Khamis, 6 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 05 Dec 2012 11:13 PM PST

Suara Sri Andalas


Selangor Tutup AES Jumaat Ini

Posted: 05 Dec 2012 02:00 AM PST

SHAH ALAM 5 DIS : Kerajaan Negeri akan menutup dua kamera Automated Enforcement System (AES) di kawasan Sepang Jumaat ini dengan sarung setelah tidak mendapat maklumbalas daripada Kementerian Pengangkutan.

Dengan langkah itu, kedua-dua kamera tersebut tidak akan dapat berfungsi dan sekiranya Kementerian masih tidak memberi respon di dalam dua minggu, Kerajaan Negeri akan menanggalkan kedua-duanya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) sebelum ini telah menulis surat kepada kementerian untuk membetulkan tatacara permohonan dan mendapat kebenaran untuk memasang kamera tersebut.

"Namun surat oleh YDP (Yang Di Pertua) MPSP langsung tidak diendahkan," ujar beliau dalam satu sidang media di sini.

Sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Pusat, beliau berkata Kerajaan Negeri akan bertindak menutup Kamera AES dengan sarung supaya tidak dapat berfungsi bermula Jumaat ini.

Pada Nov 9, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Selangor akan menangguhkan perlaksanaan sistem AES di Selangor sehingga Kerajaan Selangor berpuashati dengan cara perlaksanaannya.

Beliau dilaporkan berkata perlaksanaan sistem itu adalah untuk menguntungkan syarikat tertentu berbanding mengurangkan kadar kemalangan.

Abdul Khalid mendakwa sistem tersebut akan mengkayakan syarikat yang mendapat konsensi untuk memasang dan mengendalikan sistem tersebut.

Menurutnya, syarikat konsesi projek AES bakal meraih keuntungan yang besar sekurang-kurangnya sebanyak 17 peratus setahun.

"Jika masih tiada jawapan, kita juga akan bertindak untuk menanggalkan kamera-kamera tersebut," tegasnya.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Dec 2012 07:42 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Merai Kunjungan Mantan Presiden Indonesia B.J Habibie

Posted: 05 Dec 2012 11:28 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Gombak Selangor 04/12/2012

Posted: 05 Dec 2012 11:25 AM PST

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 05 Dec 2012 01:03 PM PST

PKR PENGKALAN HULU


Jangan berikan kepercayaan kepada yang 'desperate'

Posted: 05 Dec 2012 05:29 AM PST

Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini. UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.

Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai'ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. 'Initiative' yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.

Jika berbai'ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.

Kenapa sampai bersumpah?

Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan 'conclusive' UMNO dalam kesempitan.

"Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja" kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama.

Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, "satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu". Kata perpatah 'bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar'. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. "Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina". Apa maknanya semua ini?

Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir.

Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh di capai oleh BN.

UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini.

Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu.

UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara.

Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai 'national unity' ini.

Perjuangan ini merupakan perjuangan 'ultimate' rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap 'desperado' mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini.

Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza.

Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO.

Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang.

Sumber:  http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 05 Dec 2012 11:14 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Iran tangkap, pintas pesawat risik US

Posted: 04 Dec 2012 10:35 PM PST



Kecoh berita dunia sekarang ini Iran telah berjaya menangkap pesawat risik (tanpa pemandu) US (UAV/Drone) jenis ScanEagle dengan memintas alat kawalan jauh US. Apakah Angkatan Tentera Malaysia mempunyai keupayaan yang serupa untuk memintas pesawat-pesawat UAV/Drone? Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian pesawat tanpa pemandu ScanEagle yang bernilai RM10 juta.

Iran Tangkap Pesawat Risik AS

IRAN MEMANUPULASI DATA GPS SCANEAGLE

TEHRAN-( MilNas ) :Christian Science Monitor dalam laporanannya menulis, para ahli Iran mendaratkan pesawat tanpa awak Amerika Serikat dengan mengubah data-data GPS pada pesawat tersebut.

FNA (4/12) melaporkan,Christian Science Monitor dalam laporan terbarunya menganalisa metode yang digunakan pasukan angkatan laut Padaran untuk menangkap pesawat tanpa awak ScanEagle di perairan Teluk Persia.

Memperingati satu tahun penangkapan pesawat tanpa awak RQ170 "Sentinel" oleh pasukan Iran, Panglima Angkatan Laut Pasdaran, Laksamana Ali Fadavi, mengkonfirmasikan penangkapan pesawat tanpa awak ScanEagle.

Christian Science Monitor memperkirakan bahwa cara yang digunakan pasukan Iran untuk menjebak ScanEagle adalah dengan memanipulasi data GPS pada pesawat tersebut.

Menurut laporan yang ditulis oleh Peterson itu, jika klaim Iran menangkap pesawat tanpa awak itu benar, maka Republik Islam berhasil menggunakan cara yang sebelumnya digunakan untuk menangkap drone RQ170.

Peterson berpendapat, dengan memanipulasi data-data GPS, pasukan Iran memaksa pesawat itu mendarat di wilayah Iran.

KONTRAK RM4.76 BILION DIMETERAI

KUALA LUMPUR 18 April 2012 - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 hari ini menyaksikan majlis menandatangani kontrak perolehan bekalan senjata dan kelengkapan serta memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.76 bilion.

Perolehan pesawat tanpa pemandu ScanEagle kepada Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. dan Insitu Pacific Pty. Ltd. bernilai RM10 juta.


MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 05 Dec 2012 09:05 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga

Posted: 05 Dec 2012 05:36 AM PST

Kalau dikaji dan diselidik secara 'pragmatic' BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti bersebab. Dalam kes UMNO ini parti itu telah hilang keyakinan dari rakyat dan sedang berada di dalam krisis keyakinan yang amat parah. UMNO semakin dalam masalahnya dan sukar untuk memperbetulkannya. Kesalahannya ialah kerana terlalu lalai dan tidak mahu membetulkan keadaan semasa masalah belum sampai ke tahap ini. Dr Mahathir telah membiarkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab berada di persada kepimpinan sehinggakan sekarang ini UMNO sarat dengan pimpinan seperti itu.

Semasa Dr Mahathir meletakkan jawatan UMNO sudah tersedia dengan masalah besar yang menunggu masa sahaja akan meletup. Perletakan jawatan Dr Mahathir sememangnya tepat pada masanya kerana jika Dr Mahathir mengambil masa yang lebih sedikit sebelum bersara beliau sendiri akan melalui zaman malap ini. Abdullah Badawi mengambil tempat Dr Mahathir semasa UMNO sudah bersedia untuk menghadapi masalah besar, tetapi beliau cepat-cepat mengadakan pilihanraya sebelum tembelang busuk UMNO itu pecah dan merebak.

Abdullah mendapat mandat yang tinggi kerana rakyat telah mendapat situasi yang berlainan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat. Maka rakyat buat sementara telah memberikan sokongan terhadap kepimpinan beliau (Abdullah) kerana selama ini mereka (rakyat) sedang mengharapkan perbezaan dengan kepimpinan Mahathir sebelumnya.

Tetapi Abdullah mengambil sokongan rakyat itu sebagi sokongan yang 'legitimate' tanpa menyedari rakyat menyokong beliau itu kerana rakyat mengambil sikap sokong sesiapa sahaja asalkan bukan lagi Dr Mahathir yang telah duduk di kerusi PM itu selama 22 tahun. Rakyat mahukan berbezaan maka sesiapa sahaja yang menggantikan Dr Mahathir akan di sokong rakyat ramai.

Abdullah adalah seorang yang lembut, tetapi dalam kelembutan beliau, Abdullah adalah seorang yang degil dan tidak mudah mendengar nasihat orang termasuk dari Dr Mahathir Mohamad sendiri. Justeru dari saat itulah Abdullah menghadapi masalah kerana Dr Mahathir tidak gemar dengan beliau kerana tidak mahu mengikut telunjuknya. Abdullah berpendapat kalau berikan kepada beliau jawatan PM itu, maka jadikan beliau jadi PM yang sebenarnya tanpa gangguan sesiapa termasuk Dr Mahathir sendiri.

Dr Mahathir terasa terganggu dan kecewa kerana Abdullah tidak mahu mendengar kata beliau (Mahathir). Rupa-rupa, seperti yang dijangkakan Dr Mahathir mahukan Abdullah menggantikan beliau kerana menyangkakan Abdullah akan berterima kasih dan mendengar kata-kata beliau. Dr Mahathir mahu menjadi 'PM de facto' dan Abdullah hanya untuk beliau jadikan 'puppet Prime Minister' sahaja.

Tetapi keengganan Abdullah tunduk terhadap tekanan Dr Mahathir itu beliau terus menjadi mangsa cemuhan Dr Mahathir dan kemarahan serta kekecewaan Dr Mahathir itu tidak dapat di kawalnya lagi. Dr Mahathir bertindak keluar dari UMNO sebelum pilihanraya 2008 sebagai tanda protes beliau terhadap Abdullah yang beliau (Mahathir) anggap sebagai degil itu. Dr Mahathir telah meminta rakyat mengundi calon, bukannya mengundi parti dalam pilihanraya itu.

Kalau kita nilai sehalus-halusnya Dr Mahathir ini adalah seorang yang 'domineering' sifatnya dan beliau sanggup menjahanamkan partinya jika partinya tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau. Beliau memendam rasa dendam yang tinggi terhadap Abdullah dan mahu melihat Abdullah meninggalkan kerusi PM itu secepat yang mungkin untuk diganti dengan seorang yang lebih berkompromi dengan beliau (Mahathir). Akhirnya Abdullah terpaksa meletakkan jawatan setelah banyak pihak yang di perguna oleh Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah meletakkan jawatan dan di antaranya ialah Muhyiddin Yassin yang merupakan Naib Presiden UMNO semasa itu.

Muhyiddin menjadi juara dalam usaha mengenepikan Abdullah kerana beliau ingin mengambil kesempatan untuk menaikki tangga dan kerusi PM itu secepat yang mungkin.. Muhyiddin mendesak Abdullah meletakkan jawatan dengan alasan yang sahih dan boleh di terima, iaitu pilihanraya 2008 itu telah meletakkan UMNO sebagai parti dihujung tanduk dan hampir terlepas kuasa di Putrajaya. Muhyiddin mahu naik dan terus sahaja menonjolkan Najib yang ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO.

Mahathir tahu jika di tonjolkan Najib sebagai pengganti, Najib akan mudah di ketepikan kerana Najib mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan isu terhadap beliau yang terlalu banyak. Mahathir tahu Najib boleh diketepikan dengan cepat untuk meletakkan Muhyuddin menjadi PM akhirnya.

Kepada Mahathir, Najib hanyalah PM sementara sahaja bagi memudahkan Muhyuddin naik menjadi PM. Najib pula tidak mempunyai tulang belakang yang kuat dan sementara menunggu kenaikkan Muhyuddin ini Mahathir telah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan semua yang beliau hajati yang beliau tidak dapat semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu.

Sekarang Dr Mahathir telah mendapat banyak habuan melalui peluang perniagaan untuk anak-anak dan keluarga serta kroni-kroni beliau. Fakta ini boleh dilihat dengan jelas dan tidak payah di ulang-ulang lagi. Yang terpentingnya Dr Mahathir berjaya mendapatkan kehendak peribadi beliau kerana Najib terpaksa berkompromi kerana Najib adalah seorang yang politiknya seperti resmi air, 'di mana lekok di situ dia berhenti'.

Sekarang ini Dr Mahathir tidak payah lagi keluar UMNO untuk menyampaikan hajat beliau seperti yang beliau lakukan semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri dahulu. Asalkan sahaja Perdana Menteri sekarang mendengar kata-katanya beliau sudah berpuas hati. Bagi beliau, Mahathir tidak kisah jika kerajaan itu rasuah atau tidak. Terpenting bagi beliau ialah untuk mendapatkan semua yang dihajati beliau termasuk untuk memastikan Mukhriz, anak bongsu beliau, naik dan naik ke tahap yang tertinggi dalam kerajaan negara kita di samping memberikan peluang yang luas untuk anak-anak beliau berniaga.

Mahathir sekarang memberikan sokongan terhadap Najib dan tidak akan keluar UMNO lagi. Mahathir berpolitik hanya untuk kepentingan beliau sahaja dan beliau sanggup meninggalkan parti semata-mata untuk mendapatkan kehendak hati beliau di penuhi. Mahathir hanya mahu semua rakyat dengar cakap beliau dan meminta pimpinan Bahagian bersumpah tidak akan mensabotaj partinya lagi seperti apa yang beliau sendiri pernah lakukan dahulu. Bagi Dr Mahathir, hanya beliau berhak untuk mensabotaj parti, orang lain tidak boleh.

Kini Dr Mahathir benar-benar menyokong UMNO kerana beliau dalam keadaan selesa. Yang terpenting bagi beliau orang Melayu mesti menyokong UMNO kerana sokongan terhadap UMNO itu sekarang memberikan keuntungan peribadi kepada beliau.

Orang bawah-bawahan hanya diperguna untuk dijadikan landasan untuk mereka-mereka yang memimpin dan berpuas hati dengan bantuan BRIM dan bantuan untuk kanak-kanak sekolah sebanyak seratus ringgit itu. Pegawai dan kakitangan awam diberikan sebulan setengah bonus untuk memastikan UMNO kekal. Kekal UMNO maka dapatlah mereka itu mengekalkan budaya merompak serta menyamun Perbendaharaan Negara.

Bagi orang bawahan dan rakyat biasa, Najib dan kepimpinan mahukan rakyat mendapatkan kuah sahaja. Isu dan daging pejal-pejal itu hanya untuk pemimpin mereka sahaja.

Kata saya dahulu, orang ramai masih ada yang tertipu dan berpuas hati dengan bantuan BRIM sahaja. Mungkin mereka berkata di dalam hati, 'tak apalah, tak dapat lauk pun tidak mengapa, dapat kuah pun jadilah. Kuah kari daging pun rasa daging juga. Cukuplah..'

Sumber:  http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Azmin Ali: UMNO Langsung Tidak Bicarakan Soal Masa Depan Orang Melayu

Posted: 04 Dec 2012 11:14 PM PST

Anwar Ibrahim: Jangan Ingat Kita Penakut

Posted: 04 Dec 2012 11:08 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan