Jumaat, 1 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Feb 2013 09:42 PM PST

PAS Negeri Sembilan

DEKLARASI TARBIAH DEWAN ULAMA PAS N.SEMBILAN

Posted: 28 Feb 2013 03:08 PM PST

Seremban 28 Feb 2013 – Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan telah mengeluarkan satu deklarasi bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 ini untuk diamalkan oleh ahli dan para petugas jentera pilihanraya di negeri ini.

Deklarasi Tarbiah ini telah dirasmikan oleh Al Fadil Ustaz Idris Ahmad selaku AJK PAS Pusat yang juga merupakan Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat.

Terdapat 6 ketetapan yang telah disepakati dalam deklarasi tersebut.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 28 Feb 2013 07:46 PM PST

Dr Azman Ibrahim

Iklan Najib di Youtube, berapa kosnya?

Posted: 27 Feb 2013 09:39 PM PST

Belum lagi terjawab berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dari duit rakyatuntuk membeli semuka penuh iklandi akhbar Washington Post bagi tujuan mengucapkantahniah kepada Rosmah pada April 2011 lalu, kini terpampangpula iklan 'Moving Forward Together With Najib Razak' di laman utamaYoutube. Promosi habis-habisan pembinaanimej Presiden umno dalam rangkauntuk mengekalkan tampuk kuasa menjelangPRU 13 ini, tentunya menelan jutaan ringgit lagi wang rakyat.

Tak cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada di Malaysia, sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan TimbalanPresiden Umno keseluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayardari wang rakyat, menggunakan kemudahan milik rakyat samada pesawatkhas yang dinaiki, helikopter,sekolah atau premis milik rakyat, peruntukan jamuan yang dibayar dari duitrakyat, cenderahati untuk Presiden Umno juga dibelidari duit rakyat, belum lagidikira kakitangan kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat tetapi dikerahhadir ke program Presiden Umno dengandibayar saguhati dari duit rakyatjuga.

Pendek kata setiap langkah yang diatur Presiden Umno bagi tujuankempen mengekalkan kuasa ditanggung oleh rakyat. Takrif rakyat tentunya bermakna bukan hanya yang penyokong Umno dan BN. Memangtepat ungkapan bahawa Umno akanmati bila hilang kuasa, keranatonik yang memacu kelangsungan umno adalah wang danwang tersebut adalah wang rakyat! Hanya dengan memiliki kuasa yang membolehkan wang rakyat menjadi wang Umno! Bagaimana caranya?Sangat mudah bagi merekayang berada di puncak kuasa.

BR1M, Bantuan Awal Persekolahan semuanya dari duit rakyat, tetapi sebelum menerimanya, rakyat dipaksa mendengar ucapan berbentuk bebelan panjang dari pemimpin-pemimpin Umno yang bersyarah seolah-olah duit tersebut mak bapakUmno yang bagi.
 
Persoalan lain, dengan promosi habis-habisan apakah posisi Umnobenar-benar terdesak dan berada dalamkedudukan defensif menjelang 'pertempuran' paling sengit di medan PRU 13 nanti?

Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Dun Jabi, Bersama Berbakti…

Posted: 27 Feb 2013 09:24 PM PST

Sumbangan khairat kematian ibu Ketua Cawangan Pas Gong Pasir
Bergerak di ataskonsep bersama kita membantu saudaraseperjuangan yang ditimpa ujian dan musibah, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian(BKKK) Dun Jabi semakin kukuh mengorak langkah dalam melaksanakanobjektifnya setelah menjangkau usia tiga tahun selepaspenubuhannya pada 1 Januari 2011. Dengan keahliannya yang kini mencapai angka 400 orang, sepanjang 3 tahun ini, sebanyakRM 20,000 telah dibelanjakandalam bentuk sumbangan kematian dan RM5,000 dibelanjakan untuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain.

Fasa tahun pertama penubuhan yang dianggap sukar telah dilaluidengan jayanya terutama untuk pihak Jawatankuasa BKKK Jabi menepis keraguandan kata-kata sinis masyarakat tentang kemampuan kewangan kami untukmelaksanakan objektif menyumbang RM1,000 bagi setiap kematian ahli dan kitameletakkan sasaran supaya wang sumbangantersebut dapat diterima waris terdekat sebelum jenazah diusung ke tanah perkuburan.

Berkat kerja keras seluruh jawatankuasa yang terlibat, setakat 3 tahun yang pertama dengan angka 20 kematian ahli dantanggungannya, janji sumbangan itu mampudilaksanakan dan dibayar dengan ketepatan 100%.

Kepercayaan masyarakat yang diraih hasil kejayaanini menyaksikan pertambahan mendadak jumlah keahlian pada tahun keduapenubuhan. Setiap ahli hanya dikenakan yuran tahunan RM10 setahun serta setiap kali berlaku kematian ahli atau tanggungannya, mereka perlu menghulurkan sumbangan RM3 sahaja. Suatu kaedah yang sangatmudah dan praktikal tetapi hasilnya mengkagumkan sehingga menarik minat beberapa orang ahli umnountuk turut mendaftar.

Pernah berlaku kematian seorang ahli di FeldaSelasih yang dikenali sebagai lubuk UmnoDun Jabi. Kita hadir menghulurkan sumbangan RM1,000 ketika rumahsimati dipenuhi orang-orang kuat Umno Felda. Insidensecara kebetulan ini menjadi buahmulut mereka lantaran di FeldaSelasih, mereka juga mempunyai khairat kematian dengan kutipan RM10 setiap ahli apabila  berlaku kematian, tetapi jumlah sumbangan untuk waris simatihanya RM500. Kata mereka"OrangPas cuma kutip 3 riyal, mereka boleh bagi1,000 riyal!"

Fokus BKKK Dun Jabi, bukanhanya setakat dalam hal-hal kematiantatapi menjangkau aspek kebajikan yang lebih luas meliputisumbangan ketika ahli dilanda musibahdan ujian, sumbangan Ramadhan dan Hari Raya, sumbangan anak-anak yatim dan sebagainya. Kita berhasrat menjadikanBKKK ini jambatan kukuh penghubung antara Pas Dun Jabi dengan masyarakat pelbagai peringkat dengan mempelbagaikan lagi program dan perancangan selaras dengan kemampuan kewangan yang dimiliki. Perancangan terdekat adalah untuk memiliki sebuah van jenazah dan sebuah van pelbagai guna untukpusat khidmat masyarakat Dun Jabi.
 
Sumbangan dari paradermawan sangat dihargai dan bolehdisalurkan ke akaun MayBank 563046108671 atas nama BadanKebajikan dan Khairat Kematian Pas Dun Jabi.

PAS LENGGONG

Posted: 28 Feb 2013 07:36 PM PST

PAS LENGGONG

Posted: 27 Feb 2013 10:22 PM PST

PECAH TEMBELANG: KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU? Wednesday, 27 February 2013 13:37 | Sabahkini.net  SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.  Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana. Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.  Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.  Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.  Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.  Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.  Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.  FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.  Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.  Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.  Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.  Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.  Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.  Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.  Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.  Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.  Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.  Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.  Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.  Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.  Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.  Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.  Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.  Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.  Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.  Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.  Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.  Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.  Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.  Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.  Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.  Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.  Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.  Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.  Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.  Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!  Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.  Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!  Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.  (NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)
PECAH TEMBELANG: KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU?
Wednesday, 27 February 2013 13:37 | Sabahkini.net

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Posted: 27 Feb 2013 10:05 PM PST

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

Posted: 27 Feb 2013 09:59 PM PST

 2bulan sahaja lagi...
Tuan Ibrahim Tuan Man,28 Feb 2013
Kisah dongeng ini berlaku di Tanah Emas di Timur Tengah… di mana sebuah kerajaan telah berkuasa lebih 50 tahun.
Saya dipanggil menghadiri sebuah kursus. Lebih tepat sebenarnya saya dipaksa menghadiri satu kursus.

Kursus ini tidak lain tidak bukan untuk mencuci minda saya. Saya akan diseru membalas budi orang yang tidak pernah mengenang budi bahawa kerana saya dan keluarga sayalah daripada bapa ke atuk saya, mereka berada di kedudukan mereka hari ini.

Namun saya terpaksa hadir dengan hati memberontak.

"Negara kini dalam ambang kehancuran kerana pembangkang. Umat berpecah belah kerana ada parti ajaran sesat yang pecahkan umat. Kena pertahan kerajaan sekarang kerana mereka telah menjaga kita untuk 50 lebih tahun. Habis umat kalau kerajaan ini digantikan dengan baru. Kita kena balas budi kerajaan yang telah menjaga umat kita selama ini," kata seorang pensyarah di kursus tersebut.

Tiada hadirin yang berani berkata apa-apa. Bersorak pun tidak, bersetuju pun tidak. Semua diam mendengar.

"Sampai bila saya harus mendiamkan diri? Apakah saya nak biarkan fitnah-fitnah ini dimasukkan dalam minda semua hadirin yang terpaksa datang kerana mangkuk nasi mereka," bisik di hati saya.

Kemudian pensyarah itu membuka ruang untuk sesi bersoal jawab.

Tiada yang berdiri untuk bertanya.

Saya masih bergelut dengan diri sendiri, "Nak atau tak nak?"

"Baguslah tak ada soalan. Maksudnya semua faham apa yang saya sampaikan. Bila pangkah nanti, jangan pangkah salah tahu," kata pensyarah tersebut.

Terdengar kata-kata itu, kaki saya tertiba mendapat tenaga untuk bangun.

"Saya Zulkifli Ibrahim daripada Ringgung. Saya kurang bersetuju dengan beberapa fakta yang tuan sampaikan. Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa.

"Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang?

"Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita.

"Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya."

Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas?

Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?

Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu.

"Jawab! Jawab! Jawab!" hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab.

Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon.

"Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara," jawab pensyarah itu dengan sinis.

Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju.

"Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini," kata pensyarah itu lagi.

Saya terus berlawan.

"Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung," jawab saya.

Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh.

"Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah," jerit hadirin.

Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati.

Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman.

Senyum.

Posted: 27 Feb 2013 09:48 PM PST

Air percuma: 1.3 juta rakyat S'gor dapat jimat RM1,200

Harakahdaily,28 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Menurut Laporan Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor yang dikeluarkan baru-baru ini, lebih 1.3 juta rakyat negeri itu telah dapat menjimatkan perbelanjaan mereka sehingga RM1,200 sejak kerajaan negeri memperkenal Skim 20 meter padu Air Percuma.

Selain itu, bagi pengguna biasa yang tidak mendapat skim air percuma pula, mereka juga mendapat penjimatan sebanyak RM875 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Ini kerana, mereka masih membayar tarif air pada kadar rendah selepas Kerajaan Selangor menyekat kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Pada waktu ini, kos bagi 20 meter padu adalah RM11.40 namun sekiranya Syabas dibenarkan menaikkan tarif air, kos air untuk satu isi rumah mulai Januari 2013 adalah RM18.80 untuk 20 meter padu.

Menurut Selangorku, skim yang diperkenal Pakatan Rakyat selepas menang di Selangor pada 2008 itu juga, telah menyebabkan kadar penggunaan tahunan air di negeri itu turun mendadak.

Daripada tahap penggunaan 35 meter padu untuk satu sambungan pada 2007, penggunaan air telah menurun sebanyak 32.8 meter padu untuk setiap sambungan pada 2011.

Setiap sambungan merujuk kepada bekalan air bermeter yang disambungkan ke premis pengguna domestik.

Penurunan penggunaan sebanyak 2.2 metre padu sebulan itu telah menyangkal kritikan sebelum ini bahawa skim air percuma akan membawa kepada pembaziran.

Laporan jawatankuasa itu digubal menggunakan data Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2009, 2011 dan 2012 yang diperakui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menurut data MWIG pada tahun 2008, penggunaan per sambungan sebulan adalah 34.8 meter padu berbanding dengan 2007 iaitu 35 metre padu.

Selepas 2008 trend menunjukkan penurunan kepada 34.5 meter padu (2009), 34.0m.padu (2010) dan 32.8m.padu (2011).

Posted: 27 Feb 2013 09:46 PM PST

Bersih: Mohamad Sabu, Tian Chua dibebas

Anis Nazri,27 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan 12 yang lain daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih pada November 2007.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, hari ini.

Namun, ahli parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan disabitkan kesalahan tersebut kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam penghujahannya, hakim Jagjit berkata pihaknya berpuas hati dengan pengakuan bersumpah Mohamad yang mengatakan polis telah membenarkan beliau mengiringi bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, tidak dihalang polis ketika berjalan kaki atas tujuan tersebut ke Istana Negara.

Perkara sama turut diputuskan bagi Tian Chua, yang mana mengatakan tiada sebarang halangan untuk beliau berjalan bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Mohamad, yang ditemui selepas penghakiman tersebut, merakamkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas pembebasan itu.

Bagaimanapun, beliau turut bersimpati dengan dua rakannya yang disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut.

"Apa yang saya ingin katakan, sebarang himpunan aman, yang tidak bersenjata, eloklah untuk Peguam Negara (AG) menarik semula kes-kes membabitkan himpunan, sama ada kes yang dahulu hingga sekarang kerana pendakwaan ke atas kes sedemikian sudah dianggap tidak popular sekarang," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Tian Chua dalam responsnya berkata biarpun beliau dan rakan-rakan dibebaskan perjuangan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil masih perlu diteruskan.

"Perjuangan Bersih yang kita mulakan sejak lima tahun lalu, masih perlu diteruskan bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil tercapai kerana ia tonggak demokrasi," tegas beliau.

Mereka dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November 2007.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967.

Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Mengikut Seksyen 145, hukuman yang boleh dikenakan ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Seksyen 27(5)(a) pula memperuntuk hukuman denda RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun jika sabit kesalahan.

Pada 19 November 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan 16 perayu pada akhir kes pendakwaaan, tanpa memerintah mereka membela diri, tetapi berikutan rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi mengubah  keputusan itu dan memerintah mereka membela diri.

Posted: 27 Feb 2013 09:44 PM PST

Wajah-wajah

Rembau Hari Ini

Posted: 28 Feb 2013 07:16 PM PST

Rembau Hari Ini

Kerja Tanah Cadangan Hospital Rembau

Posted: 27 Feb 2013 09:28 PM PST

Kerja Tanah untuk cadangan Hospital Rembau yang kosnya sekitar RM4.4 juta telah lama selesai. Namun tender untuk membina Bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan.

Semua maklumat ini boleh diperolehi secara sah dengan mudah di hujung jari kita dalam era dunia tanpa sempadan.

Sumber :

MINUM PETANG (HI TEA) BERSAMA PEMIMPIN

Posted: 27 Feb 2013 09:27 PM PST

Serta Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Pekan Kota (DUN Kota/Parlimen Rembau)

Tarikh : 9 Mac 2013, Sabtu
Masa : 5 ptg
Tempat : Kedai Pekan Kota
Kupon : RM10

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila salurkan ke :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526

Hubungi Izamri bin Med 013-2124086 , Rozmal bin Malakan 012-2267406

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 28 Feb 2013 03:29 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI

ALLAH MAK ! WARGAEMAS AKAN DAPAT RM1,000 SETAHUN BONUS?

Posted: 27 Feb 2013 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.

Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka.

Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.

Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.
Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

"Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia," dokumen manifesto itu dipetik.
Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

keadilandaily/-

RAKYAT DAH SEDIA TERIMA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PEMERINTAH MALAYSIA! ALHAMDULILLAH

Posted: 27 Feb 2013 04:15 PM PST

Rakyat sedia terima PR sebagai kerajaan baru

Ramai yang menyambut baik manifesto rakyat itu dan mereka mahu menjadi realiti apabila PR memerintah nanti demi meringankan beban rakyat.

Ramai menyokong janji menghapuskan tol, menurunkan harga petroleum, kereta, hapuskan PTPTN, saman AES, caj elektrik dan air lebih rendah selain beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat.

Ini tidak termasuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan baru di samping mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan, melatih sejuta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran, membina lima universiti dan 25 sekolah vokasional, Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

Menyediakan pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

Menerusi empat teras utama manifesto itu, PR memastikan setiap isi rumah akan membawa pulang pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan.

PR juga komited memastikan harga minyak diturunkan, caj elektrik lebih rendah, caj air lebih rendah, penghapusan tol, cukai eksais dan harga kereta serendah RM25,000 sebuah.

(Bagaimanapun PR mengakui 'terlepas pandang' isu tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak yang didapati tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak. Semakan ke atas manifesto versi digital yang dimuatkan di laman Pakatan Rakyat mendapati ia memuatkan janji untuk "menaikkan royalti kepada negeri pengeluar minyak dan gas dari 5 peratus ke 20 peratus".)

Apapun pilihan sudah terlalu jelas. Sama ada terus dengan UMNO-BN yang korup dan semakin tidak peduli rakyat (kecuali untuk memberi habuan BR1M sekali dua kali seumur hidup) atau PR yang benar-benar komited untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengembalikan harga diri dan maruah rakyat.- Roketkini.com

Batu Gajah Mari

Posted: 28 Feb 2013 11:43 AM PST

Batu Gajah Mari

UMNO jajah Dewan Serba Guna.. jadi harta sendiri

Posted: 27 Feb 2013 08:29 PM PST

28 Februari 2013- Pengkalan Pegoh
UMNO Kawasan Gopeng sekali lagi melanggar etika kerana menggunakan Dewan serba Guna Pengkalan Pegoh sebagai Bilik Gerakan mereka di sini.
Menurut makluman penduduk tempatan, papan tanda Bilik Gerakan BN yang dipasang di dinding Dewan Serba Guna menyerlahkan sikap UMNO yang suka melanggar etika kemasyarakatan. Malah perpaduan yang cuba dipupuk melalui aktiviti di Dewan berkenaan hancur apabila UMNO memasukkna unsur kepartian.

Saudara Anuar Ibrahim wakil penduduk Pengkalan Pegoh mengatakan hipokrit UMNO terserlah apabila kerap mengatakan PAS memecah belah perukunan penduduk tempatan melalui agenda politik dan aktiviti masjid sebaliknya UMNO lah parti pemecah belah.
"UMNO parti haprak dan miskin. bangunan perhubungan negeri sahaja gah! Di peringkat cawangan dan UPU markaz dan bilik pun tiada. Inikah parti yang dikatakan berduit dan memerintah sekian lama? PAS miskin dan dicela apabila mengutip dana di ceramah-ceramah sebaliknya mampu pula memiliki markaz dan bilik gerakan sendiri tanpa pelru menjadi parasit seperti UMNO cawangan" ulas Anuar sebagai penutup bicara.
PAS Kawasan Gopeng akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat mengenai salahguna Dewan Orang Ramai seluruh kawasan Gopeng.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 28 Feb 2013 11:35 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Kuliah Bulanan PAS Kawasan Machang 02hb Mac 2013

Posted: 27 Feb 2013 03:35 PM PST

Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM

Posted: 27 Feb 2013 03:35 PM PST

BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah 'ketakutan' Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

"Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

"Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami," tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

Ceramah Isu - Isu Semasa 28/2/2013

Posted: 27 Feb 2013 03:34 PM PST

4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang

Posted: 27 Feb 2013 03:33 PM PST

Kan rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.

MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.

Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.

"Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.

"Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka," ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.

Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.

Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.

Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung

Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.

Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.

Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.

Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.

"Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.

"Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.

Mesyuarat Jentera Pilihanraya MTD Pulai Chondong

Posted: 27 Feb 2013 03:31 PM PST

Manifesto Pakatan Rakyat mesra anak muda

Posted: 27 Feb 2013 03:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat 10 perkara penting yang ditekankan di dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) adalah bagi tawaran kepada anak muda khasnya dan rakyat amnya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini nanti.
"Ianya sudah tentu bagi menjamin peranan dan keperluan anak muda di era perubahan dan keyakinan atas sokongan kepada PR bagi membina Negara yang lebih berprinsipkan keadilan dan berkebajikan," ujar Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).

Katanya, antara intipati yang menarik yang boleh dikongsi bersama anak muda adalah jaminan PR untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat khasnya.

Malah, ujarnya penekanan bagi perlaksanaan gaji minima juga diambil berat dan penubuhan tabung dengan peruntukan RM2 bilion bagi permudah pelaksanaan gaji minima.

Tambahnya lagi, antara penekanan lain juga adalah untuk memastikan 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah diwujudkan.

PR juga, ujar beliau melihat perlunya universiti teknikal di negara ini dan akan menyediakan lima buah universiti tersebut.

"Penyediaan latihan kepada 1 juta belia dan lepasan sekolah akan dirangka oleh kerajaan PR jika diberikan mandat oleh rakyat kelak, malah penyediaan 25 sekolah vokasional juga sebahagian daripada perancangan untuk generasi belia dalam negara kita," katanya lagi.

Beliau menambah, bagi rumah mampu milik juga menjadi fokus utama untuk semua lapisan masyarakat dan golongan anak muda yang telah mendirikan rumah tangga juga mengisi keperluan tersebut.

Selain itu, ujarnya PR bersedia untuk melihat dasar automotif yang akan menguntungkan rakyat khasnya bagi tujuan keperluan kenderaan.

"Malah PR juga berjanji agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan. Penumpuan ke atas pakej pengajian dan perkhidmatan awam juga dipastikan bagi kemudahan dalam negara kita.

"Kami yakin pengisian di atas manifesto PR akan menjamin dan memelihara Negara kita agar lebih berdaya saing dan menjadi negara maju di masa hadapan," katanya.

Tambah beliau lagi, ia juga mengisi kehendak dan peranan yang dimainkan oleh generasi muda khasnya yang menjadi aset penting di dalam negara kita.

Tidak terlintas berundur dari PAS - Haron Din

Posted: 27 Feb 2013 03:29 PM PST

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menjadi perhatian apabila Majlis Syura Ulamak menjelaskan pendirian mengenai kalimah Allah. Untuk menunjukkan berlaku pertelingkahan pendapat yang ketara, bukan saja dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan DAP, malah dalam PAS sendiri, media sering mengutip pandangan beliau, ada kalanya di luar konteks.

Melalui internet, Dr Haron Din juga dihebohkan telah keluar PAS. Wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, SAIDAH HAIRAN dan jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, pada 18 Februari lalu, bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Hampir dua jam beliau berkongsi cerita. Berikut adalah petikan daripada wawancara tersebut.

HARAKAH:  Macam-macam khabar angin disebarkan, antara lain  dalam internet, kononnya, Ustaz berhasrat meninggalkan PAS. Ramai yang bertanya dengan kami, minta dipanjangkan dengan Ustaz sendiri.

DR HARON DIN: Memang banyak khabar angin tersebar. Ketika isu kalimah Allah muncul, dikatakan dua Haron akan tinggalkan PAS. Datuk Haron Taib dan saya  tidak bercakap apa-apa pun. Malah hari ini, adik ipar dari Perlis telefon isteri saya, nak pastikan benarkah Haron Din meninggal dunia?

Orang sengaja buat berita sensasi di waktu kita masih ada. Saya tidak ada niat menjelaskan kepada akhbar kerana saya percaya ia tidak akan menyelesaikan masalah, dan kadang-kadang boleh menjadi lebih buruk lagi. Sebelum ini dua tiga kenyataan saya diterbalikkan dan ini cukup memalukan.

Bagaimana muka depan Utusan Malaysia hari ini, Ustaz lawan Karpal Singh?

Selepas solat Subuh di surau, ada orang tanya, bila ustaz buat kenyataan lawan Karpal Singh. Bila pula ... itu diambil ketika saya berceramah di Taiping. Memang saya sebut akan pertahankan kalimah Allah kerana Allah tidak boleh dikufurkan kerana Allah itu Ahad. Itu keluar dalam Youtube.

Tentang keluar PAS, tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam menghadapi isu  ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah. Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir hendak keluar PAS.

Selalu disebut beberapa penulis bahawa Haron Din nampak lembut tapi apabila buat keputusan dia amat tegas. Ketegasan saya itu dilihat sebagai permulaan untuk saya akan berkeras dengan pihak pimpinan PAS. Mungkin faktor itu menyebabkan saya ditafsirkan akan keluar meninggalkan perjuangan.

Dalam menghadapi isu kalimah Allah ini atau apa sahaja isu, saya tidak pernah, malah tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS. Kalau ada orang tidak senang dengan sikap dan pendirian saya, itu cerita lain.

Dimainkan media, tentang kalimah Allah, seolah-olah pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang dibacakan selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan,  bercanggah dengan  Majlis Syura Ulamak?

Sekarang ada pihak melagakan seolah-olah Presiden PAS mengambil langkah yang silap dalam menyokong dan membuat deklarasi Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada orang yang bukan Islam.

Saya hendak betulkan, saya tengok sendiri kenyataan bertulis Tuan Guru Abdul Hadi. Dia sebut pada saya, mana-mana orang termasuk orang kafir boleh menggunakan kalimah Allah dengan syarat tidak menyalahgunakan perkataan itu.

Pemberita sengaja mengambil ayat pertama dan meninggalkan ayat kedua. Dengan lain perkataan, apabila ambil yang pertama saja, iaitu mana-mana orang termasuk orang kafir boleh menggunakan perkataan Allah, memang itu menjadi masalah.

Syarat tidak menyalahgunakan perkataan itu tidak pula disebut. Syarat itu bermakna pendirian Presiden sama dengan pendirian Majlis Syura.

Saya mengolah dan mengatakan bahawa, betul saya juga berpandangan dengan beliau, cuma ayat saya menggunakan ayat negatif dahulu, "tidak boleh dibenarkan ...." Presiden menggunakan ayat positif; "Boleh menggunakannya, tapi dengan syarat tidak menyalahgunakan."

Isu asalnya, pihak Kristian meminta pihak berkuasa agama di Malaysia ini membenarkan mereka menterjemahkan perkataan-perkataan God dalam Bible itu dengan Allah. Itu itu asalnya, kita jangan lari.

Saya sebut banyak kali, Allah menurut kefahaman, amalan dan pegangan kita, bahawa Allah itu selama-lamanya Tunggal, Esa, Ahad.

Selain surah al-Ikhlas, menjadi amalan kita dalam wirid selepas memberi salam solat, maksudnya, "Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Dia, Allah yang Esa ... tanpa ada syirik dengan-Nya." Wirid ini kita ulang selepas solat 10 kali.

Apabila sebut Allah sahaja mestilah Allah itu Esa, tidak boleh di tempat God, ia bukan yang satu, bukan yang Esa. Jadi, Presiden sudah tegaskan dari awal, tidak boleh salahguna.

Sebab itu tidak sepatutnya menjadi pertelingkahan sesama kita kerana ia adalah benda yang senang difahami.

Adakah isu kalimah Allah ini akan menyebabkan terjejasnya sokongan kepada Pakatan apabila rakyat menyaksikan bertelingkah pendapat sesama sendiri?

Saya lebih melihat  isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk menunjukkan pimpinan Pakatan tidak bersatu, lebih-lebih lagi PRU13 sudah di ambang pintu.

Memang agenda lawan untuk melaga-lagakan kita. Kekuatan Pakatan semakin meningkat dan  boleh menggugat kerajaan BN yang ada.  Jadi bagaimana hendak mengalahkan Pakatan  supaya tidak boleh kuat sampai boleh menumbangkan BN dengan mudah? Satu sahaja caranya, iaitu pecah-belahkan Pakatan. Jika Pakatan bersatu, ia  memang ancaman besar yang boleh menyebabkan Umno-BN  tersungkur.

Mencari jalan supaya Pakatan  berpecah memang agenda utama media. Dari dulu hingga sekarang, jika ada saja peluang untuk dilagakan sesama rakan kongsi dalam pembangkang, Umno-BN akan lakukan. Kebetulan timbul, antaranya isu kalimah Allah sekarang. Memang isu ini menyentuh perasaan dan hati nadi umat Islam.

Kita berpegang kepada tahaluf siyasi, iaitu kita berkongsi dan bermuafakat menghadapi musuh politik yang sama. Hendak mengalahkan mereka memang agak sukar tapi dengan bersatu kita boleh. Di sinilah kita berpakat dan tidak berlawan sesama kita dalam pilihan raya.

Yang kedua, ada kena mengena dengan dasar bagi setiap parti komponen Pakatan. Mungkin dalam DAP ada pegangan dia dan ada perkara yang mereka tidak boleh bertolak ansur.  Dalam Pakatan Rakyat pun sama. Sama juga dalam PAS, kita ada al-Quran ada as-Sunnah. Sesuatu yang melanggar al-Quran, kita tidak boleh bertolak ansur.

Matlamat terdekat Umno-BN, untuk menghadapi pilihan raya yang sengit ini, maka Pakatan akan digambarkan  tiada persepakatan dan bertelagah sesama sendiri. Macam mana mereka hendak memerintah Malaysia jika bercakaran sesama parti komponen dalam Pakatan?

Itulah  gambaran media. Sedangkan  pertelagahan lebih teruk berlaku sesama Umno. Begitu juga Umno dengan MCA, Umno dengan Gerakan tetapi tidak diuar-uarkankan media, yang dikawal ketat parti pemerintah.

Sepatutnya rakyat Malaysia telah lama faham, ini bukan kali pertama kita menghadapi mainan media. Malah dari dulu lagi, setiap kali pilihan raya, maka  akhbar atau media arus perdana, termasuk pilihan raya kecil apatah lagi pilihan raya umum, misalnya akan disiarkan hari ini 50 orang PAS masuk Umno.

Selang sehari 100 orang PAS masuk Umno. Kalau kita kumpulkan berita orang PAS masuk Umno, mungkin dah tak ada orang dalam PAS. Tapi bila pilihan raya kita menang juga, atau kalau kalah, hanya kita kalah sedikit.

Maknanya, berita seupama itu tidak ubah sebagai perang psikologi. Nak menggambarkan betapa lemahnya parti pembangkang, tapi sebenarnya tidaklah begitu. Saya mengharapkan rakyat, khususnya ahli dan penyokong PAS boleh faham situasi sebenar dan tidak terpengaruh dengan apa yang digambarkan sebagai pertelagahan dalam PAS, begitu juga khabar angin saya atau orang lain akan tinggalkan PAS.

Bagaimana Ustaz melihat kesediaan pimpinan Pakatan Rakyat menangani perbezaan pandangan yang timbul, dengan kesedaran media sememangnya menunggu masa untuk mengeksploitasinya?

Perbezaan pandangan dan pendapat dalam suatu organisasi besar, terutama apabila tiga parti membentuk satu gabungan, tidak mungkin selama-lamanya mereka bersatu pendapat.

Hatta dalam rumahtangga, kita dengan isteri misalnya, sepatutnya tidak berlaku pergeseran kerana kita berkongsi hidup, berkongsi rumah, berkongsi anak, tapi kita berselisih pendapat juga.

Yang penting, jika timbul perselisihan pendapat, kita boleh duduk bincang dan selesaikan. Macam kita selesaikan masalah pembahagian kerusi.

Begitu juga dalam isu kalimah Allah. Kita ada landasan agama yang cukup jelas. Alasan yang kita pegang memang tidak boleh diubah. Sebab itu kita kena terima hakikat bahawa  mereka juga yang ada benda, yang akan kita jumpa nanti, yang tidak boleh diubah.

Saya lihat, ada perkara yang sepatutnya kita lebih awal duduk berbincang dan bermuafakat dalam semua masalah.  Katakanlah, kita senaraikan apa yang menjadi halangan untuk kitaterus bersatu, bukan sahaja isu kalimah Allah, malah  isu-isu lain juga.

Sebelum  keluar dalam akhbar dan akan menjadi bahan mainan media, ada eloknya kita berjumpa atau ketua-ketua parti berbincang lebih awal dan bawa balik kepada parti masing-masing terlebih dahulu supaya dapat kita buat langkah berjaga-jaga. Elok jangan dihebahkan kepada media sebelum persetujuan dapat dicapai.

Kena kerap ada perjumpaan dan perbincangan dalaman dan jika perlu dirujuk kepada Majlis Syura, rujuk dulu. Dalam politik kadang-kadang hal yang remeh pun sengaja dijadikan isu.

Sebenarnya ketetapan Majlis  Syura banyak melegakan pihak dalaman kita. Kita kata perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Jika ia diterjemah dengan perkataan apa pun, maka ia akan rosak. Bukan rosak makna sahaja tetapi ia akan merosakkan akidah.

Dalam al-Quran ada lebih 3,000 perkataan Allah. Dalam Bible satu kalimah Allah pun tidak ada. Mereka ada God sahaja. Kenapa pulak hendak dirosakkan hubungan baik antara kedua-duanya sejak sekian lama.

Dalam organisasi kita, ada adab-adab berjemaah. Kalau dibuat keputusan oleh Majlis Syura,iaitu badan tertinggi, sepatutnya mengikut adab berjemaah, semua ahli kena sokong.  Jikayang tidak sokong kerana ada pendirian peribadi, maka sepatutnya dia diam sahaja.

Kalau timbul perpecahan dan sebagainya, takkan kita hendak ambil tindakan? Adab berjemaah itu mengkehendaki supaya kita akur apabila kita sudah ada keputusan.

Media dan Umno sendiri memang meletakkan PAS sebagai sasaran utama, bagi memalitkan imej buruk terutama pada kaca mata umat Islam. Mereka mahu gambarkan PAS sentiasa berundur ke belakang apabila timbul bantahan berkaitan Islam.

Memang menjadi mainan media hendak menggambarkan PAS dalam Pakatan Rakyat ini sentiasa berada dalam keadaan defensif. Apabila diserang kita digambarkan berundur ... sebenarnya tidak begitu. Macam kalimah Allah, kita mara ke hadapan dan tidak ke belakang. Kita pertahankan.

Sewaktu heboh dikatakan Ustaz keluar PAS, difahamkan sebenarnya Ustaz sudahpun diptuskan bertanding dalam PRU13 di Perlis. Ustaz terima tawaran itu?

Saya pernah menawarkan kepada kepimpinan PAS Perlis agar tidak disenaraikan untuk bertanding dalam PRU13 kerana tidak cukup sihat fizikal. Semua orang tahu. Tidak ada orang di Malaysia jantung dibedah lima kali, saya seorang saja (ketawa).

Umur sudah lanjut memang saya terasa banyak kekurangan. Lagi pula sibuk dengan kerja dakwah Darussyifa yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Perhubungan PAS Perlis memanggil saya bersemuka. Saya diputuskan kena bertanding Dun dan Parlimen. Malah Ustaz Hashim Jasim dan Rus'sele Eizan menawarkan Dun yang dimenangi mereka. Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja.  Saya tolak tawaran itu.

Mesyuarat tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau.

Kalau saya berhasrat menarik diri daripada perjuangan, tentulah saya tidak bersedia bertanding. Lagi pun tiada alasan saya hendak meninggalkan perjuangan. Saya sendiri telah mendukungnya sejak 1975, iaitu apabila dicalonkan bertanding Jawatankuasa Agung PAS. Saya dapat undi terbanyak. Ketika itu umur saya 35 tahun.

Saya pegang jawatan sampailah pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dilaksanakan.  Auku mulanya tidak keras, masih boleh pegang jawatan. Sampailah saya  dapat surat, jika hendak bergiat politik, silakan, tapi kena bayar balik biasiswa PhD, nilainya 10 kali ganda.

Apabila  cukup umur 55 tahun pencen, saya tidak mohon bekerja  'part time' seperti lazimnya. Saya aktif semula, dengan jawatan awal Ketua Penerangan PAS Pusat. Kemudiannya dilantik Timbalan Mursyidul Am, sampailah hari ini.

Ia menggambarkan saya tetap bersama dengan kepimpinan dan saya akan bagi sumbang bakti sampai Allah menentukan apa kesudahannya.

Nasihat Ustaz kepada masyarakat Islam yang masih sangsi dengan perjuangan Islam PAS?

Tidak dinafikan PAS sebagai parti Islam tidak mendapat dukungan sepenuhnya umat Islam. Keahlian PAS sendiri walaupun sudah berumur lebih setengah abad sekitar sejuta lebih.

Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak termakan asakan media dan tawaran penghidupan  berasaskan nilai  kebendaan, yang meremehkan nilai kerohanian dan tidak menggambarkan Islam itu sebagai wadah yang wajib diimani dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Mesej ikrar kita dalam solat, bahawa setiap Muslim tidak boleh terpisah dengan Allah SWT dalam semua gerak kerjanya, tidak dihayati. Isu lama, agama suku politik suku sebenarnya antara yang menjadi punca besar masalah ini.

Maka PAS sebagai sebuah parti Islam, wadah perjuangan kebenaran,  tidak sampai kepada orang ramai melainkan yang dirosakkan oleh media tentang PAS memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan sebagainya.

Kemampuan kita untuk menyampaikan mesej parti terhalang. Apapun kita tetap bersyukur, keahlian PAS makin bertambah. Bukan ahli kita sahaja bertambah, sokongan pengundi juga bertambah.

Mutakhir ini dengan adanya media baru, seperti laman web, blog, Facebook dan Youtube, ia telah mengubah persepsi masyarakat kepada perjuangan kita. Penggerak parti turut menunjukkan komitmen tinggi melaksanakan dakwah dan kerja-kerja penerangan di seluruh pelosok negara.

Masyarakat juga semakin jelas dengan propaganda murahan  Umno yang mendakwa memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu. Selama lebih 55 tahun mereka berkuasa, ternyata agama kita rugi, ekonomi kita rugi, masalah sosial bertambah parah. Kita masih terkebelakang berbanding orang lain.

Kesedaran itu kini menghambat Umno. Sekarang mereka berhempas pulas hendak mempertahankan kuasa dengan apa jua cara, tetapi rakyat semakin sedar.  Rakyat tidak mudah ditipu atau diperbodohkan lagi.

Atas asas itulah kita tidak boleh berhenti berjuang, media kita kena terus giat memberi penjelasan. Aktivis kita harus lebih proaktif bergerak. Salah faham selama ini mesti diperbetulkan. Kita akan memimpin umat Islam untuk mereka hidup bahagia dunia sampai akhirat.

Jangan lupa kita akan bangun di Padang Mashyar dan akhirnya kita akan masuk syurga. Jadi kalau kita tinggalkan penghayatan hidup beragama dan hanya pentingkan dunia sahaja, macam Umno mengajak orang kepada dunia sahaja, maka masyarakat akan rugi.

Nampaknya seperti ada pendekatan baru Umno menyerang PAS sehingga mereka berani mendakwa bahawa haram menyokong PAS. Juga dikatakan ada barisan ulama muda dalam Umno bagi berdepan dengan PAS dalam isu-isu agama.

Adanya ulama muda dan tua tidak menjadi benda yang ganjil. Sebab manusia selama-lamanya akan terpengaruh dengan kepentingan peribadi.

Orang yang mendakwa mengundi PAS itu haram dan mengundi Umno itu wajib, kita nak tengok juga alasan mereka terlebih dahulu. Mereka  menggunakan alasan PAS bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang hudud, maka dengan itu dikatakan undi PAS adalah haram.

Jika  PAS dikatakan bersekongkol dengan orang yang menentang hudud, dan dengan itu haram sokong PAS, maka bagaimana pula Umno sendiri yang menentang hudud.  Yang dikatakan wajib menyokong Umno ... sedangkan Umno itu sendiri menentang hudud, iaitu lebih teruk daripada DAP menentang hudud.

Saya masih ingat surat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 1993, ketika Kanun Jenayah  II Kelantan hendak dilaksanakan.

Surat itu memberi amaran keras jika  kerajaan Kelantan melaksanakan hudud, kerajaan Pusat tidak teragak-agak mengambil tindakan keras.

Surat itu tidak ditarik balik sampai ke hari ini. Maknanya, bukan sahaja pemimpin agungUmno yang menentang hudud, malahan orang-orang Umno juga mempermain-mainkan hudud.

Kita juga pernah dengar, misalnya ucapan siapa nak sup tangan, pergilah ke Kelantan. Jelas mereka menentang hudud.  Umno yang memegang kuasa selama 57 tahun ini, pernahkah mereka mengatakan hendak laksanakan hudud. Dengan sendirinya mereka termasuk dalam kelompok orang yang menentang hudud.

Ya, jika PAS yang masih tetap mempertahankan Islam, cuma berkawan dan bertahaluf dengan pihak yang menentang hudud, maka dikatakan haram menyokong PAS, maka  Umno yang menjadi ketua kepada BN,  dia sendiri menentang hudud, bagaimana pula? Sepatutnya kalaulah alasan itu dipakai, maka undi PAS pun haram dan undi Umno pun haram juga.

Ini yang kita bincang, dalam istilah politiknya tahaluf siyasi. Bila tahaluf siyasi, maka kita bertahaluf dengan bukan Islam.

Boleh atau tidak kita bertahaluf dengan bukan Islam? Nabi jawab boleh. Sebab Nabi bertahaluf dengan Bani Quraizah. Apabila Bani Quraizah melanggar tahaluf, baru  Nabi berperang dengan mereka.

Tahaluf itu kerjasama. Boleh atau tidak orang Islam bekerjasama dengan orang kafir? Orang kafir ini selamanya tidak akan terima Islam. Jawapannya, boleh. Nabi semasa hendak berpindah ke Madinah bekerjasama dengan orang kafir.

Kenapa Nabi bekerjasama dengan orang kafir untuk tunjuk jalan ke Madinah? Apakah Jibril tidak boleh tolong tunjuk jalan kepada Nabi? Apakah Nabi tidak boleh dapat wahyu tunjuk jalan ke Madinah. Mengapa ambil orang kafir untuk tunjuk jalan?

Nabi juga bekerjasama dengan orang kafir dalam muamalat. Nabi gadai baju besi kepada Yahudi. Sampai Nabi wafat, baju besi itu ada pada orang Yahudi itu. Adakah tidak ada orang Islam  yang boleh tolong Nabi sehingga  kena gadai baju? Tidakkah menantunya Uthman Affan kaya, bapa mentuanya, Umar Al-Khattab kaya.

Tapi ia bukan soal kaya miskin. Nabi nak beritahu umat Islam boleh bekerjasama dengan orang kafir. Jadi, dari mana datangnya haram bertahaluf dengan bukan Islam itu?

Sedangkan haram hukumnya jika kita mengharamkan benda yang tidak haram atau mengharamkan barang yang dihalalkan Allah. Tahaluf itu tetap halal disebabkan Nabi buat.  Apabila Nabi buat,  maka halallah apa yang kita buat ini kerana ia menurut tindakan Nabi.  Jika kita haramkan barang yang Allah halalkan, itu  dosa yang amat besar.

Maka sebab itu undi PAS dibolehkan, diharuskan, malah disyariatkan, dan ada masanya wajib hukumnya.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 28 Feb 2013 10:09 AM PST

MTD Tanjung Lumpur

Diocese Portland Maine

Posted: 28 Feb 2013 05:50 AM PST

Summer is the diocese portland maine, which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of lobsters and cultural and recreational activities. Maine lobster shippers. Maine lobster dinner and evening carnival are included in Winter Harbour lobster festival.

Fishing season of Maine tourist attractions, the diocese portland maine a tourist attraction for generations, and people usually come here during the diocese portland maine is true especially for family vacations, as families can take, which can allow them to enjoy during your Maine fishing trip is easy to find qualified persons. Career centers in different towns of Maine would be good to book a vacation home. It is where Hancock County, Washington County and the diocese portland maine can take part in while visiting the diocese portland maine along the diocese portland maine of Maine. Some of these lodgings.

Winter brings about tourism in the diocese portland maine an RV, adds to the diocese portland maine no license needed to have parking, a yard, and many rooms for you is that there are sometimes last-minute rentals available on the diocese portland maine in Maine to major U.S. cities such as fresh blueberry pie prepared with locally grown berries, and decadent Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed and you're on the diocese portland maine of Maine has. Maine fresh water fishing is having some knowledge of the diocese portland maine a unique vacation experience to its visitors that consist of experiences by which tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots in Bangor Maine and the diocese portland maine to the diocese portland maine for families, with the diocese portland maine can offer tourists, there is also less than one-haft mile away from sandy beaches. Apart from being famous for its fishing opportunities, a fishing license and have a chance to see during your stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all over the diocese portland maine. These provide quality education in a trip to this breed is right for you. One of the diocese portland maine of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to be summer. One should expect to be together away from it all for a peaceful place to go to with your family. You can unload the diocese portland maine and put them in season and tourists' preference for that place.

Jasindaily Online

Posted: 28 Feb 2013 10:02 AM PST

Jasindaily Online

KEJUJURAN YANG WAJAR DICONTOHI

Posted: 27 Feb 2013 06:36 PM PST

Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir. "Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya," katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu. 

 Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam. Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato' Syed Esa, Mohd Taat Kasran. Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar. - harian metro

Pemuda Guchil

Posted: 28 Feb 2013 09:53 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 28 Feb 2013 09:40 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Apa sebenarnya konsep disebalik program pendidikan prasekolah kerajaan SELANGOR

Posted: 28 Feb 2013 08:21 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Feb 2013 09:12 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

MINUM PETANG (HI TEA) BERSAMA PEMIMPIN

Posted: 27 Feb 2013 09:30 PM PST

Serta Pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Pekan Kota (DUN Kota/Parlimen Rembau)

Tarikh : 9 Mac 2013, Sabtu
Masa : 5 ptg
Tempat : Kedai Pekan Kota
Kupon : RM10

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila salurkan ke :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8

atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526
Hubungi Izamri bin Med 013-2124086 , Rozmal bin Malakan 012-2267406

PAS Kulaijaya

Posted: 28 Feb 2013 07:29 AM PST

PAS Kulaijaya

Macam tak percaya.

Posted: 27 Feb 2013 06:31 PM PST

Landskap Siasah

Posted: 28 Feb 2013 07:26 AM PST

Landskap Siasah

UMNO jajah Dewan Serba Guna;pemecah belah masyarakat

Posted: 27 Feb 2013 10:06 AM PST

28 Februari 2013- Pengkalan Pegoh

UMNO Kawasan Gopeng sekali lagi melanggar etika kerana menggunakan Dewan serba Guna Pengkalan Pegoh sebagai Bilik Gerakan mereka di sini.

Menurut makluman penduduk tempatan, papan tanda Bilik Gerakan BN yang dipasang di dinding Dewan Serba Guna menyerlahkan sikap UMNO yang suka melanggar etika kemasyarakatan. Malah perpaduan yang cuba dipupuk melalui aktiviti di Dewan berkenaan hancur apabila UMNO memasukkna unsur kepartian.

Saudara Anuar Ibrahim wakil penduduk Pengkalan Pegoh mengatakan hipokrit UMNO terserlah apabila kerap mengatakan PAS memecah belah perukunan penduduk tempatan melalui agenda politik dan aktiviti masjid sebaliknya UMNO lah parti pemecah belah.

"UMNO parti haprak dan miskin. bangunan perhubungan negeri sahaja gah! Di peringkat cawangan dan UPU markaz dan bilik pun tiada. Inikah parti yang dikatakan berduit dan memerintah sekian lama? PAS miskin dan dicela apabila mengutip dana di ceramah-ceramah sebaliknya mampu pula memiliki markaz dan bilik gerakan sendiri tanpa pelru menjadi parasit seperti UMNO cawangan" ulas Anuar sebagai penutup bicara.

PAS Kawasan Gopeng akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat mengenai salahguna Dewan Orang Ramai seluruh kawasan Gopeng.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 28 Feb 2013 03:25 AM PST

DUN BUKIT PAYONG

4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang

Posted: 27 Feb 2013 08:36 PM PST

Petikan : Harakahdaily
 
Kan rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.

MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.

Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.

"Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.

"Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka," ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.

Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.

Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.

Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung

Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.

Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.

Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.

Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.

"Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.

"Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 28 Feb 2013 01:38 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Salih Yaakub dan Nabil Raja Lawak Ditegur Oleh Rakan Artis

Posted: 27 Feb 2013 07:51 AM PST

Petikan dari FB Leman Raja Lawak: Saya minta sahabat saya saudara Nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..sy tidak kisah [...]

Program BEST BELAJAR 2013

Posted: 27 Feb 2013 07:28 AM PST

Program Best Belajar anjuran Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang dikendalikan oleh pakar motivasi terkenal Solhi Sharif dari Uwais Training And Consultancy mendapat sambutan hangat.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 28 Feb 2013 01:19 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Tolak Merdeka Center, mana kajian Umno – Nizar

Posted: 28 Feb 2013 12:40 AM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Umno mengemukakan kajian yang mereka lakukan jika tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center.

Malah menurut Nizar lagi, selain mengemukakan hasil kajian tersebut, Umno juga perlu menunjukkan bentuk kajian yang mereka lakukan jika merasakan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin meningkat.

"Saya cabar Umno menyiarkan kajian yang mereka lakukan jika mereka tidak yakin dengan apa yang dilakukan oleh Merdeka Center, kita nak juga tahu tahap populariti yang diterima oleh Najib.

"Selain itu juga kita ingin mengetahui bentuk kajian yang dilakukan terutama dari segi soalan, jangan lupa masukkan sekali kajian terhadap Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut berpendapat kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) dan Merdeka Center telah menunjukkan graf populariti yang sama terhadap Najib.

Malah katanya lagi, angka dan peratusan yang ditunjukan daripada kedua-dua kajian itu menunjukkan angka yang hampir sama dan tidak ada apa yang perlu dipersoalkan lagi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan telah mempersoalkan kajian Merdeka Center yang menyebut kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.

Adnan memberitahu kaji selidik yang dilakukan oleh BN sendiri menunjukkan bahawa sokongan rakyat memihak kepada parti tersebut.

harakahdaily/-

Tak sangka banjir awal tahu

Posted: 28 Feb 2013 12:23 AM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Banjir yang berlaku kali ini tidak dijangka kerana kebiasaannya ia melanda pada hujung tahun dan bukan awal tahun seperti sekarang.

Akibatnya, ramai mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Salah seorang mangsa, Norihan Alias, 28, berkata, dia baru sahaja meletakkan semula barang-barang yang diangkut semasa banjir tahun lalu dan kini banjir datang lagi.

"Sekarang pun sudah hampir Mac dan ikut kebiasaan tidak akan berlaku banjir tetapi rupanya-rupanya kami silap," katanya yang tinggal di Kampung Buluh Hulu, Permaisuri, Setiu semalam.

Jelasnya, air naik secara mendadak dalam tempoh kira-kira sejam awal pagi kelmarin menyebabkan ibu tunggal itu hanya sempat menyelamatkan beberapa barang berharga bersama tiga anaknya yang berusia lapan hingga empat tahun.

Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 3.30 petang semalam, mangsa banjir di Terengganu meningkat 3,703 orang dan ditempatkan di 52 pusat pemindahan di empat daerah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Hashim Mohd. Zain ketika dihubungi pula memberitahu, jumlah sekolah yang terpaksa ditutup meningkat kepada 27 buah berbanding sembilan buah sekolah kelmarin.

kosmo/-

Debu tebal jejaskan kesihatan

Posted: 28 Feb 2013 12:13 AM PST

Debu tebal jejaskan kesihatan17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Beginilah suasana di jalan Trong yang dipenuhi debu apabila lori-lori mengangkut tanah melalui kawasan berkenaan.
 
TAIPING - Debu tebal akibat kerja-kerja mengorek tanah liat oleh sebuah syarikat tempatan di Kampung Salak, Trong semakin menjejaskan kehidupan lebih 1,000 penduduk di kawasan itu sejak setahun lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, permukaan bahu jalan sepanjang 100 meter di kawasan itu yang menjadi laluan utama pengguna sememangnya dipenuhi tanah liat kering selain mengeluarkan debu tebal.

Keadaan itu juga mendedahkan pengguna terutama pelajar sekolah dan penduduk sekitar dengan habuk yang bukan saja menyebabkan kekotoran tetapi turut menjejaskan kualiti udara di kawasan berkenaan.

Peniaga warung yang mahu dikenali sebagai Azim, 35, berkata, debu yang berterbangan di bahu jalan bukan saja menyebabkan pencemaran alam sekitar, tetapi boleh menjejaskan kualiti udara sekali gus mengundang kepada jangkitan penyakit.

"Pendapatan saya semakin berkurangan akibat masalah debu yang berlarutan hampir setahun.

"Lihatlah di atas meja dan kerusi, jika debu setebal ini, bagaimana kami nak meniaga? Sudah tentu tiada pelanggan yang datang sekali gus menjejaskan periuk nasi kami," katanya.

Azim turut mengakui kediamannya dan penduduk sekitar dicemari dengan debu yang berterbangan masuk ke dalam rumah dan mengotorkan persekitaran kediaman masing-masing.

"Penduduk bimbang jika keadaan itu dibiarkan berterusan akan menimbulkan pelbagai masalah lain," katanya.

Katanya, apabila hujan, jalan sering becak dan licin akibat daripada serpihan tanah liat di atas jalan utama.

"Keadaan ini akan menyebabkan bahaya kepada pemandu jalan raya.

"Justeru, penduduk di sini meminta pihak berwajib memantau keadaan ini kerana jika dibiarkan berterusan pelbagai masalah dan perkara buruk akan berlaku," katanya.

sinar/-

Pelajar kaku depan kabel TNB

Posted: 28 Feb 2013 12:08 AM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KLANG - Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu. 

Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik.

Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut.

sinar/-

Altantuya: Hadirin teruja dengar pendedahan Bala

Posted: 27 Feb 2013 11:57 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kemunculan Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di pentas umum terbukti sangat dinantikan apabila Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.

PI Bala tampil menceritakan penglibatan beliau sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di  forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?'.

PI Bala buat pertama kalinya tampil di pentas umum bagi mendedahkan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas kembali ke Malaysia Ahad lalu, setelah empat tahun tinggal di India.

Ketibaan PI Bala disambut seperti wira dengan tepukan gemuruh dan sorakan lebih 2,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan.

Orang ramai kelihatan sangat teruja untuk mendengar sendiri pendedahan PI Bala mengenai kes yang bermula sejak 2006 itu.

Antara yang disebut dalam pendedahan Bala adalah mengenai penglibatan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.

"Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua," kata Bala sekaligus menjawab persoalan beliau menukar akuan bersumpahnya yang dibuat pada 2008.

Sebelum mengakhiri forum, PI Bala menyatakan kesediaanya membantu Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Saya pulang ke Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata beliau disambut tepukan dan sorakan gemuruh.

PI Bala juga akan meneruskan siri jelajah ke Kelantan dan Perak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sebelum PI Bala tampil di pentas, forum dimulakan dengan ucapan Kartunis Zunar dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel.

harakah/-

Mahkamah Mesir arah musnah terowong rahsia

Posted: 27 Feb 2013 11:56 PM PST

terowong rahsia17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Sejak awal bulan lalu, beberapa rangkaian terowong rahsia ini ditenggelami air sebagai usaha untuk menutup laluan itu. Foto: Reuters
KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin mengarahkan kerajaan memusnahkan semua terowong rahsia yang menghubungkan sempada negara itu dengan Genting Gaza.

Hakim Farid Tanaghou memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati laluan rahsia yang menjadi nadi penting kepada penduduk Palestin sejak lebih tujuh tahun lalu turut digunakan untuk menyeludup senjata.

Sementara itu, peguam Wael Hamdy berkata, mereka perlu mengambil kira aspek keselamatan negara susulan daripada insiden 16 pengawal sempadan yang terbunuh dalam serangan dilancarkan militan, Ogos lalu.

Sebelum ini, tindakan pihak berkuasa menenggelamkan rangkaian terowong bawah tanah di sempadan Rafah-Gaza sebagai usaha untuk menutup laluan tersebut turut mencetuskan kemarahan pemimpin Hamas.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 lagi laluan rahsia yang masih beroperasi walaupun puluhan terowong telah dimusnahkan sejak beberapa bulan lalu. - Al-Jazeera

Lelaki mati diserang ikan jerung

Posted: 27 Feb 2013 11:55 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki terbunuh dalam satu serangan ikan jerung yang jarang berlaku di Pantai Muriwai, 40 kilometer dari barat bandar raya ini semalam. 

Beberapa pegawai berkata, anggota polis melepaskan tembakan dari sebuah bot sebagai cara untuk 'memaksa' haiwan itu melepaskan mayat si mangsa yang digigitnya. 

Saksi-saksi menyatakan, lelaki berusia 47 tahun itu berenang kira-kira 100 meter dari kawasan pantai semasa dia diserang.

Ia merupakan serangan ikan jerung pertama ke atas manusia di negara ini dalam tempoh lebih 35 tahun.
Darah dapat dilihat di permukaan laut manakala sejumlah perenang termasuk sekumpulan pelajar bergegas menyelamatkan diri ke pantai selepas mereka mendengar jeritan tentang kehadiran ikan jerung.

Seorang anggota penyelamat sukarelawan, Tim Jago berkata, ikan jerung itu amat besar kerana ia berukuran empat meter.

Menurutnya, haiwan itu dipercayai ikan jerung putih seperti yang digambarkan dalam filem Jaws arahan Steven Spielberg pada tahun 1975.

Dia berkata, mulut ikan tersebut masih menggigit mayat mangsa apabila polis tiba.

Jago memberitahu, anggota polis yang berada di dalam bot penyelamat terpaksa melepaskan tembakan ke arah haiwan tersebut supaya ia melepaskan mayat si mangsa. 

kosmo/-

Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta

Posted: 27 Feb 2013 11:40 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Murid selamat al-Quran

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Rantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam.
Nurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah.
Katanya, meskipun terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dalam kawasan sekolah berkenaan, dia memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah.

"Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir.
FotoNURUL Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir.

"Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridselamatal-Quran/Article#sthash.t6DSevt2.dpuf

KUALA LUMPUR: Pengumuman Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti) bahawa cukai import bagi kereta-kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun dan Australia akan dikurangkan secara berperingkat menjelang tahun 2016 adalah helah politik menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

Malah, katanya perkara itu diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012, menunjukkan bahawa perkara itu sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi.

Lebih teruk lagi, ujar beliau penghapusan cukai import untuk kereta-kereta mewah CBU yang diimport dari Jepun telah pun dilaksanakan oleh Umno Barisan Nasional sekarang.

Menurutnya, pada ketika ini pun, memang Umno Barisan Nasional tidak mengenakan sebarang cukai import kepada kereta-kereta import dari Jepun di antara 2,500 hingga 3,000 cc.

Import komponen, pasang di Malaysia (CKD)
Kereta import siap pasang (CBU)
2013
2014
2015
2016
< 1,800 cc
0%
13.6%
9.1%
4.6%
0%
1,800 – 2,000 cc
0%
13.6%
9.1%
4.6%
0%
2,000 – 2,500 cc
0%
13.6%
9.1%
4.6%
0%
2,500 – 3,000 cc
0%
0%
0%
0%
0%
Struktur cukai import sedia ada bagi kereta-kereta keluaran Jepun, yang diumum semula oleh MITI hari ini.

Sebab itu, tambah Rafizi PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya.

"Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5% dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (Total Industry Volume atau TIV).

"Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu," katanya.

Justeru, tegasnya PKR tetap dengan pendirian dan kempennya bahawa struktur cukai eksais yang perlu dirombak untuk menurunkan harga kereta.

Menurutnya, cukai eksais (dicampur dengan cukai jualan) yang bermula setinggi 85% bagi kereta bersaiz bawah 1,800 cc dan mencecah 115% bagi kereta bersaiz atas 3,000 cc dikenakan ke atas setiap kereta tanpa mengira asal pengeluaran.

"Cukai inilah yang mencekik darah rakyat terutamanya golongan kelas bawahan yang membeli kereta-kereta keluaran tempatan.

"Mereka terpaksa membayar harga kereta sehingga dua kali ganda dari harga sebenar kerana cukai eksais yang dikenakan," katanya.

Lebih penting, katanya cukai eksais berada di dalam kawalan kerajaan persekutuan sepenuhnya tanpa perlu dirunding dengan mana-mana negara.

Tambahnya, PKR komited untuk menurunkan cukai eksais ini dalam tempoh lima tahun secara berperingkat dengan kadar penurunan 20% setiap tahun.

Menurutnya lagi, menjelang tahun 2018, tidak ada lagi cukai eksais yang akan dikenakan ke atas kereta.

"Sekiranya Umno Barisan Nasional juga prihatin dengan nasib rakyat, wajarlah ia juga menurunkan cukai eksais, bukannya bermain wayang seperti sekarang," katanya lagi.

harakah/-

Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat

Posted: 27 Feb 2013 11:38 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar) mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.

harakah/-

TG Nik Aziz ucap takziah buat keluarga Zaidi Buluh Perindu

Posted: 27 Feb 2013 11:30 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Murid selamat al-Quran

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Rantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam.
Nurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah.
Katanya, meskipun terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dalam kawasan sekolah berkenaan, dia memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah.

"Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir.
FotoNURUL Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir.

"Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridselamatal-Quran/Article#sthash.t6DSevt2.dpuf

KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut apabila dikhabarkan tentang berita kematian seorang pendikir terkenal Kelantan, Zaidi Buluh Perindu pagi tadi setelah rebah dalam satu majlis di Tumpat.

Demikian tulis beliau di laman Facebook.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

"Insya Allah saya akan menyertai solat jenazah selepas Asar petang ini di Masjid Wakaf Bharu.

"Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan ke dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," ujarnya.

Allahyarham dilaporkan kembali ke rahmatullah pada jam 11.00 pagi tadi pada satu majlis di LKIM Tumpat.

harakah/-

Murid selamat al-Quran

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Rantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam.
Nurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah.
Katanya, meskipun terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dalam kawasan sekolah berkenaan, dia memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah.

"Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir.
FotoNURUL Natasha menyelamatkan beberapa naskhah Al-Quran di dalam bilik darjah daripada ditenggelami banjir.

"Meskipun terpaksa meredah banjir sehingga paras pinggang, saya tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah, malah saya menganggap ia satu tanggungjawab sebagai umat Islam," katanya ketika ditemui, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Muridselamatal-Quran/Article#sthash.t6DSevt2.dpuf

BN kalau nak menang, kena umum calon PM baru

Posted: 27 Feb 2013 08:00 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sumber Umno menyatakan dengan jelas kepada Harakahdaily bahawa BN hanya mempunyai peluang untuk memenangi PRU13 sekiranya sedia menyatakan mempunyai calon Perdana Menteri yang baru.
Ditanya Harakahdaily yang merasakan perkara itu mustahil kerana jawatan itu secara tradisinya milik orang yang menjawat Presiden Umno, katanya, "Betullah. Maksud saya Presiden Umno kena tukar orang lain. Kalau tak, aniaya BN nanti di PRU13".

"Najib kan popular?" tanya Harakahdaily.

"Masalahnya Bala dan Deepak lagi popular sekarang di kalangan rakyat Malaysia yang sukakan berita skandal. Buku Deepak jual macam pisang goreng panas, petanda rakyat sehingga hari ini ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Altantuya," tegas beliau.

Sumber Umno itu merujuk kepada kepulangan mengejut penyiasat peribadi P Balasubramaniam yang bersumpah di atas kitab suci Hindu bahawa pengakuan bersumpahnya yang pertama adalah tulen dan pengakuan bersumpahnya yang kedua ialah palsu.

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan pula bertubi-tubi menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor semenjak Perhimpunan Agung Umno yang lalu dengan mendedahkan peranannya memujuk Bala untuk mengeluarkan pengakuan bersumpah kedua sehari selepas beliau mengeluarkan pengakuan bersumpah pertama yang mendakwa Abdul Razak Baginda pernah memberitahunya mengenai hubungan mengenai Najib dan Altantuya, yang dibunuh kejam.

"Kami tak nak PRU13 ini dikepung dengan isu Bala dan Deepak. Lemas. Tun (Dr Mahathir) pun dah rasa lemas," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Harakahdaily juga bertanya apakah ada muslihat lain di sebalik penangguhan demi penangguhan tarikh PRU13 oleh Najib.

"Persoalan terbesar sekarang di minda Najib ialah bagaimana BN boleh menang dan pada masa yang sama, Umno tidak menendangnya keluar sebagai presiden kerana jika menang pun, prestasinya tidak akan sebaik yang dicapai Pak Lah.

"Kedua ialah faktor calon, Najib pening selesai masalah calon kerana mood untuk tidak bekerjasama kini, kerana situasi sekarang bukan macam dulu, kamu tak ikut cakap, kamu out – sekarang ialah Najib tak dengar cakap, you akan jadi pembangkang.

"Tapi faktor paling kritikal ialah BN kena bagi bayangan jelas pada rakyat akan ada PM yang baru jika BN menang.

"Dalam soal isu perdana menteri, PAS sekarang diserang bertubi-tubi kerana PAS telah menghancurkan propaganda Umno bahawa DAP akan berkuasa sekiranya PR menang. Sekarang orang semua bercakap Anwar atau Hadi, tiada siapa yang cakap Kit Siang sebab itu Umno sekarang marah kat PAS kerana orang Melayu tahu jika PR menang, DAP tidak akan jadi PM," tegas beliau.

harakahdaily/-

2 bulan sahaja lagi...

Posted: 27 Feb 2013 07:53 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Kisah dongeng ini berlaku di Tanah Emas di Timur Tengah… di mana sebuah kerajaan telah berkuasa lebih 50 tahun.
Saya dipanggil menghadiri sebuah kursus. Lebih tepat sebenarnya saya dipaksa menghadiri satu kursus.

Kursus ini tidak lain tidak bukan untuk mencuci minda saya. Saya akan diseru membalas budi orang yang tidak pernah mengenang budi bahawa kerana saya dan keluarga sayalah daripada bapa ke atuk saya, mereka berada di kedudukan mereka hari ini.

Namun saya terpaksa hadir dengan hati memberontak.

"Negara kini dalam ambang kehancuran kerana pembangkang. Umat berpecah belah kerana ada parti ajaran sesat yang pecahkan umat. Kena pertahan kerajaan sekarang kerana mereka telah menjaga kita untuk 50 lebih tahun. Habis umat kalau kerajaan ini digantikan dengan baru. Kita kena balas budi kerajaan yang telah menjaga umat kita selama ini," kata seorang pensyarah di kursus tersebut.

Tiada hadirin yang berani berkata apa-apa. Bersorak pun tidak, bersetuju pun tidak. Semua diam mendengar.

"Sampai bila saya harus mendiamkan diri? Apakah saya nak biarkan fitnah-fitnah ini dimasukkan dalam minda semua hadirin yang terpaksa datang kerana mangkuk nasi mereka," bisik di hati saya.

Kemudian pensyarah itu membuka ruang untuk sesi bersoal jawab.

Tiada yang berdiri untuk bertanya.

Saya masih bergelut dengan diri sendiri, "Nak atau tak nak?"

"Baguslah tak ada soalan. Maksudnya semua faham apa yang saya sampaikan. Bila pangkah nanti, jangan pangkah salah tahu," kata pensyarah tersebut.

Terdengar kata-kata itu, kaki saya tertiba mendapat tenaga untuk bangun.

"Saya Zulkifli Ibrahim daripada Ringgung. Saya kurang bersetuju dengan beberapa fakta yang tuan sampaikan. Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa.

"Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang?

"Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita.

"Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya."

Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas?

Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?

Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu.

"Jawab! Jawab! Jawab!" hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab.

Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon.

"Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara," jawab pensyarah itu dengan sinis.

Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju.

"Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini," kata pensyarah itu lagi.

Saya terus berlawan.

"Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung," jawab saya.

Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh.

"Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah," jerit hadirin.

Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati.

Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman.

Senyum.

harakah/-

Warga emas seluruh negara dapat bonus RM1,000 di bawah Pakatan

Posted: 27 Feb 2013 07:34 PM PST

menifesto pakatan rakyat 201317 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.

Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka.

Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.

Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.
Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

"Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia," dokumen manifesto itu dipetik.
Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

keadilandaily/-
atu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan beris - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KejarkeretapulangRM37_500//Article#sthash.5RFb8cf3.dpuf

Kera serang kanak-kanak

Posted: 27 Feb 2013 07:20 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Kera serang kanak-kanak
Mohamad Shahrul Amin menerima tujuh jahitan di kepala, selain calar di belakang badan
HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menerima tujuh jahitan di kepala selepas digigit kera yang menyerangnya di dalam rumah.

Mangsa, Mohamad Shahrul Amin Afandi turut mengalami kesan calar di beberapa bahagian belakang badan akibat serangan itu yang berlaku kira-kira jam 7.15 petang, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melayu Rasa, Redzuan Mohd Isa berkata, kanak-kanak malang itu dikatakan sedang bermain dengan adik beradiknya yang lain di ruang tamu rumah sebelum didatangi seekor kera yang menyerangnya secara tiba-tiba.

"Kejadian itu hanya disedari bapanya setelah mendengar jeritan kanak-kanak tersebut.

"Melihat kecederaan di kepala dan belakang badan, kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Redzuan berkata, kanak-kanak terbabit menerima tujuh jahitan di kepala dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Katanya, kera yang menyerang mangsa tidak terlepas kerana dikurung di dalam rumah sementara menunggu pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Kubu Bharu dan Jabatan Perhilitan tiba.

"Perhilitan bersama anggota JPAM berjaya menangkap kera berkenaan," katanya.

Beliau berkata, gangguan kera di kawasan perumahan itu semakin menjadi-jadi kerana pembiakannya tidak terkawal.

Bagaimanapun katanya, tindakan sewajarnya akan diambil pihak berkuasa bagi membendung kehadiran kera di kawasan tersebut, seterusnya mengelak kejadian sama berulang.

sinar/-

Ingatlah Allah!

Posted: 27 Feb 2013 07:13 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Ada seorang Ibu di Rumah Amalia, dirinya terlihat kalut dan bingung, gejala itu dirasakan sebulan yang lalu ketika ia marah dan membenci suaminya. Kebencian yang dirasakan pernah coba untuk dikomunikasikan kepada suaminya, malah yang terjadi suaminya mencemooh, kata-katanya tajam mengalir begitu saja. Ucapan itulah yang melukai hatinya. Sejak itu yang dirasakan perutnya sakit hingga ke ulu hati, 
 
terasa perih dan kembung. Dokter hanya menyebutnya sebagai sakit maag. Dalam kondisi seperti itulah membuat tidak bisa tidur nyenyak, makanpun juga tidak enak. Ia mulai sering melamun, malas bekerja, malas bergaul dengan tetangga, senang dirumah dan rebahan entah apa yang dipikirkan dan dirinya lebih suka dirumah daripada beraktifitas. Dalam kondisi ini dapat dipahami bahwa ia telah melewati ambang batas kemampuan mengontrol diri, perasaan terluka, kecewa, marah dan kesedihan yang dialami sudah berubah menjadi ketidakmampuan memahami dirinya sendiri.

Lantas bagaimana kiat menyembuhkan perih luka dihati? Pertama, yang paling penting mengenali tanda dini stres berat yakni tidur terganggu disertai dengan mimpi buruk. Kedua, Bila sudah merasakan hidup begitu teramat berat, hati sakit terluka perih. Ingatlah Allah! Menangis dan memohonlah Allah agar kesedihan berubah menjadi kebahagiaan. Ada bagian hal itu menjadi wilayah anda untuk bisa menyelesaikan dan selebihnya serahkan masalah hidup anda yang tidak bisa diatasi biarkanlah Allah yang menyelesaikannya. Anda sanggup menghadapi semua problem kehidupan itu dengan baik hanya bila bertawakal kepada Allah. Percaya sepenuhnya bahwa Allah adalah sebaik-baiknya penolong dan pelindung anda.

Alhamdulillah, akhirnya beliau telah mampu pulih kembali, tidurnya sudah nyenyak, makanpun sudah enak dan beraktifitas bekerja sehari-hari seperti biasanya. Kehidupannya lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan berdzikir dan menjalankan ibadah sholat tepat waktu. Kedekatan dirinya kepada Allah telah mampu menyembuhkan diri sendiri dari beban stres berat yang telah dialaminya, kemampuan untuk mengelola diri untuk selalu ingat Allah telah pulih kembali bahkan hubungan dengan suaminya dan anak-anak menjadi lebih baik. 'Subhanallah Mas Agus, saya bisa lebih tenang dan sabar menghadapi masalah hidup sekarang ini. ' ucap beliau. "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram". (Ar-Raad 28).
 
posted by :agussyafii

MIC pula mahu tinggal BN?

Posted: 27 Feb 2013 07:00 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Umno BN dilihat semakin parah dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) apabila semakin banyak parti-parti komponennya hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sebelum ini Gerakan dan SUPP dilihat menyatakan hasrat ingin keluar daripada BN dan terbaru, Pengarah Strategi MIC Vell Paari pula didakwa membayangkan akan mendesak MIC untuk bertanding atas tiket sendiri, bukan lagi atas tiket BN.

Tindakan Vell Paari itu dipercayai dibuat apabila Dr. Riduhan Tee dan Datuk Ibrahim Ali dilihat oleh kaum Inida sebagai rasis dan sering membangkitkan isu perkauman di negara ini.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, ketidakpercayaan MIC itu dilihat amat mengejutkan apatah lagi MIC merupakan parti tunjang kaum India di Malaysia ini, malah sekutu kuat Umno dalam Barisan Nasional.

"Ini membuktikan bahawa Umno BN sudah tidak mampu lagi menjaga keharmonian kaum di Malaysia. Semakin hari semakin ramai rakyat yang bukan Melayu merasa tertindas dengan tindakan pemimpin-pemimpin pro Umno yang dilihat bersikap rasis.

"Namun amat mendukacitakan, tiada tindakan diambil terhadap mereka. Kenyataan-kenyataan rasis beberapa pemimpin Umno juga dilihat begitu mengguris hati kaum-kaum yang lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Vell Paari dalam satu surat terbuka kepada presiden MIC beru-baru ini menggesa agar parti itu mendesak kabinet mengambil tindakan ke atas Ridhuan Tee dan Ibrahim kerana menghina agama Hindu.

Beliau yang juga anak kepada Datuk Seri S Samy Vellu itu berkata, jika tiada sebarang tindakan diambil, beliau akan meminta golongan India mengundi menentang BN dan rela dipecat dari parti itu.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, walaupun Umno cuba untuk mengambil hati semua kaum di Malaysia, namun hakikatnya rakyat kini sudah muak dengan mereka.

Lebih parah lagi katanya apabila kajian Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina semakin menolak kerajaan Barisan Nasional.

Tambah Kamaruzaman lagi, tindakan Najib dalam meraih undi masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina yang lalu juga dilihat tidak memberikan kesan.

"Harapan terarah kepada masyarakat India. Namun kini, MIC yang memperjuangkan masyarakat India di Malaysia dilihat turut sama menolak Umno BN. Najib dilihat seolah-olah burung kepatahan sayap apabila masyarakat Cina dan India mula menolak parti yang diterajuinya," katanya lagi

harakah/-

Tak payahlah buat provok maharaja lawak!

Posted: 27 Feb 2013 06:30 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Di N31 Kahang: Majoritu melayu 71.39% berbanding dgn India yg hanya 2.46%. UMNO bagi kat India. 

Di N33 Tenggaroh: Majoriti melayu 80.04% berbanding dgn India yg hanya 2.06%. UMNO bagi kat India lagi. 

Di N3 Pemanis: Majoriti melayu 54.34 berbanding dgn Cina 41.13. UMNO bagi kat Cina. Ini baru 3 contoh di Johor. 

Belum lagi di Perak, Pahang dan negeri2 lain. Macam mana Melayu tak hilang kuasa kalau kws yg majoriti melayu pun UMNO bagi kat India dan Cina?????? 

Jadi tak payahlah buat provok Maharaja Lawak kata kuasa melayu akan hilang kalau PR jadi pemerintah kelak!

keadilandaily/-

4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang

Posted: 27 Feb 2013 06:00 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Kan rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.

MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.

Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.

"Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.

"Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka," ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.

Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.

Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.

Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung

Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.

Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.

Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.

Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.

Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.

"Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.

"Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya," jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.

harakahdaily/-

Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM

Posted: 27 Feb 2013 05:30 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah 'ketakutan' Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedes-Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

"Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

"Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara itu. Ini baru permulaan dari kami," tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

harakah/-

Manifesto Pakatan jamin keadilan, kesejahteraan & kesaksamaan rakyat

Posted: 27 Feb 2013 05:30 PM PST

fizi
17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 28 FEB: Tawaran Manifesto Pakatan Rakyat demi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat jelas pendekatannya dan kukuh pelaksanaannya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Ahli Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat itu berkata, Manifesto Rakyat menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat di tampuk pemerintahan Putrajaya kelak.
Beliau berkata, Manifesto Rakyat melakarkan masa depan yang lebih cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat.

"Manifesto Rakyat adalah cernaan dan hasil rundingan dengan segenap lapisan masyarakat. Kita yakin Malaysia berhak melakar masa depan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia mampu pergi lebih jauh dari imaginasi sekarang. Kita yakin rakyat Malaysia wajib mendapat yang terbaik dari kerajaannya," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Pakatan adalah sebuah kerajaan yang amanah dan tunjang pentadbiran Pakatan adalah tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat.
menifesto pakatan rakyat 2013"Hasilnya limpahan kekayaan negara dapat diagih dengan lebih adil dan berkesan. Mutu dan taraf hidup rakyat terbanyak akan dipertingkat," kata beliau.

Rafizi berkata, rekod pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menjadi bukti iltizam untuk terus membina kerajaan yang amanah demi memakmurkan rakyat.

Jelasnya, Pakatan juga merakyatkan ekonomi dan hasilnya jutaan penduduk Malaysia menikmati agihan kekayaan negara pada kala kekuatan kewangan negeri-negeri yang ditadbir terus digandakan.
Menurut Rafizi, Pakatan turut membudayakan amanah di dalam pentadbiran.

"Amalan rasuah dicegah dan laba dari pentadbiran beramanah ini disalurkan kembali untuk menjana kemakmuran rakyat," katanya.

Tambah beliau, Pakatan mendepankan rakyat apabila dasar-dasar yang diperjuangkan menjunjung aspirasi rakyat terbanyak dan menentang kepentingan penguasa elit dan kroni mereka.

"Pakatan menobatkan rakyat sebagai tuan tanah air pusaka ini. Ruang kebebasan dan suara rakyat dihormati. Hak rakyat tidak kira latar belakang dan miskin kaya diambil kira dalam setiap pertimbangan. Penghapusan undang-undang zalim yang memijak ketuanan rakyat menjadi darah daging perjuangan," jelasnya.

Rafizi berkata, Malaysia yang ditadbir secara amanah dan rakyat yang makmur kehidupannya akan melahirkan sebuah masyarakat yang bermaruah.

"Masyarakat bermaruah adalah masyarakat yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama dan nilai sejagat yang membela pihak benar dan menentang yang zalim, saling percaya akan hubungan persaudaraan setiap insan, gigih berusaha memperbaiki diri, yang kuat membantu yang lemah tiada yang terpinggir, berlumba-lumba mengagungkan budaya ilmu dan istiqamah pada usaha amar ma'aruf nahi mungkar," kata Rafizi.

Manifesto Rakyat digubal berdasarkan empat tunggak utama – Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

keadilandaily/-

Wanita tertua di dunia

Posted: 27 Feb 2013 03:22 PM PST

17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Wanita tertua di dunia, Okawa Misao, 114, menerima sijil daripada pegawai Guinness World Records di Osaka, Jepun, 27 Februari 27, 2013. - Gambar Reuters
Wanita tertua di dunia, Okawa Misao, 114, menerima sijil daripada pegawai Guinness World Records di Osaka, Jepun, 27 Februari 27, 2013. - Gambar Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan