BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 22 Januari 2013 at 3:37 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 22 Jan 2013 01:05 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Melayu Johor paling miskin, Melayu mana kaya? — Nasrudin Hassan

Posted: 21 Jan 2013 07:06 AM PST

21 JAN — Kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas yang menyifatkan Melayu Johor paling miskin di Malaysia menarik perhatian ramai. Hujahnya kerana kos sara hidup di Johor semakin meningkat ekoran ramainya orang asing datang ke negeri itu dan menduduki Iskandar Malaysia sehingga lebih 80 peratus. Katanya Orang Melayu Johor sudah [...]

Posted: 21 Jan 2013 06:51 AM PST

KOTA BHARU: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu. Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh [...]

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 21 Jan 2013 09:43 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Sabah Terima Permohonan Tubuh Cawangan Baru

Posted: 21 Jan 2013 06:23 PM PST

SANDAKAN: Ibarat belum pun reda menahan penat dan lelah, PAS Sabah terus dihujani permohonan demi permohonan untuk menjadi ahli di kalangan para belia dan juga warga veteran.

Terbaru, PAS Sabah menerima dua lagi permohonan bagi menubuhkan cawangan PAS di Pulau Terong dan Pulau Timbang dalam Parlimen Batu Sapi.

Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hamzah Abdullah yang berkongsi kegembiraan tersebut menjelaskan mengenai niat dan minat yang mendalam rakyat terutama di Batu Sapi terhadap PAS.

"Kami menerima permohonan ini dengan hati yang terbuka, dan semestinya berasa gembira dengan kehadiran ini.

"Ini turut membuktikan bahawa PAS terus mendapat tempat di hati masyarakat," ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Permohonan penubuhan cawangan tersebut disampaikan oleh wakil bagi setiap cawangan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sempena Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS yang diadakan di Hotel Sandakan, dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu serta beberapa lagi Ahli Jawatankuasa PAS Negeri dan Kawasan.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Jan 2013 09:26 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Dato Seri Anwar di N.Sembilan pada 27 Jan 2013

Posted: 21 Jan 2013 04:36 PM PST



CERAMAH MAULIDUR RASUL
Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW
Tarikh : 24 Jan 2013, Khamis
Masa : Maghrib
Tempat : Markas Besar PAS Kawasan Kuala Pilah (depan Sekolah TMS)
Bersama : YB Dato Dr Nik Mazian Nik Mohamad , ADUN Gual - Kelantan
Semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut hubungi Zahar 012-6167819

MAJLIS HI-TEA DAN SANTAI BERSAMA PEMIMPIN
Bersama : YB Dr. Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor), Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Asmuni Awi
Tempat : Taman Bukit Margosa
Tarikh :  27 Jan 2013, Ahad
Masa : 4 ptg
Kupon : RM10
Hubungi Firdaus 017-6913547 , 019-6278148 Rahman 019-9430224
Anjuran : Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

MAKAN MALAM BERSAMA DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Tarikh : 27 Jan 2013, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Rumah Tok Omar, Kg Temeris, Senaling, N.Sembilan
Kupon : RM10
Hubungi Zahari 012-9367710 , Zuraini 013-6013990
Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Senaling

Semarak Maulid Nabi 24 Jan 2013 di Rembau

Posted: 21 Jan 2013 05:38 AM PST


CERAMAH MAULID NABI
Oleh Ustaz Abdul Mukti Baharudin , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 24 Jan 2013
Hari : Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Kg Senama, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Dr Azman Ibrahim

Posted: 21 Jan 2013 07:58 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Getirnya Cabaran Petugas Media

Posted: 20 Jan 2013 09:53 PM PST

Petugas media KAMI di HKR #KL112
Data menunjukkan sepanjang tahun 2012 sahaja, seramai 69 orang wartawan telah terkorban di medan pelbagai konflik seluruh dunia. Konflik politik menghadirkan ancaman terbesar dengan jumlah kira-kira 57% dari keseluruhan malapetaka yang telah menimpa para wartawan. Diikuti 26% bahaya berpunca dari konflik hak asasi manusia. Anehnya, peperangan hanya menghadirkan kira-kira 21% kemalangan kepada petugas media di seluruh dunia.

Kuasa media sememangnya kuasa hebat. Ada sarjana media yang menyebut, "media boleh menjatuhkan sesebuah pemerintahan, tetapi pemerintah tak boleh menjatuhkan media." Zaman sekarang bukan lagi zaman kita berkonfrantasi dengan media tetapi zaman di mana media dimanupulasikan dengan sehebatnya. 'To fight it, you have to joint it'. 'This is the power of media.'

Melihat dari sudut Islam, aktivis media adalah pejuang yang berjuang demi menyebarkan kebaikan, memperluaskan maklumat, menyatakan yang benar adalah benar, menangkis fitnah yang tersebar serta menyingkap tabir peristiwa yang berlaku di segenap pelusuk dunia khususnya dalam dunia Islam dengan bersenjatakan ketajaman pemberitaan, kupasan, ulasan dan pemberitaan.

Sesiapa yang berjaya menguasai media, dia akan menguasai khalayak. Di dalam dunia demokrasi, akses media sama rata adalah sebahagian dari makna sebenar demokrasi. Pemahaman makna demokrasi bukan hanya bermaksud memangkah kertas undi pada ruang calon dan parti yang dipilih tetapi demokrasi juga bermakna hak untuk mendapat dan menyebarkan maklumat yang sama, hak untuk berkempen yang sama, hak untuk menggunakan kemudahan yang sama, hak untuk mendapat layanan dan keadilan yang sama sehingga hasilnya semua parti yang bertanding mendapat ruang padang yang sama rata.

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang diramalkan akan menjadi antara medan pertarungan paling sengit antara dua komponen dominan dalam politik tanahair, BN dan Pakatan Rakyat, media antara faktor terkehadapan dalam mencorakkan mood pengundi menentukan pilihan mereka. Apatah lagi hampir 50% pengundi bagi PRU 13 nanti adalah golongan muda yang terdedah kepada dunia maklumat tanpa sempadan. Kuasa golongan muda terutamanya mereka yang pertama kali mengundi dalam menjadi faktor penentu diakui oleh semua pihak.

Berbanding dengan BN yang menguasai segala sumber media cetak dan elektronik, mungkin ada segelintir yang berpandangan kemampuan media Pakatan Rakyat kelihatan agak tenggelam. Tanggapan ini silap kerana sebenarnya hasil kajian mendapati kecenderungan dan minat anak-anak muda lebih menjurus ke arah cuba mengorek seberapa banyak mungkin info dari pelbagai media alternatif untuk mendapatkan pencerahan apabila timbul sesuatu isu berbangkit. Zaman telah berubah dan rakyat bukan mudah untuk diperbodohkan.

Apabila melihat akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian diagihkan secara percuma di tangga-tangga masjid pada hari Jumaat, terdetik pertanyaan apakah reputasi dua akhbar arus perdana ini telah merudum sebegitu parah sehingga kadar jualannya merosot teruk. Walaupun diagihkan secara percuma, tetap tak ramai jemaah masjid yang peduli. Isyarat apakah ini?

Penubuhan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, sebuah NGO berorientasikan media yang adil, telus, sama rata, bertanggungjawab dan berintegriti adalah langkah bijak dalam menyiapkan armada perang media menjelang PRU 13. Dianggotai pelbagai latar belakang petugas media dari wartawan, jurugambar, penulis, korporat media, designer, pencetak serta petugas IT armada perang KAMI kelihatan lengkap walaupun baru berusia beberapa bulan.

Apatah lagi KAMI telah memiliki pejabat sendiri di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus sebagai pusat operasi untuk melancarkan lagi perjalanan operasi. Prinsip KAMI mudah dan realistikmanfaatkan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki samada kamera, videocam, note book, tablet, telefon atau apa sahaja. Yang penting maklumat boleh dikumpul, diproses dan diterbitkan dengan kadar yang paling terkini dan bertanggungjawab.

Keyakinan KAMI, kerja ini adalah sebahagian dari jihad fii sabiilillah. Islam perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun walaupun amanah ini terpaksa digigit dengan gigi geraham kita. Kita tidak akan kalah hanya kerana media BN memiliki lebih kecanggihan teknologi tetapi kita akan kalah apabila kita kalah dengan diri kita sendiri!

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu

Rembau Hari Ini

Posted: 21 Jan 2013 07:47 PM PST

Rembau Hari Ini


Semarak Maulid Nabi 24 Jan 2013 di Rembau

Posted: 21 Jan 2013 05:42 AM PST


CERAMAH MAULID NABI
Oleh Ustaz Abdul Mukti Baharudin , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 24 Jan 2013
Hari : Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Kg Senama, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 21 Jan 2013 07:39 PM PST

PAS Kawasan Miri


Bukan Islam Sudah Bersedia Berjuang Bersama PAS

Posted: 21 Jan 2013 01:59 AM PST

DHPP Sibuti Mendapat Sambutan Hangat Dari Berbilang Kaum
BEKENU - Baru-baru ini PAS Miri telah melancarkan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) kawasan Sibuti di pekan Bekenu. Majlis perasmian telah dilancarkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Hadir bersama ialah Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ahli parlimen Bukit Gantang, YDP PAS Miri,Ketua pemuda PAS Sibuti Robby Tandang, Ketua DHPP Sibuti Ramba, SU DHPP Negeri Sarawak Yeo Kian Leong, wakil PKR Abun Lim, ahli-ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat turut memeriahkan majlis tersebut.

Inilah pertama kali PAS Miri berjaya melancarkan DHPP dalam kawasan parlimen Sibuti. Masyarakat yang berbilang kaum telah menyambut baik usaha PAS bersama dengan masyarakat bukan Islam berjuang menuntut keadilan, dan ini secara tidak langsung konsep PAS untuk semua telah menjadi kenyataan dengan penyertaan masyarakat dari berbagai kaum serta yang bukan beragama Islam di Sarawak.

"Saya tidak kenal itu Cina, saya tidak kenal itu Iban, yang saya kenal kita semua sama! Tiada beza! " Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengurusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

Pada majlis tersebut Dr Mujahid juga mengingatkan para hadirin betapa pentingnya harga diri, kalau kita menjual harga diri kita semata-mata untuk mendapat sedikit habuan dengan harga yang murah, maka masa depan kita akan hancur.

Masyarakat luar bandar terutama sekali kaum Iban dan lain-lain harus berani bersuara dan jangan mudah dibeli dengan harga yang murah sehingga sanggup menjual harga diri di saat-saat akhir semasa hari pengundian semata-mata ingin mendapat sedikit habuan dari mereka yang ada kepentingan.

Adakah nilai harga diri kita lebih murah dari seekor haiwan ternakan?

Kalau mereka sanggup menjual harga diri mereka sedemikian rupa yang ruginya adalah diri mereka sendiri bukannya orang yang menasihati mereka, jadi jagalah harga diri anda dan jangan mengadaikan masa depan semata-mata ingin mendapatkan sedikit habuan yang belum tentu menjaga masa depan diri anda dan anak cucu anda. 

Peringatan kepada semua pengundi serta penyokong Pakatan Rakyat, kalau mereka cuba menipu PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, samalah mereka menipu diri mereka sendiri sebab yang rugi adalah diri mereka sendiri yang akan terus menanggung kesusahan dalam kehidupan seharian mereka akibat janji BN yang selama ini tidak ditepati.

Inilah masa yang paling sesuai untuk mengubah nasib mereka yang sudah sekian lama terpinggir dari arus pembangunan.

Sebelum balik ke Miri, rombongan PAS Miri bersama dengan YB Datuk Dr Mujahid telah singgah dan melawat rumah panjang di sekitar kawasan Sibuti. Semoga dengan lawatan ini akan menambahkan lagi keyakinan masyarakat bukan Islam yang PAS bukanlah parti ekstrimis seperti yang dituduh oleh mereka yang tidak senang dengan kehadiran PAS di Sarawak.

Rakyat perlu berani bersuara untuk perubahan, kalau mahu hak mereka dikembalikan semula. Kalau mereka tidak bersedia untuk berubah yang menanggung kerugian adalah diri mereka sendiri. Jangan salah pilih pemimpin, kalau mahu kehidupan yang lebih baik dari sekarang. Fikir-fikirlah secara rasional bukan secara emosional.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Sibuti DHPP Got Warm response from Multi-Racial
BEKENU - Recently PAS Miri has launched DHPP (PAS Supporters Congress) Sibuti area at the Bekenu town. Opening ceremony was launched by the PAS central, National Unity Committee chairman, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Present was Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin Bukit Gantang MP, PAS Miri Chief, Sibuti PAS youth chief Robby Tandang, Sibuti DHPP Chief Ramba, Sarawak DHPP secretary Yeo Kian Leong, PKR representative Abun Lim, PAS members and supporters also enliven the event.

This is the first time PAS Miri successfully launched DHPP in Sibuti parliamentary. The various ethnic groups have welcomed PAS efforts together with non-Muslims fighting for justice, and indirectly the concept of PAS for all has become a reality with the participation of the community from different ethnic and non-Muslims in Sarawak.

"I do not know the Chinese, I do not know the Iban, I know we're all the same, and there is no difference!" Dr Mujahid Yusuf Rawa, Chairman of the PAS central committee of the National Unity.

On the occasion also Dr Mujahid remind the audience of the importance of self-esteem, if we sell our dignity just to get some goodies for a cheap price, then our future will be ruined.

Rural community especially the Iban and others must dare to speak out and not to be easily bought at a cheap price willing to sell self-esteem  at the last moment of  polling day simply want to get a little reward of those who have an interest.

Is the value of our dignity is cheaper than a domesticated animal?

If they are willing to sell their self-esteem in such a way that loss is their own instead of who advise them, so keep your self-esteem and do not sacrifice your future simply want to get some goodies that will not necessarily ensure the future of yourself and your grandchildren.

Reminder to all voters and supporters, if they try to cheat PAS and Pakatan Rakyat in the upcoming 13th General Elections, let them fool themselves because the loss is their own self that will continue to bear the hardships in their daily lives due to the promise of the BN which has not met.

This is the ideal time to change the fate of those who have been marginalized from mainstream development.

Before returning to Miri, Miri PAS delegation together with YB Datuk Dr Mujahid had stop by and visit the longhouses in the Sibuti area. Hopefully this visit will further increase the confidence of non-Muslims that PAS is not extremist parties as alleged by those who were unhappy with the arrival of the PAS in Sarawak.

People need to be willing to speak up for change, if want their rights restored. If they are not willing to change the loss is their own. Do not miscast leader, if you want a better life from now on.
Think rationally not emotionally.

Photo sebelah kiri (berdiri) dekat Datuk Seri Nizar salah seorang Penyokong BN yang telah sama-sama menyertai DHPP Sibuti

DUN CHINI

Posted: 21 Jan 2013 07:14 PM PST

DUN CHINI


Sekatan Felda: Apabila undang-undang dicabul

Posted: 21 Jan 2013 12:39 AM PST

Harris (memakai kot) selepas selesai satu kes peneroka saman Felda.


Bagaikan satu trend baru, terdapat kecenderungan menyekat kebebasan bersuara dan beraktiviti yang dibenarkan demokrasi di tanah-tanah rancangan Felda mutakhir ini.



Baru-baru ini PAS Cawangan Jengka 12 telah mendapat notis daripada pengurus rancangan berkenaan melarang program ceramah yang telah ditetapkan. Sebelum ini. Akhbar memaparkan beberapa pertubuhan dalam Felda di Lipis menyerahkan resolusi bantahan bagi menghalang parti politik Pakatan Rakyat (PR) daripada masuk ke kawasan mereka.



Sebelum itu, 8 orang ketua-ketua peneroka Felda di Johor, telah menghantar memorandum kepada ketua polis daerah meminta larangan terhadap pergerakan parti-parti politik Pakatan Rakyat (PR) di kawasan masing-masing.



Timbalan Pengurus Wilayah Felda Jengka tampil di akhbar, melarang parti-parti politik mengibarkan bendera di kawasan tersebut. Sebelum itu Kembara Oren Selamatkan Felda telah disekat secara ganas di pintu masuk Jengka 23 dan Jengka 11.



Di Negeri Sembilan pula, konvoi yang sama bukan saja diusir malah telah dicederakan.



Jadi apakah sebenarnya yang sedang berlaku sekarang, di manakah letaknya undang-undang? Adakah kawasan Felda menyerupai estet zaman dahulu di mana pengurus mempunyai hak eksklusif tersendiri?



Bagi Pengerusi NGO Angkatan Pembela Hak Rakyat (Hak), Mohd Harris Abdullah, keadaan ini menggambarkan ada segelintir manusia yang menganggap undang-undang berada di tangannya.



Sedangkan, katanya, tindakan menghalang seperti itu sama sekali bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Dalam Fasal 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, undang-undang itu menyebutkan, 'Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan'.



Kedua, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.



"Jadi di mana ada undang-undang yang melarang warganegara ini memasuki kawasan Felda?," soalnya kepada Harakahdaily ketika berkunjung ke pejabat guamannya di Raub baru-baru ini.



Harris berkata, beliau ada mendengar bahawa tindakan melarang aktiviti PR di Felda adalah bersandarkan kepada Seksyen 34 Akta Group Settlement Area (GSA) yang kononnya memperuntukkan kuasa pengurus rancangan.



Di bawah Seksyen 34. 2 (b) menyebutkan: "that upon such declaration being made, the area shall vest in the development authority" iaitu bahawa apabila perisytiharan dibuat, kawasan itu hendaklah terletak hak pada pihak berkuasa pembangunan.



"Barangkali inilah tafsiran yang dibuat kononnya terdapat kuasa pengurus rancangan. Cuba kita faham betul-betul perkataan 'vested' iaitu letak hak. Kalau kita faham letak hak ini, kita kena faham fungsi Felda. Tatkala dikenal pasti satu kawasan untuk dimajukan, maka agensi itu akan mohon kepada kerajaan negeri sebagai pemilik tanah.



"Seterusnya negeri akan letak hak kepada Felda atau pengurus rancangan untuk mengurus, untuk memilih peneroka, menjaga kebajikan peneroka dan sebagainya sedangkan tanah itu masih milik negeri.



"Bahkan kalau kita tengok konsep ini, peneroka mempunyai hak yang lebih berbanding Felda. Apabila peneroka membayar CAC (bayaran premium, upah ukur dan batu sempadan) maka dia sudah boleh kaviet tanah itu, sedangkan Felda tidak ada hak itu," katanya.



Felda tiada kuasa, bukan pemilik tanah



Jadi apa-apa larangan yang dikeluarkan oleh Felda adalah salah di sisi undang-undang. Sebab Felda bukan pemilik tanah, dia agen pengurusan tanah. Siapa yang keluarkan dokumen hak milik? Bukan Felda tetapi kerajaan negeri, berdasarkan Perkara 20 Perjanjian Peneroka dengan Felda. Felda tidak ada kepentingan benificial dan tidak ada kepentingan legal.



Jelas Harris, kalaupun beliau silap mentafsir kuasa-kuasa pengurus di bawah Seksyen 34 Akta GSA itu, tindakan melarang rakyat Malaysia memasuki Felda itu tetap tidak sah dan terbatal berdasarkan Fasal 4 Perlembagaan.



Fasal 4 di bawah undang-undang utama Persekutuan menyebutkan dengan jelas: (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.



"Perlembagaan Persekutuan digubal pada tahun 1957 sedangkan Akta GSA pada tahun 1960, jadi terbatal. Sebab itu saya tegaskan perbuatan melarang pihak bukan proUmno masuk itu tetap bertentangan dengan Fasal 9 bersandarkan Fasal 4 dengan perlembagaan dan undang-undang negara.



"Jadi saya seru kepada pihak Felda atau Umno atau yang berkaitan dengannya, hentikanlah trend menyekat pembangkang masuk itu kerana ia sangat bahaya.



"Cuba kita bayangkan jika sekiranya Perdana Menteri Malaysia pergi ke negeri-negeri PR kemudian dihalang, bagaimana?. Jangan lupa kalau di Kedah, di Kelantan, di Pulau Pinang dan Selangor BN adalah pembangkang. Pendeknya, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang. Jadi hormatilah undang-undang," tegasnya.



Harris berhujah, tindakan menghalang PAS atau Kembara Oren itu lahir daripada kejahilan terhadap undang-undang negara. Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.



Fasal tersebut menjelaskan (a) Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.



Parti politik itu ialah persatuan setelah diluluskan Pendaftaran Pertubuhan. Jadi apakah salahnya pemimpin PAS datang untuk bertemu dengan orang-orang PAS, untuk berdialog dengan orang-orang PAS. Begitu juga dengan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berhak untuk bertemu dengan ahli-ahli persatuan mereka.



Semua persatuan berhak temui ahlinya



"Janganlah jadikan undang-undang itu dijadikan sebagai bahan politik. Biarkanlah pengamal undang-undang yang bercakap tentang undang-undang. Jadi yang jelasnya perlembagaan membenarkan sesiapa saja bergerak ke mana-mana termasuk menemui ahli-ahlinya," jelas Harris.



Bagaimana pula untuk mengatasi masalah pencabulan undang-undang secara nyata ini.



Harris mencadangkan supaya parti-parti pembangkang pergi ke mahkamah dan meminta satu perisytiharan daripada mahkamah tinggi bahawa semua halangan tidak sah kerana bertentangan dengan Fasal 9 Perlembagaan Persekutuan. Melalui perisytiharan itulah yang boleh digunakan untuk didakwa sesiapa yang menghalang kerana menghina ke mahkamah.

Beliau yakin mahkamah akan keluarkan perisytiharan itu kerana mahkamah tidak akan tergamak melacurkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.



Mengenai Rela yang dipergunakan untuk menyekat kemasukan PR ke tanah rancangan, Harris berkata ia amat bercanggah dengan tujuan asal penubuhan Rela. Rela itu sendiri merupakan 'makhluk yang wujud kerana ciptaan akta'.



Rela sebagai penjaga ketenteraman tidak boleh bertindak di luar daripada undang-undang. Setiap warganegara Malaysia sama. Dalam Fasal 8 Pelembagaan Persekutuan dalam bab kesamarataan: Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.



"Jadi tidak ada istilah orang BN mendapat layanan istimewa dan orang-orang PR dibiarkan teraniaya," ujar Harris.



Mengenai arahan larangan memasang bendera di dalam Felda, ia juga satu diskriminasi dan salah guna kuasa. Bendera PAS PKR dibuang bendera BN dikekalkan.



"Kita kembali kepada Fasal 8, setiap orang sama di sisi undang-undang. Kenapa tak sama dalam kes ini? Semua itu penting kita tahu. Sebab ini sebenarnya hak kita untuk bergerak, untuk bersuara dan hak untuk hidup.



"Mungkin ada yang kata mereka halang kerana takut orang-orang PR atau Kembara Oren mahu kucar-kacirkan penduduk. Jenayah belum berlaku, tidak apa-apa yang. Andaian tidak boleh dipakai. Satu contoh, saya ialah Pengerusi Hak, takkan saya tak boleh masuk untuk jumpa ahli-ahli saya. Kalau saya ganggu, mungkin itu satu kesalahan. Itupun termasuk kesalahan-kesalahan kecil," tegasnya.



Apa kesannya kalau perkara ini tidak dibendung, undang-undang itu tidak dipertegaskan. Apa kesannya kepada masyarakat akan datang?



Harris menambah, jika semua orang yang mencabul undang-undang dibiarkan saja, akhirnya undang-undang negara ini tidak akan dihormati lagi dan negara akan menjadi huru-hara.



Katanya, amat tidak wajar hanya kerana ada pihak yang mahu menyekat maklumat daripada disampaikan kepada semua orang, maka dihalang masuk Felda. Ini nampak kecil, tetapi kesannya besar terutama melibatkan hak parti-parti politik untuk berkempen nanti menjelang pilihan raya nanti.

PAS LENGGONG

Posted: 21 Jan 2013 07:13 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 20 Jan 2013 09:28 PM PST

antara dua darjat.
Berita | Fathul Bari menikah di Siam, Ummi Hafilda menikah di Pakistan
Oleh laniismaa

"Minggu ini tersebar tentang Ustaz UMno Fathul Bari menikah di Siam, kali ini tersebar pula bagaimana Ummi Hafilda yang tak mahu menggunakan wali abangnya Azmin Ali terpaksa menikah di Pakistan seperti laporan mStar.

Ikuti pendedahan yang dibuat MiloSuam di bawah;

Posted: 20 Jan 2013 09:24 PM PST


Panas ! Pembangkang Mula Mengamuk..Dengark nie orang Kedah..!!! (+Video )
Posted on Monday, January 21 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Zulkifli Yahaya

Serangan peluru kapur pembangkang di Kedah menjelang PRU13

Beberapa hari kebelakangan ini pembangkang di Kedah (BN) memperhebatkan serangan terhadap kerajaan negeri dalam beberapa isu. Hampir 5 tahun ketinggalan dalam isu, di minit-minit terakhir menjelang pilihanraya baru mereka muncul membuat serangan yang tampaknya macam bertubi-tubi tapi hakikatnya cuma peluru kapur. Sudahlah peluru kapur, sasaran pun tidak mengena.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang menyelar kerajaan negeri kononnya tidak melaksanakan janji untuk membuat tender terbuka terhadap semua projek kerajaan negeri. Beliau menyenaraikan projek tersebut iaitu projek Aman Central RM500 juta, Amansuri RM109 juta, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) RM330 juta dan Sungai Limau Hidrocarbon Hub (SULIHH) RM36 billion.

Pendedahan Tan Keng Liang diikuti oleh kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim yang mendesak Ustaz Azizan mengundur diri sebagai Menteri Besar. Malang sungguh Pemuda Umno menjadi Pak Turut kepada Gerakan dengan membuta tuli tanpa mengetahui hujung pangkal isu.

Penjelasan pertama berhubung semua serangan BN itu ialah, tender terbuka tidak pernah disebut dalam manifesto pilihanraya PAS PRU12 lalu. Apa yang PAS janjikan ialah, melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Tender terbuka adalah antara kaedah menjamin ketelusan tetapi yang dijanjikan bersama ialah adil. Adil maknanya meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Memilih kontraktor yang tawar harga paling murah sampai tak masuk akal hingga tak mampu nak laksanakan kerja, itu menghilangkan sifat adil seperti dijanjikan dalam manifesto.

Cuma pihak pembangkang sangat terikat dengan 'tender terbuka' dalam pemikiran mereka apabila Menteri Besar sering menyebut kejayaan meningkatkan hasil balak ialah kerana kerajaan memperkenalkan tender terbuka. Jika dahulu balak diberi secara runding terus tetapi kini siapa dapat menawarkan harga paling tinggi, mereka diutamakan.



Kerajaan negeri menyerahkan projek kepada Kedah Sato untuk pembinaan KUIN tidak menimbulkan apa-apa konflik kepentingan kerana Kedah Sato adalah anak syarikat Bina Darulaman Berhad merupakan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Kedah. Jika ada keuntungan pun maka, maka untungnya masuk ke poket kerajaan negeri juga dalam bentuk pemberian dividen tahunan. Ia berbeza dengan amalan GLC di bawah BN dulu di mana untung syarikat diguna untuk menampung program makan angin ke luar negeri atau membiayai program politik BN.

Mengenai projek Aman Central, Amansuri dan SULIHH ia adalah projek pelaburan. Kerajaan negeri tidak keluar satu sen pun untuk biayai projek. Tender terbuka atau ketelusan bertujuan untuk jimatkan duit kerajaan negeri tapi untuk semua projek pelaburan, pelaburlah yang kena fikirkan sendiri bagaimana mereka hendak menggunakan kos yang optimum untuk keuntungan yang maksimum. Kerajaan negeri tidak perlu ambilalih kerja pelabur.

Mana-mana kerajaan berusaha membuat promosi untuk tarik pelabur. Takkanlah bila pelabur datang kita minta mereka sertai tender terbuka pula sebagai tapisan kelayakan menjadi pelabur. Ini idea kartun oleh pembangkang di Kedah yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan setakat ini.

Sumber: Kedah Kini 

Posted: 20 Jan 2013 09:05 PM PST

ANWAR MENANG SAMAN TERHADAP UTUSAN (Laporan Penuh)

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham pagi ini.

Hakim Singham juga berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

"Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya.

"Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham.

Dipetik Dari : KeadilanDaily



ANWAR MENANG SAMAN TERHADAP UTUSAN (Laporan Penuh)  Utusan didapati bersalah memfitnah @[16194831839:274:Anwar Ibrahim] kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).  Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham pagi ini.  Hakim Singham juga berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

Posted: 20 Jan 2013 07:42 PM PST



BERNAMA kantoi BERBOHONG - Antara kedatangan HKR #KL112 & Prog. Najib di Kelantan semalam..!!

 Tu dia aihh nak mohong pun pada-padalah...sebab suatu hari nanti ALLAH SWT akan bayaq CASH... cuba tengok apa yang mereka katakan pada HKR pada 12.01.2013 tempohari.... Mereka bukan main mencanang kata kehadiran sekadar 45K sahaja....

Tiba-tiba nasa NAJIB melawat KELANTAN semalam..media pencacai nak bodek punya pasal terus menghukum akan kedatangan program Najib itu ialah 50K.... he he he

Anda lijhatlah sendiri macamana mereka cuba memperbodohkan kita.. tak percaya sila lihat keratan BERNAMA di bawah...!!


Posted: 20 Jan 2013 07:32 PM PST



Tun Fairuz juga suka laksana undang-undang Islam

Subky Latif,21 Jan 2013
TUN Ahmad Fairuz, bekas Ketua Hakim Negara telah bercakap sedap tentang keunggulan undang-undang Islam dan betapa perlunya ia menggantikan undang-undang ciptaan manusia sebagai undang-undang utama di mana-mana negara Islam.

Dia memecah kesunyian sejak sekian lama bersara di satu majlis di  Kuala Lumpur sebagai menyambut apa yang Perdana Menteri Najib sebut mengenai undang-undang itu  dalam Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir.

Ada orang membisik kepada saya semasa desakan menghentikannya dari KHN betapa beliau tidak dihentikan kerana sudah kuat kecenderungan dan pemikirannya tentang undang-undang Islam.

Sudah tiga Ketua Hakim Negara selepasnya barulah diluahkannya tentang eloknya undang-undang Islam dijadikan undang-undang utama negara.

Ada pun dia dihentikan bukanlah ada kaitan dengan dia hendak melaksanakan undang-undang itu tetapi tersebarnya klip video Linggam tentang cara dia dikatakan hendak jadi  Ketua Hakim itu.

Tidak diketahui sejak bila beliau berfikiran tentang eloknya undang-undang itu. Memang kalau belilau tidak kata undang-undang itu elok, undang-undang tetap elok dan semua orang Islam kata ia adalah undang-undang yang paling elok.

Undang-undang itu Allah yang cipta. Siapa kata ia tidak elok cacat-binasalah akidahnya. Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri yang tidak benarkan hudud dilaksanakan di  Kelantan itupun tidak kata undang-undang itu tidak elok, Cuma dia tidak suka undang-undang itu dilaksanakan dengan berbagai-bagai alasan loyar buruk.

Tun Fairuz boleh diberi Syabas tentang kata-kata eloknya mengenai undang-undang itu, tetapi yang Allah dan orang Islam hendak tengok bukan sekadar mengatakan ia elok, sebaliknya apa yang orang kata elok itu buat untuk mendaulatkannya?

Orang ramai baru dengar pandangan Tun Fairuz itu setelah Perdana Menteri Najib mengatanya elok dan Perdana Menteri itu dengan semua Perdana  Menteri sebelumnya berkata elok tentang undang-undang tetapi apa yang  semua buat tentang undang-undang yang elok itu.

Tun Fairuz bukanlah orang berpangkat hakim berkata baik tentang undang-undang itu. Sekitar 30 tahun dulu ada hakim kanan Yeop Sana namanya kalau saya tidak silap boleh dikira beriman dengan undang-undang itu semasa beliau masih berkhidmat. Tidak disembunyikannya kemahuannya supaya undang-undang itu didaulatkan. Dipercayainya justeru itulah dia tidak mencapai kedudukan lebilh tinggi dalam perkhidmatannya.

Hakim itu bercakap demikian ketika  Perdana Menteri ketika itu tidak berminat untuk mendnajulatkannya. Tun Fairuz menyatakan pandangannya selepas lama bersara dan selepas ada Perdana Menteri berkata tentang kemungkinan ia dilaksanakan.

Pandangan adalah satu hal dan  sikap adalah yang lain. Dapat pahala bila berpandangan baik tentangnya. Tetapi lebih dari itu apa sikap kita tentang pandangan baik itu?

Perjuangan untuk mengutamakan undang-undang Islam ini sudah disuarakan oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmy sebelum orang Tanah Melayu mengenal politik dan kemerdekaan. Ia diperjuangkan terus semasa dia memimpin PAS.

Sekalian yang menyertai PAS sejak ia ditubuhkan mahu undang-undang Islam didaulatkan selepas merdeka. Tun Fairuz belum masuk universiti lagi orang kampung sudah menyuarakan  ia didaulatkan. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas saja yang terjun  dalam PAS bagi membantu gerakan mendaulatkannya.

Kalau Cina dan India yang menyertai Dewan Penyokong PAS sudah lebih dulu bercakap dalam ceramah suka undang-undang Islam didaulatkan, malulah orang Islam yang menjadi hakim kalau tidak berkata  elok tentang undang-undang itu.

India dan Cina bukan Islam itu telah terjun padang mahu ia dilaksanakan, hakim Melayu dan Islam baru berkata elok tentangnya. Kalau Najib tidak kata apa-apa pun orang beriman mesti tampil mendaulatkannya. Moga-moga kita mati selepas ia didaulatkan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Jan 2013 03:24 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


HAKIM MAHKAMAH SAH UTUSAN BUAT FITNAH !

Posted: 20 Jan 2013 11:55 PM PST

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah Utusan Malaysia dan akan mendapat RM50juta jika tiada pencabar.


Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

"Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya.

"Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham. -KD

PENDEDAHAN FAKTA MENGGEMPARKAN !

Posted: 20 Jan 2013 10:55 PM PST

Kronologi Suruhanjaya Di Raja Projek IC Sabah

Pemberi maklumat dan saksi dalam Suruhanjaya Diraja seperti Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil (bekas Penolong pendaftar JPN Sabah), Ramli Kamaruddin (bekas Pengarah JPN Sabah), Mohd Nasir Sugip (bekas Timbalan Pengarah JPN Sabah) tampil memberikan keterangan. Mereka-mereka pernah ditahan di bawah ISA kerana 1995 hingga 1999 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak. Mereka-mereka ini hanyalah orang-orang suruhan (ikan bilis sahaja). Siapakah "ikan jerung" yang berikan arahan kepada mereka? Di mana "ikan jerung" itu sekarang?

Antara pendedahan yang menggemparkan adalah :

Berlakunya arahan peringkat tertinggi negara melibatkan Tun. Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri), bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub serta Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddinn (bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir) kepada pegawai JPN supaya mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994. Semunya dilakukan sekitar 1990an untuk menukar demografi negeri Sabah
Lebih 100,000 surat beranak dikeluarkan bagi pendatang pada awal tahun 1990an.
Pada 1993, sekitar 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang haram di Sabah. Dengan dana sekitar RM80,000 pegawai JPN Sabah diarahkan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada Filipina, Indonesia dan pendatang Pakistan di Sabah.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sejumlah 66,682 warga asing di negeri ini telah diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.
Pengarah SPR Sabah pada tahun 1994 yang bernama Wan Ahmad Wan Yusof telah memberi arahan kepada JPN Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada 16,000 pendatang haram Filifina & Indonesia untuk membolehkan golongan itu mengundi
RCI juga didedahkan pendatang haram yang dipilih dalam "Projek IC Sabah" ini diklasifikasikan sebagai pengundi bumiputera Islam dalam suatu operasi yang digelar sebagai 'Ops Durian Buruk' di mana identiti mereka telah diubah termasuklah nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar dan gambar. Alasan yang diberikan, adalah untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah. Benarkah? Atau….
Dan yang menariknya lagi, Suruhanjaya Di Raja telah dimaklumkan yang mana kebanyakan pendatang haram yang ditukarkan identitinya itu dan diberikan IC diagihkan kepada kalangan calon Barisan Nasional (BN) semasa berlangsungnya pilihan raya negeri tahun 1994. Adakah ia sama seperti apa yang berlaku dalam video di bawah ini di mana berlkau pada tahun 1995?
oLEH YANG DEMIKIAN ...PASTIKAN PENGAKUAN TUN MAHATHIR YANG MENGGEMPARKAN UMNO/BN INI TIDAK AKAN MENJADI CUBAAN MENGHALALKAN APA YANG DIBUAT OLEH PM SEKARANG BERKAITAN PENGUNDI YANG MENDAPAT IC SEGERA.
TUN MAHATHIR PERLU DISIASAT SAMADA BELIAU SUDAH NYANYUK ATAU TIDAK.

INI YANG DIKATAKAN MACAM RETA SENDIRI !

Posted: 20 Jan 2013 04:36 PM PST

Macam harta sendiri? PM kata ada projek boleh simpan-simpan pulak, padahal rakyat Kelantan cuma mahi hak royalti, bukan projek mega atau projek besar? Tahun lepas dah janji akan diperhalusi kisah royalti, la nie nak bawa mesyuarat lagi? Memang Najib temberang!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 20 januari 2013 umum janji 7 projek besar yang kununnya bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Najib berkata, tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.

"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130120/dn_24/PM-umum-7-projek-besar-di-Kelantan-termasuk-lebuh-raya-masjid#ixzz2IZ2OTzTa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 21 Jan 2013 11:25 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 20 Jan 2013 11:32 PM PST


Roboh Rumah Rakyat Miskin; Mana ADUN Umno? Mana Menteri Besar?

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/Alias%20depan%20rumah%20yang%20dirobohkan.jpgKEMAMAN - Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Dato' Mohamad Awang Tera mesti bertanggungjawab terhadap penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu terhadap rakyat.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, pengusiran dan perobohan rumah seorang warga emas anak watan Terengganu di kampung Tuan, chukai semalam, adalah satu bukti yang nyata, Umno-BN umpama 'Israel' ditanah air sendiri.

"Mangsa bernama Alias bin Muda 53 tahun, nombor kad pengenalan 590619115091, tinggal tiga beranak dirumah itu, tanpa belas kasihan, rumahnya dirobohkan penguatkuasa,

"barang-barang peribadi, pakaian, diambil dan di 'tohok' di balai raya berhampiran, dibiarkan tanpa pembelaan tanpa jaminan hidup,"tegas Hanafiah.

Menurutnya, apa yang Alias seorang duda, boleh lakukan dengan pendapatan sebagai nelayan lebih kurang RM700 sebulan, terpaksa menyara dua orang anaknya yang sedang bersekolah dalam tigkatan satu dan darjah lima.

Katanya, rumah yang dirobohkan itu pun adalah rumah PPRT dan Alias sendiri menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan.

"Ini apa ni..... Alias ni orang susah, orang melarat.... sebab itu dia tak layak boleh tanah......ADUN-ADUN Umno orang senang.....sebab itu mereka boleh tanah......begitu??,

"apa nama kerajaan hari ini?? kalau tak sama dengan Israel yang mengusir dan merobohkan rumah rakyat Palestin dan berikan kepada puak-puak dia yang kaya raya!,"ujar Hanafiah yang turut menyaksikan perobohan rumah tersebut pada pagi Ahad 20 Januari. 

[Gambar atas - Alias......sayu bergambar dihadapan rumahnya yang telah dirobohkan oleh Penguatkuasa semalam. Gambar bawah - dua orang wanita Umno yang bersimpati keatas nasib malang Alias, turut menyifatkan tindakan tersebut tidak berperikemanusiaan]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/dua%20wanita%20Umno.jpgHaji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindaka DUN Chukai berkata beliau dimaklumkan Alias telah merayu kepada pihak berkuasa supaya diberikan tempat tinggal samada secara kekal atau sementara.

Katanya, beliau diberitahu, pihak kontraktor hanya menawarkan untuk membiayai sewa rumah selama tiga bulan dan pihak kerajaan pula tidak mengambil sebarang usaha menyelesaikan masalah tersebut.

"(perkara ini) bukan baru, sudah berbulan-bulan, tetapi tak diselesaikan........ mana ADUN? Mana Ketua Bahagian Umno yang juga Menteri Besar?,

"Inikah contoh rakyat didahulukan.......??? Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan negeri Terengganu.......semua bohong belaka!!,"jelas Hanafiah.

Oleh itu, beliau akan mengadu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung perkara tersebut kerana tindakan kerajaan Umno-BN itu disifatkan sebagai pencabulan hak asasi rakyat untuk menjalani sebuah kehidupan dan melanggar perlembagaan negara yang meletakkan hak-jhak istimewa kepada orang Melayu.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 21 Jan 2013 09:37 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


UTUSAN SINONIM PENYEBAR FITNAH

Posted: 21 Jan 2013 03:08 AM PST

Saman Khalid Samad  Utusan kalah lagi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad. Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas Khalid Samad. Laporan penuh di SINI

  Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

sumber; malaysiakini

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Jan 2013 09:05 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Semarak Maulid Nabi 24 Jan 2013 di Rembau

Posted: 21 Jan 2013 05:45 AM PST


CERAMAH MAULID NABI
Oleh Ustaz Abdul Mukti Baharudin , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 24 Jan 2013
Hari : Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Kg Senama, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 21 Jan 2013 07:06 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KALIMAH LISTEN JADI FENOMENA HEBAT?

Posted: 20 Jan 2013 06:29 PM PST

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan