Kenyataan Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim-bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.
Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.
"Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata," katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.
Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam.
Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.
Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.
"Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
"Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.
"Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi," tegas beliau.
-Antarapos
Pandangan Nurul Izzah jika kita fahami ialah beliau:
- Sokong kebebasan agama iaitu menjurus kepada gejala murtadkan umat Islam
- sokong golongan LGBT yakni Gay/lesbian sejenis boleh lakukan perbuatan itu selagi ia ditempat privasi .
Kalaulah di Afganistan atau Paksitan.. dari semalam Naib Presiden PKR ini sudah mati ditembak.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mungkin akan dipanggil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.
"(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.
"Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak.
(Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu. Semalam, media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata:
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.
Hari ini dalam akhbar Berita Harian , dimuatkan pandangan Pengerusi ILMU , Ustaz Fathul Bari mengenai kenyataan Nurul Izzah yang berkaa orang ramai tidak seharusnya dipaksa untuk menerima agama tertentu termasuk Melayu .
Belia berkata tidak ada paksaan dalam agama dan bahagimana seseorang itu boleh memohon maaf kerana kebebasan agama seharusnya bukan saja membabitkan bukan Melayu tetapi semua kaum .
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam. Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain. Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata,"KLIK DI SINI
Kenyataan Ustaz Fathul Bari " Saya yakin beliau jahil sebab itu berucap seperti itu . Kenyataan beliau jelas menyimpang daripada maqasid syari'yyah dan boleh dikategorikan menyalahi prinsip agama .
Saya rasa beliau bercakap tanpa pengetahuan agama yang cukup .Maka lebih mulia jika beliau menarik balik semula kenyataan itu tanpa diputarbelitkan kerana Allah S.W.T maha pengampuan dan pemaaf.
Mana mungkin kita katakan agama itu bebas dan terbuka atau meletakkan Islam pada kedudukan yang sama dengan agama lain . Jika berlaku, cuba fikirkan kerana Islam termaktub dalam Perlembagaan dan apa guna Raja-Raja Melayu " - BERITA HARIAN-
Pekan sama seperti Kepala Batas , Kubang Pasu , Pagoh .... menjadi kubu kuat /stronghold parti UMNO .
Bila Hadi bikin gempak nak lawan Najib di Pekan , bagi orang yang lama dalam politik perkara itu tak mungkin terjadi terutama babitkan pemimpin utama PAS nak lawan pemimpin utama UMNO .
Yang bangang tu orang seperti Saifudin Nasution & Mahfuz cuba juga nak spin kononnya UMNO bimbang dan takut jika Hadi bertanding di Pekan .
Blogger mcm GPB ini ketawa je bila baca kenyataan dua pelawak ini yang cuba nak backup untuk sedapkan hati Hadi .
Apa yang Ahmad Maslan kata memang betul ..tindakahnya boleh makan diri ..hahaha
Bila dah terhantok , baru nak sedaq dan pusing balik cakap . Masa di depan puak Kristian , Nurul Izzah bercakap bukan main lagi demi nak undi mereka di pilihanraya. Seolah-olah undang-undang di Malaysia tak adil yang menyekat kebebasan agama dikalangan umat Islam .
GPB mohon ulama ILMU yang lebih arif kupas mengenai mengenai ayat 256 Surah Al Baqarah ini agar tidak dikelirukan oleh anak pemimpin fahaman Pluralisme ini . Ini kerana kita tahu Nurul Izzah ini kalau bercakap berbelit-belit & tak boleh dipercayai .
Semasa di forum beliau berkata " Tiada desakan dalam beragama , mana boleh kita kata maaf ini ( kebebasan agama) hanya untuk bukan Islam sahaja " tapi sekarang " setelah memeluk Islam ,seorang Muslim tertakluk kepada syariat Islam " .
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis. Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama. Nurul Izzah Anwar 4 November 2012 Kenyataan Nurul Izzah di Forum Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam. Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain. Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata,"KLIK DI SINI
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) merujuk buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan penentangan rakyat terhadap kerajaan.
Ucapan bekas timbalan perdana menteri itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi", menyalah-tafsirkan serta menyemai kebencian rakyat negara supaya bangkit menentang kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Disaksikan kira-kira 2,500 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat malam tadi, beliau memuji dan menyentuh pandangan tokoh ulama terkemuka itu yang yang memberi pandangan terhadap fenomena yang berlaku di Mesir dan Indonesia.
Jelasnya, buku terbaru yang ditulis Yusuf Qaradawi selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak itu telah diterjemahkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cuba mengupas sebab rakyat harus bangkit. "Kita merdeka bermakna kita pertahankan prinsip 'huriyyah' kebebasan, kita angkat supaya rakyat mempunyai kekuatan.
Kita muliakan insan pelbagai kaum dan pelbagai agama. Manusia dimuliakan dan kita tegakkan adalah keadilan, apa itu erti merdeka kalau kita tidak hormati kebebasan rakyat? "Apa erti merdeka jika tidak ada kekuatan, kekuatan ekonomi dirompak oleh tiga dan empat buah (syarikat) keluarga, berpuluh bilion," katanya.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di padang Taman Seberang Jaya itu semalam berakhir tanpa sebarang insiden. Namun kehadiran hanya mencatatkan lebih kurang 2,500 orang berbanding 50,000 orang yang disasarkan gabungan itu.
Pengasas PKR Ng Lum Yong akan mendedahkan bukti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyalurkan dana daripada sumber-sumber Yahudi termasuk George Soros kepada PKR dalam agenda untuk menabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, minggu hadapan.
Beliau yang dihubungi berkata pendedahan terbaru itu akan dibuat sekembalinya beliau dari China. "Kita akan tunjukkan bukti minggu hadapan," katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata pihaknya bersedia untuk membuat laporan polis sejurus selepas Ng mendedahkan bersama bukti-bukti tersebut minggu hadapan.
Katanya, sekiranya benar dakwaan itu, maka ianya terbukti PKR adalah sebuah parti yang digunakan pihak luar bagi menjatuhkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Ya, andai kata Ng membuat pendedahan, kami akan membuat laporan polis untuk desak pihak berkuasa menyiasat dan dedahkan perkara ini kepada rakyat.
Supaya rakyat tahu "Bagi saya, PKR ini satu alat yang diguna pakai orang luar untuk jatuhkan pemerintahan negara yang rata-rata rakyat sepatutnya berterima kasih kepada khidmat BN," katanya lagi.
Dalam perkembangan sama Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan Ng selain menyifatkan kenyataan tersebut sebagai 'paling gila' dan tidak berasas.
"Kenyataan itu tidak betul sama sekali. Kalau betul ia datang dari Ng, saya sifatkan sebagai kenyataan paling gila dari beliau. Kenyataan bersifat semborono dan tiada asas."
Ditanya sama ada PKR berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Ng itu, Saifuddin berkata, PKR tidak bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan.
Menurutnya, kenyataan Ng itu langsung tidak menggugat kedudukan parti dan ia hanya satu watak picisan dari bekas pemimpin tertinggi PKR tersebut.
"Tidak.. Ng ini tidak langsung menggugat parti. Ia cuma satu watak picisan. Kita tidak ambil pusing langsung," katanya.
Selain mendakwa dana digunakan PKR untuk menumbangkan kerajaan, Ng dalam temubual bersama Antarapos turut mendakwa terdapat komplot untuk menegakkan pengaruh Amerika Syarikat di Malaysia memandangkan "Malaysia salah sebuah negara yang tak ada pengkalan tentera AS".
Selain PKR, dana berjumlah RM30 juta menurut Ng juga disalurkan ke badan-badan bukan kerajaan seperti Suaram dan gerakan BERSIH. "Saya tahu kerana saya pengasas parti, saya memang duduk dalam jawatankuasa (pimpinan pusat).
George Soros memang ada biayai aktiviti PKR," kata Ng. Sebelum ini siasatan rasmi kerajaan mendapati Open Society Institute yang diasaskan oleh Soros menyalur dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) kepada Suaram sepanjang tempoh 2007 hingga 2010.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, tempoh penerimaan dana tersebut adalah pada 2007, 2008 dan 2010.
"Melalui surat tawaran, Open Society Institute telah menyalurkan dana sebanyak AS$60,000 (RM186,144.11) pada 17 Oktober 2007, AS$68,775.65 (RM213,361.35) (18 Disember 2008), AS$60,000 (RM186,144.11) (12 Februari 2010) kepada Suaram. -ANTARA POS -
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan perjanjian memeterai projek landasan berkembar elektrik bernilai US$5 bilion (kira-kira RM15 bilion) yang akan dibina oleh sebuah syarikat Malaysia yang akan mentransformasikan tanah daratan Laos kepada tanah yang boleh dihubungkan.
Perjanjian konsesi itu, antara kerajaan Laos dan Giant Consolidated Ltd, syarikat Malaysia, ialah untuk membangunkan landasan sepanjang 220km dari Savannakhet ke Lao Bao, berdekatan sempadan Vietnam. Duta Malaysia ke Laos, Datuk Than Tai Hing berkata Perdana Menteri Laos Thongsing Thammavong akan turut menyaksikan majlis itu yang akan diadakan esok.
Najib akan tiba di sini tengah hari ini untuk lawatan kerja tiga hari ke Laos dan menghadiri Mesyuarat Asia-Eropah ke-9 (ASEM). Than berkata projek itu akan menghubungkan timur dan barat negara ini dan menjadikan negara ini daripada tanah daratan kepada tanah yang boleh dihubungkan, selain daripada merealisasikan "Asean Connectivity" menjelang 2015 dan seterusnya menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan merasmikan cawangan pertama Maybank di negara ini esok, sekali gus melengkapkan kehadiran bank ini di kesemua 10 negara anggota Asean.
Pada masa ini, Maybank, bank komersil terbesar Malaysia dan peneraju perkhidmatan kewangan serantau, mempunyai rangkaian antarabangsa melebihi 2,200 pejabat di 19 negara, termasuk di Amerika Syarikat, Britain, Arab Saudi, Bahrain, China, Hong Kong dan India, selain daripada negara-negara anggota Asean. Than berkata Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan para pelabur Malaysia yang terlibat dalam projek elektrik hidro dan di zon ekonomi khas di negara ini esok.
Rakyat Malaysia telah melabur US$165 juta (kira-kira RM495 juta) di Laos antara 2000 dan 2011, menjadikan mereka pelabur terbesar kesembilan di negara ini, kata beliau. Pelaburan Malaysia di Laos ialah dalam sektor perbankan, insurans, pendidikan, semikonduktor, pelancongan dan pertanian.
Public Bank, Dominant Semiconductors Co Ltd, Mega First Corporation Bhd, Savan Pacifica Development Co Ltd dan Dansavanh Nam Ngum Resort adalah antara syarikat utama Malaysia yang telah melabur di negara ini.
"Pelaburan baharu Malaysia dalam projek-projek landasan berkembar elektrik dan hidro-elektrik sudah pastinya akan mengubah kedudukan Malaysia sebagai pelabur terbesar di negara ini yang pada masa ini diketuai oleh China," kata beliau.
Najib juga akan menyertai 48 pemimpin lain dari Asia dan Eropah di mesyuarat ASEM selama dua hari, bermula esok. Mesyuarat yang bertemakan "Friends for Peace, Partners for Prosperity" akan terus mengukuhkan kerjasama ekonomi dan politik antara kedua-dua rantau di celah-celah krisis hutang zon euro. Para pemimpin ASEM dijangka membincangkan antara lain keadaan ekonomi global, pembaharuan kepada institusi kewangan antarabangsa, air, tenaga, jaminan makanan, pengurusan bencana, pelancongan dan perpindahan.
Than berkata Najib juga dijangka mempromosikan konsep pergerakan penyederhanaan global di mesyuarat ini. Keahlian perkumpulan ASEM ini akan diperluaskan kepada 51 dengan kemasukan Bangladesh, Norway dan Switzerland di persidangan ini. ASEM ditubuhkan pada 1996 dengan mesyuarat pertamanya diadakan di Bangkok.
Para pemimpin ASEM mengadakan pertemuan setiap dua tahun secara berselang di kedua-dua rantau ini. Najib juga akan mengadakan mesyuarat dua hala secara berasingan dengan Presiden Perancis, Francois Hollande, Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg dan Perdana Menteri Pakistan Raja Pervaiz Ashraf di luar persidangan berkenaan.
Najib akan diiringi oleh isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada lawatan ini. Inilah kali pertama, Laos, negara dengan jumlah penduduk enam juta, menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa terbesar. - Bernama
Zaman kecil-kecil dahulu, satu acara yang Husin gomar bilo balik kampung adalah tengok wayang pacak dari Unit Wayang Gambar, Jabatan Penerangan. Ia dipanggil wayang pacak pasal skrinnya main pakai pacak kayu batang pokok atau buloh.
Padahal Husin duduk di bandar dan rumah ada TV. Setiap kali balik kampung rumah Dato dan ada wayang pacak datang ke kampung, Husin seronok untuk turut serta.
Bukan pasal wayangnya pun, selalunya drama RTM ajo, tapi seronok duduk ramai-ramai atas tikar dengan sepupu-pupu dan pakcik makcik serta jiran tetangga yang kebanyakkannya kaum keluarga sama-sama bentang tikar tengok wayang atas padang.
Lecehnya adalah tongah babak-babak yang best best dan suspens, maso tulah tayangan tergendala. Ado sajo alasan. Masaalah projector lah apo. Sambil itu, kono donga kojap ceramah Jabatan Penerangan.
Wayang free kono lah donga iklannya.
Macam tu zaman takdo TV dan Internet di kampung-kampung. Yang ado, cumo radio.
Inilah maso orang-orang kampung mendonga khabar dari kerajaan mengenai polisi, dan usaha-usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat, penyelesaian masaalah rakyat dan lain-lain.
Sebaik habis sajo penceramah bercakap, maso tu lah projector tibo-tibo dah baik. Babak best atau suspens diulang sedikit dan disambung semula cerito sampai habis.
Perkara lucu yang Husin tak boleh lupo hingga ke tuo adalah setiap kali hujan tiba-tiba turun, mencecet-cecet orang bangun, gulong tikar dan lari balik dalam keadaan tongah-tongah malam golap gulita.
Yang paling lucu bila ado yang tertidor masa tengok wayang dan lambek sodar hujan turun. Dengan baju basah, menceret lari balik.
Itulah kisah-kisah manis masa kanak-kanak yang tidak boleh dilupo.
Ada orang sekarang kata propaganda atau bohong rakyat, tapi Husin kata tidak juga. Buat apa-apa berita-berita tak baik nak dihebuhkan dan menyusahkan hati rakyat.
Lagi pun, khabar angin bukan selalunya betul. Buek apo nak dibantu sebarkan berito buruk yang dah tentu tersebar sendiri.
Ianya tak membantu rakyat pun. Rakyat kampung sibuk dengan harian mereka membanting tulang cari makan untuk besarkan anak dan baiki kehidupan. Buat apa kita resahkan hati mereka dan huru harakan keadaan.
Bila dia tahu kerajaan sedang berusaha, tidaklah mereka risau. Maso tu banyak komunis dan ejen mahu kucar kacir negara.
Kini zaman komunikasi dan maklumat. Tak perlu lagi tayang wayang. Kadang-kadang majlis belum solosai, kenyataan seseorang yang bolum habis tapi inipati kenyataannyo dah tersebar sebagai SMS, email, laman web dan lain-lain.
Kecepatan dan banyaknya butiran dalam maklumat yang tersebar tak membolehkan maklumat salah disebarkan, dan pembohongan tak dapek kokal lamo.
Ditambah lagi, seperti pernah dikatakan Ketua Pengarah JASA, Dato Fuad Hasan, masyarakat sekarang tidak lagi anggap kebenaran itu mutlak tetapi hanya kebenaran relatif. Orang tak main donga dan akur sajo apo dikatakan pemimpin dan pihak berkuaso. Orang kampung tau kato den pun ado pendapek dan pandangan tersondiri.
Ini semua rakyat tahu dan sedar, melainkan Menteri Penerangan yang mana JASA dibawah bidang kuasanyo.
Apo cerita Dato Rais nak arah-arah dan akur-akur ni? Kita bukan duduk Zaman Batu, zaman wayang pacak pun dah takdo. Apo bondo nak arah orang perlu akur?
Peminat filem, peminat sejarah dan orang ramai tahu ianya bohong. Orang kampung dan orang tak pandai pun tahu ada sesuatu di sebalik.
Takkanlah filem tu boleh ditayangkan terbuka kepado media di panggong wayang The Curve pado Julai 18hb jika takdo kelulusan LPF.
Takkanlah wayang sudah belanjo buek poster dan gezet tapi takdo ceritificate PG13 dari LPF? Lagu Awie pun ado.
Wayang dah nak ditayangkan pada September 13. Tibo-tibo Ketua Pengarah FINAS kata maso tak cukup nak kempen pemasaran untuk filem sejarah begini. Maso tu dio kata sibuk rayo dan merdeka. FINAS nak promosi ke sekolah dan universiti.
Cakap ajo. Tak dibueknyo.
Husin tahu perkara ini timbul pasal Rais takut pada tekanan yang dibuek DAP komunis dan dipengaruhi Presiden Gerakan yang tiada telor sampai Penang kalah. Tan Sri Koh Tsu Koon nak tutup sejarah lamo gerakan maso 13 Mei. Alahai Gerakan ni tunggu maso nak berkubur.
Rais ni pun banyak sifat dengki dan kuek ngampu tunjuk pandai. Pakar dalam hal baling batu sorok tangan. Tak ko gilo hari ni Timbalan Rais pertahan filem Tanda Putera dalam Dewan Negara. Sehari dua lopeh tu dah konar cerito lain.
Malu Kementerian Penerangan.
Dasar orang tangan sotong dan kuat taichi suka bebankan tanggungjawab atau salahkan orang lain di atas keputusan yang dibueknyo sendiri. Dahlah itu, suka pula menyusahkan orang bawah dia.
Perkara ini dibawa ke Mesyuarat Kabinet dan ditetapkan bahawa biar LPF buat keputusan. Lepas dihantar sekali lagi, pertama kali dalam sejarah filem tempatan kena permohonan LPF dua kali, dan LPF tetap luluskan.
Akhirnya dipersetujui dan diumumkan akan tayang pada November 15hb, 2012. Poster sudah keluar pun. Hujung poster bosar ditulis kelukusan P13 dengan nombornya sekali.
Apo ceritonya tak dapek kelulusan LPF ni, Rais?
Sebonarnya Husin dah tulis cerito ni banyak kali. Ado sampai 9 kali, huh! [Maaf bahasa Inggeris, bacolah di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini.] Maklumlah orang sayang dan merasa jaso budi Tun Razak.
Kawan-kawan den beritahu pada 17hb Oktober baru-baru ini, Mantan PM dan dalam majlis lain, PM dan Menteri kabinet pun tengok filem ini. Menangis dan sayu mengenangkan pengorbanan Tun Razak dan Tun Ismail menyelamatkan negara yang dikucar kacir pengacau dan pengganas. Dato Najib kata filem mengenai bapanya bagus.
Kalau tak kasi nak tayang tak payahlah Rais nak bohong. Sendiri sudah arahkan FINAS usah kasi panggung tayangkan filem, ngaku sajolah. Orang tak cayo FINAS tak ikut arahan Rais.
Biarlah filem Tandaputera dilihat takyat jelata. Dah ado kelulusan LPF tu, biarlah tuan punya filem cari makan dan tayangkan kek mano dia suko. Tak kiro lah dia nak tayangkan sebagai wayang pacak atau tertutup kepada penonton terjemput.
Kenapo Rais bonci bonar kek Tun Razak tapi nak jadi Montori dalam kabinet anak Tun Razak?
Apo pulak disalahkan LPF yang di bawah Kementeriaan Dato Hishamuddin, anak saudara Tun Razak? Dalam hal ini, Dato Hisham usah biarkan Rais burukkan namonyo. Sebagai Naib President jangan dikasi Ketua Bahagian yang patut pencen ni naik kepalo. Perlu kasi amaran dalam negeri.
Bangang bonar ko Montori sampai tak tahu filem dah dapek kelulusan? Takkan Rais nak guno alasan tak tahu? Montori apo tertidor macam atas tikar di tongah penayangan Wayang Pacak? Yo lah kalau gitu orang kato otak dia masih zaman Wayang Pacak.
Lim Guan Eng may be in for trouble with his 'dictatorial' manner in passing the Anti-Hopping Bill in the recently concluded state assembly sitting.
He bull-dozed the bill regardless of the advise from the party's strongman Karpal Singh that the bill went against the Federal Constitution, making it not relevant even if passed.
He 'angered' Lydia Ong for stopping her from being at her father's side seconds or minutes before the latter passed away in hospital and blaming Pulau Tikus assemblyman Koay Teng Hai for being away in the United States when the bill needed two-thirds majority vote to be passed.
He also 'angered' PKR and PAS assemblymen by not trusting them in the voting process although he has the sufficient number of votes to pass the bill without having to stop Lydia Ong from being ay her late father's side and forgetting the Pulau Tikus assemblyman absence.
Guan Eng, who distrusts anybody and everybody, had not cared about all sensitivities and devoid of human emotions, had projected his worse and ugly character in this episode.
In the present highly volatile political atmosphere, the Penang Chief Minister who is dubbed as the Tokong, has actually touched on the most sensitive nerves of human character – TRUST.
The distrust with PKR has existed some time ago when Penang PKR chief Mansor Othman termed him as arrogant and corky, which secret meeting was leaked in April.
With PAS, it is not so much of the distrust at state level as PAS does not compete with DAP on seats since PAS contests on only Malay majority seats but the distrust is on principles – Islamic fundamentalism and secularism.
The verbal war on the issue has toned down but the distrust lingers on as leaders of both parties try to maneuver each other and to project to their supporters the 'good and cordial' relationship both parties enjoy now.
The circumstances Guan Eng is in right now is not good as the distrust works both ways – PKR and PAS members who are Malays – seem to be reciprocating the way.
And since the Lydia Ong incident, some of the Chinese voters are having doubts on Guan Eng's 'human character', questioning whether this man has any 'human emotions in him' or he is just like Anwar Ibrahim, the man who does not care for anybody so long as he achieves what he wanted.
Given the political scenario in Penang where Guan Eng had a strong confidence of retaining his power, the recently developed episode has put a dent to his confidence as the basic principle of human character in him is being questioned.
While the Malays in PKR and PAS have one way or another made up their minds on who Guan Eng truly is, the Chinese who have all the while adore him are now having doubts.
Pemuda Barisan Nasional (BN) berpendapat jarak masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya umum adalah tempoh paling sesuai sekiranya cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal dilaksanakan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, bukan setiap kawasan bersedia diumum calon awal disebabkan faktor dalaman dan risiko lain yang perlu ditangani terlebih dahulu.
"Nak umum sekalipun jangan umum enam bulan sebelum pilihan raya. Daripada kita umum dua hari sebelum penamaan calon, BN boleh umum dua minggu atau sebulan, itu paling sesuai," katanya dipetik dari Bernama.
Menurutnya, langkah menamakan lebih awal calon-calon itu juga boleh dilaksanakan terlebih dahulu di kawasan yang dikenal pasti majoriti pengundinya menyokong BN.
Kawasan yang sesuai dipertimbang bagi penamaan itu perlu mempunyai calon yang jelas dan telah diterima masyarakat seperti kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan dan kawasan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh.
Pada 26 Oktober lepas, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.
Mengulas calon dalam kalangan Pergerakan Pemuda Umno, Khairy berkata, pergerakan itu ada meminta Najib selaku Pengerusi BN memilih calon daripada pergerakan itu untuk bertanding di bawah panji BN pada PRU Ke-13 nanti.
"Kami minta, tapi kami tak tuntut peratusan atau bilangan berapa ramai calon Pemuda dipilih kerana yang penting kami perlu ada 'winnable candidate' yang dipilih Pengerusi BN (Najib) sendiri bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
"Senarai Pemuda (Umno) yang sudah diserah kepada Pengerusi BN hanya pusingan pertama, masih ada pusingan kedua dan seterusnya, masih ada tapisan lagi selepas ini. Maka kami tak tahu siapa akan dipilih dalam kalangan Pemuda," katanya.
Beliau berkata, pergerakan itu sedang melipat gandakan usaha bagi memastikan empat negeri yang kini diterajui pembangkang akan kembali ke pangkuan BN. "Usaha kami terkini ialah kami ke depan dengan isu di empat negeri ini. Seperti dalam laporan ketua audit negara banyak kepincanganya dalam negeri pembangkang antaranya skandal Lembah Sireh di Kelantan.
"Pemuda BN di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan perlu tonjolkan semua ini kepada rakyat supaya BN dapat beri tekanan kepada pembangkang dan ceritakan kepada rakyat apa mereka buat kini sebenarnya tidak betul," katanya. -Agendadaily
Presiden PAS, Dato Haji Hadi Awang telahpun menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut kerusi MP Pekan menjelang PRU13.
Kawasan MP Pekan adalah kawasan yang disandang oleh DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai Presiden PAS, sudah pasti Haji Hadi mempunyai kuasa pemutus untuk merealisasikan hasratnya. Hanya Allah SWT saya yang mempu menentukannya.
Bagi golongan Anwarinas dan Parasit PAS dalam PAS, sudah pasti hasrat Haji Hadi itu mereka sambut dengan girang. Mereka tahu dan faham bahawa Haji Hadi merupakan ketua kelompok yang lebih condong kepada golongan ulamak dan sepasukan dengan Mantan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Haji Hadi dan Nasaruddin pernah menjadi kontroversi berkait dengan isu "Kerajaan Perpaduan".
Tentunya DAP kini tersenyum simpul. Haji Hadi telah menyatakan sesuatu yang selama ini DAP tunggu-tunggu. Mereka meragui Kumpulan Haji Hadi akan menentang dan belot kepada perjuangan Pakatan Rakyat setelah melihat transformasi Najib yang ternyata berjaya merobah kekuatan UMNO dan Barisan Nasional. Malah Najib telah mencipta landskap politik baru dalam negara dan telah mampu meredakan Tsunami politik yang melanda dengan ganas semasa PRU12.
Sekurang-kurangnya bagi Haji Hadi, DAP perlu perlu yakin bahawa mantan "ketua kumpulan" Kerajaan Perpaduan yang sering menghantui keutuhan pakatan politik mereka kini sudah sanggup menentang Perdana Menteri di kawasan kubu kuatnya, padang permainannya.
Apakah benar Haji Hadi ikhlas menunaikan hasratnya menentang Najib di Pekan atau sekadar gimmik politik? Apakah penyataan Haji ini sekadar "please" DAP atau menyenangkan hati DAP?
Datuk Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belud dan Setiausaha BN Sabah, ketika ditanya mengenai hasrat Haji Hadi bertanding di kawasan MP Pekan menyatakan - "why would he prefer to retire wt humiliating defeat?". Maksudnya "Kenapa Haji Hadi memilih untuk bersara politik dengan kekalahan yang memalukan?"
Sebagai rekod, dalam PRU12, Kawasan MP Pekan telah dimenangi oleh DS Najib dengan majoriti 26,464 berbanding 22,922 semasa PRU11. Bernakna meningkat hampir empat ribu.
1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN) (36,262) 2. Khairul Anuar Ahmad Zainudin (PKR) (9,798) Majoriti: 26,464 Jumlah undi: 47,321 Peratus mengundi: 81.28% Undi rosak: 1,261Penyandang: Datuk Seri Najib Tun Razak (BN) (Majoriti: 22,922 undi)
Hasrat Haji Hadi untuk bertanding MP Pekan turut direstui Mursyidur Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ini bermakna halangan kepada hasrat Haji Hadi sudah nyata "clear" dan tiada melainkan jika penyataan hasratnya sekadar "main-main" atau ada maksud tersirat yang akhirnya dia tidak menunaikannya. Jika ini berlaku bagaimana pihak lain untuk menerima "hasrat" pemimpin seperti Haji Hadi di lain waktu?
Ramai pihak yang sudah mencabar Haji Hadi untuk terus menunaikan hasratnya jika dia benar "anak jantan". Presiden UMNO vs Presuden PAS sudah pasti akan menjadi tumpuan perhatian, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global.
Presiden PAS tidak perlu gentar dengan rekod kekalahan pembangkang di MP Pekan pada PRU12. Rekod itu satu hakikat dan satu catatan sejarah. Presiden VS Presiden juga satu sejarah dalam politik Malaysia. Jika Haji Hadi menarik diri dari bertanding di MP Pekan, ianya juga akan menjadi catatan sejarah. Sejarah di mana 'hasrat" menjadi satu perkara lelucon dan bahan ketawa umum yang tidak mempunyai apa-apa nilai positif.
You are subscribed to email updates from SENJALIZA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lim Guan Eng may be in for trouble with his 'dictatorial' manner in passing the Anti-Hopping Bill in the recently concluded state assembly sitting. He bull-dozed the bill regardless of the advise from the party's strongman Karpal Singh that the bill went against the Federal Constitution, making it not relevant even if passed. He 'angered' Lydia Ong for stopping her from being at her father's side seconds or minutes before the latter passed away in hospital and blaming Pulau Tikus assemblyman Koay Teng Hai for being away in the United States when the bill needed two-thirds majority vote to be passed. He also 'angered' PKR and PAS assemblymen by not trusting them in the voting process although he has the sufficient number of votes to pass the bill without having to stop Lydia Ong from being ay her late father's side and forgetting the Pulau Tikus assemblyman absence. Guan Eng, who distrusts anybody and everybody, had not cared about all sensitivities and devoid of human emotions, had projected his worse and ugly character in this episode. In the present highly volatile political atmosphere, the Penang Chief Minister who is dubbed as the Tokong, has actually touched on the most sensitive nerves of human character – TRUST. The distrust with PKR has existed some time ago when Penang PKR chief Mansor Othman termed him as arrogant and corky, which secret meeting was leaked in April. With PAS, it is not so much of the distrust at state level as PAS does not compete with DAP on seats since PAS contests on only Malay majority seats but the distrust is on principles – Islamic fundamentalism and secularism. The verbal war on the issue has toned down but the distrust lingers on as leaders of both parties try to maneuver each other and to project to their supporters the 'good and cordial' relationship both parties enjoy now. The circumstances Guan Eng is in right now is not good as the distrust works both ways – PKR and PAS members who are Malays – seem to be reciprocating the way. And since the Lydia Ong incident, some of the Chinese voters are having doubts on Guan Eng's 'human character', questioning whether this man has any 'human emotions in him' or he is just like Anwar Ibrahim, the man who does not care for anybody so long as he achieves what he wanted. Given the political scenario in Penang where Guan Eng had a strong confidence of retaining his power, the recently developed episode has put a dent to his confidence as the basic principle of human character in him is being questioned. While the Malays in PKR and PAS have one way or another made up their minds on who Guan Eng truly is, the Chinese who have all the while adore him are now having doubts.
PETALING JAYA: Concerned parents of various groups met on Sunday to discuss the actions they would take in their fight for the reinstatement of the teaching of Maths and Science in English (PPSMI). "First, we will hold a gathering to display our anger and anguish," said Concerned Parents Selangor (CPS) coordinator Shamsudin Hamid. Other groups planned to present their pleas to the Sultan in their respective states, with a final plea to be presented to the King. "Candidates who are going to stand for elections in the Klang Valley should speak up and we will give them our votes," said parent Johan Tun Abdullah, who was also present at the meeting.
tunku : government should listen to these parents.do not ignore them. the voices is growing stronger and stronger.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Entah apa yang tidak kena dengan Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim sebagai MB terbaik pakatan. Pengumuman ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pengkurniaan ini juga bertentangan dengan pandangan umum betapa teruk sebenarnya pentadbiran Selangor di bawah regim Pakatan PKR, DAP dan Pas selama hampir 5 tahun ini.
"Selain itu, pengumuman Anwar ini juga mengecilkan hati pemimpin Pas kerana sumbangan Nik Aziz selama 22 tahun sebagai Menteri Besar langsung tidak dihargai atau diiktiraf oleh Anwar. Nampaknya sangat Pas sekadar menjadi alat dan kuda tunggangan Anwar, PKR dan Dap.
Terdapat lebih dari 10 isu utama kegagalan regim pakatan di Selangor. Penyelewengan yang paling besar adalah skandal Talamgate yang melibatkan transaksi hampir RM 1 Billion. Penduduk Selangor juga berhadapan dengan krisis air yang semakin hampir, terbaru Empangan Air Sungai Selangor semakin kering dan sekarang hanya mencatat jumlah simpanan air sebanyak 52%, merosot sebanyak 48%.
Skandal Pasir Selangor, Skandal PKNS, Yayasan Selangor, UNISEL jelas menampakkan rasuah sebenarkan bermaharajalela di Selangor. Kegagalan pengurusan sampah di Selangor juga semakin ketara apabila ada kontraktor sampah yang enggan menyewa lori kompak sampah milik GLC Selangor kerana harga sewaaan yang mahal," ujarnya mengulas pengiktirafan Menteri Besar Pakatan Terbaik oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Tambahnya, pertambahan -rumahrumah urut juga sangat menjolok mata di Selangor sekarang. Tahniah kepada Anwar, Khalid dan Ronnie kerana disebut oleh rakyat sebagai pelupor industri seks dan rumah urut di Selangor.
Geran Selangorku RM300 juta yang dipegang erat oleh MB juga semakin ketara dipertikaikan oleh rakyat. Lapuran Ketua Audit Negara sendiri menyatakan bagaimana TAWAS yang dibiayai oleh MBI Incorporated itu telah gagal kerana tidak diurus dengan sempurna.
"Yang paling tidak cerdik adalah apabila MB sebut yang janji-janji dalam manifesto pakatan Selangor 2008 bukan lah satu perjanjian, yang demikian ianya tidak perlu ditepati!
Muktakhir skandal bas mewah Khalid Ibrahim, siapa yang sebenarnya membiayai pembelian bas mewah bernilai RM900 ribu masih lagi menjadi misteri namun GAPS penuh yakin jawapanna sudah ada di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Pengumuman Anwar ini tidak lebih dari lawak jenaka terbaik untuk bulan ini," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat lawatan dan tinjauan ke Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu untuk melihat sendiri selain mendapatkan maklumat, betapa seriusnya isu kekurangan air di negeri Selangor.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, rakyat Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana mengambil satu langkah yang positif untuk membantu rakyat Selangor dalam menangani masalah air ini.
"Dalam taklimat yang diberikan kepada Tan Sri dan delegasi yang datang pada hari tersebut, kita sedar dalam masa 130 hari (bermula dari 24 Oktober), paras takungan air di empangan tersebut berada di dalam keadaan yang sangat kritikal. Kemungkinan besar tidak ada air lagi.
"Ini merupakan fakta yang telah diberikan oleh pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH), bukan fakta yang dikeluarkan oleh parti politik. SPLASH merupakan agensi yang diberikan kuasa untuk menjaga kepentingan air di negeri Selangor. Mereka sendiri yang mengatakan bahawa dalam masa 130 hari, paras takungan air di Empangan Sungai Selangor akan berada di tahap yang paling kritikal," ujarnya ketika di temui di lobi parlimen baru-baru ini.
Tambahnya, pendedahan ini merupakan satu perkara yang serius namun kerajaan Selangor terus selesa untuk bermain politik.
"Ini baru soal air, belum lagi dalam soal skim merawat air. Kalau empangan dah kosong, nak rawat air macam mana? Saya harap kerajaan negeri Selangor peka dan jangan gunakan isu ini sebagai isu politik semata-mata untuk memenangi undi. Ini perkara yang nyata, orang Kuala Kubu Bharu nampak empangan ini setiap hari, kita nampak realiti paras air empangan ini kosong, jadi tak perlu nak dipolitikkan.
"Apa yang lebih mengejutkan ialah kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar yang mengatakan Selangor tidak mengalami masalah kekurangan air. Dia tak pernah sampai pun ke empangan tersebut, dia cakap berdasarkan apa, saya pun tak tahu," ujarnya lagi.
Justeru beliau berharap Menteri Besar Selangor sedar, jangan angkuh dan terima hakikat bahawa Selangor akan mengahadapi krisis air pada tahun 2014.
Dalam masa yang sama, Kamalanathan melihat teknologi membran yang diutarakan Tan Sri Khalid merupakan satu teknologi yang baru, tetapi dalam masa yang sama, kerajaan Persekutuan telah menyediakan projek Langat 2 untuk membuat rawatan air.
"Kita hanya perlukan kelulusan dan kerjasama kerajaan negeri Selangor untuk membantu mengatasi masalah air ini. Kita harus melaksanakan projek ini kerana kebaikan bukan sahaja kepada rakyat negeri Selangor, malah kepada penduduk Lembah Klang secara keseluruhannya," ujarnya mengharapkan agar Tan Sri Khalid tidak lagi mempolitikkan isu air ini.
Seramai 545 org dipindahkan ke 2 buah pusat pemindahan di Dengkil, Sepang hari Ahad apabila kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat
Satu ketika dahulu ketika bandar Kota Bharu dilanda banjir besar, Pas menyalahkan pengundi bandar tersebut kerana mengundi Dato Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat BN.
Banjir kerana bala yang diturunkan oleh Allah kerana mengundi Umno.
Bagaimana di Selangor? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR, 3 Nov – Tindakan mengumumkan calon lebih awal bagi 82 kawasan Parlimen yang kalah pada pilihan raya umum 2008 mampu memberi impak positif kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Ahmad Maslan.
Ketua Publisiti dan Penerangan BN itu berkata pengumuman calon lebih awal dapat memperkenalkan sebaiknya calon kepada penduduk di Parlimen itu seterusnya memberi lebih masa kepada penduduk mengenali calon BN di kawasan itu.
"Bagaimanapun cadangan menamakan calon lebih awal belum dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi BN atau Umno setakat ini.
"Namun ada eloknya ada pertimbangan ke atas cadangan umum calon lebih awal di kawasan kita kalah. Kawasan kalah kurang kontrovesi umum calon lebih awal," kata Ketua Penerangan Umno itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan francais Shahnaz Husain Sinature Salon di Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay K Gokhale dan pengasas syarikat itu Shahnaz Husain.
Shahnaz Husain Sinature Salon merupakan francais menjual produk kecantikan serta kesihatan berasaskan ayurveda dan menggunakan bahan berasaskan herba. Francais yang dari India itu kini mempunyai lebih 800 outlet di seluruh dunia.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR, Nov 4 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has extended his best wishes to candidates sitting for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination starting tomorrow.
The message was posted on his Twitter, @Najib Razak, tonight.
"I pray that the candidates pass with flying colours. To teachers and parents, the teaching efforts will bear fruit," said Najib, who is now in Vientiane, Laos to attend the Ninth Asia-Europe Summit (ASEM 9).
A total of 472,541 candidates are sitting for the examination at 3,590 centres throughout the country from tomorrow until Dec 6.
Of them, 415,530 are from government, government-aided and government-aided religious schools; 7,708 from schools under ministries and government agencies; and 7,946 from state religious secondary schools.
The others were 11,309 private school candidates, 28,148 sekolah menengah agama rakyat candidates, and 1,900 private candidates, said the Malaysian Examination Board.
It said 30,239 invigilators had been appointed to man the examination centres.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Katanya, beliau memang berhasrat merebut kerusi itu sekiranya parti juga bersetuju dengan keputusan tersebut.
"Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan membuat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang atau Pekan, saya ikut.
"Jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya akan bertanding di Pekan. Itu kena tanya partilah, saya sanggup bertanding di Pekan jika parti suruh," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Dana Pilihan Raya Umum Ke-13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kesediaannya untuk bertanding kerusi di luar Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
Komen ketua dewan ulama pas pusat pula, "hadi lebih sesuai bertanding di marang"
Kenyataan nurul izah anak kepada jaguh liwat anwar ibrahim cukup memeningkan kepala umat Islam, di satu sisi dia mengatakan dia tidak menggalakan murtad dan di satu sisi lain pulak, dia mengatakan melayu perlu di beri kebebasan beragama mengikut undang-undang...
Mana satu yang betul nie... bukankah dengan memberikan kebebasan beragama kepada orang melayu akan menggalakan terjadinya murtad...???
Masihkah korang ingat dengan ayat ini " kalau kau tak mau bising-bising, kau pindah la belakang hospital" ya itulah ayat kuswadinata dalam filem seniman bujang lapok ketika dia bertekak dengan ajis (aziz satar), tapi itu kuswadinata 40 tahun dulu, sekarang kuswadinata semakin uzur akibat menghidap pelbagai jenis penyakit antaranya kanser...
Aku berkesempatan mengikuti rombongan ziarah karyawan dan pergerakan wanita umno selangor di rumah seniman itu di no 7, jalan rasmi 1, taman rasmi jaya, ampang, selangor.
Kuswadinata dengan sedih menceritakan tentang layanan jururawat di hospital ampang, menurutnya, tak patut jururawat berlaku kasar denganya...
Kenapa tony pua pertikaikan perniagaan yang dimiliki oleh syed mokhtar al bukhari ??? jawapanya mudah sahaja, pasal syed mokhtar tu orang melayu, beragama Islam dan banyak keuntunganya di salurkan untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan...
Gaya tony pua bercakap, seolah-olah segala perniagaan dalam malaysia nie di kuasai oleh syed mokhtar, kalau betul syed mokhtar menguasai segala-galanya dah dah dia menduduki tempat pertama orang terkaya di malaysia, tapi hakikatnya, masih banyak lagi cina-cina yang lebih kaya, contoh terbaik ialah tan sri robert kwok yang menguasai 60 peratus gula dan tepung melalui syarikatnya gula perai, gula perlis dan federal flour mills (ffm)...
Malah banyak lagi cina-cina yang kaya dengan hasil merasuah, judi dan hasil jenayah terancang, kenapa tony pua hanya pertikaikan kekayaan syed mokhtar albukhari ??? pasal dia orang melayu dan cina kelahiran singapura macam tony pua tidak senang adanya orang melayu yang kaya...
Kenyataan Naib Presiden PAS menghasut rakyat supaya tidak membayar saman ditolak oleh Lim Guan Eng.
Orang Ramai Masih Perlu Bayar Saman Walaupun AES – Guan Eng
Oleh REGINA LEE
PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, walaupun beliau membangkang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), orang ramai mesti membayar saman mereka.
"Sebagai pegawai kanan kerajaan, saya mahu Kementerian Pengangkutan menjelaskan kepada kita kenapa mereka mahu melaksanakan AES.
"Tetapi saman-saman ini yang dikeluarkan di bawah undang-undang, dan undang-undang harus dihormati," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Beliau merujuk kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang tidak mempedulikan saman-saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan membawa kes itu ke mahkamah. Lim berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan DAP Selangor di sini, Ahad.
Setakat ini, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah memutuskan untuk menurut pelaksanaan kamera AES di negeri mereka, yang melibatkan 331 kamera daripada 831 di seluruh negara.
"Datuk Dr Looi Hoong Wah, seorang penduduk Kuantan dan pakar perubatan, yang meminati bidang perubatan nuklear dan fizik zarah sejak 40 tahun lepas ketika menuntut dalam jurusan perubatan di Manchester, berkata sebenarnya, perkara yang berbahaya ialah mainan politik sesetengah pihak tentang Lynas."
Berita penuh dari BERNAMA:
Loji Lynas Ikut Standard Keselamatan Antarabangsa, Beri Manfaat Ekonomi, Kata Pekerja
KUANTAN, 4 Nov (Bernama) -- Para pekerja Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di sini amat yakin loji nadir bumi pertama di Malaysia itu mematuhi standard keselamatan antarabangsa, manakala operasinya memberi manfaat kepada ekonomi serta penduduk tempatan.
Jurutera Lynas Malaysia Sdn Bhd, Chin Yin Yee, berkata kesihatannya tidak terdedah kepada risiko kerana loji itu dibina mengikut standard kesihatan antarabangsa dan diberi lampu hijau oleh badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
"Saya sedikit pun tidak ragu-ragu tentang keselamatan loji ini. Sungguh mengecewakan kerana apabila kami cuba menjelaskan kepada orang ramai bahawa loji ini tidak memberi masalah, mereka tidak mahu mendengarnya. Mereka lebih suka terus mempunyai tanggapan salah mengenainya," kata jurutera itu.
Chin berkata walaupun terdapat publisiti negatif dan pihak tertentu menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan loji berkenaan, tetapi keluarganya sentiasa memberi sokongan padu sejak beliau membuat keputusan untuk bekerja di LAMP empat tahun lepas.
Katanya industri nadir bumi sedang berkembang di seluruh dunia kerana banyak komponen seperti kereta hibrid, bateri, mentol dan magnet memerlukan bahan ini dalam proses pembuatannya.
"Apabila loji ini beroperasi, industri hiliran akan tumbuh. Tanpanya, negara akan rugi. Ramai yang akan hilang pekerjaan. Jika ini terjadi, ia sesuatu yang amat menyedihkan," kata Chin.
Operasinya dijangka membawa banyak faedah ekonomi kerana ia mewujudkan 400 jawatan mahir serta membawa lima kali kesan berganda daripada segi kewujudan jawatan sekunder melalui ekosistem ekonomi. Ia juga akan menggunakan 200 pekerja kontrak tetap dan 1,000 pekerja secara tidak langsung untuk memberi perkhidmatan kepada kemudahannya.
Chin berkata tindak balas berantai terhadap operasi LAMP adalah berupa peningkatan peluang pekerjaan melalui industri sokongan apabila lebih banyak kedai makan, kontraktor dan perniagaan di sekitar Kawasan Perindustrian Gebeng akan turut mendapat manfaat.
Pengurus kanan perkhidmatan kejuruteraan LAMP, Abdul Rahman Mohamad Ali, berkata beliau gembira kerana diambil bekerja oleh syarikat itu, tetapi terkejut kerana perkara berkaitan keselamatan telah dipolitikkan hingga ke tahap boleh menjejaskan sumber rezeki mereka.
"Kebimbangan mengenai Lynas timbul kerana ia tidak berasaskan fakta. Sebenarnya, Lynas selamat.
"Keluarga menyokong keputusan saya untuk bekerja dengan Lynas. Walaupun ramai orang di luar sana begitu bimbang, tapi saya yakin kami tahu apa yang kami buat di sini dan langkah keselamatan bertaraf antarabangsa sentiasa diamalkan.
"Saya amat berharap Lynas boleh memulakan operasinya agar kebimbangan keluarga saya akan lenyap dan tiga anak saya boleh meneruskan pelajaran mereka di sini. Sekiranya tidak boleh memulakan operasinya, ramai yang akan hilang pekerjaan dan pelabur pula akan takut untuk datang ke Malaysia. Industri kita tidak akan berkembang," katanya.
Isteri beliau, Rozita Md Yassin pula berkata pada mulanya dia bimbang tentang keselamatan suaminya, tetapi setelah memahami dengan lebih jelas tentang industri nadir bumi, dia dapati semua kebimbangan yang ditimbulkan pihak tertentu, adalah tidak berasas.
"Saya harap semua pihak yang mencipta khabar angin bahawa loji ini tidak selamat, akan berhenti daripada menyebar perkara tidak benar mengenainya. Perbuatan ini menjejaskan kehidupan ramai orang," katanya.
Sementara itu, juruteknik Azlin Zawawi berkata perkara berkaitan bahaya radiasi sengaja diperbesar-besarkan.
"Seperti di kilang lain, langkah keselamatan juga diamalkan di sini. Keselamatan adalah perkara yang paling dititikberatkan. Saya harap semua pihak yang cuba memburuk-burukkan Lynas, menghentikan perbuatan mereka itu. Sebagai ketua keluarga yang perlu menyara seorang isteri dan seorang anak, kenapakah saya sanggup membahayakan diri sendiri sekiranya loji ini boleh memberi mudarat?
"Lynas adalah loji nadir bumi pertama di Malaysia. Ia membawa masuk teknologi baharu dan oleh itu, patut diberi peluang sebelum mengutuknya. Jika ia berjaya, banyak industri lain yang mempunyai kaitan dengan nadir bumi akan dibuka. Mungkin, Malaysia boleh menjadi antara pengeluar utama nadir bumi," kata Azlin.
Zaini Sabidin, yang bertugas sebagai penguasa di loji berkenaan, berkata kebimbangan masyarakat di Kuantan tidak mempunyai asas.
"Saya dah melawat loji nadir bumi di China, Lynas lebih moden serta selamat kerana ia memiliki dasar keselamatan dan kejuruteraan yang lebih baik. Isu keselamatan sengaja dimainkan demi kepentingan pihak tertentu, walaupun ia boleh menjejaskan periuk nasi sekurang-kurangnya 1,000 keluarga.
"Lynas sentiasa telus tentang keselamatannya. Ia juga menyediakan perkhidmatan pemantauan 24 jam yang terbuka kepada orang ramai untuk memeriksa kemungkinan wujudnya bahan cemar," kata beliau.
Datuk Dr Looi Hoong Wah, seorang penduduk Kuantan dan pakar perubatan, yang meminati bidang perubatan nuklear dan fizik zarah sejak 40 tahun lepas ketika menuntut dalam jurusan perubatan di Manchester, berkata sebenarnya, perkara yang berbahaya ialah mainan politik sesetengah pihak tentang Lynas.
Sambil menjelaskan bahawa sinar radioaktif di LAMP adalah hampir sifar, beliau berkata:"Mereka patut membuka mata dan sedar bahawa loji ini memberi manfaat besar kepada seluruh negara. Orang boleh hilang pekerjaan. Jangan rosakkan periuk nasi mereka. Mungkin anda ada pekerjaan yang baik, tapi janganlah tutup pintu rezeki orang lain. Itu bukan cara untuk menang pilihan raya.
"Semua ini merupakan pekerjaan yang berkualiti untuk orang ramai, terutama dari kawasan kampung. Mereka perlukan pekerjaan untuk memberi makan anak-anak. Sungguh tidak patut jika merosakkan periuk nasi mereka.
"Ada orang meminta kami supaya menghalau Lynas. Siapa pula yang hendak memberi makan anak-anak 1,750 orang ini? Mereka ada keluarga dan oleh itu mereka memerlukan pekerjaan. Di Malaysia tidak ada jaminan sosial khas. Pekerjaan yang baik sukar didapati," kata Dr Looi.
Mengenai radiasi, beliau berkata tidak terdapat risiko pendedahan kepada radiasi di Lynas. Dalam keadaan lebih buruk, kata beliau, "radiasi yang anda terima daripada sebuah rumah kayu yang menjadi tempat tinggal anda, adalah hampir 100 kali lebih banyak radioaktifnya berbanding tinggal berhampiran Lynas."
"Tinggal di dalam rumah batu mendedahkan anda kepada radioaktif 200 kali lebih banyak daripada tinggal di dalam khemah berhampiran Lynas," jelas Dr Looi tentang ciri-ciri keselamatan loji itu serta unsur radioaktif yang terdapat pada kayu dan bata. Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706867
Harap FAKTA seperti ini disebarkan lebih luas supaya lebih ramai rakyat tidak ditipu oleh AUTA pembangkang. *Sebar-sebarkan.
Sampai sekarang Harakah tak berani keluarkan kenyataan ini walaupun ianya dikeluarkan semalam.
KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS
1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.
4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
5. Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.
7. Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.
8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.
9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
10. MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?
11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.
12. Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13). Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia.
Lagi terang lagi bersuluh, PAS sanggup memutar belitkan kenyataan pemimpin BN untuk mendapat laba politik. Persoalannya, kenapa bila pemimpin DAP bersuara, lain pula pelaporan berita dalam Harakah? *Anda tahu jawapannya. Terima kasih kepada Dr. MiM sebagai blogger pertama yang melaporkan kenyataan ini.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berdasarkan kepada pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam, ianya seharusnya diberikan perhatian.
Ini adalah kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH SWT melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud 'Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam'.
Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.
Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli.
Demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.
Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan,Terengganu dan Kedah yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.
Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan 'Ikhwanul Muslimin', di Pakistan 'Jamiatul Islamiah', di Indonesia 'Mahsumi' yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia).
Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan "PAS itu Islam, Islam itu PAS" serta menuduh kafir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.
Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS pernah dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan November 1994. Tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam.
Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang dikatakan mahu membuangkan Islam.
Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud ' Tegakkanlah agama (ISLAM) jangan (haram) berpecah belah padanya'.
Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras. Ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum mengetahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.
Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi dan bukannya hasil perjuangan PAS. Walaupun pembangunan dan kemajuan telah dilaksankan, terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini. Itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.
Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu. Umpamanya ketika penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.
Tuduhan dan fitnah itu sudah tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank tersebut sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya. Demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain. Yang menariknya pada hari ini, merekalah diantara pelanggan utama bank tersebut!
Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka. Sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam. Hanya golongan orang yang melampau dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.
Tuduhan PAS terhadap UMNO hendak menghapuskan Islam, nampaknya telah mempengaruhi emosi seorang tokoh agama yang begitu dihormati sehingga tokoh itu sanggup mengatakan orang-orang UMNO beku, jumud dan sempit malah lebih daripada itu mensifatkan mereka lebih teruk daripada orang kafir. Sebagai seorang Ketua Ulamak PAS, kata-kata itu menampakkan beliau tidak begitu sabar dalam menangani masalah umat Islam.
Yang pasti PAS itu bukan Islam. PAS hanyalah sebuah parti politik yang akan bertanding pada setiap kali pilihanraya untuk mendapatkan kuasa! Sudah tidak ada lagi agenda untuk menegakkan negara Islam bagi PAS. Yang ada hanyalah untuk menegakkan negara berkebajikan yang telah dipelupori oleh UMNO lebih setengan abad yang lalu.Wallahuallam.
Penduduk PJS 1 membuat bantahan kepada kerajaan negeri Selangor apabila perjanjian pembinaan rumah Blok E PJS1 yang dijanjikan cuba dilengah-lengahkan di hadapan rumah panjang PJS1, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kira-kira 50 pembeli rumah Blok E PJS1 dan anggota keluarga mereka berkumpul secara aman di hadapan rumah panjang di sini bagi mendesak kerajaan negeri segera menunaikan janji meneruskan pembinaan kediaman mereka yang terbengkalai sejak sembilan tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS1, M. Sugumaran berkata, kerajaan negeri seolah-olah sengaja bermain tarik tali dengan pembeli walaupun sebelum ini berjanji untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.
"Sekiranya kerajaan negeri masih cuba melengah-lengahkan perkara ini, kami tidak teragak-agak untuk berkhemah di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dalam masa terdekat ini," katanya ketika mengetuai bantahan aman di sini, baru-baru ini.
Menurut M. Sugumaran, pihaknya telah pun menghantar surat kepada Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir. Iskandar Abdul Samad pada 7 Ogos lalu dan menyatakan 26 perkara yang perlu dijelaskan oleh pihak kerajaan termasuk isu pembinaan blok, penyelenggaraan rumah panjang, faedah bank dan sebagainya.
Surat itu telah dijawab pada 20 September tetapi sehingga kini masih belum ada hitam putih mengenai semua 26 perkara yang dibangkitkan itu. Menurutnya, pembeli tersebut merupakan bekas peneroka bandar dari kampung berhampiran.
Antaranya, Kampung Muniandy, Kampung Petaling, Kampung Pinang, Kampung Tandang, Kampung Medan Sel, Kampung Semarak, Kampung Seri Manja, Kampung Jaya Murni dan Kampung Benggali di sekitar Jalan Klang Lama.
Kampung itu terlibat dalam pembangunan semula dan seramai 276 keluarga telah menerima tawaran rumah kos rendah Blok E PJS1 pada 2003 dan 262 telah menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju Peter Brickworks.
Namun begitu, kegagalan pemaju menyiapkan rumah yang dijanjikan telah menyebabkan pembeli terpaksa menanggung derita termasuk bebanan hutang dengan pihak bank.
Sementara itu, seorang lagi pembeli, Samsudin Tasrio, 47, yang kini tinggal sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang turut melahirkan rasa kecewa kerana rumah mereka masih gagal disiapkan sehingga ke hari ini.
"Kami bukan sahaja terpaksa membayar sewa rumah yang diduduki sekarang, dalam masa sama perlu membayar ansuran rumah yang terbengkalai setiap bulan," katanya.
Dalam pada itu, A. Pusparani, 47, berkata, dia berasa kesal dengan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana masih gagal menunaikan apa yang dijanjikan.
Tahun lepas rumah panjang kami telah dirobohkan. Saya sudah pun berjumpa dengan Iskandar dan berjanji tidak akan merobohkan rumah saya.
"Tetapi janji itu tidak ditepati dan rumah saya tetap dirobohkan tanpa sempat menyelamatkan barang-barang dirumah," jelasnya.
Kegagalan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapatkan persetujuan sekutunya iaitu DAP dan Pas menyebabkan mereka sehingga kini gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan sejak Pilihan Raya Umum 2008.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan itu membuktikan pakatan pembangkang yang wujud tanpa sebarang perjanjian rasmi dan bertulis tidak akan mampu mentadbir negara dengan berkesan.
Katanya, ketidakmampuan pembangkang yang diketuai Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu disebabkan para pemimpin setiap parti berkenaan bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya memegang portfolio penting dalam kerajaan.
"Kita harus ingat, pakatan pembangkang bukan coalition, tetapi perjanjian secara tak bertulis untuk lawan Barisan Nasional (BN), mereka tiada perancangan masa depan, sebab itu sukar untuk pilih pemimpin kerana masing-masing mahu jadi pemimpin.
"Anwar ingat beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar, DAP pun teringin juga," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan bertajuk Cerminan Pengalaman Pembangunan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang berada selama tiga hari di sini sejak semalam dijemput khas kerajaan Sudan bagi menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Sudan (Masutif) yang julung kali dianjurkan serta menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat-syarikat dari kedua-dua negara ditandatangani.
Dr. Mahathir mengulas keengganan Anwar mengumumkan senarai Kabinet bayangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun berjanji berbuat demikian sejak 2008.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga mencabar Anwar menyenaraikan senarai Kabinet bayangan tersebut dan kegagalan berbuat demikian membuktikan mereka tidak mampu mentadbir negara.
Dr. Mahathir menambah, rakyat perlu memandang serius kegagalan pembangkang tersebut kerana pembangkang jelas tidak mempunyai perancangan membangunkan negara. Menurut beliau, pembangkang juga gagal menjaga kepentingan rakyat dan keadaan itu berbeza dengan kemantapan kerjasama dalam BN yang telah memerintah selama 55 tahun.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah mengadakan pertemuan ilmu di antara Presiden MCA Chua Soi Lek dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bagi memberi penjelasan yang terperinci berhubung isu Hudud barulah Chua Soi Lek faham Hudud yang sebenarnya. Link
Selama ini Chua Soi Lek telah dipesongkan dengan fahaman Hudud Versi PAS yang ternyata membinggungkan dan menakutkan beliau dan kaum Cina dalam negara ini.
Maka tidak hairan lah jika Karpal Singh juga berterusan terpesong dengan fahaman Hudud Versi PAS sehingga sanggup nyawa beliau khojol namun menerima hudud tidak sama sekali. Inilah bukti kegagalan PAS untuk berdakwah kepada rakan dalam pakatan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya diseru meneruskan usaha ini dengan mengambil initiatif selanjutnya untuk mengadakan pula pertemuan ilmu dengan Karpal Singh dan anak beranak bagi menjelaskan sejelas-jelasnya Hudud yang sebenar supaya Karpal juga tidak terus terpesong dan sesat.
Usaha dan peranan ulama muda UMNO ini dikira sangat berkesan jika dibandingkan dengan cara PAS yang lebih suka bertindak dengan beremosi untuk berdemonstrasi.
Syabas kepada Ulama Muda!
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Antara yang bakal menjadi mangsa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya ialah bidang pendidikan khususnya bagi anak-anak Melayu.
Secara ringkas kewujudan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil sumbangan besar melalui Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 yang menyusuli Penyata Razak sebelum merdeka pada 1956.
Penyata Razak kemudiannya telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang antara lain menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sekaligus berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.
Ia juga bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu di samping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.
Semua ini adalah dengan objektif untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, bertoleransi, terlatih, liberal dan progresif.
Kemudian bidang pendidikan melalui satu lagi fasa baru apabila Laporan Jemaah Menteri 1979 dibentangkan dengan tujuan utama untuk mengkaji semula matlama-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan bagi memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyrakat yang bersatu berdisiplin dan terlatih.
Pada tahun 1996 Akta Pendidikan digubal yang merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 serta berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan pada 1983 menjadi mencetus kepada penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan terakhir Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2012.
Ia menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara berdasarkan keberhasilan pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.
Dalam semua dasar, program serta perancangan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 55 tahun sejak merdeka, matlamat memperkasakan pendidikan anak-anak Melayu sentiasa menjadi asas yang kukuh di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
Atas dasar pendidikan pro-Melayu inilah berpuluh ribu anak-anak Melayu mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luas negara di atas biasiswa kerajaa.
Ini tidak termasuk ratusan ribu lagi graduan Melayu yang berjaya dihasilkan melalui institusi-institusi awam tempatan.
Institut Teknolgi MARA telah dinaiktaraf kepada universiti dan kampusnya dibina di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang telah membantu puluhan ribu anak-anak Melayu dari kampung, desa dan luar bandar.
Diperingkat sekolah menengah kerajaan telah membina beratus-ratus sekolah sains dan Maktab Rendah Sains MARA berasrama penuh yang juga menyediakan pendidikan kepada jumlah anak-anak Melayu yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Dasar pendidikan pro-Melayu ini bakal terancam dan terhakis angkara seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang cita-cita hidupnya hanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Perbuatan beliau menyambut dengan penuh kemesraan kira-kira 500 ahli pertubuhan pendidikan Cina yang ekstrim yang bernama Dong Zhong di Parlimen pada 28 September lalu dianggap satu pengkhianatan amat besar kepada umat Islam.
Apatah lagi tindakan itu seakan dirancang kira-kira dua minggu setelah pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2035).
Mengapa Anwar sanggup berpeluk dengan pemimpin Dong Zhong yang bersikap ekstrimis dan hanya mementingkan agenda pendidikan Cina tidak susuh untuk dianalisa.
Anwar perlukan sokongan DAP untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri sementara Dong Zhong adalah dahan daripada pokok parti rasis Cina itu.
Ketua Pembangkang itu rela Dong Zhong mempertikaikan Akta Pendidikan 1996 yang mana Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pernah mempertahankan bermati-matian.
Kini Anwar sudah bertukar angin kerana sanggup melayan tuntutan-tuntutan Dong Zhong yang melampaui batas.
Bukankah keterlaluan namanya itu jika Dong Zhong mendesak kerajaan supaya membenarkan mata pelajaran Sejarah berasaskan sejarah China diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)?
Di manakah Anwar meletakkan akal dan otaknya ketika Dong Zhong mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara?
Apakah Anwar kini sanggup anak bangsanya merempat di tanah air sendiri jika Dong Zhong satu hari nanti mampu mencapai hasrat dan cita-citanya yang diperjuangkan sejak puluhan tahun lalu.
Adalah ini satu sifat seorang pemimpin yang bangga digelar Islamik dan kononnya pejuang bangsa?
Dakapan mesra Anwar hanya indikasi kepada satu titik permulaan yang bakal meranapkan agenda pendidikan Melayu ayng dilakukan oleh seorang yang menggelar dirinya reformis dan pejuang rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Utusan Malaysia hari ini telah menyiarkan tajuk seperti di bawah. Di dalamnya menceritakan tentang komen anak Ketua Pembangkang tentang kebebasan beragama yang katanya perlu diberikan kepada semua termasuk anak Melayu kita.
Pandangan seperti ini jika benar seperti yang dilaporkan - adalah sangat bahaya kepada akidah ummah Islam masa hadapan. Ketika gejala sosial masih lagi melanda umat kita, adakah kita mahu membuka pintu untuk mereka memilihh mana-mana agama selepas diberikan Islam sebagai agama dalam kehidupan dan perundangan ?
Baca dan nilaikan bagaimana rupa pemikiran pembangkang yang bukan sahaja kotor cara politik mereka bahkan mengotorkan warisan keagamaan dengan cubaan berbahaya seperti ini.
Jika tidak benar, maka beliau perlu menyaman Malaysiakini yang mengubah kenyataannya !!!
Melayu perlu bebas pilih agama?
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam....
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari
Mat Jahaya
SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.
Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.
Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.
"Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.
"Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.
"Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi," katanya.
Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran.
"Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan," katanya.
Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud.
"Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik," katanya.
Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas.
Jika SUARAM sendiri disebut sebagai pertubuhan walhal hanya sebuah syarikat maka kita sebagai rakyat dapat melihat ada elemen tidak jujur di dalam perkara tersebut.
Adakah ini bermakna Suaram memang mengelak dari dikenakan pengharaman dengan mendaftar sebagai syarikat bukan dengan Pendaftar Pertubuhan ROS ?
Taktik yang sama juga dilakukan Sister in Islam yang juga membawa agenda mengelirukan umat Islam dengan membawa perkara yang tidak disepakati oleh Ulama selain kerap mengkritik agensi Kerajaan dan Agama yang tidak selari pandangan mereka.
Perkara ini wajar dikaji bersama untuk masa depan tanah air kita.
Je suis en attente pour l’autre partie et que cette notion pourrait tourner autour de l’entreprise machines games. Nous allons voir cela avec plus de stress.
Apa yang kita bising sangat apabila anak sulung Anwar pertahankan agar melayu boleh murtad,bukankah ini semua tanda hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.PAS tukang angguk dalam pakatan sudah pasti akan angguk tunduk setuju. Manakala yang berserban dan berjanggut panjang berjubah pasti turut bertakbir sama apatah lagi yang bercakap anak kepada Anugerah Tuhan mereka.
"Rakyat" di negara ini kononnya... diulang sekali lagi..kononnya satu gerakan massa menyokong aspirasi perjuangan haprak pakatan. Di sini kita ada PAS,DAP dan PKR 3 jenglot politik yang semua orang tahu akan menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai.
Saban hari,sejak beberapa tahun para blogger mendedahkan pemikiran Anwarisme begitu bahaya,ini semua dipandang enteng,apa kamu tahu apa itu liberalisme? apa kamu tahu apa itu pluralisme?freedom of speech? hak kebebasan manusia? ini semua elemen yang lebih bahaya daripada komunis.Membunuh akidah dari dalam secara halus...
Apa yang anda nak ...nah..dah dapat..perjuangkan kebebasan beragama.Maka definisi melayu harus dibuang saja kerana melayu itu sudah tidak ada hak pertahankan Islamnya didalam perlembagaan apatah lagi untuk bercakap pertahankan agama sendiri kala takut dituduh sebagai anti kebebasan dan rasis.
Apa hujah anda untuk pertahankan Nurul Izzah dan Anwarisme? Nak harapkan PAS? Nama Allah pun dia gadai apa nak heran...
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.
Forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu,OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.
IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagai sebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH.
Selain Nurul Izzah,panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia,Malik Imtiaz;Ahli Parlimen PAS Parit Buntar,Mujahid Yusof Rawa; Pengerusi PKR Sarawak,Baru Bian; Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura,Dr. Syed Farid Alatas; Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian,Datuk Kenny Ng. Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das.-sumber
Pisau kata " Anwarisme harus dihapuskan.."
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.
SUBANG JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.
Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.
"Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata," katanya ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.
Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam.
Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.
Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.
Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.
"Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
"Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.
"Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi," tegas beliau.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.
Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.
Itu kepercayaan dan keyakinan yang sudah sebati dalam minda sebilangan besar penyokong dan pemimpin PAS di seluruh negara, kecuali di Kedah dan Terengganu.
Jenama tok guru yang dipotretkan pada batang tubuh Nik Aziz itu pun asalnya merupakan idea dan taktikal strategik PAS hasil dari pengamatan terhadap penghormatan besar yang diberikan masyarakat Kelantan kepada para tok guru pondok yang banyak berjasa memperkembangkan Islam.
Realitinya, bagi sebahagian besar masyarakat pondok masa kini kelibat Nik Aziz tidakpun dianggap sebagai seorang tok guru, lebih-lebih lagi sejak umum mengetahui Kerajaan PAS Kelantan lebih banyak membantu dan menyumbang wang ringgit untuk pembinaan berhala tokong yang tingginya jauh mengatasi menara masjid.
Tapi masjid tempat umat Islam beribadat baru hanya satu didirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz, itupun sebahagian besar sumbangan datangnya dari orang ramai.
Sebelum gelaran tok guru surat pekeliling di cop atas dahi Nik Aziz, beliau hanya digelar sebagai ustaz sahaja, malah hingga kini ramai pimpinan PAS Kelantan yang rapat dengannya, apabila berbicara dengan MB Kelantan itu mereka membahasakan diri Nik Aziz dengan panggilan ustaz sahaja.
Hanya bila berdepan dengan khalayak ramai atau di atas pentas ceramah sahaja, gelaran tok guru diguna pakai atas maksud untuk kepentingan politik mengabui mata khalayak.
Kini apabila timbul desakan demi desakan semakin kuat menuntut Nik Aziz mengundurkan diri sama ada sebagai MB Kelantan mahupun sebagai Mursyidul Am PAS, ramai pemimpin PAS melihat senario tersebut sebagai satu ancaman besar terhadap kelangsungan pengaruh PAS.
Lebih-lebih lagi apabila suara desakan tersebut turut membabitkan sesetengah pemimpin PAS sendiri termasuklah pandangan sinis dari ADUN Gaal yang menyarankan supaya Nik Aziz berundur untuk membolehkan generasi muda PAS mengambil alih tampuk kepimpinan parti.
PAS tahu jika suara-suara desakan sedemikian dibiarkan terus berkumandang, buruk kesannya pada prestasi PAS pada masa depan. Maka mahu tidak mahu, sebahagian pemimpin PAS yang lain terutama dari Kelantan terpaksa tampil mempertahankan Nik Aziz.
Sejak seminggu lalu kita dapat lihat berduyun-duyun pemimpin PAS Kelantan terutama sekali yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri tampil dengan pelbagai kenyataan menyokong Nik Aziz termasuklah yang memuja muji 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.
Pada mereka, Nik Aziz tetap masih diperlukan sekalipun tahap kesihatannya sekarang seringkali merencatkan perjalanan urus tadbir negeri dan parti, namun alasan 'ketajaman fikiran' dan 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB serta pemimpin utama PAS dijadikan sandaran untuk membuktikan kemampuan orang tua itu untuk terus menerajui Kelantan dan parti.
Entah celah kangkang mana yang hebatnya orang tua tak sedar diri itu hanya pemimpin PAS yang tahu. Mungkin masing-masing masih mengharapkan keramat air selipar Nik Aziz untuk keberkatan masa depan politik mereka, barangkali ada betulnya.
Apapun, senario ini menjelaskan lagi betapa masih ramai pemimpin PAS dan penyokong mereka tetap utuh berpegang pada doktrin lama bahawa tanpa Nik Aziz bermakna masa depan PAS akan kabur. Dengan kata lain mereka takut sekiranya tanpa Nik Aziz, PAS akan tewas teruk dalam PRU akan datang.
Hakikatnya, bagi kita di pihak UMNO pula, adalah lebih baik Nik Aziz terus kekal ego dengan sikap gila kuasanya, dengan demikian masyarakat umum lebih faham bertapa bernafsunya seorang politikus berlabel tok guru jadi-jadian itu.
p/s;Isi kandungan untuk tajuk diatas akan disiarkan dalam masa yang terdekat..., harap maaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan