Memang benar mengerjakan haji satu perjuangan, banyak rintingan yang perlu dilului dan banyak ujian yang perlu ditempuhi bagi mencapai haji yang mabrur. Sesiapa yang boleh melepasi semua itu dengan baik pasti mendapat haji yang mabrur. Tetapi berapa ramai yang berjaya?
Saya dan isteri memilih haji ifrad walaupun ramai kumpulan kami yang memilih tamatta'. Kata mereka, haji ifrad berat sikit, kena berada dalam ihram tempoh yang lama, takut kena banyak dam. Yalah 13 larang semasa ihram. Gambaran itulah barangkali yang menakutkan semua jemaah.
Alhamdulillah kami memakai ihram sejak di Kelana Jaya lagi dan berniat haji semasa berada dalam kapal terbang. Bayangkan sepanjang penerbangan itu kami sudah diharamkan 13 perkara. Kalau melanggarnya perlu membayar dam. Tapi dalam fikiran saya, kita hanya nak buat haji, bukan nak salah. Tetapi kalau tersalah juga bayarlah dam, bukankah dam juga ibadah.
Mujurlah dalam kapal terbang boleh tidur walaupun kurang selesa. Dan dengan itu kami kuranglah bercakap. Jadi, kesalahan yang melibatkan lidah itu tiadalah berlaku. Apatah lagi larangan rafath dan jidal. Alhamdulillah selamat.
Sesampai di hotel, kami berpisah tempat tinggal. Cuma sesekali boleh berjumpa untuk makan terutama waktu sarapan pagi kerana waktu pagi tidak disediakan makanan. Namun kerap juga berjumpa tatkala untuk ke masjidil haram kerana di sana disyaratkan pergi bersama. Bukan apa, untuk keselamatan diri di tempat orang yang sememangnya ramai orang. Kalau sesat sukar berjumpa kembali.
Oleh sebab itulah kami boleh hidup dalam keadaan ihram tanpa melakukan larangan yang ditetapkan itu. Malah kami masih dapat menjaga larangan terutama yang membabitkan suami isteri. Alhamdulillah dalam tempoh itu tidak ada pertengkaran atau pergaduhan besar walaupun sekali sekala terasa juga kecil hati apabila berseorangan menanggung kesakitan (rasa isteri tidak simpati). Padahal itu semua ujian kecil yang cuba digoda syaitan.
Syukur kepada Allah kerana dalam tempoh 12 hari berihram kami dapat menjalani hari-hari itu dengan amalan kebajikan, malah dapat melakukan ibadah sunat di masjidilharam, membaca al-Quran dan solat sunat termasuk tawaf sunat. Sebenarnya dalam tempoh itu perjuangan yang perlu kami tempuh bukanlah sengit dan tidaklah mencabar sangat.
Di Makkah, perjuangan kesabaran boleh dihadapi dengan sikap tenang dan berfikiran positif terhadap apa yang berlaku. Cuma perjuangan bagi mengekalkan wuduk agak mencabar. Yalah, kadang-kadang sudah hampir hendak azan, terbatal wuduk pula. Bayangkan kalau nak keluar ke bilik air agak jauh. Kalau keluar, pasti tiada peluang masuk semula. Nak guna spray yang dibekalkan Tabung Haji takut basah tempat solat pula. Mujur ada tempat air zamzam dalam masjid maka bolehlah ambil wuduk di situ. Tapi tak bolehlah basuh tiga kali seperti biasa.
Bayar Dam
Berbalik kepada larangan ihram, ramai juga jemaah haji yang tidak perasan dengan bulu ari-ari, bulu dada dan hidung boleh gugur. Ada juga yang terkeliru antara sengaja dan tidak sengaja dalam menggugurkan bulu tersebut. Waktu kursus kita diberitahu tentu larangan menggugurkan rambut atau sebarang bulu pada tubuh badan. Juga diterangkan tentang maksud sengaja atau tidak sengaja. Tetapi apabila tiba waktu praktikalnya, banyak juga yang terlupa dan tidak perasan.
Saya sendiri waktu belajar itu beranggapan larangan itu tidak menjadi masalah bagi lelaki. Tetapi apabila sudah berada dalam realitinya, baru tersedar bahawa lelaki juga sama. Yalah, waktu kita mandi, bulu dada boleh gugur. Dan kadang-kadang secara tidak semena-mena, dicabutnya bulu hidung. Kalau yang gugur itu sehelai atau dua, tentunya kecil. Tapi kalau tiga helai sekali gus tentulah banyak.
Bayangkan, kalau setakat dua helai boleh diselesaikan damnya dengan memberi kepada orang miskin atau pekerja klener di Masjidilharam dengan kadar SAR 5 (lima rial). Tetapi kalau tiga helai, damnya seekor kambing yang bernilai SAR 330. Inilah perjuangan yang terpaksa ditempuh sepanjang ihram. Beruntunglah mereka yang memikirkan dam itu juga sebagai ibadah maka wang yang dikeluarkan itu ada nilaian di sisi Allah. Kemuncak Perjuangan
Semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah kemuncak perjuangan yang kalau gagal di sini gagallah haji. Antara larangan semasa ihram ialah menebang pokok dan memburu binatang. Sewaktu belajar, saya berfikir adakah pokok di sana, dan adakah binatang buruan di sana. Tetapi apabila sampai di sana baru kita sedar, sememangnya Allah ingin menguji kita.
Tahukah anda, di Arafah banyak pokok yang ditanam oleh kerajaan. Tentunya pokok itu ditanam untuk mencantikkan kawasan. Tetapi tahukah anda pokok itu juga termasuk dalam 13 larangan semasa ihram. Bayangkan kalau kita secara sedar menyandar dan menggonjangkan batang itu, lalu gugur daunnya, berapa banyak dam yang perlu dibayar. Itu satu hal, satu lagi apabila masuk di dalam khemah, ada pula anak pokok. Kawan saya hampir menyentuhnya. Bayangkan kalau dia tergatal tangan lalu memetik satu dua helai daun, berapa dam yang perlu dibayar.
Dalam hal ini, isteri saya ada menceritakan yang kawannya secara tiba-tiba seekor belalang terbang kepadanya. Dan dia sepantas kilat menepisnya lalu matilah belalang itu. Membunuh binatang buruan adalah satu kesalahan yang wajib membayar dam. Kita nampak hal ini kecil tetapi sebenarnya besar di sisi Allah.
Di Mini sesekali nampak burung merpati turun mencari makanan di atas jalan. Walaupun jumlah di sini tidak sebanyak di Makkah, kehadiran burung merpati yang kelihatan jinak itu boleh memerangkap jemaah haji. Sebenarnya kalau ada jemaah haji yang masih dalam ihram (hari ke 10 Zulhijjah) menabur makanan lalu burung itu memakannya, maka dia termasuk dalam kategori memburu binatang.
Mujurlah larangan di Mina itu hanya satu hari iaitu pada 10 Zulhijjah, bolehlah bebas sedikit. Tidak lagi risau hal keguguran rambut atau mencabut pokok juga memburu binatang. Sungguhpun begitu mereka masih ada tiga larangan yang melibatkan suami isteri. Jadi, pada hari ke 11, 12 dan 13 mereka agak selesa apatah lagi sudah boleh berpakaian biasa.
Perjuangan belum selesai
Walaupun larangan sudah kurang, perjuangannyanya masih belum selesai. Kadang-kadang sewaktu menuju ke Jamarat untuk acara melontar jamrah nafsu kita diuji. Bayangkan setiap hari berulang alik ke jamarat berdua-dua dalam keadaan bersesak-sesak, kalau tidak dikawal nafsu salah seorang daripada mereka sudah pasti dam menanti mereka.
Selain itu perjalanan sejauh tiga kilometer juga satu cabaran. Waktu pergi agak kuat dan bertenaga, tetapi waktu pulang masing-masing keletihan. Waktu ini kalau tidak kuat jiwa, akan tercetus banyak dosa lagi. Kita perlu ingat walaupun sudah tidak pakai ihram, bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja.
Perjuangan sebenarnya akan berakhir apabila balik ke Makkah. Di sana semua jemaah akan mengadakan tawaf ifadah dan saei. Tapi bagi yang buat haji ifrad cukup dengan tawaf ifadah sahaja. Ibadah tersebut juga perlu berhadapan dengan ujian bersesak-sesak. Kadang-kadang kaki mereka tersentuh kaki perempuan Afrika yang tidak pakai stoken.
Memang betul dalam mazhab Syafii bersentuh tanpa syahwat dalam keadaan ini tidak batal wuduk, tetapi bagaimana kalau waktu tersentuh itu, hati anda terasa sesuatu, tentu terbatal wuduk. Tapi anda mengabaikan perasaan itu lalu diteruskan tawaf. Tentu tidak sempurna tawafnya ketika itu. Bayangkan kalau ini gagal, bagaimana saeinya? Inilah yang saya maksudkan perjuangan terakhir.
Tawaf kedai
Selepas selesai haji, masing-masing bebas dengan aktiviti harian, selain berulang alik ke Masjidilharam, waktu pulang ke hotel, mereka akan tawaf kedai terlebih dahulu. Sesetengahnya window shoping dahulu, tetapi tidak kurang juga yang terus membeli belah untuk buat buah tangan orang di kampung. Kalau 20 hari di Makkah, entah berapa hari mereka menapak di kedai-kedai sekitarnya. Dan berapa banyak pula yang mampu dibeli.
"Mari-mari tengok dulu" itulah bahasa yang digunakan oleh penjual Arab bila melihat orang Malaysia alalu di hadap kedai mereka. "Malaysia bagus" ucapan pujuk yang sering digunakan oleh mereka membuatkan kita tergoda lalu membeli barang itu. Memanglah murah harga di sini, tetapi kualitinya kita tidak tahu. Nampak cantik tetapi belum tentu cantik. Kalau jubah memang cantik dan bermutu kalau harganya lebih 30 rial.
Saya beli seterika yang mengguna air, harganya baru 40 rial, kalau duit kita baru 30 ringgit lebih. Saya beli bukan sebab murah tetapi sebab nak gosok baju yang sudah berkedut. Saya berpuas hati dengan alat itu, cuma apabila bawa balik ke Malaysia, plaknya tidak boleh sesuai dengan soket di sini. Plak dua batang di sana tidak sama dengan lubang soket di sini. Sekarang alat itu disimpan dahulu sebelum menggantikan plak tiga batang. Harap-harap boleh digunakan setelah digantikan plak baru.
Sebenarnya orang Arab memang suka dengan orang Malaysia, kerana lazimnya orang kita suka membeli. Mengikut rekod mereka, orang Malaysia banyak membeli barang mereka. Tapi kadang-kadang mereka tidak suka apabila sebahagian mereka suka menawar harga yang bukan-bukan. Berbeza dengan orang Indonesia, mereka berbelanja seperti orang kaya. Mungkin mereka berniaga waktu di tanah air mereka. Inilah realiti jemaah haji sebelum pulang ke tanah air.
Sesetengahnya tawaf kedai ini disambung sewaktu di Madinah. Maka sebahagian barang itu diposkan dari Makkah dan sebahagian lagi diposkan di Madinah. Jadi yang pasti untung dalam hal ini ialah pekedai dan pos Malaysia. Bayangkan, saya sendiri belanja pos bernilai SAR700. Harga barang tentu lebih mahal daripada itu. Tapi tak mengapa kerana semua itu perlu dibeli untuk dijadikan hadiah buat mereka yang melawat di kampung nanti.
Solat 40 Waktu
Setiba di Madinah, solat 40 waktu di Masjid Nabawi tidak dilepaskan peluang itu oleh semua jemaah haji. Di sudut fadilat, saya tidak sebut kerana sudah banyak kali dijelaskan oleh penceramah, tetapi mesej yang tersirat daripada amalan itu perlu dilihat semula. Tidak dinafikan ibadah di Masjid Nabawi besar pahalanya, apatah lagi sampai 40 waktu, tetapi berapa ramai yang melakukan amalan itu secara ikhlas. Dan berapa ramai pula yang melakukan ibadah ini kerana sudah ada peluang di hadapan mata.
Sebenarnya solat 40 waktu yang dilakukan di Masjid Nabawi ini lebih daripada tujuan pahala yang besar. Tahukah anda, sesuatu yang dilakukan sebanyak 40 kali akan menjadi satu kebiasaan. Kalau anda hendak menghafal al-Quran, maka sesatu ayat itu hendaklah diulang sebanyak 40 kali, barulah benar-benar terlekat pada hatinya. Bagitu juga apabila kita mendengar sesuatu iklan sebanyak 40 kali, nanti kita akan mencuba juga akhirnya.
Maknanya, Allah mahu jemaah haji rasa seronok melakukan ibadah solat secara jemaah. Nanti dia akan rindukan solat berjemaah apabila balik ke tanah air. Ketika itu kalau dia tidak dapat melakukan solat jemaah sekali dirasakan amat menyesal dan rugi. Itulah yang akan terjadi kalau mereka lakukan solat 40 waktu di Masjid Nabawi dengan ikhlas kerana kehendak Allah dan rasul-Nya.
Setelah balik ke Malaysia, berapa ramai haji dan hajjah yang boleh mengekalkan solat jemaah di masjid atau surau? Saya tidak ada angka sebenar, tetapi kebanyakan jemaah haji sudah lupa amalan jemaah itu. Kalau wanita memang tidak perlu berjemaah (tidak digalakkan kecuali jika ada pengajian) di masjid atau surau, tetapi setidak-tidaknya mereka boleh mengekalkan solat di awal waktu. Tetapi itupun tidak mampu dilakukan oleh golongan ini.
Kalau begitulah amalan para haji dan hajjah ketika balik ke Malaysia, bolehkah mereka kekal sebagai haji mabrur. Mereka yang gagal mendapat haji mabrur awal-awal lagi kita tidak bimbangkan, kerana mereka memang tidak mampu melakukan ibadah sebagaimana yang dikehendaki Allah. Tetapi mereka yang sudah mendapat haji mabrur, tentulah rugi kerana semuanya lebur selepas itu.
Tidak dinafikan semua yang berlakukan ini ada kaitan dengan dosa yang kita lakukan sama ada secara sengaja atau tidak selepas berada di tanah air. Tetapi sesungguh sesuatu yang berlaku di sini tentu ada puncanya di sana. Jadi sebagai umat Islam apatah lagi haji dan hajjah yang baru pulang, marilah kita bertaubat dan sesalilah segala dosa dan kesilapan lalu. Semoga Allah ampuni dan kembalikan kita ke tempat yang sebaiknya di sisi Allah.
QUETTA, Pakistan: Pakistan menahan tiga pengawal sempadan Iran selepas mereka didakwa menyeberangi sempadan dan menembak sebuah kereta, menyebabkan kematian seorang rakyat Pakistan.
Menurut pihak berkuasa Baluchistan, pengawal sempadan Iran terbabit sampai di Mazan Sar Mashkail di daerah Washuk, tiga kilometer dalam Pakistan di mana mereka melepaskan tembakan ke atas sebuah kenderaan yang mereka kejar.
"Ketiga-tiga anggota keselamatan sempadan Iran itu ditahan kerana memasuki Pakisan dan membunuh seorang rakyat Pakistan di negara kami," kata Saeed Ahmad Jamali, Timbalan Pesuruhjaya Daerah Washuk.
Seorang rakyat Pakistan terbunuh manakala saudara lelaki beliau cedera akibat terkena tembakan dalam kejadian itu. Agensi.
8 Safar 1433H. [MOD] -PENYERANG Sunderland kelahiran Korea Selatan, Ji Dong-Won (kiri) bijak memperdaya penjaga gol Manchester City, Joe Hart dan seterusnya menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, Sunderland, England, awal pagi tadi. Keputusan Sunderland 1, City 0. - Foto AFP
SUNDERLAND 2 Jan. – Jaringan tunggal pemain Korea Selatan, Ji Dong-won dalam masa kecederaan membolehkan Sunderland melakar kejutan menewaskan pendahulu liga Manchester City di Stadium of Light, di sini semalam.
Keputusan itu menyebabkan pasukan bimbingan Roberto Mancini semakin sukar untuk mempertahankan kedudukan selepas dicabar hebat oleh Manchester United hasil perbezaan gol selepas anak buah Alex Ferguson turut tewas 2-3 di tangan Blackburn kelmarin. - AFP
PHNOM PENH 2 Jan. – Dua kanak-kanak serta ibu mereka yang sarat mengandung terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah apartmen di ibu negara Kemboja, lapor pihak berkuasa semalam.
Gabenor wilayah tempatan di utara Phnom Penh, Sok Sambath berkata, kebakaran itu yang berlaku pada tengah malam dipercayai berpunca daripada litar pintas di bilik tidur mangsa tersebut.
"Seorang budak lelaki berusia 4 tahun, kakaknya yang berumur 10 tahun serta ibu mereka ditemui mati akibat lemas setelah terhidu asap tebal," katanya. - AFP
LAGOS 2 Jan. – Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam satu rusuhan kaum antara dua komuniti di Ebonyi, tenggara Nigeria, kelmarin.
"Hampir 50 orang termasuk seorang pegawai polis terkorban apabila sekumpulan orang dari komuniti Ezza menyerang masyarakat Ezilo ekoran pertikaian tanah," kata jurucakap, Naga Onyekachi.
Tambahnya, pertempuran itu tidak berkaitan dengan serangan dari kumpulan pengganas Boko Haram yang menyebabkan Presiden Goodluck Jonathan mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan di Nigeria pada lewat semalam. - AFP
KARACHI 2 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera akibat terkena peluru sesat di bandar pelabuhan Karachi apabila penduduk Pakistan melepaskan beberapa tembakan ke udara semasa menyambut Tahun Baru, lapor polis.
"Tembakan ke udara pada malam Tahun Baru itu menyebabkan tiga orang maut dan 60 lagi mengalami kecederaan," kata Hamid Parhair, polis wilayah Karachi.
Tambahnya, 36 orang dibawa ke hospital kerajaan manakala selebihnya dihantar ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan luka ringan. - AFP
TEMERLOH 2 Jan. – Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja setelah menewaskan Melaka 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi.
Sokongan padu lebih 5,000 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium nyata membakar semangat juang skuad Tok Gajah untuk muncul pemenang, sekaligus mengulangi kejayaan menjulang piala berkenaan pada 1980, menewaskan Perak 4-2. -
JAKARTA: Sejumlah AS$6.1 bilion dikirim pulang tenaga kerja Indonesia ke negara asal mereka dari Januari hingga November 2011 dan daripada jumlah itu, AS$2.1 bilion adalah dari Malaysia.
Itulah angka yang tercatat di bank pusat, Bank Indonesia (BI) dan ia tidak termasuk wang yang dikirim secara langsung oleh mereka dan melalui institusi bukan bank yang tidak direkodkan BI.
Pengarah Pemberdayaan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Baslian Krisnayoza, berkata kiriman wang berjumlah AS$6.1 bilion itu adalah daripada tenaga kerja Indonesia yang bekerja di kawasan Asia, Timur Tengah dan Afrika, Amerika serta kawasan Eropah dan Australia.
Kiriman pulang wang dari kawasan Asia sahaja sudah berjumlah AS$3.5 bilion iaitu dari Malaysia AS$2.1 bilion, Taiwan (AS$448 juta), Hongkong (AS$441 juta), Singapura (AS$238 juta), Jepun (AS$146 juta), Korea Selatan (AS$85 juta), Brunei (AS$53 juta), Macao (AS$38 juta) dan lain-lain AS$2.69 juta, katanya dalam siaran berita di sini.
Kiriman dari Asia Barat dan Afrika berjumlah AS$2.4 bilion dengan sebahagian besarnya dari Arab Saudi iaitu Rp2.0 bilion, kiriman dari Amerika berjumlah AS$129 juta manakala kiriman dari kawasan Eropah dan Australia pula berjumlah AS$22.3 juta.
"Secara keseluruhan, kiriman 2011 yang berjumlah AS$6.1 bilion mengalami penurunan apabila dibandingkan dengan kiriman 2010 yang berjumlah AS$6.7 bilion," katanya. - BERNAMA
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) pertamanya merakam ucapan tahniah kepada Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana pembukaan tahun baru 2012 ini dibuka dengan insiden yang amat memalukan sistem demokrasi Negara selama lebih 54 tahun kita merdeka. Jelas tindakan keganasan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) malam semalam di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim sebagai satu percabulan dan pemerkosaan demokrasi dalam Negara kita.
Keduanya kami amat kesal dengan insiden malam semalam yang mencerminkan tidak bertamadunnya Penguatkuasa Undang-undang di dalam Negara kita. Kami boleh lebalkan bahawa Dato' Sri Najib adalah pembohong 'No. 1' Negara berikutan pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak Polis tersebut. Jika benar pendekatan yang di bawa oleh Dato' Sri Najib untuk melakukan perubahan dalam Negara, sudah tentu insiden seumpama malam semalam tidak berlaku. Bagi kami juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah salah satu sendiwara Dato' Sri Najib yang ingin kononnya membawa kepada perubahan baru.
Kami yakin, Mahasiswa dan rakyat boleh bersetuju bahawa sikap 'double standard' pihak Polis jelas kelihatan berbanding himpunan yang dianjurkan oleh Umno dan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selama ini. Kami mempersoalkan, adakah himpunan mereka diperlakukan seumpama himpunan Mahasiswa tersebut? Kami yakin juga bahawa Mahisiswa tidak akan tertipu lagi dengan dialog-dialog terbuka yang dianjurkan oleh Dato' Sri Najib serta pendekatan mesra siswa BN. Kami bertekad akan memastikan golongan Mahasiswa dan rakyat menjadikan sejarah hitam berakhirnya tahun 2011 malam semalam sebagai pendirian untuk menghukum BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti!
DR. RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia.
1. Mahasiswa adalah golongan pewaris kepada kepimpinan negara. Mereka perlu diraikan dan dibawa berunding. Tindakan membelasah mereka adalah satu kesilapan besar Kerajaan UBN 2. Secara terang dan jelas berdasarkan video ini ada mahasiswa yang dibelasah. Ianya amat bertentangan dengan kenyataan tidak lojik Ketua Polis Perak yang mengatakan mereka tercedera kerana memecahkan cermin kaca pada sebuah [...]
Pemuda PAS dun Rantau Abang telah Berjaya mengadakan sambutan Hari Keluarga Pemuda 2011 bertempat di perkarangan Surau Kampung Baru, Kuala Abang. Program ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti bagi 2011. Sambutan kepada program ini adalah amat menggalakkan dan diluar jangka di mana ia turut dimeriahkan oleh mereka yang telah melepasi lingkungan umur pemuda. Seolah-olah cuaca yang kadang kala hujan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terlibat di dalam setiap acara yang dijalankan.
Pelabagai acara sukaneka telah dijalankan yang merangkumi semua peringkat umur dan jantina. Antara acara yang mendapat sambutan hangat adalah "wood ball", lumba basikal fixxie dan bowling padang. Selain acara sukaneka, kaunter khidmat berbekam sunnah turut disediakan sebagai khidmat kebajikan kepada penduduk setempat. Majlis penutup program telah dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar PASTI khariah Pulau Serai.
Pengarah Majlis Tindakan Dun Rantau Abang, Tn Hj Alias Harun di dalam ucapan penutupnya telah menekankan kesatuan yang ditunjukan di dalam menjayakan hari keluarga ini perlu diterjemahkan kepada perkara yang lebih besar iaitu kesatuan di dalam menegakkan "Daulah Islamiah'' terutamanya di Terengganu. Beliau mengingatkan bahawa hanya Islam yang dapat menjamin kesejahteraan di dalam kehidupan. Dimana pemimpin yang patuh kepada Islam pasti akan menjadi peminpin yang adil, bertanggungjawab dan beramanah.
Disamping hadiah-hadiah yang dimenangi melalui acara sukaneka dan cabutan bertuah, mereka yang hadir telah juga dijamu di dalam jamuan rakyat yang telah disediakan oleh ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru Kuala Abang. Rata-rata yang hadir gembira dengan perjalan program secara keseluruhan dan mengharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Akhirnya, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang telibat terutamanya ahlijawatankuasa Pemuda Dun, ahlijawatankuasa pemuda cawangan-cawangan, Unit Amal dun, Nisa' dun dan ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru selaku tuan rumah.
Jamil Khir Kena Jawab Persoalan Pokok Idris Ahmad 1/1/12
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu menjawab persoalan yang dibangkit oleh Ketua Audit Negara, bahawa beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain kerana menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim
Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah? Penjelasan yang beliau berikan semalam tidak menjawab persoalan yang berbangkit.
Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.
Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri.
7 Safar 1433 H | 2 January 2012 Nukilan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Saya membaca dalam akhbar bagaimana kemeriahan sambutan tahun baru 2012, dan juga azam baru yang ditanam pada awal tahun. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kita nafas yang panjang dan mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya sementara kita dijemput untuk mengadapNya dan pergi buat selama-lamanya.
Cuma ingin saya menukilkan sedikit rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharram yang merupakan sambutan tahun baru 1433 H dan hari ini kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masehi.
Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar Hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari?
Penetapan awal tahun Hijrah berdasarkan kepada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Yathrib yang kemudiannya ditukar nama menjadi Madinah. Menggunakan kalendar hijrah bererti menyegarkan semula ingatan kita kepada perjuangan hijrah Rasulullah SAW dan pahit maung perjuangan baginda dalam menyebarkan dakwah. Ia bukannya sekadar satu catatan sejarah semata-mata, tetapi ia satu pengajaran kepada umat Islam agar berusaha terus-menerus untuk melaksanakan tuntutan dakwah.
Adakah generasi muda kita pada hari ini arif dengan sejarah Rasulullah SAW dan Bani Hasyim yang pernah menghadapi pemulauan ekonomi dan sosial selama tiga tahun?
Adakah generasi muda kita tahu bagaimana sejarah Rasulullah SAW yang pernah berdakwah ke Taif bersama-sama Zaid bin Harithah namun dilempar dengan batu?
Inilah sebenarnya mutiara-mutiara yang berharga dalam khazanah sirah Rasulullah SAW yang jarang sekali diperdengarkan di kalangan kita pada hari ini. Justeru, apabila kalendar hijrah digunakan, ingatan terhadap sirah ini pasti akan segar semula dan masyarakat pastinya tidak terada asing dengan sejarah Rasulullah SAW.
Sayangnya hari ini, kalendar hijrah hanya menjadi satu maklumat sampingan semata-mata diatasi oleh kalendar masihi sebagai kalendar yang utama. Paling tidakpun, pada bulan Ramadhan dan Syawal kalendar hijrah menjadi terkenal tetapi selepas itu, ia hanya tinggal tulisan yang kecil sahaja di tajuk-tajuk akhbar.
Oleh yang demikian, sangatlah besar cita-cita saya untuk melihat kalendar hijrah ini dijadikan sebagai kalendar utama khususnya di dalam kehidupan umat Islam. Apatah lagi kalendar masihi inipun asalnya dari penjajah dan dibawa masuk ke dalam pentadbiran pada era penjajah. Saya tidak melihat sebarang sebab yang boleh menghalang kalendar hijrah ini digunakan sebagai kalendar utama dalam pentadbiran.
Apapun, saya berharap agar lembaran tahun baru ini menjadikan kita hamba yang lebih tunduk kepada Allah SWT. Sesungguhnya dunia hanyalah tempat kita menumpang, tiba masanya kita perlu pergi jua dari tempat kita menumpang sekarang. Jika hari ini kita bermusafir tetapi masih mampu untuk balik kampung, maka satu masa nanti kita bermusafir ke alam barzakh dan seterusnya ke alam mahsyar pada hari kiamat, tiada lagi peluang untuk kita pulang ke kampung halaman kita di dunia ini.
PAS mengecam keras tindakan tidak berperikemanusiaan pihak FRU dalam meleraikan himpunan aman mahasiswa di UPSI semalam.
Tindakan menggunakan kekerasan yang ditunjukkan oleh FRU ternyata di luar batas susila anggota perkhidmatan awam. Mereka hanya sekumpulan pelajar yang ingin suara mereka didengar, mengapa harus bertindak keras sedemikian sehingga ada yang tercedera?
Ia membuktikan kenyataan Perdana Menteri untuk melakukan tranformasi dalam pentadbiran nyata hanya untuk pendengaran rakyat sahaja, kerana hampir jelas tiada niat bahawa apa yang dilaungkan Perdana Menteri direalisasikan akan berubah kepada tindakan.
PAS yakin insiden ini akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno/BN dan gerakan Asal Bukan Umno (ABU), menjelang PRU akan datang.
PAS rasa kecewa tindakan double standard pihak polis dan FRU dalam tindakan mereka. Sedangkan di waktu yang sama pelbagai himpunan dianjurkan NGO (Umno) di Selangor dan Pulau Pinang berjalan tanpa sebarang tindakan.
PAS mendesak satu siasatan rapi dibuat terhadap insiden ini, dan tindakan pengurusan dan perundangan mesti diambil. Pihak Suhakam dan pelbagai badan NGO lain dituntut mengecam tindakan melampau ini.
Apakah tindakan ini dibuat bagi menutup kemarahan Umno dan BN kerana gagal menghalang himpunan pertama yang berjaya menurunkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tempoh hari?
Polis dan FRU dinasihatkan tidak perlu menjadi pelindung kepada penyelewengan dan kekejaman akta zalim Umno BN. Mahasiswa yang bangkit menentang akta zalim ini sepatutnya disokong oleh semua.
Tindakan kejam dan melampau batas ini akan pasti dibalas oleh Allah di akhirat nanti. Ingatlah sabda Rasulullah "Kezaliman adalah kegelapan di akhirat".
KOTA KINABALU, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan memukul dan membelasah mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka sebagai satu tindakan yang bersifat 'kebinatangan' dan terkeluar dari norma manusia beragama.
"Tindakan tidak berperikemanusiaan dan lebih kepada kaedah 'kebinatangan' dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa dan anak muda ini," katanya.
Menurutnya, polis perlu menghormati peruntukkan yang sedia ada dan tidak sepatutnya dalam keadaan jahil dengan menuruti apa sahaja kehendak parti politik tertentu.
"Jangan jadi budak hingusan kepada UMNO/ BN. Tugas anda menyelamatkan hak rakyat… bukan melindungi pemimpin zalim.
"Berlaku adillah kepada semua pihak," tegas beliau.
Beliau turut menyifatkan agenda transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya politik murahan yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa pengertian.
"Jangan termasuk dikalangan petanda dan ciri-ciri golongan munafik. Apabila bercakap, tidak menepati apa yang diucapkan.
"Sudah-sudahlah berjanji menggula-gulakan kehidupan rakyat," ujarnya.
Tambah beliau, insiden yang berlaku terhadap mahasiswa bukan sahaja dirasai golongan itu, malah turut dirasai golongan anak muda seluruh negara.
Dalam insiden malam tadi, kira-kira 17 mahasiswa ditahan dan dua orang cedera parah dalam perhimpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, malam tadi.
Inilah kerja Polis yang hanya berani menangkap Mahasiswa sahaja. Kenapa masih ramai penjenayah, Perogol, samseng jalanan pengedar-pengedar dadah masih bebas dalam negara, kemana perginya integriti pasukan polis sehingga melakukan mahasiswa seperti binatang, disepak terajang sehingga cedera, ini yang menyebabkan orang hilang keyakinan kepada polis terutamanya aku, Semoga semua polis2 ini mendapat hidayah dan akan menerima balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CERAMAH PERDANA Bersama : Bob Lokman, Chegubard, YB Veerapan, Ust Khairil Anwar Wafa, Hj Razakek Tarikh : 7 Jan 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Kg Anak Air Durian Pondoi, Tampin, N.Sembilan
Semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Iskandar 019-2223231
Latihan ketenteraan di Selat Hormuz dianggap provokasi ke atas kuasa Barat
TEHRAN : Iran mengumumkan pihaknya akan melakukan ujian peluru berpandu jarak jauh sebagai sebahagian daripada latihan tentera di Teluk Parsi.
PASUKAN keselamatan Iran melepaskan roket dari sebuah bot
ketika latihan ketenteraan di Selat Hormuz, kelmarin.
Pengumuman itu dibuat di tengah ketegangan antara Iran dan kuasa Barat berikutan ancaman Tehran untuk menyekat jalan pengangkutan minyak melalui laluan strategik, Selat of Hormuz.
Pegawai kanan tentera laut Iran berkata bahawa ujian peluru berpandu dari darat ke laut, antara permukaan dan peluru berpandu udara, akan dilakukan ujian di Teluk Oman di selatan Teluk Parsi, lapor The Telegraph.
Naib presiden Iran, Mohammed Reza Rahimi baru-baru ini memberi amaran bahawa 'walau setitik minyak' tidak akan dibenarkan melepasi laluan Selat Hormuz jika Eropah dan Amerika Syarikat meneruskan rancangan untuk menghukum Tehran berikutan aktiviti nuklearnya dengan mengenakan sekatan terhadap eksport sumber tenaga.
Ancaman itu memaksa satu maklum balas keras dari Amerika Syarikat di mana ia mengatakan bahawa cubaan halangan itu tidak akan membabitkan toleransi.
Ia membangkitkan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat boleh menghantar kapal perang ke rantau itu untuk melindungi perkapalan antarabangsa.
Dua kapal laut Amerika Syarikat dilaporkan memasuki zon di mana Iran mengadakan latihan perangnya pada Khamis walaupun pihak tentera menegaskan bahawa mereka dalam misi rutin. Sementara itu seramai 5,283 orang termasuk 390 wanita berdaftar untuk menjadi calon dalam pilihan raya Parlimen Iran yang dijadual pada 2 Mac, kata Kementerian Dalam Negeri semalam.
Majlis Ulama Iran, panel yang terdiri daripada ulama konservatif dan pakar undang-undang, memantau calon berdaftar sama ada mereka mematuhi syarat yang untuk mengisi 290 kerusi di Parlimen.
Setiap calon mestilah warga Iran berusia antara 30 hingga 75 tahun yang akan menegakkan perlembagaan yang mensyaratkan kuasa mutlak di tangan pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Calon perlu mempunyai ijazah sarjana atau setaraf.
Majlis itu turut bertanggungjawab menyelia pilihan raya dan meluluskan keputusan pengundian.
Parlimen Iran ketika ini dikuasai pihak konservatif. Mereka bukanlah blok sendirian, bagaimanapun ia akan mewakili beberapa senarai.
Mereka juga termasuk 60 reformis tetapi parti reformis utama yang sesetengahnya diharamkan tidak akan menyertai pilihan raya.
Bagaimanapun, sesetengah calon dari kem reformis sudah mendaftar, menurut media Iran.
Pilihan raya pada Mac akan menjadi kali pertama sejak pertelingkahan dalam pilihan raya semula 2009 oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad, yang mengumumkan kemenangan walaupun mencetuskan dakwaan penipuan dan protes besar-besaran yang ditangani dengan kekerasan.
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.
Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.
Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.
Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.
Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".
Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.
(SH) Seorang abang tidak sedar adiknya membawa seorang wanita asing masuk ke dalam bilik rumah disewa mereka bersama sehingga kediaman mereka diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di sebuah taman perumahan di sini, rumah berkenaan disewakan lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama dua adik beradiknya yang lain.
Sepasukan anggota penguat kuasa Jaim bertindak menyerbu rumah berkenaan selepas mendapat maklumat orang ramai berkaitan seorang wanita dikesan masuk dalam rumah berkenaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, sebaik saja anggotanya melakukan serbuan, pihaknya menemui seorang wanita warga Indonesia berdua-duaan bersama seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan.
"Ketika pemeriksaan, wanita berusia 25 tahun itu didapati sedang berada di dalam bilik air dalam keadaan bogel dan mendakwa baru pertama kali datang ke rumah lelaki itu yang dikenalinya sejak tiga bulan lalu," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Rahimin berkata, ketika serbuan juga, abang kepada suspek yang berada dalam rumah itu tidak menyedari adiknya membawa seorang perempuan ke dalam bilik.
"Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
Rahimin berkata, Jaim kesal dengan kejadian itu dan menasihati umat Islam di negeri ini supaya tidak mengambil kesempatan terhadap warga asing yang bekerja di negara ini.
... mujur kat Melaka... kalu di kelantan kecoh satu dunia... ???
Gegak gempita Dataran Kemerdekaan dengan gandingan Ustaz Azhar dan Zizan ('boddo' bak kate Ustaz) dalam slot soal jawab agama slama 1 jam suku...
Ust. Azhar Idrus dan Zizan di Program Tahun Baru Pakatan Rakyat
YB Khalid Samad bersama ribuan anak muda di Dataran Shah Alam
Program solat Isyak berjemaah pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam
Program Tahun Baru UMNO dengan 'Battle Of The Band" lara..
Program UMNO yang melalaikan anak muda, dikhabarkan anak muda lari ke program Pakatan Rakyat
Sham Kamikaze bersama Dakmi bersama program Pakatan Rakyat
apa pun tahniah buat GeMS dan PR selangor kerana mampu menyediakan hiburan alternatif buat anak-anak muda dari dilalaikan UMNO... Syukran Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor
Pehh...kagum tgk Ust Azhar main gitar semalam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan Zizan sempena sambutan tahun baru 2102 dihadapan puluhan ribu manusia khusunya anak muda yang titakuti UMporNO.... power..power... main gitar boleh tapi jangan sampai jadi NAJIS...
Sham Kamikaze bersama Rakannya sedang membuat persembahan Ustaz Azhar Bersama Zizan Raja Lawak..Dalam Program Tazkirah Program Maksiat Anjuran Umno “Bangsat”..DiMana ada Maksiat Di situ Umno Sihat Golongan muda ditarbiyyah cara menyambut tahun baru berkonsepkan Islam..Di mana Tempat Hidup Islam di Situ Umno Tenggelam..
Gambar: Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang dibelasah polis kini di Hospital Slim River Sambutan tahun 2012 menjadi dimulakan dengan adegan pembantaian dan nyawa pelajar pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi membantah pihak UPSI dan menuntut keadilan sebenar diberikan kepada pelajar, bukan menuruti kemahuan pemerintah zalim yang takut dengan kebangkitan rakyat. Pada sambutan tahun 2012 malam tadi, [...]
TAHUN baru 2012 dimulakan dengan tragedi berdarah yang bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai kekejaman pihak polis terhadap mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik. Malam tadi, satu demonstrasi aman diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI di Tanjung Malim oleh sekumpulan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik. Kumpulan mahasiswa ini difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga [...]
Tahniah dan syabas Prof Aziz Bari kerana sudah bersedia menceburi sepenuh masa dalam lapangan dan gelangan politik tanah air. Pilihan dan tindakan beliau akan menyenangkan semua pihak terutama bekas majikannya, kerajaan dan juga parti pembangkang. Kita mahu dalam negara kita gologan cendikiawan jika tidak sehebat seperti Al Baradei di Mesir tetapi cukup juga dengan adanya [...]
Seseorang itu tidak akan dilihat bodoh jika dia sendiri tidak memperlihatkan kebodohannya. Begitulah sebaliknya.Di Jengka baru-baru ini terdapat sekelompok peneroka Umno yang berdemonstrasi, kononnya membantah tindakan empat orang peneroka dari Jengka 15 baru-baru ini yang memfailkan injunksi terhadap KPF yang akan bermesyuarat menetapkan status Tan Sri Isa Samad (5 Jnauari depan) yang mahukan Felda melalui [...]
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan terhadap mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli dan bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samudin berkata, PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi.
"PKPIM berpandangan tindakan polis termasuk FRU yang meleraikan mahasiswa secara ganas pada awal pagi ambang tahun baru akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan seumpama ini tidak bertepatan dengan hasrat transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat sesuai dengan tuntutan generasi mahasiswa hari ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Seharusnya, kata beliau sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.
Dalam perkembangan yang berkaitan, ujarnya PKPIM melihat isu itu juga berkait langsung dengan kelulusan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan perhimpunan aman.
PKPIM juga, katanya memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan yang telah terbukti di dalam kejadian yang menimpa mahasiswa di UPSI awal pagi tadi.
"PKPIM merasakan bahawa bahawa tragedi mahasiswa di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman pada masa akan datang," katanya lagi.
Justeru, PKPIM mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dengan insiden ini dengan tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada seluruh mahasiswa dan rakyat demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia.
TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.
Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.
Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.
Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.
Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.
Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.
Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.
"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.
"Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut.
"Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia.
"Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tegasnya. Harakahdaily sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PKR mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara ganas pada awal pagi ini.
Pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli.
Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik.
Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai.
Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River.
Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri.
Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis..
Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis.
"Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik," katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau berharap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan.
"Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan agenda transformasinya tidak membawa sebarang makna," ujarnya.
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memandang serius tindakan Federal Reserve Unit (FRU)dalam menangani isu yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi tadi.
PMUKM dalam satu kenyataan pagi ini menyelar sekeras-kerasnya tindakan FRU membelasah mahasiswa dalam menyuraikan perhimpunan di UPSI. Pengerusi Bebas, Safwan Anang dilaporkan kritikal dan beberapa mahasiswa lain yang turut tercedera dengan tindakan zalim pihak polis.
"Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan roh Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya memberi hak kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat," tambah kenyataan itu kepada Harakahdaily.
Sekalipun himpunan itu dilihat sebagai satu perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan dalam menangani himpunan itu kerana mereka hanya berdepan dengan mahasiswa dan bukannya penjenayah bersenjata.
Tambahnya, tindakan yang diambil pada waktu kejadian seolah-oleh menggambarkan pihak polis terlalu terdesak seolah-olah tiada jalan lain dalam menangani himpunan tersebut.
Ini sama sekali tidak sesuai dilakukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Menurut PMUKM lagi, sikap double standard polis juga terlihat apabila sebelah pihak yang menyokong kerajaan membuat demostrasi di Putrajaya pada 21 Disember baru-baru ini tidak pula dikenakan apa-apa tindakan, sebaliknya kekerasaan diperlakukan kepada mahasiswa yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
"Seharusnya pihak polis menjadi badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian, keadilan, dan kesaksamaan semua pihak khususnya rakyat jelata dan bukannya bertindak di luar peri kemanusiaan," ujar kenyataan.
Oleh itu, PMUKM mendesak supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Rabusupaya bertanggungjawab atas tindakan kejam pihak polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di UPSI pada awal tahun baru 2012.
Nik Abdul Aziz Nik Mat Hari ini hari yang pertama dalam tahun 2012 kalendar Masihi. Saya membaca dalam akhbar bagaimana kemeriahan sambutan tahun baru ini dan juga azam baru yang ditanam pada awal tahun. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kita nafas yang panjang dan mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya sementara kita dijemput untuk mengadapNya dan pergi buat selama-lamanya.
Cuma ingin saya menukilkan sedikit rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharram yang merupakan sambutan tahun baru 1433 H dan hari ini kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masehi. Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar Hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari? Penetapan awal tahun Hijrah berdasarkan kepada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Yathrib yang kemudiannya ditukar nama menjadi Madinah. Menggunakan kalendar hijrah bererti menyegarkan semula ingatan kita kepada perjuangan hijrah Rasulullah SAW. Ia bukannya sekadar satu catatan sejarah semata-mata, tetapi ia satu pengajaran kepada umat Islam agar berusaha terus-menerus untuk melaksanakan tuntutan dakwah. Menggunakan kalendar hijrah bererti mengingatkan kita semula kepada pahit maung perjuangan Rasulullah SAW di dalam menyebarkan dakwah.
Adakah generasi muda kita pada hari ini arif dengan sejarah Rasulullah SAW dan Bani Hasyim yang pernah menghadapi pemulauan ekonomi dan sosial selama tiga tahun? Adakah generasi muda kita tahu bagaimana sejarah Rasulullah SAW yang pernah berdakwah ke Taif bersama-sama Zaid bin Harithah namun dilempar dengan batu? Inilah sebenarnya mutiara-mutiara yang berharga dalam khazanah sirah Rasulullah SAW yang jarang sekali diperdengarkan di kalangan kita pada hari ini. Justeru, apabila kalendar hijrah digunakan, ingatan terhadap sirah ini pasti akan segar semula dan masyarakat pastinya tidak terada asing dengan sejarah Rasulullah SAW.
Sayangnya hari ini, kalendar hijrah hanya menjadi satu maklumat sampingan semata-mata diatasi oleh kalendar masihi sebagai kalendar yang utama. Paling tidakpun, pada bulan Ramadhan dan Syawal kalendar hijrah menjadi terkenal tetapi selepas itu, ia hanya tinggal tulisan yang kecil sahaja di tajuk-tajuk akhbar. Oleh yang demikian, sangatlah besar cita-cita saya untuk melihat kalendar hijrah ini dijadikan sebagai kalendar utama khususnya di dalam kehidupan umat Islam. Apatah lagi kalendar masihi inipun asalnya dari penjajah dan dibawa masuk ke dalam pentadbiran pada era penjajah. Saya tidak melihat sebarang sebab yang boleh menghalang kalendar hijrah ini digunakan sebagai kalendar utama dalam pentadbiran.
Apapun, saya berharap agar lembaran tahun baru ini menjadikan kita hamba yang lebih tunduk kepada Allah SWT. Sesungguhnya dunia hanyalah tempat kita menumpang, tiba masanya kita perlu pergi jua dari tempat kita menumpang sekarang. Jika hari ini kita bermusafir tetapi masih mampu untuk balik kampung, maka satu masa nanti kita bermusafir kea lam barzarkh dan seterusnya ke alam mahsyar pada hari kiamat, tiada lagi peluang untuk kita pulang ke kampung halaman kita di dunia ini.
Salam hormat.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan.
Anggota FRU telah bertindak ganas dan melampau di UPSI menyebabkan beberapa pimpinan pelajar mengalami kecederaan parah.
Seorang pelajar yang kritikal bernama Muhammad Safwan Anang Talib disahkan oleh pihak keluarganya patah tulang rusuk...kini mengalami kesukaran bernafas dan berada di Hospital Slim River.
Amar Ismail dari Universiti Malaya dengan kesan darah kena belasah FRU
Lebih 20 orang Pelajar telah ditangkap dan diberitakan termasuk juga Adam Adli. SUMBER : sini dan di sini
Kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.
2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.
3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.
4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Datuk Abd Fattah mengiringi Tuan Guru di Perlawanan akhir Piala Tok Guru
KOTA BHARU, 31.Dis – Kemeriahan Kejohanan berprestij Bolasepak bagi merebut Piala Tok Guru berakhir malam tadi setelah sebulan diadakan bermula pada 2.Disember lalu.
Sebanyak 14 Parlimen mengambil bahagian dan dua pasukan jemputan iaitu Akademi Bolasepak Melayu Kelantan(ABM) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan(DHPP) bagi merebut gelaran Juara 2011. Kejayaan Kota Bharu melepasi perlawanan awal membawa hasil ke perlawanan akhir seterusnya membawa pulang sejumlah RM12 ribu hadiah termasuk Piala Pusingan dan Medal.
Kota Bharu yang menewaskan Machang di peringkat akhir dengan jaringan 5 -2 membuktikan keunggulan pasukannya yang sekian lama mengidam untuk memiliki piala Tok Guru tersebut.
Perlawanan akhir yang disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,Sukan dan NGO Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Takiyuddin Hassan, Timbalan Exco Sukan Abdul Latif Abdul Rahman,Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abd Rahman dan Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Aziz Yunus.
Kota Bharu muncul Juara Piala Tok Guru 2011
Turut sama Adun Kemuning Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dan Adun Tanjong Mas Rohani Ibrahim.
Kehadiran penonton yang lebih 1000 orang membuktikan Kejohanan kali ini berjaya menarik belia dan rakyat negeri ini untuk sama-sama memberi sokongan kepada sukan bolasepak negeri Kelantan.
Lebih 1000 hadir saksikan perlawanan akhir antara Kota Bharu dengan Machang
Datuk Abdul Fattah ketika ditemui berkata Kejohanan kali ini amat berjaya dan beliau berharap pihak Persatuan Bolasepak Kelantan(KAFA) memberi sedikit ruang untuk membuat penilaian terhadap pemain-pemain yang dilahirkan melalui kejohanan ini dan ada sebahagiannya boleh dibawa ke peringkat negeri.
"Saya amat berharap pihak KAFA dapat menghantar wakil mereka untuk membuat penilaian sendiri dan pemain yang lahir dalam kejohanan ini adalah bermula di peringkat bawah lagi iaitu melalui Liga Dun dan
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kepada kecederaan orang awam.
Menurut Juanda, insiden tindakan kasar polis semasa menghuraikan demonstrasi aman mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi amat membingungkan.
Beliau berkata sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk.
Tambah Juanda, sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah lain seperti kecederaan.
"Pembantaian mahasiswa di UPSI amat membingungkan. Kenapa sampai perlu menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama? Apakah pintu musyawarah (berunding) sudah tertutup?
"Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan. Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya dalam tulisannya di laman Facebook.
Awal pagi tadi beberapa mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI telah ditahan polis kerana ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.
Kumpulan mahasiswa itu mendakwa polis telah bertindak kasar dengan "memukul, menendang dan menumbuk" mereka, yang menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.
Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.
Pemimpin PKR dan DAP mengkritik tindakan kasar polis terhadap kumpulan mahasiswa itu.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan anggotanya bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan menegaskan "tiada pergelutan" yang berlaku semasa tangkapan dibuat.
Tambah Juanda, pihak polis sepatutnya bertindak secara bijaksana dalam menghuraikan demonstrasi itu.
"Sewaktu api fitnah sedang mara menjulang, pihak berkuasa sewajarnya mencari sesuatu yang sudah semakin hilang pada hari ini, iaitu kebijaksanaan.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian," katanya.
KUALA LUMPUR, 1 Jan 2012 : PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakwa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.
"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.
"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.
"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.
"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.
Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.
"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.
Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.
Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.
"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.
CERAMAH PERDANA Bersama : Bob Lokman, Chegubard, YB Veerapan, Ust Khairil Anwar Wafa, Hj Razakek Tarikh : 7 Jan 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Kg Anak Air Durian Pondoi, Tampin, N.Sembilan
Semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Iskandar 019-2223231
Akhirnya beberapa premis judi internet di Seremban Jaya diserbu polis setelah pendedahan dibuat oleh media internet.
Premis judi Internet diserbu
Mingguan Malaysia 1 Jan 2012
SEREMBAN 31 Dis. – Kegiatan perjudian Internet yang dijalankan di sekitar Taman Seremban Jaya dekat sini berjaya dilumpuhkan selepas polis menyerbu tiga buah premis petang semalam.
Serbuan pada pukul 6 petang itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri (IPK) selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim berkata, dalam serbuan itu, lapan pelanggan yang sedang leka bermain judi di premis berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.
"Dalam operasi ini, polis merampas 48 unit komputer yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di tiga premis berkenaan.
"Semua pelanggan yang berusia20 hingga lingkungan 40-an itu cuba melarikan diri tetapi gagal selepas menyedari premis berkenaan dikepung," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, hasil serbuan itu juga, polis menahan tiga lelaki berusia 21 hingga dipercayai penjaga premis berkenaan.
Siasatan awal mendapati, kesemua premis ini sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan sering dikunjungi kaki-kaki judi untuk melepaskan gian. Malah bagi tujuan keselamatan, pengusaha juga memasang kamera litar tertutup (CCTV).
Zazali berkata, polis memandang serius kegiatan perjudian Internet ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.
Menurutnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan kerana berniaga tanpa lesen.
Jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun di bawah Seksyen 4B (a).
"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6, pemilik premis boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya.
Setelah mengadakan kuliah maghrib di sebuah Pasti, Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor telah dijemput untuk merasmikan Markaz Tarbiyah Bukit Rambai , Melaka.
Dalam ceramah beliau, Dr Rani telah menerangkan dengan jelas tohmahan-tohmahan yang telah disebarkan didada-dada akhbar mengenai Pakatan Rakyat.
Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim juga di dedahkan untuk menjadi penilaian rakyat dan terserahlah kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka didalam pilihanraya umum yang akan datang.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya ingin menjelaskan laporan SINAR HARIAN beberapa hari yang lepas mengenai kononya saya simpati kepada Sharizat Jalil.
Soalan pemberita dikemukakan kepada saya selepas kenyataan akhbar mengenai isu penapisan filem.
Dia bertanya adakah pendirian muslimat PAS sama dengan Wanita PKR mengenai isu NFC.
Saya mengatakan tentulah sebab ianya isu nasional dan melibatkan penyalahgunaan wang rakyat. Cuma saya kata dalam nada sinis yang "kesianlah" Shahrizat, kerana dia seorang sahaja yang dikambing hitamkan sedangkan Timbalan Perdana Menteri yang meluluskan pinjaman tersebut terlepas dan suaminya pun nampak macam terlepas juga.
Mungkin inilah yang dikatakan saya "bersimpati dan menyokong" Sharizat. Saya juga menambah yang adalah mustahil seorang isteri tidak tahu yang syarikat suaminya mendapat pinjaman RM250 juta. Secara tersirat saya mengatakan Shahrizat telah berbohong.
Saya juga mengatakan (lebih kurang) yang walaupun beliau seorang yang baik, peramah dan dikatakan dapat menyelesaikan masalah kebajikan rakyat, namun ia tidak dapat menjadi alasan untuk menyelamatkan dari penyalahgunaan wang rakyat. Ianya dua perkara yang berbeza.
Selain daripada itu saya TIDAK memberi komen tentang kedudukan dia sebagai Ketua Wanita Umno atau samada dia patut meletakkan jawatan sebagai menteri seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
Saya harap TVPAS akan juga menyiarkan bahagian temuramah ini untuk rakyat membuat kesimpulan sendiri.
Sekali lagi setahun berlalu dengan pantas terutama bagi kita yang mempunyai banyak tugas yang masih belum selesai. Walaubagaimanapun saya merasa lega kerana hari yang kita tunggu-tunggu semakin dekat walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh keramat PRU13 akan menjelma kecuali........
Ya, tahun 2012 yang dinanti-nanti telah tiba dan kini kita melangkah bersama-sama ke dalamnya. Maka ramailah yang akan atau telah membuat resolusi tahun baru. Apa ya resolusi anda? Saya antara orang yang tidak suka membuat resolusi tahun baru... ha ha ha kerana selalu tak menjadi. Sebab itu saya tidak ghairah menyambut tahun baru. Nampaknya orang Kota Raja macam saya juga. Saya menghadiri 4 majlis malam ini namun tiada satu pun program menyambut tahun baru.
Bagi saya kita sebenarnya membuat resolusi setiap hari...untuk menjadi lebih baik esoknya daripada hari ini, berusaha untuk lebih bahagia dan berjaya. Kita tidak boleh menunggu tahun baru untuk membuat perubahan positif pada diri dan dunia di sekeliling kita. Namun ada di antara kita yang perlukan garisan permulaan dan garisan penamat untuk mencapai sesuatu visi atau matlamat.
Jadi kita mengharapkan supaya semua yang ingin perubahan di dalam negara kita tidak hanya berharap tanpa usaha kerana tahun 2012 akan dikenang rakyat sebagai tahun berlakunya perubahan landskap pemerintahan negara, insyaallah. Adakah kita mahu menjadi sebahagian daripada agen perubahan ini atau kita hanya mahu menjadi pemerhati??
Apa resolusi anda untuk membantu mengubah senario politik negara kita? Jangan berharap untuk melihat UMNO/BN akan tumbang begitu sahaja tanpa anda mengangkat satu jari pun.
Setakat membaca dan mencari maklumat di internet, marah kepada kerajaan UMNO/BN kerana penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat dan rasuah, mendengar ceramah di sana sini dan lain-lain seumpamanya yang tidak akan mengubah apa-apa.
Ayuh buatlah sesuatu yang anda mampu untuk memastikan dalam tahun 2012 ini rakyat terutamanya orang Melayu akan berubah untuk menyokong Melayu dalam PAS dan PKR dan menolak Melayu UMNO. Kita tidak akan mengubah apa-apa kalau setakat bertakbir dan melaungkan reformasi. We need actions.
Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga bertambah keazaman, kejayaan, kebahagiaan, kesenangan, kesihatan dan ketaqwaan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) telah mengadakan program JOM Sayangi Remaja pada malam 21/12/2011 iaitu malam sambutan tahun baru 2012 bertempat di RnR Bagan. Program telah dimulakan dengan solat maghrib dan Isyak secara berjemaah di padang rumput berdekatan RnR diikuti dengan tazkirah ringkas oleh al fadhil Ustaz Hafizullah, Pengerusi Lajnah Dakwah Penerangan [...]
China semalam mengumumkan kertas putih "Penerbangan Angkasa Lepas China 2011" yang menyingkap kembali kejayaan negara ini dalam bidang berkenaan sejak tahun 2006 dan mengemukakan rancangan bagi tempoh lima tahun akan datang.
Menurut kertas putih itu, China akan melancarkan roket Long March V, VI dan VII serta mengadakan perbahasan terhadap rancangan fasa awal mengenai pendaratan angkasawan di bulan pada tempoh lima tahun akan datang. Selain itu, China akan mencipta teknologi yang berkenaan untuk membina stesen ruang angkasa.
Agensi Pusat Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) hari ini melaporkan, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Rodong negaranya, Kim Jong Un dipilih sebagai panglima Tentera Rakyat DPRK.
Difahamkan, Sidang Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Rodong DPRK yang diadakan pada 30 Disember lalu telah mengumumkan Kim Jong Un dipilih sebagai panglima Tentera Rakyat DPRK mengikut wasiat mendiang Kim Jong Il pada 8 Oktober tahun ini.
Sidang tersebut menegaskan bahawa pasukan tentera dan rakyat DPRK berikrar akan mematuhi wasiat Kim Jong Il dan bersama-sama berusaha mengukuhkan kemakmuran negara dan memajukan revolusi sosiolis di bawah pimpinan Kim Jong Un pada masa depan. CRI/-
"Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan" (QS. Qashash: 77).
Di saat orang lain ditakdirkan hidup di antara kita, kebersamaan kadangkala tak termaknakan secukupnya. Tidak jarang, kesempatan untuk bersama dirubah menjadi ajang permusuhan. Akibatnya, hidup bermakna perpecahan, yang melahirkan ketidakdamaian. Ketidakdamaian membuat hidup yang singkat semakin singkat, kebahagiaan menjadi kesengsaraan, kesempatan menjadi kesempitan, dan persaudaraan menjadi permusuhan.
Padahal telah diingatkan, hidup di dunia ini tak lebih dari sekali. Seperti setiap hari bisa disaksikan atau didengar, satu-satu di antara kita pergi menghadap Ilahi. Tak jarang juga secara beramai-ramai, seperti saat terjadi musibah gempa dan tsunami. Tak ada yang kembali, meskipun serak suara dan habis airmata menangisinya.
Seandainya musibah yang menimpa orang sebelumnya senantiasa diingat sebagai bagian tak terpisahkan dari hidup ini, sungguh besar makna hidup ini yang bisa dipungut oleh orang-orang yang masih tersisa. Sekurang-kurangnya, hidup dijadikan saat-saat untuk menjaga kebersamaan dengan orang-orang yang masih hidup. Hidup adalah saat berbagi kenikmatan sebagai rezeki dari Allah dan mensyukurinya. Yang demikian bisa membuat kita bukan hanya mampu menangis di saat orang lain mengalami kematian, tetapi juga memberi kesempatan seluas-luasnya bagi kita untuk mempersiapkan diri sebelum mati.
"Jika Allah ingin menghancurkan suatu kaum (negeri), maka terlebih dahulu ditanggalkannya rasa malu dari kaum itu" (HR. Imam Bukhari & Imam Muslim).
Bila ada pohon yang rindang, kerapkali yang dipuji adalah daun-daunnya yang banyak. Juga dipuji batangnya yang kuat, besar, dan tinggi; dahan-dahannya yang kuat; atau ranting-rantingnya yang banyak. Sedangkan akar-akarnya kerap dilupakan. Padahal batang, dahan, ranting, dan daun tak akan bermakna apa-apa bila tidak diperkuat oleh akar. Begitu akar tercerabut, maka tumbanglah batang, dahan, ranting, dan daun. Begitu juga manusia atau kelompok manusia dalam suatu negeri.
Seseorang dianggap terpandang karena hartanya yang melimpah, pendidikannya yang tinggi, atau kedudukannya yang mapan. Namun kadangkala rasa malunya jarang dianggap sebagai sesuatu kekuatan yang memperkuat. Padahal bila tak diperkuat akarnya yang berupa rasa, ia lambat atau cepat akan tumbang. Bila rasa malunya hilang, maka sama artinya dengan hilang unsur yang amat penting dari imannya. Dalam keadaan itu tiada, seseorang akan gampang untuk berbuat apa saja, termasuk kejahatan yang bisa menyebabkan kerusakan diri dan masyarakat tempat ia berada.
Bahkan, sebagaimana disebutkan Rasulullah SAW dalam suatu hadits, kehilangan rasa malu pada suatu kaum, menjadi pertanda kehancuran besar bagi negeri kaum tersebut berada. Kiranya demikianlah yang terjadi saat ini di negeri ini. Tidak sedikit orang, termasuk orang-orang penting, yang sudah demikian gampang berbuat keji karena hilang rasa malunya. Dengan demikian, disadari atau tidak, kita sebagai bagian dari kaum tersebut sedang perlahan tenggelam dalam kehancuran.
7 Safar 1433H. [MOD] - Dalam kesibukan ramai orang menyambut tahun baru Mesihi 2012 dan meneggelamkan kemeriahan Tahun baru Hijrah 1433 yang sepatutnya lebih dibesar dan diagungkan, saya cuma terus pasrah dengan segala ketentuan Allah SWT yang pasti penuh dengan hikmah dan pengajarannya.
Kekadang terasa ada manusia ingin menafikan hak orang lain walaupun mereka cuba bercakap tentang ukhuwah dan musyawarah.
Di sisi lain walau terasa dizalimi namun apalah sangat untuk berebut kedudukan dan pangat di dunia sedangkan yang dicari adalah redha dan keberkatan dari Allah SWT.
Oleh itu tiada bekal di kala hari 7 Safar dan 1 Januari sudah makin ke senjanya dengan cuma membekali diri ini dan sahabat sekalian dengan pesanan almarhun Ust Fadzil Nor seperti di atas.
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.
17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.
Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).
Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.
Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
ALOR SETAR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat kesal, dukacita dan amat marah terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun, zalim dan kotor terhadap mahasiswa yang memperjuangkan hak kebebasan akademik.
Ketua Penerangannya Mohd Nasir Zakaria berkata penahanan 17 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa adalah lambang kemunduran demokrasi Malaysia.
Justeru, DPPNK katanya menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:
- Bebaskan semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat. - Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). - Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman. - Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera. - Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia
"Sekali lagi DPPNK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak kerajaan. Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat bangkit menghentikan segala kezaliman Barisan Nasional," katanya yang juga ahli parlimen Padang Terap.
Katanya, PRU-13 adalah peluang bagi rakyat menamatkan segala kezaliman yang berlaku sejak sekian lama.
Sehubungan itu juga beliau menasihatkan mahasiswa tidak patah semangat dan terus berjuang demi negara.
"Bergeraklah ke seluruh pelusuk negara; kampung, desa, tanah rancangan, bandar dan bandaraya.
"Harunglah sungai, denai, bukit dan lembah. Berilah peringatan kepada yang alpa. Sedarkanlah mereka yang lena," katanya.
KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno.
The Malaysian Insider difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
"Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya," menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.
Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.
Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan "peperangan kerusi" untuk pilihan raya awal. "Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.
"Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya menambah.
Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.
Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.
Penganalisi rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. "Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.
Najib merupakan seorang yang berhati-hati," sumber rasmi parti berkata The Malaysian Insider.
Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.
Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.
Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.
Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.
Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.
Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.
Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.
Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".
Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.
"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.
"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.
Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.
"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.
"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.
Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.
"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.
Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.
Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.
"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.
Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.
Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.
Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.
Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.
Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.
Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan melancarkan Televisyen IKIM (TV IKIM) pada Februari depan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
Beliau berkata, TV IKIM adalah alternatif baru bagi menaik taraf sistem penyiaran institut berkenaan pada 2012.
"Saya berharap stesen TV IKIM akan mendapat sambutan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konsert Malam Apresiasi 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan.
Ketika ini, IKIM mengendalikan IKIM.fm iaitu saluran radio 24 jam yang menampilkan rancangan bercorak Islam. - BERNAMA
MANJUNG: Seorang mangsa yang kritikal dalam kemalangan maut di Jalan Lekir-Teluk Intan dekat sini lewat malam tadi, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung kira-kira jam 8 pagi ini.
Kematian beliau menjadikan keseluruhan tujuh maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler pada 11.30 malam tadi itu
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pertamanya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan berikutan pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972. Bagi kami, Kerajaan Negeri Perak wajar mengikut langkah yang sama pendekatan yang telah dilakukan di Kelantan.
Keduanya, oleh kerana di Perak juga telah memperkenalkan matawang dinar dan dirham ini, kami berharap Kerajaan Negeri Perak dapat menjalinkan kerjasama dan mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan bagi mempergiatkan penjualan matawang tersebut. Kami juga berharap rakyat turut mengambil peluang memilikinya dan ianya tidak terbatas kepada semua lapisan masyarakat di Perak. Bagi kami dengan memiliki sebenarnya, ianya tidak merugikan malah akan menambahkan pendapatan sampingan jika kita membelinya.
Kami mengharapkan Kerajaan Negeri Perak tidak menjadikan 'alasan politik' untuk tidak mengambil langkah proatif di dalam memastikan peningkatan penjualan dinar dan dirham di Perak dapat ditingkatkan. Dan kami juga tertanya-tanya tentang kedudukan penjualan dinar dan dirham yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak sejauh manakah pencapaiannya sehingga kini setelah diperkenalkan?
DR RAJA AHMAD AL-HISS Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
MIRI, 31 Dis.:-Awal pagi ini sebanyak 12 pasukan gabungan dari ahli cawangan setiap parti komponen Pakatan Rakyat Miri telah menganjurkan Bowling Ukhuwah Pakatan Rakyat Miri di Pusat Bowling Bintang Mall bagi meningkatkan persefahaman dikalangan petugas pilihanraya PR menjelang tahun baru 2012. Setiap pimpinan parti hadir terdiri YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee,YB Piasau ,Alan Ling dan Dr Michael Teo(PKR),bekas calon Senadin. Pertandingan dijalankan dalam suasana santai dan penuh mesra bagi mengeratkan kerjasama bagi ketiga-tiga parti.
Pasukan Pemuda Pakatan Rakyat B terdiri dari Akram(PAS),Bill Kayong(PKR) dan Chua(DAP) telah muncul juara dengan jatuhan pin 1161 selepas tiga pusingan kejohanan menewaskan Pasukan Remaja Miri C pin sebanyak 1158 untuk mucul juara.
Wakil PKR Suadara Awang(PKR) telah menjadi Pemain Terbaik dengan jumlah pin tertinggi sepanjang perlawanan,Sementara Saudara James Churchill(Dewan Himpunan Penyokong PAS) dipilih pemain paling bergaya pada pertandingan tadi. YB Ling dalam penutup program, menyuarakan harapan dengan kehadiran 2012,yang mana angka 2 dibelakang tahun itu menjadi saksi kemunculan sistem 2 parti di Malaysia dan mengharapkan kerjasama PR Miri ini diteruskan dengan istiqamah bagi memastikan kecemerlangan PR Miri menawan dua kerusi Parlimen iaitu Miri dan Sibuti.
MIRI – Baru-baru ini rombongan dari PAS Miri bersama YB ir Hj Nizar Jamaluddin mantan ketua menteri Perak dan juga merupakan ahli jawatan kuasa PAS Pusat melawat Kpg Sealine.
PAS Miri di ketuai oleh Jofri Jaraiee dan YB Ling dari DAP yang turut serta bersama berkunjung dan menemui penduduk di Kampung Sealine yang merupakan sebuah perkampungan yang majority penduduknya adalah Iban dan terdapat juga orang Melayu dan juga Cina tinggal disitu.
Kunjungan PAS dan Pakatan Rakyat telah disambut dengan baik oleh penduduk disitu. Dalam sesi soal-jawab dengan penduduk tersebut, mereka meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap janji-janji kerajaan yang pernah berjanji untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tempat tinggal mereka sekarang.
Ada mangsa rumah kebakaran beberapa bulan yang lalu di Sealine terpaksa menyewa dan menumpang di rumah saudara mara mereka disitu disebabkan mereka dilarang untuk membina semula rumah mereka ditempat kebakaran yang lalu.
Mereka berjanji untuk memberi lot tanah tempat tinggal kepada mereka yang sudah lama menetap di situ dan telah memberi surat kelulusan untuk mendapat lot tanah kepada penduduk di situ tetapi apabila mereka pergi ke pejabat Tanah dan Ukur Miri mereka diminta bayaran sebelum mereka diberi lot tanah tersebut.
Seorang ibu tunggal yang mengadu akan nasibnya kepada pihak PAS supaya dapat membantu beliau menyelesaikan masalah tanah lot yang beliau mohon sehingga kini belum dapat diselesaikan disebabkan katanya beliau terpaksa membayar lot tersebut sebelum dapat disahkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur di Miri. Memandangkan beliau tidak mempunyai wang untuk membayar lot tersebut maka beliau merayu agar pihak yang berkenaan dapat selesaikan masalah tersebut dengan segera sebab beliau tidak mempunyai anak dan bekerja sendiri.
Diantara lain masalah penduduk di Kpg Sealine adalah pengkongsian meter air dan juga bekalan elektrik yang masih menggunakan generator. Kos belanja untuk mengisi minyak menggunakan generator boleh mencecah lebih daripada RM200 sebulan. Ini sudah tentu membebankan penduduk miskin di kampung tersebut.
Masalah pengkongsian meter air di kampung tersebut juga menyusahkan penduduk disebabkan ada kalanya air yang keluar dari paip air tersebut keluar terlalu sikit dimana mereka terpaksa mengangkut air dari paip besar untuk mendapatkan air bersih. Jalan masuk kampung tersebut juga agak sempit dan longkang pun tidak teratur dengan baik yang boleh menyebabkan banjir kilat.
Adalah sungguh malang bagi penduduk Kpg Sealine yang sepatutnya mendapat kemudahan asas tidak dilayan dengan sewajarnya sebagai rakyat Malaysia dan tinggal pula dalam kawasan Bandaraya Miri. Perkara semacam ini tidak sepatutnya berlaku dalam Bandaraya seperti Miri.
Penduduk disitu sudah tinggal lebih dari 30 tahun tetapi kehidupan mereka juga tidak ubah seperti 30 tahun yang lalu. Mereka mahu pihak kerajaan dapat memberi kemudahan asas dan juga memberi tempat tinggal tetap kepada mereka agar mereka tidak lagi hidup seperti menumpang di tanah sendiri.
Kita mendesak pihak yang berwajib mesti menunaikan janji mereka kepada rakyat dan beri segala kemudahan asas dan juga tempat tinggal yang tetap agar penduduk tersebut tidak terpinggir dari arus pembangunan.
PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat setakat kemampuan yang ada dan jika diberi kuasa sebagai pemerintah, Insya-Allah PAS dan Pakatan Rakyat akan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sebagaimana yang terkandung dalam buku Negara Berkebajikan dan akan memberi segala kemudahan asas dan juga status tempat tinggal tetap kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kawasan rendah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan sehingga malam ini.
Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga.
Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.
Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau. - BERNAMA
MANJUNG 1 Jan. - Tujuh sahabat terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah treler di Batu 6 Jalan Lekir, Setiawan dekat sini lewat malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, enam mangsa mati serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pukul 8 pagi ini akibat cedera parah.
Mereka yang mati di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Mohamed Kamil Tamsuri, 15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15; Ahmad Faizal Ahamad Termizi, 15; Mohd. Shafiq Riduan Yusof, 16; Badrul Isa Sulaiman, 20; dan adiknya Mohd. Hadi, 17.
Mohd. Hisham Mat Zaki, 23; yang memandu kereta itu, Khairul Faiz Mohd. Nor, 17; cedera ringan, manakala pemandu treler, Abdul Rashid Mohd. Hisham, 49, cedera parah.
KABUL 1 Jan. – Lebih 560 tentera asing yang dikerah di Afghanistan memerangi pemberontakan Taliban, dilaporkan terbunuh sepanjang tahun lalu, jumlah kematian kedua tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Berdasarkan laporan laman web icasualties.org, jumlah kematian tentera Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai NATO berkata pada tahun lalu menurun kepada 565 orang iaitu 417 dari Amerika Syarikat dan 45 dari Britain.
Kematian tentera bersekutu pada 2010 berjumlah 711 orang, jumlah yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 521 orang. – AFP
ABUJA 1 Jan. – Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan semalam mengisytiharkan perintah darurat di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat keganasan, dipercayai perbuatan militan Boko Haram, dan mengumumkan penutupan sebahagian sempadan negara ini.
Jonathan berkata, langkah tegas itu diambil bagi memulihkan semula keadaan di kawasan yang terlibat dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut masih diteruskan.
"Berdasarkan peruntukan Perlembagaan seksyen 305 (1), saya mengisytiharkan perintah darurat di Plateau, Yobe, Borno dan Niger," katanya. – AFP
KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Terengganu dilanda banjir kali kedua berikutan hujan lebat dan angin kencang melanda negeri itu sejak malam tadi menyebabkan kebanyakan air sungai melimpah.
Sehingga pukul 11 pagi ini, seramai 428 orang daripada 100 keluarga penduduk di beberapa buah kampung di Besut dan Setiu telah dipindahkan ke pusat pemindahan.
Mengikut portal banjir kerajaan negeri, sehingga kini empat buah pusat pemindahan telah dibuka, masing-masing dua di Besut dan Setiu.
Di Besut, 316 orang daripada 64 keluarga telah ditempatkan di Dewan Serbaguna Apal manakala 29 orang (tujuh keluarga) ditempatkan di Sekolah Bukit Tempurung.
Di Setiu, 73 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di Dewan Rukun Tetangga Guntong dan 10 orang daripada dua keluarga di Balai Raya Desa Jaya.
Sementara itu, Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, paras air sungai di Besut dan Setiu mula surut pagi ini setelah melimpah melebihi tebing berikutan hujan lebat malam tadi.
Bagaimanapun, katanya, paras air sungai Setiu, di Kampung Langkap sehingga pukul 11 pagi ini masih lagi berada di paras bahaya iaitu 22.8 meter berbanding 22.48 meter pada pukul 9 pagi tadi.
Beliau berkata, sesetengah tempat di Besut, paras air sungai berada melebihi paras waspada.
Sementara itu, beberapa acara sambutan tahun baru termasuk Program Kayuhan Ambang Merdeka melibatkan golongan belia dan remaja di negeri ini daripada Stadium Gong Badak ke Dataran Batu Buruk di sini malam tadi terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat.
Kawasan di sekitar Pantai Batu Buruk yang merupakan antara kawasan tumpuan pelancong di negeri ini juga dinaiki air sehingga paras lutut malam tadi, namun air kembali surut pagi ini. — BERNAMA
6 Safar 1433H. [MOD] -PENUNJUK perasaan yang menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad berarak melalui jalan di Adlb, hari ini. Pasukan keselamatan Syria yang tidak gentar dengan kehadiran pemerhati Liga Arab, sekurang-kurangnya sudah membunuh 12 penunjuk perasaan dan lima orang anggota pasukan keselamatan itu juga terbunuh dalam kejadian ini. - Foto Reuters
Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.
"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.
"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.
"Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.
Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peneroka nekad tebang sendiri pokok getah - 31 Dis 2011
"Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah."
JEMPOL: Kecewa dengan pengurusan Felda, 106 peneroka Felda Raja Alias 3 hari ini mengambil keputusan menebang sendiri pokok getah tanpa bantuan Felda.
Setiausaha Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit), Yaakob Mahmood yang mewakili 106 peneroka terbabit berkata akibat menunggu hampir dua tahun, pihaknya kini sudah mencari syarikat yang bersedia untuk menebang pokok getah dan membeli kayu getah berkenaan.
"Selepas mendapat sebut harga dari beberapa syarikat, akhirnya kita mendapat harga terbaik dari sebuah syarikat pada RM9,800 setiap satu ekar.
"Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah. Jika semua persiapan berjalan lancer proses penebangan pokok getah ini akan dilakukan pada bulan Januari depan.
"Selepas mesyuarat, 106 peneroka ini sebulat suara setuju menguruskan penebangan pokok getah dan menjual kayu getah dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada Felda.
"Kita ada bukti hitam putih persetujuan daripada syarikat terbabit untuk melaksanakan proses penebangan pokok getah tersebut", kata Yaakob dalam sidang media hari ini.
Wakili semua peneroka
Menurut Yaakob keseluruhan peneroka tanah rancangan ini adalah 259 peneroka dan terpulang kepada mereka untuk sertai kami atau pun tidak kerana kita mewakili semua peneroka tanpa mengira parti.
" Setelah semua proses ini selesai, dijangka pada bulan Jun depan akan bermula proses tanam semula di kebun masing-masing.
"Saya mendesak Felda memberi kebebasan dan hak kepada peneroka terbabit untuk memilih tender mana yang lebih sesuai yang menawarkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.
"Saya berharap Felda memberikan segera surat kebenaran untuk tujuan tersebut dan tidak menafikan hak peneroka", tegas Yaakob lagi.
Turut hadir di dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.
Baru balik dari ziarah Allahyarhham HJ Mutalib bekas ketua kg PR insyaallah solat jenazah jam 1130pg esok dirumah beliau 1km sebelah kanan ke Grik Alfatihah moga rohnya brada bersama org soleh
Bekas mufti wilayah Dato Md Hashim Yahya kata berdosa salah guna wang zakat.
Pengertian salah guna zakat mengikut syarak ialah membelanjakan kepada asnaf.
Pengertian salah guna wang zakat mengikut audit negara ialah "pakai dulu dan bayar balik".
Jadi Jamil dan dua yang lain dah pakai dulu wang zakat dan bayar balik bila dapat duit itu bulan jun. hukumnya tetap salah. Kalau tak salah tentu audit tak sebut. Kalau jamil kata mengikut undang sila saman audit.
Kenyataan audit mengesahkan sejumlah wang RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakatMAIWP untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil, Pengarah Jawi dan ketua pendakwa Sharie.
1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [saat artikel ini ditulis] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.
2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.
3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.
4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [5 jam dari sekarang] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
MINTAK2 KEPADA KAWAN2 SEMUA,,,BACA LAAA,,,BUKAN SAJE2 NK POST NIE!!!~~~ DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar... IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam).... gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! ------------------------------------------------------------------------- Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam. 27 SEPTEMBER 2007
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.
Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".
"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.
"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.
"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.
Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
TUMPAT, 30 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.
Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.
Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.
Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.
"Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.
Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.
"Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu 'diredakan'.
"Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada," katanya.
Selepas isu NFC, timbul isu Awang Adek dan sebelum itu isu menteri yang menjaga agama yang tidak amanah menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadinya. Sharizat menambah lagi dengan berkata tidak ada pemimpin dalam kabinet atau parti yang tidak bermasalah. Ini semua berlaku dalam beberapa minggu ini dan jika hendak diluruti sejarah satu dekat yang lalu timbul pula wang rakyat dan negara telah dilarikan keluar negara sebanyak RM1 trillion....masyaALLAH
Datuk didakwa menipu Datuk yang juga Pengerusi NFC RM1.76 juta yang belum didakwa kerana masalah NFC yang RM250juta. Penipuan Datuk ke atsa Dato Pengerusi NFC tahun 2011 bulan 11. Laporan penyelewengan audit NFC bagi tahun 2010.
Pantas dakwaan kepada kes kecil dan baru.
Belum ada dakwaan kes yang dalam laporan audit negara.
Serupa kes zakat Jamil khir,
Yang amil dah kena tapi kerana dia ada J tak jadi amil tak kena dan tak didakwa. dunia-dunia
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Seorang ahli perniagaan berumur 45 tahun, Datuk Shamsubahrin Ismail didakwa di mahkamah tinggi hari ini.
(Datuk Shamsubahrin tersenyum riang ketika dibawa ke mahkamah)
Beliau yang cuba menyogok pegawai polis dari bahagian jenayah perdagangan berkaitan dengan penyiasatan Pusat Fidlot National (NFC) didakwa kerana menipu.
Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran konsultan.
Dia didakwa dibawah Seksyen 420 Penal Kod.
Shamsubahrin didakwa melakukan jenayah itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November ke 6 Disember 2011 di Solaris Mount Kiara dekat sini.
Jika bersalah, Shamsubahrin boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, rotan dan denda.
Dia tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.
Isu NFC meletup apabila Ketua Audit Negara dalam laporannya berkata berlaku salah laku dalam urusan NFC yang mendapat pinjaman mudah kerajaan RM250 juta itu.
Ekoran itu, pelbagai maklumat meletup di media kerana ia melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Suaminya, Datuk Mohd Salleh yang didakwa ditipu oleh Datuk Shamsubahrin hari ini adalah pengerusi eksekutif NFC, manakala tiga anak-anak mereka adalah pengarah-pengarah syarikat ini.
NFC didakwa gagal mengeluarkan daging sebagaimana dikehendaki negara tetapi didakwa membeli kondo mewah di Malaysia dan Singapura serta membeli kereta mewah.
Dakwaan hari ini tidak diketahu apa kaitannya kerana yang menjadi sasaran adalah pihak menyeleweng wang tetapi yang didakwa pihak yang didakwa menipu pengerusi NFC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan