Rabu, 5 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Dec 2012 03:31 PM PST

DIALOG RAKYAT


Himpunan kemuncak selamatkan Felda 28 Dis

Posted: 05 Dec 2012 03:29 PM PST

Hazayani Zakaria,


 

KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) sekali lagi akan merancang himpunan besar-besaran di Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak 28 Dis ini bagi menyerahkan memorandum membantah kegagalan Felda menguruskan aset dengan baik.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, ia termasuk perkembangan terbaru kejatuhan saham Felda ke paras terendah, pemilikan saham Syarikat Genting Berhad dan penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi dan nasib pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad mesti bertanggungjawab ke atas kemerosotan Felda.

"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Himpunan tersebut akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan akan berarak ke pejabat Felda.

Mazlan menegaskan, mereka akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Isa sendiri dan tidak akan berganjak selagi Isa tidak menerima memorandum tersebut.

"Kita akan tunggu sehingga Tan Sri Isa terima memorandum dan kalau beliau tidakmahu terima, kita akan berkhemah, memasak di situ. Kalau seminggu, seminggulah kita akan duduk di situ.

"Kita juga akan melonggokkan setengah tan buah kelapa sawit betul-betul di hadapan pintu masuk pejabat Felda bagi menunjukkan protes," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Bertemu pemegang saham KPF


Sebelum itu katanya, Anak menubuhkan jawatankuasa selamatkan KPF kerana yakin pemegang saham KPF bimbang dengan kedudukan saham mereka apabila KPF disenaraikan ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH).

Dalam mesyuarat agung tahunan Felda yang akan diadakan pada 27 Disember ini, antara usul yang akan dikemukakan adalah cadangan pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 Anak Syarikat milik Felda Holdings Bhd kepada FGVH.

Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekuatan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion.

"Bila pegangan berkurangan, segala ekuiti akan diambil alih oleh Felda dan sebagai pertukaran maka KPF akan diberikan saham 10 peratus dalam Felda.

"Apa yang berlaku, kekuatan KPF yang selama ini telus akan ditentukan oleh FGVH dan secara automatik apa yang mereka nak supaya KPF disenaraikan ke dalam FGVH.

"Mereka boleh melonjakkan saham FGV yang jatuh sebab itu akan digunakan untuk memancing undi dalam PRU akan datang," jelasnya.

Pertemuan itu akan diadakan di kelab Sultan Sulaiman pada 21 Disember ini.

Pakatan boleh tambah kerusi Parlimen di Melaka

Posted: 05 Dec 2012 03:25 PM PST

Harakahdaily,
 
MELAKA: Berdasarkan analisis terhadap beberapa dapatan kajian yang dilaksanakan oleh beberapa pihak, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan Pakatan boleh menambah satu lagi kerusi parlimen di Melaka.

Tambahan kerusi parlimen ini menjadikan PR menguasai dua daripada enam kerusi parlimen di negeri tersebut.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) dijangka boleh menang dengan agak selesa mengekalkan penguasaan negeri Melaka, dengan memenangi sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN daripada 28 kerusi.

Kedudukan ini memperlihatkan Melaka adalah antara negeri yang paling selamat bagi BN.

"Analisis ini dibuat berdasarkan beberapa dapatan kajian yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan pengkaji dari universiti dan pihak ketiga, di samping data yang diperolehi oleh PPP sendiri," kata Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Marzuki (gambar atas).

Kerusi Parlimen yang dijangkakan boleh ditambah oleh PR ialah kerusi P137, Bukit Katil, yang ditandingi oleh PKR.

Kerusi ini dikategorikan sebagai kerusi campuran disebabkan nisbah pengundi Melayu dan Bukan Melayu yang kecil, iaitu 52% pengundi Melayu, 42% pengundi Cina, 6% pengundi India dan selebihnya kurang dari 1% lain-lain pengundi.

Hasil analisis PPP, undi akar umbi BN di kawasan ini hanyalah 38% daripada keseluruhan pengundi, manakala golongan atas pagar adalah besar iaitu 31%.

Sekiranya PR boleh meraih sokongan golongan atas pagar ini, maka Bukit Katil boleh dimenangi oleh PR, katanya.

Bagaimanapun, dapatan analisis ini tidak selari dengan dapatan kumpulan pengkaji Majlis Profesor Negara (MPN) yang merumuskan Bukit Katil sebagai kawasan putih atau selamat bagi BN.

Bagi kerusi-kerusi DUN pula, kata Dr Zuhdi, BN dijangkakan boleh menang di sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN, manakala PR (DAP) dijangkakan boleh mengekalkan penguasaan di 5 kerusi DUN seperti yang dimenangi pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008.

Baki enam lagi kerusi DUN iaitu, Asahan, Machap, Kelebang, Duyong, Rim dan Serkam dikategorikan sebagai kawasan kelabu, katanya.

Antara keenam-enam kerusi kelabu, kerusi DUN Asahan yang ditandingi oleh PAS berpotensi untuk jatuh ke tangan PR, sekiranya PR berjaya menggunakan strategi yang betul dan sesuai.

Kerusi DUN Asahan yang terletak di bawah Parlimen Alor Gajah bersama sebuah lagi kerusi DUN yang dikategorikan kelabu, Machap, yang terletak di dalam kawasan parlimen yang sama, memberi sedikit harapan kepada PR (PAS) untuk memberi saingan yang sengit kepada BN di Parlimen Alor Gajah.

Dalam PRU tahun 2008, kerusi Parlimen Alor Gajah yang mempunyai 57% pengundi Melayu, 30% pengundi Cina dan 13% pengundi India, dimenangi oleh MCA.

Dalam PRU tersebut BN (MCA) memperolehi 63% sokongan daripada keseluruhan pengundi.

"PPP mengunjurkan sokongan tersebut telah merosot sebanyak 3% seiring dengan peralihan sokongan pengundi-pengundi Cina di Selatan Semenanjung kepada PR," jelasnya.

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di kawasan ini adalah sekitar 56.3%.

Meskipun kawasan ini adalah dikategorikan selamat bagi BN, sekiranya PR khususnya PAS berjaya meningkatkan sedikit lagi sokongan pengundi Melayu dan menggunakan strategi yang bijak dalam PRU akan datang, peluang untuk memenangi kerusi ini tidak boleh diperkecilkan.

Menurut kajian PPP, kata Zuhdi, sokongan terhadap PR boleh dipertingkatkan sekiranya, terdapat seorang tokoh pimpinan PR dari negeri ini yang berkaliber untuk menyaingi kepimpinan Ketua Menteri Melaka sekarang Datuk Seri Ali Rustam.

Menurut dapatan kajian MPN, populariti Ali Rustam mencecah 83%, sedangkan PR tidak mempunyai seorang tokoh pemimpin yang boleh menyaingi beliau.

"Oleh sebab itu, penyertaan Datuk Tamrin Tun Ghafar ke dalam PAS seharusnya dimanfaatkan sebaiknya untuk menjana sokongan kepada PR," kata Zuhdi.

Selain daripada itu, katanya, PR perlu meneruskan pendedahan penyelewengan dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN di peringkat negeri dan persekutuan untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap PR.

"Isu ini boleh memberi kesan kepada pengundi-pengundi atas pagar terutama pengundi-pengundi muda di bawah 30 tahun untuk menyokong PR," katanya.

Indeks rasuah: M'sia di tangga ke-54

Posted: 05 Dec 2012 03:24 PM PST

 


 
Presiden badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) Paul Low berkata Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini namun skandal politik besar menjejaskan prestasi negara.

Katanya, Malaysia mencatat 49 daripada 100 mata yang meletakkannya di tangga ke-54 daripada kesemua 176 negara yang diselidik.

Malaysia mencatat kedudukan di tangga ke-60 pada tahun lalu.

"Walaupun ia bertambah baik, kedudukan kita masih tidak berapa baik... Ada di antara perkara ini (skandal rasuah berprofil tinggi) menghalang kedudukan kita daripada meningkat.

"Sepanjang pengetahuan saya, 49 (mata) tidak bagus, tapi dengan segala usaha yang dilakukan, ada sedikit peningkatan.

"Walaupun dengan semua skandal, kita lebih baik daripada kedudukan kita beberapa tahun lalu. Contohnya, kita dapat membincangkan isu rasuah dengan lebih terbuka. Suasananya berbeza," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan tahunan CPI ketika skandal seperti National Feedlot Corpoation dan "sumbangan politk" untuk Umno Sabah timbul.

Polis panggil saksi pergaduhan di Gombak

Posted: 05 Dec 2012 03:22 PM PST



 
Polis akan memanggil saksi bagi mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik semasa ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata polis mempunyai rakaman video berhubung kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.30 malam yang menyebabkan dua lelaki berusia 37 tahun cedera di dahi dan bahu  dipercayai akibat terkena objek yang dibaling seperti batu dan botol air.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Beliau berkata kekecohan dikatakan berlaku apabila kira-kira 250 lelaki tidak berpuas hati kerana ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di kawasan berhampiran kediaman mereka.
  
"Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur sebagai pesakit luar dan polis telah merakamkan keterangan kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media hari ini.
  
Mengenai notis untuk mengadakan ceramah, Rosly berkata pihak penganjur gagal mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang mensyaratkan notis diberi dalam tempoh 10 hari kepada polis dan bukan hanya lapan hari.
  
Sementara itu Pemuda Umno Gombak menafikan mereka memulakan provokasi sehingga menyebabkan kedua-dua pihak saling membaling objek seperti botol dan batu ke arah satu sama lain.
  
Ketua Pemudanya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata penduduk membantah secara aman ceramah itu kerana ia diadakan di kawasan mereka, tanpa berniat mencetuskan pergaduhan.
  
"Namun penyokong PKR tiba-tiba mengejek dan mencetuskan provokasi sehingga mereka mula membaling beberapa objek seperti batu, periuk belanga, kuali dan tong minuman kepada penyokong BN yang berada di seberang jalan," katanya.- Bernama

1. Penyokong PKR, BN didakwa diserang di ceramah Anwar
  
Beliau berkata penyokong Pakatan Rakyat (PR) memulakan provokasi kerana  mengadakan ceramah di hadapan Bilik Gerakan Peti Undi Gombak Utara ketika pihak Pemuda Umno turut mempunyai program taklimat jentera pilihan raya.
  
Ketua Penerangan Pemuda Umno Cawangan Batu 10, Gombak, Mohd Faizaruddin Mustafha yang cedera terkena batu yang dilempar berkata beliau tidak menyangka penyokong PR sanggup bertindak ekstrem dengan mencederakan beliau dan beberapa penyokong BN.
  
Beliau yang menerima sembilan jahitan ekoran kecederaan di kepala berkata beliau tidak jelas siapa yang membaling batu kepadanya.
  
Naib Presiden PKR Tian Chua ketika dihubungi melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan mengalu-alukan siasatan polis. - Bernama

Najib takut gagal capai 2/3 majoriti

Posted: 05 Dec 2012 03:13 PM PST


Shahbudin Husin
 
 

Ucapan Najib di perhimpunan UMNO baru-baru ini, baik dalam ucapan dasar mahupun ucapan penggulungan jelas menggambarkan ketakutan beliau menghadapi pilihanraya akan datang. Intipati ucapan, riak wajah dan bahasa tubuhnya jelas menggambarkan hakikat itu.Meski beliau cuba melawak, tersenyum dan mempamerkan wajah gembira tetapi garis-garis ketakutan itu boleh dilihat dan difahami oleh sesiapa saja yang mendengar ucapannya yang banyak aksi meneran dan menjerit itu.

Walaupun Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan cuba "melambung" beliau dengan mendedahkan suatu hasil kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah UiTM kononnya sokongan kepada Najib dan kerajaan kini sudah mencapai lebih 70 peratus dan pengundi atas pagar hanya 17 peratus, namun Najib kelihatan tidak gembira mendengar puji-pujian itu.

Beliau hanya selamba dan seolah-olah tidak terasa apa-apa dengan gambaran yang diucapkan Zahid itu. Jika orang lain, mungkin sudah cukup gembira dan kepala menjadi besar dengan hasil kajian yang diumumkan Zahid itu. Tetapi tidak dengan Najib kerana ada ketakutan lain sedang bersarang di kepalanya.

Malahan ketika berucap kemudiannya, Najib seperti memperlekehkan hasil kajian yang diumumkan Zahid itu dengan mengatakan sepatutnya sesuatu kajian harus melontarkan soalan cepumas yang berbunyi "Jika tidak dicalonkan, apakah akan terus menyokong parti?"

Najib juga kemudiannya memanggil ketiga-tiga Naib Presiden itu dengan gelaran "tiga ekor Naib Presiden" iaitu suatu gambaran bahawa Najib sebenarnya tidak cukup gembira dengan prestasi mereka dan panggilan ekor itu menggambarkan gelaran untuk seseorang yang belum cukup matang atau masih kebudak-budakkan.

Walaupun Najib kemudiannya cuba mengendurkan keadaan dengan menyebut "tiga ekor yang akur", hakikatnya Najib tidak gembira dengan prestasi dan mutu ucapan penggulungan ketiga-tiga Naib Presiden itu yang disifatkan oleh banyak pihak masih dibawah paras yang sepatutnya bagi seseorang pemimpin yang menduduki kerusi Naib Presiden UMNO.

Ramai juga memberi pandangan mutu ucapan ketiga-tiga Naib Presiden kali ini menggambarkan bahawa UMNO sebenarnya sudah ketandusan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa. Mutu ucapan Zahid, Hishammuddin dan Shafie tidak berupaya menambahkan keyakinan rakyat, pengundi atas pagar dan generasi muda bahawa UMNO ini boleh bergerak dengan lebih cemerlang di masa hadapan.

Dengan Najib melontarkan soalan cepumas itu kepada semua ahli pemimpin UMNO, ia menggambarkan ketakutan Najib ialah sabotaj di kalangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri. Walaupun mungkin sabotaj itu boleh menyebabkan UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya akan datang tetapi Najib jelas lebih takut sabotaj yang sama menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Najib sebenarnya lebih takut gagal mencapai majoriti dua pertiga berbanding UMNO dan BN kalah terus dalam pilihanraya.

Bermula dengan ucapan dasar dan kemudian disimpulkan dalam ucapan penggulungan, penekanan terhadap pencapaian majoriti dua pertiga itu nampaknya begitu ditekankan. Ia disebut berulang kali, melebihi penekanan tentang peri mustahaknya UMNO dan BN terus dikekalkan sebagai kerajaan.

Meskipun kekalahan UMNO dan BN adalah sesuatu yang pahit tetapi Najib lebih risaukan kedudukan dirinya berbanding UMNO itu sendiri. Jika UMNO kalah dan BN hilang kuasa sebagai kerajaan, kepahitan dan sengsara yang dialami boleh dikongsi dengan orang lain.

Najib mungkin boleh menyalahkan timbalannya, Muhyiddin yang kurang bekerja keras sebagai punca kekalahan. Beliau juga boleh menyalahkan Naib-Naib Presiden UMNO yang masih gagal meraih sokongan rakyat sewajarnya meskipun sudah diberi jawatan dalam kementerian-kementerian yang kanan. Lebih dari itu, Najib juga boleh menyalahkan pemimpin dan ahli-ahli UMNO lainnya yang tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh serta memantapkan perpaduan sebagai punca utama tewasnya UMNO.

Dalam masa yang sama, jika UMNO tumbang Najib juga boleh menyalahkan Pak Lah kerana mewariskan kerajaan yang lemah kepadanya. Beliau juga boleh menyalahkan Tun Mahathir kerana terlalu banyak bercakap sehingga membuatkan rakyat benci dan menolak UMNO serta kerajaan.

Pendeknya jika UMNO kalah, pelbagai pihak boleh dipersalahkan oleh Najib. Beliau tidak akan keseorangan menanggung sengsara kekalahan itu kerana ia boleh dikongsi dengan pelbagai pihak lainnya.

Tetapi jika sekadar gagal mencapai majoriti dua pertiga, Najib seorang diri yang akan dipersalahkan dan beliau bakal menanggung sengsaranya keseorangan. Dengan gagal melepasi garisan dua pertiga, hanya Najib seorang diri yang akan dipersalahkan sebagaimana Pak Lah dipaksa dengan peralihan kuasa bila gagal mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya 2008 lalu.

Dalam pasukan bolasepak pun, apabila sesebuah pasukan gagal mengekalkan kejuaraan biasanya hanya pengurus yang dipecat. Rombakan besar-besaran melibatkan pengurus dan pemain hanya biasa dilakukan apabila sesebuah pasukan itu kalah berpanjangan atau turun ke divisyen dua. Itulah lumrah kehidupan sebenarnya.

Dengan menekankan tentang mustahaknya mencapai kejayaan dua pertiga, Najib sebenarnya lebih memikirkan tentang nasib dirinya berbanding UMNO itu sendiri. Sebab itu beliau mahu perpaduan dikekalkan dan sabotaj parti dielakkan.

Jika boleh, beliau bukan saja mahu sabotaj dielakkan untuk memastikan BN melepasi garisan dua pertiga, malahan jika garisan itu gagal dilepasi, sabotaj yang sama tidak berlaku kepada dirinya dengan memaksanya berundur pula.

Itulah yang sangat-sangat diharapkan oleh Najib. Tetapi oleh kerana UMNO sudah meletakkan kemenangan dua pertiga sebagai penanda aras kejayaan, maka sukar untuk Najib mengelakkan dirinya menjadi "Pak Lah kedua" jika beliau juga gagal mencapai kemenangan dua pertiga.

Yang lebih ditakuti Najib ialah jika yang mula-mula memintanya berundur itu ialah Mahathir sendiri, tokoh yang dianggap sebagai mentornya kini.

Najib sekarang ini bukan saja memuji-muji Mahathir tetapi juga secara terbuka menyatakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih dipantau oleh Mahathir. Dengan meletakkan dirinya sebagai "protege" atau anak didik kepada Mahathir, Najib sekurang-kurangnya berharap bekas PM itu kekal sebagai mentornya dan tidak memaksanya berundur jika keputusan kurang daripada dua pertiga dalam pilihanraya umum nanti.

Sesuatu yang tidak disedari Najib ialah Mahathir bukan saja kaki pantau tetapi juga kaki kuntau. Rekodnya menguntau beberapa pemimpin UMNO sebelum ini menggambarkan hakikat itu. Beliau mudah percaya pada orang tetapi jika kepercayaan itu sudah hilang, kuntaunya tidak pernah ada belas kasihan.

Hanya kemenangan dua pertiga yang dapat mengelakkan Najib daripada kenapa kuntau, baik oleh Mahathir mahu pun oleh pemimpin-pemimpin UMNO lainnya yang sekarang ini seolah-olah berdiri teguh di belakangnya. Pemimpin UMNO pula memang tabiatnya mudah hilang kesetiaan bila pemimpin utamanya hampir tumbang.

Sebab itu, kegagalan mencapai kemenangan dua pertiga begitu ditakuti Najib berbanding jika UMNO dan BN kalah terus kepada Pakatan Rakyat.

Tembak Aminulrasyid: Jenain kini bebas

Posted: 05 Dec 2012 03:11 PM PST

KL TODAY

 

Mahkamah Tinggi di sini Rabu membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata, tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 September tahun lalu, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hasutan PAU12 punca tragedi Gombak

Posted: 05 Dec 2012 03:04 PM PST

KL TODAY

 

Serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi merupakan kesan daripada Perhimpunan Agong Umno ke 66 dan barangkali adalah muqaddimah ke peristiwa 13 Mei yang digempar-gempurkan semula Umno.

"Ini adalah kesan PAU dan muqaddimah 13 Mei," kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkasnya kepada media.

Serangan malam tadi termasuk ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan berkata, provokasi berlaku selepas sekumpulan 250 orang diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkumpul di seberang jalan sekitar jam 9.30 malam.

Menurutnya, tindakan tersebut menarik perhatian beberapa penyokong PR yang sedang mendengar ceramah dan berlaku insiden tolak-menolak antara kedua-dua belah pihak.

Ceramah itu dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Ketua Umum PKR dan PR.

Dalam insiden itu, anggota PKR dan Umno dilaporkan mengalami kecederaan termasuk ada yang ditikam.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kali ini selain serangan batu, tong sampah dan peralatan lain, "kita dikejutkan oleh tikaman pisau yang disyaki dilakukan oleh salah seorang anggota Pemuda Umno."

Serangan itu dilaporkan berlaku di pekarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara.

Mohamad berkata polis harus menunjukkan kewibawaan dengan menyiasat insiden itu dengan serta merta.
"Jangan ikut telunjuk Umno," itulah pesanan beliau kepada polis.

Polis Gombak belum mengenalpasti pihak yang membuat provokasi dalam program jelajah merdeka rakyat anjuran PKR di Gombak malam tadi. 

"Kita tak pasti mereka dari parti mana. Yang kita pasti ialah mereka ialah orang tempatan di kawasan itu, bukannya orang luar," kata Ketua Polis Gombak.

 

Beliau menjelaskan bahawa polis dapat mengawal keadaan setelah berlaku provokasi di luar kawasan ceramah.

Tambah beliau, ada dua orang tercedera dalam kejadian itu.

"Seorang terkena botol di dahi dan seorang lagi terhiris di dahi. Lukanya kecil dan memerlukan empat jahitan sahaja."

Biaqpila

Posted: 05 Dec 2012 03:25 PM PST

Biaqpila™

Biaqpila


Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di IPK

Posted: 05 Dec 2012 02:00 PM PST

SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada minggu lalu. Pegawai berusia 40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu. Sumber berkata, ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan.

Kata sumber itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis. Difahamkan, mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini. Wanita itu turut mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba punggung mangsa.

Kejadian terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan polis. Sumber itu memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.

utaranews

UMNO arah provokasi ceramah Gombak,SMS sebagai bukti

Posted: 05 Dec 2012 02:16 AM PST


Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak.

SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut :


1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).

Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

“Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

~ Keadilandaily

darisungaiderhaka


UMNO GUNA PESILAT GANGGU CERAMAH DI GOMBAK ?

Posted: 04 Dec 2012 08:00 PM PST





Beberapa orang Pemuda UMNO sedang membuat provokasi.


Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak
tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke
arah orang ramai di  Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.

"Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga
yang cedera akibat sikap samseng ini," kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi.

Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang
merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang
provokasi semasa ceramah.

Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang
diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi
ceramah.

"Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi.

"


Md Haidir Samsuddin
Megat
sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh
dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini," tambah beliau lagi.
Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat
dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa
insiden.

Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di
kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

"Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh.

"Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya," kata Haidir berdarah dikepalanya.

Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang
berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai
bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya
masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera
serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku.

"Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal," kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum
ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan
ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin
PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa
kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.

Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.(malaysianinsider)

intanhijau2


Tawaran Untuk Merobohkan Kamera AES Secara Percuma

Posted: 04 Dec 2012 05:00 PM PST




Setelah sekian lama menanti langkah seterusnya Kerajaan Selangor untuk merobohkan struktur kamera haram AES, Akhirnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu bersuara.

Beliau memberi tempoh 'last warning' kepada Kementerian Pengangkutan untuk hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut setelah hampir sebulan masa yang diberikan. jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.

SAMM sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor kerana terus komited membawa perihal kamera haram ini hingga ke akhirnya - roboh struktur. Sikap kerajaan Malaysia, Kementerian Pengangkutan khususnya yang berdiam diri tidak membantu menyelesaikan masalah maka SAMM melihat tindakan Kerajaan Selangor adalah bertepatan. Masa yang diberikan oleh kerajaan Selangor juga cukup lumayan untuk kamera tersebut dialihkan sebelum tindakan lebih drastik.

SAMM sebelum ini telah menawarkan diri untuk merobohkan struktur haram tersebut dan berharap kerajaan negeri tidaklah perlu mengeluarkan bajet tertentu. Demi menjimatkan wang rakyat, SAMM sanggup merobohkan kamera tersebut secara percuma.

Tawaran SAMM ini juga mendapat maklumbalas yang sangat baik dari golongan muda yang bersetuju untuk bersama mengalihkan kamera tersebut dan turut bersetuju kerajaan negeri tidak perlu keluar sebarang modal untuk perobohan ini.

SAMM mempunyai pandangan yang serupa dengan tindakan kerajaan negeri, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menaikkan apa-apa struktur tanpa kebenaran pihak berkuasa kerana ia turut membabitkan soal keselamatan awam, apatah lagi struktur tersebut juga mengganggu keselesaan awam. Sekiranya struktur awam ini menyebabkan kecelakaan, siapakah yang akan bertanggungjawab sedangkan ia dipasang secara haram?

Terpulang kepada Kerajaan Selangor samada untuk mewartakan perobohan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada tim SAMM ataupun tidak, kami anak muda tetap bersama dalam menjayakan kerja mulia ini.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, SAMM juga mempunyai kemahiran dan punya tenaga anak muda yang cukup untuk menurunkan kamera AES dengan selamat. SAMM juga mengajak sekutu NGO dan NGI lain untuk turut bersama dalam aksi yang bakal mendapat kebenaran dari kerajaan negeri Selangor dalam sedikit masa lagi.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

kerajaanrakyat-news


ALHUSSEYN

Posted: 05 Dec 2012 03:23 PM PST

ALHUSSEYN


Papa Gomo bakal jadi Papa Kedana

Posted: 05 Dec 2012 09:54 AM PST

Inilah fitnah Wan Muhammad Azri terhadap Husam Musa
 
Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papa Gomo, blogger pemfitnah ni pasti akan menerima balasannya.Tidak lama lagi nanti namanya akan jadi Papa Kedana ! Mengapa tidak? Husam sedang mengheret pemfitnah ini ke mahkamah dengan tuntutan RM10juta!

Kes ini dipercayai adalah  ekoran penyiaran pihak defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Sila baca posting di sini

Sebelum ini, blogger pemfitnah ini juga telah disaman oleh seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Ramai lagi mangsa fitnah blogger dajal ini  akan menyamannya - Khalid Samad, Nik Nazmi, Elizabeth Wong, Haliza Talha, Dr Halimah Ali... Korang bacalah di sini

Tentu lingkuplah blogger pemfitnah ini kali ini.Mana dia mahu lari.... Adakah mana-mana menteri nanti yang akan tolong bayarkan saman yang bakal dikenakan itu? 

Papa Gomo, kau  umpama tebu yang sudah tak ada gula lagi setelah diperah. Kau hanyalah hampas yang terbuang...


Hantu dalam lift

Posted: 04 Dec 2012 07:56 PM PST


Tiba-tiba sahaja budak perempuan ini dengan anak patongnya tercegat di situ…entah dari mana munculnya….. 

Budak perempuan tu tak cakap apa-apa pun, tapi .....korang alamilah sendiri...

Inikah budaya Umno?

Posted: 04 Dec 2012 07:11 PM PST

Mahathir kata ini bukan budaya kita…tapi ini apa? Pemimpin Umno termasuk Najib perlu bertanggung jawab keatas kejadian ini. 

Kesan tikaman samseng Umno. Politik apa yang Umno bawa?

Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi. 

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN. Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. 

Telah banyak kali dilaporkan tentang samseng-samseng Umno menganggu ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini. Apakah nak tunggu ada yang lebih buruk dari yang ini berlaku baru pemimpin Umno mahu bertindak? 

Tidak pernah pemimpin Umno cuba menasihati atau melarang samseng Umno dari membuat kerja-kerja laknat macam ini. 

Seolah-olah melontar cat kepada bas dan kereta Pakatan Rakyat dan membaling batu kearah ceramah Pakatan Rakyat adalah jihad !

Kerabu Bersuara ®

Posted: 05 Dec 2012 03:06 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Bekas jurusolek Amy Mastura ditemui mati terikat

Posted: 05 Dec 2012 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Bekas jurusolek kepada artis terkenal tanah air ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat dengan tali langsir dalam bilik rumahnya di Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh di sini malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, berusia lingkungan 50-an dipercayai mati akibat dijerut dan mayat mangsa ditemui abangnya yang datang ke rumah sewa itu pukul 8 malam tadi setelah dia gagal di hubungi.

Dicky pernah menjadi jurusolek kepada penyanyi dan pelakon Amy Mastura serta Liza Hanim.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kakinya diikat dengan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.

“Ketika ditemui mangsa memakai baju T dan berseluar pendek. Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan jerut pada leher mangsa dan kakinya turut berdarah," katanya.

Najib, Deepak dan Altantuya: Antara anak jantan dan sumpah Oleh Hafiz Zainuddin

Posted: 05 Dec 2012 04:49 AM PST


KAMI anggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak cukup jantan kerana tidak mampu menjawab tuduhan ke atasnya mengenai pembongkaran ahli perniagaan Deepak Jaikishan membabitkan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Atau, Najib menunggu masa untuk bersumpah menjunjung kitab suci al-Quran seperti yang dilakukan Saiful Bukhari dalam masjid kemudian ke Makkah mengerjakan umrah seperti Shahrizat setelah kesnya meletup

Manusia bernama Deepak ini menggemparkan Malaysia apabila beliau mengaku bahawa dirinya diperalatkan pihak tertentu untuk memujuk atau menakut-nakutkan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menandatangani akuan bersumpah (SD) kedua yang mana akuan bersumpah pertama mempunyai dakwaan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu.

Malang sekali, Perhimpunan Agung UMNO ke-66 berlalu begitu saja dengan meninggalkan persoalan maha penting. Najib sekadar berselindung di balik segala doa dan sumpah yang dilafaz sedangkan rakyat sudah lama menanti jawapan.

Ketidakmampuan Najib membersihkan namanya hanya menjadikan buah silatnya canggung di mata biarpun berdegar-degar sumpah membela bangsa dilaung, biarpun berdegar-degar musuh politiknya dihamun.

Antara Najib dan Anwar

Ramai tertanya-tanya. Kenapa orang nombor dua dalam parti dan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membela bosnya Najib.

Kemudian, dengan tiba-tiba pula muncul Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menawar diri untuk menjawab dakwaan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan itu.

Adakah Muhyiddin sengaja membiarkan bosnya tenggelam dalam tuduhan yang makin mencengkam urat lehernya kerana sememangnya mereka berseteru.

Tetapi, bila diimbas kembali, lain pula halnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh yang “bukan-bukan”. Beliau pantas menjawab dan berhujah, menepis dan menbalas.

Biarpun tidak sudah-sudah ditonyoh dengan pelbagai soalan jahat wartawan, biarpun terus-menerus difitnah cyber trooper upahan UMNO-BN, beliau tidak lari malah lebih  bersemangat.

Seperti orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Lantas, dengan segala kudrat dan semangat yang dianugerah Allah Subhanata’ala, berjelajahlah Anwar ke seluruh ceruk rantau bertentang mata dengan sekalian umat Malaysia menjelaskan perihal tuduhan jahat yang didakwa ke atasnya. Inilah ciri-ciri peribadi pemimpin yang kita mahukan. Lantang, berani, tabah dan istiqamah.

“Kalau Najib jujur, beliau harus rela disiasat”-Lim Kit Siang

Bagi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Najib sepatutnya menjawab dakwaan itu di dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66.

Ini kerana dakwaan Deepak membabitkan Najib dan keluarganya. Kata Deepak, beliau sudah membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan supaya Perdana Menteri sendiri campur tangan membabitkan satu projek Kementerian Pertahanan pada 2005 yang bernilai RM100 juta sewaktu Najib selaku Menteri Pertahanan.

Jelas Kit Siang, “Deepak juga meluahkan kekesalan membabitkan diri dalam rancangan membuatkan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam membuat Pengakuan Bersumpah kedua, menarik balik Pengakuan Bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya,

“Dalam satu wawancara, Deepak mengatakan beliau terbabit dalam kes Bala untuk membantu “keluarga Perdana Menteri”. jelasnya.

“You help me, I help you”- Najib Razak

Rakyat Malaysia dan dunia sedang ternanti-nanti. Orang di Mongolia sudah lama menanti detik kebenaran.

Di sebalik ketakutan Najib membela dirinya, adakah pembongkaran Deepak sekadar mencerminkan kata-kata sakti Najib yang berbunyi “I help you, you help me”?
Apapun, ketika rakyat Malaysia semakin memahami dan matang berpolitik, pemimpin UMNO tidak boleh lagi selamat dengan mainan sentimen kaum dan agama kerana keadilan dan kebenaran melangkaui segalanya.

Najib yang terkenal dengan pelbagai slogan dan dasar harus membuktikan kata-katanya demi memartabat semula institusi awam yang sudah rosak atau segala dasar dan transformasi beliau sekadar transformasi basi.

Bagi Lim Kit Siang, jika Najib bersedia menyerahkan dirinya untuk disiasat secara menyeluruh dan bebas ke atas skandal membabitkan Deepak, Bala dan Altantuya, maka permohonan maafnya di dalam ucapan dasarnya bagi pihak kepimpinan UMNO atas sebarang “kesalahan” atau “kekhilafan” adalah jujur dan bermaruah.

Tetapi sehingga kini Najib tidak berani membela dirinya sendiri. Bak kata pepatah, pantang laksamana Melayu undur mengalah. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Tapi nampaknya Najib terbukti tidak cukup jantan untuk bergelar laksamana, penjaga pintu istana pun belum tentu.-Roketkini.com

Kesilapan bodoh disengajakan UMNO-MCA

Posted: 05 Dec 2012 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER: Pemimpin UMNO dan MCA silap besar kerana melakukan ‘auta’ terang-terangan apabila kenyataan mereka yang memburukkan kewibawaan DAP saling bercanggah antara satu sama lain.

UMNO juga mengugut dengan mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa dan ditindas jika mereka mengundi DAP, begitu juga dengan pemimpin MCA pula mengugut orang Cina.

Perkara itu menimbulkan persoalan, adakah mereka sengaja berbuat demikian untuk membodohkan rakyat atau dua parti terbabit sememangnya saling bermusuhan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, Najib dan pemimpin BN yang lain tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat kerana mereka kini mempunyai akses kepada pelbagai saluran maklumat alternatif terutamanya melalui media internet.

Sambil menganggap tindakan UMNO dan MCA itu sesuatu yang memalukan, Kit Siang dengan nada menyindir berkata, mereka sepatutnya menyusun dan menyelaraskan perbezaan untuk menghasilkan satu “penipuan besar ke atas DAP”.

“Pada isu ini saja, kita dapat lihat bagaimana parti komponen BN bukan sahaja menyebarkan pembohongan terang-terangan malahan bercanggah antara satu dengan lain,

“Ini menunjukkan mereka muflis idea, prinsip politik dan moral. Situasi ini menjelaskan bahawa mereka sudah layak untuk dikeluarkan daripada Putrajaya.” jelas Kit Siang.

Justeru, beliau merayu semua pengundi di Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kawasan bangkit dan bersatu menyatakan pendirian jelas pada PRU-13 nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menegaskan bahawa DAP bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat menolak semua jenis mainan dan doktrin politik “pecah dan perintah” UMNO-BN yang selama ini diamalkan kerana ia akan membawa mudarat kepada negara.

“Pakatan Rakyat menentang penindasan mana-mana kaum, agama atau kumpulan dan akan memastikan berakhirnya peminggiran dan diskriminasi mana-mana kaum, agama atau kumpulan. Inilah yang akan menjadi prinsip kerajaan Persekutuan PR di Malaysia jika diberi mandat,” katanya.

Semua ini, jelas Kit Siang, akan terzahir dengan pemahaman, kesedaran dan kerjasama kukuh segenap lapisan masyarakat sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asal, Kadazan, Iban dan sebagainya.

“Jika PR mencapai kejayaan di Putrajaya, andalah perwira sebenar negara demi Malaysia yang berdaulat, berprinsip, adil dan bersih.”  katanya.- Roketkini.com

Kelemahan Palanivel dan kemaraan Samy Vellu serlah sandiwara MIC konon bela masyarakat india

Posted: 05 Dec 2012 04:45 AM PST

SHAH ALAM, 5 DISEMBER:  Masyarakat India dingatkan dengan ‘wayang sandiwara’ yang sedang berlaku antara MIC dan UMNO bertujuan agar parti itu dilihat prihatin terhadap masalah yang dihadapi komuniti berkenaan.

Pada masa yang sama, bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pula dilihat cuba mengambil kesempatan ‘melobi’ Perdana Menteri, Najib Razak untuk tujuan politik akibat kelemahan Presiden MIC, Datuk G.Palanivel yang gagal memperkasa dan mengukuhkan kedudukannya dalam parti.

Hakikatnya, biarpun hampir 30 tahun bekas Presiden MIC itu menjadi wakil dalam kabinet sebagai Menteri Kerja Raya, masyarakat India di Malaysia tidak dapat pembelaan wajar malah dipinggir kerajaan BN secara berterusan untuk bersaing secara sihat dan adil kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan dalam satu tulisannya.

“Ia terbukti dengan pelbagai masalah yang makin membimbangkan seperti peningkatan kadar jenayah di kalangan belia India, perobohan kuil Hindu secara berleluasa, masalah peluang pekerjaan dalam sektor awam mahu pun swasta, masalah pendidikan dan sekolah aliran Tamil termasuk pengurangan kepentingan pemilikan korporat masyarakat berkenaan.” katanya.

PR berjaya bela minoriti India

Menurut Manoharan, lain pula yang berlaku di Selangor di bawah pentadbiran PR. Walaupun baru mengambil alih pentadbiran, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan antara masalah asas masyarakat India dengan memperuntukan sebanyak RM4 juta kepada sekolah Tamil dan RM2 juta untuk kuil Hindu.

“SRJK(T) Midlands diubahsuai beserta pembinaan sebuah pusat konvensyen. Ini menjadi kebanggaan masyarakat India dan ia melakar sejarah pertama di Malaysia di mana wujudnya sebuah sekolah berasrama penuh Tamil di Ijok.” ujarnya.

Ini tidak termasuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti skim mikrokredit, TAWAS, bekalan air percuma 20 meter padu, Bantuan Anak Pekerja Ladang, Hadiah Masuk Universiti dan sebagainya.

Minoriti India jadi ‘pelarian’ di negaranya sendiri, Samy Vellu membisu

ADUN Kota Alam Shah itu turut menyentuh mengenai dilema masyarakat India yang berada di kawasan estet yang mana kebergantungan hidup sebahagian mereka terancam akibat pembangunan tanpa pelan rancangan perpindahan, perumahan dan sosial yang wajar.

“Akibat pemusnahan estet bagi tujuan pembangunan itu, sebahagian komuniti India yang mendiami kawasan itu menjadi ‘pelarian’ di negara sendiri,

“Dalam kebanyakan kes sebegini, biasanya ia banyak berlaku di negeri BN dan dilakukan syarikat milik mereka.” jelas beliau.

Beliau mengambil contoh bagaimana pembinaan Putrajaya dan Cyberjaya mengorbankan lima ladang besar tetapi tidak dipedulikan Presiden MIC ketika itu yang dilihat membisu.

“Keadaan menjadi lebih buruk apabila bekas pekerja ladang ini ditempatkan di kediaman rumah kos rendah yang jauh daripada sekolah, tempat ibadat dan kemudahan lain yang mengakibatkan kesusahan.” ujar beliau.

Tambahnya, Samy Vellu sendiri pernah terbabit dalam rampasan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah Effingham, Bandar Utama Petaling Jaya satu ketika dulu dan sehingga kini, isu itu masih belum selesai.

“Samy Vellu dan MIC gagal membela masyarakat India. Kini, mereka berpura-pura ‘bersandiwara’ dengan UMNO untuk menagih semula sokongan pengundi yang hilang sejak PRU 2008,

“Apa yang berlaku sekarang ibarat anai-anai yang cuba keluar dari sarangnya.” ujar beliau. -Roketkini.com

Muslimeen United

Posted: 05 Dec 2012 01:44 PM PST

Muslimeen United


Jangan Berikan Kepercayaan Kepada UMNO Yang Kini 'Desperate'

Posted: 05 Dec 2012 06:22 AM PST



Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini.

UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.

Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai'ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN.

'Initiative' yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.

Jika berbai'ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad.

Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh.

Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.

Kenapa sampai bersumpah?

Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan 'conclusive' UMNO dalam kesempitan.

"Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja" kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama.

Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, "satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu". Kata perpatah 'bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar'. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. "Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina". Apa maknanya semua ini? Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir.

Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh di capai oleh BN.

UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini.

Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu.

UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara.

Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai 'national unity' ini.

Perjuangan ini merupakan perjuangan 'ultimate' rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap 'desperado' mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini.

Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza.

Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO.

Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang. -aspanalias

Peristiwa berdarah di Gombak kesan PAU12 – Mat Sabu

Posted: 05 Dec 2012 06:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi merupakan kesan daripada Perhimpunan Agong Umno ke 66 dan barangkali adalah muqaddimah ke peristiwa 13 Mei yang digempar-gempurkan semula Umno.

"Ini adalah kesan PAU dan muqaddimah 13 Mei," kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily tengahari tadi.

Serangan malam tadi termasuk ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.


(Antara kumpulan samseng yang membawa berdera BN dalam kekecohan di Gombak malam tadi)

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan.

(Kesan dari keganasan malam tadi)

Mohamad berkata polis harus menunjukkan kewibawaan dengan menyiasat insiden itu dengan serta merta.

"Jangan ikut telunjuk Umno," itulah pesanan beliau kepada polis. -Hrkh

Penjelasan dari Samseng UMNO tentang keganasan di Gombak (Video Inside)

Posted: 05 Dec 2012 06:18 AM PST

Laporan dari media pro UMNO mendakwa dalam keganasan yang telah berlaku di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak semalam 4 orang penyokong UMNO/BN telah cedera.

Antara yang dilaporkan cedera itu termasuklah salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Batu 10 Gombak Mohd Faizaruddin telah mengalami kecederaan di bahagian kepala.


Kejadian tersebut berlaku setelah berlaku pertembungan program di antara pihak Pergerakan Pemuda UMNO dan PKR yang masing-masing menganjur di lokasi yang sama di Batu 8 Gombak Selangor.

Program Ceramah anjuran PR itu telah dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi beberapa Pimpinan PR termasuklah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha PAS Gombak Khairul Fahmi.

Manakala Program Pergerakan Pemuda UMNO yang berlangsung di hadapan Ceramah parti lawan dipimpin oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain. Ianya juga disertai Pergerakan Wanita UMNO Bahagian berkenaan.

Berikut adalah cerita dari samseng UMNO yang cedera itu..


Dia kata UMNO pun ada program kat situ, bila DSAI datang diaorangpun menerpa untuk melihat suasana..

Dah ada program sendiri apahal pulak nak menyibuk dengan program Pakatan Rakyat?.. teruskanlah program korang tu..

Mungkin provokasi terhadap program Pakatan Rakyat itu sebenarnya adalah program mereka.. sebabnya banner di bawah ni bukannya boleh dicetak dalam masa lima minit..


Inilah Wajah-Wajah Ahli PAS Yang Sertai Umno Di Kedah

Posted: 05 Dec 2012 06:15 AM PST


Inilah wajah-wajah ahli PAS di Kedah yang sertai Umno. Bebudak mana yang mahadzir Khalid kutip untuk berlakon ni? Kalau nak tipu biarlah nampak real, ini tidak main tangkap muat je..

Semasa PAU12, kononnya ada khabar angin bekas pimpinan PAS akan sertai Umno namun tidak menjadi kenyataan. 


Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja..


Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja..

Mengenali Abdul Hadi Awang

Posted: 04 Dec 2012 10:06 PM PST


Masa depan adalah milik mereka yang telah mempersiapkan diri untuknya dari saat ini - peribahasa Afrika

Mukadimah



YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh dengan permulaan latar belakang yang biasa. Beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga ulama di Kampung Rusila berhampiran pantai Marang, Terengganu; sebuah kampung nelayan yang membentuk diri beliau hari ini.

Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam Sains Politik Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau adalah Menteri Besar Terengganu bagi tahun 1999-2004 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang serta Ahli Parlimen Marang sejak beberapa dekad yang lalu.

Beliau kini merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Tokoh ulama dan negarawan



Di peringkat tempatan, beliau tidak perlu diperkenalkan lagi.

Di sebalik kepadatan jadual beliau untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan beliau yang terdiri dari golongan berpendapatan sederhana  dan memimpin parti dalam landskap politik yang sentiasa berubah, setiap orang pasti bersetuju bahawa beliau mesra dengan semua orang.

Haji Hadi, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ayah Chik' dalam kalangan keluarga dan penduduk kampung, begitu bersemangat menjalani rutin seharian beliau sebagai seorang ulama dan pemimpin masyarakat.

Hari Jumaat adalah masa terbaik untuk bertemu dengan beliau. Beliau akan mengimami solat Subuh dan menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat di Masjid Kampung Rusila, sebuah masjid yang dibina di dalam kawasan rumahnya.

Beliau dikenali ramai kerana pengajaran dan penulisan beliau dalam pemikiran Islam kontemporari, merangkumi subjek kepercayaan ('aqidah), tafsir dan hadith, fiqh ibadat ('ibadah), urusan perniagaan (mu'amalat), kanun keseksaan (jinayat) dan politik (siyasah).

Beliau sangat terkenal satu ketika dahulu, di mana semua khutbah dan tulisan-tulisannya direkodkan di dalam kaset dan video dan ditulis di dalam buku sehingga tercetusnya Fenomena Haji Hadi pada tahun 80-an, populariti yang terus dikecapi sehingga ke hari ini, setara dengan fenomena Ustaz Azhar Idrus dalam kalangan gen-Y  masa kini dalam rangkaian Youtube dan Facebook.


MB Terengganu


Pencapaian beliau semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.

Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun);

Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%;

Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau yang digelar Syeikh Abdul Hadi, adalah seorang tokoh besar dalam dunia komuniti Islam kerana pandangan beliau dalam isu keamanan dan demokrasi serta pemikiran beliau dalam bidang pendidikan dan pembangunan umat Islam.

Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa bermula sejak di zaman universiti di Madinah dan Kaherah, dan beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Komuniti Islam Antarabangsa (Coordination of International Muslims Community), yang berpangkalan di Istanbul; Jawatankuasa Pengharmonian Mazhab (Committee of Mazhab Harmonisation), yang berpengkalan di Tehran; dan Jawatankuasa Antarabangsa Kebebasan Al-Aqsa (Committee of Al-Aqsa Freedom).

Selain itu beliau turut terlibat dalam beberapa krisis kemanusiaan dan krisis merentas sempadan seperti di Afghanistan, Bosnia, Iraq, Yaman, dan Mesir, serta di rantau Asia seperti di Acheh, Mindanau, Patani dan Myanmar.


Seorang nelayan semula jadi


Di sebalik semua pencapaian ini,  beliaa adalah seorang nelayan secara semula jadi. Beliau suka memancing, meneroka laut ketika cuaca tidak menentu dan air pasang, menemui horizon baru dalam landskap yang sentiasa berubah, dan penuh yakin dengan penyerahan mutlak kepada Yang Maha Berkuasa. Dia tidak banyak berbeza ketika beliau di daratan.

Dalam gembar-gembur isu Perdana Menteri, beliau secara berseloroh berkata, "Sebagai seorang pemimpin yang mendapat tarbiah Parti Islam, saya tidak boleh meminta untuk dilantik ke sesuatu jawatan. Apa yang paling penting, kita mesti terlebih dahulu mesti memperoleh kemenangan (dalam pilihan raya umum ke-13). Saya tidak keberatan untuk kembali menjadi seorang nelayan."

Saya bersetuju, kita hanya akan menyeberang sesebuah jambatan hanya apabila kita sudah menghampirinya.

Walau bagaimanapun, yang paling membimbangkan saya bukanlah jambatan terhampir, tetapi jambatan-jambatan lain di masa hadapan.

Satu cabaran bagi pemimpin masa hadapan PAS; dan langkah-langkah yang penting mesti bermula dari saat ini.


* Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau menyokong Negara Berkebajikan. Tulisan sala dalam Bahasa Inggeris ini diterjemah oleh Mohamad Yahya.

PAU 2012 : Najib gelar menteri UMNO 3 ekor [monyet]

Posted: 04 Dec 2012 02:49 PM PST


Vedio & Gambar : Ceramah Merdeka Rakyat Diganggu Seorang Cedera Ditikam

Posted: 04 Dec 2012 02:24 PM PST


 Pemuda Umno cuba menganggu ceramah Merdeka Rakyat di Gombak

Provokasi Pemuda Umno dengan memasang bendera BN
  
Gangguan samseng Umno terhadap aktiviti Pakatan tidak pernah ada kesudahan

 Cedera dibahu akibat tusukan benda tajam
Kesan tikaman oleh samseng Umno
 Anggota FRU yang dikerah untuk mengawal keadaan
 Sebahagian orang ramai yang mahu mendengar ceramah tetapi diganggu
GOMBAK 5 DISEMBER: Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.
Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.
Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.
Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.
Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.
"Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!" katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.
"Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak," katanya dengan nada tegas.
Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.
"Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka. Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan" katanya.-KD

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 05 Dec 2012 01:40 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PRU 13 - NAJIB TERUS DI BURUI MIMPI NGERI

Posted: 04 Dec 2012 04:37 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 05 Dec 2012 01:22 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


BAKAR BURSA MALAYSIA!!!!!

Posted: 05 Dec 2012 04:04 AM PST

Selepas BN tewas banyak kerusi pada 1999, Mahathir telah mengarahkan pihak Polis menghalang setiap ceramah anjuran Pas. Tiada permit dikeluarkan. Jika pihak Pas tetap mengadakan ceramah, maka FRU akan datang menghalangnya. Pihak Umno tak payah buat kerja jahat itu. Polis yang jadi baruah Umno, mengahalang ceramah Pas.

Selepas BN kalah lagi banyak dari 1999, iaitu pada 2008, Umno pula mengambil alih tugas Polis menghalang ceramah anjuran Pas dan PKR. Baling batu, buat bising, sabotaj dengan mengadakan program di sebelah tempat ceramah Pas/PKR, dan pelbagai kerja jahat lagi.

Polis tidak mengambil tindakan apa-apa ke atas Umno yang membuat kerja ganas itu. Umno walaupun sudah ada radio, tv dan akhbar, masih tidak  mampu berhujah dengan PAS/PKR. Kini mereka mengganas di setiap program yang dianjurkan Pas/PKR.

Umnolah yang merancang 13 Mei baru. Jika mereka kalah dalam PRU 13, mereka akan menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Kita ingin memberi amaran, anak muda PR bersedia membakar pejabat Bursa  Malaysia, sehingga melumpuhkan ekonomi  sang korporat yang mendukung BN!!!!!

(Peluang baru)







AKU INGIN BEBAS

Posted: 05 Dec 2012 01:16 PM PST

AKU INGIN BEBAS


Musa Hassan bakal dedah peranan pemimpin Umno dalam serangan fitnah

Posted: 05 Dec 2012 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.

Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Kini, Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi pendedahan, tunggu dan lihat.

"Apa yang pasti ini petanda Umno akan dikuburkan bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Putrajaya, InsyaAllah," katanya di hadapan 4,000 rakyat.

Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Adun Batu Caves, Amirudin Shari; Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga akan mendedahkan lebih banyak salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Deepak sudah umum semalam lebih banyak pendedahan akan dibuat dan akan dedah berapa banyak wang dibayar kepada Rosmah, Najib dan keluarganya.

"Kita yakin pemimpin yang rasuah, zalim mesti kita humban pada PRU akan datang," kata Azmin.
Musa dalam sidang medianya minggu lalu menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis ketika di bawah pimpinannya, termasuk memberi arahan terus kepada pegawai rendah dan ketua polis daerah.

Deepak pula dalam wawancara Malaysiakini sebelum itu menyatakan kekesalannya terlibat mengatur akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membatal akuan bersumpah pertama mengaitkan Najib dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40737

KEGANASAN DI GOMBAK - UMNO MEMANG JUARA

Posted: 05 Dec 2012 04:36 AM PST

Kenyataan Media - Angkatan Muda Keadilan Selangor
5 Disember 2012

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menyelar tindakan biadap dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Pergerakkan Pemuda Umno Bahagian Gombak yang menganggu ceramah serta mencederakan orang awam yang hadir dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak di Perkarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara , Selangor Darul Ehsan.

AMK Selangor yang beberapa hari sebelumnya telah menerima maklumat bahawa Pemuda Umno Gombak berniat untuk membuat provokasi, cuma menjangkakan itu hanyalah khabar angin biasa yang hanya ingin dicetuskan bagi menghalang orang ramai menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Yb Haji Mohamed Azmin itu. Namun, Pemuda Umno Gombak akhirnya bertindak biadap apabila mula menganggu lalulintas dengan niat mewujudkan kekecohan kepada program anjuran Parti Keadilan Rakyat itu.

Walaupun AMK Selangor telah menjangkakan tindakan biadap tersebut, namun kami tetap terkejut apabila Pemuda Umno Gombak yang diketuai oleh Saudara Megat Dzulkarnain mula membaling batu dan botol minuman ke arah petugas Pakatan Rakyat dan orang awam yang mula membanjiri perkarangan tapak ceramah.Ini sama sekali tidak selari dengan 'semangat' palsu yang mereka tonjolkan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 yang lalu, untuk kononnya menjadi pembela orang Melayu, tetapi sebenarnya dengan biadap berani mencederakan orang awam.

UMNO PARTI PETUALANG, KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA WAJAR MOHON MAAF

Kemuncak kebiadapan Pemuda Umno adalah mereka bertindak menikam bahu salah seorang petugas Pakatan Rakyat yang hanya cuba mempertahankan tapak ceramah daripada tindakan ganas Umno. Perkara yang cukup memalukan ini adalah langsung tidak mencerminkan kematangan Pemuda Umno untuk bersaing secara sihat dalam demokrasi, dan seharusnya sebagai parti yang telah lama dalam arena politik negara, mereka lebih matang untuk melaksanakan tindakan.

AMK Selangor percaya sasaran sebenar Pemuda Umno adalah untuk menyerang Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim kerana sepanjang ceramah berlangsung, mereka tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggunakan pembesar suara yang dihalakan ke tapak ceramah, namun sikap profesional dan konsistensi Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menyampaikan amanatnya kepada ribuan rakyat, menjadikan mereka berang dan mengalihkan serangan kepada petugas dan orang awam.

AMK Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas-petugas yang bersatu hati mempertahankan orang awam dan tapak ceramah dari provokasi ganas dan biadap yang dilakukan oleh Pemuda Umno Gombak terutama Skuad AMK Selangor serta Unit Amal PAS yang begitu komited serta berani. Keteguhan anak-anak muda ini wajarlah diberi penghargaan dan pujian serta menjadi ikutan pemuda-pemuda parti politik yang lain dalam kaedah mengamalkan demokrasi dengan lebih terbuka.

AMK Selangor mencabar Ketua Pemuda Umno, Saudara Khairy Jamaludin untuk memohon maaf kepada orang awam dan petugas-petugas yang tercedera, atas perlakuan biadap yang dilakukan oleh ahli-ahli Pemuda Umno Gombak semalam. Jelas, Pemuda Umno tidak mempunyai ketahanan mental dan garis panduan, untuk berhadapan dengan tekanan terutamanya apabila menjelang detik-detik kejatuhan mereka dari kekuasaan.

Justeru, AMK Selangor menolak dan menyelar sikap ganas Pemuda Umno sebagai petualang, membelasah dan mencederakan orang awam diyakini adalah bibit-bibit awal perancangan Umno untuk mengharu-birukan negara semasa Pilihanraya Umum berlangsung, dan sejurus selepas mereka menerima berita kekalahan mereka selepas PRU 13 nanti. Rakyat harus terus cekal dan yakin, kezaliman pasti tumbang, dan keadilan untuk semua akan terlaksana

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI, PROVOK CERAMAH PAKATAN DI GOMBAK

Posted: 04 Dec 2012 08:40 PM PST

 



PENYAPU SIAL

Posted: 05 Dec 2012 01:04 PM PST

PENYAPU SIAL


tanah Rizab Melayu tergadai....masih tak sedar sedar untuk menipu orang melayu ,,,,anak kecil main api kunun....akhirnya bangsa melayu melarat sampai jual puki...!!!

Posted: 05 Dec 2012 07:02 AM PST

Bukan main hiba wakil Kelab Umno Luar Negara sewaktu Perhimpunan Agung Umno tempohari sewaktu menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api". Bercucuranlah air mata perwakilan kononnya jika Umno tewas dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka, hilanglah Melayu, merempatlah Melayu di bumi bertuah ini.

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang"

Inilah dia silap mata dan silat lidah terhebat abad ini. Terus menerus berlagak angkuh seolah bangsa Melayu ini dungu semuanya. Saya dengan sukacitanya memperingatkan kepada graduan Luar Negara tersebut dan seluruh anak muda Malaysia mengenai beberapa jasa teragung Umno sepanjang memerintah Tanahair ini.

  1. Tahun 1957, sewaktu British memberikan kemerdekaan, mereka telah meninggalkan 3 billion hektar Tanah Rezab Melayu. Tahun 1995, di bawah kepimpinan Umno yang memperjuangkan bangsa Melayu, Tanah Rezab Melayu menyusut sehingga tinggal lebih kurang 1.7 juts hektar sahaja. Hidup Melayu!!!
  2. Tahun 1993 menyaksikan maruah Raja-Raja Melayu direntap Pemerintah dibawah kepimpinan Umno apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Banyak lagi jasa Umno dalam melondehkan maruah dan kredibiliti institusi kesultanan Melayu. Daulat Tuanku!!!
  3. Dasar Ekonomi Baru, sebuah dasar yang baik untuk memacu perkembangan ekonomi Melayu dipergunakan oleh Umno bagi melahirkan beberapa kerat konglomerat Umno putera yang rapat dengan koridor kuasa sahaja. Di mana taraf ekonomi Melayu ketika ini? Siapa yang mengkhianati Melayu disebalik Dasar Ekonomi Baru? Realitinya, objektif DEB tersasar jauh. Demi Ketuanan Melayu!!!
  4. Berapa ramai anak muda Malaysia tiada peluang pekerjaan ketika ini dibawah pemerintahan hebat Najib Razak dan Umno? Ramai pula yang sekadar bersandar kepada jawatan kontrak yang boleh dipecat pada bila-bila masa. Termasuk juga dalam pelbagai agensi kerajaan, ramai anak muda ditawarkan jawatan kontrak sahaja. Mengapa Umno sebagai pemerintah pilihan Tuhan dan mendahulukan rakyat tidak melaksanakan satu pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini termasuklah menetap tempoh masa maksimum pergantungan tenaga kerja asing untuk sesuatu industri itu? Syabas PM!!!
  5. Di kotaraya, tahap kemiskinan kota terus memuncak walau cuba dinafi oleh statistik pemerintah. Ramai rakyat yang tidak mampu membeli rumah tetapi ada pemimpin-pemimpin Umno mampu beli hartanah di United Kingdom atau negara luar. Anak muda yang baru membina keluarga dan tinggal di kotaraya terpaksa menghuni rumah pangsa yang tinggi dan sesak. Hidup Umno!!!
  6. Rakyat terus bergelut mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan. Keluar pagi, balik lewat malam mencari rezeki untuk keluarga. Institusi keluarga menjadi longgar ekoran dari ibu bapa yang terpaksa bekerja keras terutama di kotaraya. Impaknya, membiak keruntuhan moral di kalangan muda mudi negara. Nama Rihanna mengalir deras di mulut anak muda berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Muda mudi lebih mengingati lirik lagu Justin Bieber dari lagu Negaraku. Gemilang Umno!!!
  7. Umno terus bersedia untuk menyedut kantung rakyat melalui pengenalan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Rang undang-undang GST tidak pernah ditarik balik tetapi menunggu untuk dibentangkan dan diluluskan sebaik PRU 13 selesai. Segala gula-gula Bajet 2013 akan direnggut dari nurani rakyat. Syukur Umno!!!
  8. Umno telah mengheret kadar hutang negara melepasi 50% dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Warisan pentadbiran Najib Razak buat pewaris masa depan Negara nanti. Terima kasih PM dan Umno!!!
  9. Umno telah mengheret kredibiliti dan integriti pelbagai agensi perlaksanaan Kerajaan merudum teruk dengan pelbagai skandal korupsi yang melingkari setiap agensi Kerajaan. Duit kopi bukanlah satu fenomena asing. Satu lagi kejayaan Umno!!!
  10. Apakah yang Umno telah lakukan dalam pengisian dan penghayatan maksud sebenar Islam dalam kehidupan setiap warga Muslim? Umno terus mendiamkan diri tatkala MCA terus menerus memfitnah Islam. Tidak kedengaran langsung suara-suara lantang dalam Perhimpunan Agung Umno menegur MCA yang sudah tidak menghormati Muslim. Apakah ini kepimpinan yang kita ingin letakkan impian dan harapan untuk terus memayungi Islam dan Melayu? Syabas Umno!!!

Ini baru sedikit daripada jutaan jasa Umno dalam memundurkan pemikiran dan kehidupan Melayu. Pemikiran Melayu terus dicabar dengan idea-idea sempit yang sekadar membuncitkan perut sekelompok pemimpin Umno baik di peringkat nasional mahupun di peringkat kampung-kampung. Melayu terus diciptakan wajahnya oleh Umno sebagai sebuah bangsa yang memerlukan tongkat subsidi. Hilang jatidiri sebagai bangsa bermaruah hingga terpaksa melukut di tangga Pejabat Kebajikan Masyarakat dan program BERSAMAMU.

Sudah sampai masanya, bangsa Melayu harus bangkit. Menolak hegemoni Umno yang tidak pernah memerdekakakan minda. Umno wajar direhatkan dari terus memegang tampuk pemerintahan negara sekiranya bangsa Melayu ingin mendapatkan kembali kegemilangan maruah Melayu sepertimana zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Cukuplah segala bentuk pengkhianatan, korupsi, salahguna kuasa dan rompakan kekayaan negara yang telah dilakukan Umno dengan bersembunyi di sebalik slogan Hidup Melayu. Umno yang ada hari ini telah jauh tersasar dari Umno tahun 1946. Umno yang ada hari ni adalah Umno "lintah darat" yang menghisap kantung rakyat di waktu siang dan malam. Bangkitlah Melayu.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan Melayu terhina di bumi bertuah ini? Jawapannya adalah Umno yang bertanggungjawab mengheret Melayu menjadi begitu lemah ketika ini. TERIMA KASIH Umno. Jasamu memang banyak dan tidak terbalas. Kerana itu, kami tidak akan mengundi kamu lagi.

 

 

 

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor

 

 

penyapu sial

 

Anak kecil main api
orang tua main judi
Terbakar hatinya yang sepi
teringat lulusnya 10 lesen judi

Air mata darah bercampur keringat
pulau singapura ,batu putih dan pulau pisang
yang terkini stesen keretapi

Bumi kita rupanya dipijak milik orang
angkara kafir lahanat melayu UMNO yang tamak haloba
tergamak bunuh masa depan bangsa sendiri...

ku rela negara ini  di perintah komunis
dari di perintah  pembunuh  bangsa sendiri

musang pencen.....negara hancus bila menteri aka pemimpin politik jadi bapak anjing kepada PDRM....!!!!

Posted: 05 Dec 2012 05:23 AM PST

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .

"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.

"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.

"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.

"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."

"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya.

Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN.

"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.

"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau ..

Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.

"Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa  semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat."

 

 

penyapu sial

 

 

dah pencen jadi barang besi buruk macam macam alasan...jangan nak menegak benang basah kerana tau hayat kerajaan anjing UMNO dah sampai penghujungnya...

insaf lah kejahatan yang kamu lakukan...walaupun kemusnahan yang telah kamu lakukan...pastinya kamu menyedari...orang yang mempunyai telur seperti DSAI yang berani memikul dan berani melawan arus...

ada kamu berani buat semasa memegang jawatan....jangan haraplah...kerana periuk nasi kamu korban kan prinsip kepolisian...sekarang kamu jadi sampah terbuang pandai pulak kamu kata macam2....

kamu tu layak masuk jadi pejuang PERKOSA yang jelas nampak kepondanannyaa....macam pendahulu kamu rahim noor

yang jelasnya semua rakyat dah tau campurtangan menteri dan pemimpin politik UMNO terhadap sistem kehakiman negara dan ke bawah..tengok tindakan mereka pun kita dah tau...tak kamu sebut pun kami dah lama tau...

PERAKITE

Posted: 05 Dec 2012 11:44 AM PST

PERAKITE


Menteri dan ahli politik makin teruk campurtangan dalam urusan polis

Posted: 05 Dec 2012 05:09 AM PST

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengengeluarkan komen berkenaan camputangan menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak .

"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.
"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."
"Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," katanya.
Tambah Musa, tidak menjadi kesalahan bagi Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa KPN.
"Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja.
"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau dipetik dari Sinar Harian Online.

Dalam laporan pagi ini, Musa mempertahankan dirinya tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya, Datuk Ramli Yusuff seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Musa memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.

"Saya tidak ada lakukan kesalahan," kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider malam semalam, sebelum menambah, "Kalau ada salah, biar SPRM siasat."

Tiada lagi amah Indonesia...

Posted: 05 Dec 2012 03:38 AM PST


105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor
Jabatan Imigresen menyelamatkan 105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor kelmarin.
Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.
Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor baru-baru ini.
Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah.
"Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan keras. Adalah lebih baik untuk pembantu rumah Indonesia tidak bekerja di Malaysia.
"Mereka (Malaysia) meminta pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak dapat melindungi golongan tersebut dengan baik, kata jurucakap berkenaan, Suryana Sastradiredja.

Keluarga Aminulrasyid tidak berpuas hati keputusan mahkamah

Posted: 05 Dec 2012 03:24 AM PST

"Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami," kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu.

Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.
Pada 13 September tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.
Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Berhubung keputusan tersebut, Azura berkata, keluarganya akan berbincang mengenai tindakan selepas itu bersama peguam.
"

Najib mai Penang Sabtu..tentu jam giler puluhan ribu sambut

Posted: 05 Dec 2012 03:11 AM PST

Seluruh kakitangan awam telah dikerah menghadiri kunjungan PM DS Najib Razak yang akan melawat.kampus USM, Sabtu ini. Khabarnya yang bercutipun diarah batalkan cuti agar target minimun 5,000 orang hadir.

Khabarnya PM mai USM jam 11 pagi ini dalam lawatan rangka kerjanya. Khabarnya nak g jumpa rakyat di USM dan di Tanjong Tokong.. Maka seluruh rakyat telah dikerah untuk beramai2 agar tidak memalukan Perdana Menteri.

Semalam ada mesyuarat ICU melibatkan agensi kerajaan di Pulau Pinang. Para pengarah negeri, ketua polis, bomba dan segalanya dikerah hadir. Semua Ketua Jabatan di negeri ini dikerah hantar staff masing-masing untuk sambut ketibaan Perdana Menteri di USM kira-kira jam 11 pagi.

Harap ramailah yang datang...mesyuarat tu harap minimun 5,000 orang je di USM. Utusan Meloya tentu akan tulis 50,000 hadir.

Walaupun beberapa jabatan keberatan mengerahkan kakitangan turun kerana kerja dan tugasan, serta  guru yang sedang bercuti..semua dipaksa turun padang.

Lepas USM PM akan ke Tanjong Tokong..jumpa Melayu di sana yang dah lama tersadai dengan masalah perumahan sejak Gerakan dan Umno memerintah berkurun lamanya.

shalehudin

Posted: 05 Dec 2012 11:42 AM PST

shalehudin


Video lawak: Samseng Umno buat wayang kulit

Posted: 05 Dec 2012 10:00 AM PST


Ceramah PR Gombak Batu 8. Samseng Umno kecoh


Jangan percaya dulu berita PANAS neh...

Posted: 05 Dec 2012 08:30 AM PST

PANAS - Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?

Jangan percaya dulu!

Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.

Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja.

"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini.

Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah diperingkat akhir.

Tokoh berkenaan juga akan turut membawa beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Penbutur maklumat ini tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini.

Suspen! ~ MSO


Gambar penuh makna yang Utusan takkan siarkan...

Posted: 05 Dec 2012 07:15 AM PST

Tengok sudah...
Jangan dok kata apa-apa...

Adegan yang tak ingin macai Ameno lihat...

Posted: 05 Dec 2012 12:50 AM PST

Kisah Mazlan Aliman berjaya 'lamar' Dato' Seri Abd Rahman Maidin

Dato' Seri Abd Rahman Maidin, 66 tahun, seorang tokoh korporat yang tidak asing kepada kita. Terlibat dlm dunia perniagaan selama 32 tahun, melalui syarikatnya MRCB, pernah menguasai TV3 suatu ketika dahulu.

Terlibat aktif dalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia selama lebih 25 tahun. Beliau sangat mengetahui situasi peniaga2 bumiputera yang terhimpit dan menjadi mangsa percaturan ahli perniagaan Umno yang memonopoli semua projek2 kerajaan.

Beliau mula menjarakkan diri di hujung pemerintahan Dr Mahathir kerana kecewa dengan polisi Kerajaan yang melonggokkan projek untuk beberapa kerat ahli korporat yang menjadi kroni pemimpin Umno. Hujahnya, apa makna segelintir jadi billionaire tapi puluh ribu peniaga lain gulung tikar?

Beliau sering berbeza pendapat dengan pemimpin2 kanan Umno termasuk Dr Mahathir, kecewa layanan yang diberikan kepada peniaga bumiputera.

Saya diperkenalkan oleh YB Salahudin kepada DS Rahman Maidin beberapa bulan yg lalu. Saya agak terkejut kerana DS Rahman bukan calang2 orang. Saya bertambah rapat dengan beliau atas isu projek RAPID Pengerang. DS Rahman telah menubuhkan sebuah Ngo pro rakyat, INSTITUT PEDULI RAKYAT, yang memperjuangkan hak rakyat khususnya kes2 rampasan tanah di seluruh negara.

Alhamdulillah, daripada tokoh korporat yang tegar Umno, beliau memilih PAS. Saya diamanahkan YB Salahudin dan pimpinan PAS Johor 'melamar' DS Rahman Maidin. Saya menyerahkan borang PAS kepadanya dan menjadi pencadang keahliannya dalam PAS.

Syukur Alhamdulillah, berbondong2 tokoh2 negara, pegawai kanan Kerajaan dan ahli korporat menyertai PAS. Makin difitnah, dinista dan berbagai serangan sepanjang Perhimpunan Agong Umno yang baru lalu; semakin ramai yang masuk PAS!

DS Abd Rahman Maidin menyatakan hasratnya melalui Institut Peduli Rakyat, untuk bersama2 Ngo lain turun padang membantu rakyat yang dizalimi. Kini, beliau menganggotai Task Force MANTAP yang diketuai YB Salahudin, bagi menangani isu RAPID Pengerang.

Syabas atas kesediaan DS Rahman Maidin bersama PAS dan Pakatan Rakyat!

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR.


Woww!! Najib telah sedia untuk berdebat..

Posted: 04 Dec 2012 09:33 PM PST

Apa? Najib dah sedia untuk berdebat...?
Betoi ka? Rosmah dah bagi Najib kebenaran untuk berdebat...?

Ooppss!!! Sori... aku bermimpi rupanya.... haha....

Susahkan, ada jugak rupanya Piem yang hanya berani berkokok berdegar-degar didalam kandang sendiri ja... tapi menikus bila diajak berdebat... Nampak sangat depa-depa ni hanya jaguh kampung dan tak tau apa yang depa cakapkan...

Sebenarnya ada caranya untuk kita nak ajar mereka-mereka yang takut sangat nak berdebat neh... Cari satu kenyataan yang paling bernas dan serius dari mereka dan padankan dengan kenyataan yang kita ada...

Nilailah antara hujah-hujah yang ada kat atas neh...
Apa itu maqasid syariah yang sebenar...

Baca, hadham dan fahami...
Nilailah hujah mana yang lebih meyakinkan anda untuk di buat sebagai pedoman masa mengundi nanti...??? Nakkan roti canai telor atau roti canai kosong tak dak telor... hehe...

Dua dua sedap tapi yang ada telor tentunya lebih khasiat...


Surat terbuka buat macai setia Ameno...

Posted: 04 Dec 2012 06:31 PM PST

Buat macai setia Umno APCO

Asal berhujah saja, kalau nak kalah mulalah komen liwat sana, liwat sini, Anwar peliwat... itu saja point bingai mereka.

Kalau macai-macai Umno semua nak tau, kes liwat II adalah konspirasi Umno yang tidak menjadi. Sebab tu lah Mahathir marah sangat kat Najib sebab tak bijak mengatur. Kes liwat Saipul hanya tipudaya untuk menjatuh karier politik Anwar Ibrahim.

Tahukah anda bahawa dubur si pengadu yang mendakwa dia diliwat telah didapati tiada kesan koyak? Mula-mula di check di Hospital KL dan doktor telah mengesahkan tiada kesan diliwat, tiada kesan luka dan kemutannya normal. Di mana pulak timbulnya Anwar liwat Saiful Bukhari?

Hakim yang mengendali kes liwat II Anwar Ibrahim tidak dapat memutuskan yang Anwar bersalah kerana kekurangan bukti yang kukuh untuk mensabitkan Anwar. Dan beliau juga tidak boleh berpandukan pada DNA yang ada pada dubur si Saiful semata-mata. Ini kerana dubur si Saiful disahkan tiada kesan koyaknya yakni luka yang seperti lazimnya dialami oleh individu yang diliwat. Oleh itu disebabkan tiada bukti yang konkrit bahawa si Saiful diliwat maka hakim melepaskan Anwar dari disabitkan kes meliwat Saiful Bukhari, bekas pembantunya itu.

Adakah dengan DNA saja boleh dituduh meliwat? Kalau begitu senang lah orang nak pedajal kita! Ambik rambut kita, berus gigi kita dan seangkatan dengannya untuk mendapatkan DNA kita, kemudian dimasukkan kedalam punggung lembu ke, kambing ke... lepas tu tuduh kita liwat. Padahal tiada kean luka pun pada punggung kambing dan lembu tersebut seperti yang disahkan pakar.

Oleh itu, buat pencacai dan penyokong kerajaan setan Umno BN sekalian... tolong lah cerdik sikit. Jangan ambil fakta hanya dari blogger upahan Umno APCO ataupun bekas katak-katak belaan Anwar dulu tuh. Ambil fakta bukannya auta.

Auta pihak tertentu yang hanya pandai nak mengampu para pemimpin Umno demi perut busuk diaorang. Kalau kes liwat I Anwar, boleh lah pemimpin Umno nak temberang rakyat sebab masa tu negara kelam kabut sebab pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet kerajaan oleh Mahathir dan media terus menerus memainkan isu konspirasi Mahathir untuk rakyat percaya tuduhan liwat i beliau.

Tetapi rakayt sekarang dah semakin bijak menilai kerana teknologi dah canggih. Semua fakta kes boleh dicari dihujung jari, so susah untuk korang menipu lagi... OK!!!

Seperkara lagi, disebabkan Anwar terlepas maka Peguam Negara membuat rayuan kononnya untuk mendapatkan keadilan untuk si Saiful Bukhari yang diliwat Anwar! Tapi yang majoriti rakyat pelik sangat tuh, masa kes pembunuhan Altantuya yang mana si pengarahnya terlepas iaitu Razak Baginda, tetiba kambing hitam dua ekor dari Unit Tindakan Khas (UTK) pulak yang dihukum. Dimana Peguam Negara ketika itu? Dimana keadilan untuk simangsa yang dibunuh dan diletupkan menggunakan bom terkawal jenis C4? Mengapa tidak pula gatai nak membuat rayuan?

Yang itu korang fikir la sendiri!!!
Tumbangnya Umno BN pada PRU13 nanti, akan lebih banyak skandal yang akan terbongkar! Undi anda nanti amat berharga buat mangsa fitnahan si pemerintah yang zalim!!!

KO BN, KO Umno...
Reformasi!!
Reformasi!!
Reformasi!!
Kuburkan Umno/BN pada PRU13 nanti!!
Say No to Umno/Barisan Nasional


Video ngeri: Suatu ketika di PUTIK, Kelantan...

Posted: 04 Dec 2012 04:45 PM PST

Nah, amek kaw...
Dalam Umno semua tu Penyamun...


otaiblues

Posted: 05 Dec 2012 11:35 AM PST

otaiblues


pekejadah pemuda umno datang waktu ceramah pakatan?

Posted: 05 Dec 2012 03:44 AM PST

datang tak di jemput...
beramai ramai pemuda umno datang waktu ceramah pakatan itu adalah kerana nak menghalang pakatan rakyat dari membuat kecoh,,bukan kah pemuda umno dah anggap diri mereka  sebagai polis bantuan kebangsaan,
muka yang tak malu bertampal kulit babi datang kacau majlis orang, ni ke manusia yang mengaku amempertahan kan ugama dan bangsa?
3 hari 3 malam hangpa buat pau,ada sape yang kacau,,,?
Memang benarlah ape yang mami ijat (L) kata,,akan ada pertumpahan darah macam 13 mei 69, jika pakatan menang,,
inilah geng geng yang bakal menghuru hara kan negara,,
ingat le,,negara malaysia,bukan negara bapak engkorang aje,,ia juga negara bapak orang orang pkr,pas juga,
ingat, orang lain pun ada kaki tangan,,

Addin

Posted: 05 Dec 2012 11:28 AM PST

Addin


Inilah Wajah-Wajah Ahli PAS Yang Sertai Umno Di Kedah

Posted: 05 Dec 2012 08:00 AM PST


Inilah wajah-wajah ahli PAS di Kedah yang sertai Umno. Bebudak mana yang mahadzir Khalid kutip untuk berlakon ni? Kalau nak tipu biarlah nampak real, ini tidak main tangkap muat je..

Semasa PAU12, kononnya ada khabar angin bekas pimpinan PAS akan sertai Umno namun tidak menjadi kenyataan. 


Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja..


Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja..




Iklan C(ii)



Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil - Keluarga Aminulrasyid

Posted: 05 Dec 2012 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: "Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami," kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu.

Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Pada 13 September tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah tanpa adil membebaskannya hari ini.

Berhubung keputusan tersebut, Azura berkata, keluarganya akan berbincang mengenai tindakan selepas itu bersama peguam.

"Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya," katanya dipetik Malaysian Insider. ~kd



Iklan C(ii)



Nah!! Ini Bukti SMS Arah Samseng Umno Buat Kacau JMR Gombak

Posted: 04 Dec 2012 11:56 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa 'arahan' beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin kepada Keadilan Daily malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

"SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah," jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut:

Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).


Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

"Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. ~kd



Iklan C(ii)



16 Ribu Ahli PAS Sertai Umno

Posted: 04 Dec 2012 10:43 PM PST


Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota PAS Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di Kuala Nerang, yang bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas kecewa dengan hala tuju PAS sekarang.

"Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai PAS tiga tahun lepas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti."Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasankhususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih Umno yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin PAS di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.Beliau yang menyertai Umno bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai Umno.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota PAS yang menyertai Umno tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi Umno dan BN khususnya di Padang Terap."Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.Beliau turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno. ~bernama


Addin :

Wah!! Ingatkan 16 ribu yang sertai Umno..itupun yang sertai bekas ahli Umno yang buat u turn balik..


Iklan C(ii)



Anggota Polis Tembak Aminulrasyid Di Bebaskan

Posted: 04 Dec 2012 09:00 PM PST

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.

Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. ~sinar



Iklan C(ii)



Sah!! Samseng Umno Di Ketuai Oleh Ketua Pemuda Umno Gombak - Azmin Ali

Posted: 04 Dec 2012 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, serangan sekumpulan samseng Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat malam tadi diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua Pemuda Umno Gombak. Megat merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju.

 "Samseng Umno malam ini diketuai Megat. Dia adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak. Dia bersama 100 samseng Umno daripada silat lincah mengganggu program seawal 8.30 malam.

"Mereka menjerit, memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah serta bertindak biadap terhadap penduduk yang hanya hadir mendengar ceramah," kata Azmin kepada Keadilan Daily selepas program itu.

Serangan bermula kira-kira jam 10 malam semasa Timbalan Presiden KEADILAN itu sedang berucap di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2.

Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program tersebut.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah.

"Kalau mereka hendak naikkan bendera tiada masalah, tetapi jangan biadab dan ganggu rakyat," kata Azmin.

Selain berbuat bising menggunakan kata kesat, kumpulan samseng Umno turut melempar batu ke tapak ceramah.

Dalam kejadian tersebut, seorang guru juga cedera di kepala akibat dibaling pasu.

Haider Samsudin, tuan rumah yang juga Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, cedera ketika cuba mententeramkan keadaan berikutan ancaman samseng Umno di lokasi ceramah. ~keadilandaily





Iklan C(ii)



(Kemaskini) Ketua Samseng Umno Bergelar Datuk Di Kenal Pasti..

Posted: 04 Dec 2012 07:21 PM PST


Pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat mengecam keras serangan samseng Umno pada Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi yang mengakibatkan dua penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak serta Adun Batu Caves , Amirudin Shari  memaklumkan beberapa hari sebelum, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak dimaklumkan, sistem pesanan ringkas (SMS) berlegar menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program tersebut.

Sebenarnya pimpinan Pakatan Gombak membuat laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Akhirnya lebih 100 Pemuda Umno melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah sehingga berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah.

Manakala dari maklumat dari twitter Chegu Bard, ketua samseng Umno yang melakukan serangan semalam telah di kenalpasti..




Jikalau tak silap Addin, Omar Din ialah Tuan Guru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM)..

Lagi pendedahan terbaru di SINI.


Iklan C(ii)



Kini.. Tembelang Musa Hassan Pulak Terbarai..

Posted: 04 Dec 2012 06:08 PM PST

Inilah bila tersepit.. aku dedah kau..kau dedah aku.. Inilah perangai Umno dan kroni. Bila tiada pengaruh dan kuasa, barulah sedar.

Semasa berkuasa lupa diri, ibarat dunia ini ana yang punya. Beberapa hari lepas Musa Hassan dedah Hishamuddin campurtangan dalam gerak kerja polis.

Semalam, Ramli Yusuf dedah Musa Hassan pun salah guna kuasa semasa perkhidmatannya.. Ikutilah pendedahannya..


Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis.

"JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

"Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

"Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan," kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes "polis RM27 juta".

"Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka," kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.

Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata "Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar."

Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.

"Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.

"Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut," kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.

"Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang."

Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.

"Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya," kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.

Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.

"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

"Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.

"Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.

Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh. ~the malaysian insider




Iklan C(ii)



Video Samseng Umno Mengganas Di Jelajah Merdeka Rakyat Gombak Tersebar

Posted: 04 Dec 2012 04:39 PM PST


Seakan direstui pucuk pimpinan Umno yang terdesak mempertahankan kuasa dalam perhimpunan agung parti itu, sekumpulan pemuda dipercayai ahli silat bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi.

Hasilnya, seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditusuk benda tajam dipercayai menggunakan sebilah kerambit, senjata tradisional yang hampir tidak lagi digunakan sejak pengenalan pistol dan mesingan oleh British sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957.


Selain itu, sebelum ceramah diadakan, beberapa objek dipercayai batu dan buah kelapa tua turut dilempar dari kawasan ahli Umno tersebut berkumpul menyebabkan seorang lagi cedera di bahu terkena buah kelapa tua dalam keadaan kecoh malam tadi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berang dengan situasi tersebut meminta supaya penyokong Pakatan Rakyat supaya bersabar dan tidak membalas provokasi yang dilakukan puak Umno yang diketuai anak seorang guru silat terkenal di daerah itu.


Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah mengawal tempat kejadian diarah supaya mendisiplinkan ahli Umno yang bertindak kasar mengepung tapak ceramah yang diadakan di Dataran Salehuddin itu.

Apakah kejadian ini sengaja dilakukan ekoran ucapan berbau ugutan yang dikeluarkan ketua wanita mereka, Shahrizat Jalil yang seolah berdendam dengan pemimpin Pakatan Rakyat kerana hilang jawatan menteri kabinet, padahal orang Umno sendiri yang membocorkan maklumat berkaitan skandal membabitkan keluarganya?


Difahamkan kesemua penyokong yang cedera malam tadi akan membuat laporan polis meminta supaya insiden memalukan ini disiasat polis secepat mungkin dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan.

Saksikan antara paparan kejadian serangan berdarah malam tadi yang dihadiri hampir 15,000 orang itu. ~jalanpulang

Lihat video di sini.

Iklan C(ii)



Telok Bakong Online

Posted: 05 Dec 2012 11:05 AM PST

Telok Bakong Online


Ribut 05.05pm..Melanda,Badai Menjelma..Musibah Menimpa,Rakyat Sengsara...

Posted: 04 Dec 2012 05:27 PM PST

Seri Iskandar Perak-3 hb Disember 2012 telah berlaku ribut yang kuat sehingga merosakkan kira kira 26 buah rumah di Felcra Nasarudin.Ribut ini dikatakan bermula pada pukul 5.05 petang.Banyak atap atap rumah telah diterbangkan oleh angin yang deras itu.Menurut warga felcra,ini adalah kejadian ribut yang ketiga yang pernah mereka alami semenjak menetap disini.Kejadian kedua berlaku pada tahun 2008.Terdapat juga rumah rumah yang terjejas dengan teruk akibat pokok yang berhampiran menghempap bumbung rumah.Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilapurkan.

Menurut seorang penduduk di sini Encik Shukri,ribut yang melanda itu membentuk lingkaran hitam di sekeliling kawasan tersebut.Beliau sempat melaungkan seruan azan ketika kejadian.Isterinya Puan Faridah,terpaksa menyelamatkan barang barang seperti bantal dari kebasahan memandangkan atap rumah mereka telah diterbangkan oleh angin.Pada malam itu mereka terpaksa tidur didalam kebasahan dan tidak selesa.Dalam kes kes yang lebih teruk,memaksa mereka tidur berlangitkan bintang bintang.

Pas Parit telah mengambil langkah segera dengan menghantar lebih kurang 50 orang anggota Unit Amal pada keesokkan harinya.Unit ini telah dipertangungjawabkan untuk melakukan kerja kerja pembersihan keatas rumah rumah yang terlibat.Seorang penduduk yang sempat ditemui menyatakan bahawa beliau begitu berterima kasih keatas pertolongan Unit Amal berkenaan.Beliau tidak dapat membayangkan bagaimana sukarnya untuk beliau melakukan kerja kerja pembersihan jika tiada bantuan berkenaan.Pada petang hari,Muslimah Pas juga turut membantu penduduk membersihkan kawasan rumah.Muslimah Pas diketuai oleh Dr Najihah.




Ustaz Zulkifli Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Perak,telah sempat melawat mangsa mangsa yang terlibat serta menyantuni mereka.Ustaz Zul menganggap bahawa kejadian itu adalah suatu ujian dari Tuhan kepada hamba hambanya dan beliau menasihatkan kepada semua penduduk yang terlibat agar redha dengan kejadian dan banyak berdoa agar mereka dilimpahi keberkatan.Sesungguhnya setiap musibah yang menimpa dapat menghapuskan dosa dosa.Pihak pengurusan Felcra telah mengambil data data kerosakan dan akan memberi bantuan atap kepada semua 26 rumah tersebut. 

Anak Sungai Derhaka

Posted: 05 Dec 2012 09:38 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Hebatnya lakonan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Gombak nie...

Posted: 05 Dec 2012 08:05 AM PST


Gambar di atas ialah gambar Mohd Faizaruddin bin Mustafha, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan Batu 8, Gombak yang dikatakan bersama kumpulannya telah mengganas di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat semalam.

Faizaruddin dilaporkan telah menerima sembilan jahitan setelah dibaling dengan batu oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menghadiri ceramah tersebut.

Menurut Faizaruddin, serangan dicetuskan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menyerang kumpulan Pemuda UMNO yang berdiri di hadapan Bilik Gerakan UMNO dan menjerit ke arah Anwar Ibrahim "TIPU".

Pada masa yang sama, di Bilik Gerakan itu sedang berlangsung program anjuran Pemuda UMNO.

Kelompok Pemuda UMNO yang tidak bersenjata diserang kumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang membawa senjata termasuk senjata tajam yang diperolehi di gerai jualan dalam ceramah itu.

Ini gambar beliau sebelum kepalanya dibalut...


Kononnya menerima sembilan jahitan dikepalannya.. oleh itu pembalut pun mestilah besar.. lihat gambar di bawah..


Hari ini pula.. untuk meraih simpati rakyat dalam sidang medianya bersama Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din yang telah turut disiarkan oleh TV3 pembalutpun dibuka.. kononnya biar ramai yang nampak luka dikepalanya..


Katanya meneriman sembilan jahitan di kepala?? mananya?


Ini lagi video keganasan samseng UMNO semalam..


Penjelasan dari Samseng UMNO tentang keganasan di Gombak (Video Inside)

Posted: 05 Dec 2012 04:12 AM PST


Laporan dari media pro UMNO mendakwa dalam keganasan yang telah berlaku di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak semalam 4 orang penyokong UMNO/BN telah cedera.

Antara yang dilaporkan cedera itu termasuklah salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Batu 10 Gombak Mohd Faizaruddin telah mengalami kecederaan di bahagian kepala.


Kejadian tersebut berlaku setelah berlaku pertembungan program di antara pihak Pergerakan Pemuda UMNO dan PKR yang masing-masing menganjur di lokasi yang sama di Batu 8 Gombak Selangor.

Program Ceramah anjuran PR itu telah dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi beberapa Pimpinan PR termasuklah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha PAS Gombak Khairul Fahmi.

Manakala Program Pergerakan Pemuda UMNO yang berlangsung di hadapan Ceramah parti lawan dipimpin oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain. Ianya juga disertai Pergerakan Wanita UMNO Bahagian berkenaan.

Berikut adalah cerita dari samseng UMNO yang cedera itu..



Dia kata UMNO pun ada program kat situ, bila DSAI datang diaorangpun menerpa untuk melihat suasana..

Dah ada program sendiri apahal pulak nak menyibuk dengan program Pakatan Rakyat?.. teruskanlah program korang tu..

Mungkin provokasi terhadap program Pakatan Rakyat itu sebenarnya adalah program mereka.. sebabnya banner di bawah ni bukannya boleh dicetak dalam masa lima minit..

Laporan Polis dibuat terhadap Samseng UMNO Gombak..

Posted: 05 Dec 2012 02:55 AM PST


Satu laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS kawasan Gombak berikutan insiden samseng UMNO yang menggangu ceramah Pakatan Rakyat semalam.

YDP Pas Gombak, Ustaz Salehudin Nasir bersama SU PAS Gombak, ke Balai Polis Gombak membuat laporan terhadap kes serangan dan keganasan yang dilakukan oleh samseng UMNO semasa program Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat dengan harapan dalang yang melakukan provokasi ditahan dan dibicarakan dengan adilnya.


Ini laporan Polis yang dibuat..

UMNO arah provokasi ceramah Gombak.. SMS sebagai bukti..

Posted: 04 Dec 2012 11:28 PM PST

Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa 'arahan' beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

"SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah," jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut :


1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).

Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

"Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

~ Keadilandaily

1,600 Keluar PAS sertai UMNO..

Posted: 04 Dec 2012 08:46 PM PST


Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota PAS Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di Kuala Nerang, yang bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas kecewa dengan hala tuju PAS sekarang.

Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai PAS tiga tahun lepas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.

"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih Umno yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin PAS di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.

Beliau yang menyertai Umno bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.

Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai Umno.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota PAS yang menyertai Umno tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi Umno dan BN khususnya di Padang Terap.

"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno.

-Bernama

Al Ikram

Posted: 05 Dec 2012 09:18 AM PST

Al Ikram


SAMSENG BERSTATUS DATUK

Posted: 04 Dec 2012 08:07 PM PST

pemuda cheh

Posted: 05 Dec 2012 09:17 AM PST

pemuda cheh


Najib Lebih Takut Gagal Mencapai Dua Pertiga Berbanding Kalah Pilihanraya

Posted: 05 Dec 2012 07:04 AM PST



Ucapan Najib di perhimpunan UMNO baru-baru ini, baik dalam ucapan dasar mahupun ucapan penggulungan jelas menggambarkan ketakutan beliau menghadapi pilihanraya akan datang. Intipati ucapan, riak wajah dan bahasa tubuhnya jelas menggambarkan hakikat itu.



Meski beliau cuba melawak, tersenyum dan mempamerkan wajah gembira tetapi garis-garis ketakutan itu boleh dilihat dan difahami oleh sesiapa saja yang mendengar ucapannya yang banyak aksi meneran dan menjerit itu.

Walaupun Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan cuba "melambung" beliau dengan mendedahkan suatu hasil kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah UiTM kononnya sokongan kepada Najib dan kerajaan kini sudah mencapai lebih 70 peratus dan pengundi atas pagar hanya 17 peratus, namun Najib kelihatan tidak gembira mendengar puji-pujian itu.

Beliau hanya selamba dan seolah-olah tidak terasa apa-apa dengan gambaran yang diucapkan Zahid itu. Jika orang lain, mungkin sudah cukup gembira dan kepala menjadi besar dengan hasil kajian yang diumumkan Zahid itu. Tetapi tidak dengan Najib kerana ada ketakutan lain sedang bersarang di kepalanya.

Malahan ketika berucap kemudiannya, Najib seperti memperlekehkan hasil kajian yang diumumkan Zahid itu dengan mengatakan sepatutnya sesuatu kajian harus melontarkan soalan cepumas yang berbunyi "Jika tidak dicalonkan, apakah akan terus menyokong parti?"

Najib juga kemudiannya memanggil ketiga-tiga Naib Presiden itu dengan gelaran "tiga ekor Naib Presiden" iaitu suatu gambaran bahawa Najib sebenarnya tidak cukup gembira dengan prestasi mereka dan panggilan ekor itu menggambarkan gelaran untuk seseorang yang belum cukup matang atau masih kebudak-budakkan.

Walaupun Najib kemudiannya cuba mengendurkan keadaan dengan menyebut "tiga ekor yang akur", hakikatnya Najib tidak gembira dengan prestasi dan mutu ucapan penggulungan ketiga-tiga Naib Presiden itu yang disifatkan oleh banyak pihak masih dibawah paras yang sepatutnya bagi seseorang pemimpin yang menduduki kerusi Naib Presiden UMNO.

Ramai juga memberi pandangan mutu ucapan ketiga-tiga Naib Presiden kali ini menggambarkan bahawa UMNO sebenarnya sudah ketandusan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa. Mutu ucapan Zahid, Hishammuddin dan Shafie tidak berupaya menambahkan keyakinan rakyat, pengundi atas pagar dan generasi muda bahawa UMNO ini boleh bergerak dengan lebih cemerlang di masa hadapan.

Dengan Najib melontarkan soalan cepumas itu kepada semua ahli pemimpin UMNO, ia menggambarkan ketakutan Najib ialah sabotaj di kalangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri. Walaupun mungkin sabotaj itu boleh menyebabkan UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya akan datang tetapi Najib jelas lebih takut sabotaj yang sama menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Najib sebenarnya lebih takut gagal mencapai majoriti dua pertiga berbanding UMNO dan BN kalah terus dalam pilihanraya.

Bermula dengan ucapan dasar dan kemudian disimpulkan dalam ucapan penggulungan, penekanan terhadap pencapaian majoriti dua pertiga itu nampaknya begitu ditekankan. Ia disebut berulang kali, melebihi penekanan tentang peri mustahaknya UMNO dan BN terus dikekalkan sebagai kerajaan.

Meskipun kekalahan UMNO dan BN adalah sesuatu yang pahit tetapi Najib lebih risaukan kedudukan dirinya berbanding UMNO itu sendiri. Jika UMNO kalah dan BN hilang kuasa sebagai kerajaan, kepahitan dan sengsara yang dialami boleh dikongsi dengan orang lain.

Najib mungkin boleh menyalahkan timbalannya, Muhyiddin yang kurang bekerja keras sebagai punca kekalahan. Beliau juga boleh menyalahkan Naib-Naib Presiden UMNO yang masih gagal meraih sokongan rakyat sewajarnya meskipun sudah diberi jawatan dalam kementerian-kementerian yang kanan. Lebih dari itu, Najib juga boleh menyalahkan pemimpin dan ahli-ahli UMNO lainnya yang tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh serta memantapkan perpaduan sebagai punca utama tewasnya UMNO.

Dalam masa yang sama, jika UMNO tumbang Najib juga boleh menyalahkan Pak Lah kerana mewariskan kerajaan yang lemah kepadanya. Beliau juga boleh menyalahkan Tun Mahathir kerana terlalu banyak bercakap sehingga membuatkan rakyat benci dan menolak UMNO serta kerajaan.

Pendeknya jika UMNO kalah, pelbagai pihak boleh dipersalahkan oleh Najib. Beliau tidak akan keseorangan menanggung sengsara kekalahan itu kerana ia boleh dikongsi dengan pelbagai pihak lainnya.

Tetapi jika sekadar gagal mencapai majoriti dua pertiga, Najib seorang diri yang akan dipersalahkan dan beliau bakal menanggung sengsaranya keseorangan. Dengan gagal melepasi garisan dua pertiga, hanya Najib seorang diri yang akan dipersalahkan sebagaimana Pak Lah dipaksa dengan peralihan kuasa bila gagal mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya 2008 lalu.

Dalam pasukan bolasepak pun, apabila sesebuah pasukan gagal mengekalkan kejuaraan biasanya hanya pengurus yang dipecat. Rombakan besar-besaran melibatkan pengurus dan pemain hanya biasa dilakukan apabila sesebuah pasukan itu kalah berpanjangan atau turun ke divisyen dua. Itulah lumrah kehidupan sebenarnya.

Dengan menekankan tentang mustahaknya mencapai kejayaan dua pertiga, Najib sebenarnya lebih memikirkan tentang nasib dirinya berbanding UMNO itu sendiri. Sebab itu beliau mahu perpaduan dikekalkan dan sabotaj parti dielakkan.

Jika boleh, beliau bukan saja mahu sabotaj dielakkan untuk memastikan BN melepasi garisan dua pertiga, malahan jika garisan itu gagal dilepasi, sabotaj yang sama tidak berlaku kepada dirinya dengan memaksanya berundur pula.

Itulah yang sangat-sangat diharapkan oleh Najib. Tetapi oleh kerana UMNO sudah meletakkan kemenangan dua pertiga sebagai penanda aras kejayaan, maka sukar untuk Najib mengelakkan dirinya menjadi "Pak Lah kedua" jika beliau juga gagal mencapai kemenangan dua pertiga.

Yang lebih ditakuti Najib ialah jika yang mula-mula memintanya berundur itu ialah Mahathir sendiri, tokoh yang dianggap sebagai mentornya kini.

Najib sekarang ini bukan saja memuji-muji Mahathir tetapi juga secara terbuka menyatakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih dipantau oleh Mahathir. Dengan meletakkan dirinya sebagai "protege" atau anak didik kepada Mahathir, Najib sekurang-kurangnya berharap bekas PM itu kekal sebagai mentornya dan tidak memaksanya berundur jika keputusan kurang daripada dua pertiga dalam pilihanraya umum nanti.

Sesuatu yang tidak disedari Najib ialah Mahathir bukan saja kaki pantau tetapi juga kaki kuntau. Rekodnya menguntau beberapa pemimpin UMNO sebelum ini menggambarkan hakikat itu. Beliau mudah percaya pada orang tetapi jika kepercayaan itu sudah hilang, kuntaunya tidak pernah ada belas kasihan.

Hanya kemenangan dua pertiga yang dapat mengelakkan Najib daripada kenapa kuntau, baik oleh Mahathir mahu pun oleh pemimpin-pemimpin UMNO lainnya yang sekarang ini seolah-olah berdiri teguh di belakangnya. Pemimpin UMNO pula memang tabiatnya mudah hilang kesetiaan bila pemimpin utamanya hampir tumbang.

Sebab itu, kegagalan mencapai kemenangan dua pertiga begitu ditakuti Najib berbanding jika UMNO dan BN kalah terus kepada Pakatan Rakyat.

6 Ahli Parlimen BN Bakal Di Tendang Oleh Najib Pada PRU13

Posted: 04 Dec 2012 04:15 PM PST


Sekurang kurangnya enam ahli parlimen muda umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. mereka ialah Khairy Jamaluddin MP Rembau, Azalina Othman Saad MP Pengerang, Saifuddin Abdullah MP Temerloh, Noraini Ahmad MP Parit Sulung dan Fuad Zarkasi MP Batu Pahat dan Bung Mokhtar MP Kinabatangan.

Menurut sumber wisma putra yang rapat dengan presiden umno, mereka digugurkan atas sikap politik mereka yang liberal dan gentleman yang tidak bertempat, telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya tidak setuju dengan dasar diputuskan dan kuat membangkang dasar kerajaan pusat.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib Razak melakukan transformasi politik tetapi memberi kerugian kepada Barisan Nasional untuk terus mengumpul harta individu sebanyak mungkin. 
"mereka juga degil dan hendak menunjuk pandai," kata sumber wisma putra.
Manakala dua bekas ketua umno iaitu Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, pengguguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor.

Menurut sumber dari wisma putra, keenam enam MP Barisan Nasional ini akan di gantikantempat mereka dengan calon calon baru yang lebih matang dan berkaliber dan sedia berkhidmat demi tranformasi Najib Razak dalam memajukan hutang negara supaya melebihi RM 500 billion tahun hadapan.
Menurut sumber dalaman wisma putra punca utama kepada pengguguran pencalonan mereka adalah kerana mereka telah menolak sistem AES jpj, menerima idea pro mahasiswa, membuat demonstrasi jalanan, mengakui kelemahan umno pada pembangkang, meminta royalti minyak kelantan di kembalikan, menolak sumpah munafik pemimpin umno dan sebagainya.
Berikut senarai sulit yang di serahkan kepada era pasca mengenai calon calon pilihan winnable candidate bagi menggantikan calon calon keras kepala ini.

1. Mohd Saiful Bukhari Azlan - Calon MP Rembau, Khairy Jamaluddin Gugur.

 2. Ezam Mohd Nor - Calon MP Kinabatangan, Bung Mokhtar Gugur.


3. Jins Samsudin - Calon MP Temerloh, Saifuddin Abdullah Gugur.




4. Lokman Adam - Calon MP Parit Sulong, Noraini Gugur.


5. Hassan Ali - Calon MP Batu Pahat, Puad Zarkasi Gugur.




6. Ummi Hafilda - Calon MP Pengerang, Azalina Othman Gugur.

Ada beberapa lagi senarai calon MP bakal menyusul dalam siri pendedahan panas ini.terima kasih pada sumber dalaman wisma putra yang memberikan kepada kami beberapamaklumat sulit lagi OSA ini.

1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Muhyiddin ganti Najib.

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 05 Dec 2012 09:16 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


Anak muda antara 16 keluar PAS sertai Umno

Posted: 04 Dec 2012 08:45 PM PST

Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota PAS Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di Kuala Nerang, yang bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas kecewa dengan hala tuju PAS sekarang.

Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai PAS tiga tahun lepas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.

"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih Umno yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin PAS di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.

Beliau yang menyertai Umno bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.

Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai Umno.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota PAS yang menyertai Umno tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi Umno dan BN khususnya di Padang Terap.

"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno.

-Bernama

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 05 Dec 2012 09:12 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Lagi Bekas Tokoh UMNO nak Keluar Parti ...?

Posted: 05 Dec 2012 04:22 AM PST

Lagi Bekas Tokoh UMNO nak Keluar Parti ...?
Khabarnya, akan diumumkan dalam ...?
Perhimpunan kebangkitan rakyat akan datang ...?
Siapa ...?
Mampus jua UMporNO akhirnya ...?

Satu Kesalahan, Banyak atau Tiada Hukuman ...?

Posted: 05 Dec 2012 02:17 AM PST

Satu Kesalahan, Banyak atau Tiada Hukuman ...?
Dot dot dot ...

KRAI Utara

Posted: 05 Dec 2012 07:31 AM PST

KRAI Utara


Oh! Police trafik tuntut ganti rugi besarkan payudara

Posted: 05 Dec 2012 07:23 AM PST

LOWICZ – Seorang polis  trafic membelanjakan wang sebanyak 5,000 poundstrerling   untuk implan payudara yang dilakukan bekas teman wanitanya  . Namun ketika keduanya putus hubungan, si polis  itu menuntut ganti rugi.Patricja Pajak mengatakan, dia memutuskan hubungannya dengan polis , Lukasz Molovik, kerana bekas teman lelakinya itu sangat terobsesi dengan ukuran payudaranya. Wanita yang bekerja sebagai model, sebenarnya tidak ingin melakukan operasi tersebut."Saya tidak ingin lakukan pembedahan , tetapi Lukasz terus memaksa saya dan sering mengeluh kerana ukuran payudara saya,” ujar Pajak, seperti dikutip The Sun, Selasa (4/12/2012). "Kerana saya mencintainya, maka saya setuju. Tapi, ternyata dia lebih cinta dengan payudara saya lebih daripada dengan saya.," ungkap wanita berusia 24 tahun ini.Sekarang Molovik, menggugat ganti rugi pada Pajak setengah sejumlah wang yang dihabiskan untuk mengimplan payudaranya."Lukasz sangat kehilangan banyak wang untuk implan payudara kekasihnya. Namun, setelah Pajak melakukan implan, Lukasz malah diputuskan. Lukasz tidak masalah dengan wang yang dihabiskannya, tapi dia tidak boleh menikmati payudara mantan pacarnya,” ujar peguamnya.(faj)

Oh! Dosa seorang wanita penzina....

Posted: 04 Dec 2012 08:46 AM PST

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang . Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam.  Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang meruyak hidupnya.Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk.” Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” “Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa as terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab sang wanita. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya ……telah berzina.”Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun…. lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya….. cekik lehernya sampai…..mati”, ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa as berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Dia terantuk-antuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa as.Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mau di bawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar dari pada perempuan yang nista itu?” “Ada!” jawab Jibril dengan tegas.“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tidak menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.” Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah - olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba - Nya.Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.  Jelajah Unik  

jiwo kelate

Posted: 05 Dec 2012 07:31 AM PST

jiwo kelate


Dua Bulan Percubaan: 256,899 saman AES sehingga 26 November

Posted: 04 Dec 2012 04:03 PM PST

Isu AES – Dewan Negara 3 Dis 2012
Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan 15 pertanyaan yang lain yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar pada 3 September 2012, Yang Berhormat Senator Dato' Muhammad Olian bin Abdullah pada 6 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli pada 10 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Datuk Pau Chiong Ung pada 10 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok pada 10 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman pada 10 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad pada 11 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai pada 11 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali pada 11 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam pada 11 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg pada 13 Disember 2012 dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed pada 17 Disember 2012.

Memandangkan kesemua pertanyaan ini adalah menyentuh perkara yang sama dan saya minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua, jawapannya agak panjang.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Automatic Enforcement System (AES) telah bermula pada 23 September 2012. Dengan peringkat awal pelaksanaan melibatkan pemasangan 10 buah kamera tetap dan pengendalian empat kamera mudah alih di 14 lokasi blackspots.

Lokasi-lokasi tersebut melibatkan tujuh lokasi di negeri Perak, dua lokasi di Selangor, tiga lokasi di Kuala Lumpur dan dua lokasi di Putrajaya.

Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan AES ini untuk fasa seterusnya di mana keseluruhan pemasangan dan operasi kamera AES adalah sebanyak 1,093 di 831 lokasi blackspots dan dijangka akan selesai pada penghujung tahun 2013. Keseluruhan 831 blackspots ini turut merangkumi 28 lokasi di Sarawak yang melibatkan 18 lokasi untuk kamera mengesan kesalahan memandu laju, dan 10 lokasi lagi untuk kamera mengesan kesalahan melanggar peraturan lampu isyarat.

Berhubung dengan pertanyaan mengenai panduan yang diguna pakai untuk menempatkan peralatan AES, suka saya ingin mengingatkan di sini bahawa pemilihan lokasi kamera AES adalah berdasarkan analisis dan kajian saintifik yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) terhadap perangkaan kemalangan Polis Diraja Malaysia. Lokasi-lokasi blackspots ini kemudiannya telah dipilih mengikut ranking berdasarkan kekerapan dan keseriusan kemalangan jalan raya yang berlaku di tempat tersebut.

Bagi menentukan lokasi pemasangan dan pengendalian kamera AES di lokasi-lokasi blackspots, satu jawatankuasa yang dipengerusikan yang dianggotai oleh JPJ, MIROS, PDRM, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan untuk membuat lawatan tapak di 831 lokasi bagi membuat penilaian terhadap kesesuaian lokasi tersebut. Selain menentukan lokasi yang spesifik untuk dipasang kamera AES.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini pemilihan lokasi pemasangan kamera AES ini adalah turut mengambil kira kerja-kerja menaik taraf sesuatu jalan raya seperti mana yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman. Sekiranya kerja-kerja menaik taraf sedang dilakukan atau proses untuk menaik taraf jalan raya akan dibuat dalam tempoh yang terdekat, lokasi berkenaan tidak akan dilengkapi dengan sistem AES.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor, Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali bertanyakan negara asal perolehan teknologi dan kos pelaksanaan termasuk kos penyelenggaraan.

Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini pelaksanaan AES di negara ini adalah mengguna pakai dua teknologi yang menjadi peneraju utama dalam bidang ini iaitu Jenoptik Robot dari Jerman dan Red Flags dari Australia.

Bagi melaksanakan projek AES ini kerajaan telah bersetuju supaya pelaksanaannya dibuat secara outsourcing. Sehubungan itu kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang dana ataupun modal untuk membiayai kos pelaksanaan AES sama ada kos pelaburan, kos operasi dan kos penyelenggaraan.

Kesemua kos tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh kedua-dua syarikat pelaksana. Berdasarkan kepada dokumen cadangan kewangan, kos pelaburan bagi kedua-dua syarikat ini adalah sebanyak RM717 juta. Manakala kos operasi termasuk kos penyelenggaraan bagi tempoh lima tahun operasi adalah di bawah kawalan dan tanggungan syarikat masing-masing.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, teknologi AES berupaya mengesan dan merakam kesalahan lalu lintas secara automatik bagi kesalahan yang melibatkan pemanduan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Maklumat kesalahan ini kemudiannya akan dihantar secara real time online kepada pusat kawalan AES dan di proses untuk mengenal pasti pemilik kenderaan atau pemandu berdasarkan pangkalan data JPJ. Saman hanya akan dikeluarkan selepas mendapat pengesahan pegawai JPJ dan dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan.

Berdasarkan penjelasan tersebut, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kerajaan tidak pernah memberikan kuasa kepada mana-mana pihak swasta atau pihak ketiga untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan. Perbezaan AES dengan sistem penguatkuasaan konvensional adalah adanya pihak syarikat yang bertindak sebagai penyedia perkhidmatan dan bertanggungjawab dalam proses penyelenggaraan.

Dalam hal ini, pelaksanaan AES adalah bertujuan untuk membantu aktiviti penguatkuasaan untuk mendapatkan bukti yang sahih. Malah pelaksanaan AES bukanlah suatu perkara yang baru. Memandangkan selama ini operasi penguatkuasaan memang telah dibuat oleh JPJ, malah semua pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas pada sepanjang masa, bukan hanya selective sewaktu penguatkuasaan dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung pertanyaan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah
binti Mohamed. Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak
256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:
(i) kesalahan pertama – memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;
(ii) kesalahan kedua – melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan
(iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu:
(a) Perak – saman dikeluarkan 81,001 saman;
(b) Selangor – 142,809 saman;
(c) Kuala Lumpur 10,213 saman; dan
(d) Putrajaya – 22,876 saman.
Jumlah 256,899 saman.

Pelaksanaan AES yang bermula 23 September 2012 ini, telah mendapat pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, terdapat individu dan organisasi yang menyokong pelaksanaan sistem AES tersebut selain segelintir yang membantah pelaksanaannya.

Sehubungan dengan itu kerajaan akan terus mempergiatkan lagi advokasi dan engagement bagi
memberikan penjelasan kepada orang ramai terhadap objektif pelaksanaannya untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan bukan bertujuan untuk membebankan mereka.

Berhubung isu pengecualian saman AES yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali. Menurut pengecualian yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Kesalahan yang Dirakam Melalui Kamera) 2012, antara pihak yang dikecualikan termasuk kenderaan kerajaan yang digunakan bagi penguatkuasaan, aktiviti menyelamat dan mengawal kebakaran.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar, Yang Berhormat Senator Dato' Muhammad Olian bin Abdullah, Yang Berhormat Senator Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli telah membangkitkan isu berhubung dengan keberkesanan pelaksanaan AES dalam mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan
raya.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) sedang dalam proses menjalankan penyelidikan berhubung keberkesanan pelaksanaan AES. Kajian antarabangsa telah menunjukkan bahawa pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat
mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya daripada 17% hingga 71% dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40%. Selain itu, kajian juga mendapati bilangan kenderaan yang dipandu melebihi had laju akan menurun sebanyak 70% melalui penguatkuasaan ini.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian 14 lokasi kamera AES selepas pelaksanaannya, pengguna jalan raya lebih cenderung untuk menggunakan di lorong kiri berbanding lorong kanan yang lebih laju. Perangkaan yang diperolehi daripada JPJ juga menunjukkan bahawa telah berlaku penurunan dalam imej kesalahan yang dirakam di 14 lokasi AES. Sebagai contoh, di kilometer 301 Kajang PLUS Expressways, rakaman imej kesalahan telah menurun sebanyak 77.25% sepanjang tempoh 1 Oktober 2012 hingga 16 November 2012. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan AES sedikit sebanyak telah mendidik pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dalam jangka masa yang singkat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed ada membangkitkan pertanyaan berhubung notis amaran di lokasi-lokasi kamera AES dan kajian semula AES di kawasan laju 30 kilometer sejam. Sebagai langkah memberi peringatan kepada pengguna jalan raya terhadap lokasi kamera AES, notis amaran telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju dan 50 hingga 500 meter bagi kesalahan melanggar peraturan lampu isyarat sebelum lokasi pemasangan kamera AES menurut spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Isyarat Lalu Lintas (Saiz, Warna dan Jenis) (Pindaan) 2012.

Selain daripada itu, kesemua lokasi blackspot atau lintas laluan sakaratul maut ini juga telah dimuat naik ke dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menunjukkan kerajaan telus dalam melaksanakan AES.

Berhubung dengan cadangan untuk mengkaji pelaksanaan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji perkara ini. Ini adalah memandangkan pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini hanyalah lima lokasi yang merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja.

Yang Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai ada bertanyakan mengenai keberkesanan AES dalam menggantikan kebergantungan penguatkuasaan secara manual. Seperti mana yang sedia maklum, pertambahan kenderaan baru yang didaftarkan setiap tahun adalah sekitar 1.2 juta dan hari ini kita mempunyai jumlah kenderaan lebih kurang 22 juta. Walau bagaimanapun, kapasiti anggota penguatkuasaan untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan seharian adalah terhad. Anggaran kasar menunjukkan bahawa nisbah anggota penguat kuasa berbanding dengan bilangan kenderaan berdaftar yang aktif adalah satu bagi 4,212. Sehubungan dengan itu, perlaksanaan AES pada ketika ini dilihat merupakan satu keperluan yang kritikal bagi mengimbangi kekurangan anggota penguat kuasa memandangkan pelaksanaannya dapat mengurangkan human intervention selain meningkatkan integriti agensi penguat kuasa yang sering didakwa terlibat dengan gejala rasuah.

Berhubung dengan isu sesi engagement kepada stakeholders dan perbezaan pelaksanaan AES di Malaysia dengan Australia, suka saya tegaskan di sini bahawa kerajaan memang telah pun melaksanakan sesi engagement dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum pelaksanaan AES. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk memastikan pelaksanaan ini di semua negeri berjalan dengan lancar dan teratur, kerajaan akan meneruskan mengadakan penyelarasan pelaksanaan dengan pihak berkepentingan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun pelaksanaan AES di negara kita ini mengguna pakai teknologi yang digunakan di Australia, namun ianya telah disesuaikan dengan kerangka perundangan dan amalan pemanduan di negara ini. Pada masa yang sama, kerajaan telah merangka model pembayaran perkhidmatan kepada syarikat penyedia perkhidmatan yang lebih praktikal untuk dilaksanakan di negara ini berbanding dengan kaedah pembayaran secara amaun yang tetap seperti mana yang diamalkan di Australia, dan model pembayaran yang diguna pakai yang telah disediakan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh seorang profesor, Profesor Mohd Nor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Ianya adalah bertujuan untuk memastikan kelestarian kewangan sistem AES dari segi aliran tunai yang mencukupi untuk menampung kos operasi, dan yang kedua, pulangan yang berpatutan terhadap syarikat penyedia perkhidmatan selaras dengan risiko yang ditanggung iaitu dengan kadar internal rate of return 17% dan menggalakkan penjimatan kos.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya, pelbagai usaha telah dijalankan meliputi aspek pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran. Dengan demikian, dakwaan bahawa kerajaan ini membebankan rakyat adalah tidak benar sama sekali. Ini memandangkan isu keselamatan jalan raya adalah satu perkara yang besar dan penting yang melibatkan nyawa rakyat Malaysia yang tidak boleh dikompromi.

Sehubungan dengan itu, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan AES walaupun terdapat permintaan supaya pelaksanaannya ditangguhkan. Kerajaan juga amat mengalu-alukan cadangan dan pandangan daripada orang ramai bagi menambahbaikkan pelaksanaan sistem ini seperti pemasangan papan tanda tambahan dan spesifikasi-spesifikasi papan tanda yang perlu diperbesarkan supaya ianya lebih jelas dan terang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas penjelasan panjang lebar terhadap soalan saya dan juga soalan teman-teman Ahli Dewan Negara yang lain. Saya juga ingin menyatakan syabas dan kita alu-alukan langkah keputusan kerajaan untuk tidak keluar sebarang kos pelaksanaan, maknanya tiada pengeluaran dana.

Cuma soalan saya, soalan tambahan saya adalah tentang kemasukan dana. Ada dakwaan tentang saman yang dikenakan ada komisen juga diberikan kepada dua syarikat tersebut. Komisen itu katakannya, dakwaannya adalah komisen yang berganda, progresif, bertambah. Maknanya lebih banyak saman, lagi banyak komisen kepada syarikat. Jadi kalau itu benar, saya mohon penjelasan dan kalau benar, apa justifikasi kementerian untuk melaksanakan dasar tersebut? Terima kasih Tuan Yang diPertua.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kerajaan mengambil keputusan untuk melantik service provider dalam konsep out source bagi menyediakan perkhidmatan AES ini, kerajaan telah pun membuat pelbagai kajian terhadap bukan sahaja dari segi keberkesanan sistem ini tetapi juga untuk menentukan bahawa agihan ataupun fi perkhidmatan yang perlu dibayar kepada pengendali syarikat ini adalah berpatutan dan juga membolehkan mereka dapat meneruskan atau memberikan perkhidmatan yang berkesan tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan kerajaan dan rakyat.

Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan, dalam agihan ataupun pembayaran fee perkhidmatan ini ianya telah pun dipertimbangkan. Seperti mana yang saya katakan tadi bahawa formula ini adalah disediakan oleh seorang profesor Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Profesor Mohd Nor dengan jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat termasuklah Kementerian Kewangan dan EPU dan telah pun diperincikan sendiri oleh pihak Kabinet.

Dalam keputusan yang telah pun ditapis berkali-kali itu, akhirnya pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan membayar fee perkhidmatan berdasarkan kepada cap iaitu 17% internal rate of return berdasarkan kepada formula tiga langkah yang saya ingin bacakan di sini. Langkah yang pertama RM16 bagi setiap saman yang sah dengan jumlah maksimum setahun sebanyak 5 juta saman dan bayaran kepada kontraktor terhad kepada RM80 juta setahun dan bayaran untuk menampung kos pengeluaran
saman dan kos peringatan kepada orang kena saman.

Langkah yang kedua ialah baki hasil bayaran saman yang terkumpul selepas langkah satu dibayar sebanyak 50% kepada syarikat penyedia perkhidmatan dan 50% kepada kerajaan dan tertakluk ianya tidak melebihi RM270 juta setahun dan ianya adalah untuk bayaran menampung kos capital expenditure dan juga operational expenditure.

Langkah ketiga, jika terdapat baki setelah langkah satu dan dua, pihak penyedia perkhidmatan layak untuk menerima 7.5% daripada baki tersebut. Selebihnya adalah menjadi hasil kerajaan. Sebenarnya, tujuannya adalah untuk mengelakkan syarikat pembekal mendapat keuntungan yang berlebihan. Oleh sebab itu, pada dasarnya apa yang telah kita laksanakan ini adalah adil kerana kita telah pun memastikan bahawa syarikat ini tidak akan mendapat keuntungan ataupun internal rate of return melebihi daripada 17%. Saya fikir itu adalah merupakan satu bayaran yang adil kerana selebihnya akan menjadi hasil kepada kerajaan dan akan dikumpulkan, diconsolidated fund dan pembayarannya juga adalah berdasarkan juga kepada saman yang dipungut. Sekiranya tidak ada saman yang dipungut, tidak ada bayaran kepada mereka. Itu adalah prinsip yang paling asas. Oleh sebab itu, saya fikir ini adalah satu formula yang adil. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tambahan. Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah.
Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ini bersifat statistical. Oleh kerana itu kalau sekiranya tidak ada jawapan on the spot, saya harap jawapan dapat diberikan kemudian, bertulis. Pertama sekali saya ingin bertanya, daripada ratusan ribu saman yang telah dikeluarkan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kalau sekiranya keseluruhan saman itu diconvert menjadi ringgit, berapa nilai? Berapa saman dan berapa jumlah keseluruhannya? Itu satu.

Kemudian, saya juga ingin tahu daripada ratusan ribu saman yang telah dikeluarkan itu, berapa orang yang telah memberi respons, yang telah memberi maklum balas terhadap saman yang dikenakan kepada mereka? Berapa orang yang mengabaikannya? Itu yang kedua.

Kemudian yang ketiga ialah apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil? Berapa bilangan tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang sengaja ingkar terhadap saman yang telah dikenakan kepada mereka? Jadi, statistik seperti ini saya rasa penting untuk diketahui oleh kita bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Firdaus. Sebenarnya, pertanyaan Yang Berhormat itu adalah terlalu spesifik dan memerlukan statistik untuk saya bekalkan kepada Yang Berhormat. Cuma saya ingin nyatakan di sini bahawa setiap saman yang melibatkan kesalahan-kesalahan AES khususnya memandu laju dan juga beat traffic light ataupun melanggar traffic light, lampu isyarat, ianya akan dikenakan penalti ataupun kompaun sebanyak RM300 iaitu berdasarkan kepada keseriusan kesalahan tersebut kerana kedua-dua kesalahan ini akan menyebabkan kematian ataupun serius insiden. Ini sebabnya kita meletakkan pembayaran ini adalah RM300 iaitu pembayaran maksimum. Bagi Mereka yang tidak berhasrat, yang ingin mencabar keputusan tersebut di mahkamah dan mahkamah mempunyai peruntukan untuk mengenakan denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000 terpulang kepada budi bicara hakim tersebut.

Oleh sebab itu, saya ingin nyatakan di sini bahawa RM300 itu adalah merupakan satu denda yang adil kerana saya percaya nyawa manusia nilainya adalah lebih tinggi daripada RM300 itu. Sekiranya kita tidak melakukan apa-apa kesalahan, sekiranya kita memandu dengan berhemah dan berdisiplin, saya percaya bukan sahaja pemandu-pemandu tidak perlu membayar saman tetapi juga dapat menyelamatkan nyawa. Terima kasih.

Soalan asal: 1. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta Menteri Pengangkutan menyatakan, berapa kos sebenar implementasi AES di seluruh negara, jumlah kamera dan kos penyelenggaraan setiap satu bagi setiap tahun operasi.

SUMBER HANDSARD: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-03122012.pdf


Pahang Daily Online

Posted: 05 Dec 2012 07:28 AM PST

Pahang Daily Online


Posted: 04 Dec 2012 11:17 PM PST


Panas: Sah, Amukan Samseng Di Gombak Malam Tadi Gara-Gara "Termakan Dek Hasutan" Si Sharizat Jalil !

Posted: 04 Dec 2012 10:32 PM PST

Apa sudah jadi dengan politik Malaysia agaknya?. Keganasan demi keganasan terus berlaku dan anehnya melibatkan lokasi ceramah parti pembangkang (Pakatan Rakyat). Sebeum ini kita hanya mendengar program lain diadakan bagi mengganggu ceramah yang disampaikan oeh pemimpin pembangkang. Kemudian, ada beberapa tempat terdapat balingan objek-objek tertentu hinggalah kepada mengugut serta membaling cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, nampaknya "budaya samseng" yang melanda semakin menular dan bertambah serius. Apakah ia ada kaitan dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil (foto) di Perhimpunan Agung parti itu baru-baru ini bahawa "Tragedi 13 Mei" akan berlaku lagi jika pembangkang berkuasa selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Terbaru, di Gombak malam tadi, satu lagi tindakan ganas ala samseng diakukan terhadap program pembangkang. Malah paling mengejutkan bukan sahaja program diganggu dengan balingan objek-objek keras termasuk batu dan kayu juga terdapat seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera dibahu dipercayai telah ditikam dengan objek tajam. Apa yang menyedihkan kita kejadian yang berlaku ini seolah-olah mendapat keizinan daripada parti politik (kerajaan). Ini kerana mereka yang mengganas itu turut membawa bendera BN (Barisan Nasional) dan memakai baju UMNO. Kejadian di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Sungai Puyu (Gombak) ini adalah episod paling kejam yang dilakukan oeh pihak terbabit sebenarnya. Namun, persoalannya yang timbul ialah dimanakah anggota polis ketika kejadian berlaku?. Mereka tiba agak lewat walau pun beberapa kali dihubungi oleh pihak penganjur. Bukankah ini memusykikan kerana ada beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) berada di lokasi ketika kejadian sepatutnya boleh melaporkan situasi ketika itu. Kenapa mereka ini tidak terus menghubungi rakan-rakan yang lain jika beraku sebarang insiden yang tidak diingini. Malah, lebih malang ada maklumat beberapa orang SB juga menyamar sebagai ahli PAS dan melakukan provokasi terhadap program tersebut. 


Nampaknya, keganasan dan budaya samseng seolah-olah mendapat izin dan direstui. Malah, pihak polis FRU yang hadir hanya berdiri tercegat mengawal keadaan tanpa menangkap atau memukul mereka yang mengganas itu untuk dibawa ke balai polis. Ini berbeza sekali dengan Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur sebelum ini, walau pun rakyat yang hadir tidak membawa sebarang senjata dan berhimpun dengan aman mereka diperlakukan seperti "haiwan" dipijak, dipukul, dihentak ditendang dan lebih teruk dari itu hingga ada dikalangan mereka yang terpaksa dimasukkan ke ICU. Inilah yang terjadi sebenarnya, seoah-olah ada "double standard" dalam tindakan pihak polis terhadap rakyat Malaysia hari ini. Mereka yang sokong UMNO BN buatlah apa saja hatta membawa benda tajam dan menikam orang tiada tindakan diambil, tetapi jika penyokong pembangkang, mereka hanya baru mahu berhimpun secara aman pun sudah dikenakan tindakan cukup tegas oleh polis.


[Difahamkan kejadian malam tadi diketuai oleh Datuk Megat Zulkarnain Omardin iaitu anak kepada Mahaguru Persilatan terkenal tanahair "Mahaguru Omardin". Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak telah membawa anak-anak buahnya untuk menganggu "dengan niat" program Pakatan Rakyat itu. Alasan yang diberikan kononnya mereka ada program parti di kawasan berhampiran adalah helah dan taktik semata-mata sebenarnya. Sedangkan, sudah jeas agi bersuluh beliau mengapi-apikan anak-anak buahnya terutamanya ahli pertubuhan "pesilat lincah" agar menggempur program tersebut malam tadi. Alasan lain yang diberikan kononnya ceramah berkenaan tidak mendapat permit dan hanya digunakan oleh pembangkang untuk menghina pemimpin kerajaan UMNO BN jelas sekali menunjukkan beiau tidak faham erti "demokrasi". Sudahlah pembangkang tidak mempunyai media untuk bersuara, kini ceramah mereka pula diganggu. Sepatutnya UMNO mengadakan siri ceramah penerangan mereka bagi menjawab segala tuduhan pembangkang dan bukannya dengan mengganas seperti orang tidak bertamadun seperti ini. Difahamkan, PAS telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak petang ini. Persoalannya, apakah pihak polis akan memberi perhatian terhadap laporan terbabit andai ada arahan bertentangan pihak atasan].

Roslan SMS Corner

Posted: 05 Dec 2012 07:20 AM PST

Roslan SMS Corner


Tarikh pilihanraya: suatu penantian yang menyiksa (5/12/12)

Posted: 04 Dec 2012 08:50 PM PST


Perhimpunan Agung Umno 2012 telah datang dan pergi. Bagi rakyat Malaysia yang tak sabar-sabar menunggu tarikh pembubaran Parlimen, agak kecewa apabila tiada langsung petanda yang diberikan oleh pimpinan Umno khasnya Presiden Umno selain menyebut sudah semakin dekat. Memang dekat iaitu April 2013, tetapi ramai yang beranggapan bahawa kemungkinan besar tarikh tersebut diumum oleh Presiden Umno yang juga PM semasa ucapan penangguhan beliau, tetapi tidak juga.
Maka sekali lagi kita semua perlu menunggu, dan nampaknya tukang telek dan ahli nujum sudah tiada banyak pilihan, jika tidak Disember 2012, Januari 2013, Febuari, Mac atau April…..

Apa pun ternyata BN terpaksa menganggap pilihanraya kali ini adalah yang paling genting dan mencabar buatnya. Buat pertama kali mereka berhadapan dengan saingan yang setanding dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Apakah bakal berlaku kejutan, segalanya terpulanglah kepada rakyat jelata dan sudah pasti ketentuan Allah swt.
Di Selangor, secara peribadi saya tidak nampak BN punya banyak tenaga untuk merampas kembali negeri ini dari pimpinan PR. Presiden Umno sepatutnya mengumumkan nama Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, bagi menampakkan kebersediaan mereka bertempur dengan BN, malangnya tidak dan beliau masih memegang jawatan itu sekaligus menunjukkan Umno dan BN tidak punya pemimpin yang berkaliber untuk disabungkan di negeri ini.

Presiden Umno sudah menyatakan bahawa kali ini BN akan menyediakan calon-calon yang mampu menang "winnable" candidates, sudah pastilah banyak muka baru dan difahamkan yang tiada jawatan diperingkat bahagian juga akan di payung-terjunkan demi memberi harapan buat Umno dan BN.
Kerana itulah kekhuatiran Presiden Umno darihal isu sabotaj dalam parti ditekankannya berkali-kali dalam ucapan pennagguhan beliau.

Marilah kita saksikan nanti apakah "winnable" candidates itu benar-benar "winnable" atau sebaliknya menjadi "debacle" atau malapetaka buat Umno dan BN.
Sementara itu PR juga tidaklah boleh terlalu "over confident" atau berangan-angan Mat Jenin. Kerja kuat perlu diteruskan dan selain itu calon-calon juga mestilah dipastikan dikalangan mereka yang benar-benar berkaliber dan punya kemampuan sebagaimana dikehendaki rakyat. Jangan pula PR yang bermasalah dalaman. Berebut-rebut dan "sabotaj" dalam isu pemilihan calon.

Bagi PAS , "SOP (standard operating procedure) " nya telah ada dengan mekanisma tapisan oleh Majlis Syura, pastikan benar-benar menepati kehendak yang diputuskan. Jangan ada yang "melobi", meminta-minta jadi calon, kerana itu dalam Islam merupakan satu tegahan. Saya masih ingat dalam satu pilihanraya kecil, pemimpin tertinggi PAS lantaran disiplin Islam yang disebutkan menggugurkan nama seorang calon atas dasar ini. Ramai yang terkejut dan tidak puas hati, tetapi beliau tetap berpegang dengan disiplin berkenaan dan Alhamdulillah calon yang dipilih telah menang besar dalam pilihanraya kecil itu.
PAS mengikut sejarahnya tidak pernah menghadapi masalah pemilihan calon. Almarhum Dr Burhanuddin walau berasal dari Perak telah bertanding dan menang di Besut, begitu juga Almarhum Prof Zulkiflee Mohammad di Bachok, Khatijah Sidek di Dungun dan seumpamanya. Tidak pernah ada halangan dari "warlords" tempatan dalam soal pemilihan calon bagi PAS, janganlah kerana sudah menang besar hari ini PAS juga macam Umno sudah ada "warlords" tempatan, negeri dan seumpamanya.

Jika mampu mengekalkan kehormatan Islamnya sebagaimana dahulu insyallah ia punya potensi besar kali ini.
Berbalik kepada Perhimpunan Agung Umno yang lepas, saya terkejut apabila menjelang perhimpunan itu seorang rakan "blogger" membuat posting dalam blognya:

"Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas."
Walaupun "blogger" taraf "superstar" itu memulakan postingnya dengan:

"Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan."

Tetapi ternyata maklumat atau khabar angin atau terjahan beliau itu tidak berasas. Tiada pun bekas pemimpin PAS yang lompat masuk Umno sepanjang perhimpunan berkenaan. Bermakna "iya" atau "tidak" beliau itu berkesudahan dengan "tidak". Namun sebagai seorang "blogger" yang "pro" saya merasakan sekurang-kurangnya beliau akan menjernihkan kembali "iya" atau "tidak" beliau itu dengan penjelasan bahawa ia tidak berasas atau menariknya, malangnya sampai hari ini "posting" tersebut masih melekat di blog beliau dan tiada kisah apa pun dari beliau berkenaannya.
Begitulah kalau "blogger" mahu cetuskan sensasi. Cuma saya merasakan kita mesti ada pertanggungjawaban jika tidak pun sebagai seorang "blogger" yang professional, setidak-tidaknya sebagai seorang Muslim. Fitnah itu berat …… Jangan kerana kebencian atau tidak puas hati kita kepada seseorang menjadikan kita mebelakangkan akhlak dan keperibadian Islam dalam pendekatan kita.

Apa pun biarlah siapa yang mahu menang, menang dengan penuh maruah, barakah dan naungan Allah swt. Jangan menang dengan fitnah dan adu domba, carut dan maki (memang seorang rakan "blogger" tersohor juga ringan kaya betul dengan perbendaharaan kata lucah dalam tulisannya – tapi popular juga!). Islam itu Allah janji akan menang, dan ia akan menang dengan keperibadian dan akhlak Islam, bukan sebaliknya.
Selamat menunggu lagi tarikh pilihanraya.

 

 

Era Pasca

Posted: 05 Dec 2012 03:27 AM PST

Era Pasca


Gempar! Jenain Bebas Tuduhan Membunuh Aminulasyid

Posted: 05 Dec 2012 02:35 AM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Seperti yang di jangka oleh umum mahkamah tinggi Barisan Nasional shah alam 
membebaskan koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja 
lelaki berumur 15 tahun iaitu adik Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

hakim Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain 
49 tahun terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya 
oleh mahkamah seksyen di sini pada september 2011.

dalam penghakimannya Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan
hanya untuk memberhentikan kereta proton iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan 
niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota 
polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri. pada 13 september 2011, hakim Latifah 
Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

dia didakwa melakukan kesalahan itu di jalan tarian 11/2 Seksyen 11  antara jam 1.10 pagi 
dan jam 2 pagi pada 26 April 2010. Jenain didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun 
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika 
sabit kesalahan.

dan dengan pembebasan ini, negara kini di kenali sebagai negara BolehLand!
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! hanya di malaysia saja kematian akibat
dari pembunuhan kejam boleh di kategorikan sebagai mati katak. tahniah hakim
yang bijaksana, 2/3 hari masuk neraka. BolehLanad!



BEBAS DARI TUDUHAN MEMBUNUH?
by @tiewnama - di malaysia, jika anda ahli Barisan Nasional, membunuh pun akan di lepaskan hatta meletopkan dengan c4 sekalipun, keadilan? tidak perlu bermimpi!kahkahkahkah


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Gempar! Gambar Keganasan Pemuda BN di JMR Gombak Kini Tersebar!

Posted: 04 Dec 2012 07:33 AM PST

Kuala Lumpur - @erapasca
Pecah berita dari gombak bilamana sekumpulan pemuda yang memakai baju Barisan 
Nasional serta membawa bendera BN telah mencetuskan ketegangan di Jelajah Merdeka 
Rakyat atau JMR gombak, Sekumpulan Lembu Gila Shahrizat memBABI buta mengganas 
di gombak pakai batu dan kerambit. 

kezaliman menjadi intipati perjuangan mereka, kesombongan menjadi selendang tuhan
pada keangkuhan mereka, semoga mereka hancur dengan perkara yang tidak pernah terlintas 
di fikiran mereka.. amin.. 


kena kerambit dari pemuda Barisan Nasional Gombak
kena baling batu dengan puak puak Babi Negara (BN) di JMR gombak.

ini antara lembu2 yang sedang cuba membuat gangguan mereka ini dari juak-juak UMNO yang dikepalai oleh Ketua Pemuda UMNO Gombak, Megat Dzulkarnian anak lelaki Omar Din




hasil dari risikan maklumat dan kajian, mereka datang dari jauh iaitu dari johor dan pahang
kerana umum tahu di selangor anak muda sudah tidak lagi menyokong kerajaan Barisan 
Nasional keganasan bermula apabila sekumpulan lelaki samseng dari Barisan Nasional 
ini menyekat laluan untuk rakyat hadir dalam siri JMR ini, 

di kabarkan seorang rakyat yang mahu hadir di siri jelajah JMR ini telah di rodok dengan 
pisau kerambit oleh mereka hanya kerana mahu datang menyokong Pakatan Rakyat, 
dan kini dalam perjalanan ke hospital, beberapa orang lagi cedera di baling batu.




pemuda Barisan Nasional ini adalah pemuda samseng yang mana polis juga tidak sekali akan berani menyentuh mereka kerana di ketahui umum bahawa Hishamuddin Hussien memang suka campurtangan dalam urusan polis lebih lebih lagi jika melibatkan anak buahnya dari Barisan Nasional, 
sesuai dengan kata kata bekas ketua polis negara Musa Hassan. saksikan beberapa gambar serta tindakan ganas mereka yang menyerang majlis rakyat yang di anjurkan oleh pakatan rakyat di gombak selangor. 







BN! Pilihan orang Gila!  Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! selamatkan malaysia dari pemuda dan pemimpin orang gila Barisan Nasional! mereka rela membunuh hatta meletopkan dengan c4 sekalipun!

ganas macam ni pemuda Barisan Nasional, adakah salah jika kita doakan kehancuran mereka? KO UMNO! UMNO KO! amin..

NAH MUM UMNO! PTUIH! Kepala But!


@erapasca - menteri ketawa memperbodohkan Polis Di Raja Malaysia! 




COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Live streaming Jelajah Merdeka Rakyat Parlimen Gombak

Posted: 04 Dec 2012 05:08 AM PST

Jelajah Merdeka Rakyat Parlimen Gombak

Siri Jelajah Merdeka Rakyat oleh Pakatan Rakyat seantero Malaysia, malam ini 4/12/2012 giliran Parlimen Gombak. Selamat menonton.
Januari 12 2012 jangan lupa, kita turun ke jalan raya.
Selamat Menonton, jika sangkut/jerking sila refresh untuk mendapatkan streaming yang lebih baik.

Siaran tamat tepat 12Am sebentar tadi. TAKBIR.!

Untuk download video ceramah sebentar tadi sila ke [SINI]

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

.

Posted: 05 Dec 2012 03:15 AM PST

.


Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?

Posted: 05 Dec 2012 02:58 AM PST

DESAS DESUS SENJA                                                                                                    

Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.

Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja.

"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini.

Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah diperingkat akhir.

Tokoh berkenaan juga akan turut membawa beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Penbutur maklumat ini tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini. Suspen! [wm.kl.6:58 pm 05/12/12]

Provokasi Orang Belum Tamadun Di Gombak

Posted: 04 Dec 2012 04:31 PM PST

MUHASABAH SUBUH                                                                                                           

Persoalan dan pertanyaan terus menampal-nampal tebing minda saya sehinggakan ia terbawa-bawa ke alam halimunasi (mimpi) mengenai peristiwa di Batu 9, Gombak malam tadi. Malam tadi berlaku kekecohan dan sedikit huruhara di tempat ceramah Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat. Apa yang saya soal, dan sukar untuk menjawabnya, ialah untuk apakah sekumpulan orang dikatakan terdiri anak-anak muda dari sebuah persatuan silat bertindak demikian?


Beginilah suasana gangguan oleh samseng Umno.
Mereka menganggu majlis berkenaan sehingga ada titisan darah merah mengalir ke bumi. Untuk apa dan mengapa? Apakah kerana mempertahankan hak atau sekadar menguji kekebalan ilmu yang mereka tuntut? Begitukah? Ingtatlah tidak ada sesiapa yang kebal di dalam dunia maya ini kecuali Allah s.w.t. Zaman ini orang tidak takut kepada kekuatan fizikal seseorang tetapi akan tunduk dengan budi pekerti dan keimanannya kepada Allah.

Kumpulan itu terdiri anak-anak remaja termasuk yang belum baligh membuat provokasi dengan tujuan menganggu majlis ceramah berkenaan. Selain bersorak dan memaki hamun serta mencerca pihak Pakatan Rakyat terutamanya bakal PM baru Malaysia, Anwar Ibrahim; batu-batu, kayu juga dilonntar, ada yang tersasar dan ada yang mengenai kepala mereka yang hadir. Beberapa orang dilaporkan mengalami kelukaan serius, berdarah dan bengkak bengkil.

Hari ini kalau anda selak blog dan Fb akan dipenuhi dengan persitiwa malam tadi. Satu gambaran menyedih dan mengecewakan. Siapakah yang bertanggungjawab memimpin anak-anak remaja berkenaan? Orang itu harus memikir kembali apakah perbuatan mereka itu benar, atau menempati aspirasi parti mereka dalam usaha mendapatkan kuasa.

Yang pastinya kerana masing-masing memegang panji-panji dacing mereka sahihlah orang BN dari Umno. Orang yang berada di belakang remaja itu harus tampil menunjukkan muka dan memperkenalkan diri. Adalah pengecut kalau kepala kumpulan itu tidak tampil ke hadapan dan hanya membiarkan remaja tidak berdosa memperagakan kejahatan dan kebangsatan budi mereka. Perbuatan menyerang orang dalam gelap sambil menyembunyikan kepala adalah satu tindakan bacul dan dayus. Haiwan atau binatang pun tidak berbuat begitu.

Di sini saya tidak mahu mencatat kronologi apa yanhg berlaku semalam. Tetapi cukup kalau menyebut peristiwa semalam sesuatu yang malang dan amat menyedihkan dan tidak wajar berlaku. Malang kerana ia berlaku di kalangan sesama Melayu. Pilu dan menyedihkan kerana apa direbut itu bukan syurga atau jannah, ia hanya merebut kuasa dan kedudukan politik semata-mata. Kedua-dua pihak yang diserang dan menyerang melakukan itu untuk mendapatkan kuasa yang belum tentu kuasa itu akan membawa ke syurga dan menjadikan mereka selamat di dunia dan akhirat.

Jelasnya kekalutan malam tadi memalu dan mendukacitakan kita orang Melayu kerana kaum lain akan memerhati dari jauh apa yang berlaku. Mereka akan tersenyum sendiri melihat kebodohan Melayu dalam berpolitik. Bukan Melayu di pihak Pakatan Rakyat akan memberi semangat.. teruskan pertahankan diri, manakala bukan Melayu di pihak BN akan mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian dan kebiadapan itu.  Mereka merestui Melayu 'berbabak' sesama Melayu. (Berbabak tahu apa ertinya, maksudnya gila).

Kenyatannya selalu memberikan natijah bahawa orang Melayu bodoh dalam politik. Bangsa separuh masak Melayu ini ini sukar untuk didisiplinkan kerana masing-masing merasa benar dengan tindakan bodoh mereka. Bangsa Melayu adalah bangsa yang bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditumpangi. Saya khususkan kepada Melayu yang berpolitik sikit-sikit termasuk juga kepada golongan mengaku cendekiwan dan ulama.

Umno Gombak perlu bertanggungjawab

Secara umum atas apa yang berlaku semalam Umno Gombak kena bertanggungjawab sebab ianya berlaku dalam kawasan Gombak. Bukan saja 'kepala halian' yang diselindungkan yang bertanggungjaab dengan kejadian itu tetapi seluruh kepimnpinan Umno Gombak. Itu paling utamanya.

Lanjutan itu juga Umno Malaysia kena mengambil risikonya. Apakah itu aspirasi dan kemahuan Umno Malaysia untuk dilakukan ahlinya selepas selesai mengadakan perhimpunan agung? Kalau benar begitu harapan yang perlu dijelmakan selepas perhimpunan agung ia sesuatu yang sungguh malang sekali. Tindakan dan kemahuan itu mencerminkan bahawa Umno bukan lagi sebuah parti bertamadun, tetapi parti kolok, usang, lembu tanpa tanduk... dan boleh disamakan dengan kelakuan haiwanan di dalam hutan rimba. Tindakan semalam tidak mencerminkan yang usia Umno sudah 66 tahun.

Salah seorang mangsa terkena balingan batu.
Zaman ini bukan zaman purbakala lagi di mana manusia bersaing menggunakan kekuatan fizikal dan siong serta taring di mulut. Zaman ini bukan lagi keris dan tombak menjadi lambang keberanian dan kercerdikan. Zaman ini bukan lagi berbalah menggunakan fizikal atau tubuh besar dan kecil. Zaman ini zaman IT di mana manusia berperang menggunakan akal dan kercerdikan tanpa memperagakan dada dan menghanyungkan penumbuk, sebaliknya duduk berasingan dari sekian-sekian jarak. Zaman ini kebijaksanaan dan kecerdikan manusia diukur sejauh mana kebolehannya memanfaatkan IT untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahairnya.

Zaman memaki hamun, menyorak dan menganggu ruang demokrasi orang lain sudah tidak berlaku lagi. Kes-kes seperti itu adalah kes terpencil yang dilakukan oleh si bebal dan si bodoh. Apakah apa yang berlaku di Gombak itu kes terpencil dan melambangkang attituded sebenar Umno di situ? Kalau itu, ini bermakna kesalahan dan kemalangan semalam bukan tanggungjawab Umno Malaysia, tetapi Umno Gombak yang perlu dipantau.

Sama-sama kita tanya apakah tujuan gangguna itu dan berjayakah ia mencapai matlamat? Atau ia sekadar suka-suka kerana ahli Umno Gombak sudah tidak ada aktiviti lain disebabkan Umno sudah tidak menyalurkan peruntukan? Dan sekiranya benar remaja itu terdiri kumpulan pesilat apakah itu ikrar dan sumpah perguruan mereka, mengacau orang yang tidak bersalah mengkhianti orang tidak berdosa. Kalau begitulah caranya ternyata mahaguru berkenaan sudah sesat kerana memberi petunjuk dan pengajaran yang salah.

Apakah tujuan gangguna itu untuk menghentikan majlis berkenaan? Apakah balingan batu, kayu, buah kelapa kering dan sampai ada yang menitiskan darah ia bertujuan menghalang orang ramai menghadirinya. Dalam masa sama Umno Gombak ingin menunjukkan mereka hero dan samseng. Begitukah?

Kalau itulah tujuannya ternyata ia gagal kerana majlis itu diteruskan juga sampai jam 12:00 tengah malan. Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Tamrin Ghafar dan Salahuddin Nasir boleh juga berceramah menyampaikan maklumat kepada rakyat? Tindakan itu memberi dua kali laba kepda Pakatan Rakyat, dapat memberi maklumat kepada rakyat kedua orang atas pagar makin mencemuhi Umno.

Manakala kalau hendak menakut-nakutkan orang ramai dari menghadiri majlis itu ia juga gagal kerana lebih 10,000 yang hadir. Kejadian dan kekecohan itu tidak sedikit pun menakutkan orang ramai. Orang ramai tidak pun mempedulikannya, terus berjujutan memasuki ke halaman tempat ceramah itu di perkarangan Masjid Zakaria melewati hadapan kumpulan pengacau itu penuh kejengkilan dan kekebencian.

Jadi apakah matlamat dan tujuan sebenarnya. Kesan dari tindakan remaja Umno itu, yang barang kali atas arahan pemimpin Umno Gombak tidak memberi apa-apa bekas yang menguntungkan. Sebaliknya apa yang berlaku semalam menyebabkan dunia akan menyuluh ke atas muka Umno Gombak sebagai sebuah kumpulan politik yang belum menerima tamadun sepenuhnya dan tidak bertamadun.

Umno Gombak tidak mempunyai tatabudi dan tatabudaya dari kalangan ahlinya. Dengan kejadian itu malanglah nasib Umno yang diagung dan dimuliakan oleh sebilangan Melayu sejak 66 tahun lalu. Saya percaya orang Umno veteran yang menangis terisak-isak kerana bimbang parti itu akan hilang kuasa, sedih melihat aksi anak cucu cicit mereka malam tadi dalam melayani musuh politiknya.

Justeru eloklah Umno Malaysia memantau dan mengkaji apa yang berlaku semalam. Anggota jawatankuasa disiplin parti berkenana atau pengarah pilihan rayanya perlu mengarah satu kajian dibuat ke atas apa yang berlaku itu. Muhyiddin Yassin yang menjadi pengarah pilihan raya perlu meneliti dari seluruh aspek sejauh mana untung dan ruginya aksi dan keganasan seperti itu kepada Umno. Jangan pula Umno boleh bangga dengan keberanian ahlinya tetapi perbuatan itu mengalahkan parti dalam pilihan raya. Tidak ada guna walaupun setengah sen.

Kalau perbuatan kacau ganggu malam tadi bertujuan agar pihak Pakatan Rakyat undur dan lari dari situ, ia adalah jauh panggang dari api. Suatu harapan yang sia-sia. Puak Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan kecut perut untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Sebaliknya apa yang terjadi puak Pakatan Rakyat juga akan membuat persiapan lebih rapi untuk masa-masa akan datang bagi berhadapan dengan kekerasan demi menentang kekerasan. Terdengar soksek-soksek malam tadi ada kalangan yang hadir sedia menyerang balas kalau ada arahan. Petanda-petanda ini memberi gambaran buruk kepada ketika.

Selain Umno polis atau pihak keselamatan juga perlu mengkaji dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku semalam. Tidak mustahil kalau soal keselamatan dan kawalan terhadap majlis atau himpunan sebegitu longgar atau lus... kejadian lebih buruk akan berlaku. Manusia bila sudah naik 'syeikh' akan lupa segala-galanya. Bila ada yang bergendang maka adalah yang akan bangkit menari mengikut irama paluan gendang. Hari ini hanya darah yang mengalir, entah-entah esok mana tahu jasad pula akan gugur di bumi.

Politik negara kita sudah ada sejarah yang sangat sedih dan ngeri untuk diulangi. Demi memastikan tidak berlaku petaka lebih besar pasukan keselamatan dan polis perlu bertindak awal. Ketua polis negara Ismail Omar kalau tidak ada kuasa dan tangan untuk memastikan ini, undur saja dari kedudukan istimewa dan berprestaj itu. Tidak ada guna tuan duduk di situ menjabat sebagai ketua polis negara tetapi tuan tidak mempunyai kuasa membentuk keamanan massa.

Melihat kepada tindakan polis malam tadi yang membiar dan memerhati saja sekumpulan remaja bonbon itu memaki hamun dan bertindak agresif ia mengesahkan apa didedah oleh bekas IGP Musa Hasan; bahawa berlaku campur tangan menteri didalam urusan polis. Pasti ketua polis tahu dan mengerti tanggungjawabnya, tetapi kerana ada kuasa lain yang menganggui kuasanya, ada individu lain memberi arahan dan keizinan kepada polis Gombak, maka polis lembab... bahkan tidak bertindak langsung menyuraikan kumpulan yang menyorak dan melaungkan mencaci orang dengan pembesar suara itu. Situasi ini amat-amat dikesalkan dan wibawa polis dipertikaikan.

Untuk semua, sebelum kita menangis ke atas apa yang kita lakukan, insaf dan berfikirlah untuk kebaikan kita bersama. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana ia tidak berguna. Menangis sampai keluar air mata darah sekalipun tidak ada ertinya lagi. Bangsa Melayu boleh diperbetulkan .. politik kita boleh ditenteramkan, asal saja kita semua waras dan tidak terpengaruh begitu jauh dengan syaitan dikenali.  Marilah kita berdoa penuh beradat untuk kebaikan bersama.

Saya akhir catatan ini dengan serangkap pantun tiga kerat; 

Yang bercahaya adalah mentari,
Yang berkecai kaca bukan suasa, 
Yang kerdil di dalam kain;
Yang dicerca saudara sendiri,
Yang dilukai waris sebangsa,
Yang mengambil menang orang lain. 

[wm.kl 7:38 am 05/12/12]

Seorang Penyokong Pakatan Ditikam Di Bahu

Posted: 04 Dec 2012 09:38 AM PST

SEBELUM TIDUR                                                                                                        

Seorang yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat tercedera di bahu apabila ditikam dengan sebilah pisau di ceramah Jelajah Merdeka anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di perkarangan masjid Zakaria di Batu 9 Gombak malam ini.

Gambar lengan mangsa yang ditikam disebar dalam internet.
Kejadian itu dikatakan berlaku di simpang jalan untuk memasuki ke perkarangan masjid berkenaan di mana suasana di situ agak tegang dan riuh randah apabila sekumpulan pemuda yang membawa bendera dacing sedanag membuat provokasi majlis ceramah berkenaan dengan menyorak dan mamaki hamun tanpa tentu fasal.

Menurut seorang yang hadir di program itu memberi tahu kejadian itu berlaku semasa mangsa cuba untuk menenangkan keadaan tiba-tiba beliau diserbu kemudian dan ketika itulah bahunya disadung dengan pisau.

Gambar menunjukkan bahu mangsa terkoyak akibat tikaman itu kini melata tersibar di internet, di  facebook di blong.

Apa punca kejadian itu sebenarnya masih belum dipastikan. Tunggulah esok akan ada kenyataan dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu. Tidak juga dipastikan apakah mangsa membuat laporan polis atau tidak.

Dalam pada itu saya yang dalam perjalanan menuju ke kawasan ceramah itu nampak sebuah landrover yang memuatkan beberapa anggota FRU bergerak ke tempat ceramah. Di simpang jalan menuju ke perkarangan masjid memang kelihatan berpulih anak muda yang bersorak-sorak dan berlagak samseng.

Ceramah malam ini adalah pertama kali diadakan selepas Umno mengadakan perhimpunan agung yang membangkitkan semangat ahlinya agar berjuang mempertahankan parti. Gangguan terhadap ceramah itu katanya bermula sejak jam 6:00 petang dan berakhir apabila Anwar Ibrahim berhenti berucap. Sepanjang saya berada di tempat ceramah dari jam 10L45 hingga 12:00 tidak ada apa-apa kejadian buruk melainkan kedengaran jeritan dan laungan dari arah jalan besar yang menghina Anwar Ibrahim.

Berita dan catatan lanjunt esok. [wm.kl.1:35 pagi 05/12/12]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan