Selasa, 26 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Feb 2013 09:42 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri 27 Feb 2013

Posted: 25 Feb 2013 02:57 AM PST


CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Oleh : Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tarikh : 27 Feb 2013, Rabu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua dijemput hadir

Biodata Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Anak jati kelahiran Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Ketika di sana, beliau berpeluang untuk belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdul Latif Farfur dan lain-lain.

Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu (2005). Selain itu, beliau turut menjadi Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank Muamalat.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M.

Dr. Zulkifli Bin Mohamad
TEMPAT LAHIR : Gong Pauh, Kemaman, Terengganu.

PENDIDIKAN
Sarjana Muda Syariah,Universiti Islam Madinah, Arab Saudi 1989-1993
Sarjana Syariah Universiti Ilmu-ilmu Islam Dan Arab, Syiria: 1994-1997
Doktor Falsafah (Ph.D), USM, Pulau Pinang, Malaysia: 2002-2004.

BIDANG KEPAKARAN
Fiqh Dan Usulii.
JAWATAN:
Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson: 1997 ± 2006.
Jawatan Sekarang : Karyawan Tamu USIM
Panel Penasihat Syariah Tabung Haji
AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu
Panel Kajian Aqidah JAKIM
Penulis dan Pendakwah

PIDATO RAKYAT

Posted: 25 Feb 2013 02:56 AM PST


PAS KDAS 3

Posted: 25 Feb 2013 09:18 PM PST

PAS KDAS 3


Manifesto 'ekonomi rakyat' - Rafizi

Posted: 25 Feb 2013 08:51 AM PST

REFORMASI by Yasin for konvensyen PAKATAN RAKYAT

Posted: 25 Feb 2013 08:51 AM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 25 Feb 2013 09:15 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Diugut, Karnival Rakyat PAS Sepanggar Dibatal

Posted: 24 Feb 2013 09:52 PM PST

KOTA KINABALU: Karnival Rakyat PAS Kawasan Sepanggar yang sepatutnya berlangsung semalam di Kampung Warisan di sini terpaksa dibatalkan ekoran tindakan sabotaj dan ugutan kekacauan yang dilakukan pihak tertentu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Sepanggar Saifuddin Samsuddin, sekumpulan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mendatangi mereka dan mengugut akan melakukan kekacauan sekiranya program tersebut diteruskan.

Menurut Saifuddin, pihaknya sebelum ini telah mengadakan pertemuan bersama JKKK, namun ketegangan berlaku apabila mereka mendakwa pihak Belia kampung tersebut telah merancang untuk mengadakan aktiviti sama sejak Januari lalu.

Walaubagaimanapun katanya, penganjur yang telah beberapa kali mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama beberapa penduduk kampung tidak pernah dimaklumkan mengenai program Belia yang akan menganjurkan aktiviti sama pada hari tersebut.

Malahan, penganjuran Karnival Rakyat ini juga telah mendapat kebenaran pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan turut dimaklumkan kepada pihak polis.

Pagi semalam, sebelum program berlangsung, beberapa buah kenderaan dan kumpulan yang dipercayai penyokong BN berkawal di padang dan kelihatan bendera BN sudah mula dipacak disekitar padang di mana lokasi penganjuran Karnival Rakyat akan diadakan.

Selain itu penganjur mendapati beberapa banner dan banting yang dipasang sekitar kawasan kampung telah diconteng dan ditulis dengan beberapa perkataan ugutan.

Sehubungan itu kata Saifuddin, bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku, program tersebut terpaksa ditunda kepada satu tarikh lain.

PAS Kawasan Miri

Posted: 25 Feb 2013 07:33 PM PST

PAS Kawasan Miri


SPR Perlu Telus Dan Adil Dalam Menjalankan Amanah Rakyat

Posted: 25 Feb 2013 03:47 AM PST


Gunakan CCTV Untuk Memantau Pemilih Pilihan Raya Umum ke13

Sebelum Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) diadakan nanti, kita ingin sarankan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar CCTV di pasang pada setiap pintu masuk pusat pengundian untuk merakam wajah pengundi yang meragukan, pengundi hantu atau penipuan serta banyak lagi masalah boleh disemak semula jika berlaku pertikaian selepas pengundian dijalankan.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan status pengundi boleh disekat dari terus mengundi atau data mereka akan diambil sebagai bahan bukti dengan mudah sebab setiap pengerakan mereka yang mencurigakan boleh dikawal dan dirakam dengan adanya CCTV.

Dengan adanya CCTV dipasang di tempat yang stratigik, pihak SPR boleh memantau dengan selesa di tempat pembuangan undi yang ramai pengundi pada PRU13 nanti untuk mengelak sebarang perkara yang mencurigakan. Peti-peti undi hendaklah disimpan di tempat yang selamat dibawah kawalan CCTV dan sebarang perkara yang meragukan akan diperiksa semula melalui rakaman CCTV.

Setiap pengiraan undi di kawasan pengundian hendaklah dirakam dengan menggunakan CCTV supaya ianya lebih terkawal dari sebarang unsur-unsur penipuan semasa pengiraan.

Semoga pandangan ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak SPR untuk menyakinkan semua pihak yang proses pengundian di negara ini lebih teratur dan dikawal dengan ketat untuk mengelak sebarang penipuan dari mana-mana pihak yang bertanding.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Use CCTV to Monitor the 13th General Election Voters

Before the 13th General Election (GE13) held later, we want to recommend to the Election Commission (EC) that CCTV is installed at each entrance of the polling station to record the face of dubious voters, bribery or fraud, and many other problems can be revised in case of a dispute after the poll.

If there is any doubt of voters may be blocked from further voting or their data will be taken easily as evidence  because every movement of their suspiciously can be controlled and recorded with the CCTV.



By having CCTV installed at the strategic points, the EC can monitor comfortably at the polling station that have many voters at the 13th General Elections later to avoid anything suspiciously.  Ballot boxes shall be kept in a safe place under the control of CCTV and any suspicious events will be re-examined through CCTV footage.

Each counting of votes in the constituencies be recorded using CCTV so it is more manageable than any element of fraud in the calculation.

Hopefully, this view gets due attention from the EC to convince everyone that the voting process in this country is orderly and strictly controlled to prevent cheating of any party contesting.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Feb 2013 07:32 PM PST

Rembau Hari Ini


Tabung Pilihanraya DUN Kota, Parlimen Rembau

Posted: 25 Feb 2013 03:35 PM PST


Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

atau ke akaun berikut ;
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Sdr Izamri bin Med 013-2124086 (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota)

Status Terkini Hospital Rembau

Posted: 25 Feb 2013 03:00 AM PST

Carian pada hari Isnin 25 Feb 2013 di laman web JKR mendapati tender untuk bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan lagi oleh pihak JKR.


PIDATO RAKYAT

Posted: 25 Feb 2013 02:58 AM PST


PAS LENGGONG

Posted: 25 Feb 2013 07:31 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 24 Feb 2013 08:26 PM PST

Selamat tahun baru cina..

selamat tahun baru cina..

Posted: 24 Feb 2013 08:23 PM PST

Hj Razman Zakaria:- 

Posted: 24 Feb 2013 08:11 PM PST



Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,24 Feb 2013
Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi  UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

Posted: 24 Feb 2013 08:08 PM PST




Pondok Gajah mati musnah terbakar

Muhammad Faizal,24 Feb 2013
(Mohamad Sabu melihat puing-puing pondok yang ditinggalkan akibat kebakaran)

PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini melawat Pondok Gajah Mati di Pendang yang musnah akibat kebakaran pagi tadi.

Beliau yang tiba pada jam 10.30 pagi tadi sempat bertemu dengan Tuan Guru Haji Wan Mohd Izzuddin Haji Idrus yang merupakan pemilik pondok tersebut.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.30 pagi tadi telah mengakibatkan kerugian hampir RM100,000.

Wan Mohd Izzuddin (gambar kiri) yang ditemui Harakahdaily memberitahu ketika kejadian beliau sedang tidur dan tidak ada sebarang kecederaan berlaku.

Kebakaran tersebut, katanya telah memusnahkan kitab-kitab lama tulisan jawi yang sudah berumur melebihi 60 tahun yang diwarisi dari turun temurun.

"Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi, sewaktu itu saya sedang tidur tapi syukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku.

"Kerugian dianggarkan melebihi seratus ribu ringgit dan yang paling saya sayang adalah kitab-kitab lama tulisan tangan yang musnah berusia melebihi 60 tahun dan ia merupakan kitab turun temurun serta sukar untuk dicari ganti," jelas beliau yang kelihatan tenang.

Selain dari kitab-kitab lama, turut musnah sebuah kenderaan milik beliau.

(Kitab lama tulisan tangan antara yang musnah terbakar)

Buat sementara beliau dan isterinya menginap di sebuah surau yang terletak berhampiran rumahnya sementara kerja-kerja baik pulih dilakukan.

Sementara itu, Mohamad menjelaskan kemusnahan yang berlaku terhadap kitab-kitab lama itu amat menyedihkan kerana banyak maklumat di dalamnya tentang Islam.

Malah menurut beliau keunikan kitab tersebut adalah kerana ia merupakan hasil tulisan tangan ilmuan terdahulu apatah lagi usianya sudah melebihi 60 tahun.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pendang Dr. Mohd Hayati Othman juga turut melawat pondok tersebut.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbang melalui akaun bank milik menantu beliau Zulkiflie Mohamad Sohaimi di CIMB Bank no 02090004313201.

Posted: 24 Feb 2013 08:05 PM PST


PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin

Harakahdaily,24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini  berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil,  penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk "Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.


PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung  perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat  lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.


Posted: 24 Feb 2013 08:04 PM PST



Pancing BR1M: Presiden PAS nasihat rakyat jadi ikan cerdik

Harakahdaily,25 Feb 2013
ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan rakyat agar menjadi ikan yang cerdik berhadapan dengan pancing BR1M yang ditaja Barisan Nasional.

Bercakap di Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini, beliau berkata BR1M yang diberi tatkala pilihanraya sudah dekat adalah untuk memperbodohkan rakyat.

"BR1M diberi masa pilihanraya. Ini membodohkan rakyat. Dia bagi kita ambil. Kita mesti menjadi ikan yang cerdik, kita makan umpan bukan makan kail. Jangan jadi ikan bodoh, telan kail kita sangkut," kata beliau sambil mengajak rakyat membuat perubahan.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata pelbagai masalah yang dialami rakyat kini adalah hasil pemerintahan yang tak betul.

"Setelah 50 tahun, kita melihat banyak rakyat dalam keadaan malang, miskin dan mengganggur dan tak ada tanah tempat kediaman – masih mengalami pelbagai masalah.

"Walaupun negara kita banyak hasil, negara kita berada di tempat hubungan laluan antarabangsa. Kita jadi begini kerana pemerintahan yang tak betul," tegas beliau.

Ahli Parlimen Marang itu berkata melalui sistem demokrasi rakyat akan menjadi hakim untuk memilih kerajaan yang memerintah 5 tahun sekali.

"Pepatah Cina kalau nak tolong bagi kail, pancing dan tali. Bukan bagi ikan. Kalau bagi ikan, dia akan minta ikan lagi. Tak boleh selesai lagi masalah. Bagi kail bagi pancing selesai masalah. Dia berdiri diri sendiri.

"Cukuplah BN memperbodohkan kita dengan BR1M. BR1M, bagi duit, bagus bagi duit. Inikah cara untuk meningkatkan ekonomi rakyat?" tambah beliau.

Di dalam ucapan tersebut di majlis tersebut, beliau buat pertama kalinya cuba memberikan ucapan dalam bahasa mandarin untuk mengalu-alukan kedatangan hadirin.

"Berharap tahun baru ini dapat membawa kelebihan, kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya di dalam bahasa Mandarin yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Beliau turut berseloroh dengan percubaan bertutur dalam bahasa Mandarinnya.

"Saya minta maaf kerana Bahasa Mandarin saya pelat Bahasa Melayu Terengganu," katanya yang menghiburkan para hadirin.

Posted: 24 Feb 2013 08:03 PM PST




Video majlis sumpah undi BN tersebar di internet

Harakahdaily,24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa blog sebelum ini melaporkan penerima BR1M di Kelantan dipaksa bersumpah untuk mengundi Umno BN, kini video rakaman satu majlis sumpah dipercayai ada kaitan dengan pendedahan tersebut pula tersebar.


Video sepanjang 1.29 minit itu dipercayai dimuat naik ke laman perkongsian Youtube sejak semalam oleh akaun pengguna JkkkFanClub dengan tajuk "Umno terdesak memaksa penerima BR1M  ikrar sokong Umno PRU13".

Di bahagian bawah video tersebut tertulis maklumat bahawa insiden dalam rakaman itu berlaku di Kampung Temila, Pasir Puteh Kelantan.

Dalam rakaman yang dipercayai waktu malam di sebuah dewan itu, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan menghadap sekumpulan yang lain.

Kedengaran pula seorang wanita mengepalai bacaan akujanji dan yang bersumpah dengan nama Allah akan mengundi Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan diikuti oleh orang ramai.

Selain itu, mereka juga melafazkan kesediaan menerima balasan Allah jika tidak menunaikan janji mengundi Umno BN pada PRU13 ini.

Kedengaran juga beberapa kali bacaan lafaz janji itu ditegur oleh seorang lelaki akibat salah menyebut perkataan.

Lafaz akujanji tersebut antara lain berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, wataalahi, dengan nama Allah kami bersumpah dan mengaku dalam keadaan yang waras akan mengundi Umno atau Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 13 ini. Dan kami bersumpah dan mengaku akan menyokong Umno atau Barisan Nasional demi untuk kepentingan agama Islam bangsa Melayu dan negara Malaysia. Sekiranya kami melanggari janji-janji kami, kami dengan rela hati menerima pembalasan dari Allh swt."

Bagaimanapun tidak terdapat maklumat berhubung tarikh rakaman video tersebut dibuat.

Juga tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut benar-benar ada kaitan dengan laporan  penerima BR1M yang didakwa dipaksa bersumpah mengundi BN sebelum ini.

Harakahdaily akan cuba mendapatkan pengesahan dari pihak PAS kawasan terbabit berhubung kejadian dalam rakaman video ini.

Rakaman video tersebut boleh ditonton di http://www.youtube.com/watch?v=6UphuFOxoLw&noredirect=1.

Selain di Youtube, rakaman ini juga sedang tersebar meluar di Facebook dan Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi penonton.

Posted: 24 Feb 2013 08:02 PM PST




PI Bala pulang, bersumpah SD2 palsu

Harakahdaily,24 Feb 2013

(PI Bala dalam sidang medianya di KLIA sambil memegang kitab suci agama Hindu)

SEPANG: P Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam ini dari luar negara dan bersumpah bahawa Akuan Bersumpah beliau yang pertama adalah benar.

Sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah, Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1 adalah palsu.

"Saya bersumpah di atas buku suci ini bahawa SD1 adalah benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Saya memohon maaf kepada semua bahawa SD kedua adalah palsu," kata PI Bala dalam sidang medianya.

Dalam SD1, PI Bala menceritakan kaitan beliau dengan beberapa individu sehingga terbunuhnya wanita Monggolia Altantuya Shariibuu.

Sehari selepas itu dia menarik balik SD itu dengan menerbitkan SD2 yang dengan sendirinya memansuhkan SD yang pertama.

Beliau lari meninggalkan negara dan tinggal di India selepas membuat SD2 dan hari ini pulang untuk terus tinggal di negara ini semula.

Beliau pulang bersendirian dengan meninggalkan anak dan isterinya di luar negara. Turut berada di KLIA adalah beberapa pemimpin termasuk peguam Sivarasa Rasiah.

PI Bala sebelum ini pernah membuat pengakuan, dia menerima wang dari Deepak Jaikishan.

Deepak pula beberapa bulan kebelakangan ini mengaku beliau terlibat memujuk Bala untuk membuat SD2 atas permintaan rakannya, Datuk Seri Rosmah Mansor.

Posted: 24 Feb 2013 08:01 PM PST




Konvensyen PR: PAS sedia 'ramuan' kemenangan PRU13

Salmiyah Harun,25 Feb 2013
SHAH ALAM: PAS sudah bersedia dengan 'ramuan-ramuan' kemenangan bagi menghadapi PRU-13 yang akan diadakan paling lewat 60 hari dari sekarang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli berkata, ramuan kemenangan itu termasuklah menyelesaikan serta menggerakkan pembentukan jentera parti yang sedia bertempur bila-bila masa sahaja.

"798 kerusi DUN dan parlimen sudah selesai diputuskan dan akan masuk PRU kali dengan satu lawan satu dengan BN," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC pagi ini.

Beliau berkata, parti-parti politik di negara ini berkempen selama lima tahun memandangkan tarikh pilihan raya sudah menjadi amalan pimpinan negara, dirahsiakan.

"Kalau kita tahu bila PRU, kita tidak perlu habis masa selama lima tahun untuk berkempen, kita tidak tahu tarikh, jadi kita perlu berkempen sepanjang masa," katanya.

Hatta berkata, Pakatan Rakyat harus bersedia dengan segala bentuk penipuan yang akan berlaku dalam PRU nanti.

"Kita di malaysia mempunyai krisis keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau SPR bebas kita tidak ada masalah, tetapi kita hilang keyakinan dan tidak boleh ada pilihan lain, kita kena bersedia dengan penipuan," katanya.

Apa yang penting katanya, PAS, PKR dan DAP akan menyertai pilihan raya ini sebagai gabungan mantap bagi mengambil alih kerajaan.

Malah katanya, Pakatan Rakyat juga memutuskan masa depan politik negara akan ditentukan oleh rakyat negara.

Justeru, kerjasama Pakatan Rakyat dengan rakyat Malaysia yang prihatin sama ada individu atau NGO akan mempastikan bahawa mereka yang turun mengundi adalah rakyat Malaysia.

Posted: 24 Feb 2013 07:58 PM PST




Manifesto PR: Sejuta peluang kerja, gaji minima RM1,100 antara ditawar

Harakahdaily,25 Feb 2013
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.

3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.

4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional

5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.

7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.

8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi

9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.

Posted: 24 Feb 2013 07:56 PM PST




14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

Salmiyah Harun,25 Feb 2013
SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

Posted: 24 Feb 2013 07:55 PM PST




BR1M: Bersumpah mengundi BN, jawapan Ustaz Azhar

Harakahdaily,24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Apabila Ustaz Azhar Idrus bercakap mengenai pemimpin zalim yang menyelewengkan duit, kadang-kadang beliau tidak menyebut pun Umno BN tetapi puak-puak itu yang menggelabah lebih.

"Ya lah dah memang betul kena tepat kat batang hidung kan," demikian ulas pelayarYoutube mengenai jawapan Ustaz Azhar berhubung penerima BR1M yang disuruh bersumpah mengundi BN dalam pilihan raya umum nanti.

Penjelasan Ustaz Azhar, lihat di sini.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 25 Feb 2013 07:09 PM PST

PAS Cawangan Serkam Darat


PR Lancar Menifesto PRU 13

Posted: 24 Feb 2013 08:39 PM PST

Gaya "Pejuang " Kalimah Allah ??

Posted: 24 Feb 2013 08:16 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Feb 2013 03:33 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ALLAHHUAKBAR ! SULTAN ARAH TIADA HIDANGAN ARAK DALAM PENERBANGAN !

Posted: 25 Feb 2013 01:01 AM PST

Ahad, 24 Februari 2013
Sultan Titah Semua Premis Di Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan


Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei.

Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan hari kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen keseluruh Brunei.

Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara.

Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah.

Tambah baginda lagi Syarikat yang menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerguiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.

Diantara petikan titah baginda :-

"Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat,"

"Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SubhanahuWata'ala,".

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

SASPEN ! DETIK 12 TENGAHARI SASARAN MEDIA

Posted: 24 Feb 2013 07:54 PM PST


SHAH ALAM 25 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dibentang pada konvensyen kali keempat di Pusat Konvensyen Convention Centre (SACC), hari ini.

Pembentangan itu yang dijadual bermula jam 12 tengah hari itu bakal menjadi tumpuan media dan seluruh rakyat negara ini.

Mengikut atur cara, program bertema 'Pakatan Harapan Rakyat' telah bermula jam 9 pagi tadi untuk pendaftaran peserta dan acara dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku serta bacaan doa.

Antara jam 10.50 hingga 11.20 pagi, Ketua Jentera Pilihanraya dari ketiga-tiga parti dijadual menyampaikan amanat masing-masing, diikuti pembentangan manifesto.

Selepas persembahan akuistik, pemimpin DAP dan PAS pula akan menyampaikan ucaptama antara jam 11.55 pagi hingga 12.35 tengah hari, diikuti gimik persembahan.

Ucaptama pimpinan KEADILAN pula berlangsung mulai jam 12.40 petang, disusuli bacaan ikrar dan nyanyian Negaraku.

Program yang boleh diikuti secara langsung itu dijadual berakhir jam 1.30 petang selepas bacaan doa.

Untuk tonton siaran langsung, ~keadilandaily

AJARI AKU BUKAN BELASAHI ANAKMU !

Posted: 24 Feb 2013 05:27 PM PST

KISAH YANG PASTI MEMBUATKAN AIR MATA ANDA JATUH !!

TAJUK : " AYAH , BAGILAH BALIK TANGAN ITA ! "

Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Pengajaran daripada cerita:

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...."


♥ jangan lupa tekan butang SHARE ye , moga2 semua sahabat2 dapat manfaat dari kisah ini ♥

♥ jangan lupa juga luahkan perasaan anda berkaitan kisah yang anda baca ini ♥

Dupahang's Weblog

Posted: 25 Feb 2013 11:55 AM PST

Dupahang's Weblog


Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 24 Feb 2013 10:25 PM PST

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat. Saya mengira kenyataan ini sangat [...]

Ramai Cerdik Pandai Menyertai PAS Berbanding UMNO -Tuanku Raja Nazrin Shah

Posted: 24 Feb 2013 10:16 PM PST

Oleh ALBA Ramai Cerdik Pandai Menyertai PAS Berbanding UMNO kata Raja Nazrin. Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya. PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan [...]

Manifesto PR: Sejuta peluang kerja, gaji minima RM1,100 antara ditawar

Posted: 24 Feb 2013 10:10 PM PST

Sumber HarakahDaily  SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni. Berikut antara yang diumumkan: 1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 25 Feb 2013 11:06 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4

Posted: 25 Feb 2013 12:31 AM PST



SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).

Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat

2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat

3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat

5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.

Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi

Posted: 25 Feb 2013 12:30 AM PST

 
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.

"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.

"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.

Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.

Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu.

"Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam. Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya.

Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi.

"Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya.

Penampilan Yassin buat kejutan di Konvensyen PR

Posted: 25 Feb 2013 12:30 AM PST



SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alamdi sini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.

Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.

Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.

14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

Posted: 25 Feb 2013 12:28 AM PST


SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

Konvensyen PR: PAS sedia 'ramuan' kemenangan PRU13

Posted: 25 Feb 2013 12:27 AM PST


SHAH ALAM: PAS sudah bersedia dengan 'ramuan-ramuan' kemenangan bagi menghadapi PRU-13 yang akan diadakan paling lewat 60 hari dari sekarang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli berkata, ramuan kemenangan itu termasuklah menyelesaikan serta menggerakkan pembentukan jentera parti yang sedia bertempur bila-bila masa sahaja.

"798 kerusi DUN dan parlimen sudah selesai diputuskan dan akan masuk PRU kali dengan satu lawan satu dengan BN," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC pagi ini.

Beliau berkata, parti-parti politik di negara ini berkempen selama lima tahun memandangkan tarikh pilihan raya sudah menjadi amalan pimpinan negara, dirahsiakan.

"Kalau kita tahu bila PRU, kita tidak perlu habis masa selama lima tahun untuk berkempen, kita tidak tahu tarikh, jadi kita perlu berkempen sepanjang masa," katanya.

Hatta berkata, Pakatan Rakyat harus bersedia dengan segala bentuk penipuan yang akan berlaku dalam PRU nanti.

"Kita di malaysia mempunyai krisis keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau SPR bebas kita tidak ada masalah, tetapi kita hilang keyakinan dan tidak boleh ada pilihan lain, kita kena bersedia dengan penipuan," katanya.

Apa yang penting katanya, PAS, PKR dan DAP akan menyertai pilihan raya ini sebagai gabungan mantap bagi mengambil alih kerajaan.

Malah katanya, Pakatan Rakyat juga memutuskan masa depan politik negara akan ditentukan oleh rakyat negara.

Justeru, kerjasama Pakatan Rakyat dengan rakyat Malaysia yang prihatin sama ada individu atau NGO akan mempastikan bahawa mereka yang turun mengundi adalah rakyat Malaysia.

Pancing BR1M: Presiden PAS nasihat rakyat jadi ikan cerdik

Posted: 25 Feb 2013 12:27 AM PST


ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan rakyat agar menjadi ikan yang cerdik berhadapan dengan pancing BR1M yang ditaja Barisan Nasional.

Bercakap di Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini, beliau berkata BR1M yang diberi tatkala pilihanraya sudah dekat adalah untuk memperbodohkan rakyat.

"BR1M diberi masa pilihanraya. Ini membodohkan rakyat. Dia bagi kita ambil. Kita mesti menjadi ikan yang cerdik, kita makan umpan bukan makan kail. Jangan jadi ikan bodoh, telan kail kita sangkut," kata beliau sambil mengajak rakyat membuat perubahan.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata pelbagai masalah yang dialami rakyat kini adalah hasil pemerintahan yang tak betul.

"Setelah 50 tahun, kita melihat banyak rakyat dalam keadaan malang, miskin dan mengganggur dan tak ada tanah tempat kediaman – masih mengalami pelbagai masalah.

"Walaupun negara kita banyak hasil, negara kita berada di tempat hubungan laluan antarabangsa. Kita jadi begini kerana pemerintahan yang tak betul," tegas beliau.

Ahli Parlimen Marang itu berkata melalui sistem demokrasi rakyat akan menjadi hakim untuk memilih kerajaan yang memerintah 5 tahun sekali.

"Pepatah Cina kalau nak tolong bagi kail, pancing dan tali. Bukan bagi ikan. Kalau bagi ikan, dia akan minta ikan lagi. Tak boleh selesai lagi masalah. Bagi kail bagi pancing selesai masalah. Dia berdiri diri sendiri.

"Cukuplah BN memperbodohkan kita dengan BR1M. BR1M, bagi duit, bagus bagi duit. Inikah cara untuk meningkatkan ekonomi rakyat?" tambah beliau.

Di dalam ucapan tersebut di majlis tersebut, beliau buat pertama kalinya cuba memberikan ucapan dalam bahasa mandarin untuk mengalu-alukan kedatangan hadirin.

"Berharap tahun baru ini dapat membawa kelebihan, kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya di dalam bahasa Mandarin yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Beliau turut berseloroh dengan percubaan bertutur dalam bahasa Mandarinnya.

"Saya minta maaf kerana Bahasa Mandarin saya pelat Bahasa Melayu Terengganu," katanya yang menghiburkan para hadirin.

Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan

Posted: 25 Feb 2013 12:26 AM PST


Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.

Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.

Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah "Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan". Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.

Awang Adek bertanya lagi "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

"Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi" kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.

Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia. Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas "bodoh" bertulis Akur Janji.

"Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur".

Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu.

Bingkisan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 24 Feb 2013 03:50 PM PST

Ceramah Kelompok dan Pelancaran Pos Di Cawangan Temangan Lama

Posted: 24 Feb 2013 03:47 PM PST



Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 24 Feb 2013 03:42 PM PST


Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi  UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas

Posted: 24 Feb 2013 03:42 PM PST

KOTA BHARU: Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi kenyataan.

Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.

Persoalannya sejuah mana kenyataan Perdana Menteri itu mempunyai asas yang kuat atau ada sesuatu di sebaliknya.

Bagaimananpun bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasuruddin Hassan Tantawi (gambar) bukan isu transformasi yang menyebabkan Perdana Menteri sering kali menukar pelan tarikh pembubaran parlimen.

"Sebenarnya ada perkara lain yang membuat Datuk Seri Najib menjadi serba salah. Sebelum ini ura-ura parlimen hendak dibubar pada Febuari 2012, namun tidak menjadi kenyataan mungkin ada kaitan Himpunan Bersih 3.0.

"Kemudian ditukar pula kepada April 2012, namun tidak juga menjadi kenyataan kerana kebangkitan rakyat pada Himpunan Hijau.

"Maklumat ini bukan kita dapat di tepi jalan sebaliknya sumber dalaman Umno sendiri. Kita pun ada agen dalam Umno," katanya pada ceramah isu semasa di markas Unit Peti Undi Lundang di sini malam tadi.

Hadir sama artis hijrah, Hairie Othman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Hamid Omar, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi, pengarah pilihan raya, Azahari Ab Rahman dan Timbalan Pengerusi MTD Bunut Payong, Abdul Razak Mamat.

Nasruddin berkata, kemudian khabar angin tarikh pembubaran parlimen ditunda kepada Disember, namun tidak menjadi realiti selepas kehadiran lautan manusia pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

"Sumber Umno pula menyebut pada 22 Febuari akan dibubar, namun terlepas begitu sahaja. Mengapa. Mungkin ada kaitan dengan kajian Merdeka Centre dan Universiti Malaya yang memperlihat kedudukan BN tergugat.

"Kebangkitan rakyat begitu jelas sekali. Pada awal 1990 ceramah PAS di Johor hanya dihadiri beberapa orang sahaja, namun sekarang sambutan begitu hangat.

"Begitu juga di Sabah pada awal 1990-an penduduk di sana menganggap lambang PAS seperti bola pingpong. Namun sekarang penerimaan rakyat begitu mendadak," ujarnya.

Menurutnya pada program terbaru yang diadakan di Sabah minggu lepas kehadiran rakyat sehingga penuh dewan, dan ada anak muda yang datang membawa gitar

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 25 Feb 2013 09:46 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


MANIFESTO DAN IKRAR PAKATAN RAKYAT PRU13

Posted: 25 Feb 2013 05:55 AM PST


Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4   

Hazayani Zakaria,

 25 Feb 2013



Manifesto SINI

SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).

Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat

2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat

3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat

5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.-HARAKAHDAILY

NATIONALISME ISLAM ? FANATIK BANGSA ? RASIS

Posted: 25 Feb 2013 02:38 AM PST

 Islam dan nasionalisme   


Kefahaman nasionalisme telah menjadi ideologi perjuangan kebanyakan bangsa dan negara di seluruh dunia. Fahaman ini juga menjadi akidah perjuangan yang dijunjung tinggi, bukan sahaja kerana dipergunakan dalam perjuangan kemerdekaan menentang penjajah asing yang zalim, tetapi fahaman nasionalisme ini diteruskan sekalipuan selepas penjajah itu keluar dan negara berkenaan mencapai kemerdekaannya.


Kadangkala fahaman nasionalisme dijadikan teras negara sehingga ada yang terlanjur berlaku zalim pula apabila adanya masyarakat majmuk dalam negara itu atau negara jirannya. Semua ini berlaku walaupun dunia akhir zaman ini berada di puncak kemajuan teknologi, khususnya dalam lapangan perhubungan dan maklumat. Ideologi ini turut diikuti dan dianuti oleh umat Islam pada zaman kejatuhan khilafah, sehingga tanah air umat Islam dijajah akibat perpecahan kaum dan bangsa yang menganut Islam.

Yang lebih parah lagi ada pula yang terlibat bersama musuh menjatuhkan kepimpinan kerajaan Islam yang tidak sebangsa dengan mereka. Akibatnya bumi Islam dijajah dan dibahagikan dalam kalangan bangsa dan negara yang menjajah umat Islam. Mereka mencapai kemerdekaan pula dengan semangat kebangsaan masing-masing dan mengisi kemerdekaan dengan semangat yang sama, walaupun dalam masyarakat majmuk
Berbeza dengan zaman pemerintahan Islam yang mengamalkan konsep terbuka kepada semua bangsa dan penganut semua agama. Sikap keterbukaan pemerintahan Islam ini wujud dengan hasrat supaya mesej Islam dapat disampaikan kepada seluruh manusia tanpa paksaan. Pemerintahan Islam ini juga menerima rakyat bukan Islam berbagai bangsa dalam amalan bermasyarakatnya, yang dengan terbuka mengamalkan cara hidup Islam di semua lapangan, termasuklah juga politik.

Keadaan negara yang mengamalkan konsep sekularisme, lebih mudah mencetuskan pertembungan dalam kalangan masyarakat majmuk dalam negara dunia dan negara umat Islam yang mewarisi ideologi ini sejak zaman penjajahan. Hal ini menunjukkan bahawa aliran pemikiran yang memisahkan politik daripada agama gagal mengawal perasaan fanatik kaum dan bangsa, walaupun dalam sebuah negara dan pemerintah yang berkuasa mewujudkan takrif nasionalisme dengan makna yang lebih luas mengikut perbatasan tanah air yang sama menjadi tempat bermukim, berkuasa memerintah, dan berada dalam satu parti yang membuka keahlian berbagai bangsa.

Islam agama fitrah tetap mengakui wujudnya berbagai bangsa, bahasa, budaya dan agama, dalam masa yang sama lahirnya perasaan kecintaan kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah yang mustahil dinafi dan dihapuskan. Namun, Islam mempunyai pendekatan yang mengambil kira segala aspek fitrah manusia dari segi individu, keluarga dan masyarakat dalam satu bangsa, satu negara dan seluruh dunia yang luas bidangnya.

Rasulullah SAW memulakan dakwah dan perjuangannya bersama keluarga Bani Hasyim, Qabilah Quraish dan bangsa Arab, mengikut arahan Allah Taala supaya mengajak keluarga yang hampir terlebih dahulu kepada Islam. Semangat kekeluargaan juga memberi peranan mempertahankan Rasulullah SAW termasuk daripada kalangan yang belum menganut Islam.

Adapun sejarah kegemilangan Islam bermula dengan bangsa Arab, dan tamadunnya pula silih berganti dalam kalangan bangsa yang paling kuat berpegang dengan ajaran Islam. Menunjukkan tidak kekal dengan kepimpinan bangsa Arab sahaja, walaupun bangsa Arab menjadi pilihan Allah dilantik menjadi Rasul akhir zaman. Apabila bangsa Arab lemah pegangannya kepada ajaran Islam, maka kepimpinan Islam beralih kepada bangsa lain yang menganut Islam, berilmu dan berakhlak mulia.

Semua perkara ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh daripada sumber ajaran Islam dan sejarahnya, di sepanjang zaman kegemilangannya. Kesemua keadaan tersebut menunjukkan bahawa risalah Islam tetap bersifat sejagat tanpa terikat dengan kaum dan bangsa tertentu, kerana ia adalah matlamat Rasul akhir zaman. Dalam masa yang sama bangsa yang paling kuat berpegang dengan Islam diberi peranan yang besar melaksanakan kewajibannya berdakwah dan memerintah negara bersama Islam di sepanjang zaman dengan kesetiaan dan penglibatan umat Islam berbagai bangsa.

Allah Taala berfirman:

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit daripada harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Surah Muhammad : ayat 38)

Maka penjelasan berkenaan nasionalisme yang menjadikan semangat kebangsaan itu satu ideologi perjuangan sangat penting difahami, supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawur Islam dan tidak menyelamatkan umat dan bangsa dengan Islam.

Allah juga mengurniakan tokoh para ulama yang tersohor dalam ilmu Islam, daripada kalangan dan kepelbagaian bangsa yang menganut Islam, termasuk bukan berbangsa Arab, seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Hanifah, Imam AI Ghazali, Imam al-Haramain dan lain-lain lagi.

Risalah ringkas ini sekadar membuka minda untuk mengembalikan semua pihak kepada landasan hidup yang diredhai Allah, dengan kembali kepada sumber yang terpelihara kebenaran dan kesahihannya, iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW (maksudnya),

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Nabi-Nya SAW."

Kewujudan Bangsa

Firman Allah Taala:

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha Mengetahui perkara-perkara yang berkait dengan kamu." (Surah al-Hujuraat : ayat 13)

Allah Taala menegaskan bahawa penciptaan manusia bermula dengan individu Adam dan Hawa, seterusnya menjadi keluarga yang besar, kemudiannya bersuku kaum dan selepasnya berbagai-bagai bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit. Semua kejadian ini mengandungi hikmat yang besar dan tinggi nilainya. Yang terpenting daripada proses ciptaan manusia ialah dalil ketuhanan Allah Yang Maha Agung, tiada bandingan dan tandingan. Firman Allah Taala:

"Dan antara tanda-tanda ketuhanan Allah, Dia menciptakan langit dan bumi dan menjadikan kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit. Sesungguhnya perkara itu menjadi dalil kepada orang-orang yang berpengetahuan." (Surah ar-Rum : ayat 22)

Manusia diciptakan dengan fitrah (naluri) yang berbeza dengan makhluk lain, bukan sahaja bersifat roh dan jasad yang membezakan mereka dengan malaikat, haiwan, tumbuhan pokok dan batu-batuan. Manusia juga diberi peranan dalam kalangan makhluk Allah, memerlukan mereka hidup bermasyarakat, secara keluarga dalam satu bangsa dan berbagai bangsa dalam dunia yang luas.

Kehidupan bermasyarakat mewajibkan mereka bekerjasama dengan berhubung dan tolong-menolong di antara satu sama lain. Tanpa hubungan kerjasama di antara satu sama lain, maka akan berlakulah kecacatan dalam kehidupan mereka di alam dunia, bahkan tidak mampu berada di atas muka bumi ini, kerana keperluan bagi seseorang manusia pada jasadnya sahaja, seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, tidak mungkin dihasilkan secara individu dan setempat. Maka berlaku pembahagian kerja dalam kalangan mereka, ada yang bertani, ada yang berindustri, ada yang berniaga, ada yang mentadbir dan mengurus dan seterusnya.

Ibnu Khaldun menegaskan manusia adalah haiwan tamadun, dengan makna bermasyarakat dan berhimpun, serta memajukan cara hidup yang berakal dan berilmu secara bermasyarakat, sama ada pada peringkat masyarakat yang kecil dan besar. Mewajibkan mereka berkenalan dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

Para ulama sejarah Islam menegaskan Allah Taala melahirkan bangsa-bangsa daripada zuriat Rasulullah iaitu Nuh AS. Mereka disebarkan ke seluruh pelosok dunia mengikut kedudukan geografi di tempat yang berbeza dan menghasilkan kemakmuran bumi di tempat masing-masing dan kerja mengikut kemahiran yang berbeza. Seterusnya mewajibkan campuran hasil bumi dan hasil kerja, kerana mereka tidak hidup sempurna dengan hasil bumi di tempat masing-masing dan hasil kerja masing-masing tanpa campuran dan pertukaran wang.

Bagi menghasilkan sehelai pakaian bagi seorang manusia memerlukan kapas yang ditanam, alat tanaman dan tenunan yang memerlukan logam yang dilombong, pada zaman yang lebih maju memerlukan jentera pertanian, kilang dan bahan bakar bagi keperluan jentera untuk pertanian, industri dan perdagangan. Segala sumber yang dirangkumkan ini menghasilkan hanya sehelai pakaian dan mewajibkan manusia berbeza kemahiran dan bahan kerjanya, mewajibkan mereka bermasyarakat dan berada di tempat, negeri dan benua yang berbeza.

Begitulah juga keperluan yang lain seperti makanan, tempat tinggal, alat perhubungan dan lain-lain. Semua perkara yang tersebut menunjukkan bahawa manusia bukan sahaja mempunyai naluri individualistik masing-masing, mereka juga hidup dalam kelompok keluarga, masyarakat yang kecil, dalam kalangan suatu bangsa dalam perbatasan negerinya sahaja. Dalam masa yang sama mewajibkan bermasyarakat peringkat antarabangsa dengan hubungan yang saksama dan berakhlak.

Maka, Allah Yang Maha Mengetahui berkenaan manusia menetapkan peraturan dan undang-undang yang lengkap, bagi mengatur cara hidup yang memenuhi sifat dan keperluan manusia, roh dan jasad, secara individu, keluarga, masyarakat kejiranan dalam kelompok yang kecil dan antarabangsa.

Dari hal ini, terbuktilah dengan nyata kegagalan teori, ideologi dan semua ajaran yang tidak sempurna merangkumi segala aspek kejadian manusia mengikut fitrahnya. Berlakunya kemusnahan jasad dengan berbagai penyakit tanpa moral manusia yang sebenar, berlakunya ancaman keamanan dan keselamatan dalam masyarakat negara dan antarabangsa kerana perundangan ciptaan manusia sendiri yang sarat dengan kelemahannya.

Firman Allah Taala :

"Telah zahir dengan nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (Surah ar-Rum : ayat 41)

Hubungan Silaturrahim

Manusia wajib berkeluarga, maka Islam mewajibkan hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga dengan perintah tegas secara wajib daripada Allah Taala dan Rasulullah SAW.

"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripada Allah (Dia) menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisa' : ayat 1)

Hal ini menunjukkan bahawa Islam menerima hakikat hubungan keluarga dan memeliharanya secara wajib, supaya perasaan kasih kepada sesama keluarga tidak boleh dirosakkan dan diputuskan dengan sewenang-wenangnya kecuali kepada mana-mana pihak yang memaksa supaya menderhakai Allah dan Rasul-Nya, kerana hubungan yang berlandaskan ajarannya sahaja yang dapat menyelamatkan diri dan keluarga.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghubungkan silaturrahim dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap yang baik atau diam sahaja."

Hadis ini mewajibkan hubungan baik dalam kalangan keluarga yang dinamakan hubungan silaturrahim dan yang lebih luas daripada silaturrahim kepada meraikan tetamu dan memelihara percakapan kerana memelihara hubungan yang baik di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama Islam juga menetapkan sempadan hubungan sehingga tidak melampau batas kebenaran dan keadilan, walaupun dengan ibu bapa yang paling hampir hubungannya dengan seseorang.

Firman Allah Taala:

"Dan jika keduanya (ibu dan bapa) memaksa untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada Akulah kamu kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah Luqman : ayat 15)

Allah memelihara hak dan kewajipan bagi memenuhi kecintaan kepada keluarga, apatah lagi terhadap kaum kerabat yang paling dekat hubungannya seperti ibu bapa. Begitupun Allah juga meletakkan sempadan yang tidak boleh dilampaui sehingga melupai batas hubungan dengan Allah dan kemanusiaan yang sebenar. Maka dilarang mematuhi ibu bapa dalam perkara maksiat atau dosa terhadap Allah dan zalim kepada sesama manusia, dalam masa yang sama tetap berlaku baik terhadap mereka berdua. Islam menegaskan bahawa kesalahan syirik ini ialah punca semua kezaliman, terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Firman Allah Taala :

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman : ayat 13)

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak boleh taat kepada makhluk dalam perkara menderhakai Tuhan."

Hal ini menunjukkan bahawa hubungan silaturrahim dan sebagainya tidak boleh mengatasi hubungan dengan Allah dalam perkara agama Islam.

Kecintaan Kepada Bangsa


Sifat kecintaan atau kasih kepada bangsa adalah menjadi sifat manusia, termasuk para Rasul AS. Al-Quran menceritakan ucapan Para Rasul ketika berdakwah kepada kaum masing-masing, mereka menggunakan bahasa yang menunjukkan kecintaan mereka kepada bangsanya dan merasa sedih apabila bangsanya ditimpa bencana kerana menolak seruan Allah dan perintahnya.

Firman Allah Taala :

"Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: Wahai kaum bangsaku! Abadikanlah diri kamu kepada Allah. Tiada lagi Tuhan kamu selain daripadanya." (Surah al-A'raf : ayat 65)

Allah turut berfirman mengesahkan Nabi Lut AS:

"Lut berkata; Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada dokongan yang kuat (keluarga yang kuat)." (Surah Hud : ayat 80)

Berhubung dengan ayat ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Rahmat Allah kepada Lut, sebenarnya dia telah berada dalam perlindungan dokongan yang kuat (Allah Taala). Maka Allah tidak melantik Nabi selepasnya, melainkan ada sumber penolong dalam kalangan kaumnya sendiri."

Rasulullah SAW juga mendapat kawalan daripada keluarganya yang beriman dan yang tidak beriman tetapi bersemangat kekeluargaan, namun tidak berganjak terhadap keluarga yang menentang kerasulannya, seperti ketegasan Nabi Ibrahim AS berhadapan ayahnya dan Rasulullah SAW terhadap bapa saudaranya Abu Lahab yang menentang Islam.

Ada kalangan para sahabat seperti Abu Bakar RA dan lain-lain mendapat himayah (pembelaan) daripada keluarga yang tidak beriman. Keadaan ini menunjukkan bahawa Islam mengizinkan semangat kekeluargaan dan kebangsaan yang berpihak kepada Islam walaupun daripada kalangan bukan Islam, walaupun pembelaan oleh yang tidak berasaskan Islam tidak ada pahala kepada pendokongnya kerana semangat yang tidak berdasarkan kepada iman.

Rasulullah SAW menetapkan garis panduan yang nyata dalam menghadapi sokongan keluarganya yang dikumpulkan oleh Abu Talib. Apabila Abu Talib menyampaikan kepadanya pengaduan pemimpin musyrikin supaya meninggalkan prinsip tauhid yang menolak syirik, dengan tegas Rasulullah SAW bersabda, "Wahai bapa saudara kesayanganku! Demi Allah kalau sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, nescaya aku tidak meninggalkannya sehinggalah Allah memenangkannya atau dibinasakan kerananya."

Akhirnya Abu Talib memberi jaminan pembelaan keluarga kepada Baginda SAW sekalipun tidak menganut Islam.

Perpaduan Umat


Islam membahagikan umat manusia kepada dua kumpulan. Pertama, dinamakan umat Islam iaitu yang disebut dalam al-Quran sebagai orang-orang yang beriman iaitu penganut Islam, dan kedua umat manusia iaitu seluruh yang bernama manusia. Kedua-dua pembahagian ini mempunyai pendekatan perpaduan mengikut sifat dan cirinya. Ayat al-Quran mengandungi dua seruan. Ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan ditujukan kepada umat manusia secara menyeluruh.

Umat Islam


Umat Islam ialah kalangan yang telah menganut Islam, mereka diikat dengan persaudaraan Islam. Hubungan ini lebih kuat lebih kuat dari hubungan silaturrahim dalam keluarga dan juga lebih erat daripada hubungan satu bangsa. Rasulullah SAW telah menjalinkan hubungan ini dalam kalangan para sahabatnya daripada kalangan bukan Arab, seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir, Salman al Farisi dan lain-lain, diikat persaudaraan Islam dengan kalangan yang berbangsa Arab, sehingga persaudaraan Islam itu dibandingkan seperti anggota dalam satu jasad.

Sabda Rasulullah SAW:

"Bandingan hubungan persaudaraan dalam kalangan orang-orang yang beriman itu dari segi kasih sayang di kalangan mereka laksana satu jasad, apabila satu anggota mengalami kesakitan menyebabkan seluruh anggota berjaga dan mengalami demam."

Umat Islam diperintah menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh manusia tanpa paksaan, menjadi contoh yang baik kepada umat yang lain dan menegakkan kebaikan dan keadilan untuk seluruh manusia. Mereka hendaklah mempunyai ciri kelayakan menyampaikan risalah dan melaksanakan kewajipan ini. Di antaranya dinyatakan oleh Allah Taala:

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)." (Surah al-Baqarah : ayat 143)

Umat Islam itu wajib menjadi contoh yang baik kepada umat manusia seluruhnya dengan bersifat luhur dan berlaku adil kerana mereka bertanggungjawab meneruskan kerasulan di zaman tidak ada lagi perlantikan Rasul selepas wafatnya Muhammad SAW. Seterusnya Allah Taala berfirman:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Surah ali Imran : ayat 110)

Ayat ini pula menghuraikan ciri-ciri umat Islam yang sebenar berperanan di kalangan umat manusia ialah melaksanakan kewajipan, menyuruh kepada yang baik, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Melaksanakan kewajipan tersebut sehinggalah ke peringkat menegakkan negara yang berdaulat dan berwibawa seperti yang ditunjuk contohnya oleh Rasulullah SAW dan generasi awal, memimpin umat manusia di semua peringkat, negara dan antarabangsa.

Apabila mendirikan negara Islam di Madinah, Rasulullah SAW menyatukan umat Islam dari kalangan Muhajirin dan Ansar, Arab dan bukan Arab dengan persaudaraan Islam dengan menghadapi tentangan awal daripada keluarganya yang berbangsa Arab. Setelah itu Baginda SAW melebarkan dakwah di peringkat antarabangsa dengan menghantar perutusan kepada raja-raja Arab dan bukan Arab, mengekalkan Raja Habsyah yang menerima Islam, begitu juga Raja Muscat, Oman dan Bahrain, berdamai dengan raja-raja yang adil dan menghadapi tentangan kuasa besar dan kecil yang zalim.

Umat Manusia

Al-Quran menegaskan bahawa semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama berasal daripada Adam dan Hawa, mereka hidup bermasyarakat secara fitrah (semula jadi), keperluan bermasyarakat menjadikan mereka tidak boleh berpisah dalam kehidupan di dunia. Firman Allah Taala:

"Manusia itu adalah umat yang satu. Maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi berita gembira kepada yang beriman, peringatan kepada yang derhaka dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya, dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus." (Surah al-Baqarah : ayat 213)

Para ulama tafsir menjelaskan bahawa manusia bermula dengan keluarga dan agama Islam bersama Adam dan Hawa sehingga mencapai tempoh sepuluh abad. Selepas kewafatan Adam AS berlaku penyelewengan agama dengan berlakunya syirik, lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh AS dan berlakunya bencana taufan yang menenggelamkan pelusuk bumi. Kelahiran bangsa selepasnya mengikut anak-anak Nabi Nuh AS bernama Sam , Ham dan Yafith.

Allah mengutuskan Rasul kepada bangsa, zaman dan tempat yang berasingan. Kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah akhir zaman sebelum berlakunya bencana kiamat ketika dunia dikurniakan kemuncak kemajuan ilmu yang mendekatkan hubungan bangsa dan negara, sehingga dunia bermasyarakat dengan mudah melalui alat-alat yang canggih. Maka cukup dengan seorang Rasul dan kitab mukjizat ilmu yang bernama al-Quran.

Ditegaskan tujuan kerasulan Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, tidak khusus kepada bangsa Arab dan negerinya sahaja. Firman Allah Taala:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad SAW) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (Surah al-Anbiya' : ayat 107)

Rahmat Allah di alam dunia ini bukan sahaja tertentu kepada penganut Islam sahaja, bahkan kepada seluruh manusia tanpa mengira agama. Termasuk juga rahmat daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Islam wajib dianuti oleh seluruh umat manusia, tetapi kita tidak dibenarkan untuk memaksa seseorang untuk menganut kepercayaan yang dipegang oleh kita, kerana hikmah kejadian Allah Taala yang mengurniakan akal kepada manusia yang wajib digunakan untuk berfikir, mencari ilmu dan pengalaman.

Maka, penerimaan Islam hendaklah dengan kerelaan hatinya. Adapun keadilan hukum Islam hendaklah diberi kepada seluruh umat manusia. Peranan memimpin umat Islam juga tidak khusus kepada bangsa Arab sahaja, kerana Allah menentukan kepimpinan Islam itu kepada mana-mana bangsa yang menganut Islam, kuat berpegang kepada ajarannya, dan kuat berjuang menegakkannya.

Allah Taala berfirman kepada generasi awal Islam dalam kalangan bangsa Arab:

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Surah Muhammad : ayat 38)

Mana-mana bangsa yang menganut lslam yang memimpin negara diharamkan berlaku zalim terhadap bangsa lain tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukannya. 









YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,     25 Feb 2013

AKUJANJI UNTUK KEZALIMAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA

Posted: 24 Feb 2013 11:19 PM PST

"Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur".

Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan   





Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.

Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.

Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah "Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan". Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.

Awang Adek bertanya lagi "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

"Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi" kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.

Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia.

Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas "bodoh" bertulis Akur Janji.

"Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur".

Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu.-Rossem/harakahdaily

Jasindaily Online

Posted: 25 Feb 2013 09:40 AM PST

Jasindaily Online


Pantun Pakatan

Posted: 25 Feb 2013 04:42 AM PST


Lebah bukan sebarang lebah 
Lebah terbang di tepi paya 
Ubah bukan Sebarang Ubah 
Ubah Kita ke PUTRAJAYA 

Bulan bukan sebarang bulan
Bulan Purnama Indah Berseri 
Tawan Bukan Sebarang Tawan 
PAS Melaka Tawan Seri Negeri 

Tuan Guru Nik Aziz Aset PAKATAN- Anwar

Posted: 25 Feb 2013 04:37 AM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rekod kepimpinan yang ditunjukkan Tuan Guru Datuk Nik Aziz selama 22 tahun di Kelantan adalah aset terbesar Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya. Bagi beliau, intergriti dan good governance yang ditunjukkan Tuan Guru Nik Aziz selama 22 tahun mentadbir Kelantan membuktikan kehebatan kepimpinan yang ada pada Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 di Pusat Konvensyen Shah Alam tengahari tadi. 

 Kata Anwar, tidak ada mana-mana pemimpin di rantau sebelah sini yang boleh mengatasi kehebatan Tuan Guru Nik Aziz dari segi intergritinya. Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat juga berbangga dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Guan Eng hebat dari segi kecekapan dan ketelusan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin beliau. "Beliau juga sanggup mengaku kelemahannya untuk memahami keperluan Melayu Pulau Pinang. "Selepas kita beritahu, dia telah memperuntukkan setengah bilion ringgit (RM500 juta) untuk perumahan di Pulau Pinang," kata Anwar. Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat sangat berbangga dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. "Dengan perancangan yang dibuat oleh Khalid, lihatlah apa yang dikecapi oleh rakyat Selangor sekarang," kata Anwar dalam ucapannya memuji kehebatan Khalid dalam membangunkan ekonomi Selangor.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Feb 2013 09:11 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


PIDATO RAKYAT

Posted: 25 Feb 2013 03:03 AM PST


MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 25 Feb 2013 09:09 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


500 profesional muda berkumpul bincang bantu PAS

Posted: 24 Feb 2013 11:44 PM PST


(Antara peserta dan pemimpin yang berkumpul)

MARANG: Hampir 500 profesional muda berkumpul di Qurrata Inn Riverside Resort bagi membincangkan sumbangan mereka kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS itu turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
(Ustaz Hadi yang memberikan uacapan penting untuk golongan profesional ini)

Tuan Guru Abdul Hadi telah memberikan amanat dan panduan kepada mereka bagi mempastikan perjuangan Islam di negara ini terus diterima rakyat.

Program yang di namakan Xpresi Profesional Muda 2.0 hari ini berlangsung dengan jayanya.

Ia disertai oleh para jurutera, doktor, akauntan, peguam dan pelbagai profesion lagi yang bersedia memberikan komitmen untuk membantu rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kanan).

Kejayaan mengumpul mereka membuktikan komitmen golongan profesional untuk mempastikan agenda pembangunan Terengganu selepas pilihan raya umum berjalan dengan baik.

Antara program besar yang dicadangkan PAS jika menang PRU ini adalah membina lebuhraya pesisir pantai dari Kemaman ke Besut.

Lebuhraya ini bakal mempunyai lima pusat hentian pelancongan yang akan dijadikan pusat pertumbuhan baru untuk negeri Terengganu.

Ia juga disasarkan bakal menghasilkan 17,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu. - HarakahDaily

PAS Kulaijaya

Posted: 25 Feb 2013 07:15 AM PST

PAS Kulaijaya


Ramah mesra bersama masyarakat CIna.

Posted: 24 Feb 2013 06:05 PM PST

Gadis seksi demo: Perkasa malukan umat Islam

Posted: 24 Feb 2013 05:40 PM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 25 Feb 2013 01:03 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Apa Bukti DAP Tindas Agama Islam?

Posted: 24 Feb 2013 02:08 AM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam. Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia. Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya [...]

Majlis Tindakan Dun Dabong

Posted: 24 Feb 2013 11:33 PM PST

Majlis Tindakan Dun Dabong


Sambutan Maulidur Rasul Dun Dabong

Posted: 24 Feb 2013 07:10 PM PST





Keratan akhbar

Posted: 24 Feb 2013 07:06 PM PST



PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Feb 2013 09:44 PM PST

PAS Negeri Sembilan


TV3 tolong promosi Blog PAS N.Sembilan di Buletin Utama

Posted: 24 Feb 2013 06:14 AM PST


Malam tadi Ahad 24 Februari 2013 Buletin Utama TV3 jam 8 malam telah menyiarkan isu kutipan dana pilihanraya PAS Negeri Sembilan melalui laman Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com . Bagi pihak penyokong PAS N.Sembilan kami mengucapkan berbanyak terimakasih kepada TV3 kerana membantu mempromosikan laman web tersebut.

Semoga selepas ini TV3 membantu mempromosi Blog dan Facebook Pesuruhjaya PAS N.Sembilan yang juga merupakan ADUN Paroi iaitu YB Hj Taufek di http://mohdtaufek.blogspot.com dan https://www.facebook.com/hjtaufek

Serta Blog PAS Rembau dan Facebook PAS N.Sembilan di http://rembau-hari-ini.blogspot.comdan

Berikut ialah maklumat Tabung Pilihanraya Umum ke 13 PAS Negeri Sembilan yang menjadi tajuk utama Buletin TV3

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan terus ke akaun berikut :
Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Ramli 013-8835185

Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458

Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Fisol 019-3440826

Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Roni 012-2268230

Understanding Negeri’s spell on BN

Posted: 24 Feb 2013 05:58 AM PST


February 23, 2013

The state is a favourite destination for both Najib and Muhyiddin.

SEREMBAN: What is it about Negeri Sembilan that makes it such a frequent destination for official visits by both the prime minister and his deputy?

This is the question political observers are asking as the state prepares for yet another working visit by Najib Tun Razak tomorrow (Sunday). It will be his fourth in a year.

If one were to take into account Muhyiddin Yassin's five visits within the same period, then Negeri Sembilan can boast that it has, on average, hosted one official visit by either the PM or his deputy every one and a half months in the past year.

Another interesting fact about the visits is that most of the official programmes have been held in opposition-held constituencies.

During his February 2012 visit, Najib attended functions in the parliamentary constituency of Seremban and the state constituencies of Rahang and Sikamat. Seremban and Rahang are DAP seats and Sikamat belongs to PKR.

His next visit was in March. This time he went to the PKR strongholds of Teluk Kemang, a parliamentary constituency, and Port Dickson and Chuah, both state seats. He also visited Lukut, a DAP state seat.
Last September, Najib had a breakfast meeting in Ampangan, another PKR state seat, and attended a Janji Ditepati programme in Paroi, which is a PAS state seat.

Tomorrow, he will launch the Seremban Railway Station re-development project and a PR1MA housing project in the state capital. Then he will launch another PR1MA project in Temiang, a state seat that is also occupied by DAP.

Education scheme

After lunch in Klana Resort, Najib will attend a closed-door briefing by Menteri Besar Mohamad Hasan. Mohamad will update him on Negeri Sembilan BN's final preparations for the 13th general election.
At 2.30pm at the Port Dickson Polytechnic, Najib will announce the Jejak Anak India Malaysia education scheme, which is aimed at helping Indian students with average SPM results to continue their education in the country's polytechnic institutions.

March 2012 also saw Muhyiddin visiting Negeri Sembilan. He attended events in Sikamat and Ampangan, both PKR-held state seats, although he also went to the BN-held Johol, a state constituency. He had a closed-door meeting with state BN chiefs.

Last July, Muhyiddin attended several official functions in Repah, a DAP state seat. In November, he was in Seremban to launch an education conference attended by school teachers. In December, he attended another official programme in Port Dickson.

Last month, Muhyiddin was in the state again to launch a Gelombang Biru programme in Paroi. He also visited Senawang, a DAP state seat.

Why are the top two guns in BN spending so much time and energy in Negeri Sembilan? Do they believe that the state is likely to fall into Pakatan Rakyat hands unless they give extraordinary attention to it?
Many observers think so, and they include pundits from among Pakatan supporters, fence sitters and even those who are moderately supportive of BN.

Panic button

Sikamat state assemblyman Aminuddin Harun interprets these visits as a sign that the Menteri Besar has been pressing the panic button.

"I believe Najib and Muhyiddin have been coming to the state on the request of Mohamad," he told FMT. "He probably needs their presence to boost the confidence of BN supporters.

"This gives the lie to his public statements that he is confident BN will get back its two-thirds majority.

"If Najib says that his frequent visits here are just part of his normal work as BN chief, then why hasn't he gone to the constituencies that are still under BN?

"To me, it's quite clear that BN is not confident of retaining the state. Of course, to us Pakatan supporters, this is a sort of morale booster."

Aminuddin noted an irony in the disproportionate attention given to Pakatan-held seats: the people of Sikamat, Ampangan, Paroi, Senawang and Port Dickson are blessed with economic projects because they voted against BN in 2008.

"This is what you get when vote for Pakatan," he said. "BN gets worried and tries to win back voter support with its goodies.

"I have heard a lot of people in BN-held constituencies complain that their areas are being ignored."

PAS Negeri Sembilan's secretary, Mohd Hassan Tamby, expressed similar views.

He told FMT: "You can go to places like Juasseh, Sungai Lui, Palong, Simpang Pertang or Serting and gauge for yourself the level of frustration among the residents there. You will hear many of them complaining that Najib and Muhyiddin do not care for them as much as they care for opposition supporters.

"Some have told me they feel that BN leaders have abandoned them. Obviously, they resent being taken for granted as BN supporters."

PROGRAM CUN PUNYA SOLAT

Posted: 24 Feb 2013 05:57 AM PST



15-17 Mac 2013 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah N.Sembilan, Paroi, Seremban
- Untuk remaja berumur 13-17 tahun
- Terhad 100 orang peserta sahaja
- Yuran RM30 seorang
- Tarikh tutup penyertaan 8 Mac 2013

Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan
Tel : 06-6787155

WACANA SELAMI JIWA

Posted: 24 Feb 2013 05:55 AM PST


"Muda Hanya Sekali"
Tarikh : 28 Feb 2013, Khamis
Masa : 7.30 pg – 1 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah N.Sembilan, Paroi, Seremban

Bersama :
Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah
Ustaz Norazman
En Syamsul Amri Ismail

PENYERTAAN PERCUMA

Dr Azman Ibrahim

Posted: 24 Feb 2013 07:08 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Kesian BN, terpaksa tinggal di rumah PPRT.

Posted: 24 Feb 2013 05:53 AM PST


Rumah PPRT dijadikan markas PRU BN di Dun Jabi
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diwujudkan bagi membantu golonganberpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluargamiskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal dirumah usang (daif) tetapi mempunyaitanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Harga pembiayaan dibawah akandiberikan subsidi sebanyak satu pertiga(1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjamantanpa faedah yang berlandaskan konsep Qadr ul – Hassan.

Pemohon mestilah arganegara Malaysia, berumur 18 hingga 65 tahun, berpendapatan kasar seisi rumah tidakmelebihi RM1,500 sebulan, tidak mempunyai rumah sendiri ataumempunyai rumah yang usang serta tidaksempurna. Mempunyai tanah atau tapakyang bersesuaian. Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

Saya senaraikan syarat-syaratdi atas iniyang dipetik dari sebuah  laman web pihak berwajib yang menguruskan program PPRT ini dengan cuba menelitidan mendalami kalau-kalau ada di antara syarat-syarattersebut yang memenuhi kelayakan untuk ianya diduduki BN sebagai markas pilihanraya. Malangnya saya tidak menemuinya.

Nak kata BN berpendapatanrendah, mustahil! Nak kata BN tidakmempunyai rumah atau mendiami rumahusang, lagi mustahil! Nak kataBN berpendapatan kasar dibawah RM1,500 sebulan, ish! Takmungkin! Nak kata.... Nak kata... Masih tidak ku temuijawapannya.

Walaupun begitu UmnoJabi telah menjadikan sebuah rumah PPRT di Dun Jabi sebagai rumahBN (baca markas BN). Ini adalah salah guna program bantuan yang sepatutnya diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.Sebelum ini kita biasa mendengarrumah PPRT yang didirikan kemudian dijadikan rumah sewa olehtuan rumahyang sememangnya telah sedia memiliki kediaman selesa. Tapi kenapa masih layakmemohon?

Bantuan atau sumbanganyang disasarkan untuk orang ramai yang memerlukan tetapi natijahnya berlegar di kalangan kroniadalah sifir cara Umnobekerja. Sebab itulah Mat said sendiri pernah merungut apabila kurma danair zam-zam sumbangan Ramadhan berlonggok di rumah PengerusiJKKK merangkap ketua cawangan Umno sekaligusmengagalkan cita-cita Mat said untuk melihat botol air zam-zam yang terpampang wajahnya sampai ke setiappintu rumah rakyat Terengganu. Kesian...

Umno adalah Umnodulu, kini dan selamanya. Ada jugamasyarakat sekitar yang menyindir... PRU belum lagi, tak kan dah bersiapnak kalah sampai kena belajarbertatih duduk di rumah PPRT.
 

Ikat dan pasang bendera dacing, ko-korikulum Asrama Perkaya Besut?

Posted: 23 Feb 2013 10:19 PM PST

 
Tak cukup dengan dakwaan menyalah gunakan peruntukan kebajikan anak-anak yatim Asrama PERKAYA Besut yang khabarnya mencecah angka RM60,000 untuk tujuan lawatanke Langkawi, Umno Jabi memperalatkanpula tenaga anak-anak yatim penghuni asrama PERKAYA yang terletak di Kampung PondokPaku, Jabi ini sebagai tukangikat dan pasang ribuan batangbendera biru berlambang dacing.
Asrama Perkaya Besut, Kg Pondok Paku, Jabi

Penduduk setempat mengakui bahawa memang tradisi memperalatkan anak-anak yatim ini adalahlumrah Umno Jabi setiap kali menjelang pilihanraya, lantaran ini adalahcara yang paling menguntungkankerana khidmat anak-anak yatim ini boleh diperolehisecara percuma agar peruntukan pemasangan bendera yang dikhabarkan berjumlah RM5,000 setiap cawangan Umno bolehdibolot begitu sahaja oleh orang-orangtertentu.

PAS Jabi terpaksa memberikan peringatan keras kepada mereka yang terlibat ini bahawaAnak-anak yatim adalah amanah Allah untuk dijaga, dikasihi, disayangi, diberikan pendidikan sempurna, diperhatikan kebajikan mereka kerana apabilaAllah telah memanggil ibu bapa merekayang pernah menjadi tempat bergantung kembali kepadaNYA, maka kita yang masih bernyawa akan ditanya olehAllah tentang amanah ini.
Longgokan tiang bendera untuk aktiviti 'ko-korikulum' PERKAYA

Mengambil kesempatan dari kedhoifan mereka dengan mengeksploitasitenaga mereka adalah tindakan tidak bermaruah. Banyak lagi kegiatan 'ko-korikulum' boleh disusun ke arahpembinaan jati diri mereka kalaupunpihak pengurusan asrama dengan arahanYB Jabi telah menyusun kegiatan 'ko-korikulum mengarut' ini kepada anak-anakpenghuni asrama setiap kali tiba musim PRU.

Tentunya anak-anak yatim tidak akan membantah. Dengar dan taat, tapikita yang telah dewasa sepatutnya boleh menggunakan kewarasan akal dalam bertindak. Nak pasang ratus ribubendera dacing pun pasanglah. Saya sebagai Pengarah Majlis Tindakan PAS Dun Jabi telah mengeluarkanarahan kepada seluruh cawangan-cawangan PAS supaya jangan sekali-kali diusik walau sebatang pun bendera mereka kerana amalanbacul sebegini bukan budaya kitasekalipun syiar parti kita sendiripernah dikhianati, dipatahkan dan dibakar. Kita nak ajar Umno Jabi cara berpolitik yang 'gentleman' dan bermaruah.


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 24 Feb 2013 03:36 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PADAH ! BN HINA SULTAN DI SABAH ?

Posted: 24 Feb 2013 12:46 AM PST

Padah BN di Sabah tak kebah. Bilamana kekuatan yang bertapak disanubari pengundi Sabah atau rakyat Sabah yang berwarganegara sebenar telah condong kepada Pakatan Rakyat. Mereka bukan sudah lupa dengan jasa BN ,tetapi meluat dengan gula-gula dan penipuan terhadap mereka(rakyat Sabah) selama ini.
Kini kisah perjanjian sewa denga Sultan Sulu cuba diketengahkan untuk mendapat simpati rakyat kununnya askar kesultanan Sulu adalah penceroboh. Mungkin dengan cara ini akan menyebabkan rakyat setuju dengan tindakan Kementerian luar atau Dalam negeri menghalau mereka.
Kita rakyat yang sedar harus ambil tahu kenapa penceroboh diberi layanan khas tanpa tangkapan? Sedangkan pendemo BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 yang merupakan rakyat Malaysia dengan mudah dipukul dan ditangkap dengan cara tiadak beretika.
Kerajaan Malaysia jangan samakan perjanjian royalti Terengganu semasa PAS memerintah boleh diubaisuai menjadi Wang Ehsan mahu dilakukan kepada perjanjian dengan kesultanan Sulu. Jangan mungkir janji ala komisyen ATtantuya. Janji diberi tapi dinafi lepastu Attantuya mati dibunuh.
Jika Malaysia tidak hormati pada perjanjian dulu dengan Sultan Sulu maka memang BN derhaka.

ASKAR KESULTANAN SULU TIDAK MAHU TINGGALKAN LAHAD DATU SABAH



Penceroboh tidak mahu tinggalkan Lahad Datu Sabah
Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina

Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami," katanya kepada pemberita di Manila


Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana

Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP


Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi

Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan – AFP

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 24 Feb 2013 11:03 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Jangan lupa pulang untuk mengundi dalam PRU nanti

Posted: 23 Feb 2013 05:17 PM PST

(Tuan Guru Nik Aziz berkata sesuatu kepada anggota Parlimen Gombak dalam pertemuan dengan anak Kelantan di Hulu Kelang)

GOMBAK: Hampir 1,000 wanita menyertai Himpunan Wanita Kelantan di Perantauan yang diadakan di Pusat Bandar Taman Melawati, petang semalam.

Himpunan yang bermula jam 4 petang itu penuh dengan  pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz spontan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah serta pameran berkaitan negeri Kelantan.

Dengan cuaca yang begitu baik, tidak panas dan tidak hujan, majlis  bermula dengan soalan-soalan kuiz berkaitan Kelantan yang penuh dengan suasana santai dan bersahaja.

Kehadiran penyanyi Aisyah turut mencuri perhatian para hadirin apabila beliau hadir untuk mengikuti program Bicara Selebriti yang dihoskan tokoh motivator muda, Amin Idris.

Selain Aisyah, turut menjadi panelis di ruang Bicara Selebriti itu bekas senator, Mumtaz Md Nawi.


(Antara wanita Kelantan yang memenuhi majlis pertemuan)

Majlis diselang-selikan dengan soalan kuiz serta cabutan nombor bertuah yang menyediakan hadiiah berbentuk hamper dan barangan elektronik.

Malah, para hadirin turut disediakan kuih tradisional negeri itu, akok secara percuma, selain kanak-kanak diraikan dengan kaunter aiskrim buat mereka.

Menjelang jam 5.30 petang, ruang bazar tersebut terus dipenuhi para hadirin, termasuk lelaki yang begitu teruja menantikan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ternyata, kehadiran susuk tubuh kecil tokoh ulama itu pada jam 6.30 petang begitu diraikan apabila beliau disambut oleh para hadirin dengan laungan takbir yang bergema.

Tidak berucap panjang kerana sudah menghampiri waktu maghrib, Mursyidul Am PAS itu mengingatkan hadirin di perantauan untuk pulang mengundi ke Kelantan bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan.

Beliau kemudiannya menunaikan solat maghrib berjamaah dengan para hadirin sebelum berjamu selera dengan menu gulai kawah yang begitu sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Turut serta pada himpunan tersebut beberapa pimpinan exco kerajaan negeri, selain ahli-ahli dewan undangan negeri (Adun) Kelantan.

Himpunan itu juga turut diraikan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, dan  Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Cermah Umum Di Kg Limau Nipis, Dun Kemuning

Posted: 23 Feb 2013 05:13 PM PST










Ceramah Pakatan Rakyat..sempena pembukaan Bilik Gerakan Upu Melaka..Dun Pulai Chondong

Posted: 23 Feb 2013 05:09 PM PST


"BN jadikan rakyat umpama haiwan"

Posted: 23 Feb 2013 05:08 PM PST


(Tuan Guru Nik Aziz bercakap kepada wartawan hari ini)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Umno dan BN bertindak menjadikan rakyat seumpama haiwan apabila terpaksa menaburkan duit untuk hadir pada majlis mereka.

Menurutnya, seharusnya sebagai pemimpin negara mereka perlu diberikan ilmu dan bukannya wang ringgit atau kebendaan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis amanat Menteri Besar Kelantan bersama warga Yik, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini tengahari ini.

"Media nak ubah kenyataan sebenar saya, ubahlah tetapi ingat mereka akan berhadapan dengan dosa, tetapi kerana tidak memahami maksud sebenar, kenapa menjadi wartawan.

"Untuk menjadi seorang wartawan, bukan putar belit cerita, sebaliknya kena cerdik, faham apa saja yang dimaksudkan penyampai berhubung sesuatu perkara,"ujarnya.

Menurutnya, Umno dan BN guna duit untuk tabur pada rakyat dalam apa juga sekalipun termasuk BR1M, seumpama memanggil manusia seperti haiwan.

"Hey itik marilah aku nak berceramah agama, mana itik nak mari (datang), jadi kena bagi hampas kelapa, baru dia datang. Kena bagi padi, nak suruh ayam, itik datang.

"Hey lembu aku nak ceramah, lembu tak akan datang sekiranya tidak diberikan rumput padanya,"ujarnya.

Jadi, sekiranya kita memanggil manusia dengan memberikan kebendaan (wang) juga, ertinya kita meletakkan manusia setaraf   haiwan.

Menurutnya, perjuangan Umno silapnya di sini kerana tidak memberikan ilmu agama pada rakyat, sebaliknya kebendaan semata-mata.

"Nak bagi macamana sebab perjuangannya tolak Islam, dalam kebangsaan mana ada Islam,"ujarnya.

Tuan Guru bagaimanapun berkeyakinan rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia akan menolak perjuangan yang 'menjual' kebendaan.

Beliau turut mengambil contoh bagaimana negara maju barat khususnya Amerika yang membenarkan berkahwin sesama sejenis yang diharamkan oleh Islam.

Tegasnya, tindakan itu bukan sahaja akan memupuskan pertambahan manusia, sebaliknya amalan lebih teruk dari haiwan.

"Haiwan contohnya lembu akan cari pasangannya lembu betina, dia tak cari lembu jantan, bodoh lembupun tahu keperluan sebenar,"ujarnya.

Apa yang berlaku itu, tegasnya kerana menolak landasan Islam sebaliknya memilih kehidupan mengikut nafsu sendiri.

Berhubung calon, beliau mengakui telah banyak pencalonan yang selesai walaupun belum siap sepenuhnya.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar juga enggan mengulas bila ditanya berhubung muka-muka baru yang bakal diketengahkan.

"Tunggu dihari pengumuman atau di hari penamaan calon,"ujarnya sambil ketawa kecil.

Ceramah Umum Bersama Leftenan Adnan Di Bukit Tiu, Dun Kemuning

Posted: 23 Feb 2013 05:03 PM PST

























Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar

Posted: 23 Feb 2013 04:58 PM PST


KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata,  Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!

BR1M: kenyataan TG Nik Aziz dimanipulasi media BN

Posted: 23 Feb 2013 04:47 PM PST

KOTA BHARU: Rakyat di negara ini khususnya Kelantan diminta mendengar penjelasan sebenar berhubung 'isu haiwan' yang dimanipulasikan oleh media dan pemimpin negara.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusof, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, penjelasan itu perlu dirujuk dalam laman Facebook Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat jawapan sebenar.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu, sehingga kini jumlah penonton yang mendengar penjelasan Tuan Guru dan selebriti dakwah, Ustaz Azhar Idrus, berhubung perkara itu melebihi 200,000 orang.

"Sudah jelas kepada kita media Umno dan BN sanggup menggunakan cara yang lebih jijik demi untuk mendapat sokongan rakyat.

"Mereka sanggup membohongi rakyat dengan manipulasikan kenyataan sebenar, walhal rakaman berhubung perkara itu ada,"ujarnya.

Sambungnya, apa yang dimaksudkan oleh Tuan Guru kerajaan menjadikan penerima BR1M itu seperti haiwan dan bukannya menyifatkan mereka seperti haiwan tetapi cara BN untuk mendapatkan undi itu dengan cuba membuat rakyat ini seperti haiwan..

Tegasnya, kerajaan terpaksa menabur duit bagi memastikan rakyat hadir pada majlis mereka atau menagih sokongan.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat di negara ini telah memahami perkara berkenaan berikutan rakaman video ucapan sebenar Tuan Guru termasuk penjelasan Ustaz Azhar Idrus ditonton lebih 200,000.

"Saya yakin jumlah ini akan bertambah,"ujarnya.

Media arus perdana sejak malam tadi dan hari ini menyiarkan kenyataan Tuan Guru yang kononnya menyifatkan penerima BR1M sebagai haiwan.

Ianya berikutan serangan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am itu.

Bekas tentera tekad tumbangkan Umno di peti undi

Posted: 23 Feb 2013 04:46 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas tentera di seluruh negara memberikan jaminan akan membantu Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Jaminan tersebut dinyatakan dalam Himpunan Kebangkitan Tentera di Padang Awam AU2 Keramat malam tadi yang disertai wakil Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) dari seluruh negara.

Pengerusi Kerabat Pulau Pinang, Azizan Salleh dalam ucapannya mengajak tentera dan bekas tentera menumbangkan Umno BN kerana menyifatkan parti itu sebagai 'biadab' terhadap bekas tentera.

Tegasnya, Umno BN tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan tentera sebaliknya hanya menggunakan undi tentera untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Saya sebagai tentera yang masih berkhidmat mengajak rakyat bangkit menentang Umno BN dalam PRU13.

"Mereka terlalu biadab terhadap bekas tentera. Kalau dulu mereka mengajar kami berjuang tanpa belas kasihan, tetapi sekarang kami tak ada belas kasihan terhadap Umno BN.

"Saya yakin hidup dan mati di tangan Allah, bukan di tangan Umno BN," katanya bersemangat di hadapan kira-kira dua ribu hadirin.

Pengerusi Kerabat Kedah, Kapten Zamri Ahmad pula berkata pula berkata, bekas tentera mahu menumbangkan Umno BN, bukan menumbangkan kerajaan seperti yang didakwa piha tertentu.

"Kita bukan nak tumbangkan kerajaan tapi kita nak tumbangkan Umno BN.

"Kita semua yang membentuk kerajaan. Mana-mana kerajaan yang tak elok, Pakatan Rakyat sekalipun, kita akan tumbangkan.

"Mari kita kata no no no to Umno BN supaya NNajib listen listen listen dan tak boleh tidur malam," katanya.

Turut berucap ialah bekas Jeneral, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, Pengerusi-pengerusi Kerabat Sabah, Perak, Kelantan, Melaka dan Wilayah Persekutuan selain aktivis R, Jeming Hassan dan Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar.

Manakala pimpinan yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman, Adun Kemahang, Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman dan Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

Mohamad dalam ucapannya berkata, Pakatan Rakyat akan mengumumkan berita gembira untuk bekas tentera dalam manifesto mereka yang akan dilancarkan pada Isnin ini.

"Dalam manifesto kita yang akan keluar pada 25 Februari nanti di antaranya ialah imbuhan kepada bekas tentera yang tak termasuk dalam skim pencen," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Kemuning

Posted: 23 Feb 2013 04:46 PM PST



























PAS tubuh cawangan baru di Sri Gombak

Posted: 23 Feb 2013 04:42 PM PST

 
GOMBAK: PAS gombak menguatkan lagi penguasaan mereka di sini apabila satu lagi cawangan baru parti itu di tubuhkan iaitu di Fasa 7 Sri Gombak.

Malam tadi, majlis pelancaran cawangan baru itu disempurnakan Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan Gombak Ustaz Salehuddin Nasir di sini sempena program ceramah kelompok penerangan isu-isu semasa di sini.

Pada masa sama Haji Yusof yang dilantik ketua cawangan PAS Fasa 7 Sri Gombak turut mewakili penduduk membuat penyerahan keahlian PAS kepada Salehuddin.

Hadir sama malam tadi Ustaz Hasbullah Rizwan selaku Timbalan YDP, dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Syahir Sulaiman.

"Sebelum pilihanraya, kita percaya akan ada lebih ramai ahli Umno Gombak akan menyertai PAS kerana mereka sudah muak dengan janji-janji yang ditaburkan kepada mereka yang tidak ditunaikan" ujar Salehudin dalam ucapannya.

Sehingga kini, cawangan PAS di Gombak sudah mencecah 70 cawangan.

Perkembangan itu sekaligus menguatkan jentera PAS di sini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Pulai Chondong

Posted: 23 Feb 2013 04:41 PM PST





Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno

Posted: 23 Feb 2013 04:33 PM PST


Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.

Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia  ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan  UMNO dan PAS  sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.

Antara mesej  titah  baginda ialah;

i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi  parti   yang dipimpin dan  dianggotai oleh  golongan ulamak,  professional,  teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.

ii) Kehebatan PAS  yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta  tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.

iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan UMNO dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini  sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia.

iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan  kemantangan pimpinan  PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi UMNO khususnya dalam PRU 13.

v) Dalam menghadapi PRU 13 PAS dilihat lebih selesa kerana  berada pada posisi  offensive berbanding UMNO yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme  rasuah dan penyelewengan.

vi) UMNO dititahkan sebagai kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme,penyelewegan dan rasuah.

vii) UMNO dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini.

viii) UMNO diititah telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan  federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah.

Berdasarkan mesej titah DYMM Raja Dr. Nazrin yang lahir dari kesucian hati baginda seperti senarai di atas, penulis mentafsirkan bahawa baginda DYMM Raja Dr.Nazrin menaruh keyakinan  akan kemampuan PAS sebagai parti yang berpedomankan agama dalam mengurus Negara, memelihara dan memartabatkan ummah.

Justeru, maka kerapkali dalam titah baginda disebut PAS sebagai parti islam.

Selain itu, penulis mentafsirkan bahawa sikap dan pendirian PAS yang konsisten menolak kerjasama dengan UMNO serta membentuk wadah baru bersama  PKR dan DAP adalah tindakan bijak, berpandangan jauh dan berada di atas landasan yang betul khususnya dalam menghadapi PRU 13.

Sekitar Majlis Pelancaran Bola Sepak Liga Dun Temangan

Posted: 23 Feb 2013 04:33 PM PST

















Apabila Ayah Chik berbahasa Cina…

Posted: 23 Feb 2013 04:25 PM PST


Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih rela menjadi khadam rakyat dan menjadi nelayan daripada bercita-cita mencari jawatan, mengkagumkan pelbagai sekali lagi semalam ketika Program Pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar.

(Ustaz Hadi ketika membantu seorang mangsa lemas di pantai Rusila 2010 lalu)

Saya tidak mengenali Ayah Chik, nama panggilan manja untuk TG Hadi, secara dekat mahupun lama, tapi sekadar melalui kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Ayah Chik yang dilaporkan di media mulai 2010.

Kali pertama, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah melalui kemunculan video bagaimana Ayah Chik sanggup terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang hampir lemas di Pantai Rusila pada 2010.

Tiada ego, tiada terasa dirinya sebagai seorang VIP dan terlupa dirinya sebagai seorang presiden parti kedua terbesar Malaysia, itulah antara bacaan saya tatkala saya menonton video aksi Ayah Chik bertungkus lumus cuba menyelamatkan satu nyawa dalam keadaan berkain pelikat tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak muda.

Kali kedua, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah tatkala Ayah Chik menggulung Muktamar PAS ke 58.

Itu adalah pertama kali saya terhibur, tersentak dan terpegun dengan isi ucapannya yang begitu padat dan bernas.

Tiada satu saat yang saya terasa mengantuk. Ucapan Ayah Chik sudah bertambah hebat sebab akhirnya saya terasa mudah diikut, walaupun untuk seorang bukan Islam seperti saya. Ucapan ini jauh berbeza dengan ucapan Ayah Chik yang terdahulu – kali ini cukup ralik, cukup berazam dan cukup mempunyai roh dengan berselang-seli dengan klasik hiburan tersendiri.

Daripada wajah ahli-ahli PAS yang mendengar, ternyata di hati mereka, Presiden PAS ialah 'Ayah Chik' mereka. Tuan Guru Presiden sudah dianggap sebagai seorang bapa kepada semua ahli PAS yang tertawan dengan ilmu yang terserlah daripada diri Ayah Chik.

(Membantu memadamkan api dalam kebakaran di asrama Maahad Darul Quran)

Kemudian, saya terkagum buat kali ketiga apabila melihat Ayah Chik dengan berpakaian pelikat dan pakaian di dalam rumah membantu menyelamatkan kebakaran di Sekolah Maahad Darul Quran yang merupakan sekolah Ayah Chik sendiri yang selalu memberikan kuliah di situ.

Apabila Ayah Chik berbahasa Cina semalam di Kedah ketika berucap di majlis Tahun Baru Cina, saya kagum untuk buat kali keempat.

Seorang Tuan Guru yang disanjung tinggi, seorang pakar agama Islam, berbangsa Melayu, belajar bahasa Cina untuk menghiburkan hadirin yang hadir – cukup berbeza dan cukup terkesan. Tuan Guru Presiden PAS berucap dalam Cina? Biar betul? Betul.

Menurut setiausaha politik Ayah Chik, Dr Ahmad Samsuri, Ayah Chik belajar berbahasa Cina dengan seorang guru Mandarin petang sebelum majlis bermula.

Bukan itu sahaja, Ayah Chik turut menulis kaligrafi Cina "吉" yang bererti 'tuah' untuk dihadiahkan kepada warga Tiong Hua dalam majlis tersebut.

Mengapa perkara ini bermakna? Selain tulisan itu betul (bukan sepertimana yang tersilap tulis dalam sebuah video ucapan Tahun Baru Cina seorang VIP yang dipaksa tontonkan berulang-kali kepada warga Tiong Hua di setiap pawagam) dan tulisan itu ditulis begitu indah oleh Ayah Chik.

(Menulis kaligrafi Cina di Alor Setar semalam)

Dalam acara menggaul Yee Sang selepas itu, boleh dilihat cara Ayah Chik memegang chopstik seperti seorang yang telah menggunakannya untuk waktu yang lama.

Peristiwa-peristiwa ini pada hemat saya, menunjukkan kehebatan Ayah Chik sebagai pemimpin yang keluarbiasaannya ialah sifat kesantaian dan 'rakyat biasa'nya.

Kehebatan Ayah Chik menyerlahkan lagi slogan yang dicanangkan kebelakangan ini – "Kita juga rakyat biasa, Kita adalah Pakatan Rakyat."

Ayah Chik adalah contoh terbaik  kepada rakyat bahawa inilah Pakatan Harapan Rakyat – yang dipilih rakyat, ditadbir rakyat dan bekerja untuk rakyat – yang menerajui Putrajaya pada PRU13 nanti.

Akhir sekali, Hidup Rakyat! Takbir!

Miskin senjata BN untuk dapat undi

Posted: 23 Feb 2013 04:24 PM PST


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sepatutnya tidak ada lagi masyarakat yang tertinggal dan terpinggir setelah 55 tahun merdeka.

Tetapi, katanya pemimpin BN yang diketuai oleh Umno menjadikan kemiskinan sebagai strategi untuk memancing undi setiap kali pilihan raya.

Justeru, ujar beliau tepat seperti kajian Merdeka Center peratus sokongan kepada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah, ertinya rakyat yang kaya semakin jauh dengan BN.

66 peratus responden di bawah RM1,500 gembira dengan kerajaan, 47 peratus (RM1,501 hingga RM3,000), 36 peratus (RM3,001 hingga RM5,000) dan 35 peratus (melebihi RM5,001).

Katanya, Negeri Sabah dan Terengganu walaupun mempunyai telaga minyak, tetapi negeri tersebutlah mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

"Jika kita melawat ke kawasan pedalaman kita akan temui kebanyakan rakyat miskin ialah penyokong tegar Umno," ujarnya kepada Harakahdaily.

Kata beliau lagi, rumah mereka diselimut oleh bendera Umno sebagai tanda aras mereka ialah penyokong tegar Umno.

Mungkin, ujarnya Umno menganggap rakyat miskin boleh kenyang dengan bendera sahaja.

Menurutnya, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 22 tahun telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 4 di negara ini.

"Kenapa Kelantan berjaya?

"Jawapannya kerana pemimpinnya amanah dan bertakwa, membantu rakyat tanpa pilih kasih, tanpa mengambil kira apa anutan politik dan agama," katanya.

Katanya, Kerajaan Kelantan terus berusaha untuk menyenangkan rakyat walau pun mempunyai kekangan kewangan.

"Cuba bayangkan jika Kelantan mendapat tunggakan royalti minyak hampir RM12 bilion, sudah tentu ia akan setanding dengan negeri Selangor," katanya lagi.

Menurutnya, Umno tidak akan berusaha ke arah itu kerana ini adalah senjata mereka untuk menjerat rakyat setiap kali pilihanraya, bukan miskin yang dibantu, tetapi mereka mesti menyokong Umno.

Baginya, wang BR1M yang diberi kepada rakyat untuk umpan pilihanraya, kerana BN sedang nazak menghadapi penolakan rakyat.

"Apakah dengan wang RM500 ini boleh menyelesaikan pinjaman PTPTN, kos sara hidup yang meningkat?

"Kenapa setelah 55 tahun negara merdeka baru kerajaan memberi BRIM?" tanya beliau.

Semua itu, ujarnya gara-gara untuk memancing undi.

Tambahnya, jika rakyat berjaya diumpan maka tunggulah mala petaka akan menimpa rakyat dengan kenaikan petrol, gula, tepung, minyak masak, beras, tol dan lain-lain.

"Cuba bayangkan ketika BR1M masih belum habis diberi, pada 15 Februari lepas premium insurans kenderaan telah dinaikkan," katanya.

Petugas pastikan Jelajah Negara Berkebajikan lancar

Posted: 23 Feb 2013 04:24 PM PST



ALOR SETAR: Jelajah Negara Berkebajikan PAS sudah memasuki hari kedua dengan meneruskan program di beberapa tempat sekitar Kedah sebelum majlis ceramah perdana pada malam ini di Pendang.

Setiap kali treler menuju ke tapak program sudah pasti sambutan yang hangat diberi terutamanya dari sudut kemudahan yang disediakan bagi menyiapkan pentas ceramah.

Namun segalanya tidak akan berjaya tanpa tenaga kerja teknikal yang sentiasa membantu bagi menjayakan program tersebut.

Dengan tenaga teknikal seramai tujuh orang yang terdiri daripada wartawan Harakahdaily dan Harakah serta peguam dapat memastikan segalanya berjalan lancar.

Pengalaman menulis mahupun di mahkamah tidak menghalang mereka melaksanakan tugas di peringkat awal, jelas Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff.

Beliau yang bertanggungjawab pada peringkat awal treler jelajah tersebut amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua tenaga teknikal jelajah itu.

Kata beliau, walaupun mereka merupakan wartawan yang hanya terlibat dalam bidang penulisan sahaja sebelum ini tetapi dapat melaksanakan tugas masing-masing bagi menyelesaikan segala kerja-kerja teknikal sebelum diserahkan kepada pihak penganjur program di sesuatu lokasi.
Bermula dari kerja membuka penutup dan penyiapan pentas sehinggalah sistem pembesar suara, segalanya dilakukan oleh tujuh tenaga kerja tersebut.

Jelajah Negara Berkebajikan akan berada di Kedah sehingga Ahad ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung 26 Februari di Shah Alam.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 24 Feb 2013 09:35 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin

Posted: 23 Feb 2013 09:21 PM PST


KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini  berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil,  penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk "Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.


PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung  perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat  lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. - HarakahDaily

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 24 Feb 2013 09:07 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


UMNO PAKSA penerima BRIM bersumpah laknat diri

Posted: 24 Feb 2013 08:33 AM PST

ANDA tertipu? ISU TG NIK AZIZ- BRIM

Posted: 24 Feb 2013 03:44 AM PST




   


Nik Aziz pertahan kenyataannya tentang BR1M

 Feb 23 2013   
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.
   
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.
   
Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.
   
"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu hari ini.
   
Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
   
Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.
   
Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.
   
Sementara itu, ketika berucap di majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.
   
Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi.

- Bernama/ malaysiakini

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 24 Feb 2013 03:31 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Kita Penat.......Dia Tenat!!

Posted: 23 Feb 2013 08:25 PM PST


1. Dingin sungguh dinihari tadi. Hujan pula turun selebatnya. Semalaman sukar untuk melelapkan mata. Meskipun penat sangat terasa setelah melalui 3 program besar yang mengambil jarak pemanduan yang jauh.

2. Meninggalkan sempadan Kuantan, kami berlabuh seketika di pantai Terengganu. Sejurus selesai perasmian Majlis Xpresi Profesional Muda 2.0 di Qurrata Inn Riverside Resort Kuala Terengganu, saya terus berkejar ke Peringat Kota Bharu untuk Kuliah Perdana di Masjid Syuhada Kampung Bechah Mulong sebelum menyampai ceramah isu semasa di Lundang.

3. Merentas 3 negeri Pantai Timur dalam tempoh sehari dengan jadual program yang padat telah menjadi rutin. Segalanya dilaku untuk mencari mardhatillah dalam perjuangan suci ini. Tambahan pula amanah yang digalas sangat berat dan besar. Ianya terpaksa ditunai biarpun bertatih dan bertongkat paruh.

4. Rakan - rakan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia jua mengalami situasi serupa. Cadang saya semalam, boleh bersapa rindu pada sahabat seperjuangan yang juga Timbalan saya dalam DPPM biar hanya baru 3 hari berpisah. Malangnya beliau telah bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri satu program di sana sebelum memimpin delegasi DPPM ke konvensyen Pakatan Rakyat pada Isnin ini.

5. Kelihatan maklumat yang di update dalam kumpulan whatsapp DPPM petang kelmarin, sahabat saya, Naib Ketua DPPM yang baru sahaja sihat setelah seminggu lebih terlantar dipembaringan, kini telah berlepas ke Sabah untuk melangsaikan tanggungjawab perjuangan. Masing - masing dalam orbit tersendiri guna melunaskan amanah perjuangan sekaligus menepati roadmap DPPM membantu jamaah memenangi PRU 13 kelak.

6. Sambil memaksa mata lelap, jari jemari ini terus merekodkan memori bersulam emosi mengharungi karenah perjuangan ini. 1001 rasa terbit dari sebuah kepenatan dalam mengharungi pancaroba hidup sebagai seorang pemegang amanah perjuangan.

7. Terubat segala duka, terasa tenang dan lapang apabila menyaksikan betapa musuh - musuh Islam juga terkial - kial mencari rentak bagi menyaingi usaha gigih para pejuang Islam yang tidak pernah bosan dan jemu menjulang agamanya. Ternyata musuh Islam juga jauh lebih penat menghabiskan tenaga dan keringat untuk menyekat perkembangan Islam yang kian menyinar di bumi bertuah ini. Malah kepenatan mereka bertambah tenat apabila setiap usaha mereka untuk memadam cahaya hidayah hanya berdepan kemurkaan Allah swt saban ketika.

8. Bukan sahaja tenaga, bahkan musuh Islam terpaksa menghabiskan jutaan harta mereka bagi "membeli" hati manusia dengan penuh yakin pada "kuasa" harta yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa Allah swt adalah pemilik mutlak hati manusia. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan segala kepedihan bahawa harta mereka habis namun gagal untuk menyekat kesedaran dan kebangkitan khasnya dari generasi muda. Semakin tenat apabila mereka menyedari bahawa "umpan" mereka serba tidak menjadi kerana ummah kini sedar bahawa sandiwara tahap "drama bersiri" itu, telah diketahui plot dan kesudahannya.

9. Mengenang realiti ini, ia bagaikan terapi yang menghilangkan tekanan emosi dan meregangkan urat saraf yang kepenatan mengharungi kepadatan jadual rutin seharian. Sebagaimana sukar dan payah kita redah "sahara" perjuangan demi mencari sebuah kemenangan buat Islam, begitulah tidak mudah dan senang bagi musuh menafikan gelombang perubahan yang sedang melanda negara.

10. Kedudukan mereka semakin hari semakin tenat. Apalagi yang mereka tidak buat untuk sekat kebangkitan ummah bersama angin perubahan yang kian marak ? Harta telah ditabur, janji telah dihambur, projek telah dihulur, K Pop sudah dianjur, Gangnam Style sudah diatur ... Apalagi yang belum disusur ? Kecuali hanya mereka kini bagaikan buah yang menanti gugur.

*** Catatan Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Salam Perjuangan

Posted: 23 Feb 2013 11:04 PM PST

Salam Perjuangan


BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN

Posted: 23 Feb 2013 07:46 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.

Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.

"Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik; "Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda.. "Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.


"Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.


Beliau berkata, sejak PAS memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak Baginda yang kemudian lari ke Madinah.


"Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.


"Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan dan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan. Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram," katanya.


Beliau turut berkata, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.


"Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah PAS," katanya.
- SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan