Nampaknya rakyat Malaysia harus bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan apabila Anwar Ibrahim dikhuatiri akan mengadakan demonstrasi "mega" sekiranya Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 ini.
Kebimbangan untuk itu telah diluahkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kenal benar dengan sikap, sifat dan kemampuan bekas timbalannya itu. Kalau Tun M meluahkan rasa bimbangnya di dalam blog, apatah lagi kita yang tak berapa kenal Anwar sepertinya.
Sebagaimana maklum, Anwar sebelum ini mengatakan bahawa dia akan mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Australia.
Dan kita juga maklum dengan keadaan negara di Timur Tengah yang dilanda demonstrasi "Arab Spring" di mana negara-negara terbabit mengalami ketidakstabilan politik dan melumpuhkan sama sekali keadaan ekonomi di sana.
Hasil dari tindakan tidak bertamadun itu, maka rakyat yang menjadi mangsanya, bukan?
Menyingkap kembali tirai sejarah pada tahun 1974, Anwar merupakan salah seorang ketua yang menganjurkan demonstrasi pelajar ketika itu sehingga mencetus huru-hara di ibu negara dan keadaan ketika itu sememangnya kucar-kacir.
Menurut Datuk Ibrahim Ali yang merupakan diantara ketua pelajar yang memberontak dan ditahan di dalam sel yang sama di Kamunting bersama Anwar, tiang letrik ditumbangkan para pelajar dan ada ketikanya pihak pelajar menangkap polis! Memang betul kacau-bilau…
Begitu juga kalau dirujuk kepada sejarah pemecatan Anwar dari kerajaan dulu, boleh dikatakan setiap minggu Anwar mengarahkan orang-orang kanannya menganjurkan demonstrasi di ibu negara sehingga pihak polis terpaksa bertindak tegas menyembur mereka dengan meriam air.
Ketika itu, antara "panglima-panglima" Anwar yang berada di barisan depan demonstrasi itu adalah Ezam Mohd Noor, Chandra Muzzaffar, Ruslan Kassim, Marina Yusof, Zulkifli Noordin, Zahrain dan ramai lagi.
Tapi kini semua "panglima-panglima" itu sudah lari dari Anwar. Tak tahulah kenapa. Kata penyokong Pakatan Haram, mereka "dibeli" BN. Tapi saya lihat semuanya masih "sengkek-sengkek" belaka, tidak sekaya Azmin yang "dibeli" Anwar, kan?
Kini Anwar punya pemimpin pelapis seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli, Chegu Bard, "Sam Ketot", "Mak Lampir" dan anaknya, Nurul Izzah yang terpaksa mempertahankan bapanya kerana takut ibunya malu seumur hidup.
Selain itu, Anwar juga kini memiliki "keldai-keldai" tunggangan barunya dari kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang rela tidur atas jalan tengahari buta sambil memegang bendera. Anwar nak suruh mereka panjat pagar terjun sungai Klang khabarnya pun mereka sanggup!
Kalau "negara Islam", "hukum hudud" dan maruah parti pun PAS sanggup gadai, apalah sangat kalau tidur atas jalan tu, kan…
Persoalannya, bersediakah kita menghadapi huru-hara yang bakal dicetus Anwar selepas kekalahannya pada PRU ke-13 ini?
Anwar sudah bertegas bahawa dia akan bersara dan bertukar profesyen menjadi "guru" kalau Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 kali ini dan dia tak dapat jadi Perdana Menteri. Jadi, sudah tentu dia akan bermati-matian untuk mengalahkan BN nanti, kan?
Kalau kalah juga nanti, maka dia mungkin terpaksa menggunakan pilihan kedua iaitu dengan mengarahkan demonstrasi ala "Arab Spring". Dia takkan dapat terima kekalahannya sebab dia mungkin sebenarnya tak bersedia nak jadi "cikgu".
Atas "kegilaan" mahukan kuasa itulah maka mungkin dia bakal mencetus kacau-bilau selepas PRU ke-13 kali ini. Apa kita nak buat kalau Anwar buat perangai begitu nanti? Sumbat dia dalam penjara macam dulu? Atau buat tak tahu saja…? Apa kata anda?
Marah betul Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, kepada ahli-ahli PAS yang bangkit marah mempertikaikan hubungan parti mereka dengan DAP dan PKR yang dikatakan tidak menghormati kesucian kalimah "Allah" sebagaimana yang ditetapkan Majlis Syura parti itu.
Dalam kenyataannya kepada media semalam, Idris Ahmad menegaskan bahawa ahli-ahli PAS yang marahkan DAP dan PKR itu merupakan "sisa-sisa toksin" yang bakal dinyahkan!
Idris Ahmad berkata, para penyokong PAS itu hanya diperlukan dan hanya laku pada sebelum PRU ke-13 dan selepas berakhir PRU nanti mereka-mereka ini akan dilihat sebagai "sisa-sisa toksin" oleh PAS…
Saya tertanya-tanya, salahkah ahli-ahli PAS itu marah pada DAP dan PKR sambil menggesa pucuk pimpinan parti mereka bermufaraqah dengan golongan yang jelas menghina serta cuba memperlekeh kalimah "Allah" di negara ini?
Saya yakin bahawa ahli-ahli PAS yang disifatkan sebagai "sisa toksin" oleh Idris Ahmad itu membayar yuran keahlian setiap tahun, malah ada di antara mereka yang merupakan "ahli PAS seumur hidup", setaraf dengan Abby Abadi!
Jadi, mereka memiliki hak yang jelas untuk bersuara, mendesak atau mempertikaikan mana-mana dasar dan keputusan pucuk pimpinan yang dilihat merugikan Islam dan perjuangan parti.
Apahal pula Idris Ahmad nak gelar mereka sebagai "sisa toksin"? Salahkah mereka berkata yang benar? Dan berdosakah mereka mempertahankan keputusan Majlis Syura yang dipertikaikan oleh DAP dan PKR?
Karpal Singh dan Anwar Ibrahim pertikai keputusan Majlis Syura, boleh? Ahli-ahli PAS pertikai kehendak Guan Eng, Karpal dan Anwar Ibrahim, tak boleh pula? Baik punya taktik Idris Ahmad, nak jadi calon PRU ke-13 ke?
Idris Ahmad selaku pemimpin PAS sepatutnya mengutamakan kehendak Islam berbanding kehendak "parti chauvinis ultra kiasu" dan "agen rejim Zionis Yahudi Israel" itu. Dan sekiranya Islam dicabar mereka, Idris Ahmad perlu berdiri teguh di bawah panji-panji Islam.
Kalau betul pun Idris Ahmad nak jadi calon PRU, sepatutnya dia menggunakan kaedah yang berhemah dan bermaruah.
Apa jenis pemimpinlah yang PAS ada? Inikah sifat pemimpin sebuah parti yang kononnya mempertahankan Islam dan kepentingan ummah di negara ini?
Meskipun MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen BN yang lain tidak menganut agama Islam, mereka tidak sedikit pun menyokong kehendak DAP dan PKR. Malah mereka sedar tentang kepentingan hak dan kedudukan eksklusif kalimah "Allah" di Semenanjung Malaysia.
Tapi, Idris Ahmad pula yang lebih-lebih. Idris Ahmad sanggup membela pihak yang mencabar serta membuat provokasi melampau terhadap Islam, dan sanggup pula memaki hamun serta menggelar ahli-ahli PAS yang mempertahankan kalimah "Allah"!
Begitulah PAS kini. Parti itu sudah bertukar wajah dan berpusing 360 darjah sejak bersahabat dengan petualang negara.
Parti seperti inikah yang diharap dapat membela dan mengimarahkan Islam sekiranya berkuasa?
"Itu dia (Nasharudin) punya pasal. Ikut kata dialah. Bila orang kena cerai, dia akan menangis atau apa, itu dia punya pasal," – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 4 Februari.
Begitulah kata-kata dan pandangan seorang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kononnya dikatakan memiliki akhlak yang sangat "molek" dan setaraf dengan "nabi" serta para "aulia".
Keangkuhannya tiada tolok bandingnya apabila dia tidak lagi mengambil kisah tentang bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, yang baru dipecat dari Majlis Syura PAS baru-baru ini.
Bila ditanya wartawan mengenai Ustaz Nasharuddin, dia menjawab seolah-olah bekas Timbalan Presiden PAS itu adalah musuh ketatnya dan tiada lagi sifat kasih sayang di dalam perkataan yang dirujuk kepada Ustaz Nasharuddin.
Saya tertanya-tanya di manakah sifat ukhuwwah Islamiyyah di dalam diri Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin? Bukankah Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam itu hidup di dalam suasana berkasih sayang di antara satu sama lain?
"Cubit paha kiri, paha kanan terasa", begitulah sifat yang sepatutnya ada pada Nik Aziz sebagai seorang yang kononnya mirip "nabi", bukan?
Saya mendapat tahu bahawa Ustaz Nasharuddin sebenarnya sangat memuliakan Nik Aziz sebagai "Tok Guru" dan "ahlul kibar" (yang lebih tua dan berpengalaman), serta tidak pernah menyimpan dendam terhadap Mursyidul Am itu.
Biarpun diherdik dan dihalau Nik Aziz keluar dari PAS ketika menganjurkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dulu, Ustaz Nasharuddin tetap bermuka manis serta sanggup mencium tangannya tanda hormat dan kasih sayang.
Tapi, Nik Aziz begitu sombong. Dia sifatkan Ustaz Nasharuddin seolah-olah seorang isteri yang baru diceraikan?
Bila seorang isteri itu diceraikan dan dia menangis hiba atas penceraian itu tanda sayang pada bekas suaminya. Tapi si suami buat tak tahu dan tidak peduli pada tangisan bekas isterinya? Amboi… Angkuh benar bunyinya..!
Bagaimana jika isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak diceraikan tanpa dosa? Kalau Tuan Sabariah menangis pilu meratapi kasih sayang di antara dirinya dengan Nik Aziz sendiri, bagaimana? Tak ingat masa zaman muda-muda dulu ketika baru lepas kahwin?
Lagipun, Ustaz Nasharuddin baru "diceraikan" dari Majlis Syura dan dia masih lagi merupakan seorang ahli PAS yang sah. Dalam ertikata lain, Ustaz Nasharuddin masih lagi di dalam jemaah PAS.
Jadi, mengapa Nik Aziz perlu bersikap dingin dan marah-marah padanya? Apa dosa yang Ustaz Nasharuddin telah lakukan pada Nik Aziz?
Berdosa kerana ikut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza melawat saudara seagama yang ditindas sahabat Anwar di sana?
Mursyidul Am jenis apakah Nik Aziz ini? Orang ke Gaza bersama saudara seagama dan melawat saudara seagama yang dizalimi di sana pun salah juga, kah?
Sekurang-kurangnya, Ustaz Nasharuddin turut membawa keprihatinan sebagai wakil PAS ke Gaza. Walau pun tidak rasmi perwakilannya, beliau ikhlas menziarahi umat Islam Palestin sambil menghulurkan simpati dan bantuan sewajarnya.
Berbanding dengan rakan Nik Aziz, Anwar Ibrahim ke luar negara sambil menyokong rakan rejim Zionis Yahudinya untuk menyerang negara Palestin sekiranya rakannya itu rasa diancam negara Islam tersebut.
Pelik betul akhlak Nik Aziz seolah-olah Mursyidul Am itu maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan atau dosa.
Mungkin ketika saya menulis artikel ini, Presiden ANAK, Mazlan Aliman sedang berkerut-kerut dahinya di depan skrin komputer meneliti dan memantau pegerakan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia.
Sejak saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, saya lihat boleh dikatakan hampir setiap hari Mazlan bercakap mengenai saham-saham Felda itu seolah-olah dia berminat nak jadi broker saham layaknya.
Baru-baru ini dia ke Felda Sungai Tengi di Selangor untuk menyampaikan satu ceramah di kawasan tanah rancangan di situ. Dipercayai dia cuba bercakap mengenai saham pada malam itu. Namun malang, tak sempat dia nak berucap, dia sudah dihalau para peneroka di Felda tersebut.
Mungkin mahu mencuba nasib untu menyampaikan ucapannya mengenai saham itu, maka Mazlan Aliman pergi pula ke Felda Teloi di Sik, Kedah. Tapi dia menghadapi masalah yang sama. Belum sempat nak berucap mengenai saham, dia sekali lagi dihalau para peneroka tempatan.
Kasihan juga saya melihat Mazlan Aliman. Teruk-teruk dia bersengkang mata untuk belajar mengenai saham, tapi dia tak dapat pula nak sampaikan "ilmu baru"nya itu. Anda kasihan atau tidak padanya? Kasihan, kan?
Kalau Mazlan Aliman nak tahu tentang pasaran saham, memang sudah lumrah pelaburan saham itu akan mengalami naik turun pada setiap hari. Sekejap naik, sekejap turun. Semua itu perkara biasa sebenarnya. Kalau tak percaya, sila tanya broker saham…
Misalnya, baru-baru ini sebanyak 1021 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, hanya 240 syarikat saja yang mencatat keuntungan dan manakala 450 syarikat lagi rugi. Tapi, ada juga syarikat yang nilai sahamnya tak berubah. Itu biasalah!
Yang hairannya, kenapa Mazlan Aliman pantau saham FGV sahaja? Mengapa tidak pantau saham syarikat-syarikat lain di Bursa Malaysia. Lagipun, bukan saham FGV saja yang melibatkan orang awam, ada banyak lagi saham yang seumpamanya, kan?
Kalau Mazlan Aliman teliti betul-betul, ada saham yang pernah jatuh sebanyak 50% dalam sehari ia diniagakan. Kenapa Mazlan Aliman tak "serang" saham tersebut? Sebab Mazlan Aliman sengaja nak buruk-burukkan saham FGV, kan? Tak adillah bila serang saham "terpilih" begitu, kan?
Saya yakin, sebelum saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, sebelah mata pun Mazlan Aliman tak pernah hirau tentang nilai pasaran saham. Tapi sejak saham FGV disenaraikan tahun lalu, tiba-tiba saja dia bersemangat nak jadi "pakar saham" pulak? Ajaib betul..!!!
Paling menarik, Mazlan Aliman begitu ghairah bercerita tentang saham pada rakyat walaupun tak faham tentang saham! Banyak fakta palsu, spekulasi tidak berasas, fitnah dan pembohongan yang dia jaja keliling Felda.
Bila para peneroka marah dengan fitnah Mazlan Aliman dan sekat dia dari berceramah di kawasan tanah rancangan, Presiden ANAK itu marah-marah dan tuduh pihak pengurusan Felda sengaja buat "dajal" padanya pula.
Mungkin Mazlan Aliman tidak tahu bahawa rahsianya menggunakan propaganda ala-ala komunis itu telah dapat dikesan oleh peneroka Felda di seluruh negara.
Seorang tokoh komunis pernah berkata bahawa jika pembohongan tentang sesuatu perkara itu diulang berkali-kali, lama kelamaan orang ramai akan percaya. Mungkin Mazlan Aliman belajar dari tokoh Komunis itulah, kot?
"A lie told often enough becomes the truth" – Vladimir Ilyich Lenin (1970 – 1924)
Justeru itu, tidak hairanlah jika "anak didik komunis" ini begitu beriya-iya sungguh menapak keliling tanah rancangan Felda di seluruh negara untuk menyebarkan pembohongannya berkali-kali meskipun segala penipuannya itu sudah "dikantoikan".
Nama saja pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan "Islam", padahal asyik menjaja cerita bohongnya pada rakyat. Bila agaknya Mazlan Aliman nak bertaubat? Buat malu PAS sajalah!
Memang pelik! Walaupun Azizan Razak dimaki hamun, tak ada seorang pun dari puak-puak blogger upahan PAS Kedah yang tampil membela "boss" depa. Padahal, kalau seorang pemimpin depa yang laing low class kena maki, depa maki balik woooo..!!!
Tapi depa seolah-olah redha dengan maki hamun "Sial bin Celaka" yang ditujukan khas kepada Pesuruhjaya PAS Kedah tu. Khalid Ismath yang bertanggungjawab memaki Azizan Razak dalam Twitter. Fakta tu semua orang tahu, termasuk puak PAS Kedah...
Tapi, seorang pun tak berani "balun" budak mentah yang suka tidur atas jalan sambil pegang bendera tu. Mana Zul Ya? Zul Ya ni Ketua Penerangan PAS Kedah. Awat tak defend Azizan Razak?
Atau Zul Ya "malas" nak pertahankan Azizan lagi? Awat? Boss hang tak bagi ke pertahan Azizan ke, Zul Ya? Atau ada pihak yang ugut hang akan tak dapat gaji bulan ni kalau defend Azizan? Err.. Boss hang nak sangat Azizan Razak jatuh terguling, kan? Heh!
Tu pun masih lagi dok kata PAS Kedah "bersatu"? Muahahahahaa.. Dah tak leh nak bersatu dah! Sejak hangpa lari dari perjuangan Islam, PAS dah makin "mereng" dan huru-hara tak tentu hala. Macam parti gila kuasa pulak aku tengok...heh!
Cam ni laa..kalau takdak orang nak pertahankan Azizan, biar aku pertahankan dia. Cuma, aku pertahankan Azizan sebab dia seorang saudara seagama dengan aku dan lebih tua dari aku...
P/s: Aku tak maki Khalid Ismath kan? kan? kan? Aku tak sebodoh dia..kalau aku maki Khalid Ismath, maka aku mungkin akan disama bodohkan macam dia...heh!
Puuiii..!!! Aku dengar kata Zul Ya ni "hebat" sangat. Katanya dia upah ramai blogger PAS untuk menulis di blog-blog pencacainya yang berpengkalan di Wisma Darulaman. Tapi semalam, memang Zul Ya kena "belasah" teruk di Facebook..!!!
Paling best, dia kalah ditangan Shahanim, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Puiii..!!! Dengan pompuan pun kalah ke Zul Ya? Buat malu lebai PAS saja la hang ni...heh!
Dia ingat dia Ketua Penerangan PAS Kedah, dia dah "hebat" dah kot? Tak pasal-pasal menyampuk dan menuduh orang dengan tuduhan yang bukan-bukan. Memang cari nahas laaa... Sebelum ni mungkin Shahanim dah sabar banyak, kali ni siap laaaaa...heh!
Zul Ya ada sindir Shahanim, kononnya Shahanim "hebat" ganggu rumahtangga orang dan menghantar sms "mencarut" pada "seseorang". Jom kita tengok macamana Zul Ya kena "belasah"...heh!
Dalam bab ni, aku tahu cerita sebenarnya... "Seseorang" yang dimaksudkan tu ada pertalian darah dengan Zul Ya, kan? "Pompuan" tu mengadu apa kat Zul Ya? Shahanim ganggu rumahtangga dia? Heh!
Nak aku dedahkan apa yang berlaku ke? Takut nanti satu Sg Petani tu terbakar dengar pompuan tu menjerit. Nak aku cerita pasal apa yang berlaku di kelas aerobik? Lepas kelas aerobik dia buat apa? Nak aku cerita pasal insiden traffic light?
Zul Ya, hang pi tanya pompuan tu, nak ke aku cerita pasal dia dah berapa kali meroyan dalam rumah, luar rumah, kat Shopping Complex? Nak sangat ke? Anak-anak dia pun aku tau sekolah kat mana. Aku tahu jenis kereta dia dan aku tahu betapa dia memalukan husband dia...
Woooiii Zul Ya. Hang tak serik lagi ke kena tarik 1 artikel dari blog pencacai hang tu..? Hang nak gunakan pompuan tu untuk malukan Shahanim? Silap la mangkuk berayun woiii..!!! Kalau hang buat lagu tu, bererti hang memang sengaja nak malukan "pompuan" tu, bukan Shahanim..!!!
Untuk pengetahuan hang. Perkara ni adalah tentang family depa. Jadi, biar la depa yang selesaikan hal family depa. Yang hang nak ambik kesempatan kat "pompuan" tu apahal? Nak pergunakan "pompuan" tu untuk politik jijik hang tu? Apa jenis manusia la hang ni..???
Sebab tu la Shahanim berani bersemuka. Dia tahu siapa yang mula dulu dan siapa yang hantar sms maki hamun mencarut dengan perkataan kesat yang memalukan! Hang nak tengok ka? Tak payah laaa.. Biar la depa settle adik beradik... Hang apa peduli?
Nampaknya dari gaya hang, memang jelas hang la punca "batu api" yang cuba mengacau rumah tangga orang. Orang tu takdak apa-apa pun, hang yang sebok pulak. Apa? Nak bawak "pompuan" tu naik pentas ceramah PAS? Heh! Aku muntah la weiii..!!!
Sekarang ni Shahanim dah jawab dah. Hang tak puas hati, hang pi turun jumpa dia dan heret sekali laki bini tu buat perhitungan kat luar. Bukannya di facebook..!!! Dan sapa hang pulak yang nak masuk campur hal rumahtangga orang? Hang Pak tiri laki mak menakan belah pupu dia yang mana?
Last sekali baru hang terasa nak hormat Shahanim dengan panggil dia "Puan"? Hang tuduh dia yang bukan-bukan, lepas tu nak tunjuk baik? Khuaakk ptuiiihh..!!!
Apa? Hang tak minat nak ekspoit isu peribadi jadi bahan politik? Kepala hangguk tengkorak hang! Nampak sangat itu yang hang buat! Hang eksploit isu peribadi orang, untuk "serang" Shahanim di wall Facebook orang! Hang buta ke apa?
Aku bagi hang last warning la Zul Ya. Lu main-main lagi, gua tau la apa gua nak buat dengan lu. Silap-silap, lu sendiri malu nak dok di Kedah ni lagi. Heh! Nak berpolitik tu berpolitik la. Tapi biarlah cara Islam, bukan buat tuduhan fitnah sedangkan hang sendiri tak tau apa-apa! Puiii..!!!
Kat bawah ni aku lampirkan print screen Zul Ya kena "sembur" dengan Shahanim tu.. heh!
P/s: pasal tuduhan Zul Ya pasal Sri Temin tu aku dah jawab. PAS dah buat report kat SPRM masa tahun pertama depa perintah Kedah. Dah tutup dah pun kes tu pada tahun yang sama sebab takdak kes...Zul Ya menipu je tuuu..!!!
- Perdana Menteri berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.
"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.
Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.- Bernam
Kalau hang pa nak tengok bagaimana TPM Tan Sri Muhyiddin belasah Guan Eng pasal dok hasut rakyat memakai baju warna pembangkang semasa Rumah Terbuka BN P.Pinang ..boleh lihat video di bawah ini.
"Belum pernah terjadi di negara ini, kita ada seorang Ketua Menteri yang sungguh bongkak dan cuba membuktikan dirinya 'tokong' yang tidak boleh diusik langsung."
Itu luahan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang merujuk gelagat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di negeri itu.
Menurutnya, tindakan Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menunjukkan beliau seolah-olah 'lebih besar dan lebih kuat' daripada orang lain malah Perdana Menteri sendiri.
"Saya tak sangka Guan Eng sanggup buat kerja-kerja bodoh macam ini.
Semasa sambutan Maulidur Rasul sebelum ini, poster Guan Eng yang dipasang di Pulau Pinang lebih besar daripada ahli-ahli Exco beragama Islam.
"Insiden yang sama juga disaksikan semasa sambutan Thaipusam baru-baru ini apabila poster dirinya jauh lebih dominan daripada pemimpin India di negeri itu.
"Sehubungan itu kita tak hairan Guan Eng boleh turunkan gambar Perdana Menteri pada bila-bila masa yang dia suka dengan alasan yang tidak logik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan melampau Kerajaan DAP Pulau Pinang menurunkan kain rentang di negeri itu yang mempunyai gambar Perdana Menteri dengan alasan tidak mendapat kelulusan daripada MPPP.
Tunku Aziz mendakwa, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diterajui Guan Eng sungguh kebudak-budakan dan tidak matang.
"Mungkin Guan Eng anggap negeri di bawah tampuk kuasanya itu adalah hak milik sendiri. Mungkin juga dia bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Begitulah kesimpulan yang kita boleh buat dengan tindakan luar biasa 'tokong' sepertinya.
"Setelah perbuatan itu mendapat kritikan masyarakat terutamanya di negeri itu, beliau meminta media supaya tidak memperbesarkan isu 'kecil' ini. Sungguh bongkak ketua menteri ini," ujarnya.
Sementara itu, bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat menyifatkan tindakan Guan Eng sebagai biadab dan menjijikkan.
"Nama sahaja parti demokratik, tetapi DAP jugalah sebuah parti yang tidak mendukung amalan demokrasi. Perdana Menteri adalah pemimpin yang dipilih rakyat dan perbuatan itu seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan negara," tegasnya.
Tuan Tat turut menasihati Guan Eng supaya lebih fokus pada perkara-perkara yang lebih penting dan tidak bersikap pengecut dengan mendiamkan diri berhubung penggunaan kalimah Allah dan drama salah kira undi dalam pemilihan partinya baru-baru ini.
"Tindakan menurunkan poster Perdana Menteri dan mendesak orang ramai untuk menghadiri rumah terbuka dengan warna pakaian tertentu adalah perbuatan yang tidak berfaedah, jangan salah gunakan kuasa anda.
"Tunjukkan kehebatan dan keberanian anda dengan tampil memberi penjelasan berhubung keadaan huru hara ekoran polemik kalimah Allah dalam kalangan pemimpin pembangkang, selain 'membuka mulut' menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan akar umbi DAP berhubung salah kira undi," katanya.
Tak habis-habis puak-puak PAS kantoi menipu rakyat . Kali ini berlaku di kawasan Parit Buntar ( kubu Mujahid ) di mana satu ceramah PR diadakan di rumah penyokong tegar mereka di Batu 7, Kuala Krau .
Sebenarnya ceramah berkenaan yang menampilkan seorang barua Melayu DAP tidak mendapat sambutan pun . Jika anda perhatikan gambar di atas , boleh la nilai sendiri anggaran yang hadir di ceramah .
Tetapi yang kantoi menipunya , di dalam laman web PAS Parit Buntar di mana mereka menyatakan ribuan hadir dan ini dibuktikan dengan sekeping gambar .
Betul ke gambar terletak di ceramah berkenaan ??
Menurut komen di fb oleh penduduk bernama Idros Shuib , gambar di atas adalah penipuan kerana dicilok daripada ceramah PR sebelum ini Dataran Rakyat di Tanjung Piandang bukannya di kampung dekat Batu 7 .
Cukup-cukup la dok menipu ...sampai gambar tempat lain pun boleh ditukar untuk tunjuk sokongan hebat kepada PAS . Ingat orang bodoh sampai tak boleh beza tempat Batu 7 Kuala Krau dengan Tanjung Piandang .
Peluang Usaha Bisnis KaosPolo merupakan salah satu jenis kaos yang paling banyak orang pakai. Merek terkenal "Polo" dengan logo seorang atlet menunggangi kuda ini sudah terkenal lama sebelum saya lahir. Kaos ini terkenal dengan kualitas yang bagus dengan harga yang lumayan mahal, tetapi tetap terjangkau. Di pasaran, kaos Polo banyak yang beredar merupakan Polo palsu. Jadi,bagaimana cara mengetahui keaslian kaos polo asli dengan palsu?
1. Harga kaos Polo asli relatif mahal; 2. Kualitas kain kaos Polo sangat bagus, lebih tebal; 3. Kaos Polo asli tidak tampak berserat di bagian jahitan;
Menjadi reseller baju Polo sebenarnya sangat menguntungkan. Harga grosir kaos Polo asli dengan harga pasaran ternyata berselisih 20%, sehingga pantaslah harga pasarannya mahal. Ini juga merupakan peluang usaha bagi Anda yang ingin mendapat berkah dari kaos ini. Anda hanya perlu menjadi grosir kaos Polo asli terpercaya dan saya akan membeberkan cara memasarkannya seperti yang saya tulis dibawah ini.
Nah yang harus anda lakukan adalah:
Buatlah sebuah blog atau website menjual kaos polo, disini anda bisa menampilkan photo-photo dari produk rekanan anda, tanpa ini anda akan susah menjelaskan dan juga promosi kepada calon konsumen.
Promosikan Blog anda tersebut ke berbagai forum jual beli yang ada di Indonesia.
Respon cepat pertanyaan konsumen akan sangat penting dalam menjalankan usaha ini.
Selain itu jika anda aktif di media social seperti facebook dan twitter, anda bisa membuat FanPage disana. Jangan selalu mengotori wall/timeline anda dengan iklan produk kaos polo yang anda miliki, karena akan membuat teman anda di Facebook akan bosan dan malah bisa tidak respek lagi, repotkan?
Iklan baris di portal seperti detik menjadi salah satu pilihan beriklan yang cukup baik dan hemat pula. Silahkan cari informasinya.
Dengan inspirasi peluang usaha menjual kaos polo dengan posisi anda sebagai reseller, tentu saja merupakan salah satu ide dan pilihan bijak untuk berbisnis di tahun 2013 ini. Silahkan cari beberapa produsen kaos polo untuk bisa Anda ajak kerjasama. Semoga informasi peluang usaha bisnis kaos Polo ini bisa bermanfaat.
bagaimana memulai bisnis tanpa modal ? silahkan membaca artikel saya sebagai berikut semoga bermanfaat untuk anda... sekalian.... 6 Cara Jitu membuat Usaha Tanpa Modal – Sungguh Nyata Langsung aja yah Caranya yaitu: 1. Usaha Tanpa Modal dg: Menawarkan Diri jadi Agen penjualan suatu produk atau jasa. Biasanya dengan sistem ini, kita ga digaji tetapi dapat penghasilan dari Bagi hasil.
2. Usaha Tanpa Modal dg: Pake Modal orang lain. Misal nya dari Orang tua, sodara, teman, rekan, atau temennya mereka juga bisa dsb. Sebelumnya kita mesti punya konsep usaha yang jelas dan bisa terukur hasilnya. dengan begini, bisa dilakukan bagi hasil. Singkatnya kita bisa kembangkan uang mereka dengan dilakukannya ide usaha kita 3. Usaha Tanpa Modal dg: Pinjaman ke Bank. Konsep jelas, terukur dan sudah terbukti bisa membuat bank percaya sama kita untuk punya usaha. pengembalian modal dari bank yang ada bunganya itu bisa dicicil dari keuntungan usaha yang kita buat 4. Usaha Tanpa Modal dg: Usaha online. pilih produk reseler. produk2 yang dibutuhkan banyak orang, dan ketika kita menjualnya kita dapat komisi. onlinekan usaha tersebut. buat web gratisan seperti wordpress.com, blogspot.com, weebly.com dsb. cara-cara membuat web gratis tersebut sudah disediakan google, search aja, nanti ada jutaan panduan yang bisa anda pilih salah satu untuk an da belajar membuat web tersebut. 5.Usaha Tanpa Modal dg: Modal tidak selalu uang, diri kita inilah modal yang paling utama, jangan sekali-kali menyepelekan diri kita sendiri. Tak sadarkah Anda berapa rupiah jika tangan yang Anda miliki itu dijual, ditambah otak Anda. Berapa nilainya? kita punya semangat, ambisi, impian, kreatifitas, keuletan, relasi, kemampuan negosiasi, presentasi dsb. hal tersebut bisa jadi modal yang besar buat usaha. Dan tentunya kita punya Tuhan yang akan sangat dengan senang hati membantu menguatkan dan membimbing kita untuk meraih apa yang kita inginkan. Semakin kita mengasah diri, menyiapkan diri, dan senantiasa belajar, maka pada saat kita bertemu dengan kesempatan, kita akan sukses luar biasa. Dari sisi ini cara jitu usaha tanpa modal bisa terwujud karena ada modal lain yang buakan berarti uang. 6. Usaha Tanpa Modal dg: Billionaire School System anda akan benar-benar menghasilkan milyaran rupiah bahkan benar-benar tanpa modal sama sekali. Oke Salam Milyarder. demikian informasi mengenai bisnis tanpa modal , anda tertarik ? ;)
Bagaimana memulai peluang usaha sampingan ? saya akan mencoba memberikan informasi tersebut untuk anda adapaun peluang usaha sampingan yang bisa anda jalankan dengan mudah sebagai berikut : Memulai Bisnis Camilan Untuk memulai bisnis camilan, yang perlu Anda perhatikan antara lain : Pertama cari produsen camilan yang menawarkan produk berkualitas dengan harga terjangkau. Perhatikan betul kualitas camilan yang ditawarkan, baik dari segi rasa, kebersihan, maupun tampilannya. Disamping itu, Anda juga harus jeli memilih camilan yang banyak diminati masyarakat luas. Agar produk yang Anda tawarkan, laku keras dipasaran. Selanjutnya tawarkan kerjasama dengan produsen tersebut. Sampaikan bila Anda ingin memasarkan kembali produk camilan mereka. Hal ini dimaksudkan agar produsen memberikan harga khusus bagi Anda, minimal lebih murah dari harga jual eceran dipasaran. Langkah berikutnya, siapkan modal peralatan dan perlengkapan usaha yang dibutuhkan. Seperti mesin pengemas (sealer), serta plastik kemasan yang menarik dengan ukuran beragam. Dan yang terpenting untuk kemasan produk, jangan lupa cantumkan label atau merek produk tersebut. Cari target pasar yang potensial, misalnya saja warung-warung disekitar rumah Anda, toko oleholeh, kantin sekolah atau kampus, kost-kostan, serta minimarket dan supermarket yang pasarnya cukup bagus. Bisnis ini juga sangat mudah dikelola, Anda cukup membeli produk bisnis camilan dalam jumlah besar dan memasarkan kembali dengan mengemasnya dalam kemasan ukuran lebih kecil dan mencantumkan label atau merek produk yang menarik. Kelebihan Bisnis Camilan Banyak kemudahan dan keuntungan yang diperoleh dari bisnis sampingan supplier camilan. Walaupun modal yang dibutuhkan terbilang kecil, namun bisnis ini menghasilkan keuntungan cukup besar. Tingginya minat konsumen akan produk camilan, membuat peluang pasar bisnis sampingan tersebut semakin luas. Kekurangan Bisnis Camilan Kendala usaha yang sering dihadapi adalah pengadaan barang yang tidak pasti. Permintaan pasar yang tinggi, membuat pelaku usaha sering kehabisan persediaan barang. Untuk mencegah hal ini terjadi, sebaiknya saat stok barang dari produsen melimpah, maka Anda bisa membelinya dalam jumlah yang lebih banyak. Atau bila perlu jalin kerjasama dengan beberapa produsen, untuk mengantisipasi permintaan pasar yang tinggi. Pemasaran Bisnis Camilan Untuk memasarkan produk, Anda bisa menggunakan sistem konsinyasi (titip jual) maupun jual putus di beberapa tempat potensial. Untuk menjangkau semua konsumen, Anda juga bisa menawarkan produk camilan dalam berbagai ukuran mulai dari 100 gram sampai 1000 gram. Dengan desain kemasan yang unik dan label yang mudah diingat konsumen, produk Anda mampu bertahan ditengah persaingan pasar yang ketat. Selain itu Anda juga bisa menggunakan strategi promosi, yang bisa menarik minat konsumen untuk membeli produk Anda. Misalnya dengan adanya pemberian bonus atau potongan harga tertentu untuk pembelian produk dalam jumlah banyak. Strategi ini cukup membantu para pelaku usaha untuk meningkatkan penjualan produk. Kunci Sukses Usaha Bisnis Camilan Kunci kesuksesan bisnis ini terletak pada kualitas produk yang Anda tawarkan. Oleh karena itu, pilih produk yang rasanya berkualitas, dikemas dengan menarik, dan sesuai dengan selera pasar saat ini. Dengan begitu loyalitas konsumen semakin meningkat, dan penjualan produkpun ikut meningkat. Selanjutnya, Anda juga harus jeli dalam mencari pasar yang potensial. Hindari warung, maupun toko yang sepi pengunjung. Hal ini untuk mengurangi resiko kerugian, karena penjualan produk tidak optimal. (Majalah UKM) demikian informasi mengenai peluang usaha sampingan semoga bermanfaat untuk anda.
PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.
Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Dis tahun lalu.
Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja.
Pakatan pembangkang yang bermegah kononnya hendak tawan Putrajaya pada PRU-13 tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti untuk bertanding melawan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi tradisi beliau Parlimen Pekan.
Ini berikutan mereka memperalatkan sekumpulan NGO yang mendakwa mewakili golongan mahasiswa untuk bertanding mencabar Najib di kerusi tersebut.
Agendadaily difahamkan, keputusan pembangkang itu dibuat berikutan tidak ada calon yang sesuai anak tempatan untuk bertanding melawan Najib, manakala calon luar dikalangan pemimpin politik pembangkang enggan mengambil risiko kalah.
"Masing-masing sudah pasang badan hendak jadi YB, tidak ada siapa mahu bertanding di Pekan yang sudah pasti kalah,"kata sumber.
Dalam kata lain, pembangkang dah menyerah kalah untuk merebut kerusi Pekan dan objektif mereka bukan lagi hendak menang sebaliknya cuba hendak malukan Perdana Menteri.
Pada Khamis Gerakan Mahasiswa PRU13 diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mendakwa disertai beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Syis berkata calon akan diumumkan sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya.
Semua maklum NGO-NGO yang disebut itu mempunyai 'link' yang jelas kepada pembangkang dan tidak mewakili pandangan dan aspirasi golongan mahasiswa.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata kedudukan Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik di kawasan itu dan seluruh negara.
"Saya kesal mengapa mahasiswa yang menjadi mangsanya dalam perkara ini, tiada masalah bagi mahasiswa terlibat politik dan mahu bertanding pada PRU akan datang, tetapi janganlah begini jadinya. Kumpulan itu perlu menunjukkan politik yang matang berpaksi demokrasi yang sebenar.
"Bertanding di suatu kawasan adalah untuk membela nasib rakyat seperti apa dilakukan PM (Najib), bukan bertanding hanya kerana mahu memperlekeh PM atau menyatakan rasa tidak puas hati. Ini bukan demokrasi matang yang sebenar," katanya.
Ezaruddin menegaskan kumpulan itu hanya mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal' dan mahasiswa lain tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.
"Saya nasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang keluar daripada mulut pembangkang, fikir secara logik tentang sesuatu isu yang ditimbulkan.
"Jangan biarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' pihak yang ingin memerah keringat anda. Mahasiswa ini tunjang masa depan negara, jadi mereka kena mula bertindak sebagai tunjang bukan perosak negara," katanya.
Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata tindakan mencabar Najib di Parlimen Pekan sebagai tindakan yang tidak menghargai kebebasan politik yang diberikan kepada mahasiswa menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.
"Mahasiswa sepatutnya menggunakan kebebasan itu untuk mendalami dunia politik negara sedalamnya. Bagi saya tindakan mahasiswa yang ingin menjadi wakil rakyat adalah sesuatu yang baik untuk politik negara kita, menunjukkan betapa generasi muda kita mahu membela nasib rakyat.
"Namun bila mahu bertanding lawan PM (Najib) itu tindakan yang sengaja dilakukan atas tujuan tertentu, bukan niat membela nasib rakyat atau mempelajari dunia politik. Lebih kepada cuba memperjuangkan kepentingan pihak tertentu yang memang kita tahu siapa pihaknya," katanya.
Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata kumpulan mahasiswa itu sebenarnya terperangkap dalam permainan politik yang akan menghancurkan masa depan mereka.
"Ini satu permainan sebenarnya, mahasiswa itu rasa gah bila mereka cabar perdana menteri. Itu nampak seperti mereka berperanan besar dalam perjuangan disuap pihak itu, tetapi realitinya mereka hanya satu budak yang boleh dikorbankan dalam catur politik pihak itu.
"Saya bimbang ia berterusan hingga mampu mempengaruhi mahasiswa lain, namun amalan demokrasi tidak menghalang mereka. Jadi apa yang penting sekarang jati diri mahasiswa itu sendiri perlu kukuh dalam menilai yang mana kaca dan yang mana permata," katanya.
Ini bukan cerita rekaan Dari penglipurlara UMNO... Ini pengakuan sendiri dari aktivis DAP.... Ronnie juga pernah dikaitkan dengan kumpulan mafia bebas melakukan perbuatan keji di negeri jajahannya... Sampai bila kita rakyat Selangor harus berdiam diri dengan kerakusan YB DAP ini yang sibuk mengejar harta kekayaannya... Rakyat pula terpaksa menanggung segala kesusahan? Fikirkanlah....
GEORGETOWN: Pegawai Khas kepada Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidian, Ronnie Liu mengumumkan perletakan jawatanya serta merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.
Jafrei Nordin berkata, tindakan Ronnie mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan-tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa telah menimbulkan seribu persoalan tentang ketelusan dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Jefrei berkata, beliau yang memulakan khidmat bersama Roonie bermula 1 Julai 2008 melihat sikap Ronnie semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara 'keji' dengan merestui percambahan pusat-pusat maksiat yang berselindung di bawah nama pusat refleksologi, kelab-kelab malam, dan pusat perjudian sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
"Sifat jijik dia (Ronnie) ini semakin lama semakin membusut. Saya menyaksikan bagaimana dia (Ronnie) menjadi semakin tamak mengejar keuntungan melalui cara keji ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, semasa dilantik menjadi Pegawai Khas di Pejabat Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, beliau meletakan kepercayaan dan keyakinan penuh kepada kepimpinan Ronnie namun kepercayaan itu musnah dan terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar majikanya itu.
Beliau yang juga aktivis DAP sejak 2004 mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis selain bersikap 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.
Beliau berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'jenaka' dan sering kali berseloroh mempersoalkan kepadanya bagaimana orang-orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh "pelawak".
Katanya, Ronnie dan pemimpin utama DAP juga menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa saja untuk mencapai cita-cita tersebut.
"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti PAS di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh-tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikan DAP mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU13," katanya.
Jafrei berkata, sifat pura-pura dan hipokrit Ronnie dan pemimpin DAP ini membuatkan dia nekad untuk meninggalkan tugasnya itu dan percaya sifat keji ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, malah, golongan rakyat bawahan, penjaja kecil dan peniaga turut terabai disebabkan oleh politik sempit gila kuasa mereka.
"Saya telah melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun,semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli. Sebaliknya, beliau bertindak meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan saya tanpa menghiraukan keikhlasan titik peluh dan wang ringgit yang telah saya sumbangkan.
"Ternyata, slogan dan laungan Ronnie dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat merupakan omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.
Sementara itu, Jafrei berkata, beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatannya dalam masa terdekat kepada Ronnie.
Dua Naib Presiden PAS berasa dilihat kecut perut lantas menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membuat tindakan lanjut berhubung laporan polis yang dibuat oleh penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata di Bumi Memali, Zainon Ismail.
Zainon menyahut cabaran Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sebelum ini supaya beliau membuat laporan polis jika benar terdapat dakwaan penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali membabitkan seorang senator PAS.
Zainon yang juga dikenali dengan nama pena CN Al-Afghani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemarin.
Laporan itu menyebut penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah kos guaman pada tahun 2007, walhal kutipan dana daripada orang awam sudah lebih daripada mencukupi.
Selain itu, Zainon juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30 ribu hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali.
Mahfuz yang di hubunggi oleh wartawan menjawab dengan nada yang terketaq-ketaq berkata PAS terbuka mengenai perkara ini dan menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.
"Kita memang terbuka. Itu serah kita kepada polis. Jadi minta maklum balas polis.
"Bila report pada polis, itu kerja polis, urusan polislah," katanya.
Sejak bila pula percaya dengan polis ni Mahfuz oiii....
Salahuddin yang tertelan air liur bila berkata beliau mengalu-alukan supaya Zainon berbuat demikian.
"Kalau (kata) benda itu tidak betul, buat laporan polislah, Biar polis siasat mengenai perkara itu," ujar beliau ketika dihubungi.
Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup PAS sebelum ini telah beberapa kali mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Namun desakannya tidak diendahkan sebaliknya beliau dipecat daripada PAS dan buku tulisannya diharamkan oleh PAS.
Zainon adalah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali.
Zainon Gesa Buka Semula Siasatan
Bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail meminta polis membuka semula kertas siasatan berhubung laporan yang dibuatnya pada tahun 2000 berkenaan dakwaan penyelewengan wang kutipan derma Tabung Mangsa Memali.
Zainon berkata siasatan yang dijalankan tatkala itu tidak dilakukan dengan telus selain dirinya pada waktu itu berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Laporan polis tentang penyelewengan Tabung Memali telah dibuat pada tahun 2000..dan apa yang saya harapkan adalah agar pihak polis supaya membuka semula fail ini,"katanya dalam sidang medianya malam tadi.
Zainon berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang kenyataan rasmi atau tidak rasmi berhubung hasil siasatan tersebut.
Pada 6 Februari lalu, Zainon sekali lagi membuat laporan polis, kali ini membabitkan kewangan balu Memali yang dikatakan dipaksa membayar yuran guaman, walhal dalam masa yang sama kutipan dana dari orang ramai masih diteruskan.
Laporan yang dibuat sebagai menyahut cabaran dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar itu, turut menyebut kehilangan wang hasil penjualan mesin jahit, bengkel jahitan Memali yang dianggarkan bernilai RM60,000.
Pada tahun 2000, Zainon membuat laporan polis bersabit baki RM60,000 daripada Tabung Mangsa Memali yang hilang tanpa jejak setelah ianya ditutup oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada tahun yang sama.
Dana tersebut diperolehi daripada kutipan wang orang ramai yang diiklankan di dalam akhbar Harakah dan diuar-uarkan dalam setiap sesi ceramah PAS.
Zainon yang merupakan antara tiga individu yang bertanggungjawab menguruskan wang kutipan itu mendakwa dana tersebut tidak pernah diaudit.
Tetapi sebaik sahaja laporan polis dibuat, satu audit palsu katanya telah diusahakan oleh Setiausaha PAS Kawasan Baling merangkap Setiausaha Jawatankuasa Tadbir Madrasah Al-Islahiah Diniah, Senator Datuk Yusuf Hussin.
Zainon tanpa berselindung turut menamakan Yusof Hussin sebagai 'dalang' di sebalik penyelewengan itu dalam buku tulisannya, 'Air Mata Di Bumi Memali'.
"Semasa saya berada di Kemunting pada tahun 2002, tabung ini ditutup oleh Ustaz Fadzil dan bakinya mengikut mangsa-mangsa Memali, ada tercatat lebih kurang RM60,000 yang masih tidak diberikan kepada mereka.
"Tabung ini pertama sekali, tidak ada jawatankuasa..Yang keduanya, tabung ini tidak pernah diaudit daripada tahun 1986 sampailah ia ditutup pada tahun 2000, tak pernah diaudit.
"Bila saya buat laporan polis, barulah berlaku audit iaitu audit palsu yang dibuat Yusuf Hussin dan dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa PAS kawasan (yang) membuat audit palsu sampai tak tidur beberapa malam," tegas bekas wartawan lidah rasmi PAS, Harakah ini," katanya.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 telah mengorbankan seramai 14 orang dan menyaksikan berpuluh yang lain tercedera.
Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat yang di jadualkan jam 3 petang ini dan dipercayai yang terakhir sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional memohon perkenan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Difahamkan mesyuarat petang ini akan membincangkan laporan prestasi terkini ketiga-tiga sayap parti dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Ia juga akan membincangkan beberapa isu parti UMNO dan kedudukan beberapa bahagian yang diklasifikasikan sebagai bermasalah.
Mesyuarat MT UMNO terakhir ini juga akan membincangkan strategi kempen dalam PRU-13.
Mesyuarat itu akan mengambil maklum senarai calon UMNO yang akan mewakili BN yang masih lagi dinilai untuk kali terakhir sebelum diumumkan oleh Presiden parti.
Mesyuarat akan berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Majlis Tertinggi UMNO lazimnya bersidang sekali dalam sebulan namun kekerapannya difahamkan akan bertambah selepas pembubaran Parlimen.
Saddis... apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style.
Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.
Bukanlah Pok Nik... PSY bukan Maria Ozawa... (tolong jangan google siapa Maria Ozawa ni) Hanya Guan Eng saja yang tahu siapa Maria Ozawa!
Bila tersasul, Nik Aziz ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda.
Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul.
Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya.
Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa.
Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.
Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.
Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan, sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.
Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg.
Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.
Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya.
Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman.
Lawak Politik Minggu Ini - Psy Needs To Tutup 'Her' Aurat
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Isnin lepas, dakwa blog msomelayu.blogspot.com.
Blog yang dimiliki Mohd Sayuti Omar (MSO) itu berkata hubungan mutakhir antara Harun dan Anwar sudah diketahui umum semakin renggang hinggakan jarang dapat dilihat kedua-dua tokoh itu duduk atas pentas sama dalam ceramah politik, jadi pertemuan mereka menimbulkan pelbagai persoalan.
"Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua menimbulkan titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah ia ada membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah ada pencemaran ke atas konsensus sebelum ini?
"Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah…
"Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi yang nyata tiada wakil DAP,"katanya.
MSO yang juga penulis politik pro-Anwar berkata pertemuan itu bersifat misteri kerana tiada hebahan kepada umum, tidak seperti pertemuan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sengaja dihebahkan kepada umum baru-baru ini.
"Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil kalau pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120 atau 122, DAP 40 dan PAS 60 atau 63.
"Apakah ia mengenai kerusi perdana menteri? Tetapi bukankah secara lisannya Pakatan Rakyat sudah menyetujui Anwar yang akan dilantik menjadi perdana menteri? Atau ada idea baru mengenai jawatan ini?
"Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa perwakilan muktamar memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga layak menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk diilusikan. Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri.
"Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu membawa mesej daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau pun atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan akan pertemuan ini dalam masa terdekat.
"Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak disampaikan sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung, Mustapa Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din. Atau kerana Haron Din adalah 'memanda tua' maka beliau dihantar kerana Anwar juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini?,"katanya lagi.
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menerima 'hadiah istimewa' daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.
Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.
Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim yang mengetuai kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum tujuh perkara bertajuk Tanah Rakyat Adalah Maruah Rakyat kepada Nik Aziz bagi membantah penjualan tanah itu.
"Tanah itu adalah maruah rakyat yang diusahakan sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya dijual kepada pemimpin DAP dan kami yakin masih banyak lagi tanah yang dijual tetapi kita tidak tahu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Kumpulan tersebut bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk berjumpa Nik Aziz dan memorandum itu hanya diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Mohamed.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
Sebelum itu, blog pisau.net mendedahkan dakwaan kedua-dua pemimpin tersebut ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Sementara itu, dalam memorandum tersebut, kerajaan negeri diminta menjawab beberapa persoalan berhubung penjualan tanah tersebut yang jelas hanya merugikan dan menindas rakyat.
"Sudah tiadakah syarikat milik bumiputera atau syarikat milik bukan bumiputera tetapi orang Kelantan yang mampu menjayakan satu projek usahasama seperti ini sehingga terpaksa dipajakkan kepada syarikat yang baharu berusia setahun?.
"Rakyat Kelantan juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan senarai nama semua syarikat dan keluasan tanah yang dipajakkan atas nama pembangunan," jelas memorandum itu.
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau 'Arab Spring' dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.
Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi 'hobi'nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.
Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan 'contoh teladan' yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.
Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service , sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala 'Arab Spring' di Malaysia.
Antara kata-katanya ialah "Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam," dan "…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di 'Arab Spring' dan 'Occupy Wall Street Movement' katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja."
Beliau juga berkata, "…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, 'Arab Spring' adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi."
Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus 'Dataran Tahrir' di Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya 'hobi' memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.
Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu 'Arab Spring' atau 'Dataran Tahrir' atau 'Occupy Wall Street' yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.
Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.
Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca 'Arab Spring' adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.
Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.
Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian.
Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.
Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.
Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.
Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan.
Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.
Apa yang pasti, kesemua negara-negara 'Arab Spring' ini berada dalam keadaan 'gelap-gulita', sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya.
Sekiranya, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.
Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.
Jangan mimpi mahu jadi calon pilihan raya jika pendidikan tidak setinggi mana. Komposer terkenal, Mohd Azhar Abu Bakar atau Azmeer yang mahu artis berkenaan melupakan hasrat itu jika hanya mahu meraih populariti.
Kata Azmeer, kerjaya politik artis tidak mampu pergi jauh tanpa kelulusan tinggi dalam pelajaran.
Azmeer merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Abby Abadi sila ukur baju di badan sendiri, Azmmer dah jadi pengukur...
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata, artis menyertai politik kerana menerima pendapatan lebih berbanding membuat persembahan.
Selain itu kehadiran ramai artis baru menyumbang faktor beralih angin kepada politik.
Justeru, penyertaan artis dalam politik terutama menjadi calon pasti memberi suasana baru dalam pilihan raya kali ini.
YB Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk ketua pembangkang itu dengan mereka-cipta bukti palsu mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu pada penghujung tahun 2006.
Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, berdasarkan keterangan-keterangannya, tidak ada satu pun bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib dan Rosmah, namun Anwar tetap mendesaknya supaya mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya supaya masyarakat percaya pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu terlibat dalam pembunuhan tersebut.
"Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.
"Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak (akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu," katanya ketika mengimbau kembali kejadian pembunuhan pada tahun 2006, di mana pada masa itu beliau masih lagi berada dalam PKR dan salah seorang kepercayaan Anwar.
"Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya 'dapatkan itu' (pengakuan bersumpah) dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
"Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.
"Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku (kata) Najib terlibat, Rosmah pun terlibat."
Zulkifli yang juga pernah menjadi peguam bela kes liwat I Anwar membuat pengakuan itu ketika berceramah di Bentong, Pahang, 3 Feb.
Menurutnya, sebagai seorang peguam, adalah bersalahan dengan etika perundangan, jika menuduh seseorang itu tanpa bukti, jadi untuk menuduh Najib dan Rosmah terlibat ia memerlukan bukti dan keterangan yang kukuh.
Berdasarkan hasil semakan dan siasatan yang dilakunya, didapati tuduhan yang mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah semata-mata.
"Nasib baik masa itu Allah jaga saya, Dia suruh saya semak. Bila semak Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, buka puasa dengan anak yatim..Ada gambar dia, ada bukti.
"Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadhan."
Menurutnya lagi, walaupun tiada bukti, namun Anwar tetap berkeras mengarahkannya mencari bukti palsu untuk mengaitkan dengan kedua pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu.
"Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.
"Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, (maka) saya tarik (diri)."
Akhirnya pada pertengahan tahun 2009, Zulkifli meletakkan jawatan sebagai peguam bela Azilah.
Pengakuan Zulkifli di Bentong 3 Februari itu dianggap sebagai pelengkap terhadap pendedahan awal di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2010, di mana ketika itu beliau tidak menamakan siapakah tokoh yang telah mengarahkannya melakukan salah guna kuasa yang bertentangan dengan etika perundangan.
Pada 2010, ketika bercakap dalam Dewan Rakyat, Zulkifli mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Najib dan Rosmah mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.
Ketika membuat pendedahan itu, Zulkifli tidak menyatakan nama pihak yang membuat tawaran, sebaliknya menyifatkannya sebagai 'pihak ketiga' yang menawarkan tawaran yang "boleh menggoyahkan iman".
"Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut.
"Kita perlu ingat, takkanlah OKT-OKT tersebut (Azilah dan Sirul Azhar) sanggup dihukum mati ke tali gantung, kalau benar YAB Perdana Menteri dan isteri terlibat. Saya cukup yakin, pasti mereka akan mendedahkannya, kalau ianya benar.
"Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik…setahu saya YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).
"Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain," katanya.
"Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.
"Bertarikh pada 22 Rabi'ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010," kata Zulkifli dalam notis tarik dirinya itu.
The issue on water supply between Kedah and Penang seems to be getting nowhere. Since the first time it was raised on Kedah's 2013 Budget last year, only a single letter was sent by Kedah government to Penang in regards of the matter. Even then the letter was only sent after receiving response from the media through Executive Officer of Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa who refuse to pay for the water supply channeled from Sungai Muda, Kedah on reasons that are stated in the Riparian Right where Kedah does not have the rights to take any payment because the water supply that are taken are from a natural resource. Jaseni gave the example of the Mekong River which supplies water to a few countries across its course and those countries do not have to pay to China. He then explained that even though some states do pay out for their water supply such as Malacca to Johore and Pahang to Selangor, it is because the water supply are not from any natural resource, they channel through pipe lines or tunnels. from there, Kedah is still yet to provide any response other than a few media statements made by Kedah Exco, Phahrolrazi who stressed that the state government still insist on claiming for payments on water supply given to Penang. From the recent update two days ago, which is just the same thing where Phahrolrazi once again mane a media statement 'complaining' because Penang still have not give any response to Kedah's three suggestions to charge 3cent/m3 over the water supply to Penang. He said, Penang's refusal to response to this matter is making things more complicated. Penang however, chooses to ignore everything. If Phahrolrazi or Kedah Chief Minister, Dato' Seri Azizan Razak, are a little bit smarter, they should realize that DAP Penang is showing where really PAS is in their eyes, even if they are a government of a state. Moreover, PAS's actions in putting estimated revenue from something which is still yet to be discussed, justifies how low DAP thinks of PAS as they do not even know how to properly present their state Budget. However, just like Guan Eng, Azizan is just as arrogant. generally, they are the same, stupid and arrogant. The only difference is that Guan Eng do know all things that are happening in his state, Azizan however, does not know anything. Thus, Guan Eng has full power in all projects in his state but Azizan cannot do the same. This water issue can never end because Azizan's facing a hard time with the state fund. Things are worse as he does not know how bad the state fund is because he simply does not have any power in most projects in the state that are ran by his men. Azizan may know a little that his state is in a bad place but he also know that he cannot do anything about it. His ego is too big for him to actually investigate everything by himself because he might not be able to accept the fact that he made mistakes. Considering that Azizan is desperate in terms of following the Budget he presented, it is not impossible that he would take a drastic action such as the 'treat' posed by Phahrolrazi. It is not impossible that Kedah would find ways to stop channeling water supply to Penang through Sungai Muda. Azizan has proven that he is ready to take the risk of getting mud flood in Kedah just so that he could continue logging activities in sensitive areas, He proudly stated that he would risk it to generate money for the state. Thus, we need to remember that desperate people would do anything. If he is willing to risk with rakyat's lives, then what would he do to other states? That is why we should not be shocked if Azizan stops water supply to Penang if Guan Eng refuses to pay for it. And if PAS maintain their power in Kedah, people of Penang might just end up drinking sewage water.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kemunting Taiping disebuah kedai kopi cina berdekatan di Kemunting berlangsung Majlis sumbangan sempena raya cina dari PAS DAN DAP Taiping.
Majlis ini hanya dihadiri NGA KOR MING, sedangkan didalam DUN Kemunting tapi kelibat YDP CALON PAS langsung tak nampak batang hidung.
Didapati para pengikut PAS sudah tidak menyokong Dap jadi mungkin benarlah kata bahawa hubungan Pas dan Dap bergelora di Taiping.
Program yang dijadualkan bermula jam 9pagi telah lewat hingga jam 11pagi kerana Nga datang lewat.
Semua yang hadir terdiri daripada kaum cina disini hanya sekitar 100 lebih saja sanggup tunggu berjam-jam kerana dijanjikan akan diberi wang Ang Pau dan buah limau.
Tunggu punya tunggu....apabila majlis berlangsung...hanya 6 biji buah limau saja yang diberi Nga.
Ramai yang hadir ini kecewa dengan janji Pakatan Taiping dan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat "Lan...u punya janji...!!!" kerana amat kecewa.
Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.
Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.
Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.
Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.
Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.
Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.
Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?
Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.
Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.
Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.
Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Memang memalukan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style.
Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.
Bila kebebalannya ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda.
Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul.
Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya.
Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa.
Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.
Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.
Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan, sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.
Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg.
Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.
Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya.
Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman.
Di samping itu, alang-alang sudah terserlah kebebalannya, eloklah Nik Aziz meludah ke muka sendiri, dengan demikian bila tiba-tiba sahaja mulutnya gatal untuk komen itu ini, akan terdetik kesedarannya untuk mendalami isu sebelum membuka mulut berusnya itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DAP JUGA KEMUNGKINAN AKAN MELETAKKAN CALON MELAYU DI DUN KAMUNTING
Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!!
Walaupun kat Taiping ni sentiasa hujan,rupanya cuaca panas didalam PAS Bahagian Taiping.
Menurut sumber mengatakan YDP Ustaz Pakarudin bakal diboikot oleh orang PAS sendiri berikutan TERBONGKAR suatu kisah yang tidak dijangka-jangka dilakukan oleh seorang YDP PAS TAIPING
Ada yang mengatakan YDP PAS terlibat dalam kerja melibatkan tempat judi kuda. Perkara ini tidak dapat disahkan benar atau tidak,tapi perkara ini telah kecoh didalam PAS Taiping.
Khabarnya penyokong PAS Taiping akan memboikot tidak akan mengundi calon PAS DUN Kemunting jika di letakan YDP USTAZ PAKARUDIN bertanding. Sebaliknya penyokong PAS akan memilih calon lawan (UMNO) sebagai memprotes.
APA PUN GAMBAR INI HANYA UNTUK PROPAGANDA PAS SAHAJA , TIDAK ADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP DAN YANG MATI.
AWAS KALAU NAK BERGAMBAR MACAM INI TUNGGU SEHINGGA API PADAM, KITA HANYA PERGI JIRUS KAYU-KAYU YANG BERASAP SAHAJA. WAKTU API SEDANG MARAK JANGAN DOK TRY MACAM NI...MAMPOS HANGUS KERING.
Agaknya tika ini Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail masih lagi kembang bangga tak sudah-sudah terkenangkan dirinya tiba-tiba sahaja mendapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah semasa Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 baru-baru ini.
Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah),Dr Siddiq Fadzil itu khabarnya sebagai penghargaan di atas 'keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan,kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan'. Entah di mana beraninya Wan Azizah dan tak tahu di mana letaknya keadilan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh isteri kepada Ketua Umum PKR itu sehingga timbul idea dari Dr Siddiq untuk menyamakan Presiden PKR itu dengan Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA, sukar sekali untuk umum mencari logiknya.
Fikirlah kot mana pun memang tak logik langsung untuk Wan Azizah mendapat anugerah yang memperalatkan nama isteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w tatkala suami Presiden PKR itu sendiri terpalit dengan bermacam skandal seks dan pernah pula menjadi banduan dek kerana kesalahan rasuah salah guna kuasa.
Pernahkah Nabi Muhammad s.a.w terlibat dengan skandal seks ataupun menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri? Tentu sahaja tidak. Adakah kesetiaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w terserlah disebabkan mempertahankan sikap bobrok suaminya? Tentunya tidak sama sekali.
Sebaliknya Siti Khadijah setia dan berterusan menyokong suaminya disebabkan kebenaran dakwah yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Apakah Anwar sepanjang penglibatannya serius berdakwah ke jalan yang benar sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w? Langsung zero.
Yang ada pun, sejak tahun 1970-an asyik mengajak rakyat berdemo atas jalan, sepanjang 1980-an hingga Ogos 1998 aktiviti berdemo berhenti seketika, kemudian selepas itu hingga sekarang memanjang menyebarkan propaganda dan dakyah mengajak khalayak memenuhi jalanraya sampaikan hampir tergugat ketenteraman awam.
Lantas apa tujuan penganugerahan tersebut kepada Wan Azizah dan apa signifikannya dengan Anwar? Sekadar untuk melengkapkan Anugerah Tuhan yang pernah dilabelkan oleh Wan Azizah kepada suaminya atau wujud sindiran serba sinis yang menuntut kewarasan akal memikirkannya?
Jika dikatakan Wan Azizah memiliki sikap tidak terburu-buru dan tidak mudah panik sebagaimana isteri Nabi Muhammad s.a.w, amat tidak kena sekali jika dilihat pada sejarah pembohongan Wan Azizah yang pernah mempropagandakan kisah suaminya disuntik dengan darah HIV positif.
Hatta untuk umpamakan Wan Azizah sentiasa bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain seperti mana Siti Khadijah, lagilah tak tercapai dek akal memandangkan suatu ketika dulu Wan Azizah pernah menimbulkan kekalutan umum sehingga kalut ribut negara disebabkan demonstrasi jalanan gara-gara tuduhan Wan Azizah kononnya Anwar telah diracun dengan arsenik.
Adakah propaganda jahat yang dimainkan oleh suami isteri yang mengepalai PKR ini seiras dengan gerak kerja dakwah Nabi Muhammad s.a.w yang dibantu oleh Siti Khadijah? Lagilah tak sama jauh panggang dari api.
Nak dikatakan gaya hidup Wan Azizah menyamai akhlak dan gaya hidup sederhana isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w jauh sekali, bagai langit dengan bumi bezanya. Wan Azizah hidup di rumah banglo yang harganya mencecah tujuh lapan juta ringgit, sedangkan Siti Khadijah hidup biasa-biasa sahaja dan sederhana gayanya.
Malah dari segi sifat penyayang pada suami pun sukar sekali untuk disama tarafkan Wan Azizah dengan Siti Khadijah. Mana pernah Siti Khadijah cemburu buta dengan suaminya, sedangkan Wan Azizah pula pantang melihat ada jantan lembut yang rapat dengan Anwar terus sahaja memasang perisik untuk memantau pergerakan suami sendiri.
Lagikan pula, Siti Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w bertemu jodoh tanpa halangan dan tidak pula berkahwin ikut pintu belakang, berbeza sekali dengan Wan Azizah dan Anwar yang menikah di sempadan Siam dek kerana tidak mendapat restu dari bapa si perempuan.
Campur tolak bahagi dan darab, memang umpama langit dengan bumi bezanya antara Siti Khadijah dengan Wan Azizah.
Barangkali, mungkin pada perkiraan PKR, penganugerahan itu mampu menaikkan imej parti itu setidak-tidaknya di kalangan pengundi Melayu Islam walau hakikatnya senario semasa menunjukkan lebih ramai yang tersenyum sumbing mengenangkannya.
Ramai pemerhati politik melihat penganugerahan itu sebenarnya hanyalah satu bentuk sindiran daripada Dr Siddiq kepada Anwar supaya dapat mencetuskan kesedaran Ketua Umum PKR itu supaya kelak jangan lagi gemar menabur janji sana sini tanpa menilik kemampuan diri.
Alang-alang isteri sedikit cuba dipropagandakan dan digambarkan seolah-olah menyamai sikap isteri Nabi, takkanlah Anwar masih nak meneruskan sikapnya yang langsung tidak mengikut perwatakan Nabi Muhammad s.a.w, tak gitu?
Bukankah Nabi Muhammad s.a.w terkenal dengan gelaran Al-Amin yakni orang yang boleh dipercayai dan dipegang kata-katanya, justeru itu Anwar selaku politikus yang gemar menjual temberang dan propaganda adu domba itu elok sangatlah mengambil iktibar supaya serasi dengan anugerah tersebut.
Jika dipandang dari sudut itu, memang nampak ada kewajaran untuk wujudnya anugerah tersebut, walaupun sinis dan agak menyindir maksudnya paling tidak pun ada juga maslahat umumnya. Tapi mampukah Anwar berubah dan tidak lagi meneruskan tabienya yang suka temberang, mengadu domba dan menabur janji yang tidak pasti? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Memang memalukan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style.
Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.
Bila kebebalannya ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda.
Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul.
Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya.
Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa.
Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.
Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.
Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan, sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.
Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg.
Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.
Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya.
Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman.
Di samping itu, alang-alang sudah terserlah kebebalannya, eloklah Nik Aziz meludah ke muka sendiri, dengan demikian bila tiba-tiba sahaja mulutnya gatal untuk komen itu ini, akan terdetik kesedarannya untuk mendalami isu sebelum membuka mulut berusnya itu.
Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.
Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.
Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.
Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.
Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.
Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.
Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?
Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.
Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.
Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.
Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.
Dengan membaca surat ini maka paham lah aku kenapa anwar bin ibrahim bergitu bermati-matian mempertahankan kalimah Allah di gunakan oleh orang kristian...
Rupa-rupanya puak-puak kristian dah endorse dia untuk jadi perdana menteri malaysia, bila kristian dah endorse dia jadi pm, maka hajat puak-puak kristian untuk jadikan malaysia sebuah negara kristian seperti yang di impikan oleh dap akan termakbul...
Zawawi Mohamed (kanan) menerima anak benih pokok getah daripada Kamarudin Kassim sambil diperhatikan ahli Gerakan Tukar di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat@ Pok Nik hari ini menerima 'hadiah istimewa' daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.
Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.
Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim yang mengetuai kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum tujuh perkara bertajuk Tanah Rakyat Adalah Maruah Rakyat kepada Nik Aziz bagi membantah penjualan tanah itu.
"Tanah itu adalah maruah rakyat yang diusahakan sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya dijual kepada pemimpin DAP dan kami yakin masih banyak lagi tanah yang dijual tetapi kita tidak tahu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu kira-kira pukul 11 pagi di sini.
Kumpulan tersebut bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk berjumpa Nik Aziz dan memorandum itu hanya diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Mohamed.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
Sebelum itu, blog pisau.net mendedahkan dakwaan kedua-dua pemimpin tersebut ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Sementara itu, dalam memorandum tersebut, kerajaan negeri diminta menjawab beberapa persoalan berhubung penjualan tanah tersebut yang jelas hanya merugikan dan menindas rakyat.
"Sudah tiadakah syarikat milik bumiputera atau syarikat milik bukan bumiputera tetapi orang Kelantan yang mampu menjayakan satu projek usahasama seperti ini sehingga terpaksa dipajakkan kepada syarikat yang baharu berusia setahun?.
"Rakyat Kelantan juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan senarai nama semua syarikat dan keluasan tanah yang dipajakkan atas nama pembangunan," jelas memorandum itu.
PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain. Ketua Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.
"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.
"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya. Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja. Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.
OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Mungkin Haji Asmuni Awi sudah lupa atau buat-buat tak ingat apa yang berlaku ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun lalu! Bagaimana dengan para anggota polis yang ditugaskan mengawal ketika itu? Gambar diatas dapat menceritakan segalanya! Masih lagi mahu menyalahkan pihak Polis?
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Negeri, Wan Ismail Wan Ahmad menegaskan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus dipersalahkan kerana membuat persetujuan yang membolehkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura Ulama parti itu.
Katanya, akibat daripada tindakan Presiden Pas itu, ia menyebabkan DAP terus bertindak biadab dengan menggesa kalimah suci tersebut boleh digunakan oleh bukan Islam.
Beliau berkata, sepatutnya, sebelum membuat sebarang keputusan bersama anggota pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Abdul Hadi perlu terlebih dahulu merujuk kepada majlis syura.
"Memang Abdul Hadi yang salah dalam hal ini. Beliau terus masuk ke pakatan pembangkang, membelakangi Majlis Syura dalam isu ini.
"Ibarat ayam, tak perlu tanya sembelih tak sembelih sebab Abdul Hadi bawa masuk (ke pakatan pembangkang untuk setuju penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam) tu yang sudah sembelih dah.
"Lepas kecoh baru nak mesyuarat, ini tak ada guna. Ini orang panggil kerja bodoh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan beberapa bekas tokoh Pas yang menyifatkan kelantangan Karpal secara berterusan mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah adalah disebabkan kelemahan Abdul Hadi selaku presiden parti itu.
Mengulas lanjut, Wan Ismail berkata, berikutan kelemahan itu Pas akan menerima kesan buruk terutama dari aspek kepercayaan orang ramai khususnya umat Islam terhadap parti itu.
Katanya, kredibiliti Pas semakin lenyap semenjak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga mencetuskan banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Sementara itu, menjawab kedegilan Pas untuk kekal bersama pakatan pembangkang meskipun wujud perbezaan ideologi termasuk dalam soal menyentuh akidah umat Islam, beliau berkata, ia hanya disebabkan keghairahan parti itu untuk ke Putrajaya.
"Tak ada benda lain, kerana hendak kejar Putrajaya. Gilakan Putrajaya itu sahaja. Kalau betul-betul Pas memperjuangan agama, memperjuangkan akidah umat Islam sudah lama Pas keluar daripada pakatan itu," katanya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mungkin itu barangkali yang mahu diungkapkan oleh Karpal Singh, namun sebagai seorang peguam yang terkenal, serta mahu menjaga hubungan parti, Karpal Singh bertindak selamat.
Kenyataan terbaru Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang kecewa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu, bukan saja menggambarkan isu sensitif itu belum selesai dalam kalangan pakatan pembangkang tetapi menimbulkan tanda tanya siapa antara dua pemimpin itu bercakap benar. Karpal, pada sidang media di Pulau Pinang kelmarin, berkata adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh bukan Islam termasuk pemimpin DAP. Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu pada pertemuannya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Isnin lalu. Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, Majlis Syura PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kenyataan Hadi bercanggah
Laporan akhbar sebelum ini memetik Abdul Hadi sebagai berkata, larangan ke atas bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu sudah selesai dan pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Nik Aziz dalam pertemuan dengan Karpal itu.
Sebelum ini juga, Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam. Kenyataan Karpal itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah beliau menuduh Hadi berbohong mengenai hasil pertemuannya dengan Nik Aziz, sesuatu yang pasti tidak dapat diterima ahli PAS atau mungkinkah Karpal tidak bercakap benar dan sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk menguji sejauh mana kesediaan pemimpin PAS mengikut telunjuk DAP dalam mencapai matlamat pakatan pembangkang.
Tidak kira siapa bercakap benar atau berbohong, isu penggunaan kalimah Allah yang dihidupkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ini, hanya mengukuhkan kedudukan DAP sebagai 'juara bukan Islam' tetapi semakin mengikis rasa hormat umat Islam bukan ahli PAS terhadap parti yang mendakwa Islam sebagai dasar perjuangannya itu. Tindakan DAP yang tidak menghormati keputusan Majlis Syura PAS mengenai isu ini, turut mencalarkan maruah PAS di mata umat Islam dan penyokongnya. Walaupun sebahagian ulama dan pemimpin PAS sendiri sudah mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai pendirian mereka berhubung isu ini, ia seolah-olah tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan parti.
Rugikan PAS
Yang jelas percanggahan pandangan secara terbuka dalam kalangan pemimpin PAS dan meningkatnya bantahan umat Islam di seluruh negara terhadap DAP yang memainkan isu ini, tidak menguntungkan politik PAS walaupun untuk jangka pendek.
Lainlah jika pucuk pimpinan PAS berpendapat penyokong mereka masih setaksub dulu sehingga sedia menyokong apa saja arahan pemimpin walaupun ia jelas memberi peluang kepada bukan Islam untuk mencemarkan kesucian kalimah Allah.
Jika benar andaian banyak pihak bahawa isu kalimah Allah ini adalah perangkap DAP yang mahu melaga-lagakan umat Islam/Melayu di negara ini untuk keuntungan jangka panjang politik mereka, ternyata parti itu sudah separuh berjaya. Percanggahan pendapat antara pemimpin Islam dalam pakatan rakyat dan dalam kalangan PAS sendiri mengenai isu ini menjadi bukti. Yang menjadi persoalan sekarang, sampai bila PAS sanggup diperangkap oleh DAP?
Berikut gambar sekitar program yang berlangsung pagi tadi
.
ucapan Datuk Bandar KL Datuk Phesal Tali
Kehadiran lebih kurang1500 penjawat awam Wilayah Persekutuan.
Hampir 10 soalan diajukan.
Antaranya tentang pembangkang mahu kurang penjawat awam, kes Anwar Ibrahim, ekonomi Malaysia, Dr Asri Zainal Abidin yang marah duit cukai disebut duit Kerajaan, tips nampak sihat, tohmahan terhadap Malaysia di luar negara, perubahan pentadbiran awam dll.0
Peserta tidak berganjak hingga selesai sesi soal jawab.
Majlis selesai jam 12.30 tengah hari.
Lagi gambar lihat FB Panglima dan group Facebooker 1Malaysia.
Polis mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan remaja perempuan yang menghilangkan diri bersama adiknya selama lima hari sebelum ditemui selamat di Taman Sentosa, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kesan koyak itu disahkan doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang melakukan pemeriksaan kesihatan selepas dua beradik itu dijumpai.
"Kita percaya ada aktiviti seksual antara remaja itu dengan teman lelakinya sejak dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarga.
"Kesan koyak itu dipercayai berlaku lebih 72 jam. Adiknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.
Mohamad berkata, polis kemudiannya menahan teman lelakinya, warga Myanmar, berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.
Katanya, siasatan mendapati, kali terakhir dua beradik itu dilihat menaiki sebuah teksi berhampiran kawasan sekolah sambil ditemani suspek yang bekerja di sebuah pasar raya di sini. Menurutnya, remaja terbabit sudah empat kali keluar bersama suspek sejak berkenalan pada 12 Disember lalu.
"Siasatan juga mendapati rakan suspek berusia 20 tahun merupakan teman lelaki kepada adik remaja berkenaan," katanya.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Katanya, dua remaja tersebut masih menerima rawatan di HTAR dan akan diserahkan kepada Jabatan Kemasyarakatan untuk tindakan lanjut berikutan mereka enggan pulang ke rumah.
Dalam kejadian itu, dua beradik berusia 13 dan 15 tahun dilaporkan keluar rumah, kira-kira jam 12 tengah hari untuk ke sekolah, namun tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan.
Mereka ditemui selamat ketika berjalan di kawasan rumah kedai di Taman Sentosa, kira-kira jam 2 petang, kelmarin. Mereka bagaimanapun enggan pulang ke rumah dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana menurunkan ratusan bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang bagi menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini semalam.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap bersikap tidak adil apabila banyak lagi bendera parti-parti pembangkang yang digantung tidak dikenakan tindakan sama oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Menurutnya, jika benar tindakan penguatkuasaan itu atas alasan tiada permit, beliau mencabar MPPP membuktikan bendera parti-parti lain yang digantung di kawasan-kawasan awam mempunyai kebenaran bertulis.
"Kerajaan DAP Pulau Pinang macam tiada kerja lain. Perkara yang remeh-temeh pun nak ambil tindakan.
"Mereka mungkin trauma dengan sokongan rakyat terhadap BN hingga tengok bendera pun rasa takut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Muhyiddin melakukan lawatan kerja sehari di negeri ini. Musa menambah, beliau mahu rakyat menilai sendiri bentuk kerajaan yang dipimpin Guan Eng dan membezakannya dengan pentadbiran BN dahulu.
"Rakyat boleh lihat sendiri, inilah kerja dan sikap dia (Guan Eng)," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan memberitahu, beliau menerima maklumat MPPP menurunkan bendera BN di sekitar kawasannya pada kira-kira pukul 4 petang semalam lalu bergegas ke tempat kejadian.
Jelasnya, beliau sempat menghalang perbuatan tersebut dan meminta jasa baik anggota-anggota penguat kuasa MPPP agar tidak meneruskannya sehingga Timbalan Perdana Menteri pulang ke ibu negara sebagai menghormatinya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Di negeri Kelantan hari ini salah satu kerusi parlimen yang berpotensi tinggi untuk dimenangi BN adalah Tanah Merah. Dan setakat hari ini khabar-khabar yang kedengaran mengatakan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah , Datuk Ikmal Hisham yang akan mewakili BN dalam pilihan raya akan datang.
Apa-apa pun itu hanya khabar-khabar yang kedengaran. Bukannya muktamad dan bukannya sah. Semuanya terletak di tangan Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib.
Cuma apa yang boleh saya katakan bahawa Ikmal Hisham adalah antara winnable candidate bagi BN. Beliau seorang yang bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup perhabiskan duit sendiri untuk rakyat.
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sejak pilihan raya tahun 1999 hingga 2008 kerusi berkenaan bersilih ganti dimenangi oleh PKR dan BN.
1999 - PKR menang majoriti 4658 undi
2004 - BN menang majoriti 2527 undi
2008 - PKR menang majoriti 1584 undi
2013 - Insyallah BN akan menang pula....
Berbalik kepada kisah Ikmal Hisham, sebelum menjadi pemimpin Umno bahagian semua orang tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menceburi bidang automotif dan saya difahamkan beliau mempunyai banyak pusat jualan kereta pelbagai jenama. Beliau tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Seperti yang saya sering saya katakan sebelum ini Pas adalah Parti Ajaran Syaitan atau boleh juga di panggil Parti Anak Syaitan.
Mereka tak buat kerja. Hanya tahu ceramah. Kalau rakyat pergi jumpa mereka minta bantuan atau pertolongan, mereka kata mereka susah, tiada duit dan sebagainya. Lalu meminta rakyat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN. Tetapi bila pemimpin-pemimpin BN buat kerja mereka pula yang jadi tukang khianat dan buat fitnah itu ini. Buruk-burukkan orang yang buat kerja untuk tolong rakyat.
Dalam kes di Tanah Merah, Pas tahu apa kerja yang Ikmal lakukan selaku penyelia parlimen berkenaan. Pas tahu Ikmal berpotensi untuk menang jika dicalonkan tidak kira samada di Dun atau parlimen. Lalu dia carilah jalan bagaimana untuk mencalarkan imej Ikmal.
Dua hari lepas penyambung lidah rasmi syaitan, haramkah daily dan kemudiannya diikuti oleh blog-blog penyokong mereka melaporkan berita tentang Ikmal menunjukkan wang tunai RM 1.2 depan penduduk Ladang Kerilla di Tanah Merah.
Macam-macam tuduhan yang mereka buat kononnya Ikmal cuba merasuh penduduk dan sebagainya.
Di sini biar saya jelaskan kepada anda perkara sebenar dan kenapa itu terjadi....
Ladang Kerilla adalah salah satu ladang yang berada dalam Parlimen Tanah Merah. Ladang tersebut milik KL Kepong. Dalam ladang itu ada 200 keluarga yang menetap di situ. Keluarga melayu 110 dan keluarga india ada 90.
Pekerja-pekerja ladang yang bersara pada usia 55 tahun menghadapi masalah tempat tinggal. Apabila pencen mereka perlu keluar dari rumah yang disediakan pihak ladang. Mereka minta dengan pengurusan ladang untuk terus kekal di rumah berkenaan. Namun pihak ladang tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana pekerja baru pula yang hendak mendiami rumah itu.
Memandangkan tiada kesudahannya Ikmal mengambil keputusan untuk berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam bagi mengatasi masalah tersebut.
Hasil perbincangan demi perbincangan antara Ikmal , Menteri Sumber Manusia dan pihak pengurusan ladang, maka satu keputusan dicapai dan pihak ladang bersedia untuk memberi satu sudut di kawasan ladang berkenaan untuk membina rumah bagi pekerja yang pencen.
Penduduk ladang menerima keputusan tersebut dengan gembira. Berita tersebut sampai kepada pihak-pihak yang berkawan dengan syaitan. Di Kelantan mereka berkuasa dan mereka gunakan kuasa mereka itu untuk membawa masuk kakitangan pejabat tanah masuk ke ladang berkenaan untuk kerja-kerja mengukur tanah.
Sudut mana tanah yang nak diberikan oleh pihak ladang mereka pun tak tahu lagi. Tetapi Pas bawa masuk orang pejabat tanah untuk mengukur entah di mana-mana dengan tujuan hendak menggempak penduduk ladang. Nak tunjuk mereka berkuasa.....kemudian siap ugut-ugut pula jika nak tanah kena undi Pas.
Kemudian mereka sebar pula cerita bahawa Ikmal tidak mampu untuk membeli tanah tersebut dan sebagainya. Tindakan Pas merencatkan kerja-kerja yang Ikmal dan Menteri Sumber Manusia lakukan sebelum itu.
Timbul pula masalah penduduk ladang tidak percaya Ikmal mampu membeli tanah itu daripada pihak ladang. Cerita tersebar merata. Sekali dua mungkin kita pun boleh sabar. Tapi kalau dah hari-hari menjaja cerita itu kita pun hilang sabar.
Untuk membukti dan meyakinkan penduduk bahawa BN bersungguh-sungguh hendak menolong menyelesaikan masalah penduduk ladang berkenaan, Ikmal membawa wang tunai RM 1.2 juta untuk ditunjukkan kepada penduduk ladang berkenaan bahawa beliau selaku pemimpin BN setempat komited untuk menolong mereka. RM 1.2 juta adalah deposit kepada pihak pengurusan ladang.
Penduduk ladang bersorak gembira dengan jaminan Ikmal kerana bukti depan mata mereka. Melihat penduduk gembira, puak-puak Pas pusing cerita pula bahawa penduduk ladang kena tipu dengan Ikmal. Mereka kata duit yang Ikmal tunjuk malam itu adalah duit palsu. Ada pula yang kata itu hanya batu bata.
Tidak cukup dengan itu mereka pusing cerita lagi kata Ikmal cuba merasuah rakyat. Sedangkan duit yang ditunjukkan Ikmal sekeping pun tak diberi penduduk.Itu untuk membayar deposit kepada pihak ladang bagi membeli tanah berkenaan.
Soal bagaimana Ikmal ada wang sebanyak itu tidak perlu diperdebatkan.Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya maka sudah tentu beliau ada duit. Khalid Ibrahim pun dah kaya sebelum jadi MB. Dia mampu ada rumah mewah di kawasan elit, mampu beli bas mewah dan lori untuk PKR. Kenapa itu kamu semua tidak pertikaikan ? Tapi hutang Bank Islam beratus juta tak mahu bayar.
Orang Umno tunjuk duit untuk tolong rakyat salah....orang Anwar Ibrahim tunjuk dan acu pistol kepada orang awam boleh pulak ya ? Kalau orang Umno rasuah, kalau orang Pas sedekah jariah ya ?
Seramai 14 orang balu Memali menerima RM 20 ribu seorang pampasan dari kerajaan pusat.
Bayaran dibayar terus kepada setiap balu.
Apabila Pas menyedari perkara tersebut, Pas pergi cari seorang demi seorang balu dan paksa mereka beri RM 1500 setiap orang atas alasan untuk kos perbicaraan.
Balu tak puas hati kerana sebelum itu Pas dah kutip puluhan ribu derma dari orang ramai untuk kos perbicaraan.
Tapi kerana itu arahan parti mereka kena akur. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Betapa bodohnya orang Melayu pada pandangan DAP. Setelah semua calon Melayunya kalah teruk temasuk Zairi Khir Johari, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guang Eng, maka DAP mengistiharkan bahawa ini berlaku kerana kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu.
Lalu anak Khir Johari, bekas menteri dalam kabinet era Tunku Abdul Rahman telah itu dinaikkan kepada 803 undi dari hanya 305 undi yang didapatinya sebelum ini.
Begitu mudah pada perkiraan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta pemimpin-pemimpin Cina DAP yang mahu mensilapmatakan orang Melayu. Mereka fikir orang Melayu seluruhnya adalah sebodoh orang Melayu Pas, berasaskan betapa mudahnya mereka diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politiknya.
DAP tidak seharusnya memikirkan bahawa semua orang Melayu seperti orang Pas atau seperti anak Khir Johari yang langsung tidak pandang sebelah mata pun oleh orang Melayu.
Dulu saya tersinggung sekali apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ditawarkan RM50,000 untuk menyekatnya supaya tidak keluar dari DAP. Belum pun Tunku Aziz bersuara, saya merasakan betapa rendahnya nilai maruah seorang profesional bangsa Melayu kepada DAP.
Mereka mempunyai tanggapan semua orang Melayu boleh dibeli dengan wang, semua Melayu rasuah.
Perbuatan DAP untuk mengambil hati orang Melayu ternyata sangat gelojoh, biadap, agresif dan uncultured berbanding dengan MCA.
You are subscribed to email updates from WARIS PURBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
""Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.
Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.""
Komen kkamdias Wajarkah kita berfatwa, "PAS 2 kali ganda lebih sesat dari UMNO?"
Tahaluf siyasi sudah diamalkan oleh UMNO sejak tahun 50an lagi. Tahaluf siyasi yang diamalkan UMNO itulah yang pernah dijatuhkan hukum kafir oleh Hj Hadi yang mana, kini telah ditiru oleh PAS.
Tahaluf siyasi amalan UMNO lebih istiqomah dari Tahaluf Siyasi amalan PAS.
Walaupun UMNO bertahaluf siyasi dengan bukan Islam, tetapi UMNO tetap kekal mempertahankan setiap apa yang dicatat dalam perlembagaan, khususnya yang berkait dengan kesucian Islam sebagai agama persekutuan dan segala hak dan keistimewaan setiap kaum.
Rakan tahaluf siyasi UMNO, MCA dan MIC lebih faham maksud dan konsep tahaluf siyasi berbanding DAP dan PKR. Masing-masing rakan tahaluf tidak menyentuh soal sensitif atau "bab kepantangan" masing-masing kaum dan kepercayaan.
Tahaluf siyasi UMNO-MCA-MIC melalui BN lebih "structured" dari tahaluf siyasi pakatan yang tidak berdaftar.
Tahaluf siyasi BN mengiktiraf Presiden UMNO selaku Pengerusi BN dan pemutus terakhir di dalam sebarang keputusan dan pertikaian yang berlaku. Tapi tahaluf siyasi pakatan tidak berketua dan tiada yang lebih dituakan di kalangan mereka. Masing-masing sama taraf. Berlawanan dengan konsep kelaziman hidup dan berorganisasi. Suami setaraf dengan isteri dan anak-anak.
Sebarang keputusan mesti dipersetujui bersama di antara ke tiga-tiga rakan tahaluf. Mesti dipersetujui 100% terlebih dahulu.
Itu sebab Kalimah Allah menerima nasib seperti "dasar pengkorporatan", polisi pentadbiran Mahathir. Sesuatu yang tidak mungkin mendapat persetujuan secara unanimous telah dipaksa untuk dipersetujui secara unanimous. Sesuatu yang tidak boleh sama sekali diswastakan, tetapi telah dipaksa untuk diswastakan.
Ia samalah seperti percubaan menswastakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa di antara "entiti eksekutif, kehakiman dan badan legislatif".
Sesuatu yang tidak boleh mahu dibolehkan juga. Sesuatu yang impossible mahu dijadikan possible. Sesuatu yang jelas haram mahu dihalalkan juga atas dasar dan misi "persetujuan bersama".
Inilah dasar dan prinsip tahaluf siyasi PAS. Ini bukan tahaluf siyasi. Ini prinsip "terlupus sana tercicir di sini". Asal dapat undi.
Dengan tak malunya Kak Jijah menerima Anu gerah 'Sayyidatina Khadijah'
1. Hebatnya apabila Kak Jijah 'Sepat Kering' diberikan Anu-gerah khas 'Sayyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 2 Februari lalu. Konon Anu-gerah berkenaan kerana menghargai keberanian dan 'sumbang'an beliau dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam kearah perpaduan. (Baca Sini)(Baca juga pandangan blog Jawa Bernam)
2. Kak Jijah ni memang berani, berani mempertahankan Anu arr dalam isu 'totey' bengkok 'membalun' Chinadoll serta berani bermati-matian mempertyahankan kenyataan bahawa Jam Omega Anu arr ada dalam simpanannya, namun sehingga sekarang tidak dapat ditunjukkan kepada umum. Kak Jijah juga berani mempertahankan Shamsidar 'madu gelapnya' dan merelakan bersama-sama berkongsi 'anu', memang Kak Jijah seorang perempuan yang hebat.
3. Tidak lama dulu Kak Jijah menyifatkan Anu arr sebagai Anu-gerah Tuhan. Seorang pemimpin yang terbaik segala-galanya. Kemudian Ostad Badrol pula memperakukan Anu arr itu adalah Imam Mahadi namun tidak lama selepas itu Ostad Badrol sendiri ditangkap ketika 'memandikan burungnya' bersama seorang 'isteri orang' dalam bilik hotel jam 3 pagi dalam keadaannya bertuala.
4. Anu arr tidak pernah bersumpah bahawa bukan dia didalam klip video seperti yang oleh Dato' Eskay. Anu juga tidak berani bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful, Azizan dan Sukma. Yang selalu Anu arr lakukan apabila dituduh adalah menuduh orang lain.
5. Jika Kak Jijah di Anu-gerahkan 'Sayyidatina Khadijah', Anu arr secara tidak resminya di anu-gerahkan 'Anu-gerah Tuhan' dan 'Imam Mahadi' kenapa tidak kita lengkapkannya dengan Anu-gerah terulung untuk Anu arr iaitu ' Anu-gerah Nabi Luth'
YBM 'Ku Lan' bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut,
tidak mustahil Dato' Norhelan jadi calon Parlimen jika gerakkerjanya dijadikan ukuran.
1. UMNO Jerantut mesti berubah. Keputusan YBM 'Ku Lan' untuk tidak bertanding lagi adalah satu perubahan yang besar maknanya. Itu juga adalah satu keputusan yang sangat berani kerana dalam banyak situasi, bukan ramai pemimpin yang sudah menduduki kerusi bersedia untuk turun. Contoh terdekat adalah ADUN Damak dan Pulau Tawar. Tentu pemergian YBM 'Ku Lan' nanti amat menyedihkan.
2. Yang paling sedih dan berdukacita dengan keputusannya adalah mereka yang rapat dan bergantung sepenuhnya kepada beliau. Nampaknya terpaksalah mereka yang berkenaan pandai memilih siapakah selepas ini akan jadi Ahli Parlimen Jerantut untuk dijadikan dahan untuk berpaut.
3. Walau siapapun kelak akan jadi Ahli Parlimen Jerantut, beliau hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa akan dijadikan sokongnya supaya tidak akan berulang peristiwa sokong membawa rebah. banyak pihak melihat bahwa kelemahan UMNO BN Jerantut selama ini adalah kerana sokong-sokongnya. (Baca blog-blog Jerantut yang banyak dan membincangkan persoalan sama sebelum ini. Sila tujuk senarai blog-blog Jerantut di notakaki)
4. Secara peribadi, BH tiada masalah sama ada Ahli Parlimen masih dikekalkan yang lama atau bertukar kepada yang baru, kerana yang lebih penting adalah membersihkan sokong-sokongnya terlebih dahulu supaya dapat sejajar dengan UMNO Kebangsaan dalam mentranformasikan UMNO di Peringkat Bahagian. Bagi menegakkan UMNO dan mengukuhkan strukturnya, UMNO mestilah disokong oleh mereka yang boleh diharapkan, telus, bersih, cekap dan yang penting sekali adalah amanah.
5. Yang banyak kita dengari adalah kebencian rakyat kepada UMNO adalah kerana sikap pemuka-pemuka UMNO Bahagian yang lebih merupakan pejuang yang hanya cenderung memungut harta rampasan perang bukan kerana keikhlasan dalam perjuangan itu sendiri.
6. Apapun, UMNO bahagian mesti melakukan perubahan yang drastik dan dapat menyakinkan rakyat bahawa UMNO Bahagian memang serius dan ikhlas untuk berubah. Andaikata UMNO gagal melakukannya, nantikan saja rakyat untuk mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan