Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Admin | | Posted On Khamis, 24 Januari 2013 at 9:07 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 24 Jan 2013 03:27 PM PST

ALHUSSEYN


Lu Langsi Lu Mati , Harusani!

Posted: 24 Jan 2013 02:43 AM PST

Harusani, selaku Mufti Perak takkanlah hanya makan gaji buta? Tolonglah nasihat sikit orang Melayu Umno yang terlibat dalam bisnes kelab malam seperti ini. 

Harusani, selaku Mufti Perak mesti mengakui bahawa Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP), badan dakwah tertua di negeri Perak, telah tersilap memilih kaki botol , kaki pompuan kaki kelab dan kaki pukul jadi role model untuk Islam. 

Harusani selaku penasihat Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP), sepatutnya mengambil langkah membatalkan perlantikan Awi sebagai duta remaja badan dakwah tersebut serta merta melainkan jika Harusani bersetuju dengan kenyataan Awi :


"Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
"Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini


Itulah antara kata-kata duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia sebagaimana gambar diatas yang berlaku di Malai Rock Station Bistro, Ipoh kepunyaan duta remaja tersebut.


Kelab malam ini juga pernah mempromosi hebat jualan 'Special Offer' pakej arak dan bir untuk menarik pengunjung bermaksiat. Amat malang bagi seorang Melayu yang beragama Islam terbabit dalam perniagaan yang penuh kemaksiatan dan haram seperti ini.

Biaqpila

Posted: 24 Jan 2013 03:21 PM PST

Biaqpila


AMENO MATI KUTU BEB

Posted: 24 Jan 2013 04:03 AM PST



Projek kondo Batu Caves batal - MB

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan projek pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves dibatalkan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembatalan itu dibuat selepas mendengar penjelasan terperinci dari Jawankuasa Bebas yang dilantik bagi mengkaji projek itu Selasa lalu.

Dalam mesyuarat itu katanya, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.

"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan Selangor menyokong sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi ia perlu dirancang dengan teliti, mengikut peraturan dan tidak membahayakan keselamatan rakyat.

"Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat," katanya.

HD

SIASAH

Posted: 24 Jan 2013 03:09 PM PST

SIASAH


Lawatan Gaza, Najib terus dapat kesan positif

Posted: 24 Jan 2013 09:25 AM PST

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak ke Gaza terus memberikan impak positif kepada beliau, yang sebahagiannya dicetuskan secara tidak langsung oleh pesaing politiknya sendiri.

Cemuhan, sindiran dan kutukan daripada musuh politik Najib dan Umno kelihatan telah mencetuskan, paling kurang, rasa tidak selesa sesetengah pihak terhadap pembangkang, terutama PAS.

Berdasarkan respons keras yang tercetus dari pihak lawan, jelas menunjukkan lawatan Najib itu mempunyai nilainya tersendiri.

Rata-rata cemuhan itu dilihat semata-mata berdasarkan rasa iri hati, dengan memperkecilkan tindakan Najib itu, menafikan sisi positifnya, memperbesarkan hal-hal negatif, dan akhirnya menyampaikan kesimpulan negatif lawatan itu, sambil melemparkan juga serangan peribadi.

Dari sudut strategi politik menjelang pilihan raya dan kaitan dengan politik serantau, lawatan itu tidak dapat dipisahkan daripada pertimbangan dan penilaian politik

Walau bagaimanapun, kecaman semata-mata terhadap lawatan itu mendedahkan satu sikap negatif, kecenderungan berlebihan kepada politik murahan, serta mendedahkan kepada serangan mudah parti lawan.

Pengkritik Najib juga kelihatan berusaha bersungguh-sungguh mencari dan mengemukakan segala data berkaitan - seperti perdagangan dengan syarikat Israel - untuk mengaitkan Najib dengan Israel, sebagai usaha menjejaskan lagi impak positif lawatan Najib itu.

Kecaman terhadap lawatan Najib itu turut mendedahkan kefahaman rendah sesetengah pengkritik beliau dalam hal ehwal politik antarabangsa, contohnya dengan menyifatkan Malaysia telah mengiktiraf Hamas, dan perlu membatalkan hubungan dengan Israel, Umno meninggalkan rakan lama (Fatah), dan mempersoalkan adakah Malaysia akan mendengar dari Israel dahulu sebelum mengiktiraf Hamas.

Dakwaan ini jelas sekali salah kerana lawatan itu menunjukkan solidariti tetapi tidak mengubah pendirian rasmi kerajaan Malaysia terhadap kerajaan Palestin yang diwakili Pihak Berkuasa Palestin.

Dalam hal hubungan dengan Israel, Malaysia sememangnya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kecaman terhadap lawatan Najib itu, yang menemukan beliau dengan Hamas, gerakan yang dilabel teroris oleh Barat, menerima banyak respons negatif daripada pihak Muslim, tetapi pada masa sama media liberal berbahasa Inggeris tidak menimbulkan isu kedudukan Hamas itu, dan memberi liputan agak positif terhadap lawatan itu. 

Walau bagaimanapun, pihak yang menyokong parti pemerintah pula menunjukkan kenaifan apabila menerima bulat-bulat dakwaan positif berkaitan lawatan Najib itu, seperti berani menembusi kepungan Israel dan "menunjukkan perubahan positif kepada dasar luar Malaysia yang lebih merdeka dan bebas dari pengaruh Yahudi dan juga sekutunya Amerika."

Penerimaan arus perdana politik Asia Barat terhadap Hamas berkait dengan perubahan sikap gerakan itu sejak tercetus kebangkitan Arab, perkembangan yang membenarkan pemulihan hubungan beberapa negara dengan Hamas, yang akhirnya membenarkan lawatan Najib itu.

Kedudukan Hamas seperti sebelum ini, dengan label teroris dan peminggiran sepenuhnya tidak akan membenarkan banyak perkara yang telah berlaku sejak dua tahun lalu.

Kedudukan itu juga tidak akan mendorong Najib membuat lawatan bertemu pemimpin Hamas, sejurus sebelum menyertai Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Tidak dapat dibayangkan Najib mengambil risiko besar melawat Hamas sejurus sebelum satu pertemuan besar melibatkan kuasa-kuasa besar dunia (seperti WEF), ketika Hamas masih dipinggirkan sepenuhnya, misalnya, lima tahun dahulu.

Setakat ini, kesan daripada lawatan ke Gaza itu telah memberi kesan positif kepada Najib, sebahagiannya hasil tindakan gopoh didasari sentimen oleh pesaing politiknya.


DUNIACACAMARBA

Posted: 24 Jan 2013 03:04 PM PST

DUNIACACAMARBA


[Video] Bekas Jeneral Dedah Rasuah dalam Pembelian Senjata Kementerian Pertahanan

Posted: 23 Jan 2013 04:00 PM PST




[KD] Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.

Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

"Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.





Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Jan 2013 03:01 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Dokumen Yang Menyebabkan Seorang Pegawai Bank Islam Digantung Terdedah!

Posted: 24 Jan 2013 06:49 AM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/528990_523538444353167_2049781330_n.jpg

Ini yang dirumuskan oleh pakar ekonomi Bank Islam di Singapura.

Video Sambutan Bekas Minum Air Rasulullah SAW di Chechnya. Andai Rasulullah Bersama Kita.

Posted: 24 Jan 2013 06:07 AM PST


Sambutan Bekas Minum Air Rasulullah SAW di Chechnya. 

Andai Rasulullah Bersama Kita.


Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,



Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.



Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,



'Barah' di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah



Wahai Rasulullah,

Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,



Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...



Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,



Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,



Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,



Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.





Zaharuddin Abd Rahman

Leicester, UK

31 Ogos 2010

Gambar Ustaz Taib Ahli Parlimen Baling Kritikal Dalam Wad

Posted: 24 Jan 2013 04:27 AM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/166534_587565471270359_875276316_n.jpg

Ustaz Riduan Mohamad Nor

Ust Taib Azamudden lani telah dipindahkan ke Hospital Pantai, Bayan Baru. Doktor sahkan ada pendarahan dlm kepala beliau. Rawatan susulan sdg dibuat. Tkasih ats doa shbt2.

Terkini! Selepas Amanat Hadi Sekarang Timbul Amanat Hassan Ali

Posted: 24 Jan 2013 02:58 AM PST

Hasan Ali dakwa menyokong pendirian Anwar hukumnya syirik


BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.

Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.

"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN

Gambar Presiden PAS Mandi Manda Di Pantai Bersama Kanak-Kanak

Posted: 24 Jan 2013 02:55 AM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/734945_494183260634001_1250534915_n.jpg

Allahuakhbar!

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 24 Jan 2013 01:38 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


ABBAS KECAM KEHADIRAN KEHADIRAN NAJIB

Posted: 23 Jan 2013 04:50 PM PST

Muslimeen United

Posted: 24 Jan 2013 01:36 PM PST

Muslimeen United


Panas ! 5 Ketua Cawangan Umno Mengamuk, Tutup Bilik Gerakan..!!!

Posted: 23 Jan 2013 08:19 PM PST



Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup


SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Kali ini rakyat kena cerdik jangan percaya lagi janji-janji BN yang puluhan tahun yang mengarut, mereka lebih mementingkan kroni dan perut dari rakyat.


Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

"Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

"Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

"Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

"Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

"Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

"Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

"Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya.

Selamat menyambut Maulidul Rasul: Mari kita ikut Nabi

Posted: 23 Jan 2013 08:14 PM PST


PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini.
Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan.

Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?

Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan.
Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya.

Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia.

Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda.

Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar.
Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun.

Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata.

Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.

Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya.

Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.

Sekian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 12 Rabiul Awwal 1434H

UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU

Posted: 23 Jan 2013 08:14 PM PST


Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka.

Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

"Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini.

Beliau turut menegaskan pengundi memiliki pandangan yang berbeza terhadap BN dan PR, namun menekankan perkara pokok yang dilihat penting adalah daripada sudut pentadbiran.

"Bagi Pakatan, isunya adalah perbalahan. Manakala bagi BN pula isunya adalah integriti.

"Pengundi sebenarnya melihat daripada sudut pentadbiran," tambah beliau lagi.

Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,409 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti.

Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN.

Berbeza dengan BN, percanggahan pendapat dikalangan parti dalam PR dilihat pengundi sebagai akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti.

"Bagi Pakatan, perkara yang menjadi fokus utama akan menjejaskan sokongan adalah percanggahan pendapat, khususnya melibatkan isu seperti Hudud, kalimah 'Allah' baru-baru ini dan lain-lain," tambah Mohammad Redzuan.

Daripada kajian UMCEDEL, sebanyak 59 peratus berkata bersetuju percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR (DAP, PAS dan PKR) akan menjejaskan sokongan, 20 peratus tidak setuju dan 21 peratus lagi tidak pasti.

Walaubagaimanapun, langkah kerajaan baru-baru ini dengan pelbagai program yang diumumkan dalam Bajet 2013 disambut positif responden yang ditemui oleh UMCEDEL dengan sebanyak 55 peratus bersetuju ia memberikan manfaat kepada rakyat, 22 peratus tidak dan 23 peratus tidak pasti.

Selain itu, kerajaan BN turut berdepan lebih banyak lagi tanggungjawab berat jika mahu memastikan kemenangan besar pada pilihan raya kali ini memandangkan kajian badan bebas tersebut mendapati majoriti pengundi memberikan maklum balas positif terhadap janji PR untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan menurunkan harga kereta.

Majoriti 50 peratus responden yang ditemui menyokong cadangan tersebut serta menyatakan ia mampu meningkatkan sokongan kepada PR.

Pertembungan antara BN dan PR dalam pilihan raya kali ini merupakan yang tersengit dalam sejarah negara, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah berulang-kali tentang hasratnya mahu mendapatkan mandat besar berbandingan tahun 2008 bagi mendapat sebuah kerajaan yang kuat dan melancarkan perjalanan pentadbiran.

Walaupun pilihan raya dijangka akan diadakan selewat-lewatnya April ini, Najib masih lagi tidak memberikan isyarat jelas untuk membubarkan Parlimen mahupun mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan diletaknya pada pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

Dalam pilihan raya 2008 lalu, BN memperolehi 4.08 juta undi berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - dan pembangkang berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang dapat membantu mereka menambahkan baki kepada parti komponen PR yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. -TMI

Cuba tengok ni BUKAN di Selangor atau Kelantan tapi di PAHANG ,,, TV3 malukan Najib

Posted: 23 Jan 2013 02:51 PM PST


Debat Nizar vs Zambry: Gagal dalam berjaya

Posted: 23 Jan 2013 02:49 PM PST






 
Debat Darul Ridzuan di antara Nizar dan juga Zambry, sepertimana yang diketahui ramai bahawa Zambry telah menyatakan ketidaksanggupannya untuk hadir kerana tidak sama taraf di antara mereka.

Ini dinyatakan Zambry melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 23 Januari 2013. Bukan melalui jawapan kepada surat rasmi yang dihantar Pakatan Rakyat Perak ke pejabat Umno Negeri tempohari.

Maka, debat ini tidak jadi walaupun penganjur masih meneruskan program sepertimana yang dirancang tanpa kehadiran Zambry dan Exconya.

Gagal

Program debat yang diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh ini dianggap gagal kerana ketidak hadiran pihak Zambry daripada BN yang membuatkan ianya bukan lagi debat kerana hanya satu pihak sahaja yang berucap.

Ketidakhadiran Zambry juga telah membuatkan hilang minat orang ramai untuk datang sekaligus menggagalkan sasaran kehadiran yang diharapkan oleh penganjur.

Berjaya

Walaupun program debat yang gagal itu telah bertukar kepada sebuah forum, namun ianya telah berjaya menyampaikan serta membuka mata dan minda setiap yang hadir mengenai beberapa isu yang diketengahkan.

Antara isu yang begitu terkesan kepada hadirin adalah mengenai pemberian tanah dan projek oleh Zambry melalui kerajaan negeri kepada kroni-kroninya. Terketar-ketar seorang warga emas yang menahan kemarahan apabila memberikan komen mengenai isu tersebut sewaktu sesi soal jawab.

Penganjur juga telah berjaya membuktikan bahawa yang benar itu berani manakala yang salah itu sentiasa di dalam ketakutan. Pihak Pakatan Rakyat dilihat benar-benar bersedia dengan segala maklumat dan bukti-bukti yang ditonjolkan manakala pihak BN Perak dilihat sedari awal lagi cuba menjauhkan diri daripada debat ini.

Inilah peluang yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Perak kepada BN Perak yang diketuai oleh Zambry untuk menyata dan membuktikan kebenaran dihadapan rakyat Perak sendiri.

Malang sungguh kerana Zambry dan BN Perak masih berdolak-dalih dalam menyatakan kebenaran dan juga menjauhkan diri daripada debat ini yang merupakan wacana ilmiah buat semua pihak.

Walaupun debat ini gagal dalam berjaya, ianya telah membuka minda rakyat kepada kebenaran. -Ajijoi

[VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah

Posted: 23 Jan 2013 02:43 PM PST


Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.

Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

"Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.


Fenomena Listen! Versi Ust Azhar Idrus

Posted: 23 Jan 2013 02:42 PM PST


Usaha ketepi Najib dari kepimpinan Umno macam 'real' nampaknya

Posted: 23 Jan 2013 02:35 PM PST


Terperanjat juga saya mendengar 'rumors' yang berkisar hebat di kalangan UMNO yang Najib sudah sampai masa untuk diketepikan untuk menyelamatkan UMNO dari dihumbankan oleh rakyat dalam pilihanraya ini. Malahan isu ini telah pun ditulis oleh beberapa pihak dalam 'cyber space' yang usaha untuk memaksa Najib meninggalkan jawatan atau membuangnya mengikut saluran parti sedang berjalan rancak.
Ada penafian dibuat di kalangan UMNO tetapi penafian di kalangan UMNO itu selalunya adalah cara untuk mengiyakan apa yang dikhabarkan itu adalah perkara benar. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menafikan ada pertelingkahan di antara mereka dahulu, tetapi akhirnya terjawab yang berita yang dikatakan sebagai khabar angin itu adalah perkara yang benar, malahan lebih benar dari apa yang diberitakan itu. Sekarang kedua-duanya telah berputus arang dan tidak boleh memandang di antara satu dengan lain.

Saya sendiri acap kali berkata yang musuh Najib yang sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau sebenarnya adalah dari kalangan UMNO sendiri. UMNO tidak terbuka dan apa yang berlaku pun selalunya akan terjadi di dalam gelap buat seketika. Berlainan dari parti-parti dalam Pakatan. Mereka (parti-parti Pakatan) terbuka dan menunjukkan perbezaan mereka secara terbuka dan ini merupakan satu perkara yang sihat.

Ada yang tidak sama pendirian tentang isu dalam Pakatan, tetapi perbezaan itulah yang membuatkan mereka berusaha untuk bermuafakat dan ini tidak dapat dilakukan oleh BN. Masakan ada permuafakatan jika tidak ada perbezaannya? Sebaliknya kebaikan ini diambil sebagai perpecahan oleh BN dan media massa memainkan isu ini sebesar yang mungkin bagi memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Perbezaan yang sedikit di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itulah yang menyebabkan mereka bersatu dan mereka mempunyai hubungan 'inter-party' yang baik dan bersama-sama menjaganya. Di sebaliknya kita melihat hubungan 'inter-party' dalam BN itu lebih baik dan mereka tidak menampakkan perbezaan mereka dalam semua isu yang berbangkit di kalangan mereka.

Tetapi yang paling merbahaya di dalam BN khususnya UMNO, 'politicking' secara senyap-senyap di antara mereka dalam parti pemerintah itu. Permainan politik di antara mereka di dalam UMNO itu sudah menjadi budaya yang tidak dapat dihapuskan lagi dan jika ada usaha-usaha dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib itu, ia tidaklah menjadi isu yang memeranjatkan. Dalam keadaan sekarang, usaha untuk menjatuhkan Najib dengan menggunakan banyak isu peribadi Najib itu, adalah isu-isu yang 'expedient' untuk mereka memaksa Najib keluar dari pimpinan parti dan negara.

Ada di kalangan mereka di dalam UMNO sedang berusaha untuk memujuk seorang bekas Menteri Besar untuk mengeluarkan bukti penglibatan Najib dalam satu skandal di sebuah pusat peranginan banyak tahun dahulu. Permainan ini sudah menjadi lumrah dalam UMNO. Itu sebabnya jika pemimpin yang bercita-cita tinggi seperti hendak menjadi pemimpin utama negara penglibatan dengan artis wanita misalnya akan menjadi isu yang paling 'mangkuih' bagi musuh-musuh dalaman parti.

Tetapi apa yang tidak di sedari dan di fahami oleh UMNO ialah, mereka ini ditolak secara total oleh sebahagian besar rakyat dan mereka yang melakukan 'politicking' dalaman untuk menjatuhkan Najib itu pun tidak kurang masalah peribadi mereka. Pendeknya jika berjaya usaha sebahagian mereka dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib, mereka atau individu yang menanti untuk mengambil alih Najib itu pun merupakan seorang yang jauh lebih lemah dari Najib dan Abdullah Badawi dahulu.

Saya selalu berkata yang siapa sahaja di kalangan yang sedang berada di pesada politik dan kerajaan negara sekarang ini datangnya dari acuan yang sama yang terbentuk sejak Dr Mahathir memerintah kita dahulu. Ia meletakkan kita dalam keadaan 'yang dibuang itu tidak berguna dan yang mengambilalih pun lebih tidak berguna lagi'. Muhyiddin yang dikatakan akan mengambil alih itu pun akan menjadi tidak berguna oleh Dr Mahathir sebaik sahaja beliau (Muhyiddin) mengambil alih Najib nanti dan isu terhadap Muhyiddin juga merupakan isu yang 'real' yang hanya akan dikeluarkan setelah beliau menjadi Perdana Menteri nanti (jika dapat).

Jika umur Dr Mahathir masih panjang lagi isu peribadi terhadap Perdana Menteri itu akan hanya berhenti setelah Muhkriz menjadi setidak-tidaknya Timbalan Perdana Menteri. Maksud saya dalam urutan posting ini ialah UMNO ini berkecai kerana permainan Dr Mahathir yang mendapat sokongan dari mereka yang berkepentingan jika Najib jatuh dari pesada kepimpinan.

UMNO sesungguhnya tiada berkepimpinan lagi…tiada seorang pun di kalangan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti dan dalam jemaah menteri sekarang ini. UMNO telah mencampakkan semua pemimpin yang berkemampuan untuk menjaga keselamatan Dr Mahathir yang tidak mahu sesiapa yang lebih cerah berada di sisi beliau dalam kepimpinan parti dan negara semasa itu. Inilah dia hasilnya yang ahli-ahli UMNO yang menerima warisan Dr Mahathir itu.

Dalam keadaan yang sebegitu teruk pun UMNO masih bercita-cita untuk terus memerintah negara. Sudah 55 tahun berada di persada kuasa, maka UMNO belajarlah untuk menjadi pembangkang yang baik pula jika masih ada yang baik di dalam UMNO itu.

Cukuplah UMNO berada di tampuk kuasa. Biarlah rakyat mendapatkan 'ambience' siasah yang baru dan diharap Pakatan Rakyat akan dapat melakukannya. Rakyat tidak mahu diperkotak-katikkan lagi. Mereka (Rakyat) mahukan keadaan yang baru dan hidup tanpa tertekan dengan tekanan dan desakan UMNO selama ini.

Keadaan negara begitu kritikal dan perubahan sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk melakukannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

PENYAPU SIAL

Posted: 24 Jan 2013 01:08 PM PST

PENYAPU SIAL


Jika Tunku Abdul Rahman tidak memberikan kerakyatan kepada bukan-Melayu semasa Merdeka, keling kutty Mahathir Mohamad adalah pendatang haram tanpa izin sehingga hari ini....!!!

Posted: 24 Jan 2013 01:30 AM PST

Jika Tunku Abdul Rahman tidak memberikan kerakyatan kepada bukan-Melayu semasa Merdeka, keling kutty Mahathir Mohamad bukanlah seorang warganegara Malaysia hari ini..

Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai balasannya terhadap pmbongkaran pemberian IC sewaktu RCI Sabah berlansung, yang mendedahkan pentadbiran administrationnya terlibat di dalam memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing di Sabah.

Latarbelakang keindiaan Mahathir, dimana ayahnya ialah seorang imigran India Muslim.Mahathir bukan saja menghina Tunku dengan kenyataannya tetapi menghina seluruh rakyat India di negara India.

Kaum India di Malaysia ini memperolehi kewarganegaraan dengan mengorbankan darah, keringat dan airmata untuk tujuan pembangunan negara, bertentangan dengan apa yang berlaku di Sabah.

Mereka  dibawa oleh kerajaan British ke Malaya untuk membangunkan negara ini.Apabila anda bercakap mengenai perladangan, landasan keretapi dan pembinaan jalanraya, anda akan melihat pengorbanan orang-orang tua kamu berkorban untuk negara  merujuk kepada setatus keindiaan  mahathir .

kita  juga mengingatkan mahathir bahawa  undi bukan-Melayulah yang telah menyelamatkan beliau dari tercampak keluar dari kerusinya pada penghujung 80an dan 90an, apabila berlaku krisis beliau dengan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim.

Laporan polis terhadap keling kutty nak mampos  ini  wajar di buat di mana mana  balai polis seluruh negara  dan mendesak Mahathir untuk meminta maaf terhadap kenyataannya dalam tempoh seminggu.

Kita juga meminta Presiden Umno Najib Tun Razak untuk menjelaskan pendirian beliau terhadap hal ini.

Kenyataan Mahathir berupa hasutan kerana beliau mempersoalkan har kewarganegaraan bukan-Melayu dan juga mempersoalkan kelayakan (merits) kemerdekaan kita.

 

 

penyapu sial

 

 

Mana mungkin Che Det masih ingat bahawa asal usul dia tu India? Hangpa sedarkah waktu dia berucap? Cuba lihat lidah dia, bercabang tak?

Dari dulu lagi, aku sedar akan muslihat munafikun ni tapi nak buat macamana, Melayu UMNO semuanya  BODOH. Melayu tu BODOH sebab hanya suka dengar hal-hal yang sedap di dengar walaupun bohong.

Sekarang dah jelas temberangnya. Munafikun ni sanggup "jual negara" semata-mata untuk berkuasa. Tau apa maknanya? Munafikun ni dah jual "Melayu" sekaligus semasa dia memberi taraf kerakyatan pada PATI untuk memboleh PATI mengundi.

Satu lagi hal yang amat melucukan ialah Melayu yang tidak suka UMNO-BN dianggap sebagai PENGKHIANAT BANGSA, JUAL NEGARA, ..... dan berbagai tuduhan yang amat menggelikan hati. Sekarang dah jelaslah siapakah yang mengkhianati bangsa Melayu kalau bukan UMNO-BN?

Kalaulah UMNO-BN sayang akan Melayu, depa tak akan ajar Melayu rasuah? depa tak akan jual "Melayu"? ... banyak lagi nak sebut.

Apa-apa pun, kita orang Malaysia, terutama orang Melayu harus sedar bahwa dengan kehadiran PATI sebagai RAKYAT MALAYSIA yang SAH mungkin akan meng"hakis"kan HAK ISTIMEWA MELAYU kerana hak-hak itu dah dirampas oleh PATI seperti mana yang dilakukan oleh keling kutty  dan konco-konconya yang berani mengaku dan mengisytiharkan diri mereka Melayu semata-mata berkehendakkan HAK ISTIMEWA ITU.

Akhirnya, Melayu akan jadi bangsa PAK KADOK iaitu Menang Sorak Kampong Tergdai.
HARAMJADAH PUNYA keling kutty  nak mampos...!!!!.

Tangkap keling kutty Mahathir Dan Wajar Disiasat Di Bawah Akta beratnya seperti Ordinance Dadah Merbahaya selain dari Akta Hasutan ...Setan Tua Yang Di Kenali Ini Wajar Di Kenakan Hukuman Mati Kerana Jadi Penghianat Negara....!!!!

Posted: 24 Jan 2013 01:14 AM PST

Akta Hasutan  wajar  dikenakan ke atas keling kutty  Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.

Ini berikutan  syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta ‘pendatang asing’ di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah

Mahathir boleh disiasat di bawah Akta Hasutan sebab ini mempertikai kedudukan bangsa lain dan boleh menimbulkan rasa tak selesa pelbagai kaum .

Mengenai  kenyataan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman khan   bekas warga  pakistan yang di beri secara kerakyatan  secara haram di zaman  mahathir  memerintah  berkata  bahawa media cuba mensensasikan prosiding RCI berhubung pemberian kewarganegeraan di Sabah.

Apakah Musa merasa kedudukan Umno dalam bahaya maka dia mengatakan isu itu telah disensasikan? Tujuan suruhanjaya diraja itu sendiri adalah untuk menyiasat sesuatu isu penting. Prosidingnya sama seperti prosiding mahkamah, boleh dilaporkan dalam media tanpa sekatan..

Apa guna sebuah RCI, yang dibiayai oleh wang rakyat, jika prosidingnya disembunyikan?..Malah Musa boleh diheret ke depan RCI atas tuduhan menghina suruhanjaya itu, sekiranya tidak berhenti membuat sebarang kenyataan.

Terdahulu, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri.

Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu..

Kenyataan keling  kutty Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing,  telah menerima kecaman pelbagai pihak.

Kita menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, , kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain

Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku.

Prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.

Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir..

Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan..

Ini berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja..

Berkenaan  isu  kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka  adakah ia mengikut perlembagaan, soal lama atau baru tak timbu ,  ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia..

Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku..

Malah  keling  kutty  setan yang  yang kenali ini   wajar  di hukum  di bawah akta  yang lebih berat lagi  setaraf  akta ordinance  dadah merbahaya  yang membawa hukuman mati kerana didapati menjadi penghianat  kepada bangsa dan negara...

 

Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu(melaksanakannya) tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.

"Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap tindakannya memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri.

Katanya 200,000 pendatang asing itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat.

"Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.

"Hal ini berlaku disebabkan orang Melayu pemurah dan bersedia untuk mengurangkan kuasa mereka, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah kerana mereka memang berhak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Konvensyen sehari anjuran PERKASA Pulau Pinang itu bertujuan membangkitkan motivasi dan kesedaran di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, khusus mengenai ekonomi dan pendidikan.

Antara objektif utama konvensyen sehari ini ialah menjadi salah satu platform utama percambahan minda membincangkan isu serta peluang ekonomi dan pelajaran orang Melayu Pulau Pinang dan menghasilkan resolusi dan pelan tindakan strategik hala tuju transformasi ekonomi dan pelajaran secara dinamik dan holistik yang sentiasa relevan dan kemaskini ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi serta pelajaran orang Melayu.

Tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen itu.

Yang turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Yang Dipertua Perkasa Negeri Pulau Pinang Yusof Suhaimi Mohd Yatim.

 

Bernama

 

 

 

penyapu sial

 

org tua yg dah nak mampos, pun ada org dengar lagi cakap dia.
kita buat je HKR 1JUTA kat depan rumah dia.

almarhum ustaz fadzil noor pernah berdoa supaya Allah panjangkan umur keling kutty ini agar terserlah kejahatan dan kezalimannya, agar semua orang nampak

HARAMJADAH punya keling kutty. Tangkap dia dan masukkan ke dalam penjara kerana mengkhianati negara yang amat di"cintai"nya.

Kalaulah dia dok pertikai hak orang Cina/India/lain-lain sebelum merdeka, lupakah dia bahawa keturunan dia bukan berasal dari Tanah Melayu juga. Kadang-kadang orang yang pandai ni pun bodoh juga.

DASAR PENGKHIANAT NEGARA.

Dah mengaku pun tak ada satu badan penguatkuasaan pun yg berani nak siasat, hebat tul org tua ni...

Kalaulah org yg mengaku ini Anwar...fuhhh..tak cukup tanah dikejarnya..

Mahathir Kutty ni pembohong besar dan cuba bangkitkan kes Tunku sebelum tahun merdeka untuk melindung kesalahan dia.Pembohongannya mengatakan dia beri IC Biru kepada PATI diSabah ikut Perlembagaan adalah satu pembohongan.

Sila lihat laporan The Star pada 19hb Jan 2013 muka surat 24 betapa senangnya PATI diberi IC Biru diSabah semasa dia jadi PM dulu.Dewasa PATI melebihi rakyat Sabah sendiri atas tindakan Mahathir Kutty.

Wajar dia diheret kemahkamnah atas tuduhan "pengkhianat bangsa dan negara".Sudah hampir 30 tahun baru kes ini terbongkar.

Apa yang dilakukan oleh Najib dan Hishammudin hari ini,sepatutnya tidak wajar menunggu masa yang lama untuk dibongkar.Apa yang dilakukan oleh Mahathir Kutty diSabah dulu diikuti oleh Najib dan Hishammudin hari ini - matlamatnya sama,untuk mengekalkan kuasa UMNO/BN - SPR dan Jabatan Pendaftaran jadi agentnya.

dasar melayu UMNO pukimak tak ada konek...tuduh mat sabu ejen komunis....rupa rupa jadi barua komunis bila undang pemimpin komunis china melawat kuantan.....!!!!

Posted: 23 Jan 2013 09:52 PM PST

 

UMNO restu jadi ejen komunis....untuk tipu orang cina di malaysia...!!!!

Pemimpin tertinggi China Jia Qinglin akan merasmikan taman industri di Kuantan bulan depan, dilihat sebagai usaha Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kembali undi masyarakat Cina dan menunjukkan keyakinan pelabur walaupun ianya berdekatan dengan tapak projek pemprosesan nadir bumi Lynas.

Di fahamkan China juga sedang mempertimbangkan perjanjian khas dan insentif bagi Malaysia, selain dari kerjasama erat pada masa lalu untuk membina jambatan kedua Pulau Pinang dan menghantar dua beruang panda di sini selama setahun.

Kununnya , pentadbiran Najib mahu menunjukkan mereka mempunyai keyakinan pemerintah China dalam melaksanakan projek usahasama seperti taman industri seluas 607 hektar di Kuantan, yang dijangkakan akan menarik pelaburan sebanyak RM7 bilion dan mencipta 5,500 peluang pekerjaan sebelum siap pada 2020.

Jia, pemimpin keempat dalam biro politik, akan merasmikan Taman Industri Malaysia – China (MCKIP) pada 5 Febuari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

The Straits Times, Singapura, memetik penganalisis yang mengatakan usahasama terkini antara Malaysia dan China membantu meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, dan boleh membantu pentadbiran Najib mendapat sokongan yang lebih baik daripada masyarakat Cina di sini, pada pilihan raya umum ke 13.

“Walaupun ahli perniagaan Malaysia dan China telah berurusan rapat antara satu sama lain selama beberapa dekad, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua kerajaan kelihatan mengukuhkan perdagangan mereka dan termasuk hubungan rasmi,” kata penganalisis politik Oh Ei Sun dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam kepada akhbar tersebut.

 

 

 

penyapu sial

 

 

melayu UMNO pukimak tak sedar diri dan sengaja buat2 lupa ...sendiri jadi ejen komunis tak mengaku...tuduh mat sabu ejen komunis....

kalau undang pemimpin komunis datang ke negara walau pun apa pun alasannya ini tak namanya ejen komunis....haramjadah punya UMNO....!!!!

Addin

Posted: 24 Jan 2013 11:43 AM PST

Addin


Kejam!! Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki Bergari Hingga Mati

Posted: 24 Jan 2013 08:36 AM PST

Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.

"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumar.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari.

" Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.

Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. ~the malaysian insider







Iklan C (ii)





Ahmad Shabery Chik Belasah Tengku Mahkota Johor

Posted: 24 Jan 2013 07:22 AM PST

Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.

"Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini. Lihat gambar-gambar [SINI]"Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium.

Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan," katanya.



Iklan C (ii)





Cara Tuan Guru Nik Aziz Tarbiyah The Red Warriors.. Saksikanlah!!

Posted: 24 Jan 2013 12:50 AM PST

KOTA BHARU – Bekas tonggak The Red Warriors (TRW) musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha antara yang berada dalam senarai 37 peserta termasuk pemain dan pegawai pasukan yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Kerajaan Negeri Kelantan, untuk menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pakej menunaikan umrah ini dihadiahkan kerajaan negeri atas kejayaan TRW meraih kejuaraan treble dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu.

"Selain Matyo (Norshahrul Idlan Talaha), turut ditawarkan ialah Mohd Nurul Azwan Roya atau Awe di mana kedua-dua pemain ini menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim pada musim ini," katanya kepada selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

"Kita harap mereka berdua dapat bersama rakan-rakan mereka untuk menunaikan umrah kerana ini merupakan anugerah istimewa daripada pihak kerajaan negeri, setelah Kelantan mencipta sejarah dengan memenangi tiga piala dipertandingkan pada musim lalu.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan, setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada 2009.

Malah pada 2010, kerajaan negeri turut memberikan ganjaran wang tunai RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan TRW, setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut.

Abdul Fattah berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada semua pemain dan pegawai pasukan Kelantan, bagi mendapatkan pengesahan daripada mereka untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, Abdul Fattah menjelaskan kerajaan negeri dijangka membelanjakan lebih RM200,000, bagi membiayai pakej menunaikan umrah itu yang ditetapkan pada 7 hingga 14 Julai nanti.

"Kita memutuskan hanya memberi ganjaran berbentuk pakej umrah sahaja dan jika pemain atau pegawai yang beragama Islam tidak berhasrat untuk menunaikan umrah, mereka tidak akan mendapat apa-apa ganjaran atau ganti rugi dalam bentuk wang tunai daripada kerajaan negeri.

"Bagi pemain dan pegawai pasukan bukan beragama Islam yang tidak menyertai rombongan ini, mereka akan mendapat ganjaran wang tunai setara dengan nilai pakej umrah tersebut," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)





Najib Muka Tembok.. Ini Buktinya

Posted: 23 Jan 2013 08:39 PM PST

SHAH ALAM, 24 JAN: Keikhlasan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza semalam dipersoalkan kerana sebelum ini Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf parti Hamas sebagai kerajaan yang dipilih rakyat Gaza.

Ini sekaligus menunjukkan dasar luar kerajaan BN tidak konsisten serta tidak menghormati prinsip hak berdemokratik, kebebasan dan keadilan rakyat negara bergolak itu.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, dasar luar yang ditunjukkan Pakatan Rakyat (PR) lebih konsisten, berteraskan demokratik dan mengangkat agenda penting seperti kebebasan dan hak asasi manusia.

"Kerajaan BN lebih suka tunduk kepada kepentingan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tanpa melihat isu sebenar," kata beliau kepada TV Selangor.

Yusmadi turut menggesa agar kerajaan mencontohi Turki yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.

"Dasar luar negara dalam isu ini tidak membanggakan," ujar Yusmadi.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam kenyataannya turut mengkritik lawatan Najib ke Gaza yang menurutnya lawatan itu hanya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin. ~selangorku




Iklan C (ii)





Pemimpin Dan Pencacai Umno Pasti Sasau Baca Kajian Ni..

Posted: 23 Jan 2013 06:47 PM PST

KUALA LUMPUR - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

"Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini.

Beliau turut menegaskan pengundi memiliki pandangan yang berbeza terhadap BN dan PR, namun menekankan perkara pokok yang dilihat penting adalah daripada sudut pentadbiran.

"Bagi Pakatan, isunya adalah perbalahan. Manakala bagi BN pula isunya adalah integriti.

"Pengundi sebenarnya melihat daripada sudut pentadbiran," tambah beliau lagi.

Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,409 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti.

Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN.

<Update>Berbeza dengan BN, percanggahan pendapat dikalangan parti dalam PR dilihat pengundi sebagai akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti.

"Bagi Pakatan, perkara yang menjadi fokus utama akan menjejaskan sokongan adalah percanggahan pendapat, khususnya melibatkan isu seperti Hudud, kalimah 'Allah' baru-baru ini dan lain-lain," tambah Mohammad Redzuan.

Daripada kajian UMCEDEL, sebanyak 59 peratus berkata bersetuju percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR (DAP, PAS dan PKR) akan menjejaskan sokongan, 20 peratus tidak setuju dan 21 peratus lagi tidak pasti.

Walaubagaimanapun, langkah kerajaan baru-baru ini dengan pelbagai program yang diumumkan dalam Bajet 2013 disambut positif responden yang ditemui oleh UMCEDEL dengan sebanyak 55 peratus bersetuju ia memberikan manfaat kepada rakyat, 22 peratus tidak dan 23 peratus tidak pasti.

Selain itu, kerajaan BN turut berdepan lebih banyak lagi tanggungjawab berat jika mahu memastikan kemenangan besar pada pilihan raya kali ini memandangkan kajian badan bebas tersebut mendapati majoriti pengundi memberikan maklum balas positif terhadap janji PR untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan menurunkan harga kereta.

Majoriti 50 peratus responden yang ditemui menyokong cadangan tersebut serta menyatakan ia mampu meningkatkan sokongan kepada PR.

Pertembungan antara BN dan PR dalam pilihan raya kali ini merupakan yang tersengit dalam sejarah negara, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah berulang-kali tentang hasratnya mahu mendapatkan mandat besar berbandingan tahun 2008 bagi mendapat sebuah kerajaan yang kuat dan melancarkan perjalanan pentadbiran.

Walaupun pilihan raya dijangka akan diadakan selewat-lewatnya April ini, Najib masih lagi tidak memberikan isyarat jelas untuk membubarkan Parlimen mahupun mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan diletaknya pada pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

Dalam pilihan raya 2008 lalu, BN memperolehi 4.08 juta undi berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - dan pembangkang berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang dapat membantu mereka menambahkan baki kepada parti komponen PR yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)





Dr. Maszlee Malik Bidas Sistem Pendidikan Negara, Lahirkan Pak Pandir

Posted: 23 Jan 2013 06:13 PM PST

Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).

"Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.

"Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan.

"Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk 'pembonsaian' (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu 'listen'.

"Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk 'pemerkosaan' hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi. Mereka akhirnya membebankan negara," jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena 'listen' dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.

Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal.

Dr Maszlee berkata, universiti 'mandul' melahirkan manusia beraspirasi seperti Syed Hussin al Attas yang mampu memimpin, membimbing dan perjuangkan nasib rakyat.

"Awal 80-an, Syed Muhammad Naquib al-Attas menegur universiti hanya menjadi kilang yang menghasilkan graduan mengikut kehendak pasaran tanpa mengendah kualiti dan kesan terhadap ilmu dan pembangunan masyarakat.

"Hasilnya, masyarakat terus miskin, papa kedana. Yang kaya pula bertambah kaya kerana mendapat projek melalui ketirisan, korupsi dan sebagainya.

"Graduan pula membisu dan terpendam dalam sektor pekerjaan sahaja," ujarnya.

Maszlee menjelaskan, keadaan universiti yang hilang rohnya sebagai medan ilmu dan graduan dan intelektual tidak lagi berperanan dalam proses pembangunan negara seperti yang ditegaskan oleh pemikir Iran, Ali Syariati bahawa universiti sepatutnya melahirkan rausyanfikir iaitu golongan intelektual yang membawa pencerahan kepada masyarakat.

"Pemikir kelahiran Palestin, Edward Said berkata, universiti sepatutnya membentuk intelektual yang gigih mendidik masyarakat dan negara lantas memperjuangkan nasib rakyat dan berani berdiri di hadapan diktator dan penguasa zalim.

"Guru dan sahabat saya, Prof Tariq Ramadhan menegaskan sistem pendidikan terbaik bukan hanya menghasilkan graduan, tetapi menghasilkan individu berani yang perjuangkan hak mereka dalam sistem yang zalim," katanya. ~keadilandaily


Iklan C (ii)





Gempar!! Bilik Gerakan BN Di Tutup Kerana Bengang Dengan MB

Posted: 23 Jan 2013 05:00 PM PST

PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul GhaniOthman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belumdilunaskan."Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji."Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti."Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya.

Sementara itu, itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosokkawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti."Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

"Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya.Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.

Menurunya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol."Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

"Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)





Telok Bakong Online

Posted: 24 Jan 2013 11:37 AM PST

Telok Bakong Online


Pegawai HEP Pukul Pelajar Perak di Mesir

Posted: 23 Jan 2013 04:23 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Pada 19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.

Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci. Setelah gagal mendapat respon yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.

Setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut. Dengan tindakan tersebut, dua orang pelajar yang juga merupakan AJKT KPIPM terus berjumpa dan cuba berbincang dengan memohon penjelasan daripada beliau di pejabatnya.

Setelah perbincangan dilakukan, Pegawai HEP tidak dapat memberikan alasan yang munasabah bagi menyokong tindakan yang beliau lakukan. Namun, perkara amat dikesali adalah apabila ketika perbincangan tersebut, beliau gagal menunjuk akhlak dan syakhsiah sebagai seorang pegawai yang professional.

Setelah itu, kedua-dua pelajar tersebut mengambil keputusan untuk beredar dari pejabat HEP tersebut. Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.

Dengan tidak semena-mena beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut tanpa menyatakan sebarang sebab. Setelah itu, pelajar tersebut terus beredar daripada Wisma Darul Ridzuan B.

Rentetan daripada itu, saya selaku Yang Dipertua KPIPM mengambil tindakan dengan berjumpa sendiri pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat sebenar. Di dalam perjumpaan tersebut beliau sendiri menyatakan bahawa beliau memang memukul pelajar tersebut. Namun yang mendukacitakan adalah tiada sebarang permohonan maaf di atas kelakuan beliau.

Seluruh tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu, tidak sedikit pun menunjukkan beliau mempunyai kredibiliti serta moral sebagai seorang pegawai yang diamanahkan oleh pihak kerajaan. Ini juga tidak sehaluan dengan laungan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Laungan ini juga seperti dibakul sampahkan sekiranya laungan itu hanya retorik semata-mata.

Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa.

Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa.

Mari sama-sama kita teguhkan ukhuwah, satukan fikrah demi mencapai cita-cita dalam mendalami ilmu dan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013
sumber SINI

Anak Sungai Derhaka

Posted: 24 Jan 2013 09:53 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Polis nafi pukul Sugumaran, dakwa kematiannya kerana serangan jantung..

Posted: 24 Jan 2013 08:40 AM PST


Polis menafikan dakwaan bahawa anggota mereka telah memukul hingga menyebabkan kematian seorang Pengawal Keselamatan yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.

Penafian tersebut adalah berdasarkan daripada bedah siasat dijalankan yang dikawal kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 sepertimana yang dinyatakan oleh seorang peguam PKR Latheefa Koya.

Menurut Ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab Pengawal Keselamatan tersebut telah mati kerana serangan jantung….

Police deny beating man, say he died of heart attack

KAJANG, Jan 24 — The police have denied beating a security guard yesterday to death, pointing out that a post-mortem today revealed that he had died of a heart attack.

Three eyewitnesses alleged earlier today that four policemen had handcuffed and then assaulted 39-year-old C. Sugumaran together with a mob of more than 20 yesterday evening near the latter's house at Batu 12, Hulu Langat.

"At about 6.30pm yesterday, the police station at Batu 14 Hulu Langat received a call from a Malay man saying that an Indian man was going amok and destroying public property," Kajang OCPD ACP Abdul Rashid Abdul Wahab told a press conference at the Kajang district police headquarters here tonight.

He added that three policemen in a patrol car and a motorbike tailed Sugumaran, who was on foot, for about two kilometres from Dusun Sri Nanding to Taman Lagenda Suria in Hulu Langat as the latter waved an iron rod, destroying flower vases near houses and electrical wires, until he fell down in the middle of the road.

"The police, assisted by members of the public, held and handcuffed the man as he was still acting aggressively and trying to struggle during arrest," said Abdul Rashid, stressing that the crowd did not assault Sugumaran.

He added that a police officer then went to get a Land Rover to bring Sugumaran, described as a big-sized man, to the police station.

"But upon return, the Indian man was unconscious. The police then contacted the hospital and a medical officer came and pronounced him dead," said Abdul Rashid.

The policeman stressed that a post-mortem done by pathologist Dr Mohd Azaini Ibrahim from Serdang Hospital today from 3.30pm to 8.30pm revealed that Sugumaran had died of a heart attack.

"No other injuries could have caused his death," said Abdul Rashid.

He also said that the policemen did not throw turmeric powder in Sugumaran's face as alleged by eyewitnesses earlier today.

Eyewitnesses had told reporters earlier today that the security guard was chased down yesterday by four policemen who subsequently handcuffed and beat him to death together with a mob of more than 20 people in Hulu Langat yesterday.

They said that after the policemen caught and handcuffed him, more than 20 other men from a nearby restaurant joined the policemen and proceeded to assault him.

"The police stepped on Sugumaran's neck," R. Moohanarajan told The Malaysian Insider at the Serdang Hospital here today.

"Twenty to thirty people wearing plain clothes beat him up. He was lying facedown with his hands handcuffed behind," added Moohanarajan, who was Sugumaran's neighbour.

Sementara itu The Star On Line melaporkan..

Security guard dies after going amok at cemetery 

PETALING JAYA: A 24-year-old security guard died after he allegedly went amok with a metal rod near Taman Perkasa cemetery in Hulu Langat.

It is learnt that C. Sugumar acted wildly while waving a metal rod at bystanders at about 6.30pm on Wednesday.

Several police personnel rushed to the scene, tackled Sugumar and proceeded to handcuff him with the help of members of the public.

Sugumar died when he was about to be transported to a patrol car.

This led to allegations that the police as well as some members of the public had beaten up Sugumar while he was handcuffed.

However, Kajang OCPD Asst Comm Abdul Rashid Abdul Wahab said:

"The police tackled him but we never beat him up or even condone the public to do so."

Post-mortem results showed that he had succumbed to a heart illness.

ACP Abdul Rashid said Sugumaran had suffered from a coronary heart disease.

"The post-mortem showed that he did not suffer any other injuries aside from some scratches on his hands and knees when he fell down," he said.

He said the man had walked for about 2km from Dusun Nanding to Taman Legenda Suria where he fell.

Police would request for an inquest once investigations were completed, he said.


Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Saksi dakwa lihat polis, samseng belasah lelaki bergari hingga mati

Posted: 24 Jan 2013 07:33 AM PST


Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.


Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.

"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.


Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadan. Celaka! Dah mati tapi masih gari."

Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.

Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kajang DSP Marzuki Mohd Mokhdar memberitahu akan memaklumkan kepada wartawan selepas bedah siasat selesai yang dijangkakan malam ini.

"Kami tidak akan sembunyikan apa-apa," kata beliau. ~ The Malaysian Insider


Penafian pihak Polis tentang insiden ini sila baca di ( SINI )

Anwar tidak akan pertahan kerusi Permatang Pauh?

Posted: 24 Jan 2013 05:28 AM PST

Sebelum itu.. sumber dari pihak UMNO menyatakan calon mereka bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dari DS Anwar Ibrahim dan PKR di Permatang Pauh telah ditetapkan.

Calon tersebut merupakan seorang proffesional yang menjawat jawatan sebagai GM di Telekom Malaysia, berasal dari Mengkuang, Permatang Pauh.

Lebih menarik lagi ialah beliau merupakan bekas ahli PAS yang punya jawatan tinggi dalam Parti PAS sebelum meninggalkan parti tersebut.

Najib secara peribadi telah menemui beliau beberapa bulan yang lalu bagi memujuknya supaya bertanding atas tiket Barisan Nasional di Parlimen Permatang Pauh.

Dr. Mazlan Ismail merupakan calon boleh menang bagi Najib kerana beliau merupakan bekas ahli PAS.

Dan Najib yakin Dr. Mazlan Ismail mampu menyebabkan undi dari PAS kepada DS Anwar Ibrahim akan berkurangan kerana ramai penyokong PAS mengenali siapa Dr. Mazlan Ismail..

Berbalik kepada tajuk di atas Sinar Harian Online melaporkan Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu..

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu.

"Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Membayangkan hasrat itu, Anwar ketika ditanya sama ada beliau bakal bertanding di kerusi Lembah Pantai yang kini milik anaknya Nurul Izzah, Anwar dengan nada seloroh berkata, nanti Nurul Izzah marah.

"Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya dimaklumkan," katanya ketika ditanya hasrat Nurul Izzah yang memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu ~ Sinar

Ini semua keputusan Pilihanraya bila calon dari UMNO dipertandingkan untuk menentang PKR di Permatang Pauh..

Pada 1999, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan suaminya mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari Umno, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743, majoriti 9,077.

Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 berbanding lawannya 21,147.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388. Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950.

Pada 2008, Wan Azizah bertindak melepaskan kerusi Permatang Pauh pada 2008 bagit memberi laluan kepada, Anwar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (Akim).

Dan Anwar memperolehi 31,195 undi, Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi dan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi, Majoriti: 15,671 undi.

Majoritinya meningkat dari 13,398 yang diperolehi DS Wan Azizah kepada 15,671 undi diperolehi DS Anwar Ibrahim.

Dengan majoriti sebanyak itu Wan Azizah mendapat 30,338 undi manakala Anwar Ibrahim pula 31,195 undi meningkat hanya 857 undi..

Ada peningkatan dalam jumlah undi yang diterima hanya kerana nama Anwar diletakkan..

Bayangkan jika Anwar tidak mempertahankan Permatang Pauh, UMNO pula meletakkan bekas ahli PAS yang proffesional dan punya jawatan semasa dalam PAS bertanding di Permatang Pauh.. apa akan jadi agaknya?

Percayalah.. sebagaimana Anwar diberikan undi oleh ahli-ahli UMNO yang mengenalinya semasa beliau bersama UMNO dulu dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu meskipun beliau kini menentang UMNO/BN..

Itulah juga yang akan berlaku bila bekas ahli PAS yang punya jawatan dalam PAS diletakkan di Permatang Pauh..

Sedikit sebanyak undi dari penyokong PAS sudah tentu akan diberi kepada Dr. Mazlan Ismai yang bakal diletakkan bagi menentang PKR/Pakatan Rakyat..

Dan ada juga sumber mengatakan dana untuk membeli Jentera-jentera Pilihanraya PKR di beberapa kawasan Parlimen sedang dikumpulkan oleh Najib... pihak yang berkenaan sila ambil perhatian..

Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah...

Gara-gara 'Janji Tak di tepati', 9 bilik gerakan UMNO ditutup

Posted: 23 Jan 2013 06:18 PM PST


Semuanya gara-gara janji 10 tahun lepas yang hingga kini masih tak ditepati oleh pemimpin Menteri Besar Johor sendiri..


Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

"Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

"Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

"Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

"Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

"Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

"Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

"Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya ~ Sinar

Hmm.. kalau ahli UMNO sendiripun ditipu oleh pemimpin UMNO.. rakyat jelata yang bukan ahli UMNO lagi mudah untuk ditipu..

Yalah.. Ahli UMNO menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin..

Biarpun mereka punya kuasa untuk menentukan siapa yang bakal jadi pemimpin yang bakal dipilih pula oleh rakyat biasa sebagai Wakil Rakyat namun bukanlah satu masaalah untuk menipu mereka oleh pemimpin UMNO..

Kalau ahli yang melantik pemimpin UMNO itu sebagai pemimpinpun boleh ditipu mereka.. rakyat biasa ni apalah sangat...

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 24 Jan 2013 09:20 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


APA UMNO NAK BUAT LAGI?

Posted: 23 Jan 2013 10:14 PM PST

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Mohd Redzuan Othman berkata tinjauan yang dijalankan menunjukkan capaian Internet membolehkan penyebaran maklumat lebih baik terutama mengenai masalah bekalan air di Lembah Klang.

Katanya, kajian secara bersemuka dengan 1.409 responden itu dijalankan di antara 26 Disember hingga 11 Januari ketika masalah bekalan air itu memuncak di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kawasan berkenaan tidak mendapat bekalan air selama lebih seminggu, sehinggalah ia di pulih sepenuhnya awal minggu ini.

Krisis air berkenaan tidak banyak memberi kesan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat di Sealngor, katanya.

"Pada awalnya, mungkin ada orang yang salah mendapat maklumat bahawa krisis air Selangor itu disebabkan loji Langat 2 seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar aliran utama.

"Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Selangor, dengan menggunakan media Internet, berjaya menunjukkan bahawa masalah sebenar melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ini menyebabkan pengguna di Selangor yang mempunyai akses media Internet mengetahui masalah sebenar," katanya.

Mohd Redzuan ketika bercakap kepada pemberita menjelaskan, tinjauan itu dijalankan di semenanjung Malaysia dengan mengambil kira spektrum pengundi yang luas dari tiga kelompok kaum utama.

Beliau juga mendapati, kawasan luar bandar yang tidak mendapat akses Internet lebih cenderung menyokong BN.

Al Ikram

Posted: 24 Jan 2013 09:07 AM PST

Al Ikram


MAULID: ANTARA SEJARAH DAN AMALAN

Posted: 23 Jan 2013 08:35 PM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 24 Jan 2013 09:06 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Kaahhh, kah kah ... Kiihhh, kih kih ...? (03)

Posted: 24 Jan 2013 06:32 AM PST

Wow, Aku kaya ... Aku TerLalu Kaya ... Wow ...?

Posted: 23 Jan 2013 04:58 PM PST

Wow, Aku kaya ... Aku TerLalu Kaya ... Wow ...?
Kiihhh, kih kih ...?

Roslan SMS Corner

Posted: 24 Jan 2013 07:58 AM PST

Roslan SMS Corner


Dijauhkan anak Raja seumpama ini (24/1/13)

Posted: 23 Jan 2013 08:59 PM PST


Dua hari lepas posting saya "Anak Raja pembunuh" telah mendapat ribuan pengunjung, mungkin ada yang nakal yang menyangka ianya berkenaan anak Raja tempatan, maaf saya tiada isu dalam hal itu. Sasarannya adalah anak Raja istana Winsdor iaitu suku sakat kerabat Ratu Elizabeth II.
Hari ini dalam akhbar The Sun terdapat satu berita di bawah tajuk: "Harry under fire"

Ternyata bukan hanya kita malah ramai pihak di luar sana terusik dengan kenyataan anak Raja ini berkenaan perkhidmatannya di Afghanistan sebagai juruterbang pesawat helikopter penggempur Tentera di Raja British.

Sebuah NGO di London "Stop the War Coalition" menganggap kenyataan Harry itu sebagai bongkak dan tidak sensitif.
Malah mengulas kenyataan Harry yang mengatakan beliau telah membunuh pejuang Taliban dalam tempoh perkhidmatannya di Afghanistan, pemimpin NGO itu mendakwa bagaimana Harry dapat pastikan yang sasaran yang beliau bunuh itu sebenarnya pengganas Taliban atau mungkin orang awam!

Dalam laporan yang sama, jurucakap Taliban pula mendakwa Harry sebagai "bacul" kerana hanya berani berkata demikian setelah beliau meninggalkan bumi Afghanistan. Menurut Zabihullah Mujahid lagi apabila Harry mendakwa perkhidmatannya sebagai juruterbang penggempur Apache laksana suatu permainan, jelas menunjukkan anak Raja itu dangkal ilmu dan tidak tahu keadaan sebenar di Afghanistan.
Sesungguhnya keadaan di Afghanistan memerlukan formula penyelesaian yang sewajarnya diputus dan ditentukan oleh rakyat dan penduduk Afghanistan sendiri, bukannya mana-mana kuasa luar sebagaimana juga di Palestin.

Janganlah ada anak Raja tempatan yang punya sikap dan perangai umpama Harry ini.

KRAI Utara

Posted: 24 Jan 2013 07:33 AM PST

KRAI Utara


UMNO Bahagian Pasir Gudang tutup kedai, gulung tikarlah jawabnya

Posted: 23 Jan 2013 08:15 PM PST

Ketua UMNO Bahagian arah tutup bilik gerakan UMNO sebab marah pada MB

Sinar harian
PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir. Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan. Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab. “Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji. “Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti. “Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut. “Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya. Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol. Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja. “Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya. -

Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang - Awie

Posted: 23 Jan 2013 08:12 PM PST

Awi kata apa salah buka kelab?

myMetro  Oleh Norhadiani BaharomKuala Lumpur: “Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. ‘Stop all this questions’,” kata rocker terkenal Awie sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak.Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh.Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet.Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.“Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?” katanya.Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan.

UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun

Posted: 23 Jan 2013 10:16 AM PST

Harakahdaily 

Nazri Abdullah dan Faizal Mohamad,23 Jan 2013(Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL) KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional. Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012) Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman (gambar) berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka."Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun."Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini.

Pahang Daily Online

Posted: 24 Jan 2013 07:28 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: Imej Anis Abot Sebagai Tokoh Maulidur Rasul Tercemar, Gara-Gara Belia 1Malaysia Sarawak Anjur Pertandingan Karaoke Bagi Meriahkan Sambutan Itu

Posted: 24 Jan 2013 07:09 AM PST

Apa sudah jadi dengan Islam Wasatiyyah?. Generasi muda Islam terus jadi carca merba dan haru biru dibuatnya apabila Islam sebenar diselindungkan dengan penjenamaan semula Islam yang kononnya lebih "liberal". Baru pagi tadi Bekas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan bekas Mufti Sarawak, Datuk Seri Anis Abot (foto) dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2013, namun di negerinya sendiri iaitu Sarawak satu pertandingan karaoke telah diadakan. Pertandingan karaoke anjuran Belia 1Malaysia, Kg.Beladin, Betong itu yang bermula dari 23 hingga 25 Januari 2013 itu jelas sekali menjatuhkan maruah bekas Mufti Sarawak terbabit sebenarnya. Apa tidaknya, beliau yang dikhabarkan telah berjaya mengembangkan syiar Islam di negeri Bumi Kenyalang itu, tetapi tiba-tiba pada hari yang sama Islam dicemari dengan adengan yang cukup memalukan. Program yang diadakan di Halaman Mybazaria PNK Beladin Saribas itu terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Empat kategori disediakan ialah lagu sensasi kanak-kanak 13 tahun ke bawah, lagu P.Ramlee, lagu 80'an dan lagu sensasi, sementara yuran ditetapkan RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Persoalannya, kenapa terlalu teruk penghayatan agama belia 1Malaysia di sini?. Hinggakan sambutan Maulidur Rasul diserikan dengan acara hiburan mungkar seperti itu?. Bukti program terbabit yang berupa poster berkenaan telah diperolehi email  oleh blogger Milo Suam sebelum didedahkan  dalam blognya. Apa yang berlaku ini bukanlah dirancang, namun ia mungkin satu peringatan sebenarnya buat kerajaan. Mereka mengagung-agungkan sambutan Maulidur Rasul dengan acara perarakan dan anugerah kepada tokoh-tokoh berkenaan, tapi hakikatnya Islam di Malaysia ini sebenarnya sudah jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar yang disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis. Maka itulah adengan memalukan ini terjadi di depan mata kita. Maknanya, tokoh yang dikatakan tokoh itu ternyata masih gagal mendidik umat Islam Sarawak untuk menghayati ajaran Islam isu sendiri. Lantaran itulah sambutan memperingati Rasulullah itu tergamak diserikan dengan acara karaoke. Bukankah ini satu penghinaan terhadap kesucian agama Islam itu sendiri. Apakah penghayatan sebegini yang dibanggakan sangat oleh pemimpin BN dan kerajaan Islam Wasatiyyah itu gamaknya?. 


Rompin: Semua Mangsa Banjir Di Benar Pulang, Sultan Minta Mereka Di Beri Layanan Istimewa!

Posted: 23 Jan 2013 09:05 PM PST

ROMPIN, 24 Jan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah, meminta semua pihak perlu memberi layanan istimewa kepada mangsa banjir yang sedang menghadapi kesukaran hidup akibat musibah itu. Titah baginda, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memberikan layanan istimewa kepada mangsa banjir bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mangsa terbabit. "Alhamdulillah, dari satu tahun ke satu tahun, layanan mereka (mangsa banjir) terima bertambah baik, saya mengambil kesempatan ini nak nyatakan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa banjir," titah baginda ketika berkenan melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Leban Chondong. Titah baginda, berdasarkan maklum balas yang diterimanya, mangsa banjir di pusat penempatan banjir itu sangat berpuas hati dengan layanan pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan. Baginda juga mahu seluruh rakyat sentiasa berdoa agar negara ini sentiasa dijauhi daripada bencana besar. Baginda bertitah, semua masjid di Pahang juga diminta melakukan solat hajat pada hari Jumaat pertama setiap bulan, bagi memohon supaya negara ini dilindungi Allah. Dalam lawatan itu, baginda turut beramah mesra bertanya khabar kepada mangsa banjir di pusat penempatan itu.  Turut hadir Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. Seramai 229 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Orang Ramai Leban Chondong melibatkan 51 keluarga dari Kampung Rantau Panjang dan Kampung Gading. Sementara itu, menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sebuah pusat banjir di Rompin iaitu di SK Pianggu yang menempatkan 103 orang daripada 27 keluarga dari Kampung Pianggu, Kasing dan Desa Wawasan Pianggu, mula ditutup 6 petang semalam. Semua mangsa banjir melibatkan 319 orang daripada 90 keluarga di dua pusat pemindahan banjir di daerah Rompin dibenarkan pulang.  "Sehingga jam 7 petang ini, hanya dua lagi pusat banjir masih dibuka, selain Dewan Orang Ramai Leban Chondong, satu lagi pusat ialah di Dewan Orang Ramai Teluk Gading yang menampatkan 211 orang dari Kampung Kurnia dan Kampung Sarang Tiung," katanya kepada Bernama di sini. Tiada laporan pemindahan mangsa banjir dilaporkan di daerah lain di Pahang setakat ini. Bernama

Salam Maulidur Rasul Dari Pahang Daily Online (PDO)

Posted: 23 Jan 2013 03:14 PM PST


PENOREH GETAH

Posted: 24 Jan 2013 07:03 AM PST

PENOREH GETAH


Hasil kajiselidik oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel)

Posted: 23 Jan 2013 07:50 AM PST

WALAUPUN KAJI SELIDIK INI DIPENGARUHI OLEH TANGAN-TANGAN UMNO PERINGKAT TERTINGGI TETAPI HASILNYA TETAP MEMBINBANGKAN BARISAN NASIONAL..

Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.

Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus).
Bagi undi tidak bersetuju pula, Abdul Hadi menduduki tempat tertinggi (46 peratus), diikuti oleh Muhyiddin (42 peratus).

Di Kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular (46 peratus), diikuti oleh Abdul Hadi (36 peratus), Anwar (34 peratus) dan Muhyiddin (26 peratus).

Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular (61 peratus), diikuti oleh Najib (35 peratus), Muhyiddin (15 peratus). Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka.

Pengundi baru, Anwar lebih popular

Sementara itu, kajiselidik itu mendapati Anwar lebih popular berbanding dengan Najib di kalangan pengundi baru dan kali pertama.

Anwar memperolehi 52 peratus penerimaan dari kumpulan ini, manakala Najib menerima 30 peratus, dengan Abdul Hadi di tempat ketiga (24 peratus) dan Muhyiddin lepas (15 peratus).

Terdapat lebih dua juta pengundi baru dalam pilihan raya umum yang akan datang, yang mewakili kira-kira 20 peratus daftar pemilih, membuat mereka mempunyai kuasa yang kuat.

Responden terbahagi hampir sama rata dalam pilihan antara parti atau calon, dengan 48 peratus meletakkan calon dahulu dan 47 peratus memberikan keutamaan kepada parti.

Bagaimanapun, responden wanita dalam kajiselidik tersebut memberi penekanan yang lebih besar kepada calon - 54 peratus mengatakan calon lebih penting, berbanding dengan 46 peratus sebaliknya.

.

Posted: 24 Jan 2013 03:40 AM PST

.


Belum Pilihan Raya Umno Johor Dan Bermasalah

Posted: 24 Jan 2013 02:55 AM PST

ANGIN TEBERAU                                                                                                                      

Belum apa-apa Umno Johor sudah berdepan dengan kekalutan yang boleh menjejaskan kecemerlangan parti itu di negeri kelahirannya sendiri. Parlimen belum dibubar lagi sudah ada bilik gerakan Umno yang dilaporkan tutup. Apa jadi? Apakah ini menunjukkan tanda-tanda jelas bahawa Umno juga akan kehilangan Johor?

Khalid Nordin
Kejadian seperti ini belum pernah berlaku di Johor yang dianggap sebagai negeri kubu kuat Umno sejak 60 tahun.

Angin Teberau yang berhembus dari Johor kini menghangatkan. Laporan menceritakan beberapa bilik gerakan pilihan raya yang dibuka oleh beberapa cawanagan Umno bahagian Pasir Gundang telah ditutup. Laporan ini agak menggemparkan.

Penutupan itu bukan satu gimik atau gurauan tetapi ia serius. Penutupan itu katanya ada sangkut paut dengan sikap negatif MB Johor Abdul Ghani Othman kerana tidak memberikan hak milik tanah kepada mereka.

Cawangan-cawangan dilaporkan terlibat ialah di kampung Senibong, kampung Pelentong Baru dan kampung Seri Makmur. Selain itu beberapa buah cawang di beberapa buah kampung di bahagian itu juga akan menurut kemudian. Sekurang-kurangnya ada tiga lagi cawangan yang bertindak menutup bilik gerakan mereka. Pengesahan penutupan bilik gerakan itu dibuat sendiri oleh ketua kampung-kampung berkenaan, bukannya oleh bloger pro Pakatan.


Kejadian ini benar-benar memalukan Umno Johor dan ia paling dirasai oleh Ahmad Maslan yang juga ketua penerangan Umno Malaysia. Kenapa tidak malu, Mat Maslan sebelum ini mengeluarkan berbagai kenyataan bagi menunjukkan Umno masih kuat dan Johor tidak terusik. Mat Maslan juga meramalkan UBN akan merampas 20 kerusi milik PKR dan beliau juga mengatakan PR jangan bermimpi disiang hari di Johor.

Dengan apa yang berlaku di depan tangga rumahnya itu sendiri - Pasir Gudang Johor, apakah dakwaan Ahmad Maslan itu boleh dipercayai? Kalau di Johor pun Umno berkucar kasir apa lagi di negeri-negeri lain yang mana Umno mengalami kemerosotan mendadak seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang atau Terengganu.

Apa yang berlaku di Pasir Gudang itu menimbulkan kemarahan Mat Maslan. Dengan tiba-tiba Mat Maslan yang lemah lembu dan bersifat cendekiwan menjadi 'pongoh' dan bengis. Beliau dipetik memberi amaran keras kepada ahli-ahli Umno yang menutup bilik gerakan itu yang disifatnya sebagai perbuatan boikot. Siapa boikot siapa Mat?

Katanya tidak ada tempat untuk ahli-ahli Umno yang melakukan boikot dan meminta agar mereka (ahli Umno) keluar meninggalkan Umno dan mencari NGO lain. Kenapa Mat Maslan tidak langsung saja suruh ahli-ahli Umno yang kecewa itu menyertai PAS? Kenapa suruh cari NGO?

Luahan kemarahan ahli Parlimen Benut itu rasanya melampau dan keras. Dalam keadaan semua pemimpin Umno terutamanya presiden parti Najib Razak melembutkan gigi dari lidah untuk menawan hati rakyat, tidak wajar Mat Maslan 'menghalau' ahli Umno supaya keluar meninggalkan parti berkenaan. Kenyataan sebegitu agak angkuh dan sombong. Apa lagi mereka yang menutup bilik gerakan Umno itu rasanya lebih lama makan garam bernama Umno berbanding dengan Mat Maslan.

Apa yang berlaku di Pasir Gudang itu bukan sesutau yang normal dan ia dilihat ada motif tersendiri. Ahli Parlimen Pasir Gudang ialah Khalid Nordin yang kini menteri pengajaran tinggi. Khalid dikatakan tokoh Umno sedarhana di Johor yang sedang diusahakan untuk dibawa balik ke Johor untuk memimpin Johor selepas pilihan raya umum akan datang. Apakah usaha itu menyebabkan timbul rasa kurang senang oleh Abdul Ghani Othman MB Johor kini?

Sudah pasti kalau Khalid dibawa pulang ke Johor ia menjejaskan kedudukan Ghani sebagai MB. Ghani hendak tidak hendak kena mengucapkan sayor nara kepada Johor dan dunia politik. Tidak mungkin dia akan diguna lagi untuk peringkat federal misalnya dilantik sebagai menteri. Apa lagi memandangkan usianya juga sudah jauh melebihi setengah abad wajar kalau beliau dirihatkan. Jadi sekiranya berlaku pertukaran Ghani sudah merasakan nasibnya dalam politik sudah berakhir.

Ghani menyedari bahawa dia bukan perkas atau orang dialatkan Najib untuk mengawal kuasanya. Najib lebih mempercayai kepada Hishmuddin Hussein dan Mat Maslan. Sebab itu ada juga desas desus dan perkiraan sulit Hishmuddin Hussein akan dibawa balik ke Johor dengan dua tujuannya menyelamatkan diri menteri KDN itu yang sudah terjejas teruk dan menjadi pengawal kuasa dan sokongan terhadap Najib.

Berbalik soal Ghani tadi, makanya boleh jadi demi untuk mempertahankan kedudukkannya beliau harus melakukan sesuatu, caranya memberi masalah kepada Khalid. Mungkin caranya ialah dengan menafikan hak penduduk di Pasir Gudang itu yang sudah lama memohon geran hak milik tanah. Katanya sudah 13 tahun Ghani berjanji dengan penduduk berkenaan untuk memberi hak milik tetapi tidak dilaksanakan sampai kini.

Khalid juga pernah bersuara akan kelewatan itu sebelum ini. Jarang seorang menteri kabinet merayu kepada MB untuk memberi tanah kepada rakyat, tetapi itu dilakukan oleh Khalid. Persoalanya kenapa? Bagi mereka yang dapat membaca kilau dalam kilat dan amat faham dengan seni politik tentu melihat ada sebab Ghani bersikap acuh tidak acuh terhadap masalah rakyat di Pasir Gudang itu.

Berdasarkan itu boleh dikatakan yang melakukan sabotaj di sini bukan cawangan-cawanagn Umno seperti mana tuduhan dan dakwaan Mat Maslan, tetapi Ghani sebenarnya yang sabotaj terhadap Khalid. Dan apakah di celah-celah ini Mat Maslan pula tumpang semangkuk dua mengeruhkan suasana dengan memberi kata-kata kesat kepada ahli Umno Pasir Gudang supaya cari NGO lain dengan tujuan melemahkan politik Khalid?

Boleh jadi juga, kerana mungkin Mat Maslan pun ada menyimpan cita-cita didalam poket baju Melayu bahagian atas untuk menjadi Menteri Besar Johor. Caranya ikut sama menyusahkan Khalid di Pasir Gudang itu. Haha...[wm.kl.6:42 pm 24/01/13]

Mahathir, Ibrahim Menyusahkan Najib

Posted: 23 Jan 2013 07:09 PM PST

PANDANGAN                                                                                                                    

Pada saat tibanya pilihan raya umum ke-13 Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor sangat mengharap akan ada waktu damai bagi Umno. Najib sangat mengharapkan ada kesenggangan masa kritikal untuk menghadapi pilihan raya. Najib perlukan ketenangan dan sedikit olak menenangkan situasi.

Ibrahim dan Mahathir menyusahkan Najib.
Disebabkan itu beliau cuba berlunak dengan rakyat. Najib memberi wang kepada rakyat dalam berbagai bentuk dan jenama. Semua entiti masyarakat beliau dekati dan menanganinya dengan semesra-mesranya yang boleh. Sepatah ayat dalam skrip lakonan untuk menawan hati rakyat tidak ditinggalkan.

Satu masa Najib hampir berjaya memancing hati semua orang. Rakyat marhain senang dengan cara Najib mengingati mereka. Walaupun rakyat tahu itu adalah sebahagian hipokrasi pilihan raya tetapi rakyat menerimanya. Rakyat memberi simpati kepada Najib sebagai membalas budi baik Najib memberi berbagai insentif dari wang saku rakyat juga.



Begitu juga dalam menangani atau mempedulikan rakyat mengikut etnik atau kaum. Najib sanggup turun menemui semua etnik di mana saja. Najib benar-benar telah mengorbankan darjat kebangsawaannya. Najib sanggup turun ke perkampungan untuk membahagikan sekampit dua beras kepada orang India dan sanggup menjamah tangan India miskin dan memeluk serta merasai hamis dan hapak baju mereka. 

Bukan itu saja Najib sanggup memasuki kawasan spritual India seperti di Batu Cave dan sebagainya. Apa yang beliau lakukan kepada orang India begitulah juga dilakukan kepada orang Cina, kandati masyarakat Cina kian menjauh Najib.

Di Sabah pula demi meraih sokongan, Najib sanggup dan bersedia menerima kehendak rakyat Sabah yang mendesak agar masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) diatasi. Maka itu Najib membenarkan wujudnya suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat status dan lambakan imigrat di negeri berkenaan. Mengenai hal ini Najib tidak mempedulikan bantahan Mahathir agar RCI tidak diwujudkan. Najib tahu suruhanjaya itu bakal memakan diri Umno, tetapi kerana hendak melayani kehendak rakyat Sabah, Najib umumkkan juga. Demi hendak membuktikan ketelusan dan trasformasi yang dilancarkan, dia sedia menanggung risikonya.

Pendeknya untuk menyenangkan hati semua orang Najib lakukan. Najib benar-benar meletakkan rakyat di atas singgahsana. Ada kalanya Najib rela menghinakan diri demi rakyat. Beliau sampai dituduh menjadi 'pekakas tenggala', naggal, penolak, igu, ataupun gerak, yang ditarik lembu demi rakyat. Tindakannya yang sesetengah boleh menjejaskan kredibiliti beliau dan juga maruah negara tidak dipedulikan yang penting rakyat senang kepadanya dan UBN akan menang dalam pilihan raya.

Satu masa rakyat sudah jinak dengan Najib. Rakyat menyedari akan keikhlasan Najib berbalut hipokrasi. Najib juga mulai senang denagn situasi yang ada. Beliau menangguhkan beberapa kali untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen disebabkan menanti 'ketika dan cerlak' yang baik.

Bagaimana pun malang bagi Najib, sebaik masa dan cerlak itu tiba, keadaan yang baik itu terganggu pula dengan tindakan dua orang yang kononnya menjadi penyokong kuat kepadanya. Mereka ialah Mahathir Mohamad dan Inchek Ibrahim Ali. Tindak tanduk mereka ini membingungkan Najib. Mungkin juga disebabkan 'ulah' dan perangai kedua orang ini maka berat badan Najib susut 3.3 kg. Khabarnya Najib benar-benar kecewa dengan sokongan membawa rebah oleh kedua manusia ini.

Ternyata dengan terdedahnya agenda projek IC palsu di Sabah yang mendedahkan peranaan Mahathir di sebalik permainan kotor itu telah mecelaru birukan Najib. Pengakuan Mahathir yang dia terlibat memberi IC palsu itu sambil dalam masa sama menempelak Tunaku Abdul Rahman (Almarhum) menyebabkan hati rakyat yang sudah mulai sejuk dan mabuk dengan pelbagai pemberian Najib menjadi hangat semula.

Rakyat Sabah khasnya yang sudah lama mencurigai dengan projek IC palsu itu yang dilihat satu pengkhiantan kini telah menemui jawaban dan orang yang mereka sandarkan kemarahan itu; Mahathir dan UBN. Terdedahnya perkara itu dan pengakuan Mahathir menyebabkan segala jasa dan budi yang Najib tanam dan taburkan di Sabah menjadi debu dan angin saja.

Bukan saja Najib 'terkanyak' merasa senak dengan isu IC palsu ini, Mahathir juga sehari dua ini menutup mulut dari terus memberi idea bagaimana untuk memenangkan UBN. Mahahir juga menyedari yang langkahnya sudah tersadung dalam jerat yang dipasang sendiri. Mahathir sendiri menyedari bahawa sikap dan keangkuhan dirinya yang selalu merasa hebat terkena cabuk dengan isu IC palsu ini.

Sebenarnya apa yang berlaku itu, adalah satu hakikat di mana kebenaran itu akan muncul juga akhirnya. Kebatilan yang selama ini digendung Mahathir akan tercicir juga dan terdedah kepada umum apabila kebenaran muncul. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga dan selicit-licit belut mengeliukkan badan termasuk juga ke dalam 'suak'. (Sejenis alatan tangkap ikan).

Masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir itu menjadi lebih penat lagi, apabila Inchek Ibrahim Ali yang bertindak menjadi hidung tidak mancung dan pipi tersorong kononnya untuk membantu kemenangan BN, telah membuat kenyataan yang telah membakar hanguskan impian Najib Razak. Seruan Ibrahim agar kitab Injil dibakar, telah memberi masalah besar kepada Najib.

Kenyataan dan seruan Inchek Ibrahim yang berbentuk rasis dan perkauman itu kini benar-benar menyusahkan Najib. Keadaan negara ini dalam konteks keagamaan dan budaya sedang menggelak gara-gara kenyataan bodoh sombong dan berani bengong Ibrahimn itu. Hati semua orang kini hangat dengan apa yang dilakukan Ibrahim itu. Bukan saja mereka beragama Kristian dan mempercayai kepada kitab itu, tetapi orang yang mempunyai akhlak dan percaya kepada kehidupan saling hormat menghormati juga kesal dan marah dengan seruan beremosi Ibrahim itu.

Seperti Mahathir, Ibrahim juga tersilap langkah. Dia mengira kenyataan dan ajakan itu mendapat sokongan orang Melayu dan Islam lainnya. Inilah manusia kalau merasa bijak dan pengetahuannya hanya di birai rumah saja, dia akan buta dengan perkembangan semasa. Dia tidak tahu apakah apa yang diucapkan itu boleh memberi kebaikan atau tidak.

Biasanya manusia seperti ini orang yang hanya mengikut akal kemetotnya dan memenuhui kehendak nafsu saja tanpa mepedulikan orang lain. Sesungguh manusia seperti Ibrahim ini sudah tidak layak untuk hidup di atas dunia ini, kerana dia mengira hanya dia saja yang cerdik manakala orang lain semuanya haprak. Sifat-sifat ego dan sombong bongkok inilah yang menjadi pegangan dan pakaian manusia yang dikutuk dan dibenci Allah seperti Firaun, Qaron, Namrud dan lain-lain yang disebut didalam al-Quran.

Seperti juga Mahathir, hari ini nampaknya orang Pasir Mas ini menyedari bahawa tindakannya tidak memberi kebaikan sebaliknya menyusahkan Umno dan Najib. Justeru berbagai usaha dilakukan untuk memperbetulkan balik kenyataanya. Sudah muncul orang-orang yang merasa manis tea tarik Ibrahim Ali bercakap untuk memperbetulkan kenyataan Ibrahim itu. Ada yang mengatakan apa dilakukan Ibrahim itu sebaghai wake-up call dan sebagainya.

Semua usaha untuk memperbetul dan menjernihkan kata-kata Ibrahim itu tak ubah seperti usaha untuk memluruskan bayang dari objek yang bengkok. Sia-sia.

Bagaimana pun bak kata pepatah telajar perahu boleh diundur, telajar kata buruk padahnya. Kata orang kampung saya, baik terlucut kain daripada terlucut kata. Kenyataan dan seruan Ibrahim itu telah memberi padah kepada dirinya sendiri. Paling buruk ia memberi penyakit kepada Najib. Kalau sebelum ini penganut Kristian baik dari kalangan Cina, India dan lain bangsa sedang memerhati kepada UBN, tetapi dengan desakan agar kitab mereka dibakar itu, menjadikan mereka tidak akan berpaling lagi kepada BN.

Walaupun Ibrahim bukan anggota komponen BN tetapi kerana mereka tahu ke arah mana sokongan Ibrahim, menyebabkan kesan protes dari mereka akan diterima oleh Umno dan BN. Desakan yang dilakukan oleh Ibrahim itu bukan saja setakat melukai hati penganut Kristian dan pengamal agama lain yang cintakan kedamaian, tetapi ia juga meninggalkan kesan pedih yang mendalam.

Kalau sebelum ini si Salentia itu sering memberi amaran demi amaran jangan menguriskan hati orang Melayu, kali ini orang lain pula memberi peringatan kepadanya agar berhati-hati dalam bercakap jangan sampai mulut terbakar.

Perkembangan terbaru di sekitar diri Inchek Ibrahim ini menambahkan lagi keyakinan  sesetengah orang bahawa beliau tidak akan diberi laluan oleh BN di Pasir Mas untuk beliau dihadapi seorang sama seorang oleh PAS. Dalam kata lainnya tanpa disedari disebabkan senantiasa merasakan tindakannya betul, akhirnya Ibrahim membakar dirinya dari sumber api dari dalam koceknya sendiri. Ingatlah, cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang. Ibrahim dan Mahathir sudah menjadi liabiliti kepda Najib dan UBN. [wm.kl.10:44 am 24/01/13]


Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah?

Posted: 23 Jan 2013 03:40 AM PST

BERITA TERKINI                                                                                                                  

Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.

Najib meninjau aktiviti peniagaan di pinggir pasar Khadijah.
Sudah parti nilai rezab di darat itu lebih senang untuk diuruskan daripada mengharap royaliti petroleum 5% yang terikat dengan perjanjian Petroleum 1975 yang sengaja telah disalah tafirkan oleh Petronas dan kerajaan Pusat bagi menafikan hak rakyat Kelantan.

Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini?



Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan.

Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan.

Adalah wajar untuk kerajaan Kelantan memastikan segera berhubung simpanan atau rezab minyak di daratan itu. Kerana sekiranya dalam kajian itu menunjukkan tanda-tanda kewujudan bahan itu, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang dan cemas dengan peruntukan pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan untuk 20 atau 30 tahun akan datang.

Sudah pasti rezab itu akan dijadikan cagaran besar oleh kerajaan Kelatan untuk pembangunan masa depan Kelantan. Sudah pasti selepas ini Kelantan akan menjadi destinasi para pelombong minyak dari seluruh dunia. Mungkin juga Kota Bharu akan dikenali seagai Bandaraya Petroleum terunggul di rantau ini.

Seperti mana dijelaskan Husam kawasan yang dikatakan mempunyai simpanan atau rezab minyak itu di sekitar Pasar Siti Khadijah yang melibatkan keluasan 1km. Ini bermakna hampir 1/3 bandar Kota Bharu mempunyai rezab minyak.

Hendaknya cadangan untuk membawa pakar cari gali Petroleum itu dipercepatkan. Dalam pada itu saya difahamkan sebuah syarkat cari gali minyak yang bergabung dengan Pertamina di Indoensia telah menyatakan persetujuan untuk membuat penyelidikan berhubung perkara itu.

Katanya salah seorang jurutera syaikat berkenaan semasa lawatan tidak rasmi ke Kota Bharu pernah membayangkan dengan kata-kata negeri Kelantan adalah istimewaan kerana Allah membawa "emas hitam" (minyak) ke depan tanggan setiap orang dari penduduknya.

Sehubungan pengumuman Husam hari ini baru tertangkap kepada minda saya kenapa Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika berkunjung ke Kelantan kelmarin ikut sama menjejak kaki ke pasar Siti Khadijah dan beramah mesra dengan peniaga.

Apakah Najib telah menghidu simpanan minyak bawah tanah ini lebih awal. Tidak mustahil!   [wm.kl.7"38 pm 23/01/13]

Blog-list Malaysia

Posted: 24 Jan 2013 01:45 AM PST

Blog-list Malaysia


PANAS - Kerajaan Selangor Batal Projek Besar Kroni Umno

Posted: 24 Jan 2013 01:31 AM PST

KENYATAAN AKHBAR
24 JAN 2013

KERAJAAN SELANGOR BATAL PROJEK KONDOMINIUM DI BATU CAVES

Jawankuasa Bebas bagi mengkaji dan menilai pembangunan di Batu Caves dan kawasan sekitarnya telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada Selasa lalu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kesediaan untuk membantu kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian jangka panjang terhadap isu pembangunan di Batu Caves dan sekitarnya.


Dalam mesyuarat itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.

Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.

Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar.

Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai. Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat.

Kerajaan Selangor menyokong sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi ia perlu dirancang dengan teliti, mengikut peraturan dan tidak membahayakan keselamatan rakyat.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH

Posted: 23 Jan 2013 10:20 PM PST

GEORGETOWN - Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti yang didakwa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah ALLAH atau sebarang terjemahan Bahasa Melayu atau Jawi.

Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam.


"Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH," katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, lima naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.

"Di muka depan tertulis 'New Testament Psalms Proverb'. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat daripada pengadu, kegiatan itu dilakukan tiga lelaki dan seorang wanita Cina.

- SinarHarian


Adakah Buka Kelab Malam Untuk Sembahyang? Tanya Awie

Posted: 23 Jan 2013 08:25 PM PST

Kuala Lumpur: "Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. 'Stop all this questions'," kata rocker terkenal Awie sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak.

Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh.


Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet.

Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.

"Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?" katanya.

Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan.

Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam

Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.

"Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

"Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

"Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

"Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?" jelasnya dalam nada kesal.

"Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

"Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

"Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?" soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.~ mStar



PANAS - Simpanan Minyak Mentah Ditemui Diperut Bumi Kota Bharu

Posted: 23 Jan 2013 05:21 AM PST

Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah?

Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.

Sudah parti nilai rezab di darat itu lebih senang untuk diuruskan daripada mengharap royaliti petroleum 5% yang terikat dengan perjanjian Petroleum 1975 yang sengaja telah disalah tafirkan oleh Petronas dan kerajaan Pusat bagi menafikan hak rakyat Kelantan.


Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini?

Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan.

Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan.

Adalah wajar untuk kerajaan Kelantan memastikan segera berhubung simpanan atau rezab minyak di daratan itu. Kerana sekiranya dalam kajian itu menunjukkan tanda-tanda kewujudan bahan itu, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang dan cemas dengan peruntukan pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan untuk 20 atau 30 tahun akan datang.

Sudah pasti rezab itu akan dijadikan cagaran besar oleh kerajaan Kelatan untuk pembangunan masa depan Kelantan. Sudah pasti selepas ini Kelantan akan menjadi destinasi para pelombong minyak dari seluruh dunia. Mungkin juga Kota Bharu akan dikenali seagai Bandaraya Petroleum terunggul di rantau ini.

Seperti mana dijelaskan Husam kawasan yang dikatakan mempunyai simpanan atau rezab minyak itu di sekitar Pasar Siti Khadijah yang melibatkan keluasan 1km. Ini bermakna hampir 1/3 bandar Kota Bharu mempunyai rezab minyak.

Hendaknya cadangan untuk membawa pakar cari gali Petroleum itu dipercepatkan. Dalam pada itu saya difahamkan sebuah syarkat cari gali minyak yang bergabung dengan Pertamina di Indoensia telah menyatakan persetujuan untuk membuat penyelidikan berhubung perkara itu.

Katanya salah seorang jurutera syaikat berkenaan semasa lawatan tidak rasmi ke Kota Bharu pernah membayangkan dengan kata-kata negeri Kelantan adalah istimewaan kerana Allah membawa "emas hitam" (minyak) ke depan tanggan setiap orang dari penduduknya.

Sehubungan pengumuman Husam hari ini baru tertangkap kepada minda saya kenapa Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika berkunjung ke Kelantan kelmarin ikut sama menjejak kaki ke pasar Siti Khadijah dan beramah mesra dengan peniaga.

Apakah Najib telah menghidu simpanan minyak bawah tanah ini lebih awal. Tidak mustahil! [wm.kl.7"38 pm 23/01/13] MSO


PRU13 - Sokongan Terhadap BN Terus Merudum

Posted: 23 Jan 2013 04:10 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Jan: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.


Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).

Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini.

Harakah Daily


IC Palsu - Usaha Nak Pedajal Anwar Gagal..

Posted: 23 Jan 2013 02:40 AM PST

Proiek IC kepada pendatang Sabah oleh Mahathir tanpa pengetahuan Kabinet - DSAI

KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.

Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.

Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.


"Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir)," katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

"Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung," katanya.

Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu 'task force' di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.

"Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini," kata Anwar.

Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.


Ibrahim Ali Makin Melampau..

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST

Gerakan: Ibrahim 'anarkis' kerana seru bakar Injil BM

Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn menuntut polis mengambil tindakan ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang digelarnya sebagai seorang "anarkis" kerana menyeru supaya membakar kitab Injil menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu.

Katanya, seruan MP Pasir Mas itu akan menyebabkan "ketegangan" akan berlanjutan kepada "huru-hara di jalanan".

gerakan agm 151011 chang ko youn"Cadangan ekstrem ini pasti akan memprovokasi kemarahan masyarakat Kristian kerana mereka melihat ia sebagai penghinaan besar kepada agama mereka.


"Saya percaya tiada agama di dunia yang menggalakkan pengkhutbah mereka untuk menghina agama lain," kata Chang dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau juga mahu polis bertindak ke atas kumpulan yang didakwa menyebarkan risalah bagi mempromosi satu acara mambakar Injil pada 27 Januari di Pulau Pinang.

"Kami masih tidak pasti mengenai ketulenan rancangan tersebut sama ada benar atau hanya rekaan. Walau apapun, kami menggesa polis mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang tindakan berkenaan sekiranya benar (acara itu diadakan)," katanya.

Buat masa ini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan risalah berkenaan.

PERKASA Pulau Pinang turut menafikan akan menganjurkan acara membakar kitab Injil tersebut.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan yang dipertua PERKASA negeri, Yusof Suhaimi Mohd Yatim yang berkata pertubuhan itu menghormati undang-undang dan memperjuangkan keamanan negara.

Yusof mendakwa penyebaran risalah untuk acara tersebut dilakukan pihak tertentu untuk "menangguk di air keruh".

Beliau turut mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah dibakar.

"Saya juga faham niat beliau adalah untuk mencegah umat Islam yang marah daripada mencederakan pihak mengedarkan Bible berbahasa Melayu," katanya.


Kelab Greenboc

Posted: 24 Jan 2013 01:07 AM PST

Kelab Greenboc


NGO India Kecam Mahathir: Dia Terlupa Ayahnya Jugak India Mari...

Posted: 24 Jan 2013 12:51 AM PST


Jika Tunku Abdul Rahman tidak memberikan kerakyatan kepada bukan-Melayu semasa Merdeka, Dr Mahathir Mohamad bukanlah seorang warganegara Malaysia hari ini, dakwa sebuah NGO.

Pengerusi Pertubuhan India Progresif Malaysia - Malaysian Indian Progressive Association (Mipas) A Rajaretinam mendedahkan hal ini di dalam satu protes di Brickfields terhadap gesaan Mahathir untuk menyiasat warganegara yang diberikan semasa kemerdekaan.

Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai balasannya terhadap pmbongkaran pemberian IC sewaktu RCI Sabah berlansung, yang mendedahkan pentadbiran administrationnya terlibat di dalam memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing di Sabah.

Rajaretinam memberikan gambaran mengenai latarbelakang keindiaan Mahathir, dimana ayahnya ialah seorang imigran India Muslim.

Rajaretinam berkata Mahathir bukan saja menghina Tunku dengan kenyataannya tetapi menghina seluruh rakyat India di negara India.

beliau menambaah kaum India di Malaysia ini memperolehi kewarganegaraan dengan mengorbankan darah, keringat dan airmata untuk tujuan pembangunan negara, bertentangan dengan apa yang berlaku di Sabah.

"Orang-orang tua kami bukan pendatang.

Kita dibawa oleh kerajaan British ke Malaya untuk membangunkan negara ini.

"Apabila anda bercakap mengenai perladangan, landasan keretapi dan pembinaan jalanraya, anda akan melihat pengorbanan orang-orang tua kamu berkorban untuk negara," kata Rajaretinam.

Laporan Polis

beliau juga mengingatkan mahathir dengan kerana undi bukan-Melayulah yang telah menyelamatkan beliau dari tercampak keluar dari kerusinya pada penghujung 80an dan 90an, apabila berlaku krisis beliau dengan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim.

Rajaretinam berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Mahathir di Balai Polis Travers pada sebelah petang dan mendesak Mahathir untuk meminta maaf terhadap kenyataannya dalam tempoh seminggu.

"Kami juga meminta Presiden Umno Najib Tun Razak untuk menjelaskan pendirian beliau terhadap hal ini," tambahnya.

Turut hadir di dalam demo selama, yang disertai oleh 20 orang, ialah ADUN Sungkai A Sivanesan dan Setiausaha Angkatan Warga Aman S Barathidasan.

Sivanesan berkata kenyataan Mahathir berupa hasutan kerana beliau mempersoalkan har kewarganegaraan bukan-Melayu dan juga mempersoalkan kelayakan (merits) kemerdekaan kita.

Rajaretinam menjelaskan Mipas dan 20 NGO yang lain sedang merancang untuk mengadakan satu lagi protes pada Feb 27.

UMCEDEL: Integriti & Salahgunakuasa BN Akan Beri Kesan Buruk Dalam PRU

Posted: 23 Jan 2013 09:55 PM PST

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka.

Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

"Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini.

Beliau turut menegaskan pengundi memiliki pandangan yang berbeza terhadap BN dan PR, namun menekankan perkara pokok yang dilihat penting adalah daripada sudut pentadbiran.

"Bagi Pakatan, isunya adalah perbalahan. Manakala bagi BN pula isunya adalah integriti.

"Pengundi sebenarnya melihat daripada sudut pentadbiran," tambah beliau lagi.

Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,409 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti.

Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN.

Berbeza dengan BN, percanggahan pendapat dikalangan parti dalam PR dilihat pengundi sebagai akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti.

"Bagi Pakatan, perkara yang menjadi fokus utama akan menjejaskan sokongan adalah percanggahan pendapat, khususnya melibatkan isu seperti Hudud, kalimah 'Allah' baru-baru ini dan lain-lain," tambah Mohammad Redzuan.

Daripada kajian UMCEDEL, sebanyak 59 peratus berkata bersetuju percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR (DAP, PAS dan PKR) akan menjejaskan sokongan, 20 peratus tidak setuju dan 21 peratus lagi tidak pasti.

Walaubagaimanapun, langkah kerajaan baru-baru ini dengan pelbagai program yang diumumkan dalam Bajet 2013 disambut positif responden yang ditemui oleh UMCEDEL dengan sebanyak 55 peratus bersetuju ia memberikan manfaat kepada rakyat, 22 peratus tidak dan 23 peratus tidak pasti.

Selain itu, kerajaan BN turut berdepan lebih banyak lagi tanggungjawab berat jika mahu memastikan kemenangan besar pada pilihan raya kali ini memandangkan kajian badan bebas tersebut mendapati majoriti pengundi memberikan maklum balas positif terhadap janji PR untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan menurunkan harga kereta.

Majoriti 50 peratus responden yang ditemui menyokong cadangan tersebut serta menyatakan ia mampu meningkatkan sokongan kepada PR.

Pertembungan antara BN dan PR dalam pilihan raya kali ini merupakan yang tersengit dalam sejarah negara, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah berulang-kali tentang hasratnya mahu mendapatkan mandat besar berbandingan tahun 2008 bagi mendapat sebuah kerajaan yang kuat dan melancarkan perjalanan pentadbiran.

Walaupun pilihan raya dijangka akan diadakan selewat-lewatnya April ini, Najib masih lagi tidak memberikan isyarat jelas untuk membubarkan Parlimen mahupun mengumumkan secara rasmi senarai calon yang akan diletaknya pada pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

Dalam pilihan raya 2008 lalu, BN memperolehi 4.08 juta undi berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - dan pembangkang berharap pengundi baru pada pilihan raya akan datang dapat membantu mereka menambahkan baki kepada parti komponen PR yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. TMI

Kunjungan Najib Ke Gaza Dikecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas

Posted: 23 Jan 2013 07:26 PM PST


Gaza: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.

"Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

"Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.

Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.

`Kita satu umat'

Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia.

Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin.

"Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.

"Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan," kata Najib. -FMT

Ulasan GB

Nampaknya yang sambut Najib bukan golongan nasionalis, "UMNO" Palestin (Fatah), tetapi "PAS" Palestin (Hamas).

Kalaulah tidak kerana Hamas memberikan sambutan terhadap Najib, sepastinya muka-muka Najib dan rombongannya telah labuh sampai ke lantai.

Takkan situ pun Najib tak nampak, baiknya "PAS" dan teruk serta dasyatnya "UMNO"?

[VIDEO] Bekas Jenderal Dedah Kementerian Pertahanan Beli Senjata Secara Rasuah

Posted: 23 Jan 2013 04:04 PM PST

Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.

Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

"Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.

[KAJIAN UMCEDEL] Sokongan PR Meningkat, BN Turun, Populariti Anwar Hampiri Najib

Posted: 23 Jan 2013 06:36 AM PST


UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012)

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. -HD


Calon PM: Najib dan Anwar jadi pilihan


Penemuan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan untuk menyandang jawatan perdana menteri jika perikatan masing-masing, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib selaku perdana menteri akan mengetuai BN pada PRU13 manakala Anwar mengepalai PR selaku Ketua Umumnya.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil kajian mendapati pilihan pengundi lebih cenderung memilih salah seorang daripada dua pemimpin itu.

"Najib mendapat 43 peratus manakala Anwar mendapat 42 peratus (sokongan responden).

"Manakala (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mendapat 22 peratus dan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang 26 peratus," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Kajian ini membabitkan 1,049 responden di Semenanjung Malaysia dan, dijalankan bermula 26 Disember 2012 hingga 11 Januari lalu.

Sementara itu, daripada kajian yang dibuat ke atas pengundi yang kali pertama mengundi, mereka lebih cenderung memilih Anwar (52 peratus) sebagai perdana menteri berbanding Najib (30 peratus).

Manakala bagi pengundi Melayu, pilihan utama lebih menumpukan Najib (46 peratus) manakala Anwar (34 peratus).

Perbezaan sokongan terhadap pemilihan orang No.1 negara itu turut dapat menyaksikan sokongan pengundi Cina memilih Anwar (61 peratus) dan Najib (35 peratus). Pengundi Cina juga tidak menunjukkan sokongan terhadap Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri apabila beliau hanya mendapat dua peratus undi.

Najib juga dijangka terpaksa berhadapan dengan cabaran getir dalam mempertahankan kedudukannya dalam PRU13.

Kajian itu mendapati populariti Najib turut mengalami penurunan 61 peratus (31 Mac - 15 April 2012), 58 peratus (1 September - 16 September 2012) dan 51 peratus (26 Disember - 11 Januari 2013).

Berhubung soalan sama ada Najib seorang pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, beliau mendapat 61 peratus sokongan.

Najib mendapat 50 peratus undi apabila ditanya sama ada beliau seorang pemimpin yang berwibawa dalam pentadbiran.

Sementara itu, Mohammad Redzuan berkata, keyakinan pengundi terhadap kepimpinan Anwar menunjukkan peningkatan sebanyak 44 peratus berbanding tahun lalu.

Namun, katanya, sokongan pengundi wanita terhadap Anwar adalah sebaliknya.

"Hasil kajian mendapati pengundi wanita yang tidak menyokong kepimpinan Anwar adalah sebanyak 41 peratus.

"Trend mendapati pengundi wanita ini lebih cenderung mengikuti perkembangan politik semasa melalui media arus perdana berbanding media baru," jelas beliau lagi.

Sementara itu, hasil kajian ini turut mendapati laporan media mengenai percanggahan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) turut boleh menjejas sokongan pengundi terhadap parti itu.

Sebanyak 59 peratus pengundi bersetuju dan hanya 10 peratus tidak setuju, manakala 11 peratus lagi tidak pasti jika percanggahan pendapat dalam PR boleh kurangkan sokongan.

Kajian pertama dibuat pada 2010 manakala kedua dan ketiga pada 2012
-SH



Populariti: Anwar makin hampiri Najib


Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar sebagai calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka
-mk

MiLo SuaM

Posted: 24 Jan 2013 01:06 AM PST

MiLo SuaM


Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup

Posted: 23 Jan 2013 03:59 PM PST

SEBAHAGIAN besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.



Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

"Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

"Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

"Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

"Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

"Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

"Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

"Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya.

ReJaM© "Ini namanya Janji Dicapati... "

Sumber: Sinar


Presiden Palestin tolak dan kecam kehadiran Najib ke Gaza

Posted: 23 Jan 2013 09:22 AM PST

TIDAK sampai 24 jam Najib Razak berbangga sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia ke Palestin, beliau terpaksa menerima satu lagi title iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia dikecam oleh Presiden Palestin kerana cuba menjadi hero.

"Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

"Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia lapor Al Arabiya News



Menjawab kecaman itu Najib menyatakan bahawa lawatan beliau ke Palestin tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman negara itu seperti dilaporkan oleh Awani




Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Padahal, tidak sampai 24 jam media-media arus perdana kongkongan Barisan Nasional melaporkan Najib Razak ingin menjadi hero menawarkan pelan damai Hamas dan Fatah seperti  dilaporkan Berita Harian.

Adakah ini bukan cubaan mencampuri urusan dalaman negara Palestin? Najib nak tipu siapa?



Menjelang Pilihanraya Umum ke 13, Najib cuba menunjukkan watak hero kepada rakyat dengan melawat Palestin. Dia nak tunjuk bahawa dia jauh lebih hebat berbanding mahadewa Umno, Tun Mahathir.

Strategi politik yang agak baik, jika beliau datang sekadar untuk menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin dan misi bantuan. Namun cubaan lebih dari itu, iaitu untuk menjadi hero nampaknya memakan diri dan berakhir dengan lawatan yang memalukan.

ReJaM© "Jangan jadi hero tak tentu pasal, ukur baju di badan sendiri... "

Belia 1 Malaysia Kampung Beladin anjur karaoke sempena Maulidurasul

Posted: 23 Jan 2013 07:11 AM PST

SHABAT pembaca MiLo SuaM mengirimkan poster promosi pertandingan karaoke anjuran Belia 1 Malaysia Kampung Beladin Pusa Sarawak. Di bawah ini poster yang dimaksudkan. Barangkali poster ini sudah mula atau akan tersebar secara meluas di laman sosial facebook dan twitter.



Gua tak tahu apa masaalah penganjur ini sehingga malam Maulidurasul yang sepatutnya diisi dengan program kerohanian sebaliknya mengajak umat Islam leka dengan acara hiburan.

Kenapa perlu anjurkan karaoke sempena Maulidurasul? Sudah tidak ada hari lain yang boleh dipilih? Kenapa program hiburan dikaitkan dengan Maulidurasul?

ReJaM© "Ada unsur menghina Islam di situ... "

MIMPI SENJA

Posted: 23 Jan 2013 11:19 PM PST

MIMPI SENJA


Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Kedah

Posted: 23 Jan 2013 07:37 PM PST

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013', yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan dan tidak mencolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Jika berlaku nyanyian dan tarian melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program serta-merta. Terus-terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk Islam pun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu agama membenarkan hiburan melampau.

Namun, dengan tidak semena-mena ultra kiasu seperti cacing kepanasan. Pimpinan parti ultra kiasu komponen BN dan PR, menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta menafikan hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Tidak cukup dengan itu, garis panduan ini terus dipersendakan, termasuk seorang personaliti radio dengan berani berkata "menggalakkan nyanyian lagu motivasi! Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?"

Kenyataan seperti ini amat bersifat kurang ajar dan biadab. Saya berasa bangga kerana Presiden Persatuan Seniman, tampil ke hadapan, mendesak personaliti tersebut meminta maaf secara terbuka. Tindakan Seniman berhasil.

Personaliti tersebut terpaksa akur. Kepada Persatuan Seniman, "Gua tabik lu bro! Harap-harap kita dapat mengubah persembahan industri hiburan negara agar mempunyai identiti dan jati diri Islam.

Pada saya, garis panduan tersebut bukan sesuatu yang baru. Pihak Jakim pada 2009 turut mengeluarkan garis panduan hiburan yang hampir sama. Mengambil kira pandangan ulama kontemporari Yusuf al-Qaradawi, hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga diharuskan oleh Islam, dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa.

Ini bermakna, Islam tidak menentang hiburan selagi mana kita menjaga adab dan mematuhi garis panduan. Persoalannya, kenapa kita terlalu obses dengan hiburan melampau?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981, membuat keputusan, nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.


Jika sebaliknya, maka ia adalah haram. Saya berpendirian, kenyataan kerajaan negeri, Jakim, Majlis Fatwa adalah adil untuk semua pihak, sama ada Islam atau bukan.
Saya hairan, kita semua begitu beria-ia memperjuangkan kalimah ALLAH, termasuk bukan Islam.


Maka tunaikanlah hak ALLAH tersebut. Jika ultra kiasu ini beragama dan sayang kepada agamanya, sudah tentu mereka turut akur kepada garis panduan ini, malangnya mereka menentang habis-habisan. Apa kata kita minta ibu bapa atau adik-beradik menyanyi dan menari telanjang. Apakah kita suka melihatnya?

Kita tidak kisah orang telanjang, tetapi bila orang mahu tutup sedikit, kita begitu sensitif? Kenapa sebegitu ya? Agama apakah yang menggalakkan perlakuan melampau ini? Apakah berbogel juga dibenarkan perlembagaan? Apakah melakukan hubungan seks (bebas) dengan wanita lain dibenarkan perlembagaan? Kenapa parti ultra kiasu dan pejuang hak asasi manusia, tidak bersuara tentang amalan seks songsang seperti LGBT?

Apakah parti ini mungkin akan menghalalkan LGBT seperti mana parti ultra kiasu? Pelik sungguh, kejahatan disokong, kebaikan pula ditentang. Ultra kiasu turut memberi amaran, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat, tidak akan bertahan lama, dan berharap Kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif. Pada saya, ini bukan suara rakyat.

Saya harap Pas tidak akan goyah dengan tekanan ini. Umno hendaklah menyokongnya. Kita hendaklah bersama dalam perkara kebaikan, walaupun ideologi berbeza. Garis panduan ini perlu diwujudkan di semua negeri, apatah lagi di peringkat Pusat. Bukan apa, supaya setiap persembahan kita ada identiti dan jati diri rakyat Malaysia yang mengaku mereka beragama, termasuk juga mereka yang mengaku ALLAH juga kepunyaan mereka.- 

Cuba hampa mai tengok, ni BUKAN di Selangor atau Kelantan tapi di PAHANG ,,, TV3 malukan Najib

Posted: 23 Jan 2013 08:07 AM PST

KEMENTAH BELI SENJATA SECARA RASUAH - BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA ??

Posted: 23 Jan 2013 05:01 AM PST


PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.

Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup. Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.

Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

"Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.

http://www.facebook.com/pas.selangor/posts/552222971455553

Kajian UM - Sokongan terhadap PR meningkat BN menurun

Posted: 23 Jan 2013 03:53 AM PST


KUALA LUMPUR 23 Jan: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.
Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.
Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.
Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.
Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).

Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL
Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.
Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.
"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.
Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.
Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.
Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.
Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.
Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. – Harakah Daily

Proiek IC kepada pendatang Sabah oleh Mahathir tanpa pengetahuan Kabinet - DSAI

Posted: 23 Jan 2013 01:25 AM PST


KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.
Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.
"Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir)," katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
"Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung," katanya.
Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu 'task force' di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.
"Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini," kata Anwar.
Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 23 Jan 2013 09:35 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Umno bantu PR singkirkan Najib? (LM)

Posted: 23 Jan 2013 04:38 AM PST

Usaha mengenepikan Najib dari kepimpinan UMNO macam 'real' nampaknya

Terperanjat juga saya mendengar khabar-khabar angin yang berkisar hebat di kalangan UMNO yang Najib sudah sampai masa untuk diketepikan untuk menyelamatkan UMNO daripada dihumbankan oleh rakyat dalam pilihan raya ini.

SELESAI DULU MASAALAH AIR NEGERI PAHANG

Posted: 23 Jan 2013 12:35 AM PST

RAKYAT MARHAEN

Posted: 23 Jan 2013 09:29 PM PST

RAKYAT MARHAEN


Welcome to Penjara Sungai Buluh

Posted: 23 Jan 2013 09:23 PM PST

Apa gila melantun lantun korang sokong umno?

Yang bersenang lenang, PEMIMPIN UMNO
yang kaya raya ialah PEMIMPIN UMNO
yang tukang tengok melayu2 yang sokong umno
yang jumud otak di bodohkan ialah melayu penyokong umno


Apa kata buat perubahan? gua bukan suruh kayakan pemimpin PR ..

Gua nak suruh tukar kepimpinan PENYAMUN kepada kepimpinan yang lebih baik. 
yang jaga hak hak RAKYAT,
yang jaga ekonomi. yang basmi rasuah.
yang menaikkan kredibeliti badan2 kerajaan.. 
yang akan kembalikan kuasa hakim semasa zaman umno di konkong..jadi Zombi.

SPRM bebas dakwa pemimpin2 korop bukan sepertizaman edan masa umno perintah.. hanya ikan bilis di tahan.. ikan jerung bebas buat suka ..bebas melantak semahunya!

Apa gila melantun lantun korang sokong umno?

Apa korang dapat  dengan sokong umno? korang sedar tak . Korang hari2 kena bodoh kat tv3.RTM tu pun nak percaya ka? mengapa berita terlalu berat sebelah? apa pemimpin pakatan tak ada suara ka? apa tv3 terlalu takut nak jumpa pemimpin PR ka? tv tuduh pemimpin PR si polan si polan tu buat itu ini.. tapi yang bersuara tu semua bekas2.. orang yang tak kena mengena! nampak tak penipunya media pencacai umno? sebab tu korang stil bodoh melantun lantun! mengapa tv jadi begitu? tak lain tak bukan sebab arahan umno supaya SPIN berita! tu jer kisahnya.. tu pun bodoh melantun lantun dok sokong umno .. puii!!


Apa gila melantun lantun korang sokong umno?
Umno dok jerit HIDOP MELAYUU!! puii...woikk! melayu yang idop tu bukan ko!! pemimpin umno yang idop mewah!! melayu2 yang jadi pencacai tetap merempat gak! pemimpin korang sebuk kira komisyen.. sebuk rasuah orang nak tutup skandal dari kena dakwa! kalah umno dalam PRU.. penuhlah penjara sungai buluh.. tak percaya ek?

Apa gila melantun lantun korang sokong umno?

Agak2 berapa peratus baki hak milik melayu ke atas aset2 tanah dan perniagaan di Kuala Lumpur ek? cer korang amik masa 5 minit untuk korang fikir.. kedai2 di KL .. bangunan tinggi2 tu hak milik kaum mana? puii!!! hidop melayu la konon!! tu kat KL.. blom lagi gua jarah kawasan lain tuh!terimalah hakikatnya.. semua hak2 dan aset tanah dan premis2 niaga adalah hak milik kaum lain.. bukan melayu punya.. faham tak? lu kata gua bohong lu cek sendiri lah!!

Apa gila melantun lantun korang sokong umno?
Skandal2 pemimpin yang rembat bilion2 ni bila nak selesai ek? tak kan nak biarkan mcm tu jer.. dah 55 tahun beb!.. 55 tahun skandal pemimpin umno yang kaya raya tu korang nak pertahankan buat apa? temgok Khir Toyo.. asalnya seorang Dr gigi jer.. jadi MB Selgor taw2 rumah bukan main besar.. harga juta2 lak tuh.. tu bukan rembat ker namanya tuh? masuk mahkamah.. mahkamah kata dia salah.. sampai sekarang dia TAK MASUK LOKAP PUN LAGIK.. awat??? rakyat jelata yang curi susu untuk anak bernilai rm14 kena lokap 2 tahun.. pemimpin korang rembat juta2 relek jer dok kat umah tonton tv!! kaw ada??

Apa gila melantun lantun korang sokong umno?
Pendek kata.. sempena cuti mauludilrasul nih.. amik masa cuti ni untuk korang renung masa depan negara kita.. kaji selidik skandal2 pemimpin umno.. kalu kata PR ni tipu.. bukak jer laman web jabatan audit negara.. baca !! sah2 negeri2 BN lah yg paling banyak merembat!! ada tv3 nak lapor!!! ada RTM nak lapor? kaw ada??? pui!!

Senario baru selepas kekalahan BN dalam PRU13

Adakah bila PR menang pru13.. pemimpin2 umno yang kaki2 rembat.. penipu2 ni akan ke penjara?

YES!!! kita semua pastikan mereka semua ke PENJARA SUNGAI BULUH!!!! korek skandal mereka dan dakwa!! sebab merekalah yang 55 tahun menipu rakyat Malaysia dan membiarkan rakyat terima tekanan hidop yang kini membebankan!

Undilah Pakatan Rakyat.. keputusan di tangan kalian semua!!

BN PENENTU KESENANGAN RAKYAT???

Posted: 23 Jan 2013 09:16 PM PST


Dengan program BR1M,KR1M,BB1M,SL1M,PR1MA semua rakyat terus menjadi senang lenang.. Tiada rakyat yang miskin papa kedana dinegara kita.

Dahsyat dan berhantu sungguh buah fikiran Najib Razak...Dengan RM500, RM200 dan RM100 semua rakyat yang menerimanya sudah dikategorikan sebagai warga yang senang lenang..CAYALAH SAMA LU UMNO/BN.

Tiada negara dalam dunia boleh buat apa yang UMNO/BN lakukan.. SIFAR MISKIN PAPA KEDANA..Negara SERATUS PERATUS RAKYAT KAYA RAYA SENANG LENANG.

PRU13: Yang mana satu pilihan rakyat Kelantan - 7 janji atau Pakatan...!!!

Posted: 23 Jan 2013 09:11 PM PST

Janji pelaksanaan tujuh projek yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan Ahad lalu mempunyai kaitan menarik dengan kisah dua puteri zaman silam, Puteri Saadong dan Puteri Gunung Ledang.

Puteri Saadong, yang kecewa dengan tindakan suaminya bernikah seorang lagi, membawa diri sebelum membuat sumpahan tujuh keturunannya tidak akan menjejak kaki di bumi Cik Siti Wan Kembang itu.

Puteri Gunung Ledang pula menolak pinangan Sultan Melaka, Sultan Mansor Shah, walaupun baginda bertungkus-lumus untuk memenuhi tujuh tuntutannya.
Bagi Najib dan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya itu, hasil yang bakal diperoleh daripada janji tujuh projek itu adalah suatu cabaran besar.

Kegagalan Najib mencapai cita-cita untuk menawan kubu kuat Pas itu memang sesuatu yang diramalkan ramai pendeta politik, apa lagi pihak pembangkang, manakala kejayaan mencapainya merupakan suatu kejutan kepada semua.

Read More / Baca Lagi >>

Chua hanya pentingkan golongan atasan, kata MTUC

Posted: 23 Jan 2013 09:03 PM PST

Chua berkata MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 24 Jan—Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan mengecam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mempertikaikan pindaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini. Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor mendakwa sikap Chua tersebut menunjukkan dengan jelas pemimpin MCA tersebut terpaksa mengikut cakap bos mereka yang terdiri daripada orang atasan.
"MCA sebagai wakil kepada yang kaya mempunyai pilihan terhad dan terpaksa lantang untuk memenuhi permintaan bos dalam indsutri.
"Sudah difahami Chua tidak ambil kisah terhadap keperluan pekerja yang bersusah-payah setiap hari dengan gaji serendah RM500 sebulan," kata Abdul Halim.
Abdul Halim menyifatkan tindakan Chua yang memberikan kata putus kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramanian bukan mengejutkan dan menasihatkan presiden MCA tersebut untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan perkara yang dibangkitkannya itu.
"MTUC menggesa Putrajaya tidak berpatah balik dengan keputusan mereka sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sifat Sharifah dan Utusan Meloya 2x5

Posted: 23 Jan 2013 08:59 PM PST

AZABNYA WANITA INI UNTUK BERKATA,, "AKU MINTA MAAF",,  sebaliknya dia lebih suka berkata   "Aku maafkan kamu,,"   Sikap tidak mahu meminta maaf ini tak ada bezanya dengan tabiaat UTUSAN MELOYA. Mereka tidak pun meminta maaf kepada mangsa-mangsa yang pernah mereka fitnah.                                        
Seperti yang semua orang tahu Utusan Malaysia telah banyak kali ko di mahkamah akibat perbuatan fitnah mereka. Namun mereka tidak serik,,  mereka seolah berbangga menyiarkan berita palsu dan fitnah itu walaupun kerapkali  dikenakan saman malu dan  ganti rugi. Nampaknya tiada istilah insaf dan serik dalam kamus hidup Utusan Malaysia.                                                                                                              Sekadar menyebut beberapa nama,,seperti Khalid Samad, Karpal Singh,  Lim Guan Eng, Nizar Jamaludin dan terbaru DS Anwar Ibrahim,, semua mereka ini menang besar saman mereka terhadap Utusan di mahkamah. Malangnya belum pernah Utusan Malaysia meminta maaf kepada pihak-pihak berkenaan terutama mangsa fitnah.  Samalah macam sifat yang ditonjolkan Sharifah Zohra Jabeen yang tidak mahu meminta maaf kepada Bawani siswa yang dimalukannya dalam satu majlis.  -  rahimothman  

RM100 : Tunggu enam bulan lagi selesai masalah air - MP Kota Belud....dah berpuluh tahun tak selesai ..!!!

Posted: 23 Jan 2013 08:57 PM PST

Dakwa Abdul Rahman, tiada kerajaan lain memberi bantuan kewangan kepada rakyat seperti Malaysia.
KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang lantang menyokong segala dasar Umno mendapat kejutan apabila para pelajar dan ibu bapa yang sedang mendengar ucapannya bertepuk tangan pada masa yang tidak diduga.
Para pelajar dan ibu bapa bertepuk tangan ketika anggota parlimen Umno itu menyindir pihak pembangkang pada ucapannya sempena penyampaian bantuan tunai RM100 kepada para pelajar SMK Pekan Kota Belud II di sini semalam.
"Di pihak sebelah sana, mereka ini hanya pandai bercakap "undilah saya sebab BN (Barisan Nasional) menindas rakyat".." katanya disambut tepukan oleh hadirin yang sepatutnya "mengeboo" pembangkang yang cuba diperkecil-kecil oleh Abdul Rahman.
Keadaan itu memaksa beliau yang juga Setiausaha BN Sabah, berusaha keras menyembunyikan kehairanannya dengan tepukan itu.
Seperti biasa, Abdul Rahman memuji-muji hanya BN sahaja yang boleh membantu rakyat di negara ini.
Dakwanya tiada kerajaan lain di dunia yang memberi bantuan kewangan kepada rakyat seperti yang kerajaan Malaysia buat.
Mungkin beliau betul dari satu aspek.
Dakwaan tidak benar

Bagaimanapun dakwaan itu memang tidak benar sedangkan negara maju seperti England pun memberi bantuan kepada rakyatnya yang berhak.
Read More / Baca Lagi >>

BN SARAWAK IMPLODING! Taib's PBB start exposing each other's CORRUPTION

Posted: 23 Jan 2013 08:54 PM PST

BN SARAWAK IMPLODING! Taib's PBB start exposing each other's CORRUPTION
Radin Kadri Radin Budiman has done extremely well out of being a loyal BN 'youth' leader it seems, although at 47 years old he is plainly no spring chicken.
He has become known as a vocal spokesman, who claims to speak for Sarawak's youth, yet he sounds remarkably like a government mouthpiece.
Likewise, although the swaggering PBB member has taken centre stage in condemning "traitors" to the party, it turns out that he himself stands accused of being at the heart of a high level conspiracy to topple Taib, according to a dossier released by some of the Chief Minister's family members.
Radin's pivotal role comes with his organisation of the so-called 'Blue Wave' of PBB supporters, who are supposedly being paid to line up behind his youth wing and to come out in support of the planned take over by Second Planning, Resources and Environment Minister, Awang Tengah.
According to our sources, Radin has reportedly been given millions of ringgit to recruit thousands of the blue uniformed marchers to give the plotters a show of strength when the time comes. Their presence and their thuggish military style is causing considerable concern among certain ruling circles.
Show of strength – Radin marches his Blue Shirts through Sibu in September 2011
How Radin feathers his own nest
Meanwhile, we can reveal how this particular BN fat cat has made himself rich over the past several years, using a method that is typical of how the families and hangers-on around Taib have sponged off the state and the people.
Radin is married to a relative of the former BN politician and Taib crony Effendi Norwawi, who became Federal Agriculture Minister in 1999.
In that very same year Mrs Radin Siti Noralem Binti Raden Ibrahim's company Noble Mermaid Sdn Bhd was granted no less than 40 deep sea fishing trawler permits from the relevant Ministry of Agriculture.
Read More / Baca Lagi >>

RCI : Mahathir Sudah Mengaku, Jangan Babitkan Anwar

Posted: 23 Jan 2013 08:52 PM PST

SHAH ALAM 24 JAN: Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak wajar cuba mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan dalam isu pendatang tanpa izin.
Ini kerana, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sudah mengakui bahawa beliau yang terlibat secara langsung dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
"Cabaran yang dikemukakan oleh Salleh itu tidak tepat," kata Lajim yang juga mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Jelas beliau, penubuhan RCI itu mendedahkan pengeluaran kira-kira 200,000 untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing.
"Pendedahan ini akan membuka mata rakyat Sabah.
"Kerajaan BN kini tidak melindungi kepentingan rakyat Sabah tetapi lebih mahu melindungi pendatang tanpa izin dan juga yang tidak layak mendapat kad pengenalan," katanya.
Anggota panel RCI itu terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.
Turut sama, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.
Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari.

Minyak di atas daratan di Kelantan..Adakah pusat cuba rompak..!!!

Posted: 23 Jan 2013 08:50 PM PST


KOTA BHARU: Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu.

Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri.

"Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,"ujarnya.

Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.

Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Samseng : Lagi billboard PAS dibakar di Negeri Sembilan

Posted: 23 Jan 2013 08:48 PM PST

(Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar (ketiga kiri) bersama AJK MTD PAS Lenggeng dan AJK PAS Kampung Sungai Jai di hadapan Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' yang dibakar)

SEREMBAN: Sebuah lagi Billboard PAS yang  dibakar di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Sungai Jai, Lenggeng di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian disedari oleh seorang penyokong PAS, Adnan Mohamad pada pukul 11.30 pagi.

Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut baru sahaja didirikan tiga hari sebelum kejadian di hadapan kediaman Adnan.

Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata tindakan ini melihat betapa 'desperate' dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

"Jelas bahawa Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan Manifesto berbanding Barisan Nasional. Ini bukti kita telah bersedia untuk tunaikan janji negara berkebajikan pada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Najib, Satu-Satunya PM Yang Takut Dengan Pilihanraya

Posted: 23 Jan 2013 08:26 PM PST

Oleh Shahbudin Husin
Ambo nak umum dah, itulah ayat terbaru yang dilafazkan Najib mengenai tarikh PRU 13. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau cuba memberi bayangan tentang tarikh pilihanraya akan diadakan. Pihak pembangkang pula cuba meneka beberapa tarikh yang difikirkan logik untuk Najib membubarkan Parlimen. 

Tetapi semua tekaan dan ramalan itu tidak menjadi kenyataan.

Apabila beberapa hari lepas, Najib sekali lagi membayangkan tentang tarikh pilihanraya, rakyat sebenarnya tidak lagi teruja. Jauh sekali merasa suspen dan terkejut.

Tarikh piliharaya kali ini bagi rakyat sudah jadi anti klimaks. Tiada sesiapa pun yang stim dengan bayangan tarikh pilihanraya yang disebutkan Najib itu.

Ini kerana inilah kali pertama sejak Allah SWT menciptakan pilihanraya untuk Malaysia, ia diadakan di penghujung tempoh atau akhirnya mungkin terbubar dengan sendirinya. Sebelum ini pilihanraya biasanya diadakan dalam tempoh tiga tahun lebih selepas pilihanraya sebelumnya atau sekurang-kurangnya setahun lagi sebelum tempohnya berakhir.

Di era pentadbiran Mahathir, beliau biasanya mengadakan pilihanraya umum sekurang-kurangya setahun sebelum tempoh edahnya berakhir, biar bagaimana getir sekali pun cabaran politik yang dihadapinya. Pilihanraya 1990 dan 1999 misalnya, ia diadakan ketika suhu politik sedang mendidih ketika itu.

Read More / Baca Lagi >>

Dewan Rakyat tidak bersidang tanda PRU13 sudah dekat

Posted: 23 Jan 2013 08:24 PM PST


Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
SHAH ALAM - Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) begitu hampir apabila Dewan Rakyat dikhabarkan tidak bersidang seperti kebiasaannya ekoran ketiadaan surat untuk bersidang yang ditunggu-tunggu kebanyakan ahli-ahli parlimen.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, secara formal ahli-ahli Dewan Rakyat dipanggil melalui surat.

"Namun, sama ada perlu atau tidak surat itu tertakluk pada peraturan mesyuarat. Tetapi di dalam Perlembagaan tidak sebut soal ini, sama ada melalui surat atau cara lain itu bergantung pada amalan Perdana Menteri.

"Bagaimanapun, ketiadaan surat yang dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat untuk ahli dewan setakat ini, menunjukkan yang PRU13 sangat hampir," katanya semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan disamakan Tunku dengan Mahathir

Posted: 23 Jan 2013 08:23 PM PST


KUALA LUMPUR: Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara, tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita.

"Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya," ujar beliau lagi.


Saya cuba untuk mengelak hendak menulis dan memberi komen tentang isu Dr Mahathir memalitkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan isu pemberian kerakyatan kepada bangsa Cina seramai sejuta orang semasa dalam mengusahakan kemerdekaan negara dahulu. Saya gagal untuk mengelak dari membuat komen dalam isu yang di sebut oleh Dr Mahathir terhadap beliau dan saya terus menulisnya mengikut pengamatan saya terhadap isu yang disebut oleh Dr Mahathir ini.

Tunku telah lama meninggalkan kita dengan nama yang baik sebagai Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia ini. Setelah mengaku bertangungjawab terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Filipina dan lain-lain di Sabah Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak sama bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penginayaan moral yang paling buruk di lakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan kita dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

1M’sia concept laid to waste

Posted: 23 Jan 2013 07:58 PM PST

Government's policies of protecting one specific community has helped groom people with the twisted thinking that they are a superior race

Need there be more proof that the 1Malaysia concept, built by the Najib Tun Razak government, is yet another failed policy? The recent outburst of a pro-Barisan National speaker at a university forum that went viral is the perfect example of this failure.
The first thing one reads when opening a PDF format of the 1Malaysia booklet, found on the 1Malaysia.com website, is the following policy declaration by the prime minister himself:
"1Malaysia is a concept to foster unity among Malaysians of all races based on several important values that should be the practice of every Malaysian."
First of all, the launching of the concept by the BN made it clear that the previous governments had failed in cementing the unity among the diverse ethnic groups in Malaysia.
It was, in silence and under the cover of "unity", an admission that Malaysia had serious racial issues that needed to be ironed out. This kind of admission was not seen under the administration of Dr Mahathir Mohamad or Abdullah Ahmad Badawi.
In the past, Malaysia was seen as a united country, with all the ethnic groups behind the BN while only some disgruntled members of the communities supported a divided opposition.
The opposition was always the culprit in attempting to divide the nation, the races and stirring conflicts. Its members were always deemed as "traitors" of the nation. This, of course, was BN 's way of demonising the opposition.
Reversal of fortune
Read More / Baca Lagi >>

A federal government by the people for the people: WE ARE NEARLY THERE!

Posted: 23 Jan 2013 07:57 PM PST

The last weapon to save UMNO/Barisan Nasional coalition from being sent to the Opposition benches in Parliament in the 13th general elections is to force a split in Pakatan Rakyat by driving apart PAS and DAP.
It is a reflection of the degree of desperation of UMNO/BN leaders, propagandists and spin doctors about their prospects of retaining Putrajaya in the 13GE which is looming ever nearer that they  have  revealed their hand by publicly putting in black-and-white their hope and strategy.
A federal government by the people for the people: WE ARE NEARLY THERE!One of the chief UMNO/BN media spin doctors yesterday postulated that  "Pakatan parties may go own way", on the ground that  "With chances of capturing Putrajaya slim, Pas and DAP may want to just wrest the states they fancy".
He fancied:
"IS there a case to be made that DAP and Pas may be privately ditching the idea of taking over Putrajaya and are preparing themselves to keep the spoils of March 2008 instead?
"DAP, for instance, may want to be the biggest opposition group in the land, with one or two states in its hands, and Pas with its continued hold on Kelantan.
"This is especially so when the prognosis of Pakatan Rakyat's performance for the next general election is generally believed to be less sterling than what supporters are made to believe.
"Apart from hardcore and partisan supporters, sober political observers, from all sides of the political divide, share a rather common reading that the chances of Pakatan taking over Putrajaya in the 13th general election are rather slim. It is not impossible, but it is slim.
"Or, to put it another way, there is a strong likelihood that Barisan Nasional will be returned to power at the federal level."
BN victims of their own fantasy and unreal spin
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah : Keputusan Majlis Syura muktamad

Posted: 23 Jan 2013 07:56 PM PST



SHAH ALAM – Keputusan Pas berhubung isu kalimah ALLAH mengikut keputusan Majlis Syura adalah muktamad yang berasaskan kepada nas-nas dan syarak.
Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia adalah keputusan terbaik kepada semua agama dan kaum di negara ini.
Menurutnya, semua agama perlu hormati Perlembagaan Malaysia yang meletak Islam sebagai agama rasmi.
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh "Itu adalah perundangan Islam. Pas anggap isu ini telah selesai dan tidak seharusnya mana-mana umat Islam mempertikaikan perkara ini.
"Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia," katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu berhubung isu penggunaan kalimah iaitu bukan Islam boleh guna tetapi dengan syarat tidak boleh disalahgunakan.

Anwar berkata, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan keputusan Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu.

Read More / Baca Lagi >>

Banyak lagi penipuan, pembohongan UMNO/BN untuk menang PRU-13

Posted: 23 Jan 2013 07:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Rakyat Malaysia diingatkan tidak mengalihkan perhatian daripada isu penting reformasi dan pembaharuan nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana UMNO/BN pasti akan menghidangkan lebih banyak lagi penipuan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pasti akan dihujani pelbagai penipuan dan pembohongan pemimpin UMNO/BN, propagandis dan media perdana mereka tanpa sedikit pun rasa penyesalan atau keinsafan.
"Mereka tanpa rasa hormat terhadap kesengsaraan dan kesedihan keluarga dengan apa yang terjadi pada Pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng, isterinya, Irene Change dan lima anak mereka.
"Tindakan itu benar-benar keji dan hina kerana Irene tidak pernah diwawancara merungut mengenai parti dan pemimpin, namun kenyataan palsu itu diterbitkan kononnya mereka menyelar parti dan pemimpin sebagai tidak berhati perut mengenai rawatan "tumor otak" Ho Leng.
"Malah mereka juga menyatakan yang Ho Leng mengumpul RM10 juta untuk belanja pilihan raya tetapi hanya RM4 juta yang dibelanjakan sementara selebihnya RM6 juta dirampas DAP Sarawak dan Ibu Pejabat DAP.
"Ho Leng juga menyatakan laporan itu palsu dan rekaan semata-mata mengenai Irene, "tiada satu ayat pun yang benar", dakwaan RM10 juta juga tidak munasabah dan DAP membelanjakan RM1.3 juta untuk menghasilkan video klip Gangnam baru-baru ini juga tidak betul," katanya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam kenyataan media mengenai pengiraan detik 78 hari ke PRU-13, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Johor Milik PR : Marah MB, tutup bilik gerakan UMNO@BN

Posted: 23 Jan 2013 07:53 PM PST


Marah MB, tutup bilik gerakan
Bilik gerakan Umno cawangan Kampung Rumah 10 ditutup
 
PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani
Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum
dilunaskan.

"Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

"Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

"Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Lajim: Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap 40,000 Warga Sabah Dipindah Mengundi Di Selangor

Posted: 23 Jan 2013 07:50 PM PST

lajimukin
SHAH ALAM, 24 JAN : Kerajaan Negeri Selangor diseru mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan wujudnya kira-kira 40,000 'warga Sabah' yang dipindahkan sebagai pengundi di Selangor.
Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 'warga Sabah' itu majoritinya bukan yang berasal atau lahir daripada negeri itu tetapi pendatang asing yang diberi taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.
Katanya, daripada jumlah itu hanya kira-kira 20-30 peratus adalah warga Sabah yang sebenar.
"Pihak Kerajaan Selangor perlu meneliti jika ada ruang-ruang dalam perundangan untuk mendapatkan proses injuksi atau sebagainya kepada mereka ini," kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika dihubungi TVSelangor.
Ujar beliau lagi, jentera Pakatan Rakyat (PR) di Selangor perlu memperhebatkan usaha dan gerak kerja untuk mengenalpasti 40,000 'warga Sabah' itu dengan memberikan penerangan agar mereka tidak dipergunakan oleh BN.
"Tidak mustahil jika mereka-mereka ini diberikan penjelasan dan penerangan maka mereka akan berpihak kepada kita (Pakatan Rakyat).
"Sebab mereka hanya dipergunakan sahaja oleh BN untuk mendapatkan kuasa.
"Selepas itu mereka akan diabaikan dan tidak lagi diberi perhatian oleh BN jika berkuasa nanti," katanya.

Politik Samseng Dan Ganas : Gesaan bakar Injil Melayu adalah ‘wake-up call’ - Perkasa

Posted: 23 Jan 2013 07:48 PM PST

Syed Hassan juga mengesahkan Ibrahim sudah dihubungi oleh pihak polis untuk disoal siasat. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 24 Jan – Disebalik tekanan dan kemarahan pelbagai pihak berikutan dengan kenyataan Datuk Ibrahim Ali mengenai pembakaran kitab Injil, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan kenyataan presiden mereka adalah "wake-up call" kepada semua pihak bagi mengelakkan berlakunya serangan fizikal kepada pengedar kitab yang menggunakan kalimah Allah dan perkataan Arab lain. Setiausaha Agung pertubuhan tersebut , Syed Hassan Syed Ali berkata, Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan tindakan berhubung dengan kenyataannya, termasuk disoal siasat polis berikutan dengan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
"Bagi Presiden Perkasa, beliau pasti  tidak perlu bimbang apa-apa dengan semua laporan polis itu. Sebab siasatan pastinya berpandu kepada kebenaran dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Akan tetapi Syed Hassan menegaskan kenyataan Ibrahim adalah lebih kepada untuk menggelakkan kemungkinan berlakunya keganasan fizikal dan kejadian lain yang tidak diingini jika kitab Injil berbahasa Melayu diberikan kepada pelajar Muslim.
Jika ini dilihat oleh orang Islam yang menganggap ini adalah percubaan untuk memurtadkan mereka, keganasan mungkin berlaku kepada pengedar kitab tersebut.
"Saya sangat memahami kenyataan presiden saya itu kerana kenyataan tersebut dibuat adalah sebagai 'wake-up call' kepada semua pihak bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Itu yang presiden bimbangkan kerana jika berlakunya kejadian seperti itu akan tergambar sudah berlaku serangan fizikal antara penganut berlain agama dlm negara ini. Ini tidak baik utk negara," katanya.
Syed Hassan juga mengesahkan Ibrahim sudah dihubungi oleh pihak polis untuk disoal siasat setelah pihak polis menerima laporan polis dari beberapa pihak termasuk Pengerusi DAP Karpal Singh.
Siasatan akan diadakan dalam satu dua hari lagi, tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Main Politik Lawat Gaza, Selepas Tidak Iktiraf Hamas

Posted: 23 Jan 2013 07:47 PM PST


SHAH ALAM, 24 JAN: Keikhlasan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza semalam dipersoalkan kerana sebelum ini Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf parti Hamas sebagai kerajaan yang dipilih rakyat Gaza.
Ini sekaligus menunjukkan dasar luar kerajaan BN tidak konsisten serta tidak menghormati prinsip hak berdemokratik, kebebasan dan keadilan rakyat negara bergolak itu.
Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, dasar luar yang ditunjukkan Pakatan Rakyat (PR) lebih konsisten, berteraskan demokratik dan mengangkat agenda penting seperti kebebasan dan hak asasi manusia.
"Kerajaan BN lebih suka tunduk kepada kepentingan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tanpa melihat isu sebenar," kata beliau kepada TV Selangor.
Yusmadi turut menggesa agar kerajaan mencontohi Turki yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.
"Dasar luar negara dalam isu ini tidak membanggakan," ujar Yusmadi.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam kenyataannya turut mengkritik lawatan Najib ke Gaza yang menurutnya lawatan itu hanya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin.

Terbukti UUM merupakan UNIVERSITI UMNO MALAYSIA..!!!

Posted: 23 Jan 2013 07:51 AM PST

UMNO memperalatkan kampus untuk kepentingan parti.
Poster di atas adalah program yang dianjurkan oleh MPP UUM yang mana diberi nama Bakti Siswa, program ini diatur oleh pihak pentadbiran UUM iaitu pihak HEP dan digerakkan oleh MPP UUM, perlu diketahui program bakti siswa ini dijalankan secara berkala dan merupakan program wajib kepada pihak MPP UUM.
Program Bakti Siwa ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat dan merupakan salah satu cara untuk menerap nilai prihatin kepada masyarakat. Program ini dipromosikan secara langsung oleh pihak MPP UUM di kampus untuk menarik golongan mahasiswa untuk turun bersama dalam program ini. Program yang dianjurkan oleh pihak MPP sebelum ini sering dicurigai kerana dilihat ada anasir-anasir politik luar kampus yang ingin didoktrinkan kepada mahasiswa dan peserta program terbabit. 
Perkara ini dilihat bertentangan dengan pendirian yang sering mereka war-warkan iaitu pihak MPP bebas dari kawalan politik luar kampus. Namun kali ini, program ini dapat dilihat dengan jelas telah disalah guna oleh pihak UMNO sebagai alat untuk mereka berkempen menjelang pilihanraya umum ke 13 (PRU 13). Masakan tidak, jika lambang dan nama mereka dicanang dengan "zahir" sekali di dalam program ini, jika pihak mereka ingin menafikan keterlibatan mereka dengan UMNO, kami mahasiswa prihatin terbuka untuk memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan perkara ini walaupun sudah terang lagi bersuluh.
Read More / Baca Lagi >>

Sajak : Oki Merindui Kelantan Lagi | Oki Setiana Dewi [Bicara Selebriti 7]

Posted: 23 Jan 2013 07:44 AM PST

Fakulti Penjanaan Bebalisme: Sebutir satira

Posted: 23 Jan 2013 07:42 AM PST

Oleh Muhammad Nazreen
Pakar pengajian sosiologi terkemuka, Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas pernah mengemukakan konsep ilmiah bagi merungkai kitaran gejala pembodohan yang berlegar-legar di medan masyarakat. Beliau mencipta suatu istilah yang digelar 'bebalisme' di dalam bukunya, "Intelektual Masyarakat Membangun"  yang diterbitkan lewat tahun 1992.
Bebal tidak bermaksud bodoh dan jahil akan sesuatu keilmuan dan kemahiran. Bebal bermaksud sejenis penyakit yang merebak di kalangan orang cerdik pandai, yang tidak mahu memanfaatkan pengetahuan yang ada pada dirinya. Konsep 'bebalisme' menerangkan gejala pembodohan yang menjangkiti golongan bijak-pandai, kerana sikap mereka yang malas berfikir dan melakukan sesuatu perkara yang tergesa-gesa, khususnya kerana takut atau mahu mengampu pemerintah.
Kuasa hegemoni minda 'lebih kurang' yang bermula daripada zaman Dr Mahathir Mohamad kini meninggalkan penyakit 'la'ih minda', 'bodoh sombong', 'egoistik' dan kadang-kadang 'biadap' seperti seorang manusia yang menjerit 'listen, listen, listen, listen…".
Untuk mendalami ilmu wasilah tentang epidemik 'bebalisme', penulis bercadang untuk menghayati psiki 'bebalisme' yang ketara dan kelihatan di bawah projek penjanaan bebal Barisan Nasional.
Bayangkan jika ada iklan kemasukan pusat pengajian tinggi sebegini:
Read More / Baca Lagi >>

Anwar the choice of new & 1st-time voters, Najib not that popular despite HYPE

Posted: 23 Jan 2013 07:39 AM PST

Anwar the choice of new & 1st-time voters, Najib not that popular despite HYPE
There is only one percentage point separating Prime Minister Najib Abdul Razak and Opposition Leader Anwar Ibrahim in a survey as the two go head-to-head in an election expected to be called within weeks.
The survey conducted by Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections (Umcedel) gives Najib a slight lead of 43 percent against Anwar's 42 percent as the 'most qualified to be prime minister'.
Two other leaders were included in the survey, with PAS president Abdul Hadi Awang ranked third (26 percent) while Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin finished last (22 percent).
Abdul Hadi ranked highest in negative votes among those survey (46 percent), followed by Muhyiddin (42 percent).
NONE
Among the Malays, Najib is the most popular (46 percent), followed by Abdul Hadi (36 percent), Anwar (34 percent) and Muhyiddin (26 percent).
The results are different among the Chinese. Anwar is by far the most popular (61 percent), followed by Najib (35 percent), Muhyiddin (15 percent). Abdul Hadi is the least popular, garnering a mere two percent.
Umcedel survey team leader Prof Mohd Redzuan Othman also noted that Najib's approval rating is on the slide, garnering 54 percent in this latest survey compared with 61 percent in March-April 2012 and 58 percent last September.
Read More / Baca Lagi >>

Comments:

There are 0 ulasan for Pakatan Rakyat

Catat Ulasan