Rabu, 5 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 05 Dec 2012 01:22 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Penduduk Kampung Batu Uban Minta Kerajaan Iktiraf Kampung Warisan

Posted: 04 Dec 2012 11:01 PM PST

30/11/2012 : Batu Uban : Penduduk Batu Uban berdemo di hadapan Masjid Batu Uban selepas solat Jumaat menuntut kepada Menteri Dato Seri Rais Yatim supaya mengisytiharkan Kampung Batu Uban sebagai Kampung warisan Melayu. Kampung ini telah wujud di sini semenjak tahun 1734. Pihak penduduk telah menghantar berpucuk-pucuk surat kepada Dato Seri Rais tetapi ianya tidak [...]

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 04 Dec 2012 09:45 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Budaya Samseng apakah akan ada dan diada-adakan ke episod seterusnya?

Posted: 04 Dec 2012 07:36 PM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Dec 2012 09:31 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Banjir landa beberapa kampung di Kuala Pilah

Posted: 04 Dec 2012 03:07 PM PST


Selain dari faktor hujan yang berterusan, apakah pembalakan yang tidak terkawal atau kurang pemantauan juga memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di Negeri Sembilan pada ketika ini?

Banjir landa beberapa kampung di Kuala Pilah
4 Dis 2012

KUALA PILAH - Hujan lebat berterusan lebih dua jam mengakibatkan beberapa penduduk di sekitar kawasan Senaling dan Johol dipindahkan sementara waktu selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat semalam.

Kejadian berlaku pukul 7 malam menyebabkan 25 orang penduduk di Kampung Dangi, Kampung Geduhum dan Kampung Air Taling ditenggelami air setinggi hampir satu meter sebelum diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Dangi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim memberitahu, turut dilanda banjir adalah Kampung Yu dan Kampung Dioh mengakibatkan 70 orang di kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan.


23 sasaran kayuhan Jerit

Posted: 03 Dec 2012 10:59 PM PST



4 Dis 2012 - Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu. Sebanyak 23 lokasi di sekitar Negeri Sembilan menjadi sasaran Jariingan Rakyat Tertindas (Jerit) sempena kempen berbasikal 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ Jumaat nanti.

Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu.

Manakala hari kedua akan bermula di Pedas-Linggi dan akan berakhir di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri di Seremban pada Isnin 10 Disember ini.

Penyelaras Jerit Negeri Sembilan S Tinagaran berkata, sepanjang perjalanan di setiap hentian kumpulan berbasikal itu nanti akan bertemu dengan masyarakat yang mahu mengemukakan sebarang tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

"Kami mensasarkan kawasan kampung dan estet yang menghadapi pelbagai masalah dan mengutip suara mereka melalui memorandum.

"Pada masa yang sama kempen kesedaran turut disebarkan kepada mereka yang kurang pendedahan terhadap media baru supaya mereka tahu situasi yang sebenar.

"Acara kemuncak segala tuntutan rakyat itu nanti akan diserahkan kepada Menteri Besar dan juga Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke," katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Tuntutan tersebut meliputi tujuh tuntutan utama iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, menghentikan pemusnahan alam sekitar, serta menamatkan penswastaan perkhidmatan awam seperti air, elektrik, kesihatan dan pendidikan.

Selain itu, tuntutan supaya hak dan kebajikan pekerja dilindungi, hak untuk himpunan aman dan kebebasan bersuara serta memansuhkan undang-undang zalim akan turut dikemukakan.

Sementara itu, penyelaras kempen M Sivaranjani berkata pihaknya mengalu-alukan sokongan orang ramai terutamanya anak muda yang berminat menyertai kempen berbasikal ini.

"Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi pejabat Jerit di talian 0387370766," katanya yang menjamin kempen tersebut akan berjalan dengan aman tanpa mahu menimbulkan sebarang masalah atau provokasi.

Kempen ini turut mendapat sokongan kumpulan Bersih, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), serta beberapa NGO lain termasuk Pakatan Rakyat.

- Free Malaysia Today

misbahul munir

Posted: 04 Dec 2012 09:22 PM PST

misbahul munir


PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi

Posted: 03 Dec 2012 10:59 PM PST

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 04 Dec 2012 07:54 PM PST

PAS Cawangan Serkam Darat


Program Save Syria Free Gaza

Posted: 04 Dec 2012 07:12 AM PST

Sikap Pondan KM Melaka

Posted: 03 Dec 2012 10:11 PM PST

Rembau Hari Ini

Posted: 04 Dec 2012 07:46 PM PST

Rembau Hari Ini


Jom Terapi Rohani, Jasmani dan Mental 7 Dis 2012

Posted: 03 Dec 2012 07:51 PM PST


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 04 Dec 2012 03:43 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


immediate attention sought RMIQNJERNQ

Posted: 02 Dec 2012 08:29 AM PST

Dear Partner ,
My name is Anthony Elias; I invite you to partner with me a rewarding business venture, Details; on your indication of interest. My email is:telias@telias.org.
Regards,
Anthony
%_ACTUAL_DATE_%

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Dec 2012 03:28 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


AKHIRNYA KERAJAAN BN AKUR PADA RAKYAT

Posted: 04 Dec 2012 01:02 AM PST

Kena buka semula pemasangan AES dalam tempoh 2 minggu kerana pemasangan tanpa izin PBT Negeri Selangor

BN BELANJA BERLEBIHAN, PAKATAN RAKYAT UNTUNG BERLEBIHAN ..MANA PILIHAN

Posted: 04 Dec 2012 12:52 AM PST

Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

"Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion.

Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah," katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

"Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang.

Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?" soalnya disambut sorakan 'Anwar' oleh rakyat.

"Kemudian 1998, saya masuk istana hinggap (penjara) di Sungai Buloh. Lepas itu Daim Zainuddin, Mahathir, Pak Lah dan kemudian Najib yang ambil alih. Sepanjang (tempoh) itu hutang tak pernah menurun," kata Anwar sambil menjelaskan ia bukan untuk mendabik dada tapi perlu dibuktikan dengan angka.

Malah Ketua Pembangkang menyifatkan Najib sebagai sombong kerana mengangkat diri orang paling pandai, hakikatnya hanya bijak berhutang.

Katanya, berhutang tiada masalah asalkan ada hasil untuk pembangunan dan kesenangan rakyat.

"Ini hutang banyak-banyak, tapi apa hasil pun tak nampak. Saya nak tanya orang Pasir Salak, apa pembangunan yang kamu dapat? Jalan raya pun teruk," katanya.

"Fikirlah baik-baik dan bawa perubahan pada negara sebab ini wang kita," kata Anwar.

AKUAN BUAT NAJIB TAK KERUAN !

Posted: 03 Dec 2012 07:06 PM PST

Kenangan Mengusik Jiwa : Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thagavelu tentang 'Najib Amal Agama Hindu'
Terbitan semula SD PI Bala : Dakwa Najib amal agama Hindu?

Setelah kita menerbitkan semula Akuan Bersumpah (SD) PI Balasubramaniam (asal/pertama) yang mengaitkan Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan beberapa anggota keselamatan pengiring Najib, terdapat satu lagi SD yang diikrarkan oleh Thagarajah a/l Thangavelu yang dibuat pada 22 Ogos 2008.

Di dalam Akuan Bersumpah berkenaan, Thagarajah mendakwa Najib mengamalkan ajaran agama Hindu. Perkara ini pernah ditulis oleh blogger Raja Petra Kamarudin "Najib: Muslim by birth, Hindu by practice".

Berikut disiarkan semula Akuan Bersumpah berkenaan untuk makluman kita bersama.

Terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu (Kredit terjemahan: Mat Saman Kati)

Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-

Saya bekerja sebagai pemandu.
Kenneth Eswaran
Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan ("Datuk Nalla") sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.

Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.

Melalui Datuk Kenneth Eswaran (gambar), Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji ke rumah Datuk Seri Najib.

Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara di rumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa 'Ammavasi', yang mana merupakan masa di mana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu di mana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut agama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan di atas daun pisang.

Api sembahyang akan dinyalakan di dalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk di tengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka daripada kerja-kerja kejahatan.

Seperti yang saya katakan, semua bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya ke rumah Datuk Seri Najib, baik di Jalan Duta atau pun di kediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain di dalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir pada setiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.

Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji ke pekarangan tempat mengundi di Ijok di mana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.

Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal di dalam ataupun pekarangan tempat mengundi di Permatang Pauh.

Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh di dalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.

Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka daripada perkara-perkara jahat. Pada satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.

Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub di dalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.

Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033)

ZINNIRAH MUSLIMAT SEJATI!

Posted: 03 Dec 2012 07:04 PM PST

Kisah Zinnirah

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

UMNO BRANTAKAN DEK GUNTING DALAM LIPATAN

Posted: 03 Dec 2012 04:20 PM PST



KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:
1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473)
2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194)
3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)
4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)
5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)
Jumlah Undian: 7894

Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno. Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat. Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".
Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".
Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu. (IH)

Dupahang's Weblog

Posted: 04 Dec 2012 11:39 AM PST

Dupahang's Weblog


Umno ancam huru harakan negara, persitiwa 13 Mei bakal diulangi

Posted: 03 Dec 2012 04:33 PM PST

Dengan keberanian luarbiasa, Ketua Wanita Umno ‘bakal’ menjanjikan huru hara jika negara ini bawah pembangkang. Kenyataan terbuka ini mengundang pelbagai reaksi dan persepsi. Namun ucapan itu mengundang pelbagai niat. Maka niat yang boleh dibaca terus, negara akan dihuru harakan ‘ala 13 Mei. Sindrom ‘ketakutan, ugutan, was-was’ kini ditanam oleh pimpinan Umno terhadap rakyat. Kekalutan, dan [...]

53% lompat parti, 31% lagi sabotaj Umno

Posted: 03 Dec 2012 04:23 PM PST

Harakahdaily, KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. (Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang) Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib [...]

Ugutan Shahrizat standard JKKK

Posted: 03 Dec 2012 04:20 PM PST

Ucapan emosi Shahrizat penuh perang saraf bertaraf JKKK Umno Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Wanita Muda berasa terkejut dengan ucapan ketua wanita Umno yang merupakan bekas menteri wanita yang terlepas jawatan kerana kes skandal RM250j melibatkan keluarganya. Wanita Muda SAMM menegaskan ucapan tersebut penuh pembohongan, propaganda jahat yang mencetus sentimen perkauman dan juga memperbodohkan [...]

UMNO DAH JADI UNNO ????

Posted: 03 Dec 2012 04:14 PM PST

Tak tau la tang mana Mak Long hang dapat gambaq neh… Dia la yang punya mau nih, Mak Long hang suruh jugak-jugak Pak Long boh gambaq yang kononnya lawak sangat bagi dia… Dia punya gelak guling-guling, dari dapoq sampai ke serambi lepaih tengok gambaq nie… tak tau tang mana yang lawaknya… hangpa tengok lawak ka [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Dec 2012 11:31 AM PST

Batu Gajah Mari


Kalau harap Kak Midha, entah bila le nk tolong

Posted: 04 Dec 2012 10:44 AM PST

Radzi Zainon, nama yang tidak asing malah meniti di bibir penduduk Sungai Rapat dan Batu Gajah, telah menyumbangkan masa sehari bersama penduduk kawasan DUN Sungai Rapat pada Ahad 2 Disember 2012 yang lepas.
 
Seawal jam 8 pagi beliau menamatkan operasi menyantuni rakyat pada waktu asar.
Pada jam 8.30 pagi beliau telah dijemput untuk merasmikan program berkhatan beramai-ramai di UPU Pengkalan Barat. Proses berkhatan pula dijalankan oleh Yang Berbahagia Dr Khairudin Dato' Abd Malik pemilik premis Klinik At Taqwa merangkap Setiausaha Agong Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak. 
 
Majlis meriah dengan kerjasama 4 anggota bomba yang hadir memancut air kepada semua peserta.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat juga mengambil kesempatan mengedar kalnder khas yang bercetak maklumat Pusat Khidmat dan aktiviti PAS Kawasan Gopeng.
 
Perarakan peserta khatan pada pagi tersebut dihangatkan  dengan iringan para petugas PAS dan paluan kompang daripada Persatuan  Kompang Persatuan Belia Desa Aman. Program sebegini saban  tahun diadakan.
 
Pusat Khidmat kemudiannya pada jam 10.30 menyertai  program bantuan bumbung rumah warga miskin di Kampung Muhibbah Ara Payungiaitu di  Rumah Mohd Nazir atau dikenali sebagai Saudara Chiki. 
 
Kerjasama Dewan Pemuda PAS Batu Gajah mencari maklumat dan menyusun strategi bantaun amat dihargai oleh pihak Pusat Khidmat.
 
Beliau telah memohon bantuan sejak tahun 1990an lagi tetapi tiada layanan sewajarnya. Zink rumah beliau  telah lama reput dan  terseksa sepanjang musim hujan. 
 
Dengan kos sebanyak RM 1000 proses  penukaran zink baru menjadi kenyataan dan beliau amat bersyukur dengan bantuan ihsan Pusat Khidmat yang diselia oleh Ustaz radzi Zainon.
 
Bantuan ini adalah hasil kerjasama Pusat Khidmat dan PAS Batu Gajah. Yang menjadi tanda tanya rakyat mengapa hal sebegini tidak mendapat langsung perhatian daripada pihak ADUN Sg Rapat datuk hamidah Osman? Malah menurut saudara Chiki tiada bantuan daripada pihak ADUN singgah ke rumah beliau.
 
Kini saudara Chiki telah menaikkan bendera PAS di rumahnya. 
Aktiviti Ustaz radzi diteruskan pada 11.45 dengan menghadiri kenduri aqiqah di rumah En Adnan Razali Taman Desa Perlancongan. 
 
Pada 12.15 tengahari pula beliau dan rombongan  menghadiri majlis pertunangan anak ahli jemaah surau En Rahim di Taman desa Perlancongan juga dan diteruskan agenda pada jam 1.30 tengahari dengan menghadiri majlis khatan anak ustaz Azman di Taman Pulai Jaya. 
 
Program sehari Pusat Khidmat tamat dengan program santai kedai kopi di Mogopleks bermula jam 3.15 hingga asar.
 
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat
MEDIA Sg Rapat

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 04 Dec 2012 11:05 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Tawaran mega untuk rakyat Pahang 9 Dis

Posted: 03 Dec 2012 03:49 PM PST


TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang akan membuat pengisytiharan tawaran mega untuk rakyat negeri ini jika diberi mandat memerintah pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP), 9 Disember ini.
 
Menurut pengarah program Dr Hamzah Jaafar, dalam program pra Perhimpunan Sejuta Rakyat itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan Pusat untuk Rakyat Pahang.

Manakala ketiga-tiga pemimpin negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah pula akan mengisytiharkan tawaran Kerajaan PR Pahang untuk rakyat negeri ini.

"Perisytiharan ini adalah suatu yang amat istimewa untuk warga Pahang kerana ia berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan hidup mereka yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan BN selama ini," katanya dalam sidang media hari ini.

Turut hadir Pengerusi Biro Pendidikan PKR Pusat, Abbas Awang, Naib Pengerusi DAP Pahang Koh Boon Heng serta pimpinan ketiga-tiga parti peringkat negeri.

Dr Hamzah berkata, dalam program HKRP Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau nanti, hadirin akan dapat mendengar ucapan bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga bekas Pengerusi syarikat televisyen Media Prima, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang menyertai PAS di Johor kelmarin.

Tambahnya HKRP akan disemarakkan oleh konvoi 500 penunggang motosikal berkuasa tinggi seawal jam 11 pagi dari Jerantut ke tapak himpunan. Di tapak program, akan disediakan dengan pameran sejarah perjuangan ketiga-tiga parti.

"Pada sebelah petang anak muda akan dihiburkan dengan persembahan santai artis-artis Bob Lokman, ALI XPDC dan Dayangku Intan.

"Kemuncaknya ialah pidato pemimpin daripada ketiga-tiga parti iaitu Anwar, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang," ujarnya.

Dr Hamzah berkata, wakil-wakil NGO Anak, Hijau, Anti-Lynas, Bersih, Kerabat, Orang Asal Cameron Highland, Save Bukit Koman dan Royalti akan turut diberi laluan berucap.

"Pihak penganjur sangat yakin himpunan ini akan melakar sejarah baru dalam arena politik tanah air, khususnya di Pahang dengan kebangkitan rakyat yang secara jelas menolak segala bentuk dan sifat salah laku serta gagal urus tadbir negeri dan urusan rakyat," katanya

Umum nama bakal PM selepas penamaan calon

Posted: 03 Dec 2012 03:49 PM PST


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengumumkan nama bakal Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat selepas penamaan calon pilihan raya umum nanti.

"Waktu paling sesuai diumumkan secara rasmi siapa bakal Perdana Menteri ialah selepas penamaan calon, supaya rakyat ada 'clear choice' selepas itu," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Harakahdaily dan Harakah di Pejabat Harakah hari ini.

Cadangannya itu bagaimanapun katanya terletak kepada budi bicara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Jelasnya, cadangan itu akan memberi semangat kepada penyokong Pakatan Rakyat untuk bekerja memenangkan calon masing-masing dalam pilihan raya umum nanti.

"Kerana untuk jadi Perdana Menteri mesti bertanding dalam PRU-13 dan mesti menang. Jadi selepas penamaan calon kita sudah ada nama bakal perdana menteri," katanya.

Namun katanya, soal siapa jadi Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat nanti akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi apabila sampai masanya.

"Walaupun pada waktu ini secara rasmi belum diputuskan siapa, saya lihat ia tidak ada masalah sebab tidak ada perebutan di dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Majlis Makan Malam Jentera Pilihanraya DPPKM Bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

Posted: 03 Dec 2012 03:48 PM PST













Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis

Posted: 03 Dec 2012 03:46 PM PST


KUALA LUMPUR: Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti.
"Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati.

"Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?" tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah.

Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf,  longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan.

Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502 bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200 graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen tidak ada kapal terbang untuk dibawa.

"Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan, pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh menteri, rakyat lagi sakit hati," katanya.

Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk menamatkan keangkuhan mereka.

Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan  tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa.

Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan.

"Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini," tegasnya.

Berperanglah dengan Deepak dahulu sebelum PR

Posted: 03 Dec 2012 03:43 PM PST


KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berperanglah dahulu dengan Deepak Jaikishan sebelum berperang dengan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Pergi bawa Umno dia berperang dengan Deepak dulu, dah menang dengan Deepak baru datang berperang dengan kita (PR).

"Kalau dengan Deepak pun tak boleh menang perang dan tak berani jawab sepatah pun, tak usahlah cakap lebih-lebih nak berperang dengan PR," katanya.

Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno, Najib mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap PR dengan laungan slogan anti-PR.

Deepak kini dilihat memerangi Najib dengan pelbagai tuduhan terutama tuduhan yang amat jelas berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Deepak bukan memerangi ketua Umno cawangan tetapi Presiden Umno yang juga Perdana Menteri.

"Tentulah beliau mempunyai asas yang sangat kuat untuk berbuat demikian," kata Mohamad.

Beliau juga menyifatkan isu yang berlaku kini bukan isu Najib semata-mata tetapi isu yang melibatkan keburukan Umno yang sekaligus menjejaskan nama baik negara.

"Bukan isu serangan Deepak terhadap Najib sahaja tetapi ia juga mempunyai kaitan yang rapat dengan pendedahan (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri) Musa Hassan bahawa (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) campur tangan dalam siasatan polis.

"Campur tangan dalam siasatan polis bermakna Umno melalui menterinya menafikan keadilan untuk rakyat.

"Jika Umno menang lagi, tidak ada jaminan menteri Umno tidak campur tangan dalam siasatan polis terhadap tuduhan Deepak ke atas Najib," kata Mohamad.

Beliau berkata, kalau konstabel polis sekalipun yang membuat pendedahan, rakyat perlu mengambil kira dan memastikan kebenarannya.

"Ini bukan OCPD Baling yang buat pendehan, ini pendedahan bekas Ketua Poilis Negara.

"Lebih dari itu, ini bukan pertama kali dia mendedahkan campur tangan menteri Umno dalam siasatan polis," kata beliau.

Meskipun demikian, kata Mohamad, Hishammuddin hanya menepis pendedahan Musa itu dengan mendakwa semua itu bertujuan untuk mengalihkan tumpuan ahli-ahli Umno dalam perhimpunan agung mereka.

"Itu jawapan tipu tanpa asas.

"Dalam kes Deepak membisu, dalam kes Musa pula menipu," katanya lagi.

13 Mei: Dakwaan Shahrizat melampau, andaian jahat

Posted: 03 Dec 2012 03:42 PM PST

Shahril (tengah) menunjukkan laporan polis di hadapan balai polis Temerloh.

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini membuat laporan polis di sini berhubung kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan agung parti itu yang didakwa bersifat hasutan.

Dalam laporan polis oleh ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim, mahu polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan ekoran ucapan menghasut beliau ketika merasmikan perhimpunan sayap parti berkenaan di PWTC pada 28 November itu.

Memetik laporan tersebut yang turut disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik, Shahrizat berkata jika Umno atau BN tidak lagi berada di tampuk kuasa kestabilan politik (negara ini) akan goyang seterusnya mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Dalam laporan polis itu, Shahril sebagai seorang warganegara Malaysia, berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat bahawa ia adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat kepada ketenteraman awam.

Justeru beliau membuat laporan bagi polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500, 503, 504, 505 dan 506 atau mana-man peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta menggugat ketenteraman ekoran kenyataan beliau.

Sementara itu, Shahril dalam sidang medianya selepas itu menganggap kenyataan bekas menteri yang pernah terpalit dengan skandal lembu kondo  itu, sebagai tuduhan melampau dan andaian jahat jika Pakatan Rakyat (PR) menang.

"Walhal PR telah buktikan negeri yang dikuasai selepas pilihan raya lalu bukan saja aman tanpa rusuhan kaum, malah terus maju sehingga diiktiraf oleh Ketua Audit Negara.

"Sebab itu bagi Pemuda PAS, ugutan Shahrizat ini melambangkan ketakutan parti pemerintah berhadapan pilihan raya akan datang kerana bimbang dihukum rakyat lalu mengugutnya dengan tragedi berdarah 13 Mei," tegasnya.

Katanya, pada hari ini Pemuda PAS negeri-negeri membuat laporan polis seluruh negara terhadap isu yang sama.

PAS Perak buat laporan polis terhadap Shahrizat

Posted: 03 Dec 2012 03:42 PM PST

IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang berbaur hasutan serta perkauman.

Laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh diketuai oleh Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Zawawi Hassan.

Zawawi ketika ditemui berkata, Shahrizat cuba mengugut serta menakutkan rakyat dengan mengatakan kekhuatiran beliau tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali jika Umno tidak lagi berkuasa.

Menurutnya, dakwaan tersebut sangat merbahaya dan boleh membangkitkan sentimen perkauman serta kacau bilau di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini.

Katanya, rakyat berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat ianya berniat jahat untuk menakutkan rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat.

"Beliau sengaja mewujudkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram di kalangan rakyat Malaysia seterusnya mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Bagan Serai menjelaskan, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas dan ianya dapat dibuktikan setelah Pakatan Rakyat dapat memerintah di beberapa buah negeri dalam keadaan yang aman tenteram.

Umno benar-benar habis modal – Presiden PAS

Posted: 03 Dec 2012 03:41 PM PST


KOTA BHARU: Umno dianggap benar-benar kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.

"Mereka sudah tidak ada modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain.

"Inilah saban kali kita saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal lagi," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi.

Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah Najib pada ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan.

Ustaz Abdul Hadi juga berkata, Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka.

Menurutnya sebelum ini Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun membaca doa.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia.

"Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam.

"Islam tetap bangkit biar pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil.

"Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat," katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Kongres Dunia Islam 2012 berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 Dec 2012 09:30 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


ADAKAH SEKADAR PRODUK "SYARIAH- COMPLIANT"?

Posted: 04 Dec 2012 05:27 AM PST

Ke mana sistem kewangan Islam di Malaysia?



Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2012 (APKI), telah pun dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Terdahulu Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) diluluskan utuk menggantikan BAFIA, Akta Kawalan Pertukaran Asing, Akta Insuran dan Akta Sistem Pembayaran.

APKI pula untuk menggantikan Akta Perbankan Islam dan Akta Takaful. Kedua-dua akta yang dimansuhkan ini akan diletakkan di bawah akta baru ini.

Tujuan pengenalan akta-akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah antara negara ummat Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarusperdanakan Kewangan Islam.

Usaha-usaha perintis tentunya merujuk seawal penubuhan institusi Tabung Haji dalam tahun 1969, seterusnya penubuhan Bank Islam pertama pada tahun 1983 sehingga terkini cadangan menubuhkan Mega Bank Islam.

Kemelut kewangan antarabangsa mutakhir ini, khasnya kemelut kewangan di Amerika, krisis zon Euro yang menyaksikan Greece, dan terkini Itali dan Sepanyol juga di ambang kebankrapan, meletakkan Kewangan Islam kembali mendapat perhatian.

Sebut-sebutan bahawa Kewangan Islam mampu mengambil alih dan diarusperdanakan menjadi teras kewangan antarabangsa sudah tidak lagi menjadi rahsia dan ditakuti masyarakat antarabangsa.

Pun begitu malangnya, Kewangan Islam belum lagi difahami betul-betul oleh ummat Islam sendiri.


Lebih malang kalau penganjur dan penaja Kewangan Islam sendiri masih belum berpuashati tentang kefahamannya oleh pihak penguasa politik dan pemerintah.

Kegagalan menghayati tasawur dan tujuannya, meletakkan 'Maqasid (Matlamat) Kewangan Islam' ini tidak mampu dicapai. Penulisan ini dibuat bertujuan memaparkan aspek ini.

Umumnya Kewangan Islam difahami sebagai satu 'industri berorientasi pencegahan' atau 'prohibition-oriented industry'.

Kewangan Islam lazimnya diertikan dengan mencegah Riba, Gharar (Penipuan) dan Masyir (spekulasi) dalam transaksi serta kontrak dan mengelakkan dari terlibat dalam pelaburan serta pembiayaan sektor dan perniagaan 'haram'.

Lebih khususnya lagi, sisi-sisi pandang mengikut kerjaya dan pengkhususan juga turut mewarnai kefahaman dan persepsi tentang Kewangan Islam.

Seorang pengamal undang-undang, seorang ahli ekonomi, seorang 'regulator' dan seorang penasihat Syari'ah punya perspektif masing-masing.

Justeru amat mustahak untuk ummat ditegaskan kembali 'Apa itu Kewangan Islam'? Lebih penting,'Bagaimanakah Kewangan Islam seharusnya berperanan membangunkan ummat dan negara'?

Penulis juga akhirnya akan memaparkan bagaimana, dalam usaha penguasa dan pemerintah menaja Kewangan Islam, amalan tadbir-urus dalam negara tampak semakin mengalami percanggahan dengan prinsip-prinsip Syari'ah dan tadbir-urus Islam dengan laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan pelbagai skandal kewangan.

Wajar ditegaskan Kewangan Islam bukan hanya untuk mengelakkan muamalat atau transaksi pengurusan perniagaan yang bebas unsur-unsur riba, gharar dan spekulasi.

Sudah sampai waktunya Kewangan Islam ini kembali diletakkan berperanan untuk sentiasa mencapai 'Maqasid Syari'ah' itu sendiri khasnya 'Pemeliharaan Harta' atau Hifzul Maal.

Malah lebih fundamental dan luas dari itu Kewangan Islam mesti juga diletakkan berperanan dalam kerangka untuk mencapai 'Maqasid Syariah'atau Matlamat-Matlamat Syariah yang lebih luas yakni 'Keadilan (Justice), Kemakmuran (Prosperity) dan Kelestarian (Sustainability).

Sudah sampai waktunya satu 'penilaian kritikal' dibuat terhadap matlamat yang seharusnya dicapai oleh perlaksanaan Kewangan Islam ini di segi kayu ukur kemakmuran rakyat dan tadbir-urus yang menjadi lebih bersih, beretika, bebas rasuah serta salahguna kuasa.

Syariat Islam terbahagi kepada dua jenis hukum hakam yang bersifat Kekal (Thawabit) dan Berubah (Mutaghyyirat).  Muamalat tergolong dalam hal perkara yang bersifat "Mutaghayyirat".

Meniliti perkembangan Kewangan Islam menyerlahkan betapa Syariat Islam itu adalah sangat  anjal (flexible) dan berdaya-maju (dyamics).

Dengan gandingan pelbagai pihak serta penubuhan beberapa badan penting terkini seperti MIFC (Malaysian International Islamic Financial Cetre), ISRA (BNM), ASAS (Association of Syariah Advisors), pacuan pengembangan Kewangan Islam terus diterokai.

Ini mengizinkan pembangunan produk-produk kewangan Islam secara inovatif dan agresif dalam dekad-dekad mutakhir.

Pengukuhan amalan perbankan, pasaran kewangan dan pelaburan Islam berlaku ketika wujudnya pelbagai produk yang mampu memenuhi pelbagai keperluan instrumen pelaburan dan kecairan (liquidity).

Permintaan yang meluas serta produk yang diterima di peringkat global dengan peraturan yang kukuh juga turut menstabilkan pasaran keseluruhannya.

Justeru, perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan adalah sangat pesat samada dalam produk  sector perbankan,insuran, pasaran saham, pasaran wang termasuk terkini derivatif  yang "Patuh-Syariah" atau "Syariah-Compliant".

Pun begitu, kelangsungan perkembangan kewangan Islam terkekang dengan pelbagai faktor. Antara yang menghalang kepesatannya ialah kewujudan modal insan yang terlatih dan berkepakaran – skilled human capital.

Penjanaan produk baru adalah satu usaha menuntut sumber yang lebih besar dari kewangan konvensional. Adalah diakui pelbagai pihak pengamal Kewangan Islam sendiri, bahawa ketika Institusi Perbankan Islam (IPI) ini terpaksa juga menggunakan pakar institusi perbankan kovensional, produk-produk yang terhasil tidak dapat tidak adalah sebahagian besarnya 'Syariah-Compliant' dan bukan sebenar-benarnya produk Syariah.

Ini membawa kita kepada contoh produk Sukuk Bai' Bithaman Ajil (BBA) yang diizinkan oleh Majlis Penasihat Syariah atau Syariah Advisory Council (SAC), Bank Negara Malaysia.

Namun Sukuk BBA ini adalah tidak diterima dan tidak diluluskan (prohibited) oleh badan "Accounting and Auditing Organisation for Islamic Finance Istitutions (AAOIFI) justeru kerana 'aqadnya'.

Badan ini mengenalpasti bahawa 'Aqad' atau 'Contract' yang melandasi Sukuk BBA itu adalah aqad "Bai Al-Inah" yang sifat kewangannya ialah "Ribawi" atau 'riba-based financing'.

Pembelian semula asset oleh cotohnya pihak mudharib semasa matang sukuk tersebut pada harga nominal, mengandungi unsur ribawi.

Amat mustahak bagi pengamal Kewangan Islam, berbeza dengan kewangan konvensional, yang mesti meletakkan pelbagai langkah-langkah kawalan dan pemantauan supaya ia tidak terdedah kepada salah-laku mereka yang mahu memanipulasi pasaran kewangan dan sebagainya.

Ini membawa kepada topik yang terakhir dalam penulisan ringkas ini.

Sesungguhnya, Kewangan Islam adalah satu juzuk penting dalam mengatursusun kehidupan ummat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.Kewangan Islam juga berpaksikan nilai moral Islam yang tinggi sebagai 'Moral Compass' yang bertanggungjawab membenteras segala tabiat yang curang dan khianat.

Penghayatan Etika yang murni ini akan dapat menangani amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan, pembolotan kekayaan di kalangan segelintir manusia rakus dengan cara monopoli, kronisme dan pengepungan (kartel) dan pengherotan pasaran.

Wajar bagi ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya, membuat penilaian secara kritis, ikhlas, terbuka dan berani, supaya tadbir-urus kewangan dan pembangunan ekonomi di negara dilakukan dalam etika dan semangat ruh syariat Islam.

Ataukah sebaliknya, sementara kita ghairah memacu pengembangan amalan Kewangan Islam, negara ini semakin tercabar kewibawaan dan integritinya kerana kebejatanrasuah dan salah guna kuasa yang endemik atau semacam tidak dapat dibendung lagi.

Kejatuhan kedudukan dalam 'Indeks Persepsi Rasuah' (CPI) negara di peringkat antarabangsa adalah petanda buruk bagi kita.

Hakikat wujudnya kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar dan pembolotan kekayaan negara yang juga semakin terserlah, mengesahkan bahawa Matlamat murni Kewangan Islam danEkonomi Islam itu masih jauh untuk direalisasi dan didayakan.

Jangan hanya sukuk atau bon yang diterbitkan sahaja 'komplian-syariah' atau Patuhi Syariah, tetapi amalan dan tadbri-urusnya bobrok dan melanggari good-governance atau tadbir-urus Syariah seumpama yang mencetuskan skandal kes PKFZ dan berhubung kegagalan pengurusan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia di Batu Maung oleh Malaysia International Tuna Port Sdn Bhd dan Bindforce Sdn Bhd.

Selama skandal NFC menjadi 'lambang penularan tadbir-urus buruk' yang dilakukan oleh golongan yang memilikki kuasadan PKFZ sebagai mercu-tanda keberanian 'perkongsian rompakan pihak penguasa politik pemerintah', maka cita-cita Matlamat Kewangan Islam untuk membangunkan negara dan rakyat yang makmur dan sejahtera akan terus dicabar dan tersudut.

 Dr Dzulkefly Ahmad adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor


Sumber: Harakahdaily

Pemuda Guchil

Posted: 04 Dec 2012 09:23 AM PST

Pemuda Guchil


Tok Guru Disayangi Rakyat..Tapi Dibenci Oleh Syaitan Dikenali....

Posted: 03 Dec 2012 05:55 PM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 04 Dec 2012 09:18 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


13 Mei: Dakwaan Shahrizat melampau, andaian jahat

Posted: 03 Dec 2012 09:43 PM PST


Shahril (tengah) menunjukkan laporan polis di hadapan balai polis Temerloh.

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini membuat laporan polis di sini berhubung kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan agung parti itu yang didakwa bersifat hasutan.

Dalam laporan polis oleh ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim, mahu polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan ekoran ucapan menghasut beliau ketika merasmikan perhimpunan sayap parti berkenaan di PWTC pada 28 November itu.

Memetik laporan tersebut yang turut disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik, Shahrizat berkata jika Umno atau BN tidak lagi berada di tampuk kuasa kestabilan politik (negara ini) akan goyang seterusnya mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Dalam laporan polis itu, Shahril sebagai seorang warganegara Malaysia, berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat bahawa ia adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat kepada ketenteraman awam.

Justeru beliau membuat laporan bagi polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500, 503, 504, 505 dan 506 atau mana-man peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta menggugat ketenteraman ekoran kenyataan beliau.

Sementara itu, Shahril dalam sidang medianya selepas itu menganggap kenyataan bekas menteri yang pernah terpalit dengan skandal lembu kondo  itu, sebagai tuduhan melampau dan andaian jahat jika Pakatan Rakyat (PR) menang.

"Walhal PR telah buktikan negeri yang dikuasai selepas pilihan raya lalu bukan saja aman tanpa rusuhan kaum, malah terus maju sehingga diiktiraf oleh Ketua Audit Negara.

"Sebab itu bagi Pemuda PAS, ugutan Shahrizat ini melambangkan ketakutan parti pemerintah berhadapan pilihan raya akan datang kerana bimbang dihukum rakyat lalu mengugutnya dengan tragedi berdarah 13 Mei," tegasnya.

Katanya, pada hari ini Pemuda PAS negeri-negeri membuat laporan polis seluruh negara terhadap isu yang sama.

Jasindaily Online

Posted: 04 Dec 2012 09:09 AM PST

Jasindaily Online


UMNO Mengganas Di Gombak

Posted: 04 Dec 2012 06:57 AM PST

Kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong UMNO / BN 


Malaun-malaun UMNO yang membuat kekecohan 






SB yang diupah oleh UMNO /BN untuk buat kacau di Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak 




Audit Melaka Vs Kelantan .. Nilaikanlah

Posted: 04 Dec 2012 06:53 AM PST




Bront Palare Sertai Misi Ikram Di Gaza

Posted: 04 Dec 2012 06:37 AM PST

Ramai orang tak tahu yg Bront Palare join Aqsa Syarif ke Gaza. Gambarnya hanya tersebar ketika mereka tiba di Mesir. Nak tahu kisahnya? Sebenarnya dia tidak bagitahu sesiapa yang dia akan ke Gaza hatta ibu bapa dia. Dia pesan jangan upload gambar dia or tweet pasal dia bila dia ke Gaza. 

Tapi nak buat macam mana, dah sampai mesir dah pun. So dia ok je lah, cuma nanti bila balik Malaysia kena sumbat earphone sebab dengar mak ayah dia berleter(cakap sambil gelak) Dia taknak heboh2 pasal dia pi ke Gaza sebab dia kata sumbangan dia buat ni bukan besar mana pun. *Allahu, bila manusia itu merendah diri, ramai manusia akan sayang padanya. Semoga Allah berkati beliau.

6 Ahli Parlimen BN Bakal Tersingkir

Posted: 04 Dec 2012 06:35 AM PST


Sekurang kurangnya enam ahli parlimen muda umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. mereka ialah Khairy Jamaluddin MP Rembau, Azalina Othman Saad MP Pengerang, Saifuddin Abdullah MP Temerloh, Noraini Ahmad MP Parit Sulung dan Fuad Zarkasi MP Batu Pahat dan Bung Mokhtar MP Kinabatangan.


Menurut sumber wisma putra yang rapat dengan presiden umno, mereka digugurkan atas sikap politik mereka yang liberal dan gentleman yang tidak bertempat, telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya tidak setuju dengan dasar diputuskan dan kuat membangkang dasar kerajaan pusat.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib Razak melakukan transformasi politik tetapi memberi kerugian kepada Barisan Nasional untuk terus mengumpul harta individu sebanyak mungkin. 
"mereka juga degil dan hendak menunjuk pandai," kata sumber wisma putra.
Manakala dua bekas ketua umno iaitu Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, pengguguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor.

Menurut sumber dari wisma putra, keenam enam MP Barisan Nasional ini akan di gantikantempat mereka dengan calon calon baru yang lebih matang dan berkaliber dan sedia berkhidmat demi tranformasi Najib Razak dalam memajukan hutang negara supaya melebihi RM 500 billion tahun hadapan.
Menurut sumber dalaman wisma putra punca utama kepada pengguguran pencalonan mereka adalah kerana mereka telah menolak sistem AES jpj, menerima idea pro mahasiswa, membuat demonstrasi jalanan, mengakui kelemahan umno pada pembangkang, meminta royalti minyak kelantan di kembalikan, menolak sumpah munafik pemimpin umno dan sebagainya.
Berikut senarai sulit yang di serahkan kepada era pasca mengenai calon calon pilihan winnable candidate bagi menggantikan calon calon keras kepala ini.

1. Mohd Saiful Bukhari Azlan - Calon MP Rembau, Khairy Jamaluddin Gugur.

 2. Ezam Mohd Nor - Calon MP Kinabatangan, Bung Mokhtar Gugur.


3. Jins Samsudin - Calon MP Temerloh, Saifuddin Abdullah Gugur.




4. Lokman Adam - Calon MP Parit Sulong, Noraini Gugur.


5. Hassan Ali - Calon MP Batu Pahat, Puad Zarkasi Gugur.


6. Ummi Hafilda - Calon MP Pengerang, Azalina Othman Gugur.

Ada beberapa lagi senarai calon MP bakal menyusul dalam siri pendedahan panas ini.terima kasih pada sumber dalaman wisma putra yang memberikan kepada kami beberapamaklumat sulit lagi OSA ini.

1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Muhyiddin ganti Najib.


sumber : Addin

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Dec 2012 09:06 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bil elektrik melambung tinggi selepas TNB tukar meter

Posted: 04 Dec 2012 01:21 AM PST



Dikongsikan di bawah ini beberapa isu kenaikan bil elektrik setelah ditukar meter baru oleh TNB. Mungkin rakan-rakan lain boleh berkongsi masalah ini sekiranya berlaku di tempat masing-masing. Apakah ini cara baru untuk mengumpul wang rakyat?

BIL ELEKTRIK NAIK MENDADAK SETELAH TUKAR METER BARU

Saya baru membeli sebuah rumah daripada seorang individu. Saya telah diminta untuk menukar meter elektrik rumah itu kepada nama saya. Jadi saya memohon pertukaran meter elektrik tersebut. Saya telah mendiami rumah itu 3 bulan sebelum meter elektrik tersebut ditukar kepada yang baru. Sejak saya tinggal dirumah itu bil elektrik saya tidak pernah mencecah RM20.00 sebulan tetapi selepas sahaja meter ditukar bil elektrik rumah saya naik mendadak sehingga RM 181.05 sebulan.

Sumber : Aduanrakyat.com

METER BARU TNB PENIPU.

Aduan dan rungutan rakyat Puchong mengenai caj bil TNB yang naik mendadak 3 kali ganda! 

Bila sudah di pasang, saya pun tunggu bil letrik pertama. Bila dah sampai, terkejut saya sebab bukan tambah kurang tapi tambah tinggi! Saya pun google kat internet, jika ada komplen yang lain dari pengguna. Rupa-rupanya bukan saya sorang sahaja tapi banyak lagi yang komplen hal yang serupa. Jawapan TNB mudah sahaja, meter baru ni meter digital, lebih tepat dan bacaan yang diberi memang bacaan sebenar.  Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ke bodohnya TNB selama ni bila pasang meter yang memberikan bacaan yang tidak tepat sampai 300% lari dari bacaan sebenar.

Sumber : UnclearEngineer

TERKEJUT BIL MELAMBUNG

Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengkaji semula pemasangan sistem meter digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya.

Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata, lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak penukaran meter manual kepada sistem digital itu.

Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap bulan.

"Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut apabila bil Ogos mencecah RM1,211.

Sumber : Sinar Harian

Jom Terapi Rohani, Jasmani dan Mental 7 Dis 2012

Posted: 03 Dec 2012 07:48 PM PST


PAS Kulaijaya

Posted: 04 Dec 2012 07:30 AM PST

PAS Kulaijaya


53% lompat parti, 31% lagi sabotaj Umno

Posted: 03 Dec 2012 11:26 PM PST

Ekspresi Anak Muda : Jom Santai & BBQ

Posted: 03 Dec 2012 06:08 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Dec 2012 03:42 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Umno tiup api perkauman

Posted: 03 Dec 2012 05:44 PM PST

Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam tidak memfokuskan terhadap dasar kerajaan dan masalah yang dihadapi rakyat sebaliknya hanya berminat meniup api perkauman termasuk cuba menghidupkan kembali ‘hantu 13 Mei’.

Tindakan Umno itu disebabkan timbulnya perasaan ketakutan pemimpin Umno akan kehilangan kuasa apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

“Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu.

“Seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya Umno kehilangan kuasa,” kata Anwar di dalam satu kenyataan akhbar sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku.

Anwar juga berkata tindakan tersebut merupakan suatu hasutan dan boleh dianggap sebagai satu jenayah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam ucapan beliau ketika membuka mesyuarat himpunan Wanita Umno minggu lalu.

Anwar mendakwa kenyataan Shahrizat adalah percubaan untuk menghidupkan kembali karier politiknya setelah didesak meletak jawatan berhubung skandal National Feedlot Corporation.

Dalam persidangan tiga hari itu, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengambil kesempatan menyerang Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?

“Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas. Supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa bercakap benar dan siapa yang gemar menipu.

“Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang,” ujar Anwar.

Najib turut mendakwa Anwar adalah proksi kepada kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa, murtad akan dilestarikan dan Malaysia dijadikan negara Kristian jika Umno pupus pada pilihanraya akan datang.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Dec 2012 01:26 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Jangan beri kepercayaan kepada yang 'desperate'

Posted: 04 Dec 2012 12:28 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu  selama ini. 

UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.

Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai'ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. 'Initiative' yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.

Jika berbai'ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.

Kenapa sampai bersumpah?

Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan 'conclusive' UMNO dalam kesempitan.

"Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja" kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama.

Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, "satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu". Kata perpatah 'bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar'. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. "Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina". Apa maknanya semua ini?

Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir.

Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh dicapai oleh BN.

UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini.

Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu.

UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara.

Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai 'national unity' ini.

Perjuangan ini merupakan perjuangan 'ultimate' rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap 'desperado' mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini.

Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza.

Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO.

Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

harakah/-

Himpunan bersebelahan: Ali resahkan rakyat Melaka

Posted: 04 Dec 2012 12:25 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -


(Poster Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka)

MELAKA: Tindakan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam yang mengarahkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bukit Palah  menganjurkan karnival di sebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8 Disember di Bukit Palah dikecam.

Tindakan Ali Rustam ini suatu tindakan tidak sesuai dan wajar, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melalui blognya adlyzahari.blogspot.com

"Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan di kalangan rakyat, Umno akar umbi pun resah," ujar Adly.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan dan agensi kerajaan negeri yang tidak melayan permintaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah.

"Oleh kerana permohonan kami tidak dilayan maka kami bersetuju untuk menjalankan program tersebut di tanah persendirian, di Kampung Bukit Palah yang di kejar oleh Ali Rustam.

"Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatangkan kemenangan kepada Umno Melaka," tambah Adly.

Menurut Adly, sekarang ini tahun 2012 sudah hampir masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.

"Apakah Ali berhajat rakyat 'bertembung' pada 8 haribulan ini?" soal Adly.

"Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8 haribulan ini, ayuh orang Melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati," tambahnya lagi.

Beliau menyeru seluruh rakyat Melaka berhimpun pada 8 haribulan ini di Bukit Palah Melaka.

"Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam," katanya.

Roadshow Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara telah mendapatkan sambutan yang sangat luar biasa. Terbaru kira-kira 30,000 rakyat berkumpul di Batu Pahat pada program tersebut.
Pada 8 Disember, Pakatan Rakyat Melaka akan menganjurkan program ini peringkat negeri Melaka.

Dijangkakan sekali lagi rakyat akan menzahirkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri lain.

Beberapa pemimpin utama PR Pusat akan berkumpul di Melaka antaranya Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

harakah/-

Pampasan RM207b: Harapan mangsa jika Pakatan menang

Posted: 04 Dec 2012 12:07 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -


(Gambar: Rombongan Nizar bertemu dengan Pak Hashim di kediamannya di Changkat Jering baru-baru ini)

TAIPING: Selepas menunggu sekian lama, buruh paksa pembinaan landasan keretapi maut kini menggantungkan harapan mereka untuk mendapat bayaran itu jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu juga, mereka berterima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di atas inisiatif beliau menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menuntut wang pampasan yang dinafikan kerajaan.

Namun Mohamad Nizar ketika ditemui tidak dapat memberikan sebarang jaminan kerana beliau sendiri tidak tahu dimanakah wang itu berada kini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno pula sehingga kini senyap seribu bahasa walaupun ia sudah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Mohamad Nizar.
Terkejut



Salah seorang dari mereka yang masih hidup, Hashim Yaakub, 122, berkata, beliau terkejut dengan maklumat bahawa kerajaan Jepun telah membayar pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion sejak lama dahulu, sedangkan beliau tidak mendapat apa-apa.

Perasaan itu dizahirkan beliau ketika menerima kunjungan Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang di kediamannya di Changkat Jering di sini baru-baru ini.

Beliau yang masih kuat ingatannya menceritakan, beliau menjadi buruh paksa zaman Jepun itu ketika beliau baru berusia 26 tahun.

Menurut Pak Hashim, beliau menjadi buruh paksa selama tiga tahun lapan bulan dan hanya menerima gaji sebanyak 3 bath duit Siam.

Ekoran kehilangannya dan tidak dapat dikesan pada waktu itu, ahli keluarganya telah membuat kenduri tahlil kepada Pak Hashim.

Sebaik selesai perang dunia kedua, Pak Hashim bagaimanapun selamat pulang ke kampung halamannya bertemu keluarga, dan kepulangannya disambut dengan kenduri kesyukuran.

Justeru, dengan perkembangan terbaru ini beliau meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat agar membela nasib mereka yang telah dinafikan hak mendapat pampasan tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mohamad Nizar dalam pada itu berjanji akan membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang akan bersidang 17 Disember ini.

Malah kata Adun Pasir Panjang itu, satu sidang media bersama bekas buruh dan waris mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan Mohamad Nizar Nizar yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.

Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

harakah/-

Anak tidak sah taraf perlu tindakan Majlis Fatwa

Posted: 03 Dec 2012 11:56 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Senator Khairiah Mohamad meminta kerajaan khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil serius masalah peningkatan anak tidak sah taraf kerana ia melibatkan akhlak dan moral rakyat negara ini khasnya yang beragama Islam.
 "Bila kita sebut anak tidak sah taraf bermakna ada kaitan dengan di luar perkahwinan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Mengulas jawapan kepada soalan lisannya yang dikemukakan semalam, Khairiah berkata 10 peratus jumlah anak tidak sah taraf untuk tahun 2010 sahaja sudah menunjukkan perlakuan tidak bermoral berlaku dengan serius.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan seramai 52,982 anak tidak sah taraf yang telah didaftar daripada 510,462 kelahiran pada tahun 2010.

Manakala bagi jumlah anak tidak sah taraf mengikut tiga kategori umur yang paling tinggi antara umur 21 hingga 30 tahun seramai 130,775 orang bagi tahun 2008 hingga November 2011.

Dan diikuti umur 16 hingga 20 tahun seramai 67,755 dan umur antara 31 hingga 40 tahun seramai 44,359 anak tidak sah taraf.

Dalam tempoh lima tahun itu, negeri Sabah mencatat jumlah anak tidak sah taraf paling tinggi iaitu 72,939 diikuti Selangor seramai 32,992 dan Sarawak seramai 30,187 orang.

Katanya, bagi orang Islam Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengeluarkan fatwa berkenaan penamaan anak tidak sah taraf pada tahun 1981, di mana anak dilahirkan lebih dari enam bulan tempoh perkahwinan boleh dibinkan ayahnya.

Tetapi jika kurang dari enam bulan perkahwinan anak tersebut tidak boleh dibinkan bapanya.
Justeru, beliau memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melihat kemaslahatan anak-anak tidak sah taraf ini yang semakin hari semakin ramai demi kebaikan dan masa depan mereka.

"Dari sudut Islam sendiri anak yang dilahirkan melalui penzinaan tidak berdosa yang berdosa adalah ibu bapanya. Wajarlah Majlis Fatwa melihat semula fatwa yang telah dikeluarkan agak lama sejak 1981," katanya.

Sementara itu Senator Datuk Dr Johari Mat berkata, anak-anak ini akan mengalami tekanan jiwa apabila mengetahui mereka tidak sah taraf menyebabkan ramai yang tidak bersekolah akhirnya mereka tercicir.

Tegasnya, anak itu boleh dibinkan bapanya walaupun tidak cukup enam bulan selama mana ayahnya tidak menafikan anak berkenaan.

Malah beliau percaya jika Majlis Fatwa berbuat demikian secara tidak langsung boleh mengurangkan atau mengelakkan gejala pembuangan bayi.

"Kita perlu lihat mengapa kes buang bayi semakin berleluasa antara sebabnya anak yang dilahirkan tidak boleh dibinkan bapanya.

"Yang perlu ditangani adalah anak yang menjadi mangsa, ibu bapa boleh bertaubat," katanya.

harakah/-

90 cedera struktur pelantar minyak condong

Posted: 03 Dec 2012 11:54 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

SINGAPURA - Beberapa pegawai berkata, seramai 90 orang pekerja cedera, 23 orang lagi serius dalam satu kemalangan di sebuah dermaga kapal di sini, semalam. 

Kementerian Sumber Manusia menyatakan, kejadian itu berlaku ke atas struktur pelantar minyak yang dalam pembinaan.

Syarikat Jurong Shipyard Pte. Ltd., membina struktur tersebut. 

Jurucakap limbungan kapal berkata, para pekerja sedang menguji strutur berkenaan tetapi salah satu kakinya gagal berfungsi lalu menyebabkannya condong.

Katanya, pekerja yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

Dia menyatakan, seramai 53 orang telah dibenar keluar, manakala seorang lagi masih dalam keadaan kritikal.
Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dilakukan. - Agensi

Pidato Habibie di Unisel Khamis ini

Posted: 03 Dec 2012 11:50 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie akan memberikan pidatonya 6 Disember ini di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam.

'Habibie dan transisi Indonesia ke demokrasi' bakal menjadikan topik ini sesuai dengan peranan yang telah beliau lakukan dalam mengubah Indonesia ke demokrasi.

Majlis yang bermula jam 9 pagi itu dikira penting untuk rakyat negara ini yang juga bercita-cita untuk membuat perubahan di negara ini.

Bacharuddin Jusuf Habibie  adalah presiden ketiga Republik Indonesia. Beliau  lahir di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Juni 1936.

Sebagai presiden yang mengambilalih tampuk pemerintahan dari Sooharto, Habibie banyak membuat perubahan walaupun tempoh masa untuknya hanya singkat sahaja.

Antara perubahan besar yang dibuat Habibie adalah kebebasan media di Indonesia. Hari ini, media di Indonesia jauh lebih bebas dari Malaysia.

harakah/-

Sapu’ beg atas meja

Posted: 03 Dec 2012 11:44 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

GOMBAK: Angkara cuai, seorang wanita berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas beg tangannya yang diletakkan atas meja ketika makan di sebuah restoran di Kuang, dekat sini, dilarikan penjenayah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, ketika mangsa yang berusia 30-an asyik menjamu selera bersama ahli keluarganya.

Menurut sumber, tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar dan berusia lingkungan 20-an muncul dan dengan pantas mencapai beg tangan mangsa.

"Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit apabila beg tangannya yang mengandungi barang kemas termasuk beberapa bentuk cincin dan rantai emas bernilai hampir RM29,000 dan wang tunai sebanyak RM1,000 dilarikan lelaki itu," katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri bersama seorang rakannya yang bersedia di luar restoran dengan menunggang motosikal.

metro/-

PKR: Pengguna adu bil eletrik naik lepas ganti meter

Posted: 03 Dec 2012 11:33 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

 
Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.
ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.

Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.

Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.

"Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna," katanya.

malaysiakini/-

Umno makin lemas, berpaut pada ‘dahan’ 13 Mei 1969

Posted: 03 Dec 2012 11:32 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hasutan bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya Umno BN kecundang dalam PRU13 menggambarkan betapa tertekan dan lemasnya Umno sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.
"Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar Umno masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli Umno yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei," kata Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) sepertimana biasa menjadi medan kepada 'memuji-muji' dan 'membodek' pimpinan UMNO dengan suara-suara yang lunak dan memualkan sekian rakyat yang mendengar.

Tidak kurang juga berkumandang dendangan keras lagi kasar menyerang pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan pelbagai gelaran yang melampau dan biadap, menjadi hidangan kepada rakyat melalui media UMNO BN.

Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO tanpa rasa bersalah dan kesal memulakan perang psikologi bagi tujuan menghasut dan 'membakar' sentimen rasis dengan membangkitkan isu 13 Mei yang sudah tidak relevan dan lapuk.

Hasutan beliau bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya UMNO BN kecundang dalam PRU 13 menggambarkan betapa tertekan dan lemasnya UMNO sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.

Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar UMNO masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli UMNO yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei.

Sedangkan rakyat semakin matang dan bijak menyedari bahawa UMNO adalah punca dan dalang kepada berlakunya peristiwa hitam 13 Mei agar perancangan sulit dan licik mereka.

UMNO sebenarnya sekarang berada seperti perumpamaan 'kelemasan' sehingga terpaksa berpaut kepada 'dahan' rasis untuk memastikan 'talian hayat' UMNO semakin panjang agar Putrajaya akan terus dipertahankan walau apa jua cara.

Igauan UMNO sebagai parti memperjuangkan Islam adalah sangat melucukan kepada sesiapa yang mendengar,malah gelak rakyat semakin besar apabila pelbagai gelaran hebat kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sedangkan dalam masa yang sama terpalit dengan pendedahan Deepak Jaikishan yang melibatkan beliau dengan skandal berkaitan akuan bersumpah pertama melibatkan skandal pembunuhan Altantuya dan pendedahan Deepak mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Razak agar campurtangan bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

JINGGA 13 hairan Datuk Zahid Hamidi pula yang terkinja-kinja untuk mejawab semua dakwaan Deepak melibatkan DS Najib Razak dalam ucapan beliau.

Apakah hubungan beliau dengan skandal tersebut dan hubungan beliau dengan DS Najib Razak? Sikap 'membodek' Presiden UMNO sudah makin menjadi-jadi dan sudah ditahap kritikal dalam UMNO.

13 Mei adalah sejarah hitam yang sudah tidak patut dikenang dan diingati terutama golongan generasi muda yang tidak memahami dengan lebih mendalam kejadian tersebut.

Sejarah akan diputar belit agar lebih dilihat relevan demi survival UMNO dalam PRU 13 yang amat merisaukan mereka.

DAP akan menjadi sasaran mereka dengan cerita dan fakta diseleweng seolah-olah Pakatan Rakyat di Putrajaya, maka DAP atau orang Cina akan menguruskan negara ini dengan agenda songsang yang digunakan untuk mempengaruhi orang-orang Melayu agar menolak DAP dan Pakatan Rakyat.

JINGGA 13 meminta rakyat Malaysia agar bersiap sedia dengan taktik dan propaganda murahan UMNO yang sudah tidak relevan. Adakah orang Melayu akan terus diperbodohkan dengan isu lapuk ini?

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu semakin matang dan bersama-sama atas nama soladiriti membina negara bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya tanpa diulit dengan agenda rasis yang sudah pasti merosakkan agenda sebangsa dalam erti kata yang sebenar dan bukannya konsep 1 Malaysia yang retorik semata-mata sedangkan laungan rasis terus dimainkan oleh UMNO.

harakah/-

Pegang jari hampir putus

Posted: 03 Dec 2012 11:20 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

SELAMAT...anggota bomba mengeluarkan mangsa nahas.
SELAMAT...anggota bomba mengeluarkan mangsa nahas. 
 
BAGAN SERAI: "Saya merangkak keluar menerusi cermin hadapan trak yang pecah sambil memegang jari yang hampir putus," kata Koperal Ahmad Aping, 52, seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kenderaan pelbagai guna (MPV), di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 197.2, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), arah utara berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gunung Semanggol itu, MPV dinaiki tiga penumpang hilang kawalan ketika cuba memotong deretan konvoi 10 trak PGA dari Batalion 3, Bidor, sebelum merempuh belakang sebuah trak berkenaan.

Rempuhan itu menyebabkan MPV jHonda Edix dan trak dinaiki tujuh anggota PGA Senoi Praq itu terbabas sebelum terhumban ke longkang di tepi lebuh raya. Kejadian menyebabkan seorang penumpang MPV dikenali Mohammad Saome, 30, yang juga pekerja asing warga Bangladesh maut.

metro/-

Rakyat Malaysia Rugi Jutaan Ringgit Jadi Mangsa Penipuan Cinta Internet

Posted: 03 Dec 2012 11:19 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Setiap hari, seramai tiga rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada sindiket penipuan cinta Internet dan kebimbangan polis terhadap bilangan kes yang tidak dilaporkan boleh meningkat tiga kali ganda lebih tinggi.

Pengarah Bahagian Keselamatan Siber dan Multimedia, Asisten Komisioner Mohd Kamaruddin Din berkata, seramai 613 mangsa iaitu 375 wanita dan 238 lelaki kerugian RM25.89 juta kepada sindiket berkenaan antara Januari dan September tahun ini.

"Tahun lepas, kami mencatatkan 876 kes dengan kerugian berjumlah RM34.17 juta," katanya.
Beliau berkata, sindiket itu menggunakan beberapa modus operandi untuk menipu mangsa mereka untuk jatuh cinta dan memberikan sejumlah besar wang tunai.

"Paling popular adalah penipuan bungkusan, di mana mangsa diberitahu bahawa dia akan menerima bungkusan mengandungi hadiah yang mahal, barangan kemas atau wang tunai tetapi bungkusan itu ditahan oleh Kastam atau bayaran perlu dibuat untuk mengeluarkannya.

"Sesetengah anggota sindiket mendakwa mereka datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa. Pada ketibaan mereka ke sini, mereka akan mendakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa dan hanya akan boleh dibebaskan sekiranya bayaran tertentu dilunaskan," katanya.

Kamaruddin berkata, jabatan beliau turut menyiasat kes-kes di mana anggota sindiket memperdaya mangsa dengan mendakwa mereka menjadi pemimpin atau tentera dari zon konflik yang mempunyai jutaan mata wang asing secara tunai.

"Mangsa akan diminta untuk membayar antara RM100,000 dan RM200,000 bagi membawa wang dari zon konflik itu dan berjanji akan memberikan sebahagiannya," katanya.

mstar/-

Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang Di Sungai Buloh Tahun Depan

Posted: 03 Dec 2012 11:17 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

PAU 2012 hanya seperti pesta Glee.

Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya.

Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini.

yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja.

Mampuih lah KJ kali ini.

Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia.

Bila saya lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh dunia.

Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO.

Hidup UMNO! Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan Allah pun ahli UMNO!

Tahun hadapan Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh.

Sebaik sahaja tamat ucapan memekik dan melolong, rakan saya dari UMNO talipon saya bertanyakan apa sudah jadi dengan presiden UMNO. Saya kata entah sebab saya tidak mendengar ucapan. Seperti yang lazim, saya lebih suka membaca yang bertulis. Pembacaan bahan yang bertulis mengelak kita daripada terpengaruh dengan penggayaan pengucapan Najib.

Saya bertanya- awak bekalkan sapu tangan atau tidak? Kertas tissue? Nanti presiden UMNO nak sapu mulut, takde apa2 bahan. Jaga2 kamu- kalau dia sapu mulut dengan tangan, kalau bersalam dengan dia, segeralah basuh dengan Dettol atau disinfectant. Air lir pembawa penyakit tahu.

Apa yang baru yang dibawa oleh Najib? Ini semua wine dalam botol baru. Bertahun tahun lama UMNO membantai pihak parti lawan. Dalam PAU mau bantai lagi? Muktamar PAS tidak ada masa pun membicarakan mengenai UMNO. PAU- semua sessi perhimpunan berkisar kepada pembantaian parti lawan. Itu maknanya, UMNO sudah kehilangan punca seperti juga Presiden nya yang tidak tahu bagaimana melepaskan UMNO dari jeratan tali disekeliling leher yang makin mengetat.

Apa yang kita harap dari seorang PM dan menteri kewangan yang tidak berani mempertahankan bajet yang dia sendiri bentangkan? Rakan2 dalam UMNO pun ramai yang menyampah dan meluat bila Najib sekian hari bunyi lebih dari seorang ustaz sedangkan memberi contoh najis mughallazah pun dia tidak tahu? Apa lah yang diharapkan daripada presiden UMNO oleh orang Melayu untuk membela Islam bila Islam dipermainkan dan dipersendakan, dia hanya tersenyum dan beri lagi upah RM30juta kepada Soi Lek?

Mari kita beritahu Najib al wasatiyah bahawa kebenaran bukan diukur dengan kuat jeritan kamu. Ucapan presiden UMNO tidak ada kesan kerana ianya pengucapan yang diperdengarkan kepada geng sendiri yang terdiri dari penyamun perompak, dan penyundal.

80% penduduk dari 29 juta rakyat Malaysia adalah dibawah umur 45 tahun, yang memandang masa depan yang gelap jika UMNO terus memerintah. Najib janganlah cakap besar seolah olah pemajuan negara ini hanya boleh dilakukan oleh UMNO. Cerdik mana sangatlah pimpinan UMNO? kecuali ahli UMNO sememangnya pekak, buta dan bisu- rakyat sudah melihat prestasi dan pencapaian negeri2 yang ditabir oleh Pakatan jauh lebih baik dari bagaimana pemimpin UMNO mentadir negeri masing2.

Semenjak dia ambl alih pentadbiran negara dari Paklah, hutang kerajaan federal meningkat dari RM230bn kepada RM502bn yakni, 2 kali ganda lebih!. Najib akan diingati sebagai PM yang paling boros. Dari 2008-2011, ubahsuai, penyelenggaraan rumah rasmi PM ialah RM7juta. Bil letrik sahaja RM10juta. Bil air sebanyak RM1.9juta. Najib bergentayangan seantero dunia dengan jet milik kerajaan menelan belanja RM17 juta. Inilah dia transformasi yang selalu disebut oleh Najib.

Setelah 55 tahun, 40% rakyat negara ini mempunyai pendapatan RM1500 sebulan yakni tahap miskin. Tahap kelayakan untuk dapat BR1M pun sudah RM3000. Dari 40% itu, 70% atau 8.5 juta adalah orang Melayu yang Najib omong kosong mahu memajukan.

Jika RM3000 dianggap tahap kurang pendapatan dan layak dapat BR1M, maka RM 1500 apa dia? 70% daripada 40% yang miskin ini ialah orang Melayu. Setelah 55 tahun merdeka, dan 66 tahun usia UMNO, jurang kekayaan paling terbesar ialah dikalangan orang Melayu. Apa yang Najib cakapkan?

Apa yang dilakukan oleh UMNO selama 55 tahun memerintah? Kamu parti Melayu tapi jurang kekayaan dikalangan orang Melayu paling besar? Ini bermakna, kepentingan yang kamu perjuangkan terutama semenjak 1981, ialah kepentingan penindas dan kepentingan tuan tanah kedawong.

Kita akan sambung membahas pengucapan yang penuh dengan kelentong, takabbur dan sombong. Tapi itulah UMNO. Parti penyamun, lanun dan penyundal. -sakmongkol

Taman Rekreasi Piasau Perlu Diubahsuai

Posted: 03 Dec 2012 09:24 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

 MIRI - Piasau Jaya atau lebih dikenali sebagai Piasau Link merupakan
kawasan perumahan rakyat yang sudah dibina khas untuk Bumiputera
berpuluh tahun yang lalu. Di situ terdapat sebuah bangunan kedai untuk
peniaga Melayu menjalankan perniagaan. Di hadapan kedai terdapat
sebuah taman rekreasi untuk penduduk perumahan bersantai.

Baru-baru ini kita mendapat aduan dari penduduk di situ mengatakan
bahwa taman rekreasi tersebut sepatutnya dibina untuk bersantai tapi
sayangnya kawasan tersebut terbiar begitu saja tanpa sebarang
penyelenggaraan. Walaupun bersebelahannya terdapat sebuah gelanggang
futsal tetapi taman rekreasi yang berhampiran dengan kedai agak
terbiar.

Kawasan tempat duduk agar kotor dan becak dengan air bertakung apabila
musim hujan dan kawasan parkir juga terhad. Setakat ini jarang sekali
melihat orang ramai bersantai dalam taman tersebut kecuali nyamuk dan
serangga.

Menurut pengadu lagi, mereka telah dijanji oleh setiausaha politik
Datuk Peter Chin yang kawasan itu akan dijadikan kawasan persekitaran
hijau dan taman rekreasi, tetapi malangnya kawasan yang sepatutnya
menjadi tempat orang bersantai dan juga tempat berniaga telah bertukar
menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Air bertakung dan juga tiada
penyelenggaraan yang baik menyebabkan orang ramai tidak ingin hendak
bersantai di kawasan itu kerana kawasan tanahnya kotor terutama sekali
selepas hujan.

Begitu juga dengan tong sampah besar yang penuh dengan sampah diletak
di tepi jalan masuk kedai di situ juga tidak sesuai dan tidak elok
dipandang oleh para pengunjung.  Sepatutnya tong sampah tersebut
diletak di kawasan yang sesuai untuk pembuangan sampah bukannya
diletakkan dihadapan jalan masuk taman itu. Ianya akan nampak terlalu
kotor apabila terlalu banyak sampah dibuang disitu sekiranya pihak
yang berkenaan lambat untuk mengutip sampah tersebut.

Kita mencadangkan agar tapak tempat duduk di kawasan taman itu perlu
diubahsuai sepenuhnya, agar ianya sesuai untuk para pengunjung
bersantai. Begitu juga perlu ada tapak untuk berniaga dan kawasan
parkir juga perlu ditambah.

Untuk mencantikkan lagi taman itu, tapak untuk berjalan kaki dan
tempat duduk perlu ada lantai semen, agar ianya tidak kotor terutama
sekali selepas waktu hujan.

Apabila taman rekreasi nampak cantik maka pengunjung pun suka
bersantai sambil menikmati udara segar dibawah pohon yang rendang.
Disamping itu para peniaga juga mendapat hasil dari para pengunjung
dan ini akan menambahkan pendapatan para peniaga di situ. Secara tidak
langsung ini akan menaikkan imej kawasan perumahan Piasau dan juga
bandaraya Miri sebagai pusat pelancongan.

Kerjasama dengan pihak MBM dan  juga  pihak yang berkenaan amat
dihargai, kita ingin melihat kawasan perumahan  serta bandaraya Miri
nampak cantik dan sesuai sekali dengan gelaran pusat bandaraya
pelancongan. Kebersihan dan kesihatan penduduk adalah tanggungjawab
kita bersama tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

BERSAMA MEMERANGI YAHUDI

Posted: 03 Dec 2012 09:20 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

 
خطبه جمعة

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

يَـٰبَنِىٓ إِسْرَ‌ٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ ﴿٤٧﴾ وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٤٨﴾

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

       سيدغ جمعة سكلين،
       ففراغن انتارا اومة اسلام دفلسطين دان اورغ-اورغ يهودي اداله ساتو ففراغن يغ امت لاما ملبيهي ليم فولوه تاهون. نامون سهيغضا كهاري اين اومة اسلام فلسطين مغهدافي تكانن دمي تكانن يغ امت مثديهكن تنفا ادا أوسها يغ بنر-بنر بركسن درفد نضارا-نضارا اسلام. والوفون اومة اسلام سبنرث امت جاوه لبيه رامي درفد يهودي نامون بيلاغن يغ باثق سهاج تيدق خوكوف اونتوق مغالهكن مريك. بهكن اونتوق مناكوتكن مريك سهاجا فون كيت تيدق براوفاي. انيله كثتأن يغ ادا دهدافن كيت، سوك تيدق سوك كيت ترفقسا مغاكوءيث.

سيدغ جمعة سكلين،
 سبنرن بغسا يهودي بوكنله ساتو بغسا يغ بوليه داجق بردامي. سجاره يغ فنجغ سمنجق برسام نبي محمد (ص) يغ موليا ايت تله ممبوقتيكن بهوا مريك ممغ سوك مموغكيري جنجي. فريستيوا فغفوغن ترهادف يهودي بَنِيْ  نَضِيْر دان بَنِيْ قَيْنُوْقَاع دمدينة مروفاكن بوقتي يغ امت ثات دمان كالو دغن رسول الله صلى الله عليه وسلم سنديري فون مريك بوليه مموغكيريث مك افاكه يغ ماهو دهارفكن دغن ضنخاتن سنجات يغ دبوات تتكالا مريكا مثداري كماراهن دنيا سماكين ممبواق-بواق. مريك هاث برجنجي كتيك مريك لمه. ضنخاتن سنجات هاث برلاكو افبيلا مريك همفير كاله. سباليقث افبيلا مريك ممفوثإي كقواتن مريك اكن كمبالي ممراغي كيت دمان سهاج مريك برادا. الله منجلسكن دالم سورة المُمْتَحَنَة اية 2:
إِن يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا۟ لَكُمْ أَعْدَآءًۭ وَيَبْسُطُوٓا۟ إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُم بِٱلسُّوٓءِ وَوَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ ﴿٢﴾
ارتيث :
جك مريك دافت منغكف كامو مريك اكن منجاديكن كامو موسوه-موسوه كامو دان ملفسكن تاغن دان ليده مريك كفدامو دغن مثاكيتيمو دان برخيتا-خيتا سفاي كامو منجادي كافير.

سيدغ جمعة سكلين،
       الشهيد سيد قطب رحمم اللهدالم تفسيرثفي ظلال القران مثبوت مغناي طبيعة سبنر بغسا يهودي يغ امت كتارا يأيت :
طبيعة كفور،  تيدق مغنغ كبإيقكن،  فمنتيغن ديري يغ سمفيت دان هيدوف دالم فناتيك فرقومان يغ تبل.
مريك مراس بهوا ستياف كبإيقكن يغ دخافي اوليه اورغ لاين سلأين مريك اداله بوليه دان فاتوت دفوتوغ دان درمفس درفد مريك. مريك تيدق ممفوثإي فراسأن بهوا مريك ترجالين دغن هوبوغن إنسانية يغ اضوغ يغ مغيكت سلوروه أومت مأنسي. دمكينله كأدأن مريك سلاما-لاماث دان مريك اكن تروس هيدوف دالم فغاسيغن دان فمنخيلن ديري. مريك مراس ديري مريك سباضاي ساتو داهن يغ ترفوتوغ درفد فوكوء. مريك منوغضو-نوغضو اومة مأنسي لأين دتيمفا بنخان دان مالا فتاك سرت مريك مناروه دندم كسومت ترهادف قوم-قوم لأين. مريك مندريتا عقيبة حسد دغكي مريك سنديري. مريك ممبوات أومة-أومة لأين مراس كسن حسد دغكي مريك دالم بنتوق فتنة دان هورو هارا يغ دختوسكن اوليه مريك انتارا ستغه بغسا دغن ستغه بغسا يغ لأين. مريك مثالاكن افي ففراغن أونتوق منغضوق دأير كروه دان ممواسكن دندم كسومت مريك يغ تيدق فرنه فادم. جوض دالم بنتوق كموسنهن يغ دلاكوكن كأتس قوم-قوم يغ لأين دسمفيغ قوم=قوم لأين يغ برتيندق بالس ترهادف مريك. سموا كجهاتن دان اغكارا اين اداله تربيت داري طبيعة فمنتيغن ديري مريك.

سيدغ جمعة سكلين،
       سبنرث يهودي تيدق ممفوثإي كقواتن داري مان-مان سودوت. كقواتن مريك هاثاله فغضنتوغن مريك كفد أمريك (Amerika). مالغث همفير سموا نضارا اسلام ترلالو بركنتوغ كفد أمريك. اين كران كجيأن مريك ممخهبلهكن كيت مغيكوت فهامن ماسيغ-ماسيغ. نضارا عرب دفجهكن دغن خارا ممبنتو سبهاضين فميمفين مرمفس كواس درفد راج يغ ممرينته. باضي راج يغ ماهو مغيكوت تلونجوق مريك اكن دفرتاهنكن. آخير نضارا عرب باضايكن هيلغ كفرخيأن دان برفرغ سسام سنديري.

سيدغ جمعة سكلين،
كيت واجب برجهاد ممفرتاهنكن بيت المقديس والوفون سلوروه بغسا عرب برستوجو مثرهكنث كفد يهودي. يغ منجادي اساس دان حقيقة فرتاروغن اين اداله عقيدة. بوقتيكنله كإيمانن كيت دغن ممراغي مريك مغيكوت كممفوان دان كماهيران يغ كيت ادا.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
 
khutbah jumaat/-

Penemuan Gas Terbaru Sarawak: Wajar Royalti Sarawak Ditingkatkan 20%

Posted: 03 Dec 2012 08:51 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Sarawak bersyukur dengan penemuan terbaru simpanan
gas (gas reserve) di perairan Miri oleh PETRONAS baru-baru ini.

Penemuan gas di  lapangan Kuang Utara dan Tukau Timur ini dianggarkan
mempunyai simpanan gas sebanyak 4.4 TSCF (trillion standard cubic
feet). Penemuan terbaru ini menunjukkan Sarawak ialah negeri yang kaya
dengan hasil asli terutama hasil minyak dan gas.

Hasil gas  ini hendaklah dimanfaatkan untuk kemajuaan dan
kesejahteraan rakyat Sarawak, sesuai dengan tuntutan Islam untuk
sesuatu hasil hendaklah dibelanjakan untuk negeri tersebut sebelum
dipindahkan kepada kerajaan pusat. Fokus utama hendaklah diberikan
kepada pembangunan infrastruktur asas seperti lebuhraya, kemudahan air
bersih dan elektrik di seluruh Sarawak serta program-program
mensifarkan kemiskinan di kalangan rakyat Sarawak. 

Kami menganggarkan
pendapatan sebanyak RM43 billion sepanjang operasi pengeluaran gas
daripada dua lapangan ini. Dengan menganggarkan operasi pengeluaran
selama 20 tahun, hasil tahunan daripada penemuan terbaru ini ialah
RM2.16 billion setahun. Kami meneruskan tuntutan 20% royalti daripada
hasil pendapatan tersebut yang dianggarkan RM430 juta setahun bermula
daripada tahun pengeluaran pertama.

Dengan jumlah royalti tahunan sebesar ini, kemiskinan di Sarawak
dengan kadar 5.3% mampu disifarkan sepenuhnya hanya dalam masa
setahun. Dalam masa yang sama, sekiranya keseluruhan hasil daripada
20% royalti gas ini dijumlahkan untuk 20 tahun operasinya, kerajaan
negeri akan memperoleh hampir RM 9.0 bilion yang dianggarkan mampu
membina sekitar 60,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat Sarawak
yang memerlukan.

Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah sedar bahawa hasil minyak dan gas
Sarawak ialah milik rakyat Sarawak dan hendaklah dikembalikan kepada
rakyat Sarawak. Hasil royalti 20% selaras dengan tuntutan NGO R dan
Pakatan Rakyat ini hendaklah disokong oleh kerajaan negeri demi
kesejahteraan rakyat Sarawak. Janganlah berslogan juara rakyat tetapi
tidak mahu membela nasib rakyat sendiri.

pas sarawak/-

105 dipaksa makan kertas

Posted: 03 Dec 2012 08:26 PM PST



20 Muharram 1433H. [MOD] -
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PELABUHAN KLANG: Seramai 105 wanita warga asing bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Baru Klang, di sini.

Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi pembantu rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji selepas berkhidmat sejak enam bulan lalu dengan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di Malaysia.

Mereka yang terdiri daripada 95 warga Indonesia dan masing-masing enam dan empat warga Filipina itu, diselamatkan dalam Ops Khas 6P Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, serbuan jam 7.45 pagi itu mendapati semua wanita terbabit dikurung di tingkat tiga dan empat premis syarikat agensi pembantu rumah berkenaan.

Beliau berkata, wanita terbabit turut mendakwa dikasari selain makanan dicatu agensi berkenaan dan ada antara mereka yang dipaksa makan kertas surat khabar setiap kali cuba melawan atau menuntut hak mereka.
"Setiap pagi, agensi ini akan menghantar mangsa dengan van ke rumah dan pejabat di Klang untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang cuci dengan pendapatan RM700 sebulan.

"Mereka dikurung di beberapa bilik di premis berkenaan sebaik pulang dari tempat kerja dan tidak dibenarkan keluar bagi mengelak kegiatan ini dihidu pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, 
semalam. Amran berkata, siasatan mendapati, semua mangsa masuk ke Malaysia sejak sebulan hingga enam bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum ditempatkan di premis agensi pembantu rumah itu.

Dalam operasi itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan dan masing-masing lima dan tiga warga Indonesia Kemboja yang berusia 30 hingga 50 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Amran berkata, 
pihaknya kini mengesan seorang lelaki tempatan iaitu pemilik agensi pembantu rumah terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, agensi berlesen itu beroperasi sejak lima tahun lalu, tetapi didapati melakukan kesalahan kerana semua wanita yang diambil bekerja itu hanya memiliki pas lawatan sosial bukan permit bekerja sah.
"Semua wanita terbabit dibawa ke rumah perlindungan di Bukit Ledang, Damansara untuk perlindungan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 44(1), Akta Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), manakala lelaki dan wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan jika disabitkan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda," katanya.

Sementara itu, seorang daripada wanita terbabit, Adinda Tanas, 20, mendakwa sejak bekerja dengan agensi itu Mei lalu, dia tidak pernah menerima gaji.

Harian Metro

Ke mana sistem kewangan Islam di Malaysia?

Posted: 03 Dec 2012 08:18 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2012 (APKI), telah pun dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Terdahulu Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) diluluskan utuk menggantikan BAFIA, Akta Kawalan Pertukaran Asing, Akta Insuran dan Akta Sistem Pembayaran.

APKI pula untuk menggantikan Akta Perbankan Islam dan Akta Takaful. Kedua-dua akta yang dimansuhkan ini akan diletakkan di bawah akta baru ini.

Tujuan pengenalan akta-akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah antara negara ummat Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarusperdanakan Kewangan Islam.

Usaha-usaha perintis tentunya merujuk seawal penubuhan institusi Tabung Haji dalam tahun 1969, seterusnya penubuhan Bank Islam pertama pada tahun 1983 sehingga terkini cadangan menubuhkan Mega Bank Islam.

Kemelut kewangan antarabangsa mutakhir ini, khasnya kemelut kewangan di Amerika, krisis zon Euro yang menyaksikan Greece, dan terkini Itali dan Sepanyol juga di ambang kebankrapan, meletakkan Kewangan Islam kembali mendapat perhatian.

Sebut-sebutan bahawa Kewangan Islam mampu mengambil alih dan diarusperdanakan menjadi teras kewangan antarabangsa sudah tidak lagi menjadi rahsia dan ditakuti masyarakat antarabangsa.

Pun begitu malangnya, Kewangan Islam belum lagi difahami betul-betul oleh ummat Islam sendiri.

Lebih malang kalau penganjur dan penaja Kewangan Islam sendiri masih belum berpuashati tentang kefahamannya oleh pihak penguasa politik dan pemerintah.

Kegagalan menghayati tasawur dan tujuannya, meletakkan 'Maqasid (Matlamat) Kewangan Islam' ini tidak mampu dicapai. Penulisan ini dibuat bertujuan memaparkan aspek ini.

Umumnya Kewangan Islam difahami sebagai satu 'industri berorientasi pencegahan' atau 'prohibition-oriented industry'.

Kewangan Islam lazimnya diertikan dengan mencegah Riba, Gharar (Penipuan) dan Masyir (spekulasi) dalam transaksi serta kontrak dan mengelakkan dari terlibat dalam pelaburan serta pembiayaan sektor dan perniagaan 'haram'.

Lebih khususnya lagi, sisi-sisi pandang mengikut kerjaya dan pengkhususan juga turut mewarnai kefahaman dan persepsi tentang Kewangan Islam.

Seorang pengamal undang-undang, seorang ahli ekonomi, seorang 'regulator' dan seorang penasihat Syari'ah punya perspektif masing-masing.

Justeru amat mustahak untuk ummat ditegaskan kembali 'Apa itu Kewangan Islam'? Lebih penting,'Bagaimanakah Kewangan Islam seharusnya berperanan membangunkan ummat dan negara'?

Penulis juga akhirnya akan memaparkan bagaimana, dalam usaha penguasa dan pemerintah menaja Kewangan Islam, amalan tadbir-urus dalam negara tampak semakin mengalami percanggahan dengan prinsip-prinsip Syari'ah dan tadbir-urus Islam dengan laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan pelbagai skandal kewangan.

Wajar ditegaskan Kewangan Islam bukan hanya untuk mengelakkan muamalat atau transaksi pengurusan perniagaan yang bebas unsur-unsur riba, gharar dan spekulasi.

Sudah sampai waktunya Kewangan Islam ini kembali diletakkan berperanan untuk sentiasa mencapai 'Maqasid Syari'ah' itu sendiri khasnya 'Pemeliharaan Harta' atau Hifzul Maal.

Malah lebih fundamental dan luas dari itu Kewangan Islam mesti juga diletakkan berperanan dalam kerangka untuk mencapai 'Maqasid Syariah'atau Matlamat-Matlamat Syariah yang lebih luas yakni 'Keadilan (Justice), Kemakmuran (Prosperity) dan Kelestarian (Sustainability).

Sudah sampai waktunya satu 'penilaian kritikal' dibuat terhadap matlamat yang seharusnya dicapai oleh perlaksanaan Kewangan Islam ini di segi kayu ukur kemakmuran rakyat dan tadbir-urus yang menjadi lebih bersih, beretika, bebas rasuah serta salahguna kuasa.

Syariat Islam terbahagi kepada dua jenis hukum hakam yang bersifat Kekal (Thawabit) dan Berubah (Mutaghyyirat).  Muamalat tergolong dalam hal perkara yang bersifat "Mutaghayyirat".

Meniliti perkembangan Kewangan Islam menyerlahkan betapa Syariat Islam itu adalah sangat  anjal (flexible) dan berdaya-maju (dyamics).

Dengan gandingan pelbagai pihak serta penubuhan beberapa badan penting terkini seperti MIFC (Malaysian International Islamic Financial Cetre), ISRA (BNM), ASAS (Association of Syariah Advisors), pacuan pengembangan Kewangan Islam terus diterokai.

Ini mengizinkan pembangunan produk-produk kewangan Islam secara inovatif dan agresif dalam dekad-dekad mutakhir.

Pengukuhan amalan perbankan, pasaran kewangan dan pelaburan Islam berlaku ketika wujudnya pelbagai produk yang mampu memenuhi pelbagai keperluan instrumen pelaburan dan kecairan (liquidity).

Permintaan yang meluas serta produk yang diterima di peringkat global dengan peraturan yang kukuh juga turut menstabilkan pasaran keseluruhannya.

Justeru, perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan adalah sangat pesat samada dalam produk  sector perbankan,insuran, pasaran saham, pasaran wang termasuk terkini derivatif  yang "Patuh-Syariah" atau "Syariah-Compliant".

Pun begitu, kelangsungan perkembangan kewangan Islam terkekang dengan pelbagai faktor. Antara yang menghalang kepesatannya ialah kewujudan modal insan yang terlatih dan berkepakaran – skilled human capital.

Penjanaan produk baru adalah satu usaha menuntut sumber yang lebih besar dari kewangan konvensional. Adalah diakui pelbagai pihak pengamal Kewangan Islam sendiri, bahawa ketika Institusi Perbankan Islam (IPI) ini terpaksa juga menggunakan pakar institusi perbankan kovensional, produk-produk yang terhasil tidak dapat tidak adalah sebahagian besarnya 'Syariah-Compliant' dan bukan sebenar-benarnya produk Syariah.

Ini membawa kita kepada contoh produk Sukuk Bai' Bithaman Ajil (BBA) yang diizinkan oleh Majlis Penasihat Syariah atau Syariah Advisory Council (SAC), Bank Negara Malaysia.

Namun Sukuk BBA ini adalah tidak diterima dan tidak diluluskan (prohibited) oleh badan "Accounting and Auditing Organisation for Islamic Finance Istitutions (AAOIFI) justeru kerana 'aqadnya'.

Badan ini mengenalpasti bahawa 'Aqad' atau 'Contract' yang melandasi Sukuk BBA itu adalah aqad "Bai Al-Inah" yang sifat kewangannya ialah "Ribawi" atau 'riba-based financing'.

Pembelian semula asset oleh cotohnya pihak mudharib semasa matang sukuk tersebut pada harga nominal, mengandungi unsur ribawi.

Amat mustahak bagi pengamal Kewangan Islam, berbeza dengan kewangan konvensional, yang mesti meletakkan pelbagai langkah-langkah kawalan dan pemantauan supaya ia tidak terdedah kepada salah-laku mereka yang mahu memanipulasi pasaran kewangan dan sebagainya.

Ini membawa kepada topik yang terakhir dalam penulisan ringkas ini.

Sesungguhnya, Kewangan Islam adalah satu juzuk penting dalam mengatursusun kehidupan ummat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.Kewangan Islam juga berpaksikan nilai moral Islam yang tinggi sebagai 'Moral Compass' yang bertanggungjawab membenteras segala tabiat yang curang dan khianat.

Penghayatan Etika yang murni ini akan dapat menangani amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan, pembolotan kekayaan di kalangan segelintir manusia rakus dengan cara monopoli, kronisme dan pengepungan (kartel) dan pengherotan pasaran.

Wajar bagi ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya, membuat penilaian secara kritis, ikhlas, terbuka dan berani, supaya tadbir-urus kewangan dan pembangunan ekonomi di negara dilakukan dalam etika dan semangat ruh syariat Islam.

Ataukah sebaliknya, sementara kita ghairah memacu pengembangan amalan Kewangan Islam, negara ini semakin tercabar kewibawaan dan integritinya kerana kebejatanrasuah dan salah guna kuasa yang endemik atau semacam tidak dapat dibendung lagi.

Kejatuhan kedudukan dalam 'Indeks Persepsi Rasuah' (CPI) negara di peringkat antarabangsa adalah petanda buruk bagi kita.

Hakikat wujudnya kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar dan pembolotan kekayaan negara yang juga semakin terserlah, mengesahkan bahawa Matlamat murni Kewangan Islam danEkonomi Islam itu masih jauh untuk direalisasi dan didayakan.

Jangan hanya sukuk atau bon yang diterbitkan sahaja 'komplian-syariah' atau Patuhi Syariah, tetapi amalan dan tadbri-urusnya bobrok dan melanggari good-governance atau tadbir-urus Syariah seumpama yang mencetuskan skandal kes PKFZ dan berhubung kegagalan pengurusan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia di Batu Maung oleh Malaysia International Tuna Port Sdn Bhd dan Bindforce Sdn Bhd.

Selama skandal NFC menjadi 'lambang penularan tadbir-urus buruk' yang dilakukan oleh golongan yang memilikki kuasadan PKFZ sebagai mercu-tanda keberanian 'perkongsian rompakan pihak penguasa politik pemerintah', maka cita-cita Matlamat Kewangan Islam untuk membangunkan negara dan rakyat yang makmur dan sejahtera akan terus dicabar dan tersudut.


* Dr Dzulkefly Ahmad adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

Suka hutang tapi malas bayar

Posted: 03 Dec 2012 07:54 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.
Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang. 

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

"Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

"Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.
"Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

S'gor teliti senarai calon ganti datuk bandar MBPJ

Posted: 03 Dec 2012 07:52 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor kini dalam proses meneliti beberapa nama bagi menggantikan tempat Datuk Mohamad Roslan Sakiman sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya yang baru.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau telah menerima beberapa nama calon dan sedang dalam penilaian sebelum diumumkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Kerajaan Negeri akan mula menentukan siapakah calon yang layak untuk menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum hujung tahun ini.

"Menteri Besar telah diberi beberapa cadangan yang masih dalam pemerhatian," katanya dalam sidang media semalam.

Isu datuk bandar MBPJ sebelum ini timbul ekoran arahan tergesa-gesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengarahkan Mohamad Roslan bertukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pusat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa 1 Okt lalu.

Bagaimanapun, arahan itu ditarik semula dan Mohamad Roslan dikekalkan sebagai Datuk Bandar MBPJ kerana jawatan berkenaan adalah statutori yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Ianya didakwa bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar, di mana Datuk Bandar dilantik mengikut prosedur di bawah undang-undang.

harakah/-

Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat

Posted: 03 Dec 2012 07:23 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama


Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion Bukti Najib ‘Pandai’ Ekonomi

Posted: 03 Dec 2012 07:21 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -


Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

"Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion.

Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah," katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

"Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang.

Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?" soalnya disambut sorakan 'Anwar' oleh rakyat.

"Kemudian 1998, saya masuk istana hinggap (penjara) di Sungai Buloh. Lepas itu Daim Zainuddin, Mahathir, Pak Lah dan kemudian Najib yang ambil alih. Sepanjang (tempoh) itu hutang tak pernah menurun," kata Anwar sambil menjelaskan ia bukan untuk mendabik dada tapi perlu dibuktikan dengan angka.

Malah Ketua Pembangkang menyifatkan Najib sebagai sombong kerana mengangkat diri orang paling pandai, hakikatnya hanya bijak berhutang.

Katanya, berhutang tiada masalah asalkan ada hasil untuk pembangunan dan kesenangan rakyat.

"Ini hutang banyak-banyak, tapi apa hasil pun tak nampak. Saya nak tanya orang Pasir Salak, apa pembangunan yang kamu dapat? Jalan raya pun teruk," katanya.

"Fikirlah baik-baik dan bawa perubahan pada negara sebab ini wang kita," kata Anwar.

kelab grennboc/-

Dasar si tua kutuk

Posted: 03 Dec 2012 07:10 PM PST

Dasar si tua kutuk20 Muharram 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA: Atas prinsip yang bersalah wajib dihukum, seorang wanita dengan berat hati membuat laporan polis ke atas bapanya selepas lelaki itu mencabul dua cucu kembarnya yang berusia 13 tahun.

Wanita terbabit yang berusia 37 tahun hilang sabar apabila bapanya yang berusia 78 tahun beberapa kali melakukan perbuatan menjijikkan itu di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, sejak November lalu.

Sumber polis berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, jam 2 petang, 
kelmarin selepas kedua-dua mangsa yang juga anak saudaranya menceritakan perbuatan aib datuk mereka.

Menurutnya, dua beradik kembar perempuan itu tinggal bersama datuk dan nenek mereka yang berusia 78 tahun sejak kecil selepas ibu dan bapa mereka bercerai hampir 10 tahun lalu.

"Bapa kembar itu kini menjalani hukuman penjara manakala ibu mereka bekerja di utara tanah air. Mengikut laporan, mangsa memberitahu mula dicabul datuk mereka sejak awal November lalu.

metro/-

Merahnya muka Najib!

Posted: 03 Dec 2012 06:59 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

Tiga individu yang "memerahkan" wajah pimpinan tertinggi UMNO sepanjang Perhimpunan "Perpisahan" Agung UMNO baru-baru ini.

Mereka bertiga adalah Deepak Jaikishan, mantan IGP Tan Sri Musa Hasan dan Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin.

Serangan Deepak ke atas Najib dan Rosmah amatlah mengejutkan pasangan suami isteri itu. Dulu kawan dan rakan perniagaan, kini Deepak semacam "musuh" yang mengancam seperti Bala. Bahkan mengaitkan nama Rosmah sekali.

Najib mengharapkan Menteri Tenteranya Zahid Hamidi untuk membelanya. Tapi malangnya Zahid seperti "mengkhianati" janjinya untuk membela Najib dalam ucapan penggulungannya. Tiada sepatahpun Zahid ucapkan untuk membela Najib. Menggulangi pengkhianatan Zahid semasa PAU 1998 yang menghentam Mahathir atas isu kroni.

Serangan Deepak baru sekadar mukaddimah. Barangkali Deepak ada baki 1001 biji "peluru" lagi untuk dihamburkan ke atas Najib dan Rosmah.

Sepupu Najib juga tidak berkecuali. Menteri Polis Hishammuddin Hussien kini menghadapi serangan dari bekas "kulinya" sendiri, mantan IGP Musa Hasan. Musa yang menghadapi serangan dari bekas "kulinya" Datuk Ramli Yusof semasa ucapan perpisahannya di Bukit Aman tempoh hari kini menghalakan "pistol"nya ke arah Hishammuddin.

Hingga kini Hishammuddin membisu seribu bahasa. Agak menghairankan Musa yang terkenal dengan "kesetiaan bertaraf barua" terhadap UMNO, tiba-tiba berpaling tadah menyerang tuannya sendiri. Jarang kita mendengar anjing polis K9 menyerang anggota yang menjaganya.

Kes Deepak dan Musa adalah satu fenomena biasa dalam politik lanun UMNO. Apabila kepentingan pangkat, kuasa dan ekonomi menjadi rebutan maka terbongkarlah segala rahsia dan skandal.

Barangkali ada 1001 orang lagi bekas-bekas kroni dan barua UMNO menunggu giliran membongkarkan kebejatan UMNO. Ini menunjukkan jumlah kroni UMNO semakin mengecil untuk membolot projek yang berskala juta dan bilion. Ini mengakibatkan kroni bertaraf "kecil-kecilan" semakin terpinggir.

Dan akhir sekali kemasukan Datuk Rahman dalam PAS menampakkan keyakinan tokoh koporat dan ahli perniagaan Melayu kepada ketelusan PAS dan bencian terhadap perangai UMNO yang mengutamakan kroni dan anak beranak yang mana budaya ini dijuarai oleh Mahathir dan diwarisi oleh Najib.
 
harakah/-

Filipina negara yahudi berikutnya di Asia Tenggara?

Posted: 03 Dec 2012 06:57 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -



Selepas pungutan suara berkaitan status Palestin yang dilakukan oleh PBB di New York minggu lalu, ratusan rakyat Filipina mengadakan perarakan di Manila bagi menyokong Israel.

Jumlah mereka dianggarkan 300 hingga 400 orang dan berkumpul di kawasan perniagaan. Beberapa orang di antaranya membawa bendera Israel, belon putih biru, pembesar suara dan menetapkan lagu dalam bahasa Ibrani, dan bahkan beberapa shofarot(alat muzik yahudi laknatullah).
shofarot
Mereka diikuti dengan konvoi berjumlah 50 hingga 60 buah kereta dengan membawa kain rentang bertulis "Berdirilah dengan Israel, sekarang dan akan datang". Slogan ini sama pada tahun 1947 ketika Filipina menjadi negara Asia pertama yang menyokong penubuhan bangsa Yahudi di Palestin.
Bendera rejim laknatullah bersebelahan dengan bendera Filipina berada berhempiran dengan Laut Mati

Perarakan ini diadakan oleh segelintir organisasi Kristian yang pro-yahudi zionais laknatullah. Mereka menyokong Israel dengan pelbagai cara sepanjang tahun ini dengan acara doa, perjumpaan gereja hari minggu, derma, dan perarakan secara tahunan.
Barua yahudi laknatullah di Asia Tenggara
Mereka berkumpul di taman nasional dengan menyanyikan lagu kebanggan Israel "hatikva" dan meniup shofars.

harakah/

Perancis, Britain panggil duta Israel

Posted: 03 Dec 2012 06:54 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -




PARIS - Perancis dan Britain memanggil duta Israel semalam ketika tekanan diplomatik ke atas Israel terus meningkat berhubung rancangannya untuk membina 3,000 kediaman peneroka haram Yahudi di timur Baitulmuqaddis dan Tebing Barat, Palestin.

Jerman dan Rusia turut melahirkan kebimbangan berhubung rancangan Israel itu yang disifatkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan memusnahkan pelan damai Asia Barat.

Israel berdepan gelombang bantahan diplomatik selepas cadangan pembinaan tersebut ditimbulkan pada Jumaat lalu bagi membalas pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB oleh badan dunia itu.

Sebahagian projek penempatan itu akan didirikan di koridor tanah di timur Baitulmuqaddis yang dinamakan E1 yang mana penempatan haram baharu Yahudi akan memisahkan Tebing Barat kepada dua bahagian.
Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot berkata, Duta Israel, Yossi Gal dipanggil agar Perancis dapat menyatakan kebimbangan serius berhubung projek penempatan tersebut.

"Pembinaan di kawasan E1 akan menjejaskan penyelesaian dua negara (Israel-Palestin) dengan meminggirkan Baitulmuqaddis dari Tebing Barat sekali gus mengancam wilayah dan masa depan penduduk Palestin," kata Lalliot.

"Kami kesal dengan keputusan pemerintah Israel untuk membina 3,000 unit rumah baharu dan meneruskan pembangunan di kawasan E1 yang sebelum ini dibekukan," kata Jabatan Luar Britain.

Amerika Syarikat dan Belgium turut melahirkan kebimbangan berhubung penempatan Yahudi tersebut dengan Ki-moon memberi amaran bahawa projek berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan