Jumaat, 5 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 05 Oct 2012 01:54 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Anwar Ibrahim Ingin Menjemput Peguam Scorpene Ke Malaysia Untuk Burukkan Negara

Posted: 05 Oct 2012 12:42 AM PDT


Anwar Ibrahim belum tamat perjuangannya untuk memburukkan Kerajaan. Ketua Pembangkang berkenaan kini berada di Paris, Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat - satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales, anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene. Hari ini beliau dengan bangganya bergambar dengan salah seorang peguam berkenaan, William Bourdan, dan mengemaskinikan di dalam laman sosial Facebook beliau.

Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene. Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram. Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.

Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang. Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.

Tinderbox - Adakah Idea Sekular Dan Liberal Penulis MJ Akhbar Didokong Oleh Anwar Ibrahim?

Posted: 04 Oct 2012 08:46 PM PDT


Anwar Ibrahim baru-baru ini telah melancarkan kembali buku "Tinderbox - The Past and Future of Pakistan" tulisan MJ Akbar (penulis dan wartawan India). Buku ini sebenarnya telah pun berada di pasaran pada Julai lalu dan telahpun dilancarkan di luar negara pada 11 Januari 2011. Mengapa pelancaran ini berbentuk "soft-launching" di Malaysia diadakan selepas hampir 2 tahun buku berkenaan berada di pasaran dunia oleh Ketua Pembangkang Malaysia?


Apa yang menariknya mengenai buku ini sehinggakan Ketua Pembangkang yang sibuk dengan tugasannya berkempen untuk PRU13, meluangkan masa untuk melancarkan (Anwar Ibrahim mengistilahkan sebagai meluncurkan) buku berkenaan? Banyak tulisan-tulisan di dalam buku ini yang mengambarkan penulisnya MJ Akhbar berpendapat untuk menjadi sebuah negara maju, Pakistan mesti ditadbir secara sekular, liberal dan demokrasi secara barat. Antara petikan dari buku berkenaan adalah:
"Jinnah visualized a Pakistan that had a Muslim majority, but was secular in its practices. He did not comprehend that he had created an opportunity for those committed to an alternative ideology. The most powerful of these ideologues was an extraordinary cleric with exceptional persuasive powers, Maulana Maududi. If Jinnah was the father of Pakistan, Maududi emerged as its godfather." 
"Pakistan can become a stable modern nation, but only if the children of father of Pakistan Ali Jinnah can defeat the ideological heirs of godfather of Pakistan Maulana Maududi (founder of Jamaah Al-Islami)"
Apakah Anwar Ibrahim hendak memberitahu sekutu-sekutunya di dalam PAS bahawa pentadbiran ulama tidak akan berjaya di Malaysia? Apakah komen Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang, apabila Anwar Ibrahim mendokong konsep sekular dan liberal di dalam perjuangannya? Di mana PAS apabila Anwar Ibrahim menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama? Tonton juga dua video yang memuatkan pandangan MJ Akhbar yang mungkin menjadi pegangang Anwar Ibrahim, di sini dan di sini.

tun faisal dot com

Posted: 05 Oct 2012 01:42 PM PDT

tun faisal dot com


Analisis #PRKampus : Tewas 2-18 atau wakili hanya 16% kerusi MPP, Pro-M jangan dabik dada

Posted: 04 Oct 2012 08:30 PM PDT



Bukti #Aspirasimahasiswa Pilihan Pelajar
Published On Wednesday, October 03, 2012 By klxpress-admin. Under: Isu Semasa.   

Pilihan raya kampus untuk sesi 2012 baru selesai pada semalam (2 Oktober 2012) di Universiti Islam Antarabangsa. Dengan peratus turun mengundi sejumlah 69%, turun 6% berbanding 75% pada 25 September 2012. Pengundian semula diadakan semula di UIA berikutan masalah teknikal pada sistem E-Voting.

Gambar rajah di atas adalah analisa penuh 5 tahun keputusan pilihan raya kampus di 20 IPTA. Keputusan semalam menyaksikan penguasaan Aspirasi Mahasiswa di 20 IPTA tidak tergugat dan masih lagi menguasai 18 IPTA awam dengan peratus penguasaan kerusi MPP sejumlah 81.6% daripada 598 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Jumlah penguasaan kerusi mahasiswa pro pembangkang terus merosot teruk sebanyak 10.26% berbanding pilihan raya kampus pada 2011. Faktor utama kenapa kemerosotan ini berlaku adalah kerana tindakan ganas, ektrems dan melampau yang telah dilakukan oleh kumpulan mahasiswa pembangkang dalam beberapa siri demonstrasi di luar kampus bersama parti politik pembangkang.

Mahasiswa mulai menilai siapakah wakil sebenar mereka di kampus. Mereka amat malu mewakilkan undi mereka kepada pihak yang bersama-sama menyokong Jalur Gemilang ditukarkan, mahasiswa malu untuk berpihak sama menyokong demonstran yang menunjuk punggung di tempat awam, mahasiswa menolak terus tindakan ganas merosakkan harta benda awam serta mahasiswa tidak mahu mereka ditipu oleh perwakilan yang tidak cemerlang dalam bidang akademik.

Apakah keputusan pilihan raya kampus ini memberikan satu indikator sokongan anak muda kepada mana-mana parti politik dalam PRU13? Ya, ianya relevan dengan PRU, sebagaimana apa yang berlaku dalam pilihan raya kampus pada 1999 dan 2004. Malah ada kalangan bekas pemimpin pelajar pro pembangkang turut sama menjadi calon untuk parti pembangkang dalam pilihan raya umum.

Untuk PRU13, dijangkakan ramai lagi muka muka baru akan tampil untuk menjadi calon bagi parti pembangkang. Sebilangan besar daripada calon pembangkang dalam PRU12 pun daripada bekas pemimpin pelajar dan aktivis mereka di kampus dahulu. Seni dalam pilihan raya kampus amat berlainan dengan PRU. Namun usah diperkecilkan pengalaman dan bakat bekas pemimpin pelajar, mereka boleh mencipta kejutan jika tidak diberi perhatian.

Tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang menang. Teruskan usaha untuk mewakili pelajar, menjaga kebajikan pelajar dan meneruskan kecemerlangan di kampus. Menjadi Majlis Perwakilan Pelajar hanyalah setahun, tetapi pengalaman selepas itu adalah untuk selama-lamanya. Teruskan berjuang.

Sumber : AnginPerubahan

#PRKampus: Nafi kewujudan pro-M dan pro-#AspirasiMahasiswa, denial atau bebalisme?

Posted: 04 Oct 2012 02:27 PM PDT


Menafikan kewujudan Pro-M dan Pro-Aspirasi Mahasiswa di IPTA adalah sama ada suatu tindakan denial atau memang bukti Naib Canselor / Rektor dan Timbalan Naib Canselor (HEP) / Rektor (HEP) terlalu jauh daripada denyut nadi mahasiswa dan tidak tahu tentang realiti yang berlaku di dalam kampus. Jika yang pertama benar, maka kita ingin nasihatkan agar mereka tidak bertindak memperbodohkan masyarakat. Jika yang kedua itu benar, maka memang wajar untuk mereka melepaskan jawatan masing-masing kerana mereka tidak layak berada di sana.

#NCUKM : DI SEBALIK KECEMERLANGAN YANG TERSEMBUNYI KEBOBROKAN HITAM

Written By mymahasiswa on Thursday, 4 October 2012 | 21:43



Oleh: GreenHood

Sekali lagi saya dijemput untuk merakamkan buah fikiran saya dalam laman portal My Mahasiswa ini. Terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi.

Keputusan penuh telah pun diketahui.

Aspirasi Mahasiswa mempelopori pilihanraya kampus (PRK) 2012 ini dengan jumlah universiti yang berjaya ditawannya adalah 18.

Tahniah Aspirasi Mahasiswa

Ini bermakna hanya dua universiti yang dipegang oleh pro-M yang cenderung membawa ideologi pakatan pembangkang iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jika dilihat pada tahun sebelumnya, Aspirasi Mahasiswa gagal mendapat tempat di UKM, UIAM serta Universiti Malaya (UM), sebaliknya pro-M menerima mandat dari mahasiswa ktiga-tiga universiti tersebut.

Namun, dengan kejayaan Aspirasi Mahasiswa mengambil semula UM tahun ini, peningkatan Aspirasi serta 'level of confidence' mahasiswa terhadap mereka tidak dapat lagi dinafikan.

Saya ketepikan dahulu soal UIAM kerana sejujurnya saya tiada pengetahuan mendalam mengenainya.

Ada beberapa faktor kenapa saya berminat memperkatakan soal UKM.

Pertama, saya sendiri merupakan alumni UKM.



Mengenali Tan Sri Dato Wira Prof Dr Sharifah Hapsah

Kedua, saya tidak mengenali secara rapat naib canselornya, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Wira Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin. Namun, sebelum beliau menjadi naib canselor, saya pernah berkesempatan untuk duduk bersama serta berbual dengannya.

Bukan sekali dua, tetapi lebih dari itu.

Saya masih ingat sewaktu portfolio Menteri Pengajian Tinggi Malaysia diwujudkan, menteri pertamanya adalah YB (dahulu) Dato' Sri Haji Dr Shafie Haji Salleh.

Sebagai 'sahabat' kepada Shafie Salleh (bahkan saya turut pernah menjadi wakil calon atau ejen beliau sewaktu bertanding di kerusi P.122 Kuala Langat), saya pernah dijemput dalam beberapa majlis yang mempertemukan saya dengan Sharifah Hapsah.

Mungkin kerana sifat semula jadi saya yang tidak banyak bercakap, maka hanya perkara-perkara tertentu dan kosong menjadi topik bual-bicara.

Saya kira Sharifah sendiri pasti telah pun lupa akan muka dan fizikal saya sekiranya bertemu kembali saat ini.

Dari pertemuan dalam beberapa majlis dan dari pengamatan saya terhadap beliau, Sharifah pada waktu tersebut merupakan seorang yang 'ambitious'. Apatah lagi dengan jawatannya selaku Pengarah Bahagian Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, kerapatan beliau terhadap Shafie Salleh tidak dapat dinafikan.

Peranan Shafie Salleh dalam menonjolkan Sharifah bagi kedudukan yang dijawatnya kini bukanlah satu yang 'coincident'.

Dan kenaikkan karier beliau seterusnya termasuk dalam soal dasar pendidikan seperti program Permata Negara yang menjadi 'baby project' kepada YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia adalah suatu yang tidak mengejutkan walaupun Shafie Salleh kemudiannya tidak lagi menduduki kerusi menteri pengajian tinggi.



Bijak Menyesuaikan Diri

Satu perkara yang menarik tentang Sharifah Hapsah adalah beliau benar merupakan seorang yang 'genius'.

Beliau komited dalam melakukan tugasan yang diberikan di samping pandai menarik perhatian pihak atasan.

Ini tidak mustahil kerana sebagai pegawai atasan yang pernah duduk di dalam kementerian seperti kementerian pengajian tinggi, beliau pasti mahir akan seluk beluk politik ofis.

Justeru, jika beliau memegang peranan bukan hanya sebagai naib canselor bahkan turut memegang jawatan-jawatan lain seperti Pengerusi Projek Agenda Kritikal Governans dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, atau jawatan-jawatan lain seperti ahli panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL), ahli majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara (PERMATA), ahli lembaga Pemegang Amanah Yayasan Permata, ahli majlis Penasihat Wanita Negara (MPWN) atau ahli lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri. ianya kerana kepandaian beliau dalam menempatkan dirinya bagi menjawat jawatan yang dipegangnya kini.

Ini hanyalah sebahagian dari jawatan yang dipegangnya dan belum lagi jawatan lain di peringkat antarabangsa mahu pun badan-badan bukan politik (NGO) dalam negara.

Penghargaan Dalam Menaikkan Taraf Kualiti UKM

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, Prof Dr Sharifah Hapsah terbukti adalah seorang yang terkategori sebagai bijak pandai atau 'genius'.

Sepanjang karier beliau sebagai naib canselor, UKM kini menduduki tangga ke 4 dari keseluruhan universiti dalam negara dan menduduki tangga ke 523 di peringkat antarabangsa; ianya tidak lain dan tidak bukan kerana pengurusan serta tahap kualiti yang dibawa olehnya.

Bagi peringkat ini, saya secara peribadi meletakkan setinggi penghargaan kepada beliau.

Beliau mampu melakukan tugas yang diamanahkan kepadanya. Sebab itu UKM menyusur laju mempertingkatkan nama dan kedudukannya sebagai salah satu universiti yang dihormati.

Sharifah Hapsah Mampu 'Survive' Di Bawah 3 Menteri KPT dan 2 Perdana Menteri

Saya berani katakan bahawa Prof Dr Sharifah amat bijak dalam melakukan tugasannya.

Kerana itulah beliau sentiasa mendapat mandat dan amanah dalam menduduki jawatan tertentu yang penting dalam membantu kerajaan mewujudkan dasar serta aplikasi dasar tertentu.

Dan tidak hairanlah, dengan kebijaksanaannya itu membuatkan beliau tidak kekok menduduki jawatan sebagai naib canselor di UKM bermula dari zaman YB Dato Sri Mustapa Mohamed hinggalah YB Dato Sri Mohamed Khaled Nordin .

Dan lebih dari itu, Prof Dr Sharifah Hapsah turut dilihat begitu mudah diterima dalam era pentadbiran mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri terkini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahasiswa UKM Adalah 'Agenda Utama'

Di sebalik 'track-record' Prof Dr Sharifah yang cemerlang di atas, tersembunyi keburukan yang menggusarkan pemerhati politik terutama yang cenderung kepada Barisan Nasional (BN).

Dalam tinjauan saya baru-baru ini terutama dalam memerhatikan perjalanan PRK 2012, UKM telah dianggap sebagai salah satu kubu kuat mahasiswa yang menggerakkan ideologi pembangkang di bawah nama Gerakan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Gerak-kerja GMUKM yang amat kemas dan teratur adalah dipercayai hasil didikan dan asuhan pemimpin pembangkang. Ini telah saya nyatakan dalam artikel saya sebelum ini melihat dari sudut geografi kedudukan UKM di Bandar Baru Bangi yang terletak di bawah kawalan-selia ADUN PAS, iaitu YB Dr. Shafie Abu Bakar.

Bahkan, dari sudut geo-politiknya, UKM turut pernah melahirkan pensyarah yang cenderung kepada pembangkang seterusnya menjadi individu berpengaruh dalam parti politik pembangkang seperti mantan Timbalan Presiden PAS, Haji Nasharuddin Mat Isa serta Dato' Dr Harun Din (ironinya, saya turut pernah diajar oleh Nasharuddin sewaktu beliau menjadi pensyarah di UKM).

Perkembangan politik mahasiswa UKM yang mula menjadi 'kilang' pengeluaran soldadu pakatan pembangkang berlaku hanya di bawah hidung Prof Dr Sharifah Hapsah. Bukankah ini amat mengejutkan sekali?



Sharifah Hapsah Terlalu Sibuk Untuk 'Menyentuh' Mahasiswa

Beberapa pemerhati politik cenderung mengatakan bahawa 'keburukan tersembunyi' yang berlaku di bawah batang hidung Sharifah Hapsah ini kerana kesibukan melampau beliau menjawat jawatan yang dianugerahkan oleh 'kerajaan BN' kepadanya.

Kerana kesebukan dalam menjalankan tugas di luar skopnya sebagai naib canselor, antara rintihan yang turut didengar bukan sahaja mengenai 'lubuk' yang dibina oleh pembangkang dalam mengkaderkan mahasiswa, bahkan turut dapat didengar dari mahasiswa sendiri adalah kepayahan dalam mendapatkan sentuhan peribadi beliau.

Mahasiswa ada yang menyatakan amat memerlukan 'ketua keluarga' yang dapat mencorakkan bukan sahaja tahap pendidikan mereka, bahkan ibarat seorang anak, mahasiswa turut memerlukan dorongan dan sentuhan kasih sayang dalam memahami permasalahan remeh anak muda ini.

Persoalan-persoalan tentang dasar negara dan kebaikannya terhadap mereka (mahasiswa) tidak lagi menjadi agenda naib canselor ini.

Acapkali beliau meletakkan beban memahami dasar negara kembali kepada mahasiswa untuk menghadapinya.

Walau pun beliau punyai dua orang timbalan yang menjaga soal akademi serta hal ehwal pelajar itu sendiri, namun jurang yang ketara di antara naib canselor dan timbalan-timbalan naib canselor nya begitu jelas kelihatan.

Para timbalannya tidak berani melakukan apa-apa tanpa mendapat restu dari ketuanya dan ini amat mudah difahami melihat status naib canselor itu sendiri yang punyai hubungan amat kukuh dan rapat dengan nama-nama besar negara.



UKM Dan Nafas Baru

Sharifah Hapsah sewajarnya sedar, walau sesibuk mana pun beliau terhadap tugasan di lapangan luar, UKM adalah 'rumah' kepada dirinya yang sarat dengan 'anak-anak' di bawah tanggung jawabnya selaku 'ketua keluarga'.

Jika ini pun gagal dilakukannya, atau mungkin sahaja bagi dirinya ia suatu perkara yang remeh; adalah wajar beliau mengundurkan diri selaku naib canselor dan seterusnya memberi peluang kepada tenaga baru yang dapat memberikan tumpuan 120% kepada permasalahan-permasalahan di atas.

PRK 2012 adalaj imej beliau dan kerajaan BN. Jika benar beliau prihatin, PRK UKM 2012 yang baru lalu tempoh hari pasti menjadi keutamaan beliau dan bukannya berada di kotaraya London sepanjang tempoh PRK tersebut berlangsung!


(penulis adalah jemputan dan merupakan pengarang laman portal www.kritis-online.com)


Apa Yang Tersirat

Posted: 05 Oct 2012 01:31 PM PDT

Apa Yang Tersirat


ANAK bukan pertubuhan sah

Posted: 05 Oct 2012 08:35 AM PDT

APA LAGI yang mahu dibebatkan. ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) yang aktif sejak tahun 2007 adalah pertubuhan tidak sah atau pertubuhan haram.

Lojik akal telah jelas, apa sahaja pandangan atau perbuatan sesebuah Pertubuhan Haram, tidak boleh digunapakai, kerana pandangan itu hanya pandangan palsu dan tiada asas.

Ambillah iktibar, mereka yang memimpin pertubuhan haram, adalah menimpu dirinya sendiri dan ahli-ahli yang terpengaruh menyertainya.

Kebetulan individu yang memimpin Anak itu adalah pemimpin PAS. Pas kononya parti berasaskan agama-punya pula pemimpin yang menipu dan tidak jujur.

Jangan menghalalkan cara kerana untuk memenuhi kepentingan peribadi.

SPRM Siasat Kenduri mega anak Ali Rustam

Posted: 04 Oct 2012 10:51 PM PDT

SPRM akhirnya bertindak menyiasat kenduri mega majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, ekoran laporan pihak Pembangkang berkaitan majlis itu.

Pembangkang membuat laporan ekoran perbelanjaan majlis itu yang berjumlah RM600,000 sesuai dengan pengakuan Ketua Menteri Melaka itu.

Majlis kenduri yang berlangsung minggu lalu di Melaka dihadiri kira-kira 130,000 tetamu sehingga direkodkan ke dalam Malaysian Book Record.

Pihak pembangkang mahu SPRM menyiasat kos majlis itu, kerana jumlah sebanyak RM600,000 diluar kemampuan seorang Ketua Menteri.

Pembangkang juga mendakwa, bahawa terdapat salahgunakuasa dalam penganjuran majlis itu, kerana mereka mendakwa bahawa agensi kerajaan terlibat sama sebagai penyaja, dan kos ditanggung oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka itu berkata, majlis kenduri anaknya yang dihadiri ratusan ribu itu, hanya atas sebab sokongan rakyat berbagai lapisan terhadap beliau. Pembangkang menurut beliau cemburu kerana melihat sambutan rakyat yang begitu ramai.

yeopPERAK

Posted: 05 Oct 2012 01:14 PM PDT

yeopPERAK


Adakah aku lelaki sejati

Posted: 04 Oct 2012 07:17 PM PDT



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang bidang, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya¦

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran¦

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan¦



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca¦


Sabar itu iman¦
Duit bukan kawan¦
Dunia hanya pinjaman¦
Mati tak berteman¦

THE FLYING KICK

Posted: 05 Oct 2012 01:07 PM PDT

DIMENSI

Posted: 05 Oct 2012 12:03 PM PDT

DIMENSI


Omegay: Din Puduraya temper kerajaan bermati2an bantu rakyat kerana PR tipu rakyat >XD

Posted: 04 Oct 2012 05:25 PM PDT


vidz ehsan dari bro pisau.net


kehkehkehkeh kalau bley mana2 ahli pasrael yang dah kutip duit durian runtuh sila pulangkan semula dan menjadi tugas din puduraya memastikan ahli2 pasrael yang 'terrrrr'ambik kasi balik! >XD

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Oct 2012 11:16 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Syarikat kroni 5 tahun tempoh bayar tapi BN hanya 30 hari !!

Posted: 05 Oct 2012 04:09 AM PDT




Kerajaan DAP terutama Guan Eng sejak dari awal lagi  memang tak  mahu bina rumah PPR di tapak tanah Taman Manggis . Itu yang mereka kenakan pelbagai syarat yang tak munasabah sama sekali dalam proses penjualan tanah ini .

Kalau syarikat kroni seperti Ivory boleh pulak  diberi tempoh 5 tahun bagi menjelaskan baki bayaran di Bayan Mutiara , tapi yang BN nak bina rumah PPR untuk rakyat miskin dikehendaki bayar dalam masa 30 hari ,.

Memang angkuh & sombong betul tokong DAP ini ... Dia buat tanah kerajaan negeri ini macam tanah bapak dia punya  ..suka hati bikin syarat  yang tak masuk akal .

Macam ini ka open tender ala tokong CAT ?? Kalau pembeli itu bukan disukainya , akan dikenakan syarat macam-macam ...


Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak ikhlas dalam penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis di sini apabila mensyaratkan bayaran penuh lebih RM22 juta bagi tanah itu perlu dibayar dalam tempoh 30 hari. 

 Ketua Pemudanya Oh Tong Keong berkata BN negeri telah menerima surat daripada pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam yang mensyaratkan jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh itu, urusan pemberimilikan tanah tidak dapat dijalankan.

 Turut dinyatakan dalam surat itu tanah di Taman Manggis hanya untuk pembinaan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengikut kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, katanya.

 Syarat yang dikemukakan oleh pejabat ketua menteri amat tidak munasabah kerana ini melibatkan pembelian tanah yang memerlukan perbincangan untuk terma dan syarat serta perjanjian jual beli, katanya di sini hari ini.

 "Kami rasa sedih dan kecewa dengan syarat yang ditetapkan dan diberi hanya 30 hari untuk selesaikan baki bayaran iaitu RM22,183,227. Ini bukan cara yang betul. 

 "Kenapa (sebelum ini) kerajaan negeri boleh menjual tanah itu kepada syarikat swasta dan memberi mereka tempoh lima tahun untuk menjelaskan baki bayaran dan BN hanya diberi 30 hari?," tegasnya. 

 Pada Rabu lepas, BN negeri telah membayar "wang kesungguhan" RM224,073 atau satu peratus daripada harga penuh RM22,407,300 dalam bentuk tunai kepada kerajaan negeri sebagai tanda ikhlas untuk membeli tanah itu. 

 Oh berkata Pemuda BN turut ragu dengan kenyataan Lim sebelum ini yang menyatakan tanah di Taman Manggis tidak sesuai untuk pembangunan PPR kerana saiznya yang kecil. "

Tetapi dalam surat itu jelas menyatakan penjualan tanah itu tertakluk kepada syarat hanya untuk pembinaan PPR. Ini jelas mencerminkan ketidakikhlasan kerajaan negeri untuk menjual tanah pada BN," katanya.

 Oh berkata peguam yang ditugaskan untuk proses pembelian tanah itu telah menghantar surat rasmi kepada pejabat ketua menteri pagi ini bagi memulakan proses perjanjian jual beli kerana pihaknya langsung tidak diberikan peluang untuk berbincang terma dan syarat jual beli.

Guan Eng patut belajar semula mengira dengan betul - Ismail Sabri

Posted: 04 Oct 2012 11:39 PM PDT



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa projek pembinaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara pada kos RM386 juta adalah sesuatu yang keterlaluan. Katanya, peruntukan untuk membina kedai tersebut tidak terhad kepada sekadar membina kedai semata-mata.

 Sebaliknya terdapat pelbagai lagi kos yang terlibat seperti kos barangan, kos pengangkutan yang kesemuanya ini melibatkan wang, ujar beliau.

 "Oleh yang demikian, seseorang tidak wajar membuat andaian yang kos itu pergi keseluruhannya untuk membina atau mewujudkan kedai semata-mata.

 "Jika dikira betul-betul, kos untuk mewujudkan kedai sahaja akan melibatkan wang sebanyak RM1.5 juta sementara yang lainnya pergi kepada lain-lain perbelanjaan," katanya kepada para pemberita selepas melancarkan Program Bengkel Modenisasi Automotif (Atom) di sini pada Khamis.

 Beliau turut menyindir Lim dengan berkata, setiausaha agung DAP itu patut belajar mengira dengan betul supaya lain kali beliau mendapat fakta yang betul. Lim sebelum ini mendakwa peruntukan untuk projek
KR1M sepertimana yang diumumkan pada Bajet 2013 Jumaat lalu adalah agak keterlaluan dengan setiap satu kedai melibatkan kos sebanyak RM6.7 juta sedangkan pada perkiraannya kos setiap kedai sepatutnya tidak melebihi RM470,000.

 Lim mendakwa, peruntukkan tersebut akhirnya masuk ke kantung kontraktor yang dianugerahkan projek mengendalikan kedai tersebut.

 Di SUBANG JAYA, Mydin Mohamed Holdings Bhd berkata, sesiapa sahaja boleh menjalankan operasi kedai KR1M. Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin menyangkal dakwaan bahawa syarikat beliau memonopolikan francais KR1M. Ameer berkata, sekurang-kurangnya empat kedai KR1M dikendalikan oleh usahawan lain, dan beberapa lokasi lagi menjelang akhir tahun.

 "Tiada monopoli oleh Mydin seperti yang didakwa oleh ahli politik tertentu," kata Ameer pada sidang media di ibu pejabat Mydin di sini pada Khamis.

 "Jika usahawan lain mahu mengambil-alih mana-mana kedai KR1M yang dikendalikan oleh kami, mereka dialu-alukan berbuat demikian." Beliau berkata, Mydin hanya memudahkan bantuan kepada kerajaan untuk mewujudkan KR1M, sambil menambah bahawa ia hanya memperoleh margin keuntungan 1 peratus hingga 2 peratus daripada KR1M.

10 pegawai kerajaan disogok jadi dalang SUARAM !

Posted: 04 Oct 2012 06:00 PM PDT




Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
"Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan  Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.
"Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.


Komen GPB


Pihak kerajaan harus  bertindak menyiasat dakwaan JMM ini . Heret talibarut SUARAM ini ke muka pengadilan kerana mendedahkan rahsia kerajaan terutaman kepada NGO yang mendapat dana asing ini adalah kesalahan besar .

Anwar jumpa peguam di Paris sampai skrip baru isu Scorpene !

Posted: 04 Oct 2012 05:00 PM PDT



Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut. Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal 'komisyen' yang terlibat dalam urusniaga itu.

 Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar. Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?

 Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri 'wang komisyen' bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?

 Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki? Jika benar, layakkah beliau? Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut? Sebagai musuh? Sebagai rakan subahat? Sebagai pasangan intim?

 Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?

 Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.

 Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan. Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?

 Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai 'skandal scorpene' ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini. Maka, pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.

 Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan 'mencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut'.

 Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini. Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya?

 Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?

 Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua 'kemalangan langgar-lari' berasingan melibatkan kematian isteri seorang Dato' yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.

 Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang 'tiada kena mengena' dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu 1. 'semakin banyak persoalan' atau mungkin juga sebenarnya adalah 2. 'sebuah jawapan'.

 Beruang Biru

Imigresen tak keluarkan pas pekerja asing di rumah urut & pusat hiburan !

Posted: 04 Oct 2012 12:00 PM PDT



 Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk pekerja asing di pusat hiburan termasuk rumah urut melainkan pekerja dalam kategori spa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini, mengikut rekod Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 148 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah dikeluarkan kepada pekerja asing dalam kategori spa melibatkan 12 majikan antara Januari hingga Ogos lepas.

 Katanya, sebanyak 191 serbuan dijalankan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan 1,150 tangkapan atas kesalahan menyalahgunakan pas.

 Kes kesalahan menyalahgunakan pas membabitkan Pas Lawatan Sosial ialah sebanyak 1,324 pada tahun lepas dan 1,038 kes pada tahun ini setakat ini, katanya kepada soalan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang bertanya jumlah serbuan atau tindakan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut.

 "Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang membabitkan suami atau isteri warganegara membabitkan 75 kes pada tahun 2011 dan 48 kes pada 2012. Pas pelajar pula membabitkan 28 kes pada tahun lalu dan 64 kes pula pada tahun ini," katanya. - Bernama

IPOHMALAY

Posted: 05 Oct 2012 09:42 AM PDT

IPOHMALAY


Media Indonesia Laporkan Kos Miliki Kereta di Malaysia Paling Murah Di ASEAN !

Posted: 05 Oct 2012 01:28 AM PDT


Dengan kempen turunkan harga kereta merata-rata jajaan pakatan pembangkang, teman nyaris menyokong kempen yang ini. Tetapi, penemuan terbaru hari ini, hasil laporan dari sebuah media negara sebelah yang terkenal sikap memburuk-burukkan tanahair tercinta, membuatkan teman berfikir dua kali, dan terus merubah persepsi teman keseluruhannya. 

Betul juga. Jikalau semahal yang dimomokkan pembangkang, tentulah semakin hari semakin berkurang kereta di atas jalan. Ini tidak,  semakin hari semakin parah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Dakwaan pembangkang nampaknya tidak berpaksi bukti zahir.


Ongkos Punya Mobil di Malaysia Paling Murah se-ASEAN

Herdaru Purnomo - detikfinance
Jumat, 05/10/2012 11:31 WIB



Jakarta - Total biaya yang dikeluarkan untuk memiliki sebuah kendaraan di Malaysia ternyata paling murah dibandingkan dengan negara-negara lain di ASEAN. Kementerian Perdagangan Internasional dan Perindustrian Malaysia memaparkan total biaya kepemilikan kendaraan ini termasuk ongkos pembelian, bensin, asuransi, sampai pajak.


Untuk harga bensin yang disetarakan dengan memakai Ron 95 atau setara dengan Pertamax Plus, di Malaysia hanya sekitar RM 1,90 per liter atau Rp 5.890 per liter sangat rendah ketika dibandingkan dengan di Thailand yang mencapai Rp 11.780 per liter dan di Indonesia yang sekitar Rp 10.400 per liter. Sedangkan di Singapura cukup tinggi dimana mencapai Rp 15.810 per liternya. 



Dari sisi pajak tahunan kendaraan terlihat negara Malaysia juga yang paling rendah biayanya. Dimana per tahunnya rata-rata pajak mobilnya berkisar Rp 1.233.800 dan untuk asuransinya mencapai Rp 9.400.000 per tahunnya.



Pajak kendaraan tahunan di Singapura tercatat yang paling tinggi, di mana mencapai Rp 8,5 juta dan asuransinya mencapai Rp 24,6 juta. Jika dibandingkan dengan Indonesia sendiri, pajak tahunan kendaraan rata-rata bisa mencapai Rp 5,6 juta dan asuransinya mencapai Rp 14,2 juta. 



Bagaimana dengan Thailand? Masyarakat yang memiliki kendaraan seperti mobil di negara ini harus merogoh koceknya Rp 1,4 juta untuk pajak kendaraannya dan Rp 20 juta untuk asuransi.



"Hasil analisis ini terungkap dari data kepemilikan mobil yang paling banyak dipakai di ASEAN seperti Honda City, Toyota Vios, Honda Civic, Toyota Altis, Honda Accord dan Toyota Camry," terang laporan tersebut yang dilansir dariThe Star, Jumat (5/10/2012).



Sebut saja, orang yang memiliki sebuah Honda City di Malaysia termasuk perhitungan bahan bakarnya mencapai Rp 392 juta. Sedangkan di Thailand harus merogoh kocek Rp 458 juta dan di Indonesia sendiri harus menyiapkan dana hingga Rp 492 juta.

Gangguan BBM Rabu lepas turut dialami pengguna Indonesia

Posted: 04 Oct 2012 03:37 PM PDT


Gangguan perkhidmatan Blackberry Messanger(BBM) yang dialami oleh pengguna Malaysia Rabu lepas turut di alami oleh pengguna di Indonesia. Laporan Detiknews menyebut, Research In Motion meminta maaf dan menegaskan tidak akan ada apa jua bentuk pampasan atas masalah yang dialami pengguna perkhidmatan BBM tersebut.


BBM Down, RIM Tak Beri Kompensasi

Tya Eka Yulianti - detikinet
Kamis, 04/10/2012 18:14 WIB


Bandung - Research In Motion (RIM) telah meminta maaf atas munculnya gangguan terhadap layanan Blackberry Messenger, Rabu (3/10/2012) kemarin. Pun demikian, vendor asal Kanada itu menegaskan tak akan memberi kompensasi kepada pengguna.

"Jaringan kami mengalami down. Kami sungguh meminta maaf pada seluruh pengguna Blackberry di Indonesia atas gangguan yang tidak nyaman ini," ujar Vice President and Managing Director South Asia RIM, Hastings Singh saat ditemui usai meresmikan Blackberry Innovation Center di Aula Barat ITB, Kamis (4/10/2012).

Namun Hastings menyatakan bahwa atas gangguan tersebut, RIM tak bisa memberikan kompensasi apapun. Lantaran hal ini terjadi di luar kuasa RIM.

"Sayangnya tidak ada (kompensasi). Kami minta maaf. Kami juga tidak mengharapkan ini terjadi," katanya.

Hastings menjelaskan bahwa tim teknis telah berupaya untuk menemukan masalah dan menyelesaikannya. Namun ia sendiri hanya bisa menyampaikan bahwa masalah pada server tersebut merupakan gangguan teknis.

"Ada tim yang turun langsung menangani ini. Mereka yang tahu apa yang terjadi. Yang jelas ini gangguan teknis," pungkasya.
 


bumiyang

Posted: 05 Oct 2012 03:47 AM PDT

bumiyang


Dana Asing RM 100 Juta Untuk Suaram Dibawa Masuk Secara Tunai???

Posted: 04 Oct 2012 06:41 PM PDT

Ranking Tidak Penting!!! Harimau Malaya Akan Kekalkan Piala AFF!!!

Posted: 04 Oct 2012 04:36 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 05 Oct 2012 03:27 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Tok Ali kahwin pasti lagi ramai

Posted: 04 Oct 2012 09:34 PM PDT


Husin dapat jemputan Dato Ali Rustam melalui SMS orang kuatnya tetapi hari itu ada macam-macam hal anak dan mak, maka tidak dapat hadiri majlis perkahwinan tersebut. Majlis Bar-B-Que kawan pun tak sanggup terima jemputan.

Mula-mula ada rakan yang buat lawak kata ini gimik pilihanraya. Untuk memberi rakyat makan, Dato Ali Rustam sudah suruh anak sulongnya kahwin.

"Pilihanraya nak dekat. Ayah nak panggil orang satu Melaka makan tapi ayah tak ada alasan. Satu alasan yang baik iaitu kau kena kahwin wan..." Tok Ali menyuarakan permintaan pada anaknya.

"Baik ayah, Siapa pasangan saya?" jawab anak yang setia pada ibu bapa.

Sebenarnya tidak.

Anak sulong Tok Ali, Mohd Ridhwan, 26 memang sudah bertemu jodohnya dengan Nor Azieha Mohd Ali, 26 juga.

Tok Ali yang Husin tahu dan sedikit-sedikit kenal adalah seorang yang rajin dalam menjaga kebajikan rakyat. Dia seorang yang sangat mesra dengan orang ramai hingga siapa tidak tahu dia tidak boleh tolak mana-mana jemputan rakyat jelata.

Setahu Husin, senang-senang dia menghadhiri 20 jemputan kahwin setiap minggu selama 20 tahun dia jadi Ketua Menteri. Kalau setahun ada 52 minggu, jangan hairan dia dah pergi lebih 20 ribu jemputan kahwin.

Belum cerita lagi dia lawat magsa banjir, rumah terbakar, angin puting beliung, dan lain-lain. Kalau dia tahu sesiapa yang dia kenal sakit atau dapat anak, dia mesti pergi ziarah.

Orang Melaka kata Tok Ali akan turun untuk lihat sendiri apa saja masaalah yang berlaku dalam Melaka sampai dia dah ada sebelum masaalah nak jadi. Kalau orang kata Tok Ali dah ada sebelum perempuan lahirkan anak dan dia yang sambut bayi,  Husin tak pelik.

Tidak hairan Tok Ali perlu buat majlis kahwin yang besar untuk anak sulongnya bagi membalas jemputan-jemputan yang dia terima. Ini adat, adab dan sopan santun orang Melayu.

Takkan dia tidak ajak kawan-kawan, kenalan-kenalan, dan paling utama buatnya adalah rakyat Melaka itu sendiri.

Kalau dia tidak memilih untuk terima jemputan dan hajat rakyat, mana dia boleh stop orang ramai nak datang memberi penghiormatan dan meraikan perkahwinan anak sulong Ketua Menteri kesayangan ramai.

Maka, Husin tidak terkejut Tok Ali boleh terima kehadhiran sampai 130,000 dan dimasukkan dalam Malaysian Book of World Record.

Yang tidak sedap adalah bila ada pihak-pihak mempolitik dan membesar-besarkan hal ini.

Antara yang mula jadikan isu adalah The Malaysian Insiders yang taukehnya ada hubungan rahsia dengan risikan Singapura:


Tapi yang dengki sekali adalah Malaysiakini yang mula sekali mengeluarkan pandangan awam yang diatur supaya bisa bunyinya.

Mula-mula media penerima duit George Soros dan CIA menuduh majlis tersebut sebagai  "extravangant" dan dikaitkan dengan UMNO pula:


Tok Ali diberi tekanan untuk dedahkan kos majlis. Apabila diberitahu dengan ikhlas belanjanya RM600,000, macam-macam ditambahnya:


Dibuat mulut kata Tok Ali anggap RM600,000 itu tak ada benda. Jahat betul ...

Tok Ali patut tak perlu layan tapi dia minta Pegawai Khasnya, MS Mahadevan jelaskan bagaimana dia biayai perkahwinan itu.

Chua Jui Meng pusingkan cerita di Free Malaysia Today sini dan minta SPRM siasat. Malay Mail ada tulis sini tapi dia sudah belitkan cerita pula.

Tok Ali kata Lim Kit Siang tidak faham bahawa majlis perkahwinan Melayu boleh dibuat besar-besar kerana kita tidak makan jamuan shark fin soup yang berharga RM100 sekepala. Majlis kahwin Melayu boleh hanya berharga dalam RM10 sekepala.

Kerja kahwin Melayu ada adat rewang-rewang dan pasti ramai suka jadi sukerelawa. kebiasaan masyarakat Melayu datang bantu membantu, sumbang menyumbang dan gotong royong menjayakan majlis kahwin.

Inikan pula Tok Ali yang banyak bantu orang. Takkan orang tak bantu.

Malaysiakini lagi kurang ajar bila mereka tuduh ketelusan Tok Ali sebagai angkuh. Mana rakyat Melaka nak percaya Tok Ali bersikap angkuh?


Takkan begitu biadap sampai kata sanggup jual emak.

Hal kurang ajar dengan emak sendiri tu bukan budaya UMNO. Itu budaya Pakatan Rakyat yang mana Wan Azizah faham benar pe'el Timbalannya.

Takpa Tok Ali, dia nak ungkit, kita boleh ungkit balik.

Kita boleh keluarkan cerita ada satu kerajaan negeri mahu guna duit Perbadanan Kemajuan Negeri untuk biayai perkahwinan penuh glamour berharga RM300,000. Tujuannya untuk pujak penganti bantu beri nama kepada satu pusat aeroangkasa negeri yang mahu dibina. Bila dikesan, cepat semua menafikan.

Husin tahu mereka paksa kontraktor bayarkan. Tak tahu, tanyalah Khalid Gagap kalau dia tak sibuk pasal hal Bas Mewah dari duit Lori Sampah. Kah kah kah .... 

Tak baik betul Malaysiakini tuduh Tok Ali sebagai angkuh.

Dia hanya berseluruh kata, "Dia orang ini memang dengki, tak ada kerja lain, Orang hendak datang rumah saya sampai 130,000 pun, apa saya boleh buat. Nasib baik anak saya kahwin, kalau saya kahwin, lagi ramai orang datang."

Memang pasti ramai tapi mintalah izin dulu dengan Datin.

Budaya UMNO bukan bayar Chinadoll dan Siam doll serta simpan girlfren hisap ice cream. Kat kita dah cakap kita boleh ungkit.

Wow! Orang rajin kerja untuk rakyat kita tak jual, rugi.

Politik Harian

Posted: 05 Oct 2012 03:22 AM PDT

Politik Harian


Anwar, SUARAM, Scorpene Dan Bajet 2013!

Posted: 05 Oct 2012 12:07 AM PDT


Suaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapal selam Scorpene.

Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk "Skandal Kapal Selam Buatan Perancis" di Ipoh, Perak 30 September lalu.

Walaupun badan itu kini sedang disiasat berhubung penerimaan dana asing yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa, namun Suaram mahu menunjukkan bahawa ia seolah-olah kebal dan mempunyai immuniti yang tebal untuk terus menjalankan kegiatan subversif.

Seolah-olah ia tidak takut kepada kerajaan kerana yakin ada kuasa disebalik operasinya yang mampu melindungi dan mempertahankan kebebasan untuk mencemar nama baik negara samada di dalam atau di luar negara.

Ini terbukti beberapa hari lalu apabila tiga orang ahli parlimen pembangkang - R. Sivarasa, Tian Chua dan Mahfuz Omar mengadakan sidang akhbar di ruang legar Parlimen berhubung isu Scorpene.

Mereka memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Paris, Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat - satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales, anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene.

Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene.

Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram.

Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.

Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang.

Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.

Ia juga bagi menutup perbincangan rakyat mengenai bajet palsu yang dibentangkan oleh Anwar dua hari sebelum pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Rata-rata rakyat menolak bajet alternatif pembangkang yang tidak mempunyai elemen baru tetapi hanya merupakan kitaran semula isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan dan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara yang terkini.

Anwar takut jika tidak ada isu baru yang boleh diketengahkan untuk menyerang Perdana Menteri maka tembelang pembangkang akan terbongkar.

Maka beliau perlu mencari satu isu yang boleh hangat diperkatakan dan Scorpene adalah sasaran yang sesuai pada pandangannya.

Namun strategi ini meleset sama sekali kerana isu Scorpene tidak lagi aktif dibicarakan oleh sistem perundangan unik Perancis.

Ini kerana mahkamah negara itu hanya menjalankan siasatan berhubung syarikat DCNS samada ada wujud unsur rasuah dalam urusan jual beli kapal selam tersebut oleh kerajaan Malaysia.

Apabila dakwaan rasuah tidak mampu dibuktikan, pembangkang mengubah jalan ceritanya dengan cuba menggaitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri dan isterinya pula.

Langkah ini juga mendedahkan bahawa tindakan Suaram membawa isu ini ke mahkamah Perancis adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk memperjuangkan keadilan atau hak rakyat negara ini.

Pembuktian bahawa Altantuya tidak tahu bertutur bahasa Perancis serta tidak ada bukti rekod imigresen Perancis bahawa wanita itu memasuki negara tersebut sekali gus meranapkan premis dakwaan Suaram dan pembangkang yang selama ini bergantung hidup kepada pembohongan itu.

Namun demi melaksanakan agenda tuan asing yang memberi sokongan kewangan, Suaram terpaksa meneruskan juga siri fitnahnya walaupun setiap hari berlalu semakin terserlah penipuannya.

Begitu juga dengan Anwar yang begitu setia menjalankan arahan Soros dan rakan-rakan Yahudi-Zionisnya di Washington.

Bagi pelopor gerakan Yahudi-Zionis, jika Anwar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya umum ke 13 nanti, beliau perlu mengikut segala rentak dan program yang telah diatur oleh mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Begitulah hebatnya Anwar menjadi hamba Yahudi-Zionis sehingga sanggup menjual maruah, agama dan bangsa sendiri demi mencapai cita-citanya.

Jumpa Peguam di Paris Bukti Anwar Dalang Pembohongan Scorpene/Altantuya

Posted: 04 Oct 2012 09:10 PM PDT


Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut.

Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ëkomisyení yang terlibat dalam urusniaga itu.

Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.

Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?

Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri ëwang komisyení bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?

Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki? Jika benar, layakkah beliau? Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut? Sebagai musuh? Sebagai rakan subahat? Sebagai pasangan intim?

Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?

Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.

Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan.

Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?

Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai ëskandal scorpeneí ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini. Maka, pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.

Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan ëmencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebutí. Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.

Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya?

Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?

Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua ëkemalangan langgar-larií berasingan melibatkan kematian isteri seorang Datoí yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.

Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang ëtiada kena mengenaí dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu semakin banyak persoalan atau mungkin juga sebenarnya adalah sebuah jawapan.

Kabinet Bayangan PR Dibayanggi Skandal...

Posted: 04 Oct 2012 07:00 PM PDT


Apabila didedahkan bahawa PKR telah pun menyenaraikan 20 Menteri dari partinya jika PR memerintah, parti itu telah ditempelak hebat oleh DAP dan juga PAS kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka.

Lalu, kelam kabutlah juak-juak PKR cuba menutup sikap kukubesi ketua mereka, Anwar Ibrahim, termasuklah isterinya sendiri iaitu Presiden parti, Wan Azizah. Maka, Wan Azizah pun berpeluh-peluhlah membuat kenyataan bahawa pihak mereka tidak perlu mengemukakan kabinet bayangan kerana ia tidak perlu. Tetapi, lain pula kata Shuhaimi, ADUN Batu Tiga, iaitu bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi, atau dalam ertikata lain, senarai atau ëkabinet bayanganí itu benar-benar wujud.

Entahlah sama ada Wan Azizah adalah Presiden parti yang benar-benar tidak tahu apa-apa atau memang suka berbohong, kerana kini terbukti bahawa PKR sememangnya ada menyediakan Kabinet Bayangan tanpa mendapatkan persetujuan DAP dan PAS. Ianya dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR baru-baru ini.

Tak apalah jika PKR nak menafi atau DAP dan PAS nak percaya atau nak bergaduh tarik-tarik tudung Wan Azizah kerana ia bukan masalah kepada rakyat selagi mereka tidak memerintah. Yang menjadi masalah ialah apabila senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang ëdibayangkaní oleh PR itu dipenuhi dengan individu-individu yang mempunyai skandal terutama skandal seks.

Namun, apa yang nak dihairankan jika individu yang bakal menjadi Perdana Menteri sendiri mempunyai skandal seks yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia-manusia normal. Justeru, apalah sangat setakat skandal Rainbow Lim Guan Eng, bogel Elizabeth Wong atau video seks (?) Mustafa Ali?

Dan jika dilihat dari segi skandal rasuah juga Anwar menjuarai semua dengan 3 billion yang belum berjawab, diikuti dengan soal mengotakan slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang tidak mampu dibuat oleh si ëCocky, Arrogant, Tokong (CAT) Limí dalam mentadbir Pulau Pinang dan lain-lain.

Dan lagi, bagaimana pula teman sekatil Elizabeth Wong telah berada secara haram di Indonesia, serta bagaimana dengan kematian Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan rangkaian pemimpin DAP?

Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula dengan kaitan Pakatan Rakyat dengan SUARAM, BERSIH dan seterusnya dengan rangkaian Soros dan Zionis? Bagaimana dengan jet mewah yang mampu disewa sedangkan di masa yang sama mengumpul dana pilihanraya dari rakyat melalui program makan malam, tabung tin milo dan lain-lain kaedah lagi.

Ini semua adalah skandal yang membayangi Kabinet Bayangan ini.

Tidak cukup dengan itu, selain skandal seks dan rasuah, kabinet ini juga dibayangi nepotisme yang ketara di mana suami, isteri, anak dan kroni pemimpin tertinggi memenuhi semua jawatan penting walaupun kelayakan mereka boleh dipersoalkan.

Dengan bayang-bayang skandal dan nepotisme yang begitu jelas, bagaimana rakyat Malaysia mampu menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada barisan kabinet PR? Bagaimana manusia yang tidak punya moral dan integriti mampu memartabatkan bangsa dan negara? Bagaimana mereka-mereka ini boleh membawa kita ke arah kecemerlangan jika dibayangi dan diliputi skandal walaupun sebelum memerintah?

Dengan kuasa di tangan mereka, apakah jaminan yang skandal mereka juga tidak bertambah?

Anwar Abai Rukun Negara, Patuh Ikrar Royalti

Posted: 04 Oct 2012 09:09 AM PDT


Dalam majlis Ceramah Mega Sempena Konvoi ROYALTI Ke Putrajaya yang di adakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa malam lepas, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dilihat turut mengangkat tangan ketika ikrar menyokong tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dibacakan.

Majlis tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI), sebuah NGO proksi PAS yang baru 4 bulan ditubuhkan khusus untuk menyokong usaha propaganda PAS dalam memanipulasi sentimen kenegerian dikalangan rakyat Kelantan.

Bagaimanapun sasaran penganjur yang mahu melihat lokasi ceramah dipenuhi lebih 20,000 hadirin nyata tak kesampaian apabila majlis tersebut hanya menarik perhatian sekitar 2,000 orang sahaja.

Anwar dan pimpinan utama PR yang hadir selaku tetamu khas di majlis itu, selain menyampaikan ucapan, mereka juga turut sama melafazkan ikrar sokongan dengan suara lantang tanda penghormatan selain menunjukkan iltizam mereka untuk merealisasikannya.

Suasana itu tampak jauh berbeza ketika Anwar menghadiri sambutan malam kemerdekaan ke-55 selaku tetamu khas majlis anjuran kerajaan negeri Selangor tempohari. Ada kontradiks dan keraguan timbul bila dibandingkan dengan majlis anjuran Royalti.

Malam itu, tika ikrar Rukun Negara dilafazkan dan para pemimpin PR serta hadirin yang lain mengangkat tangan sambil mengikuti bacaan ikrar, Anwar pula bukan sahaja diam membisu malah untuk mengangkat tangan tanda menghormati Rukun Negara pun tak terdaya dilakukannya.

Khalayak umum melihat ketidak patuhan Anwar pada malam itu seperti sengaja mahu mengabaikan penghormatannya kepada Rukun Negara yang telah menjadi kunci kesejahteraan rakyat sejak ia diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970.

Seakan bacaan Rukun Negara begitu asing bagi Anwar, sedangkan umum mengetahui sebagai rakyat Malaysia wajib bagi kita menghormati Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip asas tersebut dan adalah satu kewajipan untuk kita mengangkat tangan semasa ianya dibacakan.

Hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu sahaja yang terkecuali dari mengangkat tangan semasa ikrar Rukun Negara dilafazkan kerana satu daripada prinsip Rukun Negara itu turut merujuk pada kedudukan baginda sendiri. Dan Anwar bukannya seorang Raja atau Sultan, hatta darah keturunan raja pun tiada.

Anwar kelihatan senang hati patuh menghormati ikrar royalti dengan bangga tangan diangkat setinggi-tingginya, malah sewaktu acara memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock dulu pun Anwar tertunduk-tunduk hormat tanpa terdetik olehnya perasaan was-was dari segi akidah keIslaman, apakah pula yang menghalang Anwar dari menghormati Rukun Negara?

Atau sememangnya Anwar terasa janggal dan kekok untuk menghormatinya kerana 5 prinsip Rukun Negara itu, yakni "Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan", agak tidak cocok dengan aliran dan pembawaan politik luar tabienya?

Selepas Naik Private Jet, PKR Jadi Tamak! Mahu Bolot Jawatan Kabinet Pula....

Posted: 04 Oct 2012 07:54 AM PDT


Bukan main seronok pemimpin kanan PKR apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim membayangkan mereka akan dilantik menjadi anggota pentadbiran negara sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Andaian ini di buat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang nampaknya lebih pandai membaca mesej tersirat Anwar berbanding pemimpin PKR yang lain termasuk Presiden, Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sendiri.

Ketika berucap di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Shah Alam Convention Centre pada hari Sabtu 29 September lalu, Anwar berkata mana-mana ahli parti yang tidak terpilih sebagai calon pada peringkat Parlimen atau DUn tidak seharusnya merajuk dan berputus asa.

Kata-kata Anwar tersebut sebenarnya lebih bersifat gimik politik yang mana ini adalah salah satu sifat terkenalnya selain daripada sifat berdolak dalik dan suka kelentong.

Beliau tahu semangat ahli-ahli PKR berada pada tahap yang rendah ketika parti berdepan dengan PRU ke-13 disebabkan pelbagai masalah runcing dalaman.

Kekecohan serta penipuan dalam proses pemilihan pimpinan parti tahun 2010 masih diperkatakan walaupun secara senyap dan berselindung yang menempatkan Azmin sebagai orang nombor dua parti dan meletakkan kroni-kroni beliau di hampir setiap lapisan kepimpinan parti dari peringkat ranting, cabang hinggalah ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Hakikat bahawa Azmin telah menggunakan dana yang cukup besar untuk membeli undi bagi memastikan kedudukannya tidak tercabar pada pilihan parti pada tahun 2013 adalah sesuatu yang telah memecah belahkan PKR.

Yang lebih dahsyat Anwar tidak melakukan apa-apa terhadap segala aduan penyelewengan yang dilakukan oleh Azmin malah melindungi pula bekas setiausaha sulitnya itu.

Melihat pada keadaan menggelegak pada tahap akar umbi parti, Anwar terpaksa membuat janji manis untuk mengalihkan pandangan mereka kepada kemelut yang sedang berlaku.

Selain daripada itu, rakyat kini boleh lihat betapa rakus dan tamaknya PKR yang bercita-cita merebut rampasan perang atau ghanimah walaupun tarikh pilihan raya masih belum diumumkan Perdana Menteri.

Malah belumpun menang, PKR sudah mengeluarkan kenyataan sekurang-kurangnya 20 jawatan menteri dan timbalan menteri sudah di 'booking'.

Ini tidak termasuk banyak jawatan kanan dalam kerajaan yang sudah tentu akan membuat ahli PKR terliur.

Cita-cita besar PKR telahpun terbayang sebelum ini dalam minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang bocor dimana Timblan Ketua Menteri I, Mansor Othman mengatakan banyak jawatan kanan akan menjadi rebutan pimpinan parti sekiranya ia berjaya menawan Putrajaya.

Jadi ucapan Anwar hanyalah kesinambungan daripada apa yang telah disebut secara tertutup oleh Mansor sebelum ini.

Apa pula reaksi rakan PKR dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP?

Tidakkah mereka juga mempunyai hasrat yang sama untuk berebut jawatan lumayan ataupun mereka ingin tunggu dan lihat dahulu.

Mungkin mereka tidak mahu menunjukkan sifat tamak haloba mereka seperti PKR kerana takut dicaci rakyat.

Hakikatnya di antara ketiga-tiga parti, PKR sememangnya paling tamak walaupun PAS dan DAP juga tidak kurang.

Namun dalam menjadi juara tamak, PKR juga menjadi parti paling penakut dan tidak sedar bahawa ia mempunyai kerusi paling tercorot dalam Parlimen setelah ramai wakil rakyatnya melompat.

Sehingga sekarang Anwar tidak berni mengatakan secara jelas bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat dan impiannya selama ini tidakpun disokong oleh PAS.

Malah PKR atau pun Pakatan Rakyat masih kecut untuk umumkan senarai Kabinet Bayangan seperti yang di cabar oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Ini kerana hanya DAP sahaja yang beriya-iya mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri demi muslihat politik dan dan agenda perkaumannya.

Komen daripada PAS atau DAP mengenai impian PKR untuk membolot majoriti jawatan dalam Kabinet sudah tentu akan menjadi sesuatu yang amat menarik untuk diamati.

Mungkinkah PAS dan DAP akan melenting apabila mengetahui PKR sudah awal-awal mahu mendedahkan cita-cita besarnya itu.

Jika ditahu pula jawatan Kabinet mana yang disasar oleh PKR, tidak tidurlah Abdul Hadi, Mat Sabu, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dibuatnya.

Samada kenyataan Anwar itu menunjukkan PKR belum matang berpolitik atau ini sengaja dilakukan sebagai satu strategi beliau akan tetap memberi kesan negatif kepada perpaduan Pakatan Rakyat yang semakin retak.

tunku

Posted: 05 Oct 2012 03:04 AM PDT

tunku


DAP AND PAS ANGRY WITH AZMIN AND MANSOR, BUT IN REALITY ITS ANWAR’S GAME

Posted: 05 Oct 2012 01:15 AM PDT

DAP and PKR are now splitting hairs and probably would part ways as the verbal spat and 'back stabbing' continue to highten on several issues but most importantly is the assumption that PKR wants to be the dominant dforce in the unregistered opposition alliance. In Penang, it is crystal clear that the Malays in PKR are dissatisfied against DAP's Lim Guan Eng leadership that they consider 'dictatorial and overly Chinese' and 'pasang spy' or planting spies in PKR. Some said this would give Guan Eng the information of whats going on in Penang and he can strengthen his position among the Chinese in PKR. This was how the state Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman got played out and the revealations that PKR does not trust Guan Eng and suspecting the latter trying to take away few seats from PKR. While the distrust in Penang gets deeper, in Selangor DAP gets 'really mad' when PKR deputy president Azmin Ali made a statement that present MB Khalid Ibrahim might be replaced after the general election. Azmin's statement fell short of saying he would replace Khalid, which position he has been eyeing since after the 2008 general election. Given the scenario, DAP and PKR are really experiencing 'bad ties' and even if the top leaders of both parties would put up the front of being united, the supporters and members of both parties are not together in mind. They may be together on the streets demonstrating against the government and the ruling BN but when come general eletcion, they will be fighting each other for support, that is the truth. PKR may field 'independent candidates' in seats contested by DAP to make sure that DAP will not outnumber them when the results are out because as reflected by Mansor's words in the meeting which minutes were leaked, DAP is getting arrogant and corky. In reality, Mansor was just voicing out Anwar Ibrahim's concern, not actually Mansor's own views and mind because that's how Anwar operates, he would not open his mouth but relays his message and let the stooges, in this case Mansor, to say it out loud. And in Selangor, it was not Azmin's own views and opinion on Khalid but in reality Anwar's opinions as Anwar had wanted to change Khalid long ago but he has not got the chance. In short, what DAP and PAS are actually against is not Azmin or PKR but it is Anwar they are after, the man behind the scene. It is Anwar's game all along and DAP and PAS top leadership know but they do not want to rock the ship…they just do not want to add fuel to the already burned ship.

Shadow Cabinet PR Surrounded By Scandals

Posted: 04 Oct 2012 10:30 AM PDT

After revealing that PKR has listed 20 Minister from its party if PR leads the country, the party was then criticized by DAP and PAS for not discussing the matter with them first.
So, PKR then goes into chaos to cover their leader's iron-fist attitude, Anwar Ibrahim, including his own wife as the party's President, Wan Azizah. So, even Wan Azizah is now under pressure in making statement saying that they do not need to announce the shadow cabinet because it was unnecessary. But Shuhaimi thinks otherwise. The ADUN Batu Tiga said that the statement made by Wan Azizah was a personal statement, in other words, the list of the shadow cabinet really exist.
We do not really know whether Wan Azizah is a party president that does not know anything or she simply loves to lie, this is because now it has been proven that PKR really did prepare the Shadow Cabinet without even getting any mutual agreement from DAP nor PAS. It as presented during PKR's Political Bureau meeting recently.
It' okay if PKR wants to deny or DAP and PAS want to fight Wan Azizah because it is not rakyat's concern because they are still yet to lead the country. The only problem that derives here is that when the list of Ministers and Deputy Ministers which is 'imagined' by PR is filled with those who have various scandals especially sexual scandals.
But, there is nothing for us to be surprised about if the future Prime Minister himself did have a sex scandal which is simply unimaginable by anyone. Thus, there is nothing to be surprised about with the scandal of Lim Guan Eng's Rainbow, Elizabeth Wong or Mustafa Ali's sex video?
And if we are to look at corruption scandals, Anwar champions everyone with the 3 billion issue which is still yet to be answered, followed by the issue of actually fulfilling the objective of the Cekap, Amanah dan Telus (CAT) slogan (Efficient, Accountable and Transparent) which cannot be done by Lim in governing Penang and others as well.
And what about Elizabeth Wong's sleeping partner who is now in Indonesia in an illegal manner and what about the death of Teoh Beng Hock which was linked with a chain of DAP leaders?
Not just that, what about the link between Pakatan Rakyat and SUARAM, Bersih and chains of George Soros and Zionists? What about the luxury private jet that they could afford to rent and at the same time collect funds for election from dinner charity and other ways.
These are few of the scandals which surrounds the current shadow cabinet.
Not just that, the shadow cabinet is also covered with clear nepotism where husbands and wives, children and crony of the highest leader would fill all of the important posts even though their qualifications can be questioned.
With such clear scandals and nepotism, how could Malaysians gain the confidence and trust towards the live of Cabinet for PR? How could people with no sense of moral and integrity lead the country? How can these people rive the country towards success if they are surrounded by scandals even before they rule?
With more power in their hands, how can they guarantee that they would not have even more scandals?

Meeting With Lawyer In Paris Proves Anwar's Lie

Posted: 04 Oct 2012 05:27 AM PDT

Anwar Ibrahim was said to be in Paris, France after attending the Mega Convoy Royalty Talk in Shah Alam. This matter was mentioned himself during his speech in the program.
He said, lawyers who are handling the Scorpene scandal case would like to meet him regarding the update of the case and he would take the opportunity to ask about the matter of 'commission' which was involved in the business transaction.
So, his supporters were all proud with the fact that Anwar would be meeting up with a few white people.
They never even thought about what did Anwar has anything to do with the purchase of Scorpene even if there are doubt in the business transaction?
Where did it say that Anwar is one of its witnesses? Was he involved in the case? Was he there when the 'commission' was being given? Was he there during the murder of Altntuya?
Or was he just there to provide opinion regarding the credibility of witnesses or those who are involved? If it is true, is he really qualified to determine such thing? If he is, then on what basis is he qualified? As an enemy? As accomplice? As an intimate partner?
There would no way that those lawyers would want to meet up with him just so that they could get explanations on his sodomy case, chinadoll or Shamsidar which had nothing to do with Scorpene?
No lawyers nor investigators would want to look into things which has nothing to do with witnesses, alibi or evidence, like what is listed in investigation processes.
There is only one possibility when it comes to Anwar Ibrahim's involvement in this 'scorpene scandal' as he said it, he is the backbone to all the lies which they have made regarding this corruption issue. So, his meeting with French lawyers was just another part of their method to tarnish the government's image.
Let's not forget how previously, Datuk Zulkifli Nordin, Anwar's previous lawyer who is also the lawyer to Chief Inspector Azilah who was said to have murdered Altantuya revealed that Anwar had ordered him to change the strategy to defend Azilah by 'fabricating and falsifying evidence to link the Prime Minister with the murder'. From there, Zulkifli then withdrew himself and left Anwar before he reveals this matter.
If Anwar did that to him, there might be a chance where he might have done the same thing to those French lawyers which he met?
If Anwar would go the great distance of sentencing an innocent person to a death row, what would stop him from killing someone himself?
This matter brought us back to the two hit and run cases involving the death of a wife of a Dato's who was the first person who brought up the sodomy case 1 to Tun Dr. Mahathir Mohamad, the Prime Minister at that time. and also the death of victim's wife in the case, Azizan.
Considering all of these facts, Anwar's Ibrahim's meeting with French lawyers leads us to two conclusions. 1, 'more questions', or 2, 'an answer'.

Sahabat-Gunung

Posted: 05 Oct 2012 01:41 AM PDT

Sahabat-Gunung


Kalau Mampu Tolong Talam Mustahil Kerajaan Selangor Tak Boleh Bantu Rakyat Bawahan

Posted: 04 Oct 2012 11:45 PM PDT


Rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor mempunyai hak untuk meminta kerajaan negeri untuk membantu mereka menyelesaikan masalah hutang rumah yang hampir tergadai, memandangkan kerajaan mampu untuk melunaskan hutang Talam yang berjumlah ratusan juta untuk menyelamatkan syarikat korporat tersebut.

Menurut Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi, jika kerajaan negeri mampu untuk membantu sebuah syarikat korporat dengan jumlah ratusan juta ringgit, masakan kerajaan negeri tidak mampu untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin yang kini hampir kehilangan tempat tinggal mereka akibat tidak mampu membayar ansuran rumah.

"Selama ini Pakatan Pembangkang mendabik dada mengatakan bahawa mereka adalah pembela rakyat. Gerakan politik mereka untuk menguasai pentadbiran negeri adalah untuk rakyat. Jadi hari ini, buktikanlah! Janganlah hanya tahu bercakap, tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya.

"Sudahlah janji-janji dalam manifesto 90 peratus tidak terlaksana, lepas itu mereka bazirkan pula duit kerajaan negeri dengan pembelian dan bantuan yang tidak munasabah. Jika kerajaan negeri benar-benar bekerja untuk rakyat, buatlah sesuatu untuk membantu golongan yang meminta bantuan kerajaan negeri untuk menyelamatkan rumah tempat tinggal mereka itu," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar berpendapat bahawa sepanjang empat tahun pemerintahan Pakatan Pembangkang di Selangor, tidak ada sesuatu perubahan yang boleh dibanggakan.

"Hari ini, biarpun sudah menjadi kerajaan, kepimpinan Pakatan Pembangkang terus sibuk berpolitik. Selain dari sibuk menyalahkan UMNO dan BN itu dan ini, mereka juga sibuk dengan politik dalaman yang tidak sudah-sudah.

"Saya yakin, jika beginilah keadaannya maka amat jelas bahawa pemimpin di dalam Pakatan Pembangkang, khususnya di Selangor yang hanya tahu berpolitik tetapi tidak tahu mentadbir uruskan negeri. Mereka lebih sibuk menguruskan hal ehwal politik mereka sendiri, daripada meninjau dan menyelesaikan permasalahan rakyat marhain. Jika beginilah sikap mereka, status negeri Selangor sebagai sebuah negeri maju akan terjejas dan tergugat," ujarnya.

Beliau juga amat yakin bahawa rakyat di Selangor sudah mula sedar akan kepincangan teruk dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri Selangor.

"Saya berkeyakinan bahawa rakyat kini sudah mula sedar, bahawa BN setakat ini masih lagi pentadbir yang baik meskipun ada cacat celanya berbanding dengan pentadbiran  yang diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang di Selangor hari ini.

"InsyaAllah,dengan kelemahan yang amat ketara di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang, BN akan kembali diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Selangor pada PRU yang akan datang," tegas beliau. -MediaUMNO

Berebut Kerusi MB Selangor, Berebut Nak jadi Menteri Bayangan, Anak-Beranak Jadi Menteri Kabinet

Posted: 04 Oct 2012 06:45 PM PDT


Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato' Sohaimi Shahadan melihat pergolakan kepimpinan yang berlaku dalam PKR Selangor bukan masalahnya dan bukan urusannya sebaliknya melihat kemelut ini membuktikan bahawa fokus utama pemimpin-pemimpin PKR ini hanya mengutamakan kuasa dan pangkat, bukannya kepentingan rakyat didahulukan.

Ujarnya, siapa yang tidak tahu di Selangor berlaku pergolakan antara parti dalam parti, perebutan kuasa dalam parti, antara pasukan Azmin Ali dengan pasukan Khalid. Jadi kalau nak tahu, Tanya sendiri pada kumpulan Tan Sri Khalid sendiri, sudah tentu kumpulan ini akan menolak Azmin dan kumpulan Azmin pula akan menolak Khalid.

"Ini adalah bunga-bunga awal yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PKR, walaupun tidak berapa jelas tetapi kita tahulah memang berlaku perpecahan dalam parti PKR di Selangor ini.

Tambahnya, kemelut ini bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat ranting dan cabang pun wujud keretakan apabila ada team A dan team B," ujarnya mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini bahawa kemungkinan MB Selangor akan bertukar selepas PRU13.
  
Dalam perkembangan lain, Sohaimi turut meminta rakyat menilai kabinet bayangan pakatan pembangkang namun beliau yakin akan berlaku kekecohan dan perpecahan dalam pakatan kerana mereka sedang berebut-rebut jawatan dalam kabinet bayangan atau kabinet impian mereka ini semata-mata.

"Semuanya nak jadi menteri dan semuanya nak duduk dalan cabinet sedangkan mereka ada tiga parti yang berbeza polisi dan ideology, kini semuanya berangan-angan kalau mereka dapat merampas Putrajaya, semuanya berangan nak jadi menteri.

Saya bayangkan akan berlaku masalah kerana parti yang mendominasi pakatan ini akan bergaduh dengan parti-parti kecil yang lain. Namun saya yakin dan percaya, rakyat akan dapat menilai dan Barisan Nasional akan terus diberi peluang untuk mentadbir negara," tambahnya lagi.

Tambahnya, apa yang lebih menarik dalam kabinet bayangan ini wujud kerajaan anak-beranak apabila Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah turut berada dalam kabinet bayangan ini.

"Dia memang begitulah, parti anak beranak, DAP pun sama, anak menantu semua ada, Pas pun sama jadi rakyat boleh tengok dan menilai sendiri di mana nak menunjukkan ketelusan. Dari segi itu pun kita dah tahu dan ini tidak berlaku dalam BN, perlu melalui proses pematangan, perlu ada pemilihan dan pertandingan di setiap peringkat berbanding dengan pakatan ini yang boleh pick-up sahaja siapa yang dia suka, khususnya parti anak-beranak," tambahnya lagi. 

Rakyat Selangor Sudah Naik Muak, Empat Tahun Selangor Gawat Isu

Posted: 04 Oct 2012 05:29 PM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor. Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.

"Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Muhyiddin berkata sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN.

Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.

Taipingmali (tm)

Posted: 05 Oct 2012 01:33 AM PDT

Taipingmali (tm)


DAP AND PAS ANGRY WITH AZMIN AND MANSOR, BUT IN REALITY ITS ANWAR’S GAME

Posted: 05 Oct 2012 01:20 AM PDT

DAP and PKR are now splitting hairs and probably would part ways as the verbal spat and 'back stabbing' continue to highten on several issues but most importantly is the assumption that PKR wants to be the dominant dforce in the unregistered opposition alliance.
In Penang, it is crystal clear that the Malays in PKR are dissatisfied against DAP's Lim Guan Eng leadership that they consider 'dictatorial and overly Chinese' and 'pasang spy' or planting spies in PKR.
Some said this would give Guan Eng the information of whats going on in Penang and he can strengthen his position among the Chinese in PKR.
This was how the state Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman got played out and the revealations that PKR does not trust Guan Eng and suspecting the latter trying to take away few seats from PKR.
While the distrust in Penang gets deeper, in Selangor DAP gets 'really mad' when PKR deputy president Azmin Ali made a statement that present MB Khalid Ibrahim might be replaced after the general election.
Azmin's statement fell short of saying he would replace Khalid, which position he has been eyeing since after the 2008 general election.
Given the scenario, DAP and PKR are really experiencing 'bad ties' and even if the top leaders of both parties would put up the front of being united, the supporters and members of both parties are not together in mind.
They may be together on the streets demonstrating against the government and the ruling BN but when come general eletcion, they will be fighting each other for support, that is the truth.
PKR may field 'independent candidates' in seats contested by DAP to make sure that DAP will not outnumber them when the results are out because as reflected by Mansor's words in the meeting which minutes were leaked, DAP is getting arrogant and corky.
In reality, Mansor was just voicing out Anwar Ibrahim's concern, not actually Mansor's own views and mind because that's how Anwar operates, he would not open his mouth but relays his message and let the stooges, in this case Mansor, to say it out loud.
And in Selangor, it was not Azmin's own views and opinion on Khalid but in reality Anwar's opinions as Anwar had wanted to change Khalid long ago but he has not got the chance.
In short, what DAP and PAS are actually against is not Azmin or PKR but it is Anwar they are after, the man behind the scene.
It is Anwar's game all along and DAP and PAS top leadership know but they do not want to rock the ship…they just do not want to add fuel to the already burned ship.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SCORPENE STRATEGI ANWAR ALIH ISU BAJET 2013

Posted: 05 Oct 2012 12:28 AM PDT

Suaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene.

Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk "Skandal Kapal Selam Buatan Perancis" di Ipoh, Perak 30 September lalu.

Walaupun badan itu kini sedang disiasat berhubung penerimaan dana asing yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa, namun Suaram mahu menunjukkan bahawa ia seolah-olah kebal dan mempunyai immuniti yang tebal untuk terus menjalankan kegiatan subversif.

Seolah-olah ia tidak takut kepada kerajaan kerana yakin ada kuasa disebalik operasinya yang mampu melindungi dan mempertahankan kebebasan untuk mencemar nama baik negara samada di dalam atau di luar negara.

Ini terbukti beberapa hari lalu apabila tiga orang ahli parlimen pembangkang - R. Sivarasa, Tian Chua dan Mahfuz Omar mengadakan sidang akhbar di ruang legar Parlimen berhubung isu Scorpene.

Mereka memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Paris, Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat - satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales, anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene.

Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene.

Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram.

Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.

Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang.

Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.

Ia juga bagi menutup perbincangan rakyat mengenai bajet palsu yang dibentangkan oleh Anwar dua hari sebelum pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Rata-rata rakyat menolak bajet alternatif pembangkang yang tidak mempunyai elemen baru tetapi hanya merupakan kitaran semula isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan dan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara yang terkini.

Anwar takut jika tidak ada isu baru yang boleh diketengahkan untuk menyerang Perdana Menteri maka tembelang pembangkang akan terbongkar.

Maka beliau perlu mencari satu isu yang boleh hangat diperkatakan dan Scorpene adalah sasaran yang sesuai pada pandangannya.

Namun strategi ini meleset sama sekali kerana isu Scorpene tidak lagi aktif dibicarakan oleh sistem perundangan unik Perancis.

Ini kerana mahkamah negara itu hanya menjalankan siasatan berhubung syarikat DCNS samada ada wujud unsur rasuah dalam urusan jual beli kapal selam tersebut oleh kerajaan Malaysia.

Apabila dakwaan rasuah tidak mampu dibuktikan, pembangkang mengubah jalan ceritanya dengan cuba menggaitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri dan isterinya pula.

Langkah ini juga mendedahkan bahawa tindakan Suaram membawa isu ini ke mahkamah Perancis adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk memperjuangkan keadilan atau hak rakyat negara ini.

Pembuktian bahawa Altantuya tidak tahu bertutur bahasa Perancis serta tidak ada bukti rekod imigresen Perancis bahawa wanita itu memasuki negara tersebut sekali gus meranapkan premis dakwaan Suaram dan pembangkang yang selama ini bergantung hidup kepada pembohongan itu.

Namun demi melaksanakan agenda tuan asing yang memberi sokongan kewangan, Suaram terpaksa meneruskan juga siri fitnahnya walaupun setiap hari berlalu semakin terserlah penipuannya.

Begitu juga dengan Anwar yang begitu setia menjalankan arahan Soros dan rakan-rakan Yahudi-Zionisnya di Washington.

Bagi pelopor gerakan Yahudi-Zionis, jika Anwar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya umum ke 13 nanti, beliau perlu mengikut segala rentak dan program yang telah diatur oleh mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Begitulah hebatnya Anwar menjadi hamba Yahudi-Zionis sehingga sanggup menjual maruah, agama dan bangsa sendiri demi mencapai cita-citanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YB Zuraida Kamarudin (PKR) masih tinggi sahamnya

Posted: 04 Oct 2012 09:09 PM PDT

YB Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang yang hanya pandai bercakap di luar dewan tetapi menikus jika ada perbahasan dalam dewan parlimen telah membuktikan kepada orang yang menggelarnya Mak Lampir bahawa beliau masih glamor dan dipuja oleh ramai lelaki.

Status janda langsung tidak merisaukan beliau, masih ada yang sayang dan masih ada yang sudi....hehehehe....

Untungnya menjadi rakyat Malaysia.

Posted: 04 Oct 2012 07:46 PM PDT

Rumah Orang Melayu Islam di Kemboja
Rumah Orang Melayu Miskin di Malaysia
Indonesia

Malaysia

Kakitangan kerajaan Pas akan dibayar bonus 2 bulan gaji

Posted: 04 Oct 2012 07:20 PM PDT

Tahun 2011, Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Bonus Setengah Bulan Gaji kepada kakitangan persekutuan sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan minimum bonus ialah RM 500 ringgit.

Sebaik saja Najib membuat pengumuman, puak-puak pembangkang mula mengutuk , ada saja yang tak betul, tetapi senyap selepas Pulau Pinang, Selangor juga mengumumkan jumlah bonus yang sama seperti yang diumumkan oleh Najib.

Akan tetapi tak ada pula Najib kutuk pembangkang kerana meniru bonus BN. [ rujuk balik bajet 2013, dengan mudah Anwar kata bajet Najib tiru bajet pakatan tetapi mereka kutuk kaw-kaw bajet Najib- kalau dah kata tiru jangan lah kutuk]

Berbalik kepada gambar di atas,  ternyata Tuan Ibrahim Tuan Man ketandusan idea untuk mengkritik bajet Najib.

Tugas pembangkang ialah mengutuk dan mengkritik, maka Tuan Ibrahim wajib lah memberi pendapat beliau, akan tetapi pendapat beliau ialah pendapat dungu dan bodoh sombong.

Tak lama lagi, bila Anwar atau Pas Kelantan dan Kedah umumkan bonus 2 bulan gaji barulah Tuan Ibrahim diam.

Nak tanya Tuan Ibrahim, berapa bulan bonus yang diumumkan oleh al-Jub?

YB Dato Seri Anwar Ibrahim ialah pakar ekonomi dan menteri kewangan terhebat

Posted: 04 Oct 2012 04:18 PM PDT

Konco Anwar Ibrahim di IPTA/S telah membohongi pelajar mereka kononnya Anwar adalah menteri kewangan yang terbaik di Malaysia, ramai anak-anak muda percaya dan terpengaruh dengan kelentong pensyarah mereka, akibatnya ramailah anak-anak muda hari ini yang percaya dan menjadi penyokong Aljuburi ..

Antara mereka ialah Adam Adli and the gang dari golongan Mahasewel. Pemuda Pas juga terpengaruh dengan kelentong doktrin al-Jub.

Rapid Pengerang Modal Pembangkang Alih Perhatian Rakyat – TPM

Posted: 04 Oct 2012 04:07 PM PDT



"Kalau dulu tidak jelas soal ganti rugi tanah, ini dah dapat diselesaikan.Kalau ada yang tak dapat terima, mereka ada saluran ke mahkamah. Rakyat yang terlibat secara langsung, faham. Yang jadi masalah ialah orang luar yang datang putar macam-macam cerita dan kata projek ini tidak perlu,"

Muhyiddin menegaskan bahawa hujah yang dibawa
pembangkang tidak munasabah dan menjangkakan isu ini akan selesai juga di masa akan datang.

"Nanti dia cari lain pula. Projek Langat 2 dan lain-lain. Sudah ada senarai. Saya fikir dalam iPad (mereka) dah ada satu persatu. Sampailah pilihan raya, dia cari modal,"

Muhyiddin berkata hubungan parti-parti komponen pembangkang itu sendiri bercelaru dengan pelbagai isu yang tidak dijelaskan kepada masyarakat.

TERDAPAT 14 TUNTUTAN IFC ( AMBIGA)

Posted: 04 Oct 2012 06:14 AM PDT




1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121003/re_05/Ancaman-IFC-dan-Pluralisme-Kita-mudah-lupa#ixzz28KnG5eIp 
© Utusan Melayu (M) Bhd

oyabun

Posted: 04 Oct 2012 11:45 PM PDT

oyabun


Mampukah Anwar selesaikan isu air Selangor?

Posted: 04 Oct 2012 03:00 AM PDT



Masalah air Selangor masih diperkatakan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beria-ia mahu menstruktur semula bekalan air negeri itu di sebalik gesaan Kerajaan Pusat supaya dipercepatkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Pembinaan Langat 2 perlu disegerakan kerana penstrukturan bekalan air negeri itu akan memakan masa. Tambahan pula kerajaan negeri Selangor masih terkial-kial mendapatkan persetujuan untuk mengambil alih kepentingan daripada empat syarikat konsesi bekalan air.

Jika perkara penting ini tidak dimiliki bagaimana hendak menstruktur bekalan air negeri. Khalid perlu diingatkan selalu bahawa hendak membina Loji Rawatan Air Langat 2 akan memakan masa dan bukannya bila sudah tidak ada air baharu hendak membinanya.

Kerajaan Pusat berusaha sedaya upaya menentukan pembinaan projek Langat 2 tetap dijalankan dengan pengeluaran tender kepada syarikat yang berminat membantu kerajaan. Tetapi dengan masalah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang banyak berdolak-dalih menyebabkan masa semakin suntuk bagi menyiapkannya.

Minggu lepas sahaja dilaporkan permohonan syarikat pembuat sarung getah Top Glove di Kapar, Selangor supaya bekalan air kepadanya dinaikkan sebanyak 20 peratus (%) lagi telah ditolak kerana kekurangan air. Hal ini seolah-olah menidakkan aliran pertumbuhan ekonomi kepada rakyat Selangor.

Peningkatan permintaan air akan meningkatkan pengeluaran, menambah peluang pekerjaan, melonjak perniagaan dan sebagainya. Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak meluluskan permintaan Top Glove itu kerana tidak boleh memberi jaminan bekalan air dapat ditunaikan pada masa depan.

Dalam hal ini mampukah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut air yang semakin kritikal antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat. Inilah yang kita harap-harapkan, dan jangan impian ini hanya angan-angan sahaja.

Sebenarnya inilah juga harapan daripada suara hati Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri kepada Ketua Pembangkang itu minggu lepas.

Kerajaan Pusat hampir kepenatan memberi pelbagai jalan untuk mencegah krisis air yang dijangka berlaku pada 2014 daripada melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Inilah kawasan paling tinggi jumlah penduduk di negara ini.

Bukan itu sahaja, Selangor menjadi tarikan jumlah modal pelaburan terbesar yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) bagi sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama tahun ini. Selangor mendapat RM6.08 bilion pelaburan bagi sektor pembuatan. Bayangkan jumlah kos melepas kepada Selangor jika isu air ini berterusan.

Tahap kesabaran Kerajaan Pusat yang cukup tinggi kini semakin menipis berhubung pertelagahan pendapat antara pihak kerajaan negeri dan Pusat. Sebab itu Muhyiddin menyuarakan perkara ini kepada Anwar sendiri.

Anwar bukan sahaja pemimpin besar pakatan pembangkang tetapi juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid lebih ghairah memainkan peranan dengan menimbulkan bermacam-macam mainan kata-kata dan alasan. Beliau juga cuba menunjukkan projek bernilai RM8 bilion yang membawa masuk air tambahan dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai membazir. Dengan pendekatan itu, nampaknya projek itu tidak akan menjadi kenyataan.

Baru-baru ini Khalid memberi kata dua bahawa pihaknya hanya mengeluarkan 'arahan pembangunan' untuk loji rawatan itu jika Kerajaan Pusat bersetuju dengan pelan penstrukturan air negeri Selangor.

Putrajaya berulang kali menyatakan tidak ada halangan terhadap pelan tersebut. Tetapi pelan penstrukturan bekalan air Selangor itu bukan semudah yang dibayangkan oleh Khalid. Beliau kena berunding dengan empat syarikat konsesi air di Selangor berdasarkan terma 'kesanggupan penjual dan kemampuan pembeli' sebelum beliau mampu mengambil alih aset air negeri.

Setakat ini syarikat konsesi telah dua kali menolak tawaran pengambil alihan itu dan Khalid mahu Kerajaan Pusat masuk campur tangan, sedangkan urusan itu adalah rundingan perniagaan. Sebagai bekas peneraju dan pembuat keputusan dalam syarikat konglomerat, Khalid patut sedar perkara campur tangan ini.

Kerajaan Negeri Selangor pada 19 September lalu telah memaklumkan kepada Kerajaan Pusat tentang tindakan seterusnya untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).

Makluman telah dibuat melalui surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bertarikh 14 September. Surat ini juga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rujukan beliau.

Khalid menyatakan keengganan menteri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memulakan rundingan menunjukkan Kerajaan Pusat memang sengaja mahu mengingkari tanggungjawab untuk memenuhi kepentingan awam dan obligasi sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 191 (4) WSIA.

"Sehubungan itu, saya memaklumkan sekiranya menteri dan kementeriannya tidak memberi maklum balas yang bertentangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini, saya beranggapan pihak kementerian tidak mempunyai sebarang bantahan untuk saya meneruskan penstrukturan ini," ujar Khalid.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Isu Bekalan Air Selangor menjelaskan hal sebegini penting tidak boleh diambil sikap bermusuh kerana air adalah masalah rakyat dan tidak boleh dipandang kecil.

Dalam reaksi Peter Chin terhadap kata dua 14 hari itu yang tarikhnya tamat lima hari lalu berkata: "Perkara yang dibangkit tidak mengikut saluran malah isu air menjadi bertambah rumit dengan melibatkan pemantauan dasar dan penyediaan dana khas."

Dengan demikian Muhyiddin terus menyuarakan hal ini kepada Anwar untuk mendapatkan bantuan memecahkan kebuntuan apabila mereka duduk bersebelahan dalam majlis jamuan tengah hari anjuran Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Rabu minggu lalu.

"Saya beritahu Anwar, sebagai Penasihat Ekonomi Selangor beliau perlu memberi nasihat yang betul. Saya minta beliau menasihat kerajaan Selangor bertindak secara positif supaya kerja pembinaan loji rawatan Langat 2 boleh dijalankan dan isu-isu pembangunan," kata Muhyiddin.

Apabila ditanya tentang reaksi Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar menunjukkan beliau membawa perkara itu kepada Khalid dan akan memaklumkan dalam tempoh seminggu.

Muhyiddin berkata beliau telah menjelaskan kepada Anwar bahawa perkara melibatkan kepentingan air jangan dipolitikkan kerana isunya adalah masalah kebajikan rakyat. "Jika kita tidak melakukan sesuatu, kita akan berdepan dengan kemarahan rakyat," kata Muhyiddin.

Dalam sejarah negara, Selangor negeri pertama memberikan air secara percuma kepada pengguna bagi menunaikan janji pakatan pembangkang jika menang pilihan raya umum 2008.

Inilah tindakan membingungkan atau menggelikan hati yang kerajaan negeri terlalu memikirkan untuk mengambil alih perniagaan air tanpa memahami bahawa pengeluaran dan pengagihan air kepada berjuta-juta kediaman dan beribu-ribu industri menelan belanja yang dahsyat.

Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan boleh membayar sehingga RM9 bilion (tawaran kali kedua kepada pemegang konsesi air) untuk mengambil alih aset airnya. Walapun membayangkan kemampuan membayar sejumlah wang yang besar itu, tetapi bagaimana kerajaan negeri hendak mendapatkan balik pelaburannya itu apabila pada masa yang sama rakyat diberikan air percuma? Jelas ia tidak selari dan masuk akal. Kecuali ini adalah permainan seseorang untuk menguasai Putrajaya.

Baru-baru ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kerajaan negeri tidak ragu-ragu membatalkan projek pemindahan air jika kerajaan Selangor berpendapat mereka tidak perlukan air Pahang.

Kini, nampaknya harapan berjuta pengguna air di Lembah Klang terletak pada bahu Anwar. Adakah beliau sanggup berkorban dengan mengetepikan politik partisan dan memainkan peranannya sebagai negarawan?

Untuk seorang yang masak dengan mainan politik, Anwar mungkin lebih memahami ada perkara dalam hidup ini lebih penting daripada politik berbanding dengan kita rakyat biasa. Dan air sudah tentu keperluan penting dalam kehidupan kita.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 04 Oct 2012 11:38 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Selamat Menunaikan Solat Jumaat.

Posted: 04 Oct 2012 09:44 PM PDT

Jangan ada yang pakai macam ni dah le.

Gambar hiasan.

Karang tak khusyuk pulak makmum kat belakang.


ANWAR LARI

Posted: 04 Oct 2012 07:30 PM PDT

ANWAR KE PARIS KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2013, ANWAR DAN PROGRAM JESUIT PERLU DIBONGKAR

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.
 
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.

"Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas.

"Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.

Sementara itu Ibrahim menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen.

Pegawai-pegawai pun akan mencatatkan segala perbahasan dan semua ucapan dalam Parlimen itu nanti akan diterbit dalam bentuk hansard.

Adakah itu juga menjadi masalah," ujarnya sinis

LIM KIT SIANG KATA ANWAR PUNCA NEGARA RUGI

Posted: 04 Oct 2012 05:00 PM PDT

Konspirasi Jesuit/Zionis Menghancurkan Ekonomi Malaysia : Dari kiri, Michel Camdessus, Pengarah urusan IMF, James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia dan Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan sebelum mesyuarat Bank Dunia/IMF 17 April 1998 di Washington,
Anwar lulusan Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya pernah dilantik menjadi Menteri kewangan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990.


Bank Negara Rugi 1993

Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah bilion ringgit.


Lim Kit Siang, Ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenunya di atas kerugian tersebut.


"Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!" kata Kit Siang ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993.


Ahmad Shabery Chik bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang ketika itu Setiausaha Politik Tengku Razaleigh Hamzah turut menyalahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan sebagai punca kerugian Bank Negara tersebut.


"Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata.


"Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,"katanya.


Edisi Malam Jumaat : PAS Mahu Tukar Kedah Menjadi Bikini Bottom

Posted: 04 Oct 2012 10:00 AM PDT

Awek berbikini kini di Alor Setar.


Semalam MyMassa panjangkan posting yang dikeluarkan oleh blogger Kedah mengenai pusat hiburan yang melampau di Kedah (http://mymassa.blogspot.com/2012/10/pasberg-tiger-show-di-kedah-punca.html).


MyMassa juga lihat bahawa bencana yang melanda Kedah semakin menjadi-jadi sejak PAS perintah.

Kalau ikut dalil PAS semasa menjadi pembangkang, Kerajaan Negeri yang tak bertanggungjawab membiarkan maksiat berleluasa akan mengundang bala Allah SWT.

Akhirnya kata-kata PAS sebelum berkuasa kini kena kembali kepada mereka. Kini PAS lah yang membiarkan maksiat berleluasa di Kedah sehingga menyebabkan negeri tersebut selalu dilanda bencana.


Pemimpin PAS bukan sahaja mengundang bala, malah PAS juga tak buat apa-apa untuk menghadapi bencana yang melanda negeri tersebut. Berikut adalah kenyataan Menteri Besar Kedah.

Tiada peruntukan projek tebatan banjir dalam belanjawan negeri — MB Kedah

October 03, 2012


ALOR SETAR, 3 Okt — Kerajaan Kedah tidak akan menyediakan peruntukan untuk projek tebatan banjir dalam belanjawan kerajaan negeri kerana projek itu sudah diambil alih oleh kerajaan pusat, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar).

 

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengikut apa yang telah kerajaan pusat rencanakan untuk projek tebatan banjir di Sungai Pendang dan Sungai Kedah.

"Kerajaan pusat dah ambil alih dan kita akan gunakan apa yang kerajaan pusat buat. Lagipun kerajaan pusat dah sediakan peruntukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Beliau berkata masalah banjir di Kedah terutamanya di Pendang sering berlaku tetapi sampai sekarang masih belum ada penyelesaian untuk masalah itu.

"Saya hairan kenapa sehingga sekarang projek itu masih belum dilaksanakan sedangkan peruntukan sudah lama diberikan.

Azizan berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberi bonus satu setengah bulan seperti mana yang dilaksanakan kerajaan pusat, bagi petugas kerajaan negeri semasa pembentangan belanjawan bulan hadapan.

Katanya beliau menjangkakan belanjawan negeri yang akan dibentang nanti akan menunjukkan peningkatan seperti yang dibentangkan tahun lepas.

"Sejak kita memerintah Kedah, setiap tahun kita akan naik bajet kita. Tahun sudah kita naik RM1.06 bilion dan tahun ini mungkin akan lebih lagi," katanya.

Mengulas mengenai belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Jumaat lepas, Azizan menyifatkan ia adalah belanjawan pilihan raya dan ia adalah belanjawan biasa yang hanya ditambah sedikit daripada tahun lepas.

Azizan berkata isu pembinaan perumahan juga tidak pernah diberikan kepada Kedah sedangkan kerajaan negeri juga memberi kerjasama yang baik.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-peruntukan-projek-tebatan-banjir-dalam-belanjawan-negeri-mb-kedah/

Ini ke bentuk negeri berkebajikan yang PAS sering laungkan?


Benarkah Ini Punca Staf GLC Tak Sokong BN?

Posted: 04 Oct 2012 07:30 AM PDT

SHELLigali bukan Petronas Carigali?


 
Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam Petronas. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah. Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam Petronas.

Buat beberapa bulan kebelakangan ini, Petronas sudah menerima influx bekas pekerja Shell yang bersepah di syarikat itu. Cukup ramai. Mereka ini diletakkan di tempat-tempat yang strategik, kononnya untuk merubah cara berfikir dan cara bekerja Petronas yang dikatakan ketinggalan zaman dan tidak up to date.

Bekas kakitangan Shell ini dikatakan akan memberikan pelbagai cadangan, untuk meletakkan Petronas di tempat yang lebih baik selepas daripada ini, Sayangnya, setakat ini, kebanyakan pemain industri minyak dan gas ini tertanya-tanya perubahan yang bakal dicadangkan.

Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun dengan Petronas. Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.

Sayangnya, satu demi satu, individu dan 'kroni' seorang pemimpin kanan Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik. Main bawa masuk kawan sahaja?

Bermula dengan kehadiran Datuk Wee Yiaw Hin; sekarang Petronas sudah dilanda dengan demam 'bekas pekerja Shell'. Berlambak orang Shell yang sudah diberikan tempat di dalam Petronas. Apakah mereka ini benar-benar berkemahiran, atau dibawa masuk sekadar untuk melengkapkan semangat 'Shell' yang sudah berada dalam Petronas?

Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!

Blog ini amat mengharapkan kalangan pimpinan tertinggi Petronas untuk melihat kembali POLISI dan pendekatan ini. Moral kakitangan berada di tahap rendah, bilamana kemahiran mereka dipertikai dan diarah untuk mengikut penyelesaian Shell dalam semua perkara. Tanpa mahu membawa semangat perkauman, mengapa kalangan 'advisor' yang dibawa masuk ini semuanya berbangsa Cina? Apakah budak-budak Melayu dalam Petronas sudah kurang bijak dan lembab belaka?

Lebih merisaukan apabila kalangan orang Shell yang sudah immigrate ke Petronas ini, kebanyakannya mempunyai semangat 'sebangsa, senegara, sejiwa'. Mohon kepimpinan tertinggi Petronas nilai semula perkembangan yang amat merisaukan ini.

Boleh Dato' Wee nafikan kebanjiran kontraktor minyak dan gas Singapura yang semakin berlambak di Petronas??? Kerja siapa? SHELLigali?


Sumber : http://gelagatanwar.wordpress.com/2012/09/12/shelligali-bukan-petronas-carigali/

MyMassa tak terkejut bila baca artikel oleh Gelagat Anwar. Berita pasal staf Petronas dianak tirikan telah dimaklumkan oleh adik MyMassa yang bekerja di situ.

Semalam Dato' Sri Najib mengumumkan peranan GLC dalam membangunkan negara. Bagi MyMassa pengumuman DS Najib kurang bermakna kalau pekerja dalam GLC sendiri tidak seronok bekerja di situ. Kesannya, kemungkinan besar ianya akan diterjemahkan di atas kertas undi. Adakah ini menguntungkan Barisan Nasional?


Mohon pimpinan tertinggi negara ambil maklum trend terkini dalam GLC yang semakin hari semakin jauh dari memberi sokongan kepada Kerajaan yang memerintah dek kesilapan keputusan pentadbiran GLC itu sendiri.

Jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.


Antara Dakwah Pemain Bola Dengan Dakwah PAS.

Posted: 04 Oct 2012 05:00 AM PDT

Gambar Adel Taarabt yang menunjukkan kecintaannya pada Allah S.W.T selepas menjaringkan gol.


Lebih manis, beliau melakukan sujud syukur bersama seorang lagi pemain muslim dari QPR.


Oleh kerana menayangkan tulisan I LOVE ALLAH, Adel telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

Bila MyMassa tengok gambar ni, terfikir perbezaan DAKWAH yang dilakukan oleh pemain ini berbanding dengan cara yang dilakukan oleh PAS.

PAS yang mengaku sebagai parti Islam juga mempunyai cara dakwah mereka iaitu melalui pentas ceramah. Mari kita bandingkan kedua-duanya.


Adakah dengan memaki dan bercerita lucah akan menyebabkan non-muslim tertarik kepada Islam?

*Nilai-nilaikan.

MINTA MAAF, BUKAN ANWAR

Posted: 04 Oct 2012 03:00 AM PDT

 

SPEECH AT THE RAFIK HARIRI UN-HABITAT MEMORIAL AWARD

I WOULD LIKE TO SHARE THIS SPEECH DELIVERED AT THE NEW YORK PUBLIC LIBRARY IN NEW YORK CITY, USA ON SEPT 28, 2012
 
1. I would like to thank the Rafik Hariri Foundation and the UN Habitat for conferring on me this prestigious Rafik Hariri UN-Habitat Memorial Award.
 2. I deem it a great honour especially as this award is named after a remarkable man whose leadership qualities and contribution toward the rehabilitation of the war-ravaged city of Beirut and Lebanon is incomparable.

3. I knew Rafik Hariri when he first visited Malaysia. We immediately became close friends and I visited Lebanon at his invitation to see the damage wrought by the fratricidal war. Rafik promised he would rebuild Beirut as it was before the war. And he delivered on his promise. I visited Beirut after the restoration and I felt sure that a great future awaits Lebanon under his leadership.

4. In many ways I was like him. I wanted to develop Malaysia just as he wished to develop Lebanon. But he was less fortunate because he did not have the stability of Malaysia. Nor was he given the time.

5. Here I would like to pay tribute to my predecessors who devised a formula for Malaysia's multi-ethnic, multi-religious people to work together. My predecessors also set the stage for Malaysia's conversion from an agricultural country to an industrial country.

6. My task was to ensure the peace and stability of Malaysia was fully utilised to grow and develop the country. For this Malaysia decided not just to look at the developed West, but more at the burgeoning economies of the East, principally Japan and South Korea. Look East became Malaysia's slogan. It was not about industrialising as much as it was about acquiring the work ethics of these successful nations. I believe firmly that work ethics determine the success or otherwise of a nation.

7. A business-friendly policy was adopted and this stimulated investments both by foreigners as well as locals. We actually called this policy Malaysia Incorporated, despite general disapproval of Government/business collaboration. We were working for the 30% of the profit which belongs to the Government as corporate tax. Stress on labour intensive industries overcame unemployment almost completely.

8. The economy grew by leaps and bounds. With growth in Government revenue first class infrastructure was built. To hasten the progress, a policy of privatisation was adopted. Very quickly the country boasted of infrastructure comparable with developed countries.

9. Malaysia believes in no ideology. We are pragmatists. We do what can be done, whether capitalistic or socialistic. We promoted self-confidence by adopting the slogan "We Can". We Malaysians can do what others can do.

10. I think I have said enough about Malaysia's experience. It is no miracle. It is just about doing what everyone thinks should be done when we are in charge of our own destiny. I believe that any country can be run the way Malaysia and Lebanon under Rafik Hariri were run. The magic lies in devising a formula to keep the country stable and peaceful. Democracy is great but democrats must accept that they cannot win every time. Losing elections is something which must be accepted in a democracy.

11. Above all, leaders should not stay in power too long, even if they are popular.

12. I believe this award, the Rafik Hariri UN-Habitat Memorial Award is for Malaysia more than it is for me. Without the culture of sharing among the multi-racial, multi-religious people of Malaysia, without their love for peace and stability, Malaysia would not have been able to grow as it has done.

13. I believe my friend Mr Rafik Hariri noticed this during his visit to Malaysia. Violence breeds destruction. Only peace and stability can be a win-win formula.



Wajah Sebenar Mahafiraun @ Mahazalim

Posted: 04 Oct 2012 12:00 AM PDT

Pembangkang, PAS dan Parti Keadilan Nasional (kini PKR) sanggup super impose gambar Tun Mahathir untuk fitnah beliau.
TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. "Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita," - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!


Sumber : http://www.facebook.com/ohmedianetwork

*Sebagai bonus, MyMassa kongsikan video penghargaan khas untuk Tun Mahathir yang pernah MyMassa uploadkan.


Belantan

Posted: 04 Oct 2012 11:28 PM PDT

Belantan


Rakyat Selangor menuntut hak air percuma?

Posted: 04 Oct 2012 07:41 PM PDT



"Pemberian bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pemilik kediaman di seluruh Selangor ini memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan Raya umum 2008.

"Perkara ini bukannya seperti ungkapan 'kami akan bagi, kami akan beri'. Itu subjektif tapi ini jelas dan terang memang disebut, jadi perkara ini adalah hak seluruh rakyat dan penduduk yang tinggal di Selangor, tak ada diskriminasi sama ada anda guna atau tidak meter air pukal."

Itulah sebabnya Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor(GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan menggerakkan inisiatif membantu mereka yang menuntut hak berkenaan daripada kerajaan PKR Selangor yang turut diterajui sekutu mereka daripada DAP dan Pas.

"Sebelum ini mereka tak kisah dan mungkin tak bersatu, tapi hati inginkan air percuma. Ada yang pada awalnya mengatakan ah! berapalah sangat kalau RM50 dikalikan (darab) dengan 11 bulan, baru RM550, tapi kalau diteliti balik, rugilah," kata Sohaimi ketika ditemui di Shah Alam kelmarin.

Pada Jun 2008, kerajaan negeri Selangor yang mengambil alih pentadbiran BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12), Mac tahun itu, memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.

Namun, bagi rumah yang menggunakan meter pukal tidak tertakluk di bawah program itu sehingga mengundang kemarahan rakyat negeri itu. Ini kerana diyakini pihak kerajaan negeri masih dapat menentukan penggunaan air dan mengeluarkan bil mengikut setiap isi rumah.

Dan sehingga Jumaat lalu, sejumlah 4,000 saman termasuk daripada orang perseorangan telah dikeluarkan terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim tersebut.

Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.

Manifesto adalah perkataan Latin yang dipopularkan di Itali yang maksudnya jelas tanpa was-was. Dan daripada catatan sejarah, istilah itu telah digunakan dalam penulisan Inggeris pada tahun 1620.

Manifesto secara umumnya adalah satu deklarasi awam yang dibuat secara bertulis untuk melahir sesuatu hasrat, motif atau aku janji tentang sesuatu pandangan, isu oleh seseorang individu, kumpulan, kerajaan atau pun parti politik.

"Justeru, sama juga dengan tindakan-tindakan politik yang secara keseluruhannya melibatkan pemilih atau pengundi, kaedah pemasaran yang baik telah digunakan secara meluas demi mencari kemenangan dalam pilihan raya.

"Apa lagi perkataan manifesto itu secara asasnya sejak daripada awal lagi penggunaannya lebih menjurus untuk tujuan politik. Lantas apabila kita menyebut istilah tersebut, kita akan bayangkan janji-janji orang politik. Apabila berkempen pada setiap pilihan raya, para calon sebagai 'produk' akan menyediakan manifesto yang terbaik bagi memancing undi," kata Sohaimi.


Menurut Sohaimi, rakyat Malaysia sudah 12 kali menggunakan autoriti memilih 'produk' yang difikirkan berkualiti dan berkelayakan untuk memimpin negara. Tidak lama lagi, pastinya rakyat akan sekali lagi membuat keputusan memilih satu produk yang berkualiti untuk dibayar dengan harga satu undi.

"Persoalannya, apakah selepas pilihan raya yang ke-13 itu nanti, produk yang kita pilih itu akan berfungsi seperti mana yang kita inginkan sewaktu memilih untuk membeli mereka," kata beliau.

Pada PRU 12 yang lalu, kata beliau, pengundi telah disogokkan dengan pelbagai janji atau manifesto parti-parti dan individu yang bertanding.

"Pada hemat saya, manifesto Barisan Nasional lebih fleksibel dan berpijak di bumi nyata. Sementara manifesto pakatan pembangkang pula sarat dengan janji-janji manis, tidak ubah seperti 'menabur gula-gula kepada kanak-kanak'.

"Telah ditakdirkan pakatan pembangkang menang di Selangor Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kemenangan di Selangor misalnya, kerana rakyat terpesona dengan manifesto yang dilaungkan mereka. Sudah tentu harapan itu tinggi kerana janji-janji yang dilaungkan itu ibarat mencapai bulan dan bintang.

"Sementara Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi, sebab itulah janji-janji dalam manifesto yang ditulis adalah berpada-pada dan fleksibel kerana pemimpinnya berhati-hati dalam mengukur keupayaan dan kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu," katanya.

Walaupun tidak menaburkan janji manis dalam manifesto, kata beliau, Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan rakyat. Dengan berslogankan "1Malaysia: Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan", Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Penyelarasan Harga, Bantuan Pelajar RM100, Baucar Buku RM200, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1MALAYSIA), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), dan pelbagai lagi.

Kata beliau: "Ironisnya, di mana janji-janji manis pakatan pembangkang. Mereka tidak ubah seperti menanam bibir di tebu menyebabkan rakyat terpesona dan terpedaya.

"Hakikatnya, janji yang diberi adalah palsu. Manifesto yang dilaungkan hanya cantik pada fizikal tetapi sayang, bukan untuk dilaksanakan. Lebih mengecewakan apabila Menteri Besar Selangor (Abdul Khalid) mengakui bahawa 'janji-janji itu takkan dapat dilaksanakan' kerana manifesto pakatan pembangkang bukan satu perjanjian.

Rakyat maklum, 20 liter padu air telah diberikan percuma pada setiap bulan kepada setiap isi rumah di Selangor. Tetapi pelaksanaannya tidak adil dan tidak semua rakyat menerimanya. Pada masa yang sama, Syabas pula yang terpaksa menanggung beban hutang yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri.

Sebagai rakyat Selangor, tentu anda ingin juga bertanya di mana tabung RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan di Selangor? Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah asuhan, dapatkah mereka bantuan RM75 sebulan untuk seorang?

"Anak seorang rakan saya mendapat tempat di universiti bertanyakan bantuan RM1,000, tetapi banyak pula kerenah dari pihak berkenaan (kerajaan Selangor) sehingga beliau menyerah kalah untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Berapa banyakkah janji manifesto itu yang berjaya dilaksanakan? Rasanya, rakyat Selangor boleh menilai sendiri. Jika dilaksanakan pun, hanya memberi masalah baru kepada orang lain termasuk rakyat sendiri.

"Sekiranya diketahui bahawa kita tidak mampu menunaikannya, jangan sekali-kali kita berjanji dan menabur harapan yang tak pasti. Janganlah membuat manifesto palsu semata-mata untuk menang pilihan raya dan akhirnya rakyat menjadi mangsa pembohongan," kata Sohaimi.

Suara Politik
Taminsari

Pakatan Rakyat mengajar rakyat menjadi BIADAP?

Posted: 04 Oct 2012 08:42 AM PDT



Sedar atau tidak, hanya selepas lahirnya 'Reformasi' yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban. Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui pentas-pentas ceramah.

Anwar Ibrahim sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam kesumat. Kemudian PAS juga turut menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan menghina.

DAP yang sememangnya tidak pernah dididik dengan adab, menambah meriahkan lagi keadaan dengan ceramah yang menghasut dan membakar api perkauman.


Sejak itu, siri-siri demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun bermula. Pihak berkuasa diperlekeh. Kepimpinan negara diperleceh. Sikap hormat-menghormati pun terhapus sama sekali.

Tak kira yang bertudung, yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata maki hamun sesama manusia dan sesama Islam. Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak mereka dengan sikap biadap yang sama.

Siapa yang boleh lupa insiden puak PAS menunjuk 'anu' kepada Puteri UMNO. Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi?


Di celah-celah itu juga, kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlahkan diri secara nyata dan meningkatkan lagi kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.

Akhirnya, biadab pun menjadi budaya. Memijak gambar, menghina bendera sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang ponggong di dalam konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang.


Rakyat kononnya diseru mereka agar 'mengekspresi' diri tetapi apa yang diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat adalah bertanggungjawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan meningkatkan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.

Suara Politik
Taminsari

Paris lebih penting dari Sidang Parlimen!!!...Anwar 'cakap tak serupa bikin'?

Posted: 04 Oct 2012 01:40 AM PDT



Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.

"Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas.

"Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.

Sementara itu Ibrahim menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen.

Pegawai-pegawai pun akan mencatatkan segala perbahasan dan semua ucapan dalam Parlimen itu nanti akan diterbit dalam bentuk hansard.

Adakah itu juga menjadi masalah," ujarnya sinis.

Sebagai 'wakil rakyat' Anwar sebenarnya telah mengecewakan harapan rakyat Permatang Pauh yang memilihnya menjadi wakil mereka di Parlimen! Sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar sepatutnya mengambil tanggungjawap mewakili kesemua ahli Parlimen di pihak pembangkang untuk membahas pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini dan bukannya 'melarikan diri' ke Paris kerana urusan peribadi?

Nampaknya kepentingan peribadi adalah lebih penting dari membincangkan masalah rakyat! Sudah tiba masanya rakyat berfikir untuk menolak pemimpin yang 'gila meroyan' yang mahu menjadi Perdana Menteri ini dalam PRU ke-13 nanti.

Suara Politik
Taminsari

The Unspinners

Posted: 04 Oct 2012 11:21 PM PDT

The Unspinners


Hal bela kanak2 diam, Hal peribadi dan reka-reka bising

Posted: 04 Oct 2012 10:30 PM PDT

Bas Jelajah: Sewa beli tapi nama Khalid?

Posted: 04 Oct 2012 06:29 PM PDT

Lawak pagi: Padan cat merah

Posted: 04 Oct 2012 05:29 PM PDT

Kabinet bayangan 'game' Azmin selamatkan Anwar

Posted: 04 Oct 2012 06:30 AM PDT

"18/20 Point Agreement" hanya senarai untuk dirunding

Posted: 04 Oct 2012 01:30 AM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 04 Oct 2012 11:04 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Je dois chercher a comprendre

Posted: 04 Oct 2012 08:39 AM PDT

Je dois sauver les enfants de bonne d’être brûlé par les escroqueries roulette. Les détails relatifs à roulette est que vous pouvez faire. J’aime cette citation, mesure deux fois, couper une fois.
Grâce à ce moyen ne débutants jeter les doigts sur les lignes jeu casino TIPTOP ? Naviguer vers Yelp et lire quelques-unes des discussions sur les questions casino en ligne gratuit demandé là-bas.

Si vous êtes comme moi, tu sais que je peux sauter aussi peu que ce qui était humainement possible. Nous devons battre le fer encore chaud. Je n’avais pas présumer que je ne pouvais pas avoir plus à dire en ce qui concerne jeux de carte.

Quoi qu’il en soit, maintenant que nous nous sommes mal préparés à nouveau. casino en ligne francais est un véritable trésor.

J’ai vu là-bas récemment annoncé jeux de casino et même les plus communs ce n’est que rarement utilisée.

Si vous ne comprenez pas ça, vous êtes un néophyte.

jeu casino est une sorte de terme commun aujourd’hui, dès que cette méthode nécessite généralement roulette en ligne. C’est une sorte de plaine. À tout le moins je ne pouvais tout simplement Dodge présente aussi peu qu’il est humainement possible. Ce fut une aventure fabuleuse. Un grand nombre des subordonnés de recueillir des photos de guide casino. Permettez-moi de vous montrer quelques notions fascinantes. Toutefois, Merci pour le partage. Comment peut-on percevoir les choses meilleur casino exquis ? Ils se faufile tel. Voyez-vous une tendance qui se dessine ici des gens riches ? Je sais qu’il est difficile de dire ce que je veux dire lorsque que met en avant le point de vue de casino gratuit si bien. Je veux un spécialement conçu casino online mais aussi casino bonus a été vendus dans le commerce avant. Comment puis-je commencer à surmonter le désir de bien vouloir donner quelque chose qui écrit casino internet si bien ?
Certains peuvent être plus guide casino pour la plupart des adeptes.

PISAU.NET

Posted: 04 Oct 2012 09:48 PM PDT

PISAU.NET


Beza Dulu Sebelum Cium Molot.

Posted: 04 Oct 2012 05:30 PM PDT

Pisau kata " sekarang ni nuar dah ciom molot dengan PAS sebab diampunkan dosa oleh tok wali selipar.."

Yang Terima BR1M Serupa Anak Ayam Kebuluran - Din Pudu

Posted: 04 Oct 2012 06:00 AM PDT


Apa la korang ni kebulur sangat duit BR1M,kan dah jadi serupa anak ayam kebulur.. Kerajaan BN tak respek rakyat..cuba dengan nasihat Pak Din kita ni..

Ceramah mamat ni serupa tengok dokumentari terbitan filem negara plak...hish..patutlah puak PAS sendiri tak minat dengar ...

Pisau kata " bosan giler dengar din ceramah....ngantok la woi!"

PRU13 Harus Pangkah DAP Sebab Masih Banyak Lagi Tanah Untuk Di Sapu..

Posted: 04 Oct 2012 01:00 AM PDT

kita harus bantu DAP dapatkan tanah ini!


Tanah milik MPPP seluas 4.49 ekar bagi keseluruhan lot yang bertanda hijau akan dijual.

Menurut sumber,tanah ini akan dijual selepas PRU13. Tahukah anda tanah ini didiami oleh penduduk kampung dan juga ramai peniaga.


Apa yang korang tak tahu,tanah ini berhampiran tak sampai 30 meter dari   pejabat DAP YB Koay Teng Hai... bertambah kebetulan pulak apabila kad nama Yb Koay dilekatkan pada "Land title no" tanah tersebut di pejabat tanah..adakah ini satu kebetulan?


Para pengundi Pulau Pinang..PRU13 nanti pangkahlah DAP semoga impian Yb DAP ini untuk memiliki prime land tercapai...kita sebagai rakyat Pulau Pinang harus berkorban apa saja demi kesejahteraan pemimpin DAP... kepada lebai dan ostad PAS marilah sama sama mendoakan akan kejayaan DAP demi kelangsungan kuasa agar berjaya mengkayakan para pemimpin ini.



Apa macam?boleh macam tu? 


Pisau kata " selagi berkuasa..curi lah tanah selagi sempat..betui tak?"

Kurangkan Cukai Kesilapan Kerajaan BN - Nurul Izzah

Posted: 03 Oct 2012 11:00 PM PDT

Ini didikan Anwar mantan menteri kewangan yang korang sayangi kepada anaknya..

Kata Nurul Izzah…

"Saya terkejut pengumuman pengurangan kadar cukai kerana apabila bercakap mengenai perbelanjaan, kita memerlukan banyak wang serta kutipan cukai lebih cekap, tetapi ironinya kerajaan mengurangkan kutipan cukai pendapatan"


Pisau kata "korang takmau sokong statement nurul izzah nih?"

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Oct 2012 09:41 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Anwar Kata PAS Parti Pengkhianat Orang Melayu

Posted: 04 Oct 2012 07:02 PM PDT

BuyJet Pakatan Pembangkang Beri Impak Negatif Pada Ekonomi

Posted: 04 Oct 2012 04:07 PM PDT

Guan Eng Zalimi Penjaja Di Penang

Posted: 04 Oct 2012 07:40 AM PDT

Mansor Akan Digugurkan Sebagai TKM?

Posted: 04 Oct 2012 01:32 AM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 04 Oct 2012 09:10 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


ANCAMAN IFC DAN PLURALISME.

Posted: 04 Oct 2012 12:26 PM PDT

ANALISA BAJET PAKATAN : KENYATAAN AKHBAR.

Posted: 04 Oct 2012 08:26 AM PDT

KUALITI PERBAHASAN BAJET OLEH PAKATAN MEMBUATKAN PARLIMEN MACAM MUZIUM MONYET !

Posted: 04 Oct 2012 04:56 AM PDT

ADA PERKARA PELIK DALAM BAJET PAKATAN.

Posted: 03 Oct 2012 11:00 PM PDT

r b f

Posted: 04 Oct 2012 07:22 PM PDT

r b f


Ya Allah Selamatkan Rakyat dan Negara Malaysia...

Posted: 04 Oct 2012 09:15 AM PDT

Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.

Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.

Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah Al-Akabuut, aN-Naml dan Al-Hijr.

Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki .

Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar." (al-Hijr: 71-74) 

Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim) 


Di Malaysia hari ini pula ada umat-umat islam yang sanggup mengangkat manusia yang dilaknat kerana mengamalkan seks sejenis sebagai imam solat dan menyampaikan kuliah dalam masjid. 

Itulah yang terjadi di Klang hujung minggu lepas sebagaimana gambar-gambar dibawah. 


 Lagi gambar-gambar boleh di lihat di sini

Ya Allah Ya Tuhanku, Selamatkanlah Negara Kami dan Kami Semua Dari Menerima Bala Bencana Sepertimana Yang Engkau Turunkan Kepada Umat Nabi Luth - Amin

Sebagai penutup bacalah kembali bait-bait perkataan yang tercatat dalam gambar dibawah.....


Puak-puak Pas jangan pula beri alasan tiada sumpah dalam islam. 

Walaupun harakah telah membuang berita seperti yang dibawah , tetapi saya masih menyimpan keratannya sejak 4 tahun lepas. 


Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 04 Oct 2012 03:55 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Hebat Sangatkah Nurul Izzah Bin Anwar...??

Posted: 03 Oct 2012 07:02 PM PDT


Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.

Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.

Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.

Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.

Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.

Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa?

Sejak negara kita merdeka, sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis.

Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan.

Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF.

Sedangkan tika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama.

Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk.

Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.

Kesimpulannya, negara kita tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan.

 Itu asas ekonomi...!

[Foto diatas hanyalah sebagai hiasan sahaja...., Sempena panasnya drama di siaran Astro Mustika berjudul "Adam & Hawa, aktress Nadiya Nissa dipilih menghiasi Blog LG ]

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 04 Oct 2012 03:55 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


RAKYAT MALAYSIA BARU TAHU ANWAR SEORANG RASIONALIS!!

Posted: 03 Oct 2012 06:47 PM PDT

Anwar menyifatkan umat Islam yang berdemontrasi bagi menyatakan kecintaan dan membantah penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW sebagai mempunyai masalah jiwa (psyche) dan emosional.

Bagaimana dengan demonstrasi demi demonstrasi yang didalangi oleh Anwar selama ini?

Anwar menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan demonstrasi. Emosi dan jiwa Anwar hanya tahu cara bekerja dengan cara berdemonstrasi. 

Seolah-olah jiwa dan emosinya tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengadakan demonstrasi. Jika tidak membuat demonstrasi dan tidak mengajak rakyat keluar untuk menunjuk perasaan dan membuat kekecohan, mungkin Anwar sudah lama hilang dibawa arus.

Manusia yang paling emosional sewaktu berdemonstrasi dan sewaktu berucap adalah Anwar Ibrahim. Tanda jelas yang tidak dapat ditutup, ialah tangannya tidak boleh tenang dan duduk diam ketika bercakap. Nampak jelas tiada ketenangan jiwa sewaktu bercakap atau berucap. 

Bila bangkit soal penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw, barulah dia bertukar 100% menjadi seorang rasionalis. Itu pun bukannya dia mengajak supaya umat Islam supaya berfikiran rasional. Dia memberi komen kepada majalah barat yang tidak tahu dan memang tidak faham pun tentang Islam.

Jika beginilah rasionalnya pemikiran yang cuba ditonjolkan oleh Anwar,  tidak akan wujud perpecahan di antara umat Islam di negara ini dan demonstrasi gila yang sudah menjadi budaya hidup sebahagian dari penyokong pembangkang di negara ini tidak akan terjadi.

Anwar tidak layak sama sekali untuk bercakap soal kewarasan kerana semua yang dilakukannya adalah di atas dasar sentimen, emosional dan dendam kesumat yang tidak mungkin terpadam. Jiwa Anwar adalah jiwa yang "berkecamuk dan konflik". Tiada ketenangan walaupun dia cuba untuk kelihatan tenang dan waras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan