Ahad, 13 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 13 May 2012 03:08 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tazkirah YB : Amanah Allah

Posted: 12 May 2012 11:05 AM PDT

Amanah merupakan sifat  wajib para Nabi dan Rasul. Amanah merupakan  taklif kepada setiap manusia. Imam Al-Qurtubi telah menyatakan bahawa amanah merangkumi  seluruh tugas agama. Allah telah menyenaraikan salah satu sifat mukmin yang berjaya dan menghuni  syurga Firdaus  ialah "orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka." Amanah dan janji  merangkumi segala perkara yang dipikul oleh manusia dalam urusan agama dan dunia samada perkataan atau perbuatan.  Rasulullah mengingatkan kita agama beramanah kerana tidak sempurna agama bagi mereka yang tiada amanah.

Allah menasihati manusia agar jangan menyerahkan harta anak-anak yatim kepada mereka yang tidak amanah. Amaran  Allah yang keras ini bertujuan untuk mengelakkan penjaga yang mengkhianati harta anak yatim dengan menganggap harta anak yatim  adalah harta mereka  sehingga mengurusnya untuk kepentingan mereka dan menadah terima kasih daripada anak yatim supaya mengenangi jasa mereka.

Allah menceritakan kisah Nabi Syuaib yang menasihati anak-anaknya agar memilih  orang yang amanah untuk mengurus kambing-kambing mereka. Tapi dunia seringkali  terbalik dengan melupai amanah dan pengertiannya. Bahaya akhir zaman ialah kekeliruan timbangan dan kerosakan nilai sehingga sampai ke tahap yang disifatkan oleh Rasulullah dengan sabdanya : "Tahun-tahun yang menipu akan datang kepada manusia. Pembohong akan dianggap benar, Orang yang benar akan dianggap bohong, orang yang amanah akan dianggap pengkhianat dan pengkhianat akan dianggap pembela amanah."

Amanah akan disia-siakan pada akhir zaman sebagaimana Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah : Bagaimana mensia-siakan amanah, wahai rasulullah ? Rasulullah menjawab : Apabila urusan kehidupan di serahkan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah masanya." Ibnu Hajjar Al-Assaqalani menyebut dalam kitab Fathu Bari : Ibnu Battal berkata, maknanya ialah "pemimpin-pemimpin yang diamanahkan oleh Allah  ke atas hamba dan wajib mereka memberi nasihat kepada rakyatnya. Sewajarnya dilantik orang yang memahami dan menghayati agama tetapi apabila dilantik yang bukan berkelayakan dalam menghayati agama maka mereka telah mensia-siakan amanah yang Allah pilih mereka dengan amanah."

Agama merupakan amanah Allah. Dunia dan kekayaan merupakan amanah Allah. Rakyat merupakan amanah kepada pemerintah. Harta rakyat merupakan amanah Allah kepada kerajaan. Memilih pemimpin merupakan amanah Allah kepada rakyat dan masyarakat Islam. Setiap orang akan ditanya dengan amanah masing-masing. Wallahua'lam


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 13 May 2012 01:06 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Lawatan Dewan Pemuda PAS Malaysia ke Pulau Pinang

Posted: 13 May 2012 01:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan kehadiran ahli Dewan Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia ke Pulau Pinang

Idris Ahmad

Posted: 12 May 2012 11:35 PM PDT

Idris Ahmad


Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.

Posted: 12 May 2012 10:53 PM PDT

Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.

Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.

Idris Hj Ahmad

12/5/12

Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012,  kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

 

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion.  Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda  sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah  RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor  memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan  simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah.

 

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman  batu .

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN  yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010  indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

 
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak  Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini  angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri  pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja  ialah "saya" untuk ganti perkataan "patik". Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.  Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

 

Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik  balik. Polis yang "merusuh" pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib.  Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh, BN  gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.

 

Sent from my iPad


Filed under: Keluarga&Masyarakat

PAS KDAS 3

Posted: 12 May 2012 09:16 PM PDT

PAS KDAS 3


Hukum Menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 May 2012 09:30 AM PDT

[TERKINI] BERSIH 3.0 : Jawapan Ustaz Azhar Idrus (05.05.2012)

Posted: 12 May 2012 09:23 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 May 2012 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Restoran Masakan Cina Muslim

Posted: 12 May 2012 09:05 PM PDT


Kepada mereka yang meminati atau ingin mencuba masakan Cina Muslim boleh dapatkan di :
Restoran Hj Sharin Low 9,
24, Betaria Business Centre,
Jalan Durian Mas 3, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan
(belakang Pusat Zakat Negeri Sembilan)
Tel : 013-5533280

Ubah Jang Ubah 17 Mei 2012 di Johol

Posted: 12 May 2012 06:48 AM PDT


CERAMAH PRA PRU 13
Ubah Jang Ubah, Bersama Pakatan Rakyat
Tarikh : 17 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.45 malam
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Penceramah :
1. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
2. Dato Arif Sabri Aziz, Bekas ADUN UMNO Pulau Manis, Pekan, Pahang/Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan www.sakmongkol.blogspot.com
3. Lt. Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, Presiden Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera (KERABAT)
4. Sdr Abd Rahman Ramli Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan

Tawaran Waqaf dan Infaq SRII Tahfiz Darul Ulum

Posted: 12 May 2012 06:47 AM PDT


TAWARAN WAQAF DAN INFAQ
Pemilikan Tanah dan Pembangunan Kompleks SRII Tahfiz Darul Ulum, Seremban

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan melalui :
Nama akaun : SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB ISLAMIC : 05040000993100

Atau sila hubungi :
019-6500927 Al Fadhil Ustaz Mohd Khairi, Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum
019-6644320 Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri, Bendahari SRII Tahfiz Darul Ulum

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Alamat :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 May 2012 03:30 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TUNTUTAN TAK SELESAI , HARAPAN NAJIB HANCAI BOCAI !

Posted: 12 May 2012 05:21 AM PDT

Gombak - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

"Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram.

"Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

"Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.

"Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat," katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.

"Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai tuntutan-tuntutan Bersih.

"Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama," katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil. -SH

NAK TUMPANG TOI AKHIRNYA TERKANTOI !

Posted: 11 May 2012 03:44 PM PDT

Terliur UMNO bila tengok Perhimpunan BERSIH 3.0 yang sangat berjaya telah dihadiri lebih 250,000 orang rakyat Malaysia berbilang bangsa ,berbilang parti(PKR,PAS,DAP,MCA(Ketua Wanita MCA Melaka), UMNO(Tan Sri Kadir) dan NGO, dari semua peringkat umur bayi, kanak-kanak, remaja, pemuda, tua dan veteran super duper serta orang OKU secara sukarela.
Tapi UMNO yang dikerah ahlinya kununnya seramai 3 juta orang(termasuk yang dah keluar UMNO ) tidak mampu mengerah satu pertiga ahlinya walau disediakan bas dan wang saku ke Stadium bagi merayakan UMNO kununya ke 66 (yang sebenarnya ke 24 sebab UMNO lama dah lama haram pada tahun 1987, buah tangan Tun Mahathir masa tu).
Ada desas -desus ramai tak hadir disebabkan golongan muda malu dengan fakta sejarah yang tidak betul mengenai umur parti UMNO. Mereka tidak tahu menahu bahawa parti UMNO asal telah diharamkan pada 1987 dan dihidupkan semula oleh Tun Mahathir pada tahun 1988 dengan nama UMNO(BARU). Sedemikian umur UMNO(BARU) sekarang ialah baru 24 tahun bukan 66 tahun. eee malunya Pimpinan UMNO menipu sejarah termasuk Tun Mahathir dan yang lain .

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 12 May 2012 11:36 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Sepetang Bersama Pesuruhjaya BPPNT & PERANTAU Di Bandar Seri Bandi

Posted: 11 May 2012 12:40 PM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 12 May 2012 11:24 AM PDT

Dupahang's Weblog


Nik Aziz: Selagi Tuntutan Tidak Dipenuhi, Akan Tetap Ada BERSIH 4.0

Posted: 12 May 2012 08:54 AM PDT

Gombak – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera."Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. "Tetapi [...]

PANAS!!! Samseng dikehendaki ditemui di belakang Hishamuddin

Posted: 12 May 2012 08:46 AM PDT

Masih ingat wajah mamat ni?  masih ingat mamat samseng yang buat kecoh?

Bn Menang PRU13: Dunia siber dan pengkaji kena ambil cakna kajian ini

Posted: 12 May 2012 08:43 AM PDT

Usah bergaduh pasal kajian UMCEDAL. Kajian yang memberi petunjuk kecenderungan pengundi memilih parti pilihan mereka dan kajian itu memberi advantage bahawa rakyat mahu lagi dan mahu juga mengekalkan serta memilih Umno Bn. Umno Bn bakal menang besar. Mungkin sesetengah pemimpin dan pimpinan kita dan mereka yang tidak dapat menerima realiti hakikat serta kedudukan kajian berkenaan. [...]

Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir…

Posted: 12 May 2012 08:38 AM PDT

http://reformisanakmuda.blogspot.com, 12 Mei 2012   Dengan bas percuma diberi… duit belanja dijanji beri… T-shirt di beri pakai… masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang… perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil. Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang [...]

MATEMATIK UMNO ( 2012 – 1988 = 66 )

Posted: 11 May 2012 08:28 PM PDT

Percayakah anda nasib baik kerusi warna merah boleh la coverline sikit-sikit tapi tang kerusi kuning tu yang buat Najib mengigau semalam…kahkahkah!!!! Dah kerah segala pun tak penuh stadium jugak?? Tingkat atas sekali tu kerusi warna biru dan kuning tu ahli umngok jugak ke? Betoi2 penuh stadium..tapi kerusi la kahkahkah!!! 100,000 apa belakang stage tu kosong [...]

Artis Terkenal Serah Borang Masuk Pas…

Posted: 11 May 2012 08:23 PM PDT

Pyan Habib mendeklamasi  puisi Penyanyi Terkenal Aishah turut hadir memberikan ucapan Tuan Guru Nik Aziz bersama Dato DR Chua Jui Meng Penyanyi Aishah menyerahkan borang kemasukan ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat  Tuan Guru Nik Aziz memberikan ceramah Suasana di dalam dewan yang penuh dengan orang ramai yang hadir  di Taman Melewar Telok [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 May 2012 11:09 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


OH FELDA

Posted: 09 May 2012 06:58 PM PDT


Pengumuman yang dibuat Najib Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.

KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA.  Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka.  Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini.  Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Najib Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka.  Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Najib Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka.  Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan.  KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Najib Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.

*Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, dan Wong Chen ialah Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 May 2012 09:40 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tawaran Waqaf dan Infaq SRII Tahfiz Darul Ulum

Posted: 12 May 2012 06:42 AM PDT


TAWARAN WAQAF DAN INFAQ
Pemilikan Tanah dan Pembangunan Kompleks SRII Tahfiz Darul Ulum, Seremban

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan melalui :
Nama akaun : SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB ISLAMIC : 05040000993100

Atau sila hubungi :
019-6500927 Al Fadhil Ustaz Mohd Khairi, Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum
019-6644320 Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri, Bendahari SRII Tahfiz Darul Ulum

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Alamat :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Ubah Jang Ubah 17 Mei 2012 di Johol

Posted: 12 May 2012 06:41 AM PDT


CERAMAH PRA PRU 13
Ubah Jang Ubah, Bersama Pakatan Rakyat
Tarikh : 17 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.45 malam
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Penceramah :
1. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
2. Dato Arif Sabri Aziz, Bekas ADUN UMNO Pulau Manis, Pekan, Pahang/Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan www.sakmongkol.blogspot.com
3. Lt. Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, Presiden Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera (KERABAT)
4. Sdr Abd Rahman Ramli Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan

Jasindaily Online

Posted: 12 May 2012 09:36 AM PDT

Jasindaily Online


Himpunan 66 UMNO Tak Mampu Tandingi Bersih 3.0

Posted: 11 May 2012 11:37 PM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berpendapat perhimpunan sempena Ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit Jalil malam tadi tidak boleh menyaingi perhimpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 28 April lalu.


Ini, katanya kerana peserta Bersih 3.0 datang dengan hati yang ikhlas supaya Suruhanjaya  Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak adil menguruskan sistem pilihan raya berbanding Umno diangkut secara percuma dengan sedikit habuan.Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata,

"Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara," jelasnya mengulas ucapan Najib semalam yang  yakin Umno sudah mendapat sokongan dengan manusia membanjiri stadium berkenaan.Katanya, peserta Bersih 1.0, 2.0 atau pun 3.0 baru-baru ini bukan diundang dengan habuan atau kenderaan percuma tetapi  kedatangan mereka disebabkan mahukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR mempertimbangkan saranan Bersih agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan baik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin Umno sukar dipulihkan kerana kepimpinanya terlalu sinonim  dengan rasuah dan mengabaikan rakyat bawahan yang mengharapkan simpati.

Keadaan bertambah parah kata Mahfuz, apabila pasukan polis bertindak kejam terhadap peserta Bersih 3.0  sekaligus mencalarkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap polis.Justeru itu, ujarnya Najib terpaksa menggunakan bekas perdana menteri dan dua bekas Ketua Polis Negara sebagai talian hayat menjelang pilihan raya umum ke 13 apabila di samping menubuhkan panel penasihat bebas.


"Gunalah siapa pun rakyat kini sudah bijak menilai, ukan macam rakyat 1970-an, 1980-an atau 1990-an yang rela angguk setiap kali pilihan raya," ujarnya.

Patutlah Selalu Engkar Arahan Saja

Posted: 11 May 2012 10:22 PM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin adalah ahli Umno.Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.

Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.

Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.~ http://idaman78.blogspot.com

UMNO Lupa Asal Usul Penubuhannya

Posted: 11 May 2012 10:04 PM PDT

Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir? Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO "mengata dulang paku serpih"? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen 'demo' dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut. Peristiwa 1946 dibahas di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap "double standard" mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu 'Bloody Sunday" yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). 

Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. "The silent majority" yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa

Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.


Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang di kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..


Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.
~ http://idaman78.blogspot.com

Gelombang Merah Umno Terhempas Di Tol Rasah

Posted: 11 May 2012 09:58 PM PDT

Dua buah bas yang membawa pulang penyokong-penyokong Umno Terengganu dari perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di exit Tol Rasah awal pagi ini.Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang.

Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut.Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat.Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat!Syabas kita ucapkan kepada Cikgu Bard yang walaupun diherdik dan dimaki hamun oleh sekumpulan Samseng Umno seperti disini , sikap dan rasa per kemanusian beliau perlu dicontohi oleh kita semua.Syabas Cikgu Bard dan aktivis SAMM Negeri Sembilan!

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 May 2012 09:35 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Selamat Hari Jururawat!

Posted: 12 May 2012 03:04 AM PDT

SHAH ALAM
12.5.12

Selamat menyambut HARI JURURAWAT SEDUNIA.

Anda modal insan penting dalam negeri dan negara.
Berkhidmatlah kerana ALLAH.




Terima kasih misi!!

YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR

KHIDMAT MERU

Posted: 12 May 2012 09:03 AM PDT

KHIDMAT MERU


GELANGGANG BOLA JARING DIPERBAIKI

Posted: 12 May 2012 04:22 AM PDT




Gelanggang Bola Jaring yang telah rosak di Taman Melor telah mendapat perhatian YB Dr Rani.
Dr Rani mengeluarkan peruntukan ADUN untuk membaik pulih kerosakan yang terdapat di taman rekreasi tersebut.

PAS SELANGOR EDAR SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR BATANG KALI

Posted: 12 May 2012 01:06 AM PDT





Pesuruhjaya Pas Selangor bersama Lajnah Kebajikan Pas Selangor dan pimpinan Pas tempatan telah turun padang untuk memberi sumbangan barang-barang makanan kepada lebih seratus keluarga yang dilanda banjir kilat baru-baru ini.
Dr Rani selain memberitahu  mangsa-mangsa banjir bahawa mereka berhak mendapat bantuan one-off dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan LZS, juga layak mendapat sumbangan dari Pejabat Daerah.
Selain itu, Dr Rani mengistiharkan bahawa Kerajaan Selangor menerusi Exco Kebajikan akan menghulurkan RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat.

PAS Kulaijaya

Posted: 12 May 2012 07:12 AM PDT

PAS Kulaijaya


PASCA BERSIH 3.0 : JAMINAN KESELAMATAN INDIVIDU YANG DIBURU PIHAK KESELAMATAN

Posted: 11 May 2012 06:44 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan