Ahad, 23 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 22 Dec 2012 11:10 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


"You Dedah You Watch Out I'LL Go After You" - Datuk Hamidah Osman Buat Laporan Polis #TolakPR #1Malaysia #TolakFitnah @umbkl

Posted: 22 Dec 2012 03:53 AM PST

DAP bukan saja parti racis mengamalkan sifat perkauman yang tebal tetapi juga rupa2nya menyimpan ramai YB-YB SAMSENG di dalam parti tersebut.

Baru-baru ini Datuk Hamidah telah diancam oleh ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak berkaitan isu tanah seluas 10,526 ekar dengan sebuah syarikat milik Nga Kor Ming.

Laporan akan dibuat di Balai Polis Kampung Rapat. Nga Kor Ming telah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut semasa Datuk Hamidah sedang berehat untuk minum pada hari keempat sidang DUN Perak.

Semasa sidang Dewan kelmarin, ADUN Slim River, Dato' Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Datuk Hamidah membuat pendedahan tentang tanah seluas 10,526 ekar yang dipunyai oleh Upaya Padu syarikat milik Ngeh Koo Ham.






SP: Dah berani ugut terang2an pulak ye YB2 DAP ni. Lepas ni apa lagi agaknya ye kita tengok ajelah......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 22 Dec 2012 01:24 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Projek pembalakan di Kelantan: Benarkah Ngeh, Nga terbabit?

Posted: 22 Dec 2012 10:04 AM PST



Pengerusi DAP Perak mengaku buat pelaburan

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

"Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN," katanya pada sidang media di sini semalam.

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
"Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi."

Ugut laporan polis

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

Warna-warni politik
Torashah

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 22 Dec 2012 09:20 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


Tahniah, Teruskan Menipu Rakyat

Posted: 22 Dec 2012 06:06 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan