Isnin, 14 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 13 Jan 2013 09:13 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


20 Belia Pulau Gaya Sertai PAS

Posted: 13 Jan 2013 05:37 PM PST


KOTA KINABALU:
Seramai 20 belia di Pulau Gaya dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis anjuran PAS Kawasan Putatan, petang tadi.

Borang-borang itu diserahkan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu yang turut hadir dalam majlis itu. (Gambar atas)

Lahirul dalam ucapannya menyentuh berkenaan permasalahan utama yang membelenggu kehidupan rakyat serta beberapa isu berkaitan kebangkitan rakyat yang semakin ketara akibat kezaliman dan penindasan yang dilakukan pemerintah Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk bersama parti pembangkang kerana parti itu telah membuktikan keupayaan mengurus beberapa buah negeri sejak 2008 termasuk Perak yang dirampas oleh Barisan Nasional.

"Kita sudah menjadi kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga di Perak sebelum dirampas semula oleh Barisan Nasional.

"Pencapaian di negeri ini cukup membanggakan apatah lagi dengan laporan audit yang memperlihatkan keupayaan dinegeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan pendapatan negeri yang tertinggi," kata Lahirul.

Beliau menambah, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang bagi memastikan kestabilan dan hak rakyat terjamin bersama Pakatan Rakyat.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 13 Jan 2013 01:00 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun

Posted: 13 Jan 2013 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan  menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.

sumber:Harakah Daily

Jasindaily Online

Posted: 13 Jan 2013 09:36 AM PST

Jasindaily Online


Contoh Amalan Terpuji

Posted: 12 Jan 2013 08:11 PM PST


Saya amat berbangga dengan unit Amal.. Hasil didikan PAS mereka berbakti tanpa jemu.... Tahniah dik.. Engkau harapan masa depan negara dan ummah!! Dr Raja Iskandar Al-Hiss

Himpunan Kebangkitan Rakyat Luar Negara 112

Posted: 12 Jan 2013 08:10 PM PST




HKR 112 Egypt 

HKR London 112 






SUHAKAM Puas Hati Himpunan Berlangsung Aman

Posted: 12 Jan 2013 07:42 PM PST


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpuas hati dan ingin mengalu-alukan kejayaan perhimpunan aman 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' yang diadakan di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, semalam.

"Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya sifat keikhlasan dan tolak ansur di kalangan parti yang berkenaan, hak demokratik berhimpun secara aman boleh dilaksanakan dalam negara ini dan bukannya seperti mana yang diragui oleh skeptis," ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam.

Tambahnya, Suhakam memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh pihak polis, penganjur dan peserta dalam mengendalikan perhimpunan itu yang mana mencerminkan imej yang baik terhadap negara.

Suhakam, ujarnya dalam kenyataan semalam turut memuji pemimpin atasan polis atas kecerdasan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani keadaan berkenaan perhimpunan.



Menurutnya, Suhakam juga berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak polis dan penganjur perhimpunan dalam usaha mengawal keadaan perhimpunan dan persuraian peserta untuk mengelakkan sebarang kejadian dan penahanan yang tidak diingini.



"Menyedari akan perhimpunan tersebut telah menggambarkan bahawa perhimpunan aman boleh direalisasikan menerusi penglibatan terbuka di antara pihak penguatkuasa, penganjur dan peserta perhimpunan, Suruhanjaya berharap bahawa usaha positif ini akan terus meningkatkan persefahaman di antara semua pihak yang terlibat terhadap peranan masing-masing dalam memastikan pengendalian perhimpunan yang aman seterusnya memberi kelonggaran kepada sekatan yang sedia ada," katanya lagi.


Jelasnya, dalam melaksanakan peranannya sebagai badan pemantau yang bebas, Suruhanjaya telah menggerakkan pasukan pemantaunya untuk memerhatikan keadaan perhimpunan di beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.


"Ia akan meneruskan peranan penting ini disamping menjalankan siasatan mengenai sebarang pelanggaran hak asasi manusia yang dikemukakan kepadanya," katanya.

Himpunan Terbesar Rakyat Malaysia KL112

Posted: 12 Jan 2013 07:27 PM PST

Kami rakyat Malaysia mahu menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil ! dan kami mahu kuburkan Umno PRU13 kerana pemerintahan selama 56tahun Rakyat hidup dgan kemiskinan ! Janji diCAPATI ..


Credit to : www.facebook.com/SyedAsSolihinAl-Idrus

Himpunan Terbesar Rakyat Malaysia

Posted: 12 Jan 2013 07:12 PM PST


Pemandangan dari Udara Stadium Merdeka Kuala Lumpur 



 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengharapkan perubahan murni di atas 10 tuntutan yang diisytiharkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) petang semalam adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana itulah realiti yang sebenar apabila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.


Tambahnya, jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.

Beliau berkata, penganjur HKR tersebut harus dipuji bukan sahaja dari segi pengawalan keselamatan  yang dijalankan yang sangat rapi malah ia merupakan perhimpunan yang murni dari rakyat tanpa sebarang kekecohan.

"Kami memperakui bahawa tuntutan 10 perkara yang diisytiharkan adalah wajar sebagai komitment untuk memperbaikki kualiti hidup rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tuntutan itu juga adalah janji Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih kerajaan selepas PRU13, seharusnya menjadi komitmen rakyat untuk memastikan semua tuntutan itu dipenuhi oleh sesiapa pun yang akan membentuk kerajaan.

Katanya, deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu yang meliputi aspek proses pilihan raya, isu Felda, status pembangunan Sabah dan Sarawak, royalti petroleum, professionalisme kakitangan awam, alam sekitar, martabat bahasa Melayu, pembebasan tahanan ISA, mempertahankan kampung warisan dan kualiti hidup kaum wanita adalah tuntutan yang menyeluruh dan menyentuh soal kepentingan rakyat yang wajar diberi sokongan.
(gambar : pimpinan yang turut hadir ) 
 
Justeru, ujarnya Mapim menyeru agar PRU13 yang akan diadakan seharusnya mengenengahkan idea bernas seperti yang dituntut dalam HKR itu dan bukan dengan melemparkan fitnah serta melagakan sentimen kaum dan agama.

Katanya lagi, rakyat perlu dididik untuk melaksanakan proses demokrasi dengan matang demi menjadikan negara ini lebih bermaruah .

"Dengan mendengar hujah dan penerangan secara langsung dalam HKR112 itu, sikap rakyat harus dihormati untuk membuat keputusan tanpa sebarang ugutan dan sogokan," ujarnya.

Beliau menambah, HKR petang semalam telah melakarkan sejarah yang sangat penting untuk negara ini yang menunjukkan betapa suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat .

"Sementara perhimpunan itu telah berjalan lancar dan membuktikan kematangan rakyat merayakan kebebasan bersuara dan berkumpul dengan aman, pihak kerajaan pula harus bersikap jujur supaya maklumat yang benar tidak diselewengkan hanya kerana mahu mengekalkan kuasa," ujarnya.






N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Jan 2013 09:12 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


RASUAH MASIH KEKAL DI TANGGA TERATAS

Posted: 13 Jan 2013 03:24 AM PST

Kajian Merdeka Center menggunakan kaedah persampelan rawak sepanjang garis etnik, umur, jantina dan negeri terhadap  1,018 responden diantara 15 hingga 28 Disember di seluruh semenanjung Malaysia mendapati  51 peratus pengundi yang ditinjau merasakan rasuah adalah masalah utama utama negara.


Tinjauan menunjukkan isu ekonomi, jenayah kebimbangan utama pengundi


 KUALA LUMPUR, 11 Jan — Isu-isu ekonomi dan jenayah menjadi kebimbangan utama pengundi yang ditinjau dari 15 hingga 28 Disember 2012 di Semenanjung Malaysia oleh pusat tinjauan bebas Merdeka Center.

Daripada 1,018 pengundi yang ditinjau, 34 peratus merasakan isu ekonomi adalah penting manakala 19 peratus bimbang dengan peningkatan kadar jenayah dalam negara.

51 peratus pengundi yang ditinjau merasakan rasuah adalah masalah utama yang perlu diselesaikan oleh kerajaan.

Selain itu, 24 peratus daripada pengundi mahukan kerajaan menyelesaikan masalah rumah mampu milik manakala 21 peratus bimbang dengan peningkatan inflasi.

Tinjauan juga mendapati, 52 peratus pengundi merasakan Malaysia berada di arah yang betul manakala 34 peratus pula merasakan sebaliknya.

Orang Melayu mengungguli carta sebagai orang-orang yang kelihatan paling yakin dengan Malaysia dan pemimpin kerajaan, dengan 70 peratus daripada responden berkata negara berada pada landasan yang betul.

Mengikut dibelakang adalah masyarakat India, dengan 57 peratus daripada mereka ditinjau melahirkan keyakinan tentang negara ini dan prospek bagi tahun hadapan.

Tetapi hanya 16 peratus masyarakat Cina bersetuju dengan pendangan ini.

Di tempat kedua adalah reformasi pilihan raya, permintaan utama Bersih 2.0, dengan 25 peratus daripada responden bersetuju perjalanan proses pilihan raya perlu penambahbaikan.

Perjuangan untuk reformasi sistem pilihan raya menjadi tajuk berita negara selepas pilihan raya umum 2008 oleh kerana aktivis masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang mendakwa terdapat penyelewengan dalam proses pilihan raya semasa.

Tinjauan juga mendapati 61 peratus pengundi yakin prospek mereka pada tahun 2013 berbanding dengan 2012, dengan kebanyakan mengatakan mereka akan memberi tumpuan lebih kepada meningkatkan kerjaya, kualiti hidup, dan meningkatkan perhatian kepada keluarga mereka.

Tinjauan yang dilakukan terhadap 1,018 responden diantara 15 hingga 28 Disember di seluruh semenanjung dipilih melalui kaedah  persampelan rawak sepanjang garis etnik, umur, jantina dan negeri.   

Sumber Malaysian Insider

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 13 Jan 2013 09:05 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Lensa KL#112_KLCC ke Stadium Merdeka

Posted: 13 Jan 2013 07:54 AM PST

Lensa dari petugas Team Penerangan Pemuda PAS Dun Sura













Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Jan 2013 09:02 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Perjuangan memerlukan pengorbanan

Posted: 12 Jan 2013 06:52 PM PST


Perjuangan memerlukan pengorbanan
Kemenangan ditampung dengan kewangan
Kepada yang mampu hulurkan sumbangan
Yang tidak mampu doa iringan menegak keadilan

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa kawasan di Negeri Sembilan sila salurkan ke akaun berikut ;

Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban)
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458

Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
Hubungi Hj Fisol 019-3440826

Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC ,
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Jan 2013 07:32 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


HKR KL112 : INSYAALLAH PR AKAN TUNAI JANJI!

Posted: 12 Jan 2013 08:33 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Jan 2013 01:40 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Masya Allah! Perhimpunan Apakah Ini?

Posted: 12 Jan 2013 03:48 PM PST

1 Rabi'ul Awal1433H. [MOD] -
http://cikgupj.blogspot.com





















PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 12 Jan 2013 09:32 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


HKR #KL112 : 10 Deklarasi untuk diambil PERHATIAN KERAJAAN YANG ADA!

Posted: 12 Jan 2013 03:04 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Jan 2013 09:14 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Perjuangan memerlukan pengorbanan

Posted: 12 Jan 2013 06:50 PM PST


Perjuangan memerlukan pengorbanan
Kemenangan ditampung dengan kewangan
Kepada yang mampu hulurkan sumbangan
Yang tidak mampu doa iringan menegak keadilan

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa kawasan di Negeri Sembilan sila salurkan ke akaun berikut ;

Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban)
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458

Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
Hubungi Hj Fisol 019-3440826

Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC ,
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 12 Jan 2013 07:29 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Deklarasi HKR #KL112

Posted: 12 Jan 2013 06:35 AM PST



1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.

9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.

Rembau Hari Ini

Posted: 12 Jan 2013 07:09 PM PST

Rembau Hari Ini


30 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut

Posted: 11 Jan 2013 08:39 PM PST


Sinar Harian
11 Januari 2013

REMBAU – Sebanyak 30 rumah serta dua sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 4.50 petang kelmarin.

Antara kediaman penduduk yang rosak teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan Astana Raja termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, malam kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan turut mengenai sebuah kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.

Penduduk, Nor Azhar Zulkefly, 22, dia hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu rosak dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.

Katanya, menyedari kejadian itu, dia bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang berada di ruang tamu.

"Saya sempat mematikan suis utama dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak berdekatan. Ibu saya masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Pengetua Semenda, Siti Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru bertindak pantas melihat kerosakan awal.

"Kebanyakan bahagian atap bangunan beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara kelas basah, pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu tercabut," katanya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 12 Jan 2013 01:01 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Gambar-gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat (12.1.2013)

Posted: 12 Jan 2013 07:57 AM PST







Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 Jan 2013 11:47 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 12 Jan 2013 08:51 AM PST

Harakahdaily,12 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur hari in boleh disifatkan paling berjaya dalam sejarah penganjurannya.

Belangsung secara aman, himpunan yang berjaya menarik ratusan ribu orang ini juga boleh disifatkan paling bersejarah kerana seperti mengulangi himpunan perisytiharan Merdeka pada tahun 1957 dahulu.

Barikut laporan perjalan sepanjang himpunan hari ini:
4.48 pm - Penganjur mengumumkan himpunan tamat dan meminta peserta bersurai secara aman.

4.47 pm - Nyanyian Lagu Negaraku sebagai penutup kepada himpunan bersejarah di Stadium Merdeka hari ini.

4.44 pm - Laungan Azan Asar bergema dalam Stadium Merdeka.

4.40 pm - Bacaan doa dipimpin Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
4.30 pm - Bacaan ikrar 'deklarasi rakyat' yang dipimpin oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

4.10 pm - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap. "Dengan semngat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian".
"Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Oleh yang demikian kami dalam Pakaran Rakyat berikrar dengan stulus hati dalam pentadbiran kami, kerajaan baru nanti, percayalah kami tidak akan izinkan rasuh dan rompakan dari negara yang tercinta ini. Tiada tolak ansur dengan rasuah dan rompakan."

"Umno BN sudah diberi peluang, rakyat cukup sabar. Kita mintak dan rayu kepada rakyat beri peluang kepada suara rakyat menjadi suara keramat.

"Kita juga berterima kasig kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakap lah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan."

Anwar menutup ucapan dengan laungan "Merdeka" dan disambut "Rakyat" sebanyak tujuk kali mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu.

3.40 pm - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap. Mengucapkan syabas kepada penganjur. "Saya tak tahu kira jumlah ini, media lagi tak tahu kira".
Berhimpun di tempat yang sangat bersejarah Stadium Merdeka, kerana di sini diisytiharkan kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu. 50 tahun beri peluang kepada BN.Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu.

Beliau berkata apa yang berlaku  "Bukan salah ibu mengandung, tapi silap memangkah undi". Kini PAS bersama Pakatan Rakyat, bersetuju atas perinsip-perinsip bersama dan menerima perbezaan pandangan.

Buku Jingga bukan cakap kosong. PAS pernah masuhkan tol di Terengganu sewaktu memerintah dan jika menang, Pakatan akan masuhkan tol di negara ini.

"Pulau Pinang  jadi 'Pulau Pening' 50 tahun di bawah BN. Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media".

"Jangan takut kepada BN. BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang".

3.25 pm - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berucap. Memulakan ucapan dengan "Salam Bersih untuk semua". Himpunan kali ini catat sejarah, permulaan kepada Malaysia baru. Pilihan di tangan kita semua. Malaysia adalah milik rakyat Malaysia".

"Sudah sampai masanya selepas 56 tahun, hari ini kita buktikan bahawa rakyat Malaysia cintai keamaan. Terima kasih kepada semua anda yang datang dari jauh".

Beliau berpesan jangan termakan fitnah perkauman BN. "Pakatan menang bukan Melayu habis, bukan Cina habis tapi...."BN habis" jawab hadirin.

3.20 pm - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merangkap pengarah HKR berucap. Memulakan ucapan dengan pantun "Tepuk Amai-amai, belalang kupu-kupu. Datang beramai-ramai  selamatkan negaraku." Beliau turut melancarkan kutipan sumbangan.
Beliau juga menafikan satu SMS yang dikesan tersebar hari ini yang menggesa peserta himpunan untuk mendapatkan wang dari ibu pejabat PKR.

3.15 pm - Wakil gerakan mahasiswa Safwan Anang berucap, manuntut pemansuhan PTPTN. Mengakhiri ucapan dengan laungan 'Student Power'. Turut berucap selepas itu wakil gerakan Mansuhkan PPSMI.


3.05 pm - Datuk Mahfuz Omar menjemput penyanyi Blues Gang, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang'. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut dijemput menyampaikan sajak  bertajuk "Di atas padang sejarah".



3.00 pm - Presiden Anak, Mazlan Aliman berucap. Beliau menegaskan rakyat mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan ekoran pelbagai masalah telah menimpa Felda dan peneroka.

2.55 pm - Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan berucap. Beliau berkata " Perhimpunan hari ini tanda cinta kepada negara". Wakil NGO R Kelantan memberi ucapan menuntut Royalti Kelantan. Turut berucap  Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.



2.52 pm - Wilfred Bumburing berucap beliau berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.


2.50 pm - Hampir 100,000 orang memenuhi Stadium Merdeka ketika ini.



2.45 pm - Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim tiba di stadium.

2.40 pm - Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Karpal Sing dilihat masuk ke Stadium.

2.30 pm - Wakil NGO bekas tentera Kerabat memberi ucapan.

2.20 pm - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium

2.15 pm - Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.12 pm - [Stadium Merdeka] Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali tiba di pentas utama.




2.10 pm - [Stadium Merdeka] Lebih 50,000 orang sudah berada di Stadium Merdeka. Beberapa pemimpin NGO mengambil pentas untuk berucap.




2.08 pm - [Stadium Merdeka] Saudara Tijah dari wakil orang asal berucap dituruti selepas itu Pengerusi GMI Syed Ibrahim. Sebelum itu turut berucap  Antholy Loke.




2.05 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka



2.00 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka puluhan ribu sudah berada di sini. Himpunan rasmi akan berlaku sedikit masa lagi. Menunggu kepimpinan utama tiba.







1.40 pm - [Stadium Merdeka] Kumpulan Kelab Sultan Sulaiman tiba di Stadium Merdeka.




1.35 pm - [Stadium Merdeka] Peserta menunaikan solat Zohor di stadium.



1.30 pm - [Jalan Tun SH Lee] Peserta dari KLCC hampir tiba di stadium




1.25 pm - [Jalan Hang Jebat] Pasukan SAMM bergabung dengan kumpulan Jalan Sultan. NGO muafakat memberi ucapan.



1.20 pm - [Jalan Hang Tuah] Kumpulan peserta bersolat Zohor di Masjid Al-Bukhari. Suasana masjid seperti solat jumaat.



1.15 pm - [KLCC] Kumpulan dari KLCC tiba di Pudu. Mereka kini menuju ke Stadium Merdeka.



12.55 pm - [Jalan Sultan] Kumpulan dari Jalan Sultan sedang bergerak menuju ke stadium.



12.50 pm - [Kg.Baru] Kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka, berasingan dengan kumpulan dari KLCC.




12.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka jam 12.45 pm







12.40 pm - [Jalan Sultan] Peserta Jalan Sultan mula bergerak ke stadium melalui Jalan Hang Jebat. Mereka melaungkan hidup rakyat, tutup Lynas, selamatkan Pengerang.


12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka.



12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai.



12.25 pm - [PDRM] Gelagat peserta menyantuni PDRM yang mengawal keselamatan.



12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini.


12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium.


12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta.



12.15 pm - [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.



12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta yang masih di sini. Sebahagian besar peserta sudah bergerak ke stadium.



12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan.



12.05 pm - [Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka.



12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup.



11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet.



11.50 am - [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita. Hampir 2000 orang berada di sini.



11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.



11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.




11.35 am - [Petaling Street] Keadaan di Petaling Street.



11.30 am - [Masjid Negara] Kumpulan dari Masjid Negara mula menuju ke stadium.





11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu.



11.20 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.
11.15 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.

11.10 AM - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.

11.05 am - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.
11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.
10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.

Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.
10.45 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.
10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.
10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.
10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.
10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.

10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.

10.00 am - Video sokongan rakyat Malaysia di Jordan terhadap HKR 2013[Lihat Video].

Perhimpunan ini telah diadakan di Mu'tah, Jordan pada 11 Januari 2013 bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan penuh kami yang berada diluar negara khususnya di Jordan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 120113 yang berlangsung di Malaysia.

9.55 am - Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.
9.45 am - Berikut adalah lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya. Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM. Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields. Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC. Komander: Dato' Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman. Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

9.40 am - Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:

1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139

9.35 am - [PDRM] Keadaan Keselamatan di Kuala Lumpur adalah tenang dan terkawal. Aliran trafik di sekitar Kuala Lumpur adalah lancar. Anggota trafik telah siap sedia untuk kawalan lalu lintas sekitar lokasi utama di Kuala Lumpur.

9.30 am - [Jalan Sultan] NGO Hijau anti Lynas SMSL mula tiba. Wong Tack (gambar) sedang ditemuramah media. Mereka dijangka berjalan bermula dari kawasan Jalan Sultan.
9.25 am - [KL Sentral] Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka hadir dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.
9.20 am - Perjalanan menuju ke Stadium Merdeka dilaporkan lancar. Tiada sebarang sekatan setakat ini. Biarpun himpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 pm, namun sudah ramai tiba di stadium pagi ini.

9.15 am -[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka.
9.00 am - [Stadium Merdeka] Peserta mula tiba di Stadium Merdeka. Dilaporkan tiada sebarang halangan setakat ini sepanjang jalan menuju ke stadium.

8.40 am - [Masjid Negara] Perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren.
8.30 am - [Trafik] Jalan mula sesak di Lebuhraya Persekutuan dari Subang menuju KL.

8.00 am -[Jalan Sultan] Ramai yang sudah mula bergerak ke arah Lokasi HKR. Stadium Merdeka.
7.15 am - [Jln Tun Razak] Papan elktronik Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan trafik ke ibu negara bergerak lancar.

Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Razak menuju ke Pusat Bandar.

7.10 am - [Stadium Merdeka] Suasana stadium masih lengang namun beberapa peserta sudah tiba di sini.


7.00 am - [Stadium Merdeka] Sebahagian anggota Unit Amal DPPM membuat pemeriksaan perbarisan di perkarangan stadium sebelum memulakan tugas. DPPM mengerahkan 5,000 anggota Unit Amal bagi mengawasi himpunan hari ini.


6.30 am - Seusai solat Subuh, kelihatan para peserta mula mengunjungi warung-warung untuk sarapan pagi.


6.00 am - [Masjid Negara] Para peserta HKR memenuhi Masjid Negara untuk solat Subuh.

Posted: 12 Jan 2013 08:44 AM PST

Harakahdaily,12 Jan 2013


(Puluhan ribu yang penuh sesak di dalam Stadium Merdeka)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu.

"Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka.

Puluhan ribu peserta lagi berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak itu.

Ustaz Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan.

Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN.

"Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya.

Ustaz Hadi seterusnya memberikan satu pantun yang berbunyi:

Sila belah buah kedondong

Biji dibelah dengan lidi

Bukan salah ibu mengandung

Yang silap memangkah undi


Pulau Pinang dulu, katanya, jadi 'pulau pening' selama 50 tahun di bawah BN.

"Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media," katanya.

Bagi beliau, rakyat tidak perlu takut kepada BN.

"BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang," tegasnya diambuk terikan takbir dari hadirin.

Posted: 12 Jan 2013 08:43 AM PST

Harakahdaily,12 Jan 2013

(Datuk Seri Anwar berucap di HKR112 di Stadium Merdeka)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perhimpunan hari ini adalah lambang kebangkitan rakyat negara ini.

"Dengan semngat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian.

"Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Oleh yang demikian kami dalam Pakaran Rakyat berikrar dengan stulus hati dalam pentadbiran kami, kerajaan baru nanti, percayalah kami tidak akan izinkan rasuh dan rompakan dari negara yang tercinta ini. Tiada tolak ansur dengan rasuah dan rompakan," kata beliau ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka hari ini.

Bagi beliau, Umno dan BN sudah diberi peluang dan rakyat sudah cukup sabar selama ini.

"Kita mintak dan rayu kepada rakyat beri peluang kepada suara rakyat menjadi suara keramat," kata beliau di majlis itu.

Anwar mewakili seluruh pimpinan Pakatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya pihak polis yang memberikan kerjasama untuk menjayakan himpunan ini.

"Kita juga berterima kasih kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakap lah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan," kata beliau.

Anwar menutup ucapan dengan laungan "Merdeka" dan disambut "Rakyat" sebanyak tujuk kali mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu.

Posted: 12 Jan 2013 08:41 AM PST


Azan Asar, tuntutan 10 perkara tutup HKR112

Harakahdaily,12 Jan 2013


(Stadium Merdeka penuh sesak begitu juga di luar stadium)

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112  melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA  sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.
9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.

Jasindaily Online

Posted: 12 Jan 2013 09:44 AM PST

Jasindaily Online


Peniaga Puas Hati Berniaga di HKR 112

Posted: 12 Jan 2013 12:16 AM PST


Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.


Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.


Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.

Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga  Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.
"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.

Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya."Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.

Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.


Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini.

Suasana Luar Stadium Merdeka ( HKR KL112)

Posted: 11 Jan 2013 11:15 PM PST

Lensa dari Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112

Posted: 11 Jan 2013 11:06 PM PST






Unit AMAL Berjaya Sekat Syiah

Posted: 11 Jan 2013 11:03 PM PST

Tahniah UNIT AMAL PAS yang merampas risalah seruan batil Agama Syiah!!

Terkini dari Stadium Merdeka Kuala Lumpur Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

Posted: 11 Jan 2013 11:01 PM PST

Pusat bandar Kuala Lumpur dijangka dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
NONE
Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.
Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 2 petang.


2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.
NONE2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.

2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.


2.25pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka.

Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan
pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.

Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini.

2.15pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah Yak Chopil, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas.
Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil.
Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.
2.10pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.
2.08pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.
Dalam ucapannya, Suhaizan  menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.
1:54pm: Stadium Merdeka - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.

"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya.

Turut kelihatan ialah Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
1.45pm: Stadium Merdeka - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.
"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," katanya peniaga itu dengan gembira.
Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.
Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang membuka gerai mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar biasa hari ini.

Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.

1.34pm: Jalan Petaling/Jalan Maharajalela - Exco AMK pusat merangkap komandan lapangan Ramlan Roes berkata beliau curiga dengan kegiatan sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju-T biru AMK yang didakwanya sedang merakam video peserta yang masuk ke stadium.


Beliau mengesyaki bahawa individu berkenaan bukan anggota AMK kerana individu berkenaan menutup muka dengan bandana dan tindak-tanduk mereka juga mencurigakan dan merisaukan anggota AMK, kata Ramlan.

NONE1.30pm: Jalan Sultan - Seramai 15,000 peserta yang dianggarkan berada di kawasan ini terus melaungkan slogan "Royalti", "Puyau Lynas", Hidup peneroka" dan "Bangkit rakyat".

Kumpulan peserta yang berada di luar kawasan Stadium Merdeka pula berada dalam keadaan tenang dan tidak membuat bising.
1.17pm: Jalan Sultan - Kumpulan aktivis SAMM menyertai kumpulan besar yang berada di Jalan Sultan.

Aktivis Royalti dan ANAK pula memenuhi Jalan Tun Perak selepas melalui Jalan Tun HS Lee dan kini menghampiri Pudu Raya.

1.11pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.

1:00pm: Jalan Tun Perak - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.

NONESambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".

Sementara itu di KLCC pula, naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam ucapannya mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak.


"Jawab isu Altantuya, kenapa berdiam diri. Kalau isu kesihatan dia boleh jawab, tapi isu Altantuya dia senyap," katanya.

Menyentuh isu royalti, beliau mencabar MP Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menyertai forum bagi membincangkan dakwaan beliau bahawa negara akan bankrap sekiranya royalti 20 peratus kepada lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.


"Pemimpin umno yang otaknya bankrap akan membankrapkan negara. Royalti 20 peratus kaum Bidayuh, Kadazan, orang miskin di Terengganu, Kelantan, Pahang akan menikmatinya dan mengharap kebangkitan kita," katanya.

NONE12.48: LRT Pasar Seni - Hujan rintik-rintik mula turun ketika ratusan penyokong berjalan ke stadium. Kebanyakannnya mengenaikan pakaian berwarna kuning - warna BERSIH, serta hijau - warna Himpunan Hijau.

12.45pm: Masjid Negara - Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.

12,36pm: Lebuh Ampang - Kumpulan aktivis Royalti tidak bergabung dengan aktivis SAMM yang berjalan dari kawasan Kampung Baru.

Mereka terpisah sejauh kira-kira 70 meter. Aktivis Royalti menunggu aktivis SAMM untuk mula bergerak terlebih dahulu.

Kumpulan aktivis Royalti bersama aktivisi ANAK itu melaungkan slogan "Pulangkan royalti" sambil menunggu.

12.33pm: KLCC - Peserta bergerak dari Jalan Ampang memasuki Jalan Lebuh Ampang sambil melaungkan "Hidup rakyat" dan "Bangkit rakyat".

Pemandu kenderaan turut membunyikan hon kenderaan masing-masing dengan disambut sorakan oleh peserta.

Lalulintas di kawasan itu dikawal polis trafik.

12.25pm: LRT PWTC - Tiga orang yang datang dari Sabah berkata mereka masing-masing membelanjakan RM750 untuk menyertai perhimpunan hari ini.

Abdul Momin, 43, berkata ini adalah kali pertama beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan.
"Saya datang kerana saya mahu tunjukkan bahawa rakyat Sabah untuk terlibat dalam usaya untuk perubahan.

Bekas anggota Umno itu berkata beliau menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai MP Beaufort Lajim Ukin.

NONE12.20pm: Tiga trak pikap dengan pelekat 'Tim Medik' mengiringi peserta himpunan sepanjang jalan dari Brickfields menuju ke
kawasan stesen keretapi lama Kuala Lumpur.


12.15pm: Dianggarkan 10,000 orang telah memasuki Stadium Merdeka dan mendapat kerusi untuk duduk.

Kira-kira satu pertiga stadium telah dipenuhi peserta perhimpunan. Sesetengahnya meniup tanduk Vevezula dan sesetengah daripada mereka menjerit slogan seperti "reformasi" dalam semangat yang tinggi.

Majoriti orang ramai yang berpakaian baju kuning dan hijau, yang mewakili BERSIH dan HimpunanHijau.

Bgaimanapun sesetengah daripada mereka juga memakai baju warna merah dan hitam dengan perkataan "Royalti", merujuk kepada Pergerakan Royalti Minyak Kelantan.

12.12pm: Jalan Ampang - Kumpulan yang diketuai Chegu Bard kini melalui Jalan Ampang menuju ke Jalan Gereja. Kedai-kedai di sekitar Jalan Ampang juga kelihatan beroperasi seperti biasa.

Menurut seorang peniaga kedai runcit di Jalan Ampang, Iskandar, beliau maklum tentang perhimpunan yang akan diadakan hari ini.

"Saya tak tutup. Sebab mereka tak kacau saya berniaga," katanya.

Sementara itu seorang warga emas, Osman Mamat, 65, dari Maran Pahang berkata, beliau sanggup hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ini demi menuntut keadilan.

Beliau yang berjalan sambil menemani isteri berkata, dia tidak kisah berjalan demi keadilan.

NONE"Demi keadilan, saya jalan jauh pun tak apa. Saya tak ada sakit apa-apa. Saya memang datang semata-mata untuk perhimpunan ini," katanya.

12.15pm: Jumlah orang ramai yang bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka mencecah sekitar 10,000 orang.

11.58am: KLCC - Lebih 3,000 mula bergerak ke Stadium Merdeka sambil melaungkan hidup rakyat. Pemimpin pakatan antaranya Datuk Kamrudin Jaafar dan Datuk Teng Chang Kim mengetuia perarakan.


11.57am: Stadium Merdeka - Anggota Unit Amal kelihatan membawa masuk orang ramai ke dalam stadium secara berperingkat.

Manakala ribuan lagi beratur di depan pintu utama untuk dibawa masuk ke dalam stadium.


12.00pm: Jalan Sultan - Presiden Himpunan Hijau Wong Tack muncul dengan aktivis gerakan tersebut dengan membawa bendera hijau besar, kain rentang dan poster.

Beliau mengetui orang ramai menyanyi lagu "Suara Rakyat" dan 'Rasa Sayang', kemudian orang ramai mendengar ucapan beliau.

NONE
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Malaysia seperti dilahirkan semula hari ini dan hari ini adalah hari kemderdekaan sebenar bagi Malaysia.

"Kami berada di sini untuk meraikan Malaysia baru, esok negara kita akan penuh dengan harapan baru," katanya.

Beliau menyifatkan suasana hari ini seperti Hari Kebangsaan.
 


11.50am: stadium merdeka - Selepas pengumuman oleh juruacara Hishammuddin Rais, orang ramai mula bergerak masuk ke stadium.

Timbalan Presiden PAS, yang juga pengerusi urusetia penganjur turut kelihatan di situ.


11.48am: KLCC kira-kira 2500 peserta berada di sini sedang berhimpun untuk mendengar ucapan Dr  Dzulkefli dan pemimpin Royalti Nazri Deraman yang antara lain menuntut supaya royalti kelantan dan terengganu dipulangkan kepada rakyat. Malah mereka membantah penyenaraian FGVH di Bursa.

"Hari ini hari bersejarah KL112 menghimpunkan seluruh bantahan rakyat untuk menjadikan Malaysia lebih baik, untuk melakukan perubahan.

"Kita tuntut royalti yang dinafikan di Kelantan dan Terengganu yang selama ini di khianati... Kita juga mahu hak peneroka (ditunaikan)," kata Dr Dzulkefly
NONE
Turut hadir di sini adalah Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Teng Chang Kim

Mereka juga melaungkan "Pulangkan Royalti, Kami tuntut royalti, Ini hak Rakyat".

11.45am: Stadium Merdeka - Orang ramai dari Masjid Negara telah tiba di Stadium Merdeka. Gerai menjual minuman di sepanjang rancak berniaga.
11:35am: Masjid Negara - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), tidak jauh dari Stadium Merdeka.

NONE11.00am: Little India, Brickfields - Terdapat kira-kira 60 orang berhimpun di situ. Perniagaan di situ adalah seperti biasa. Tidak jelas sama ada ini menunjukkan sokongan dingin masyarakat India yang biasanya akan berhimpun di sini untuk menghadiri perhimpunan.

Sebuah bas polis diletakkan di tepi jalan. Hanya lima anggota di lihat di situ.


10.47am: Jalan Sultan - Perhimpunan ini telah menemukan Eric Chong dari Kuala Lumpur dan Raymond Toh dari Pulau Pinang. Mereka menjadi kawan apabila bertemu semasa membeli baju-T dan barangan lain pagi ini.ini.

Chong, 60, (kiri) yang bekerja di sebuah kilang, kerap menghadiri perhimpunan. Katanya, kedua-dua mereka berjanji untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan raksasa yang akan datang.

NONE"Kami berkongsi pandangan yang sama, kamik adalah bersaudara," kata Chong.

Sementara itu, Toh, 38, seorang pemborong, dan Chong bangga 
menghadiri perhimpunan hari ini atas perbelanjaan mereka sendiri.

10.55am: Masjid Al-Rahman - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.
Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.

NONE10.50am: KLCC Kira-kira 1,000 peserta termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC.

Mereka pengerusi menunggu kehadian pengerusi ANAK Mazlan Aliman serta pemiupin PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang akan mengetuai peserta ke Dataran Merdeka. 

10:45am: Stadium Merdeka - ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian muncul di pintu masuk stadium, kira-kira tiga jam sebelum perhimpunan tersebut dijadual memulakan.

Berbaju-T dan sepasang kasut sukan hijau, beliau merancang untuk berarak bersama-sama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Kumpulan itu dianggarkan sampai ke stadium sebelum pukul 2pm.

NONE"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat 
petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

10:40am: Jalan Thambipillay 4, Brickfields - Kartunis Zunar mengetuai kumpulan kira-kira 100 orang belia di tepi jalan dalam melaungkan "Hidup, Hidup, Hidup Rakyat".

Mereka juga melaungkan "Hancur" terhadap beberapa personaliti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor beliau.

Berpakaian kemeja-T kuning, mereka memegang sepanduk yang bertulis "Kumpulan Kartunis Independen". Beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ turut membunyikan hon sokongan.
NONE
10:30am: KLCC - Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi adalah antara penyokong Royalti. Berpakaian jubah hitam dan tudung ungu, dia bergambar bersama-sama dengan ahli NGO di kawasan KLCC dan menjadi tumpuan kamera media.

NONE10.15am: Jalan Sultan - Sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangang dengan iringan lagu popular Korea itu yang disesuaikan dengan lirik anti-Lynas.
Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun.
Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.
NONE

9.55am: Stadium Merdeka - Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.


Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

9.45am: Masjid Al-Rahman - MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.

NONE9.37am: Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima.

Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.



Muslihat Polis Menjelang HKR 112 Terbongkar !!

Posted: 11 Jan 2013 05:30 PM PST


Berita panas yang diterima dari ibu negara pagi ini mendakwa pihak polis akan melakukan provokasi sesama sendiri bagi menjatuhkan imej penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini. Modus operandi mereka dikatakan lebih"licik" dari sebelumnya. Jika dalam Bersih 2.0 baru-baru ini, pihak polis dilihat meakukan berbagai keganasan terhadap para peserta namun kali ini cara yang dilakukan lebih halus dan berhemah. Sebab itu, ramai yang pelik apabila melihat pihak polis tiba-tiba nampak berlembut dengan pihak penganjur kali ini. 


Malah ada pihak yang mendakwa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mungkin tidak digunakan oleh pihak polis kali ini. Polis juga khabarnya akan memberikan kerjasama terbaik bagi membantu perjalanan himpunan ini. Namun, apa yang mengejutkan ialah adanya laporan yang diterima daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol) mengatakan polis telah siap sedia mengagihkan baju-baju berwarna yang sama dengan baju yang akan dipakai oleh peserta himpunan. Malah, sebaran maklumat perbualan dua orang anggota polis yang berjaya dirakamkan seolah-olah membuktikan akan adanya provokasi oleh pihak polis dalam keadaan mereka mengatakan mahu memberi kerjasama. 

Difahamkan, seramai 500 orang anggota polis dari unit Cawangan Khas (SB) dan10,000 rekrut baru polis simpanan dan polis biasa akan dikerahkan untuk melakukan provokasi. Jika benar dakwaan ini, maka ternyata pihak polis cuba bermain wayang dengan rakyat sebenarnya. Jika benar mereka mahu berkerjasama agar Himpunan Kebangkitan Rakyat berjalan secara aman dan tenteram maka mengapa perlu ada polis yang menyamar sebagai peserta?

Adalah lebih baik polis memakai pakaian seragam yang sama agar dikenali oleh semua pihak. Tindakan menyamar ini ada kaitan untuk membuat provokasi bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. Modus operandi yang dikesan, ribuan polis yang menyamar ini akan berada pada lokasi berasingan di kawasanStadium Merdeka, dan mereka akan bergaduh sesama sendiri supaya pihak media mengambil gambar dan video ketika kejadian. Ia bagi mengambarkan kononnya peserta himpunan bertindak ganas, sedangkan ia dilakukan oleh mereka sesama sendiri. Watak-watak mereka amat sukar untuk dikesan dengan mata kasar kerana T-Shirt yang dipakai menyerupai warna yang dipakai oleh peserta. Sila rujuk keratan  SMS antara dua orang anggota polis yang telah berjaya dikesan sejak semalam seperti yang disebarkan di laman sembang sosial Facebook.


[Jika dakwaan ini berasas, maka ia satu tindakan biadap yang cuba dilakukan oleh pihak polis atas arahan kerajaan bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Kemungkinan besar isu pergaduhan dan provokasi ini akan dijadikan modal oleh semua media arus perdana untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat sebelum Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen. Inilah masa yang paling sesuai untuk mereka mengatakan pembangkang ganas dan mahu menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. 

Media arus perdana akan menunjukkan pula imej pihak polis yang bersih dan kerajaan yang adil (beri kebenaran guna Stadium Merdeka). Imej polis pula akan dipandang bersih kerana tidak lagi mengganas seperti sebelum ini. Dengan cara ini millage kerajaan UMNO BN akan naik dihati rakyat dan mereka akan percaya dengan laporan yang disebarkan oleh media arus perdana itu nanti. Inilah dia yang akan terjadi, oleh itu semua pihak digesa bersedia dan berhati-hati dengan tindakan ini]./pahangdaily

HKR 112: Peluang Tambah Pendapatan Pemandu Teksi

Posted: 11 Jan 2013 05:27 PM PST


Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pemandu teksi boleh mendapat pendapatan lebih semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 berlangsung.

"Ramai orang ada di Kuala Lumpur esok, bermakna pemandu teksi ada peluang untuk tambah pendapatan," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau hairan dengan kenyataan Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) Syahrir Abdul Aziz kononnya pendapatan pemandu teksi terjejas jika himpunan diteruskan.

"Bayangkan kalau sejuta orang datang ke Kuala Lumpur. Bohonglah kalau kata pendapatan terjejas. Bertambah, adalah," tegasnya.
Malah beliau mengalu-alukan saranan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 untuk mengguna kenderaan awam termasuk teksi untuk ke lapan lokasi yang ditetapkan.

Amran juga terkejut alasan Petekma, kononnya Himpunan #KL112 punca kesesakan lalu lintas, sedangkan sebelum ini turut diadakan himpunan besar di ibu kota seperti Sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan malam tahun baru.

"Mana-mana pemandu teksi mesti faham situasi. Katakanlah dia tahu ada himpunan di sesuatu tempat, dia mesti cekap melihat kesesakan lalulintas. Ini perkara biasa," katanya.
Justeru, beliau sendiri memberi komitmen menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan antara jam 2 hingga 5 petang esok.

"Setahun ada 365 hari bukan? Esok, kita macam cutilah," kata Amran yang akan turun ke Stadium Merdeka bersama rakan-rakannya./KeadilanDaily

BUkti UMNO Melaka Kian Takut

Posted: 11 Jan 2013 05:11 PM PST



Banner yang tak semenggah diletakkan di Hadapan Poliklinik Umbai



Terkini Kuala Lumpur 112

Posted: 11 Jan 2013 05:09 PM PST


Kawasan Pudu - Menara Maybank.. Tenang dan Damai 


Perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur 


Hentian Temerloh ... Penuh dan Sesak 


Countdown KL112 Catat Sejarah Sendiri

Posted: 11 Jan 2013 05:05 PM PST



Sejarah tercatat pada malam tadi apabila 74 penceramah daripada pelbagai latar belakang berucap di Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.


Sama ada dari kalangan pemimpin politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka senada menyeru rakyat membuat perubahan untuk menukar tampuk pemerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.Pada jam 2.00 petang nanti, para peserta himpunan akan berkumpul di Stadium Merdeka.


Suasana Pagi ini Di Perkarangan Masjid Negara

Posted: 11 Jan 2013 05:00 PM PST


Agak-agak ramai lagi tak ??????????????

Abu Bakar Omar Bakal Bersama PR

Posted: 11 Jan 2013 04:58 PM PST

NONEPelakon filem dan drama Abu Bakar Omar dilihat hadir ke ceramah PKR di AU3 Wangsa Maju malam tadi.

Beliau ditemui Malaysiakini di gerai tomyam berhampiran tapak ceramah selepas ceramah tamat pada kira-kira jam 12 tengah malam.

Ditanya jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah politik".

Beliau yang tidak keberatan dirakam gambarnya menjelaskan rumahnya terletak di kawasan Keramat yang hampir dengan tapak ceramah malam tadi.

Beliau juga hanya ketawa kecil apabila ditanya rakan-rakan semeja tentang gilirannya untuk berceramah di pentas politik memandangkan golongan artis lain yang aktif berceramah kini 'ketagih' untuk terus berceramah.

Ditanya jika beliau akan turut sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok, Abu Bakar menjelaskan beliau terikat dengan komitmen kerja pada hari yang sama.

"Saya ada penggambaraan Sabtu ini (esok)," katanya ringkas.Abu Bakar Omar telah membintangi banyak drama dan filem sejak tahun 1980-an.Namanya melonjak naik selepas membintangi filem Tsu Feh Sofiah pada tahun 1981.Generasi muda hari ini pula mengenali beliau menerusi filem Hingga Hujung Nyawa lakonan bersama Erra Fazira dan Yusry KRU pada tahun 2004.

Gambar Sekitar Countdown Malam Tadi

Posted: 11 Jan 2013 04:56 PM PST



















Credit To Greenboc dan Telok Bakong

Sila Halau Jika Anda Menemuinya ..

Posted: 11 Jan 2013 04:24 PM PST

Masa himpunan yang dianjurkan oleh PR , Menatang nie selalu datang untuk buat kacau dan jika anda berjaya mengesan dan terjumpa menatang nie kat mana-mana sila halau daripada kawasan anda kerana ia akan menjejaskan gelombang komunikasi dan alat telekomunikasi anda 

'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'

Posted: 11 Jan 2013 04:22 PM PST



deepak 110113 02Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega Pakatan Rakyat hari ini jika pakatan pembangkang itu boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia  memerintah.

"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka," katanya kepada Malaysiakini dalam temu-bual malam tadi.


"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

Deepak menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Merdeka hari ini untuk menyaksikan Himpunan Kebangkitan Rakyat .

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.

"Saya bersedia, Saya sanggup, saya mempunyai keberanian untuk melakukannya (mendedahkan) ... Saya menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sila berikan saya jaminan itu - bahawa saya akan menjadi saksi - saya akan dedahkan setiap salah laku rasuah kerajaan sekarang yang saya tahu."/ Mkini

Solat Subuh pagi ini di Masjid Negara

Posted: 11 Jan 2013 04:21 PM PST






Gambaran solat subuh yang dirakamkan oleh salah seorang daripada rakan Fb DPPK Jasin , Jkkk Fan Club. Moga Allah kekelkan momentum ini hingga berjaya 

Pemuda Guchil

Posted: 12 Jan 2013 09:25 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Jan 2013 09:23 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


UCAPAN TGHA DI HKR #KL 112

Posted: 12 Jan 2013 03:26 AM PST

Madah TGHA

"Sila belah buah kedondong

Biji dibelah dengan lidi

Bukan salah ibu mengandung

Yang silap memangkah undi"

PAS berikrar terus setia dengan Pakatan di KL112

 KUALA LUMPUR, 12 Jan — PAS mengulangi pendirian untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP di Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun Umno seringkali mendesak parti Islam itu untuk bersatu dengan mereka.
"PAS mengambil pendirian bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ini adalah mereka yang teraniaya.
"PAS akan bekerjasama dengan parti-parti lain, tapi tidak sesekali dengan Umno dan BN," kata presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihadapan puluhan ribu hadirin di dalam Stadium Merdeka.
Menurut Abdul Hadi, selepas lebih 50 tahun merdeka, pelbagai masalah membelenggu rakyat dan ramai yang masih merempat.
"Kita mengiktiraf yang termaktub dalam perlembagaan, Umno gagal mempertahankan Islam dan orang Melayu.
"Kekayaan negara dimonopoli oleh sesetengah pemimpin dari sesuatu kaum yang memerintah," katanya.


Sumber Malaysian Insider


 PAS yakin Pakatan dapat tunai janji   

Harakahdaily,     12 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu.

"Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di StadiuMerdeka.

Puluhan ribu peserta lagi berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak itu.

Ustaz Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan.

Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN.

"Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya.

Ustaz Hadi seterusnya memberikan satu pantun yang berbunyi:

Sila belah buah kedondong

Biji dibelah dengan lidi

Bukan salah ibu mengandung

Yang silap memangkah undi


Pulau Pinang dulu, katanya, jadi 'pulau pening' selama 50 tahun di bawah BN.

"Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media," katanya.

Bagi beliau, rakyat tidak perlu takut kepada BN.

"BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang," tegasnya diambuk terikan takbir dari hadirin.

STRATEGI UMNO JAUHKAN ISLAM SEBAGAI RAHMAT SELURUH ALAM

Posted: 12 Jan 2013 02:54 AM PST

Apa tuntutan mustahak daripada kalimah Allah


Dua tahun lalu (2010), isu kalimah Allah pernah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan sehingga berlaku tindakan tidak waras seperti perbuatan membakar gereja, menghina kemurnian masjid dan surau dengan cara meletakkan kepala babi dan sebagainya.

Saidina Umar al-Khattab radiAllahu anhu pernah bertanya kepada salah seorang Sahabat, "Tahukah kamu perkara yang boleh membinasakan Islam?". Mereka menjawab, "Tidak wahai Umar". Lalu Umar berkata, "Islam dibinasakan dengan ketergelinciran intelek (ilmuwan yang mulutnya mendahului akalnya), perdebatan orang munafik terhadap al- Quran, dan undang-undang pemerintah yang menyesatkan" - Riwayat ad Dailami

Kerana citra yang merosakkkan itu berawal daripada kefahaman dan cara berfikir seseorang, maka Allah memberi amaran bahawa soal hukum-hakam bukanlah perkara yang sewenang-wenangnya diputuskan hanya melalui sangkaan, agak-agak, rasa-rasa ataupun sokongan politik penguasa. Firman Allah Taala maksudnya:

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." (An-Nahl: ayat 116)

Polemik Kalimah Allah Adalah Perkara Ijtihadiyyah


Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya benar akan dapat dua pahala, Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya salah akan dapat satu pahala." - Riwayat Muslim

Polemik kalimah Allah yang berlaku pada tahun ini memasuki fasa kedua dan apa yang mustahak perlu kita ketahui ialah isu kalimah Allah adalah isu "ijtihadiyyah". - Ijtihadiyyah - iaitu perkara baru, yang tiada nas mengharamkan - penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim - pada masa turunnya wahyu (yakni sebelum kewafatan Rasulullah SAW). Maka ulama Islam hari ini, ada di antaranya yang mengambil jalan - saddu az zarai'e - (menutup kemudharatan), ada juga yang bersifat terbuka dengan matlamat kepentingan dakwah sejagat. Hal ini kerana, risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW itu sifatnya universal, bukannya selektif!

Pendekatan ini disuarakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang saya rekodkan pada tahun 2010, "Kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah dalam kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan akidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh diizinkan sekali-kali, kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci Kepada umat Islam dan  bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamalkan oleh umat Islam, seterusnya dikira menodai kesucian dan kemurnian Kalimah Allah di hadapan umat Islam..."

Mungkin di antara kita ada yang tidak bersetuju malah mungkin ramai yang sinikal sebelum ini dengan kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Begitupun apa yang disuarakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang punya nilai keabsahannya, berbeza dengan sikap sebahagian individu yang menyemai kelakuan berdasarkan pepatah, 'berpatah arang berkerat rotan', 'membujur lalu melintang patah'!

Dengan mengambil renungan dan iktibar dari apa yang pernah ditunjukkan oleh para Sahabat kepada Nabi SAW, iaitu peristiwa Baginda bersetuju memberikan kerjasama kepada Kafir Quraisy dalam proses 'Sulh Hudaibiyyah'. Umum melihat antara isi penting peristiwa itu ialah usaha Nabi SAW untuk mencapai - "apa yang paling diperlukan oleh dakwah" - , iaitu masyarakat yang tenteram dan aman daripada peperangan. Baginda sanggup kehilangan beberapa sub-maslahah demi maslahah yang paling utama iaitu keharmonian masyarakat berbilang kabilah.

Islam mengajarkan umatnya bukan untuk berperang terhadap sesuatu kaum kerana perbezaan agama, ataupun kerana berbeza pendapat dan cara, tetapi umat Islam berperang apabila mereka dimusuhi, dizalimi dan diperangi, ataupun ada sesuatu kaum yang mengisytiharkan pendirian untuk memerangi Islam, baharulah waktu itu tiada lagi bahasa yang lunak kecuali kita semua wajib mengangkat senjata.

Islam menuntut umatnya membela bangsa lain yang dianiaya, dizalimi sekalipun bangsa tersebut tidak beragama Islam. Sebagai bukti Amru bin Al 'As diutuskan Saiduna Umar al Khattab agar membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, sekalipun rakyat Mesir ketika itu tidak memeluk Islam bahkan majoritinya mereka beragama Nasrani (Kristian). Maka, kita tidak dituntut oleh Islam untuk memusuhi agama lain disebabkan berbeza doktrin sembahan.

Malah, Baginda SAW turut menyenaraikan golongan rahib sebagai golongan yang tidak diperangi dan aman daripada pedang-pedang tentera Islam, bahkan Baginda turut melarang tentera Islam memusnahkan tempat-tempat peribadatan mereka. Islam tetap memelihara nyawa mereka sekalipun mereka tidak beriman kepada Allah. Oleh itu, jika kekufuran itu punca mereka diperangi, sudah tentu golongan tersebut juga diperangi atas arahan Rasulullah SAW. Justeru, semasa keamanan Makkah-Madinah berlangsung, Baginda SAW memanfaatkan usaha menyampaikan dakwah, melakukan out-reach kepada kabilah non-Muslim Arab dan juga kepada ketua empayar non-Muslim di sekitar Semenanjung Tanah Arab.

Soalnya pada hari ini, apakah kita telah bertemu dengan 'bahasa' yang paling tepat apabila bertemu dengan masalah kalimah Allah di hadapan masyarakat non-Muslim? Jika salah langkah, maka banyak darah yang dihalalkan di atas nama-Nya.

Rasulullah SAW Mengajar Sebutan Allah Kepada Orang Nasrani

Kita tidak menafikan bahawa ada perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama tentang hal ini. Ia bukan perkara yang pelik, tetapi adalah perkara yang lazim berlaku dalam dunia akademik sejak zaman-berzaman. Tetapi, kekhilafan atau perbalahan yang berlaku seharusnya ditimbang menurut akal yang waras, akhlak dan adab, hati yang lapang serta menjauhkan sikap merendah-rendahkan individu seperti menuduh konservatif, jumud, "ulamak kepala lutut" dan sebagainya.

Jelasnya, tiada nas yang tepat menghukum tegahan ke atas masyarakat non-Muslim menyebut nama Allah, adapun teguran wahyu terhadap mereka (non-Muslim) ialah kerana kesalahan dari sudut makna dan tuntutan - bukannya sebutan!

Ketika Rasulullah SAW dalam keadaan sedih kerana dakwahnya dipulaukan oleh masyarakat Taif, Baginda telah dijamu buah anggur hasil pemberian seorang hamba beragama Nasrani (Kristian) yang kasihan melihat nasib Baginda di sebuah dusun. Sebelum menjamahnya, Baginda membaca 'basmAllah' di hadapan hamba tersebut, "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". Lantas hamba itu memandang tepat ke wajah Rasulullah SAW dan berkata, "Perkataan ini – ucapan bismiLlah... – tidak disebut oleh penduduk daerah ini..."

Lalu Rasulullah SAW bertanya, "Saudara ini dari negeri mana, dan apa agama pegangan saudara?"

Jawabnya, "Saya beragama Kristian, dari kampung Neynawa (salah satu daerah di Utara Iraq)."

Rasulullah menyambung soalan, "Adakah dari sebuah daerah lelaki soleh yang bernama Yunus bin Mataa?" Maka dia menjawab, "Apa yang kamu tahu tentang Yunus bin Mataa?"

Baginda SAW menjawab, "Beliau adalah saudara saya, beliau adalah Nabi dan saya adalah Nabi."

Lantas lelaki Nasrani itu pun memeluk erat Rasulullah serta mencium kepala, kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki Baginda. – Rujuk Sirah Ibn Hisyam:2/421.

Maka, tuntutan yang paling mustahak perlu diperjuangkan oleh umat Islam, ialah membenarkan sebutan dan tuntutan maknanya walau di tengah-tengah masyarakat non-Muslim. Kerana ketika Allah Taala berfirman bermaksud:


"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri" (al Zumar:38)

Maka, umat mana yang paling layak menerangkan apa yang mereka (orang musyrik) fikirkan daripada sebutan tersebut? Tidak lain tidak bukan, umat Islamlah (umat Nabi Muhammad SAW) yang paling berhak menerangkannya kepada orang musyrik dengan cara menunaikan tanggungjawab dakwah secara berterusan, matang dan berani, bukannya menutup mulut mereka, membelenggu tangan-tangan mereka dan mengatakan kepada mereka, "Allah itu hanya aku yang punya..."

http://tarbawi.my

SUMBER HARAKAHDAILY

DEKLARASI HKR #KL112

Posted: 12 Jan 2013 02:38 AM PST

 Azan Asar, tuntutan 8 perkara tutup HKR112   

Harakahdaily,     12 Jan 2013
 

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112  melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA  sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.


8) Menuntut pembebasan tahanan politik.

mtdchenderoh

Posted: 12 Jan 2013 07:46 AM PST

mtdchenderoh


MALAYSIAN SPRING

Posted: 12 Jan 2013 12:22 AM PST

Himpunan berjalan dengan aman. Tak dapat nak digambarkan. Lihat le sendiri....
















Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 12 Jan 2013 03:40 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


#HKR112 & Air mata Najib

Posted: 12 Jan 2013 01:35 AM PST

Menangis lg Najib kali ni

Dari jln sultan sulaiman






#update #hkr112. .. KL meriah. ..perniagaan rancak

Posted: 11 Jan 2013 05:05 PM PST

Salah satu gerai berhampiran stadium





CINA ISLAM (林川興)

Posted: 12 Jan 2013 01:20 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Peniaga untung besar di perkarangan stadium

Posted: 12 Jan 2013 12:45 AM PST

29 Safar 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.

Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.


Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.


Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.

Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga  Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.

"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.

Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya.

"Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.

Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.


Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini.

HARAKAHDAILY/-

Saya bukan nak bayar, saya nak minta - Mohd Sabu

Posted: 12 Jan 2013 12:30 AM PST

29 Safar 1433H. [MOD] -



(Mohamad Sabu, pengarah himpunan memberikan ucapan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Haji Mohamad Sabu  berkata, ada pihak yang mendakwa setiap peserta himpunan ini dibayar RM150.

"Mereka kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. Betul atau tidak," tanya Mohamad Sabu dengan disambut "tidak" oleh peserta perhimpunan.

"Saya bukan nak bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Boleh atau tidak," yang disambut dengan "boleh" oleh ratutsan ribu yang memenuhi stadium ini.

Beliau kemudiannya melancarkan kutipan derma dari semua yang hadir dengan sasaran setengah juta ringgit.

Kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil penggunaan Stadium Merdeka dan sebagainya.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika memberikan ucapan aluan di HKR112 di Stadium Merdeka.

Sebelum beliau, penyanyi Ito menyampaikan dua lagu iaitu Ubah dan sebuah lagi lagu.

Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said telah mendeklamasikan satu sajak yang beliau sifatkan sajak kini menjadi senjata.


Pengacara majlis, Datuk Johari Abdul memaklumkan, pihak penganjur terpaksa membayar RM100,000 untuk menggunakan stadium ini.

"Saya difahamkan, jika kita guna stadium di Kota Bharu kita perlu bayar RM8,000 sahaja," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Mohamad Sabu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengelola Stadium Merdeka yang membenarkan himpunan ini diadakan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memberikan kerjasama.

Turut diucapkan terima kasih adalah polis yang telah memberikan kerjasama untuk membolehkan himpunan ini diadakan.

"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu Datang ramai-ramai, selamatkan negaraku," kata Mohamad Sabu.

Menurut beluau, selain Kuala Lumpur, turut mengadakan perhimpunan kali ini adalah bandaraya seluruh dunia termasuk Melbourne, Auckland, London, Jordan dan juga lain-lain.


HARAKAH/-

Padang Stadium jadi tempat solat Zohor

Posted: 12 Jan 2013 12:23 AM PST

29 Safar 1433H. [MOD] -


(Ribuan umat Islam menunaikan Solat Zohor di atas padang bersejarah ini)

KUALA LUMPUR: Kalau selama ini Stadium Merdeka menjadi tempat main bola dan konsert, mungkin buat pertama kalinya, Stadium Merdeka menjadi tempat solat umat Islam.

Beribu-ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menunaikan solat Zohor di atas padang yang penuh bersejarah ini.

31 Ogos 1957 padang inilah menjadi tapak perisytiharan kemerdekaan negara yang berlaku 55 tahun lalu.

Hari ini, umat Islam menunaikan solat Zohor di atasnya secara berjamaah.

Mereka berkumpul hari ini untuk menyertai HKR112 yang bermula jam 2 - 5 petang ini.



(Stadium mulai penuh pada jam 1.58 petang)


HARAKAH/-

HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara

Posted: 11 Jan 2013 10:12 PM PST

29 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sekalipun Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka bermula jam 2.00 petang ini, namun para peserta dari segenap pelosok negara sudah mula tiba di ibu negara.

Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara.

Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.

Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut.



Kapasiti Stadium Merdeka Hampir Penuh

Posted: 11 Jan 2013 10:08 PM PST

29 Safar 1433H. [MOD] -


HKR 2013 stadium merdeka 01

rally Royalti KLCC 04

rally Royalti KLCC 01
Laporan Khas oleh Afix Redzuan, Ezli Mashut, Siraj Mod Zaini, Hafizan Taib
1.40 tgh hari : Peserta HKR hampir memenuhi ruang Stadium Merdeka yang mempunyai kapasiti 30,000 orang.
Sementara menunggu acara yang seterusnya daripada penganjur, peserta Islam mengambil kesempatan menunaikan solat Zohor di atas padang dan ruang lapang stadium tersebut.
Suasana riang menyelubungi hadirin dan ada yang mengatakan ia tidak seperti himpunan dulu yang sarat dengan perasaan tekanan dari pihak berkuasa.
1.15 tgh hari : Lebih kurang 10,000 mahasiswa sampai di stadium setelah mereka berarak dari Masjid Universiti Malaya.
12:35 pm : Perarakan Royalti dari KLCC bergabung dengan kumpulan Solidarti Anak Muda Malaysia di Lebuh Ampang. Jumlah peserta tersebut sudah mencecah 50,000 menuju ke stadium merdeka.
Manakala di Pasar Seni pemimpin Pakatan Rakyat seperti Exco Selangor Elizabeth Wong dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud sedang memberi taklimat kepada perserta tentang perarakan yang bakal bermula pada pukul 1 ptg.
Mereka juga mengingatkan lebih 300 peserta wanita berbaju ungu supaya membawa poster yang hanya mengandungi perkataan positif dan tidak melayan cubaan untuk mencetuskan provokasi.
Lebih 3,000 peserta perhimpunan dari kumpulan kedua berarak ke Stadium Negara dari Pasar Seni yang diiringi Unit Amal PAS sambil melaungkan slogan 'Hidup Rakyat'.
Sementara itu Pengerusi HKR Mohamad Sabu dan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah tiba di Stadium Merdeka.
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga telah berada di dalam stadium.
12 pm Kira-kira 10,000 penyokong gerakan menuntut Royalti minyak mula bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka di ketuai Pengerusi ANAK Mazlan Aliman.
rally Royalti KLCC 02
11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.
Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.
rally Royalti KLCC 03
Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak jam 11.00 pagi tadi.
Tujuh lokasi yang menjadi tumpuan sebelum bergerak ke Stadium negara tersebut adalah KLCC,Brickfield, Masjid Universiti Malaya,Pasar Seni,
Himpunan yang di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat ini mensasarkan seramai mungkin rakyat turun untuk memberi sokongan selain memberi tekanan kepada BN.
Selain tiga komponen besar PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP beberapa parti bebas dari Sabah dan Sarawak juga dijangka akan menyertai himpunan yang mendapat permit dari pihak polis ini.
Turut serta dijangkakan juga beberapa NGO seperti BERSIH 2.0, Anti-Lynas, Anak, SAMM, Gamis, Muafakat, Kase serta beberapa lagi.
Orang ramai dari semua tujuh lokasi tersebut akan berarak ke stadium negara dimana majlis himpunan tersebut bermula jam 2.00 petang nanti
Dijangkakan hampir satu juta akan membanjiri Stadium merdeka.
Sementara itu pihak polis yang menyedia 50 Marshal untuk membantu pihak media juga kelihatan dibeberapa lokasi.
Sejak malam tadi pihak polis kelihatan berada dibeberapa lokasi yang bertugas sebagai pengawal trafik.
11.00 pagi – Selebriti Abby Abadi memilih untuk bersama penyokong Gerakan Menuntut Royalti 'R' sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 sebagai tanda sokongan bersama warga Kelantan dan Terengganu yang teraniaya selama ini.
Menurutnya sebagai warga Kuala Lumpur, beliau ingin menyambut kehadiran tetamu yang ingin menyatakan sokongan rakyat demi membawa perubahan kepada negara.
"Alhamdulillah saya diberikan sempatan untuk bersama mereka. Sebelum ini saya tidak berpeluang menyertai mereka.
"Saya harap kerajaan sudi untuk mengembalikan hak mereka sebelum rakyat membuat perubahan," katanya di hadapan KLCC.
Beliau berharap himpunan hari ini berlangsung aman dan tiada sebarang provokasi yang bakal mencemar kelangsungan KL112.
11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.
Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.
10.25 pagi .. Di Pasar seni dan Jalan Petaling.. orang ramai mula bergerak ke Stadium Negara dengan Laungan Takbir dan Reformasi.
KELAB GREENBOC/-

Laporan langsung HKR 12 Jan, Kuala Lumpur

Posted: 11 Jan 2013 09:52 PM PST

29 Safar 1433H. [MOD] -











i



:

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Perhimpunan ini mendapat jaminan keselamatan dari pihak polis dan kelulusan dari pihak stadium.

Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang ini. Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka dijangka bermula awal pagi ini.


12.55 pm - [Jalan Sultan] Kumpulan dari Jalan Sultan sedang bergerak menuju ke stadium.



12.50 pm - [Kg.Baru] Kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka, berasingan dengan kumpulan dari KLCC.



12.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka jam 12.45 pm




12.40 pm - [Jalan Sultan] Peserta Jalan Sultan mula bergerak ke stadium melalui Jalan Hang Jebat. Mereka melaungkan hidup rakyat, tutup Lynas, selamatkan Pengerang.



12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka.



12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai.


12.25 pm - [PDRM] Gelagat peserta menyantuni PDRM yang mengawal keselamatan.


12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini.



12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium. 


12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta.


12.15 pm - [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.


12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta yang masih di sini. Sebahagian besar peserta sudah bergerak ke stadium.


12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan.


12.05 pm - [Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka.


12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup.



11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet.



11.50 am - [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita. Hampir 2000 orang berada di sini.


11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.


11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka. 




11.35 am - [Petaling Street] Keadaan di Petaling Street.


11.30 am - [Masjid Negara] Kumpulan dari Masjid Negara mula menuju ke stadium.



11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu.


11.20 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.

11.15 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.

11.10 AM - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.


11.05 am - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.
11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.
10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.

Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.
10.45 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.
10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.
10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.
10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.
10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.

10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.

10.00 am - Video sokongan rakyat Malaysia di Jordan terhadap HKR 2013[Lihat Video].

Perhimpunan ini telah diadakan di Mu'tah, Jordan pada 11 Januari 2013 bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan penuh kami yang berada diluar negara khususnya di Jordan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 120113 yang berlangsung di Malaysia.



9.55 am - Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.
9.45 am - Berikut adalah lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya. Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM. Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields. Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC. Komander: Dato' Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman. Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.


9.40 am - Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:

1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139


9.35 am - [PDRM] Keadaan Keselamatan di Kuala Lumpur adalah tenang dan terkawal. Aliran trafik di sekitar Kuala Lumpur adalah lancar. Anggota trafik telah siap sedia untuk kawalan lalu lintas sekitar lokasi utama di Kuala Lumpur.

9.30 am - [Jalan Sultan] NGO Hijau anti Lynas SMSL mula tiba. Wong Tack (gambar) sedang ditemuramah media. Mereka dijangka berjalan bermula dari kawasan Jalan Sultan.
9.25 am - [KL Sentral] Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka hadir dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.
9.20 am - Perjalanan menuju ke Stadium Merdeka dilaporkan lancar. Tiada sebarang sekatan setakat ini. Biarpun himpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 pm, namun sudah ramai tiba di stadium pagi ini.

9.15 am -[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka.
9.00 am - [Stadium Merdeka] Peserta mula tiba di Stadium Merdeka. Dilaporkan tiada sebarang halangan setakat ini sepanjang jalan menuju ke stadium.


8.40 am - [Masjid Negara] Perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren.
8.30 am - [Trafik] Jalan mula sesak di Lebuhraya Persekutuan dari Subang menuju KL.

8.00 am -[Jalan Sultan] Ramai yang sudah mula bergerak ke arah Lokasi HKR. Stadium Merdeka.
7.15 am - [Jln Tun Razak] Papan elktronik Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan trafik ke ibu negara bergerak lancar.

Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Razak menuju ke Pusat Bandar.

7.10 am - [Stadium Merdeka] Suasana stadium masih lengang namun beberapa peserta sudah tiba di sini.


7.00 am - [Stadium Merdeka] Sebahagian anggota Unit Amal DPPM membuat pemeriksaan perbarisan di perkarangan stadium sebelum memulakan tugas. DPPM mengerahkan 5,000 anggota Unit Amal bagi mengawasi himpunan hari ini.


6.30 am - Seusai solat Subuh, kelihatan para peserta mula mengunjungi warung-warung untuk sarapan pagi.


6.00 am - [Masjid Negara] Para peserta HKR memenuhi Masjid Negara untuk solat Subuh.


HARAKAHDAILY/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 Jan 2013 09:12 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kegagalan Felda dalam urusan tanam semula getah

Posted: 11 Jan 2013 08:38 PM PST


11 Jan 2013

Peneroka mendapat maklumat Felda melantik kontraktor yang bukan berpengalaman tetapi yang ada kepentingan dengan Umno.

JEMPOL: Sekumpulan peneroka dari Felda Palong 12, Jempol, Negeri Sembilan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Felda yang mereka dakwa gagal menguruskan proses tanam semula dengan sempurna.

S Moorthy, 57, berkata, setelah dua tahun proses menebang pokok getah lama dan proses tanam semula dijalankan, beliau mendapati Felda gagal menanam semula pokok getah secara keseluruhan.

"Pengurusan Felda memaklumkan 2, 000 anak benih getah sudah ditanam di ladang saya. Bagaimanapun setelah saya mengira semula didapati lebih kurang 750 anak benih getah sahaja ditanam.

"Ladang saya asalnya hanya mempunyai jalan pertanian merentasi ladang saya. Ketika kontraktor lantikan Felda menjalankan kerja-kerja penebangan pokok getah dua tahun lepas, mereka telah membuat enam jalan pertanian baru untuk membawa keluar kayu getah.

"Sepatutnya ketika kontraktor menjalankan kerja-kerja penanaman semula perlu merawat semula tanah pertanian yang dijadikan jalan pertanian sementara dan membuat teres.

"Tetapi kontraktor membiarkan jalan pertanian begitu sahaja dan tidak menanam pokok getah di situ. Saya kerugian dalam 200 pokok dalam kawasan seluas satu ekar yang membabitkan tujuh jalan pertanian tersebut," kata Moorthy.

Ladang getah semak samun

Moorthy juga berang apabila dengan keadaan ladang getah beliau yang berada dalam keadaan semak samun dan tidak diracun.

"Sepatutnya setelah selesai kerja-kerja penebangan pokok getah dulu, tunggul-tunggul kayu perlu dibakar tetapi kontraktor membiarkan sahaja longgokan tunggul kayu tersebut. Longgokan tunggul kayu ini juga mengambil ruang dalam ladang saya yang merupakan satu lagi kerugian kerana anak benih getah tidak dapat ditanam di situ.

"Saya kecewa dengan pengurusan Felda (yang melantik kontraktor) kerana tidak menjalankan kerja-kerja penanaman semula dengan teratur dan sempurna," katanya.

Tanam sendiri kalau nak cepat

Abdul Rahman Hasan, 65, pula mempunyai masalah yang lebih teruk apabila mendakwa setelah dua tahun berlalu, ladang getah beliau masih belum ditanam dengan anak benih getah.

"Lubang untuk menanam anak benih getah sudah dikorek, tetapi anak benih getahnya tidak ditanam langsung sehingga ke hari ini.

"Kontraktor yang menjalankan kerja penanaman semula tak ada (tiada pekerja kontrak tanam semula) dan melakukan kerja penanaman semula dengan begitu lambat sekali. Apabila saya mengadu pada pengurusan Felda, mereka minta saya tanam sendiri kalau nak cepat," keluh Abdul Rahman.

Sementara itu Naib Ketua Cabang PKR Jempol, Rebin Birham berkata masalah ini berpunca daripada sikap pengurusan Felda yang tidak selia kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja penebangan pokok getah, pembersihan ladang dan proses tanam semula.

Beliau membawa media melawat ladang getah yang bermasalah ini.

PKR mahu saman Felda

"Kita mendapat maklumat Felda melantik kontraktor yang bukan berpengalaman tetapi yang ada kepentingan dengan Umno.

"Felda perlu bertanggungjawab kerana apabila proses tanam semula mengambil masa yang lama, peneroka yang tanggung kerugian.

"Peneroka Felda menyerahkan proses tanam semula kepada Felda tetapi hasilnya pada hari ini amat mendukacitakan. Ini satu isu besar kerana membabitkan kos hidup dan ekonomi peneroka Felda di sini.

"Kelewatan proses tanam semula akan membuatkan peneroka terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat hasil getah iaitu dalam enam tahun selepas anak benih getah ditanam. Ini akan memberi kesan ekonomi kepada peneroka.

"Lagi lama peneroka menunggu hasil getah dari pokok getah yang matang, selagi itulah peneroka terpaksa bergantung kepada elaun sara hidup yang diberikan oleh Felda yang sebenarnya hutang peneroka kepada Felda.

"Kalau Felda masih tidak mengambil langkah segera untuk memperbetulkan segala masalah yang timbul ini, PKR tidak teragak-agak mengambil tindakan menyaman Felda demi hak peneroka terbabit," kata Rebin.
Turut hadir Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.


CERAMAH UMUM

Posted: 11 Jan 2013 01:23 AM PST


Kuliah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah 15 Jan di Seremban

Posted: 11 Jan 2013 01:22 AM PST



KULIAH MAGHRIB
Penceramah: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
15 Jan 2013 (Selasa)
Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan

PIDATO PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Posted: 11 Jan 2013 01:21 AM PST


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 11 Jan 2013 09:12 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Kalian Hadir HKR#KL112 : Contact person untuk keselamatan & perlindungan ANDA

Posted: 10 Jan 2013 11:11 PM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 11 Jan 2013 07:50 PM PST

PAS Kawasan Miri


Penduduk Sg Dalam Diancam Banjir Besar

Posted: 11 Jan 2013 01:25 AM PST

Kpg Sungai Dalam A dilanda Banjir

LAMBIR - Kpg Sungai Dalam A terletak dalam DUN Lambir.  Akibat hujan lebat yang berterusan semalam telah menyebabkan banjir teruk melanda kampung tersebut. Salah satu puncanya adalah akibat daripada sistem peparitan yang tidak teratur dengan sempurna dan kawasan penempatan yang rendah.

Dari dulu lagi, penduduk kampung merayu agar pihak kerajaan memperbaiki sistem peparitan dalam kawasan mereka tetapi sehingga berlaku banjir besar pun perkara ini masih tidak dapat diatasi sepenuhnya.

Pihak berkuasa perlu segera membina sebuah benteng dan memperbaiki sistem perparitan di kampung tersebut, disebabkan hujan lebat semua kawasan kediaman di kampung telah ditenggelami dengan air.
Akibat banjir tersebut menyukarkan penduduk keluar dari kawasan perumahan mereka.

Penduduk kampung memohon bantuan segera dari pihak berkuasa agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini terjadi keatas penduduk kampung tersebut terutama sekali anak-anak kecil yang suka bermain dalam air hujan.

Kita mengesa pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan segera mengatasi masalah banjir di kpg Sungai Dalam A agar ianya tidak merbahayakan serta mengancam nyawa penduduk dalam kawasan tersebut.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah penduduk di situ amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Kpg Sungai Dalam A hit by floods

LAMBIR - Kpg Sungai Dalam A located in Lambir constituency. Due to continuous heavy rains have caused severe flooding yesterday hit the village. One of the causes is due to the drainage system which is perfectly irregular and a low residential area.

Long time ago, the villagers have appealed to the government to improve the drainage system in their area but until the big flood occur this matter has not been resolved.

The authorities should immediately build a barricade and improve drainage in the village due to heavy rain all residential areas in the village were flooded with water. Due to flooding as mentioned it is difficult for residents out of their neighborhoods.

Villagers seek immediate assistance from the authorities so as to avoid unwanted things happen on the villagers, especially the little kids who like to play in the rain.

We urge the government and the relevant authorities immediately solve the flood problem in Kpg Sungai Dalam A so that it is not endanger and a life threatening to the residents in the area.
The cooperation with the relevant authorities to overcome the problem of the residents is very much appreciated.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 Jan 2013 03:24 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ALLAHHUAKBAR ! PAS HULU SELANGOR BERSAMA TOK GURU

Posted: 11 Jan 2013 12:02 AM PST



INSYALLAH !
Tuan Guru Hj Salleh Bin Musa S.D.K, B.K.M , Mudir Madrasah Ar Rahmaniah
Tokoh pendakwah Negeri Kedah berusia 85 tahun akan begerak ke ibu negara selepas solat asar hari ini 11.1.2013 . Doakan keselamatan buat Tuan Guru dan rombongan .
Insyallah kita jumpa di Kuala Lumpur esok . Dijadualkan Tuan Guru akan berhimpun di Masjid Negara pada waktu zohor .

MAHKAMAH SAH ISA TAK SAH !

Posted: 10 Jan 2013 04:50 PM PST

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Tan Sri Isa Samad supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta sekiranya beliau seorang yang bermaruah.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tidak ada jalan lagi buat Isa Samad melainkan meletak jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada warga Felda.
"Apa guna mengekalkan jawatan di dalam organisasi tersebut dalam keadaan beliau dibenci oleh kebanyakan rakyat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, katanya sekali gus memberi mesej kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berfikir panjang dan mengambil pandangan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan terutama yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Keputusan ini juga kata beliau, merupakan suatu lagi tamparan hebat kepada kepimpinan Najib Tun Razak yang berkeras mengekalkan Tan Sri Isa Samad.
"Umum mengetahui bahawa Isa Samad tidak layak menganggotai KPF apatah lagi untuk memimpinnya. KPF hanya layak dipimpin oleh peneroka, isteri dan anak peneroka serta kakitangan tetap Felda," tegasnya.
Ternyata, jelas Nasrudin keputusan mahkamah membuktikan gesaan rakyat khususnya warga Felda adalah pada landasan yang betul.
Bagi DPPM, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah suatu kemenangan buat rakyat khususnya terhadap perjuangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memperjuangkan hak warga Felda.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).
Hakim Datuk Zaleha Yusuf, memutuskan KPF perlu memadamkan dan membuang nama Isa Samad dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 11 Jan 2013 03:21 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Financial Matters-Confidential

Posted: 10 Jan 2013 11:23 PM PST

Hello Dear,

I know how astonishing this message will be to you but it is due to my urgent need to hand over funds to you for charity work however this correspondent is unofficial and private. Please give me this little chance to explain myself to you, I would have like to meet you face to face before departing from this mother earth but my illness continue to deprive the chance, but I know I am strong even if I die on the process of this operation I will still be happy.

My name is Mrs. Maria Dav Ivan I am a dying woman and i decided to donate what I have to you which is to be used to assist poor people and charity homes. I am 49 years old and I was diagnosed of cancer for about 2 years ago, immediately after the death of my husband, who has left me everything he worked for and because the doctors told me I will not live longer than some weeks because of my health, I decided to WILL/donate the sum of $20,500,000(Twenty million five hundred thousand dollars) to you for the good work, and also to help the motherless and less privilege and also for the assistance of the widows in general.

My husband was merchant, he deals on oil and gas, before his death, he inform me that he had some deposit with a private security company in Europe but i was unable to complete the company's required formalities as a result of my health that is why I decided to donate the money to assist poor people and charity homes. If you believe that you can handle money as REQUESTED,then you have to arrange for claim to Security company.

IMPORTANT! Please know that this operation will require you to go to the security company in Europe to sign the original release order forms and to transfer the funds into your bank account for the work.


I wish you all the best and abundantly blessing, and please use the funds well and always extend the good work to others should encase I did not survive this major operation I am about to go through now, but all I need now is prayers.

Please send me all the below information for easy communication.


Your full name...........

Your mobile number............

Your age.......................

Your sex...........................

Your identification proof ....................

Your occupation...............................

Your country and city.......................

NB: I will appreciate your utmost confidentiality and trust in this matter to accomplish my heart desire, as I don't want anything that will jeopardize my last wish.

Best Regards
From Mrs. Maria Dav Ivan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan