Selasa, 26 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 26 Feb 2013 01:30 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Pakatan Harapan Rakyat Untuk Menggantikan BN

Posted: 25 Feb 2013 05:33 PM PST

Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan 'hidup mati' perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.
 
Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat 'terpaksa' menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.

Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia 'mendictate' institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.


Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.


Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.


Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.


Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara 'absolute' kepada mereka, sehingga tiada 'check and balance' boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.


Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.


Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.


Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.


Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.


Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.


Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.


Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.


Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.


Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan  masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.


Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.


Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.


Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.


Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN.

Suara Sri Andalas

Posted: 25 Feb 2013 11:12 PM PST

Suara Sri Andalas


Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian Dapat Sumbangan Lebih Di Bawah PR

Posted: 25 Feb 2013 01:50 AM PST

SHAH ALAM, 25 FEB : Sekolah janaan rakyat seperti Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM 300 setiap murid setiap tahun, apabila Pakatan Rakyat memerintah negara.

Bantuan tersebut adalah tambahan kepada dana bagi operasi sedia ada dan meliputi SAR, SJK Cina dan Tamil, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh.

Inisiatif itu yang terkandung di dalam Manifesto PR, melibatkan peruntukan berjumlah RM 220 juta.

Sumbangan tambahan itu sebagai menghargai peranan sekolah-sekolah ini dalam sistem pendidikan nasional.

Bantuan tambahan ini adalah pelaburan PR untuk menambahbaik mutu pendidikan di sekolah-sekolah ini, termasuk bagi perbelanjaan membesarkan bangunan dan menambah kemudahan prasarana.

Sumber: Selangorku

Intipati Utama 'Pakatan Harapan Rakyat'

Posted: 25 Feb 2013 01:40 AM PST

Berikut adalah intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen gabungan parti tersebut di Shah Alam hari ini.

Ia terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Tonggak Rakyat Bersaudara
  • Menghapuskan diskriminasi kaum dan adu domba melaga-lagakan kumpulan masyarakat demi menjamin kehormonian dan perpaduan rakyat.
  • Bahasa Kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidian negara yang menjamin pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.
  • Mengiktiraf peranan sekolah janaan rakyat dan memperuntukkan sumber yang berpadanan dengan sumbangan sekolah ini. Pakatan Rakyat juga menghargai sumbangan sekolah agama rakyat, sekolha jenis kebangsaaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Mubaligh.
  • Mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung dalam deklarasi Kuching.
  • Menitikberatkan hak tanah dan kebajikan Orang Asli. Kebebasan akan dipulangkan kepada mereka untuk mencorakkan kehidupan dengan memberi mereka kuasa ke atas tanah mereka.
  • Menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, menjamin kebebasan beragama serta mengangkat budaya sebagai teras positif hidup bermasyarakat.

Tonggak Ekonomi Rakyat
  • Memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan bari dibuka dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan mengurangkan satu juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.
  • Pakatan Rakyat memperjuangkan gaji minima - sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan - atas prinsip setiap pekerja berhak dibayar gaji yang berpadanan dengn kos kehidupan yang minima, agar rakyat tidak hidup dalam kemiskinan.
  • Pakatan Rakyat akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji secara keseluruhan penambahbaikan sistem pendidian negara agar selari dengan teras reformasi pendidikan.
  • Memecah menopoli dalam sektor perkhidmatan dan barangan dengan menubuhkan Suruhanjaya Anti-Monopoli dan merombak undang-undang sedia ada berkaitan persaingan untuk memberi lebih kuasa menghentikan amalan perniagaan tidak adil.
  • Merancakkan persaingan dengan membubarkan 1MDB agar Khazanah kekal satu-satunya badan pelaburan negara.
  • Melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasinaln kepada pengurusan GLC melalui kaedah ambil alih oleh pengurusan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputra berdaya maju.

Tonggak Kesejahteraan Rakyat
  • Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menghapuskan monopoli dan menurukan harga petrol dan diesel, caj elektrik, caj air yang berlebihan , hapuskan tol dan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan dalam bidang ekonomi.
  • Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat dengan menghapuskan cukai eksais, harga kereta serendah RM25,000 serta menyediakan perumahan selesa dan mampu milik untuk semua.
  • Memberikan pendidikan percuma untuk semua dan hapus PTPTN dengan yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan dan memberi elaun sara hidup.
  • Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni.
  • Pakatan Rakyat akan mempertahankan wibawa, prestasi dan reputasi Felda demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka termasuk merombak semula pegangan di dalam FGV dengan matlamat mengembalikan operasi dan pemilikan tanah FELDA ke tangan peneroka dan kakitangan.

Tonggak Kerajaan Rakyat
  • Mengembalikan prestij dan kemuliaan penjawat awam, membebaskan penjawat awam dari campur tangan politik dan pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip daya kerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan.
  • Melaksanakan 8 tuntutan BERSIH sebagai reformasi pilihanraya, melaksanakan pendaftaran undi secara automatik apabila mencecah umur layak mengundi dan membersihkan daftar pengundi dalam masa 100 hari berkuasa.
  • Membebaskan institusi-institusi utama negara iaitu institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia (PDRM) dari cengkaman politik
  • Mengembalikan kebebasan institusi Parlimen sebagai suara rakyat yang mengimbangi kuasa eksekutif dan memperkenalkan sistem Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam bidang-bidang penting seperti kewangan, keselamatan, pendidikan, pertahanan, PETRONAS dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi timbangtara yang dimainkan Parlimen.
  • Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain.
  • Memansuhkan AUKU dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat
  • Semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat dan memansuhkan semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama pentadbiran Pakatan Rakyat
  • Menguatkuasakan Akta Pemulihan Demokrasi untuk mengukuhkan lagi hak rakyat dan Kerajaan Persekutuan membebaskan dan memohon maaf kepada kesemua tahanan ISA dari dulu hingga sekarang.
  • Merombak sepenuhnya kuasa dan kepimpinan SPRM untuk membina integritinya di mata rakyat, termasuk mempertimbangkan memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM
  • Merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam untuk membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan
  • Mengetatkan undang-undang rasuah dan undang-undang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) untuk melaksanakan sekeras-kerasnya undang-undang membanteras rasuah, terutamanya bersabit kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam

Manifesto PR: Sejuta Peluang Kerja, Gaji Minima RM1,100 Antara Ditawar

Posted: 25 Feb 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.

3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.

4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional

5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.

7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.

8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi

9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.

14 Tawaran Pakatan Untuk Kesejahteraan Rakyat

Posted: 25 Feb 2013 01:20 AM PST

SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

  1. Harga minyak turun
  2. Caj elektrik lebih rendah
  3. Caj air lebih rendah
  4. Hapus tol
  5. Hapus monopoli
  6. Turunkan harga kereta 
  7. 150,000 rumah selesa mampu milik
  8. Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
  9. Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
  10. Hapus AES. Batalkan saman AES
  11. Keadilan untuk warga Felda
  12. Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
  13. Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
  14. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

PR Laksanakan Caruman Jaringan Sosial Wanita, Bantuan Warga Emas

Posted: 25 Feb 2013 01:10 AM PST

SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat mengiktiraf secara jelas sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum wanita dalam Manifesto Harapan Rakyat.

Antara lain, PR akan mensasarkan penglibatan seramai 30 peratus kaum wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017.

Apabila mentadbir negara kelak, PR juga akan melaksanakan Caruman Wanita Malaysia di mana setiap isteri akan layak menerima caruman tersebut sebagai jaringan keselamatan sosial bagi menjamin kebajikan mereka.

Dasar caruman tersebut mewajibkan suami mencarum mengikut kadar pendapatan (di antara RM 10 sebulan hingga RM 100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman.

"Wang caruman boleh dikeluarkan oleh isteri dalam keadaan tertentu yang cukup syarat seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun," dipetik dari kandungan manifesto.

Selain caruman daripada suami, pihak kerajaan juga akan turut sama menyumbang RM 50 sebulan bagi setiap isteri dengan caruman tersebut akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) sebagai sebahagian dari jaringan keselamatan sosial.

Bagi warga emas, Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas di mana setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM 1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka.

Sumber: Selangorku

Minyak, Api, Air Rendah, Kereta Baru Serendah RM 25,000, Bila PR Memerintah

Posted: 25 Feb 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 25 FEB :  Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan.

Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini.

Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel.

PR juga akan menyalurkan subsidi gas berjumlah RM 25 bilion yang biasanya diberikan kepada penjana bebas, secara terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.

Selain itu, konsesi air kendalian syarikat swasta yang mengakibatkan caj air tinggi akan dihentikan.

"Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan."

PR juga akan mengambil alih lebuhraya secara beperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.

Pembiayaan operasi lebuhraya itu mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi lebuhraya.

Manakala harga barang akan turun apabila monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan pemerintah Umno-BN dihapuskan.

"Sebagai contoh, monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula," katanya.

Manakala bagi kereta, cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

"Ketika ini, cukai eksais dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70 peratus seterusnya melonjakkan harga kereta.

"Justeru, PR percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah," katanya.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Posted: 25 Feb 2013 07:29 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Ucaptama Ketua Umum PKR Konvensyen PR ke-4 2013

Posted: 25 Feb 2013 10:09 AM PST

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Johor

Posted: 25 Feb 2013 10:04 AM PST

1 Mac 2013 (Jumaat)

1) 5.00 – 7.00 ptg – Sepetang Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Batu 3, Tanjung Gading (di Pusingan U), Ledang

2) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Masjid Batu 3, Tanjung Gading, Ledang

3) 8.45 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat
Lokasi: Pejabat PKR Muar, Taman Seroja
Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, Muar

4) 8.45 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat

5) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dato Seri Chua Jui Meng
iii. YB Nurul Izzah Anwar
iv. YB Salahuddin Ayub
v. YBhg Rafizi Ramli
vi. YBhg Hassan Karim
vii. YBhg Syed Hamid Ali
viii. YBhg Dato' Mahfodz Mohamad
ix. YBhg Dato' Ariff Sabri

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan

Posted: 25 Feb 2013 10:03 AM PST

28 Februari 2013 (Khamis)

1) 7.00 – 11.00 mlm – Gong Xi Fa Cai & Jamuan Makan Malam
Lokasi: Tokong Cina Batu 3, Jalan Port Dickson, Lukut

2) 9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana Demi Rakyat
Lokasi: Kampong Masjid, Lenggeng

3) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
iii. YB Anthony Loke Siew Fook
iv. YBhg Zulkefly Mohamad Omar
v. YB Chai Tong Chai
vi. YB Chia Kee Chin
vii. YB Taufik Abdul Ghani

Manifesto Pakatan Harapan Rakyat

Posted: 24 Feb 2013 11:10 PM PST

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan ‘hidup mati’ perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat ‘terpaksa’ menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.

Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia ‘mendictate’ institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.

Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.

Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.

Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.

Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara ‘absolute’ kepada mereka, sehingga tiada ‘check and balance’ boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.

Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.

Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.

Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.

Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.

Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.

Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.

Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.

Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.

Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.

Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.

Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN.

Klik Untuk Muat Turun Manifesto PR : BM EN

Pakatan Laksana Daftar Automatik, Hapus PTPTN & Pendidikan Percuma

Posted: 24 Feb 2013 10:50 PM PST

KeadilanDaily

Pendaftaran automatik anak muda berusia 18 tahun sebagai pengundi, antara enam tawaran Manifesto Pakatan Rakyat kepada anak muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Mereka tak boleh dikecualikan dari suara politik. Cukuplah era 'listen, listen, listen'. Sekarang era kerajaan untuk mendengar," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

PRBeliau berkata, Pakatan Rakyat konsisten dengan dasar pendidikan percuma yang berkualiti dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Pilihan raya kampus mesti diurus oleh pelajar. IPT (Institut Pengajian Tinggi) sepatutnya memupuk budaya belia dan warganegara yang bebas dan mansuhkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

"Malaysia jangan membazir melalui rasuah kepada kroni dan (dana) dilabur kepada pendidikan," tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Nurul Izzah berkata, isu pengangguran, guna tenaga dan pengurusan hutang golongan muda akan diatasi melalui dasar dan peluang kerjaya yang lebih tersusun.

"Kini, kadar pengangguran belia 60 peratus, 6.6 kali lebih tinggi dari orang dewasa. Ini kerana dasar yang tak dikendali dengan baik oleh 'orang dewasa' Umno BN.

"Statistik menunjukkan sehingga Mei 2012, 76,200 graduan masih menggangur. Pakatan komited mencari penyelesaian kepada golongan berumur 34 ke bawah yang 47 peratus berhutang," katanya merujuk data Jabatan Insolvensi.

Dalam pada itu, satu skim perintis rakyat melalui pembinaan 25 Sekolah Vokasional dan lima universiti teknikal akan ditubuhkan untuk mewujudkan anak muda berkemahiran memberi peluang kerjaya dalam sektor teknikal.

Manakala satu Majlis Penasihat Belia yang dipilih oleh anak muda di peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan turut akan ditubuhkan, kata Nurul Izzah.

At Manifesto Launch, Pakatan Tells Malaysians to Seize the Day

Posted: 24 Feb 2013 08:29 PM PST

The Malaysian Insider

Pakatan Rakyat (PR) leaders sounded the election war drums today as they launched their Election 2013 manifesto, declaring themselves more than ready to face an electoral battle they say will be fought between a nation of citizens now opposed to a "corrupt Umno-Barisan Nasional" (BN) regime.

The election directors of all three PR parties — PKR, PAS and the DAP — took turns at the manifesto launch to remind members of the importance of staying united and organised in their struggle, pointing out that this was their best opportunity yet to change the government.

"Ini kalilah," PKR deputy president Azmin Ali (picture) told the crowd gathered at the Shah Alam Convention Centre (SACC) here in his speech before the launch, using the pact's newly-coined slogan to urge voters to seize the opportunity for change.

"Time and tide wait for no man. If it passes us by, we will not face it again. Meaning… ini kalilah (this is the moment)," he said.

The Gombak MP, who is PKR's election director, also cemented PR's support for Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister-in-waiting, saying the opposition leader is the pact's "centre of gravity".

"His administrative experience, as well as his good relationship across the globe with international leaders as well as leaders in Islamic movements worldwide, is feared by Umno-BN's corrupt regime," he thundered to cheers from the floor.

Pakatan Unveils People-Friendly Manifesto

Posted: 24 Feb 2013 08:24 PM PST

Malaysiakini

Pakatan Rakyat has unveiled its election manifesto, entitled 'Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat' (The People's Manifesto: Pakatan the hope of the people) to capture the attention of 13 million voters by pledging to reduce their financial burden, among other promises.

In tabling the manifesto at a Pakatan convention today, PKR director of strategy Rafizi Ramli said the coalition intends to eliminate monopolies and to raise tax exemption to RM4,000 compared to RM2,500 at present.

The coalition will also, within a day of coming to federal power, abolish the highly controversial rare earths refining project in Pahang, review the petrochemical hub project in Johor, review certain dam projects in Sarawak and also review environmental laws including those on logging.

"We will remove monopolies … we will renegotiate with independent power producers and disband 1Malaysia Development Bhd which serves the agenda of Prime Minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor," he said in tabling the first section of the manifesto.

The manifesto is divided into four sections – the people's economy, people' welfare, government for the people and fulfilling people's aspirations.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 25 Feb 2013 11:27 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Manifesto Pakatan Harapan Rakyat dilancar, kempen tawan Putrajaya

Posted: 25 Feb 2013 01:38 AM PST


SHAH ALAM 25 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) dilancar pada Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.
PR
Manifesto bertema 'Pakatan Harapan Rakyat' itu dimulakan dengan pembentangan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kira-kira jam 10.40 pagi.

Kemudian disusuli pembentangan oleh Dr Dzulkefly Ahmad mewakili PAS, manakala M Kulasegaran mewakili DAP.
Manifesto ini merupakan kempen awal Pakatan menawan Putrajaya.
Ia juga kemuncak gabungan dasar bersama Pakatan termasuk tawaran baru.
Kandungan Manifesto Pakatan Rakyat boleh KLIK INI.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45903

DAP pastikan undi Cina untuk KEADILAN & PAS

Posted: 25 Feb 2013 01:37 AM PST


SHAH ALAM 25 FEB: Pengerusi Biro Pilihan Raya DAP, Tan Kok Wai menjamin, KEADILAN dan PAS mendapat sokongan padu pengundi Cina di semua kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
"Pengundi Cina adalah kekuatan kita (DAP). Justeru kita akan memastikan dan membantu parti gabungan Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN dan PAS untuk mendapat hak kepercayaan pengundi Cina, tidak kira di mana-mana kawasan," kata Ahli Parlimen Cheras itu.
PR
Kok Wai menyampaikan amanatnya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, menjelang PRU 13, Pakatan Rakyat perlu bergerak dan berkempen sebagai satu entiti dengan semangat kerjasama dan saling membantu untuk menang.
"Untuk mencapai matlamat memulakan budaya politik baru selepas PRU 13, Pakatan Rakyat perlu mengalahkan BN dan mesti mendapat kemenangan besar dan membanggakan," katanya.
"Untuk itu, Pakatan mesti bersatu dalam berkempen meliputi aspek idea dan mesej, dan memastikan jentera masing-masing berkempen sebagai satu entiti," katanya.
Kata Kok Wai, dengan cara itu, rakyat yakin Pakatan bersatu dan berkhidmat untuk semua kaum seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
"Kita juga perlu yakinkan rakyat bahawa 'peperangan' kali ini bukan saja perjuangan Pakatan melawan BN, tetapi untuk ke arah Malaysia yang lebih baik.
"Beritahu pemimpin kerajaan sekarang bahawa undi kami tidak ternilai, dan undi rakyat bukan untuk dihina," tegasnya disambut tepukan kira-kira 1,500 perwakilan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45917

Pakatan laksana daftar automatik, hapus PTPTN & pendidikan percuma

Posted: 25 Feb 2013 01:36 AM PST


SHAH ALAM 25 FEB: Pendaftaran automatik anak muda berusia 18 tahun sebagai pengundi, antara enam tawaran Manifesto Pakatan Rakyat kepada anak muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Mereka tak boleh dikecualikan dari suara politik. Cukuplah era 'listen, listen, listen'. Sekarang era kerajaan untuk mendengar," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
PR
Beliau berkata, Pakatan Rakyat konsisten dengan dasar pendidikan percuma yang berkualiti dan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Pilihan raya kampus mesti diurus oleh pelajar. IPT (Institut Pengajian Tinggi) sepatutnya memupuk budaya belia dan warganegara yang bebas dan mansuhkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
"Malaysia jangan membazir melalui rasuah kepada kroni dan (dana) dilabur kepada pendidikan," tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Nurul Izzah berkata, isu pengangguran, guna tenaga dan pengurusan hutang golongan muda akan diatasi melalui dasar dan peluang kerjaya yang lebih tersusun.
"Kini, kadar pengangguran belia 60 peratus, 6.6 kali lebih tinggi dari orang dewasa. Ini kerana dasar yang tak dikendali dengan baik oleh 'orang dewasa' Umno BN.
"Statistik menunjukkan sehingga Mei 2012, 76,200 graduan masih menggangur. Pakatan komited mencari penyelesaian kepada golongan berumur 34 ke bawah yang 47 peratus berhutang," katanya merujuk data Jabatan Insolvensi.
Dalam pada itu, satu skim perintis rakyat melalui pembinaan 25 Sekolah Vokasional dan lima universiti teknikal akan ditubuhkan untuk mewujudkan anak muda berkemahiran memberi peluang kerjaya dalam sektor teknikal.
Manakala satu Majlis Penasihat Belia yang dipilih oleh anak muda di peringkat Persekutuan, negeri dan tempatan turut akan ditubuhkan, kata Nurul Izzah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45920

Muafakat Pakatan teras utama tumbangkan Umno BN – Anwar

Posted: 25 Feb 2013 01:34 AM PST


SHAH ALAM 25 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat supaya sedia menjawab serangan, kerana ujian terbesar pilihan raya kali ini adalah permuafakatan Pakatan yang membuatkan Umno BN iri hati dan tidak senang duduk.
Anwar berkata, serangan Umno BN melibatkan isu teras politik negara terutama untuk mengkucar kacirkan orang Melayu.
PR
"Jentera Pakatan Rakyat wajib bersedia dan menjawab dengan tegas tohmah yang dilemparkan media Umno BN tanpa rasa takut.

"Jangan minta maaf dan bersikap defensif. Kerana yang merompak, mengambil saham, kontrak sehingga permit teksi dan wang lembu ialah pimpinan Umno yang khianat amanah," katanya ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.
Berucap di depan hampir 2000 perwakilan, Anwar berkata, serangan Umno BN kini ditujukan terhadap PAS dan pimpinan Melayu dari KEADILAN.
"Pemimpin Melayu Pakatan Rakyat bertanggunggjawab mengembalikan maruah. Dengan ini majoriti Melayu yang mendapat manfaat," katanya.
"Kita terima kepelbagaian dan ini ujian terbesar. Maka, kena pastikan kita bersama dengan setiap calon, menyerang Umno BN dan kalahkan mereka kali ini," sambungnya.
sepakat 1
"Muafakat kita berbeza dari muafakat biasa. Bukan hanya untuk merebut kuasa, tapi keikhlasan yang diterjemahkan dengan janji dan amanah," kata Anwar lagi.

Selanjutnya, beliau berkata, keangkuhan kuasa Umno BN melalui pemunggahan kekayaan oleh segolongan kecil elit pemerintah dijawab dengan Manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat'.
"Ini adalah asas pertembungan dua sistem yang berbeza," katanya.
Mengulas kesepakatan Pakatan Rakyat pasca PRU ke-12, Anwar berkata, hubungan antara parti semakin kukuh, terutama melihat kepada usaha yang dilakukan pemimpin muda ketiga-tiga parti komponen.
Beliau turut memetik kata-kata ahli falsafah Ireland, Edmund Burke – 'The arrogance of age must submit to be taught by youth' – pimpinan muda Pakatan Rakyat cekap mengatur dasar dan pandangan penting seperti yang terangkum dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat.
"Syabas kepada hasil kerja sungguh-sungguh Sekretariat Pakatan Rakyat dan pimpinan muda jauh lebih luar biasa melakar perubahan," katanya.
"Berbeza dengan harapan BN kepada generasi muda, mereka diberi pesta-pestaan…Kita dalam Pakatan Rakyat pula dapat mencungkil bakat muda dan terpuji apabila berjaya mengemukakan isu pokok dalam manifesto hari ini," katanya.
"Yang berlaku dalam senario sekarang ialah kebangkitan rakyat. Kita harus sedar rakyat yang bangkit menuntut perubahan.
"Manakala Pakatan Rakyat hanya pemangkin kebangkitan, bukan (semata-mata) menjadi penentu. Hilangkan keangkuhan, jangan kita fikir kita sangat penting," pesan Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45937

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 25 Feb 2013 11:08 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


PIDATO RAKYAT

Posted: 25 Feb 2013 03:06 AM PST


Tiada ulasan:

Catat Ulasan