Ahad, 13 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 12 May 2012 11:15 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Bukit Jalil Sesak Gara-gara #BNYouthJobFair2012 #UMNO66 @TengkuAdnanReal @UMBKL

Posted: 12 May 2012 01:45 AM PDT

Sekarang GR berada di Karnival Sambutan Ulangtahun UMNO 66. BN Youth Job Fair di sini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan walaupun ketika ini hujan lebat di sini.

Rata-rata pengunjung yang hadir mereka berkata program ini sungguh baik untuk mereka demi mencari pekerjaan yang baru dan boleh memperbaiki masa depan mereka dengan lebih baik. Tahniah GR ucapkan kepada Pemuda BN yang sentiasa mendengar masalah anak muda dan rakyat Malaysia serta menyelesaikan masalah mereka.

Ayuh kepada pembaca budiman diluar sana, datanglah beramai-ramai ke BN YOUTH JOB FAIR di Bkt Jalil ini, banyak peluang pekerjaan di sini baik dari agensi Kerajaan dan juga swasta...Sudah lebih 10,000 ribu yang datang...


Baca Selanjutnya di GOSSIP RAKYAT

@UstazAzharIdrus Suruh Pilih UMNO PRU13 Nanti

Posted: 12 May 2012 01:00 AM PDT

Moh tengok video ni. Ustaz Azhar Idrus cakap :

"Allah kata orang nak buat baik kena sokong Sape nak buat dosa jangan sokong"

Jadi dah terang2lah siapa yang buat kebaikan sape yang sebaliknya. Tak payahlah pikir panjang2 lagi Mohle Kita Pakat2 Undi BARISAN NASIONAL PRU13 nanti



@NajibRazak Dedah 7 Rahsia #UMNO66

Posted: 12 May 2012 12:45 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini,".

Selain itu Najib yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 120,000 ahli dan penyokong UMNO.


Baca selanjutnya di GOSSIP RAKYAT

Video Rusuhan Di Bukit Jalil Malam Tadi @umbkl @tengkuadnanreal #UMNO66

Posted: 12 May 2012 12:00 AM PDT

Sila lihat video di bawah ini bagaimana UMNO berjaya mengendalikan perhimpunan yang aman dan beradab di mana dihadiri lebih daripada 120,000 orang penyokong dan ahli-ahli UMNO dari seluruh pelusuk tanahair.

Tiada sebarang laporan kecederaan, kemusnahan harta benda ataupun pihak polis yang cedera sewaktu perhimpunan tersebut. Tidak timbul isu peserta perhimpunan enggan mengikut arahan atau sebagainya sepertimana yang didengar sewaktu perhimpunan haram Bersih tempohari.


Anda tonton dan anda nilailah sendiri............









LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 12 May 2012 07:32 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Gempar! Paus terdampar di Kelanang

Posted: 11 May 2012 08:24 PM PDT






Perghh..malam tadi kat kelanang,heboh,gamat serta kecoh!apasal,lihat sahaja foto di atas....sampaikan yb parlimen kuala langat,takut nak keluar..,
Kira-kira 20 orang nelayan membuat demostrasi aman dihadapan Dewan Kelanang di sini malam tadi ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir makan malam bersama rakyat di situ.
Demostari aman itu berlaku kira-kira pukul 9 malam dengan membawa pelbagai kain rentang yang antaranya tertulis menteri besar gagal bela nasib nelayan, pakatan rakyat Selangor gagal membela nasib nelayan, pakatan rakyat janji kosong cakap kosong pembohong dan jangan anak tirikan nelayan.
Mereka bersurai selepas 20 minit berhimpun tetapi malangnya menteri besar seolah-olah tidak menghiraukan suara rakyat itu begitu juga dengan ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.
Seorang nelayan, Mohd.Khairy Rajan Abdullah,44, berkata, selepas pilihan raya lalu ahli parlimen Kuala Langat telah berjanji untuk menyelesaikan masalah nelayan dalam masa tiga bulan sahaja.
Katanya, sehingga lebih empat tahun menjadi ahli parlimen janji tinggal janji dan beliau juga tidak pernah turun padang melihat penderitaan nelayan.
"Jangankan selesaikan masalah sebatang pancing pun tidak pernah kami dapat daripada kerajaan negeri.
"Dulu ketika perintahan lalu ada juga bantuan yang dihulurkan meringankan beban kami tetapi sekarang kami semakin terhimpit," katanya di sini malam tadi.
Bagi, Zanizam Ismail,32, pula berkata, perhimpunan itu dilakukan kerana mahu menteri besar tahu dan prihatin dengan masalah nelayan yang seperti tiada penghujungnya.
"Inikah di katakan negeri kebajikan? tetapi masih ramai rakyat yang dibiarkan terhimpit dengan masalah.
"Saya berharap menteri besar turun padang dan melihat sendiri kesusahan para nelayan di sini," tambahnya.
Seorang lagi nelayan, Yeaw Chong Chong,28, berkata mana janji-janji manis ahli parlimen yang menyatakan bakal membantu mereka menyelesaikan masalah nelayan dalam tempoh tiga bulan.
Katanya, mereka sudah menunggu lebih daripada empat tahun tetapi pemimpin itu lebih seolah-olah tidak ingat dengan janji beliau.
"Apa yang kami lihat dia lebih pentingkan masalah pribadinya sendiri daripada masalah rakyat di daerah ini.
"Inikah pemimpin yang sepatutnya dicontoi masalah rakyat tidak selesai tapi ada masa pula tambah isteri lagi sat,"tambahnya.

Pemuda UMNO Telok Datok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan