Secara amnya, rakyat Malaysia cukup kenal siapa DAP, PKR dan PAS. Namun, jika kita  merasakan yang kita sudah cukup mengenali DAP melalui deskripsi di atas  maka, ia agak kurang tepat.
 
DAP sudah begitu sinonim  dengan sikap rasis, chauvinis, kiasu dan memusuhi Islam-Melayu. DAP juga  tidak pernah berselindung mengenai agenda mereka untuk menghapuskan  Institusi Raja-raja Melayu di mana secara terbuka menolak sebarang  darjah kebesaran dari Institusi tersebut. Tindakan itu kita ambil  sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi negara  ini.
Ini kerana, terdapat satu perkara lagi mengenai  DAP yang mana ramai di kalangan masyarakat Malaysia, khasnya orang-orang  Melayu masih belum arif atau sedar iaitu mengenai agenda  Kristianisasinya.
Yang lebih arif mengenai agenda Kristianisasi DAP ini adalah dari kalangan kaum Cina. Kita lihat bagaimana ceramah-ceramah DAP di hadapan kaum Cina sering meletakkan garis pemisah jelas antara 'orang Melayu-Islam' dan 'orang bukan Melayu dan bukan Islam' dan kemudian menyeru agar 'bukan Melayu dan bukan Islam' agar  bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang 'Melayu-Islam' (UMNO). 
Banyak  pendedahan telah pun dibuat, antaranya mesyuarat tertutup DAP yang  jelas menyebut agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, serta  program-program politik yang dihadiri paderi-paderi atau pastor dari  serata negeri. Kes-kes murtad yang terdedah juga membuktikan agenda ini  benar wujud apabila pemimpin-pemimpin DAP pantas membela pihak gereja  dan cuba menutup taktik kotor mereka, sehingga akhirnya berjaya  memastikan PAS menyingkirkan Dato' Dr. Hasan Ali.
DAP  menyangkal pendedahan ini tetapi lebih banyak mengambil sikap membisu  agar perkara ini tidak menjadi besar. GR yakin sikap penakut DAP ini  akan membuatkan agenda besar mereka ini masih dalam keadaan selamat.  Apatah lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk membela DAP dalam  kebanyakan isu, termasuk isu murtad, maka DAP yakin mereka tidak perlu  bimbangkan sebarang tindak-balas dari pihak Islam.
Benar,  selagi Pakatan Haprak terus menjadi pembangkang, dan selagi PAS dan DAP  memerlukan satu sama lain untuk menawan Putrajaya, maka agenda  kristianisasi DAP mungkin boleh terus-terusan diremehkan oleh PAS dan  ditutup oleh DAP dari pandangan ramai.
Walaubagaimanapun,  selagi 'pusat penyebarannya' iaitu Subang Jaya, Selangor masih berada  di bawah kekuasaan Pakatan, yakni DAP, dan selagi sumber kewangan mereka  terus bertambah dan semakin kukuh, maka selagi itulah ia akan  berkembang di negara ini di mana tidak mustahil akan mencetuskan  persengketaan antara agama dan kaum suatu hari nanti.
Atau  lebih buruk dan malang bagi Malaysia sekiranya Pakatan Haptak  ditakdirkan menang dalam PRU-13. Memandangkan Pakatan mengambil prinsip  "menang dahulu fikir kemudian" maka kita boleh menjangkakan kekecohan di  dalam parlimen yang berlanjutan dan tiada kesudahan. DAP pastinya  konsisten serta tegas ingin membentuk negara sekular manakala PAS pula  berdegil ingin menyerapkan Islamisasi di dalam perlembagaan sekular  tersebut yang mana pasti dibantah oleh DAP.
Negara akan  berada dalam keadaan terumbang-ambing arah tuju selama beberapa lama  menyebabkan pelabur menjadi 'cuak', dan akhirnya menyebabkan  ketidakstabilan ekonomi.
Seterusnya, kita menjangkakan  pemimpin PAS mengalah kepada DAP bagi memastikan kedudukan jawatan dan  kewangan mereka selamat. Sifat mengalah PAS kemudiannya membangkitkan  kemarahan penyokong-penyokong mereka serta semua rakyat yang beragama  Islam termasuk yang menyokong UMNO kerana tidak sanggup negara ini  menjadi negara sekular.
Hanya  dalam masa tidak sampai setahun dari pengambilalihan kuasa, iaitu pada  tahun 2014, demonstrasi mula menjadi sesuatu yang rutin dan bertambah  buruk seiring dengan kejatuhan ekonomi negara.
Apa yang  dijangka berlaku jika Pakatan memerintah ini adalah tidak jauh berbeza  dengan keadaan yang membawa kepada keganasan Reformasi di Malaysia. Ini  telah pun terjadi di negara-negara jiran kita yang menimbulkan kemarahan  rakyat mereka kerana kelemahan pemimpin itu sendiri. Kelemahan dari  segi ekomoninya, pembangunananya, pembelaan terhadap rakyatnya dan  bermacam lagi yang boleh membuatkan kemarahan rakyat itu sendiri.  Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi bertukar menjadi  penghapusan etnik dan seterusnya 'perang Islam-Kristian'.
Jika  ini berlaku di Malaysia di mana DAP secara dasarnya berdiri atas  perjuangan Kristianisasi, maka tidak mustahil apa yang bakal tercetus  ialah satu lagi 'Perang Salib'. Betulkan...kerana mereka tidak mempunyai  sebarang matlamat, yang hanya satu untuk merampas Putrajaya.
GR  yakin dikalangan puak Pakatan Haprak yang akan mempersoalkan artikel  ini sebagai satu imaginasi atau usaha terdesak menakut-nakutkan rakyat  dari mengundi mereka. Namun, dengan rekod sedia ada dan pendedahan yang  dibuat untuk mencari kebenaran, persoalan mengenai 'cuba  menakut-nakutkan' tidak harus timbul sama sekali, pembaca sememangnya  wajar merasa takut. 
 
Rakyat harus kekalkan  kestabilan negara dan kemakmuran yang kita kecami sekarang, tidak perlu  mengubahnya harus perelokkan pada yang lebih baik.
   
saham adalah satu nama indah untuk satu nama hutang yang selagi ada bulan dan matahari selagi itu hutang itu wujud. Penyenaraian Felda di papan saham adalah mematuhi konsep hutang jangka panjang. Memang tanah peneroka felda tidak termasuk dalam penyenaraian ini tetapi hasil felda iaitu getah dan kelapa sawit yang selama ini menjadi hak milik peneroka felda sebahagian besarnya diberikan kepada kaum pemodal dan sebahagian kecil hasil diberikan kepada peneroka felda. Sebenarnya kaum pemodal tidak berminat dengan tanah yang dipenuhi nyamuk dan pacat tetapi lebih berminat dengan wang yang dihasilkan oleh felda yang selama ini hanya dinikmati peneroka felda.Dari sini dapat disimpulkan bahawa gadaian hasil getah dan kelapa sawit kepada kaum pemodal ini hanya menguntungkan kepada orang yang menjadi brokernya iaitu Isa Samad seorang ahli umno yang berpengaruh dengan tidak mengeluarkan satu sen pun mendapat saham sebanyak 180000. Ini menunjukkan kerja ahli umno hanya dengan menjual tanah milik rakyat kepada kaum pemodal.Pada suatu hari nanti Kaum Melayu hanya menumpang dibumi sendiri hasil kebijaksanaan orang umno menjual tanah dan hasilnya Sebagaimana umno Pulau Pinang menikmati keuntungan RM 5 JUTA hasil dari menjual tanah Melayu di Pulau Pinang.Pada masa itu kita sudah tidak apa-apa hak untuk mempertahankan diri sendiri lagi kerana kita sudah menjadi penumpang di bumi sendiri hasil jualan tanah dan hasil oleh pemimpim UMNO. Oleh itu UMNO WAJIB ditumbangkan pada pilihanraya 13 ini supaya kita masih punya hak untuk mempertahankan diri sendiri dari segala anasir yang mengamcam diri kita.
BalasPadam