Memang agak meragukan apabila Persatuan Dong Zhong menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran mereka yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Mungkin kerana inilah pertama kali sebuah persatuan yang begitu kuat mengkritik kerajaan BN dan dilihat seolah-olah menyokong DAP menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib. Sebelum ini, tak pernah pun mereka menjemput beliau…
Dan mungkin juga persatuan yang sangat terkenal dengan tuntutan-tuntutan melampau dan sering mencabar perlembagaan negara itu takut tertinggal "keretapi"?
Maklumlah, boleh dikatakan hampir semua NGO Cina menyokong kuat dan selalu menjemput Perdana Menteri ke majlis-majlis dan program anjuran mereka. Maka Dong Zhong pun tak mahu dilihat macam "kera sumbang" dan terpaksa menjemput Najib.
Menariknya, Najib bersedia meluangkan masa memenuhi jemputan Dong Zhong itu tanpa sebarang rasa prejudis dan beliau membuktikan penghargaannya terhadap persatuan itu dengan memenuhi jemputan tersebut.
Paling penting, Najib hadir hanyalah sebagai tetamu yang dijemput tanpa melibatkan sebarang protokol kebiasaan seperti sidang media dan tiada pun sesi perbincangan melayan sebarang tuntutan dari Dong Zhong.
Mungkin kerana terkejut dengan persetujuan Najib untuk menghadiri majlis itu, maka Anwar cepat-cepat bersetuju untuk memenuhi jemputan Dong Zhong ke majlis yang sama.
Padahal, sumber dalaman PKR memberitahu bahawa Anwar dan konco-konconya malas hendak ke majlis berkenaan, namun berubah fikiran bila mengetahui tentang Najib yang mengesahkan kehadiran beliau.
Mungkin Anwar takut Najib "kidnap" penyokong kuat DAP, kot?
Menyebut mengenai Dong Zhong, maka kita secara tidak langsung akan mengaitkan persatuan itu dengan pelbagai tuntutan dari segelintir masyarakat Cina ekstrim berhubung dengan dasar pendidikan negara.
Dari sudut rekod perkhidmatan, Anwar dan Najib pernah sama-sama menjawat jawatan Menteri Pelajaran. Tapi, kalau nak dibandingkan, rekod Najib lebih bagus apabila beliau lebih banyak melakukan dasar yang melibatkan dasar pendidikan sekolah Cina.
Berbanding Anwar, Anwar sebenarnya boleh dikatakan langsung tak buat apa-apa untuk memajukan dasar pendidikan bagi masyarakat Cina selain dari meneruskan dasar pendidikan sedia ada yang dirancang menteri sebelumnya.
Tapi seperti biasalah. Bila Anwar keluar dari Kerajaan BN, mulalah dia meroyan dengan janji-janji manis untuk menipu masyarakat Cina dan agak malang bila ada juga di kalangan kaum Tiong Hua itu yang termakan janji palsunya, kan?
Jadi, jangan terkejut dengan laporan wartawan portal pencacai Pakatan Haram, Malaysiakini yang mendakwa Anwar dapat sambutan lebih meriah berbanding Najib. Itu normal kerana Dong Zhong dikatakan dipenuhi oleh golongan Cina ekstrim yang tidak tahu menghormati perlembagaan.
Cuma yang saya yakin kali ini bahawa Dong Zhong dapat menerima kenyataan hari ini bahawa Najib dan BN sememangnya mendapat tempat kembali di hati masyarakat Cina yang semakin hari semakin teruk "dikelentong" Anwar. Itu faktanya…
Sampai sekarang ni aku masih tunggu jawapan pasai EIA Gunung Inas tu dari para pencacai blogger upahan PAS Kedah. Tapi malangnya sapa sekoq pun tak jawab. Err...Zul Ya takdak feed jawapan ka? Atau memang projek balun balak Gunung Inas tu takdak EIA?
Kalau suruh budak macam Azam Awang tu jawab soalan aku, baik hentikan je la. Buang masa je. Tahap IQ dia tu bawah tapak kaki aku jer...heh! Kalau taktau, tanya Zul Ya. Kalau dia taktau jugak, tanya Sanusi...dia mesti tau punyaaa...heh!
Tak payah la susahkan hati CEO PMBKed tu. Dia ada penyakit. Setahu aku Ustaz Azizan bagitau hari tu dia ada kanser dan baru lepas operate. Ada sesapa puak PAS Kedah yang buleh jawab ka?
Bukan apa...kalau tak cukup IQ, elok tak payah jawab la. Buat malu PAS Kedah saja nanti...
Yang aku peliknya, bila tak dapat jawab soalan ni, depa serang peribadi. Maki hamun aku macam-macam. Aku tak kisah dapat pahala free. Tapi profesional la sikit....jangan malukan nama baik blogger laaa...
Patutnya, kita berdebat pasal dasar. Bila aku tanya pasai EIA Gunung Inas tu, jawab la. Tu soalan pasal teknikal dasar...tak payah la dok kona baring sana-sini...heh!
Pasal RM403 juta pasal peninggalan kerajaan BN tu, bayaq je la. Tak payah la cakap banyak...
Hari tu masa sidang DUN, Ustaz Azizan sendiri cakap. Kalau ada hutang kerajaan lama, maka kerajaan baru take over la hutang tu. Nasib laaaa...sapa suruh menang? Heh!
Macam tu jugak dengan hutang RM3 bilion yang Tan Keng Liang kata tu. Kalau lepas ni BN take over Kedah balik, maka BN la yang akan langsaikan hutang taik yang PAS Kedah buat tu. Aku yakin BN boleh settle sebab BN pandai jana pendapatan untuk kerajaan negeri...
So, hangpa jawab dulu la soalan aku pasai EIA tu. Tak payah la nak kona sana sini. Buat malu kat orang saja. Politik sihat la sikit. Lain la kalau hangpa memang tak sihat dan suka bagi pahala kat aku...heh!
Masih lagi dok hingaq pasai RM403 juta tu? Heh! Peduli apa aku? Dah hangpa yang perintah Kedah la ni...hangpa tanggung je la. Lagi pun, RM403 juta tu sikit je berbanding apa yang PAS Kedah buat taik kat Kedah ni dalam 5 tahun...heh!
Alaaa.. Azizan Razak sendiri kata dalam sidang DUN, sapa yang ambik alih Kedah dari kerajaan lama, maka dia kena take over sekali la hutang atau kerugian kerajaan lama tu...heh! Amik tanggung laaa...dok riuh apa ke jadahnya? Heh!
Tan Keng Liang kata PAS Kedah tabur hutang sebanyak RM3 bilion sejak depa take over Kedah ni. Uikkkk! Banyaknyaaaaa..!!! PAS Kedah tak reti buat duit ka? Tapi pandai buat hutang untuk rakyat Kedah...
Aku yakin kalau dibiarkan PAS Kedah tadbir negeri ni lagi, alamatnya muflis la Kedah lepas ni. Pertumbuhan ekonomi takdak, tapi hutang pulak yang makin bertimbunnnn..!!!
Jawab la pasai isu...bukan serang peribadi..heh! Penakut betoi laaaa.. Itu pun depa buleh angkat jadi Ketua Pemuda PAS Aloq Setaq ka? Jadi Ketua Pemuda PAS kena la jawb persoalan dasar..heh!
P/s: budak mana la yang jadi mangsa serkap jarang depa tu. Jangan-jangan wartawan mynewshub tu lagi...hahahahahahaa...kesian kat budak tu..kali ni dah 4 kali dah kena tuduh..heh!
PELAKON Gangster Celop, Adam Corrie Lee menafikan dakwaan dirinya sudah menyertai Pas seperti beberapa rakan artis yang lain.
Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu.
"Saya bukan ahli Pas. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti Pas seperti yang didakwa.
"Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
"Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan Pas dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan Pas. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.
"Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah. Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu," katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua Pas Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu.
"Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.
"Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar. Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP Pas Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP Pas," jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin. - SH
Sama ada anda sedar atau pun tidak, Ketua Agama Kristian, Pope Benedict XVI telah meletakkan jawatannya pada 11.2.2013 yang baru lepas. Perletakan jawatan itu dikatakan oleh sebab faktor usia dan keadaan kesihatan yang semakin merosot. Pada malam beliau meletak jawatan, Vatican City juga telah dipanah kilat. Tengok video
Namun yang lebih memeranjatkan, beliau adalah Pope yang ke-111, dan seperti yang dinyatakan tadi meletak jawatan pada 11.2. Ada kaitan? 111? 11.2? Semua ini berpunca daripada "Senarai Ramalan Pope" oleh Saint Malachy (1094 - 1148) yang meramalkan bahawa Gereja Roman Katolik hanya akan mempunyai 112 orang Pope dengan Pope yang ke-112 adalah Pope yang terakhir, iaitu lebih dikenali sebagai Pope Peter Romanus (Peter of Roman). Peter Romanus ini juga dikenali dengan pelbagai gelaran seperti "The Last Pope","The Black Pope" dan berkemungkinan juga "Anti-Christ" (Dajjal). klik sini
ketua2 penganut agama PASrael dan Peegayarr pun tak kurang hebatnye..ketua masing2 berlumba nak ke syurga (putrajaya)..dah kutip macam2 anugerah bermula dari wali, sayidatina sampai ke nabi!..silap haribulan jawatan pope pun diorang nak rebut! kehkehkeh>XD
Australia pursues Malaysian explanation for senator's deportation
(Reuters) - Australia is seeking further explanation from Malaysia about why an Australian senator, who went to politically sensitive Malaysia to discuss electoral reform, was denied entry and deported, Prime Minister Julia Gillard said on Sunday.
Malaysia refused entry on Saturday to independent Senator Nick Xenophon, with an immigration official saying the decision was made because he had participated in an illegal street rally for electoral reform in the Southeast Asian country last year.
The Malaysian government is bracing for an election within months that is expected to be the closest in the former British colony's history.
"We made immediate and strenuous representations on his behalf, not only in relation to him being detained, but into him being allowed to be in Malaysia," Gillard told reporters in Melbourne, where Xenophon had arrived earlier on Sunday.
"Clearly we didn't succeed. We will continue to pursue this issue with the Malaysian government."
Xenophon was part of an unofficial delegation seeking to discuss the coming elections with members of the Malaysian government, opposition, judiciary and election commission. The other three members of the delegation canceled their trip after Xenophon was detained on arrival in Kuala Lumpur.
He said he had been told he had been detained because he was considered "a security risk". The Malaysian government said he had broken the law on a previous visit.
Xenophon was invited to Malaysia last year by opposition leader Anwar Ibrahim and observed a major street rally for electoral reform in April that ended in violence. He later criticized the government's handling of the rally.
Anwar, a former deputy prime minister, wrote on his blog on Saturday that Malaysian Prime Minister Najib Razak should not treat visitors as "enemies of the state" because they had criticized the ruling United Malays National Organisation.
"While it is true that senator Xenophon has raised concerns about the probity of our coming general elections, he has neither violated any written law nor conducted himself in a manner which may be constituted as a threat to our society," Anwar said.
Razak must call the election by the end of April and the opposition holds a good chance of toppling UMNO, the anchor of a Barisan Nasional coalition government, after 56 years in power.
That prospect is unnerving some government officials, emboldening the opposition and raising risks for investors.
Australian Foreign Minister Bob Carr said he had contacted his Malaysian counterpart, Anifah Aman, over Xenophon's deportation but did not think ties would suffer.
"He said Malaysia took strong objection to foreigners interfering in their election campaign," Carr told reporters.
Australia and Malaysia have had a sometimes rocky diplomatic relationship. The two countries clashed 20 years ago when former Australian Prime Minister Paul Keating called former Malaysian leader Mahathir Mohamad "recalcitrant" for boycotting the 1993 Asia-Pacific economic forum. - reuters
p/s: rakyat tau urusan negara adalah hal ehwal dalaman dan di selesaikan oleh kita sendiri...tapi anuwar lebih berminat meminta bantuan pihak luar membantu fuckatan sebagai batu api..lagi pun si peniup 'sexophone' anuwar ni memang takde hak masuk campur hal rumahtangga orang lain...itu pasal kenape perangai si peniup 'sexophone' anuwar menjangkit kat balaci fuckatan di mana suke serbu rumah orang tanpa bagi salam kehkehkeh >XD
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.
"Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti.
"Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Malah kita kenal latar belakang keluarganya," katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam.
Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.
Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Mazlan Abdul Jalil berkata, Kee Kwong adalah calon yang tepat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti.
"Beliau adalah calon tunggal yang akan meneruskan penguasaan PR di Wangsa Maju malah setakat ini parti komponen dalam PR juga tidak menuntut kerusi di Wangsa Maju," katanya,
Kee Kwong ketika ditemui berkata, beliau menerima dengan hati terbuka untuk bertanding di Wangsa Maju di atas kepercayaan penuh parti.
"Jentera parti telah melakukan persiapan pada PRU13 dan saya berjanji akan bekerja untuk parti, rakyat dan negara bagi memastikan negara ini ditadbir dengan bermaruah.
"Malah saya sangat optimis PR akan menang di Wangsa Maju pada PRU13," katanya.- SH
p/s: kehkehkeh sebenarnye pengundi paling menyesal sbb anuwar pandikutti selalu suke pilih calon yang tak betol macam dia >XD
p/s: kemungkinan sebelum ini ada desas desus mengatakan anuwar pandikutti mempunyai rangkaian anasir subversif di luar negara tidak boleh di nafikan camtu saje..ini kerana pasal fuckatan jugak dah pasang niat nak bikin havoc jikalau tewas dalam PRU13 nanti..semuanya bley berlaku kalau dah terdesak sangat...perghhh
KUALA TERENGGANU 16 Feb. - Dalam usaha meredakan kemarahan ahli dan penyokong Pas berikutan isu kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bermain politik apabila menegaskan parti itu tidak teragak-agak keluar daripada pakatan pembangkang jika kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan Islam.
Ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong, dekat sini hari ini, Presiden Pas itu berkata, selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan.
"Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi," katanya. - Utusan Malaysiakusayang
p/s: ugut2 sayang...gitu jek lerr keje pas kehkehkehkeh
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel antara sembilan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan di kelab malam di Jalan Ipoh di sini, awal pagi Ahad.
Mengesahkan tangkapan itu, Pegawai Perhubungan Awam Kanan Jawi, Tuan AsmawiTuan Umar berkata, pegawai itu ditahan kerana disahkan positif mengambil alkohol,dalam serbuan pukul 1.30 pagi.
"Ketika serbuan, pegawai tersebut sedang asyik berhibur bersama dua perempuan berusia 20-an yang didakwa anak saudaranya. Bagaimanapun kedua-dua mereka (anak saudara) dibebaskan selepas disahkan negatif dalam ujian pengesanan alkohol," katanya ketika dihubungi Bernama.
Asmawi berkata ketika ditahan, lelaki tersebut merayu minta dilepaskan kerana khuatir memberi kesan terhadap nama baik dan jawatannya.
Katanya, lima lagi anggota tentera turut dicekup dalam operasi berkala pencegahan maksiat itu oleh pasukan penguatkuasa.
"Pihak kami tidak sesekali berkompromi dalam kes seperti ini tidak kira siapa, sama ada tentera, orang biasa, atau orang kenamaan kerana sudah sedia maklum kelab-kelab malam tempat yang dilarang kepada umat Islam," katanya. - BERNAMA
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berniat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagaimana sesetengah artis wanita lain yang telah berhijrah dan menutup aurat.
Siti, 34, berkata, niatnya memakai tudung adalah ikhlas seperti mana dituntut oleh agama Islam dan bukan kerana faktor-faktor lain.
"Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian," jelasnya kepada mStar Online.
Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.
Dalam pada itu, Siti turut menjelaskan komennya mengenai kehadiran penyanyi dari Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan lagu Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini hanya pandangannya sebagai anak seni dan rakyat biasa.
Siti menjelaskan beliau tidak pernah menolak kedatangan artis dari luar negara ke Malaysia namun pada masa sama artis tempatan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
"Saya menghargai bakat-bakat dari luar negara malah tidak pernah menolak kehadiran mereka ke Malaysia namun pengiktirafan terhadap artis tempatan tidak boleh dipandang ringan.
"Alangkah baiknya jika ada pihak yang sanggup menaja untuk persembahan artis tempatan dengan nilai sama dan saya yakin bakat-bakat tempatan tidak kurang hebatnya," jelasnya.
Siti juga berharap komen tersebut tidak dikaitkan dengan politik kerana ulasan tersebut sebagai luahan dan pandangannya sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Kenyataan Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh di anggap sebagai satu kenyataan bahawa PAS seolah-olah baru sedar dari tidur nyenyak yang panjang.
1- saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk menenangkan hati ahli dan penyokong PAS yang sebahagiannya mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah mereka bersama-sama untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
2- kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong PAS dalam berbagai isu. Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu Kalimah Allah.
3- kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan mewakili PAS dalam PRU ke 13 yang akan datang.
4- kenyataan tersebut dilihat seolah-olah untuk mengesah dan menyokong tuntutan pimpinan ulama seperti Timbalan Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama yang mengambil pendirian yang tegas dan dicisive terhadap beberapa isu diakhir-akhir ini.
5- kenyataan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk melunakkan pekerja jentera pilihanraya PAS supaya memberikan khidmat yang terbaik kepada semua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan diumum pada bila-bila masa sahaja.
6-kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada PAS di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana PAS dijangka meletakkan calon.
Bagi saya kenyataan Presiden PAS itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat , idealisme perjuangan PAS hampir diketepikan sepenuhnya atas keinginan yang melonjak untuk ke Putrajaya.
Hampir dalam semua isu baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar melibatkan aqidah dan syariah, PAS di dapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Kita tidak perlu mengulang dan mendetailkan satu persatu isu-isu tersebut. Yang jelasnya pimpinan PAS perlu menununjukkan kepada ahli dan penyokong PAS isu yang mana yang melibatkan PAS dalamana parti tersebut mampu berdiri tegak mempertahankan asas-asas perjuangan parti Islam itu. Pun begitu masih ada pimpinan PAS yang cuba meyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa negara Islam dan hudud akan terus dilaksanakan setelah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Seandainya soal kecil seperti penggunting rambut wanita di Kota Bharu, soal papan iklan dan pusat-pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadhan di Kedah pun tidak dapat dipertahankan, mana mungkin PAS mampu dan dapat melaksanakan agenda Negara Islam dan hudud di Putrajaya nanti.
Saya ingin melontarkan beberapa soalan yang menyentuh berbagai isu seperti di bawah :
a. Apakah kenyataan Karpal Singh bahawa langkah mayatnya dahulu jika PAS berhajat untuk melaksanakan Negara Islam dan hudud itu menguntungkan Islam?; b. Adakah persetujuan Pakatan Rakyat untuk membolehkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu menguntungkan Islam?; c. Adakah Buku Jingga yang tidak langsung memberi peruntukan kepada Islam dan hudud yang menjadi "kitab" rujukan utama komponen Parti Pakatan Rakyat menguntungkan Islam?; d. Adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai (en-block) sekiranya PAS melaksanakan hudud menguntungkan Islam?; e. Adakah usaha membawa fahaman Pluralisme Agama dan Islam Liberal serta percubaan untuk mengiktiraf LBGT menguntungkan Islam?
Perlu juga dibangkitkan di sini mengenai pemecatan saya dan YB Ust Nasharudin Mat Isa . Saya dipecat bukan atas sebab saya terlibat dengan mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan syariat. Saya dipecat antara lain disebabkan tindakan saya untuk mencegah arak, judi, rumah urut dan percubaan mengkristiankan orang-orang Melayu Islam di negeri Selangor. Kesemuanya dilakukan atas sifat saya sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang memang portfolio tersebut menghendaki saya memainkan peranan itu. Adakah tindakan saya itu merugikan Islam?
Mengenai Ust Nasharudin pula adakah usaha beliau untuk menjalin ukhuwwah dan mahabbah antara pimpinan umat Islam dan juga diperingkat antarabangsa yang melibatkan para pemikir Islam dan di kalangan mereka yang tertindas seperti di Palestin itu merugikan Islam?
Sebenarnya hati kecil saya cenderung untuk menerima kenyataan Ust Hadi itu lantaran saya mengenali beliau secara dekat buat sekian lamanya. Tetapi kenyataan itu tidak mudah untuk ditelan akibat daripada tindakan PAS menangani isu-isu Islam yang ramai berpendapat PAS sudah sama sekali kehilangan daya juang dan semangat jihad.
Ada pihak yang mengatakan PAS seolah-olah seperti sudah dirasuk makhluk halus dan kelihatan terpukau dengan mainan politik Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan ramai lagi. Sebab itu dikatakan di awal tadi bahawa pimpinan PAS seolah-olah tidur lena buat sekian lamanya. Tiba-tiba tersentak bangun membuat kenyataan seperti yang dibuat oleh Presiden PAS itu.
Akhirnya, atas nama kejujuran dan keikhlasan serta atas nama semangat perjuangan Islam yang ditiupkan kepada ahli dalam usrah, tamrin, rehlah, munaqashah, ijtima', PAS perlu melakukan sesuatu yang decisive dengan meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang juga. Gesaaan-gesaan ke arah ini sudah terdengar sekian lamanya khususnya dikalangan pimpinan ulama di dalam PAS.
Kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu bagi sesetengah pihak dianggap sebagai anti klimaks. Klimaks sebenarnya ialah tinggalkan Pakatan. Hanya selepas itu rakyat dapat melihat jantannya pimpinan PAS. Rakyat juga dapat melihat tindakan decisive PAS itu nanti menatijahkan betapa haru birunya DAP dan PKR dalam menghadapi PRU ke 13 terutama dalam menggarap sokongan pengundi Melayu Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI, KL 17 Februari 2013
GPB sikit pun tak terkejut propaganda bodoh pencacai2 Pakatan yang mengutip artikel & video di Meloyakini kononnya Najib dimalukan lagi dan kali ini di rumah terbuka CNY Dong Zhong .
" I love New PM Anwar ' & sambutan lebih meriah " di rumah terbuka Dong Zhong .. pertubuhan itu pulak menjemput Anwar & pemimpin Pakatan hadir . Maka berlambak la cina2 DAP hadir ke situ dan tujuannya sudah tentulah untuk malukan Najib .
Penyokong BN & rakyat tak perlu bimbang ..kalau setakat 5 ribu je yang dibanggakan pencacai Pakatan kononnya sambutan untuk Anwar meriah , sebenarnya gagal !
Rumah terbuka Malaysia CNY di Puchong dihadiri Najib semalam live di TV2 lagi ramai sampai 6o ribu orang hadir .
Najib mengelak nak jumpa Anwar ?? itu cakap pencacai tegarnya ASD saja ...
GPB nak tanya siapa dia Anwar ??
Apa dia ingat seorang PM Malaysia nak tunggu dia selama sejam dulu baru boleh balik ?? Akai ada ka ?
Rakyat yang akan tunggu di PRU 13 ni pasal nak humban dia dengan Pakatan sekali !!!..
Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.
Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.
Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.
Terdesak sungguh pencacai2 PAS yang membuat fitnah terhadap pelakon Adam Corrie Lee yang menyertai parti mereka . Ini semua pasal sekeping gambar beliau dengan YDP PAS Taiping je .
Ayat best Adam untuk pencacai PAS .."kalau saya tahu ( ceramah politik ) memang sumpah saya tak sampai "".....
PELAKON Gangster Celop, Adam Corrie Lee menafikan dakwaan dirinya sudah menyertai Pas seperti beberapa rakan artis yang lain.
Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu.
"Saya bukan ahli Pas. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti Pas seperti yang didakwa.
"Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
"Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan Pas dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan Pas. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.
"Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah. Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu," katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua Pas Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu.
"Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.
"Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar. Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP Pas Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP Pas," jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan pencerobohan sekumpulan warga Filipina ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu, Sabah didalangi rakyat di negara ini yang sengaja ingin negara jadi huru hara.
Menurutnya, dalang itu hanya ingin ambil kesempatan dengan memperlihat seolah-olah masalah keselamatan dan pertahanan sistem negara longgar, dan tidak mustahil situasi itu berhubung-kait dengan matlamat politik serta perangkap politik.
"Saya fikir, mereka tentu tidak bertindak sendirian jika tiada dalang di belakangnya. Malah, dalang itu mungkin bukan dari Filipina, tetapi berkemungkinan dari dalam negara ini sendiri yang ingin melihat keadaan negara aman damai ini bertukar huru-hara.
"Keadaan di sana (Lahad Datu) terkawal. Pihak polis telah lakukan operasi sepenuhnya bersama-sama tentera. Sehubungan itu juga, diharapkan kita dapat sanggah apa yang ditulis dalam blog media sosial yang pro pembangkang mengatakan mereka ini pengganas.
"Sebaliknya mereka ini dipercayai sekumpulan nelayan dari Selatan Thailand yang mengatakan mereka pewaris keturunan Raja Sulu. Usaha memujuk mereka meninggalkan Lahad Latu diharap mencapai hasil kerana kita tidak mahu berlaku pertumpahan darah.
"Kita juga telah jelaskan jangan termakan pujuk mereka yang ada di dalam. Kumpulan ini juga bukan tentera dan kenyataan terperinci mengenai perkara ini akan dikeluar Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu ketika ditemui selepas menyempurnakan Pelancaran Kesiapsiagaan Jentera Pilihanraya BN Parlimen Hulu Terengganu, di Kuala Berang, di sini, semalam.
Bagaimana Memulai Peluang Usaha Bisnis Grosir Baju Murah ? Anda Bertanya Mengenai Hal tersebut. Bukan ? Halaman Peluang Usaha 2013 ini Menjelaskan Pertanyaan Anda Mengenai Hal Tersebut. eko kusnurhadi S.T adalah seorang pebisnis dari bekasi, Beliau Memberikan Sebuah Peluang Bisnis Kepada Anda, Sebagai beerikut lokasinya.
Usaha ini sangat cocok dijalankan di rumah, baik itu di garasi atau halaman rumah. Bisnis ini juga sangat cocok untuk lokasi di Alfamart, Indomaret maupun Yomart karena kita bisa manfaatkan traffic pengunjung disana, selain itu sewa tempat tidak terlalu mahal, berkisar Rp 300 ribu - 450 ribu per bulan. Anda tidak perlu bingung dgn modal seadanya anda bisa meciptakan usaha rumahan grosir baju harga pabrik. ini bukan MLM/waralaba murni bisnis sampingan dirumah, apalagi jika anda memang sedang/sudah menjalani bisnis baju anak / grosir baju murah. anda bisa menilai sendiri bagaimana prospek nya
Analisa Bisnis
Investasi awal: Rp 3.500.000,- sewa tempat: Rp 350.000/bln karyawan: Rp 600.000/bln Harga Jual: Rp 15,000/2 pcs atau Rp25,000/2pcs (untuk stelan) Rata2 Penjualan per hari: 100 pcs Margin: Rp 2,500 OMSET per hari: Rp 250.000 OMSET per Bulan: Rp 250.000 x 30 = Rp 7,500,000 PROFIT : 50% = Rp 3,500,000 Sewa tempat + karyawan = 350,000 + 600,000 = Rp. 950,000 KEUNTUNGAN per bulan = Rp. 2,550,000 === LUMAYAN KHAN !!! Tidak sampai 3 Bulan anda sudah balik modal! bagaimana ? Anda Tertarik Dengan Peluang Bisnis Yang Beliau jalankan ?!
Kali ini kita akan mereferensikan Peluang Kerja Sampingan 2013 yang menakjubkan dan mampu menghasilkan jutaan rupiah setiap minggunya. Ini bukan rekayasa, melainkan sesuatu yang benar-benar bisa menghasilkan. Kerjakan paruh waktu saja bisa menghasilkan jutaan rupiah, apalagi jika di tekuni dengan sepenuh hati dan waktu! Penghasilan Dari Peluang Kerja Sampingan 2013 memang biasanya dianggap remeh, tetapi jika bisnis luar biasa dan lebih besar dari gaji utama Anda, kenapa tidak mencoba saja? Referensi Peluang Kerja Sampingan 2013 ini tidak memakan waktu banyak dalam setiap minggunya hanya dalam 1-2 Perminggu untuk melakukan action dari sistem yang telah diterapkan dalam Referensi Kerja Sampingan. Kesempatan seperti ini sangat jarang terjadi ada sebuah konsep dan dukungan yang sangat berbeda dari Referensi Kerja Sampingan disini unik dan mempunyai nilai produk yang berkualitas serta bermanfaat bagi kesehatan. Masih ragu dengan apa yang saya utarakan klik disini untuk melihat bagaimana sistem Referensi Peluang Kerja Sampingan 2013 menerima 100 lebih ucapan terima kasih kalau peluang Referensi Kerja Sampingan ini salah secara logika tidak mungkin bisa menerima 100 orang bahkan lebih menerima Testimoni ini bukan jebakan atau rekayasa dan penipuan tetapi ini kenyataan sebuah Referensi Kerja Sampingan yang sangat nyata dan patut diperjuangkan Klik disini hari esok akan lebih baik selangkah lebih cepat dari orang lain.
Grosir Baju Anak pada umumnya jika anda mencari sebuah peluang bisnis anda dapat menemukan disini, bagaimana tidak kualitas dari peluang bisnis Grosir Baju Anak Murah yang di tunjukan oleh eko kusnurhadi adalah sebuah peluang bisnis rumahan yang menguntungkan, Grosir Baju Anak Murah ini didatangkan langsung dari pabrik, dan oleh sebab itu peluang bisnis Grosir Baju Anak Murah ini cukup menjanjikan untuk anda yang ingin membuka sebuah peluang bisnis di daerah anda sendiri. berikut adalah jenis Grosir Baju Anak nya.
branded cukup populer saat ini, namun untuk menjalankan usaha rumahan tersebut dibutuhkan modal yang lumayan besar, karena harga jual yang tinggi, mulai dari Rp 35.000. Sehingga untuk membuka suatu outlet atau butik baju anak, dibutuhkan modal yang tidak sedikit, puluhan bahkan hingga ratusan Juta rupiah.
Ingin Mengetahui Lebih Lanjut ?! BISNIS GROSIR BAJU ?!
Contact
Gudang Pusat: Ruko Tarum Barat 2 (Belakang Pom Bensin) Perum.Cikarang Baru Bekasi Jawa Barat
Customer Service 085773465849 / 081323993938 Order Baju Anak dan Order Kaos Distro 085722622403 ( Eko Kusnurhadi )
Berbagai spekulasi timbul sejak muncul khabar Datuk Seri Najib Tun Razak terima undangan untuk hadir pada majlis Tahun baru Cina anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di pusatnya di Kajang pagi Ahad.
Ini termasuk kebimbangan mungkin ada cubaan untuk memalukan Perdana Menteri di situ.
Semua orang tahu sejarah Dong Zong yang anti-kerajaan dan mengemukakan pelbagai tuntutan untuk pendidikan Cina.
Jangan lupa Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pernah dihalau semasa satu demo anjuran Dong Zong tidak lama dulu.
Namun Najib steady saja semasa beliau berada selama 40 minit di majlis itu.
Beliau tiba sekitar 9.45 pagi.
Untuk rekod beliau memecah tradisi sebagai Perdana Menteri pertama dalam tempoh 58 tahun menghadiri program anjuran Dong Zong.
Mengikut laporan media pembangkang dalam surat undangannya Dong Zong antara lain senaraikan tiga tuntutan yakni pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC), pembinaan lebih banyak sekolah Cina dan kaji semula cadangan Dasar Pendidikan Nasional.
Najib beramah mesra dengan pimpinan Dong Zong dan para tetamu lebih 2,000 orang semasa kehadirannya di situ.
Sementara itu, dalam teks ucapan Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian, yang tidak dibacakan sebaliknya diedarkan kepada pihak media oleh kakitangan yang bertugas, beliau merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Najib yang menyifatkan kehadiran PM ke majlis Dong Zong sebagai 'ice-breaking journey".
"Kami amat menghargai keikhlasan Perdana Menteri dan (kunjungan ini) merupakan satu peristiwa yang bermakna dan istimewa. Ia mencerminkan interaksi antara PM dan pertubuhan pendidikan aliran bahasa Cina,"ujar beliau.
Hadir sama waktu itu ialah Presidan MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.
Namun Perdana Menteri tidak menyampaikan sebarang ucapan di majlis itu.
Beliau hanya menyertai acara menulis kaligrafi Cina yang membawa makna 'Selamat Tahun Baru' bersama-sama Presiden MCA, Gerakan dan Pengerusi Dong Zong. Selain mengaul makanan tradisi Cina loashang di pentas utama.
Najib kemudiannya duduk di meja yang disediakan dan menikmati persembahan hiburan selama 20 minit sebelum meninggalkan majlis untuk menghadiri satu lagi majlis sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Difahamkan ada kalangan aktivis Dong Zong yang berharap beliau berucap dan mengumumkan sesuatu yang besar semasa majlis itu.
Tiada insiden tidak diingini sepanjang beliau berada di majlis itu.
Kira-kira 20 minit selepas Najib meninggalkan majlis, orang kuat DAP Lim Kit Siang tiba
Tidak lama selepas itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai bersama rombongannya termasuk Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.
Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, kata setiausaha badan tertinggi parti itu, Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.
"Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan, dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam," kata beliau kepada Antarapos.
"(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.
"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau.
"Jadi ini (perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan," kata beliau.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.
Bagaimanapun kenyataan terbaru daripada Nik Mohd membayangkan perselisihan yang semakin ketara di antara Majlis Syura dan Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.
Nik Mohd mendakwa banyak daripada gejala sosial dan kemungkaran di negara ini berpunca daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak memberikan keutamaan kepada Islam.
"Apa yang berlaku dalam negara kita ini, (ialah) sekadar sembahyang itu pun tak ada undang-undang, ada masjid (tapi) semua itu kulit sahaja," kata beliau.
"Macam mana dengan undang-undang negara? Macam mana dengan undang-undang rasuah? Undang-undang penyalahgunaan macam-macam, tidak ada di mahkamah syariah," ujar beliau.
Nik Mohd yang juga Ketua Penerangan Ulama PAS Terengganu, mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menjurus kepada pelaksanaan Islam itu sendiri di dalam perlembagaan negara.
"Tidak ada undang-undang Islam yang menyentuh dasar ekonomi Islam, yang menyentuh dasar pendidikan Islam, keselamatan dalam negara, hubungan diplomatik, cara perdagangan banyak lagi dalam Islam yang ada," kata beliau.
Menurut beliau, dengan meletakkan Islam sebagai asas Perlembagaan Negara, Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai berusaha mencapai keselarian dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sebelum ini menolak sebarang perubahan kepada kepada Perlembagaan susulan desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Kedua-dua parti itu juga dilihat enggan mendokong pendirian Majlis Syura yang melarang penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.
Sebaliknya dua parti itu mendokong pendirian umum Hadi bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu asalkan tidak menghina Islam.
Setakat ini Hadi belum membawa ketetapan Majlis Syura itu untuk dipertimbangkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan tidak lama lagi dilihat bukan sekadar pertarungan biasa, sebaliknya ia melibatkan misi mempertahankan kedaulatan dan pengaruh negara.
Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa, negara ini dikatakan sedang 'diintai' pihak asing dalam usaha mengekalkan kuasa memandangkan kedudukannya yang strategik serta menjadi penghubung jalan timur dan barat.
Beliau mendakwa, jika rakyat silap membuat percaturan, negara bakal dikuasai pihak asing yang mempunyai kuasa besar.
"Jangan sampai orang asing yang tentukan (agenda negara). Agenda itu agenda kita, (kalau) hendak tukar kerajaan itu pun kita yang tentukan.
"Jangan jadi seperti negara luar yang hancur kerana mereka mahu berkuasa," katanya ketika berucap pada Ceramah Jom Tolak Pakatan, malam kelmarin.
Ezam mendakwa, pihak berkepentingan itu menggunakan individu, agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) dengan menyalurkan dana kepada institusi terlibat bagi menjayakan rancangan tersebut.
"Hanya mereka yang terdesak saja sanggup jadi alat kuasa asing. Kuasa-kuasa besar asing ini memang cari orang seperti ini yang tiada prinsip moral, gila kuasa dan sanggup gadaikan (negara).
"Ia untuk melemahkan dan merosakkan institusi asas (dalam negara) supaya ranap dan rosak," katanya.
Justeru, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mengingatkan kepentingan masyarakat berjiwa besar untuk melawan cabaran dan serangan yang turut disifatkan besar kerana harga pengaruh sebuah negara itu sangat mahal.
"Tolak tepi buat kali ini bahang-bahang politik sempit, kepentingan-kepentingan di negeri-negeri untuk kita mempertahankan kedudukan (negara).
"Bila ada perubahan kita kena terima, sebab kita berjuang untuk perubahan, bukan pangkat. Dalam keadaan hari ini, kita kena terima untuk bergerak senada dengan negaranya. Tak ada maknanya negara hebat, tapi kita berjiwa kecil," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, Barisan Nasional (BN) bukan sebuah parti yang terdesak sehingga sanggup menggadaikan prinsipnya.
Katanya, fakta itu mempunyai asasnya apabila ia disokong oleh laporan badan penyelidikan global, Economist Intelligence Unit (EIU) bahawa BN akan terus berkuasa dan menang dalam PRU13 kerana pemerintahan parti itu yang disifatkan rasional.
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia bersedia untuk bergerak ke Tanduo, sebuah perkampungan tepi pantai pada bila-bila masa.
Polis, tentera dan pasukan keselamatan maritim sedang menunggu untuk mengusir lebih 100 lelaki bersenjata Filipina yang berkurung dalam kampung tersebut antara Felda Sahabat 17.
Menurut media Filipina, kumpulan itu diketuai oleh Putera Mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kira abang, Sultan Jamalul Kiram III.
Kumpulan lelaki bersenjata telah memberitahu media bahawa mereka akan kekal di pantai timur Sabah, kerana mendakwa ia adalah rumah nenek moyang mereka.
Pemimpin Rajah Muda juga telah dilaporkan berkata kumpulan itu akan terus berada di situ dan tidak mempunyai niat untuk meninggalkannya sehingga tuntutan dipenuhi.
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mengingatkan pengundi muda agar tidak terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Katanya generasi muda perlu sedar banyak janji yang dibuat pakatan pembangkang dalam pilihan raya yang lepas gagal ditunaikan hingga ke hari ini.
Beliau menjelaskan berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang membuat janji berdasarkan kemampuan yang ada bukan semata-mata untuk memenangi pilihanraya.
"Bagi sayalah kalau orang muda kita ingatkan mereka jangan sekali-kali pilih pemimpin yang khianati janji, tetapi kita pilih pemimpin Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang," kata ketika berucap di turun padang Pemuda BN di Meru, Klang semalam.
Selain tidak dapat menunaikan janji yang telah dibuat ketika kempen PRU-12, pemimpin pakatan pembangkang juga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan semata-mata kerana mahu menguasai Putrajaya.
Dengan mengambil contoh isu kalimah Allah, Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan ada pemimpin pembangkang yang sanggup mengenepikan prinsip yang selama ini mereka perjuangkan semata-mata kerana mahu berkuasa.
Inisiatif kerajaan mengadakan program transformasi adalah untuk terus menerus merangka pelbagai program demi manfaat rakyat dan sekaligus mengangkat martabat negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata melalui agenda transformasi, rakyat sentiasa dibantu dan permasalahan mereka diberi perhatian menerusi pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya usaha melaung-laungkan reformasi yang tidak membawa sebarang manfaat.
"Baru-baru ini saya membuat kunjungan ke Mesir dan melihat keadaan di sebuah negeri yang mengalami revolusi, yang jatuhkan rejim lama.
"(Di negara kita juga).. ada pihak tiup semangat revolusi, mereka kata reformasi, tapi reformasi mereka itu adakah lebih baik dari transformasi?
"Reformasi atau demonstrasi atau baling kerusi?. Transformasi bermaksud rakyat dibantu, rakyat ditolong, diambil berat, bantuan persekolahan, bantuan-bantuan lain, di Felda, peneroka dapat "durian runtuh" RM15,000, peneroka dapat pinjaman perumahan terbaik, dapat bonus tahunan, dapat duit raya, inilah agenda transformasi negara, reformasi tak bagi apa pun," katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat dan penyampaian BR1M 2.0, Sabtu.
Najib secara sinis turut mengulas bendera besar parti pembangkang yang banyak dipasang di sekitar Felda Chini itu.
"Transformasi yang akan angkat martabat negara kita, kita tidak ke mana pun dengan bendera yang besar, habiskan beras saja, orang Chini tidak mudah ditipu, bendera boleh buat kita makan? Bendera boleh baiki rumah kita?," soalnya.
Seramai 7,000 penduduk di Chini menerima bantuan BR1M 2.0.
Dalam ucapannya, Najib turut memberi bayangan bahawa kerajaan akan memberikan BR1M 3.0 selepas bantuan serupa diberikan sebanyak dua kali sebelum ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata bantuan itu mungkin diberikan pada tahun depan, yang bertujuan membantu mereka yang berpendapatan rendah.
"BR1M 3?…Tunggu lepas pilihan raya (umum ke-13), mungkin tahun depan kalau ada rezeki, tapi kena lalui pilihan raya dulu," katanya.
Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional sentiasa mengotakan janjinya dan menerusi slogan "Janji Ditepati", pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat telah pun ditunaikan sebelum ini.
Beliau berkata BR1M 2.0 yang sedang diberikan kepada rakyat ketika ini lebih memberi manafaat yang menyeluruh berbanding BR1M yang pertama.
BR1M 2.0 turut memberikan bantuan kepada mereka yang belum berkahwin dan golongan muda.
Pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang itu, Perdana Menteri turut menyelar parti pembangkang yang sentiasa membuat janji, tetapi tidak pernah menunaikannya.
Katanya, di Selangor misalnya, kerajaan negeri yang dipimpin parti pembangkang itu ternyata gagal dalam memberikan pelbagai bantuan sepertimana yang mereka janjikan sebelum ini.
Jumlah yang hadir melimpah ruah. Ikut ceritanya pihak penganjur sendiri terkejut melihat kehadiran yang melebihi jangkaan awal mereka.
Sekitar 60,000 orang berpusu-pusu ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Malaysia di Taman Puchong Utama, Selangor pada Jumaat yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak.
Kehadiran sebegitu ramai orang setelah baru ini jumlah hampir sama bersesak di majlis Tahun baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang Isnin lalu telah mencetus 'angin baru' menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.
Paling menarik Najib dalam ucapannya yang ringkas tetapi padat secara terbuka mengingatkan masyarakat Cina negara ini menyedari hakikat bahawa kejayaan mereka khususnya dalam perniagaan adalah hasil kongsi kuasa dan dasar-dasar kerajaan yang tepat selama ini.
Malah beliau berkias mengenai mengenai bertepuk tangan yang kena guna dua tangan baru boleh bunyi.
"Kita tahu kaum Cina memang rajin bekerja. Mereka dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai keusahawanan yang cekap dan pintar. Sebab itulah mereka berjaya. Kita ucapkan tahniah. Tetapi kejayaan masyarakat Cina adalah juga kerana kerajaan sejak Merdeka telah mewujudkan keadaan di Malaysia ini yang membolehkan mereka mencari rezeki yang baik dan mencapai kejayaan secara berterusan.
"Kalau kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menjaga keharmonian, tidak memberi peluang secara terbuka dan tidak mengamalkan dasar-dasar tepat, meskipun kita pintar, rajin dan mempunyai kebolehan untuk berniaga, kita tak mungkin berjaya sepertimana kalau bertepuk tangan kena guna dua tangan baru boleh bunyi," katanya.
Serentak dengan itu Najib mengajak mereka menerapkan 'semangat kongsi' bukan setakat semasa sambutan perayaan sahaja.
Baginya ia sesuatu yang unik di Malaysia.
"Kita tidak boleh memilih jalan sendiri-sendiri. Kita tidak boleh mengamalkan sikap yang keterlaluan atau ekstrim. Tetapi kalau kita sanggup hidup berkongsi kuasa, kekayaan, cabaran, permasalahan, duduk semeja dan berkongsi buah fikiran, tenaga,dan berkongsi segala-galanya serta bermuafakat, Malaysia pasti menjadi negara berjaya," tegasnya.
Perdana Menteri berkata amalan perkongsian perlu dikekalkan kerana ia merupakan konsep terbaik untuk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.
Beliau berkata konsep tersebut sememangnya telah lama dipraktikkan iaitu menerusi perkongsian kuasa sejak merdeka serta perkongsian kekayaan sehingga membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang aman makmur.
"Kita juga kongsi raya...kaum lain datang untuk sama-sama sambut Tahun Baharu Cina. Kalau nak capai potensi yang maksimum, maka konsep (berkongsi) yang unik pada Malaysia ini mesti dikekalkan," katanya.
Beliau berkata segala yang dilakukan oleh kerajaan sejak empat tahun lepas termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah bukti perancangan dan fokus yang sistematik dapat mencapai kemajuan.
"Kemajuan tidak boleh dicapai sekelip mata, tidak datang bergolek...Ia bermula dengan perancangan dan peta jalan yang cukup jelas untuk tentukan hala tuju dan masa depan negara," katanya.
Najib juga berkata pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan kejayaan yang besar dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.
Antara tetamu kenamaan lain yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.- Agendadaily
Laman pro Pakatan, suarapakatanrakyat.com mempertahankan gelaran 'Huguan Siou', gelaran tertinggi masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tiada pemimpin dari kalangan masyarakat itu yang sehabat Ketua Umum PKR itu.
Menurut portal itu, walaupun Anwar bukan berasal dari Sabah dan bukan dari etnik KDM, namun Jonathan Yassin, Ketua PKR Ranau lebih arif menilai siapakah individu yang patut menerima gelaran 'Huguan Siou' itu.
"Jonathan mempunyai hak untuk memberi penganugerahan tersebut kepada sesiapa juga yang dimahukannya, termasuk Anwar.
"Dulu, ketika masyarakat Dusun dan Kadazan ini berasingan, memang gelaran Huguan Siou ini hanya untuk pemimpin agung kaum Dusun. Tapi setelah penyatuan dua kaum tersebut berlaku, keadaannya tidak lagi begitu.
"Penulis yakin berlaku perubahan tertentu dimana gelaran ini boleh diberikan kepada pemimpin masyarakat yang layak mendapatkannya. Walaupun pemimpin tersebut bukan dari kalangan masyarakat Kadazandusun.
"Apatah lagi dalam masyarakat Kadazandusun sekarang, tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai kehebatan seperti Anwar, dan perkara ini sudah tentu disedari oleh Jonathan sendiri. Bagi mengisi kekosongan tersebut, apa salahkah Jonathan menganugerahkan gelaran tersebut kepada Anwar?," dakwa laman itu.
Jonathan Yasin dilaporkan The Star memuatturunkan gambar Anwar digelar 'Huguan Siou' semasa lawatan beliau ke Kampung Paginatan hujung minggu lalu.
Menurut wartawan NST, Joniston Bangkuai Jonathan Yassin ketika memuatturunkan gambar itu di laman sosialnya yang menunjukkan Anwar memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis 'Huguan Siou' dengan menulis keterangan tambahan, "Anwar dinobatkan sebagai Huguan Siou Malaysia"
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dilaporkan Bernama mendesak permohonan maaf daripada PKR cabang Ranau dan Ketua Umum PKR kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun berkata gelaran 'Huguan Siou' yang bermaksud 'Pemimpin Agung' secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut.
"Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum 'solupi', iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalam lingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou," katanya.
'Huguan Siou' adalah gelaran tertinggi masyarakat Kadazandusun Sabah di mana gelaran itu hanya boleh diberikan oleh KDCA, sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah yang berdaftar sejak tahun 1966.
Tokoh KDM terakhir mendapat gelaran 'Huguan Siou' adalah Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Sebelum ini gelaran itu pernah diberikan kepada Tun Fuad Stephen, Datuk James Ongkili dan lain-lain.
Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata saga Huguan Siou menunjukkan Anwar jahil tentang budaya pelbagai kumpulan etnik di Sabah.
"Beliau (Anwar) hanya berminat dengan kuasa politik dan menghina masyarakat Sabah. Bagaimana masyarakat Sabah mahu mempercayai beliau?," katanya.
Laman news.abnxcess.com melaporkan kemarahan kaum Kadazan Dusun dan Murut masih membara dan masih mencemuh Anwar meskipun Anwar telah menafikan mendapat gelaran itu.
Antara mesej pengkritik yang dimuat naik di Twitter berbunyi, "Hanya seorang ONE #huguansiou dan beliau adalah Joseph Pairin Kitingan. Bukan penyamar di bawah (merujuk kepada gambar Anwar)
Lagu Getaran Jiwa dendangan P Ramlie dalam filem Antara Dua Darjat begitu berkesan sekali. Ia menggambarkan betapa resahnya jiwa apabila kebahagiaan yang diharapkan akhirnya musnah berkecai atas angkara seseorang yang hidupnya penuh delusi.
Delusi dikaitkan dengan rasa cemburu yang keterlaluan. Akibat cemburu jugalah menyebabkan seseorang itu terus menyimpan dendam, dan sentiasa mencari jalan untuk membalasnya.
Itulah juga yang berlaku dalam kehidupan berpolitik di Malaysia. Akibat delusi, maka pakatan pembangkang terus berusaha menghumban parti yang masih sah kekuasaannya dengan pelbagai dakwaan buruk sehingga suatu ketika rakyat seakan-akan resah dan percaya, hanyalah pakatan pembangkang sahaja parti yang boleh mengembalikan kemakmuran negara.
Pakatan pembangkang dianggap terbaik dan mampu selesaikan banyak masalah termasuk ekonomi. Setelah berlalu hampir lima tahun lamanya, kini pakatan pembangkang resah sekali lagi kerana rakyat semakin sedar haknya. Mereka bangkit beramai-ramai menagih janji, kerana janji itu tidak ditunaikan dan seringkali diputarbelitkan. Ia bukanlah janji, hanya manifesto politik. Maknanya, janji yang dibuat itu hanyalah retorik dan bukan kepastian.
Kecewanya orang Melayu bukan kepalang. Bahkan mereka mempersoalkan apakah mereka yang berjanji itu tidak tahu dosa dan pahala. Orang berjanji, kalau tidak ditepati, maknanya berdosa dan sah berstatuskan pembohong.
PRU-13 semakin hampir, maka sekali lagi pemimpin berkenaan bermain dengan kata-kata. Mereka akan lakukan yang lebih baik lagi apabila rakyat memberikan mereka peluang, yakni mengundi mereka. Namun, kali ini rakyat sudah tidak lagi membuka ruang simpati. Mereka seakan-akan serik dan tidak mahu mengulangi kesilapan.
Dengan menggunakan muslihat agama, Mursyidul Am PAS menulis: Islam itu bukannya singgah pada pepohon atau bumi tetapi kepada manusia. Sedangkan manusia itu ditempatkan oleh Allah SWT di muka bumi. Untuk menyelamatkan Islam ialah dengan menjaga manusia, untuk menyelamatkan manusia dengan cara menjaga keselamatan bumi. Ia merupakan tugas bertali-tali antara kewajipan menjaga Islam, manusia dan bumi." (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Ciptaan daratan, lautan sumber rezeki," Harakah, Bil. 1817: 11-14 Februari 2013).
Sudah empat dekad sebagai wakil rakyat dan lebih dua dekad sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am PAS masih merayu sedangkan rakyat semakin terhimpit hidup dalam kesukaran peluang kerja, kekurangan prasarana dan penuh politicking. Rakyat mula bertanya, kenapa air bersih tidak muncul juga setelah berjanji akan melakukannya sejak tahun 1997; kini rakyat terhimpit dengan warna air sungai seperti teh tarik, kerana hutan di hulu sudah digondolkan.
Peneroka Felda Paloh 4 semakin khuatir, ladang rakyat yang dijanjikan masih belum menjadi kenyataan. Lebih 4,000 ekar tanah pula diberikan kepada pemimpin DAP untuk ditanam semula hutan walhal rakyat yang sekian lama mengusahakan tanah tidak diutamakan. Tapi Menteri Besar terus bermain kata-kata: ..kepada orang yang lidahnya fasih dan pintar akan mendorong manusia bekerja kuat dan rajin, bukan atas dorongan kerajaan atau mana pihak."
Tidak juga dijelaskan apakah peranan beliau sebagai pemimpin sudah terlaksana sepenuhnya? Apakah kerajaan pimpinannya sudah sediakan ruang dan peluang untuk rakyat mencari rezeki dengan tenang? Semuanya dikelirukan dengan menyatakan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telah banyak buat, tapi rakyat tetap bertanya: Mana? Apa?Bila?
Ketara berbeza. Setelah mengambil alih pentadbiran negara pada bulan April 2009, Datuk Sri Najib tetap tidak percayakan pakatan pembangkang mampu laksanakan yang terbaik untuk rakyat. Hari ini, setelah empat tahun memegang tampuk pemerintahan, terlalu jauh perbezaannya. Rakyat sudah dapat melihat hasilnya. Manakala pakatan pembangkang masih terkial-kial membuat janji baharu sedangkan janji lama masih banyak yang belum ditunaikan.
Datuk Sri Najib telah berjaya meletakkan dasar pembangunan yang tegas dan penuh makna. Ini memperlihatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjwab dan kuat bekerja, bukannya kuat mencerca.
Langkah pertama yang beliau ambil ialah meletakkan dasar memperkukuhkan semula perpaduan antara kaum yang mula tercabar oleh selekoh politik. Dengan memberikan wajah baharu kepada perpaduan dalam gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, hasilnya lahirlah pelbagai jenama yang membawa faedah meluas. Kini sudah ada BR1M, SL1M, TR1MA, PR1MA, Klinik 1 Malaysia, Asrama 1 Malaysia, 1M4U, 1MD, dan sebagainya sehingga menyebabkan pakatan pembangkang kian gelisah dan resah.
Semuanya dilaksanakan dengan tanggungjawab mensejahterakan rakyat dan bukannya "me biuskan" pemikiran rakyat menerusi ekstasi politik. Kumpulan yang susah dibantu, keluarga yang susah dicari dan mereka yang jauh didekatkan. Semuanya dilakukan atas nama tanggungjawab dan kesedaran, berdosa kalau membiarkan rakyat hidup menderita dan melarat.
Di peringkat nasional pula dilakukan pelbagai bentuk perubahan yang kemudiannya dijenamakan sebagai Model Ekonomi Baharu. Peraturan yang dilihat sebagai penghalang dimansuh atau diubahsuai. Kemudiannya dipatenkan menjadi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia dirangka secara menyeluruh berdasarkan segmen ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam suatu istilah khusus, iaitu Najibnomics.
GTP sudah memasuki fasa kedua. Pengiktirafan antarabangsa diterima dan Najibnomics dilihat sebagai landasan yang betul dan tepat bagi berhadapan dengan kelemahan ekonomi dunia. Kini, meskipun ekonomi dunia masih lembab, menurut banyak pihak, ekonomi Malaysia tetap terus berkembang dan tumbuh sekadar lima peratus setahun.
Ketika menjelaskan Najibnomics, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Dr M0hd Irwan Serigar Abdullah menjelaskan, program-program transformasi dan sosial di bawah Model Ekonomi Baharu (MEB) berjaya meningkatkan ekonomi, pelaburan swasta, produktiviti, peluang pekerjaan dan pengurangan kadar jenayah.
Kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, "Najibnomic ialah satu set dasar ekonomi yang merangkumi idea-ide kreatif dan inovatif, strategi dan program Najib untuk mengakat negara kea rah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020."(Mohd Ridzwan Iman, Najibnomics Merubah Ekonomi, Utusan Malaysia, 12.02.2013).
Hal yang sama tidak berlaku dalam negeri-negeri yang diperintahkan pakatan pembangkang. Sebaliknya semakin banyak aset kerajaan negeri dicair dan dipindah milik bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat hasil. Kalau dahulu, kawasan tanah tinggi direzabkan sebagai kawasan tadahan air, sejak terdesak untuk "menunaikan janji" digondolkan bagi mendapatkan hasil balak.
Semuanya kerana tidak mahu mengingatkan impak masa depan. Bila bukit dan tanah tinggi digondolkan, banyak habitat semula jadi pupus manakala hakisan mudah berlaku. Kesannya, air sungai keruh dan bekeladak manakala hak rakyat mendapatkan sumber air semakin terjejas. Bukit Pedu sudah bertukar dari kesegaran fauna dan flora menjadi bukit botak. Tanah Tinggi Lojing semakin menyesakkan kehidupan suku kaum peribumi di Hulu Kelantan, mereka sudah kehilangan kawasan rayau untuk mendapatkan sumber rezeki.
Gugusan Paloh, Gua Musang sudah bertukar dari pemilikan peneroka kepada ladang rakyat yang belum pun mendatangkan apa-apa hasil. Janjinya belum tertunai, rumah mampu milik belum juga terbina dan banyak lagi. Semuanya itu menggambarkan situasi ngeri akibat hanya "janji manis" tetapi tidak dilaksanakan meskipun kepercayaan sudah diberi. Kini, kepercayaan itu semakin tipis dan hampir robek.
Pemimpin pembangkang ibarat lelaki tua yang bernafsu mahu kahwin dengan wanita muda. Kini, semakin giat mempersiapkan diri dengan mengambil pil kuat, sama ada dari jenama Viagra ataupun Calais, kerana momentum sedemikian perlu ditunjukkan jika tidak mahu dikecewakan. Gadis sekarang semakin bijak membuat keputusan, bersuamikan lelaki tua yang hanya bergantung kepada "ubat kuat" sudah tidak boleh diharapkan, kerana mereka bukanlah ikhlas dan jujur.
Ulama politik banyak mencari kesalahan orang lain sehingga tidak sanggup memperbetulkan kesalahan sendiri. Kebencian dirinya sampai ke tahap paling maksimum sehingga tidak mampu lagi berfikir secara rasional, semuanya keputusan dibuat berdasarkan keputusan emosional. Kalimah Allah menjadi salah satu bukti, akhirnya sanggup pula mengetepikan pemimpinnya sendiri yang tidak setuju dengan pendirian Presiden dan Mursyidul Am PAS.
Mereka amat bijak bermain dengan alasan dan mencipta fakta. Hasilnya, rakyat dijadikan sasaran melulu sehingga di berikan pula kata-kata, perjuangan dalam bentuk tahaluf siyasi bukanlah sesuatu yang salah dan berdosa. Bahkan, sejak berzaman lagi Islam memberikan hak kepada bukan Islam. Tetapi, tidak mereka jelaskan, kenapa dalam tahaluf siyasi, bukan Islam boleh memperlekehkan Allah? Di manakah kewajarannya, sedangkan bukan Islam tidak boleh menerima PAS sebagaimana asal dan bentuknya yang asli?
Hasrat rakyat seringkali diketepikan dan sebaliknya dibangkitkan emosi rakyat untuk bersatu membina semula kekuatan dengan melakukan protes jalanan termasuk bakal menagih tindakan ala Arab Spring. Sudah kedengaran, jika pakatan pembangkang kalah, Arab Spring akan berlaku? Tidakkah ini bermakna, pakatan pembangkang sebenarnya yang mencintai kekecohan manakala BN mencintai kehidupan yang aman, damai dan sejahtera?
Persoalan seperti ini sudah terbukti dengan beberapa siri tindakan anarkisme dalam siri Bersih, KL#112 ataupun Gerakan Mansuhkan ISA. Setelah kesemuanya sudah tidak lagi menjadi halangan, kenapakah Arab Spring mahu dibawa masuk? Tentunya, Arab Spring tidak akan berjaya di Malaysia, kerana rakyat Malaysia lebih bijaksana.
Rakyat Malaysia sedar, untuk meruntuhkan sesuatu yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding untuk mengembalikan keamanan. Pergolakan semula di Tunisia dan Mesir banyak memberikan pengajaran, ada tangan-tangan ghaib yang sedang bermain untuk mencetuskan huru-hara kerana mereka bencikan Islam. Mereka takut kebangkitan Islam bakal menjadi kuasa politik dan ekonomi yang kuat.
Kalaulah itu kaedah yang hendak dilakukan oleh pakatan pembangkang, lebih baik mereka lupakan hasratnya. Rakyat Malaysia amat tidak bersetuju, kerana revolusi lebih banyak mengundang bahaya dan bencana, yang untungnya ialah mereka yang penuh curiga, cemburu dan ingin membalas dendam. Delusi bukan menyebabkan manusia semakin baik, ia boleh menyebabkan kehidupan menjadi semakin sukar dan terhimpit.
Tuduhan awal bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang selamat, akhirnya terjawab dengan sendirinya apabila World Justice Project pada tahun lalu meletakkan di tangga ke-12 sebagai negara paling selamat. Kedudukan itu berjaya mengatasi Amerika Syarikat dan Britain. Akhir tahun lalu, The Earth Institute meletakkan Malaysia di tangga kelapan dalam senarai negara-negara dalam "Ranking Kegembiraan".
Semuanya ini kerana dasar dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Ia bukan seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu menimbulkan kekeliruan bagi membangkitkan persepsi buruk, dan kini persepsi buruk sedang mereka alami. Rakyat sudah mula sedar, pakatan pembangkang tidak melakukan apa-apa untuk faedah rakyat, kecualilah mendesak dan menuduh, walaupun apa yang dibangkitkan itu hanyalah tuduhan dan bukannya fakta.
Berlainan dengan kaedah berpolitik yang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Dengan hanya sedikit kekuatan kesan kemenangan PRU-12, pakatan pembangkang mengheret rakyat ke kancah politik kebencian sehingga menampakan seolah-olah merekalah yang sebenarnya berkuasa dan berupaya menentukan proses bernegara selanjutnya.
Mujurlah situasi itu tidak menjadi, kerana rakyat masih rasional untuk mengesan secara jelas apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang. Hasilnya, dalam tempoh empat tahun (April 2009-Februari 2013), belum berlaku perubahan kerajaan dan rakyat semakin sedar, yang mana permata dan yang mana pula kaca.
Dalam pakatan pembangkang, hampir setiap masa berlakunya provokasi dan penghinaan. Tetapi, usaha menyembunyikannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya pelbagai kebohongan terserlah. Antara pemimpin tiada muafakat, semuanya mempertahankan pendirian masing-masing dengan berasaskan matlamat politik walaupun terpaksa menjual diri dan maruah.
Ini tidak berlaku dalam kepimpinan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Sri Najib. Mereka terlebih dahulu akan mencari kata sepakat dan mempertimbangkan fakta dengan cermat. Keputusan yang dibuat menggambarkan suasana muafakat, maka itulah BN semakin kembali mendapat tempat di hati rakyat.
Janji kepada rakyat sudah ternyata membawa rahmat. BR1M akan diteruskan sampai bila-bila, tetapi pakatan pembangkang masih terkial-kial untuk membawa Buku Jingga walaupun sebahagian solusinya sudah lapuk dan ketinggalan. Pakatan pembangkang sebenarnya sedang berada dalam situasi antara sedar dan koma, kerana delusinya kian hebat dan terdesak. Delusi dalam dirinya sudah tidak terkawal, dan mungkinkah PRU-13 menjadi medan mereka dikuburkan?
Lebih 13 juta pengundi akan menentukannya, maka bermacamlah ketakutan dan janji manis yang bakal mereka berikan. Mereka takut delusi itu akhirnya menjadikan nyawa politik pakatan pembangkang ditamatkan secara tragic, hanyalah sekadar pangkahan di atas kertas undi. Itulah sebabnya, PRU-13 dianggap nyawa dan ibu kepada semua parti politik yang bakal memasuki arena pertandingan merebut kuasa.
Oleh Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir
Yang di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Melaka, Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana di Jalan Laksamana 8 di sini disimbah cat merah oleh pihak tidak dikenali.
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi hari ini dan disedari kira-kira 7 pagi tadi oleh seorang petugas bilik gerakan tersebut yang mendapati bahagian laman depan dan papan tanda premis itu dilempar dua bungkusan plastik cat merah.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata perbuatan khianat tersebut dipercayai dilakukan pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan kerajaan BN terhadap penduduk di kawasan tersebut.
"Ini tindakan provokatif pembangkang setelah mereka melihat sambutan rakyat terhadap BN kerana pelbagai masalah yang dibangkitkan penduduk berjaya diselesaikan BN," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu.
Beliau berkata pihak terlibat tidak sepatutnya berasa kecewa dengan kejayaan BN dan perlu menghormati amalan sistem demokrasi di negara ini.
"Sebagai ingatan (kepada pembangkang), reaksi rakyat sekarang BN boleh menang di kawasan ini, jadi jangan timbulkan huru-hara, mereka sepatutnya terima keputusan (Pilihan Raya Umum ke-13) dengan hormat," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Melaka Datuk Chiw Tiang Chai yang melawat tempat kejadian berkata pihaknya akan mengambil langkah keselamatan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kejadian lebih buruk.
Beliau turut meminta mereka yang tidak berpuas hati agar menghubunginya bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul dan bukannya dengan melakukan perbuatan khianat.
Katanya pihaknya akan melaporkan kejadian berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Good sense seems to prevail now among Malaysians as the hardliner Chinese educationists association Dong Jiao Zong has extended a 'friendship hand' to Prime Minister Najib Tun Razak to its Chinese New Year celebration tomorrow (17 Feb). It is considered a historical move because the movement has never invited the country's PM to its CNY celebration in its 50-year of existence and this first is considered significant in many ways. Najib, since he took over the premiership in 2009 has open up so much with his transformation policies that the movement, in one way or another probably sees a leader who can 'connect and understand' its objectives. Whatever the movement thinks at present, the invitation marks a softening of the hardline stand the movement has all along put up and a 'recognition' of sort to Najib's leadership. Najib had also done a lot during his time as Education Minister those days and when he took over as Prime Minister, he began taking down the fences by giving recognition to Chinese education, schools and institutions, of course done after thorough anaylsis of the whole subject matter. Najib has so far been sincere in every moves and he has fulfilled every words he made and trying his best to fulfill all other promises made by the previous administration and he is not shy to admit such. Dong Zong's invitation to Najib and the openness the movement now shows reflects its intention to listen and speak out for the best interest of the Chinese education and the government. And Najib, by accepting the invitation reflects his readiness to listen and be part of the participant to try bridge the gap that has been existing the past 50 years. Najib's simple and non-assuming character will be reflected tomorrow when he attends the event, without much ado – no speeches and no press conferences – just be present to celebrate the event. After all, it is an event for celebration to renew and strengthen friendship and relationship as Malaysians, as a leader who is sensitive to the needs of all Malaysians. And of course, the oppositions, headed by non-other the chameleon Anwar Ibrahim will also attend, a decision made after knowing that Najib would be present. Anwar, who was dead set against Chinese education when he was Education Minister, has changed his tune as he chases his dream to be the Prime Minister. He now treats Chinese and Chinese education as equal to what he championed before – Malay language and education as well as Malay supremacy. And tomorrow, he will sing the tune of the audience and dance to the tune the audience wants, typical of Anwar's character who will promise the stars and the moon. And of course, the DAP may even plant people like the party did in Penang last weekend just to shame Najib, an act of desperation as the party tries every 'dirty' trick to discourage the Chinese from supporting Najib and BN. However, on the final analysis, the invitation which is the first ever extended and the acceptance by Najib have 'broken the ice' and the oppositions are now thrown off balance.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Penduduk beberapa kampung di sini kini dapat menarik nafas lega dengan pembinaan jambatan baharu berharga RM6 juta merentasi Sungai Tengi yang dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan mereka.
Perasmian Jambatan Ibu Ampangan sepanjang 90 meter dan sembilan meter lebar itu disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini.
Jambatan yang mula dibina pada pertengahan 2010 dan siap untuk digunakan akhir 2012 itu menggantikan jambatan lama yang hanya mempunyai laluan satu lorong berbanding jambatan baharu yang mempunyai dua lorong.
Bercakap kepada pemberita selepas perasmian itu, Noh, yang juga Anggota Parlimen Tanjung Karang, berkata ia sekali gus membuktikan tohmahan pembangkangsebelum ini bahawa projek itu gagal, adalah tidak benar.
"Mereka kata projek ini gagal bagi menimbulkan kemarahan orang kampung, pembangkang memang saja nak mencari kesalahan kerajaan," katanya mengenai jambatan itu yang dapat dimanfaatkan antara lain oleh penduduk Kampung Sungai Sireh, Kampung Sri Gambut dan Kampung Sawah Sempadan.
Noh berkata jambatan itu turut menjadi alternatif kepada penduduk Tanjung
Karang untuk ke Bestari Jaya danseterusnya ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor.
Pada majlis itu, beliau turut mencabut undi bagi memilih sejumlah kontraktor
Kelas F bagi melaksanakan projek-projek kecil seperti menaik taraf jalan di daerah Kuala Selangor.
Ia mencerminkan ketelusan kerajaan pusat dalam menganugerahkan kontrak dan menepis tuduhan bahawa kontrak hanya diberi kepada kroni-kroni pemimpin, katanya.
Selain daripada mencabut undi untuk kontraktor, Noh menyampaikan kunci rumah kepada 27 penerima bantuan pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).
Noh berkata dari 2002 hingga sekarang, SPNB telah meluluskan 333 daripada 655 permohonan yang diterima daripada Parlimen Tanjung Karang.
Ternganga kita dibuatnya apabila Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah mengugut Kerajaan Pusat agar membayar RM100 juta setiap tahun kepada negeri itu sebagai pampasan jika ingin pihaknya menghentikan penggondolan hutan untuk pembalakan.Nampak benar, yang Menteri Besar Kedah ini telah benar-benar buntu dalam usaha menjana pendapatan negeri.
Kata orang, ego biar bertempat.Jika sudah buntu, dan tak tahu apa-apa, buangkanlah ego itu jauh-jauh, jika tidak, pasti terserlah kebodohan sendiri.Tidak apa jika bodoh itu tidak memberi kesan kepada sesiapa, tetapi masalahnya bodoh seorang Menteri Besar memberi kesan kepada rakyat, malah bumi Kedah juga.
Jika dulu Azizan begitu lantang menghamun kepimpinan Barisan Nasional, kononnya bodoh, tidak prihatin dan korup, tetapi setelah diberi peluang untuk menunjukkan cara kepimpinan yang bijak, prihatin dan telus, bingunglah pula Azizan jadinya.Kini, baru beliau tahu bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar ijazah dalam bidang agama dan suara lantang yang gemar menghentam orang.
Sepertimana kaum Arab yang dikurniakan sumber paling berharga di dunia tetapi tidak mampu menjadi peneraju ilmu dan pemerintah dunia, begitulah keadaannya di kalangan pemimpin PAS.Telah dikatakan di dalam AlQuran, bahawa ilmu yang penting adalah ilmu sains dan matematik dari pengamatan bintang dan cakerawala, gunung ganang dan lautan mahupun zarah-zarah di dalam udara.Tetapi mereka tidak mendengarnya, mereka tidak memahaminya walaupun ramai di antara mereka fasih berbahasa Arab, hatta hafal Al-Quran juga.
Justeru, hari ini kita melihat sendiri apa terjadi apabila seseorang yang mengaku pakar agama mentadbir macam orang tak ada agama. Terserlah sikap angkuh, ego, takbur, riak, panas baran dan mengugut sana sini apabila buntu dan terdesak.
Bukan sahaja kerajaan pusat hendak diugut, tetapi juga kerajaan sahabat merangkap jiran sendiri, iaitu Pulau Pinang juga turut cuba diperas.Oleh kerana Pulau Pinang enggan melayan mimpi Azizan untuk mengenakan caj bekalan air mentah ke negeri itu, maka Phahrolrazi, exco Kedah telah membuat kenyataan berbaur ugutan iaitu Pulau Pinang akan mengalami kesukaran jika terus enggan melayan cadangan Kedah.
Malangnya, Pulau Pinang mengambil sikap 'bo-layan' sahaja terhadap ugutan Kedah.
Maka, semakin bingunglah Azizan sehingga sanggup mengambil risiko memusnahkan alam sekitar dan mendedahkan rakyat kepada risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat bencana alam dengan berdegil untuk meneruskan pembalakan haram.Maka, satu-satunya cara untuk menghentikan kegilaan ini ialah dengan kerajaan pusat membayar sejumlah RM100 juta kepada Kedah.
Persoalannya, sampai bila Azizan boleh mentadbir dengan cara mengugut?
Kenapakah keadaan sebegini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan BN?Kenapakah walaupun dikatakan korup, bodoh dan zalim, BN tidak pernah mengambil risiko ke atas nasib rakyat dan tidak pernah membiarkan kewangan negeri berada dalam keadaan begitu tenat?
Bagaimana jika kerajaan pusat mengambil keputusan untuk mengugut Azizan kembali iaitu, jika beliau inginkan RM100 juta itu, maka beliau harus menjustifikasi dan menangani segala ketirisan dalam kewangan negeri Kedah secara terperinci terlebih dahulu, bagi memastikan RM100 juta tersebut tidak terbazir begitu saja.
Atau lebih baik lagi, jika kerajaan pusat mengugut agar Azizan meletakkan jawatan terlebih dahulu, jika inginkan RM100 juta itu disumbangkan kepada Kedah.
Atau lebih mudah, mungkin kerajaan pusat boleh mengugut Azizan agar membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana beliau benar-benar tidak tahu bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri, sebelum menyalurkan RM100 juta tersebut kepadanya.Bagaimana?
Walaupun persoalan ini kelihatan seperti 'lawak', kata orang Kedah, tetapi sebenarnya tiada apa yang lawak mengenainya, malah sedih dan membimbangkan.
Khabar dari Kedah menyatakan bahawa kewangan Kedah sudah terlalu sangat meruncing sehinggakan semua program dan perjalanan dibekukan kerana kerajaan negeri tidak dapat menanggung kos, terutamanya kos minyak.
Mana tidaknya, jika kesemua perbelanjaan negeri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari balak semata-mata.Bayangkan, ketika pemerintahan BN pada tahun 2007, balak hanya menjana RM8 juta, tetapi di masa pemerintahan PAS pendapatan dari balak dalam keluasan yang sama mencanak naik sehingga RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009 dan RM53 juta pada 2010?!
Kini balak-balak hampir habis, sehinggakan hutan simpan kekal juga gondol dikerjakan PAS Kedah sedangkan di masa yang sama kesemua anak-anak syarikat dan projek-projek negeri mengalami kerugian dan masih lagi menjana kerugian kerana ketidakcekapan, ketidaktelusan dan 'ketidak-tahuan' para pegawai yang dilantik.Mahu tidak meroyan jadinya Azizan?
Benarlah rungutan rakyat Kedah, bahawa PAS memerintah bagaikan mentadbir sebuah kampung.Perihal peraturan dan undang-undang semuanya diambil 'enteng'.Kesemua pegawai dan exco membawa sikap 'kaduk naik junjung' dan 'kera mendapat bunga' seolah-olah merekalah kuasa segala kuasa dan boleh berbuat apa saja.Akhirnya, semuanya berada di luar kawalan.
Khabarnya juga, pegawai kewangan negeri, Dato' Haji Puat, sepupu Azizan yang telah berada di situ sejak zaman pemerintahan BN juga sudah putus harapan kerana gagal mendapat kerjasama Azizan sendiri.
Justeru, apakah kesudahannya nasib Negeri Kedah?
Nasib negeri Kedah adalah tidak pasti kerana ia bergantung kepada rakyat Kedah dalam PRU-13 ini.
Namun, apa yang pasti ialah Azizan tidak ada hak untuk mengugut, tetapi inilah masanya untuk beliau mengangkat tangan, mengaku kalah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri ini tidak dilakukan, sebagai tidak logik.
Timbalan Perdana Menteri berkata masalah penebangan balak oleh kerajaan negeri yang melibatkan kawasan tadahan air telah dilakukan dan kini mereka meminta pampasan daripada kerajaan pusat.
"Perkara ini (pembalakan) dah berlaku begitu, mana ada cerita pampasan.
Kawasan tanah (milik) dia, balak dia dah ambil, sekarang minta kerajaan pusat beri RM100 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini hari ini.
Rabu lepas, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika meminta kerajaan pusat membayar pampasan itu berkata pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.
"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta…hutan hak Kedah…lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," kata Azizan.
Muhyiddin berkata apa yang lebih penting kerajaan negeri tidak meneruskan pembalakan itu dan menghentikannya serta merta.
"Saya tak tahu siapa dia berjanji dan sebagainya. Apa yang penting sekarang ini apakah wajar apa yang dibuat sekarang..untuk bersihkan kawasan-kawasan tadahan air.
"Kita tahu Kedah tiada sumber dan dana pun tak mencukupi kalau tidak ada bantuan kerajaan pusat. Tapi tak seharusnya dia ambil langkah yang memusnahkan alam sekitar. Ini untuk generasi Kedah masa akan datang. Itu lebih utama yang harus difikirkan," katanya.
Kerajaan PAS Kedah melakukan aktiviti pembalakan secara rakus di kawasan seluas 400 hektar di Charuk Batang Padi, di kawasan hutan simpan Tasik Pedu atas alasan untuk projek taman agro pelancongan dan ladang rakyat.
Tindakan itu mendapat bantahan banyak pihak kerana akan memberi kesan kepada alam sekitar dan bekalan air tetapi tidak dipedulikan kerajaan negeri yang tetap meneruskan pembalakan itu.
Mengenai dakwaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang bahawa hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus selepas pakatan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini, Muhyiddin berkata jika maklumat itu betul, ia sesuatu yang serius.
" Kalau betul, elok kerajaan negeri ambil perhatian, elok disiasat dan dikaji. Jika ia boleh menyebabkan Kedah sampai tahap bangkrap, ia akan menjadi bebanan kepada rakyat Kedah.
" Itu juga bangkitkan persoalan keupayaan dan kecekapan kerajaan negeri urus dana negeri…sama ada mereka berbelanja lebih daripada yang dia upaya sehingga menimbunkan hutang lebih banyak. Kalau berlaku amat serius kepada masa depan negeri Kedah," katanya.
Tan berkata berdasarkan Laporan Audit Negara 2011, baki kewangan kerajaan negeri hanya tinggal RM193.22 juta manakala baki hutang awam kerajaan negeri setakat Disember 2011 pula sudah mencecah RM2.6 bilion.
Katanya hutang kerajaan negeri bakal mencecah RM3 bilion, kenaikan RM1cbilion berbanding pada 2007 sebanyak RM2 bilion semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN).
KWSP umum kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, 0.15 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pelakon veteran, Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, 5.17 petang tadi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PUTRAJAYA, 16 Feb — Pilihan raya umum ke-13 tidak semestinya diadakan ketika musim cuti persekolahan penggal pertama akhir bulan depan, walaupun banyak pihak yang membuat spekulasi sedemikian.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun mengadakan pilihan raya pada musim cuti persekolahan merupakan kebiasaan, namun faktor lain akan turut diambil kira.
"Ia bukanlah kemestian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat perhitungan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga kawasan Parlimen Putrajaya di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata saringan terakhir calon BN hampir siap sepenuhnya, termasuk semakan calon dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak polis dan Jabatan Insolvensi.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya yakin pengundi di Putrajaya menghargai apa yang dilakukan kerajaan dan akan memberi sokongan kepada BN.
Berita Bertarikh Pada 16 February 2013 5:49 PM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lihat gelombang kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan. Rakyat sudah bosan dengan kemunduran kezaliman, penipuan PAS Kelantan khususnya Pakatan pembangkang di negeri mereka kuasai.
Lihatlah dan nyata di muka mereka yang hadir rasa kecewa dengan apa yang berlaku di negeri yang mereka diami sejak zaman berzaman.
jikalau tidak kerana Kerajaan Pusat tidak berdendam sudah tentu tidak ada pembangunan yang disalurkan ke Kelantan.
Bersama kita doakan kemenangan bakal tercatat kali ini demi Islam Melayu dan masa depan negara kita Malaysia.
Ahli Pas kena tengok video ni.Bukti seorang tokoh dihormati dimaki dicerca kerana tdk tunduk pada Karpal Singh & Anwar Ibrahim isu kalimah Allah
Beginilah keadaan bila politik diutamakan agama dikebelakangkan.
Seorang tokoh besar dalam PAS pun jadi mangsa.
Sebagai seorang ahli sufi dan tokoh sangat dihormati sudah tentu beliau tidak akan biarkan kalimah suci ini digadaikan.
tolong sahabat sekelian mari tunjukkan video ini kepada rakan kita dalam Pakatan yang beragama Islam agar mereka akan sedar betapa politik mereka sudah keterlaluan.
Bila sedia mengorbankan kalimah Allah maka ia tanda paling dahsyat dalam sejarah politik negara kita yang dijuarai seorang tokoh yang pernah terkenal dengan keislaman NGO ABIMnya sebelum terkenal pula dengan keliwatan, skandal perempuan dan juga korupsi yang jadi bualan orang awam.
tanpa melengahkan masa sila tonton video yang menyentuh hati ini dan jangan lupa sebarkannya.
Undilah BN untuk pastikan penipu tidak akan terus menipu kita dan kceluarga kita...
Pendaftar boleh mengambil tindakan terhadap DAP dengan menyekat ataupun membatalkan pendaftaran parti kerana kesalahan yang ada.
Mesyuarat kongress DAP baru-baru ini masih lagi belum selesai terutama mengadakan mesyuarat Agung atau tahunan sepertimana yang perlu dibuat setiap perhimpunan
Walaupun DAP telah mengadakan mesyuarat kongres baru-baru yang sepatutnya dihantar laporan nampaknya masih belum lagi boleh diterima kerana mesyuarat kongress tersebut masih gagal diterima terutama bila dikejutkan dengan penipuan undi didalam mesyuarat tersebut,maka kalau tidak sah sepatutnya DAP...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mengatakan kerajaan negeri pimpinannya akan hantar surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan akan mengambil alih Syabas walaupun tidak mendapat surat daripada Kerajaan Pusat.
Hal ini bukan mengejutkan kerana Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui sudah menyatakan jika Khalid ingin sangat mengambil alih pengurusan bekalan air di Selangor teruskan sahaja berbincang dengan empat syarikat konsesi pembekal air berkenaan. Khalid tidak perlu tunggu surat daripada Kerajaan Pusat, hantar sahaja surat tawaran itu kepada syarikat berkenaan.
Tahun lepas Khalid sudah pun bersuara mahu mengambil alih Syabas (pada September 2012 semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat China dan beliau sudah pun beri lampu hijau). Sehingga sekarang Khalid masih mengulang kata-kata mahu buat itu dan ini, tapi tidak pun dilakukannya.
Hakikatnya, pihak yang patut membuat keputusan sama ada mahu menjual atau tidak adalah pemegang saham empat syarikat tersebut termasuklah Kerajaan Selangor yang punya pegangan dalam tiga iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass) dan Konsortium Air Selangor Sdn. Bhd. (KASB) daripada empat syarikat tersebut. Biarlah pengurusan syarikat berkenaan yang tentukan.
Kini, nampak sangat Khalid semakin gagal dalam usaha penstrukturan semula air Selangor yang dirancangnya sehingga seolah-olah mahu 'memaksa' Kerajaan Pusat menyalah gunakan saham emasnya untuk 'pujuk' Syabas menerima tawaran beliau. Adakah tiga syarikat konsesi bekalan air yang lain itu telah bersetuju?
Memetik kenyataan Pengerusi Syabas Tan Sri Rozali Ismail Sabtu minggu lalu, kenapa Syabas dan Puncak Niaga yang jadi sasaran? Padahal Splash telah awal-awal tolak tawaran sebelum Puncak Niaga sempat menjawab.
Adakah Menteri Besar Selangor itu begitu yakin yang pemegang saham tiga syarikat konsesi tersebut akan menerima tawarannya? Perlu diingat bahawa Abass yang dimiliki 91% oleh Kerajaan Negeri Selangor pernah menolak tawaran kerajaan negeri itu.
Khalid seolah-olah mengugut akan bawa Kerajaan Pusat ke mahkamah sekiranya Syabas tidak terima tawaran kerana didakwa telah melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006. Dan saranannya untuk membawa ke majlis timbang tara semasa membentangkan Bajet 2013 pada Oktober tahun lalu masih belum dilaksanakan.
Jika diimbas kembali, Kerajaan Pusat telah banyak membantu Kerajaan PKR Selangor demi kepentingan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam isu air yang gagal dilaksanakan oleh kerajaam Khalid. Bayangkan RM606 juta projek mitigasi dan RM120 juta untuk penambahbaikan infrastruktur air Selangor dibiayai oleh Kerajaan Pusat.
Duit rakyat yang terpaksa digunakan untuk menambahkan kapasiti air walaupun perancangan jangka pendek kerana Kerajaan Selangor masih menggunakan isu Langat 2 sebagai syarat tawaran untuk melakukan penstrukturan semula air yang masih gagal dilaksanakan. Perancangan jangka pendek ini hanya mampu membekalkan air sehingga tahun 2016.
Khalid sehingga kini asyik taksub dengan penstrukturan semula air negeri tetapi tidak pernah sekali pun dibentangkan bagaimana penstrukturan itu boleh meningkatkan kapasiti bekalan air.
Daripada Oktober lalu beliau bercakap akan guna teknologi membran tetapi sampai sekarang teknologi membran masih belum dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap untuk Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa kok pernah mengeluarkan kenyataan Selangor telah mencatat pelaburan RM10.52 bilion dari 211 projek perkilangan yang diluluskan antara Januari dan Oktober tahun lalu.
Menurut Teresa, berasaskan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), 211 projek itu merangkumi 36 peratus daripada keseluruhan 650 projek pelaburan yang diluluskan di seluruh negara dalam tempoh 10 bulan yang sama.
Masalah utama kini, infrastruktur air di Selangor masih di tahap lama, adakah akan ada cukup air untuk memenuhi permintaan daripada semua pelaburan ini apabila semuanya mula beroperasi?
Daripada jumlah RM10.52 bilion itu, RM6.53 bilion atau 62 peratus merupakan pelaburan domestik dan selebihnya (RM3.99 bilion) pelaburan asing.
Ini bermakna pelabur asing juga akan terjejas terutamanya dari China yang mencatatkan nilai pelaburan terbesar melalui sembilan projek, Singapura (16 projek) dan Jerman dengan sembilan projek.
Macam mana pula dengan 450 projek perumahan yang sehingga kini belum mendapat kelulusan bekalan ekonomi? Apakah kos ekonomi kepada negeri dan juga negara jika isu bekalan air ini berterusan?
Perlu diingat, 131 daripada 211 projek itu merupakan projek baharu dengan nilai pelaburan besar RM7.48 bilion, baki 80 lagi untuk penambahan dan tujuan lain dengan nilai RM3.04 bilion.
Bagaimana pula kesannya terhadap sektor pembuatan komponen automobil mencatatkan pelaburan tertinggi dengan 34 projek, sektor elektronik serta elektrik dengan 19 projek dan juga sektor produk makanan dengan 17 projek?
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KESILAPAN Anwar Ibrahim di Sabah minggu lalu ialah apabila dia ditabalkan sebagai "Huguan Siou" menggantikan DSP Joseph Pairin Kitingan. Lawatan Mymassa di beberapa tempat di Penampang, Dongongan, Tuaran, Kota Marudu sehinggalah ke Bundu Tuhan di Kundasang menunjukkan masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) marah habis. Ramai yang memarahi Anwar dengan sebutan "Huguan Sial" http://mymassa.blogspot.com/2013/02/anwar-huguan-sial.html Tiada jalan bagi Anwar memohon maaf, Bumburing pun lepas tangan dengan menyalahkan PKR Ranau. Sebaliknya, PKR Ranau mematikan diri mereka sendiri dengan mengunci rapat mulut mereka, tidak tahu apa nak dijawab. Akhirnya, Anwar bakal kehilangan 90% undi KDM. Namun semua orang silap kerana Anwar mempunyai Pelan B di Sabah. Untuk saya, sori Anwar u boleh tipu 2 3 ratus orang, tetapi tidak kepada saya. Saya sangat kenal Anwar Ibrahim. Pelan B Anwar ialah dengan menghubungi rakan kamcingnya Nur Misuari dan keluarga Waris Kesultanan Sulu supaya membuat gempak di Lahad Datu sempena lawatan DS Najib Tun Razak. Anwar mahu rakyat Sabah membenci Najib. Dalam hal ini, Anwar memberi tugas kepada Tian Chua, manusia Cina yang tak tahu malu, tukang superimpose gambar Perdana Menteri. Suatu perbuatan yang sungguh jijik dan memalukan dibuat oleh seorang yang bertaraf Ahli Parlimen. Kemaluan itu boleh dilihat di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/02/eksklusif-fitnah-gambar-sabah-invaded.html Gagal lagi Anwar Ibrahim menghuru-harakan negara kita di Sabah. Namun, anda jangan fikir Anwar tiada Pelan C. Kali ini Anwar menjemput beberapa orang Ahli Parlimen dan Senator untuk datang ke Malaysia dengan tujuan mengkritik dan memburuk-burukkan Kerajaan kita. Malang kepada Anwar, Pelan C dia juga gagal. Kerana pihak keselamatan telah pun menangkap dan menghantar pulang Senator Australia itu, yang lain tdak jadi datang. Mereka semua sangat Terkejot Berokk dengan ketegasan rakyat Malaysia.http://www.malaysiakini.com/news/221507 Anwar hanya mampu menulis di dalam blognya, konon negara kita melanggar protokol antrabangsa. Kalau anda pergi ke Amerika, sama ada kamu Ahli Parlimen atau orang ternama, kamu akan diperiksa luar dan dalam di pejabat Imigresen Amerika. Kasut, seluar, beg dan baju kamu dibuka. Di Malaysia, Senator Australia itu sempat berbohong kononnya dia dijel bersama-sama ramai wanita tahanan, walhal dia duduk di meja pejabat Imigresen menanti kedatangan Pesuruhjaya Tinggi Australia untuk dihantar pulang ke Australia. Anwar melabur berjuta ringgit bodyguard untuk mempertahankan dirinya, namun laman web Anwar pun boleh dimasuki dengan mudah. Maka segala perancangan Anwar boleh dibaca oleh Wikileaks. Insiden Anwar memohon Maaf kepada DS Najib sempena hari raya tempoh hari satu tanda Anwar mengalami kacau bilau minda.http://mymassa.blogspot.com/2012/08/anwar-ulangi-taktik-kena-racun-arsenik.html Dua minggu yang menakutkan Anwar sudah berlalu. Berjuta wang telah dilabur namun gagal membuahkan hasil.
ANWAR FRIEND
Pelan Anwar seterusnya ialah memanggil sahabat-sahabatnya di Washington khabarnya diketuai Al Gore, pejuang Homoseks Amerika. Di Malaysia, Anwar adalah pejuang LBGT. Malam ini, kami masih memantau perjalanan Al Gore, jika jadi kami akan maklumkan. Anda perlu memerhatikan Singapore Airline dan China Airlines. Di mana mereka landing masih belum diketahui. Khabarnya NGO yang menanti kehadiran mereka ialah Penang Institute, IKD dan KAS Malaysia serta dibantu oleh IRI.
Menjelang PRU13, Malaysia bukan sahaja mendapat perhatian membabi-buta dan membuta-tuli dari Australia, Amerika juga Singapura. Semasa Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, krew-krew TV dari Singapura berbondong-bondong datang untuk merakam lakonan-lakonan ahli-ahli DAP dan PAP dengan tujuan memburukkan Perdana Menteri dan negara kita. Bagi Singapura, inilah peluang untuk PAP menunjukkan kesejatian mereka dengan DAP, yakni membantu sehabis baik. NGO-NGO di Amerika yang pro-Yahudi dan pro-Israel kini menunggu masa yang sesuai untuk datang beramai-ramai ke Malaysia, dengan satu tujuan, memenangkan Anwar. Terkini, pengusiran Senator Australia semalam sangat tepat. Ianya satu pengajaran dan ketegasan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk menghalau parasit-parasit luar yang datang ke Malaysia dengan tujuan menghancurkan Islam dan umat Islam. Namun, begitulah, kamu memang hebat merancang, namun Allah SWT juga mempunyai perancangan. Kesedaran mula timbul dalam Majlis Syura PAS, ustaz-ustaz, tok-tok guru di seluruh negara semakin hari semakin ramai menjauhkan diri dari PAS yang maha sesat. Jika esok Dato Dr. Haron Din keluar PAS, secara otomatik Perpaduan Ummah akan terlaksana dengan sendirinya. Orang Melayu dan orang Islam akan membuang lambang UMNO dan lambang PAS di dada mereka, dan diganti dengan satu Ummah, satu Aqidah, satu Allah (bukan lebih Allah sebagaimana Anwar kata Jesus juga Allah).
GIVE AND TAKE, SIGNING A CEK?
Cuba tanya Joseph Lim Guan Eng, Tuhan kamu Jesus atau Allah? Sudah tentu jawapannya Jesus? Jadi, mengapa dalam bahasa Melayu nak diganti dengan Allah? Supaya anak-anak Islam di Malaysia dalam tempoh 10 tahun mereka akan menyembah Tuhan Allah Jesus dan Allah! Dengan membuat kekeliruan ini, maka senanglah memurtadkan mereka! Malangnya hanya YB Nasha. DR. Haron Din, Datuk Dr. Hassan Ali, Norman Toha, Ustaz Hassan Basri, YB Taib Azamaudin, Dato Harun Taib sahaja yang nampak benda ini. Nik Aziz telah dibutakan...buta hati dan buta mata. Selepas Senator Australia, Al Gore dan William Cohen pula nak datang Malaysia. Sama seperti Senator Australia itu, kita minta semua pegawai Imigresen di KLIA, Johor, Sempadan Thai, Subang, Kuching, Kota Kinabalu terutama di Bayan Lepas Pualau Pinang supaya berjaga-jaga. Turun sahaja mereka dari airport terus hantar mereka balik ke Amerika! Risikan kami tidak pernah tersasar... Selamat membaca.
Khabarnya dalam masa terdekat ini Haron Din dan Hasan Ali bakal bersatu di bawah satu bumbung perjuangan. Sepatutnya sidang akhbar untuk mengumumkan status Haron Din dibuat pada 16 Februari 2013. Namun ianya ditunda atas beberapa sebab tertentu.
Mengapa Haron Din mahu bersama Hasan? Ini kerana Haron Din mulai tercabar dengan beberapa kenyataan terbaru Anwar Ibrahim yang kelihatan terlalu mengikut telunjuk DAP dalam isu kalimah Allah SWT.
Sampai bila Haron Din boleh bersabar dengan sikap Anwar Ibrahim? Tunggulah, pasti Haron Din akan bersama sama dengan rakan-rakan yang lain atas nama perjuangan dan prinsip untuk agama Islam.
Apa sudah jadi ini? ADUN PAS sudah jemput penari K-Pop atas pentas ceramah mereka. Marah Nik Aziz kalau tengok video ini kerana penari K-Pop ini tidak menutup aurat seperti yang sepatutnya. Kita tunggu beranikah Nik Aziz tegur program ini?
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ahli politik warga Australia Senator Nick Xenophon dilarang masuk ke negara ini kerana melanggar peraturan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan undang-undang negara ketika lawatan beliau sebelum ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata larangan kemasukan membabitkan Xenophon itu adalah mengikut Seksyen 8(3) Akta Immigresen 1959/63 sebagai orang yang dilarang masuk.
"Xenophon pernah beberapa kali memasuki Malaysia sebelum ini dan didapati pernah menyertai aktiviti haram yang melanggar undang-undang negara," katanya dalam kenyataan Sabtu.
Alias berkata senator itu juga didapati menyebar maklumat negatif yang tidak berasas berkaitan Malaysia menerusi pelbagai tuduhan liar.
"Tindakan larangan kemasukan terhadap Senator Nick Xenophon adalah hak kerajaan Malaysia, selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan negara ini," katanya.
Xenophon tiba di Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT) Sepang pada 6.50 pagi dari Melbourne, dan beliau dimaklumkan tentang larangan itu oleh pegawai imigresen di LCCT, kata Alias.
"Xenophon kini berada di bilik menunggu JIM di LCCT Sepang sementara menunggu untuk berlepas pulang ke Melbourne menaiki pesawat berikutnya," kata pengarah imigresen itu.
Alias menarik perhatian Xenophon berada di bawah jagaan JIM dan diberi layanan biasa sebagai individu yang dilarang masuk ke negara ini, dan bukan sebagai penjenayah.
"Xenophon juga dibenarkan menghubungi pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur menerusi telefon," katanya.
Entah apalah yang difikirkan oleh sepasang remaja ini. Ketika berjalan-jalan di sepanjang kawasan umum pejalan kaki, tidak semena-mena kedua-dua remaja ini berbaring.
Kelihatan remaja lelaki berkenaan sudah pun melondehkan seluar hingga jelas kelihatan punggunnya.
Anda semua sudah pasti apa yang mereka lakukan. Pelik, tapi itulah kenyataannya apabia aksi mereka dirakamkan CCTV kawasan itu.
Seketika perbuatan jelik mereka itu berlangsung, dua orang pegawai polis dilihat mendekati kedua-dua remaja berkenaan dan mereka diarahkan menghentikan perbuatan terkutuk berkenaan.
MARANG 16 Feb. - Seramai 80 pengikut PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan di sini keluar dari parti itu hari ini.
Mereka terdiri daripada penyokong tegar dan golongan muda dari Bukit Berangan.
Wakil mereka Ramli Abdullah, 54, berkata, mereka melihat Pas tidak konsisten dalam perjuangannya termasuk berhubung isu kalimah Allah selain pemimpin sedia ada gagal melaksanakan tanggungjawab.
Sebaliknya, transformasi yang dibawa Barisan Nasional (BN) dilihat lebih banyak membawa manfaat kepara rakyat, katanya yang sudah 35 tahun bersama Pas.
Kawasan itu dikatakan merupakan kubu kuat Pas dan 90 peratus penduduknya pengikut PAS.
Ahmad Aminuddin Ramly, 28, pula berkata, golongan muda mahukan pembangunan dan perubahan namun Pas gagal melaksanakannya.
"Anak muda mahukan perubahan dan pembangunan, tetapi Pas tidak dapat melakukannya, sebaliknya hanya menyemarak pergeseran dalam masyarakat," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengalu-alukan pendirian mereka dan yakin kehadiran mereka dapat menguatkan lagi BN. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.
Xenophon, yang tiba dari Melbourne, Australia, pada pukul 6.50 pagi, ditahan pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.
Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, Xenophon merupakan golongan yang tidak diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.
"Apabila kita semak sistem dia merupakan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara kerana sebelum ini pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Alias berkata, Xenophon ditempatkan di pejabat Imigresen LCCT berikutan penahanan itu dan bukan di dalam sel atau lokap.
Katanya Xenophon dijangka dihantar pulang ke Australia malam ini.
Menyangkal dakwaan kononnya Xenophon dinafikan hak untuk menemui sesiapa dan mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar, Alias berkata, Xenophon dibenarkan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, yang datang untuk menemui beliau di bilik mesyuarat pejabat Imigresen LCCT pagi tadi.
Beliau berkata, Kupa yang turut menemuinya berhubung penahanan Xenophon itu, menyatakan rasa puas hati dengan layanan Imigresen Malaysia terhadap senator itu serta menegaskan bahawa beliau menghormati undang-undang negara.
Xenophon dilaporkan ialah antara 50 pengubal undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010.
Pengubal undang-undang Australia itu juga dilaporkan sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai "mahkamah kangaru".
Dalam misi pencarian fakta pada April tahun lepas, Xenophon telah turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya, dan berkata cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan "autoritarian."
Selain mengkiritik sistem politik Malaysia, Xenophon juga mengkritik industri minyak sawit negara.
Senator itu berulang kali mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan orang ramai, dan menuduh rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sawit telah memusnahkan hutan tropika yang merupakan habitat Orang Utan.
Di MELBOURNE, Menteri Luar Australia, Bob Carr berkata, pegawai Australia di Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan pelepasan segera senator bebas itu.
Sementara itu, sekumpulan ahli politik Australia, yang menjadi delegasi senator itu, bagaimanapun membatalkan lawatan ke Malaysia selepas Xenophon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.
Delegasi tersebut terdiri daripada Xenophon, Ahli Parlimen parti Liberal, Mal Washer; Senator John Williams dan Ahli Parlimen parti Buruh, Steve Georganas dijadual melakukan lawatan tidak rasmi menjelang pilihan raya umum di Malaysia.
Antara lain, delegasi itu bercadang untuk menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz; dan anggota kumpulan Bersih.
Senator Williams berkata, jadual lawatan delegasi itu, yang dirancang dua bulan lepas, kini tidak akan diteruskan.
"Saya baru sahaja bercakap dengan Mal Washer dan memberitahunya bahawa saya menarik diri. Saya telah bercakap dengan Julie Bishop (timbalan ketua pembangkang) dan menghantar pesanan teks kepada Nick Xenophon menyatakan kami menarik diri daripada lawatan itu dan beliau menjawab "OK", " katanya kepada stesen television ABC.
Williams berkata, beliau berfikir adalah lebih baik untuk keadaan menjadi reda dan melakukan lawatan kemudian pada tahun ini.
"Mereka mempunyai sebab mengapa dia (Xenophon) ditahan di lapangan terbangan dan saya pasti ini boleh diselesaikan. Keadaan ini akan selesai dalam beberapa minggu ini dan kemudian kami akan melihat sama ada kami boleh melakukan lawatan kemudian," katanya. - BERNAMA
Kami baru saja mendapat berita yang pelakon veteran, Kuswadinata telah meninggal dunia sebentar tadi. Pemergian Pak Kuswadinata telah disahkan oleh pelakon Liza Abdullah melalui Twitternya.
Sejak empat tahun lalu, Kuswadinata menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar.
Selain itu, pada 7 Oktober tahun lalu dia yang pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.
Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh Pak Kuswadinata dicucuri rahmat.
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetepikan semua halangan diplomatik dengan kerajaan Thailand bagi membolehkan pakar patalogi Dr Pornthip Rojanasunand menjalankan bedah siasat kedua ke atas C. Sugumaran.
Dalam satu kenyataan media bersama yang dihantar peguam keluarga mangsa, N. Surendran dan Latheefa Koya, mereka mendakwa Najib terlibat dalam menghalang kemasukan pakar berkenaan ke Malaysia.
"Berdasarkan tuntutannya yang beliau tidak menghalang Dr Porntip, mengapa beliau tidak meminta kerajaan Thai untuk meneruskan dan menghantar Dr Porntip ke Malaysia untuk bedah siasat kedua?
"Kami turut meminta bahawa Najib Razak mendedahkan sejauh mana komunikasi dengan kerajaan Thai bersabit kes bedah siasat kedua C Sugumaran. Keluarga dan rakyat Malaysia layak sepenuhnya bagi maklumat ini," kata kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataan itu, kedua-dua peguam tersebut mendakwa mereka mempunyai sumber yang "meyakinkan dan berwibawa" bahawa wujudnya campur tangan Najib dalam kes ini.
Mereka juga mendakwa penafian perdana menteri bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan oleh Pornthip bersabit dokumen daripada Kementerian Keadilan.
Difahamkan terdapat surat yang panjangnya beberapa helaian menyatakan ketidakpuasan hati kerajaan Malaysia terhadap peranan Pornthip dalam kes membabitkan mendiang Teoh Beng Hock.
"Dalam bahasa diplomatik, ini adalah satu mesej yang jelas dari kerajaan Malaysia bahawa Dr Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia untuk tujuan bedah siasat kedua ke atas Sugumar," tulis kenyataan itu.
Semalam, Najib menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang Pornthip melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.
Perdana menteri berkata, dakwaan Surendran itu tidak benar sama sekali.
"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya.
Dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang 23 Januari lalu, Sugumaran yang dipercayai mempunyai masalah mental dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.
Dilaporkan juga Sugumaran bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
BATU PAHAT – "Sumpah ustaz, kami tak buat apa-apa, saya hanya temankan tunang saya tidur sahaja," kata seorang lelaki ketika ditahan dalam serbuan Ops Valentine di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3 pagi itu, seorang pemuda berusia 24 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama wanita yang didakwa sebagai tunangnya yang juga berusia 24 tahun.
Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika ditahan lelaki terbabit memberi pelbagai alasan antaranya mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan.
Katanya, keesokan harinya ada perkara yang penting menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidur bersama di hotel itu manakala pasangannya hanya mendiamkan diri ketika disoal siasat.
"Pemeriksaan mendapati pasangan terbabit masih belum mempunyai ikatan perkahwinan.
"Alasan yang diberikan antaranya menemani tunang yang takut tidur bersendirian nyata tidak boleh diterima kerana apa juga alasan ianya tetap tidak boleh diterima selagi mereka masih belum mempunyai ikatan sah.
"Lelaki berkenaan yang berasal dari daerah ini turut memberi alasan mereka sudah bertunang sejak dua bulan lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian.
Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum dituntut waris masing-masing.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
"Kami akan meneruskan operasi dan menjalankan serbuan seperti ini bagi memastikan kegiatan khalwat dapat ditangani sekaligus menangani gejala tidak bermoral di daerah ini," katanya.
Katanya lagi, setiap ibu bapa juga dinasihati untuk lebih peka dan berwaspada dengan keadaan dan lokasi anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan perkara sebegini.
KANGAR - Seorang bomoh ditahan dipercayai mencabul penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Persisiran Pantai Padang Keria Simpang Empat dekat sini, selepas memberi rawatan kepada seorang pesakit yang merupakan rakan mangsa, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa dikatakan pergi ke rumah rakannya yang sedang dirawat lalu diminta untuk menghantar pesakit ke pantai berhampiran untuk merawat penyakit yang turut diikuti bomoh terbabit dalam sebuah kereta.
Namun, selepas selesai memandikan rakannya yang berusia 19 tahun, bomoh itu menyuruh mangsa masuk semula ke dalam kereta tanpa memalingkan muka ke belakang.
Difahamkan, ketika berada di dalam kenderaan terbabit, bomoh berkenaan menghembuskan angin ke muka mangsa sehingga menyebabkan dia menjadi separuh sedar.
Mangsa berkata, bomoh itu cuba membuka butang seluarnya dan memegang kemaluannya.
Semasa kejadian terbabit, mangsa yang berumur 18 tahun itu seolah-olah tidak sedarkan diri dan hanya menyedari perbuatan bomoh terbabit apabila tiba di rumah sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan kelmarin dan seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan semalam.
Menurutnya, dalam kejadian itu, rakan mangsa yang mendapatkan rawatan bomoh berkenaan tidak mengalami kecederaan.
"Suspek merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai bomoh ditahan dan direman selama tujuh hari sehingga siasatan selesai dijalankan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman terbabit.
KOTA BHARU-Sepasang kekasih yang sedang memadu asmara di dalam sebuah kereta berhampiran lapangan terbang di bandar ini, antara yang dikompaun dalam Ops Valentine Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini pagi kelmarin.
Pasangan terbabit ditangkap melakukan perlakuan tidak sopan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan, ketika memberhentikan kereta di kawasan berkenaan.
Operasi yang bermula sekitar jam 11 malam itu dan tamat kira-kira jam 5 pagi, diketuai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan JAEHIK, Osman Ibrahim bersama lebih 10 anggota penguat kuasa, diadakan bersempena sambutan Hari Kekasih bagi membenteras perlakuan maksiat dalam kalangan umat islam di negeri ini.
Osman berkata, operasi yang bermula di kawasan lapangan terbang di sekitar Pengkalan Chepa itu turut diteruskan di sekitar 17 hotel bajet di sekitar Kota Bharu.
"Setakat operasi semalam, pasangan yang ditangkap melakukan perlakuan tidak senonoh terbabit dikompaun mengikut kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Kelantan.
"Untuk kesalahan mereka itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1,000 mengikut Akta Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan," katanya.
Osman berkata operasi seumpama itu diadakan dari masa ke semasa di lokasi yang dikenal pasti hasil risikan dan maklumat awam.
"Kita harap dengan operasi ini, dapat memberi kesedaran bahawa JAHEAIK amat serius dalam menangani isu sosial melibatkan perlakuan tidak bermoral umat Islam di negeri ini," katanya.
"Peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk generasi muda agar lebih terpimpin dan mempunyai akhlak yang baik serta tidak terjebak dalam kancah maksiat," katanya.
Menurutnya, di samping itu kerjasama daripada golongan masyarakat dan pihak berkuasa dalam menangani gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan belia juga perlu dan usaha ini amat dititikberakan bagi membenteras gejala berkenaan sehingga ke akar umbi.
Sebagai seorang selebriti motivasi terkenal, Dato Fadzilah Kamsah juga ditagih pendapatnya mengenai kelakuan PAS yang keterlaluan semenjak akhir-akhir ini.
Seorang yang tidak berpihak dan condong ke arah mana-mana parti, pakar motivasi ini memberi pendapatnya dari aspek sifat-sifat sebenar manusia yang terdesak mencari sokongan.
GEORGE TOWN: Sekumpulan anggota PAS dan badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Bantahan secara aman itu berlangsung kira-kira 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini.
Kumpulan berkenaan turut membakar akhbar keluaran kerajaan negeri, Buletin Mutiara sebagai simbolik menolak Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertanggungjawab memulakan isu kontroversi itu.
Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar menyelar kepimpinan tertinggi PAS yang didakwa terus bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terangan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.
"Mengapa Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) (Mursyidul Am PAS) pergi melawat Karpal (Singh)(Pengerusi DAP) baru-baru ini? Untuk berdakwah? Beliau menunjukkan contoh tidak baik kepada ahli PAS kerana dia (Karpal) secara jelas menghina perjuangan PAS dengan meminta majlis syura menukar pendirian mengenai isu itu," katanya kepada pemberita.
Bakar gambar Lim
Sementara itu, di Kedah, lebih 300 anggota Persatuan Penawar 1Malaysia dan jemaah Masjid Jamek di Sik turut mengadakan protes serupa di hadapan masjid itu selepas solat Jumaat.
Mereka turut mengoyak poster lambang roket dan membakar gambar Lim. Pengerusi Penawar 1Malaysia Daerah Sik Ghazali Ahmad, 58, berkata masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan Islam dan kuasa politik Melayu daripada dirampas pihak yang mahu menghancurkan masa depan bangsa Melayu.
"Saya kesal kerana ada orang Melayu yang bergelar ulama sanggup dijadikan kuda tunggangan selama ini oleh pihak antiIslam dan Melayu," katanya kepada Bernama selepas bantahan aman selama 20 minit itu.
Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978.
Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.
Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalanan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah sama ada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.
Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang-ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa.
Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu.
Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.
Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.
Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing.
Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingkiran tersebut.
Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.
Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai untuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, profesional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.
Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.
Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam di negara kita.
Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.
Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS.
Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.
Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung di sebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya.
Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombongan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apa pun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksetujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.
Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua-dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.
Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI, KL 15 Februari 2013
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melayan cabaran supaya beliau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang menentang bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis makan malam, malam tadi.
Semalam, bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mmencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.
Nordin dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.
Pertandingan dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Menurut Mahathir, kempennya sekarang adalah untuk menghargai jasa-jasa mereka yang membantunya sewaktu beliau aktif berpolitik sehingga membolehkannya menjadi perdana menteri.
"Ini balas budilah..sekarang ini orang tak banyak dah balas budi tapi saya masih hargai balas budi.
"Dulu mereka sokong saya, saya naik sampai ke langit.
"La ni (sekarang) saya turun dari langit sokong merekalah," kata Mahathir bersahaja dan berseloroh.
Dengan berbekalkan Bangsar kononnya sebagai kubu kuat Nurul Izzah dan lokasi yang strategik yang diadakan di sekitar Bangsar New Village, satu kawasan elit yang sentiasa tidak pernah tidur dan mempunyai pengunjung yang padat, Ketua Umum PGayR Anwar Ibrahim dan anaknya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Cina di situ. Kehadiran mereka jangkakan sebanyak 10,000 pengunjung.
Sehingga posting ini ditulis, hanya sekitar 1,000 orang yang membanjiri sambutan perayaan berkenaan. Kebanyakan adalah daripada pengunjung luar. Buktinya sebanyak 6 buah bas sekolah kelihatan ditempah yang membawa pengunjung kebanyakannya kaum Cina dan India daripada kawasan Kampung Dato Harun. CTS kesiankan orang ramai yang hadir tidak dapat pulang walaupun hujan lebat di sebelah waktu senja. Ini berikutan mereka terpaksa menunggu bas yang ditempah itu untuk membawa nmereka pulang.
Mungkin sudah sampai masanya Nurul Izzah berfikir empat lima kali sebelum membuat keputusan untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai pada PRU-13. Mungkin ini sebabnya khabar angin bertiup kuat mengatakan Anwar Ibrahim tidak akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh untuk membiarkan anak sulungnya mendapat kerusi selamat di dalam PRU-13.
Ini adalah banner Program "Jom Shopping Ibu Tunggal" yang akan diadakan petang ini di Giant Kota Damansara. Program ini dijalankan oleh Pakatan Haram di bawah geran Selangorku. Program ini merupakan satu daripada banyak lagi janji-janji manifesto yang tidak tertunai. Ketika gambar ini diambil PA system sedang diuji. Program ini menyerlahkan sifat bermuka-muka, prejudis dan fanatik juak-juak dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram.
Apabila Kerajaan Pusat Barisan Nasional mengadakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), juak-juak Pakatan Haram mengkritik Kerajaan dengan mengatakan mana cukup RM500. Sedangkan program ini dikhususkan kepada golongan isirumah yang berpendapatan kurang dari RM2,000. Cuba kita tanya balik, berapa Pakatan Haram Selangor bagi dekat golongan ibu tunggal. RM100? RM100!!! Cukup ke perbelanjaan untuk ibu tunggal selama setahun!!! Bodoh piang! Cuba juak-juak dan pencacai-pencacai Pakatan Haram jawab, cukupkah RM100 setahun? Sedangkan BR1M untuk golongan bujang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM1,500 pun Kerajaan bagi RM150.
Keduanya, apabila Kerajaan Pusat Barisan Nasional mengadakan majlis-majlis untuk menyampaikan bantuan BR1M kepada Rakyat, maka menyalaklah juak-juak Pakatan Haram kata Rakyat dizalimi, terpaksa beratur panjang dan terpaksa menghadiri majlis untuk dapat RM500! Ada suara-suara sumbang dari pemimpin mereka supaya agar dimasukkan terus (bank-in) ke dalam akaun Bank. Bagus punya cadangan kan?
Bila kena dengan kepala sendiri kenapa tak buat? Kenapa ibu tunggal terpaksa menghadiri majlis untuk terima RM100? Siapa yang akan jaga anak-anak mereka bila terpaksa hadir ke majlis ini? Kenapa RM100 berkenaan diwajibkan berbelanja di Giant sahaja dan ditemani Wakil Rakyat Pakatan Haram? Kenapa wang berkenaan tidak boleh digunakan untuk perkara lain seperti membayar hutang, membayar sewa rumah dan sebagainya? Dan soalan bernilai RM1 juta ringgit, kenapa tidak dimasukkan ke dalam akaun bank, sayanggggg!
Tahniah kepada Timbakan Pesuruhjaya II PAS Selangor merangkap ADUN Chempaka, Iskandar Samad, yang juga EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor kerana berjaya menganjurkan program sambutan Tahun Baru Cina 2013 dan Valentine Day Oppa PAS Pandan style pada 15 February 2013 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Baru Ampang. Siap ada gambar muka Timbalan Pesuruhjaya II tu di banner belakang pentas. Hebat!!!
PAS paling lantang mengutuk kedatangan Psy Gangnam Style yang dianjurkan oleh BN Penang, namun juak-juak mereka ni cakap tak serupa bikin. Orang lain buat salah, mereka buat tak apa. Dengan sajian persembahan dan tarian yang mengegarkan iman, apa pula fatwa PAS kali ini. Mungkin di dalam majlis PAS tindakan artis wanita yang berambut panjang bertempek memeluk di belakang seorang artis lelaki itu hukumnya halalan toyyibba agaknyalah ye? Lihat video di bawah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan