Jumaat, 18 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 17 Jan 2013 11:47 PM PST

Suara Sri Andalas


Konspirasi, Sabotaj Untuk Wujudkan Krisis Air Di Selangor

Posted: 17 Jan 2013 01:00 AM PST


PETALING JAYA: Kerajaan Selangor hari ini tidak menolak wujud unsur konspirasi melibatkan gangguan air ekoran kegagalan operasi di rumah pam Wangsa Maju pada Disember 29 lalu.

"Kecurigaan kita berdasarkan logik dan fakta bagaimana kelima-lima buah pam termasuk dua  buah pam tambahan di rumah pam Wangsa Maju tersebut rosak secara serentak," kata Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Dalam pada satu kenyataan media, Dr Xavier berkata beliau juga mempertikaikan kenyataan Syabas bahawa mereka menjalankan perkhidmatan berkala terhadap pam-pam tersebut sedangkan buku log tersebut tidak ditemui.

"Kita juga sedang menunggu keputusan siasatan Jabatan Kimia terhadap sampel air Sungai Semenyih tersebut," tambah beliau.



"Apa yang jelas, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkit isu air di Selangor, maka berlakulah gangguan air di beberapa kawasan di negeri ini.

"Kami kerajaan negeri tidak pasti sama-ada ianya berlaku secara kebetulan atau satu konspirasi yang telah dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.," katanya.

Xavier juga berkata ekoran wujudnya unsur konspirasi dan sabotaj tersebut ekoran dua kejadian terdahulu , kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor  sedang memantau secara dekat  operasi harian dua buah loji pembersih air yang besar di Sungai Kapar Indah dan Sungai Langat yang membekalkan hampir 60 peratus  bekalan air di Lembah Kelang.

Beliau juga menekan bahawa Pengerusi Puncak Niaga dan Syabas Tan Sri Rozali Ismail perlu bersikap lebih professional dan berhemah dalam urusan membekal air terawat kepada rakyat Selangor.

Letak jawatan seperti Dr Ani Arope

"Sebagai pengerusi sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham  menjadi tanggung jawab beliau untuk mempastikan rakyat Selangor mendapat perkhidmatan dan bekalan air yang berterusan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Xavier menambah Rozali seharusnya memastikan bahawa semua pam air di rumah pam dan peralatan di loji-loji di bawah kendalian Syabas sentiasa diselenggara secara berkala bagi memastikan tidak berlakunya gangguan bekalan.

Menurut Xavier lagi, Rozali sepatutnya mempunyai keberanian mengambil tanggungjawab seperti dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Dr. Ani Arope meletakkan jawatan ekoran insiden  'bergelap 12 jam' , semasa  bekalan letrik terputus di seluruh negara  pada 3 Ogos 1996.

"Tetapi apa yang berlaku ialah Najib bukan sahaja tidak berani menegur Rozali di atas ketidakcekapan pengurusan Syabas sebaliknya mengatakan bahawa masaalah air di Selangor akan selesai sekiranya rakyat Selangor memilih BN dalam piliharaya umum akan datang."

"Jelas kepada kita bahawa kerajaan Najib mempertahankan kepentingan sebuah syarikat komersil yang berpaksikan keuntungan dan sebaliknya tidak menghormati kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat Selangor," tambahnya.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan (ransom) untuk merampas tampuk pentadbiran negeri.

Rata-rata rakyat Selangor diperingkat akar umbi mengetahui dan sedar bahawa Syabas 'dipergunakan' untuk mereka-cipta gangguan bekalan air demi kepentingan agenda politik pemimpin BN untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Selangor Sedia Bantu Penduduk Tuntutan Mahkamah Daripada Syabas

Posted: 16 Jan 2013 01:15 AM PST


SHAH ALAM 16 JAN : Kerajaan Negeri sedia membantu penduduk di beberapa kawasan yang mengalami gangguan bekalan air untuk mengemukakan tuntutan mahkamah daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air sejak dua minggu akibat kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju.

Syabas juga didakwa cuai kerana kesemua lima pam termasuk dua pam dalam simpanan (standby pump) rosak dan keraguan timbul apabila dua pam yang jarang digunakan turut rosak menunjukkan syarikat konsesi air itu gagal menyelenggaranya dengan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan daripada Geran Selangorku untuk membiayai penduduk yang ingin mengemukakan tuntutan daripada Syabas di mahkamah.


Katanya, penduduk berhak mengemukakan tuntutan di atas kegagalan Syabas menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada penduduk.

"Rakyat boleh memfailkan tuntutan di mahkamah dan Kerajaan Negeri akan membantu melalui Geran Selangorku untuk membela perkara-perkara yang tidak adil," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor yang dipengerusikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi akan memantau operasi Syabas setiap hari terutamanya pelan tindakan dan pemulihan air syarikat itu.

Jawatankuasa tersebut juga telah meminta penjelasan daripada Syabas mengenai kegagalan rumah pam dan penyelesaian jangka pendek dan panjang gangguan itu.

Sumber: Selangorku

Selangor Sekat Capex Kerana Syabas Tak Tepati Perjanjian 2004

Posted: 16 Jan 2013 01:00 AM PST


SHAH ALAM 16 JAN: Kerajaan Negeri menyekat Perbelanjaan Modal (Capex) kerana Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam Akta Perjanjian Penswastaan Air 2004.

Syarikat konsesi itu didakwa tidak menggunakan kaedah tender terbuka dalam perlantikan kontraktor untuk kerja-kerja penyelengaran dan membaikpulih sistem pengagihan air.

Sebaliknya dakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Syabas menggunakan kaedah pemberian terus yang mengikut Laporan Ketua Audit Negara, tidak digalakkan.

Abdul Khalid juga berkata Syabas gagal dalam usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 15 peratus seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian penswastaan air 2004.


Kata Abdul Khalid, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk tidak meluluskan Capex kerana kerja pembaikpulih yang dilakukan Syabas adalah terhadap aset perkhidmatan air yang dimiliki Selangor.

Abdul Khalid berkata, permohonan dan penggunaan Capex mesti mengikut prosedur iaitu melalui proses tender terbuka dan bukannya pemberian terus kerana ianya melibatkan dana Kerajaan Negeri.

"Bagi sesetengah kes, Kerajaan Negeri sedia menggunakan dana negeri untuk Capex tetapi ia mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan," katanya.

Katanya, Syabas turut dikritik oleh laporan Ketua Audit Negara kerana tidak melakukan proses tender terbuka dengan mengatakan ia bukanlah tindakan yang bijak untuk digunakan.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita ketika sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mendakwa Syabas gagal menyediakan pelan jangka pendek dan panjang bagi mengenalpasti kawasan yang mempunyai kadar NRW yang tinggi.

NRW adalah air yang hilang semasa proses pengagihan disebabkan terutamanya paip bocor atau dicuri.

Sehingga kini, Syabas masih gagal menurunkan tahap NRW daripada lebih 30 peratus kepada 15 peratus seperti perjanjian 2004 itu.

Sumber: Selangorku

Dahulu Rakyat Tolak Penjajahan British, Sekarang Rakyat Tolak Penjajahan Umno-BN

Posted: 15 Jan 2013 05:00 PM PST


BATANG LUPAR, 15 JAN : Rakyat Sarawak sekarang dilihat sudah bersedia menolak Umno-BN sebagaimana rakyat dahulu menolak penjajahan British suatu ketika dahulu bagi mencapai kemerdekaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu bukan sangsi lagi berikutan sokongan yang diberikan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Rakyat(PR) semakin meningkat pada masa kini.
Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan terhadap PR membuktikan rakyat Sarawak bersedia melakukan perubahan.

"Sambutan yang baik diterima PR membuktikan rakyat bersedia mahukan perubahan. Dahulunya rakyat tolak penjajahan British, sekarang rakyat tolak penjajahan Umno-BN yang sudah mentadbir lebih 50 tahun," katanya selepas menghadiri program ceramah dan mesra rakyat di Kampung Maludam, di sini.



PR yakin mampu mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Sarawak dari pimpinan Umno-BN dengan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Program itu adalah bersempena lawatan kerja Menteri Besar Selangor ke beberapa daerah di Sarawak bagi mendekatkan diri kepada pengundi sebelum menjelangnya PRU-13 nanti.

Lawatan itu turut disertai Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Sebagai rekod dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 yang lalu PR memenangi 15 kerusi DUN. Kesemua kerusi di dimenangi DAP sebanyak 12 kerusi manakala PKR 3 kerusi.


Kalau Nak Maju Macam Selangor, Sarawak Harus Pilih Pakatan Rakyat

Posted: 14 Jan 2013 05:30 PM PST


SARATOK, 14 JAN : Rakyat Sarawak disarankan supaya memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang supaya negeri mereka dapat mengecapi kemajuan seperti di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor bukan hanya terkenal sebagai negeri maju, malah rakyatnya juga berpeluang menikmati hasil kekayaan negeri sejak PR memerintah.

Bermula dengan pemberian air percuma 20 metre padu, Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor kini dapat merasai berbagai nikmat dari program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


Malah jelasnya, simpanan tunai negeri juga kian meningkat kepada RM 2.5 bilion berbanding RM 400 juta semasa zaman pemerintahan Kerajaan UmNo-BN Selangor dahulu.

"Umno-BN kata negeri Selangor akan bangkrap kerana menggunakan rizab simpanan negeri untuk memberi air percuma dan pelbagai bantuan lain kepada rakyat.

"Sudah empat tahun kita laksanakan, tetapi negeri tidak bangkrap, malah hasil negeri terus meningkat.
"Kalau kita boleh laksanakan semua perkara ini di Selangor, mengapa tidak di Sarawak dan seluruh Malaysia?

"Jadi inilah masanya untuk rakyat membuat perubahan," katanya semasa menyampaikan ceramah di Pekan Saratok, malam tadi.

Ceramah itu turut disertai Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Krian, Ali Biju.

Tambahnya, PRU-13 adalah masa terbaik untuk rakyat menolak Kerajaan Umno-BN dan memberi peluang kepada PR mengambil alih tampuk pemerintahan dengan membawa pembaharuan.

"Rakyat akan menerima lebih banyak manfaat jika PR memerintah. Kita sudah tunjukkan di Selangor.


Rakyat Sarawak Akan Menerima Hak Tanah Sekiranya Pakatan Memerintah Nanti

Posted: 14 Jan 2013 05:00 PM PST


SARATOK, 14 JAN : Seperti di Selangor, rakyat Sarawak bakal menerima hak pemilikan tanah sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ini kerana menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dan memiliki banyak hasil tanah, namun rakyat tidak diberi peluang untuk mengerjakannya.
"Walaupun Sarawak merupakan negeri yang kaya, namun rakyat tidak dapat merasai pembangunannya.

Salah satu tanggungjawab jika kita menang di Putrajaya, kita mesti tunjukkan bahawa rakyat Sarawak akan menerima hak pemilikan tanah dan diberikan tanah supaya mereka dapat memilikinya.


"Dengan cara itu bukan sahaja mereka memperoleh pendapatan, tetapi mereka juga akan dapat membangunkan keluarga dengan cara yang lebih baik," katanya semasa merasmikan Rumah Unding di Ulu Krian, di sini semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar serta Adun Krian, Ali Biju.

Rumah Unding yang memilki 20 unit (pintu) itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menghulurkan sebanyak RM 360,000 untuk membinanya.

Lebih 200 penduduk rumah panjang itu yang kehilangan kediaman setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun dahulu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menegaskan pembangunan yang baik merujuk kepada cara sesebuah kerajaan itu menurunkan kekayaan negara kepada semua rakyat.

"Dalam pembangunan negara, yang penting ialah bagaimana kita boleh turunkan kekayaan harta benda kepada rakyat kerana kalau negeri kaya tetapi rakyat miskin, maka pembangunan itu tidak betul.

"Saya harap inilah yang dapat Kerajaan Pakatan Rakyat usahakan jika berjaya mentadbir negara kelak," katanya lagi.


Anwar Ibrahim

Posted: 17 Jan 2013 07:18 PM PST

Anwar Ibrahim


Pesta Ponggal Wilayah Persekutuan & Siri Jelajah Merdeka Rakyat Ke Selangor Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Jan 2013 05:23 AM PST

20 Januari 2013 (Ahad)

1) 6.00 – 10.00 mlm – Pesta Ponggal

Lokasi: Pejabat KeADILan Lembah Pantai, Taman Seri Sentosa,
Lembah Pantai (Hadapan Checkers Hypermarket)

2) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Lokasi : Padang Bolasepak Damansara Damai, Sungai Buloh

3) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Nurul Izzah Anwar
iii. YB Elizabeth Wong Keat Ping
iv. YB Sivarasa Rasiah
v. YBhg Ustaz Sallehen Mukyi

Lesson from ‘listen, listen, listen’

Posted: 17 Jan 2013 12:40 AM PST

Malaysiakini
Azly Rahman

As a student of Cultural-Philosophical Studies with a passion in radical educational change framed within the context of cybernating-hypermodern societies such as Malaysia, I see the “Bawani-Zohra Affair” as emblematic of a nation gone berserk on the issue of freedom of speech and the culture of dialogue and public discourse.

We are in an ‘amuck-latah’ mood. The nation, at least in cyberspace, is furious (amuck) of what happened, and the protagonist of the propaganda machine fumbled big-time (latah) assuming that the teaching techniques of the “top-down, humiliate-first, no-apologies later” of many a Biro Tata Negara speaker can still be deployed unreservedly onto university students at the time when amateur videos can go viral, when tweets can flow like a tsunami, and when Facebook pages can be created in a fraction of seconds.

That’s the mistaken assumption – that the Frankenstein called “social media technology” will also not run amuck helping those silenced to have their poetic justice, and those humiliated to become an honourable being raised to the level of stardom, overnight.

It is said that at times, you do not need to find the revolution – for the revolution will find you. The revolution found both Bawani and Zohra in such an 'absurd’ way, such as in many of the plots of French surrealist dramas like Eugene Ionesco’s rhinoceros running wild on the city streets, and Kafka’s character moving from desolation to awareness in “Metamorphosis”.

The timing was perfect, like that storm brewing right after the almost-a-million Malaysian march to take over Putrajaya; after the Deepak drama which was over-played, overdosing even the older folks; after the successes of all those Bersih rallies, and many other watersheds upon watersheds of consciousness-raising events, and ultimately, after the last hurrah circa GE13 – all these ripened the relevance of the fateful “Bawani-Zohra” rendezvous.

Hence, Malaysians saw not only an explosion of anger, but one that fuelled tremendous amounts of creative products, mainly in the realm of multimedia (music videos, Facebook and Internet posters, audio and video materials, and the production of other forms of creative artifacts inspired by the mantra “listen-listen-listen…”).

That is my observation, albeit too, as a ‘participant-observer’ who managed to contribute to the dialogue through my public writings here on Facebook, and in my other column in Malaysia-Today.

I have always found examples of the chaos and complexity theory at work in these kinds of phenomena; the “butterfly effect” of Malaysian public discourse, which must be framed in its most kaleidoscopic and multidimensional way.

Mind-controlling machinery?

In this case, a simple few minutes of verbal exchange in a dialogue on a campus situated way up in the “boonies” as the Appalachians in Ohio would say, can have far-reaching impacts up till now, leading to even the fall of the Barisan Nasional regime that has, for the last 30 years, been using the universities as a place wherein the human mind – of student, staff, and even faculty – would essentially need to “shut up and listen-listen-listen”.

At the same time, the leaders will be carrying big sticks and speaking not-so-gently, so that the entire mind-controlling machinery can function effectively while being devoid of critical sensibility.

For too long, society has allowed such stupefication to happen via the work of government-controlled propaganda-producing agencies trained in Soviet-styled mind-bending, mind-numbing, and mind-emptying strategies so that the dying ideology of one-race dominancy in the self-glorified, ill-intentioned '1Malaysian’ sloganism can prevail.

Even when the world outside has mutated multiple times and gone through the process of adaptations as a consequence of globalisation and the continuing relevancy of cosmopolitanism.

I don’t know, these are my ramblings for the day, folks… my Joycean stream-of-consciousness mood speaking:
Watching how the Mandelbrott set of Malaysian universities will play out; watching how the butterflies in this absurd drama will flap their wings; and watching how the ancient Malay dialectics of deadly dualism will be spoken.
The “amuck-latah” syndrome will be transmutated into newer forms in a hypermodern society – in a bipolar Malaysia trying to live in accordance with an ill-constructed '1Malaysia’ while society is firmly destroyed by implosive devices akin to the famed 'C4′ used to end the life of a young Mongolian mother of a very young child some time ago, when truth was still a corpse waiting to come alive.

I don’t know, but there are now minds in those Malaysian universities that are refusing to just “listen-listen-listen” …until the truth explodes and destroys the creators of falsehood.

Please share your thoughts… humbly of course.

But where do we go from here?
====

DR AZLY RAHMAN, who was born in Singapore and grew up in Johor Baru, holds a Columbia University (New York) doctorate in International Education Development and Master’s degrees in the fields of Education, International Affairs, Peace Studies and Communication. He has taught more than 40 courses in six different departments and has written more than 300 analyses on Malaysia. His teaching experience spans Malaysia and the United States, over a wide range of subjects from elementary to graduate education. He currently resides in the United States.

Azmin: Sabah RCI Testimony Proves Dr M a Traitor

Posted: 16 Jan 2013 09:48 PM PST

Malaysiakini

Allegations of a 'citizenship-for-votes' scheme heard at the royal commission of inquiry (RCI) on Sabah immigrants yesterday proves former PM Dr Mahathir Mohamad is a traitor to the country, said PKR.

"We are following the developments and witness testimonies closely; several shocks have emerged, names have been named, and these are not surprising to us," said PKR deputy president Azmin Ali.

"We truly understand this represents a planned effort headed by the then prime minister (left), and to me he is a traitor to the country for given identity cards (IC) to foreigners just to shore up Umno's political power," he said at a press conference at PKR headquarters in Petaling Jaya today.

He pointed out that all the agencies implicated in the allegations were under the Prime Minister's Department at the time.

Yesterday, several former National Registration Department (NRD) officers told the RCI in Kota Kinabalu that they were instructed to facilitate immigrants to vote during the 1990s and help install a BN-friendly state government.

These operations ranged from issuing IC receipts of existing voters to immigrants to issuing blue identity cards to unqualified immigrants.

When contacted for comment, EC chairperson Abdul Aziz Mohd Yusof said he would seek further information from his officers on what was said at the RCI before responding to the claims.

Khairy Jamaluddin Menarik Balik Tuduhannya dan Mengesahkan Watak Perkauman UMNO

Posted: 16 Jan 2013 08:36 PM PST

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa "beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat".

Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato' Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian ( Settlement Terms ) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut:

"Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved."

Khairy dan Pemuda UMNO sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah "pengkhianat perjuangan Melayu" dan "boneka Amerika Syarikat dan Yahudi".

Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini.

Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah:

"Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu.

Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya."

Bukan sahaja beliau menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini.

Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut:

"Pilihanraya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?"

Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam UMNO sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar.

Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian awalnya yang memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007.

Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini.

Kenyataan – kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya.

Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan – kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi.

Setelah meneliti kenyataan – kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur – unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula kepada Mahkamah.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
17 Januari 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 17 Jan 2013 11:51 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Tuntut pendidikan percuma, Anwar ‘tabik’ keberanian mahasiswa

Posted: 16 Jan 2013 09:39 PM PST


KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.
Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.
"Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! 'Salute' dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!," kata Anwar dalam facebooknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.
Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.
Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.
Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.
Sharifah kemudian berkata 'listen' kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.
Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43240

Mahu kaut untung, pelajar dipaksa beli buku mahal di sekolah

Posted: 16 Jan 2013 09:38 PM PST


(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 15 Jan: Beberapa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak berpuas hati dengan arahan pihak sekolah yang mewajibkan pembelian buku tulis bersaiz A4 di sekolah, jauh lebih mahal berbanding kedai biasa.
Perkara itu diadu ramai ibu bapa kepada Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.
Menurut aduan yang diterima, kata Yahya, mereka dipaksa membeli empat set buku tulis yang berbeza daripada buku tulis biasa, berharga RM2.40 setiap satu menerusi kedai koperasi sekolah.

"Buku tersebut dibekalkan oleh Edaran Pro Dinasti yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM).
"Penjualannya mendapat keizinan daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)," jelas Yahya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Menurut Yahya, penjualan buku tersebut melibatkan semua sekolah menengah di seluruh negara dan sebahagian sekolah rendah.
"Mengikut anggaran, setiap tahun bilangan pelajar sekolah menengah lebih 2.3 juta. Bermakna anggaran jualan yang akan diterima berjumlah RM19,200,000, iaitu anggaran dua juta pelajar x RM9.60 (4 buku x RM2.40)," jelas Yahya menyatakan tindakan itu semata-mata bagi mengaut keuntungan kepada kroni.
Katanya, KPM, JPN dan MPSM patut menjadi badan yang membolehkan bekalan buku serta alat tulis di koperasi sekolah dijual dengan harga lebih murah.
"Kalau di kedai biasa, buku saiz tersebut boleh dibeli dengan harga RM1.70 sehingga RM1.80. Tapi di koperasi sekolah sampai RM2.40 hingga RM2.50," katanya.
Beliau juga mendapat aduan PIBG dan ibu bapa berhubung pembelian buku lembaran kerja atau buku latihan.

"Ada ibu bapa menyatakan cikgu langsung tidak gunakan buku yang dibeli. Kalau ada pun hanya dua hingga tiga muka surat sahaja. Tidak cukupkah dengan hanya gunakan buku teks? Apakah buku teks yang dibekalkan KPM tak cukup baik?" soalnya.
Ibu bapa juga mengadu isu harga makanan dan minuman serta kualiti di kantin sekolah yang menurutnya sering menjadi pertikaian.
"Sebagai contoh, beberapa kantin sekolah menjual seketul nugget dengan harga 50 sen sedangkan di pasar malam boleh diperolehi empat atau tiga ketul dengan RM1.00. Begitu juga harga segelas air dijual RM1.00," kata Yahya.
Beliau menyeru semua badan yang terlibat dengan institusi sekolah mengambil langkah terbaik bagi menangani isu-isu tersebut.
"Isu ini mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tapi semua orang merasai bebanan itu. Apa lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah mempunyai ramai anak yang bersekolah," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43217

Lagi pertembungan Sharifah Zohra & Bawani di forum 22 Jan

Posted: 16 Jan 2013 09:23 PM PST


Satu rakaman video petikan dari forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik"yang telah berlangsung di UUM baru-baru ini telah tersebar dan begitu menarik perhatian.
Seorang mahasiswi saudari Bawani telah bangkit bertanyakan soalan dan kelihatan seseorang yang dikenali sebagai puan Sharifah Zohra Jabeen yang bertindak selaku moderator telah turun sehingga menarik mikrofon dari Bawani.
Tindakan ini dilihat kurang matang malah beliau yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia telah bertindak memalukan Bawani hanya kerana mahasiswi itu menyatakan soalan yang jelas bercanggah dengan beliau.
Sememangnya SAMM juga kesal dengan kejadian yang berlaku seharusnya di institusi pengajian tinggilah tempat seharusnya percanggahan pendapat dibincangkan dan disuburkan.
Namun apa yang berlaku dalam forum tersebut menggambarkan sebenarnya situasi sebenar dalam kebanyakan IPT negara. Ini menjadi antara punca 'rangking' IPT negara semakin menjunam di mata dunia.
Perbagai respon muncul, sehingga nama #Bawani dan #Zohra menjadi trends dalam laman (antarabangsa) blog mikro twitter.
Amat menyedihkan respon sama ada menyokong Bawani atau pun Zohra ada kelihatan agak melampau sehingga mengheret sentimen perkauman. Umno yang selama ini rapat dengan Zohra kelihatan cuba menjauh diri dengan beberapa penafian pimpinan Umno yang menyatakan Zohra ada kaitan dengan Umno tetapi menyatakan Zohra hanya pemimpin wanita KIMMA sebuah parti politik yang turut bernaung dibawah Bn.
Walaupun tidak bersetuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak bersetuju dengan regim penguasa untuk keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat.
Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu.
Maka SAMM telah menghantar satu surat pelawaan untuk diadakan satu forum seperti berikut;
Forum     : Kebebasan Akademik dan Hak Asasi
Tarikh    : 22 Januari 2012
Masa      : 8.30 malam
Tempat     : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
3 Panelis dinamakan sebagai panel forum ini dan sudah dihantar jemputan kepada mereka iaitu Puan Sharifah Zohra Jabeen, Saudari Bawani dan Dr. Maszlee Malek.
Diharapkan semua panelis khususnya Bawani dan Zohra dapat dengan jiwa besar untuk menerima pelawaan ini demi sama membina persekitaraan yang membina anak muda Malaysia.
Wan Noor Farel Azli Wan Haron
Pengarah Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43295

Bekas Pengarah JPN dedah Megat Junid arah beri IC pada pendatang

Posted: 16 Jan 2013 09:21 PM PST


KUALA LUMPUR 16 Jan: Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ramli Kamaruddin mendedahkan, beliau mula merekrut pengundi hantu selepas secara peribadi menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, Ramli mendakwa, beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.
Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan Persekutuan.
Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi membolehkan mereka mengundi.
Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau. – Malaysiakini
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43332

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 17 Jan 2013 11:36 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Pasca KL112

Posted: 16 Jan 2013 07:39 PM PST


Penjara di Malaysia sesak akibat tiada hukuman alternatif?

Posted: 16 Jan 2013 07:36 PM PST



Penjara sesak akibat tiada hukuman alternatif atau kerana tidak menghukum pesalah yang beragama Islam mengikut hukuman yang disyariatkan Islam?

Penjara sesak akibat tiada hukuman alternatif
Kosmo 17 Jan 2013

KUALA LUMPUR - Kurang menggunakan hukuman alternatif lain berbanding penjara dan skim banduan prabebas adalah antara punca penjara di Malaysia sesak.

Anggota Majlis Eksekutif Pusat Antarabangsa Undang-Undang dan Pengajian Perundangan (I-Cells), Prof. Dirk Van Zyl Smit (gambar kecil) berkata, kajian I-Cells mendapati daripada sejumlah 37,625 banduan pada 2011, seramai 12,338 orang adalah mereka yang menjalani hukuman penjara di bawah lima tahun.

"Bagi tempoh sama, seramai 6,927 banduan merupakan warga asing yang melakukan kesalahan imigresen atau jenayah ganas," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk The Malaysian Criminal Justice Audit: Preliminary Findings pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan