CINA ISLAM (林川興) Posted: 21 Jan 2013 01:21 AM PST Wacana 'Catatan Hujung Ahmad Lutfi' esok Posted: 21 Jan 2013 12:24 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kupasan buku 'Catatan Hujung' oleh penulis Ahmad Lutfi Othman akan diadakan di Perpustakaan Raja Uda, Seksyen 12, Shah Alam jam 9 pagi, esok..
Tiga panelis terdiri daripada AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; bekas editor bahasa Melayu Merdeka Review dan Kolumunis Harakah, Lim Hong Siang dan aktivis pelajar, Adam Adli.
Fokus wacana anjuran Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) itu akan membincangkan isu-isu berkaitan dengan politik negara.
Wacana ini percuma semua pemerhati politik dan orang awam dijemput hadir bagi mendengar dan mengambil bahagian dalam wacana ini.
Mereka yang berminat boleh hubungi Kassim Muhamad di talian 012-4753516.
harakah/- | Penuntut Malaysia dibenarkan pulang Posted: 21 Jan 2013 12:03 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
JAKARTA - Seramai 24 daripada 62 penuntut Malaysia yang ditempatkan sementara di Dewan Malaysia di Jakarta Pusat berikutan kejadian banjir di Jakarta, dibenar pulang ke rumah masing-masing di kawasan Tomang dan Roxy di Jakarta Barat apabila keadaan di kawasan penempatan mereka pulih seperti biasa.
Pengarah Pendidikan Malaysia (EM) Indonesia, Prof. Madya Dr. Juzhar Jusoh berkata, pihaknya telah memeriksa kawasan penempatan penuntut itu di Tomang dan Roxy pagi semalam dan bersetuju dengan pemintaan mereka untuk pulang.
"Jika tempat para penuntut itu banjir kembali, mereka masih boleh kembali ke Dewan Malaysia untuk menginap sementara," katanya ketika dihubungi di sini.
Juzhar berkata, rumah-rumah penuntut dari Universiti Trisakti itu sebenarnya tidak terjejas dengan banjir. Namun, katanya, jalan-jalan akses ke rumah mereka yang dinaiki air menyebabkan mereka dipindahkan ke Dewan Malaysia.
Mengenai 38 penuntut Malaysia yang masih menginap di Dewan Malaysia Jakarta, mereka hanya akan dibenar pulang jika keadaan banjir di kawasan penempatan masing-masing dipastikan telah pulih.
Juzhar berkata Universiti Trisakti, di Jakarta Barat, yang turut dilanda banjir, mengisytihar cuti selama seminggu dan kuliah akan hanya disambung pada 28 Januari ini.
Kejadian banjir di Jakarta, sejak Selasa lalu, sehingga kini meragut 19 nyawa dan sebahagian daripada mereka meninggal dunia disebabkan kejutan elektrik apabila kediaman mereka dinaiki air. - Bernama
| Dikerah sambut Najib, diupah sehelai baju T Posted: 20 Jan 2013 11:55 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Rata-rata mereka yang hadir ke program Janji Ditepati bersama Perdana Menteri di Kelantan semalam didakwa kerana 'arahan pihak atasan'. Difahamkan, bukan sahaja ahli Umno di setiap kawasan dikerah, malah kesemua agensi kerajaan termasuk imam-imam dan guru takmir juga dipaksa hadir ke program tersebut bagi menampakkan sokongan ramai rakyat Kelantan BN. Arahan dan kerahan itu juga kononnya bagi 'tidak memalukan' Datuk Seri Najib yang turun berkempen buat kali kedua di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung itu. Mereka yang diarah hadir itu dibekalkan dengan sehelai baju berwarna oren bertulis 'Janji Ditepati'. Setiap mukim juga didakwa perlu menghantar sekurang-kurangnya 25 orang ke program tersebut dengan duit minyak RM30 disediakan bagi setiap kereta. Namun ada juga dikalangan pemilik kereta yang mengangkut peserta itu mendakwa, mereka hanya diberi duit minyak sebanyak RM20 sahaja. "Biasa la, orang atas dah 'makan' dulu. Kita ni ikut arahan je," kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Man. Sebelum bertolak ke tempat program semalam, mereka juga didakwa perlu berkumpul untuk diambil kedatangan, dan bagi mereka yang gagal hadir didakwa akan berdepan 'tindakan'. Semalam, media BN melaporkan sambutan rakyat di program Jelajah Janji Ditepati itu dihadiri lebih 50,000 orang. Bagaimanapun, hanya sebahagian kecil sahaja golongan muda yang hadir manakala selebihnya adalah golongan dewasa dan warga emas. harakah/- | Kenapa cincin RM24 juta tak ikut prosedur kastam?- Chegu Bard Posted: 20 Jan 2013 11:46 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 20 Jan: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, kemasukan cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dibuat mengikut prosedur kastam.
"Ikut prosedur kastam, cincin itu perlu diikrar ketika urusan keluar masuk negara. Tetapi kenapa ia tidak diikut?
"Begitu juga dengan nilai Free on Board (FOB) dan nombor invois yang berbeza pada borang keluar dan masuk, ia sepatutnya sama," katanya lagi.
Pada 13 Julai 2011, Badrul atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard membuat laporan berhubung isu ini di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.
Ekoran itu, SPRM menahan pegawai kastam, A Krishnan namun siasatan berkisar kemasukan cincin itu yang tidak dikenakan sebarang cukai.
Menurut Badrul, Datuk Seri Najib Razak setahun sebelumnya memansuhkan cukai ke atas barang kemas, perhiasan serta pakaian ketika pembentangan belanjawan di Parlimen.
"Hal ini ramai yang terlepas pandang. Adakah pemansuhan itu semata-mata bertujuan untuk perbelanjaan mewah seperti ini?," soalnya lagi ketika dihubungi.
Baru-baru ini, media melaporkan kenyataan isteri perdana menteri itu yang 'bersumpah tidak memiliki cincin itu di tangannya', namun mengaku barang kemas itu ada dibawa masuk.
Dalam pada itu, Badrul menyifatkan isu ditumbulkan semula, akibat serangan dari dalam Umno yang bertujuan menjatuhkan Najib.
"Dahulu strategi Rosmah yang membisu tentang isu ini berjaya buatkan rakyat lupa. Namun kini ia timbul kembali (sebagai) serangan 'kasar' dari dalam Umno sendiri ke atas kelemahan terbesar Najib, iaitu Rosmah," katanya.
keADILANDAILY/-
| Kambing RM1 seekor Posted: 20 Jan 2013 11:45 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.
Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah. "Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
"Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW," katanya. Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
"Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan. "Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan," katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami. Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut.
metro/- | Penduduk usul tiga resolusi selesai isu projek jambatan Posted: 20 Jan 2013 11:22 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Sebahagian penduduk berpiket secara aman dia atas jambatan yang didakwa diragui tahap keselamatannya selain dikhuatiri menjejaskan kenteraman sekiranya dibuka kepada lalu lintas
KUANTAN- Projek pembesaran jambatan melintasi longkang utama berhampiran Lorong Air Putih 147 di sini bagi menggantikan jambatan sedia ada mencetus persoalan penduduk sehingga menuntut penjelasan daripada pihak berwajib dengan segera. Susulan beberapa masalah yang dikhuatiri akan timbul, penduduk sepakat mengemukakan tiga resolusi untuk pertimbangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Choe Kok Chew, 60 berkata, antara tiga cadangan itu, penduduk mendesak supaya satu dialog diadakan bersama perunding atau wakil kontraktor berhubung aspek keselamatan jambatan itu yang didakwa agak meragukan. Menurutnya, penduduk juga meminta supaya jambatan itu hanya dibuka kepada kenderaan ringan dan satu halangan perlu dibina di hadapan jambatan mengikut ketinggian yang sesuai. "Kita juga minta supaya laluan ini dihadkan tempoh penggunaannya dan hanya dibuka pada waktu puncak, pagi dan petang," katanya. Kok Chew berkata, kebimbangan penduduk itu ada asasnya kerana dahulunya jambatan itu kecil dan hanya boleh digunakan untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal sahaja "Selepas projek ini siap, laluan akan dibuka kepada lalu lintas menyebabkan ketenteraman kami di sini akan terganggu dengan kehadiran kenderaan di lorong hadapan rumah yang sememangnya agak sempit. "Keadaan menjadi lebih buruk jika kenderaan berat turut menggunakan laluan itu sebagai jalan alternatif kerana secara tidak langsung akan mengundang risiko keselamatan kepada kami terutama anak-anak yang sering kali bermain di luar rumah," katanya. Menurutnya, jambatan konkrit sepanjang kira-kira tiga meter itu turut diragui tahap keselamatannya sekiranya dibuka untuk kegunaan kenderaan berat. "Berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai penyelia senior sebuah syarikat pembinaan, ujian kekuatan tanah perlu untuk menentukan bentuk sokongan yang sesuai bagi pembinaan sesebuah jambatan," katanya. Menurutnya, berdasarkan pemerhatiannya, kontraktor langsung tidak memasang cerucuk sebaliknya hanya bergantung kepada struktur konkrit bahagian tepi tanpa sebarang sokong di bahagian tengah. "Saya bimbang memandangkan ada pihak mengatakan jambatan itu mampu menampung bebanan sehingga 180 tan dan ia ternyata amat meragukan justeru itu kita mendesak satu dialog bersama wakil kontraktor diadakan," katanya. Sementara itu, Chang Ah Seong, 57, berkata sebagai penduduk, mereka berterima kasih kepada kerajaan kerana berusaha membesarkan jambatan itu bagi mengatasi masalah kesesakan di sini. Menurutnya, ketenteraman penduduk di situ mula terganggu apabila banyak kenderaan mula menggunakan laluan tersebut walaupun pembinaan jambatan itu belum siap sepenuhnya. "Kebanyakan pemandu menggunakan jalan itu sebagai laluan alternatif menyebabkan laluan hadapan rumah menjadi agak sesak pada waktu puncak. "Keadaan ini mengundang kebimbangan penduduk kerana sebahagian kami terpaksa meletakkan kenderaan di luar kawasan rumah menyebabkan laluan itu menjadi terlalu sempit dan tidak sesuai dibuka untuk laluan umum," katanya. Menurutnya, penduduk amat berharap agar MPK mempertimbangkan tiga resolusi yang bakal dikemukakan penduduk. Kira-kira jam 3 petang kelmarin, sebahagian penduduk berpiket secara aman mendesak MPK mengambil langkah sewajarnya supaya persoalan dan keresahan penduduk berhubung projek itu diberi perhatian dengan segera.
sinar/- | Janji Najib: Jangan ingat rakyat Kelantan tak tahu Posted: 20 Jan 2013 11:19 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar tidak terlalu kerap mengulangi janji lama semata-mata untuk memenangi hati rakyat Kelantan.
Menyifatkan pengumuman tujuh janji kepada rakyat Kelantan semalam sebagai sudah terlambat, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman berkata ia hanya untuk kepentingan politik Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengulas khusus mengenai tuntutan royalti minyak Kelantan, Nazri berkata, Najib hanya mengulang semula janji mengenai sebuah jawatankuasa khas yang sudah diumumkan pada Ogos lalu.
"Terima kasih kerana Perdana Menteri listen listen listen hasrat hati rakyat.
"Tetapi penubuhan jawatankuasa tersebut sudah diumumkan pada bulan Ogos lalu. Tak perlu PM umum sekali lagi kerana rakyat sudah tahu.
"Pengumuman ini hanya untuk kepentingan politik sebab sudah dekat PRU dan untuk meredakan kemarahan rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau bagaimanapun merakamkan ucapan terima kasih kepada Najib kerana mengakui perjuangan R menuntut hak rakyat Kelantan.
"Terima kasih kerana PM sebut dengan jelas dalam ucapannya semalam mengenai peranan R.
"Ini menunjukkan apa yang dilakukan R ada asasnya," katanya.
Menyentuh mengenai janji Najib untuk membina stadium baru, Nazri yang juga pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjung, sebuah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan berkata, ia sudah terlambat.
"Saya sudah ditugaskan untuk menjadi pelaksana projek pembinaan stadium yang bekerjasama dengan sebuah syarikat dari China.
"Kerajaan negeri sudah ada tanah dan projek sudah dilaksanakan. Kalau kerajaan persekutuan nak buat, buatlah tapi kami sudah memulakan projek stadium itu," katanya lagi.
Tambah beliau juga, tidak guna Najib banyak berjanji kerana Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010) belum mampu dilaksanakan.
"Najib berjanji lagi untuk (janji) bina lebuh raya. Sejak RMK ke-5 lagi berjanji tapi tak buat juga.
"Rakyat Kelantan sendiri sudah kumpul duit dan akan buat sendiri lebuh raya kita," katanya.
Projek yang diumumkan Najib merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
harakah/-
| 10 burung kakak tua terselamat Posted: 20 Jan 2013 11:13 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Anggota Maritim menunjukkan burung kakak tua yang dirampas. JOHOR BAHRU - Cubaan seorang lelaki menyeludup 10 burung kakak tua dari Tanjung Pinang, Indonesia, gagal apabila bot fiber yang dinaiki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Tanjung Sedili Wilayah Selatan. Bot berkenaan ditahan di kedudukan empat batu nautika Tenggara Tanjung Stapa, perairan Pengerang, Kota Tinggi, 18 Januari lalu. Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md Said berkata, dalam operasi jam 11.45 pagi itu, lima pegawai dan anggota Maritim yang melakukan rondaan di perairan Pengerang mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dari negara jiran memasuki tanah air. "Apabila kita menghampiri bot tersebut, tekong bot cuba memecut untuk melarikan diri, namun pihak kita berjaya menahan mereka. "Kita menemui 10 burung kakak tua di dalam sangkar yang dibalut dengan guni di bot fiber tersebut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Menurutnya, seorang tekong yang memegang status pemastautin tetap (kad pengenalan merah) berumur 50 tahun ditahan, manakala 10 burung kakak tua diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Johor. Jelasnya, tekong bot bersama burung kakak tua yang dirampas dibawa ke Jeti Maritim Stulang Laut untuk tindakan lanjut. "Tekong bot tersebut dari Tanjung Pinang, Indonesia, dalam perjalanan ke Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, bagi menjual haiwan berkenaan. "Ini adalah cubaan kali kedua tekong bot untuk menyeludup haiwan yang dilindungi ke negeri ini," katanya. Rozali berkata, haiwan tersebut kian mendapat permintaan sehingga boleh mencecah harga RM2,000 hingga RM5,000 setiap seekor sejak kebelakangan ini. Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
sinar/- | Macam ni pun ada! Posted: 20 Jan 2013 11:11 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Puchong: Satu mayat lelaki dibungkus kain dipercayai sengaja ditinggalkan ahli keluarganya di tepi rumah seorang wanita di Jalan Mawar, Batu 13 1/2, Puchong di sini kerana tiada wang mengebumikannya, pagi semalam.
Walaupun terdapat kesan luka di leher mayat itu, tetapi siasatan polis mendapati ia kesan pembedahan dilakukan sebelum ini.
Mayat berkenaan ditemui seorang pekerja kilang ketika mahu memasuki kawasan rumahnya, jam 7.50 pagi.
Pekerja berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ina berkata, ketika pulang ke rumah, dia terkejut melihat satu bungkusan kain sebelum mendapati rambut terkeluar daripada kain itu menyebabkan dia terus berlari menjerit memanggil suaminya yang berada di dalam rumah.
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Mawar, Puchong. Menurutnya, sebaik menghampiri rumahnya, dia pelik apabila melihat satu objek yang dibungkus dengan kain sebelum terkejut selepas terlihat rambut dari celahan kain itu.
metro/- | Tangguh kes Altantuya lepas PRU, BN takut pekung terbongkar. Posted: 20 Jan 2013 10:55 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Tangguh kes Altantuya lepas PRU, BN takut pekung terbongkar(Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 17 Dis: Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN. Ini berikutan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu menetapkan 11 Jun tahun depan bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri. Altantuya adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau dibunuh secara kejam apabila diletup menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006. Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28. Mengulas penangguhan itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertegas, kes rayuan tersebut sepatutnya didengar secepat mungkin dan tiada sebab perlu ditunda. "Saya turut terkejut mendengar berita bahawa kedua-dua mereka masih berada dalam tahanan, menunggu untuk buat rayuan, sedangkan keputusan kes telah lama dibuat," katanya ketika dihubungi. Menurut Surendran, ia menimbulkan persoalan adakah keputusan untuk mendengar rayuan itu sengaja dibuat selepas pilihan raya agar rahsia mereka yang terlibat tidak terbongkar. "Kita tak nampak apa-apa sebab munasabah untuk menunda kes itu sehingga tahun depan, apatah lagi bulan Jun, yang umum tahu pada waktu itu, pilihan raya telah selesai," katanya. "Kita tuntut penjelasan berhubung kelewatan pendengaran rayuan tersebut dan desak agar dijalankan segera," tegas Surendran lagi. | Juruterbang belot, serang pangkalan Posted: 20 Jan 2013 10:45 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
FSA menawan dua pangkalan tentera bagi menyekat bekalan senjata. DAMSYIK - Seorang juruterbang rejim Presiden Bashar al-Assad didakwa berpaling tadah, kelmarin. Menurut aktivis, Haytham Al-Abdallah, pegawai askar itu terlebih dahulu diarahkan mengebom kawasan penduduk di wilayah Ghotta, timur Damsyik, namun beliau enggan melaksanakannya. Beliau yang membawa pesawat perang MiG Soviet tersebut bertindak mengebom pangkalan tentera kerajaan dalam daerah Moadamiya. Sementara itu, di wilayah Idlib, kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) memperkuatkan serangan mereka di dua pangkalan tentera iaitu Wadi Al-Daif dan Hamdiyeh, sekali gus menawan kawasan tersebut. "Kumpulan pemberontak sebenarnya cuba memotong laluan bekalan senjata kepada dua pangkalan itu," kata Abdallah lagi. Sejak kelmarin, kumpulan hak asasi melaporkan lebih seratus penduduk termasuk 13 kanak-kanak terbunuh di seluruh negara. - DPA | PKR nafi dana asing kayakan Pakatan Rakyat Posted: 20 Jan 2013 10:39 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli SHAH ALAM - "Kalau demonstrasi ini mengayakan pembangkang dan Pakatan Rakyat, kami semua patut sudah pakai Mercedes." Demikian kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjawab dakwaan bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Hidayat bahawa demonstrasi mengayakan parti pembangkang apabila dana asing mencurah masuk bagi membiayai aktiviti menentang Barisan Nasional (BN). Kata Rafizi, dakwaan itu sama sekali tidak berasas sama sekali. Rafizi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut sambil mencabar Shamsul mengemukakan bukti yang kukuh jika dakwaan itu benar. "Soal wang masuk itu tidak berasas, kecuali dia ada bukti, dia boleh tunjukkanlah, kalau setakat bukti SMS, suruh kutip duit itu tak boleh dilayan. "Kalau demonstrasi ini mengkayakan pembangkang dan Pakatan Rakyat, kami semua patut dah pakai Mercedes, kaya raya sebab semua setiap kali buat demostrasi, dapat dana mencurah-curah," katanya. Pada 11 Januari lalu, Shamsul Hidayat mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan PKR daripada sebuah parti miskin kepada kaya. Shamsul yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram Bersih 1 pada 2007 berkata, beliau pernah bekerja di ibu pejabat PKR dan PKR ketika itu sangat miskin sehingga ada gaji pekerja yang tertangguh selama dua hingga tiga bulan. "Sebaik sahaja pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram Bersih 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia," katanya. Shamsul berkata, beliau tidak hairan jika himpunan yang dirancang diadakan oleh pembangkang esok akan membawa masuk dana untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13. Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya. Sebaliknya kata Rafizi, Umno-BN yang mengamalkan tradisi songsang itu dengan menggunakan wang untuk menarik minat orang ramai untuk hadir ke program anjuran mereka. "Saya rasa yang biasa menggunakan wang untuk gerakkan orang ini adalah di sebelah BN, yang menyediakan bas, sediakan makan dan wang saku.. "Kalau Umno-BN terus dengan pemikiran macam itu dan bergantung kepada duit, sampai bila-bila mereka tidak boleh memikat hati rakyat apabila berlaku demostrasi," katanya. Jelasnya, Umno-BN perlu pelajari bahasa rakyat yang mudah difahami jika mahu orang ramai hadir ke program mereka dengan sukarela tanpa diangkut dengan bas dan sediakan duit poket. "Dia (BN) ingat bila turun ramai-ramai, mereka mesti dibayar... "Demostrasi ini adalah satu budaya yang sihat, sudah sebati dengan Pakatan Rakyat... "Mereka (rakyat) turun kerana tertarik ataupun bersetuju dengan isu atau idea yang kita bawa yang memang rapat dan dekat dengan rakyat," jelasnya.
sinar/- | Gambar TG Nik Aziz bersama pelakon dan pengarah Pierre Andre Posted: 20 Jan 2013 10:19 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Tok Guru melontarkan idea dramanya 'Maulud' kepada Pengarah & Pelakon popular, Pierre Andre
harakahdaily/- | Muhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek Posted: 20 Jan 2013 08:20 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Trend untuk menerima anugerah doktor kehormat nampaknya menjadi satu amalan menjelang pilihan raya kali ini. Selepas Perdana Menteri menerimanya, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula menerimanya. Namun, ijazah kehormat yang diterima Muhyidin menjadi isu sekarang apabila pihak yang menerimanya mendapat kontrak besar dari penerima ijazah ini. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan kenapa kontrak yang diberikan kepada The United States Sports Academy (USSA) tidak melalui tender terbuka. Beliau perlu menjelaskan perkara ini selepas timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin menerima ijazah doktor kehormat dari kolej itu selepas menerima kontrak bernilai RM22.9 juta. Penganugerahan doktor falsafah kohormat (PhD) kepada Menteri Pelajaran kini menjadi bualan ramai. Ini kerana, sebelum ini kolej yang tidak ternama dan hanya mempunyai 600 pelajar luar (distance -learning) itu baru saja mendapat kontrak untuk melatih 1,000 pelajar dari Malaysia. Pembelaan cepat yang dibuat oleh Presiden Akademiknya, Dr Thomas P Rosandich bahawa ia dibuat kerana "pencapaian seumur hidup Muhyidin kepada sukan dan layak untuk menerimanya" juga dipertikaikan. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) dalam kenyataannya berkata, Muhyidin menerima doktor kehormat itu ketika negara jatuh teruk dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.
Malaysia telah jatuh teruk dalam pencapaian metematik dan sains antara tahun 1999 dan 2011.
Isu yang lebih besar adalah kenapa Muhyidin telah diberikan ijazah itu ketika satu kontrak besar diberikan kepada kolej tidak ternama yang terletak di Daphne Alabama itu.
Muhyidin telah menganugerahkan kontrak untuk melatih semula 1,000 guru-guru sukan di USSA melalui "International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS)" dengan nilai RM22.9 juta.
Menurut Tony, USSA mengaku, IDPESS adalah satu promram baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin.
Tony meminta Muhyidin menjelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kos kontrak yang dianugerahkan kepada Syarikat KH Sport Sdn Bhd ini adalah RM22.9 juta.
Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester.
HARAKAH/- | ‘Fenomena Listen’: Sharifah Zohra Mohon Maaf Posted: 20 Jan 2013 08:00 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
PETALING JAYA: Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin pada Ahad tampil memohon maaf kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kontroversi 'fenomena listen' yang menjadi perhatian banyak pihak baru-baru ini.
Menurut Sharifah Zohra, beliau kesal apabila pusat pengajian tinggi itu dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.
"Saya sangat kecewa apabila UUM diheret sama secara langsung dalam isu ini. Dalam kes ini, UUM merupakan pihak yang paling layak untuk saya memohon maaf secara ikhlas.
"Saya dengan ini mohon maaf kepada UUM kerana perkara ini benar-benar berada di luar kawalan saya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai sesuatu yang dianggap malapetaka," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Ahad.
Selain itu Syarifah Zohra turut melahirkan kekesalahan di atas tindakan pihak tertentu yang mensensasikan isu berkenaan hingga menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya.
"Tindakan individu tertentu ini berjaya mewujudkan 'tsunami fenomena listen' menjadi lebih beremosi dan serius hingga menimbulkan kebencian di kalangan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia terhadap saya tanpa alasan yang kukuh," katanya.
Syarifah Zohra menjadi topik hangat apabila klip video sepanjang 24 minit yang memaparkan insiden pertikaman lidah antara beliau dan pelajar undang-undang UUM, KS Bawani ketika Forum Suara Mahasiswa pada Disember lalu mendapat kritikan banyak pihak.
Menerusi kenyataan tiga muka surat itu, Sharifah Zohra bagaimanapun turut memaafkan Bawani dan pihak yang didakwa mengecamnya tanpa usul periksa.
"Saya maafkan gadis muda (Bawani) dalam video itu di atas apa jua tindakannya sebelum, semasa dan selepas forum tersebut.
"Saya juga memaafkan pihak-pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadap saya tanpa usul periksa dan mendapatkan fakta yang tepat," katanya.
Mengulas lanjut Sharifah Zohra berkata beliau turut menerima ugutan daripada banyak pihak pihak termasuk parti politik.
"Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak saya.
"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima uguran SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) tidak bertanggungjawab daripada individu, kumpulan serta parti politik," katanya.
mStar | Anwar menang saman terhadap Utusan Posted: 20 Jan 2013 07:00 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.
Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini. Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.
"Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya. "Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham.
keadilandaily/-
| Bawani: Saya berani kerana benar Posted: 20 Jan 2013 06:45 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani berkata ibunya kini bimbang dengan keselamatan dirinya selepas video konfrontrasi beliau dengan Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mendapat perhatian luas. Bawani, 27, berkata beliau bagaimanapun memberitahu ibunya supaya tidak bimbang kerana beliau mendapat sokongan ramai. "Sebenarnya, saya rasa mak saya paling takut. Mak saya beritahu, 'berhati-hati tau, jangan-jangan ada orang nak tembak awak'. Dia takut. Dia ada beritahu (kepada saya). "Selepas hari kedua, bila (video itu) dah meletup, (ibu kata) saya takut ni, (kalau) ada orang tembak kamu. Saya beritahu, saya rasa saya tak buat apa-apa salah, jadi saya tak perlu takut. "Dan ramai sedang bersama saya untuk memperjuangkan apa yang benar," katanya aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam wawancara dengan Malaysiakini. Katanya, sekiranya perkara tidak diingini benar-benar berlaku ke atasnya, beliau hanya akan menghadapinya dengan senyuman kerana percaya bahawa beliau bertindak dengan betul "demi menegakkan keadilan". Bawani menganggap dirinya sebagai orang biasa dan bukannya hero walaupun video berkenaan mendapat perhatian meluas. Dengan merendah diri, beliau berkata ramai lagi individu lain dengan perjuangan yang berlipat kali ganda lebih besar daripadanya. "Saya bukan hero. Saya menyuarakan pandangan saya, dan jangan pandang saya di langit. Saya mahu bersama rakyat di bawah. Saya tak takut, saya tak buat salah. (Saya) berani kerana benar," tegasnya. Menceritakan mengenai latarbelakangnya, Bawani berkata beliau terlibat dengan aktivisme dalam kemasyarakatan sewaktu menuntut dalam jurusan psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2005 hingga 2008. Katanya, sewaktu berada di unverisiti, beliau aktif menyertai program kemasyarakatan seperti bertemu dengan penduduk ladang dan kampung serta peneroka bandar. "Saya memutuskan untuk membantu orang, jadi saya belajar psikologi dahulu untuk mengetahui dan mendalami perasaan dan tindak tanduk manusia bagi menyelesaikan sesuatu masalah mereka," katanya. Selepas graduasi dan mahu terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, Bawani bekerja sepenuh masa dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantu tugas setiausaha agung yang kini disandang oleh S Arutchelvan, tambahnya. Tak minat jadi calonMenurutnya, sewaktu bekerja di PSM, beliau memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana dalam bidang Klinikal Psikologi di UKM pada Disember 2008, bagaimanapun gagal dalam temuramah yang diadakan. Ditanya sama ada beliau berminat secara langsung dalam politik atau menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang, Bawani berkata beliau belum menjadi ahli PSM dan tidak berminat menjadi calon pilihan raya akan datang. "Saya rasa saya tidak ada apa-apa rancangan untuk bertanding, tapi saya akan meneruskan perjuangan saya. (Biar) masa depan akan menetukan segala-galanya. "Saya sentiasa menyokong PSM. Saya rasa perti politik yang memperjuangkan fahaman ideologi saya adalam PSM," katanya yang bercita-cita menjadi peguam hak asasi. Bawani berkata beliau menjadikan pemimpin gerila Bolivia Che Guevara sebagai idolanya kerana mengagumi perjuangan tokoh itu yang berjuang bersama rakyat sewaktu masih muda. "Semua orang tahu beliau berasal dari Cuba yang berfahaman sosialis, yang mementingkan kesamarataan. Tidak ada kaya atau miskin. Semua sama rata... Itu prinsip yang sama minat iaitu perjuangan ideologi kesamarataan iaitu sosialis," katanya yang mula mengenali idola dan perjuangan Che sejak 2005. Katana, beliau turut menonton filem yang berkaitan tokoh pejuang gerila itu seperti 'The Motocycle Diaries' (2004) arahan Walter Salles dan 'Che' (2008) arahan Steven Soderbergh.
malaysiakini/- | Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit Posted: 20 Jan 2013 06:30 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.
Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya. "Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang," katanya. – AGENSI | Liu tawar diri kahwin Posted: 20 Jan 2013 06:25 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
SUPERSTAR China, Liu Xiang memberikan harapan buat berjuta-juta peminat wanita yang menyintainya, mengumumkan dia bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, tetapi memberikan beberapa syarat perkahwinan yang perlu diikuti.
Mana-mana wanita yang mahu menjadi isterinya perlu menghormati kedua-dua ibu bapanya, sanggup tinggal serumah dengan mereka dan mahu sekurang-kurangnya dua orang anak sebelum 2015, kata Liu dalam satu temuramah dengan portal Internet ternama, Tencent. "Tidak, saya tidak memiliki seorang teman wanita, memang benar saya tiada, jika ada, saya tidak akan menyembunyikannya," kata Liu.
"Ia bergantung kepada takdir. Teman wanita saya patut seorang yang berbudi bahasa, sopan dan menghormati kedua-dua ibu bapanya dan ibu bapa saya." Sejak memenangi pingat emas acara 110 meter lari berpagar Sukan Asia Guangzhou Rabu lalu dengan masa 13.09 saat - catatan masa terbaiknya sejak mengalami kecederaan pada perlumbaan peringkat awal pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008 - Liu sekali lagi menjadi tumpuan utama media. Kemenangan itu tidak dinafikan menjadikan pelari kaya itu, bekas juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, sebagai seorang bujang paling diingini di China.
"Kerana saya anak tunggal dilahirkan sekitar 1980-an, saya membesar tanpa rakan sepermainan. Jadi saya fikir dua orang anak sudah mencukupi, saya mahukan dua orang anak," kata Liu.
"Saya akan tinggal dengan ibu dan bapa saya, mereka boleh menjaga anak-anak saya kerana saya amat sibuk... saya masih sukakan masalah ibu." Liu berkata dia tidak akan melanggar undang-udang berkaitan polisi perancangan keluarga "seorang anak" di China dan merujuk kepada perubahan terbaru terhadap undang-undang itu yang membolehkan pasangan memiliki dua orang anak jika kedua-dua ibu bapa mereka adalah anak tunggal. "Nilai keluarga saya amat penting, keluarga lebih penting daripada segala-galanya," katanya.
"Keluarga diibaratkan sebuah pelabuhan yang selamat, tidak kira apa yang berlaku terhadap anda di luar, anda boleh kembali ke rumah dan melupakan mengenai segala-galanya." Liu berkata dia bercadang untuk terus bertanding hingga sekurang-kurangnya Kejohanan Dunia pada 2015. "Pada 2015, saya akan berusia 32 tahun, dan sebagai orang biasa saya sepatutnya sudah berkahwin dan memiliki anak-anak, itulah kehidupan," katanya.
Liu, yang dilahirkan pada 13 Julai 1983 di Putuo, Shanghai, melakar sejarah apabila muncul atlet olahraga pertama China memenangi pingat emas dalam sukan itu pada temasya Sukan Olimpik Athens.
Dia juga atlet pertama China meraih "tiga mahkota" dalam sukan olahraga: pemegang rekod dunia, juara dunia dan juara Olimpik.
Liu, yang lebih suka merendah diri, menderma kira-kira 2.5 juta yuan (RM1.18 juta) kepada mangsa gempa bumi Sichuan pada 2008.
KOSMO/- | Bersihkan daftar pemilih sebelum PRU! Posted: 20 Jan 2013 06:20 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Dijumpai dalam YouTube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara kepada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. (LINK YOUTUBE klik http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=IUsC3SMubDk) Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk, wajah – wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk. Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara. Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata. Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau. Memetik semula kata – kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan. Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini. Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya. Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor. Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkuasa mula menjual kedaulatan seluruh negara. Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa. Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disuruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya lahir dan mati di sini. Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia. Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas. Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan mencetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa. SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai. Bangkit, Bangkit, Bangkit! Selamatkan negara. Solidariti Anak Muda Malaysia | Ananda orang terkaya di Malaysia Posted: 20 Jan 2013 06:00 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas 'Raja Gula', Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion. Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.
Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu. kosmo/-
| Najib diminta tepati janji lama dulu Posted: 20 Jan 2013 05:45 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - (Mana royalti kami....banner besar menyambut kedatangan Najib ke Kelantan) KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih wajar menepati janji kerajaannya untuk membina Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu dari membuat janji baru.
Ini kerana, Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010).
Demikian kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulas janji Perdana Menteri semasa lawatan ke Kelantan kelmarin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek terbabit merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Najib berkata, tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.
"Sudah hampir 26 tahun namun tidak dilaksanakan, tak malukah? datang ke Kelantan berjanji akan hal telah termaktub dalam RMK?
"Enam perkara lagi anda fikirlah sendiri logik ke tidak akan laksanakan setelah perkara pertama pun diabaikan," tulis Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dalam facebooknya. Semasa melawat Kelantan kelmarin, Najib telah disambut dengan banner besar bagi mengingatkan beliau tentang janji BN sebelum ini. (gambar atas) Ia dinaikkan oleh NGO 'R' yang memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan.
harakah/-
| Dilenyek treler bapa Posted: 20 Jan 2013 05:40 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Muar: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran.
Mohd Afiq tercampak keluar dari kenderaan itu dan dihempap tayar kanan lori kontena menyebabkan kepalanya pecah manakala bapanya patah kaki. Ibunya, Suriyati Abd Rahman, 30-an, serta kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, cedera ringan dalam kejadian itu.
Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. Kepala budak lima tahun berkecai lepas lori kontena terbabas dalam parit. Katanya, pihaknya mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan Mohd Yazid yang tersepit di tempat duduk serta isteri dan anak perempuannya di tempat duduk belakang pemandu sebelum mengalihkan lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah tayar.
metro/- | Terkini wajah Kampus Induk Insaniah, menjelang perasmian 29 Januari 2013 Posted: 20 Jan 2013 05:30 PM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kampus induk KUIN: Dulu 'angan-angan', kini jadi kenyataan ALOR SETAR – 'Angan-angan kosong', itulah perkataan yang sering didengari apabila kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil empat tahun lalu. Tiada siapa yang menyangka, empat tahun berlalu, kini KUIN telah siap dibina dan tersergam indah bagaikan unversiti 'lima bintang'. Siapapun pasti akan kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini. Dewan utamanya merupakan dewan terbesar di utara tanah air dan mampu memuatkan kira-kira 5,500 hadirin dengan panggung eksperimen dengan kapasiti 1500 orang pada satu-satu masa. Dewan kuliahnya pula menepati cirri-ciri terkini dengan senibina yang mengagumkan. Alhamdulillah, ianya dapat disiapkan dalam masa hanya empat tahun pemerintahan kerajaan negeri kini dan lebih menakjubkan ianya adalah tanpa sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat. Sementara itu, Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Canselor KUIN. Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato' Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut. YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN. Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato' Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato' Dr. Halim Ismail.
harakah/-
| Bicara dengan Tok Guru di Rumah Kelantan Posted: 20 Jan 2013 08:00 AM PST 9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Pagi Ahad lepas, penulis menerima panggilan dari Wan Zulkifli Wn Muhammad, Pembantu Khas Politik kepada Menteri Besar Kelantan. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Haji Wan Zul, memberitahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak berjumpa di Rumah Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, jam 10.00 pagi. Mulanya berasa hendak berehat kerana sudah beberapa hari kesibukan kerana terbabit dalam mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Tambahan pula pagi itu hujan membasahi bumi, kesejukan dan keletihan mengakibatkan kemalasan melanda. Namun panggilan dari Wan Zul, kembali menyegarkan minda. Bergegas ke Rumah Kelantan untuk memenuhi arahan Musyidul Am PAS, lebih utama. Sesampai di Rumah Kelantan, Tok Guru sudah menunggu. Beliau ditemani Wan Zul dan pengawal peribadinya, Zakaria Deraman (Pok Ya). Tok Guru tersenyum sambil menjawab salam penulis. Setelah bersalaman dan mencium tangannya, bagi mengambil berkat ulama, penulis duduk disisi beliau. Beliau memakai ketayap putih serta jubah putih dan vest KL112 warna kuning. Lencana R turut tersemat didada beliau. Menjadi kelaziman bagi MB Kelantan itu jika berkunjung ke Kuala Lumpur, untuk menginap di Rumah Kelantan. Banglo agam dua tingkat itu sudah terbina lama sebelum beliau menjadi MB. Keadaan di dalam banglo lama itu tidak ubah seperti 20 tahun yang lalu. Masih menggunakan sofa lama, kerusi lama, tidak banyak perabot dan barang-barang perhiasan. Langsirnya juga pun masih kekal seperti dahulu. Jika hendak berubah pun barangkali catnya sahaja. Tok Guru memang tawaduk, walaupun berstatus MB, beliau sesekali tidak akan membazirkan wang rakyat Kelantan semata-mata untuk keselesaan dirinya. Penulis teringat tentang pembaziran besar dan pendedahan penggunaan wang jutaan ringgit bagi membaik pulih rumah Perdana Menteri, Timbalan PM dan MB-MB dari Umno. Hidup mereka serba mewah dan membazir. Bercerita tentang HKR Tanpa membuang masa Tok Guru menerangkan tujuan beliau memanggi penulis untuk berjumpa. Katanya, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka. "Saya berasa letih. Letih bukan kerana penat, tetapi letih kerana terlalu gembira dengan komitmen ratusan ribu rakyat berhimpun bagi menuntut keadilan. "Dua hari lepas (10 Januari) saya menerima banyak ucapan tahniah dan ucapan panjang umur dalam satu majlis khas diadakan di Kota Bharu. Ramai orang doa dan mengucapkan moga saya sentiasa muda termasuk dari kalangan orang Cina. Saya terlalu suka hingga tidak lalu makan," ujar beliau. Mursyidul Am PAS itu amat terharu dengan komitmen rakyat, walaupun pada beberapa perhimpunan Bersih ada yang cedera dan meninggal, namun mereka begitu berani. Katanya, sifat tidak takut ini wujud sehingga ramai yang membawa anak-anak untuk hadir di HKR secara aman. Tegasnya, jika dari dahulu lagi kerajaan memberi ruang yang adil kepada pembangkang dalam televisyen dan radio, keadaan tidak berlaku sedemikian. "Mana ada orang yang sengaja datang dari jauh, tinggal anak-bini, tinggal kerja semata-mata untuk berhimpun. "Kerja ini sebenarnya lahir dari hati dan cetusan dari kebangkitan rakyat menentang kezaliman. Hal seumpama ini pernah berlaku pada zaman Raja Tsar semasa tercetusnya Revolusi Bolshevik," ujar beliau. Semangat Tok Guru semakin membara mengenangkan keberanian rakyat berhimpun di HKR. Kegembiraan beliau diserlahkan dengan hasratnya untuk menjamu sekelian pengawal, pengiring dan penyokong PAS yang bersama beliau sepanjang HKR. "Tok Guru minta saya jemput semua petugas dan penyokong yang mengiringi beliau. Kita bawa 45 orang semuanya, makan dengan Tok Guru disebuah restoran di Jalan Ampang. Petang itu sahaja Tok Guru bayar RM1500.00," kata Wan Zul. Isu kalimah Allah menjadi perhatian Menyentuh mengenai isu kalimah Allah, Mursyidul Am PAS itu menegaskan beliau mempunyai pandangan yang sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Masalah undang-undang (sama ada dibenar atau tidak) kita boleh kemudiankan, yang penting kita berusaha mengelakkan perbalahan sesama Islam dan Kristian," tegasnya. Tok Guru turut mencadangkan diadakan muzakarah dan perbincangan antara tokoh-tokoh agama dalam negara, bagi membincangkan soal penggunaan kalimah Allah. Tegas beliau perbincangan tersebut hendaklah dijemput juga tokoh-tokoh agama Kristian, agar sebarang salah faham mengenai isu tersebut dapat di atasi. Menurut Tok Guru, beliau juga ingin mngetahui mengapa orang Kristian mahu menggunakan kalimah Allah dan apakah rasionalnya di sebalik pegangan tiga tuhan (trinity). "Bagi kita orang Islam, Allah yang kita imani adalah Allah Yang Esa. Tiada dua, tidak tiga," tegasnya. Namun bagi, MB Kelantan itu menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu kalimah Allah Tegas beliau, jika penglibatan orang-orang politik boleh memberikan kesan tidak baik, dicadangkan pertemuan di antara cerdik pandai di universiti yang terdiri di kalangan tokoh agama Islam yang layak dengan tokoh Kristian. "Kalau hendak libatkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lagi baik. "Jangan sesekali gunakan undang-undang. Buat larangan sedangkan isu sebenar tidak selesai. Kita harus berdialog," ujarnya. Menurut Mursyidul Am PAS itu, selain mahu mengetahui pendirian golongan Kristian, mengapa mereka mahu menggunakan kalimah Allah, sedangkan mereka mendakwa mereka tuhan itu tiga (trinity), beliau ingin juga mengetahui dari parti Melayu-Islam Umno, mengapa mereka menolak Islam dan sebaliknya menggambil kebangsaan. "Mereka jangan sibuk hendak pertahankan kalimah Allah dari diguna orang Kristian sedangkan mereka sendiri menolak Islam yang diturunkan Allah menerusi Nabi-Nya, Muhammad s.a.w. "Sedangkan Islam ini sudah cukup sempurna dan lengkap, jadi mengapa ada orang Melayu-Islam ambil kebangaan dan menolak Islam? Adakah Islam tidak sempurna?" soal beliau. Tegas Tuan Guru Nik Abdul Aziz, jika ada kalangan Melayu yang masuk Kristian, bukan kerana paderi sahaja, sebaliknya Melayu itu sendiri yang melonggarkan 'skru' Islam iaitu iman. Seperti Umno yang menolak Islam, beerti katanya, Umno tidak percaya Islam sebagai ad-Din yang syumul yang mencakupi syariat yang diturunkan oleh Allah. "Usah hendak sibuk jaga kalimah Allah sedangkan arahan Allah tidak dipatuhi," tegas beliau. Ulama dan politikTok Guru hanya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa beliau dan Presiden PAS sebagai ulama politik. "Saya rasa bersyukur dengan dakwaan itu, kerana orang yang pertama, alim ulama yang pertama menjadi ulama politik adalah Nabi Muhammad s.a.w sendiri. "Dia menjadi imam masjid, dia yang menandatangani perjanjian dengan Yahudi di Madinah. Kalau Yahudi anggap Muhammad ini 'pak lebai kampung' mana dia hendak terima," ujarnya. Tegasnya, Nabi Muhammad s.a.w berperanan menandatangani 'Suluh Hudaibiyah', menguruskan kewangan dan mengetuai perakakan 'Fathul Makkah'. Baginda katanya, melakukan semua tugas politik dan kebanyakan melaksanakan tugas politik di masjid. "Barangkali orang Umno ini tidak tahu beza antara parti dan politik. Parti lain, sedang semua kerja buat kita berkait dengan politik," ujarnya. Tok Guru begitu bersemangat bercerita dengan penulis. Banyak topik disentuhnya, termasuklah hasrat beliau untuk menerbitka drama mengenai kisah penghidupan Nabi Muhammad s.a.w sebelum ditabal menjadi Rasul. Menurutnya, beliau telah meminta Dinsman untuk membuat skrip mengenainya dan pihak Kelantan sedang mengenalpasti beberapa orang artis yang menyertai PAS untuk terbabit dalam pembikinan filem tersebut. Mudah-mudahan hasrat Tuan Guru Nik Aziz dapat dilaksanakan dengan sempurna. Di kesempatan ini penulis dan seluruh warga Harakah, mewakili ahli PAS di seluruh negara mengucapkan selamat hari lahir buat Tok Guru. Sesungguhnya kehadiran Tok Guru dalam jemaah ini, merupakan suatu hadiah yang paling besar buat kami, pendokong perjuangan Islam ini.
| |
Jasindaily Online Posted: 20 Jan 2013 09:38 AM PST Forum SW1M : Mahasiswa diwajibkan hadir ?? Posted: 20 Jan 2013 12:47 AM PST Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu 'brainwash'.
Bercakap dalam temubual denganMalaysiakini petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton, sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan forum itu.
"Kalau tak ada kaitan, ramai pelajar diminta hadir dalam program itu. Kalau tidak hadir, akan dibuang kolej dan sebagainya... Ramai pelajar Proton menyatakan kekecewaan, kerana terpaksa hadir.
"Kalau bukan program universiti, kenapa perlu diwajibkan," kata Bawani sambil menambah ada mendengar bahawa pelajar kolej lain turut diwajibkan hadir tetapi tidak pasti kolej kediaman tersebut.
Bawani mengulas kenyataan Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada Bawani.
Dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina berkata, Mohamed Mustafa berkata universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.
Manakala laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.
Mengulas lanjut Bawani meluahkan kekecewaannya dengan kenyataan Prof Mohamed Mustafa itu memandangkan hanya kampus sahaja berkuasa membenarkan pihak luar mengadakan program dalam kawasan universiti.
Benarkan NGO luar "Pihak universiti yang membenarkan NGO luar datang sebab (forum) ini berlaku dalam universiti. Jadi kita tak boleh kata, universiti tidak ada kaitan dalam isu (forum) ini sebab ia berlaku dalam pagar universiti kita.
"(Ini) perkara yang mengecewakan saya. Universiti kata, kita pinjam tempat sahaja, kita universiti tak ada kaitan. Kita perlu lihat (bahawa) universiti perlu bebas dan neutral.
"NGO itu orang luar, apa-apa yang kita benarkan, universiti ada autoriti membenarkan pihak luar menjalankan apa-apa (program), di dalam (universiti) ini," katanya.
Hadir ke forum tersebut dengan inisiatif sendiri, Bawani turut mempersoalkan majlis bacaan ikrar yang didakwanya menggesa pelajar supaya tidak terlibat antaranya hadir dalam demonstrasi jalanan.
Sebelum itu Bawani berkata pada mulanya terdapat slot mengenai wanita dan politik dan tetapi secara tiba-tiba, dakwanya, terpapar di skrin antaranya mengenai "perhimpunan kotor" BERSIH 3.0, kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama dan kecaman terhadap pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
Beliau yang juga pemegang ijazah sarjana muda psikologi dari Univerisiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau tidak pernah berdepan dengan situasi itu sepanjang beliau menghadiri pelbagai forum.
"Ini menunjukkan sesuatu yang salah, ada sesuatu makna yang tersembunyi," katanya yang juga seorang aktivis NGO yang dikaitkan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), JERIT.
Sekalipun dalam hati kecilnya ada perasaan marah sewaktu berdepan saat konfrantasi 'listen' dengan Sharifah, namun Bawani berkata beliau mampu mengawal perasaannya dan menghormati kepada Sharifah.
Bagaimanapun apabila beliau cuba meminta keizinan untuk bercakap berkaitan pendidikan percuma menyebabkan suara Sharifah menjadi semakin lantang sehingga dianggapnya boleh menyebabkan tanggapan buruk kepadanya.
"Orang akan lihat, orang besar kata berhenti. Saya sebagai mahasiswa, (hanya) orang kecil... Saya fikir Puan Sharifah sudah bentuk satu suasana untuk menarik penonton bahawa saya, very bad, very rude. 'Kami bersama kamu "Tapi saya tunggu, saya ingat Puan Sharifah akan berhenti untuk respons kepada soalan itu, dan akan beri peluang saya bercakap. (Jadi) cara dia jawab... Saya tidak akan mendapat jawapan.
"Saya akan dikutuk teruk. Penonton pula sudah mula tepuk tangan, macam sokong apa pun Puan Sharifah cakap. (Oleh itu) saya kata abaikan. Penonton akan menilainya. Kalau tengok video tu, (perasaan) saya memang kecewa," katanya.
Ditanya mengenai maklumbalas selepas insiden tersebut, Bawani berkata ramai rakan-rakannya marah dan mengutuk susulan tindakannya dalam forum tersebut.
Bagaimanapun selepas menonton video tersebut, mereka memohon maaf kepadanya khususnya di laman sosial Facebook miliknya.
"(Mereka kata) kami tidak dapat bayangkan apa yang kamu nak cakap. Ada orang cakap, (memang) betul kamu rude. Tapi lepas tengok (video) program itu, baru dapat tahu, kenapa kamu bersikap begitu.
"Secara umum ramai kawan sekolah rendah, menengah dan di UKM, mereka cukup gembira dan memuji saya. Mereka kata, saya berani. Dan ramai yang kata, kami bersama kamu, jangan bimbang," katanya. | Masih Boleh Dipercayai??? Posted: 20 Jan 2013 12:45 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kunjungannya ke Kelantan hari ini mengulangi janji kerajaan BN untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu. Projek berkenaan diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010). Dalam kunjungannya hari ini, Najib turut mengumumkan enam lagi projek dan berjanji untuk mengumumkan beberapa lagi janji pilihan raya dalam kunjungan seterusnya ke negeri itu. "Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi. "Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama hari ini. Laporan itu menyebut beliau berucap ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di Kota Bharu. Ia juga menyebut, Najib turut mengumumkan pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit. Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air, menurut laporan itu. Laporan berkenaan turut menegaskan bahawa 50,000 orang bertepuk tangan dengan gemuruh ketika Najib membuat pengumuman tersebut./mkini
ulasan : Dah dekat-dekat macam nie baru nak janji macam-macam .. kenapa tak tunaikan masa PRU yang lepas ?? Boleh dipercayai lagikah manusia ini ?? | Program Ngeteh Dan Santai Posted: 20 Jan 2013 12:32 AM PST Majlis Tindakan Dun Merlimau akan mengadakan program ngeteh dan santai bersama Yang Berhormat Haji Salahuddin bin Ayub, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian pada 26 Januari 2013 bertempat di Rumah Saudara Adel Jantan Kampung Ayer Tawar Merlimau. Program ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana untuk pilihanraya umum yang ke 13. Program tersebut juga bakal dihadiri Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 merangkap YDP PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamarudin Sidek dan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah. | Bukan Tak bagi Amaran .. Dah Lama Dah .. Posted: 19 Jan 2013 04:52 PM PST
Rupanya isu penggunaan Kalimah Allah bukan satu perkara yang baru untuk diperkatakan bahkan perkara ini dah lama dibincangkan dan dibahaskan serta diberikan amaran oleh mufti terhadap kerajaan persekutuan. Tapi nak kata camna, menteri yang jaga jabatan agama pun tak ambil cakna bab ini. Natijahnya ialah apa yang berlaku sekarang.
Orang yang bukan islam cuba untuk permainkan Islam itu sendiri.
Hari ini menurut sumber dari sinar harian edisi utara seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah, kelmarin.Muhammad Fazmin Prem Nazeer, 20, berkata, dia berasa curiga apabila melihat dua lelaki berpakaian kemas mengedar buku kecil kepada pelajar sekolah."Apabila saya amati dan bertanyakan kepada pelajar yang menerimanya, baru saya tahu mereka mengedarkan Bible kepada pelajar," katanya.
Ketika itu, beliau sedang membantu datuknya berniaga di hadapan sekolah sebelum menyedari dua lelaki berkenaan turun dari sebuah kenderaan mewah yang diletakkan berhampiran pintu masuk sekolah.Menurutnya, kedua-duanya terus ke gerai datuknya dan mengedar buku itu kepada beberapa pelajar Cina yang sedang minum."Saya bertanya kepada salah seorang pelajar mengenai buku yang diberikan itu dan dia juga memaklumkan adalah Bible. "Apabila rasa ada yang tidak kena dengan perbuatan lelaki terbabit, saya terus memerhatikan mereka dari jauh," katanya ketika ditemui media di sini malam kelmarin.Muhammad Fazmin berkata, kedua-dua lelaki itu terus bergerak ke pintu hadapan sekolah dan mengedarkan kira-kira 50 naskah kepada pelajar yang baru pulang untuk sesi pagi dan pelajar sesi petang.
Menurutnya, Bible itu bukan sahaja diedarkan kepada pelajar Cina dan India malah pelajar Melayu."Selepas mendapati salah seorang lelaki itu memberikannya kepada pelajar Melayu, saya terus menghampiri pelajar terbabit dan bertanya sama mengetahui apa yang diberikan itu. "Pelajar itu hanya menggeleng kepala dan terkejut apabila saya memaklumkannya adalah buku penganut Kristian," katanya.Muhammad Fazmin berkata, salah seorang lelaki itu mungkin terdengar perbualannya dengan pelajar berkenaan dan terus meminta buku kecil itu dipulangkan.
Menurutnya, selepas mengambil semula Bible itu, lelaki berkenaan terus mengedarkan kepada pelajar lain.Muhammad Fazmin kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang cuba memanipulasikan pelajar sekolah dengan cubaan menyebarkan fahaman agama lain. "Apa yang dilakukan dua lelaki itu salah kerana mereka menyentuh sensitiviti umat Islam. Jangan cuba bangkitkan kemarahan umat Islam."Saya sempat merakamkan gambar kedua lelaki ini dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya," katanya. | Ali Rustam Bakal "Lari " Tinggalkan Melaka Posted: 19 Jan 2013 04:25 PM PST Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka. Kata beliau, hasratnya sudah diketahui banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun masih belum diputuskan pemimpin tertinggi parti. "Keputusan yang saya ambil untuk bertanding di Parlimen terletak di tangan Perdana Menteri untuk memutuskannya. "Namun sehingga kini keputusan saya untuk bertanding di kerusi Parlimen masih belum diputuskan oleh Najib," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, di sini, semalam.
Tanpa memberitahu kerusi Parlimen mana yang akan ditandinginya, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi di negeri ini sudah diselesai dan dipersetujui semua parti. "Kita ikut cadangan yang telah dikemukakan awal kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan tidak ada perubahan baru di saat-saat akhir," katanya. Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi. Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999.
Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan. Sementara itu laporan Bernama memetik Mohd Ali berkata pembahagian kerusi bagi PRU13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN). "Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum ini," katanya. Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai.
ulasan : Nampak dah sampai masanya Melaka Mendapat Ketua Menteri yang baru tapi sebelum Dato' Seri tinggalkan kerusi Dun Bukit Baru Melaka, sila selesaikan segala hutang piutang yang telah Dato' Seri buat selama mana menjadi Ketua Menteri. | Isma Bakal Jadi Parti Politik Posted: 19 Jan 2013 04:19 PM PST Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyatakan hasratnya untuk terlibat secara serius dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sebagai langkah awal ia telah menubuhkan Biro Politik. Ia juga sedang membuat kajian kemungkinan bertanding PRU13. Hasil kajian akan selesai 26 Januari ini. Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, dengan penubuhan biro itu, pihaknya boleh menyampaikan pandangan politiknya kepada masyarakat selain membuat kajian realiti politik semasa dan mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil berdasarkan perkembangan politik negara.
"Sebagaimana kita tahu bahawa negara kita bakal menghadapi Pilihan Raya ke-13, jadi Isma insya-ALLAH tidak akan ketinggalan dalam mengambil bahagian dalam bentuk yang diizinkan oleh undang-undang dan mengikut kemampuan dan sesuai dengan tuntutan fikrah kita," kata beliau dalam satu kenyataan media. Ketika dihubungi beliau berkata, "untuk terlibat bersama dalam PRU13 memang kritikal... ada keperluan untuk kami terlibat sama." Jelasnya, penubuhan biro itu sejajar dengan perkembangan politik negara yang bakal menghadapi PRU13 tidak lama lagi, malah ia bersesuaian dengan tuntutan fikrah NGO itu yang meletakkan agenda politik sebahagian daripada medan perjuangan. "Atas cadangan daripada pelbagai pihak daripada dalaman Isma, ahli-ahli Isma sendiri dan juga rakan-rakan yang bersama-sama menyokong agenda Isma, maka Jawatankuasa Pusat Isma telah memutuskan untuk menubuhkan satu biro baru yang kita namakan Biro Politik Isma," katanya.
Bagaimanapun Isma masih belum membuat keputusan untuk mencalonkan ahlinya bertanding dalam PRU13. "Itu kita belum putuskan lagi bagaimana penglibatan atau sejauh mana keterlibatan kita dari segi politik. "Kita mahu wujudkan benih pertama dalam penglibatan Isma dalam politik dan kita mahu sampaikan mesej ini kepada semua ahli dan rakan Isma yang mencintai dakwah Isma bahawa kita akan telah memulakan usaha itu," jelasnya. Sementara itu, Ketua Biro Politik, Aminuddin Yahaya berkata, unit tersebut juga berperanan dalam memimpin pandangan rakyat khususnya orang Islam bagi menangani kemelut politik dengan berhemah tanpa menimbulkan pertelegahan dan sensitiviti kaum dan agama di negara ini.
"Menerusinya kita dapat memberikan penjelasan dan menunjukkan arah tuju umat Islam bagi menyelesaikan kemelut pertelegahan yang ada. Saya rasa masyarakat jelas dengan agenda utama kita, bukan penyelesaian dalam bentuk lain," ujar beliau yang juga Timbalan Presiden Isma. Beliau akan dibantu oleh Mohd Hazizi Abdul Rahman sebagai Setiausaha dan Wan Hisyam Wan Embong selaku Bendahari. Pengarah Penerangan Biro ialah Abdul Halim Abdullah manakala Pengarah Strateginya pula Mukram Mohd Taib. Isma merupakan satu badan bukan kerajaan yang aktif memainkan peranan membentuk dan membina masyarakat dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup yang unggul dalam kehidupan seharian. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan