The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 11 Dec 2012 11:33 PM PST MEMBAWA SABAH KE KUALA KRAU Posted: 11 Dec 2012 02:18 PM PST Saya sedang berusaha membawa SABAH ke Kuala Krau, saya telah menghantar mesej kepada Sdr Thamrin Jaini, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Lajim Haji Ukin, dan Musli Oli. Setakat ini belum ada jawapan daripada mana-mana pimpinan Sabah tersebut.
Pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan pada 1hb Disember 2012 lalu saya telah bertemu dengan Sdr Thamrin Jaini dan beliau telah pun memberikan isyarat bersetuju tetapi akan confirmkan tarikh itu kemudian.
Saya juga berpeluang menghubungi Sdr Ansari, tetapi pada 22hb Disember 2012 itu, beliau akan mengahwinkan anaknya dan beliau pinta tarikh lain yang lebih sesuai.
Baru sebentar tadi Sdr Musli Oli, Ketua Penerangan PKR Sabah, telah memberikan jawapan bahawa beliau akan menyemak dengan dairynya samada tarikh itu sesuai atau sebaliknya.
Tujuan saya membawa Sabah ke Kuala Krau adalah untuk memberi peluang kepada pengundi-pengundi Kuala Krau dan khususnya pengundi-pengundi DUN Jenderak mendengar dari mulut pimpinan Sabah sendiri akan perkembangan di Sabah.
Diberitakan bahawa kali ini Sabah akan jatuh kepada Pakatan Rakyat dan sekurang-kurangnya 16 daripada kerusi Parlimen di Sabah akan dirampas oleh Pakatan Rakyat. Tetapi berita-berita gembira itu hanya dapat dibaca dari akhbar-akhbar alternatif Suara Keadilan, Harakah dan Roket.
Saya juga berhajat membawa Sdr Bumburing tetapi contact numbernya belum saya perolehi, dan sebelum PRU-13 ini saya akan juga hubungi Sdr Baru Bian, Pengerusi MPN PKR Sarawak dan Sdri Zulhaidah Suboh dari Miri Sarawak untuk turun ke Kuala Krau dan bercerita sendiri tentang perkembangan di Sarawak.
Pakatan Rakyat menyatakan bahawa pada PRU-13 ini, Barisan Nasional akan tumbang dan kerajaan baru Pakatan Rakyat akan menggantikannya. Pertambahan kerusi Parlimen untuk Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Johor dan lain-lain Negeri memberikan majoriti mudah kepada Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Pengundi-pengundi atas pagar akan lebih mudah membuat perkiraan dengan perkhabaran ini! | King Of Goblok: Apakah yang akan berlaku selepas pengumuman Pakata... Posted: 11 Dec 2012 01:59 PM PST | |
R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 11 Dec 2012 11:05 PM PST Isu Kerakyatan Posted: 11 Dec 2012 08:35 PM PST Sivarasa hadir bersama ratusan rakyat memberi sokongan dalam protes isu Kerakyatan / IC merah, di Putrajaya www.malaysiakini.com/news/216452 | Jamuan Kutipan Dana DAP Paya Jaras Posted: 11 Dec 2012 01:11 AM PST YB Sivarasa telah sempat hadir dalam Jamuan Makan Malam untuk mengutip dana bagi DAP Paya Jaras. Hadir bersama adalah YB Teresa Kok, YB Tan Kok Wai dan Sdr Khairudin, penyelaras DUN Paya Jaras. Lebih 1500 penyokong DAP telah hadir bersama dalam jamuan yang diadakan di tapak parkir pasar Kampung Bahru Sungei Buloh. | Rumah Terbuka Deepavali Posted: 11 Dec 2012 12:43 AM PST Pejabat Ahli Parlimen Subang dengan kerjasama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menganjurkan Rumah Terbuka Deepavali bersama di Kota Damansara. Lebih 3000 warga Subang telah hadir untuk meraikan bersama perayaan kaum India ini. Tetamu-tetamu yang hadir bersama termasuklah DS Dr Wan Azizah, YB Elizabeth Wong (mewakili YAB Mentri Besar Sgor) YB Dr Nasir ADUN Kota Damansara. | |
Anwar Ibrahim Posted: 11 Dec 2012 07:39 PM PST DPR Marah Habibie Disebut Anjing Penjajah Posted: 11 Dec 2012 04:49 AM PST Metro News Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia. Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi. “Koran Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperalism,” ungkapnya. Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN. “Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia,” kata Teguh. Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. “Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?,” tanya Pramono. Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini) | [KENYATAAN MEDIA] Serangan Ke Atas BJ Habibie: Kenyataan Zainudin Maidin Dangkal, Berprasangka Keji Posted: 10 Dec 2012 09:26 PM PST KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA 11 DISEMBER 2012 SERANGAN KE ATAS BJ HABIBIE: KENYATAAN ZAINUDIN MAIDIN DANGKAL, BERPRASANGKA KEJI Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH Bapak BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik UMNO. Tulisan Zainudin Maidin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit UMNO yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia. Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; beliau merupakan mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan UMNO sebagai 'pengkhianat'. Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini. Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia. Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia. ANWAR IBRAHIM | [VIDEO] Syarahan Baling – Memperingati peristiwa Demonstrasi Baling 1974 & Sambutan hari Hak Asasi Manusia 10/12/2012 Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya Selangor Posted: 10 Dec 2012 08:15 PM PST | [VIDEO] Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 09/12/2012 Posted: 10 Dec 2012 08:12 PM PST | Kedatangan Habibie Ditakuti Pemerintah Malaysia? Posted: 10 Dec 2012 08:06 PM PST Republika.online Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin sangat nyinyir dalam mengkritik kunjungan BJ Habibie ke Malaysia. Presiden Republik Indonesia ketiga itu datang ke Negeri Jiran karena diundang mantan deputi perdana menteri Malaysia, Anwar Ibrahim. Habibie memberikan pidato akademik di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam Selangor. Sontak saja, kedatangan Habibie menimbulkan spekulasi dahsyat di kalangan pejabat pemerintah. Ditakutkan kedatangan menteri riset dan teknologi era Orde Baru itu bakal menyebarkan virus reformasi di Malaysia. Sebagai pihak paling bertanggung jawab dalam menjaga stabilitas politik dalam negeri, Zainuddin melontarkan kecaman bernada penghinaan kepada Habibie. Ia mengaku heran, mengapa Anwar mengundang Habibie ke Malaysia, padahal di Indonesia, ia dianggap telah melukai rakyatnya. Ia mengacu pada lepasnya Timor Timur yang merdeka menjadi Timor Leste. Setelah lengser pada 20 Oktober 1999, Zainuddin menyebut Habibie meninggalkan Indonesia dan lebih menikmati hidup di Jerman. “Dia (Habibie) tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia karena mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula,” demikian opini Zainuddin dikutip www.themalaysianinsider.com. | |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 11 Dec 2012 11:08 AM PST Tengku Azlan tidak keluar Umno tapi sertai Amanah Posted: 11 Dec 2012 04:40 AM PST dipetik dari FMTSebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog. Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini. "Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah. "Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini," katanya lagi. Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13. Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut. Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu. Sebelum itu beliau pernah menyertai parti Melayu Semangat 46 apabila parti itu dithubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan presiden Umno pada tahun 1987. Bagaimanapun, kedua-dua mereka kembali semula ke pangkuan Umno. | Pentadbiran Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan – Fauzi Posted: 11 Dec 2012 04:30 AM PST KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng. "Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar. "Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki," katanya kepada Keadilan Daily. Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan. "Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu. "Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang," kata Fauzi. "Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang," ujarnya. Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan. Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41020 | Tak keluar Umno tapi Ahli Parlimen Jerantut akui sokong Pakatan Posted: 11 Dec 2012 04:29 AM PST Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan). Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik. "Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah," katanya kepadaKeadilan Daily. Perkembangan terbaru ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya. Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah). "Tak betul, saya hanya 'berundur', tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). 'Amanah' (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin. "InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju," jelas bekas Menteri Pengangkutan itu. Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda. "Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga," tegas veteran Umno Pahang itu lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40955 | Peserta kayuh untuk perubahan serah memo kepada MB N Sembilan Posted: 11 Dec 2012 04:27 AM PST KUALA LUMPUR 11 Dis: Seramai 20 peserta program 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ anjuran NGO Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) tiba di Wisma Negeri, Seremban semalam bagi menyerahkan memorandum tujuh tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan. Mohamad menerima memorandum berkenaan menerusi Setiausaha sulitnya, Shahrul Faizal. Ia turut diterima Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Anthony Loke. Sebelum itu, pintu pagar pejabat MB Negeri Sembilan yang masih terbuka, ditutup serta merta sebaik para pengayuh sampai. Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi, Teo Kok Seong (Bahau), P Gunasegaran (Senawang) dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam. "Peserta bertolak dari Seremban Jaya pada jam 10.45 pagi dan sampai ke Wisma Negeri pada jam 11.40 pagi. Dalam perjalanan, kami turut edar risalah di bandar Seremban," kata Koordinator Jerit, R Thevarajan ketika dihubungi. "Tiada peserta cedera atau diganggu sepanjang perjalanan, cuma ramai 'SB' (polis cawangan khas) yang ikut kami," katanya yang turut menyertai program empat hari itu. 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ bermula pada 7 Disember lalu di Pasar Besar Senawang dengan penyertaan 100 pengayuh dan dirasmikan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim. Ia bertujuan menyampaikan tujuh tuntutan, antaranya pilihan raya bersih dan adil, hentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat, hak bersuara dan berhimpun secara aman serta perlindungan hak dan kebajikan pekerja. Peserta melalui tujuh daerah utama Negeri Sembilan dan berhenti di 23 lokasi untuk bertemu penduduk setempat. Antara lokasi dipilih adalah Felda Raja Alias 2 Serting, Taman Koperasi Pedas dan Ladang Juasseh, Kuala Pilah. Selain mendengar keluhan penduduk setempat, peserta turut mengedarkan risalah dan mengumpul tandatangan untuk disertakan bersama memorandum tuntutan.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan