimpanzi adalah jenis pelindung dan penyayang. Haiwan ini sanggup menggadai nyawa untuk melindungi anaknya. Cimpanzi boleh bertoleransi tetapi tidak disiplin," katanya.
Pada 1974, pasangan itu bercerai dan beliau berkahwin dengan pengarah Taman Negara Tanzania, Derek Bryceson. Empat tahun kemudian suaminya meninggal dunia kerana barah.
"Ketika itu kehidupan saya amat perit. Namun, saya nekad meneruskan amanah mendiang suami untuk melindungi hutan dan haiwan di taman itu. Amanah itu saya laksanakan hingga hari ini. Saya berdiri teguh membela nasib cimpanzi di Gombe dengan menubuhkan satu kumpulan dianggotai masyarakat primitif Gombe," katanya.
Pada 1977, beliau menubuhkan Jane Goodall Institute untuk menggalakkan penyelidikan cimpanzi dan habitat haiwan serta alam sekitar di Gombe.
Menurutnya, ketika ini banyak kekejaman luar biasa dilakukan manusia terhadap hutan dan cimpanzi akibat kerakusan membolot dan merompak harta alam.
"Saya musuhi mereka. Saya berusaha mendidik generasi baru terutamanya kanak-kanak untuk menghargai alam dan isinya. Saya percaya semua agama menentang pencerobohan alam kerana hutan dan haiwan satu ciptaan luar biasa," katanya.
KUALA LUMPUR: Seorang penduduk Kampung Paya Rumput, Melaka tidak berpuas hati apabila Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengarahkan beliau menurunkan kain rentang di premis miliknya.
Zakaria Daud menerima notis meminta beliau berbuat demikian ekoran beliau memasang kain rentang dengan gambar Penyelia PAS Parlimen Masjid Tanah, Nasaei Ismail dan tawaran Pakatan Rakyat di hadapan rumahnya.
Beliau berkata, tiga buah kenderaan MPAG datang ke rumahnya kira-kira jam 11.15 malam kelmarin, meminta beliau menurunkan kain rentang tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil.
Namun Zakaria bertegas tidak mahu menurunkannya kerana ianya dipasang di hadapan rumahnya dan tidak mengganggu laluan orang ramai.
"Kenapa saya nak turunkan pula sedangkan saya pasang kemas-kemas di hadapan rumah saya. Tak ganggu orang lalu lalang.
"Saya tanya orang MPAG kenapa datang tengah malam mereka kata hari itu mereka diarahkan untuk turunkan kain rentang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang membuat aduan kepada MPAG berhubung perkara itu kerana rumahnya dikelilingi rumah orang kuat Umno termasuk ahli jawatankuasa keselamatan kampung (JKKK).
Tambah beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Masjid Tanah, MPAG meminta beliau memohon lesen untuk memasang kain rentang yang disifatkan berunsurkan politik.
"Mereka suruh saya ke Masjid Tanah untuk buat permohonan untuk naikkan kain rentang tetapi saya tak mahu sebab ini kawasan rumah saya," tegasnya yang juga Ketua PAS Cawangan Paya Rumput.
Miri: Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.
Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.
Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami.
Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.
Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.
"Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu.
"Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf kerajaan Filipina," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.
Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.
"Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama
Lahad Datu: Ketiadaan ketua Kampung Tegupi di sini, yang gagal dikesan hingga kini mencetuskan tanda tanya di kalangan penduduk, termasuk mereka sukar mendapatkan maklumat mengenai situasi terkini Op Daulat berikutan kedudukan lokasi perkampungan mereka yang hanya terletak kira-kira lapan kilometer dari Zon Merah.
Rata-rata penduduk di perkampungan itu hidup dalam ketakutan dan berlindung di rumah masing-masing kerana tiada arahan dikeluarkan pihak keselamatan untuk berpindah.
Lebih malang, penduduk mengakui tidak mengetahui di mana ketua kampung mereka sebaik pertempuran bermula 1 Mac lalu.
Penduduk, Adam Ahmad, 29, berkata penduduk bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarga sekiranya pengganas terbabit memasuki kampung mereka.
MOHD Aziz bersama anak saudaranya di halaman rumah mereka.
"Kami tidak menerima sebarang arahan untuk berpindah walaupun sering terdengar bunyi tembakan hampir setiap hari.
Semporna: Masih ramai ibu bapa dari Kampung Simunul dan Sri Jaya di sini, masih trauma hingga tidak berani menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Simunul semalam, berikutan insiden tembak menembak di kampung berkenaan 2 Mac lalu.
Tinjauan Harian Metro di sekolah itu pagi semalam, mendapati tidak ramai murid hadir ke sekolah dan hanya enam kelas dibuka.
Guru Besar SK Simunul, Sarudah Harun, 56, berkata, hanya 193 daripada 640 murid hadir ke sekolah semalam, malah ada kelas hanya dihadiri empat murid menyebabkan pihak sekolah terpaksa menggabungkan mereka menjadi enam kelas.
Katanya, kehadiran guru juga turut tidak memberangsangkan kerana hanya 20 daripada 42 guru datang bertugas.
"Masih ramai keluarga takut menghantar anak mereka ke sekolah walaupun pihak keselamatan sudah memberi jaminan keselamatan dipertingkatkan.
Zulkifli melihat buku sekolah anaknya yang terbakar selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Slow Bedal, Kuala Krai, kelmarin.
Keadaan rumah yang terbakar selepas operasi memadam kebakaran tamat.
Keadaan rumah Zulkifli di Kampung Slow Bedal, Kuala Krai, beberapa minit sebelum bomba tiba.
KUALA KRAI - "Saya dengar bunyi seperti orang memasak tetapi kuat dan bila masuk tengok di dapur, api sedang marak dan sudah sampai di zink rumah," kata seorang penghuni rumah terbakar di Kampung Slow Bedal dekat sini, kelmarin.
Muhammad Aziz Zulkifli, 16, berkata, sebelum kejadian, dia berada di ruang tamu seorang diri dan berlari ke dapur apabila terdengar bunyi berkenaan.
Katanya, apabila melihat api makin marak, dia terus keluar dari rumah dan berlari ke rumah neneknya yang terletak bersebelahan bagi mendapatkan bantuan.
"Masa saya dengan mek (nenek) datang semula, api sudah sampai di ruang tamu. Saya cuba nak naik atas rumah untuk selamatkan barang, tetapi mek halang," katanya kelmarin.
Lihat api marak bakar rumah
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan sebuah keluarga enam beranak tinggal sehelai sepinggang, apabila kediaman mereka yang berhampiran landasan kereta api di Kampung Slow Bedal musnah terbakar.
Zulkifli Che Hassan, 41, berkata, dia baru keluar dari rumah untuk menjenguk lembu peliharaannya sebaik sahaja pulang dari kerja manakala isterinya, Zuraida Abdullah menghantar motosikal untuk dibaiki di Kampung Bukit Sireh.
"Bila balik semula selepas diberitahu rumah terbakar, api sedang marak," katanya yang bekerja di kilang papan di Batu Jong, dekat sini.
Menurutnya, ketika kejadian, tiga lagi anaknya termasuk anak bongsu berumur enam tahun sedang bermain di seberang landasan kereta api tidak jauh dari rumah.
Masalah laluan masuk
Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Anuar Berang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Bilik Operasi Bomba negeri jam 3.42 petang dan sampai di tempat kejadian jam 4 petang.
"Sembilan anggota dan dua jentera bomba dikerah ke tempat kejadian, tetapi berdepan masalah kerana laluan masuk dihalang jambatan dan landasan kereta api.
"Jentera bomba terpaksa diletak di seberang landasan kereta api dan hos air dibawa merentangi landasan. Waktu kami sampai, lebih 90 peratus rumah ini sudah terbakar," katanya.
Menurutnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran dipercayai bermula dari bahagian dapur itu masih dalam siasatan.
Mangsa terima bantuan segera
Dalam pada itu, nasib malang keluarga terbabit dapat perhatian segera Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman yang hadir menyampaikan sumbangan Tabung Serambi Makkah.
Abdul Latiff berkata, bantuan pendahuluan RM1,000 daripada keseluruhan RM2,000 itu diharap meringankan beban mangsa terutama untuk belanja harian dan kelengkapan sekolah yang musnah dalam kejadian itu.
"Pada masa sama, kita patut bersyukur kerana walaupun hilang tempat tinggal, mangsa sekeluarga selamat dan diharap mereka bersabar menerima kejadian ini sebagai ujian ALLAH," katanya.
Hadir sama melawat tempat kejadian, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Ramzi Ab Rahman.
Satu lagi penemuan minyak dibuat di negara ini apabila Lundin Petroleum AB menerusi syarikat milik penuhnya, Lundin Malaysia BV menemui sumber tenaga itu di telaga Ara-1, di luar pesisir Semenanjung.
Firma Sweden itu dalam kenyataannya mengumumkan penemuan berkenaan semalam berkata Ara-1 di Blok PM308A digali sedalam 4,030 meter menggunakan pelantar West Courageous pada kedalaman air 75 meter.
Sasar penemuan seterusnya
Objektif telaga itu adalah untuk menyasar penemuan seterusnya pasir minyak di antara rekahan seperti yang pernah ditemui di telaga Janglau-1 yang digali oleh kumpulan pada 2011, kata syarikat itu.
Syarikat itu berkata, Ara-1 telah menemui sembilan lapisan halus pasir yang mengandungi minyak dalam bahagian antara rekahan tekanan tinggi dalam kedudukan menegak sepanjang 800 meter.
Telaga itu mengesahkan adanya minyak antara rekahan di sepanjang struktur kompleks yang sangat besar di timur laut PM308A.
Ia juga menemui simpanan pasir yang efektif pada kedalaman di bawah 3,500 meter. Zon minyak ditemui di Ara-1 secara individu bagaimanapun adalah lebih nipis daripada jangkaan sebelum penggalian, katanya.
Kerja sudah pun bermula
Lundin Petroleum berkata, Ara-1 ditanda dan ditinggalkan sebagai telaga penemuan minyak selepas program penilaian telaga diselesaikan.
Kerja sudah pun bermula untuk menganggarkan lingkungan sumber yang ditemui, katanya.
Syarikat itu bercadang untuk memuatkan hasil penemuan itu ke dalam set data seismik 3D serantau yang diperluaskan baru-baru ini untuk mengenal pasti kawasan di mana sumber simpanan tempatan boleh dimajukan serta menghasilkan prospek penggalian gred tinggi pada masa akan datang.
Johor Bahru: Usaha sekumpulan remaja mengambil bola yang terjatuh dalam longkang, bertukar tragedi apabila seorang murid Tahun Enam tergelincir dan lemas dihanyutkan arus deras ke Sungai Skudai di sini, petang kelmarin.
Kejadian berlaku berdekatan rumah pangsa Taman Cempaka di sini kira-kira jam 5.30 petang, ketika mangsa, Abu Hanifah Abu Amir, 12, menyertai 10 rakan lain termasuk abangnya, Rahimidin, 23, bermain bola sepak di padang berdekatan.
Saksi kejadian, Mohammad Fadhil Mujahid, 26, berkata ketika sedang bermain, bola mereka terjatuh ke dalam longkang menyebabkan mereka bergegas ke saliran terbabit.
Katanya, ketika rakan yang lebih dewasa berusaha mengambil bola berkenaan, tanpa disedari mangsa yang turut berada di tepi longkang itu tergelincir.
Sejurus menyedari kejadian itu, kami berusaha membantu mangsa tetapi tidak berhasil kerana keadaan arus longkang yang deras selepas hujan lebat, katanya.
Sukarelawan turut bantu
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata lebih 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Skuba, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Marin serta sukarelawan membantu dalam operasi mengesan mangsa.
Susulan gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan polis, mayat mangsa ditemui orang awam yang membantu gerakan itu di sekitar Sungai Skudai, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Ibu mangsa, Rozaini Abdullah, 41, berkata dia tidak menyangka akan kehilangan anak kelapan daripada 11 beradik itu yang kebiasaannya periang.
(PERSETUJUAN BERSAMA...Saluran paip tersebut bertujuan untuk membantu Islamabad mengatasi kekurangan tenaga yang semakin teruk)
ISLAMABAD: Pemimpin Iran dan Pakistan telah merasmikan pembinaan seksyen saluran paip gas yang telah ditangguhkan, bernilai USD7.5billion dan menghubungkan kedua-dua negara tersebut, sekaligus melanggar ancaman sekatan AS.
Presiden Mahmoud Ahmadinejad melancarkan projek tersebut dengan rakan sejawatannya dari Pakistan Asif Ali Zardari pada satu majlis di sempadan Isnin lalu, menyatakan perjanjian tersebut sebagai tamparan kepada sekatan yang diterajui AS mensasarkan minyak dan gas negara itu.
Kedua-dua pemimpin mengumumkan plak sebelum bersalaman dan membaca doa berharap kejayaan projek tersebut, yang melibatkan 780km seksyen saluran paip di sebelah Pakistan, dijangka menelan belanja kira-kira USD1.5bn.
Saluran paip tersebut bertujuan untuk membantu Islamabad memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat pada masa negara tersebut menghadapi kes bekalan eletrik terputus yang meningkat dan kekurangan tenaga.
Bagaimanapun, terdapat kebimbangan yang serius tentang bagaimana Pakistan membiayai projek tersebut dan sama ada Pakistan dapat meneruskan projek ini tanpa menghadapi AS sekatan, yang telah dilaksanakan Washington ke atas Iran kerana program nuklearnya.
Wartawan Al Jazeera Kamal Hyder, yang mellaporkan dari Islamabad, berkata perjanjian dengan Iran boleh "mengakibatkan kerugian yang besar" kepada Pakistan.
"Pakistan juga sangat bergantung kepada Amerika Syarikat dalam senjata konvensional," lapor Hyder.
Tetapi Pakistan juga menghadapi krisis tenaga dan memerlukan gas yang boleh dibekalkan oleh Iran, katanya.
Majlsi Isnin lalu datang hanya beberapa hari sebelum tempoh kerajaan berakhir dan berkemungkinan dibuat untuk meraih undi dengan membuatkan parti pemerintah, Parti Rakyat Rakyat Pakistan (PPP) kelihatan seperti menangani krisis tenaga.
Bangkangan AS
AS telah menentang projek tersebut, sebaliknya mempromosikan sebuah saluran paip alternatif dari medan gas Turkmenistan ke Afghanistan, Pakistan dan kemudian ke India.
Washington juga telah menawarkan beberapa projek penjanaan elektrik dalam Pakistan seperti membantu untuk mengubahsuai empangan hidro.
Iran berkata mereka telah menyiapkan projek saluran paip di bahagian Iran, sepanjang 1,150 km dari medan gas ke sempadan Iran-Pakistan.
Pengaliran gas dirancang untuk mula beroperasi akhir tahun 2014, walaupun hanya segelintir yang berpendapat tarikh tersebut sebagai realistik memandangkan kelewatan yang dialami oleh projek tersebut.
Adik kepada suspek menunjukkan kesan darah ayahnya di ruang tamu.
PORT DICKSON - Hasrat seorang bapa untuk menikmati lauk kegemarannya iaitu sambal petai tidak kesampaian apabila dia mati dipercayai dipukul anaknya di Taman Lukut, di sini, petang semalam.
Mangsa, S Ramdas, 56, ditemui berlumuran darah di bahagian kepala dan badan dipercayai dibelasah anaknya yang baru keluar dari penjara kira-kira sebulan lalu atas kesalahan jenayah.
Salah seorang anak mangsa, Ramurthy, 37, berkata, sebelum kejadian, adik lelaki yang tinggal bersama kakaknya di Kuala Lukut datang ke rumahnya di Taman Harmoni Indah Jaya dalam keadaan marah-marah kira-kira jam 7 petang, semalam.
Bagaimanapun dia bergegas pulang semula ke rumah kakak selepas diberitahu ayah mereka berada di sana.
"Ketika adik datang ke rumah saya, ayah yang tinggal bersama saya tiada kerana pergi ke rumah kakak menjenguk cucunya.
"Sebelum itu, ayah sempat berpesan kepada isteri saya untuk memasak lauk kegemarannya, sambal petai. Namun ayah pergi dahulu sebelum sempat menikmati lauk kegemarannya," katanya.
Ramurthy berkata, setelah curiga melihat keadaan adiknya yang tergesa-gesa pulang ke rumah kakak dalam keadaan marah, dia mengambil keputusan untuk mengekorinya.
"Namun sebaik tiba di rumah kakak, saya terkejut apabila melihat ayah berlumuran darah dan terbaring di atas lantai ruang tamu.
"Selepas itu, saya cuba mencari adik sebelum mendapati dia berada dalam bilik belakang yang berkunci," katanya.
Menurutnya pada mulanya, adiknya tidak mengaku memukul ayah, namun selepas dipujuk dia mengiakan, malah kesan darah masih melekat pada tangannya.
"Ketika kejadian, hanya ayah dan nenek, Chama Salem, 80, berada di rumah, manakala kakak serta suaminya dalam perjalanan ke rumah saya kerana khuatir adik akan bergaduh.
"Ketika itu, ayah tidur di atas kerusi di ruang tamu sebelum dipukul dengan kayu daripada meja yang dipatahkan," katanya.
Katanya, neneknya turut dipukul, namun dia sempat berlari keluar menyelamatkan diri.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, yang mengesahkan kejadian berkata, suspek berusia 29 tahun itu berjaya ditahan polis pada hari sama di tempat kejadian.
"Siasatan awal polis mendapati suspek memukul kepala mangsa dengan kayu. Mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya.
Abd Wahab berkata, polis menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.45 malam oleh salah seorang jiran mangsa.
"Maklumat awal polis terima daripada jiran tersebut mengesyaki berlaku kejadian pecah rumah. Namun sebaik tiba di lokasi dan siasatan dilakukan mendapati berlaku kejadian gaduh melibatkan sebuah keluarga.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes dianggap selesai dengan kejayaan menangkap suspek," katanya.
Katanya, mangsa dituntut keluarganya semalam untuk urusan pengebumian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan