CINA ISLAM (林川興) Posted: 27 Feb 2013 01:29 AM PST Tengkorak haiwan dijual di pasar Mali Posted: 27 Feb 2013 12:32 AM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
BAMAKO, Mali - Sejumlah tengkorak haiwan dijual di sebuah pasar di sini yang dipercayai boleh digunakan untuk mengubah kehidupan pembeli.
Gerai milik Adama Kamara menjual tengkorak buaya yang dipercayai boleh menguatkan tenaga batin. Tengkorak burung bayan dipercayai boleh membantu seseorang itu memperoleh pekerjaan.
Menurut kepercayaan penduduk tempatan, tengkorak anjing mampu mengubat sakit kepala. Kamara merupakan penjual ubat-ubat tradisional. - AFP
| Menggigil peluru dalam rumah Posted: 27 Feb 2013 12:19 AM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Murugan menunjukkan kesan pecah akibat beberapa das tembakan yang dilepaskan penjenayah hingga menembusi cermin dan tersasar ke dinding rumah. Dua lagi kesan tembakan ditemui di pintu cermin gelongsor rumah mangsa. Kereta mangsa turut berlubang akibat ditembak dari jarak dekat. SUNGAI SIPUT – "Saya ingat letupan itu bunyi mercun, tak sangka rupanya tembakan, menggigil tangan sebaik ternampak peluru dalam rumah," kata M Pubaneswary, 30. Pubaneswary berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, dia bersama ibu mentua serta anaknya tidur di bilik bahagian bawah dan atas rumah. Bagaimanapun, tidur mereka terganggu apabila mendengar bunyi letupan seakan mercun berhampiran kediaman mereka di Taman Jalong, di sini. Menurutnya, dia bersama ibu mentuanya cuba untuk melihat keadaan luar rumah, namun terkejut apabila menemui sebutir kelongsong peluru berhampiran televisyen di ruang tamu. "Panik dengan keadaan itu, saya segera hubungi suami, dia minta agar kami tidak keluar rumah dan tunggu sehingga dia balik," katanya. Insiden itu menyebabkan Pubaneswary bersama anak perempuannya berusia tiga tahun dan ibu mentuanya, M Mariamma, 67, berkurung selama hampir 20 minit dalam keadaan ketakutan. Mangsa, R Murugan, 40, berkata, ketika kejadian, dia berada di kedai minum di Khantan yang terletak kira-kira 10 kilometer sebelum bergegas pulang sebaik dihubungi isterinya. "Terkejut memang terkejut, mujur semua ahli keluarga selamat, saya sudah buat laporan polis berhubung kejadian ini untuk siasatan lanjut," katanya. Pernah terima gangguan Murugan yang juga adik kepada Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan mengakui, ia bukan insiden pertama kediamannya 'diganggu' apabila sebelum ini rumah sama pernah disimbah cat dan dibaling batu. Katanya, kejadian kelmarin disifatkan kemuncak daripada beberapa kejadian yang dialami mereka sekeluarga sejak 4 Februari lalu. "Sebelum ini pun, sebuah kereta berwarna putih dilihat sering berulang alik di hadapan rumah saya antara jam 1 hingga 2 pagi, namun ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa. "Saya tidak tahu apa motif mereka lakukan seperti ini, melihat kepada situasi kebelakangan ini, mungkin juga ia ada kaitan dengan politik," katanya yang bergiat aktif dalam Persatuan Perpaduan dan Kemajuan Rakyat Perak (Padu) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu kelancaran gerak kerja Barisan Nasional (BN) di peringkat bahagian. Sinar Harian difahamkan, sebelum ini timbul konflik pemilihan calon bagi kerusi Parlimen Sungai Siput apabila Padu Bahagian Sungai Siput mengumpul lebih 2,500 tandatangan bagi membantah cadangan pelantikan seorang calon bagi mewakili BN di kerusi itu. Bagaimanapun, Murugan yang juga Pengerusi Padu Sungai Siput enggan mengulas lanjut berhubung kaitan insiden itu dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis. Beliau berkata, buat masa ini, mereka sekeluarga tidak bercadang untuk berpindah dari rumah yang didiami sejak 30 tahun itu. Tergerak hati tidur awal Insiden kelmarin juga meninggalkan kesan cukup mendalam buat Mariamma yang selama ini sering menonton televisyen sehingga lewat malam. Katanya, pada hari kejadian, dia tergerak hati untuk tidur lebih awal berbanding hari biasa. "Saya selalu tidur dalam jam 1 atau 2 pagi dan habiskan masa menonton televisyen di ruang tamu, tetapi entah mengapa semalam (kelmarin) saya mengantuk dan mahu masuk tidur awal. "Baru sahaja nak lelap, tiba-tiba dengar bunyi letupan," katanya.
sinar/-
| Tidak terlintas berundur dari PAS - Haron Din Posted: 27 Feb 2013 12:10 AM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menjadi perhatian apabila Majlis Syura Ulamak menjelaskan pendirian mengenai kalimah Allah. Untuk menunjukkan berlaku pertelingkahan pendapat yang ketara, bukan saja dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan DAP, malah dalam PAS sendiri, media sering mengutip pandangan beliau, ada kalanya di luar konteks. Melalui internet, Dr Haron Din juga dihebohkan telah keluar PAS. Wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, SAIDAH HAIRAN dan jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, pada 18 Februari lalu, bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Hampir dua jam beliau berkongsi cerita. Berikut adalah petikan daripada wawancara tersebut. HARAKAH: Macam-macam khabar angin disebarkan, antara lain dalam internet, kononnya, Ustaz berhasrat meninggalkan PAS. Ramai yang bertanya dengan kami, minta dipanjangkan dengan Ustaz sendiri. DR HARON DIN: Memang banyak khabar angin tersebar. Ketika isu kalimah Allah muncul, dikatakan dua Haron akan tinggalkan PAS. Datuk Haron Taib dan saya tidak bercakap apa-apa pun. Malah hari ini, adik ipar dari Perlis telefon isteri saya, nak pastikan benarkah Haron Din meninggal dunia? Orang sengaja buat berita sensasi di waktu kita masih ada. Saya tidak ada niat menjelaskan kepada akhbar kerana saya percaya ia tidak akan menyelesaikan masalah, dan kadang-kadang boleh menjadi lebih buruk lagi. Sebelum ini dua tiga kenyataan saya diterbalikkan dan ini cukup memalukan. Bagaimana muka depan Utusan Malaysia hari ini, Ustaz lawan Karpal Singh? Selepas solat Subuh di surau, ada orang tanya, bila ustaz buat kenyataan lawan Karpal Singh. Bila pula ... itu diambil ketika saya berceramah di Taiping. Memang saya sebut akan pertahankan kalimah Allah kerana Allah tidak boleh dikufurkan kerana Allah itu Ahad. Itu keluar dalam Youtube. Tentang keluar PAS, tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam menghadapi isu ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah. Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir hendak keluar PAS. Selalu disebut beberapa penulis bahawa Haron Din nampak lembut tapi apabila buat keputusan dia amat tegas. Ketegasan saya itu dilihat sebagai permulaan untuk saya akan berkeras dengan pihak pimpinan PAS. Mungkin faktor itu menyebabkan saya ditafsirkan akan keluar meninggalkan perjuangan. Dalam menghadapi isu kalimah Allah ini atau apa sahaja isu, saya tidak pernah, malah tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS. Kalau ada orang tidak senang dengan sikap dan pendirian saya, itu cerita lain. Dimainkan media, tentang kalimah Allah, seolah-olah pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang dibacakan selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan, bercanggah dengan Majlis Syura Ulamak? Sekarang ada pihak melagakan seolah-olah Presiden PAS mengambil langkah yang silap dalam menyokong dan membuat deklarasi Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada orang yang bukan Islam. Saya hendak betulkan, saya tengok sendiri kenyataan bertulis Tuan Guru Abdul Hadi. Dia sebut pada saya, mana-mana orang termasuk orang kafir boleh menggunakan kalimah Allah dengan syarat tidak menyalahgunakan perkataan itu. Pemberita sengaja mengambil ayat pertama dan meninggalkan ayat kedua. Dengan lain perkataan, apabila ambil yang pertama saja, iaitu mana-mana orang termasuk orang kafir boleh menggunakan perkataan Allah, memang itu menjadi masalah. Syarat tidak menyalahgunakan perkataan itu tidak pula disebut. Syarat itu bermakna pendirian Presiden sama dengan pendirian Majlis Syura. Saya mengolah dan mengatakan bahawa, betul saya juga berpandangan dengan beliau, cuma ayat saya menggunakan ayat negatif dahulu, "tidak boleh dibenarkan ...." Presiden menggunakan ayat positif; "Boleh menggunakannya, tapi dengan syarat tidak menyalahgunakan." Isu asalnya, pihak Kristian meminta pihak berkuasa agama di Malaysia ini membenarkan mereka menterjemahkan perkataan-perkataan God dalam Bible itu dengan Allah. Itu itu asalnya, kita jangan lari. Saya sebut banyak kali, Allah menurut kefahaman, amalan dan pegangan kita, bahawa Allah itu selama-lamanya Tunggal, Esa, Ahad. Selain surah al-Ikhlas, menjadi amalan kita dalam wirid selepas memberi salam solat, maksudnya, "Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Dia, Allah yang Esa ... tanpa ada syirik dengan-Nya." Wirid ini kita ulang selepas solat 10 kali. Apabila sebut Allah sahaja mestilah Allah itu Esa, tidak boleh di tempat God, ia bukan yang satu, bukan yang Esa. Jadi, Presiden sudah tegaskan dari awal, tidak boleh salahguna. Sebab itu tidak sepatutnya menjadi pertelingkahan sesama kita kerana ia adalah benda yang senang difahami. Adakah isu kalimah Allah ini akan menyebabkan terjejasnya sokongan kepada Pakatan apabila rakyat menyaksikan bertelingkah pendapat sesama sendiri? Saya lebih melihat isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk menunjukkan pimpinan Pakatan tidak bersatu, lebih-lebih lagi PRU13 sudah di ambang pintu. Memang agenda lawan untuk melaga-lagakan kita. Kekuatan Pakatan semakin meningkat dan boleh menggugat kerajaan BN yang ada. Jadi bagaimana hendak mengalahkan Pakatan supaya tidak boleh kuat sampai boleh menumbangkan BN dengan mudah? Satu sahaja caranya, iaitu pecah-belahkan Pakatan. Jika Pakatan bersatu, ia memang ancaman besar yang boleh menyebabkan Umno-BN tersungkur. Mencari jalan supaya Pakatan berpecah memang agenda utama media. Dari dulu hingga sekarang, jika ada saja peluang untuk dilagakan sesama rakan kongsi dalam pembangkang, Umno-BN akan lakukan. Kebetulan timbul, antaranya isu kalimah Allah sekarang. Memang isu ini menyentuh perasaan dan hati nadi umat Islam. Kita berpegang kepada tahaluf siyasi, iaitu kita berkongsi dan bermuafakat menghadapi musuh politik yang sama. Hendak mengalahkan mereka memang agak sukar tapi dengan bersatu kita boleh. Di sinilah kita berpakat dan tidak berlawan sesama kita dalam pilihan raya. Yang kedua, ada kena mengena dengan dasar bagi setiap parti komponen Pakatan. Mungkin dalam DAP ada pegangan dia dan ada perkara yang mereka tidak boleh bertolak ansur. Dalam Pakatan Rakyat pun sama. Sama juga dalam PAS, kita ada al-Quran ada as-Sunnah. Sesuatu yang melanggar al-Quran, kita tidak boleh bertolak ansur. Matlamat terdekat Umno-BN, untuk menghadapi pilihan raya yang sengit ini, maka Pakatan akan digambarkan tiada persepakatan dan bertelagah sesama sendiri. Macam mana mereka hendak memerintah Malaysia jika bercakaran sesama parti komponen dalam Pakatan? Itulah gambaran media. Sedangkan pertelagahan lebih teruk berlaku sesama Umno. Begitu juga Umno dengan MCA, Umno dengan Gerakan tetapi tidak diuar-uarkankan media, yang dikawal ketat parti pemerintah. Sepatutnya rakyat Malaysia telah lama faham, ini bukan kali pertama kita menghadapi mainan media. Malah dari dulu lagi, setiap kali pilihan raya, maka akhbar atau media arus perdana, termasuk pilihan raya kecil apatah lagi pilihan raya umum, misalnya akan disiarkan hari ini 50 orang PAS masuk Umno. Selang sehari 100 orang PAS masuk Umno. Kalau kita kumpulkan berita orang PAS masuk Umno, mungkin dah tak ada orang dalam PAS. Tapi bila pilihan raya kita menang juga, atau kalau kalah, hanya kita kalah sedikit. Maknanya, berita seupama itu tidak ubah sebagai perang psikologi. Nak menggambarkan betapa lemahnya parti pembangkang, tapi sebenarnya tidaklah begitu. Saya mengharapkan rakyat, khususnya ahli dan penyokong PAS boleh faham situasi sebenar dan tidak terpengaruh dengan apa yang digambarkan sebagai pertelagahan dalam PAS, begitu juga khabar angin saya atau orang lain akan tinggalkan PAS. Bagaimana Ustaz melihat kesediaan pimpinan Pakatan Rakyat menangani perbezaan pandangan yang timbul, dengan kesedaran media sememangnya menunggu masa untuk mengeksploitasinya? Perbezaan pandangan dan pendapat dalam suatu organisasi besar, terutama apabila tiga parti membentuk satu gabungan, tidak mungkin selama-lamanya mereka bersatu pendapat. Hatta dalam rumahtangga, kita dengan isteri misalnya, sepatutnya tidak berlaku pergeseran kerana kita berkongsi hidup, berkongsi rumah, berkongsi anak, tapi kita berselisih pendapat juga. Yang penting, jika timbul perselisihan pendapat, kita boleh duduk bincang dan selesaikan. Macam kita selesaikan masalah pembahagian kerusi. Begitu juga dalam isu kalimah Allah. Kita ada landasan agama yang cukup jelas. Alasan yang kita pegang memang tidak boleh diubah. Sebab itu kita kena terima hakikat bahawa mereka juga yang ada benda, yang akan kita jumpa nanti, yang tidak boleh diubah. Saya lihat, ada perkara yang sepatutnya kita lebih awal duduk berbincang dan bermuafakat dalam semua masalah. Katakanlah, kita senaraikan apa yang menjadi halangan untuk kitaterus bersatu, bukan sahaja isu kalimah Allah, malah isu-isu lain juga. Sebelum keluar dalam akhbar dan akan menjadi bahan mainan media, ada eloknya kita berjumpa atau ketua-ketua parti berbincang lebih awal dan bawa balik kepada parti masing-masing terlebih dahulu supaya dapat kita buat langkah berjaga-jaga. Elok jangan dihebahkan kepada media sebelum persetujuan dapat dicapai. Kena kerap ada perjumpaan dan perbincangan dalaman dan jika perlu dirujuk kepada Majlis Syura, rujuk dulu. Dalam politik kadang-kadang hal yang remeh pun sengaja dijadikan isu. Sebenarnya ketetapan Majlis Syura banyak melegakan pihak dalaman kita. Kita kata perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Jika ia diterjemah dengan perkataan apa pun, maka ia akan rosak. Bukan rosak makna sahaja tetapi ia akan merosakkan akidah. Dalam al-Quran ada lebih 3,000 perkataan Allah. Dalam Bible satu kalimah Allah pun tidak ada. Mereka ada God sahaja. Kenapa pulak hendak dirosakkan hubungan baik antara kedua-duanya sejak sekian lama. Dalam organisasi kita, ada adab-adab berjemaah. Kalau dibuat keputusan oleh Majlis Syura,iaitu badan tertinggi, sepatutnya mengikut adab berjemaah, semua ahli kena sokong. Jikayang tidak sokong kerana ada pendirian peribadi, maka sepatutnya dia diam sahaja. Kalau timbul perpecahan dan sebagainya, takkan kita hendak ambil tindakan? Adab berjemaah itu mengkehendaki supaya kita akur apabila kita sudah ada keputusan. Media dan Umno sendiri memang meletakkan PAS sebagai sasaran utama, bagi memalitkan imej buruk terutama pada kaca mata umat Islam. Mereka mahu gambarkan PAS sentiasa berundur ke belakang apabila timbul bantahan berkaitan Islam. Memang menjadi mainan media hendak menggambarkan PAS dalam Pakatan Rakyat ini sentiasa berada dalam keadaan defensif. Apabila diserang kita digambarkan berundur ... sebenarnya tidak begitu. Macam kalimah Allah, kita mara ke hadapan dan tidak ke belakang. Kita pertahankan. Sewaktu heboh dikatakan Ustaz keluar PAS, difahamkan sebenarnya Ustaz sudahpun diptuskan bertanding dalam PRU13 di Perlis. Ustaz terima tawaran itu? Saya pernah menawarkan kepada kepimpinan PAS Perlis agar tidak disenaraikan untuk bertanding dalam PRU13 kerana tidak cukup sihat fizikal. Semua orang tahu. Tidak ada orang di Malaysia jantung dibedah lima kali, saya seorang saja (ketawa). Umur sudah lanjut memang saya terasa banyak kekurangan. Lagi pula sibuk dengan kerja dakwah Darussyifa yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Perhubungan PAS Perlis memanggil saya bersemuka. Saya diputuskan kena bertanding Dun dan Parlimen. Malah Ustaz Hashim Jasim dan Rus'sele Eizan menawarkan Dun yang dimenangi mereka. Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja. Saya tolak tawaran itu. Mesyuarat tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau. Kalau saya berhasrat menarik diri daripada perjuangan, tentulah saya tidak bersedia bertanding. Lagi pun tiada alasan saya hendak meninggalkan perjuangan. Saya sendiri telah mendukungnya sejak 1975, iaitu apabila dicalonkan bertanding Jawatankuasa Agung PAS. Saya dapat undi terbanyak. Ketika itu umur saya 35 tahun. Saya pegang jawatan sampailah pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dilaksanakan. Auku mulanya tidak keras, masih boleh pegang jawatan. Sampailah saya dapat surat, jika hendak bergiat politik, silakan, tapi kena bayar balik biasiswa PhD, nilainya 10 kali ganda. Apabila cukup umur 55 tahun pencen, saya tidak mohon bekerja 'part time' seperti lazimnya. Saya aktif semula, dengan jawatan awal Ketua Penerangan PAS Pusat. Kemudiannya dilantik Timbalan Mursyidul Am, sampailah hari ini. Ia menggambarkan saya tetap bersama dengan kepimpinan dan saya akan bagi sumbang bakti sampai Allah menentukan apa kesudahannya. Nasihat Ustaz kepada masyarakat Islam yang masih sangsi dengan perjuangan Islam PAS? Tidak dinafikan PAS sebagai parti Islam tidak mendapat dukungan sepenuhnya umat Islam. Keahlian PAS sendiri walaupun sudah berumur lebih setengah abad sekitar sejuta lebih. Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia lebih banyak termakan asakan media dan tawaran penghidupan berasaskan nilai kebendaan, yang meremehkan nilai kerohanian dan tidak menggambarkan Islam itu sebagai wadah yang wajib diimani dan dilaksanakan dalam kehidupan. Mesej ikrar kita dalam solat, bahawa setiap Muslim tidak boleh terpisah dengan Allah SWT dalam semua gerak kerjanya, tidak dihayati. Isu lama, agama suku politik suku sebenarnya antara yang menjadi punca besar masalah ini. Maka PAS sebagai sebuah parti Islam, wadah perjuangan kebenaran, tidak sampai kepada orang ramai melainkan yang dirosakkan oleh media tentang PAS memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan sebagainya. Kemampuan kita untuk menyampaikan mesej parti terhalang. Apapun kita tetap bersyukur, keahlian PAS makin bertambah. Bukan ahli kita sahaja bertambah, sokongan pengundi juga bertambah. Mutakhir ini dengan adanya media baru, seperti laman web, blog, Facebook dan Youtube, ia telah mengubah persepsi masyarakat kepada perjuangan kita. Penggerak parti turut menunjukkan komitmen tinggi melaksanakan dakwah dan kerja-kerja penerangan di seluruh pelosok negara. Masyarakat juga semakin jelas dengan propaganda murahan Umno yang mendakwa memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu. Selama lebih 55 tahun mereka berkuasa, ternyata agama kita rugi, ekonomi kita rugi, masalah sosial bertambah parah. Kita masih terkebelakang berbanding orang lain. Kesedaran itu kini menghambat Umno. Sekarang mereka berhempas pulas hendak mempertahankan kuasa dengan apa jua cara, tetapi rakyat semakin sedar. Rakyat tidak mudah ditipu atau diperbodohkan lagi. Atas asas itulah kita tidak boleh berhenti berjuang, media kita kena terus giat memberi penjelasan. Aktivis kita harus lebih proaktif bergerak. Salah faham selama ini mesti diperbetulkan. Kita akan memimpin umat Islam untuk mereka hidup bahagia dunia sampai akhirat. Jangan lupa kita akan bangun di Padang Mashyar dan akhirnya kita akan masuk syurga. Jadi kalau kita tinggalkan penghayatan hidup beragama dan hanya pentingkan dunia sahaja, macam Umno mengajak orang kepada dunia sahaja, maka masyarakat akan rugi. Nampaknya seperti ada pendekatan baru Umno menyerang PAS sehingga mereka berani mendakwa bahawa haram menyokong PAS. Juga dikatakan ada barisan ulama muda dalam Umno bagi berdepan dengan PAS dalam isu-isu agama. Adanya ulama muda dan tua tidak menjadi benda yang ganjil. Sebab manusia selama-lamanya akan terpengaruh dengan kepentingan peribadi. Orang yang mendakwa mengundi PAS itu haram dan mengundi Umno itu wajib, kita nak tengok juga alasan mereka terlebih dahulu. Mereka menggunakan alasan PAS bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang hudud, maka dengan itu dikatakan undi PAS adalah haram. Jika PAS dikatakan bersekongkol dengan orang yang menentang hudud, dan dengan itu haram sokong PAS, maka bagaimana pula Umno sendiri yang menentang hudud. Yang dikatakan wajib menyokong Umno ... sedangkan Umno itu sendiri menentang hudud, iaitu lebih teruk daripada DAP menentang hudud. Saya masih ingat surat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 1993, ketika Kanun Jenayah II Kelantan hendak dilaksanakan. Surat itu memberi amaran keras jika kerajaan Kelantan melaksanakan hudud, kerajaan Pusat tidak teragak-agak mengambil tindakan keras. Surat itu tidak ditarik balik sampai ke hari ini. Maknanya, bukan sahaja pemimpin agungUmno yang menentang hudud, malahan orang-orang Umno juga mempermain-mainkan hudud. Kita juga pernah dengar, misalnya ucapan siapa nak sup tangan, pergilah ke Kelantan. Jelas mereka menentang hudud. Umno yang memegang kuasa selama 57 tahun ini, pernahkah mereka mengatakan hendak laksanakan hudud. Dengan sendirinya mereka termasuk dalam kelompok orang yang menentang hudud. Ya, jika PAS yang masih tetap mempertahankan Islam, cuma berkawan dan bertahaluf dengan pihak yang menentang hudud, maka dikatakan haram menyokong PAS, maka Umno yang menjadi ketua kepada BN, dia sendiri menentang hudud, bagaimana pula? Sepatutnya kalaulah alasan itu dipakai, maka undi PAS pun haram dan undi Umno pun haram juga. Ini yang kita bincang, dalam istilah politiknya tahaluf siyasi. Bila tahaluf siyasi, maka kita bertahaluf dengan bukan Islam. Boleh atau tidak kita bertahaluf dengan bukan Islam? Nabi jawab boleh. Sebab Nabi bertahaluf dengan Bani Quraizah. Apabila Bani Quraizah melanggar tahaluf, baru Nabi berperang dengan mereka. Tahaluf itu kerjasama. Boleh atau tidak orang Islam bekerjasama dengan orang kafir? Orang kafir ini selamanya tidak akan terima Islam. Jawapannya, boleh. Nabi semasa hendak berpindah ke Madinah bekerjasama dengan orang kafir. Kenapa Nabi bekerjasama dengan orang kafir untuk tunjuk jalan ke Madinah? Apakah Jibril tidak boleh tolong tunjuk jalan kepada Nabi? Apakah Nabi tidak boleh dapat wahyu tunjuk jalan ke Madinah. Mengapa ambil orang kafir untuk tunjuk jalan? Nabi juga bekerjasama dengan orang kafir dalam muamalat. Nabi gadai baju besi kepada Yahudi. Sampai Nabi wafat, baju besi itu ada pada orang Yahudi itu. Adakah tidak ada orang Islam yang boleh tolong Nabi sehingga kena gadai baju? Tidakkah menantunya Uthman Affan kaya, bapa mentuanya, Umar Al-Khattab kaya. Tapi ia bukan soal kaya miskin. Nabi nak beritahu umat Islam boleh bekerjasama dengan orang kafir. Jadi, dari mana datangnya haram bertahaluf dengan bukan Islam itu? Sedangkan haram hukumnya jika kita mengharamkan benda yang tidak haram atau mengharamkan barang yang dihalalkan Allah. Tahaluf itu tetap halal disebabkan Nabi buat. Apabila Nabi buat, maka halallah apa yang kita buat ini kerana ia menurut tindakan Nabi. Jika kita haramkan barang yang Allah halalkan, itu dosa yang amat besar. Maka sebab itu undi PAS dibolehkan, diharuskan, malah disyariatkan, dan ada masanya wajib hukumnya. harakah/-
| Kembalikan nilai sudut pidato di UKM Posted: 26 Feb 2013 11:58 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) berpendirian bahawa pentadbiran UKM bertanggungjawab terhadap kematian sudut pidato di universiti itu.
"Sudut pidato ini mesti dinaik taraf baik dari aspek tempat dan juga sistem perlaksanaannya," ujar Setiausaha Agungnya, Muhamad Razif Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian berikutan Wacana Sinar Harian Siri ke-17 yang mengupas tajuk Kuasa Politik Mahasiswa, semalam.
Katanya, ISIUKM berpandangan adalah penting untuk pihak pentadbiran UKM mengambil perhatian secara serius berkaitan kritikan salah seorang panelis yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) merangkap Presiden Ikatan Studi Islam UKM, Muhamad Azan Safar terhadap sudut pidato UKM yang tidak bermaya dan lesu.
Muhamad Azan Safar di dalam petikan akhbar sinar harian hari ini menyebut:
'Inilah masalah yang berlaku. Diwujudkan 'Speaker's Corner' kononnya untuk melatih mahasiswa bersuara, tetapi sudahlah tempatnya jauh di belakang daripada tumpuan, kini ada yang langsung sudah tidak hidup lagi seperti di UKM yang digunakan oleh peniaga kedai makan'.
"Sudut pidato ini merupakan lambang kesuburan budaya demokrasi di kampus.
"Di sinilah tempat untuk mahasiswa melontarkan idea pandang mereka walaupun berbeza ideologi dan pandangan, tetapi inilah yang dikatakan sebagai idealisme mahasiswa yang sarat dengan idea dan kritikan," ujar Muhamad Razif lagi.
Katanya, sudut pidato mesti diletakkan di tempat perkumpulan dan tumpuan pelajar serta berikan kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk memanfaatkannya tanpa perbanyakkan kerenah birokrasi seperi perlu meminta izin HEP untuk mendapatkan keizinan menggunakannya.
Apa yang mengecewakan, katanya sudut pidato UKM yang berada di kawasan tidak strategik bahkan hari ini sudah menjadi tempat diletakkan meja-meja makan bagi gerai-gerai makanan berdekatan.
Beliau berkata, betapa penghinaan yang besar terhadap demokrasi kampus dan Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajardan Alumni UKM, Prof Datuk Ir. Othman A. Karim mesti bertanggung jawab di dalam hal ini.
Hal ini juga, kata beliau adalah selari dengan semangat pelancaran semula sudut pidato oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2009 yang lalu berikutan Auku yang telah dipinda pada bulan Februari tahun tersebut.
"Namun hari ini semangat itu telah dicabul oleh sikap tidak bertanggungjawab pentadbir universiti hari ini," ujarnya lagi.
harakah/-
| Penceroboh Lahad Datu sedia pertahankan diri Posted: 26 Feb 2013 11:56 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu berikrar untuk mempertahankan diri sekiranya pihak berkuasa negara ini mengusir mereka dengan kekerasan daripada kawasan perkampungan nelayan yang diduduki sejak awal bulan ini.
"Kami bersedia mempertahankan diri," kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.
Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.
Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.
"Kami mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir kami dengan kekerasan," kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan telefon tersebut.
"Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami," katanya yang menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak daripada pendapatan Sabah.
Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.
Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak 12 Februari.
malaysiakini/- | Token judi jadi angpau Posted: 26 Feb 2013 11:51 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Token judi bernilai RM1 yang didakwa diberikan kepada segelintir pengunjung rumah terbuka itu. GEORGETOWN - Beberapa pengunjung Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran salah seorang wakil rakyat di sini terkejut apabila menerima angpau dalam bentuk token judi. Kejadian berkenaan disedari salah seorang pengamal media yang turut menghadiri majlis berkenaan. Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Jane berkata, ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Menurutnya, kesemua pengunjung diberikan token yang bernilai RM1 itu. "Ini adalah kejadian pertama kali yang mana pengunjung dapat token untuk berjudi, pada saya ia adalah sesuatu yang tidak patut kerana ada dalam kalangan pengunjung kaum Cina mengeluh bila mereka dapat token judi sahaja," katanya. Secara peribadinya, dia menganggap wakil rakyat berkenaan seolah-olah cuba menipu tetamu kerana ramai pengunjung yang datang berkerumun untuk mendapatkan angpau. Namun kemudiannya kecewa setelah membuka sampul kecil berwarna merah itu. Sebagai orang Cina sendiri, Jane berkata, tindakan wakil rakyat berkenaan adalah melanggar tatasusila. Tegasnya, tidak semua kaum Cina suka berjudi. "Kenapa dia tidak berikan sahaja angpau dalam bentuk duit, jika tidak mampu boleh agihkan sahaja limau sudah cukup. "Saya tidak tahu sama ada di rumah terbuka lain anjuran wakil rakyat yang sama turut memberikan token judi ataupun tidak," katanya. Tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin kawasan berkenaan, Jane memuat naik gambar token berkenaan di laman twitter peribadinya. Rumah terbuka yang diadakan pada pertengahan Februari lalu itu turut dihadiri ratusan tetamu. Dipercayai wakil rakyat yang sama menganjurkan acara rumah terbuka pada setiap tahun selepas kemenangannya pada tahun 2008.
sinar/- | Pemuda Gombak rakam semula lagu Cina Posted: 26 Feb 2013 11:45 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - GOMBAK: Selepas kejayaan lagu PAS Untuk Semua dan Semarak Hijau, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) melalui Lajnah Perpaduan Nasional mengorak langkah merakam kembali lagu berbahasa Cina yang bertajuk Bulan Mewakili Hatiku atau dalam bahasa Cina berjudul Yue Liang Dai Biao Wo De Xin.
Lagu yang pernah dipopularkan oleh Teresa Teng, dirakam oleh dinyanyikan semula oleh Ustaz Muhammad Ibrahim yang dikenali Ustaz Mad Cina.
Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPG, Ahmad Abdullah Sanek, yang juga, lagu itu dirakam untuk mendekatkan orang berbangsa Tionghua dengan PAS sebagai parti Islam yang ditakut-takutkan oleh pihak pemerintah.
Lagu itu dirakam dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Gombak yang dipengerusikan oleh Ustaz Mad sendiri.
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim pula berkata, pihaknya berbangga kerana mempunyai pemimpin yang boleh menyanyikan lagu Cina.
"Kita berbangga di Gombak kerana kita ada seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah dia seorang Ustaz Mad yang dikenali dan berparti PAS boleh menyanyikan lagu Cina yang begitu popular di kalangan masyarakat Cina khususnya.
"Lagu ini juga begitu sinonim dengan PAS kerana ia mempunyai makna Bulan Mewakili Hatiku yang begitu dengan dengan ahli-ahli PAS," katanya.
harakah/- | Undi BN: Cuepacs harus profesional Posted: 26 Feb 2013 11:40 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kesatuan Kakitangan Awam Kebangsaan (Cuepacs) harus bertindak lebih profesional dalam menjalankan tanggungjawab serta dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.
Exco Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman yang menggesa kakitangan awam menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dilihat satu tindakan tidak wajar.
Malah menurut Firdaus lagi, jika Omar ingin bergiat dalam bidang politik serta sikap beliau yang bias kepada BN, Omar perlu segera melepaskan jawatan sebagai presiden kesatuan itu bagi tujuan menyelamatkan Cuepecs.
"Tindakan Omar yang menggesa kakitangan awam menyokong BN adalah suatu yang tidak wajar, sedangkan ia adalah hak kakitangan itu sendiri untuk menyokong mana-mana parti yang mereka kehendaki.
"Selain itu juga Cuepacs perlu menjadi sebuah badan yang lebih profesional bukannya sebahagian anggota parti kerana tindakan tersebut akan menyebabkan kakitangan awam akan hilang kepercayaan rakyat," jelas beliau.
Ahli Parlimen Jerai itu juga memberitahu, tindakan Omar yang menghasut kakitangan awam agar menyokong BN menunjukkan kegagalan beliau menjalankan tanggungjawab mewakili kakitangan awam.
Katanya, Omar sepatutnya memberi kebebasan kepada penjawat awam dalam konteks negara demokrasi serta memperjuangkan tuntutan kakitangan awam pada tahap yang lebih maksima agar kehidupan mereka lebih terjamim.
Sementara itu, Firdaus turut menggesa Omar memperjuangkan isu kebajikan kakitangan awam khasnya isu 13,000 orang yang masih berstatus kontrak yang tidak diserapkan ke jawatan tetap.
Kepada kakitangan awam pula katanya, harus membuat penilaian yang wajar sebelum membuat keputusan di kertas undi pada PRU13 nanti.
Pakatan Rakyat jelasnya kini memberi jaminan kebajikan yang lebih baik kepada penjawat awam khasnya dalam soal pinjaman perumahan yang dahulunya 4 peratus dan akan diturunkan.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji beberapa aspek kebajikan khasnya gaji dalam mempastikan beban kerja yang dilakukan kakitangan awam setimpal dengan ganjaran.
harakahdaily/- | Najib tolak, tiada sebab sokong Umno BN Selangor Posted: 26 Feb 2013 11:38 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Perlantikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Selangor membuktikan pemimpin Umno di negeri itu tidak mempunyai kelayakan. Sehubungan itu, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) 'bersimpati' dengan kepimpinan Umno di Selangor kerana lantikan tersebut menunjukkan Najib seolah-olah hilang kepercayaan kepada mereka. Malah menurutnya lagi, keputusan yang diambil itu juga membuktikan Umno Selangor tidak mempunyai seorang invidu yang betul-betul berkaliber untuk memegang jawatan tersebut. "Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor saya bersimpati dengan pimpinan Umno Selangor atas perlantikan tersebut seolah-olah mereka tidak mempunyai calon yang berkaliber untuk memegang jawatan tersebut. "Najib yang dari jawatan Perdana Menteri perlu jadi Pengarah Pilihan Raya negeri seolah-olah menunjukkan beliau hilang kepercayaan kepada Umno mahu pun Barisan Nasional negeri bagi menghadapi pilihan raya nanti," jelasnya kepada Harakahdaily. Kata Abdul Rani lagi, tidak ada alasan kukuh boleh dipertikaikan kerana orang Selangor lebih mengetahui apa yang berlaku di negeri itu, justeru kenapa Najib perlu mengambil peranan itu kalau bukan kerana hilang kepercayaan kepada Umno negeri. Katanya, desas desus wujudnya perbalahan dalam kepimpinan Umno di Selangor juga terbukti sehingga Najib perlu menanggung risiko bagi mengelakkan ia bertambah parah. "Dalam keadaan ini rakyat boleh menilai bahawa Umno Selangor sudah hilang ketokohan dan kepercayaan sehinggakan Najib terpaksa turun padang memegang jawatan itu. "Atas sebab itu jugalah rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya nanti dan terus menolak Umno Barisan Nasional, apa sebab untuk kita memilih mereka sedangkan Najib sendiri pun tidak mempercayai kepimpinan Umno Barisan Nasional Selangor," sambung beliau lagi.
harakahdaily/- | Populariti PM: Sokongan menurun, kemarahan meningkat Posted: 26 Feb 2013 11:37 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendapati sokongan terkini rakyat terhadap Perdana Menteri semakin merosot berbanding kajian yang beberapa bulan sebelum ini. Pada masa sama, kajian juga mendapati kemarahan rakyat terhadap beliau pula semakin meningkat. Kajian tersebut dibuat antara 23 Januari hingga 6 Februari, mengambil seramai 1,021 responden dari kalangan pengundi berdaftar dengan pecahan 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Hasil kajian yang didedahkan semalam itu menunjukkan, sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak menurun kepada 61 peratus berbanding 65 peratus pada Oktober 2012. Firma kajian itu menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya dari kalangan orang Melayu. Bulan lalu sokongan Melayu terhadap Najib pada tahap 77 peratus namun kini turun kepada 73 peratus. Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati kadar kemarahan rakyat terhadap Najib meningkat kepada 32 peratus berbanding 30 peratus Disember tahun lalu. Pecahan dari segi bangsa pula mendapati, kemarahan masyarakat Melayu terhadap pentadbiran Najib meningkat kepada 32 peratus berbanding 24 peratus pada Mei 2012, diikuti mayarakat India 43 peratus berbanding 41 peratus sebelum ini. Menurut firma itu, tinjauan itu dijalankan selepas berlaku beberapa peristiwa besar dalam politik negara. Ianya termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Projek IC oleh Suruhanajaya Siasatan Diraja di Sabah, dan pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
harakahdaily/- | Masalah Jalanraya Di Luar Bandar Sarawak Masih Teruk Posted: 26 Feb 2013 10:30 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Masalah jalanraya di luar bandar Sarawak masih lagi teruk walaupun sudah banyak kali perkara ini dibangkitkan dalam sidang parlimen. Peruntukan berjuta-juta ringgit sehingga mencecah berbillion ringgit telah diperuntukan untuk jalanraya di luar bandar namun masalah jalanraya di Sarawak masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Kita sudah sering kali mendengar ada wakil rakyat atau menteri berjanji untuk mengatasi masalah ini tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan berlaku, kalau ada pun hanya tampalan keatas jalan yang sedia ada saja.
Mengapa perkara ini boleh berlaku? Dimana kesilapannya, adakah berlaku ketirisan atau sebagainya? Perkara ini perlu disiasat sehingga ke akar umbi untuk mengetahui siapa sebenarnya yang melakukan penyelewengan keatas peruntukan yang berbilion ringgit tersebut.
Antara jalanraya yang menghadapi masalah teruk sehingga kini adalah jalan ke Kampung Muhibbah, Ladang 3, KM 76 Jalan Lama Miri-Bintulu. 95% penduduk adalah bangsa Bugis, majoriti asal Indonesia dan mendapat kewarganegaraan zaman Tun Rahman Yaakub. Mereka bekerja sebagai petani dan juga bekerja dengan syarikat perladangan kelapa sawit.
Walaupun mereka ini penyokong kuat kerajaan BN (Barisan Nasional) tetapi keadaan jalanraya di kampung mereka masih lagi teruk dan jauh ketinggalan. Mereka seolah-olah masih lagi tinggal dalam keadaan 40 tahun yang lalu dengan keadaan jalan yang berlumpur, becak sewaktu hujan dan keadaan jalan berlubang.
Sepatutnya dengan adanya peruntukan yang berbilion ringgit kawasan luar bandar Sarawak mendapat jalanraya yang elok dan sesuai untuk semua kenderaan tetapi malangnya walaupun sudah berpuluh tahun di bawah kerajaan BN, keadaan jalanraya masih lagi teruk dan tidak selamat untuk pengguna jalanraya.
Kita mengesa agar pihak kerajaan segera mengatasi masalah ini, jangan hanya berjanji perkara yang sama setiap kali menjelang musim pilihanraya tetapi apabila selesai pilihanraya perkara ini senyap begitu saja tanpa sebarang tindakan diambil untuk mengatasinya.
Semoga kerjasama dengan pihak yang berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah ini dari berlarutan. Kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | 19 maut belon udara panas meletup Posted: 26 Feb 2013 09:35 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KAHERAH - Sebuah belon udara panas meletup semasa ia terbang melintasi bandar Luxor semalam menyebabkan 19 orang terbunuh, kata seorang pegawai keselamatan
Antara yang terbunuh itu ialah pelancong Hong Kong, Jepun, Perancis dan Britain. Belon tersebut yang membawa 21 orang terbang pada ketinggian 300 meter di Qurna, Luxor. Ia meletup selepas berlaku kebakaran di Qurna.
Dua orang yang terselamat termasuk pengendali belon tersebut dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Serpihan badan mangsa bertaburan di atas tanah selepas belon tersebut meletup. Gabenor Luxor, Ezzat Saad mengarahkan semua penerbangan belon dilarang ekoran kejadian itu. - Agensi
Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja. Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita. Kampung itu sebahagian daripada habitasi paling pedalaman di dunia dan ada beberapa kampung hanya mempunyai seorang penduduk sementara yang lain tidak lebih empat atau lima, lapor The Siberian Times. Suhu di wilayah itu mencecah sehingga 40 darjah selius di bawah beku pada musim sejuk dan teramat panas pada musim panas. Ketidakseimbangan jantina itu didedahkan pada Hari Pembela Negara, acara tahunan bagi memberi penghormatan terhadap peranan lelaki pada setiap 23 Februari. Bagaimanapun, apabila diambil kira jumlah penduduk seluruh Krasnovarsk, wilayah kedua terbesar di Russia, jumlah penduduk wanitanya melebihi penduduk lelaki dengan angka 193,000. - Daily Mail - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20kampungtiadawanita/Article/index_html#sthash.CRZtDAAO.dpuf
| Manifesto PR: Tawaran terbaik untuk rakyat Sabah Posted: 26 Feb 2013 08:30 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KOTA KINABALU: Pemimpin Barisan Nasional diingatkan agar tidak dilihat 'orang hilang akal' dengan menyerang manifesto Pakatan Rakyat yang baru sahaja dibentang pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4, Isnin lalu. Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu (gambar) menegaskan, jika Barisan Nasional yakin mereka mendapat kepercayaan dan sokongan yang kuat daripada penyokong, maka mereka juga perlu mengisytiharkan manifestonya kepada semua rakyat Malaysia. "Kalau benar apa yang manifesto Pakatan Rakyat itu salah dan tidak betul, maka saya kira, mereka juga perlu mengeluarkan manifestonya. "Menyerang manifesto Pakatan Rakyat dilihat mencerminkan pemikiran sebenar pemimpin Barisan Nasional yang kelihatan gelabah dan huru-hara dengan tawaran menarik Pakatan Rakyat kepada rakyat," ujarnya. Menurut Lahirul, rakyat Sabah telah diberikan tawaran menarik oleh Pakatan Rakyat dan sudah semestinya mereka turut tertanya-tanya di mana tawaran Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya ini. "Pakatan Rakyat sudah menawarkan yang terbaik kepada rakyat terutama di Sabah termasuk dalam menyentuh intipati Perjanjian Malaysia dengan mengembalikan semula autonomi kepada Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan. "Termasuklah juga dalam pemberian royalti minyak daripada 5% kepada 20%, ada pemimpin Barisan Nasional dakwa akan mengakibatkan kerugian dalam industri Petronas dan Negara. Sedangkan, apa yang berlaku antara tol-tol dan kensensi lebuhraya di Semenanjung Malaysia, mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda walaupun angka sebenar perbelanjaan telah melepasi had tempoh," jelas Lahirul. Katanya, pemimpin Barisan Nasional di negeri ini perlu bersikap adil kepada rakyat Sabah dan bukan bertindak membelakangkan rakyat sendiri yang terpinggir serta dipinggirkan oleh pemimpin anak negeri sendiri. "Apa yang dikecapi oleh pemimpin, mesti juga dirasai oleh rakyat bawahan. Jangan ada pemimpin yang rumahnya besar, keretanya besar. "Tapi masih berkira-kira dalam isu menaik taraf kehidupan dan keselesaan rakyat. Ini kezaliman," tegas beliau. Beliau turut mempertikan kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang masih lagi berangan-angan dan tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat juga sudah memerintah di beberapa buah negeri termasuk hamper menguasai keseluruhan Wilayah Persekutuan. "Di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Barisan Nasional merupakan pembangkang. Mana boleh mereka jelajah negeri berkenaan, mereka dakwa mereka sebagai kerajaan. Itu yang saya katakan, mereka ini sudah tidak nampak kebenaran. Mereka meracau hingga ke subuh. "Apa yang perlu ialah, biar rakyat yang menilai dan mengadili manifesto setiap parti sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia sudah bijak," katanya.
harakah/-
Bongkar aib penggali kuburOleh Arifin Salleh Alor Gajah: Tindakan seorang penggali kubur menyewakan sebuah rumah untuk kekasihnya selain berlagak seperti pasangan suami isteri sejak hampir setahun lalu terbongkar selepas diserbu ahli jawatankuasa (AJK) masjid bersama polis di sebuah taman perumahan di Kampung Sungai Petai, di sini, petang kelmarin. Serbuan diketuai Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maaruf bersama ahli jawatankuasa masjid serta sepasukan polis hasil maklumat awam pada jam 4 petang. Harian Metro difahamkan, penggali kubur berusia 30-an itu menyewakan rumah milik arwah bapa saudaranya itu RM200 sebulan dan sering bermalam di rumah kekasihnya yang juga pelajar sebuah kolej berusia 20-an. Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang berasmara di ruang tamu rumah sewa mereka sambil menonton televisyen. PENGGALI kubur dan pasangannya ditahan imam serta AJK Masjid Kampung Sungai Petai, Alor Gajah. "Selepas memberi salam, pasangan yang menyedari kehadiran pasukan serbuan kelam-kabut. Penggali kubur yang ketika itu berseluar pendek mempersoalkan tindakan iman bersama jawatankuasa masjid dan polis yang melakukan serbuan di rumah berkenaan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bongkaraibpenggalikubur/Article#sthash.waXyI1wF.dpuf Bongkar aib penggali kuburOleh Arifin Salleh Alor Gajah: Tindakan seorang penggali kubur menyewakan sebuah rumah untuk kekasihnya selain berlagak seperti pasangan suami isteri sejak hampir setahun lalu terbongkar selepas diserbu ahli jawatankuasa (AJK) masjid bersama polis di sebuah taman perumahan di Kampung Sungai Petai, di sini, petang kelmarin. Serbuan diketuai Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maaruf bersama ahli jawatankuasa masjid serta sepasukan polis hasil maklumat awam pada jam 4 petang. Harian Metro difahamkan, penggali kubur berusia 30-an itu menyewakan rumah milik arwah bapa saudaranya itu RM200 sebulan dan sering bermalam di rumah kekasihnya yang juga pelajar sebuah kolej berusia 20-an. Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang berasmara di ruang tamu rumah sewa mereka sambil menonton televisyen. PENGGALI kubur dan pasangannya ditahan imam serta AJK Masjid Kampung Sungai Petai, Alor Gajah. "Selepas memberi salam, pasangan yang menyedari kehadiran pasukan serbuan kelam-kabut. Penggali kubur yang ketika itu berseluar pendek mempersoalkan tindakan iman bersama jawatankuasa masjid dan polis yang melakukan serbuan di rumah berkenaan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bongkaraibpenggalikubur/Article#sthash.waXyI1wF.dpuf | Tapir jantan 100kg mati dilanggar Posted: 26 Feb 2013 08:13 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM – Seekor tapir jantan dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 11, Jalan Batu Arang berhampiran hutan simpan Bukit Cherakah di sini semalam. Bangkai tapir seberat lebih 100 kilogram itu dijumpai orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan pada pukul 9.15 pagi dan kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.
Difahamkan, ia merupakan kali keempat kejadian tapir mati dilanggar di sekitar kawasan terbabit sejak tahun 2005.
Penolong Pengarah Perhilitan negeri, Ahmad Sahrizan Mohd. Nawawi berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati haiwan berusia kira-kira 15 tahun itu telah mati di tepi jalan raya.
Menurutnya, tapir tersebut mati akibat cedera di badan, kepala dan patah kaki selepas dipercayai dilanggar dan diseret sejauh kira-kira 30 meter oleh sebuah kenderaan yang menuju ke Puncak Alam.
"Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi tadi (semalam) namun sehingga kini tiada maklumat mengenai jenis kenderaan yang melanggar haiwan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
kosmo/- | Jumpa tengkorak dalam lubang Posted: 26 Feb 2013 08:11 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
JOHOR BAHRU – Berkat solat hajat dan mengikut gerak hati, seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, dia dan empat lelaki menemui tengkorak, cebisan tiub tayar dan plastik yang terbakar di dalam lubang tempat rangka Nurul Nadirah Abdullah ditemui pada 8 Mac 2012.
Alan Alip, 50, yang merupakan datuk mangsa bunuh, Nurul Nadirah, 5, atau Dirang dalam keterangannya memberitahu, kesemua barangan itu ditemui di sebuah kawasan rumah terbengkalai di Nusa Damai, di sini. "Saya bersama jemaah surau sebelum itu mengadakan solat hajat. Kami kemudian memulakan pencarian mengikut gerak hati sendiri sehingga di kawasan rumah terbengkalai itu lapan hari selepas Dirang dilaporkan hilang.
"Di situ, saya lihat dinding simen berwarna hitam seperti kesan terbakar dan apabila menghampiri kawasan tersebut, saya nampak seperti tengkorak di dalam sebuah lubang. Saya juga terlihat ada cebisan tiub tayar dan plastik yang sudah terbakar di dalam lubang berkenaan," katanya di hadapan hakim Datuk Abdul Halim Aman.
Bagaimanapun Alan berkata, ketika itu, dia tidak tahu rangka berkenaan milik siapa dan bertindak menghubungi polis.
kosmo/-
| Kapal ditahan bersama minyak curi RM252 juta Posted: 26 Feb 2013 08:04 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
JOHOR BAHRU - Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang di sini pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.
Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.
Katanya, APMM menjejaki kapal itu selepas menerima laporan sebuah syarikat, Glammarine Services, yang mendakwa kapal itu telah hilang ketika berlabuh di perairan Tanjung Agas.
"Kami juga berjaya menemui semula semua muatan kapal itu.
"Ini adalah kes paling besar yang pernah dikendalikan oleh APMM," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
kosmo/-
| Hadi: 'Firaun pernah bagi BR1M' Posted: 26 Feb 2013 07:58 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sejak tahun lalu, bukan satu perkara baru kerana sejarah telah menunjukkan bahawa ia pernah dipelopori kerajaan Firaun. "Cerita BR1M bukan cerita baru, sejak zaman Firaun pernah bagi BR1M, Firaun jadikan rakyat ringan akal (diperbodohkan). "... tanggungjawab kita (pemimpin) untuk bijakkan rakyat bukan diajar menjadi pengemis, mereka (Umno) bukan nak bela rakyat pun," kata beliau dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini semalam. Kata Hadi, menerusi manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan semalam, banyak masalah rakyat yang gagal ditangani oleh BN sepanjang lima dekad lalu dapat diatasi. "Buktikan dahulu kerajaan itu bersih, kita (Pas) perintah Kelantan lebih 20 tahun, walaupun banyak sekatan peruntukan, banyak cabaran tapi kita mampu bersabar. "... jauh sekali untuk khianat hasil bumi negeri, malah mampu tadbir negeri dengan bersih dan bebas rausah serta salah guna kuasa," kata beliau sambil memberi amaran kepada Umno-BN bahawa masalah penggangguran yang kian meningkat di negara ini tidak mungkin diselesaikan dengan pemberian insentif terbabit. Hadi turut menyindir slogan perdana menteri yang dilaungkan 'Janji Ditepati' yang tidak bersungguh-sungguh kerana peluang yang diberikan kepada mereka sejak 50 tahun lalu tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi rakyat. "Janji akan ditepati bukan janji 50 tahun, kita tak nak rakyat dihina dan diperkudakan lagi, Buku Jingga selesaikan masalah yang ditinggalkan Kerajaan BN," tegasnya. Pada ucaptamanya, Hadi menggariskan lima dasar utama dalam Manifesto PR kali ini yang bertemakan "Pakatan Rakyat Harapan Rakyat", antaranya perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.
harakah/- | BR1M vs Air Selangor: Mana lebih untung? Posted: 26 Feb 2013 07:55 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan 'budak Superman' berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit. Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu. Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan. ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping. "Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2013022707051120130227070511//Article#sthash.CkBFlyXm.dpuf Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan 'budak Superman' berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit. Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu. Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan. ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping. "Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2013022707051120130227070511//Article#sthash.CkBFlyXm.dpuf Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan 'budak Superman' berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit. Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu. Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan. ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping. "Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2013022707051120130227070511//Article#sthash.CkBFlyXm.dpuf Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan 'budak Superman' berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit. Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu. Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan. ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping. "Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2013022707051120130227070511//Article#sthash.CkBFlyXm.dpu BR1M vs Air Selangor: Mana Lebih Untung? IMBUHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR VS KERAJAAN PUSAT Oleh ShEaf, PASCST Air Percuma dari Kerajaan Negeri Selangor Skim air percuma 20 meter padu ditawarkan kepada rakyat Selangor sejak 1 Jun 2008. Pada tahun yang sama, kenaikan tarif air juga dihalang oleh PR Selangor. Ini kerana mengikut Perjanjian Penswastaan Air 2004, Syabas diberi kuasa untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012. BR1M dari Kerajaan Persekutuan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M pula diperkenalkan pada tahun 2012. Bantuan tunai sebanyak RM500.00 itu layak diterima oleh setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
harakah/- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan 'budak Superman' berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit. Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu. Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan. ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping. "Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk," katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2013022707051120130227070511//Article#sthash.CkBFlyXm.dpuf | Kedah pinjam duit demi rakyat, bukan bermewah Posted: 26 Feb 2013 07:26 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - BN Kedah tidak tertanggung lagi dengan serangan oleh Bongkar 403 juta, akhirnya menggerakkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah 'menghinggut pokok cermai' (ayat Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah). Terbaru beliau menghantar memorandum ke pejabat Wisma Darul Aman mendesak Menteri Besar memberi jawapan berhubung isu hutang negeri Kedah yang kononnya bertambah sehingga hampir RM1 billion. Perang saraf itu sengaja dibuat BN kerana mereka tahu Ustaz Azizan tidak akan melayan isu yang dibangkitkan Tan Keng Liang kerana Ketua Pemuda Gerakan itu 'cukup seronok' jika isunya dilayan. "Macam berok yang disergah, habis daun cermai luruh dihinggutnya tapi kalau kita tak layan, dia akan diam," ujar Azizan Bagaimanapun serangan BN itu dijelaskan juga oleh Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah. Katanya, sebahagian besar hutang kerajaan negeri Kedah terhadap Pusat sejak Mac 2008 ialah untuk tujuan pembesaran Taman Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan pengurusan bekalan air terawat untuk rakyat. Maknanya, hutang dibuat bukan untuk projek mewah, hiburan atau membeli cincin dan beg tangan isteri pemimpin negeri. Ia betul-betul untuk faedah rakyat. Menurut Amiruddin, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta. Kira-kira RM260 juta adalah hutang berkaitan KHTP, antaranya untuk membesarkan KHTP fasa 4, setelah tiga fasa sedia ada tidak dapat menampung permintaan tinggi pelaburan masuk, khususnya dari negara luar. Dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat jumlah pelaburan masuk ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 billion manakala kalau nak dibandingkan lima tahun pertama pelaburan masuk di zaman BN cuma RM4.7 billion, sudah tentu memerlukan suntikan dana lebih besar. Maknanya pertambahan lebih pesat pelabur berlaku di zaman Pakatan sehingga memaksa KHTP dibesarkan. Untuk membesarkannya terpaksa pinjam duit dari Pusat. Berhubung hutang berkaitan pengurusan air pula, masih terdapat keraguan sama ada ia benar-benar bersifat hutang negeri kepada Persekutuan atau sepatutnya ia merupakan geran Persekutuan kepada negeri yang tidak perlu dibayar balik. Kalau mengikut status Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974, pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratus geran kerajaan Persekutuan. Namun, pada 31 Mei 2000 jemaah menteri telah bersetuju pertukaran dasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran oleh Kerajaan Persekutuan. Pihak kerajaan negeri sedang berunding dengan Pusat supaya status sebahagian hutang untuk urusan perkhidmatan air diubah kepada geran, jika ia berlaku bermakna jumlah hutang negeri kepada Pusat tidaklah seperti yang disebutkan itu. Bagaimanapun, hutang-hutang berkaitan air akan diambilalih sepenuhnya oleh PAAB sekiranya pihak kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan aset air kepada kerajaan Persekutuan. Dato' Amiruddin mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengenai hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dianggap 'membebankan' kerajaan negeri. "Keng Liang jangan susah hati, sebelum institusi kewangan beri pinjaman mereka sudah kaji segenap aspek terutama kemampuan pembayaran balik, jika tidak pinjaman tidak akan diluluskan. "Dalam isu pinjaman KUIN, kerajaan yakin pinjaman dapat dijelaskan. Kita dah pun masukkan dalam peruntukan bajet 2013 dan bajet itu diluluskan tahun lepas. Sebagai contoh hutang bangunan tambahan Blog E Wisma Darul Aman yang menjadi beban tinggalan BN sebaik kita mengambil alih kerajaan tetapi kita dapat jelaskan mengikut jadual sebanyak RM25 juta setahun sehingga selesai semuanya penghujung 2012," ujarnya sinis. - http://www.kedahlanie.info
| Hapuskan cukai yang membebankan - Nasrudin Posted: 26 Feb 2013 06:30 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Ekonomi negara kini berada dalam keadaan agak parah. Kemungkaran dalam sektor ekonomi seperti ketirisan, rasuah, monopoli, penipuan, spekulasi dan pecah amanah adalah antara faktor yang menjadikan kedudukan ekonomi negara kita "tunggang terbalik". Pengaliran wang haram juga cukup banyak. Walaupun Malaysia kaya dengan hasil, pengagihannya dilakukan secara tidak adil sehingga menjadikan golongan kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin tertekan. Sebuah NGO, GESA muncul dengan misi dan visinya yang tersendiri bagi menyelamatkan negara dan demi kepentingan rakyat. Antara tuntutannya kepada kerajaan adalah agar dihapuskan cukai yang membebankan rakyat. Ikuti temubual Presiden GESA yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi bersama wartawan AZIZ MUDA pada 17 Februari lalu. Harakah: Secara tiba-tiba Gerakan Selamat Ekonomi Negara (GESA) muncul. Boleh Ustaz jelaskan apakah sebenarnya GESA? Ustaz Nasrudin Hassan: GESA adalah singkat kata dari Gerakan Selamat Ekonomi Negara. Ia adalah sebuah NGO yang lahir pada 12 Januari 2013 sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat 112, membawa satu visi dan misi besar ke arah membina masa depan negara dan tamadun ummah yang bebas murka Allah S.W.T. sekaligus selamat dari bencana atau musibah angkara penyelewengan serta penyimpangan ekonomi. Ertinya Ustaz melihat ekonomi negara kita tidak selamat? Jadi apa yang akan dilakukan oleh GESA untuk memastikan ekonomi negara kita berada dalam keadaan selamat?Ustaz Nasrudin Hassan: Selamat atau tidak adalah bergantung kepada tangan manusia yang mentadbir dan mengurus ekonomi negara. Ia juga melihat kepada asas, dasar, sistem atau manhaj ekonomi yang diterima pakai. Apakah ia bertentangan dengan kehendak Allah S.W.T., Tuhan yang mencipta manusia atau sebaliknya. Kemungkaran dalam sektor ekonomi seperti ketirisan, rasuah, monopoli, penipuan, spekulasi dan pecah amanah adalah antara faktor yang menjadikan kedudukan ekonomi negara kita "tunggang terbalik". Mudahnya, ekonomi ini bagai "institusi" untuk mengurus perbendaharaan guna memastikan negara membangun dan rakyatnya sejahtera dengan memanfaatkan segala sumber kekayaan kurniaan Allah S.W.T. Selayaknya tiada unsur penindasan seperti mengumpulkan kekayaan dengan segala sumber yang ada hanya di kalangan elit pemerintah dan orang-orang kaya yang bermodal besar, sementara golongan miskin dan marhain terus terabai dan ditindas dengan pelbagai "diskriminasi" ekonomi. GESA lahir untuk memerangi "kemungkaran" ekonomi sekaligus mengemukakan solusi dan alternatif yang menepati Manhaj Ekonomi Rabbani. Objektif utama GESA ialah: Pertama: Membawa nilai "barakah" atau "kebaikan berlipat ganda" dalam operasi dan orientasi ekonomi melalui suatu sistem ekonomi yang patuh syariah. Kedua: Mengekang elemen "syaqawah" atau "kecelakaan yang membinasa" dalam interaksi dan transaksi ekonomi negara. Siapa yang akan menggerakkan GESA dan bagaimana orientasi GESA?GESA akan bergerak sebagai sebuah NGO yang berdaftar dan saya telah diamanahkan sebagai Presidennya. Rakan saya, Dr. Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Ustaz Zaharudin Mohamad adalah 2 timbalan presiden yang akan banyak membantu saya menggerakkan misi GESA. Kami juga dibantu oleh 10 orang fellow yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi Islam yang diketuai oleh Dato' Dr. Haron Din selaku penasihat syariah GESA. Fikrah ekonomi GESA ialah Ekonomi Islam dan road map GESA digaris dalam beberapa fasa bagi mencapai matlamat penubuhannya. Fasa pertama GESA akan menyelesaikan pelancarannya yang akan dirasmikan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku pengucap utama dan Pensyarah Kehormat Economic and Social Researches Center (ESAM), dalam masa terdekat dengan mengemukakan 5 Tuntutan GESA kepada Kerajaan Malaysia iaitu: i ) Utamakan agihan cukai untuk rakyat miskin ii ) Hapuskan sistem monopoli dan spekulasi iii ) Minimumkan kos perjalanan rakyat iv ) Hapuskan cukai barangan dan harta keperluan rakyat v ) Jangan memaksa rakyat bayar cukai untuk kegunaan orang-orang kaya. Senarai tuntutan dan pelan tindakan akan berubah mengikut fasa-fasa yang telah kita gariskan. Boleh Ustaz beri penjelasan lanjut mengenai 5 Tuntutan tersebut?Kita menggariskan 5 tuntutan ini berasas keperluan semasa yang mendesak untuk membebaskan mangsa penindasan dan kemungkaran ekonomi yang akhirnya menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat itu sendiri. Pertama: Saya mengambil contoh sektor pendidikan. Kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat untuk mengurus dan mentadbir negara dan rakyatnya tidak wajar perniagakan pendidikan. Sebaliknya kerajaan mestilah mengolah hasil bumi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk menyediakan pendidikan yang baik kepada rakyat. Kerajaan juga tidak layak menekan rakyat dengan mengambil cukai yang tinggi daripada mereka supaya mereka memiliki capital atau purchasing power dan akhirnya mereka mampu menyara makan minum anak-anak mereka di IPT atau kolej. Mereka tidak perlu bergantung kepada PTPTN untuk membiayai kos anak mereka menuntut ilmu di IPT. Bagi mereka yang tidak mampu bayar dan membiayai kos makan minum anak mereka sekalipun, sistem cukai yang baik dan adil boleh menyediakan peruntukkan wajar bagi membantu mereka. Ertinya tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa PTPTN tidak diperlukan dalam sistem ekonomi Islam. Kedua: Cukai yang tidak masuk akal malah membebankan rakyat dengan bentuk dan nilai cukai yang tidak wajar mestilah dihapuskan. GESA merakamkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000 yang lalu kerana berjaya menghapuskan cukai bakul bagi petani kecil dan cukai pintu rumah kediaman serta mampu meluluskan sekitar 50,000 geran tanah kepada rakyat dalam tempoh 4 tahun pemerintahannya. GESA turut merakamkan penghargaan kepada Pakatan Rakyat yang bersedia untuk menurunkan harga kereta menerusi tawaran manifesto mereka. Kami percaya sebahagian daripada mekanisme untuk menurunkan harga kereta tersebut ialah dengan menghapuskan cukai yang membebankan rakyat dan menstrukturkan semula sistem percukaian agar ia adil dan tidak membebankan rakyat. Ketiga: Antara contoh lain yang boleh saya nyatakan di sini ialah isu kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 5 peratus. Ia sebenarnya tidak menambah kuasa beli rakyat Malaysia yang berjumlah 28.3 juta rakyat. 5 peratus kenaikan gaji berbanding cukai yang dibayar sehingga mencecah 40 peratus pendapatan kasar mereka adalah terlalu rendah untuk memulihkan krisis kuasa beli dan modal rakyat. 5 peratus kenaikan gaji yang melibatkan 1.4 juta penjawat awam hanyalah seperti setitik air yang menitis ke permukaan tasik kerana jumlah penerima hanyalah 0.5 peratus rakyat. Justeru itu, GESA mendesak supaya satu sistem cukai yang adil dan tidak membebankan rakyat sebagai penyelesaian, bukan hanya pemberian wang one-off kepada rakyat yang dilihat umum sebagai gula-gula untuk mengasyikkan rakyat. Kenapa GESA lebih menumpukan isu percukaian?Sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa isu ini dibawa dalam 5 tuntutan untuk fasa pertama misi GESA. Fasa kedua kelak mungkin GESA akan beralih kepada tuntutan berbeza setelah 5 tuntutan ini berhasil. Misi besar GESA ialah membina dasar dan sistem ekonomi Islam dalam pengurusan, pentadbiran dan pemerintahan negara ini sekaligus membebaskan negara dan rakyat daripada kemungkaran dan penindasan ekonomi. GESA membawa isu percukaian ini kerana ramai rakyat di negara kita tidak menyedari kemungkaran dan penindasan yang berlaku dalam sistem percukaian yang diamalkan dalam negara kita sekarang. Sebagai contoh, ramai orang memahami cukai hanya dikutip daripada income tax, road tax dan sebagainya, tetapi ramai tidak menyedari bahawa cukai juga diambil daripada pembelian barang-barang. Satu kajian yang telah dibuat pada tahun 2009, secara tidak sedar kita membayar 52 peratus daripada bayaran kereta secara bulanan itu adalah cukai semata-mata. Maksudnya, jika kita membayar RM1,000 sebulan, kerajaan mengambil RM520 cukai setiap bulan daripada rakyat. Hari ini rakyat hanya dimomok dengan RM100 bantuan awal persekolahan dan juga BR1M. Soalnya, berbaloikah RM100 dan BR1M dalam tempoh sekian lama mereka memerintah, sedangkan rakyat terpaksa membayar cukai 52 peratus (RM520/RM1,000 sebulan) daripada installment kereta mereka setiap bulan? Rakyat tidak pernah diberitahu oleh kerajaan berapa cukai bulanan yang terpaksa mereka bayar kepada kerajaan melalui harga barang dan perkhidmatan. Rakyat hanya diberitahu dan diulang sebut bantuan awal persekolahan RM100, BR1M yang diberikan sekali dalam tempoh yang begitu panjang. Sejak merdeka, inilah kali pertama rakyat dapat BR1M dan mungkin tiada lagi selepas ini dalam tempoh yang panjang pula, sedangkan rakyat terpaksa membayar cukai yang tinggi saban bulan kepada kerajaan. Bagaimanakah sistem ekonomi Islam sebagai alternatif mampu memulihkan ekonomi negara?Jika kita mempelajari ilmu ekonomi Islam, ia tidak terhenti di atas penjanaan sumber material dengan memastikan pertumbuhannya subur semata-mata, tetapi juga sangat menekankan soal economist, bagaimana ia meluhurkan peribadinya berdepan dengan amanah mengurus, mentadbir dan mengagih sumber kekayaan negara bermula dari pengolahan modal yang baik sehinggalah kepada mengarang keuntungan atau laba agar ia dapat dinikmati oleh setiap insan yang berhak memilikinya. Ekonomi Islam sangat menekankan aspek taqwa agar tidak berlaku penyelewengan, pecah amanah, ketirisan dan ketidaktelusan dalam mengendali aliran ekonomi negara. Pada masa yang sama, Islam menentang sekeras-kerasnya elemen penindasan serta kezaliman dalam operasi dan orientasi ekonomi seperti rasuah, riba, spekulasi dan monopoli. Islam juga melampirkan elemen spiritual dalam menangani urusan ekonomi seperti "rahmat" dan "berkat", suatu istilah dan kaedah yang tidak terdapat dalam sistem ekonomi ciptaan manusia sebagai nilai tambah setelah membebaskan ekonomi dari dosa serta noda penindasan dan pengelewengan.
harakah/- | Pas: Teguran Mufti Perak perlu adil Posted: 26 Feb 2013 06:00 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Dr Ahmad Nuri Al-Amin IPOH: Pas Perak kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang seolah-olah tidak berlaku adil terhadap Pas dengan menutup mata dan melupakan segala sikap prasangka buruk yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya Umno. Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pelbagai kepincangan yang berlaku seperti rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam pemerintahan BN namun tiada sebarang teguran dan kenyataan yang dibuat oleh Mufti itu. "Malah Umno sebagai parti pembangkang di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) juga tidak mengiktiraf usaha kerajaan negeri memajukan rakyat, bahkan berusaha untuk menyekat sumber royalti hak rakyat negeri itu dan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan PR di saluran-saluran perdana milik kerajaan pusat. "Adakah mereka mengikut ajaran Islam yang sebenar? Adakah ini tidak lebih teruk dari Kafir?," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. Ahmad Nuri berkata, seorang mufti mesti bersikap adil kepada semua umat dan tidak boleh prejudis pada golongan-golongan tertentu sahaja. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Harussani yang mengatakan Pas lebih teruk daripada kafir seperti mana yang disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini. Menurutnya, seorang mufti seharusnya mendapat tasawwur dan gambaran sebenar satu-satu isu sebelum mengeluarkan hukuman. "Kami mengambil sikap seperti mana yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan kami telah pun menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Harussani bagi menjernihkan suasana agar mendapatkan maklumat yang sebenarnya. "Kami tidak mahu rakyat mencemuh Mufti kerana bersikap berat sebelah dan tidak adil sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam. "Harussani perlu mendapatkan maklumat sebenar dan menilai setiap apa yang dilaporkan oleh media massa secara benar tanpa berpihak kepartian," katanya.
sinar/-
| Perkhidmatan pos bakal lenyap? Posted: 26 Feb 2013 05:30 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Oleh Rosliza Mohamed Machang: Keseronokan bermain air banjir membawa padah apabila dua remaja terbunuh selepas bot yang mereka naiki bersama lima rakan terbalik di kolam ikan sedalam 2.4 meter di Kampung Pertok, dekat sini, pagi semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi sebelum mayat Muhammad Zulkhairi Ab Talib, 15, dan Mohammad Ariff Johan Mohd Noh, 13, ditemui kira-kira setengah jam kemudian oleh penduduk kampung. Abang kepada Muhammad Zulkhairi, Mohd Zahari, 29, berkata sebelum itu sebaik selesai bersarapan, ibu mereka, Hanifah Mamat, 53, sudah menasihatkan adiknya supaya tidak keluar rumah. "Adik tidak ke sekolah hari ini (semalam) kerana jalan ke sekolah ditenggelami banjir. Bagaimanapun, dia tetap keluar dan kira-kira jam 11 pagi, seorang jiran memaklumkan adik lemas," katanya. HANIFAH (tengah) ditenangkan ahli keluarga selepas mengetahui anaknya lemas. Mayat pelajar Sekolah Menengah (SMK) Temangan dan SMK Pankal Meleret itu dibawa ke Klinik Kesihatan Temangan sebelum dirujuk di Hospital Machang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2lemasmainairbanjir//Article#sthash.Lm1UVusi.dpuf Setem pasti menjadi koleksi berharga jika kiriman surat tidak wujud lagi pada masa hadapan. Lahmert masih menghantar kiriman surat dan bungkusan ke Otaki walaupun perkhidmatan itu semakin kurang mendapat sambutan. Foto: AP Generasi muda kini lebih suka menggunakan teknologi di hujung jari untuk menyampaikan maklumat atau mesej. OTAKI - Sandra Vidulich, seorang penduduk luar bandar di New Zealand sangat teruja menerima bungkusan kasut but kulit yang dihantar menerusi kiriman pos walaupun perkhidmatan itu hanya menjadi menjadi pilihan utama segelintir masyarakat pada masa ini berikutan kewujudan teknologi di hujung jari seperti emel yang boleh menghantar mesej lebih cepat berbanding surat. Tanpa kita sedari amalan membeli-belah secara dalam talian sebenarnya telah menjadi penyumbang utama membantu perkhidmatan itu untuk kekal beroperasi di seluruh negara maju hingga kini. Kiriman surat dilaporkan turun secara mendadak dan penghantaran bungkusan tidak mampu untuk menyelamatkan perkhidmatan pos tersebut. Perkhidmatan Royal Mail di Britain yang telah beroperasi sejak pemerintahan Raja Henry VIII, kira-kira 500 tahun lalu bakal gulung tikar berikutan kiriman pos tidak lagi mendapat sambutan di negara tersebut. Selain itu, Perkhidmatan Pos di Amerika Syarikat (USPS) turut membuat pengumuman tergempar berhubung rancangan mereka untuk menghentikan penghantaran surat pada setiap hari Sabtu. New Zealand juga mengambil langkah serupa yang lebih drastik iaitu hanya membuat penghantaran untuk tiga hari berbanding enam hari dalam seminggu. Laporan tahunan USPS menunjukkan, hasil pendapatan syarikat itu pada tahun lalu merosot kepada AS$65 juta (RM202 juta) dan kerugian mencecah AS$15.9 juta (RM49.3 juta). Tahun lalu, mereka hanya menghantar 160 bilion surat berbanding 212 bilion kiriman pada tahun 2007. Akibat daripada situasi itu, USPS juga terpaksa mengurangkan tenaga kerja mereka kepada 156,000 orang(23 peratus). Kebanyakan negara lain di Eropah juga menerima nasib sama, sebagai contoh perkhidmatan La Poste di Perancis turut meramalkan mereka hanya akan membuat 30 peratus penghantaran surat menjelang 2015 berbanding jumlah yang dikendalikan pada tahun 2008. Negara di Asia seperti Jepun pula melaporkan berlaku pengurangan ketara sebanyak 13 peratus melibatkan kiriman surat berbanding empat tahun lalu. Menurut laporan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jumlah kiriman surat di seluruh dunia telah menurun hampir empat peratus dan sebanyak lima peratus pejabat pos di negara maju terpaksa ditutup pada tahun 2011. Difahamkan, walaupun amalan membeli-belah di Internet dianggap 'penyelamat', perkhidmatan kiriman pos pula terpaksa bersaing dengan syarikat penghantaran bungkusan syarikat swasta seperti FedEx. Ketua Pos Besar USPS, Patrick Donahoe, beliau menegaskan ia sememangnya satu perkara mustahil untuk memulihkan perkhidmatan penghantaran surat yang kurang mendapat sambutan dengan kiriman bungkusan. Keputusan USPS untuk mengehadkan penghantaran kepada enam hari dalam tempoh seminggu itu juga didakwa dapat menjimatkan kos berjumlah AS$2 bilion (RM6.2 bilion) setahun. "Perkhidmatan kiriman pos ini tidak akan lenyap ditelan perkembangan zaman walaupun pelbagai teknologi dicipta pada masa ini," katanya. Sementara itu, John Lahmert, 72, seorang posmen di New Zealand yang ditugaskan untuk menghantar surat di Otaki, North Island selama 18 tahun menganggap kerjayanya itu lebih mendekatkan beliau dengan masyarakat. "Saya berasa seronok kerana dapat menyapa mereka tetapi dunia kini telah berubah kerana hanya segelintir orang yang masih bergantung kepada perkhidmatan pos," menurutnya. Walaupun di kebanyakan negara, kiriman pos tidak lagi menjadi pilihan, namun di negara membangun seperti China, penghantaran surat dilaporkan meningkat sehingga 56 peratus sejak 2007. Jika dilihat keadaan pada masa ini, bagaimanakah nasib perkhidmatan pos di seluruh dunia menjelang 2020? Adakah ia akan lenyap atau sebaliknya? - AP | Najib ragui wibawa pemimpin BN Selangor? Posted: 26 Feb 2013 05:30 PM PST 16 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor menimbulkan persoalan, adakah perdana menteri itu meragui kamampuan pemimpin Umno BN negeri menerajui jentera parti itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tentunya ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan Umno-BN Selangor sehinggakan Najib sendiri terpaksa memikul tanggungjawab itu.
"Carilah orang-orang Selangor yang lebih berkaliber, jika Datuk Seri Noh Omar tidak dapat melaksanakan tugas itu Najib perlu menyatakan kepadanya," kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Kediaman Pekerja Industri di Kelana Jaya hari ini.
Ujar Abdul Khalid lagi, pelantikan itu juga merendahkan taraf Najib Razak sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa menggalas bebanan itu.
"Saya lebih senang hati sebab Najib Razak menjadi pengarah sebab menunjukkan tiada pemimpin yang lebih baik oleh Umno-BN Selangor," katanya.
Sebelum ini, Najib Razak dilaporkan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dengan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai timbalannya yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor.
harakahdaily/-
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan